Pesan Rahbar

Home » » Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah Bagian Ketujuh

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah Bagian Ketujuh

Written By Unknown on Monday, 14 July 2014 | 18:48:00



Bab 121

☼Kelahiran Abu Al-Hasan Al-Ridha A.S (maulid Abi al-Hasan al-Ridha a.s)☼

Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah dilahirkan pada tahun 148 hijrah dan mati pada bulan Safar tahun 203 hijrah ketika berusia 55 tahun. Tarikh kematiannya adalah berbeza, tetapi tarikh inilah yang aku maksudkan. Beliau telah mati di Tus di sebuah kampung bernama Sanaabad daripada Nuqaan di atas misi dakwah dan dikebumikan di sana. Al-Makmun telah mengarahkannya supaya berpindah daripada Madinah ke Marv mengikut jalan Basrah dan Farsi. Apabila al-Makmun telah keluar, beliau telah memintanya supaya datang ke Baghdad bersamanya. Beliau a.s telah mati di kampung ini (Sanaabad). Ibunya Umm walad dipanggil: Umm al-Baniin.

(865)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan al-Awwal telah berkata kepadaku: Adakah anda telah mengetahui seseorang daripada penduduk al-Maghrib telah datang? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Ya, seorang lelaki telah datang, maka datanglah bersama kami. Lalu beliau telah menunggang [binatang] dan akupun telah menunggang bersamanya sehingga kami telah berakhir kepada lelaki itu, tiba-tiba beliau adalah lelaki daripada penduduk Madinah bersamanya seorang hamba lelaki. Maka aku telah berkata kepadanya: Bentangkan kepada kami, lalu beliau telah membentangkan kepada kami tujuh orang hamba perempuan.

Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku tidak berhajat pada mereka, kemudian beliau telah berkata: Bentangkan kepada kami, maka beliau telah berkata: Tidak ada di sisiku melainkan seorang hamba perempuan yang sakit, maka beliau telah berkata kepadanya: Tidak mengapa jika anda membentangkannya kepada kami, maka beliau enggan melakukannya, lalu beliau a.s. pulang. Kemudian besoknya beliau telah menghantar aku, maka beliau a.s telah berkata: Katakan kepadanya: Berapakah harga anda yang tertinggi padanya, maka apabila beliau menyebut harganya, maka katakan kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengambilnya. Kemudian aku telah mendatanginya, maka beliau telah berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya daripada…, maka aku telah berkata: Aku telah mengambilnya. Maka beliau telah berkata: Beliau adalah milik anda, tetapi beritahulah kepadaku siapakah lelaki yang telah berada bersama anda kelmarin? Maka aku telah berkata: Seorang lelaki daripada Bani Hasyim, beliau telah berkata: Bani Hasyim yang mana? Maka aku telah berkata: Tidak ada di sisiku lebih banyak daripada ini, maka beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda tentang hamba perempuan ini. Sesungguhnya aku telah membelinya dari pendalaman Maghrib, tiba-tiba seorang perempuan daripada ahli al-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Siapakah hamba perempuan bersama anda?

Aku telah berkata: Aku sendiri telah membelinya, maka beliau telah berkata: Tidak sepatutnya hamba perempuan ini bersama lelaki seperti anda, sesungguhnya hamba perempuan ini sepatutnya berada di sisi sebaik-baik penduduk bumi, maka tidak lama kemudian, beliau telah berada di sisinya sehingga beliau telah melahirkan daripadanya seorang budak yang tidak pernah dilahirkan di timur dan di barat seumpamanya, beliau telah berkata: Aku telah membawanya kepadanya, tidak lama kemudian beliau telah melahirkan al-Ridha a.s.

(866)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Safwan bin Yahya berkata: Apabila Abu Ibrahim a.s telah mati dan Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah bercakap [tentang imamah], kami telah khuatir ke atasnya tentang urusan itu, maka dikatakan kepadanya: Sesungguhnya anda telah menzahirkan perkara yang besar dan sesungguhnya kami khuatir di atas anda akan taghut ini, maka beliau telah berkata: Hendalah beliau meningkatkan usahanya, justeru tidak ada jalan baginya ke atasku.

(867)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Mansur, daripada saudaranya berkata: Aku telah datang kepada al-Ridha a.s di sebuah rumah di waktu malam, lalu beliau telah mengangkat tangannya seolah-olah di dalam rumahnya ada sepuluh lampu dan seorang lelaki telah meminta izin daripadanya atasnya, lantas beliau telah meletakkan tanganya, kemudian beliau a.s telah memberi izin kepadanya.

(868)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibn Jumhur, daripada Ibrahim bin Abdullah, daripada Ahmad bin Abdullah, daripada al-Ghifari berkata: Seorang lelaki daripada keluarga Abi Rafi‘ maula Rasulullah s.a.w dipanggil: Tais ‘Alayya Haqqun telah membuat tuntutan kepadaku dan memaksa aku, tetapi orang ramai telah menolongnya. Manakala aku telah melihat perkara itu, akupun telah mengerjakan sembahyang Subuh di masjid Rasulullah s.a.w, kemudian aku terus menghala kepada al-Ridha a.s yang sedang berada di al-‘Uraidh. Manakala aku telah menghampiri pintunya, tiba-tiba beliau telah menaiki keldai memakai baju berwarna merah. Manakala aku telah melihat kepadanya, maka aku merasa malu kepadanya. Apabila beliau sampai kepadaku, beliau telah berdiri dan melihat kepadaku, maka aku telah memberi salam kepadanya-itu adalah pada bulan Ramadan-maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya hamba anda Tais ‘Alayya Haqqan telah membuatku menjadi masyhur dan aku telah menyangka pada diriku bahawa beliau menyuruhnya menahanku, demi Allah, aku tidak berkata kepadanya: Berapakah haknya ke atasku dan aku tidak menamakan sesuatu kepadanya, beliau telah menyuruhku duduk sehingga beliau pulang, aku di dalam keadaan sedemikian sehingga aku telah melakukan sembahyang Maghrib dan aku masih berpuasa.
Aku telah merasa cemas dan aku ingin pulang, tiba-tiba beliau telah pulang dan di sekelilingnya orang ramai yang telah bertanya kepadanya ketika beliau memberi sedekah kepada mereka. Lalu beliau telah pergi dan memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah keluar dan menyeruku, maka akupun telah datang kepadanya dan masuk ke rumah bersamanya. Beliau telah duduk, maka akupun duduk bersamanya, maka aku mulai bercakap kepadanya mengenai Ibn al-Musayyab, gabenor Madinah dan banyak aku telah bercakap mengenainya. Manakala aku telah selesai bercakap mengenainya, beliau telah berkata: Aku tidak fikir anda telah berbuka puasa?
Maka aku telah berkata: Tidak, lalu beliau telah menyeru untukku dengan makanan, maka beliau telah meletakkannya di depanku dan menyuruh budak itu supaya makan bersamaku. Apabila kami selesai makan, beliau telah berkata kepadaku: Angkatlah bantal itu dan ambillah apa yang ada di bawahnya, maka akupun telah mengangkatnya, tiba-tiba ada wang dinar, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meletakkannya di dalam gengamanku dan beliau telah menyuruh empat orang daripada hamba-hambanya supaya bersamaku sehingga mereka menghantarku ke rumahku, maka aku telah bertanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kumpulan Ibn al-Musayyab sedang merayau-rayau aku tidak suka beliau berjumpa denganku dan bersama-samaku hamba-hamba anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Tepat sekali kata-kata anda, Mudah-mudahan Allah menunjukkan anda kepada kecerdikan, lalu beliau telah menyuruh mereka pulang setelah aku menolak mereka.
Manakala aku telah menghampiri rumahku, aku merasa sunyi kerana menolak mereka, maka aku telah memasuki rumahku dan aku menyeru dengan lampu dan aku telah melihat wang dinar sebanyak 48 dinar dan hak lelaki itu ke atasku adalah 28 dinar dan padanya satu dinar yang cantik, ia mengangungkan aku, lalu aku telah mengambilnya dan aku telah menghampiri lampu itu, tiba-tiba di atasnya ukiran yang terang: Hak lelaki itu adalah 28 dinar dan apa yang lebih adalah hak anda, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahui hartanya ke atasku dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah memuliakan walinya.

(869)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa beliau a.s telah keluar dari Madinah pada tahun yang mana Harun telah mengerjakan haji, ingin mengerjakan haji, lalu berakhir di gunung di kiri jalan-jika anda menuju ke Makkah-dipanggil: Paari‘, maka Abu al-Hasan a.s telah melihat kepadanya: Wahai Paari‘, musnahkannya, nescaya beliau akan mengonyakkanya. Kami tidak mengetahui maknanya, apabila beliau a.s telah pergi, Harun telah sampai dan bermalam di tempat itu, Ja‘far bin Yahya telah menaiki gunung itu, maka Harun telah menyuruhnya supaya membina untuknya satu “tempat beristirahat”. Manakala Harun telah pulang dari Makkah, beliau telah menaiki gunung itu, lalu beliau telah menyuruh supaya tempat berihat itu dimusnahkan, manakala beliau pulang ke Iraq, maka ia telah dimusnahkannya.

(870)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim, daripada Ibrahim bin Musa berkata: Aku telah menggesa Abu al-Hasan a.s pada suatu perkara yang aku minta daripadanya, beliau telah menjanjikan aku, maka beliau telah keluar pada suatu hari untuk menjemput gabenor Madinah dan aku telah berada bersamanya, kemudian beliau telah mendekati istana polan, lalu beliau telah turun di bawah pohon-pohon dan aku telah turun bersamanya dan tidak ada bersama kami orang yang ketiga, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, hari raya ini Dia telah meneduhkan kita, demi Allah, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lalu beliau a.s telah mengguriskan bumi dengan tongkatnya, kemudian beliau telah memukul dengan tangannya, lalu beliau telah mengambil satu keping emas, kemudian beliau telah berkata: Manfaatkanlah dengannya dan rahsialah apa yang anda telah melihatnya.

(871)-7. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir al-Khadim dan al-Rayyaan bin al-Salt, berkata: Manakala urusan pemecatan telah selesai, maka urusan (khilafah) telah tetap kepada al-Makmun, maka beliau telah menulis kepada al-Ridha a.s memintanya supaya datang ke Khurasan, maka Abu al-Hasana a.s telah memberi alasan yang bermacam-macam. Al-Makmun sentiasa menulis kepadanya tentangnya sehingga beliau mengetahui bahawa tiada sebab baginya untuk menolaknya. Maka beliau telah keluar dan Abu Ja‘far a.s pada ketika itu berumur tujuh tahun, lalu al-Makmun telah menulis kepadanya: Janganlah anda mengambil jalan gunung dan Qum, ambillah jalan Basrah, al-Ahwaz dan Faris sehingga sampai di Marv, maka al-Makmun telah membentangkan kepadanya urusan khilafah.
Maka Abu al-Hasan a.s telah enggan, beliau telah berkata: Menjadi pengganti? Maka beliau a.s telah berkata: Di atas syarat-syarat yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka al-Makmun telah berkata kepadanya: Tanyalah apa yang anda mahu, maka al-Ridha a.s telah menulis kepadanya: Sesungguhnya aku menjadi pengganti anda dengan [syarat] aku tidak menyuruh dan melarang, aku tidak memberi fatwa, aku tidak menghukum, aku tidak dilantik, aku tidak dijauhkan, aku tidak mengubah sesuatu daripada apa yang ada sekarang dan anda memaafkan aku daripada semuanya, maka al-Makmun telah menjawab semuanya, beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku berkata: Manakala tiba hari raya, al-Makmun telah mengutus kepada al-Ridha a.s memintanya supaya menghadiri [sembahyang] hari raya, bersembahyang dan memberi khutbah.
Maka al-Ridha a.s telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya anda telah mengetahui syarat-syarat di antara anda dan aku di dalam perkara ini, lalu al-Makmun telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya aku mahu sedemikian supaya hati orang ramai menjadi tenang dan mereka mengetahui kelebihan anda, maka beliau a.s sentiasa menjawab percakapannya tentang perkara itu, tetapi al-Makmun masih mendesaknya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, jika anda memaafkan aku tentang perkara itu, maka ia adalah perkara yang aku paling suka, jika anda tidak memaafkan aku, aku keluar sebagaimana Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s telah keluar. Maka al-Makmun telah berkata: Keluarlah sebagaimana anda kehendaki. Al-Makmun telah memerintahkan ketua-ketua tentera dan orang ramai supaya datang ke pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s.
Beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku bahawa orang ramai yang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah duduk di jalan-jalan dan di atas bumbung-bumbung kerana Abu al-Hasan a.s. Sementara ketua-ketua tentera telah berkumpul di pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s. Manakala matahari telah naik, beliau a.s telah bangun, lalu beliau mandi dan memakai serban putih daripada kapas, meletak sebahagiannya di atas dadanya dan sebahagian yang lain di atas dua ketiaknya, lalu mengangkatnya. Kemudian beliau telah berkata kepada pengikut-pengikutnya: Buatlah sebagaimana aku telah membuatnya, kemudian beliau telah mengambil tongkatnya, kemudian beliau telah keluar dan kami telah berada di hadapannya. Beliau telah mengangkat seluarnya kepada separuh betis, manakala beliau telah berjalan, maka kamipun telah berjalan di hadapannya, beliau telah mengangkat kepalanya ke langit dan bertakbir sebanyak empat kali. Kami telah berkhayal seolah-olah langit dan dinding-dinding menjawabnya.

Sementara ketua-ketua tentera dan orang ramai telah bersedia dan mereka telah memakai senjata dan telah berhias dengan pakaian yang paling cantik. Manakala kami telah melihat kepada mereka dengan gambaran ini, al-Ridha a.s telah muncul dan berdiri di pintu seketika, kemudian beliau telah berkata: Allah akbar, Allah akbar, Allah akbar, [Allah akbar] di atas apa yang Dia telah tunjukkan kita, Allah akbar di atas apa yang Dia telah memberi rezeki kepada kita daripada binatang-binatang ternakan dan segala puji bagi Allah di atas apa yang Dia telah menguji kita” Kami telah mengangkat suara kami-Yasir telah berkata: Marv telah bergoncang dengan tangisan, riuh dan laungan manakala mereka telah melihat Abu al-Hasan a.s. Begitu juga dengan ketua-ketua tentera terjatuh dari kuda-kuda mereka apabila mereka melihat Abu al-Hasan a.s berjalan dan berhenti pada setiap sepuluh langkah dan bertakbir sebanyak tiga kali. Yasir telah berkata: Kami telah berkhayal bahawa langit dan gunung-gunung menjawabnya, justeru, Marv telah menjadi riuh daripada tangisan.

Berita ini telah sampai kepada al-Makmun, maka al-Fadhl bin Sahal Dhu al-Riyasatain telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, jika al-Ridha a.s telah sampai ke musalla dengan jalan ini, orang ramai akan tertarik kepadanya, pendapat[ku] bahawa anda memintanya supaya beliau pulang, maka al-Makmun telah mengutus kepadanya supaya beliau pulang, maka Abu al-Hasan a.s telah menyeru untuk kasutnya (khuff), lalu beliau telah memakainya, menunggang [binatang tunggangannya] dan pulang.

(872)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir berkata: Manakala al-Makmun telah keluar dari Khurasan ke Baghdad dan al-Fadhl Dhu al-Riyasatain telah keluar dan kami telah keluar bersama Abu al-Hasan a.s, sepucuk surat telah sampai kepada al-Fadhl bin bin Sahl Dhi al-Riyasatain daripada saudaranya al-Hasan bin Sahl ketika kami telah berada di sebuah rumah: Aku telah melihat kepada penukaran tahun mengikut hisab bintang-bintang, maka aku telah mendapati padanya bahawa anda akan merasai pada bulan tertentu pada hari Rabu kepanasan besi dan kepanasan api, aku melihat anda, Amir al-Mukminin dan al-Ridha memasuki bilik mandi (al-Hammam) pada hari ini (Rabu), anda akan mengambil darah padanya (tahtajimu) dan darah akan terkena pada dua tangan anda”

Untuk menghilangkan dukacitanya daripadanya, maka Dhu al-Riyasatain telah menulis kepada al-Makmun tentang perkara itu dan telah memintanya supaya bertanya kepada Abu al-Hasan mengenainya, lalu al-Makmun telah menulis kepada Abu al-Hasan bertanya kepadanya tentangnya. Maka Abu al-Hasan telah menulis kepadanya: Aku tidak akan memasuki bilik mandi dan aku tidak melihat anda dan al-Fadhl memasuki bilik mandi besok, maka beliau telah mengulanginya sebanyak dua kali. Maka Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok kerana aku telah melihat Rasulullah s.a.w pada malam ini di dalam tidur, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, janganlah anda memasuki bilik mandi besok”.

Aku tidak fikir anda dan al-Fadhl akan memasukinya besok. Al-Makmun telah menulis surat kepadanya, anda telah benar, wahai sayyidi, dan Rasulullah s.a.w telah benar, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok dan al-Fadhl lebih mengetahuinya. Yasir telah berkata: Apabila waktu petang tiba dan matahari telah terbenam, al-Ridha a.s telah berkata kepada kami: Katakan kami berlidung dengan Allah daripada kejahatan yang akan berlaku pada malam ini, maka kami sentiasa berkata sedemikain.

Manakala al-Ridha a.s telah mengerjakan sembahyang Subuh, beliau telah berkata kepadaku: Naiklah di atas bumbung, maka dengarlah, adakah anda telah mendengar sesuatu? Apabila aku telah menaikinya, aku telah mendengar suara bising yang kuat, tiba-tiba kami dapati al-Makmun telah masuk dari pintu kepada rumahnya daripada rumah Abu al-Hasan seraya berkata: Wahai sayyidi, Wahai Abu al-Hasan, Allah memberi ganjaran kepada anda tentang al-Fadhl, sesungguhnya beliau telah enggan, tetapi beliau telah memasuki bilik mandi, tiba-tiba satu kumpulan telah memasukinya dengan pedang-pedang, lalu mereka telah membunuhnya dan tiga orang di kalangan mereka telah memasukinya.

Salah seorang daripada mereka adalah anak saudaranya al-Fadhl Ibn Dhi al-Qalamain. Beliau telah berkata: Tentera dan ketua-ketua tentera serta pengawal-pengawal al-Fadhl telah berada di pintu al-Makmun, mereka telah berkata: Inilah yang telah membunuhnya-Mereka maksudkan al-Makmun-kami akan menuntut darahnya dan mereka telah datang di pintu untuk membakar pintu [rumah]. Lalu al-Makmun telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Wahai sayyidi, anda melihat, anda keluar kepada mereka dan menyuraikan mereka, Yasir berkata: Abu al-Hasan telah menaiki (binatang) dan beliau telah berkata kepadaku: Naiklah, maka aku telah menaikinya. Manakala kami telah keluar dari pintu rumah, beliau telah melihat kepada orang ramai, maka beliau telah berkata kepada mereka: Bersurailah, bersurailah. Yasir telah berkata: Beliau telah berhadapan dengan orang ramai, lalu mereka telah mematuhinya dan beliau tidak menunjukkan kepada seseorang melainkan beliau telah menunggang dengan cepat dan melalui [mereka].

(873)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Musafir, daripada al-Wasyaa’, daripada Musafir berkata: Manakala Harun bin al-Musayyab ingin mengenakan Muhammad bin Ja‘far, Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepadaku: Pergilah dan katakan kepadanya: Janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar besok, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh dan jika beliau bertanya kepada anda dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini, maka katakan kepadanya: Aku telah melihatnya di dalam mimpi: Beliau telah berkata: Maka aku telah datang kepadanya, lalu aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan dirku tebusan anda, janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh, maka beliau telah berkata kepadaku: Dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini?

Aku telah berkata: Aku telah melihat[nya] di dalam mimpi, maka beliau telah berkata: Seorang itu telah tidur, tetapi beliau tidak membasuh punggungnya, kemudian beliau telah keluar, lalu beliau dikalahkan dan para sahabatnya dibunuh, beliau telah berkata: Musafir telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s di Mina, tiba-tiba Yahya bin Khalid telah datang dengan menutup kepalanya daripada debu, maka beliau telah berkata: Kasihan! Mereka tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka pada tahun ini, kemudian beliau telah berkata: Yang paling pelik sekali adalah Harun, Musafir telah berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui makna hadis ini sehingga aku telah mengapankannya bersamanya.

(874)-10. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ali bin Muhammad al-Qasaani berkata: Sebahagian daripada para sahabat kami telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah membawa harta yang disangsikan kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka aku tidak melihatnya bergembira dengannya, beliau telah berkata: Aku telah berdukacita kerananya dan aku telah berkata kepada diriku: Aku telah membawa harta ini kepadanya dan beliau tidak bergembira dengannya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, [bawalah] bekas dan air, beliau telah berkata: Maka beliau telah duduk di atas kerusi dan berkata kepada budak itu: Curahlah air ke atas[tangan]ku, beliau telah berkata: Maka beliau telah mulai mengalirkan air di antara anak-anak jarinya di dalam bekas, kemudian beliau telah berpaling kepadaku: Siapa yang di dalam keadaan begini, beliau tidak peduli kepada orang yang anda telah membawanya kepadanya.

(875)-11. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Ja‘far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Ali bin Musa a.s telah mati ketika berusia 49 tahun dan beberapa bulan pada tahun 202 hijrah. Beliau telah hidup selama 19 tahun 10/11 bulan selepas Musa bin Ja‘far a.s.


Bab 122

☼Kelahiran Abu Ja‘far Muhammad Bin Ali al-Thani A.S (maulid Abi Ja‘far Muhammad bin ‘Ali al-Thani a.s)☼

Beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan tahun 195 hijrah dan mati pada tahun 220 hijrah pada akhir bulan Dhu al-Qa‘idah ketika berusia 25 tahun 2 bulan 18 hari dan dikebumikan di al-Kazimiyyah, Baghdad di sisi datuknya Musa a.s. [Khalifah] Al-Muktasim telah memintanya supaya datang ke Baghdad pada awal tahun kematiannya. Ibunya adalah Umm walad dipanggil: Sabikah Nubiyyah atau Khaizaran. Dan diriwayatkan bahawa ibunya adalah daripada keluarga Mariah, ibu Ibrahim anak lelaki Rasulullah s.a.w.

(876)-1. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Ali bin Khalid-Muhammad telah berkata: Beliau adalah seorang yang bermazhab Zaidiyyah-berkata: Aku telah berada di al- ‘Askar, maka berita telah sampai kepadaku bahawa di sana seorang lelaki ditahan, dibawa dari Syam di dalam keadaan [tangannya] bergari dan mereka telah berkata: Sesungguhnya beliau (lelaki) telah membuat ramalan (tanabba’a). Ali bin Khalid telah berkata: Aku telah datang ke pintu [penjara], aku telah melintasi dua penjaga pintu dan halangan-halangan sehingga aku telah sampai kepadanya, tiba-tiba aku telah mendapatinya seorang lelaki yang mempunyai fahaman yang baik.

Maka aku telah berkata: Apakah ini, apakah kisah anda dan apakah urusan anda? Beliau telah berkata: Aku telah berada di Syam, aku beribadat kepada Allah pada satu tempat dipanggil: Tempat kepala al-Husain. Manakala aku di dalam ibadatku, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepadaku dan berkata: Berdirilah bersama kami, maka akupun telah berdiri bersamanya, manakala aku berada bersamanya, tiba-tiba aku berada di masjid Kufah, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui masjid ini?

Maka aku telah berkata: Ya, ini adalah masjid Kufah, beliau berkata: Maka beliau telah melakukan sembahyang dan aku telah melakukan sembahyang bersamanya. Manakala aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di masjid Rasulullah s.a.w di Madinah, beliau telah memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, maka aku juga telah memberi salam kepadanya, beliau telah melakukan sembahyang, maka aku telah melakukan sembahyang bersamanya dan beliau telah berselawat kepada Rasulullah s.aw. Manakala aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di Makkah, maka aku sentiasa berada bersamanya sehingga beliau telah menunaikan manasik haji dan aku telah melakukan manasik hajiku bersamanya ketika aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di tempat di manaka aku telah beribadat padanya di Syam dan lelaki itupun telah pergi.

Manakala pada tahun berikutnya, tiba-tiba aku telah berada bersamanya, beliau telah melakukan perbuatan yang sama pada tahun lepas. Manakala kami telah selesai daripada manasik kami, beliau telah memulangkan aku di Syam, beliau telah berdukacita kerana meninggalkan aku, aku telah berkata kepadanya: Aku telah bertanya anda dengan kebenaran yang telah membuat anda berkuasa di atas apa yang aku telah melihat kepadanya melainkan anda memberitahu kepadaku siapakah anda?

Maka beliau telah berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin Musa, beliau telah berkata: Berita [ini] telah tersebar sehingga sampai kepada Muhammad bin ‘Abd al-Malik al-Zayyaat, maka beliau telah mengutus kepadaku, lalu mengambilku dan menggari[tangan]ku dengan besi dan membawaku ke Iraq, beliau berkata: Maka aku telah berkata kepadanya: Angkatlah kisah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Malik, maka beliau telah melakukannya, beliau telah menyebut kisahnya yang telah berlaku kepadanya dan [aku berkata]: Katakan kepada orang yang telah mengeluarkan anda dari Syam ke Kufah, dari Kufah ke Madinah dan dari Madinah ke Makkah dan telah mengembalikan anda dari Makkah ke Syam supaya mengeluarkan anda dari tempat ini.

Ali bin Khalid telah berkata: perkara itu telah mendukacitakan aku dan aku telah berlembut kepadanya dan aku telah menyuruhnya supaya bersabar, berkata: Kemudian aku telah datang kepadanya pada waktu pagi, tiba-tiba aku telah mendapati tentera, ketua keselamatan, ketua penjara dan orang ramai, maka aku telah berkata: Apakah ini? Mereka telah berkata: Lelaki yang telah dibawa dari Syam yang telah melakukan ramalan, telah hilang semalam, tidak diketahui sama ada beliau telah ditelan bumi atau diculik oleh burung.

(877)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari berkata: Seorang syeikh daripada sahabat kami yang bernama: Abdullah bin Razin berkata: Aku telah tinggal berhampiran dengan Madinah Rasulullah s.a.w- Abu Ja‘far a.s telah datang setiap hari apabila gelincirnya matahari ke masjid Rasulullah s.a.w, lalu beliau telah turun di dataran [masjid] dan pergi kepada [makam] Rasulullah s.a.w dan memberi salam kepadanya serta kembali ke rumah Fatimah a.s, lalu beliau menanggalkan dua kasutnya, berdiri dan bersembahyang, kemudian syaitan telah menggodaku dan berkata: Apabila beliau turun, maka pergilah sehingga anda mengambil tanah yang dipijak olehnya, maka aku telah duduk pada hari itu menunggunya untuk melakukannya. Manakala tiba waktu gelincirnya matahari, maka beliau a.s datang dengan menaiki keldainya, maka beliau tidak turun di tempat yang beliau pernah turun padanya sehingga beliau telah turun di atas satu batu besar di pintu masjid, kemudian beliau telah masuk [masjid] dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, beliau berkata: Kemudian beliau telah kembali ke tempat yang mana beliau pernah melakukan sembahyang padanya.

Maka beliau telah melakukan sedemikian selama beberapa hari, maka aku telah berkata: Apabila beliau telah menanggalkan dua kasutnya, aku telah datang, maka aku akan mengambil satu batu kecil yang beliau telah memijaknya dengan dua tapak kakinya. Manakala keesokannya, beliau telah datang ketika gelincir matahari, lalu beliau telah turun di atas batu besar, kemudian beliau telah masuk dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, kemudian beliau telah datang ke tempat yang mana beliau telah melakukan sembahyang padanya, lalu melakukan sembahyang tanpa menanggalkan dua kasutnya. Beliau telah melakukannya selama beberapa hari, maka aku telah berkata kepada diriku: Beliau tidak bersedia untukku di sini, tetapi aku akan pergi ke pintu bilik mandi wap (hammam/spa), maka apabila beliau memasuki bilik mandi wap, aku akan mengambil tanah yang dipijak olehnya, maka aku telah bertanya tentang bilik mandi wap yang beliau a.s memasukinya, maka dikatakan kepadaku: Beliau a.s memasuki bilik mandi wap di al-Baqi‘ milik seorang lelaki daripada keluarga Talhah, justeru, aku telah mengetahui hari yang mana beliau memasuki bilik mandi wap.

Maka aku telah pergi ke pintu bilik mandi wap itu dan aku telah duduk di sisi anak lelaki Talhah, aku bercakap kepadanya sementara aku menunggu kedatangannya a.s, maka lelaki daripada keluarga Talhah itu berkata: Jika anda mahu memasuki bilik mandi wap, maka berdirilah dan masuklah kerana ia tidak akan disediakan untuk anda selepas satu jam, aku telah berkata: Kenapa? Kerana Ibn al-Ridha ingin memasuki bilik mandi wap, aku telah berkata: Siapakah Ibn al-Ridha? Beliau berkata: Seorang lelaki daripada keluarga Muhammad, beliau adalah seorang yang baik dan warak. Aku telah berkata kepadanya: Tidak boleh orang lain memasuki bilik mandi wap selain daripadanya? Beliau berkata: Kami mengosongkan bilik mandi wap untuknya apabila beliau datang.

Beliau berkata: Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba beliau a.s telah datang dan bersamanya dua orang budak, di hadapannya seorang budak bersamanya tikar sehingga beliau telah memasukkannya ke tempat penyembelihan binatang, lalu beliau telah membentangkannya dan melaksanakannya. Beliau telah memberi salam dan memasuki bilik dengan keldainya dan memasuki tempat penyembelihan binatang, lalu beliau telah turun di atas tikar itu, maka aku telah berkata kepada anak lelaki Talhah: Inilah[ lelaki] yang anda telah ceritakan tentang kebaikan dan kewarakannya?! Maka beliau telah berkata: Ya, inilah [lelaki] itu, tidak, demi Allah, beliau tidak melakukannya melainkan pada hari ini, maka aku telah berkata pada diriku: Ini adalah daripada amalan jenayah yang aku telah melakukannya, kemudian aku telah berkata: Aku akan menunggunya sehingga beliau keluar, mudah-mudahan aku akan dapat apa yang aku mahu apabila beliau telah keluar.

Manakala beliau telah keluar dan memakai pakaian, beliau telah menyeru dengan keldai, lalu dimasukkannya ke tempat penyembelihan dan beliau telah menunggang keldai dari atas tikar dan beliau a.s telah keluar, maka aku telah berkata kepada diriku: Demi Allah, aku telah menyakitinya, aku tidak akan melakukannya selama-lamanya. Manakala tiba waktu gelincirnya matahari pada hari itu, beliau telah datang di atas keldanya sehingga beliau telah turun di tempat yang beliau telah turun padanya di dataran masjid, maka beliau telah masuk dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w dan beliau telah datang pada tempat yang beliau telah melakukan sembahyang padanya di rumah Fatimah a.s dan beliau telah menanggalkan dua kasutnya dan mula melakukan sembahyang.

(878)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat berkata: Beliau a.s telah keluar kepadaku, maka aku telah melihat kepada kepalanya dan dua kakinya bertujuan untuk menceritakan bentuk badannya kepada para sahabat kita di Mesir, manakala aku di dalam keadaan sedemikian, beliau telah duduk dan berkata kepadaku: Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah berhujah tentang imamah sebagaimana Dia telah berhujah tentang kenabian, maka Dia berfirman: “Dan Kami berikan kepadanya hikmah ketika beliau masih kanak-kanak” Dia berfirman: “Dan tatkala beliau cukup dewasa” “Sehingga apabila beliau telah dewasa dan umurnya empat puluh tahun” Justeru, hikmah boleh diberikan kepada kanak-kanak dan dewasa yang umurnya empat puluh tahun.

(879)-4. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada para sahabat kami, daripada Muhammad bin al-Rayyaan berkata: Al-Makmun telah melakukan tipu muslihat kepada Abu Ja‘far a.s, tetapi beliau tidak berjaya. Manakala al-Makmun ingin mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya, beliau telah memberi kepadaku 200 hamba perempuan yang paling cantik dan setiap orang daripada mereka [memegang] mangkuk yang penuh dengan permata-permata bagi menyambut Abu Ja‘far a.s apabila beliau duduk di tempat mereka yang terpilih. Tetapi beliau a.s tidakpun berpaling kepada hamba-hamba permpuan itu. Seorang lelaki yang bernama Makhaariq, mempunyai suara merdu dan pemain gambus, berjanggut panjang, maka al-Makmun telah memanggilnya, lalu beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, jika ada sesuatu tentang urusan dunia, maka aku akan melakukannya untuk anda, lalu beliau telah duduk di hadapan Abu Ja‘far a.s, kemudian Makhaariq telah bertepik, lalu semua penghuni rumah telah berkumpul, kemudian beliau telah mula bermain dengan gambusnya, menyanyi selama satu jam, sementara Abu Ja‘far a.s tidak berpaling kepadanya, tidak ke kanan dan tidak ke kiri.

Kemudian beliau a.s. telah mengangkatkan kepalanya kepadanya dan berkata: Bertakwalah kepada Allah, wahai si janggut panjang! Beliau berkata: Pemetik gambusnya telah terjatuh dengan tangannya terkulai, maka beliau tidak dapat memanfaatkan kedua-dua tangannya sehingga beliau telah mati. Beliau berkata: Al-Makmun telah bertanya beliau tentang keadaannya, beliau berkata: Apabila Abu Ja‘far telah meraung kepadaku, maka aku telah takut yang mana aku tidak akan sembuh daripadanya selama-lamanya.

(880)-5. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Daud bin al-Qasim al-Ja‘fari berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s dan bersamaku tiga keratan kain dan aku telah menjadi keliru, maka aku telah berdukacita, lalu beliau telah mengambil salah satu daripadanya dan berkata: Ini adalah keratan Ziyad bin Syabib, kemudian beliau telah mengambil keratan yang kedua, maka beliau telah berkata: Ini adalah keratan polan, maka aku telah bergembira, lalu beliau telah melihat kepadaku dan tersenyum, beliau berkata: Beliau a.s telah memberi kepadaku 300 dinar dan menyuruhku membawanya kepada keluarga bapa saudaraku dan beliau berkata: Adapun beliau akan berkata kepada anda: Tunjuklah kepadaku seorang pembeli yang akan membeli dengannya barang-barang untukku.

Maka beliau telah menunjukkannya ke atasnya, beliau berkata: Maka aku telah mendatanginya dengan dinar-dinar, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Hasyim, tunjuklah aku kepada pembeli yang akan membeli barang-barang untukku, maka aku telah berkata: Ya. Beliau telah berkata: Jammal telah bercakap kepadaku supaya aku bercakap kepadanya a.s tentang urusannya. Maka aku telah masuk untuk bercakap kepadanya, maka aku telah mendapatinya sedang makan dan bersamanya beberapa orang, justeru, aku tidak dapat bercakap dengannya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Hasyim, makanlah dan beliau telah meletakkannya di hadapanku, kemudian beliau berkata:-Mulai daripadanya tanpa masalah-Wahai budak, lihatlah kepada Jammal yang telah datang kepada kita bersama Abu Hasyim, maka bawalah beliau bersama anda, beliau berkata: Pada suatu hari, aku telah masuk bersamanya ke kebun, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku merasa ketagih untuk memakan tanah, maka beliau a.s telah berdoa kepada Allah untukku, lalu beliau telah diam, kemudian beliau telah berkata kepadaku selepas tiga hari- mulai daripadanya-: Wahai Abu Hasyim, sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada anda keinginan untuk memakan tanah, Abu Hasyim berkata: Tidak ada suatu yang paling memarahkan aku daripadanya pada hari itu.

(881)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Hamzah al-Hasyimi, daripada Ali bin Muhammad atau Muhammad bin Ali al-Hasyimi berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s pada pagi hari majlis perkahwinannya dengan anak perempuan al-Makmun. Aku telah mengambil ubat semenjak malam, maka aku adalah orang pertama yang telah datang kepadanya, aku telah dahaga, tetapi aku tidak suka menyeru untuk air, maka Abu Ja‘far a.s telah melihat kepada mukaku, maka beliau telah berkata: Aku menyangka anda dahaga? Maka aku telah berkata: Ya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai budak atau hamba perempuan, ambillah air, maka aku telah berkata kepada diriku pada masa mereka mendatanginya dengan air yang mereka meracuninya, lalu aku telah berdukacita dengannya.

Maka budak itu telah datang dan bersamanya air, maka beliau a.s telah tersenyum pada mukaku, kemudian beliau telah berkata: Wahai budak, ambillah air untukku, lalu beliau telah mengambil air, lalu beliau telah meminumnya, kemudian beliau telah memberinya kepadaku, lalu aku telah meminumnya. Kemudian aku telah dahaga kembali dan aku tidak suka menyeru untuk air, maka beliau a.s telah melakukan sebagaimana beliau a.s telah melakukannya pada kali yang pertama. Manakala budak itu datang dan bersamanya bekas, aku telah berkata pada diriku sebagaimana aku telah berkata pada kali yang pertama, maka beliau a.s telah mengambil bekas, kemudian beliau a.s telah meminumnya, kemudian beliau telah memberinya kepadaku dan beliau tersenyum.

Muhammad bin Hamzah telah berkata: Maka beliau telah berkata kepadaku: Ini adalah seorang Hasyimi, maka aku tidak menolaknya.

(882)-7. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya berkata: Satu kumpulan daripda Syiah telah meminta izin daripada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau telah membenarkan mereka masuk, lalu mereka telah memasuki rumahnya, kemudian mereka telah bertanya kepadanya di dalam satu majlis 30.000 masalah, maka beliau a.s telah menjawab kesemuanya.

(883)-8. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Da‘bal bin Ali bahawa beliau telah datang kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau telah menyuruh sesuatu untuknya, lalu beliau a.s. telah mengambilnya tanpa memuji Allah, maka beliau telah berkata kepadanya: Kenapa anda tidak memuji Allah? Beliau berkata: Kemudian aku telah datang selepas itu kepada Abu Ja‘far a.s dan beliau telah menyuruh untukku sesuatu, maka aku telah berkata: Al-Hamdulillah, maka beliau telah berkata kepadaku: Anda telah beradab.

(884)-9. Al-Husain bin Ali, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, telah berlaku satu peristiwa yang menggembirakan “keluarga kejayaan”, maka aku telah berkata: Umar telah mati, maka beliau telah berkata: Al-Hamdulillah sehingga aku telah menghitungnya sebanyak 24 kali, kemudian aku telah berkata: Umar telah mati, maka beliau telah berkata: Al-Hamdulillah, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, jika aku telah mengetahui bahawa ini menggembirakan anda, nescaya aku telah datang untuk menghitungnya kepada anda, beliau berkata: Wahai Muhammad, adakah anda mengetahui apakah beliau telah berkata?

Beliau telah berkata: Allah telah melaknati Muhammad bin Ali bapaku? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Beliau telah bercakap kepadanya tentang sesuatu, maka beliau berkata: Aku menyangka anda mabuk, maka bapaku berkata: Wahai Tuhanku, jika anda mengetahui bahawa aku telah berpuasa kepada Engkau sampai ke petang, maka rasailah beliau dengan rasa peperangan dan kehinaan tawanan, demi Allah, hari-hari telah berlalu sehingga beliau diperangi, kemudian beliau telah diambil sebagai tawanan dan kemudian beliau telah mati- Allah tidak merahmatinya-sesungguhnya Allah telah mengambil pemerintahan daripadanya meskipun Dia sentiasa memberinya kepada para wali-Nya daripada musuh-musuh-Nya.

(885)-10. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Abi Hasyim al-Ja‘fari berkata: Aku telah melakukan sembahyang bersama Abu Ja‘far a.s di masjid al-Musayyab dan beliau telah bersembahyang dengan kami pada tempat kiblat yang sama dan beliau telah menyebut bahawa pohon sidrah di masjid telah kering, tidak ada daun di atasnya, lalu beliau telah menyeru dengan air dan bersedia berada di bawah pohon sidrah, maka pohon sidrah itu telah hidup, daunnya telah tumbuh dan berbunga pada tahun itu juga.

(886)-11. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal dan ‘Amru bin Uthman, daripada seorang lelaki dari penduduk Madinah, daripada al-Mutrafi berkata: Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah mati dan bagiku di atasnya 4000 dirham, maka aku telah berkata pada diriku: Hartaku telah hilang, lalu Abu Ja‘far a.s telah mengutus kepadaku “apabila besok, datanglah kepadaku dan bersama anda alat penimbang”, maka aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau telah berkata kepadaku: Abu al-Hasan telah mati dan bagi anda di atasnya 4000 dirham? Maka aku telah berkata: Ya, lalu beliau telah mengangkat tikar sembahyang[nya], tiba-tiba di bawahnya wang dinar yang banyak, lalu beliau telah membayarnya kepadaku.

(887)-12. Sa‘d bin Abdullah dan al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihyar, daripada saudaranya Ali, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Muhammad bin Ali telah mati ketika berusia 25 tahun, 3 bulan dan 12 hari. Beliau telah mati pada hari Selasa 7hb Dhu al-Hijjahpada tahun 220 hijrah. Beliau telah hidup selepas bapanya selama 19 tahun kurang 25 hari.


Bab 123

☼Kelahiran Abu al-Hasan Ali Bin Muhammad A.S [Dan Al-Ridhwaan] (maulid Abi al-Hasan ‘Ali bin Muhammad a.s [wa al-Ridhwaan]☼

Beliau a.s telah dilahirkan pada 15 hb Dhu al-Hijjah, tahun 212 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Rajab tahun 214 hijrah dan telah mati pada 4 hb Jamadi al-Akhir tahun 254 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah mati pada bulan Rajab tahun 254 hijrah ketika berusia 41 tahun 6 bulan. Dan diriwayatkan juga bahawa beliau telah mati ketika berumur 40 tahun. Al-Mutawakkil telah memintanya supaya datang bersama Yahya bin Hartumah bin A‘yan dari Madinah ke Sarra man ra’a. Beliau a.s. telah mati dan dikebumikan di rumahnya di Sarra man ra’a. Ibunya bernama Samaanah.

(888)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Khairan al-Asbaati berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s di Madinah, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah berita al-Wathiq di sisi anda? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, anda telah meninggalkannya di dalam keadaan sihat, aku adalah orang yang paling dekat dengan masanya, masaku dengannya adalah 10 hari, maka beliau telah berkata kepadaku: Penduduk Madinah berkata: Beliau telah mati. Manakala beliau telah berkata kepadaku: Manusia (al-Naas) aku telah mengetahui bahawa beliau adalah orangnya, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Apakah Ja‘far telah buat?

Anda telah meninggalkannya di dalam keadaan yang paling buruk di penjara, maka beliau telah berkata: Beliau adalah sahib al-Amr, apakah Ibn al-Zayyat telah buat? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, orang ramai adalah bersamanya dan urusan adalah urusannya, maka beliau telah berkata: Perkara buruk telah diramalkan untuknya. Kemudian beliau telah diam. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Semua takdir Allah dan hukum-Nya [telah berlaku] dan akan berlaku, wahai Khairan, al-Wathiq telah mati, al-Mutawakkil telah menguasai Ja‘far dan Ibn al-Zayaat telah dibunuh. Maka aku telah berkata: Bilakah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Selepas anda keluar [dari penjara] enam hari.

(889)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih bin Sa‘id berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, di dalam semua perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda dan memandang rendah kepada anda sehingga mereka telah menurunkan anda di tempat yang buruk dan melarat? Maka beliau telah berkata: Di sini anda, wahai Ibn Sa‘d, kemudian beliau telah menunjukkan dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku telah melihatnya, tiba-tiba aku berada di beberapa taman yang cantik dan segar, padanya perempuan-perempuan yang baik dan kanak-kanak seolah-olah mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang dan sungai-sungai yang mengalir, penglihatanku telah terpesona dan mataku telah bergembira, maka beliau telah berkata: Disebabkan kami telah berada [di sana] maka bagi kami persediaan, kami bukanlah di tempat yang melarat.

(890)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallaab berkata: Aku telah membeli untuk Abu al-Hasan a.s kambing-kambing yang banyak, lalu beliau telah menyeruku, maka beliau telah memasukkan aku dari anjung rumahnya ke tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya, maka aku mulai membahagi-bahagikan kambing itu kepada mereka yang beliau telah menyuruhku melakukannya. Maka beliau telah mengutus kepada Abu Ja‘far dan kepada ibunya serta selain daripada mereka berdua.

Kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad kepada bapaku pada hari al-Tarwiyah, maka beliau telah menulis kepadaku: Anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang, beliau telah berkata: Maka akupun telah bermalam di sisinya dan aku telah bermalam pada malam raya haji di serambinya. Manakala waktu sahur, beliau telah datang kepadaku, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, bagunlah, beliau telah berkata: Akupun telah bangun, maka aku telah membuka dua mataku, maka aku tiba-tiba berada di pintu [rumah]ku di Baghdad, beliau telah berkata: Maka aku telah masuk kepada bapaku dan para sahabatku, maka aku telah berkata kepada mereka bahawa aku telah berada di al-Askar dan aku telah keluar ke Baghdad untuk berhari raya.

(902)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Tahiri berkata: Al-Mutawakkil telah menghidapi penyakit tumor dan hampir mati, maka tidak ada seorangpun yang berani menyentuhnya dengan besi. Maka ibunya telah bernazar jika al-Mutawakkil disembuhkan beliau akan membawa kepada Abu al-Hasan Ali bin Muhammad harta yang banyak daripada hartanya, lalu al-Fath bin Khaaqaan telah berkata kepadanya: Jika anda mengutus kepada lelaki itu dan anda telah memintanya, kemungkinan beliau dapat menyembuhkan anda daripadanya, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan menceritakan kepadanya penyakitnya.

Maka utusan itu telah pulang kepadanya supaya diambil minyak daripada kambing betina, dipanaskan dengan air mawar, lalu diletakkan di atasnya. Manakala utusan itu telah pulang, beliau telah memberitahu kepada mereka, maka mereka mulai mempersenda-sendakan kata-katanya, maka al-Fath telah berkata kepadanya: Beliau, demi Allah, lebih mengetahui apa yang beliau telah katakan. Kemudian minyak daripada kambing betina itu dibawa kepadanya dan dilakukan sebagaimana dikatakan dan diletakkan di atasnya, kemudian al-Mutawakkil tertidur dan menjadi tenang. Kemudian beliau membuka [dua matanya] dan telah keluar daripadanya apa yang ada di dalam tubuhnya, lalu ibunya telah bergembira dengan kesihatannya.

Kemudian ibunya telah membawa kepadanya 10, 000 dinar di bawah capnya. Kemudian al-Mutawakkil telah memandang remeh tentang kesihatanya, lalu al-Batha’i al-‘Alawi telah datang kepadanya bahawa harta yang akan dibawa kepadanya itu adalah bersama senjata, maka beliau telah berkata kepada Sa‘id al-Hajib: Seranglah beliau pada waktu malam dan ambillah harta dan senjata yang anda dapati di sisinya dan bawalah ia kepadaku, Ibrahim bin Muhammad telah berkata: Sa‘id al-Hajib telah berkata kepadaku: Aku telah pergi ke rumahnya pada waktu malam dan bersamaku beberapa anak tangga, maka aku telah menaiki bumbung. Manakala aku telah turun di atas beberapa anak tangga di dalam gelap, aku tidak mengetahui bagaimana aku akan sampai ke rumah, maka beliau telah menyeruku, wahai Sa‘id, tetaplah di tempat anda sehingga mereka akan membawa lilin untuk anda.

Maka aku telah turun, tiba-tiba aku telah mendapatinya: Memakai jubah dan songkok daripada bulu, sementara sejadah di atas tikar [sembahyang] di hadapannya. Maka aku tidak syak bahawa beliau telah melakukan sembahyang, maka beliau telah berkata kepadaku: Jangan tinggalkan rumah, lalu aku telah memasukinya, maka aku tidak mendapati padanya sesuatupun, kemudian aku telah mendapati wang dinar yang banyak di rumahnya yang telah dicapkan dengan cap ibu al-Mutawakkil dan satu bungkusan yang telah dicapkan. Beliau telah berkata kepadaku: Di bawah tikar sembahyang, maka aku telah mengangkatnya, maka aku telah mendapati pedang di dalam bekas yang tidak ditutup, lalu aku telah mengambilnya dan pergi kepadanya. Manakala beliau telah melihat kepada cap ibunya di atas wang dinar, maka beliau telah mengutus kepadanya.

Maka ibunya telah keluar kepadanya, sebahagian pengawal peribadinya telah memberitahu kepadaku bahawa ibunya telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar supaya anda sembuh manakala aku telah putus asa tentang anda, jika anda sembuh, aku akan membawa kepadanya 10, 000 ribu dinar, maka aku telah membawanya kepadanya dan inilah capku di atas bungkusan dan beliau telah membuka bungkusan yang lain, tiba-tiba padanya 400 dinar, lalu beliau telah meletakkan di dalan bungkusan yang lain pula dan beliau telah menyuruhku supaya membawanya kepadanya dan aku telah memulangkan pedang, dua bungkusan dan aku telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi, Ali memang mulia, maka beliau telah berkata kepadaku: “Dan mereka yang zalim itu kelak akan mengetahui tempat mana mereka akan kembali”

(891)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad al-Naufali berkata: Muhamamad bin al-Faraj telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya: Wahai Muhammad, tumpukan urusan anda dan berhati-hatilah, beliau berkata: Maka aku menumpukan pada urusanku dan aku tidak mengetahui apa yang beliau telah tulis kepadaku sehingga utusan telah datang kepadaku membawaku dari Mesir di dalam keadaan [tanganku] digari dan beliau telah memukulku. Aku telah berada di penjara selama 8 tahun, kemudian surat telah dihantar kepadaku di penjara: Wahai Muhammad, janganlah anda turun di sudut barat, maka aku telah membaca surat itu dan aku telah berkata: Beliau a.s menulis kepadaku dengan [kata-kata] ini sedangkan aku di penjara, sesungguhnyanya ini suatu keajaiban, tidak lama kemudian aku dibebaskan dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Beliau telah berkata: Muhammad bin al-Faraj telah menulis kepadanya bertanya beliau tentang barang-barangnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Ia akan dikembalikan kepada anda dan tidak memudaratkan anda jika ia tidak dikembalikan kepada anda. Manakala Muhammad bin al-Faraj dijemput ke al-‘Askar, beliau a.s telah menulis untuk mengembalikan barang-barangnya dan beliau telah mati sebelum itu. Beliau telah berkata: Ahmad bin al-Khatib telah menulis kepada Muhammad bin al-Faraj memintanya pergi ke al-‘Askar, lalu beliau telah menulis kepada Abu al-Hasan a.s meminta pendapatnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Keluarlah kerana padanya kejayaan anda jika Allah kehendaki, lalu beliaupun telah keluar, tidak lama selepas itu, beliau telah mati.

(892)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada seorang lelaki, daripada Ahmad bin Muhammad berkata: Abu Ya‘qub telah memberitahu kepadaku berkata: Aku telah melihatnya-iaitu Muhammad-sebelum kematiannya di al-‘Askar di waktu Isyak. Dan sesungguhnya beliau telah menyambut Abu al-Hasan a.s, lalu beliau telah melihat kepadanya dan beliau telah mengetahui kesakitanya, maka aku telah melawatnya selepas beberapa hari daripada kesakitannya dan beliau berada di dalam keadaan tenat, maka beliau telah memberitahu kepadaku bahawa kain [kapan] telah dikirimkan kepadanya, maka beliau telah mengambilnya dan meletakkannya di bawah kepalanya, beliau telah berkata: Maka beliau [akan] dikapankan padanya. Ahmad telah berkata: Abu Ya‘qub telah berkata: Aku telah melihat Abu al-Hasan a.s bersama Ibn al-Khadhib, maka Ibn al-Khadhib telah berkata kepadanya: Berjalanlah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata kepadanya: Anda lebih dahulu, maka beliau tidak tinggal melainkan empat hari sehingga diletakkan kayu (dahaq) di betis Ibn al-khadhib, kemudian beliau a.s telah meratap, beliau telah berkata: Diriwayatkan daripadanya ketika Ibn al-Khadhib mendesaknya di rumah yang beliau memintanya daripadanya, maka beliau a.s telah mengutus kepadanya: Aku akan menyediakan untuk anda daripada Allah satu tempat [disyurga] yang kekal, kemudian Allah telah mengambilnya pada hari-hari itu.

(893)-7. Muhammad bin Yahya, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah mengambil satu salinan surat al-Mutawakkil kepada Abu al-Hasan al-Thalith a.s daripada Yahya bin Harthumah pada tahun 243 hijrah dan inilah salinanya:

Bismi llahi r-Rahmani r-Rahim, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Amir al-Mukminin mengetahui keupayaan anda, menjaga kekerabatan anda yang wajib bagi hak anda, menilai urusan-urusan anda dan keluarga anda, semoga Allah memperbaiki hal anda dan keluarga anda, menguatkan kemuliaan anda dan kemuliaan mereka, keamanan anda dan keamanan mereka kerana ingin mendapatklan keredaan Tuhan-Nya dan menunaikan fardu ke atas anda dan mereka. Sesungguhnya Amir al-Mukminin telah menukarkan Abdullah bin Muhammad dari pentadbiran perang dan sembahyang di Madinah al-Rasul s.a.w kerana kejahilannya- sebagaimana anda katakan tentang hak anda- dan beliau telah memandang rendah kepada keupayaan anda apabila beliau telah melemparkan tuduhannya terhadap anda sedangkan Amir al-Mukminin telah mengetahui betapa anda bebas daripada tuduhan itu.

Khususnya kebenaran niat anda di dalam menggagalkan percubaannya, sesungguhnya anda bukan tandingannya. Justeru, Amir al-Mukminin telah melantik Muhammad bin al-Fadl untuk menggantikan tempatnya bagi memuliakan anda, menghormati anda dan menyempurnakan urusan anda dan pendapat anda, mendekatkan diri kepada Allah dan kepada Amir al-Mukminin. Dan Amir al-Mukminin rindu kepada anda, ingin mengadakan perjanjian dengan anda dan melihat kepada anda. Jika anda ada kelapangan untuk melawatnya atau sesiapa yang anda cinta daripada keluarga anda, anda datanglah apabila anda mahu, anda bermalamlah apabila anda mahu, anda berjalan mengikut kehendak anda dan jika anda suka Yahya bin Harthumah, maula Amir al-Mukminin dan mereka yang bersamanya yang mengikut anda, biarlah mereka datang bersama anda, berjalan dengan anda dan urusan itu adalah terletak kepada anda sehingga anda datang kepada Amir al-Mukminin. Tidak ada seorangpun daripada saudara-saudaranya dan anak-anaknya secara khusus yang lebih lembut kedudukan daripadanya, aku melihat kepada mereka dengan kasihan belas dan kepada mereka aku lebih tenang, jika Allah kehendaki, selamat sejahtera di atas anda, rahmat-Nya dan berkat-Nya. Ditulis oleh Ibrahim bin al-‘Abbas, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya.

(894)-8. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani berkata: Abu al-Taib al-Muthanna telah berkata: Aduhai dukacitanya kamu, urusan Ibn al-Ridha telah merisaukan aku, beliau telah enggan minun [arak] bersamaku atau menemaniku minum arak atau aku akan mendapatinya peluang seperti ini, maka mereka telah berkata kepadanya: Jika anda tidak mendapatinya, maka ini adalah saudaranya Musa seorang penagih arak dan pemain gambus, beliau makan, mabuk dan bercinta. Beliau berkata: Utuslah kepadanya dan bawalah beliau [ ke sini] sehingga kita memberitahu kepada orang ramai bahawa beliaulah Ibn al-Ridha Maka beliau telah menulis kepadanya dan beliau dijemput dengan kehormatan dan didatangi oleh Bani Hasyim, ketua-ketua tentera dan orang ramai, jika beliau bersetuju, beliau akan diberikan tanah, akan dibina padanya rumah yang dapat menarik peminum-peminum arak dan penyanyi-penyanyi kepadanya.

Beliau akan berhubung dengannya dan membuat baik kepadanya dan beliau akan menjadikannya kedudukan yang tinggi sehingga beliau sendiri akan melawatnya di tempat itu. Manakala Musa telah menerimanya, Abu al-Hasan a.s telah bertemu dengannya pada satu jambatan Wasif iaitu tempat bertemu mereka yang datang, lalu beliau a.s telah memberi salam kepadanya (Musa), maka beliau telah menjawab salamnya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Sesungguhnya lelaki ini telah membawa anda untuk mencabuli kehormatan anda dan menghina anda, justeru, janganlah anda mengakui bahawa anda telah meminum nabidh, maka Musa telah berkata kepadanya: Jika beliau telah menyeruku untuk minum, bagaimana aku akan buat? Beliau a.s telah berkata: Janganlah anda merendah-rendahkan kemampuan anda dan janganlah anda melakukannya kerana beliau mahu mencabuli kehormatan anda, tetapi beliau enggan mematuhinya, maka beliau a.s telah mengulanginya kepadanya. Manakala beliau telah melihat bahawa Musa tidak menjawabnya, beliau telah berkata: Sesungguhnya majlis ini tidak akan mengumpulkan anda dan al-Mutawakkil selama-lamanya. Maka beliau telah tinggal selama tiga tahun, beliau bangun setiap pagi, maka dikatakan kepadanya: Hari ini penuh dengan kegembiraan, lalu beliau pergi, maka dikatakan: Beliau telah mabuk dan beliau telah bangun pagi, maka dikatakan kepadanya: Minuman [nabidh] adalah penawar. Beliau sentiasa di dalam keadaan sedemikian selama tiga tahun sehingga al-Mutawakkil dibunuh, tetapi beliau tidak berkumpul bersamanya ketika minum arak.

(895)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Muhammad bin Ali berkata: Zaid bin Ali bin al-Husain bin Zaid telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah sakit, maka seorang doktor telah masuk kepadaku pada waktu malam, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang ubat yang aku perlu mengambilnya pada waktu malam dan siang, maka aku tidak boleh melakukannya. Doktor belum keluar dari pintu sehingga datang kepadaku pertolongan dengan satu bekas yang mempunyai ubat yang sama, maka beliau telah berkata kepadaku: Abu al-Hasan a.s memberi salam kepada anda dan berkata kepada anda: Ambillah ubat ini selama satu hari, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meminumnya, maka aku telah sembuh, Muhammad bin Ali telah berkata: Zaid bin Ali telah berkata: Pengkritik daripada golongan pelampau enggan menerima hadis ini.


Bab 124

☼Kelahiran Abu Muhammad Al-Hasan Bin Ali A.S (maulid Abi Muhammad al-Hasan bin Ali a.s)☼

Beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan dan menurut naskhah yang lain pada bulan Rabi‘ al-Akhir tahun 232 hijrah. Dan beliau telah mati pada hari Jumaat 8hb Rabi‘ al-Awwal tahun 260 hijrah ketika berusia 28 tahun dan dikebumikan di rumahnya berhampiran makam bapanya di Sarra man ra’a. Dan ibunya adalah Umm walad bernama Hudith atau Susan.

(896)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari dan Muhammad bin Yahya dan lain-lain telah berkata: Ahmad bin ‘Ubaidillah bin Khaaqaan di dalam tugasan tentang barang-barang yang hilang dan Kharaj di Qum, pada suatu hari sebutan tentang al-‘Alawiyyah dan mazhab-mazhab mereka telah berlaku di majlisnya, beliau adalah seorang yang amat cemburu, maka beliau telah berkata: Aku tidak pernah melihat dan aku tidak pernah mengetahui di Sarra man ra’a seorang lelaki daripada golongan al-‘Alawiyyah seperti al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin al-Ridha dari segi petunjuknya, ketenangannya, kewarakannya, kemuliaannya dan kehormatannya di sisi ahlu-Baitnya dan Bani Hasyim serta keutamaan mereka yang tua terhadapnya, begitu juga dengan ketua-ketua tentera, para menteri dan manusia secara umum.

Sesungguhnya aku pada suatu hari telah berdiri di hadapan bapaku iaitu pada hari majlisnya untuk orang ramai, tiba-tiba pengawal-pengawalnya telah datang kepadanya, maka mereka telah berkata: Abu Muhammad Ibn al-Ridha di pintu, maka beliau telah berkata dengan suara yang tinggi: Izinkan untuknya masuk, maka aku telah menjadi hairan tentang apa yang aku telah mendengar daripada mereka bahawa mereka telah membesar-besarkan seorang lelaki di hadapan bapaku yang mana keadaan sedemikian tidak dilakukan melainkan kepada seorang khalifah atau penggantinya atau seorang sultan.

Maka seorang lelaki yang berkulit hitam manis, berpendirian tegap, cantik mukanya, baik [bentuk] badannya, muda usianya, baginya kehormatan dan kehebatan telah muncul. Manakala bapaku telah melihat kepadanya, beliau telah berdiri dan berjalan kepadanya beberapa langkah, aku tidak pernah mengetahui bapaku telah melakukannya seperti ini kepada seorang daripada Bani Hasyim dan ketua-ketua tentera. Manakala beliau telah mendekatinya, beliau telah memeluknya dan mengucup mukanya, dadanya dan mengambil tangannya dan menjemputnya duduk di hadapannya. Kemudian beliau mulai bercakap dengannya dan aku menjadi hairan tentang apa yang aku sedang melihat daripadanya, tiba-tiba seorang pengawalnya telah masuk dan berkata: Al-Muwaffaq telah datang.

Al-Muwaffaq apabila beliau datang kepada bapaku, pengawal-pengawal dan ketua-ketua tentera datang, lalu mereka berdiri di antara majlis bapaku dan pintu rumah berbaris sehingga al-Muwaffaq masuk dan keluar, maka bapaku sentiasa berhadapan dengan Abu Muhammad bercakap kepadanya sehingga beliau telah melihat kepada budak-budaknya, maka pada ketika itu beliau telah berkata: Allah telah menjadi diriku tebusan anda, kemudian beliau telah berkata kepada pengawal-pengawalnya, ambillah beliau [pergi] di balik pembarisan orang ramai sehingga beliau tidak dilihat oleh ini-iaitu al-Muwaffaq, lalu beliau telah berdiri dan bapaku juga telah berdiri dan memeluknya, kemudian beliau telah pergi, maka aku telah berkata kepada pengawal-pengawal bapaku dan budak-budaknya: Aduhai dukacitanya kamu, siapakah lelaki yang kamu sedang membesar-besarkanya di hadapan bapaku dan bapaku telah melakukan perkara yang sama, maka mereka telah berkata: Ini adalah seorang ‘Alawi yang bernama al-Hasan bin Ali yang dikenali dengan Ibn al-Ridha, maka aku telah bertambah hairan dan aku semenjak hari itu sentiasa risau memikirkan tentang urusannya dan urusan bapaku serta apa yang aku telah melihat padanya sehinggalah malam tiba, biasanya beliau melakukan sembahyang al-‘Atmah, kemudian beliau duduk, merenung tentang mesyuarat atau plot termasuk apa yang akan dikemukakan kepada sultan.

Manakala beliau telah melakukan sembahyang, beliau telah duduk, akupun telah datang dan duduk di hadapannya, tiada seorangpun di sisinya, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Ahmad, adakah anda ada hajat? Aku telah berkata: Ya, wahai bapaku, jika anda izin kepadaku untuk bertanya anda tentangnya? Maka beliau telah berkata: Aku telah izin anda, wahai anak lelakiku, bertanyalah apa yang anda mahu, maka aku telah berkata: Wahai bapaku, siapakah lelaki yang aku telah melihat anda di waktu pagi, anda telah melayaninya dengan kehormatan dan kemuliaan serta anda telah menebuskannya dengan diri anda dan dua ibu bapa anda?

Maka beliau telah berkata: Itu adalah imam al-Rafidhah, itulah al-Hasan bin Ali dikenali dengan Ibn al-Ridha, maka aku telah diam beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Jika imamah telah hilang daripada khalifah-khalifah Bani ‘Abbas, maka tidak ada seorangpun yang telah berhak di kalangan Bani Hasyim selain daripadanya. Sesungguhnya beliau berhak imamah kerana kelebihannya, kewarakannya, petunjuknya, zuhudnya, ibadatnya, baik akhlaknya dan kebaikannya. Jika anda telah melihat bapanya, nescaya anda telah melihatnya seorang lelaki yang mulia, cerdik dan disegani, maka aku bertambah risau memikirkannya kerana kemarahan[ku] kepada bapaku dan apa yang aku telah mendengar daripadanya dan apa yang aku telah meminta penjelasan daripadanya tentang perbuatannya dan kata-katanya padanya, maka aku tidak ada hemah selepas itu melainkan bertanya tentang khabarnya dan membincangkan tentang urusannya.

Maka aku tidak bertanya seorang daripada Bani Hasyim, ketua-ketua tentera, penulis-penulis, fakih-fakih dan semua manusia melainkan aku telah mendapatinya di sisinya kehormatan dan tempat yang tinggi, kata-kata yang cantik dan keutamaannya daripada keluarganya dan syeikh-syeikhnya, maka nilainya besar di sisiku jika aku tidak melihatnya sebagai seorang wali dan bukan sebagai seorang musuh melainkan beliau bercakap baik tentangnya dan memujinya, maka sebahagian daripada al-Asy‘ariyyin yang hadir di majlisnya telah berkata: Wahai Abu Bakr, apa khabar dengan saudaranya Ja‘far? Maka beliau telah berkata: Siapakah Ja‘far sehingga anda bertanya tentang khabarnya? Atau disertai al-Hasan dengan Ja‘far yang dikenali sebagai seorang yang fasik, jahat, tidak sopan dan peminum arak (mu‘lan al-Fisq faajir maajin syirriib li-al-Khumuur) aku telah mendapati orang ramai begitu sensitif dengannya seolah-olah kehormatan mereka dicabuli. Apa yang telah mengagumkan aku tentangnya telah berlaku kepada sultan dan para sahabatnya ketika kematian al-Hasan bin Ali, aku tidak menyangka ia akan berlaku sedemikian.

Manakala al-Hasan bin Ali jatuh sakit, beliau telah mengutus kepada bapaku bahawa Ibn al-Ridha telah jatuh sakit, maka beliau telah menunggang (datang) pada masa itu juga, maka beliau telah bersegera ke rumah Khalifah, kemudian beliau telah pulang dengan cepat, bersamanya lima orang daripada khadam Amir al-Mukminin semuanya dipercayai dan orang istimewanya di kalangan mereka adalah Nahrir, lalu beliau telah memerintahkan mereka supaya mengawasi rumah Abu al-Hasan dan mengetahui khabarnya, keadaannya dan mengutus kepada beberapa orang doktor. Beliau telah memerintahkan mereka supaya datang kepadanya dan merawatnya pada waktu siang dan malam.

Manakala dua atau tiga hari telah berlalu, beliau telah diberitahu bahawa beliau telah menjadi lemah, lalu beliau telah memerintahkan doktor-doktor terus berada di rumahnya dan beliau telah mengutus kepada ketua kadi supaya menghadiri majlisnya dan memerintahkannya supaya memilih sepuluh orang di kalangan para sahabatnya yang dipercayai dari segi agama, amanah dan kewarakan, lalu beliau telah menghadirkan mereka, maka beliau telah mengutus mereka ke rumah Abu al-Hasan dan memerintahkan mereka mengubatnya siang dan malam, mereka sentiasa berada di sana sehingga beliau a.s telah mati. Justeru, Sarra man ra’a telah menjadi bising dan sultan telah mengutus ke rumahnya orang yang memeriksanya dan beliau telah memeriksa semua bilik-biliknya dan mereka telah mencari kesan anak lelakinya. Mereka telah datang dengan perempuan-perempuan yang mengetahui tentang kehamilan.

Lalu mereka telah datang kepada hamba-hamba perempuannya, melihat kepada mereka, maka sebahagian daripada mereka telah menyebut bahawa di sana terdapat seorang hamba perempuan yang sedang hamil, lalu diletakkannya di sebuah bilik, maka Nahrir telah mewakilkan seorang khadam [untuk mengawasinya], sementara para sahabatnya dan perempuan-perempuan lain bersama mereka, kemudian mereka telah bersiap untuk penyempurnaan jenazahnya, maka kedai-kedai ditutup, Bani Hasyim, ketua-ketua tentera, bapaku dan semua orang telah datang kepada jenazahnya. Sarra man ra’a pada hari itu seperti Kiamat, manakala mereka selesai dari menyempurnakan [jenazah] nya, sultan telah mengutus kepada Abu Isa bin al-Mutawakkil, maka beliau telah menyuruhnya supaya melakukan sembahyang ke atasnya.

Manakala jenazahnya diletakkan untuk disembahyangkan, maka Abu Isa telah mendekatinya, lalu beliau telah membuka [tutup] mukanya, kemudian beliau telah membentangkannya kepada Bani Hasyim di kalangan al-‘Alawiyyah dan al-‘Abbasiyyah, ketua-ketua tentera, penulis-penulis, kadi-kadi dan pendakwa-pendakwa dan berkata: Ini adalah al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin al-Ridha telah mati di atas hamparannya, maka telah hadirlah mereka yang telah hadir di kalangan khadam-khadam Amir al-Mukminin dan mereka yang dipercayainya polan dan polan dan di kalangan kadi-kadi polan dan polan, di kalangan doktor-doktor adalah polan dan polan, kemudian beliau telah menutup mukanya dan memerintahkan supaya beliau dibawa ke tengah rumahnya dan dikebumikannya berhampiran makam bapanya. Manakala beliau telah dikebumikan, sultan dan orang ramai telah mula mencari anak lelakinya.

Pemeriksaan yang rapi telah dilakukan di beberapa rumah dan di tempat-tempat yang lain, mereka telah berhenti dari membahagi-bahagikan harta pusakanya dan mereka yang diwakilkan supaya sentiasa menjaga hamba perempuan yang disyaki hamil itu diteruskan sehingga terbukti kebatilan kehamilannya. Manakala terbukti kebatilan kemahilan daripada mereka, hartanya dibahagi-bahagikan di kalangan ibunya, saudaranya Ja‘far. Manakala ibunya telah mendakwa wasiatnya dan ia telah diputuskan di sisi kadi dan sultan mencari kesan anak lelakinya. Ja‘far telah datang selepas itu kepada bapaku, maka beliau telah berkata: Jadilah aku martabat saudartaku, nescaya aku akan memberikan kepada anda pada setiap tahun 20, 000 dinar.

Lalu bapaku telah menakut-nakutkannya dan berkata kepadanya: Wahai si bodoh, sultan telah menghunus pedangnya kepada mereka yang telah menyangka bahawa bapa anda dan saudara anda sebagai imam bertujuan menolak mereka daripada perkara itu, maka beliau tidak bersedia untuk itu. Jika anda di sisi Syiah bapa anda atau saudara anda sebagai seorang imam, maka anda tidak perlu kepada sultan untuk mengangkat anda kepada martabat mereka berdua dan tidak kepada sultan jika anda tidak mempunyai kedudukan ini di sisi mereka bagi mencapainaya.

Bapaku telah menghinanya, melemahkannya dan memerintahkan supaya beliau dihalang daripadanya, maka beliau tidak membenarkannya datang kepadanya sehingga bapaku telah mati dan kami telah keluar di dalam keadaan sedemikian sedangkan sultan sedang mencari kesan anak lelaki al-Hasan bin Ali.

(897)-2. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin Musa bin Ja‘far berkata: Abu Muhammad a.s telah menulis kepada Abu al-Qasim Ishaq bin Ja‘far al-Zubairi 20 hari sebelum kematian al-Mu‘taz: Tinggallah di rumah anda sehingga berlakulah peristiwa. Manakala Buraihah telah dibunuh, beliau telah menulis kepadanya sesungguhnya peristiwa telah berlaku, justeru, apakah yang anda akan menyuruhku? Maka beliau telah menulis: Peristiwa ini bukanlah peristiwa yang akhir kerana urusan al-Mu‘taz adalah peristiwa yang telah berlaku.

Dan daripadanya: Beliau telah menulis kepada seorang lelaki yang lain bahawa Ibn Muhammad bin Daud Abdullah akan dibunuh sepuluh hari sebelum pembunuhannya, manakala pada hari kesepuluh beliau dibunuh.

(898)-3. Ali bin Muhammad [daripada Muhammad] bin Ibrahim yang dikenali dengan Ibn al-Kurdi, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim bin Musa bin Ja‘far berkata: Urusan kami telah menjadi buntu, maka bapaku telah berkata kepadaku: Datanglah bersama kami kepada lelaki ini iaitu Abu Muhammad, sesungguhnyanya beliau telah menceritakannya sebagai samaahah, maka aku telah berkata: Adakah anda mengenalinya? Beliau telah berkata: Aku tidak mengenalinya dan aku tidak pernah melihatnya, beliau telah berkata: Maka kami telah menuju kepadanya, maka bapaku telah berkata kepadaku di dalam perjalanannya: Kita memerlukan beliau supaya memberi kepada kita 500 dirham, 200 dirham untuk pakaian, 200 dirham untuk membayar hutang dan 100 dirham untuk perbelanjaan.

Maka aku telah berkata kepada diriku: Mudah-mudahan beliau akan memberi kepadaku 300 dirham, 100 dirham aku akan membeli keldai, 100 dirham untuk perbelanjaan dan 100 dirham untuk pakaian dan aku akan keluar ke gunung, beliau telah berkata: Manakala kami telah sampai di pintu [rumah]nya, maka budaknya telah keluar kepada kami, maka beliau telah berkata: Ali bin Ibrahim dan Muhammad anak lelakinya sedang masuk. Manakala kami telah masuk dan memberi salam, beliau telah berkata kepada bapaku: Wahai Ali, apakah yang membuat anda lewat datang kepada kami sehingga waktu ini?

Maka beliau telah berkata: Wahai sayyidi, aku telah malu untuk berjumpa dengan anda di dalam keadaan ini, manakala kami telah keluar dari sisinya, maka budaknya telah datang kepada kami dengan dompet, maka beliau telah berkata: Inilah 300 dirham, jadilah 100 dirham untuk harga keldai, 100 dirham untuk pakaian dan 100 dirham untuk perbelanjaan dan janganlah anda keluar ke gunung, pergilah ke al-Sauraa’, lalu beliau telah pergi ke al-Sauraa’ dan berkahwin dengan seorang perempuan, maka pendapatannya pada hari ini 1000 dinar dan beliau berkata untuk mewakafkannya, maka Muhammad bin Ibrahim telah berkata: Maka aku telah berkata kepadanya: Aduhai dukacitanya anda, adakah anda mahu perkara yang lebih jelas daripada ini?, maka beliau telah berkata: Ini adalah perkara yang kami telah melakukannya.

(899)-4. Ali bin Muhammad, daripada Abu Ali Muhammad bin Ali bin Ibrahim berkata: Ahmad bin al-Harith al-Qazwini telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada bersama bapaku di Sarra man ra’a. Bapaku telah cuba melatih seekor baghal di kandang Abu Muhammad, berkata: Di sisi al-Musta‘in ada seekor baghal cantik dan sombong yang tidak pernah dilihat seumpamanya, ia telah menegah belakangnya dari tali kekang dan pelana, pelatihnya telah gagal melatihnya, beliau tidak dapat menunggangnya, maka sebahagian sahabatnya telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, kenapa anda tidak mengutus kepada al-Hasan bin al-Ridha supaya beliau datang, sama ada beliau dapat menunggangnya atau membunuhnya. Justeru anda boleh berehat daripadanya, beliau telah berkata: Kemudian beliau telah mengutus kepada Abu Muhammad dan bapaku telah pergi bersamanya, maka bapaku telah berkata: Apabila Abu Muhammad telah memasuki rumah [al-Musta‘in], aku telah berada bersamanya.

Lalu Abu Muhammad telah melihat kepada baghal yang sedang berdiri di hadapan rumah itu, maka beliau telah berpaling kepadanya, lalu beliau telah meletakkan tangannya di atas punggungnya, beliau telah berkata: Maka aku telah melihat kepada baghal, maka ia telah berpeluh sehingga peluhnya mengalir daripadanya, kemudian beliau telah berjalan kepada al-Musta‘in, lalu beliau telah memberi salam kepadanya, maka beliau telah menyambutnya dan mendekatinya, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, ikatlah tali kengkang baghal ini, maka Abu Muhammad telah berkata kepada bapaku: Ikatlah ia, wahai budak, maka al-Musta‘in telah berkata: Anda ikatlah, lalu beliau telah meletakkan jubahnya.

Kemudian beliau telah berdiri, kemudian beliau telah pulang kepada tempat duduknya dan terus duduk, maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, ikatlah pelana [di atasnya], maka beliau telah berkata kepada bapaku: Wahai budak, ikatlah, maka beliau telah berkata: Anda ikatlah, maka beliau telah berdiri pada kali yang kedua, lalu beliau telah mengikatkan pelananya dan kembali, maka beliau telah berkata kepadanya: Anda mahu menunggangnya? Maka beliau telah berkata: Ya, lalu beliau telah menunggangnya tanpa dihalang ke atasnya dengan baik, kemudian beliau telah kembali dan turun, maka al-Musta‘in telah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, bagaimana anda telah melihatnya?

Beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku tidak pernah melihat seekor baghal secantik ini dan ia tidak layak melainkan untuk Amir al-Mukminin, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Amir al-Mukminin telah membawa anda ke atasnya, maka Abu Muhammad telah berkata kepada bapaku: Wahai budak, ambillah, maka bapaku telah mengambilnya, kemudian beliau telah memandunya.

(900)-5. Ali, daripada Abi Ahamad bin Rasyid, daripada Abu Hasyim al-Ja‘fari berkata: Aku telah mengadu satu hajat kepada Abu Muhammad a.s, maka beliau telah memecahkan tanah dengan tongkatnya, beliau telah berkata: Beliau telah menutupnya dengan sapu tangan dan mengeluarkan 500 dirham, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Hasyim, ambillah dan maafkan kami.

(901)-6. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdullah bin Salih, daripada bapanya, daripada Abi Ali al-Mutahhar bahawa beliau telah menulis kepadanya di al-Qadisiyyah memberitahu kepadanya tentang kepulangan orang ramai dan beliau takutkan dahaga, maka beliau a.s telah menulius kepadanya: Pergilah, tidak ada ketakutan di atas kamu, jika Allah kehendaki, maka mereka telah pergi dengan selamat dan segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

(902)-7. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-Husain bin al-Fadhl al-Yamani berkata: Orang ramai telah datang di [rumah] al-Ja‘fari daripada keluarga Ja‘far bertujuan menentangnya, maka beliau telah mengadu kepada Abu Muhammad tentang perkara itu, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: “kamu akan dapat menghalang mereka jika Allah kehendaki, lalu beliau telah keluar kepada mereka dengan bilangan seramai 1000 orang sahaja sedangkan bilangan mereka melebihi 20 ribu orang, tetapi beliau dapat mengalahkan mereka.

(903)-8. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma‘il al- ‘Alawi berkata: Abu Muhammad telah ditahan di sisi Ali bin Narmisy seorang yang paling kuat menentang keluarga Abu Talib dan dikatakan kepadanya: Buatlah apa saja terhadapnya a.s, maka beliau a.s telah berada di sisinya satu hari sehingga beliau meletakkan dua pipinya untuknya dan beliau tidak mengangkat penglihatannya kepadanya melainkan menghormatinya, maka beliau telah keluar dari sisinya sebagai seorang yang paling baik fikirannya dan yang paling baik kata-katanya terhadapnya.

904)-9. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin Abi Abdullah, daripada Ishaq bin Muhammad al-Nakha‘i berkata: Sufyan bin Muhammad al-Dhiba‘i berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad bertanya kepadanya tentang al-Waliijah di dalam firman-Nya: “Dan tidak mengambil menjadi teman setia (waliijah) selain Allah, Rasul-Nya dan mukminin” Aku telah berkata pada diriku, siapakah anda fikir mukminin di sini? Maka beliau telah memberi jawapan bahawa al-Waliijah (teman setia) yang dilakukan tanpa wali al-Amr, justeru, siapakah mereka pada tempat ini? Mereka itu adalah para imam yang beriman kepada Allah, lalu Dia menerima amanah mereka.

(905)-10. Ishaq telah berkata: Abu Hasyim al-Ja‘fari telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mengadu kepada Abu Muhammad tentang kesempitan tahanan dan kesusahan hidup, maka beliau telah menulis kepadaku: “Anda akan melakukan sembahyang zuhur pada hari ini di rumah anda”, maka aku dikeluarkan pada waktu zuhur, lalu aku telah melakukan sembahyang [zuhur] di rumahku sebagaimana beliau a.s telah katakan. Aku di dalam kesempitan hidup, maka aku telah mahu meminta daripadanya beberapa dinar secara bertulis, tetapi aku telah malu, manakala aku telah sampai ke rumahku, beliau telah mengemukakan kepadaku 100 dinar dan beliau telah menulis kepadaku: Apabila anda berhajat, maka janganlah anda malu dan mintalah, sesungguhnya anda akan melihat apa yang anda suka, jika Allah kehendaki.

(906)-11. Ishaq, daripada Ahmad bin Muhammad bin al-Aqra’ berkata: Abu Hamzah Nusair al-Khadim berkata: Aku telah mendengar Abu Muhammad bukan sekali becakap dengan budak-budaknya dengan bahasa mereka: Bahasa Turki, Rom dan Slav, maka aku telah menjadi hairan dengannya dan aku telah berkata: [Lelaki] ini telah dilahirkan di Madinah, beliau tidak menzahirkan kepada seorangpun sehingga kematian Abu al-Hasan a.s dan tidak ada seorangpun yang telah melihatnya, maka bagaimana ini berlaku? Aku telah bercakap kepada diriku sendiri sedemikian, tiba-tiba beliau telah datang kepadaku dan berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah telah menerangkan Hujjah-Nya kepada semua makhluk dengan setiap sesuatu dan memberikan kepadanya [ilmu] bahasa-bahasa, ilmu keturunan, ajal-ajal dan peristiwa-peristiwa. Jika tidak, nescaya tidak ada perbezaan di antara al-Hujjah dan bukan Hujjah.

(907)-12. Ishaq, daripada al-Aqra‘ berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad bertanya kepadanya tentang seorang imam a.s adakah beliau bermimpi? Aku telah berkata kepada diriku selepas beliau telah menerangkannya di dalam surat: Mimpi (al-Ihtilaam) adalah kerjaya syaitan, sesungguhnya Allah telah melindungi para wali-Nya daripadanya, kemudian beliau a.s telah menjawab bahawa keadaan para imam [a.s] di dalam tidur mereka sepertilah di dalam keadaan jaga mereka, tidur tidak dapat mengubah mereka sesuatupun. Dan sesungguhnya Allah telah melindungi para wali-Nya daripada gangguan syaitan sebagaimana diri anda telah bercakap kepada anda.

(908)-13. Ishaq telah berkata: Al-Hasan bin Zarif telah memberitahu kepadaku, berkata: Dua masalah telah bergelombang di dadaku, aku telah mahu menulis surat kepada Abu Muhammad tentang kedua-duanya. Maka aku telah menulis kepadanya tentang al-Qaim a.s di manakah majlis yang beliau gunakan untuk menghukum di kalangan manusia? Dan aku mahu bertanya kepadanya tentang sesuatu mengenai demam panas, maka aku telah terlupa tentangnya, maka jawapannya telah datang, aku telah bertanya tentang al-Qaim, adakah beliau menghukum manusia dengan ilmunya seperti hukuman Daud a.s tanpa bertanya saksi.

Dan aku telah mahu anda bertanya tentang demam panas, tetapi aku telah terlupa, maka Abu Muhammad telah berkata: Tulislah pada kertas dan gantunglah ia kepada orang yang demam, sesungguhnya beliau akan sembuh, jika Allah kehendaki: “ Wahai api jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim” Maka kamipun telah menggantungkannya kepadanya menurut apa yang telah disebut oleh Abu Muhammad, maka beliaupun telah sembuh.

(909)-14. Ishaq telah berkata: Isma‘il bin Muhammad bin Ali bin Isma‘il bin Ali bin Abdullah bin ‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib telah memberitahu kepadaku: Aku telah duduk untuk Abu Muhammad a.s di atas belakang jalan, manakala beliau telah melaluiku, maka aku telah mengadu hajatku kepadanya dan aku telah bersumpah kepadanya bahawa aku tidak mempunyai wang walaupun satu dirham, tanpa makanan pagi dan makanan malam, maka beliau telah berkata: Anda bersumpah dengan sumpah palsu.

Sesungguhnya anda telah menanam (menyembunyikan) 200 dirham dan kata-kataku bukanlah menolak anda daripada pemberianku, berilah kepadanya, wahai budak apa yang ada bersama anda, lalu budaknya telah memberi kepadaku 100 dinar. Kemudian beliau telah datang kepadaku dan berkata: Anda mengharamkannya sedangkan anda lebih berhajat kepadanya iaitu dinar-dinar yang aku telah menanamnya dan beliau a.s telah benar sebagaimana kata-katanya bahawa aku telah menanam 200 dinar dan aku telah berkata: Ia menjadi asas dan gua kepada kami apabila berlaku kecemasan, aku akan membelanjakannya, maka pintu rezeki telah tertutup untukku, justeru, aku telah membuka untuk mendapatkannya, tiba-tiba seorang anak lelakiku telah mengetahui tempatnya, lalu beliau telah mengambilnya dan melarikan diri, tetapi aku tidak mampu untuk mendapatkannya kembali.

(910)-15. Ishaq telah berkata: Ali bin Zaid bin Ali bin al-Husain bin Ali telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku memiliki seekor kuda yang aku kagum, pada suatu hari aku telah datang kepada Abu Muhammad, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah kuda anda telah buat? Maka aku telah berkata: Ia ada di sisiku, di pintu anda dan aku telah turun daripadanya, maka beliau telah berkata kepadaku: Tukarlah ia sebelum petang, jika anda mampu mendapatkan seorang pembeli dan janganlah anda menangguhkannya, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami, lalu percakapan [kami] telah terputus. Aku mulai berfikir dan pulang ke rumahku, lalu aku telah memberitahu berita itu kepada saudaraku, maka beliau telah berkata: Aku tidak mengerti apa yang aku kata di dalam perkara ini. Kemudian aku telah memberitahu kepada orang ramai untuk menjualnya.

Waktu petang telah tiba, lalu seorang lelaki telah datang kepada kami dan kamipun telah melakukan sembahyang al-‘Atmah, lalu beliau telah berkata: Wahai maulaya, kuda anda telah mati, maka aku telah sedih dan aku telah mengetahui bahawa beliau a.s telah maksudkan ini (kematian) dengan kata-katanya, beliau telah berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad selepas beberapa hari dan aku telah berkata kepada diriku: Mudah-mudahan beliau telah meninggalkan seekor binatang untukku kerana aku telah sedih dengan kata-katanya. Manakala aku telah duduk, beliau telah berkata: Ya, kami telah meninggalkan seekor binatang untuk anda, wahai budak, berilah Barzuni al-Kumait kepadanya, ini adalah lebih baik daripada kuda anda, lebih rajin dan lebih panjang umurnya.

(911)-16. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Hasan bin Syammun telah memberitahu kepadaku, berkata: Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s ketika [khalifah] al-Muhtadi telah mula membunuh al-Mawaali : Wahai sayyidi, segala puji bagi Allah yang telah membuatnya sibuk tentang kita. Sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa beliau mengugut anda dan berkata: Demi Allah, aku akan mengusir mereka daripada muka bumi ini, maka Abu Muhammad telah menulis dengan khatnya: Itu akan memendekkan umurnya, hitung lima hari dari sekarang dan beliau akan dibunuh pada hari keenam selepas kehinaan akan berlaku kepadanya, maka telah berlakulah sebagaimana dikatakan olehnya.

(912)-17. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Hasan al-Syammun telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya berdoa kepada Allah untukku daripada sakit mata kerana salah satu daripada mataku telah hilang penglihatan dan yang satu lagi juga hampir hilang penglihatannya. Maka beliau telah menulis kepadaku: Mudah-mudahan Allah mempetahankan mata anda, maka ia telah pulih, lalu beliau telah menandatangani pada akhir surat: Mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada anda dan memperelokkan pahala anda. Maka aku telah menjadi sedih dan aku tidak mengetahui seorangpun daripada keluargaku telah mati. Manakala beberapa hari selepas itu, berita kematian anak lelakiku Tayyib telah sampai kepadaku, maka aku baru mengetahui bahawa takziah adalah untuknya.

(913)-18. Ishaq telah berkata: Umar bin Abi Muslim telah memberitahu kepadaku, berkata: Seorang lelaki daripada Mesir bernama Saif bin al-Laith telah datang kepada kami di Sarra man ra’a, beliau mahu bertemu dengan [khalifah] al-Muhtadi tentang tanahnya yang telah dirampas oleh Syafi‘ al-Khadim dan telah mengeluarkannya daripadanya, lalu kami telah menunjukkannya supaya menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya mempermudahkan urusannya, maka Abu Muhammad a.s telah menulis kepadanya: Tidak mengapa, tanah anda akan dipulangkan kepada anda, justeru, janganlah anda datang kepada sultan (al-Muhtadi) dan berjumpalah dengan wakil yang memegang tanah itu dan buatlah beliau supaya takut kepada Sultan Yang lebih Besar (Allah) Tuhan sekalian alam.

Maka beliau telah berjumpa dengannya dan wakil itu telah berkata kepadanya: Beliau a.s telah menulis kepadaku ketika anda keluar dari Mesir “supaya aku mencari anda dan memulangkan tanah itu kepada anda”, beliau telah memulangkannya melalui hukum kadi Ibn Abi Syawarib dan penyaksian saksi dan beliau tidak berhujah untuk datang kepada al-Muhtadi, maka jadilah tanah itu untuknya dan tidak ada berita selepasnya. Beliau telah berkata: Saif bin al-Laith telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah meninggalkan seorang anak lelakiku yang sedang sakit di Mesir ketika aku keluar daripadanya dan seorang anak lelakiku yang lebih tua daripadanya, beliau adalah wasiku dan harapanku ke atas keluargaku dan hartaku, maka aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya berdoa untuk anak lelakiku yang sedang sakit: Maka beliau telah menulis kepadaku: “Sesungguhnya anak lelaki anda yang sakit itu telah disembuhkan dan anak yang tua anda, wasi anda dan harapan anda telah mati. Justeru bersyukurlah kepada Allah dan janganlah anda bersedih, justeru, pahala anda akan menurun. Maka berita telah sampai kepadaku bahawa anak lelakiku telah sembuh daripada penyakitnya dan anak lelakiku yang tua telah mati pada hari aku telah menerima jawapan Abu Muhammad a.s.

(914)-19. Ishaq telah berkata: Yahya al-Qusyairi daripada kampung Qair telah memberitahu kepadaku, berkata: Abu Muhammad telah mempunyai seorang wakil yang beliau telah tinggal di sebuah bilik di rumahnya bersama seorang khadam yang berkulit putih, maka wakil itu mahu khadam itu supaya membawa nabidh (air anggur) kepadanya, tetapi beliau telah enggan, kemudian beliau telah membawanya kepadanya, jarak di antaranya dan Abu Muhammad adalah tiga pintu yang tertutup, maka wakil itu telah memberitahu kepadaku, berkata: Sesungguhnya aku sedar, tiba-tiba aku berada di pintu-pintu yang dibuka sehingga beliau a.s telah datang sendiri, lalu beliau telah berdiri di pintu bilik, kemudian beliau telah berkata: Wahai mereka! Bertakwalah kepada Allah, takutlah kepada Allah. Manakala tiba waktu pagi, beliau a.s telah memerintahkan penjualan khadam dan mengeluarkan aku dari rumah[nya].

(915)-20. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Rabi‘ al-Sya’i telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berdialog dengan seorang lelaki yang berpegang kepada aliran al-Thanawiyyah di al-Ahwaz, kemudian aku telah datang ke Sarra man ra’a, sesungguhnya kata-katanya telah tergantung di hatiku dan aku sedang duduk di pintu Ahmad al-Khatib, tiba-tiba Abu Muhammad a.s telah datang daripada al-Dar al-‘Ammah pada hari perarakan, lalu beliau telah melihat kepadaku dan menunjukkan dengan jari telunjuknya kepada seorang demi seorang, maka aku telah terjatuh tidak sedarkan diri.

(916)-21. Ishaq, daripada Abu Hasyim al-Ja‘fari berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepada Abu Muhammad, aku mahu bertanya kepadanya tentang apakah yang aku akan ukirkan pada cincinku untuk mendapat berkat, lalu aku telah duduk dan aku telah terlupa tujuan kedatanganku. Manakala aku telah mengucap selamat tinggal dan aku telah bangun, beliau telah melontarkan kepadaku sebentuk cincin, maka beliau a.s telah berkata: Anda telah mahu [cincin] perak, maka aku telah memberikan kepada anda sebentuk cincin, anda akan mendapat keuntungan yang banyak, Allah telah memberi tahniah kepada anda, wahai Abu Hasyim, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku naik saksi bahawa anda adalah wali Allah dan imamku yang aku menyembah Allah dengan ketaatannya, lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah telah mengampuni dosa anda, wahai Abu Hasyim”.

(917)-22. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Qasim Abu al- ‘Iina’ al-Hasyimi maula ‘Abd al-Samad bin Ali ‘Ataqah telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad a.s ketika aku sedang dahaga, aku di sisinya, aku menghormatinya untuk menyeru dengan air, maka beliau a.s telah berkata: Wahai budak, berilah minuman kepadanya dan kadangkala aku telah bercakap kepada diriku untuk bangun, maka aku memikir tentang itu, lalu beliau berkata: Wahai budak, [bawalah] binatang tunggangannya.

(918)-23. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin Musa bin Ja‘far bin Muhammad bin Ali bin ‘Abd al-Ghaffar telah berkata: Beberapa orang pegawai Bani ‘Abbas, antaranya Salih bin Ali dan lain-lain daripada penyeleweng-penyeleweng ketika Abu Muhammad a.s ditahan, telah datang kepada Salih bin Wasif, maka Salih telah berkata kepada mereka: Apa [lagi] yang aku boleh buat, anda telah mewakilkan dua orang yang paling jahat untuk menahannya, mereka berdua telah menukarkan ibadat, sembahyang, puasa kepada perkara yang besar, maka aku telah berkata kepada mereka berdua: Apakah yang ada padanya (Abu Muhammad a.s)? Mereka berdua telah berkata: Apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang berpuasa pada siang hari dan bangun [beribadat] pada waktu malam, beliau tidak bercakap dan tidak sibuk dengan [urusan dunia] dan apabila kami telah melihat kepadanya, anggota kami merasa gementar dan apa yang kami tidak memilikinya daripada diri kami memasuki kami. Manakala mereka telah mendengar sedemikian, merekapun telah pulang di dalam keadaan dukacita.

(919)-24. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin al-Husain berkata: Muhammad bin al-Hasan al-Makfuf telah memberitahu kepadaku, berkata: Beberapa sahabat kami telah memberitahu kepadaku daripada sebahagian Nasrani yang bekerja sebagai “pembuang darah” di al-‘Askar bahawa Abu Muhammad a.s telah mengutus kepadaku pada suatu hari pada waktu sembahyang zuhur, maka beliau telah berkata kepadaku: Titiskan darah ini, beliau berkata: Beliau telah mengambil darah daripadaku, aku tidak memahaminya tentang darah yang dititiskan, maka aku telah berkata kepada diriku: [Pertama] Aku tidak pernah melihat satu perkara yang lebih pelik daripada ini, beliau telah menyuruhku supaya menitis [darah] pada waktu zuhur dan ia bukanlah waktunya dan kedua: Darah yang aku tidak memahaminya. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunggulah dan tinggallah di rumah anda. Manakala waktu petang sudah tiba, beliau telah menyeruku dan berkata kepadaku: Lepaslah darah, maka aku telah melepaskannya, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tahanlah, maka aku telah menahannya. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tinggallah di rumah anda.

Manakala pada pertengahan malam, beliau telah mengutus kepadaku dan berkata kepadaku: Darah telah dititiskan, beliau telah berkata: Aku telah menjadi hairan daripada yang pertama, tetapi aku tidak suka bertanya kepadanya, beliau telah berkata: Anda telah menitiskan darah, maka darah putih telah keluar seperti garam, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tahanlah, maka aku telah manahannya (darah). Kemudiaan beliau telah berkata: Tinggallah di rumah, manakala aku telah bangun pagi, beliau telah menyuruh Qaharmanah supaya memberi kepadaku tiga dinar, maka aku telah mengambilnya dan aku telah keluar sehingga aku telah datang kepada Ibn Bakhtisyu‘ seorang Nasrani, maka aku telah menceritakan kisahnya kepadanya.

Maka beliau telah berkata kepadaku: Demi Allah, aku tidak faham apa yang anda katakan dan aku tidak mengetahui sesuatupun tentang ilmu kedoktoran dan aku tidak membacanya pada kitab dan aku tidak mengetahui pada masa kita ini orang yang lebih alim tentang agama Nasrani selain seorang Farsi, maka datanglah kepadanya, beliau telah berkata: Maka aku telah menaiki sampan ke Basrah dan aku telah datang ke al-Ahwaz, kemudian aku telah sampai ke Farsi kepada sahabatku, maka aku telah memberitahu kepadanya berita itu, beliau telah berkata: Tunggulah aku beberapa hari, maka aku telah menunggunya, kemudian aku telah datang kepadanya untuk mendapat kepastian, maka beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya apa yang anda ceritakan tentang lelaki ini, maka al-Masih telah melakukannya pada masanya satu kali.

(920)-25. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami berkata: Muhammad bin Hajr telah menulis kepada Abu Muhammad a.s mengadu tentang ‘Abd al-‘Aziz bin Dulaf dan Yazid bin Abdullah, maka beliau telah menulis kepadanya: Adapun ‘Abd al-‘Aziz, maka aku telah melakukan apa yang sepatutnya, adapun Yazid, sesungguhnya bagi anda dan beliau mempunyai kedudukan di hadapan Allah, maka ‘Abd al-‘Aziz telah mati dan Yazid pula telah membunuh Muhammad bin Hajr.

(921)-26. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami, berkata: Abu Muhammad a.s telah menyerah diri kepada Nahrir, beliau telah menyusahkannya dan menyakitinya, beliau telah berkata: Isterinya telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, bertakwalah kepada Allah, anda tidak mengetahui siapa di dalam kedudukan anda dan anda tidak mengetahui kebaikannya dan beliau telah berkata lagi: Sesungguhnya aku khuatir anda daripadanya, maka beliau telah berkata: Aku akan mencampakkannya di kalangan binatang-binatang buas, kemudian beliau telah melakukannya, kemudian beliau telah melihat Abu Muhammad a.s sedang bersembahyang sedangkan binatang-binatang buas itu berada di sekitarnya.

(922)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ishaq berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad, maka aku telah meminta beliau supaya menulis, justeru, aku dapat melihat kepada khatnya, maka aku akan mengetahuinya apabila ia tiba, maka beliau telah berkata: Ya, kemudian beliau telah berkata: Wahai Ahmad, sesungguhnya khat akan berbeza di atas anda di antara pensil yang tebal dan pensil yang nipis, maka janganlah anda syak kepadanya. Kemudian beliau telah menyeru dengan dakwat.

Lalu beliau telah menulis dan beliau mulai memanjangkan tempat mengalirnya dakwat, maka aku telah berkata kepada diriku ketika beliau sedang menulis : Aku telah berangan-angan bahawa beliau akan memberi pensil yang beliau telah menggunakannya di dalam khatnya, manakala beliau telah selesai daripada menulis, beliau mulai bercakap denganku ketika beliau menyapu dakwat di pensil dengan sapu tangan beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Ambillah, wahai Muhammad, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sungguhnya aku akan mendapat sesuatu yang terlintas di hatiku dan aku telah mahu bertanya bapa anda, tetapi aku tidak berkesempatan untuk bertanya beliau.

Maka beliau telah berkata: Apakah itu, wahai Ahmad? Maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, diriwayatkan kepada kami daripada bapa-bapa anda bahawa sesungguhnya tidur para nabi adalah di atas tulang punggung mereka, tidur mukminin di atas iman mereka, tidur munafikin di atas tabiat mereka [yang mewah] dan tidur syaitan di atas muka-muka mereka. Maka beliau a.s telah berkata: Begitulah yang berlaku, maka aku telah berkata: Aku telah berusaha untuk tidur di sebelah kananku, maka aku tidak boleh tidur di atasnya, lalu beliau telah diam beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Hampirilah aku, maka aku telah menghampirinya, lalu beliau telah berkata: Masukkan tangan anda di bawah pakaian anda, maka aku telah memasukkannya, lalu beliau telah mengeluarkan tangannya di bawah pakaiannya dan memasukkannya di bawah pakaianku, kemudian beliau telah menyapu dengan tangan kanannya di sebelah kiriku dan tangan kirinya di sebelah kananku sebanyak tiga kali, maka Ahmad telah berkata: Aku tidak mampu lagi tidur di sebelah kiriku semenjak beliau a.s telah melakukannya kepadaku.


Bab 125

☼Kelahiran Sahib Al-Zaman A.S (maulid al-Sahib a.s)☼

Beliau a.s telah dilahirkan pada 15hb Sya‘ban tahun 255 hijrah.

(923)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad berkata: [Kata-kata] Telah keluar daripada Abu Muhammad a.s ketika al-Zubairi dibunuh: Ini adalah balasan orang yang telah berdusta kepada Allah tentang para wali-Nya, beliau telah menyangka beliau akan membunuhku dan aku pula tidak mempunyai zuriat, bagaimana beliau telah melihat kepada kekuasaan Allah. Seorang anak lelaki dilahirkan untuknya dinamakan “m h m d” pada tahun 256 hijrah.

(924)-2. Ali bin Muhammad berkata: Muhammad dan al-Hasan bin Ali bin Ibrahim, telah memberitahu kepadaku pada tahun 279 hijrah berkata: Muhammad bin Ali bin ‘Abd al-Rahman al-‘Abdi telah memberitahu kepadaku-daripada ‘Abd Qais-daripada al-Dhau’ bin Ali al- ‘Ajali, daripada seorang lelaki daripada Farsi yang beliau telah menamakannya, beliau telah berkata: Aku telah datang ke Sarra man ra’a dan aku telah pergi ke pintu [rumah] Abu Muhammad a.s, lalu beliau telah menyeruku tanpa aku meminta izin [daripadnya], manakala aku telah masuk dan memberi salam, beliau telah berkata kepadaku: Wahai bapa polan, apakah keadaan anda?

Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Duduklah, wahai polan, kemudian beliau telah bertanyaku tentang sekumpulan lelaki dan perempuan daripada keluargaku, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Apakah yang membuat anda datang ke sini? Aku telah berkata: Kerana ingin berkhidmat kepada anda, maka beliau telah berkata: Tinggallah di rumah[ku], beliau telah berkata: Aku telah tinggal di rumah bersama khadam-khadam, kemudian aku telah membeli barang-barang keperluan mereka dari pasar dan aku telah masuk kepadanya tanpa izin apabila beliau berada di rumah untuk lelaki, maka aku telah datang kepadanya ketika beliau berada di rumah [khadam] lelaki, lalu aku telah mendengar pergerakan di rumah itu, maka beliau telah menyeruku: Tetapkan tempat anda, janganlah bergerak, maka aku tidak keluar dan aku tidak masuk, lalu seorang hamba perempuan telah datang kepadaku bersamanya sesuatu yang ditutup, kemudian beliau a.s telah menyeruku: Masuklah, maka aku telah masuk dan beliau telah menyeru seorang hamba perempuan.

Maka beliau telah kembali, lalu beliau a.s telah berkata kepadanya: Dedahlah apa yang ada pada anda, lalu beliau telah mendedahkannya seorang kanak-kanak yang putih, elok mukanya dan beliau telah mendedahkan perutnya. Maka beliau mendapati rambut[nya] tumbuh dari bahagian dada kepada pusatnya [berwarna] hijau bukan hitam, maka beliau telah berkata: Inilah sahabat anda (imam anda), kemudian beliau a.s telah menyuruhnya untuk membawanya. Maka aku tidak melihatnya sehingga Abu Muhammad a.s telah mati, lalu Dhau’ bin Ali berkata: Maka aku telah berkata kepada seorang Farsi: Berapakah anda menilai umurnya? Beliau telah berkata: Dua tahun, al-‘Abdi telah berkata: Aku telah berkata kepada al-Dhau’: Berapakah anda menilai umurnya? Beliau telah berkata: Empat belas tahun, Abu Ali dan Abu Abdillah [berkata]: Kami menilai umurnya dua puluh satu tahun.

(925)-3. Ali bin Muhammad dan daripada lebih seorang daripada para sahabat kita di Qum, daripada Muhammad al-‘Aamiri, daripada Abu Sa‘id Ghanim al-Hindi telah berkata: Aku telah berada di sebuah bandar di India, dikenali dengan Kasymir, di pendalaman dan beberapa orang sahabatku sedang duduk di atas kerusi-kerusi di sebelah kanan raja, seramai empat puluh orang kesemuanya membaca empat kitab: Taurat, Injil, Zabur dan Mashaf Ibrahim, kami mengehukum di kalangan manusia dan mengajar agama kepada mereka dan kami memberi fatwa kepada mereka tentang halal dan haram mereka, orang ramai menjadi takut kepada kami begitu juga raja.
Lalu kami telah menyebut Rasulullah s.a.w, maka kami telah berkata: Nabi ini disebut di dalam kitab-kitab, tetapi urusannya tersembunyi kepada kita. Justeru, wajib ke atas kita mengkajinya dan menjejaki kesannya. Lalu kami bersepakat supaya aku keluar dan akupun telah keluar dan bersamaku harta yang banyak, maka aku telah berjalan selama dua belas bulan sehingga aku telah menghampiri Kabul, lalu satu kumpulan dari Turki telah merampas hartaku dan aku telah mengalami luka-luka yang banyak dan aku dibawa ke bandar Kabul, lalu rajanya telah menyelamatkan aku, manakala beliau telah mengetahui beritaku di bandar Balkh yang dikuasai oleh Daud bin al-‘Abbas bin Abi Aswad, maka beritaku telah sampai kepadanya bahawa aku telah keluar di dalam keadaan murtad dari India, aku telah belajar bahasa Farsi, aku telah berhujah dengan para fakih dan mutakallimun, maka Daud bin al-‘Abbas telah mengutus kepadaku dan menjemputku ke majlisnya, beliau telah mengumpulkan para fakih, lalu mereka telah mengadakan dialog denganku, maka aku telah memberitahu kepada mereka bahawa aku telah keluar dari negeriku mencari nabi ini yang mana aku telah mendapatinya di dalam kitab-kitab, maka beliau telah berkata kepadaku: Siapakah dia dan apakah namanya?

Maka aku telah berkata: Muhammad, maka beliau telah berkata: Beliau adalah nabi kami yang mana anda sedang mencarinya, maka aku telah bertanya mereka tentang syariatnya, maka mereka telah menceritakannya kepadaku. Aku telah memberitahu kepada mereka: Aku mengetahui bahawa Muhammad itu adalah seorang nabi, tetapi aku tidak mengetahui [nabi] ini yang kamu ceritakan ataupun tidak, justeru, beritahulah kepadaku tempatnya supaya aku pergi kepadanya, maka aku akan bertanya kepadanya tentang alamat-alamat dan dalil-dalil di sisiku. Jika beliaulah sahabatku yang aku sedang mencarinya, maka aku telah beriman kepadanya, maka mereka telah berkata: Baginda s.a.w telah mati, maka aku telah berkata: Siapakah wasinya dan khalifahnya, maka mereka telah berkata: Abu Bakr, aku telah berkata: Berilah namanya kepadaku kerana ini adalah nama gelarannya?

Mereka telah berkata: Abdullah bin Uthman dan mereka telah menisbahkannya kepada Quraisy, aku telah berkata: Sebutlah kepadaku nasab Muhammad, maka mereka telah menyebutnya kepadaku dan aku telah berkata: Ini bukanlah sahabatku yang aku telah mencarinya, sahabat yang aku sedang mencarinya adalah khalifahnya, saudaranya pada agamanya, sepupunya pada nasab, suami anak anak perempuannya dan bapa anak-anaknya, tidak ada zuriat bagi nabi ini selain daripada anak lelaki ini yang menjadi khalifahnya. Maka mereka telah melompat kepadaku dan berkata: Wahai Amir, sesungguhnya lelaki ini telah keluar dari syirik kepada kafir, ini [lelaki] adalah halal darahnya.

Maka aku telah berkata kepada mereka: Wahai kalian, aku adalah seorang lelaki yang berpegang kepada agama, aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku melihat apa yang lebih kuat daripadanya. Sesungguhnya aku telah mendapati sifat lelaki ini di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah ke atas para nabi-Nya. Sesungguhnya aku telah keluar dari negeri India dan kemuliaan yang aku miliki adalah untuk mencarinya. Manakala aku telah mengkaji tentang urusan sahabat kamu yang kamu telah menyebutnya, beliau bukanlah seorang nabi yang anda ceritakannya, lalu mereka telah menahanku, kemudian seorang pekerja diutuskan kepada seorang lelaki yang dikenali dengan nama al-Husain bin Asykib, maka beliau telah menyerunya dan berkata kepadanya: Berhujahlah dengan lelaki India ini, lalu al-Husain telah berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu di sisi anda para fakih dan para ulama, mereka adalah lebih alim dan lebih baik untuk berhujah dengannya, lalu beliau telah berkata: Berhujahlah dengannya sebagaimana aku katakan kepada anda dan berlembutlah dengannya, maka al-Husain bin Asykib telah berkata kepadaku selepas aku berbincang dengannya: Sesungguhnya sahabat anda yang anda sedang mencarinya adalah nabi yang telah diceritakan oleh mereka dan ia bukanlah tentang urusan khalifah sebagaimana mereka telah katakannya, nabi ini adalah Muhammad bin Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib dan wasinya adalah Ali bin Abu Talib bin ‘Abd al-Muttalib iaitu suami Fatimah binti Muhammad dan bapa al-Hasan dan al-Husain, dua anak lelaki Muhammad s.a.w.

Ghanim Abu Sa‘id telah berkata: Maka aku telah berkata: Allahu akbar, inilah [lelaki] yang aku telah mencarinya, lalu aku telah berpaling kepada Daud bin al-‘Abbas dan aku telah berkata kepadanya: Wahai Amir, aku telah dapat apa yang aku telah mencarinya dan aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, beliau telah berkata: Beliau telah membuat baik kepadaku dan berhubung denganku, maka beliau telah berkata: Aku telah pergi kepada al-Husain sehingga aku telah bertanya kepadanya dan beliau telah mengajarku apa yang aku telah berhajat kepadanya seperti sembahyang, puasa dan segala fardu.

Maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya kita telah membaca pada kitab-kitab kita bahawa Muhammad adalah penutup para nabi, tiada nabi selepasnya, kemudian kepada wasi selepas wasi, sentiasa urusan Allah berlalu pada keturunan mereka sehingga berakhirnya dunia, justeru, siapakah wasi kepada wasi Muhammad? Beliau telah berkata: Al-Hasan, kemudian al-Husain adalah dua anak lelaki Muhammad s.a.w, kemudian urusan wasiat berterusan sehingga berakhir kepada Sahib al-Zaman a.s, kemudian beliau telah menceritakan kepadaku apa yang telah berlaku, aku tidak mempunyai cita-cita melainkan mencari “kejayaan”.

Maka beliau telah sampai di Qum dan tinggal bersama para sahabat kami pada tahun 264 hijrah dan keluar bersama mereka ke Baghdad dan bersamanya juga seorang kawan dari penduduk al-Sind, sahabat semazhab dengannya pada masa dahulu, beliau telah berkata: Ghanim telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mengingkari sebahagian akhlak kawanku, maka aku telah meninggalkannya dan aku telah keluar dan aku telah berjalan ke [masjid] al-‘Abbasiyyah, aku sedang bersedia untuk bersembahyang dan aku bersembahyang dan aku sedang memikir niatku untuk mencarinya, tiba-tiba seorang telah datang kepadaku dan berkata: Anda adalah polan?

Namanya di dalam bahasa Hindi, maka aku telah berkata: Ya, maka beliau telah berkata: Datanglah kepada maula anda, maka aku telah datang bersamanya, maka beliau sentiasa melalui beberapa jalan sehingga aku telah mendatangi sebuah rumah dan sebuah taman, tiba-tiba beliau a.s sedang duduk, maka beliau a.s telah berkata: Selamat datang (marhaban), wahai polan-di dalam bahasa Hindi-Apa khabar anda? Dan bagaimana anda telah meninggalkan polan dan polan? Sehingga beliau telah menghitung empat puluh orang semuanya, maka beliau telah bertanya kepadaku seorang selepas seorang. Kemudian beliau telah menceritakan kepadaku apa yang telah berlaku di antara kami, semuanya di dalam bahasa Hindi, kemudian beliau telah berkata: Anda telah mahu melakukan haji bersama ahli Qum?

Aku telah berkata: Ya, wahai sayyidi, maka beliau telah berkata: Janganlah anda melakukan haji bersama mereka dan pulanglah pada tahun anda ini ke Kabul, kemudian beliau telah mencampakkan satu dompet di hadapannya kepadaku. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Jadilah ia perbelanjaan anda dan janganlah anda memasuki Baghdad [dan bertemu dengan] polan yang mana beliau telah menamakannya, janganlah anda memberitahu sesuatu kepadanya dan kembalilah kepada kami di dalam perjalanan pulang anda ke negeri [India]. Dan kami telah melaksanakannya. Kemudian kami telah diberitahu bahawa para sahabat kami telah pulang dari al-‘Aqabah dan pergi ke Khurasan, manakala beliau telah berada di Kabul, beliau telah pergi haji dan mengirim kepada kami hadiah melalui Khurasan, lalu beliau telah menetap di sana beberapa ketika, kemudian beliau telah mati rahimahu llah.

(926)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sa‘ad bin Abdullah berkata: Sesungguhnya al-Hasan bin al-Nadhar, Abu Saddam dan satu kumpulan [yang lain] telah bercakap selepas kematian Abu Muhammad a.s tentang apa yang ada pada tangan para wakil dan mereka telah berhasrat untuk mengkajinya, lalu al-Hasan bin al-Nadhar telah datang kepada Abu Saddam dan berkata: Sesungguhnya aku ingin melakukan haji, maka Abu Saddam telah berkata kepadanya: Tangguhlah pada tahun ini, maka al-Hasan bin al-Nadhar telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku takut [melihat] di dalam mimpiku, [aku] pasti keluar dan beliau telah berwasiat kepada Ahmad bin Ya‘la bin Hammad tentang harta dan menyuruhnya supaya tidak mengeluarkan sesuatu melainkan dari tangannya kepada tangannya selepas kezahirannya.

Maka al-Hasan telah berkata: Manakala aku telah sampai di Baghdad, aku telah menyewa sebuah rumah, maka aku telah bermalam padanya, lalu seorang telah datang kepadaku dengan pakaian dan wang dinar dan beliau telah meninggalkannya di sisiku, maka aku telah berkata kepadanya: Apakah ini? Beliau telah berkata: Ia sebagaimana anda melihatnya, kemudian wakil yang lain telah melakukan perkara yang sama dan datang lagi wakil yang lain pula sehingga mereka telah menyerang rumah[ku], kemudian Ahmad bin Ishaq telah datang kepadaku dengan segala apa yang ada bersamanya, maka aku telah hairan dan berfikir [tentangnya], tiba-tiba cebisan surat [Sahib al-Zaman a.s] telah sampai kepadaku: “Apabila berlalunya siang hari, maka bawalah apa yang ada bersama anda”

Maka aku telah mengembara dan membawa apa yang ada bersamaku dan di jalan terdapat seorang miskin yang merompak seramai enam puluh lelaki, maka aku telah melintasinya dan Allah telah menyelamatkan aku daripadanya, kemudian aku telah sampai di al-‘Askar dan akupun turun, maka cebisan surat [Sahib al-Zaman a.s] telah datang kepadaku dan berkata: Bawalah apa yang ada bersama anda, lalu aku telah meletakkannya di dalam satu bakul. Manakala aku telah sampai di al-Dihliz, tiba-tiba seorang yang berkulit hitam sedang berdiri, maka beliau telah berkata: Adakah anda al-Hasan bin al-Nadhar?

Aku telah berkata: Ya, maka beliau telah berkata: Masuklah, maka aku telah memasuki rumahnya dan aku telah memasuki sebuah rumah [yang lain] dan aku telah meletakkan bakul itu, tiba-tiba aku dapati di sudut rumah ada roti yang banyak, kemudian beliau telah memberi kepada setiap pembawa dua keeping roti dan mereka dikeluarkan dan rumah ditutup dan aku diseru padanya: Wahai al-Hasan bin al-Nadhar, aku memuji Allah di atas apa yang Dia kurniakan dan janganlah anda menjadi syak kerana syaitan telah mahu anda menjadi syak dan beliau telah mengeluarkan kepadaku dua helai kain dan dikatakan: Ambillah, anda akan memerlukan kepadanya, lalu aku telah mengambilnya dan akupun keluar. Sa‘d telah berkata: Al-Hasan bin al-Nadhar telah pulang dan mati pada bulan Ramadan dan dikapankan di dalam dua helai pakaian.

(927)-5. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Hamawaih al-Suwaidawi, daripada Muhammad bin Ibrahim bin Mihziyar berkata: Aku telah menjadi syak selepas kematian Abu Muhammad a.s dan harta yang banyak telah dikumpulkan di sisi bapaku, maka beliau telah membawanya menaiki kapal dan aku telah keluar bersamanya dengan tertib, maka aku telah dijangkiti demam yang teruk, maka beliau telah berkata: Wahai anakku, kembalilah, maka ia adalah maut dan berkata kepadaku: Bertakwalah kepada Allah pada harta ini dan beliau telah berwasiat kepadaku dan beliau telah mati. Maka aku telah berkata kepada diriku: Bapaku tidak mungkin berwasiat sesuatu yang tidak betul, aku akan membawa harta ini ke Iraq, aku akan membeli sebuah rumah di tepi sungai dan aku tidak akan menceritakannya kepada sesiapapun dan jika perkara ini jelas sebagaiman pada masa Abu Muhammad a.s, aku akan melaksanakannya dan jika tidak, aku akan membelanjakannya untuk makan-minumku.

Kemudian aku telah datang ke Iraq dan aku telah membeli sebuah rumah di tepi sungai dan aku telah tinggal beberapa hari. Tiba-tiba aku didatangi oleh utusan: Wahai Muhammad, bersama anda jumlah wang tertentu sehingga beliau telah menceritakan kepadaku semua yang ada bersamaku yang aku sendiri tidak mengetahuinya, maka aku telah menyerahkannya kepada utusan itu dan aku telah tinggal beberapa hari tanpa mengangkat kepalaku dan aku telah berdukacita. Maka beliau a.s telah datang kepadaku: Kami telah meletakkan anda pada kedudukan bapa anda, justeru pujilah Allah.

(928))-6. Muhammad bin Abi Abdillah, daripada Abi Abdillah al-Nasaa’i berkata: Aku telah menyampaikan beberapa perkara kepada Marzabani al-Harithi antaranya gelang emas, maka beliau telah mengembalikan kepadaku gelang itu, lalu aku disuruh memecahkannya, maka akupun telah memecahkannya, tiba-tiba di tengahnya terdapat beberapa karat besi dan tembaga, maka aku telah mengeluarkannya dan aku telah membersihkan emas, maka beliau telah menerimanya.

(829)-7. Ali bin Muhammad, daripada al-Fadhl al-Khazzaz al-Mada’ini maula Khadijah binti Muhammad Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya sekumpulan penduduk Madinah di kalangan al-Talibiyyin telah bercakap benar, justeru segala tugasan diberikan kepada mereka pada masa tertentu. Manakala Abu Muhammad a.s telah mati, sebahagian daripada mereka berkata bahawa Abu Muhammad a.s mempunyai seorang anak lelaki, justeru tugasan diberikan kepada mereka. Sementara sebahagian yang lain pula berkata beliau a.s tidak mempunyai anak lelaki. Oleh itu, mereka tidak lagi ditulis di dalam senarai dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

(930)-8. Ali bin Muhammad berkata: Seorang lelaki daripada ahli al-Sawad telah menyampaikan harta[nya], lalu ia dipulangkan kepadanya dan dikatakan kepadanya: Keluarlah hak sepupu anda daripadanya iaitu 400 dirham. Lelaki itu masih menyimpan harta peninggalan untuk sepupunya, padanya “syarikat” yang beliau telah tahan ke atas mereka, maka beliau telah melihat, tiba-tiba untuk sepupunya adalah 400 dirham daripada harta itu, lalu beliau telah mengeluarkannya dan menghabiskan bakinya [untuk dirinya], maka beliau telah menerimanya.

(931)-9. Al-Qasim bin al-‘Alaa’ berkata: Aku telah mendapat beberapa orang anak lelaki, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] dan meminta doa, maka beliau a.s tidak menulis kepadaku untuk mereka, maka mereka telah mati semuanya. Manakala al-Hasan, anak lelakiku telah dilahirkan, aku telah menulis [kepadanya a.s] dan meminta doa, lalu doaku dimakbulkan, dan beliau [masih] hidup dan segala puji bagi Allah.

(932)-10. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdillah bin Salih berkata: Pada suatu tahun aku telah keluar ke Baghdad, maka aku telah meminta izin [daripada Sahib al-Zaman a.s] untuk keluar, tetapi beliau tidak mengizinkan aku, lalu aku telah tinggal selama 22 hari dan satu kafilah telah keluar ke Nahrawan, maka aku telah diizinkan keluar pada hari Rabu dan dikatakan kepadaku: Keluarlah pada hari Rabu, maka aku telah keluar dalam keadaan berputus asa tentang kafilah yang aku akan mengikutinya. Lalu aku telah sampai di Nahrawan dan kafilah itu telah bermukim [di sana]. Sebaik saja aku telah memberi makan sesuatu kepada untaku, kafilah itu telah pergi, lalu akupun telah pergi dan sesungguhnya beliau a.s telah berdoa untuk keselamatanku, maka aku tidak bertemu dengan kejahatan dan segala puji bagi Allah.

(933)-11. Ali, daripada al-Nadhar bin Sabah al-Bajali, daripada Muhammad bin Yusuf al-Syasyi berkata: Fistula telah keluar di punggungku, lalu aku telah memperlihatkannya kepada beberapa orang doktor dan aku telah membelanjakan wang yang banyak kerananya, maka mereka telah berkata: Kami tidak mengetahui ubat untuknya, lalu aku telah menulis cebisan surat [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta doa, maka beliau a.s telah menulis kepadaku: Mudah-maudahan Allah memberikan anda kesihatan dan menjadikan anda bersama kami di dunia dan di akhirat. Maka beliau telah berkata: Aku telah sembuh sebelum hari Jumaat lagi seperti keadaan dahulu, lalu aku telah menyeru seorang doktor di kalangan sahabat kami dan aku telah memperlihatkannya kepadanya, maka beliau telah berkata: Kami tidak mengetahui ubat untuk [penyakit] ini.

(934)-12. Ali, daripada Ali bin al-Husain al-Yamani berkata: Aku telah berada di Baghdad, maka satu kafilah untuk mereka dari Yaman telah bersedia [untuk berlepas], maka aku mahu keluar bersamanya, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman] meminta izin tentang perkara itu. Maka beliau telah keluar (menjawab): “Janganlah anda keluar bersama mereka, tidak ada kebaikan jika anda keluar bersama mereka dan tinggallah di Kufah”, maka aku telah tinggal di Kufah dan kafilah itu telah keluar, lalu [golongan] Hanzalah telah keluar di hadapan mereka, melintasi mereka dan aku telah meminta izin [daripadanya a.s] untuk pergi melalui jalan laut.

Maka beliau tidak membenarkan aku, maka aku telah bertanya [beliau] tentang pelayar-pelayar yang telah keluar pada tahun itu di lautan, maka tidak ada seorangpun yang terselamat. Satu kumpulan daripada India bernama al-Bawarih telah merampasnya. Aku telah melawat al-‘Askar, aku telah datang di jalannya serta tempat ghaibnya (imam), aku tidak bercakap kepada sesiapapun, malah aku tidak kenal sesiapapun dan aku melakukan sembahyang di masjid selepas aku selesai daripada ziarah, tiba-tiba seorang khadam telah datang kepadaku, maka beliau telah berkata kepadaku: Berdirilah, maka aku telah berkata kepadanya: Jika begitu, ke mana?

Beliau telah berkata kepadaku: Ke rumah, aku telah berkata: Siapalah aku, mungkin anda diutus kepada orang lain. Maka beliau telah berkata: Tidak, aku tidak diutus melainkan untuk anda. Anda adalah Ali bin al-Husain, utusan Ja‘far bin Ibrahim, maka beliau telah datang bersamaku sehingga beliau menempatkan aku di rumah al-Husain bin Ahmad. Kemudian beliau telah bercakap kepadanya sesuatu. Aku tidak mengetahui apa yang beliau telah berkata kepadanya: Sehingga beliau telah membawa kepadaku apa yang aku perlukan kepadanya. Aku telah duduk padanya selama tiga hari dan aku telah meminta izin daripadanya untuk melakukan ziarah dari dalam [masjid]. Beliau telah izin untukku, lalu aku telah melakukan ziarah pada waktu malam.

(935)-13. Al-Hasan bin al-Fadhl bin Zaid al-Yamani berkata: Bapaku telah menulis surat [kepada Sahib al-Zaman a.s] dengan khatnya, maka beliau telah mendapat jawapannya, kemudian aku telah menulis surat [kepadanya a.s] dengan khatku, maka aku telah mendapat jawapannya, kemudian beliau telah menulis [kepadanya a.s] dengan khat seorang lelaki yang fakih di kalangan para sahabat kami, maka beliau tidak mendapat jawapannya.

Maka kami telah merenung, lalu kami telah mendapati lelaki itu telah bertukar menjadi seorang yang berfahaman Qaramitah, al-Hasan bin al-Fadhl telah berkata: Maka aku telah melawat Iraq melalui Tus dan aku telah berazam bahawa aku tidak akan keluar melainkan mendapat keterangan tentang urusanku dan kejayaan daripada hajat-hajatku. Jika aku pergi haji, aku akan tinggal di sana meminta sedekah, beliau telah berkata: Di dalam keadaan sedemikian, dadaku telah menjadi sesak di Maqam Ibrahim dan aku khuatir bahawa haji akan terlepas daripaku, berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepada Muhammad bin Ahmad untuk mengetahui pendapatnya.

Maka beliau telah berkata kepadaku: Pergilah di masjid tertentu dan seorang lelaki akan berjumpa dengan anda di sana, maka aku telah pergi kepadanya, lalu seorang lelaki telah datang kepadaku, manakala beliau telah melihat kepadaku, beliau telah tersenyum dan berkata: Janganlah anda berdukacita kerana anda akan melakukan haji pada tahun ini dan anda akan pulang kepada keluarga anda dan dan anak lelaki anda dengan selamat. Maka aku telah tenang, hatiku telah menjadi senang dan aku berkata: Inilah kebenarannya, segala puji bagi Allah.

Beliau telah berkata: Kemudian aku telah datang ke al-‘Askar, lalu satu dompet dikeluarkan untukku padanya wang dinar dan satu kain, maka aku telah berdukacita dan aku telah berkata kepada diriku: Balasanku di sisi mereka ini sahaja dan aku telah menggunakan kejahilanku, lalu aku telah menolaknya dan aku telah menulis di satu cebisan kertas (ruq‘ah), orang yang telah menerimanya daripadaku[tadi] tidak memberi apa-apa isyarat kepadaku dan beliau tidak pula bercakap sekalipun satu huruf. Kemudian aku telah menyesal selepas itu dengan penyesalan yang kuat dan aku telah berkata kepada diriku: Aku telah kafir dengan penolakkanku ke atas maulaku (Sahib al-Zaman a.s) dan aku telah menulis ruq‘ah meminta maaf tentang perbuatanku, aku dipenuhi dosa, aku memohon istighfar daripada perkara itu dan aku telah melaksanakannya.

Aku benar-benar telah menyesal dan aku sedang memikir pada diriku dan aku berkata: Jika wang dinar itu dikembalikan kepadaku, aku tidak akan membuka ikatannya dan aku tidak akan melakukan sesuatu sehingga aku membawanya kepada bapaku kerana beliau lebih mengetahui daripadaku untuk melakukan apa yang beliau kehendaki, maka beliau telah keluar kepada utusan yang telah membawa dompet kepadaku, kemungkinan kami telah melakukan perkara yang sama kepada hamba-hamba kami, kemungkinan mereka telah bertanya kami perkara itu untuk mendapatkan berkat dan beliau telah keluar kepadaku: Anda telah salah kerana menolak kebaikan kami, maka apabila anda telah memohon maaf, maka Allah akan memaafkan anda. Adapun niat anda bahawa anda tidak akan melakukan sesuatu padanya dan anda tidak akan membelanjakannya di dalam perjalanan anda, maka kami telah memalingkannya daripada anda.

Adapun kain, maka ia adalah suatu kepastian bahawa anda akan melakukan ihram padanya. Beliau telah berkata: Aku telah menulis [kepadanya] di dalam dua makna dan aku telah mahu menulis [kepadanya] pada makna yang ketiga, tetapi aku tidak melakukannya kerana khuatir beliau akan membencinya, maka beliau a.s telah menjawab dalam dua makna dan makna ketiga yang aku telah melipatkannya dan segala puji bagi Allah, beliau telah berkata: Aku telah bersetuju dengan Ja‘far bin Ibrahim al-Nisaburi di Nisabur bahawa aku akan menunggang bersamanya dan menemaninya.

Manakala aku telah sampai di Baghdad, aku telah meniggalkannya dan aku telah pergi mencari ‘Adil, maka Ibn al-Wajna telah berjumpa denganku selepas aku telah datang kepadanya dan aku telah memintanya supaya menyewakan [rumah] untukku, maka aku telah mendapatinya di dalam keadaan benci, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku mencari anda dan dikatakan kepadaku: Sesungguhnya beliau menemani anda, maka perelokanlah pergaulannya dan carilah ‘Adil untuknya dan sewalah [rumah] untuknya.

(936)-14. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin ‘Abd al-Hamid berkata: Aku telah syak tentang urusan Hajiz, maka aku telah mengumpulkan sesuatu (wang), kemudian aku telah pergi ke al-‘Askar, lalu beliau a.s telah datang kepadaku: “Tidak ada pada kami syak dan [tidak ada syak] pada orang yang mewakili kami dengan urusan kami. Justeru kembalilah apa yang ada pada anda kepada Hajiz bin Yazid.

(937)-15. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Salih berkata: Manakala bapaku telah mati, maka urusan telah bertukar kepadaku, bapaku memiliki bil-bil pertukaran wang (suftajah) daripada orang yang berhutang, maka aku telah menulis kepadanya [a.s] memberitahu kepadanya, maka beliau a.s telah menulis: Mintalah daripada mereka dan kemukalah mereka kepada pengadilan, lalu orang ramai telah menyelesaikannya kecuali seorang lelaki yang mempunyai satu bil (suftajah) yang bernilai 400 dinar. Maka aku telah datang kepadanya memintanya [daripadanya], tetapi anak lelakinya telah memandang rendah kepadaku dan memperbodoh-bodohkan aku, lalu aku telah mengadu kepada bapanya, maka beliau telah berkata: Tentang apa?

Lantas aku telah memegang janggutnya dan mengambil kakinya, lalu menariknya ke tengah rumahnya, kemudian aku telah menendangnya beberapa kali. Anak lelakinya telah keluar meminta tolong daripada penduduk Baghdad sambil berkata: Seorang ahli Qum rafidhi, telah membunuh bapaku, lalu orang ramai telah berkumpul di sekelilingku, maka aku telah menunggang binatangku dan aku telah berkata: Alangkan baiknya kamu penduduk Baghdad, kamu cenderung kepada orang yang zalim kepada orang asing yang dizalimi, aku adalah seorang lelaki daripada penduduk Hamadan di kalangan Ahl al-Sunnah, tetapi lelaki ini mengaitkan aku dengan ahli Qum dan Rafidhah untuk menghilangkan hakku dan hartaku, beliau telah berkata: Mereka telah cenderung kepadanya dan mereka telah mahu memasuki kedainya sehingga aku telah menenangkan mereka dan bapanya telah berjanji kepadaku untuk membayar hartaku sehingga aku telah mengeluarkan mereka daripadanya.

(938)-16. Ali, daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin al-Hasan dan al-‘Alaa’ bin Rizqillah, daripada Badr Ghulam Ahmad bin al-Hasan berkata: Aku telah menaiki sebuah gunung dan aku tidak berkata tentang imamah, [tetapi] aku mencintai mereka secara keseluruhan sehingga Yazid bin Abdullah telah mati. Maka beliau telah berwasiat pada masa sakitnya supaya diberikan kudanya, pedangnya dan tali pinggangnya kepada maula-nya. Maka aku khuatir jika aku tidak memberinya kepada Iz Kutkin, beliau akan menghinaku, justeru, aku telah menilai harga kuda, pedang dan tali pinggangnya sebanyak 700 dinar di dalam diriku, aku tidak memberitahunya kepada sesiapapun, tiba-tiba surat telah datang kepadaku dari Iraq: Kemukakan 700 dinar untuk kami daripada anda daripada harga kuda, pedang dan tali pinggang.

(939)-17. Ali, daripada orang yang telah menceritakannya kepadanya, berkata: Seorang anak lelaki telah dilahirkan untukku, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta izin untuk mencucinya pada hari ke tujuh, maka beliau telah menjawab: Janganlah anda melakukannya, lalu beliau telah mati pada hari ke tujuh atau kelapan. Kemudian aku telah menulis [kepadanya] tentang kematiannya, maka beliau a.s telah menjawab: “Anda akan digantikan [anak] yang lain dan yang lainnya, namalah Ahmad dan selepas Ahamad Ja‘far”, maka ia telah berlaku sebagaimana kata-katanya, beliau telah berkata: Aku telah bersedia untuk pergi haji dan aku telah mengucap selamat tinggal kepada orang ramai dan aku ketika ingin keluar, beliau telah menjawab: “Kami tidak suka perkara itu, tetapi ia terserah kepada anda”

Beliau telah berkata: Dadaku telah menjadi sesak dan aku telah berdukacita, kemudian aku telah menulis [kepadanya a.s] bahawa aku tetap mendengar dan mematuhinya a.s hanya aku berdukacita kerana kelewatan hajiku, maka beliau a.s telah menulis: “Janganlah dada anda menyusahkan anda, sesungguhnya anda akan pergi haji dari Qabul jika Allah kehendaki, beliau telah berkata: Manakala di Qabul, aku telah menulis [kepadanya] meminta izin, maka beliau telah memberi izin, lalu aku telah menulis [kepadanya] bahawa aku telah menggandingkan Muhammad bin al-‘Abbas dan aku percaya dengan agamanya dan amalannya, maka beliau a.s telah menjawab: Al-Asadi adalah gandingan anda, jika beliau datang, maka janganlah anda menolaknya, lalu al-Asadi telah datang, maka aku telah berganding dengannya.

(940)-18. Al-Hasan bin Ali al-‘Alawi telah berkata: Mirdas bin Ali telah menyimpan harta al-Majruh dan harta Tamim bin Hanzalah, maka beliau a.s telah menulis kepada Mirdas: “Pulangkan harta Tamim dan harta Syirazi”.

(941)-19. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Isa al-‘Uraidhi Abi Muhammad berkata: Apabila Abu Muhammad a.s telah mati, seorang lelaki telah membawa harta dari Mesir ke Makkah, lalu berlakulah perselisihan pendapat tentangnya, maka sebahagian manusia telah berkata: Sesungguhnya Abu Muhammad a.s telah mati tanpa pengganti dan [jika ada] penggantinya adalah Ja‘far dan sebahagian yang lain pula berkata: Abu Muhammad a.s telah mati dan meninggalkan pengganti, lalu beliau telah mengutus seorang lelaki dipanggil Abu Talib, maka beliau telah pergi ke al-‘Askar dan bersamanya surat, maka beliau telah menyokong Ja‘far dan beliau telah ditanya tentang bukti, maka beliau telah berkata: Beliau tidak bersedia pada masa ini, lalu beliau telah pergi ke pintu [rumah] dan memberi surat kepada para sahabat kami, lalu beliau telah keluar kepadanya: Semoga Allah memberi pahala kepada sahabat anda, maka beliau telah mati dan berwasiat dengan harta yang ada bersamanya kepada orang yang dipercayai untuk melakukan apa yang beliau suka dan suratnya dijawab.

(942)-20. Ali bin Muhammad telah berkata: Seorang lelaki dari penduduk Aabah telah membawa sesuatu untuk disampaikan kepadanya a.s dan beliau telah terlupa satu pedang di Aabah, lalu beliau telah melaksanakan apa yang ada padanya, kemudian beliau a.s telah menulis kepadanya: “Apakah berita pedang yang anda telah melupainya?”

(943)-21. Al-Hasan bin Khafif, daripada bapanya: Beliau a.s telah mengutus seorang khadam ke Madinah Rasulullah s.a.w dan bersama nya ada dua orang khadam, Khafif telah menulis kepadaku supaya beliau keluar bersama mereka, lalu beliau telah keluar bersama mereka. Manakala mereka telah sampai di Kufah, seorang daripada dua khadam telah meminum minuman yang memabukkan. Justeru mereka tidak keluar dari Kufah sehingga sampai surat dari al-‘Askar menolak khadam yang telah minum minuman yang memabukkan dan memecatnya dari perkhidmatan[nya].

(944)-22. Ali bin Muhammad, daripada [Ahmad bin] Abi Ali bin Ghiyath, daripada Ahmad bin al-Hasan berkata: Yazid bin Abdullah telah berwasiat seekor binatang, sebilah pedang dan harta [untuk Sahib al-Zaman a.s], beliau telah melaksanakan harga binatang dan dan lain-lain, tetapi beliau tidak mengirim pedang, lalu beliau a.s telah menulis: “Di antara apa yang anda telah kirimkan kepada mereka adalah pedang, tetapi ia belum lagi sampai-atau sebagaimana beliau a.s telah katakan”.

(945)-23. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin Syazan al-Nisaburi berkata: 500 dirham kurang 20 dirham telah terkumpul di sisiku, tetapi aku tidak mahu mengirim 500 dirham kurang 20 dirham, lalu aku telah menambah 20 dirham wangku sendiri dan aku telah mengirimnya kepada al-Asadi, tetapi aku tidak menulis tentang wang aku padanya, maka beliau a.s telah menulis: “500 dirham telah sampai dan 20 dirham daripadanya adalah wang anda”.

(946)-24. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari telah berkata: Surat Abu Muhammad a.s telah sampai untuk pengurusan ke atas al-Junaid; seorang penglima perang, Abi al-Hasan dan lain-lain. Manakala Abu Muhammad a.s telah mati, surat dari Sahib al-Zaman a.s telah sampai kepada Abi al-Hasan dan sahabatnya, tetapi beliau a.s tidak mengirim surat mengenai al-Junaid, beliau telah berkata: Aku telah berdukacita di atas perkara itu, lalu surat takziah [daripada Sahib al-Zaman a.s] untuk al-Junaid telah sampai selepas itu.

(947)-25. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Salih berkata: Aku telah memiliki seorang hamba perempuan yang aku tertarik kepadanya, lalu aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta supaya hamba perempuanku melahirkan anak, maka beliau a.s telah menjawab: Buatlah beliau hamil (istaulid-ha), Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, maka aku telah menyetubuhinya, kemudian beliau telah hamil, kemudian beliau telah gugur, lalu mati.

(948)-26. Ali bin Muhammad telah berkata: Ibn al-‘Ajami telah menjadikan 1/3 hartanya untuk Sahib al-Zaman a.s dan beliau telah menulisnya sebelum beliau mengeluarkan 1/3, beliau telah memberinya kepada anak lelakinya al-Miqdam, tidak seorangpun telah mengetahuinya, lalu beliau a.s telah menulis kepadanya: Di manakah harta yang anda telah berikan kepada Abi al-Miqdam?”

(949)-27. Ali bin Muhammad, daripada Abi ‘Uqail Isa bin Nasr berkata: Ali bin Ziyad al-Saimari telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta kain kapan, lalu beliau a.s telah menulis kepadanya: Sesungguhnya anda akan memerlukannya [ketika umur anda genap] lapan puluh tahun, maka beliau telah mati [ketika berusia] lapan puluh tahun dan beliau a.s telah mengirim kain kapan kepadanya beberapa hari sebelum kematiannya.

(950)-28. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Harun bin ‘Imran al-Hamdani berkata: Di atasku 500 dinar untuk [diberikan kepada Sahib al-Zaman a.s] sedangkan aku di dalam kesusahan, kemudian aku telah berkata kepada diriku: Aku memiliki beberapa buah kedai yang aku telah membelinya dengan [harga] 530 dinar. Sesungguhnya aku telah menjadikannya 500 dinar untuk Sahib al-Zaman a.s dan aku tidak pernah bercakap tentangnya, maka beliau a.s telah menulis kepada Muhammad bin Ja‘far: Terimalah kedai-kedai itu daripada Muhammad bin Harun dengan 500 dinar untuk kami di atasnya.

(952)-29. Ali bin Muhammad telah berkata: Ja‘far telah mejual seorang kanak-kanak Ja‘fariyyah yang mereka didik di rumahnya, maka beliau telah mengutus seorang ‘Alawi supaya memberitahu kepada seorang pembeli tentang beritanya, maka pembeli itu telah berkata: Jiwaku telah menjadi baik untuk menjualnya dan aku tidak akan mengurangkan harganya walaupun sedikit. Justeru ambillah, kemudian al-‘Alawi telah pergi, lalu beliau telah memberitahu kepada penduduknya tentang berita itu, kemudian mereka telah mengutus kepada pembeli sebanyak 41 dinar dan mereka telah menyuruhnya supaya memberinya (kanak-kanak) kepada pemiliknya.

(953)-30. Al-Husain bin al-Hasan al-‘Alawi berkata: Seorang lelaki kawan kepada Ruz Hasani dan serorang lagi bersamanya berkata kepadanya: Lelaki ini memungut harta dan baginya wakil-wakil dan mereka telah menamakan semua wakil di seluruh negeri dan ia berakhir kepada ‘Ubaidillah bin Sulaiman, seorang wazir. Justeru, wazir berhasrat untuk menangkap mereka, maka sultan telah berkata: Carilah di mana lelaki ini [berada] kerana ini perkara yang berat, maka ‘Ubaidillah bin Sulaiman telah berkata: Kami akan menangkap wakil-wakil[nya], maka sultan telah berkata: Tidak, tetapi sembunyikan untuk mereka satu kumpulan yang tidak mengetahui tentang harta. Justeru sesiapa yang ditangkap memiliki sesuatu di kalangan mereka, maka beliau akan ditangkap, beliau telah berkata: Lalu beliau telah keluar kepada semua wakil supaya mereka tidak mengambil sesuatu daripada seseorangpun dan mereka hendaklah mencegah daripada perkara itu dan berpura-pura tidak mengetahui urusan itu, kemudian seorang lelaki yang tidak dikenali telah menyamar kepada Muhammad bin Ahmad, maka beliau telah berkata: Bersamaku harta, aku ingin menyampaikannya kepadanya a.s,

Maka Muhammad telah berkata kepadanya: Anda telah silap, aku tidak mengetahui sesuatupun tentang perkara ini, tetapi beliau masih berlembut kepadanya dan Muhammad telah berpura-pura tidak mengetahuinya. Kemudian mereka telah mengutus mata-mata, tetapi beliau telah menegah para wakil [dari memungut harta] manakala beliau telah datang kepada mereka.

(954)-31. Ali bin Muhammad telah berkata: Beliau a.s telah melarang lawatan ke kubur-kubur Quraisy dan Hirah. Manakala selepas beberapa bulan, wazir al-Baqita’i telah menyeru, maka beliau telah berkata: Campaklah (tangkaplah) Bani al-Furat dan al-Barsiyyin dan katalah kepada mereka: Janganlah mereka melawat kubur-kubur Quraisy, sesungguhnya khalifah telah memerintahkkan supaya ditangkap pelawat-pelawatnya.


Bab 126

☼Hadis-Hadis Tentang Dua Belas Para Imam Dan Nas-Nas Ke Atas Mereka A.S (ma jaa’a fi al-Ithna ‘asyara wa al-Nas ‘alai-him,a.s)☼

(955)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada Abi Hasyim Daud bin al-Qasim al-Ja‘fari, daripada Abi Ja‘far al-Thani a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang dan bersamanya al-Hasan bin Ali a.s yang berpegang di atas tangan Salman, lalu beliau telah memasuki Masjid Haram, maka beliau telah duduk, tiba-tiba seorang lelaki yang mempunyai pendirian dan pakaian yang elok telah datang, lalu beliau telah memberi salam kepada Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah menjawab salamnya, kemudian beliau telah duduk dan beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku akan bertanya anda tiga masalah, jika anda memberitahu kepadaku tentangnya, aku mengetahui bahawa mereka telah mengabaikan urusan anda dan mereka tidak aman di dunia dan di akhirat, tetapi jika anda tidak dapat menjawabnya, maka anda dan mereka adalah sama saja.

Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Tanyalah aku apa yang terlintas di hati anda, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang seorang lelaki apabila beliau telah tidur di manakah pergi rohnya dan bagaimana beliau [boleh] mengingati dan melupai? Dan tentang seorang lelaki, bagaimana anak lelakinya menyerupai bapa-bapa saudaranya sama ada di sebelah ibu ataupun di sebelah bapa? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah berpaling kepada al-Hasan, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, berilah jawapan kepadanya, beliau telah berkata: Maka al-Hasan a.s telah memberi jawapan kepadanya, lantas lelaki itu berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku sentiasa menyaksikannya dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah Rasul-Nya dan aku sentiasa menyaksikannya.

Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasi Rasulullah s.a.w dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjuk kepada Amir al-Mukminin a.s-dan aku sentiasa menyaksikannya. Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasinya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjukkan kepada al-Hasan a.s-dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah wasi saudaranya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya selepasnya. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah al-Qaim bagi urusan al-Husain selepasnya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin al-Husain.

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ja‘far bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Musa adalah al-Qaim bagi urusan Ja‘far bin Muhammad. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Musa adalah al-Qaim bagi urusan Musa bin Ja‘far. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Musa. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad bin Ali. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Hasan bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya seorang lelaki daripada anak al-Hasan, tidak diberikan nama dan gelarannya sehingga urusannya terserlah.

Lalu beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman dan salam ke atas anda, wahai Amir al-Mukminin, rahmat Allah dan berkat-Nya, kemudian beliau telah berdiri dan pergi, lalu Amir al-Mukminin telah berkata: Wahai Abu Muhammad, ikutlah beliau dan lihatlah ke manaka beliau tuju, lalu al-Hasan bin Ali a.s telah keluar dan berkata: Beliau hanya telah meletakkan kakinya di luar masjid, maka aku tidak mengetahui di manakah beliau telah pergi di bumi Allah, maka aku telah kembali kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu aku telah memberitahu kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, adakah anda mengetahuinya? Aku telah berkata: Allah, Rasul-Nya dan Amir al-Mukminin lebih mengetahuinya, beliau telah berkata: Beliau adalah Khidir a.s.

(956)-2. Muhammad bin Yahya telah memberitahu kepadaku, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ahmad bin Abi Abdillah, daripada Abi Hasyim seumpamanya. Muhammad bin Yahya telah berkata: Aku telah berkata kepada Muhammad bin al-Hasan: Wahai Abu Ja‘far, aku telah suka berita ini telah datang bukan daripada pihak Ahmad bin Abi Abdillah, berkata: Sesungguhnya beliau telah memberitahu kepadaku sepuluh tahun sebelum “kekusutannya”.

(957)-3. Muhammad bin Yahya dan Muhammad bin Abdullah, daripada Abdullah bin Ja‘far, daripada al-Hasan bin Zarif dan Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Bakr bin Salih, daripada ‘Abd al-Rahman bin Salim, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir telah berkata kepadanya: Pada bila-bila masa anda kehendaki, wahai sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya.

Beliau telah berkata kepada Jabir: Beritahulah kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku, dan apa yang tertulis di Lauh ini? Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Lauh yang mana Allah telah menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w.

Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku, nama Ali, nama dua anak lelaki aku dan nama-nama para wasi daripada anak-anak aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku dengannya, Jabir telah berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku telah membacanya, dan membuat salinannya, bapa aku a.s telah berkata: Adakah anda, wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau telah berkata: Ya, lalu bapa aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku telah mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda, lantas beliau telah melihat kepada suratnya, lalu bapa aku telah membaca kepadanya, ia tidak menyalahi walaupun satu huruf, Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:


Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Surat (kitab) ini adalah daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya, Duta-Nya, Hijab-Nya, Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku dan janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Pemusnah para penguasa, Pembantu mereka yang dizalimi.

Pemilik hari Kiamat, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Sesiapa yang telah berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku, nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Akulah engkau sembah, dan kepada Akulah engkau bertawakal. Aku tidak mengutus seorang nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku menjadikan untuknya seorang wasi.

Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke atas para nabi dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki engkau selepasnya; al-Hasan dan al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru, beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid dan yang paling tinggi darjat di kalangan para syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya dan hujah Aku yang kukuh di sisinya.

Dengan ‘itrahnya, Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid al-‘Abidin dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu dan anak lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian hikmah-Ku dan akan membinasakan mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang Ja‘far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja‘far. Aku akan menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan para walinya.

Dan selepasnya adalah Musa. Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas yang sempurna. Sesiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku dan telah mengubah ayat daripada kitab-Ku dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku dan pembantu-Ku.

Siapa yang Aku meletakkan ke atasnya tanggungan kenabian atau Aku mengujinya dengan kekuatan tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah dibina oleh hamba yang soleh (Dhu l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan Muhammad anak lelakinya, khalifahnya selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan Hujjah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku telah menjadikan syurga tempat tinggalnya.

Aku telah memberi syafaat kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku telah menamatkan kebahagiaan anak lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan daripadanya seorang pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi) sebagai rahmat kepada alam semesta.

Di atasnya kesempurnaan Musa, kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya, kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan mereka Aku menolak segala bala dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan gegeran dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka dan merekalah yang mendapat hidayat.

Abd al-Rahman bin Salim berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini melainkan untuk ahlinya.

(958)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abban bin Abi ‘Iyaysy, daripada Sulaim bin Qais dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Umar bin Abu Udhinah dan Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Umar bin Udhinah, daripada [Abban] bin Abi ‘Iyyasy, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Ja‘far al-Tayyar berkata: Kami telah berada di sisi Mu‘awiyah, aku, al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin al-‘Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka telah berlaku di antara aku dan Mu‘awiyah percakapan, lalu aku telah berkata kepada Mu‘awiyah: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian saudaraku Ali bin Abu Talib adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri.

Apabila Ali mati syahid, maka al-Hasan bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian anak lelakiku al-Husain selepasnya adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila beliau mati syahid, maka anak lelakinya Ali bin al-Husain adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri dan anda akan mendapatinya, wahai Ali, kemudian anak lelakinya Muhammad bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Dan anda akan mendapatinya, wahai Husain, kemudian sembilan daripada anak-anak lelaki al-Husain akan menyempurnakan dua belas imam, Abdullah bin Ja‘far telah berkata: Aku telah menyaksikan al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin ‘Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka mereka telah memberi penyaksian kepadaku di sisi Mu‘awiyah, Sulaim telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar sedemikian daripada Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad dan mereka telah menyebut bahawa mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.

(959)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Hanan bin al-Sarraj, daripada Daud bin Sulaiman al-Kasa’i, daripada Abi Tufail berkata: Aku telah menyaksikan jenazah Abu Bakr pada hari beliau telah mati dan aku telah menyaksikan Umar ketika beliau dibaiah dan Ali sedang duduk di satu sudut, tiba-tiba seorang kanak-kanak Yahudi yang cantik mukanya, memakai pakaian yang cantik, beliau adalah daripada keturunan Harun sehingga beliau telah berdiri di hadapan Umar, maka beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah anda orang yang paling mengetahui [daripada] umat ini dengan kitab mereka dan urusan nabi mereka?

Beliau telah berkata: Umar telah menggerakkan kepalanya, maka beliau telah berkata: Kepada anda aku maksudkan dan beliau telah mengulangi kata-katanya kepadanya, maka Umar telah berkata kepadanya: Kenapa anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda di dalam keadaan murtad untuk diriku, syak pada agamaku, maka beliau telah berkata: Waspada dengan pemuda ini, beliau telah berkata: Siapakah pemuda ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Ali bin Abu Talib, sepupu Rasulullah s.a.w dan suami Fatimah binti Rasulullah s.a.w, ini adalah Abu al-Hasan dan al-Husain dua anak lelaki Rasulullah s.a.w, lantas Yahudi telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Adakah ini anda [Ali?].

Beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku mahu bertanya anda tentang tiga, tiga dan satu. Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah tersenyum dan berkata: Wahai Haruniyyun, apakah yang telah menghalang anda dari berkata tujuh? Beliau telah berkata: Aku akan bertanya anda tentang tiga, jika anda telah menjawabnya kepadaku, aku akan bertanya anda selepasnya dan jika anda tidak mengetahuinya, aku akan mengetahui bahawa tidak ada orang yang alim pada kamu, Ali a.s telah berkata: Aku bertanya anda dengan [nama] Tuhan yang anda sembah, jika aku dapat menjawab apa yang anda mahu, anda akan meninggalkan agama anda dan anda akan memasuki agamaku? Beliau telah berkata: Aku tidak datang melainkan untuk itu, beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku titisan darah yang pertama tumpah di muka bumi ini?

Mata yang pertama telah mengalir di muka bumi? Perkara yang pertama telah bergerak di muka bumi? Maka Amir al-Mukminin a.s telah menjawabnya dan berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku tentang tiga yang akhir, beritahulah kepadaku tentang Muhammad dan berapakah imam yang adil beliau miliki? Di syurga manakah beliau akan memasukinya? Siapakah yang akan tinggal bersamanya di syurga? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, sesungguhnya bagi Muhammad adalah dua belas imam yang adil, tidak akan memudaratkan oleh kehinaan orang yang telah menghinanya, tidak takut kepada mereka yang menentangnya dan sesungguhnya mereka di dalam agama adalah lebih teguh daripada gunung di bumi dan tempat tinggal Muhammad di syurganya bersama dua belas imam yang adil, maka beliau telah berkata: Anda telah berkata benar, demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia, sungguhnya aku mendapatinya di dalam kitab bapaku Harun, beliau telah menulisnya dengan tangannya dan imlak Musa, bapa saudaraku a.s. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang satu (al-Wahidah)? Beritahulah kepadaku tentang wasi Muhammad berapa lamakah beliau hidup selepasnya? Adakah beliau akan mati (biasa) atau akan dibunuh?

Beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, beliau akan hidup selama tiga puluh tahun selepasnya, tidak lebih walaupun satu hari dan tidak kurang walaupun satu hari. Kemudian beliau akan dipukul [dengan] satu pukulan di sini-iaitu di kepalanya-lalu ia akan berlumuran dengan darah daripada sini, beliau telah berkata: Harunniyyun telah melaung dan memutuskan benang tebalnya di pakaiannya dan berkata: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah yang Satu, tida sekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya dan sesungguhnya anda adalah wasinya, sewajarnya anda melebihi [orang lain] dan tidak [boleh] ditandingi dan anda wajar dihormati dan bukan diperkecil-kecilkan, beliau telah berkata: Kemudian Ali a.s telah pergi bersamanya ke rumahnya, maka beliau a.s telah mengajarnya petanda-petanda agama.

(960)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abu Sa‘id al-‘Usfuri, daripada Umar bin Thabit, daripada Abu Hamzah telah berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan Muhammad, Ali dan sebelas daripada anak-anaknya daripada cahaya kebesaran-Nya, lalu Dia telah mendirikan bentuk-bentuk yang kurang jelas (asybaah) pada ruang cahaya-Nya, mereka bertasybih kepada Allah dan mentakdiskanNya. Mereka adalah para Imam daripada anak-anak Rasulullah s.a.w.

(961)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hasysyab, daripada Ibn Sama‘ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah telah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad a.s semuanya muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan daripada anak-anak Ali a.s. Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani), maka Ali bin Rasyid, saudara Ali bin al-Husain sebelah ibunya telah mengingkarinya, lalu Abu Ja‘far a.s telah melaung dan berkata: Adapun anak lelaki ibu anda bukanlah salah seorang daripada mereka.

(962)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Mas‘adah bin Ziyad, daripada Abi Abdullah dan Abi Sa‘id al-Khudri telah berkata: Aku telah hadir ketika Abu Bakr telah mati dan Umar dilantik, tiba-tiba seorang pembesar Yahudi Yathrib dan yang paling alim mereka telah datang sehingga dibawa kepada Umar, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai Umar, sesungguhnya aku telah datang kepada anda kerana mahu Islam, jika anda dapat menjawab apa yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka anda adalah orang yang paling alim di kalangan para sahabat Muhammad dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang aku mahu bertanya tentangnya.

Umar telah berkata kepadanya: Aku bukanlah begitu, tetapi aku akan menunjukkan kepada anda orang yang paling alim pada umat kita dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang anda akan bertanya tentangnya, maka beliaulah-Umar telah menunjukkan kepada Ali a.s-maka Yahudi itu telah berkata kepadanya: Wahai Umar, jika inilah yang anda katakan, apakah kedudukan anda dan baiah orang ramai [kepada anda] kerana beliau (Ali) adalah orang yang paling alim di kalangan kamu! Lalu Umar telah menentangnya, kemudian Yahudi itu telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Anda sebagaimana telah dikatakan oleh Umar? Maka beliau a.s telah berkata: Apakah yang telah dikatakan oleh Umar? Lalu beliau telah memberitahu kepadanya, beliau telah berkata: Jika anda sebagaimana telah dikatakan olehnya, aku akan bertanya anda beberapa perkara yang aku ingin mengetahuinya dan aku akan memeluk Islam.

Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Ya, aku adalah sebagaimana dikatakan oleh Umar, tanyalah apa yang terlintas dihati anda, aku akan memberitahu tentangnya kepada anda, jika Allah kehendaki. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang tiga, tiga dan satu, maka Ali a.s telah berkata kepadanya: Wahai Yahudi, kenapakah anda tidak berkata tentang tujuh, lalu Yahudi itu telah berkata: Sesungguhnya anda, jika anda telah memberitahu kepadaku tentang tiga, aku akan bertanya anda yang bakinya, jika tidak, anda akan menegah. Jika anda dapat menjawab tujuh perkara ini kepadaku, maka anda adalah penduduk bumi yang paling alim dan yang paling baik (aula) di kalangan manusia, maka beliau a.s telah berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda, wahai Yahudi, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku batu yang pertama diletakkan di atas muka bumi? Dan pokok yang pertama disiram di muka bumi? Dan mata yang pertama yang mengalir di muka bumi? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu kepadanya tentangnya, kemudian Yahudi telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang umat ini berapa baginya imam petunjuk? Dan beritahulah kepadaku tentang nabi kamu Muhammad, di manakan kedudukannya di syurga?

Dan beritahulah kepadaku siapakah bersamanya di syurga? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya bagi umat ini dua belas imam petunjuk daripada zuriat nabinya dan mereka daripadaku. Adapun kedudukan nabi kami di syurga adalah di syurga Adan yang lebih baik dan lebih mulia. Adapun mereka yang bersamanya pada kedudukannya di dalamnya adalah dua belas orang daripada zuriatnya, ibu mereka, datuk perempuan mereka, ibu kepada ibu mereka dan hamba-hamba perempuan mereka, tidak ada seorangpun yang akan tinggal bersama mereka padanya.

(963)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Aku telah datang kepada Fatimah a.s dan di hadapannya loh (lauh) yang mangandungi nama-nama para wasi daripada [suaminya dan] anak-anaknya, maka aku telah menghitung dua belas [orang] dan yang akhir mereka adalah al-Qaim a.s, tiga daripada mereka adalah Muhammad dan empat daripada mereka adalah Ali.

(964)-10. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad s.a.w kepada jin dan manusia dan telah menjadikan selepasnya dua belas wasi di antara mereka ada yang telah berlalu dan di antara mereka ada yang masih hidup dan setiap wasi selepas Muhammad s.a.w telah berlaku mengikut sunnah para wasi Isa dan mereka adalah dua belas orang dan Amir al-Mukminin adalah di atas sunnah al-Masih.

(965)-11. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Abi Abdullah dan Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad, daripad al-Hasan bin al-‘Abbas bin al-Jarisy, daripada Abu Ja‘far al-Thani a.s bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Ibn ‘Abbas: Sesungguhnya lailatu l-Qadr (malam kuasa) adalah pada setiap tahun dan sesungguhnya urusan setahun akan turun pada malam itu, justeru, urusan itu adalah [untuk] para wali selepas Rasulullah s.a.w, maka Ibn ‘Abbas telah berkata: Siapakah mereka? Beliau a.s telah berkata: Aku dan sebelas daripada salbiku adalah para imam muhaddathun.

(966)-12. Dan dengan sanad-sanad ini, beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabat: Berimanlah kepada lailatu l-Qadr, sesungguhnya ia akan berlaku kepada Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya seramai sebelas orang selepasku”.

(967)-13. Dan dengan sanad-sanad ini bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Abu Bakr pada suatu hari “Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang telah gugur di jalan Allah itu mati bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan-nya mendapat rezeki” Dan aku naik saksi bahawa Muhammad s.a.w adalah Rasulullah s.a.w telah mati syahid, demi Allah, baginda s.a.w akan mendatangi anda, maka yakinlah apabila baginda s.a.w datang kepada anda kerana syaitan tidak akan menyerupainya, Ali telah mengambil tangan Abu Bakr, lalu beliau a.s telah memperlihatkan Nabi s.a.w kepadanya, lantas baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Abu Bakr, Berimanlah kepada Ali dan sebelas orang daripada anak-anaknya, sesungguhnya mereka adalah sepertiku kecuali kenabian dan bertaubatlah kepada Allah daripada apa yang ada pada tangan anda (khilafah) kerana ia bukanlah hak anda padanya, beliau telah berkata: Kemudian baginda s.a.w telah pergi dan tidak dapat dilihat lagi.

(968)-14. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada al-Hasan bin ‘Ubaidillah, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Sama‘ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad semua mereka adalah muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan anak-anak Ali bin Abu Talib a.s. Justeru, Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani).

(969)-15. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Sa‘id bin Ghazwan, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Akan berlaku sembilan para imam selepas al-Husain bin Ali dan yang ke sembilan mereka adalah Qaim mereka.
(970)-16. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wisyaa’, daripada Abban, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kami adalah dua belas imam, daripada mereka adalah al-Hasan, al-Husain dan dan para imam daripada anak-anak al-Husain a.s.

(971)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Sa‘id al-‘Usfuri, daripada ‘Amru bin Thabit, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.aw telah bersabda: Sesungguhnya aku dan dua belas (sebelas) daripada anak-anakku dan anda, wahai Ali, Zarr al-Ardh iaitu tunjang bumi dan gunungnya, dengan kami Allah menguatkan bumi dari musnah bersama penghuninya. Apabila dua belas (sebelas) daripada anak-anakku pergi, bumi akan musnah dengan penghuninya dan mereka tidak akan dilihat lagi.

(972)-18. Dan dengan sanad-sanand ini, daripada Abu Sa‘id secara marfu‘, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Daripada anak-anakku [dan Ali a.s] dua belas orang cerdik, muhaddathun, mufahhamun , akhir mereka adalah al-Qaim dengan kebenaran yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman”.

(973)-19. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Asamm, daripada Karram berkata: Aku telah bersumpah di antara aku dan diriku bahawa aku tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad, maka aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, lalu aku telah berkata kepadanya: Seorang lelaki Syiah kamu telah bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad?

Beliau a.s telah berkata: Maka berpuasalah, jika begitu, wahai Karram, tetapi janganlah anda berpuasa pada hari raya puasa dan hari raya haji, pada tiga hari tasyriq, ketika anda musafir atau sakit kerana al-Husain a.s manakala dibunuh, langit, bumi, mereka di atasnya dan para malaikat telah menangis, maka mereka telah berkata: Wahai Tuhanku, izinlah kami bagi membinasakan makhluk sehingga kami memperbaharui mereka dari mula kerana mereka telah menghalalkan kehormatan Engkau, mereka telah membunuh orang pilihan Engkau, lalu Allah telah mewahyukan kepada mereka: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku, bawalah bertenang”, kemudian Dia telah mendedahkan hijab[Nya], lalu Muhammad s.a.w telah meninggalkan dua belas wasi untuknya dan beliau telah mengambil tangan polan al-Qaim di kalangan mereka, Dia telah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku dengan ini, Aku menang [untuk ini]- Dia telah berfirman sebanyak tiga kali-.

(974)-20. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Talib, daripada Uthman bin Isa, daripada Sama‘ah bin Mihran berkata: Aku, Abu Basir dan Muhammad bin ‘Imran maula Abu Ja‘far a.s telah berada di rumahnya di Makkah, maka Muhammad bin ‘Imran telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah dua belas muhaddathan, lalu Abu Basir telah berkata kepadanya: Adakah anda telah mendengar daripada Abu Abdillah a.s? Maka beliau telah bersumpah kepadanya satu kali atau dua kali bahawa beliau telah mendengarnya? Maka Abu Basir telah berkata: Tetapi aku telah mendengarnya daripada Abu Ja‘far a.s.


Bab 127

☼Apabila Sesuatu Dikatakan Kepada Seseorang, Tetapi Ia tidak terjadi Padanya, Maka Ia terjadi Pada Anaknya(Atau Cucunya Kerana Beliaulah Dikatakan Kepadanya (fi anna-hu idha qiila fi al-Rujul syai’un fa-lam yakun fi-hi wa kana fi waladi-hi au walad waladi-hi fa-inna-hu huwa alladhi qila fi-hi☼

(975)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’aab, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada ‘Imran: “Sesungguhnya Aku memberi kepada engkau seorang lelaki yang sempurna, berkat, akan menyembuhkan orang yang buta dan orang yang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah dan menjadikannya seorang rasul kepada Bani Israel”, maka ‘Imran telah memberitahu kepada isterinya Hanah, ibu Maryam.

Manakala beliau telah hamil, beliau telah menyangka kandungannya adalah lelaki, “Manakala beliau telah melahirkannya, beliau telah berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang anak perempuan dan anak lelaki tidaklah sama dengan anak perempuan”, iaitu anak perempuan tidak boleh menjadi seorang rasul, tetapi Allah telah berfirman: “Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu”, manakala Allah telah mengurniakan Isa kepada Maryam, maka beliaulah Allah telah memberi berita gembira kepada ‘Imran dan telah menjanjikannya dengannya. Justeru, apabila kami telah berkata sesuatu kepada lelaki daripada kami, maka ia akan berlaku kepada anaknya atau cucunya, lantaran itu, janganlah kamu mengingkarinya.

(976)-2. Muhammad bin Isma‘il, daripada al-Fadhl bin Syazaan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kami telah berkata sesuatu kepada seseorang, jika ia tidak berlaku padanya, maka [ia akan berlaku] pada anaknya atau pada cucunya. Oleh itu, janganlah kamu mengingkarinya kerana Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.

(977)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin ‘Aa’idh, daripada Abi Khadijah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kadangkala seorang itu dinilai dengan keadilan atau kezaliman serta kaitannya dengannya sekalipun beliau tidak melakukannya kerana ia terletak kepada anak lelakinya atau cucu selepasnya [yang akan melakukannya], justeru, beliau [dan anaknya atau cucunya] adalah orang yang sama (fa-huwa huwa).


Bab 128

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Semuanya Melaksanakan Perintah Allah Ta‘ala, Penunjuk Kepada-Nya (inna al-Aimmata a.s kulla-hum qaa’imuun bi-amri llahi ta‘ala haaduun ilai-hi)☼

(978)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Zaid Abi al-Hasan, daripada al-Hakam bin Abi Nu‘aim berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s ketika beliau berada di Madinah, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa anda adalah Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, maka beliau tidak menjawab sesuatu kepadaku, lalu aku telah tinggal selama tiga puluh hari, kemudian beliau telah menyambutku di jalan, lalu berkata: Dan sesungguhnya anda masih ada di sini, maka aku telah berkata: Ya, aku telah memberitahu kepada anda tentang nazarku.

Anda tidak menyuruhku atau melarangku dari sesuatu dan anda tidak menjawab kepadaku dengan sesuatu? Maka beliau telah berkata: Datanglah di rumahku pada petang besok, maka akupun telah datang, beliau a.s telah berkata: Tanyalah tentang hajat anda, maka aku telah berkata: Aku telah bernazar, berpuasa atau bersedekah di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa adakah anda Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, jika anda menahan diriku dari menolong anda, nescaya aku akan pergi ke tempat lain di bumi ini untuk mencari kehidupan.

Lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, aku telah berkata: Anda adalah al-Mahdi? Beliau telah berkata: Semua kita (al-Mahdi) menunjuk kepada Allah, aku telah berkata: Maka anda adalah pemilik pedang? Beliau telah berkata: Semua kita pemilik pedang dan pewaris pedang, aku telah berkata: Andalah pembunuh musuh-musuh Allah, para wali Allah menjadi kuat dengan anda dan agama Allah akan terserlah? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, bagaimana aku [Mahdi] sedangkan aku telah sampai empat puluh lima tahun? Sesungguhnya sahabat urusan ini (sahib hadha al-Amr) lebih hampir masanya dengan susu (hari Kiamat) daripadaku dan lebih ringan di atas belakang bintang (berperang).

(979)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin ‘Aa’idh daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah ditanya tentang al-Qaim, maka beliau telah berkata: Semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, satu selepas satu sehingga pemilik pedang datang. Apabila pemilik pedang datang, maka beliau datang dengan urusan yang berbeza daripada urusan yang lalu.

(980)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Suatu hari Kami menyeru tiap umat dengan pemimpinnya” Beliau a.s telah berkata: Imam di hadapan mereka adalah al-Qaim pada zaman-nya.


Bab 129

☼Perhubungan [Dengan] Imam A.S (silat al-Imam a.s)☼

(981)-1. Al-Husain bin Muhammad bin ‘Amir dengan sanad-sanadnya secara marfu‘ berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah menyangka bahawa imam a.s berhajat kepada apa yang ada di tangan orang ramai, maka beliau adalah kafir, sesungguhnya orang ramai memerlukan imam a.s untuk menerima mereka, Allah telah berfirman: “Dan ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka”

(982)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Isa bin Sulaiman al-Nuhas, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada al-Khaibari dan Yunus bin Zubyaan berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada suatu perkara yang paling dicintai Allah dari mengeluarkan dirham-dirham kepada imam a.s dan sesungguhnya Allah akan menjadikan untuknya satu dirham di syurga seperti bukit Uhud, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Dia akan melipatgandakan pembayaran kepadanya” Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ia adalah perhubungan [dengan] imam a.s secara khusus.

(983)-3. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Abi Talhah, daripada Mu‘adh, pemilik pakaian telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak meminta [daripada] makhluk-Nya apa yang ada di tangan mereka sebagai pinjaman kerana Dia berhajat kepadanya; [tetapi] apa saja hak Allah, maka ia adalah untuk wali-Nya.

(984)-4. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi al-Mughra, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abi Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah bertanya tentang firman Allah: “Siapakah mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan pinjaman itu untuknya dan beliau akan memperoleh pahala yang banyak” Beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan tentang perhubungan [dengan] imam a.s.

(985)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Miyyaah, daripada bapanya telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Miyyaah, satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s itu, adalah lebih berat timbangannya dari bukit Uhud.

(986)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada sebahagian lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s adalah lebih baik daripada 200 ribu dirham [yang disampaikan] selain daripadanya daripada jalan-jalan kebaikan.

(987)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku mengambil dirham daripada salah seorang daripada kamu, sesungguhnya bagiku adalah untuk orang yang banyak harta di Madinah, [tetapi] aku tidak mahu semuanya itu kecuali untuk mereka membersihkan [diri mereka].


Bab 130

☼Al-Fa’, Anfaal, Tafsir Khumus, Dan Batasannya Serta Apa Yang Wajib Padanya (al-Fa’ wa al-Anfaal wa tafsir al-Khums wa hududi-hi wa ma yajibu fi-hi)☼

Sesungguhnya Allah telah menjadikan dunia semuanya untuk khalifahnya sebagaimana Dia berfirman kepada malaikat-Nya: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” Semua dunia adalah untuk Adam dan selepasnya [untuk] anak-anaknya yang baik dan pengganti-penggantinya, Justeru, apa yang dapat dikalahkan ke atasnya oleh musuh-musuh mereka, kemudian dikembalikan kepada “mereka” dengan peperangan atau kemenangan dinamakan fai’ iaitu diberikan kepada mereka dengan kemenangan dan peperangan dan hukumnya sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil” Maka ia adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, maka ini adalah fai’ yang dikembalikan. Sesungguhnya ianya dikembalikan daripada tangan orang lain, lalu diambil daripada mereka dengan pedang.

Adapun apa yang dikembalikan kepada mereka tanpa mengerahkan seekor kudapun atau seekor untapun, maka ia adalah al-Anfaal, iaitu untuk Allah dan Rasul-Nya secara khusus, tidak ada seorangpun yang berkongsi padanya kerana dijadikan perkongsian di dalam sesuatu yang diperangi bersama ke atasnya. Justeru, dijadikan bagi orang yang berperang -daripada rampasan perang- empat saham, maka bagi Rasul satu saham dan [saham] untuk Rasul s.a.w dibahagikan kepada enam bahagian, tiga untuknya dan tiga untuk anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil. Adapun al-Anfaal, maka ini bukanlah caranya kerana ia adalah untuk Rasul s.a.w secara khusus, begitu juga Fadak adalah untuk Rasulullah s.a.w secara khusus kerana Rasulullah s.a.w telah membukanya bersama Amir al-Mukminin a.s dan tidak ada seorangpun bersamanya [di dalam pembukaannya], justeru, nama fai’ telah hilang daripadanya dan digantikan dengan nama al-Anfaal.

Begitu juga harta selain daripada tanah milik (aajaam), galian-galian, lautan dan padang pasir, maka ia adalah khusus untuk imam a.s. Jika satu kumpulan mengerjakannya dengan izin imam a.s, maka bagi mereka 4/5 dan bagi imam 1/5. Dan sesiapa yang berkerja padanya tanpa izin imam a.s, maka imam a.s akan mengambil kesemuanya, tidak ada hak bagi orang lain padanya. Demikian juga sesiapa yang telah memajukan sesuatu atau mengadakan terusan air atau berkerja di tanah kharab tanpa izin daripada pemilik tanah, maka tidak ada baginya hak ke atasnya, jika beliau mahu, beliau boleh mengambilnya daripadanya kesemuanya, jika beliau mahu, beliau boleh meninggalkannya pada tangannya.

(988)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abban bin Abi ‘Iyyas, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Kamilah, demi Allah, mereka yang dimaksudkan oleh Allah dengan kaum kerabat (dhi al-Qurba) yang mana Allah telah menyertai mereka dengan diri-Nya dan nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah berfirman: “Apa saja fai’ yang diberikan kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota, maka ia adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil” Untuk kami secara khusus dan Dia tidak menjadikan kami saham di dalam sedekah, Allah telah memuliakan Nabi-Nya dan memuliakan kami [dari] memakan kotoran yang ada di tangan manusia (sedekah).

(989)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Abban, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah kerabat Rasulullah s.a.w, khumus adalah untuk Allah, Rasul dan kami.

(990)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Anfaal adalah apa yang tidak dikerahkan kuda dan unta atau satu kaum telah berdamai atau mereka telah memberi[nya] dengan tangan mereka. Dan setiap bumi yang terbiar (khirbah) dan perut-perut wadi, maka ia adalah untuk Rasulullah s.a.w dan ia adalah untuk imam a.s selepasnya, beliau boleh melakukan apa yang beliau kehendaki.

(991)-4. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada al-‘Abd al-Salih a.s telah berkata: Khumus adalah daripada lima perkara: Sebarang keuntungan atau laba yang diperolehi, [hasil] penyelaman, barang simpanan, galian-galian dan galian garam. Diambil [khumus] dari lima jenis ini, kemudian diberikan kepada orang yang telah dijadikan Allah untuknya dan dibahagikan kepada 4/5 di antara orang yang mendapatinya. Kemudian dibahagikan khumus di kalangan mereka di atas enam saham: Saham untuk Allah, saham untuk Rasulullah, saham kerabat, saham anak-anak yatim, saham mereka yang miskin dan saham ibnussabil.

Maka saham Allah dan saham Rasulullah adalah untuk uli al-Amr selepas Rasulullah s.a.w secara warisan, maka baginya tiga saham: Dua saham warisan dan satu saham yang dibahagikan untuknya daripada Allah dan baginya separuh khumus untuk penyempurnaan dan separuh khumus yang baki [dibahagikan] di antara keluarganya. Maka satu saham untuk anak-anak yatim mereka, satu saham untuk mereka yang miskin mereka dan satu saham untuk ibnussabil mereka, dibahagikan di kalangan mereka menurut Kitab dan Sunnah. Dan jika terdapat lebihan, maka ia adalah untuk wali dan jika ia berkurangan dari hajat mereka, maka wali membelanjakannya kepada orang di sisinya menurut kadar keperluan mereka kerana beliau memiliki lebihan [bahagian] daripada mereka.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan khumus ini secara khusus untuk mereka dan bukan untuk mereka yang miskin lain dan ibnussabil lain sebagai gantian kepada mereka dari sedekah manusia, sebagai penghormatan daripada Allah untuk mereka kerana kekerabatan mereka dengan Rasulullh s.a.w dan kemuliaan daripada Allah untuk mereka daripada kekotoran [dosa] manusia (ausaakh al-Naas). Justeru, Dia telah menjadikan khumus untuk mereka secara khusus bagi mengelakkan mereka dari kehinaan dan kemiskinan. Tidak mengapa sedekah [berlaku] di kalangan mereka. Dan mereka yang mana Allah telah menjadikan khumus untuk mereka adalah kaum kerabat Nabi s.a.w yang telah disebutkan oleh Allah: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”

Mereka adalah Bani ‘Abd al-Muttalib sendiri, lelaki dan perempuan daripada mereka, tidak termasuk seorangpun di kalangan mereka ahlu buyuutaat Quraisy dan Arab di dalam khumus ini, begitu juga mawaali-mereka. Kadangkala dihalalkan sedekah orang ramai kepada mawaali mereka, mereka dan orang ramai adalah sama. Sesiapa yang ibunya daripada Bani Hasyim dan bapanya daripada Quraisy, maka sedekah adalah halal baginya dan khumus bukanlah untuknya kerana Allah berfirman: “Panggillah mereka dengan [nama] bapa-bapa mereka” Dan bagi imam a.s harta yang bersih: Beliau a.s mengambil daripada harta-harta ini yang bersih lagi elok, binatang yang baik, barang-barang menurut apa yang beliau suka atau kehendaki kerana ia adalah untuknya sebelum dibahagikan dan sebelum dikeluarkan khumus dan beliau hendaklah menunaikan semua yang mewakilinya seperti memberi kepada muallaf dan lain-lain.

Jika ada lagi bakinya, maka khumus dikeluarkan daripadanya, kemudian beliau membahagikannya di kalangan keluarganya dan yang bakinya kepada orang selepasnya. Jika bakinya tidak ada selepas pembahagian, maka tidak ada sesuatu untuk mereka dan tidak ada sesuatu bagi mereka yang berperang dan tidak ada sesuatu bagi mereka yang telah menang ke atasnya (musuh) melainkan yang meliputi askar. Tidak ada bahagian bagi Arab (A‘raab) jika mereka berperang bersama wali kerana Rasulullah s.a.w telah berdamai dengan Arab supaya baginda s.a.w meninggalkan mereka di rumah-rumah mereka dan mereka tidak berhijrah dengan alasan jika Rasulullah s.a.w diserbu oleh musuhnya, baginda s.a.w dapat melepaskan mereka [menentang musuhnya], justeru baginda s.a.w telah berperang dengan mereka dan mereka tidak ada bahagian di dalam ghanimah kerana sunnahnya berlaku sedemikian kepada mereka dan pada selain daripada mereka.

Adapun tanah-tanah yang diambil secara kekerasan dengan [kerahan] kuda dan tentera, maka ia di tinggalkan pada tangan orang yang memajukannya dan menghidupkannya dan wali menilainya di atas kemampuan mereka dan kepentingan mereka sama ada1/2 atau 1/3 atau 2/3 menurut kadar kepentingan mereka dan beliau tidak akan memudaratkan mereka. Apabila dikeluarkan hasilnya, maka dikeluarkan 1/10 daripada semuanya, jika ia menggunakan air hujan atau air yang mengalir. Dan separuh 1/10, jika baldi atau penyiram yang besar digunakan. Kemudian wali mengambilnya dan mengajukannya kepada pihak yang ditetapkan oleh Allah di atas lapan saham: Fakir, miskin, amil, muallaf, hamba, mereka yang berhutang, untuk jalan Allah dan ibnussabil. Dibahagikan secara sederhana di kalangan mereka menurut kadar yang mereka perlukan, jika ada lebihan, maka ia dikembalikan kepada wali.

Dan jika ia kurang dan tidak mencukupi untuk hajat mereka, maka wali hendaklah menolong mereka menurut kadar yang terdaya bagi memenuhi hajat mereka dan diambil baki daripada 1/10 dan dibahagikan di antara wali dan kongsi-kongsinya yang terdiri daripada pekerja-pekerja tanah, lalu diberikan kepada mereka bahagian mereka menurut perjanjian dan diambil bakinya sebagai bayaran kepada pembantu-pembantunya di atas agama Allah dan memperkukuhkan agama Islam melalui jihad di dalam berbagai-bagai bidang untuk kepentingan umum dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri sedikit ataupun banyak.

Dan baginya selepas khumus adalah al-Anfaal. Al-Anfaal adalah setiap bumi khirbah yang telah diabaikan oleh ahlinya dan setiap tanah yang tidak dikerah ke atasnya kuda atau unta, tetapi mereka telah membuat perdamaian dan mereka telah memberikan[nya] dengan tangan mereka [kepada wali], tanpa berperang. Baginya puncak-puncak gunung, perut-perut wadi, harta-harta selain daripada tanah (aajaam) dan setiap bumi yang mati tanpa pemiliknya. Dan baginya harta-harta peribadi kepunyaan raja-raja (sawaafi al-Muluak), apa yang dimiliki oleh mereka tanpa rampasan kerana barang rampasan mesti dipulangkan, beliau adalah pewaris bagi orang yang tidak ada waris, menanggung [makanan] orang yang tidak mampu.

Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan sesuatu daripada jenis-jenis harta melainkan Dia telah membahagi-bahagikanya dan telah memberi setiap orang yang mempunyai hak akan haknya secara khusus dan umum, fakir-fakir, mereka yang miskin dan setiap jenis manusia, maka beliau telah berkata: Jika diperlakukan keadilan pada manusia, nescaya mereka telah menjadi kaya”, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya keadilan adalah lebih manis daripada susu dan tidak akan melakukan keadilan melainkan orang yang layak untuk keadilan.

Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah membahagi-bahagikan sedekah penduduk padang pasir di tempat mereka dan sedekah penduduk bandar di tempat mereka dan baginda s.a.w tidak membahagi-bahagikan di antara mereka dengan sama di atas lapan saham sehingga baginda s.a.w memberi kepada penduduk setiap saham akan harganya, tetapi baginda s.a.w membahagikannya di atas kadar orang yang hadir daripada lapan jenis menurut kadar yang dinilai olehnya. Tidak ada masa yang tertentu atau temujanji. Sesungguhnya baginda s.a.w telah melakukan sedemikian menurut kadar yang dilihatnya sehingga baginda s.a.w melaksanakan hajat setiap kumpulan daripada mereka. Jika terdapat lebihan harta itu, maka mereka telah membentangkannya kepada orang lain dan al-Anfaal kepada wali.

Dan setiap tanah yang dibuka pada masa Nabi s.a.w sehingga ke akhir abad sama ada dibuka oleh ahli kezaliman atau ahli keadilan kerana dhimmah Rasulullah s.a.aw pada mereka yang terdahulu dan terkemudian adalah satu kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda: Muslimun adalah saudara, darah mereka dibela dan yang paling rendah di kalangan mereka berjalan dengan dhimmah mereka”. Dan tidak ada zakat pada harta khumus kerana mereka yang fakir telah menjadikan rezeki mereka pada harta orang ramai, maka ia di atas lapan saham, justeru, tidak ada seorangpun daripada mereka tinggal, Dia telah menjadikan fakir-fakir sebagai kerabat Rasulullah s.a.w separuh khumus, maka Dia telah memperkayakan mereka dengannya daripada sedekah orang ramai, sedekah Nabi s.a.w dan wali al-Amr.

Justeru, tidak ada fakir yang tinggal dan tidak ada fakir di dalam kerabat Rasulullah s.a.w melainkan beliau telah menjadi kaya, maka tidak ada fakir lagi. Justeru, tidak ada zakat ke atas harta Nabi s.a.w dan wali kerana tidak ada fakir yang berhajat, tetapi mereka masih mempunyai cara-cara yang harus dipatuhi.

(992)-5. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada seorang daripada sahabat kami [bernama] al-Sayyaari, daripada Ali bin Asbat berkata: Manakala Abu al-Hasan Musa a.s telah datang kepada[khalifah] al-Mahdi, beliau telah melihatnya mengembalikan harta-harta yang di rampas (al-Mazalim), lantas beliau a.s telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, kenapakah harta kami (Fadak) tidak dikembalikan? Maka beliau telah berkata kepadanya: Apakah itu, wahai Abu al-Hasan? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah manakala Dia telah membuka Fadak melalui Nabi-Nya s.a.w dan memeritahkannya tanpa dikerahkan kuda dan unta ke atasnya, lalu Dia telah menurunkan di atas nabi-Nya s.a.w: “Dan berilah kepada keluarga yang terdekat akan haknya” Rasulullah s.a.w tidak mengetahui siapakah mereka, lalu baginda s.a.w telah merujukkannya kepada Jibrail dan Jibrail pula telah merujukkannya kepada Allah, maka Allah telah mewahyukan kepadanya: Barilah Fadak kepada Fatimah a.s”

Kemudian baginda s.a.w telah memanggil Fatimah a.s dan bersabda kepadanya: Wahai Fatimah, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya memberikannya kepada anda Fadak, maka beliau a.s telah berkata: Aku telah menerimanya , wahai Rasulullah daripada Allah dan daripada anda (min Allah wa-min-ka). Maka para wakilnya sentiasa berada padanya pada masa hidup Rasulullah s.a.w. Manakala Abu Bakr dilantik, beliau telah mengeluarkan para wakilnya daripadanya, lalu Fatimah a.s telah datang kepadanya dan memintanya supaya mengembalikannya (Fadak) kepadanya, maka Abu Bakr telah berkata kepadanya: Bawalah kepadaku orang yang berkulit hitam atau berkulit merah yang akan memberi saksi untuk anda tentangnya, lalu beliau a.s telah datang dengan Amir al-Mukminin a.s dan Umm Aiman, kemudian mereka berdua telah menjadi saksi untuknya.

Lalu Abu Bakr telah menulis kepada Fatimah a.s supaya meninggalkan bantahan[nya], lalu beliau a.s telah keluar dan surat bersamanya, tiba-tiba beliau a.s telah terserempak dengan Umar, lalu Umar telah berkata: Apakah bersama anda, wahai anak perempuan Muhammad? Beliau a.s telah berkata: Surat yang telah ditulis oleh Ibn Abi Qahafah, Umar telah berkata: Perlihatlah kepadaku, tetapi Fatimah a.s telah enggan, lalu Umar telah merampasnya daripada tangannya dan melihat padanya, kemudian beliau telah meludahkan padanya (tafila fi-hi), memadamkannya dan mengoyakkannya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Ini juga bapa anda tidak mengerahkan kuda dan unta?

Lantaran itu, letaklah tali di tengkuk-tengkuk kami” Maka al-Mahdi telah berkata kepadanya: Wahai Abu al-Hasan, berilah sempadannya kepadaku, maka beliau a.s telah berkata: Di antara sempadannya adalah bukit Uhud sehingga ke ‘Uraisy di Mesir dan sempadan Saif al-Bahr daripada Daumah al-Jandal, maka beliau telah berkata kepadanya: Semua ini? Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin, ini semuanya, sesungguhnya semuanya ini tidak dikerahkan oleh Rasulullah s.a.w di atas penduduknya dengan kuda dan unta, maka [khalifah] al-Mahdi telah berkata: [ini] banyak dan aku akan melihat padanya.

(993)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Al-Anfaal adalah [daripada] al Nafal dan Surah al-Anfaal adalah untuk menghancurkan kesombongan.

(994)-7. Ahmad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada al-Ridha a.s telah berkata: Beliau ditanya tentang firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul” Maka dikatakan kepadanya: Apa yang dimiliki oleh Allah maka ia untuk siapa? Beliau telah berkata: Untuk Rasulullah s.a.w dan apa yang dimiliki oleh Rasulullah sa.w adalah untuk imam a.s, lalu dikatakan kepadanya: Apakah yang anda lihat jika satu jenis bertambah dan jenis yang lain pula berkurangan? Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepada imam a.s, tidakkah anda telah melihat kepada Rasulullah s.a.w bagaimana baginda s.a.w buat? Tidakkah baginda s.a.w telah memberi[nya] menurut apa yang dilihat oleh baginda s.a.w. Begitulah halnya dengan imam a.s.

(995)-8. Ali bin Ibrahim, bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Jamil bin Darraj, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa beliau a.s ditanya tentang galian emas, perak, besi, plumbum (logam) dan tembaga kuning. Maka beliau a.s telah berkata: Di atasnya khumus.

(996)-9. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Jamil, daripada Zurarah berkata: Imam (a.s) membelanja, mengambil lebihan (nafal) dan memberi apa yang beliau kehendaki sebelum jatuhnya anak panah. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerangi satu kaum, tetapi baginda s.a.w tidak menjadikan untuk mereka bahagian fai’ dan jika baginda s.a.w kehendaki, baginda s.a.w membahagikannya di kalangan mereka.

(997)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Abd al-Samad bin Basyir, daripada Hakim Mu’azzin Ibn Isa berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul” Maka Abu Abdillah a.s telah berkata dengan dua sikunya di atas dua lututnya, kemudian beliau telah menunjukkan dengan tangannya, kemudian beliau telah berkata: Ia, demi Allah, [adalah] kegunaan dari hari ke hari, tetapi bapaku telah menjadikan Syiahnya di dalam kelapangan supaya mereka dapat membersihkan diri mereka.

(998)-11. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Hasan bin ‘Uthman, daripada Sama‘ah berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang khumus, maka beliau telah berkata: Pada setiap apa yang memberi faedah kepada manusia sama ada sedikit atau banyak.

(999)-12. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Yazid berkata: Aku telah menulis: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ajarlah aku apakah faedah dan hadnya menurut pendapat anda- Semoga Allah memanjangkan umur anda-anda hendaklah memberi penerangan kepadaku supaya aku tidak tinggal di atas haram, tidak ada sembahyang dan puasa untukku, maka beliau a.s telah menulis: Faedah adalah apa yang mendatangkan manfaat kepada anda di dalam perniagaan daripada keuntungannya dan tanaman selepas hutang atau hadiah.

(1000)-13. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah menulis kepada Abu Ja‘far a.s tentang khumus, adakah aku mengeluarkannya selepas perbelanjaan makan atau sebelumnya? Maka beliau telah menulis: Selepas perbelanjaan makan.

(1001)-14. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesuatu yang diperangi di atas syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah s.a.w, sesungguhnya bagi kami khumusnya dan tidak halal bagi seorangpun membeli sesuatu daripada khumus sehingga hak kami sampai kepada kami (la yahillu li-ahadin an yasytariya min al-Khums syai’an hatta yasila ilai-na haqqu-na).

(1002)-15. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada ‘Abd al-‘Aziz bin Nafi‘ berkata: Kami telah meminta izin daripada Abu Abdillah a.s dan kami telah mengutus kepadanya, lalu beliau telah mengutus kepada kami: Masuklah kamu berdua, maka aku dan seorang lelaki bersamaku telah masuk, lalu aku telah berkata kepada lelaki itu: Aku mahu anda meminta izin [ Abu Abdillah a.s] tentang satu masalah, maka beliau telah berkata: Ya, lalu beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya bapaku adalah di kalangan tawanan Bani Umayyah.

Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa Bani Umayyah tidak [berhak] mengharam dan menghalalkan [sesuatu], sesungguhnya apa yang mereka telah lakukan sedikit atau banyak adalah untuk kamu. Manakala aku mengingati perkara itu, sesuatu telah mengganggu fikiranku, lalu beliau telah berkata kepadanya: Kamipun telah berdiri dan keluar, lalu kami telah mendahului al-Mu‘tab kepada beberapa orang yang sedang menunggu izin Abu Abdillah a.s, maka beliau telah berkata kepada mereka: ‘Abd Al-‘Aziz bin Nafi‘ telah menang dengan sesuatu, tidak ada seorangpun yang telah menang seumpamanya, dikatakan kepadanya: Apakah itu? Maka beliau telah menjelaskannya kepada mereka.

Kemudian dua orang telah datang kepada Abu Abdillah a.s, salah seorang daripada mereka berdua telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya bapaku adalah di kalangan tawanan Bani Umayyah dan aku telah mengetahui bahawa Bani Umayyah tidak mengharam dan menghalalkan [sesuatu] sesungguhnya apa yang mereka miliki sedikit atau banyak adalah untuk kamu, aku ingin anda menyelesaikan perkara ini, maka beliau a.s telah berkata: [Penyelesaian] itu kepada kami? Itu bukan untuk kami, kami bukanlah untuk menghalal atau mengharamkan [sesuatu]

Kemudian dua lelaki itu telah keluar dan Abu Abdillah a.s telah menjadi marah dan tidak ada seorangpun yang dapat berjumpa dengannya pada malam itu melainkan beliau telah memulakannya, lalu beliau a.s telah berkata: Tidakkah kamu hairan dengan polan mendatangiku, lalu beliau meminta halal daripadaku tentang apa yang telah dilakukan oleh Bani Umayyah, seolah-olah beliau melihat itu adalah hak kami!? Justeru, tidak ada seorangpun yang telah dapat berjumpa dengan Abu Abdillah a.s pada malam itu melainkan dua lelaki yang pertama itu kerana mereka berdua telah dapat[bertanya] apa yang mereka mahu.

(1003)-16. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Dhuraisy al-Kinasi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Dari manakah zina telah masuk kepada manusia? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui[nya], aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau a.s telah berkata: Tidak menerima khumus kami Ahlu l-Bait melainkan Syaih kami yang paling baik (syi‘atu-na al-Atyabiin), sesungguhnya ia dihalalkan untuk mereka kerana kelahiran mereka” (fa-inna-hu muhallalun la-hum li-miilaadi-him).

(1004)-17. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Syu‘aib, daripada Abi Sabah telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Kami adalah satu kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami, bagi kami al-Anfaal dan bagi kami harta yang bersih”.

(1005)-18. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Rifa‘ah, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s tentang seorang lelaki yang akan mati, tidak ada pewaris dan tuan, beliau a.s telah berkata: Beliau adalah daripada ahli ayat ini: “Mereka akan bertanya engkau tentang al-Anfaal”.

(1006)-19. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s tentang harta simpanan (al-Kanz), berapakah padanya? Beliau a.s telah berkata: Khumus (1/5); dan tentang galian-galian berapakah padanya? Beliau a.s telah berkata: Khumus (1/5), begitu juga dengan logam, tembaga kuning dan besi. Dan setiap daripada galian diambil [khumus] daripadanya sebagaimana diambil [khumus] daripada emas dan perak.

(1007)-20. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Sabah al-Azraq, daripada Muhammad bin Muslim, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s telah berkata: Orang yang paling mengambil berat pada hari Kiamat adalah pemilik khumus (Sahib al-Khums), lalu beliau berkata: Wahai Tuhan, khumusku; dan sesungguhnya kami telah [memberikannya] dengan kebaikan [hati] kami kepada Syiah kami kerana kebaikan dan kebersihan kelahiran mereka”

(1008)-21. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu al-Hasan a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang hasil yang keluar dari lautan seperti mutiara, yaqut, jed, galian-galian emas dan perak? Beliau a.s telah berkata: Apabila harganya satu dinar, maka padanya khumus.

(1009)-22. Muhammad bin al-Husain dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ali bin Mihziyar berkata: Aku telah menulis kepadanya: Wahai sayyidi, seorang lelaki telah diberikan kepadanya harta untuk melakukan haji, adakah wajib ke atasnya memberi khumus daripada harta itu atau lebihan [daripada harta itu] di tangannya selepas melakukan haji? Maka beliau a.s telah menulis: Tidak wajib ke atasnya khumus [daripada harta itu].

(1010)-23. Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Husain bin ‘Abd Rabbi-hi berkata: Al-Ridha a.s telah memberi wang kepada bapaku, lalu bapaku telah menulis kepadanya: Adakah wajib khumus di atas wang yang anda telah berikan kepadaku? Maka beliau a.s telah menulis: Tidak wajib khumus di atas wang yang telah diberikan oleh pemilik khumus kepada anda.

(1011)-24. Sahal, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Hamdani berkata: Aku telah menulis kepada Abu al-Hasan a.s: Sementara Ali bin Mihziyar telah membaca kepadaku surat bapa anda tentang apa yang telah diwajibkan ke atas pemilik-pemilik tanah sebanyak separuh 1/6 selepas perbelanjaan makan dan tidak wajib bagi orang yang tidak memajukan tanahnya dengan perbelanjaannya separuh 1/6 dan tidak selain daripada itu, maka ia telah berbeza di pihak kami sebelum ini tentangnya, maka mereka telah berkata: Wajib khumus di atas hartanah selepas perbelanjaan, iaitu perbelanjaan hartanah dan kharajnya dan bukan perbelanjaan seseorang dan tanggungannya, lalu beliau a.s telah menulis: “Selepas perbelanjaannya dan perbelanjaan tanggungannya dan [selepas] kharaj sultan”.

(1012)-25. Sahal, daripada Ahamd bin al-Muthanna berkata: Muhammad bin Zaid al-Tabari telah memberitahu kepadaku, berkata: Seorang lelaki daripada peniaga-peniaga Farsi dari kalangan bekas-bekas hamba Abu al-Hasan a.s meminta izin daripadanya tentang khumus, maka beliau telah menulis kepadanya:

“Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, sesungguhnya Allah Maha Luas dan Maha Mulia telah menjamin amalan dengan pahala, kesusahan dengan kesenangan, mana-mana harta [adalah] tidak halal melainkan menurut cara yang dihalalkan oleh Allah dan sesungguhnya khumus telah menolong kami di atas agama kami, di atas tanggungan kami dan hamba-hamba kami. Justeru, janganlah kamu menjauhkannya [daripada kami] dan janganlah kamu mengharamkan diri kamu doa kami menurut kemampuan kamu kerana pengeluarannya (khumus) adalah anak kunci rezeki kamu, menghilangkan dosa-dosa kamu dan persediaan untuk kamu pada hari kamu berhajat [di akhirat kelak]. Seorang muslim akan menunaikan untuk Allah apa yang beliau telah janjikan kepadaNya dan bukan seorang muslim yang hanya menjawab dengan lidahnya dan menyalahi hatinya, wa al-Salam”.

(1013)-26. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Zaid berkata: Satu kumpulan dari Khurasan telah datang kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka mereka telah memintanya supaya menyelesaikan khumus untuk mereka, maka beliau telah berkata: Aku tidak akan tertipu dengannya, kamu telah menunjukkan kasih sayang dengan lidah kamu kepada kami sedangkan kamu menjauhkan daripada kami hak yang Allah telah menjadikannya untuk kami, iaitu khumus, kami tidak akan menjadikan seorangpun daripada kamu [terlepas] di dalam penyelesaian [khumus].

(1014)-27. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far al-Thani a.s, tiba-tiba Salih bin Muhammad bin Sahal telah datang kepadanya. Beliau telah mengurus wakaf di Qum, maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi, jadilah 10, 000 [dinar] untukku di dalam penyelesaian (tanpa membayarnya) kerana aku telah membelanjakannya, maka beliau a.s telah berkata: Anda di dalam penyelesaian (anda tidak perlu membayarnya). Manakala Salih telah keluar, Abu Ja‘far a.s telah berkata: Seorang daripada mereka melompat di atas harta-harta hak keluarga Muhammad, yatim-yatim mereka, miskin-miskin mereka, fakir-fakir mereka, ibnussabi-ibnussabil mereka, lalu beliau mengambilnya, kemudian beliau datang dan berkata: Jadilah aku di dalam penyelesaian (tidak perlu membayarnya), adakah anda melihat bahawa aku berkata: Aku tidak akan menuntutnya, demi Allah, pada hari Kiamat kelak, Allah akan bertanya mereka tentangnya dengan soalan yang cepat.

(1015)-28. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang ‘anbar (ambergris) dan penyelaman mutiara, maka beliau a.s telah berkata: Wajib di atasnya khumus.


BIBLIOGRAFI

Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Kulaini, Usul al-Kafi, Beirut 1380 H.
­­__________ , Raudhat al-Kafi, Beirut, 1405 H.
Ibn al-Nadim, al-Fihris , Baghdad, 1391H..
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395
al-Saduq , al-Amali , al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar, al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
_________, al-Itqaan fi ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi‘, Cairo, 1380.
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: