Pesan Rahbar

Home » » HUDAIBIYYAH DAN PEMBANGKANGAN SAHABAT NABI SAWW

HUDAIBIYYAH DAN PEMBANGKANGAN SAHABAT NABI SAWW

Written By Unknown on Friday, 27 March 2015 | 07:56:00


Umar bin Khattab bin Khattab datang dan berkata: “Apakah benar engkau adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?“


Ringkasan peristiwa adalah seperti berikut: Pada tahun keenam Hijrah Rasulullah bersama seribu empat ratus sahabatnya keluar dari Madinah dengan tujuan umrah. Disuruhnya para sahabat menyarungkan pedangnya masing-masing. Mereka berihram di Zul Hulaifah dan membawa binatang korban agar orang-orang Quraisy tahu bahawa mereka datang untuk umrah bukan untuk berperang.

Kerana sifat angkuhnya, orang-orang Quraisy tidak mahu kelak orang Arab mendengar bahawa Muhammad telah masuk ke Mekah dan memecahkan benteng mereka. Diutusnya serombongan delegasi yang diketuai oleh Suhail bin Amru bin Abdu Wud al-Amiri agar meminta Nabi kembali ke tempat asalnya. Tahun depan mereka akan dizinkan untuk selama tiga hari. Orang-orang Quraisy juga meletakkan syarat yang berat yang kemudiannya diterima oleh Rasul SAWA berdasarkan kemaslahatan yang dilihatnya dan wahyu Allah kepadanya.

Namun sebahagian sahabat tidak senang dengan sikap Nabi seperti ini.

Mereka menentangnya dengan keras.


Umar bin Khattab bin Khattab datang dan berkata: “Apakah benar engkau adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?“

“Ya“, jawab Nabi.

“Bukankah kita dalam hak dan musuh kita dalam kebatilan?”

“Ya“, sahut Nabi lagi. “Lalu kenapa kita hinakan agama kita?“, desak Umar bin Khattab.

“Aku adalah Rasulullah. Aku tidak melanggar perintahNya dan Dia-lah Penolongku“, jawab Nabi.

“Bukankah engkau mengatakan kepada kami bahwa kita akan mendatangi Rumah Allah dan bertawaf di sana?”

“Ya, tetapi apakah aku mengatakan kepadamu pada tahun ini juga?“, tanya Nabi.

“Tidak”, jawab Umar bin Khattab. “Engkau akan datang ke sana dan tawaf di sekitarnya“.

Kemudian Umar bin Khattab datang kepada Abu Bakar dan bertanya: “Hai Abu Bakar! Benarkah ini adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?”

“Ya“, jawab Abu Bakar.

Kemudian Umar bin Khattab mengajukan pertanyaan yang serupa kepada Abu Bakar dan dijawabnya dengan jawapan yang serupa juga.

“Hai saudara!“, kata Abu Bakar.

“Beliau adalah Rasulullah yang sesungguhnya. Beliau tidak melanggar perintahNya dan Dialah PenolongNya maka percayalah dengannya.“


Setelah Rasulullah selesai menulis piagam perdamaian, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Pergilah kalian sembelih binatang-binatang korban itu dan cukurlah rambut!” “Demi Allah tidak satu sahabatpun berdiri memenuhi perintah itu sehingga Nabi mengucapkannya sebanyak tiga kali.

Ketika dilihatnya mereka tidak mematuhi perintahnya baginda masuk ke kemahnya dan keluar kembali tanpa bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menyembelih binatang korbannya dengan tangannya sendiri lalu memanggil tukang cukurnya dan beliau mencukur rambutnya. Ketika para sahabat melihat ini mereka berdiri dan menyembelih korban mereka lalu saling mencukur sehingga hampir-hampir mereka saling berbunuh-bunuhan. (Lihat buku-buku sejarah dan sirah. Juga lihat Sahih Bukhari di dalam Bab as-Syurut fil Jihad, Jilid 2, hlm. 122; juga Sahih Muslim Bab Sulhul Hudaibiyyah Jilid 2).

Demikianlah ringkasan kisah Perdamaian Hudaibiyyah yang disepakati oleh Sunnah dan Syiah. Para ahli sejarah dan sirah seperti Tabari, Ibnul Athir, dan Ibnu Saad menuliskan cerita ini di buku mereka masing-masing. Begitu juga Bukhari dan Muslim.

Perhatikanlah betapa Umar bin Khattab telah mencapai taraf kufur karena meragukan nabiyullah saww dan perhatikan pula dampak dari perbuatan Umar bin Khattab itu terhadap kelakuan para “sahabat yang kalian bilang adil “itu terhadap perintah rasulullah saww.

(Ahlulbayt/Syiah-Ali/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: