Pesan Rahbar

Home » » Kemaksuman Ahlulbait Dari Sudut Naqli dan Aqli

Kemaksuman Ahlulbait Dari Sudut Naqli dan Aqli

Written By Unknown on Friday, 24 April 2015 | 16:54:00


Takrif kemaksuman menurut Syiah

Sebelum memasuki perbahasan penyabitan kemaksuman, perlulah kita mengenal dengan lebih terperinci takrif kemaksuman menurut pandangan Syiah.

Kemaksuman dari segi bahasa ialah tegah, menjaga dan memelihara, Jauhari di dalam Aṣ-Ṣiḥāḥ al-Lughah menulis:

والعصمة: المنع. يقال: عصمه الطعام، أي منعه من الجوع… والعصمة: الحفظ… واعتصمت بالله، إذا امتنعت بلطفه من المعصية.

الجوهري، إسماعيل بن حماد (متوفاي303هـ)، الصحاح تاج اللغة وصحاح العربية، ج5 ص1986، تحقيق: أحمد عبد الغفور عطار، ناشر: دار العلم للملايين ـ بيروت، الطبعة الأولى.

Kemaksuman bermaka mencegah, ʽIṣmuhul Ṭaʽām, iaitu mencegahnya dari kelaparan, dan kemaksuman ialah penjagaan, Iʽtaṣamat biLlah ialah ketika ia dijaga daripada maksiat dengan kemurahan-Nya. – Al-Jauhari, Ismaʽīl bin Ḥammād (meninggal pada tahun 303 Hijrah), Aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj Al-Lughah wa Ṣiḥāḥ al-ʽArabiyyah, jilid 5 halaman 1986.


Al-Fayumi di dalam Miṣbaḥ Al-Munīr menulis:

عصمه الله من المكروه (يعصمه) من باب ضرب حفظه ووقاه و (اعتصمت) بالله امتنعت به.

الفيومي، أحمد بن محمد بن علي المقري (متوفاى770هـ)، المصباح المنير في غريب الشرح الكبير للرافعي، ج2، ص414، ناشر: المكتبة العلمية – بيروت

Allah menjaganya (seseorang) daripada perkara yang tidak disukai (menjaganya) daripada bab Ḍarb penjagaannya, peliharanya dan Iʽtaṣamat BiLlah – Al-Fayumī, Aḥmad bin Muḥammad bin ʽAlī Al-Muqri (wafat dalam tahun 770), Miṣbaḥ Al-Munir Fī Gharīb Al-Syarḥ Al-Kabīr Lilrāfiʽī, jilid 2 halaman 414.


Ibnu Manẓūr dalam Lisānul ʽArab menulis:

عصم: العصمة في كلام العرب: المنع… و عصمه الطعام: منعه من الجوع. وهذا طعام يعصم أي يمنع من الجوع.

الأفريقي المصري، جمال الدين محمد بن مكرم بن منظور (متوفاى711هـ)، لسان العرب، ج12، ص403ـ 404، ناشر: دار صادر – بيروت، الطبعة: الأولى.

Maksum: Al-ʽIṣmah dalam kalām Arab bermakna halang… ʽIṣmuhu Al-Ṭaʽām: menjaganya dari kelaparan dan makanan ini menjaganya, iaitu menghalangnya dari kelaparan. – Al-Afriqī al-Miṣrī, Jamāluddin Muḥammad (meninggal tahun 711 Hijrah), Lisānul ʽArab, jilid 12 halaman 403-404.

Ahli linguistik yang lain turut mengulangi seperti kata-kata tersebut, maka natijahnya ialah kemaksuman bermaksud menjaga, memelihara dan mencegah.


Kemaksuman dari segi istilah

Kemaksuman dalam pandangan cendiakawan Syiah bermakna pemeliharaan khusus kepada hamba Allah dari dosa, kesalahan dan kelupaan. Sesungguhnya pemeliharaan dan kemaksuman ini adalah anugerah dan taufik daripada Allah (s.w.t) yang meliputi segala hal individu itu. Natijahnya seseorang itu maksum meskipun ia mempunyai kemampuan melakukan dosa dan kesalahan, namun ia mencegah dirinya dari melakukannya.


Al-Marhum Shaykh Mufīd berkata tentang perkara ini:

العصمة لطف يفعله الله تعالى بالمكلف بحيث يمتنع منه وقوع المعصية وترك الطاعة مع قدرته عليهما.

الشيخ المفيد، محمد بن محمد بن النعمان ابن المعلم أبي عبد الله العكبري، البغدادي (متوفاي413 هـ)، النكت الإعتقادية و رسائل اخري، ص37، تحقيق: رضا مختاري، ناشر: دار المفيد للطباعة والنشر والتوزيع – بيروت – لبنان، الطبعة: الثانية، 1414 هـ – 1993 م. توضيحات: چاپ كنگره هزارمين سالگرد رحلت شيخ مفيد.

Kemaksuman ialah kurniaan yang Allah (s.w.t) mencegah seorang Mukallaf dari terjadinya kemaksiatan dan meninggalkan ketaatan dengan kekuatan untuk kedua perbuatan itu. – Shaykh al-Mufīd, Muḥammad bin Muḥammad bin Al-Nuʽmān ibn al-Muʽallim (meninggal pada tahun 413 Hijrah), Al-Nukkat al-Iʽtiqadiyyah wa Rasā’il Ukhrā, halaman 37.


Sayyid Murtaḍa dalam menakrifkan ʽIṣmah turut mengatakan:

العصمة: ما يمنع عنده المكلف من فعل القبيح والاخلال بالواجب، ولولاه لم يمنع من ذلك ومع تمكينه في الحالين. عبارة أخرى العصمة: الأمر الذي يفعل الله تعالى بالعبد وعلم أنه لا يقدم مع ذلك الأمر على المعصية بشرط أن لا ينتهي فعل ذلك الأمر لأحد إلى الالجاء.

المرتضي علم الهدي، ابوالقاسم علي بن الحسين بن موسي بن محمد بن موسي بن إبراهيم بن الإمام موسي الكاظم عليه السلام (متوفاى436هـ)، رسائل المرتضى، ج2 ص277، تحقيق: تقديم: السيد أحمد الحسيني / إعداد: السيد مهدي الرجائي، ناشر: دار القرآن الكريم – قم، 1405هـ.

Kemaksuman: Apa yang menghalang seorang mukallaf dari melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara wajib. Jikalau tidak menghalang dari perkara demikian itu, maka ia mungkin boleh melakukan kedua perbuatan tersebut. Dengan kata lain kemaksuman ialah: Perkara yang Allah lakukan terhadap hambanya dan diketahuilah bahawa seseorang maksum itu tidak melakukan maksiat dengan perkara tersebut dengan syarat ia tidak dihalang dan dipaksa untuk melakukan perbuatan itu. -Al-Murtaḍa ʽAlamul Hudā, Abul Qāsim ʽAlī bin Al-Ḥusayn bin Mūsā bin Muḥammad bin Mūsā bin Ibrāhīm bin al-Imām Mūsā al-Kāẓim (meninggal pada tahun 436 Hijrah), Rasāil al-Murtaḍa, jilid 2 halaman 277.


ʽAllamah Al-Hilli di dalam kitab An-Nāfiʽ Yawm al-Ḥashr menakrifkan ʽIṣmah sebagai berikut:

العصمة لطف خفي يفعل الله تعالى بالمكلف، بحيث لا يكون له داع إلى ترك الطاعة وارتكاب المعصية مع قدرته على ذلك، لأنه لولا ذلك لم يحصل الوثوق

الحلي الأسدي، جمال الدين أبو منصور الحسن بن يوسف بن المطهر (متوفاى 726هـ)، النافع يوم الحشر في شرح الباب الحادى عشر، ص89، شرح: الفقيه الفاضل المقداد السيوري (متوفاي826هـ)، ناشر: دار الأضواء للطباعة والنشر والتوزيع ـ بيروت، الطبعة: الثانية، 1417هـ ـ 1996م.

Al-ʽIṣmah adalah Luṭf tersembunyi, yang Allah lakukan terhadap Mukallaf, supaya ia tidak terdetik untuk meninggalkan ketaatan dan melakukan maksiat sedangkan ia mampu melakukan perbuatan tersebut, kerana jika ia tidak demikian maka ia tidak dapat dipercayai. – Al-Hilli Al-Asadī, Jamaluddīn Abū Manṣur al-Ḥasan bin Yūsuf bin Al-Muṭahhar (meninggalkan pada tahun 726 Hijrah), An-Nāfiʽ Yawm Al-Ḥashr fī Shaḥr al-Bāb Al-Ḥādī ʽAshr, halaman 89.


Dalam himpunan tak-rif-takrif ini, terdapat dua noktah penting iaitu:
1. Kemaksuman, sebagai Malakah Nafsānī daripada Ilahi di mana ia dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.
2. Orang yang maksum bukanlah terpaksa tidak melakukan dosa, namun ia berada dalam keadaan mempunyai kudrat untuk melakukan dosa, namun dengan Lutf dan Taufiq Allah, ia menjauhkan diri dari melakukan dosa.

Beberapa tokoh dan cendiakawan menambah bahawa terdapat beberapa masalah tambahan yang mereka anggap ia adalah suatu keperluan buat para Imam. Marhum Muẓaffar menulis tentang perkara ini:

والعصمة: هي التنزه عن الذنوب والمعاصي صغائرها وكبائرها، وعن الخطأ والنسيان، وإن لم يمتنع عقلا على النبي أن يصدر منه ذلك بل يجب أن يكون منزها حتى عما ينافي المروة، كالتبذل بين الناس من أكل في الطريق أو ضحك عال، وكل عمل يستهجن فعله عند العرف العام.

المظفر، الشيخ محمد رضا (متوفاي1381هـ)، عقائد الإمامية، ص54، ناشر: انتشارات أنصاريان ـ قم.

Kemaksuman bermakna bersih dari dosa dan maksiat kecil atau besar, kesalahan atau kelupaan. Walaupun pada pandangan akal tidak mustahil nabi melakukan perkara tersebut. Namun adalah wajib ia bersih dari segala yang tidak bermartabat, seperti makan sambil berjalan, ketawa besar dan segala perbuatan tidak senonoh dalam pandangan orang awam. – Al-Muzaffar, Shaykh Muḥammad Ridhā (meninggal pada tahun 1381 Hijrah), ʽAqā’id Al-Imāmiyyah, halaman 54.

Pandangan ini adalah benar kerana dalam pandangan sebahagian orang, mereka menganggap kerja atau amalan tertentu yang mereka lakukan adalah halal dan dibolehkan bagi orang lain, padahal ia dipandang buruk dan tidak senonoh. Maka nama baiknya hilang di mata masyarakat yang melihatnya. Sebagai kesimpulannya, orang ramai tidak mempercayai ucapannya sambil mencegah diri mereka dari mengikutinya.

Dalil kemaksuman para nabi dan imam tentang perbuatan-perbuatan yang dianggap tidak menyenangkan oleh orang ʽarif juga merupakan dalil-dalil yang dapat disabitkan dengan kemaksuman dari dosa, kesalahan, lupa dan sahw.


Kemaksuman para Imam mempunyai asas menurut al-Quran

Kemaksuman para Imam merupakan satu perkara yang mesti di dalam mazhab Syiah di mana ianya mempunyai asas dalam al-Quran dan riwayat. Oleh kerana itu usulan seseorang individu biasa dalam perkara ini tidak boleh dimasukkan dalam pemikiran dan akidah pengikut mazhab Syiah.

Ayat taṭhīr, ayat Ulil Amr dan… adalah antara ayat-ayat yang terang menyabitkan kemaksuman para Imam sehingga beberapa tokoh Ahlul Sunnah turut menyatakan tentang perkara ini. Oleh itu mari kita lihat penelitian terhadap beberapa ayat:


Kemaksuman dalam ayat Taṭhīr

Ayat Taṭhīr antara ayat-ayat yang menyabitkan kemaksuman dan kesucian para Imam dari segala kenistaan dan ketidaksucian. Allah (s.w.t) dalam ayat 33 Surah Al-Aḥzāb berfirman:

… إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهيراً.

“Sesungguhnya hanyalah Allah hendak menghapuskan kenistaan dari kalian Ahlul bayt dan menyucikan kalian sebersih-bersihnya”

Untuk menyabitkan kemaksuman para Imam dengan ayat ini, hendaklah beberapa noktah penting mesti diambil perhatian:


Iradah yang dihadkan dengan kalimah Innamā

Ayat ini menggunakan kalimah «انما» iaitu yang Adātul Ḥaṣr yang paling kuat, ia mengeksklusifkan penghapusan kenistaan dan kekotoran dari Ahlul bayt. Dari sini, alif dan lām dalam kalimah Al-Rijsa merupakan Alif dan Lām Jins (الف و لام جنس) yang meliputi segala jenis kekotoran samada zahir atau batin.

Dengan pengertian yang lain, di dalam ayat ini Allah berkehendak menyucikan semua jenis kekotoran, samada zahir atau batin, hanyalah ke atas Ahlul bayt dan hanyalah mereka murni dan bersih. Maknanya, kemaksuman Ahlul bayt (a.s) telah disabitkan dengan jelas.


Iradah Takwinī, bukan Tashrīʽī

Tidak syak lagi, maksud daripada Iradah dalam ayat ini ialah Takwinī, bukan Tashrīʽī; kerana Allah telah memulakan dengan kalimah Innamā di mana ia merupakan Adāt Ḥaṣr yang paling kuat. Manakala penghilangan kenistaan telah dibataskan kepada lima diri Ahli ‘Abā’. Jikalau ia bermaksud Irādah Tashrīʽī maka pembatasan itu akan menjadi sia-sia kerana Irādah Tashrīʽī meliputi seluruh manusia dan tidak dikhususkan hanya untuk Ahlul bayt semata-mata sebagaimana firman Allah di dalam Ayat Wuḍū:

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ. مائده / 6.

Sangat jelas bahawa maksud Irādah di dalam ayat ini adalah Tashrīʽī dan ia ditujukan kepada seluruh orang yang beriman. Ia juga tidak dikhususkan terhadap individu-individu tertentu. Namun Irādah di dalam ayat Taṭhīr telah dibataskan kepada Ahlul bayt dengan kalimah Innamā.

Maka sudah tentu Irādah di dalam ayat taṭhīr adalah takwini. Apabila ia menjadi takwini, kemaksuman Ahlul bayt telah disabitkan dan individu-individu manusia lainnya seperti para isteri Rasulullah, Bani Hashim dan… telah keluar dari daerah ayat tersebut.

Noktah yang lain ialah jikalau irādah di dalam ayat ini adalah irādah Tashrīʽī, maka tiadalah kelebihan atau faḍilat untuk disabitkan kepada Ahlul bayt kerana Ṭahārah ada pada setiap orang beriman; sedangkan sepanjang sejarah perbahasan telah bertumpu kepada samada kelebihan ini hanyalah untuk Ahli Kisā’ atau termasuk isteri-isteri nabi.


Ayat ini tidak termasuk isteri-isteri nabi

Penentang Ahlul bayt sering berusaha agar orang lain iaitu Ummahātul Mukminin turut termasuk dalam kelebihan besar ini sedangkan dengan bertadabbur dalam ayat tersebut, kebatilan bicara mereka menjadi jelas. Untuk menyabitkan perkara ini terdapat banyak dalil di mana sebahagiannya diperturunkan di sini.


Ayat Taṭhīr turun secara bebas:

Noktah penting yang tidak disedari oleh penentang kemaksuman para Imam ialah ayat

«إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا»

Telah turun secara bebas, bukan mengiringi ayat-ayat sebelum atau setelahnya. Perkara ini ada di dalam lebih kurang tujuh puluh riwayat dalam sumber-sumber Ahlusunnah yang mudah sekali untuk dibuktikan; sehinggakan di antara tujuh puluh riwayat ini tiada satu pun yang mengatakan orang yang dibicarakan ayat-ayat ini ialah para isteri Rasulullah (s.a.w). Ayat ini turun pada satu tempat di mana tidak seorang pun ahli tafsir mendakwa demikian.

MeskipunʽAkramah al-Khariji mendakwa maksud ayat ini ialah isteri-isteri Rasulullah dan ianya tidak termasuk sebagai Ahlul Bayt seperti, ʽAkramah tidak mengatakan bahawa ayat ini turun mengiringi ayat-ayat sebelumnya.


Perincian Miṣdāq Ahlul Bayt melalui Nabi (s.a.w)

Terlalu banyak riwayat di dalam sumber-sumber Ahlu Sunnah yang menyatakan bahawa miṣdāq Ahlul Bayt dalam ayat Taṭhīr menurut sabda Rasulullah (s.a.w) telah pun terang. Muslim Nishaburī di dalam Ṣaḥīḥnya menulis:

حدثنا أبو بَكْرِ بن أبي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بن عبد اللَّهِ بن نُمَيْرٍ واللفظ لِأَبِي بَكْرٍ قالا حدثنا محمد بن بِشْرٍ عن زكريا عن مُصْعَبِ بن شَيْبَةَ عن صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ قالت قالت عَائِشَةُ خَرَجَ النبي صلى الله عليه وسلم غَدَاةً وَعَلَيْهِ مِرْطٌ مُرَحَّلٌ من شَعْرٍ أَسْوَدَ فَجَاءَ الْحَسَنُ بن عَلِيٍّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ جاء الْحُسَيْنُ فَدَخَلَ معه ثُمَّ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَدْخَلَهَا ثُمَّ جاء عَلِيٌّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ قال «إنما يُرِيدُ الله لِيُذْهِبَ عَنْكُمْ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا»

النيسابوري القشيري، ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاى261هـ)، صحيح مسلم، ج4، ص1883، ح2424، كِتَاب الْفَضَائِلِ، بَاب فَضَائِلِ أَهْلِ بَيْتِ النبي(ص)، تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.

ʽAyshah mengatakan tatkala Rasulullah (s.a.w) keluar dengan jubah yang bewarna rambut yang hitam. Kemudian Ḥasan bin ʽAlī datang dan baginda memasukkannya ke dalam jubah. Kemudian datanglah Ḥusayn, baginda pun memasukkannya ke dalam jubah. Kemudian datang pula ʽAlī dan baginda pun memasukkannya ke dalam jubah. Setelah itu baginda bersabda, “Allah berkehendak menghilangkan kenistaan daripada kalian hai Ahlul Bayt, dan membersihkan kalian sesuci-sucinya. – Al-Nishaburī Al-Qushayrī, Abul Ḥusayn bin al-Ḥajjāj (meninggal pada tahun 261 Hijrah), Ṣaḥīḥ Muslim, jilid 4 halaman 1883.


Tarmidhi dalam sunannya menukilkan:

حدثنا قُتَيْبَةُ حدثنا محمد بن سُلَيْمَانَ الْأَصْبَهَانِيِّ عن يحيى بن عُبَيْدٍ عن عَطَاءِ بن أبي رَبَاحٍ عن عُمَرَ بن أبي سَلَمَةَ رَبِيبِ النبي صلى الله عليه وسلم قال لَمَّا نَزَلَتْ هذه الْآيَةُ على النبي صلى الله عليه وسلم «إنما يُرِيدُ الله لِيُذْهِبَ عَنْكُمْ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا» في بَيْتِ أُمِّ سَلَمَةَ فَدَعَا فَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَجَلَّلَهُمْ بِكِسَاءٍ وَعَلِيٌّ خَلْفَ ظَهْرِهِ فجللهم بِكِسَاءٍ ثُمَّ قال اللهم هَؤُلَاءِ أَهْلُ بَيْتِي فَأَذْهِبْ عَنْهُمْ الرِّجْسَ وَطَهِّرْهُمْ تَطْهِيرًا قالت أُمُّ سَلَمَةَ وأنا مَعَهُمْ يا نَبِيَّ اللَّهِ قال أَنْتِ على مَكَانِكِ وَأَنْتِ على خَيْرٍ.

الترمذي السلمي، ابوعيسي محمد بن عيسي (متوفاى 279هـ)، سنن الترمذي، ج5، ص351، ح3205، تحقيق: أحمد محمد شاكر وآخرون، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.

Daripada ʽUmar bin Abī Salamah, anak angkat Rasulullah (s.a.w) berkata, tatkala turun ayat ini kepada Nabi (s.a.w)

«إنما يُرِيدُ الله لِيُذْهِبَ عَنْكُمْ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا»

di rumah Ummu Salamah, maka baginda memanggil Fathimah, Hasan dan Husayn dan menutupkan selimut ke atas mereka. Ali juga berada di belakangnya. Baginda membentangkan selimut ke atas mereka semua dan bersabda, ‘Ya Allah, mereka ini Ahlul Bayt-ku, maka hilangkanlah kenistaan daripada mereka dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya’. Maka Ummu Salamah berkata, ‘Dan aku bersama mereka wahai Nabiyullah’. Sabda baginda, ‘Engkau berada di tempatmu dan engkau dalam kebaikan’. – Tirmidhi Al-Salmī, Abū ʽĪsā bin Muḥammad bin ʽĪsā (meninggal pada tahun 279 Hijrah), Sunan Al-Tirmidhi, jilid 5, halaman 351.


Al-Banī Wahabi turut mensahihkan Hadis ini di dalam kitab Ṣaḥīḥ wa Ḍaʽīf Sunan Tirmidhī.


Tirmidhī di dalam riwayat yang lain menukilkan daripada Ummu Salamah:

حدثنا مَحْمُودُ بن غَيْلَانَ حدثنا أبو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ حدثنا سُفْيَانُ عن زُبَيْدٍ عن شَهْرِ بن حَوْشَبٍ عن أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم جَلَّلَ على الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ وَعَلِيٍّ وَفَاطِمَةَ كِسَاءً ثُمَّ قال اللهم هَؤُلَاءِ أَهْلُ بَيْتِي وَخَاصَّتِي أَذْهِبْ عَنْهُمْ الرِّجْسَ وَطَهِّرْهُمْ تَطْهِيرًا فقالت أُمُّ سَلَمَةَ وأنا مَعَهُمْ يا رَسُولَ اللَّهِ قال إِنَّكِ إلى خَيْرٍ قال هذا حَدِيثٌ حَسَنٌ وهو أَحْسَنُ شَيْءٍ رُوِيَ في هذا وفي الْبَاب عن عُمَرَ بن أبي سَلَمَةَ وَأَنَسِ بن مَالِكٍ وَأَبِي الْحَمْرَاءِ وَمَعْقِلِ بن يَسَارٍ وَعَائِشَةَ.

الترمذي السلمي، ابوعيسي محمد بن عيسي (متوفاى 279هـ)، سنن الترمذي، ج5، ص699، ح3871، تحقيق: أحمد محمد شاكر وآخرون، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.




Isteri Rasulullah, Ummu Salamah berkata, “Rasulullah menutupkan selimut ke atas Hasan, Husayn, Ali dan Fathimah kemudian berkata, Ya Allah mereka ini keluargaku yang dekat denganku, hilangkanlah kenistaan daripada mereka dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya, maka Ummu Salamah berkata, Apakah aku beserta mereka?, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu selalu dalam kebaikan”. Tirmidhi berkata Ḥadith ini adalah Ḥasan dan ia adalah riwayat yang terbaik dalam dalam perkara ini… – Tirmidhi Al-Salmī, Abū ʽĪsā bin Muḥammad bin ʽĪsā (meninggal pada tahun 279 Hijrah), Sunan Al-Tirmidhi, jilid 5, halaman 351.


Aḥmad bin Ḥanbal, Abu Yaʽlā dan Ṭabrānī menukilkan daripada Ummu Salamah yang ingin memasuki selimut bersama mereka, namun Rasulullah (s.a.w) melarang dan baginda menarik selimut dari tanganku:

قالت أُمُّ سَلَمَةَ فَرَفَعْتُ الكِسَاءَ لأَدْخُلَ مَعَهُمْ فَجَذَبَهُ من يدي وقال انك على خَيْرٍ

الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج6، ص323، ح26789، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر؛

أبو يعلي الموصلي التميمي، أحمد بن علي بن المثني (متوفاى307 هـ)، مسند أبي يعلي، ج12، ص344، تحقيق: حسين سليم أسد، ناشر: دار المأمون للتراث – دمشق، الطبعة: الأولى، 1404 هـ – 1984م؛

الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الكبير، ج3، ص53، ح2664، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء – الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ – 1983م.

Sehingga di dalam riwayat Ṣaḥīḥ Muslim turut menyatakan daripada Zayd bin Arqam terus terang berkata bahawa isteri-isteri Rasulullah (s.a.w) bukanlah daripada Ahlul Bait nabi:

حدثنا محمد بن بَكَّارِ بن الرَّيَّانِ حدثنا حَسَّانُ يعنى بن إبراهيم عن سَعِيدٍ وهو بن مَسْرُوقٍ عن يَزِيدَ بن حَيَّانَ عن زَيْدِ بن أَرْقَمَ قال دَخَلْنَا عليه فَقُلْنَا له لقد رَأَيْتَ خَيْرًا لقد صَاحَبْتَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَصَلَّيْتَ خَلْفَهُ وَسَاقَ الحديث بِنَحْوِ حديث أبي حَيَّانَ غير أَنَّهُ قال ألا وَإِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَحَدُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ عز وجل هو حَبْلُ اللَّهِ من اتَّبَعَهُ كان على الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كان على ضَلَالَةٍ وَفِيهِ فَقُلْنَا من أَهْلُ بَيْتِهِ نِسَاؤُهُ قال لَا وأيم اللَّهِ إِنَّ الْمَرْأَةَ تَكُونُ مع الرَّجُلِ الْعَصْرَ من الدَّهْرِ ثُمَّ يُطَلِّقُهَا فَتَرْجِعُ إلى أَبِيهَا وَقَوْمِهَا أَهْلُ بَيْتِهِ أَصْلُهُ وَعَصَبَتُهُ الَّذِينَ حُرِمُوا الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ.

النيسابوري القشيري، ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاى261هـ)، صحيح مسلم، ج4، ص1874، ح2408، كتاب فضائل الصحابة، باب من فضائل علي بن أبي طالب، تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.

Daripada Zayd bin Arqam berkata… kami bertanya siapakah Ahlul Bait? isteri-isterinya? Dijawabnya, “Tidak, demi Allah sesungguhnya perempuan hanya beberapa ketika akan bersama suaminya, setelah ditalaknya maka ia akan pulang kepada ayahnya dan kaumnya… – Al-Nishaburī Al-Qushaiyri, Abul Husayn Muslim bin Al-Hajjāj (meninggal tahun 261 Hijrah), Ṣaḥīḥ Muslim, jilid 4 halaman 1874.

Memadailah dalil-dalil setakat ini, buat mereka yang ingin mengkaji lebih lanjut silakan merujuk kepada berbagai kitab lagi.


Ahlul Bayt atau Ahlul Buyūt?

Selain itu, Rasulullah (s.a.w) tidaklah mempunyai seorang isteri sahaja, bahkan ramai isterinya yang tinggal di dalam rumah-rumah yang berasingan. Oleh itu jikalau yang dimaksudkan dengan Ahlul Bayt di sini termasuk isteri-isteri nabi, maka hendaklah istilah yang digunakan itu adalah Ahlul Buyūt selari dengan ayat-ayat dari awalnya:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ.

Begitu juga ayat:

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلىَ فىِ بُيُوتِكُنَّ مِنْ ءَايَتِ اللَّهِ وَ الحِْكْمَةِ.


Di dalam ayat 53 surah Al-Ahzāb, Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ.

Wahai orang yang beriman, janganlah kalian masuk ke Buyūt (rumah-rumah) nabi.


Oleh itu ayat ini tidak sekali-kali bermaksud isteri-isteri nabi.

Tidak seorang pun Isteri nabi mengaku Ahlul Bayt.

Antara perkara yang menarik perhatian di sini ialah tidak seorang pun daripada kalangan isteri-isteri nabi yang mengaku bahawa ayat ini khusus untuk mereka atau pun mereka termasuk di dalam maksud ayat tersebut. Paling banyak riwayat ialah daripada Ummul Mukminin Aisyah dan Ummu Salamah di mana mereka beberapa kali menegaskan bahawa ayat ini dianggap khusus untuk Ahli Kisa’.


Dalil Ayat Taṭhīr untuk menyabitkan kemaksuman daripada Rasulullah (s.a.w)

Banyak riwayat-riwayat yang bersandarkan kepada ayat Taṭhīr di dalam sumber-sumber Ahlusunnah dan Syiah yang mengistinbāṭkan kemaksuman Ahlul Bayt. Khazzaz al-Qumī di dalam kitab Kifāyatul Athar menulis:

حدثنا علي بن الحسين بن محمد، قال: حدثنا هارون ابن موسى التلعكبري، قال حدثنا عيسى بن موسى الهاشمي بسر من رأى، قال حدثني أبي، عن أبيه، عن آبائه، عن الحسين بن علي، عن أبيه علي عليهم السلام قَالَ دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلي الله عليه وآله فِي بَيْتِ أُمِّ سَلَمَةَ وَقَدْ نَزَلَتْ عَلَيْهِ هَذِهِ الْآيَةُ «إِنَّما يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً» فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلي الله عليه وآله: يَا عَلِيُّ هَذِهِ الْآيَةُ نَزَلَتْ فِيكَ وَفِي سِبْطَيَّ وَالْأَئِمَّةِ مِنْ وُلْدِكَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَمِ الْأَئِمَّةُ بَعْدَكَ؟ قَالَ: أَنْتَ يَا عَلِيُّ ثُمَّ ابْنَاكَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ وَبَعْدَ الْحُسَيْنِ عَلِيٌّ ابْنُهُ وَبَعْدَ عَلِيٍّ مُحَمَّدٌ ابْنُهُ وَبَعْدَ مُحَمَّدٍ جَعْفَرٌ ابْنُهُ وَبَعْدَ جَعْفَرٍ مُوسَى ابْنُهُ وَبَعْدَ مُوسَى عَلِيٌّ ابْنُهُ وَبَعْدَ عَلِيٍّ مُحَمَّدٌ ابْنُهُ وَبَعْدَ مُحَمَّدٍ عَلِيٌّ ابْنُهُ وَبَعْدَ عَلِيٍّ الْحَسَنُ ابْنُهُ وَبَعْدَ الْحَسَنِ ابْنُهُ الْحُجَّةُ مِنْ وُلْدِ الْحَسَنِ هَكَذَا وَجَدْتُ أَسَامِيَهُمْ مَكْتُوبَةً عَلَى سَاقِ الْعَرْشِ فَسَأَلْتُ اللَّهَ عَزَّ وَ جَلَّ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ هُمُ الْأَئِمَّةُ بَعْدَكَ مُطَهَّرُونَ مَعْصُومُونَ وَأَعْدَاؤُهُمْ مَلْعُونُونَ.

الخزاز القمي الرازي، أبي القاسم علي بن محمد بن علي، كفاية الأثر في النص على الأئمة الاثني عشر، ص156، تحقيق: السيد عبد اللطيف الحسيني الكوه كمري الخوئي، ناشر: انتشارات ـ قم، 140هـ.

Di dalam sumber-sumber Ahlu Sunnah juga terdapat riwayat-riwayat yang berkaitan dengan ayat Taṭhīr menyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) berterus terang tentang kemaksuman Ahlul Bayt.

Bayhaqī di dalam Dalāil An-Nubuwwah, Fasawī di dalam Al-Maʽrifah wa Al-Tārīkh, Shajarī Al-Jarjānī di dalam kitab al-Amālī dan beberapa orang lagi tokoh Ahlusunnah yang menukilkan riwayat berasingan daripada Ibnu ʽAbbas bahawa Nabi (s.a.w) telah menyabitkan kemaksuman Ahlul Bayt, kemudian menyatakan Ahlul Bayt-ku maksum dari segala dosa.


Antara hadis-hadis tersebut menyatakan “Maka saya dan Ahlul Bayt-ku disucikan dari dosa”:

… ثم جعل القبائل بيوتاً فجعلني في خيرها بيتاً وذلك قوله عز وجل «إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيراً» فأنا وأهل بيتي مطهرون من الذنوب.


Rujukan-rujukan hadis di atas adalah seperti berikut:

-البيهقي، أبي بكر أحمد بن الحسين بن علي (متوفاى458هـ)، دلائل النبوة، ج1، ص171، طبق برنامه الجامع الكبير؛

-الفسوي، أبو يوسف يعقوب بن سفيان (متوفاى277هـ)، المعرفة والتاريخ، ج1، ص105، تحقيق: خليل المنصور، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت – 1419هـ- 1999م.

-الشجري الجرجاني، المرشد بالله يحيي بن الحسين بن إسماعيل الحسني (متوفاى499 هـ)، كتاب الأمالي وهي المعروفة -بالأمالي الخميسية، ج1، ص198، تحقيق: محمد حسن اسماعيل، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1422 هـ – 2001م؛

-السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، الدر المنثور، ج6، ص606، ناشر: دار الفكر – بيروت – 1993؛

-الشوكاني، محمد بن علي بن محمد (متوفاى1255هـ)، فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراية من علم التفسير، ج4، ص280، ناشر: دار الفكر – بيروت.

-الآلوسي البغدادي الحنفي، أبو الفضل شهاب الدين السيد محمود بن عبد الله (متوفاى1270هـ)، روح المعاني في تفسير القرآن العظيم والسبع المثاني، ج22، ص14، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.


Tahrīf riwayat di dalam cetakan terbaru:

Ketika As-Suyūṭī di dalam Al-Durrul Manthur, Shawkanī di dalam Fath al-Qādīr, Alūsī di dalam Rūhul Maʽānī menukilkan maṣādir riwayat seperti ini:

«وأخرج الحكيم الترمذى والطبرانى وابن مردويه وأبو نعيم والبيهقى معا فى الدلائل عن ابن عباس رضى الله عنهما»

Namun siasatan di dalam kitab Nawādir Al-Uṣūl Tirmidhi dan Muʽjam Kabīr Ṭabrānī cetakan terbaru menunjukkan teks ini telah dinukilkan semuanya kecuali rangkaikata

«فأنا وأهل بيتي مطهرون من الذنوب»

yang menyabitkan kemaksuman Ahlul Bait telah dihapuskan. Silakan anda merujuk kepada kitab tersebut:

الترمذي، محمد بن علي بن الحسن ابوعبد الله الحكيم (متوفاى360هـ)، نوادر الأصول في أحاديث الرسول صلي الله عليه وسلم، ج1، ص331، تحقيق: عبد الرحمن عميرة، ناشر: دار الجيل – بيروت – 1992م.

الطبراني، ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الكبير، ج3، ص56 و ج12، ص103، تحقيق: حمدي بن عبدالمجيد السلفي، ناشر: مكتبة الزهراء – الموصل، الطبعة: الثانية، 1404هـ – 1983م؛

Begitu juga Suyūṭi tidak lagi menukilkan rangkaikata tersebut di dalam Al-Khaṣā’iṣ Al-Kabīr dan Al-Ḥāwī Lil Fatawā. Silakan anda merujuk kitab tersebut:

السيوطي، جلال الدين أبو الفضل عبد الرحمن بن أبي بكر (متوفاى911هـ)، الخصائص الكبرى، ج1، ص65، ناشر:دار الكتب العلمية – بيروت – 1405هـ – 1985م.

همو: الحاوي للفتاوي في الفقه وعلوم التفسير والحديث والاصول والنحو والاعراب وسائر الفنون، ج2، ص200، تحقيق: عبد اللطيف حسن عبد الرحمن، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ – 2000م.

Ṣāliḥī Shāmī hanya menulis ayat Taṭhīr dengan perkataan «الآية» tanpa «ويطهركم تطهيراً»sahaja.


Rujukan:

الصالحي الشامي، محمد بن يوسف (متوفاى942هـ)، سبل الهدي والرشاد في سيرة خير العباد، ج1، ص235، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود وعلي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1414هـ.

Malangnya beberapa orang alim Sunni melakukan Tahrīf jikalau suatu riwayat jelas menunjukkan kemaksuman Ahlul Bait dan keimamahan mereka, agar orang yang dahagakan kebenaran tidak dapat menghilangkan haus mereka dari sumber jelas Ahlul Bait.

Oleh itu pendalilan ayat taṭhīr kembali kepada asas Islam dan Rasulullah (s.a.w) dan baginda sudah mengistinbāṭkan kemaksuman Ahlul Bait melalui ayat Taṭhīr.


Kamaksuman dari ayat Ūlī Al-’Amr

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا أَطيعُوا اللَّهَ وَ أَطيعُوا الرَّسُولَ وَ أُولِي الْأَمْرِ مِنْكُم. النساء/59.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ” Ūlī Al-’Amr” daripada kalangan kamu.

Salah satu ayat yang menyabitkan kemaksuman Nabi dan para Imam ialah ayat Ūlī Al-’Amr; kerana Allah (s.w.t) mewajibkan orang beriman mengikuti Ūlī Al-’Amr secara mutlak; iaitu mengikuti setiap arahan yang mereka berikan adalah wajib tanpa bertanya lagi.

Jikalaulah Ūlī Al-’Amr tidak maksum, kemungkinan mereka ini tidak sengaja atau terlupa dalam memberikan suatu arahan yang bertentangan dengan perintah Allah dan Rasulnya. Jikalau arahan dikeluarkan dalam keadaan tidak sengaja atau lupa ditaati, maka ia akan menyebabkan penderhakaan. Perkara ini sudah tentu bertentangan dengan pernyataan ayat tersebut kerana ketaatan kepada Ūlī Al-’Amr adalah wajib secara mutlak. Oleh itu tidak mungkin kita mengikuti arahan Ūlī Al-’Amr boleh menyebabkan penderhakaan melainkan Ūlī Al-’Amr itu hendaklah maksum dari sebarang kesalahan dan kesilapan.

Ulama Ahlusunnah seperti Fakhrul Rāzī, seorang ahli Tafsir tersohor Ahlusunnah turut memahami kemaksuman Ūlī Al-’Amr. Beliau mengatakan:

فثبت أن الله تعالى أمر بطاعة أولي الأمر على سبيل الجزم، وثبت أن كل من أمر الله بطاعته على سبيل الجزم وجب أن يكون معصوما عن الخطأ، فثبت قطعا أن أولي الأمر المذكور في هذه الآية لا بد وأن يكون معصوما.

الرازي الشافعي، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (متوفاى604هـ)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب، ج10، ص116، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ – 2000م.

Maka sabitlah perintah Allah tentang kemestian taat kepada Ūlī Al-’Amr, dan sabitlah juga setiap perintah Allah wajiblah hendaklah maksum dari kesalahan. Sudah tentu Ūlī Al-’Amr yang disebut di dalam ayat ini tidak boleh tidak maksum. – Al-Rāzī Al-Shāfī’ī, Fakhruddīn Muḥammad bin ʽUmar Al-Tamīmī (meninggal dalam tahun 604 Hijrah), Tafsir Al-Kabīr Aw Mafātīḥ Al-Ghayb, jilid 10, halaman 116.

Walau bagaimana pun ketaatan secara mutlak dalam perbahasan dalil akal akan diterangkan secara berasingan nanti.


Ketaatan pada Rasulullah dan para Imam secara mutlak

Allah (s.w.t) di dalam ayat 80 surah An-Nisā berfirman:

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَما أَرْسَلْناكَ عَلَيْهِمْ حَفيظاً.

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal.

Di dalam ayat ini Allah (s.w.t) mewajikan ketaatan terhadap-Nya dan Rasul-Nya. Firman ini merupakan perintah Mutlak dan ia adalah salah satu dalil naqlī terbaik untuk kemaksuman Nabi.

Perkara ini juga diterangkan di dalam riwayat secara umum dan khusus. Bukharī di dalam Ṣaḥīḥnya menukilkan:

حدثنا محمد بن سِنَانٍ حدثنا فُلَيْحٌ حدثنا هِلَالُ بن عَلِيٍّ عن عَطَاءِ بن يَسَارٍ عن أبي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قال كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إلا من أَبَى قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قال من أَطَاعَنِي دخل الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى.

البخاري الجعفي، ابوعبدالله محمد بن إسماعيل (متوفاى256هـ)، صحيح البخاري، ج6، ص2655، ح6851، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة – بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 – 1987.

Abu Hurayrah berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Setiap umatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang ingkar. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, siapakan yang ingkar? Baginda menjawab: Barangsiapa yang menaatiku, maka ia akan masuk syurga. Barangsiapa yang menderhakaiku maka ia telah ingkar. – Abū ʽAbduLlah Muḥammad bin Ismāʽīl (meninggal tahun 256 hijrah), Ṣaḥīḥ Al-Bukhārī, jilid 6 halaman 2655.

Oleh itu ketaatan mutlak kepada Rasulullah menurut ayat ini adalah wajib untuk semua orang sama seperti ketaatan kepada Allah (s.w.t). Ketaatan mutlak kepada mereka yang sama maksum denganbaginda adalah seperti yang ahli Tafsir terkenal Ahlusunnah Fakhrul Rāzī nyatakan:

قوله: «مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ» من أقوى الدلائل على أنه معصوم في جميع الأوامر والنواهي وفي كل ما يبلغه عن الله، لأنه لو أخطأ في شيء منها لم تكن طاعته طاعة الله وأيضا وجب أن يكون معصوما في جميع أفعاله، لأنه تعالى أمر بمتابعته في قوله: «فَاتَّبَعُوهُ» ( الأنعام: 153 155 ) والمتابعة عبارة عن الاتيان بمثل فعل الغير لأجل أنه فعل ذلك الغير، فكان الآتي بمثل ذلك الفعل مطيعاً لله في قوله: «فَاتَّبَعُوهُ» فثبت أن الانقياد له في جميع أقواله وفي جميع أفعاله، إلا ما خصه الدليل، طاعة لله وانقياد لحكم الله.

الرازي الشافعي، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (متوفاى604هـ)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب، ج10، ص154، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ – 2000م.


Firman Allah

«مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ»

adalah daripada dalil yang paling kuat tentang kemaksumannya di dalam seluruh perintah dan larangan, serta di dalam setiap apa yang disampaikannya daripada Allah. Kerana jikalau baginda tersalah dalam sesuatu daripadanya, maka ketaatan kepada baginda tidak menjadi ketaatan kepada Allah. Begitu juga wajiblah ia menjadi maksum dalam seluruh perbuatannya kerana Allah Taʽālā memerintahkan supaya baginda diikuti di dalam firmannya:

«فَاتَّبَعُوهُ» ( الأنعام: 153 155 ) dan perkataan «فَاتَّبَعُوهُ» adalah mengerjakan perbuatan baik seperti yang dilakukan oleh baginda. Oleh itu barangsiapa yang mengerjakan perbuatan seperti yang dilakukan oleh nabi, maka ia menaati Allah seperti mana di dalam firmannya: «فَاتَّبَعُوهُ»; kesimpulannya pengikutan mutlak di dalam seluruh kata-kata dan seluruh perbuatannya adalah ketaatan kepada Allah dan hukum-hukum Allah, melainkan apa yang dikhususkan untuk baginda dengan dalil. – Al-Rāzī Al-Shāfiʽī, Fakhruddīn Muḥammad bin ʽUmar Al-Tamīmī (meninggal pada tahun 604 Hijrah), Tafsīr Al-Kabīr Aw Mafātīḥ Al-Ghayb, jilid 10 halaman 154.

Walau bagaimana pun maksud Fakhruddīn Al-Rāzī tentang ‘yang dikhususkan untuk baginda dengan dalil’ ialah perkahwinan lebih dari empat perempuan dan ciri-ciri lain pada Rasulullah yang telah disabitkan dengan dalil-dalil bahawasanya umat Islam tidak boleh melaksanakannya.

Telah dinukilkan dari jalan umum dalam riwayat yang bersanad ṣaḥīḥ yang lain bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menyabitkan ketaatan mutlak untuk Imam setelahnya. Guru Al-Bukhārī, Ibnu Abī Shaybah di dalam kitab Muṣannaf menulis tentang ini:

حدثنا وكيع بن الجراح قال ثنا الأعمش عن أبي صالح عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أطاعني فقد أطاع الله ومن أطاع الإمام فقد أطاعني ومن عصاني فقد عصى الله ومن عصى الإمام فقد عصاني.

إبن أبي شيبة الكوفي، ابوبكر عبد الله بن محمد (متوفاى235 هـ)، الكتاب المصنف في الأحاديث والآثار، ج6، ص418، ح32529، تحقيق: كمال يوسف الحوت، ناشر: مكتبة الرشد – الرياض، الطبعة: الأولى، 1409هـ.

Abu Hurayrah menukilkan daripada Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barangsiapa yang taat padaku, maka ia taat pada Allah, barangsiapa yang taat kepada Imam, maka dia telah taat padaku, barangsiapa menderhakaiku maka ia telah menderhakai Allah, barangsiapa yang menderhakai Imam maka ia telah menderhakai Allah. – Ibnu Abī Shaybah al-Kūfī, Abū Bakar ʽAbduLlah bin Muḥammad (meninggal dalam tahun 235 Hijrah), Al-Kitāb Al-Muṣannaf Fī Al-Ahādīth Wa Al-Āthār, jilid 6 halaman 418.


Riwayat ini sahih menurut persanadannya. Walau bagaimana pun para perawi hadis tersebut akan di analisa sebaik mungkin:

Wakīʽ bin Jarrāh: Dhahabī menulis tentang beliau:

وكيع بن الجراح أبو سفيان الرؤاسي أحد الأعلام… قال أحمد ما رأيت أوعى للعلم منه ولا أحفظ..

الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، الكاشف في معرفة من له رواية في الكتب الستة، ج2، ص350، رقم: 6056، تحقيق محمد عوامة، ناشر: دار القبلة للثقافة الإسلامية، مؤسسة علو – جدة، الطبعة: الأولى، 1413هـ – 1992م.

Wakīʽ bin Jarrāh, salah seorang yang tersohor… Aḥmad mengatakan: saya tidak melihat lagi orang yang menyimpan dan menghafal ilmu sepertinya. – Al-Dhahabī Al-Shāfiʽī, Shamsuddīn Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin Aḥmad bin Uthmān (meninggal dalam tahun 748 Hijrah), Al-Kāshif Fī Maʽrifah Man Lahu Riwāyah Fī Al-Kutub Al-Sittah, jilid 2 halaman 350.


Sulaymān bin Mahrān Al-Aʽmash: Dhahabi mengatakan tentangnya sebagai:

سليمان بن مهران الحافظ أبو محمد الكاهلي الأعمش أحد الأعلام.

الكاشف ج1، ص464، رقم: 2132

Sulaymān biin Mahrān salah seorang yang masyhur. – Al-Kāshif, jilid 1 halaman 464.


Zakwān Abū Ṣāliḥ Al-Ziyāt: Dhahabī memperkenalkan beliau seperti berikut:

ذكوان أبو صالح السمان الزيات شهد الدار وروى عن عائشة وأبي هريرة وعنه بنوه عبد الله وسهيل وصالح والأعمش من الأئمة الثقات عند الأعمش عنه ألف حديث توفي بالمدينة سنة إحدى ومائة ع

الكاشف ج1، ص386، رقم: 1489

Zakwān Abū Ṣāliḥ adalah salah seorang pemimpin yang thīqah. – Al-Kāshif, jilid 1 halaman 464.


Dengan ini seluruh sanad tersebut adalah Ṣaḥīḥ.

Aḥmad bin Ḥanbal menukilkan di dalam musnadnya:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا أبو النَّضْرِ ثنا عُقْبَةُ يَعْنِى بن أبي الصَّهْبَاءِ ثنا سَالِمُ بن عبد اللَّهِ بن عُمَرَ ان عَبْدَ اللَّهِ بن عُمَرَ حدثه انه كان ذَاتَ يَوْمٍ عِنْدَ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مع نَفَرٍ من أَصْحَابِهِ فَأَقْبَلَ عليهم رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال يا هَؤُلاَءِ أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ انى رسول اللَّهِ إِلَيْكُمْ قالوا بَلَى نَشْهَدُ انك رسول اللَّهِ قال أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ في كِتَابِهِ من أطاعني فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ قَالَُوا بَلَى نَشْهَدُ انه من أَطَاعَكَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وان من طَاعَةِ اللَّهِ طَاعَتَكَ قال فإن من طَاعَةِ اللَّهِ أَنْ تطيعوني وان من طاعتي أَنْ تُطِيعُوا أَئِمَّتَكُمْ أَطِيعُوا أَئِمَّتَكُمْ فَإِنْ صَلَّوْا قُعُوداً فَصَلُّوا قُعُوداً.

الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج2، ص93، ح5679، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر.

ʽAbduLlah bin ʽUmar menceritakan tentang suatu hari beberapa orang sahabat bersama Rasulullah (s.a.w). Baginda datang dan bertanya: Tahukah kalian bahawa saya adalah utusan Allah kepada kalian? Mereka menjawab: Bahkan iya, kami menyaksikan sesungguhnya engkau utusan Allah. Baginda bertanya: Tidakkah kalian tahu sesungguhnya Allah menurunkan di dalam kitabnya, barangsiapa yang taat padaku, maka ia taat kepada Allah? Mereka menjawab: Bahkan iya, kami saksikan bahawa barangsiapa yang taat pada engkau maka ia taat pada Allah. Barangsiapa yang taat pada Allah maka ia pun taat padamu. Baginda bersabda: Jikalau taat pada Allah adalah taat kepadaku, maka kewajipan kalian ialah taat pada para Imam sehinggakan jika mereka solat secara duduk, maka kalian pun hendaklah solat secara duduk. – Al-Shaybānī Abū ʽAdiLlah Aḥmad bin Ḥanbal (meninggal pada tahun 241 Hijrah), Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 2 halaman 93.


Haythami setelah menukilkan riwayat ini berkata:

رواه أحمد والطبراني في الكبير ورجاله ثقات.

الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج2، ص67، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي – القاهرة، بيروت – 1407هـ.

Telah diriwayatkan oleh Aḥmad dan Al-Ṭabrānī di dalam al-Kabīr, rijalnya adalah thīqah.

Di dalam riwayat lain yang Ṣaḥīḥ sanadnya menurut Sunnī dan Syiah, Rasulullah (s.a.w) telah memperincikan wajibnya ketaatan kepada baginda secara mutlak. Sabda Rasulullah:

أيها الناس من عصى عليا فقد عصاني، ومن عصاني فقد عصى الله عز وجل، ومن أطاع عليا فقد أطاعني، ومن أطاعني فقد أطاع الله.

الصدوق، ابوجعفر محمد بن علي بن الحسين (متوفاى381هـ)، معاني الأخبار، ص372، ناشر: جامعه مدرسين، قم، اول، 1403 ق.

Wahai manusia, barangsiapa yang menderhaka kepada Ali, maka ia telah menderhaka kepada ku. Barangsiapa yang menderhaka kepada ku, maka ia telah menderhaka kepada ku. Barangsiapa yang taat kepada Ali maka ia telah taat kepada ku. Barangsiapa yang taat kepadaku maka ia taat kepada Allah. – Al-Ṣadūq, Abū Jaʽfar Muḥammad bin ʽAlī bin Ḥusayn (meninggal dalam tahun 381 Hijrah), Maʽānī Al-Akhbār, halmaan 372.


Riwayat ini juga telah dinukilkan dalam kitab Ahlusunnah dengan sanad yang Ṣaḥīḥ:

أخبرنا أبو أحمد محمد الشيباني من أصل كتابه ثنا علي بن سعيد بن بشير الرازي بمصر ثنا الحسن بن حماد الحضرمي ثنا يحيى بن يعلى ثنا بسام الصيرفي عن الحسن بن عمرو الفقيمي عن معاوية بن ثعلبة عن أبي ذر رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أطاعني فقد أطاع الله ومن عصاني فقد عصى الله ومن أطاع عليا فقد أطاعني ومن عصى عليا فقد عصاني.


Ḥakim Nishāburī mengatakan:

هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص131، ح4617، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ – 1990م.

Hadith ini mempunyai sanad yang Ṣaḥīḥ di mana kedua-dua Bukhārī dan Muslim tidak pernah mengeluarkannya. – Al-Ḥakim Al-Nishābūrī, Abū ʽAbduLlah Muḥammad bin ʽAbduLlah (meninggal pada tahun 405 Hijrah), Al-Mustadrak ʽAlā Al-Ṣaḥīḥayn, jilid 3 halaman 131.

Al-Dhahabī ketika meringkaskan riwayat dari Al-Mustadrak tersebut berkata:

صحيح.

المستدرك علي الصحيحين و بذيله التلخيص للحافظ الذهبي، ج3، ص121، طبعة مزيدة بفهرس الأحاديث الشريفة، دارالمعرفة، بيروت،1342هـ

Ṣaḥīḥ – Al-Mustadrak ʽAlā Al-Ṣaḥīḥayn, jilid 3 halaman 121.


Sementara itu golongan Ahlusunnah mempunyai kepercayaan bahawa jikalau suatu ḥadīth datang dari kitab Al-Mustadrak Al-Hakim, maka ḥadīth tersebut setara dengan riwayat dalam kitab Bukhārī dan Muslim.

Kesimpulannya, seperti yang dijelaskan oleh ulama Sunnī Fakhrul Rāzī ketaatan mutlak kepada Rasulullah (s.a.w) sama seperti menaati Allah (s.w.t) dan beliau juga telah membuktilkan kemaksuman baginda (s.a.w). Selain itu menurut sanad yang Ṣaḥīḥ dari sumber Ahlusunnah dan Syiah, ketaatan kepada ʽAlī bin Abī Ṭālib sama seperti ketaatan mutlak kepada Nabi (s.a.w) dan Allah (s.w.t) dan ia juga merupakan dalil yang paling kuat tentang kemaksuman beliau.


Kemaksuman dalam ayat Lā Yanālu ʽAhd Az-Zālimīn

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ. البقره / 124.


Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga daripada keturunanku (Imam)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.” – Surah Al-Baqarah ayat 124.

Ayat ini menyabitkan bahawa Allah (s.w.t) menjadikan maqam Imamah sebagai maqam yang paling tinggi di atas maqam Nubuwwah. Selain itu ia menyabitkan juga tentang kemaksuman para Imam kerana Ibrahim (a.s) sudah pun menjadi seorang Nabi, dilantik pula menjadi seorang Imam. Tatkala sampai ke maqam Imamah, baginda melihat keagungan dan kebesaran maqam ini, lantas baginda memohon daripada Allah supaya dikurniakan juga martabat ini kepada zuriatnya. Namun Allah (s.w.t) memberikan jawapan mutlak kepada Khalilnya iaitu janji-Ku ini tidak akan diperolehi orang yang zalim.

Ini bermaksud maqam Imamah hanya dikhususkan kepada mereka yang tidak melakukan kezaliman sepanjang riwayat hidupnya. Untuk membuktikan kemaksuman daripada ayat ini, kita memerlukan sedikit mukadimah yang ringkas iaitu:


Penggunaan kalimah Imam dalam ayat tersebut:

Di dalam ayat ini, Allah (s.w.t) menggunakan kalimah Imam yang bermaksud pemimpin dan «من يؤتم به». Perlu diketahui bahawa maknanya ialah orang ramai mempunyai tanggungjawab mengikutinya secara mutlak dalam seluruh urusan hidup, ucapan, perbuatan, akhlak, akidah dan lain-lain lagi. Individu seperti ini hendaklah maksum dari sebarang kesalahan dan kesilapan di mana kita akan lanjutkan nanti subjek ini di dalam perbahasan dalil ʽAqlī nanti.

Fakhrul Rāzī, seorang ahli tafsir tersohor Ahlusunnah berkata bahawa kemaksuman adalah perlu untuk Imam:

المسألة الرابعة: قوله: «إِنّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا» يدل على أنه عليه السلام كان معصوماً عن جميع الذنوب لأن الإمام هو الذي يؤتم به ويقتدى، فلو صدرت المعصية منه لوجب علينا الاقتداء به في ذلك، فيلزم أن يجب علينا فعل المعصية وذلك محال لأن كونه معصية عبارة عن كونه ممنوعاً من فعله وكونه واجباً عبارة عن كونه ممنوعاً من تركه والجميع محال.

الرازي الشافعي، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (متوفاى604هـ)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب، ج4، ص37، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ – 2000م.

Masalah ke-empat: Firman-Nya: “Sesungguhnya Aku jadikan engkau Imam untuk manusia” menunjukkan baginda (a.s) maksum dari seluruh dosa kerana Imam ialah orang yang ditaati dan diikuti. Jikalau ia melakukan maksiat maka wajib ke atas kita untuk mengikutinya di dalam perbuatan maksiat tersebut. Ianya mustahil kerana maksiat ialah sesuatu yang dilarang dari melakukannya. Andainya melakukan maksiat itu wajib, maka meninggalkannya juga dilarang. Namun semua andaian ini mustahil.


Apakah makna Imāmah?

Sebahagian ulama Sunnī berusaha untuk membuktikan maksud “Sesungguhnya Aku jadikan engkau Imām untuk manusia” hanyalah maqam risalah semata-mata, orang ramai bertanggung jawab mengikuti Imām. Menurut golongan ini, kita wajib taat kepada para nabi, oleh itu makna Imām di sini ialah kenabian, bukan Imām yang dimaknai oleh golongan Syiah.

Sangat jelas pandangan tersebut tidak dapat diterima kerana kerana tidak dapat dinafikan, setelah bertahun-tahun nabi Ibrahim (a.s) diuji dengan percubaan besar seperti penyembelihan Ismāʽīl, dilempar ke dalam api, meninggalkan Ismāʽīl di gurun sahara dan lain-lain lagi ujian, akhirnya baginda telah diberikan sebuah kedudukan baru yang bukan dari maqam Nubuwwah di zaman kenabian baginda. Lagipun setelah mendapat kedudukan Imām, baginda lantas memohon kedudukan ini daripada Allah untuk keturunannya. Jikalau makna Imam dalam ini adalah kenabian, maka tidak ada maknalah nabi Ibrāhim dijadikan nabi untuk manusia buat kali kedua.


ʽAllamah Ṭabāṭaba’ī menulis tentang perkara ini:

قوله تعالى: إِنِّي جاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِماماً، أي مقتدى يقتدي بك الناس، و يتبعونك في أقوالك و أفعالك، فالإمام هو الذي يقتدي و يأتم به الناس، و لذلك ذكر عدة من المفسرين أن المراد به النبوة، لأن النبي يقتدي به أمته في دينهم، قال تعالى: «وَ ما أَرْسَلْنا مِنْ رَسُولٍ، إِلَّا لِيُطاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ»: النساء- 63، لكنه في غاية السقوط.

أما أولا: فلأن قوله: إِماماً، مفعول ثان لعامله الذي هو قوله:

جاعِلُكَ و اسم الفاعل لا يعمل إذا كان بمعنى الماضي، و إنما يعمل إذا كان بمعنى الحال أو الاستقبال فقوله، إِنِّي جاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِماماً، وعد له ع بالإمامة في ما سيأتي، مع أنه وحي لا يكون إلا مع نبوة، فقد كان (ع) نبيا قبل تقلده الإمامة، فليست الإمامة في الآية بمعنى النبوة (ذكره بعض المفسرين.)

و أما ثانيا: فلأنا بينا في صدر الكلام: أن قصة الإمامة، إنما كانت في أواخر عهد إبراهيم ع بعد مجيء البشارة له بإسحق و إسماعيل، و إنما جاءت الملائكة بالبشارة في مسيرهم إلى قوم لوط و إهلاكهم، و قد كان إبراهيم حينئذ نبيا مرسلا، فقد كان نبيا قبل أن يكون إماما فإمامته غير نبوته.

طباطبايى، سيد محمد حسين (متوفاى 1412هـ)، الميزان فى تفسير القرآن، ج1، ص271، ناشر: منشورات جماعة المدرسين في الحوزة العلمية في قم المقدسة، الطبعة: الخامسة، 1417هـ.


Firman Allah (s.w.t):

(إِنِّى جاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِماماً)

Imām ialah yang diikuti dan pemimpin di mana orang ramai mematuhinya dalam ucapan dan perbuatan. Oleh kerana itu beberapa ahli tafsir mengatakan: Makna Imāmah ialah Nubuwwah kerana nabi juga adalah orang yang diikuti umatnya dalam agama. Allah (s.w.t) berfirman:

وَ ما أَرْسَلْنا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ

(dan tidak kami utuskan rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah).


Namun ia tidak diterima dengan beberapa dalil:

1. Kalimah Imām adalah Mafʽūl Al-Thānī untuk ʽĀmil-nya, dan ʽĀmil-nya ialah kalimah (جاعلك). Isim Fāʽil tidak akan diletakkan pada makna yang sebelumnya (الماضي) dan ia praktikal pada makna Ḥāl atau Istiqbāl. Maka firman-Nya إِنِّي جاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِماماً menurut kaedah ini adalah janji kedudukan Imāmah untuk baginda untuk akan datang bersama wahyu, bukan Nubuwwah. Sesungguhnya sebelum Imāmah ini sampai, baginda adalah seorang Nabī. Maka Imāmah di dalam ayat tersebut bukanlah bermakna Nubuwwah (menurut sebahagian ahli tafsir).
2. Peristiwa keimāmahan Nabi Ibrahim (a.s) terjadi di penghujung usianya dan setelah datang khabar gembira tentang Isḥāq dan Ismāʽīl. Malaikat telah datang bersama khabar gembira di dalam perjalanan kepada kaum Lūṭ dan kehancuran mereka, sesungguhnya Ibrāhīm adalah Nabi yang diutuskan. Baginda sudah menjadi Nabi sebelum menjadi Imām, maka keimamahan bagida bukanlah kenabian. – Ṭabāṭabā’ī, Sayyid Muḥammad Ḥusayn (meninggal pada tahun 1412 Hijrah), Al-Mīzān Fī Tafsīr Al-Qurān, jilid 1 halaman 271.


Shaykh Al-Kulaynī menukilkan hadis daripada Imām Bāqir (a.s):

عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ زِيَادٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْحُسَيْنِ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ أَبِي السَّفَاتِجِ عَنْ جَابِرٍ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ عليه السلام قَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ: إِنَّ اللَّهَ اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ عَبْداً قَبْلَ أَنْ يَتَّخِذَهُ نَبِيّاً وَاتَّخَذَهُ نَبِيّاً قَبْلَ أَنْ يَتَّخِذَهُ رَسُولًا وَاتَّخَذَهُ رَسُولًا قَبْلَ أَنْ يَتَّخِذَهُ خَلِيلًا وَاتَّخَذَهُ خَلِيلًا قَبْلَ أَنْ يَتَّخِذَهُ إِمَاماً فَلَمَّا جَمَعَ لَهُ هَذِهِ الْأَشْيَاءَ وَقَبَضَ يَدَهُ قَالَ لَهُ: يَا إِبْرَاهِيمُ إِنِّي جاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِماماً فَمِنْ عِظَمِهَا فِي عَيْنِ إِبْرَاهِيمَ عليه السلام قَالَ: يَا رَبِّ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قالَ: لا يَنالُ عَهْدِي الظَّالِمِين.

الكليني الرازي، أبو جعفر محمد بن يعقوب بن إسحاق (متوفاى328 هـ)، الأصول من الكافي، ج1 ص175، ناشر: اسلاميه، تهران، الطبعة الثانية،1362 هـ.ش.

Jābir berkata: Saya mendengar Imām Bāqir berkata: Sesungguhnya Allah mengambil Ibrāhīm sebagai hamba sebelum mengambilnya sebagai Nabi, dan menjadikannya Nabi sebelum mengambilnya sebagai Rasul, dan menjadikannya Rasul sebelum mengambilnya sebagai Khalīl, dan menjadikannya Khālil sebelum mengambilnya sebagai Imām. Imām mengumpulkan lima jarinya (untuk dijadikan contoh kelima-lima maqam ini), dikatakan kepada Ibrāhīm: “Wahai Ibrāhīm, sesungguhnya Aku jadikan kamu Imām bagi manusia”. Dengan kebesaran kedudukan ini di mata Ibrāhīm (a.s), baginda berkata, “Ya Allah, daripada keturunanku?”. Allah (s.w.t) berfirman, “Janjiku ini tidak akan sampai kepada orang yang zalim”. – Al-Kulaynī, Abū Jaʽfar Muḥammad bin Yaʽqūb bin Isḥāq (wafat tahun 328 hijrah), Uṣūl min Al-Kāfī, jiid 1 halaman 175.


Maksud ʽAhdī adalah maqam Imāmah, bukan maqam risālah

Tidak dapat dinafikan lagi, kalimah ʽAhdī menunjukkan Allah tidak akan memberikan maqam Imāmah ini kepada orang yang zalim seperti mana yang diiktiraf oleh para mufassir dan ulama Ahlusunnah seperti Fakhrul Rāzī di dalam tafsirnya mengatakan:

(لاَ يَنَالُ عَهْدِي) جواباً لقوله (وَمِن ذُرِّيَّتِي) وقوله (وَمِن ذُرِّيَّتِي) طلب للإمامة التي ذكرها الله تعالى فوجب أن يكون المراد بهذا العهد هو الإمامة ليكون الجواب مطابقاً للسؤال.

الرازي الشافعي، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (متوفاى604هـ)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب، ج4، ص39، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ – 2000م.


Ayat:

(لاَ يَنَالُ عَهْدِي)

adalah jawapan kepada (وَمِن ذُرِّيَّتِي), Ibrahīm dalam ayat ini memohon kedudukan Imāmah yang telah disebut oleh Allah (s.w.t), maka wajiblah maksud ʽAhdī di sini ialah Al-Imāmah sebagai jawapan kepada soalan. – Al-Rāzī Al-Shāfīʽī, Fakhruddīn Muḥammad bin ʽUmar Al-Tamīmī (meninggal pada tahun 604 Hijrah), Al-Tafsīr Al-Kabīr Aw Mafātīh Al-Ghayb, jilid 4 halaman 39.


Bayḍāwī, salah seorang ulama tafsir Ahlusunnah di dalam tafsir tentang:

«لاَ يَنَالُ عَهْدِى الظَّالِمِينَ»

berkata:








إجابة إلى ملتمسه وتنبيه على أنه قد يكون من ذريته ظلمة وأنهم لا ينالون الإمامة لأنها أمانة من الله تعالى وعهد والظالم لا يصلح لها وإنما ينالها البررة الأتقياء منهم وفيه دليل على عصمة الأنبياء من الكبائر قبل البعثة وأن الفاسق لا يصلح للإمامة.


البيضاوي، ناصر الدين ابوالخير عبدالله بن عمر بن محمد (متوفاى685هـ)، أنوار التنزيل وأسرار التأويل (تفسير البيضاوي)، ج1، ص398، ناشر: دار الفكر – بيروت.




Ayat





«قال لا ينال عهدي الظالمين»




adalah jawapan kepada permintaan Ibrāhīm (a.s) dan mengingatkan beliau bahawa maqam Imāmah tidak akan sampai kepada orang yang zalim daripada keturunan baginda. Ini disebabkan kedudukan Imāmah adalah amanah Allah dan janji-Nya, manakala orang yang zalim tidak mempunyai kelayakan. Maka hanya insan yang suci dan bertaqwa daripada keturunannya sahaja yang akan sampai kepada maqam Imāmah ini. Ayat ini adalah dalil terhadap kemaksuman para nabi daripada segala dosa besar sebelum Biʽthah. Orang yang fāsiq tidak layak untuk Imāmah. – Al-Baḍawī, Nāsiruddīn Abul Khayr ʽAbduLlah bin ʽUmar bin Muḥammad (meninggal pada tahun 685 Hijrah), Anwār Al-Tanzīl Wa Asrār Al-Ta’wīl (Tafsīr Al-Bayḍāwī) jilid 1 halaman 398.




Ibnu Kathīr Al-Dimashqī di dalam tafsirnya turut mengatakan:





لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ يقول تعالى منبهاً على شرف إبراهيم خليله (عليه السلام) وان الله جعله إماما للناس


ابن كثير الدمشقي، ابوالفداء إسماعيل بن عمر القرشي (متوفاى774هـ)، تفسير القرآن العظيم، ج1، ص165، ناشر: دار الفكر – بيروت – 1401هـ.




Firman Allah (s.w.t) menegaskan kemuliaan Khalīl-Nya dan menjadikan baginda Imām kepada manusia. – Ibnu Kathīr Al-Dimashqī, Abul Fidā’ Ismāʽīl bin ʽUmar Al-Qarasī (meninggal pada tahun 774 Hijrah), Tafsīr Al-Qurān Al-ʽAẓīm, halaman 165.







Apakah makna zalim dalam ayat tersebut?




Setelah kita menyusuri mukadimah perbahasan ini, pertanyaan yang timbul sekarang ialah: Apakah makna zalim dalam ayat tersebut. Apakah ia meliputi kezaliman orang lain atau hanya termasuk dalam kezaliman nafs iaitu dosa kecil dan besar Miṣdāq zarah kezaliman terhadap nafs?




Tidak dapat dinafikan bahawa dosa dan penderhakaan terhadap perintah-perintah Allah terhitung sebagai kezaliman sebagaimana yang telah Allah (s.w.t) berfirman:





وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ. الطلاق / 1.




Barang siapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. – Al-Ṭalāq ayat 1.




Dalam pandangan riwayat, sekurang-kurangnya martabat dosa ialah zalim pada diri sendiri; iaitu jikalau seseorang itu melakukan dosa satu kali sepanjang riwayat hidupnya, maka hal ini akan menjadi Miṣdāq kepada zalim. Manakala janji Allah ini tidak akan terkena kepada orang yang zalim. Oleh itu Imām hendaklah maksum.




Shaykh Sādūq menulis tentang hal ini seperti berikut:





وَقَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ «لا يَنالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ» عَنَى بِهِ أَنَّ الْإِمَامَةَ لَا تَصْلُحُ لِمَنْ قَدْ عَبَدَ صَنَماً أَوْ وَثَناً أَوْ أَشْرَكَ بِاللَّهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ وَإِنْ أَسْلَمَ بَعْدَ ذَلِكَ وَالظُّلْمُ وَضْعُ الشَّيْءِ فِي غَيْرِ مَوْضِعِهِ وَأَعْظَمُ الظُّلْمِ الشِّرْكُ. قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ «إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ» وَكَذَلِكَ لَا تَصْلُحُ الْإِمَامَةُ لِمَنْ قَدِ ارْتَكَبَ مِنَ الْمَحَارِمِ شَيْئاً صَغِيراً كَانَ أَوْ كَبِيراً وَإِنْ تَابَ مِنْهُ بَعْدَ ذَلِكَ وَكَذَلِكَ لَا يُقِيمُ الْحَدَّ مَنْ فِي جَنْبِهِ حَدٌّ فَإِذَا لَا يَكُونُ الْإِمَامُ إِلَّا مَعْصُوماً وَلَا تُعْلَمُ عِصْمَتُهُ إِلَّا بِنَصِّ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِ صلي الله عليه وآله لِأَنَّ الْعِصْمَةَ لَيْسَتْ فِي ظَاهِرِ الْخِلْقَةِ فَتَرَى كَالسَّوَادِ وَالْبَيَاضِ وَمَا أَشْبَهَ ذَلِكَ وَهِيَ مَغِيبَةٌ لَا تُعْرَفُ إِلَّا بِتَعْرِيفِ عَلَّامِ الْغُيُوبِ عَزَّ وَجَل.


الصدوق، ابوجعفر محمد بن علي بن الحسين (متوفاى381هـ)، معاني الأخبار، ص131، ناشر: جامعه مدرسين، قم، اول، 1403 ق.


همو: الخصال، ص310، تحقيق: علي أكبر الغفاري، ناشر: جماعة المدرسين في الحوزة العلمية ـ قم، 1403هـ ـ 1362ش




Firman Allah:




«لا يَنالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ»




bermakna Imāmah tidak layak untuk orang yang menyembah berhala, atau selain Allah atau juga syirik dengan Allah walaupun dengan sekelip mata, walau pun setelah itu ia masuk Islam kembali. Zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya manakala syirik adalah zalim yang paling besar. Allah (s.w.t) berfirman tentang ini:





«إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ»




Oleh itu maqam Imamah tidak layak untuk orang yang melakukan sesuatu pekerjaan haram, samada kecil atau besar meskipun setelah itu ia bertaubat. Begitu juga orang perlu dihukum Had, tidak boleh melakukan hukum Had ke atas orang lain. Dengan ini Imām perlu maksum dan ia tidak diketahui melainkan dengan Naṣ Ilahi melalui lisan Nabi-Nya (s.a.w), kerana kemaksuman bukanlah pada penampilan zahir manusia, dan bukanlah seperti hitam dan putih yang dilihat dengan mata, bahkan kemaksuman adalah sifat tersembunyi. Ia tidak dapat dikenal melainkan dengan pengenalan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib. – Al-Ṣadūq, Abū Jaʽfar Muḥammad bin ʽAlī bin Al-Ḥusayn (meninggal pada tahun 381 Hijrah) Maʽānī al-Akhbār, halaman 131.




Sebahagian daripada tokoh-tokoh Ahlusunnah juga langsung menyebut bahawa manusia fāsiq tidak dijanjikan kedudukan Imāmah. Abū Bakr Jaṣṣaṣ Al-Rāzī menulis tentang ini:





فثبت بدلالة هذه الآية بطلان إمامة الفاسق وأنه لا يكون خليفة وأن من نصب نفسه في هذا المنصب وهو فاسق لم يلزم الناس اتباعه ولا طاعته.


الجصاص الرازي الحنفي، أبو بكر أحمد بن علي (متوفاى370هـ)، أحكام القرآن، ج1، ص86، تحقيق: محمد الصادق قمحاوي، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت – 1405هـ.




Maka sabitlah dalil-dalil ayat ini tentang kebatilan Imāmāh untuk orang yang fāsiq kerana ia tidak boleh menjadi khalifah. Jikalau orang yang fāsiq melantik dirinya dengan gelaran ini, manusia tidaklah wajib taat kepadanya. – Al-Jaṣāṣ Al-Rāzī Al-Ḥanafī, Abū Bakr Aḥmad bin ʽAlī (meninggal pada tahun 370 Hijrah), Aḥkām Al-Qur’ān, jilid 1, halaman 86.




Menariknya, salah seorang sejarawan besar Ahlusunnah bernama Ibnu ʽAyyinah beranggapan bahawa perlantikan orang yang zalim sebagai Imām seumpama melantik serigala menjadi gembala:





وعن ابن عيينة لا يكون الظالم إماما قط وكيف يجوز نصب الظالم للإمامة والإمام إنما هو لكف الظلمة فإذا نصب من كان ظالما في نفسه فقد جاء المثل السائر من استرعى الذئب ظلم.


الزمخشري الخوارزمي، ابوالقاسم محمود بن عمرو بن أحمد جار الله (متوفاى538هـ)، الكشاف عن حقائق التنزيل وعيون الأقاويل في وجوه التأويل، ج1، ص211، تحقيق: عبد الرزاق المهدي، بيروت، ناشر: دار إحياء التراث العربي.


النسفي، أبو البركات عبد الله ابن أحمد بن محمود (متوفاى710هـ)، تفسير النسفي، ج1، ص69، طبق برنامه الجامع الكبير.


أبي حيان الأندلسي، محمد بن يوسف (متوفاى745هـ)، تفسير البحر المحيط، ج1، ص549، تحقيق: الشيخ عادل أحمد عبد الموجود – الشيخ علي محمد معوض، شارك في التحقيق 1) د.زكريا عبد المجيد النوقي 2) د.أحمد النجولي الجمل، ناشر: دار الكتب العلمية – لبنان/ بيروت، الطبعة: الأولى، 1422هـ -2001م.




Dairipada Ibnu ʽAyyinah yang berkata: Orang zalim tidak akan menjadi Imām. Bagaimana orang yang zalim dibolehkan menjadi Imam sedangkan falsafah kewujudan Imām ialah menghalang kezaliman. Jikalau seseorang yang zalim dilantik menjadi Imām, ia diumpamakan kezaliman melantik serigala menjadi gembala.




– Al-Zamakhsharī, Abul Qāsim Maḥmud bin ʽAmrū bin Aḥmad JāraLlah (meninggal tahun 538 Hijrah), Al-Kāshshāf ʽAn Ḥaqā’iq Al-Tanzil Wa ʽUyūn Al-Aqāwīl Fī Wujūh Al-Ta’wīl, jilid 1 halaman 211; Al-Nasafī, Abū Al-Barakāt ʽAbduLlah Ibn Aḥmad bin Maḥmud (meninggal pada tahun 710 Hijrah) Tafsīr Al-Nafasī, jilid 1 halaman 69; Abī Hayyān Al-Andalusī, Muḥammad bin Yūsuf (meninggal pada tahun 745), Tafsīr Al-Bahr Al-Muḥīṭ, jilid 1 halaman 549.




Zamakhshārī di dalam kitab Al-Kashāf menulis:





«لا ينال عهدي الظالمين» وقرىء ( الظالمون ) أي من كان ظالما من ذريتك لا يناله استخلافي وعهدي اليه بالإمامة وإنما ينال من كان عادلا بريئا من الظلم وقالوا في هذا دليل على ان الفاسق لا يصلح للإمامة.


الزمخشري الخوارزمي، ابوالقاسم محمود بن عمرو بن أحمد جار الله (متوفاى538هـ)، الكشاف عن حقائق التنزيل وعيون الأقاويل في وجوه التأويل، ج1، ص211، تحقيق: عبد الرزاق المهدي، بيروت، ناشر: دار إحياء التراث العربي.


«لا ينال عهدي الظالمين»




Sebahagian orang yang zalim disebut dengan makna: Mereka yang zalim daripada keturunan kamu, pengganti dan janji-Ku untuk kedudukan Imām tidak akan sampai kepadanya. Kedudukan tersebut hanya akan sampai kepada mereka yang adil iaitu bebas dari kezaliman. Mereka mengatakan ini adalah dalil bahawa orang yang fāsiq tidak berhak untuk Imāmah. – Al-Zamakhsharī, Abul Qāsim Mahmūd bin ʽAmrū bin Aḥmad JāraLlah (meninggal pada tahun 538 Hijrah), Al-Kāshif ʽAn Ḥaqā’iq Al-Tanzīl Wa ʽUyūn Al-Aqāwīl Fī Wujūh Al-Ta’wīl, jilid 1 halaman 211




Bayḍāwī berkata:





«قال لا ينال عهدي الظالمين» إجابة إلى ملتمسه وتنبيه على أنه قد يكون من ذريته ظلمة وأنهم لا ينالون الإمامة لأنها أمانة من الله تعالى وعهد والظالم لا يصلح لها وإنما ينالها البررة الأتقياء منهم وفيه دليل على عصمة الأنبياء من الكبائر قبل البعثة وأن الفاسق لا يصلح للإمامة.


البيضاوي، ناصر الدين ابوالخير عبدالله بن عمر بن محمد (متوفاى685هـ)، أنوار التنزيل وأسرار التأويل (تفسير البيضاوي)، ج1، ص397 ـ 398، ناشر: دار الفكر – بيروت.




Ayat «قال لا ينال عهدي الظالمين» adalah jawapan kepada permintaan Ibrāhīm (a.s) dan mengingatkan beliau bahawa maqam Imāmah tidak akan sampai kepada orang yang zalim daripada keturunan baginda. Ini disebabkan kedudukan Imāmah adalah amanah Allah dan janji-Nya, manakala orang yang zalim tidak mempunyai kelayakan. Maka hanya insan yang suci dan bertaqwa daripada keturunannya sahaja yang akan sampai kepada maqam Imāmah ini. Ayat ini adalah dalil terhadap kemaksuman para nabi daripada segala dosa besar sebelum Biʽthah. Orang yang fāsiq tidak layak untuk Imāmah. –Al-Baḍawī, Nāsiruddīn Abul Khayr ʽAbduLlah bin ʽUmar bin Muḥammad (meninggal pada tahun 685 Hijrah), Anwār Al-Tanzīl Wa Asrār Al-Ta’wīl (Tafsīr Al-Bayḍāwī) jilid 1 halaman 398.




Keputusannya, Ahlul Bayt adalah maksum menurut empat ayat ini.

Kemaksuman para Imām dalam hadith Rasulullah (s.a.w):

Terdapat banyak riwayat-riwayat di dalam kitab-kitab Syiah dan Sunni yang menyabitkan kemaksuman para Imām Ahlul Bayt. Antara hadis tersebut ialah «ثقلين» dan «على مع الحق».







Hadis Al-Thaqalayn




Hadis Thaqalayn merupakan riwayat yang mutawātir di dalam kitab Ahlusunnah yang paling Ṣaḥīḥ dan ulama Sunnī turut mengistiharkan keṣaḥīḥannya.




Ahmad bin Ḥanbal di dalam musnadnya menulis:





حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا بن نُمَيْرٍ ثنا عبد الْمَلِكِ بن أبي سُلَيْمَانَ عن عَطِيَّةَ العوفي عن أبي سَعِيدٍ الخدري قال قال رسول اللَّهِ (ص) اني قد تَرَكْتُ فِيكُمْ ما ان أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بعدي الثَّقَلَيْنِ أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إلى الأَرْضِ وعترتي أَهْلُ بيتي الا وانهما لَنْ يَفْتَرِقَا حتى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ.


الشيباني، ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج3، ص59، ح11578، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر.




Abū Saʽid al-Khudrī mengatakan: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian, dua perkara beharga yang menyebabkan kalian tidak akan sesat selama-lamanya dengannya setelah pemergianku. Salah satu daripada keduanya lebih besar dari kitab yang lain, iaitu kitab Allah sebagai tali yang berhubungan dari langit ke bumi. Dan Itrah Ahlulbaitku, keduanya tidak akan berpisah sehingga menemuiku di Al-Ḥawd. – Al-Shaybānī, Abū ʽAbdiLlah Aḥmad bin Ḥanbal (meninggal pada tahun 241 Hijrah), Musnad Aḥmad, jilid 3 halaman 59.




Ibnu Kathir Dimashqī di dalam tafsirnya mengatakan tentang riwayat ini sebagai berikut:





وقد ثبت في الصحيح (م 2408) أن رسول الله(ص) قال في خطبة بغدير خم إن تارك فيكم الثقلين كتاب الله وعترتي وإنهما لم يفترقا حتى يردا علي الحوض.


ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر ابوالفداء القرشي (متوفاي774هـ)، تفسير القرآن العظيم، ج3، ص404، ناشر: دار الفكر – بيروت – 1401هـ.




Telah terbukti di dalam Al-Ṣaḥīḥ (Muslim), sesungguhnya RasuluLlah (s.a.w) bersabda di dalam khutbah Ghadīr Khum, “Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara beharga, iaitu kitab Allah dan ʽItrahku. Keduanya tidak akan berpisah sehingga menemuiku di Al-Hawd. – Ibnu Kathir Al-Dimashqī, Ismāʽīl bin ʽUmar Abul Fidā’ (meninggal pada tahun 774 Hijrah), tafsir Al-Qur’ān Al-ʽAẓīm, jilid 3 halaman 404.




Di tempat lain beliau berkata:






قال شيخنا أبو عبد اللّه الذهبي: وهذا حديث صحيح.


ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر القرشي أبو الفداء، البداية والنهاية، ج5، ص209، ناشر: مكتبة المعارف – بيروت.




Telah berkata Shaykh kami, Abū ʽAbduLlah Al-Dhahabī: Hadis ini Ṣaḥīḥ. – Ibnu Kathīr Al-Dimashqī, Ismāʽīl bin ʽUmar Al-Qurashī Abul Fidā’, Al-Bidāyah Wal Nihāyah, jilid 5 halaman 209.




Muḥammad Nāṣir Al-Bānī yang digelar oleh golongan Wahabi sebagai ‘Al-Bukhārī di zamannya’, di dalam kitab Jāmiʽ Al-Shaghir, jilid 2 halaman 217, hadis ke-2554, telah menṣaḥīḥkan hadis tersebut.







Riwayat ini menyabitkan kemaksuman Ahlul Bayt dari beberapa sisi:




1. Riwayat ini menunjukkan Rasulullah (s.a.w) mewajibkan seluruh umat Islam untuk taat secara mutlak kepada Al-Qur’ān dan Ahlul Bayt.




Dalam perbahasan Ulil Amr sebelum ini telah disabitkan tentang perintah ketaatan mutlak dan dalil-dalil kemaksuman, maka mustahillah Allah (s.w.t) memberi perintah ketaatan itu kepada orang yang Dia ketahui mempunyai kemungkinan melakukan kesalahan dan kesilapan dalam ucapannya, dan kepada orang yang berkemungkinan akan melakukan perkara yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan Rasul-Nya.




2. Rasulullah (s.a.w) bersabda dalam riwayat ini





«وانهما لم يفترقا حتى يردا على الحوض»;




iaitu Al-Qur’ān dan Ahlul Bayt tidak akan bertentangan antara satu sama lain.




Kata-kata ini turut menyabitkan kemaksuman Ahlul Bayt; kerana jikalau Ahlul Bayt melakukan dosa dan kesalahan, saat itu ia sudah berpisah dengan al-Qur’ān. Jikalau ada orang yang percaya bahawa Ahlul Bayt boleh terpisah dengan Al-Qur’ān, maka ia telah menuduh Rasulullah (s.a.w) sebagai pendusta.




3. Rasulullah (s.a.w) di dalam riwayat ini memperkenalkan bahawa berpegang dengan kitab Allah (Al-Qur’ān) akan menyelamatkan diri dari kesesatan. Sabda baginda: «ما ان أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بعدي»; oleh kerana itu taat kepada Ahlul Bayt juga menyelamatkan diri dari kesesatan. Oleh yang demikian itu kemaksuman turut disabitkan kepada Ahlul Bayt (a.s).




Taftāzanī di dalam Syarh Al-Maqāṣid menerangkan tentang perkara ini:





ألا يرى أنه صلى الله عليه وسلم قرنهم بكتاب الله في كون التمسك بهما منقذا من الضلالة ولا معنى للتمسك بالكتاب إلا الأخذ بما فيه من العلم والهداية فكذا في العترة ولهذا قال النبي صلى الله عليه وسلم من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه.


التفتازاني، سعد الدين مسعود بن عمر بن عبد الله (متوفاى 791هـ)، شرح المقاصد في علم الكلام، ج2، ص303، ناشر: دار المعارف النعمانية – باكستان، الطبعة: الأولى، 1401هـ – 1981م.




Tidakkah Nabi (s.a.w) menyambungkan Ahlul Bayt dengan kitab Allah di mana berpegang teguh dengan keduanya menyebabkan keselamatan dari kesesatan? Berpegang teguh dengan kitab Allah tidaklah makna melainkan penerimaan ilmu dan hidayah dari dalamnya. Dengan ini sabda Nabi (s.a.w): “Barangsiapa yang diperlambat oleh amal perbuatannya maka nasabnya tidak boleh mempercepatnya”. – Al-Taftazānī, Saʽd Al-Dīn Masʽūd bin ʽUmar bin ʽAbduLlah (meninggal pada tahun 791 Hijrah), Sharh Al-Maqāṣid Fi ʽIlm Al-Kalām, jilid 2 halaman 303.




Kesimpulannya, sebagaimana Al-Qur’ān menerangkan:





: لا يَأْتيهِ الْباطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَ لا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزيلٌ مِنْ حَكيمٍ حَميدٍ. (فصلت/42)




Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. – Fuṣilat ayat 42.




Maka Ahlul Bayt (a.s) juga turut maksum dari sebarang kesalahan dan kesilapan.







ʽAlī bersama kebenaran, dan kebenaran bersama ʽAlī




Hadis ini telah dinukilkan di dalam kitab Ahlusunnah dari berbagai jalur riwayat dan sanad yang Ṣaḥīḥ. Ianya juga menyabitkan kemaksuman Amīrul Mu’minīn ʽAlī bin Abī Ṭālib (a.s). Secara tidak langsung kemaksuman ʽAlī akan menyabitkan kemaksuman para Imām yang lain.




Abū Yaʽlā Al-Mawṣūlī di dalam musnadnya mengatakan:





حدثنا محمد بن عباد المكي حدثنا أبو سعيد عن صدقة بن الربيع عن عمارة بن غزية عن عبد الرحمن بن أبي سعيد عن أبيه قال كنا عند بيت النبي صلى الله عليه وسلم في نفر من المهاجرين والأنصار فخرج علينا فقال ألا أخبركم بخياركم قالوا بلى قال خياركم الموفون المطيبون إن الله يحب الخفي التقي قال ومر علي بن أبي طالب فقال الحق مع ذا الحق مع ذا.


أبو يعلي الموصلي التميمي، أحمد بن علي بن المثني (متوفاى307 هـ)، مسند أبي يعلي، ج2، ص318، ح1052، تحقيق: حسين سليم أسد، ناشر: دار المأمون للتراث – دمشق، الطبعة: الأولى، 1404 هـ – 1984م.


العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، المطالب العالية بزوائد المسانيد الثمانية، ج16، ص147، تحقيق: د. سعد بن ناصر بن عبد العزيز الشتري، ناشر: دار العاصمة/ دار الغيث، الطبعة: الأولى، السعودية – 1419هـ.




ʽAbdul Rahmān bin Abī Saʽd menukilkan daripada ayahnya bahawa kami telah duduk di tepi rumah Rasulullah (s.a.w) bersama beberapa orang daripada Muhājirin dan Anṣār. Rasulullah (s.a.w) keluar dan bersabda: “Mahukah aku kabarkan yang terbaik di antara kalian?. Mereka berkata “Tentu”. Beliau (s.a.w) berkata “Yang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi maaf dan orang yang berbuat kebaikan, sesungguhnya Allah mencintai orang yang menyembunyikan ketakwaannya”. [Abu Sa’id] berkata “Kemudian Ali bin Abi Thalib melalui” Rasulullah bersabda “kebenaran bersama orang ini, kebenaran bersama orang ini” – Abū Yaʽlā Al-Mawṣulī Al-Tamīmī, Aḥmad bin ʽAlī (meninggal dalam tahun 307 Hijrah, Musnad Abī Yaʽlā, jilid 2 halaman 318; Al-ʽAsqalānī Al-Shāfiʽī, Aḥmad bin ʽAlī bin Ḥujur Abul Faḍl (meninggal dalam tahun 852 Hijrah), Al-Maṭālib Al-ʽĀliyyah Bi Zawā’id Al-Masānīd Al-Thamāniyyah, jilid 16 halaman 147.




Haythamī setelah menukilkan riwayat ini mengatalkan:






رواه أبو يعلى ورجاله ثقات.


الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج7، ص235، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي – القاهرة، بيروت – 1407هـ.




Abu Yaʽlā meriwayatkannya dan Rijālnya thiqāt – Al-Haythami, Abul Ḥasan ʽAlī bin Abī Bakr (meninggal dalam tahun 807 Hijrah), Majmaʽ Al-Zawā’id Wa Manbaʽ Al-Fawā’id, jilid 7 halaman 235.




Fakhrul Rāzī di dalam tafsirnya mengatakan:






فقد ثبت بالتواتر ومن اقتدى في دينه بعلى بن أبي طالب فقد اهتدى والدليل عليه قوله عليه السلام: اللهم أدر الحق مع علي حيث دار.


الرازي الشافعي، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (متوفاى604هـ)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب، ج1، ص168، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ – 2000م.




Maka sesungguhnya telah disabitkan secara mutawātir bahawa barangsiapa yang mengikuti agamanya dengan ʽAlī bin Abī Ṭālib, maka ia telah dihidayahkan. Dalil perkara ini ialah sabda baginda: “Ya Allah, putarkan kebenaran bersama ʽAlī di mana sahaja dia berputar”. – Al-Rāzī Al-Shafīʽī, Fakhruddīn Muḥammad bin ʽUmar Al-Tamīmī (meninggal dalam tahun 604 hijrah), Al-Tafsīr Al-Kabīr Aw Mafātīḥ Al-Ghayb, jilid 1 halaman 168.




Sebagai taʽbir yang lain, Rasulullah (s.a.w) telah meletakkan Al-Qur’ān bersama ʽAlī bin Abī Ṭālib (a.s). Ḥākim Nishābūrī di dalam mustadraknya menulis:





أبو سعيد التيمي عن أبي ثابت مولى أبي ذر قال كنت مع علي رضي الله عنه يوم الجمل فلما رأيت عائشة واقفة… سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول علي مع القرآن والقرآن مع علي لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض.


هذا حديث صحيح الإسناد وأبو سعيد التيمي هو عقيصاء ثقة مأمون ولم يخرجاه.


الحاكم النيسابوري، ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص4626، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ – 1990م.




Abī Thābit Mawlā Abī Dhar berkata: Aku bersama ʽAlī RaḍiyaLlahu ʽAnhu di dalam perang Jamal… Aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ali bersama Al-Qur’ān dan Al-Qur’ān bersama ʽAlī. Kedua-duanya tidak akan terpisah selama-lamanya sehingga bertemu denganku di Al-Ḥawḍ.




Hadis ini Ṣaḥīḥ persanadannya dan Abū Saʽīd Al-Tayyimī ʽAqīṣā’ Thiqah, namun Bukhārī dan Muslim tidak mengeluarkannya. – Al-Ḥākim Al-Nisābūrī, Abū ʽAbdiLlah bin Muḥammad bin ʽAbduLlah (meninggal dalam tahun 405 Hijrah), Al-Mustadrak ʽAlā Al-Ṣaḥīḥayn, jilid 3 halaman 4626.




Oleh itu keṣaḥīḥan hadis ini tak dapat dinafikan lagi.

Riwayat tersebut menerangkan kemaksuman Amīrul Mu’minīn Alī bin Abī Ṭālib (a.s), iaitu beliau sentiasa bersama kebenaran, tidak tersalah dalam ucapan dan perbuatannya dengan dalil Rasulullah (s.a.w) menyabitkan ʽAlī bersama kebenaran dalam apa jua keadaan di samping beliau tidak berpisah dari Al-Qur’ān. Dengan ini terbuktilah kemaksuman Alī bin Abī Ṭālib kerana beliau tidak melakukan sebarang dosa atau kesalahan. Jikalau beliau melakukan kesalahan dalam perbuatan dan ucapan, maka tidak mungkin Nabi (s.a.w) menamakan beliau bersama kebenaran. Oleh kerana Alī bin Abī Ṭālib (a.s) sudah pasti bersama kebenaran sepanjang masa, maka umat Islām hendaklah percaya tentang kemaksuman beliau, jika tidak seseorang itu menafikannya maka dianggap menuduh Rasulullh (s.a.w) sebagai pendusta.




Perbahasan tentang kemaksuman Alī bin Abī Ṭālib menarik perhatian para ugamawan sehinggakan Ibnu Taymiyyah sendiri mendakwa jikalau hadis tersebut Ṣaḥīḥ, maka perkara ini membuktikan kemaksuman Alī:





الوجه السادس قولهم إنهم رووا جميعا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال على مع الحق والحق معه يدور حيث دار ولن يفترقا حتى يردا على الحوض من أعظم الكلام كذبا وجهلا.


فإن هذا الحديث لم يروه أحد عن النبي صلى الله عليه وسلم لا بإسناد صحيح ولا ضعيف فكيف يقال إنهم جميعا رووا هذا الحديث…


وأيضا فالحق لا يدور مع شخص غير النبي صلى الله عليه وسلم ولو دار الحق مع على حيثما دار لوجب أن يكون معصوما كالنبي صلى الله عليه وسلم وهم من جهلهم يدعون ذلك ولكن من علم أنه لم يكن بأولى بالعصمة من أبي بكر وعمر وعثمان وغيرهم وليس فيهم من هو معصوم علم كذبهم.


ابن تيميه الحراني الحنبلي، ابوالعباس أحمد عبد الحليم (متوفاى 728 هـ)، منهاج السنة النبوية، ج4، ص238ـ239، تحقيق: د. محمد رشاد سالم، ناشر: مؤسسة قرطبة، الطبعة: الأولى، 1406هـ.




Dari sisi ke-enam: Ucapan terbesar mereka (golongan Syiah) yang sentiasa meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) berkata “ʽAlī bersama kebenaran dan kebenaran berputar bersama ʽAlī, kedua-duanya tidak akan terpisah buat selamanya sehingga bertemu denganku di Al-Ḥawḍ”. Ini adalah pembohongan dan kejahilan.




Tidak ada seorang pun yang meriwayatkan hadis ini daripada Rasulullah (s.a.w), dan tidak juga dengan persanadan yang ṣaḥīḥ mahupun dengan persanadan yang ḍaʽīf, bagaimana (Syiah) mendakwa semua orang meriwayatkan hadis ini…




Lagi pun kebenaran tidak akan berputar melainkan bersama Nabi (s.a.w). Andainya kebenaran berputar bersama ʽAlī, maka wajiblah beliau menjadi maksum seperti Nabi (s.a.w). Mereka mendakwa seperti ini disebabkan kejahilan. Namun mereka yang berpengetahuan tahu bahawa kelebihan ʽAlī daripada Abu Bakr, ʽUmar, ʽUthmān dan yang lainnya bukan kerana maksum. Tidak seorang pun dikalangan mereka itu maksum, pembohongan dakwaan syiah ini sudah sedia maklum. – Ibnu Taymiyyah Al-Ḥarrānī Al-Ḥanbalī, Abul ʽAbbās Aḥmad ʽAbdul Ḥalīm (meninggal pada tahun 728 Hijrah), Minhāj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah, jilid 4, halaman 238-239.




Sejak awal lagi kita sudah meneliti bukti keṣaḥīḥan sanad riwayat tersebut. Sebaliknya Ibnu Taymiyyah mengatakan pula hadis ini tidak pernah diriwayatkan daripada Rasulullah samada dengan sanad yang ṣaḥīḥ mahupun dengan sanad yang ḍaʽīf. Ini hanyalah kata-kata yang terbit daripada seorang yang membenci dan keras kepala tentang Ahlul Bayt. Namun menurut pengakuan dan ikrar Ibnu Taymiyah ini, jelaslah kemaksuman ʽAlī bin Abī Ṭālib.




(Syiah-Ali/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: