Pesan Rahbar

Home » » Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i

Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i

Written By Unknown on Monday, 22 February 2016 | 13:35:00

Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais bertajuk Mengenal dan Memahami Apa itu Saudi Arabia pada 18 Julai yang lalu agak menarik untuk direnungkan. Fakta bagaimana Keluarga Saud merampas kerusi Syarif Mekah yang memerintah Mekah dan Madinah, yang turun-temurun diperintah oleh keturunan Rasulullah SAW adalah benar. Fakta bagaimana Abdul Aziz Al-Saud bekerjasama dengan British dan kemudiannya merajakan diri sebagai Raja Arab Saudi yang pertama juga adalah benar. Umum juga tahu bagaimana eratnya hubungan Raja Arab Saudi dengan barat. Hingga dikatakan terdapat dokumen yang ditulis tangan olen Raja Abdul Aziz Al-Saud sebagai komitmen Arab Saudi dalam memastikan Palestin menjadi hak Yahudi. Dokumen yang disiarkan oleh majalah al-Arabi di Kuwait pada tahun 1972 berbunyi,


"Saya Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Saud al-Faisal dan saya mengalah dan mengakui seribu kali kepada Sir Percy Cox, perwakilan British, bahawa saya tidak keberatan untuk memberikan Palestin kepada orang-orangYahudi yang miskin atau kepada non- Yahudi, dan saya tidak akan melanggar perintah British."

Arab Saudi adalah merupakan sebuah negara monarki mutlak dimana kekuasaan raja tidak terbatas. Di dalam zaman moden ini hanya terdapat lima monarki mutlak yang masih tinggal iaitu Arab Saudi, Brunei, Swaziland, Oman, dan Qatar.

Raja-raja bukanlah maksum. Sama seperti manusia lain, raja-raja juga melakukan kesalahan. Raja Arab Saudi yang bergelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci dan kerabat-kerabatnya juga tidak terlepas daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam. Lebih memalukan kerana mereka adalah ketua negara Islam dan semestinya kesan negatif terpalit pada umat Islam sendiri. Apabila didedahkan salah-laku Raja-raja Arab Saudi ini dengan merujuk kepada akhbar dan majalah barat, mula lah Melayu-melayu dungu menuduh artikel-artikel ini semua hanya mainan Barat untuk memburuk-burukkan Islam. Golongan ini juga tidak boleh menerima realiti yang Raja-raja ini lah yang sebenarnya mencemarkan kesuciaan agama Islam.


Masih ingat lagi semasa kematian Raja Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud pada tahun 2005, akhbar-akhbar menyiarkan artikel mengenai pemerintahan Raja Fahd dari tahun 1982 hingga 2005 dan diselitkan juga kisah-kisah perjudiannya di kasino Monte Carlo yang menyaksikan $1 juta lenyap dalam satu malam. Akhbar Sunday Times bertarikh 29 Ogos 1993 bertajuk "The Squandering Sheikhs" pula menceritakan kisah perjudian Raja Fahd di London yang sememangnya amat memalukan umat Islam.

Seks dan wanita juga dikaitkan dengan Keluarga Saud. Sebagai contoh, Putera Turki bin Raja Faisal bin Abdul Aziz Al-Saud didakwa menyimpan hamba seks warganega Mesir bernama Nadia Lutefi Mustafa di sebuah penthouse di Miami, Amerika Syarikat.

Seorang lagi ahli Keluarga Saud, Putera Al-Waleed bin Putera Talal bin Abdul Aziz Al-Saud didakwa di mahkamah Sepanyol atas kesalahan merogol seorang model di atas kapal mewah miliknya di Kepulauan Ibiza, Sepanyol. Kes yang berlaku pada tahun 2008 itu pernah ditutup kesnya tetapi dibuka semula pada penghujung 2011 untuk dibicarakan.


Putera Al-Waleed bukan setakat mempunyai koleksi kereta dan kapal mewah, beliau juga membeli flying palace iaitu pesawat Airbus A380 untuk kegunaan peribadi. Putera playboy ini sedang bergambar dengan cabin krew yang cantik-cantik dan seksi semuanya


Putera Mahkota Arab Saudi yang baru saja meninggal dunia pada bulan Jun yang lalu, Putera Nayef bin Abdul Aziz Al-Saud dilaporkan membayar £50,000 kepada Sarah Ferguson (bekas isteri Prince Andrew) hanya dengan satu ciuman semasa candlelit dinner pada tahun 1993. Itu yang didedahkan oleh bekas pengurus peribadi Sarah Ferguson, Allan Starkie di dalam buku bertajuk "Fergie, Her Secret Life”. Tidak habis di situ, Putera Mahkota itu juga dikatakan menawarkan £2 juta untuk meniduri Sarah Ferguson yang muflis dan mengalami masalah kewangan selepas penceraian dengan Prince Andrew. Satu dokumen yang bocor di wikileaks (http://leaks.hohesc.us/?view=09RIYADH1402) juga menyatakan Putera Mahkota itu adalah kaki minum.


Putera gay dikenakan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh Terbaru kes yang melibatkan cucu Raja Abdullah iaitu Putera Saud bin Putera Abzulaziz bin Putera Nasser al-Saud yang dikenakan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh pada tahun 2010. Kes yang dibicarakan di Mahkamah City of Westminster, London ini membongkar salah-laku homoseksual dan arak cucu seorang Raja Arab.

Terlalu banyak kisah jika ingin diceritakan mengenai salah-laku ahli Keluarga Saud - dari Raja, adik-beradik, anak hingga lah cucu. Judi, seks, arak dan dadah adalah mainan mereka di sebalik closed door seperti yang dibongkar wikileaks. Ramai yang berkata ini hanya mainan barat untuk memburuk-burukkan Islam kerana manusia-manusia ini tidak dapat berdepan dengan realiti dan terlalu taksub dengan raja-raja. Sama ada manis atau pahit untuk ditelan, beberapa kes melibatkan Keluarga diraja Saud adalah realiti.


Petikan dokumen sulit yang dibocorkan oleh wikileaks Itu apa yang berlaku di Arab Saudi yang merupakan sebuah negara Islam di mana Raja digelar Penjaga Dua Masjid Suci. Walaupun merupakan sebuah negara Islam, raja dan kerabat mereka tidak lari dari mengamalkan maksiat dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam.


Sebenarnya tiada apa yang hendak dihairankan jika kedengaran gosip liar berkenaan raja dan anak-cucu mereka di bumi Malaysia ini yang mengamalkan kehidupan yang tidak mencerminkan sebagai ketua agama di negeri masing-masing. Dengan kisah araknya, berjudi di kasino, membunuh orang sesuka-hati, pendedahan seorang anak haram bernama Carla Brizuela Shah, ke hulu ke hilir dengan seorang wanita berketurunan Singh yang mengundang pelbagai fitnah dan bermacam-macam lagi.

Ramai umat Melayu yang tidak mempercayai pendedahan Uncleseekers di dalam blognya mengenai kerabat Johor yang terlibat dengan kes rogol, menyimpan perempuan, arak dan sebagainya. Pemikiran umat-umat Melayu ini hanya berada di dalam sebuah kotak yang sempit dan mengandaikan sebagai ketua agama Islam, adalah mustahil raja-raja dan kerabat merekai mempunyai salah-laku yang bertentangan dengan Islam. Seperti yang dinyatakan di atas, Raja Arab Saudi dan kerabat mereka yang berasal dari negara Islam juga tidak terlepas dari membuat maksiat!

Sejarah juga menunjukkan umat-umat Melayu berfikiran sempit ini tidak habis-habis akan menyalahkan pihak lain daripada belajar untuk menerima realiti. Contohnya apabila catatan R.O. Winstedt menyatakan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang adalah seorang homoseksual, ramai umat-umat Melayu yang mengatakan itu hanya mainan barat untuk merendah-rendahkan martabat seorang raja.

Di zaman moden ini ramai umat-umat Melayu yang masih kuat dengan doktrin Hindu-Buddha menganggap raja adalah penitisan dewa (incarnation). Mereka mengambil ungkapan zillullah fil 'alam seperti mana terdapat dalam karya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang membawa maksud raja sebagai bayangan Allah SWT di atas muka bumi. Oleh itu golongan ini seolah-olah menganggap raja adalah maksum dan tidak boleh ditegur.

Himpunan Ketuanan WWW1 yang jelas bermotifkan politik oleh UMNO

Satu contoh yang nyata ialah Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor atau lebih dikenali sebagai "Himpunan Ketuanan WWW1" atau "Himpunan Ketuanan Wang Wang Wang" yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Johor. Himpunan manusia-manusia yang mewarisi akhlak zaman feudal ini secara teorinya menganggap raja tidak boleh ditegur. Bila rakyat menegur raja, rakyat dianggap pengkhianat. Bila raja dikritik, rakyat dianggap penderhaka. Adakah bimbo-bimbo ini sedar dan tahu apa yang mereke perjuangkan?

Hak apa? Hak membida sekeping nombor plat?

Golongan yang dikatakan seramai 30,000 ini sebenarnya hanya bermotifkan politik. Mereka hanya memperalatkan istana demi kepentingan politik dan menggunakan sentimen Melayu untuk memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menentang institusi di raja.

Andaikata hari ini berlaku lagi krisis perlembagaan seperti tahun 1993 dimana kekebalan raja dilucutkan oleh UMNO, mereka-mereka yang berhimpun ini juga lah akan bersama-sama pemimpin UMNO untuk menentang raja-raja.

Wahai umat Melayu, berpijak lah di bumi yang nyata. Raja-raja adalah manusia biasa, turut melakukan kesalahan. Mereka bukan bersifat maksum. Jika kita lihat Raja-raja Arab Saudi dan kaum kerabat mereka juga tidak lari dari melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam. Di Malaysia, Raja-raja walaupun mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing, juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Jika rakyat hanya boleh tunduk diam dan menyaksikan saja salah-laku Raja-raja, baik lah masuk ke dalam time machine dan kembali ke zaman feudal.
Sekadar berkongsi nasihat Imam Syafi'i di dalam syairnya. Dipetik daripada buku Wasiat Imam Syafi'i tulisan Abu Qamar Salahuddin yang diterbitkan oleh Darul Nu'man.

Diakhiri blog entry kali ini dengan soalan, mengapakah Imam Syafi'i berkata demikian rupa yakni jauhi pintu raja?

Jauhi Pintu Raja

Di manapun seorang Raja berada
Janganlah bernaung di pintunya

Apa yang engkau inginkan dari seorang Raja?
Bila sang Raja marah
Dia akan mengejarmu
Dan bila hatinya puas
Dia akan berasa bosan kepadamu

Berlindunglah hanya kepda Allah
Dan jauhi pintu para Raja
Sesungguhya berdiri di pintu seorang Raja
Merupakan suatu kehinaan


(Malaysia-Crisis/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: