Pesan Rahbar

Home » » Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah Bagian Keenam

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah Bagian Keenam

Written By Unknown on Monday, 14 July 2014 | 18:33:00


Bab 108

☼Anekdot Dan Kutipan Daripada Al-Qur’an Tentang Wilayah (fi-hi nukat wa-natf min al-Tanzil fi al-Wilayah)☼

(655)-1. Beberepa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Hannan bin Sudair, daripada Salim bin al-Hannaat berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far al-Sadiq a.s: Beritahulah kepadaku tentang firman Allah: “Ia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin, ke dalam hatimu agar kamu menjadi salah seorang di antara mereka yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas” Beliau telah berkata: Ayat ini menunjukkan wilayah Amir al-Mukminin a.s.

(656)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, lalu amanat itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu masih zalim dan amat bodoh” Beliau telah berkata: Ayat ini menunjukkan wilayah Amir al-Mukminin a.s.

(657)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Mereka yang beriman dan tidak mencapur-adukkan iman mereka dengan kezaliman” Beliau telah berkata: Wilayah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w yang tidak mencampur-adukkannya dengan wilayah polan dan polan kerana wilayah mereka telah bercampur-aduk dengan kezaliman.

(658)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Hasan bin Na‘aim al-Sahhaf berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dialah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang mukmin dan di antara kamu ada yang kafir” Maka beliau a.s telah berkata: Allah telah mengetahui keimanan mereka dengan wilayah kami dan kekafiran mereka dengannya, pada hari Dia telah mengambil perjanjian ke atas mereka pada salbi Adam a.s ketika mereka di alam dharr.

(659)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w: “Mereka menunaikan nazar” yang diambil ke atas mereka daripada wilayah kami.

(660)-6. Muhammad bin Isma‘il, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i bin Abdillah, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Dan sekiranya mereka sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan apa yang diturukan kepada mereka (al-Qur’an)” Beliau telah berkata: Wilayah [Amir al-Mukminin a.s].

(661)-7. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Muthanna, daripada Zurarah, daripada Abdillah bin ‘Ajalan, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah: “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan” Beliau telah berkata: Merekalah para imam a.s.

(662)-8. Al-Husain binMuhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abi Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya (tentang wilayah Ali) [dan wilayah] para imam selepasnya) maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besarr” Beliau telah berkata: Beginilah ianya diturunkan.

(663)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada Muhammad bin Marwan secara marfu‘ kepada mereka tentang firman Allah a.w: “Dan kamu tidak boleh menyakiti Rasulullah” pada Ali dan para imam a.s “Seperti mereka yang telah menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan”

(664)-10. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Sayyaari, daripada Ali bin Abdillah berkata: Seorang lelaki telah bertanya beliau tentang firman Allah: “Sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka” Beliau telah berkata: Sesiapa yang telah berkata tentang para imam dan mengikuti urusan mereka.

(665)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdillah secara marfu‘ tentang firman Allah a.w: “Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini, dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Makkah ini, dan demi bapa dan anaknya”Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan apa yang dilahirkannya daripada para imam a.s.

(666)-12. Al-Husain binMuhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Muhammad bin Abdillah, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Ketahuilah apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai pendapatan, maka seperlima untuk Allah dan Rasul dan kerabat Rasul… Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s

(667)-13. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Abdillah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan di antara mereka yang kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan” Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s.

(668)-14. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur’an) kepada kamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamah, itulah pokok-pokok isi al-Qur’an” Beliau a.s telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s “Dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihah” Beliau a.s telah berkata: polan dan polan “Adapun mereka yang dalam hatinya condong kepada kesesatan” para sahabat mereka dan ahli wilayah mereka “maka mereka mengikuti ayat-ayat mutasyabihah daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya pada hal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mendalam ilmunya” Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s.

(669)-15. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Muthanna, daripada Abdillah bin ‘Ajalan, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui mereka yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan mereka yang beriman” Dimaksudkan dengan al-Mu’minin (mereka yang beriman) di dalam ayat ini adalah para imam a.s, mereka (orang ramai) tidak mengambil menjadi teman setia selain daripada mereka.

(670)-16. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada al-Halabi, daripada Abi Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya” [beliau telah berkata] aku telah berkata: Apakah perdamaian? Beliau telah berkata: Memasuki urusan kita.

(671)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya kamu menaiki tingkat demi tingkat” Beliau telah berkata: Wahai Zurarah, tidakkah umat ini menaiki selepas nabinya tingkat demi tingkat di dalam urusan polan, polan dan polan.

(672)-18. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada Abdillah bin Jundub berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w: “Dan sesungguhnya Kami telah turunkan perkataan ini (al-Qur’an) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran” Beliau telah berkata: Imam kepada imam a.s.

(673)-19. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu‘man, daripada Salam, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami” Beliau telah berkata: Dimaksudkan dengan demikian itu ialah Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain dan selepas mereka adalah para imam a.s, Kemudian dikembalikan firman daripada Allah kepada manusia, maka Dia telah berfirman: “Jika mereka telah beriman (iaitu manusia) sebagaimana kamu telah beriman dengannya (iaitu Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain dan para imam a.s), sungguh mereka telah mendapat petunjuk dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada di dalam permusuhan (dengan kami)”

(674)-20. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Muthanna, daripada Abdillah bin ‘Ajalan, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad) serta mereka yang beriman” Beliau telah berkata: Mereka ialah para Imam a.s dan mereka yang telah mengikuti mereka.

(675)-21. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin ‘Aa’idh, daripada Ibn Udhinah, daripada Malik al-Jahani berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan al-Qur’an ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu dan kepada mereka yang sampai al-Qur’an (kepadanya)” Beliau telah berkata: Orang yang telah sampai [darjat] untuk menjadi imam daripada keluarga Muhammad, maka beliau diberi peringatan dengan al-Qur’an sebagaimana Rasulullah s.a.w diberi peringatan dengannya.

(676)-22. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mufadhdhal bin Salih, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Kami telah perintahkan Adam dahulu, maka ia lupa dan tidak Kami dapatinya azam yang kuat” Beliau telah berkata: Kami telah perintahkan kepadanya tentang Muhammad dan para imam a.s selepasnya, maka beliau telah meninggalkannya kerana beliau tidak ada azam yang kuat. Mereka dinamakan Ulu al-‘Azm kerana Dia telah perintahkan kepada mereka tentang Muhammad dan para wasi selepasnya khususnya al-Mahdi dan sirahnya.

(677)-23. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad bin ‘Ubaidillah, daripada Muhammad bin Isa al-Qummi, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada Abdillah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu” Beberapa kalimat tentang Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain dan para imam a.s daripada zuriat mereka (maka ia lupa) beginilah [maksudnya], demi Allah ia diturunkan kepada Muhammad s.a.w.

(678)-24. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada Khalid bin Maadd, daripada Muhammad bin al-Fadhl, daripada al-Thumali, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya s.a.w: “Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus” Beliau telah berkata: Sesungguhnya engkau di atas wilayah Ali dan Ali adalah al-Sirat al-Mustaqim.

(679)-25. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Jabir, daripada Abu Abdillah a.s, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini kepada Muhammad s.a.w seperti in: “Alangkah buruknya mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah kerana dengki (tentang Ali)”

(680)-26. Dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Jabir, berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini ke atas Muhammad seperti ini: “Dan jika kamu dalam kerugian tentang apa (al-Qur’an) yang kami telah turunkan ke atas hamba Kami (tentang Ali), buatlah satu surah seumpamanya”

(681)-27. Dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menurunkan ke atas Muhammad s.a.w dengan ayat ini: “Wahai mereka yang telah diberikan al-Kitab, berimanlah kamu kepada apa yang telah Kami turunkan (tentang Ali) cahaya yang terang”

(682)-28. Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abu Talib, daripada Yunus bin Bakkar, daripada bapanya, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s: “Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan apa yang dinasihati dengannya (tentang Ali), tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka”

(683)-29. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa’, daripada Muthanna al-Hannat, daripada Abdillah bin ‘Ajalan, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Wahai mereka yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” Beliau telah berkata: Tentang wilayah kami.

(684)-30. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abdillah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Tetapi kamu memilih kehidupan dunia” Beliau telah berkata: Mewalikan mereka“Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal” Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin a.s. “Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu, iaitu kitab-kitab Ibrahim dan Musa”

(685)-31. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassaan, daripada Muhammad bin Ali, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: “Apakah setiap yang datang kepadamu (Muhammad) membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu (dengan mewalikan Ali) lalu kamu menyombong, maka beberapa orang (daripada keluarga Muhammad) kamu dustakan dan beberapa orang yang kamu bunuh?”

(686)-32. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abdillah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: “Amat berat bagi mereka yang musyrik (dengan wilayah Ali) apa yang kamu seru mereka kepadanya” Wahai Muhammad bin Sinan, dengan wilayah Ali, begitulah pada manuskrip kitab.

(687)-33. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Hilal, daripada bapanya, daripada Abi al-Safaatij, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk”

Maka beliau telah berkata: Apabila tiba hari Kiamat, lalu dipanggil Nabi s.a.w, Amir al-Mukminin dan para imam daripada anak-anaknya a.s, maka mereka terserlah kepada manusia, apabila Syiah melihat kepada mereka, mereka telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk”. Iaitu Allah telah menunjuki kami kepada wilayah Amir al-Mukminin dan wilayah para imam daripada anak-anaknya a.s.

(688)-34. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Hassaan, daripada Abdullah bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? Tentang berita yang besar” Beliau telah berkata: Berita yang besar (al-Naba’ al-‘Azim) adalah wilayah Amir al-Mukminin a.s. Dan aku telah bertanya beliau tentang firman-Nya: “Di sana wilayah itu hanya dari Allah Yang Hak” Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin a.s.

(689)-35. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama” Beliau telah berkata: Wilayah (Ahlu l-Bait a.s).

(690)-36. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibrahim al-Hamdani secara marfu‘ kepada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari Kiamat” Beliau telah berkata: Para nabi dan para wasi a.s.

(691)-37. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin al-Husain bin Umar bin Yazid, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Datanglah al-Qur’an yang lain dari ini atau gantilah dia” Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Atau gantilah Ali a.s.). Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Isma‘il bin Mihran, daripada al-Hasan al-Qummi, daripada Idris bin Abdullah, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau tentang tafsir ayat: “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar? Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang” Beliau telah berkata: Dimaksukkan dengannya bahawa kami dahulu tidak termasuk daripda pengikut-pengikut para imam yang difirmankan oleh Allah pada mereka: “Dan mereka yang paling dahulu beriman, balasan kepada mereka yang paling dahulu beriman” Beliau telah berkata: Tidakkah anda melihat manusia menamakan orang yang mengikuti orang yang dahulu (al-Sabiq) di dalam perlumbaan kuda dengan nama musalli. Justeru, apa yang dimaksudkan dengan firman-Nya:“Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang”: Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengikuti mereka yang dahulu.

(692)-39. Ahmad bin Mihran, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Dan bahawasanya jika mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu, benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar” Beliau telah berkata: Kami akan memberi minum hati-hati mereka dengan keimanan. Dan jalan (al-Tariqah) ialah wilayah Ali bin Abu Talib dan para wasi a.s.

(693)-40. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada al-Husain bin Uthman, daripada Abi Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya mereka yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka”, Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka meneguhkan pendirian mereka di atas para imam seorang demi seorang (wahidan ba‘da wahidin) “Maka malaikat akan turun kepada mereka: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan gembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”

(694)-41. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Katakanlah: Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang” Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya Aku hendak memperingatkan kepadamu dengan wilayah Ali a.s yang dimaksudkan dengan “Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang”.

(695)-42. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Ali bin Abdullah, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya mereka yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya” “Sekali-kali tidak akan diterma taubatnya”

Beliau telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada polan, polan dan polan, mereka telah beriman kepada Nabi s.a.w pada mulanya dan mereka telah kafir lagi apabila wilayah [Ali] dibentangkan kepada mereka ketika Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mana aku maulanya, maka ini Ali adalah maulanya”. Kemudian mereka telah beriman dengan [memberi] baiah kepada Amir al-Mukminin a.s, kemudian mereka kafir lagi selepas kematian Rasulullah s.a.w, mereka tidak mengakui baiah tersebut. Kemudian kekafiran mereka bertambah apabila mereka mengambil orang yang telah memberi baiah kepadanya (Ali) supaya memberi baiah kepada mereka pula, Justeru, iman tidak tinggal pada mereka walaupun sedikitpun.

(696)-43. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Sesungguhnya mereka yang telah kembali ke belakang (murtad) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka”. Beliau telah berkata: Polan, polan dan polan, mereka telah murtad daripada keimanan (irtadduu ‘an al-Iman) kerana meninggalkan wilayah Amir al-Mukminin a.s (fi tarki wilayah Amir al-mu’minin a.s). Aku telah berkata: Tentang firman Allah: “Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka itu berkata kepada mereka yang benci kepada apa yang diturunkan Allah: “Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan”

Beliau telah berkata: Ayat ini telah diturunkan, demi Allah, kepada mereka berdua dan kepada pengikut-pengikut mereka berdua iaitu firman Allah a.w yang diturunkan oleh Jibrail a.s ke atas Muhammad s.a.w: “Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka itu berkata kepada mereka yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (tentang Ali) Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan” Beliau telah berkata: Mereka telah menyeru Bani Umayyah kepada perjanjian mereka supaya mereka tidak menjadikan urusan [khilafah] kepada kami selepas Nabi s.a.w dan mereka tidak memberi khumus kepada kami dan mereka telah berkata: Jika kita memberinya kepada mereka, nescaya mereka tidak berhajat kepada apa-apa lagi dan mereka tidak peduli bahawa urusan ini untuk mereka.

Maka mereka telah berkata: Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan yang kamu telah menyeru kami kepadanya iaitu khumus supaya kami tidak memberi khumus kepada mereka dan firman-Nya: “Mereka benci apa yang diturunkan Allah” Dan apa yang diturunkan Allah dan difardukan ke atas makhluk-Nya ialah wilayah Amir al-Mukminin a.s. Bersama mereka ialah Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah sebagai setiausaha mereka. Kemudian Allah menurunkan firman-Nya: “Bahkan mereka telah menetapkan satu urusan (tipudaya), maka sesungguhnya Kami menetapkan pula. Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka?”

(697)-44. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan sesiapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim”Beliau telah berkata: Ayat ini diturunkan kepada mereka apabila mereka telah memasuki Ka‘bah, lalu mereka membuat perjanjian dan menetapkan di atas kekafiran dan keingkaran mereka terhadap apa yang diturunkan kepada Amir al-Mukminin a.s, maka mereka telah melakukan kejahatan secara zalim kepada Rasulullah s.a.w dan walinya di Ka‘bah, maka alangkah jauhnya golongan yang zalim [daripada kebenaran].

(698)-45. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata” Wahai kumpulam pembohong-pembohong yang mana aku telah memberitahu kepada kamu perutusan Tuhanku tentang wilayah Ali a.s dan para imam selepasnya, siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata? Demikianlah ia telah diturunkan. Dan tentang firman-Nya: “Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) atau menentang” Maka beliau telah berkata: Jika kamu memutarbelitkan urusan [khilafah] dan menentang apa yang diperintahkan kepada kamu “Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan” dan firman-Nya: “Maka sesungguhnya Kami akan merasakan azab yang keras (di dunia) kepada mereka yang kafir (kerana meninggalkan wilayah Amir al-Mukmin a.s) dan Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan seburuk-buruk pembalasan bagi apa yang mereka telah kerjakan”

(699)-46. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Mansur, daripada Ibrahim bin ‘Abd al-Hamid, daripada al-Walid bin Sabih, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Yang demikian itu apabila Allah saja diseru (dan ahli wilayah), kamu kafir”

(700)-47. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Seorang yang telah meminta kedatangan azab yang akan menimpa, bagi mereka yang kafir (dengan wilayah Ali), tidak seorangpun dapat menolaknya”Kemudian beliau telah berkata: Demikianlah Jibrail telah menurunkannya ke atas Muhammad s.a.w.

(701)-48. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Saif, daripada saudaranya, daripada bapanya, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah: “Sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeza-berbeza pendapat (tentang urusan wilayah) dipalingkan daripadanya orang yang dipalingkan” Beliau telah berkata: Sesiapa yang dipalingkan daripada wilayah [Ali] akan dipalingkan daripada syurga.

(702)-49. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Yunus berkata: Seorang lelaki telah memberitahu kepadaku yang mana beliau telah meriwayatkannya secara marfu‘ kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya : “Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (Iaitu) melepaskan budak dari perbudakan” Dimaksudkan dengan firman-Nya: “Melepaskan budak dari perbudakan” wilayah Amir al-Mukminin a.s kerana ia [seperti] melepaskan budak dari perbudakan (fakk raqabah).

(703)-50. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan berilah berita gembira kepada mereka yang beriman bahawa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka” Beliau telah berkata: [Dengan] Wilayah Ali a.s.

(704)-51. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada bapanya, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: Inilah dua golongan yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir (dengan wilayah Ali) akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka”

(705)-52. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Di sana wilayah itu hanya dari Allah Yang Hak” Beliau telah berkata: Wilayah Ali bin Abu Talib a.s.

(706)-53. Muhammad bin Yahya, Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?” Beliau telah berkata: Celupan mukminin dengan wilayah (Ali a.s) di dalam perjanjian (al-Mithaq).

(707)-54. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamd bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Mufadhdhal bin Salih, daripada Muhammad bin Ali al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Wahai Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman” Iaitu wilayah Ahlu–l-Bait a.s. Sesiapa yang telah masuk di dalam wilayah, maka beliau telah masuk di dalam rumah para nabi a.s. dan firman-Nya: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Iaitu para imam a.s dan wilayah mereka. Justeru, sesiapa yang telah masuk di dalamnya, maka beliau telah masuk di dalam rumah Nabi s.a.w.

(708)-55. Dengan sanad-sanad ini, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin ‘Abd al- ‘Aziz, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada al-Ridha a.s, berkata: Aku telah berkata tentang firman-Nya: “Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” Beliau telah berkata: Dengan wilayah Muhammad dan keluarga Muhammad a.s adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan daripada dunia mereka.

(709)-56. Ahmad bin Marwan, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ali bin Asbat, daripada Ibrahim bin ‘Abd al-Hamid, daripada Zaid al-Syahhaam berkata: Abu Abullah a.s telah berkata kepadaku-ketika kami berada di jalan pada malam Jumaat-: Bacalah al-Qur’an kerana ia adalah malam Jumaat, maka aku telah membaca: “Sesungguhnya hari keputusan (hari Kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya, iaitu hari yang seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikitpun dan mereka tidak akan mendapat pertolongan, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah” Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami, demi Allah, orang yang dirahmati Allah dan kami yang dikecualikan oleh Allah, tetapi kami dapat memberi manfaat kepada mereka.

(710)-57. Ahmad bin Marwan, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah, daripada Yahya bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala ayat: “Dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar” Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah telinga anda, wahai Ali”.

(711)-58. Ahmad bin Marwan, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Beginilah Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini ke atas Muhammad s.a.w: “Lalu mereka yang zalim mengganti (keluarga Muhammad akan hak mereka) perkataan dengan yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas mereka yang zalim (keluarga Muhammad akan hak mereka) seksa dari langit, kerana mereka berbuat fasik”

(712)-59. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini begini: “Sesungguhnya mereka yang telah menzalimi (keluarga Muhammad akan hak mereka), Allah sekali-kali tidak akan mengampuni mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka” Kemudian Dia telah berfirman: “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul dengan kebenaran dari Tuhan kamu (tentang wilayah Ali), maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagi kamu. Dan jika kamu kafir (dengan wilayah Ali), kerana sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah”

(713)-60. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llahu-, daripada ‘Abd al-‘Azim, daripada Bakkar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Beginilah turunnya ayat ini: “Sesungguhnya jika mereka melaksanakan apa yang dinasihatkan kepada mereka (tentang Ali), tentulah hal yang sedemikian lebih baik bagi mereka”

(714)-61. Ahmad, daripada ‘Abd al-‘Azim, daripada Ibn Udhinah, daripada Malik al-Jahani berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Dan al-Qur’an ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang yang sampai al-Qur’an (kepadanya)” Beliau telah berkata: Orang yang sampai al-Qur’an (kepadanya) untuk menjadi imam daripada keluarga Muhammad, diberi peringatan dengan al-Qur’an sebagaimana Rasulullah s.a.w telah diberi peringatan kepadanya.

(715)-62. Ahmad, daripada ‘Abd al-‘Azim, daripada al-Husain bin Miyyaah, daripada orang yang telah memberitahu kepadanya berkata: Seorang lelaki telah membaca di sisi Abu Abdillah a.s: “Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu” Maka beliau telah berkata: Ayat bukanlah begitu, bahawasanya ia adalah al-ma’munuun (mereka yang diamanahkan) bukan al-mu’minuun seperti di dalam teks sekarang. Justeru, kamilah al-Ma’munuun.

(716)-63. Ahmad, daripada ‘Abd al-‘Azim, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: “Inilah jalan Ali yang lurus”

(717)-64. Ahmad, daripada ‘Abd al-‘Azim, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat begini: “Tetapi kebanyakan manusia tidak mahu (dengan wilayah Ali), kecuali mengingkari[nya]” Beliau telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini begini: “Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhan kamu (tentang wilayah Ali), sesiapa yang ingin( beriman), hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi mereka yang zalim (keluarga Muhammad) neraka”

(718)-65. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma‘il, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman-Nya: “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seorangpun di dalamnya di samping Allah” Beliau telah berkata: Mereka itulah para wasi a.s.

(719)-66. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Ahwal, daripada Salam bin al-Mustanir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman-Nya: “Katakanlah: “Inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah di atas hujah, aku dan orang yang telah mengikutiku” Beliau telah berkata: Itu adalah Rasulullah s.a.w, Amir al-Mukminin dan para wasi a.s selepas mereka.

(720)-67. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma‘il, daripada Hannan, daripada Salim al-Hannat berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Lalu Kami keluarkan mereka yang beriman yang berada di negeri kaum Lut itu dan Kami tidak mendapati di negeri itu, kecuali sebuah rumah dari mereka yang berserah diri” Abu Ja‘far a.s telah berkata: Keluarga Muhammad tidak tinggal padanya selain daripada mereka.

(721)-68. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Isma‘il bin Sahl, daripada al-Qasim bin ‘Urwah, daripada Abi al-Safaatij, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman-Nya: “Ketika mereka melihatnya (azab) sudah dekat, maka mereka yang kafir itu manjadi muram. Dan dikatakan (kepada mereka) inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya” Beliau telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Amir al-Mukminin a.s dan para sahabatnya yang telah melakukan apa yang mereka mahu terhadapnya, mereka melihat Amir al-Mukminin a.s di tempat yang paling gembira bagi mereka, maka muka mereka menjadi muram dan dikata kepada mereka: Inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya: Yang kamu telah menggunakan namanya sahaja.

(722)-69. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya; “Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan” Beliau telah berkata: Nabi s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s.

(723)-70. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahamd bin Umar al-Hallal berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w: “Kemudian seorang penyeru di kalangan mereka mengumumkan bahawa laknat Allah ke atas mereka yang zalim” Beliau telah berkata: Penyeru (al-Mu’azzin) itu adalah Amir al-Mukminin a.s.

(724)-71. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan yang terpuji” Beliau telah berkata: Itu adalah Hamzah, Ja‘far,‘Ubaidah, Salman, Abu Dhar, al-Miqdad bin Aswad dan ‘Ammar telah diberi petunjuk kepada Amir al-Mukminin a.s. dan firman-Nya:“Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hati kamu (Iaitu Amir al-Mukminin a.s) serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kemaksiatan”Orang pertama, keduadan ketiga.

(725)-72. Muhammad bin Yahya, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Abi ‘Ubaidah, berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Bawalah kepada-Ku Kitab sebelum ini atau peninggalan dari pengetahuan, jika kamu adalah mereka yang benar” Beliau telah berkata: Dimaksudkan dengan kitab itu ialah Taurat dan Injil dan “peninggalan dari pengetahuan” dimaksudkan dengan ilmu para wasi nabi a.s.

(726)-73. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada orang yang telah memberitahu kepadanya, daripada Ali bin Ja‘far telah berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah melihat di dalam mimpinya Taiman dan ‘Adiyyan dan Bani Umayyah menaiki mimbar [masjid]nya, maka ia telah menakutkannya, lalu Allah telah menurunkan firman-Nya: “Dan ketika Kami berkata kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, maka mereka sujud kecuali Iblis. Ia membangkang” Kemudian Dia telah mewahyukan kepadanya, Wahai Muhammad, sesungguhnya Aku telah menyuruh, maka Aku tidak ditaati, justeru, janganlah engkau berdukacita apabila anda menyuruh, maka engkau tidak ditaati pada wasi engkau”

(727)-74. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Husain bin Na‘aim al-Sahhaaf berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Maka di antaramu ada yang kafir dan di antaramu ada yang beriman” Maka beliau telah berkata: Allah a.w telah mengetahui iman mereka dengan wilayah kami dan kekafiran mereka dengannya pada hari diambil perjanjian ke atas mereka dan mereka adalah atom (dhar) pada salbi Adam. Dan aku telah bertanya beliau tentang firman-Nya: “Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang” Maka beliau telah berkata: Demi Allah, tidak binasa orang yang sebelum kamu, malah tidak binasa orang yang binasa sehingga al-Qaim kita datang melainkan beliau meninggalkan wilayah kami dan mengingkari hak kami. Rasulullah s.a.w tidak keluar dari dunia sehingga baginda s.a.w mewajibkan di atas tengkuk umat ini hak kami dan Allah menunjuk siapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus.

(728)-75. Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajali, daripada Ali bin Ja‘far, daripada saudaranya Musa a.s tentang firman-Nya: “Perigi yang ditinggalkan dan istana yang tinggi” Beliau telah berkata: Perigi yang ditinggalkan ialah imam yang diam (al-Samit) dan istana yang tinggi ialah imam yang bercakap (al-Natiq). Ia diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya, daripada al-‘Umari Kiy, daripada Ali bin Ja‘far, daripada Abu al-Hasan a.s.

(729)-76. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hakam bin Bahlul, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada yang sebelummu, “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan terhapuslah amalanmu” Beliau telah berkata: Iaitu jika kamu mempersekutukan pada wilayah selain daripada-Nya “Kerana itu, Maka hendaklah Allah saja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk mereka yang bersyukur” Iaitu sembahlah Allah dengan ketaatan dan jadilah engkau di kalangan mereka yang bersyukur.

(730)-77. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi telah berkata: Bapaku telah memberitahu kepadaku, daripada Ahmad bin Isa berkata: Ja‘far bin Muhammad telah memberitahu kepadaku, daripada bapanya, daripada datuknya a.s tentang firman Allah a.w: “Mereka mengetahui nikmat (ni‘mat) Allah, kemudian mereka mengingkarinya” Beliau telah berkata: Manakala turunnya ayat: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat di dalam keadaan mereka rukuk” Beberapa orang daripada sahabat Rasulullah s.a.w telah berkumpul di masjid Madinah, maka sebahagian mereka telah berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah pendapat kamu tentang ayat ini?

Sebahagian mereka telah berkata: Jika kita mengingkari ayat ini (in kafarna bi-hadhihi al-Ayat), nescaya kita menentang kesemuanya dan jika kita percaya, maka ini adalah satu penghinaan [kepada kita] ketika Ibn Abi Talib menguasai kita, maka mereka telah berkata: Kita telah mengetahui bahawa Muhammad itu benar apa yang dikatakan olehnya, justeru, kita mewalikannya, tetapi kita tidak mentaati Ali sebagaimana kita diperintahkan. Beliau telah berkata: Maka ayat ini diturunkan: “Mereka mengetahui nikmat (ni‘mat) Allah, kemudian mereka mengingkarinya” Mereka mengetahui wilayah [Ali bin Abu Talib] dan kebanyakan mereka mengingkari wilayah Ali bin Abu Talib.

(731)-78. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu‘man, daripada Salam berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman-Nya: “Mereka yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati” Beliau telah berkata: Mereka adalah para wasi kerana khuatirkan musuh mereka.

(732)-79. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Bastam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassaan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Husain al-‘Abdi, daripada Sa‘d al-Askaf, daripada Asbagh bin Nubatah bahawa beliau telah bertanya Amir al-Mukminin a.s tentang firman-Nya: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa kamu, hanya kepada AKulah kamu kembali” Beliau telah berkata: Dua ibu bapa yang Allah mewajibkan kesyukuran kepada mereka berdua adalah ibu bapa yang telah melahirkan ilmu, mewariskan hikmah dan manusia diperintahkan supaya mentaati mereka berdua. Kemudian Allah telah berfirman: “hanya kepada AKulah kamu kembali”

Justeru manusia mesti kembali kepada Allah, kemudian Dia telah mengaitkannya kepada anak lelaki Hantamah dan sahabatnya, maka Dia telah berfirman secara khas dan umum: “Dan jika kedua-duanya memaksa kamu untuk mempersekutukan dengan Aku” Beliau telah berkata: Tentang wasiat dan [jika] anda berpaling daripada orang yang anda diperintahkan supaya mentaatinya(Ali), maka janganlah anda mematuhi mereka berdua (Abu Bakr dan Umar) dan janganlah anda mendengar kata-kata mereka berdua, kemudian Dia mengaitkan firman-Nya kepada “dua ibu bapa” Maka Dia telah berfirman: “Dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik” Beliau telah berkata: Perkenalkanlah kepada manusia kelebihan mereka berdua dan serulah [manusia] kepada jalan mereka berdua sebagaimana firman-Nya: “Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku” Maka beliau telah berkata: Kepada Allah, kemudian kepada kami, bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menderhakai dua ibu bapa kamu kerana keredaan mereka berdua adalah keredaan Allah dan kemarahan mereka berdua adalah kemarahan Allah.

(733)-80. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Saif, daripada bapanya, daripada ‘Amru bin Huraith berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Seperti pohon yang baik akarnya teguh dan cabangnya ke langit” Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah akarnya, Amir al-Mukminin a.s adalah cabangnya, para imam daripada zuriat mereka berdua adalah dahan-dahannya. Ilmu para imam adalah buahnya dan Syiah mereka yang beriman adalah daunnya, adakah ia satu kelebihan? Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Tidak, demi Allah, beliau telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya mukmin [apabila] dilahirkan, maka keluarlah satu daun padanya dan sesungguhnya mukmin [apabila] beliau mati, maka daun itu akan gugur daripadanya.

(734)-81. Muhammad bin Yahya, daripada Hamdan bin Sulaiman, daripada Abdullah bin Muhammad al-Yamani, daripada Mani‘ bin al-Hajjaj, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Tidak manfaat iman seseorang kepada dirinya yang belum beriman sebelum itu (Iaitu perjanjian di alam roh) atau dia (belum) melakukan kebaikan dalam masa imannya” Beliau telah berkata: Ikrar dengan para nabi, para wasi dan Amir al-Mukminin a.s secara khusus. Beliau telah berkata: Imannya tidak akan memanfaatkannya kerana ia telah diambil.

(735)-82. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Yunus, daripada Sabah al-Mazni, daripada Abi Hamzah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s tentang firman Allah a.w: “Malah sesiapa yang berbuat dosa dan ia diliputi oleh dosanya” Beliau telah berkata: Apabila beliau mengingkari imamah Amir al-Mukminin a.s “Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”

(736)-83. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Hammad bin Uthman daripada Abi ‘Ubaidah al-Haza’ berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far tentang kemampuan (istitaa‘ah) dan kata-kata manusia, maka beliau telah berkata: Beliau telah membaca ayat ini: “Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu dan untuk itulah Allah telah menciptakan mereka” Beliau telah berkata: Wahai Abu ‘Ubaidah, manusia berselisih pendapat tentang ketepatan kata-kata dan semua mereka binasa. Aku telah berkata: Firman-Nya: “Kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu”?

Beliau telah berkata: Mereka itu adalah Syiah kita dan kerana rahmat-Nyalah Dia telah menciptakan mereka, iaitu firman-Nya: “Untuk itulah Dia telah menciptakan mereka” Beliau telah berkata: Kerana ketaatan kepada imam. Tentang rahmat-Nya Dia telah berfirman: “Rahmat-Ku meliputi setiap sesuatu” Beliau telah berkata: Ilmu imam adalah daripada ilmu-Nya yang meliputi setiap sesuatu. Kemudian Dia telah berfirman: “Maka aku tetapkan rahmat-Ku untuk mereka yang bertakwa” Iaitu wilayah imam dan ketaatan kepadanya. Kemudian Dia telah berfirman: “Mereka mendapatinya tertulis di sisi mereka di dalam Taurat dan Injil” Iaitu Nabi s.a.w, wasi dan al-Qaim “Menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar” Munkar adalah orang yang mengingkari kelebihan imam dan menentangnya “Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik” Iaitu mengambil ilmu daripada ahlinya “Dan menghramkan bagi mereka segala yang buruk”

Segala yang buruk adalah kata-kata dari musuh “Dan membuang dari mereka beban-beban” Iaitu dosa-dosa yang dahulu sebelum mereka mengetahui kelebihan imam “Belenggu yang ada pada mereka” Iaitu kata-kata mereka yang menentang kelebihan imam. Apabila mereka mengetahui kelebihan imam, lalu dibuang dari mereka beban-beban atau dosa-dosa mereka.

Kemudian Dia telah berfirman: “Maka mereka yang beriman kepadanya (Iaitu imam), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya, mereka itulah mereka yang beriman” Iaitu mereka yang meninggalkan al-Jibt dan al-Taghut dan ibadat terhadap mereka. Al-Jibt dan al-Taghut adalah polan, polan dan polan. Dan ibadat kepada mereka iaitu ketaatan manusia kepada mereka. Kemudian Dia telah berfirman: “Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dan berserahlah diri kepada-Nya” Kemudian Dia memberi ganjaran kepada mereka, maka Dia telah berfirman: “Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat” Imam memberi berita gembira kepada mereka dengan kedatangan al-Qaim [secara khusus] dan kelahirannya, dengan pembunuhan musuh-musuh mereka, kejayaan di akhirat dan mendatangi Muhammad s.a.w di Kolam (al-Haudh) kelak.

(737)-84. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada ‘Ammar al-Sabiti berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Apakah orang yang mengikuti keredaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam? Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah” Beliau telah berkata: Mereka yang mengikuti keredaan Allah adalah para imam dan mereka, demi Allah, wahai ‘Ammar bertingkat-tingkat bagi mukminin dan wilayah mereka kepada kami, semoga Allah melipatgandakan [pahala] amalan mereka dan mengangkat darjat mereka yang tinggi untuk mereka.

(738)-85. Ali bin Muhammad dan selain daripadanya, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ziyad al-Qandi, daripada ‘Amamr al-Asadi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya” Wilayah kami Ahlu l-Bait-beliau menunjukkan dengan tangannya ke dadanya-sesiapa yang tidak mewalikan kami, Allah tidak akan mengangkatkan amalan untuknya.

(739)-86. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada al-Qasim bin Sulaiman, daripada Sama‘ah bin Mihran, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.s: “Nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian” Beliau telah berkata: Al-Hasan dan al-Husain “Dan menjadikan untukmu cahaya kamu dapat berjalan dengannya” Beliau telah berkata: Imam yang kamu ikuti.

(740)-87. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu Adillah a.s tentang firman-Nya: “Dan mereka menanyakan kepadamu: Benarkah ia?” Beliau telah berkata: Apa yang anda telah katakan kepada Ali “Katakanlah: Ya, demi Allah, sesungguhnya itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput (daripadanya)”

(741)-88. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami, daripada bapanya, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tentang firman-Nya: “Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar” Maka beliau telah berkata: Sesiapa yang dimuliakan Allah dengan mewalikan kami, maka beliau akan dapat mendakinya; kamilah jalan yang mendaki lagi sukar itu (nahnu tilka al-‘Aqabah) sesiapa yang mencubanya akan berjaya [dengan kami].

Beliau telah berkata: Maka beliaupun diam, Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mahu jika aku memberi kepada anda satu huruf yang lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya? Aku telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau telah berkata: Tentang firman-Nya: “Melepaskan budak dari perbudakan” Kemudian beliau telah berkata: Manusia semuanya hamba-hamba dunia (‘abiid al-Dunya) selain daripada anda dan sahabat anda kerana Allah telah melepaskan tengkuk kamu [semua] dari api neraka dengan mewalikan kami Ahlu l-Bait.

(742)-89. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Sama‘ah, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Penuhilah janji kepada-Ku” Beliau telah berkata: Dengan wilayah Amir al-Mukminin a.s “Nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu” Nescaya Aku kurniakan kepada kamu syurga.

(743)-90. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada al-Hasan bin ‘Abd al-Rahman, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, nescaya mereka yang kafir berkata kepada mereka yang beriman: “Manakah di antara kedua golongan yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat pertemuan(nya)” Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Quraisy kepada wilayah kami, lalu mereka lari dan mengingkari[nya].

Maka berkatalah mereka yang kafir di kalangan Quraisy kepada mereka yang beriman: Mereka yang telah mengakui Amir al-Mukminin a.s dan kami Ahlu l-Bait: “Manakah di antara kedua golongan yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat pertemuan(nya)” sebagai penghinaan daripada mereka. Maka Allah telah berfirman sebagai jawapan kepada mereka: “Berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, sedang mereka adalah lebih bagus alat rumah tangganya dan lebih sedap dipandang mata” Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Tuhan Yang Maha Pemurah memperpanjangkan tempoh baginya”

Beliau telah berkata: Semua mereka telah berada di dalam kesesatan, tidak percaya kepada wilayah Amir al-Mukminin a.s dan tidak [percaya] kepada wilayah kami, maka mereka adalah sesat dan menyesatkan (dhaalliin mudhilliin), maka Dia memperpanjangkan kesesatan dan kezaliman mereka sehingga mereka mati. Dia akan menukarkan mereka ke tempat yang buruk kedudukannya dan penolong-penolong yang lebih lemah.

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepada mereka, baik seksa maupun kiamat, maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penolong-penolongnya” Beliau telah berkata: Adapun firman-Nya: “Sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepada mereka” Keluarnya al-Qaim dan hari akhirat. Justeru, mereka akan mengetahui hari itu dan apa yang telah diturunkan kepada mereka oleh Allah di tangan Qaim-Nya. Demikianlah firman-Nya: “Siapa yang lebih buruk kedudukannya” (Iaitu di sisi al-Qaim) dan lebih lemah penolong-penolongnya”

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk” Beliau telah berkata: Dia akan menambah pada hari itu petunjuk di atas petunjuk kerana mereka mengikuti al-Qaim, mereka tidak menentangnya dan mengingkarinya. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Mereka tidak dapat memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah”?

Beliau telah berkata: Kecuali mereka yang telah berpegang kepada Allah dengan wilayah Amir al-Mukminin dan para imam a.s selepasnya, maka ia adalah perjanjian (al-‘Ahd) di sisi Allah, aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menjadikan (hati) mereka rasa kasih sayang”? Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin adalah rasa kasih sayang (Wuddan) sebagaimana difirmankan-Nya. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Maka sesungguhnya telah Kami mempermudahkannya (al-Qur’an) dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengannya kepada mereka yang bertakwa dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang”?

Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah mempermudahkannya (al-Qur’an) dengan bahasanya ketika Amir al-Mukminin a.s telah menjadi tanda [ketokohannya], maka baginda s.a.w telah memberi berita gembira kepada mukminin dengannya dan memberi peringatan kepada mereka yang kafir dengannya, merekalah yang disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya “luddan” mereka yang kafir. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang firman-Nya: “Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai”

Beliau telah berkata: Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang mana anda berada di kalangan mereka sebagaimana bapa-bapa mereka diberi peringatan, lalu mereka lalai daripada Allah, Rasul-Nya dan ancaman-Nya “Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan terhadap kebanyakan mereka (di kalangan mereka yang tidak mengakui wilayah Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya), kerana mereka tidak beriman” dengan imamah Amir al-Mukminin a.s dan para wasi selepasnya. Manakala mereka tidak mengakui[nya] maka balasan mereka sebagaimana disebut oleh Allah: “Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka ke dagu, maka kerana itu mereka terbelenggu” di neraka Jahannam. Kemudian Dia telah berfirman: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula) dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”

Sebagai balasan daripada-Nya untuk mereka, kerana mereka mengingkari wilayah Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya di dunia ini dan di akhirat pula mereka di neraka Jahannam terbelenggu. Kemudian Dia telah berfirman: “Wahai Muhammad, Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka atau kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman” dengan Allah, [Rasulullah s.a.w], wilayah Ali dan para imam selepasnya. Kemudian Dia telah berfirman: “Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada mereka yang mahu mengikuti peringatan (iaitu Amir al-Mukminin a.s) dan takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah dengan perkara yang ghaib. Maka berilah mereka berita gembira, wahai Muhammad, dengan ampunan dan pahala yang mulia”

(744)-91. Ali bin Muhammad, daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang firman Allah a.w: “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka” Beliau telah berkata: Mereka ingin memadamkan wilayah Amir al-Mukminin a.s dengan mulut mereka, aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya” Beliau telah berkata: Dan Allah tetap menyempurnakan imamah kerana firman-Nya: “Mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan cahaya yang Kami telah turunkan”

Justeru cahaya adalah imam (fa-al-Nuur huwa al-Imam). Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar” Beliau telah berkata: Dia-lah yang telah memerintahkan Rasul-Nya dengan wilayah wasinya dan wilayah [Ali] adalah agama yang benar. Aku telah berkata: “Agar Dia memenangkannya di atas segala agama” Beliau telah berkata: Dia akan menzahirkannya di atas segala agama ketika datangnya al-Qaim, beliau telah berkata: Allah telah berfirman: “Dan Allah menyempurnakan cahaya-Nya” [Dengan] Wilayah al-Qaim. “Meskipun mereka yang kafir musyrik benci” dengan wilayah Ali, aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, adapun huruf ini, maka ia adalah tanzil dan yang lainnya adalah takwil. Aku telah berkata: “Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi)”

Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menamakan orang yang tidak mengikuti Rasul-Nya di dalam wilayah wasinya sebagai munafikin dan Dia telah menjadikan orang yang menentang imamah wasinya seperti orang yang menentang Muhammad (man jaahada Muhammadan), Dia telah menurunkannya kerana itu, maka Dia telah berfirman: Wahai Muhammad, “Apabila mereka yang munafik datang kepada kamu” (dengan wilayah wasi engkau) mereka telah berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasulullah. Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka yang munafik (dengan wilayah Ali) itu benar-banar pendusta”

“Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi dari jalan Allah (jalan adalah wasi). Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan?
Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman (dengan risalah engkau), kemudian menjadi kafir (dengan wilayah wasi engkau) lalu hati mereka dikunci mati (oleh Allah), kerana itu mereka tidak dapat mengerti” Aku telah berkata: Apakah makna “Mereka tidak dapat mengerti” Beliau telah berkata: Mereka tidak dapat memikirkan tentang kenabian engkau (Muhammad). Aku telah berkata: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah, agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu”?

Beliau telah berkata: Dan apabila dikatakan kepada mereka kembalilah kepada wilayah Ali, nescaya Nabi s.a.w meminta ampunan untuk kamu daripada dosa-dosa kamu “Mereka memalingkan muka mereka”. Allah telah berfirman: “Dan kamu lihat mereka berpaling” (daripada wilayah Ali) sedang mereka menyombongkan diri” ke atasnya. Kemudian Allah telah berfirman: “Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang fasik” Beliau telah berkata: Mereka yang zalim kepada wasi engkau.

Aku telah berkata: “Apakah orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk atau orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus” Beliau telah berkata: Sesungguhnya orang yang menyeleweng daripada wilayah Ali adalah seperti orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya, tidak mendapat petunjuk bagi urusannya dan Dia telah menjadikan orang yang mengikutinya berjalan tegap di atas jalan yang lurus. Dan jalan yang lurus itu (al-Sirat al-Mustaqim) adalah Amir al-Mukminin a.s.

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Sesungguhnya ia adalah perkataan rasul yang mulia” Beliau telah berkata: Iaitu kata-kata Jibrail daripada Allah tentang wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: “Dan ia bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman dengannya” Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya Muhammad adalah pembohong kepada Tuhannya dan Allah tidak memerintahkannya dengan ini [imamah] kepada Ali, maka Allah telah menurunkan firman-Nya: (Sesungguhnya wilayah Ali) adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya beliau (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas Kami, nescaya benar-benar Kami pegang beliau pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya”

Kemudian Dia telah berfirman: “Dan sesungguhnya (wilayah Ali) itu benar-benar suatu pelajaran bagi mereka yang bertakwa (yang alim). Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakannya. Dan sesungguhnya (Ali) itu benar-benar menjadi penyesalan bagi mereka yang kafir. Dan sesungguhnya (wilayahnya) itu benar-benar kebenaran yang diyakini Maka bertasbihlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang Maha Besar” Beliau telah berkata: Bersyukurlah kepada Tuhan engkau yang telah memberi kepada engkau kelebihan ini.

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan sesungguhnya kami manakala mendengar petunjuk, kami beriman kepadanya” Beliau telah berkata: Petunjuk (al-Huda) adalah wilayah Ali, kami telah beriman dengan maulana, lantaran itu, sesispa yang beriman dengan maulanya “Maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut) akan penambahan dosa dan kesalahan” Aku telah berkata: Adakah ia tanzil (wahyu)? Beliau telah berkata: Tidak, ia adalah takwil. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak ada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan” Beliau telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyeru manusia kepada wilayah Ali, lalu Quraisy telah berkumpul kepadanya, kemudian mereka telah berkata: Wahai Muhammad, maaflah kami daripada [lelaki] ini.

Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ini terserah kepada Allah, bukan kepadaku, lantas mereka menuduhnya [berbohong] dan keluar dari sisinya, maka Allah menurunkan firman-Nya: “Sesungguhnya aku tidak ada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan. Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun yang dapat melindungiku dari Allah (jika aku menderhakaiNya) dan sekali-kali aku tiada akan memperoleh tempat berselindung selain daripada-Nya.Tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya (tentang Ali). Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, kemudian Dia telah berfirman sebagai pengukuhan: “Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya (pada wilayah Ali), maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya Sehingga apabila mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka, maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolongnya dan lebih sedikit bilangannya” Dimaksudkan dengan sedemikian adalah al-Qaim dan penolong-penolongnya.

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya; “Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan? Beliau telah berkata: Mereka telah berkata kepada engkau. “Dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarlah Aku (wahai Muhammad) bertindak terhadap pendusta-pendusta (wasi engkau), mereka yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar” Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Supaya mereka yang diberi al-Kitab yakin?” Beliau telah berkata: Supaya mereka yakin bahawa sesungguhnya Allah, Rasul-Nya dan wasinya adalah benar. Aku telah berkata: “Dan supaya mereka yang beriman itu bertambah imannya” Beliau telah berkata: Iman mereka akan bertambah dengan wilayah wasinya[Rasulullah s.a.w]. Aku telah berkata: “Dan supaya mereka yang diberi al-Kitab dan mereka yang mukmin itu tidak ragu-ragu” Beliau telah berkata: Dengan wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: Apakah keraguan ini? Beliau telah berkata: Ia dimaksudkan kepada al-Kitab dan mukminin yang disebut oleh Allah, maka beliau telah berkata: Mereka tidak ragu-ragu tentang wilayah Ali a.s.

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia” Beliau telah berkata: Ya, wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: “Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar” Beliau telah berkata: Wilayah [Ali a.s]. Aku telah berkata: “Bagi sesiapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur” Beliau telah berkata: Sesiapa yang berkehendak maju kepada wilayah kami, maka beliau ditangguhnya dari Saqar dan sesiapa yang membelangkangi kami, maka beliau akan maju ke Saqar “Kecuali golongan kanan”

Beliau telah berkata: Demi Allah, merekalah Syiah kita. Aku telah berkata: “Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang”? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak mewalikan wasi Muhammad dan para wasi selepasnya-mereka tidak mengambil berat ke atas mereka-aku telah berkata: “Maka mengapa mereka berpaling dari peringatan Allah?” Beliau telah berkata: Mereka berpaling dari wilayah [Ali a.s dan para wasi a.s]. Aku telah berkata: “Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya al-Qur’an itu adalah peringatan” Beliau telah berkata: Wilayah [Ali dan para wasi a.s].

Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: “Mereka menunaikan nazar”? Beliau telah berkata: Mereka menunaikan nazar yang telah diambil oleh Allah ke atas mereka di dalam perjanjian (al-Mithaq) tentang wilayah kami. Aku telah berkata: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur’an kepadamu dengan beransur-ansur” Beliau telah berkata: Dengan wilayah Ali secara tanzil. Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, ia adalah tanzil yang mempunyai makna takwil. Aku telah berkata: “Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan” Beliau telah berkata: Wilayah [Ali dan para wasi a.s]. Aku telah berkata: “Dia memasukkan siapa yang dikendakiNya ke dalam rahmat-Nya” Beliau telah berkata: Di dalam wilayah kami.

Dia telah berfirman: “Dan bagi mereka yang zalim disediakanNya azab yang pedih” [Beliau telah berkata]: Tidakkah anda melihat kepada firman-Nya: “Dan tidaklah mereka menzalimi Kami, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah lebih mulia dari menzalimi atau mengaitkan diri-Nya kepada kezaliman, tetapi Allah telah mencampurkan diri kami dengan diri-Nya, lalu Dia telah menjadikan kezaliman kami kezaliman-Nya, wilayah kami wilayah-Nya, kemudian Dia telah menurunkan firman-Nya ke atas Nabi-Nya, maka Dia telah berfirman: “Dan tidaklah mereka menzalimi Kami, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.

Aku telah berkata: “Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi mereka yang berdusta” Beliau telah berkata: Allah telah berfirman: Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi mereka yang berdusta, wahai Muhammad, dengan apa yang Aku telah mewahyukan kepada engkau daripada wilayah [Ali bin Abi Talib a.s]. “Bukankah Kami telah binasakan mereka yang dahulu? Lalu Kami iringi mereka dengan mereka yang datang kemudian” Beliau telah berkata: Mereka yang terdahulu yang telah membohongi para rasul di dalam mentaati para wasi. “Demikianlah Kami berbuat terhadap mereka yang berdosa”

Beliau telah berkata: Orang yang telah melakukan jenayah (dosa) kepada keluarga Muhammad dan menolak wasinya. Aku telah berkata: “Sesungguhnya mereka yang bertakwa”? Beliau telah berkata: Demi Allah, kami dan Syiah kami, tidak berada di atas agama Ibrahim selain daripada kita dan semua manusia terlepas daripadanya. Aku telah berkata: “Pada hari, ketika ruh, dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata-kata yang benar”

Beliau telah berkata: Demi Allah, kamilah yang diberi izin untuk mereka pada hari Kiamat dan kamilah yang akan berkata benar. Aku telah berkata: Apakah kamu berkata apabila kamu bercakap? Beliau telah berkata: Kami memuji Tuhan kami dan kami berselawat ke atas Nabi kami dan kami memberi syafaat kepada Syiah kami, maka Tuhan kami tidak akan menolaknya. Aku telah berkata: “Sekali-kali jangan curang, kerana kitab orang yang derhaka tersimpan dalam sijjiin” Beliau telah berkata: Mereka itulah yang telah mengkhianati hak para imam dan memusuhi mereka. Aku telah berkata: Kemudian dikatakan: “Inilah yang dahulu selalu kamu dustakan” Beliau telah berkata: Iaitu Amir al-Mukminun a.s, aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.

(745)-92. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada al-Husain bin ‘Abd al-Rahman, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s. tentang firman-Nya: “Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit” Beliau telah berkata: Dimaksudkan dengannya ialah Wilayah Amir al-Mukminin a.s. Aku telah berkata: “Dan Kami akan menghidupkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta”

Beliau telah berkata: Iaitu buta mata di akhirat adalah kerana buta hati di dunia daripada wilayah Amir al-Mukminin a.s, beliau telah berkata: Beliau di dalam keadaan keliru pada hari Kiamat berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah telah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepada kamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya” Beliau telah berkata: Ayat-ayat itu adalah para imam a.s. “Dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan” Iaitu kamu telah meninggalkannya.

Demikian juga pada hari itu kamu[akan] ditinggalkan di neraka sebagaimana kamu telah meninggalkan para imam a.s, kamu tidak mentaati perintah mereka, kamu tidak mendengar kata-kata mereka. Aku telah berkata: “Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal”? Beliau telah berkata: Orang yang menyekutukan orang lain dengan wilayah Amir al-Mukminin a.s dan tidak beriman dengan ayat-ayat Tuhannya dan meninggalkan para imam a.s dengan penuh penentangan, tidak mengikuti kesan-kesan mereka dan tidak mewalikan mereka. Aku telah berkata: “Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki siapa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Kuat dan lagi Maha Perkasa”?

Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin a.s. Aku telah berkata: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat”? Beliau telah berkata: [sesiapa yang] mengetahui Amir al-Mukminin dan para Imam a.s. “Akan Kami tambah keuntungan itu baginya” Beliau telah berkata: Kami akan tambah keuntungannya daripadanya, beliau telah berkata: Beliau akan menerima bahagiannya daripada negeri mereka “Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan bersama al-Qaim kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian di akhirat” Beliau telah berkata: Tidak ada baginya habuan di dalam pemerintahan yang benar (al-Haqq) bersama al-Qaim.


Bab 109

☼Kutipan Dan Kumpulan Riwayat Tentang Wilayah (fi-hi natfun wa jawaami‘ min al-Riwayati fi al-Wilayah)☼

(746)-1. Muhammad bii Ya‘qub al-Kulaini, daripada Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Bakir bin A‘yan berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (mithaq) Syiah kita dengan wilayah ketika mereka di [alam] atom (dhar), dengan pengakuan kepada-Nya dengan ketuhanan dan kepada Muhammad dengan kenabian.

(747)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma’il bin Bazi‘, daripada Salih bin ‘Uqbah, daripada Abdullah bin Muhammad al-Ja‘far, daripada Abu Ja‘far a.s dan ‘Uqbah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk, lalu Dia telah menciptakan apa yang Dia suka. Di antara yang disukainya ialah menciptakan makhluk dari tanah (tiinah) syurga. Dan Dia telah menciptakan apa yang dibenci. Di antara yang dibencinya ialah menciptakan makhluk dari tanah neraka. Kemudian mengutus mereka di [alam] bayangan (al-Zalal). Maka aku telah berkata: Apakah itu bayangan? Beliau telah berkata: Tidakkan anda melihat kepada bayang anda pada matahari sesuatu (sya’un), tetapi ia bukanlah sesuatu.

Kemudian Allah telah mengutus pada mereka para nabi menyeru mereka kepada ikrar kepada Allah sebagaimana firman-Nya: “Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah” Kemudian Dia telah menyeru mereka kepada ikrar kepada para nabi, lalu sebahagian mereka telah melakukannya dan sebahagian mereka mengingkarinya. Kemudian Dia telah menyeru mereka kepada wilayah kami, maka sebahagian mereka mengakuinya dan sebahagian yang lain membencinya sebagaimana firman-Nya: “Mereka tidak hendak beriman kerana mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya” Kemudian Abu Ja‘far a.s telah berkata: Pendustaan [mereka] yang berterusan.

(748)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Saif, daripada al-‘Abbas bin ‘Amir, daripada Ahamd bin Rizq al-Ghamsyaani, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Rahman, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Wilayah kami adalah wilayah Allah yang mana Dia tidak mengutus seorang nabi melainkan dengannya (wilayatu-na wilayatu llahi al-Lati lam yab‘ath nabiyyan qat illa bi-ha).

(749)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Majid, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada ‘Abd al-A‘laa berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada seorang nabi yang telah datang melainkan beliau mengetahui hak kami dan kelebihan kami ke atas orang yang selain daripada kami (ma min nabiyyin jaa’a qat illa bi-ma‘rifati haqqi-na wa tafdhiili-na ‘ala man siwaa-na).

(750)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Bazi‘, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi al-Sabah al-Kinani, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Demi Allah, sesungguhnya di langit terdapat tujuh puluh saf daripada malaikat, jika semua penduduk bumi menghitung bilangan [malaikat] pada setiap saf, nescaya mereka tidak dapat menghitung mereka dan sesungguhnya mereka beragama dengan wilayah kami (inna-hum la-yadinuun bi-wilayati-na).

(751)-6. Muhammad, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Wilayah Ali tertulis di dalam semua mashaf para nabi dan Allah tidak sekali-kali mengutus seorang rasul melainkan dengan kenabian Muhammad dan wasiat (wilayah) Ali a.s.

(752)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur berkata: Yunus telah memberitahu kepadaku daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Fudhail bin Yasaar, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah melantik Ali a.s sebagai tanda (‘alaman) di antara-Nya dan makhluk-Nya. Sesiapa yang mengetahuinya, maka beliau adalah mukmin dan sesiapa yang mengingkarinya, maka beliau adalah kafir. Sesiapa yang jahil dengannya, maka beliau adalah sesat. Sesiapa yang melantik bersamanya sesuatu [jawatan], maka beliau adalah seorang musyrik. Dan sesiapa yang datang dengan wilayahnya, maka beliau akan memasuki syurga.

(753)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali adalah satu pintu [Allah] yang dibukakan oleh Allah. Sesiapa yang memasukinya, maka beliau adalah seorang mukmin dan sesiapa yang keluar daripadanya, maka beliau adalah kafir. Sesiapa yang tidak memasukinya dan tidak keluar daripadanya, maka beliau adalah pada tingkatan yang difirmankan Allah: Mereka adalah mengikut kehendak Aku.

(754)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Bakir bin A‘yan berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian Syiah kami dengan mewalikan kami ketika di [alam] atom supaya mereka berikrar kepada-Nya dengan ketuhanan-Nya dan kepada Muhammad dengan kenabiannya. Dan Allah telah membentangkannya ke atas umat Muhammad di dalam bentuk tanah ketika mereka di dalam bayangan. Dia telah menciptakan mereka daripada tanah yang diciptakan Adam dan Dia telah menciptakan roh-roh Syiah kami sebelum badan-badan mereka dua ribu tahun, lalu Dia membentangkan mereka ke atas-Nya. Memperkenalkan mereka kepada Rasulullah s.a.w dan memperkenalkan mereka kepada Ali dan kami mengetahui mereka dengan tutur bahasa percakapan mereka.


Bab 110

☼Mengetahui Para Wali Mereka Dan Penyerahan Kepada Mereka (fi ma‘rifati-him auliyaa’a-hum wa al-Tafwidh ilai-him)☼

(755)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Salih bin Sahl, daripada Abu Abdillah a.s bahawa seorang lelaki telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s ketika beliau bersama para sahabatnya, lalu lelaki itu telah memberi salam kepadanya, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Demi Allah, aku mencintai anda dan aku mewalikan anda, maka lelaki itu telah mengulanginya sebanayak tiga kali. Lalu Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Anda telah berbohong, anda tidaklah seperti anda katakan, sesungguhnya Allah telah menciptakan roh-roh sebelum badan-badan dua ribu tahun, kemudian Dia telah membentangkan pencinta-pincita kami kepada kami. Demi Allah, aku tidak melihat roh anda dikalangan mereka yang dibentangkan kepadaku, maka di manakah anda? Lelaki itu diam ketika itu dan tidak kembali lagi kepadanya. Di dalam riwayat yang lain, Abu Abdillah a.s telah berkata: Lelaki itu di neraka.

(756)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada ‘Amru bin Maimun, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami mengetahui seseorang lelaki apabila kami melihatnya dengan hakikat keimanan dan hakikat nifak.

(757)-3. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada ‘Abis bin Hisyam, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau tentang seorang imam a.s [adakah] Allah telah memberi kuasa (fawwadha) kepadanya sebagaimana Dia telah memberi kuasa kepada Sulaiman bin Daud? Maka beliau telah berkata: Ya, hal yang sedemikin itu berlaku apabila seorang lelaki telah bertanya beliau tentang satu masalah, lalu beliau menjawabnya mengenainya dan seorang lelaki yang lain telah bertanya beliau tentang masalah yang sama, maka beliau telah menjawabnya dengan jawapan yang berbeza dengan jawapan yang pertama. Kemudian seorang lelaki lain pula telah bertanya beliau [masalah yang sama], maka beliau telah memberi jawapan yang berbeza dengan dua jawapan yang lalu, kemudian Dia telah berfirman: “Inilah anugerah Kami; maka berikanlah dengan tanggung jawab atau (berikanlah dengan kasihan belas) tanpa pertanggungan jawab”

Demikianlah bacaan Ali a.s. Aku telah berkata: Asalaha-ka llahu, ketika beliau a.s memberi jawapan kepada mereka, adakah imam mengetahui mereka? Beliau telah berkata: Subhana llah, tidakkah anda mendengar Allah telah berfirman: “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda” Mereka itu adalah para imam “Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap” Beliau tidak keluar daripadanya selama-lamanya. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, sesungguhnya imam apabila beliau melihat kepada seseorang, beliau mengetahuinya, beliau mengetahui warnanya.

Jika beliau mendengar percakapannya di balik dinding, beliau mengetahuinya dan beliau mengetahui siapakah dia. Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mengetahui” Mereka itu adalah para ulama. Justeru, beliau tidak mendengar sesuatu perkara yang dicakapkan melainkan beliau mengetahuinya, sama ada yang berjaya atau yang binasa. Lantaran itu, beliau memberi jawapan yang sesuai kepada mereka.


фBab-Bab Sejarah (abwaab al-Tarikh)ф

Bab 111

☼Kelahiran Nabi S.A.W Dan Kematian-Nya (maulid al-Nabi s.a.w wa wafati-hi)☼

Nabi s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabi‘ al-Awwal, tahun gajah pada hari Jumaat ketika gelincir matahari. Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w dilahirkan ketika naik fajar empat puluh tahun sebelum diutus menjadi rasul. Ibunya telah mengandungkannya di hari-hari Tasyriq di Jamrah al-Wusta, di rumah Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib dan melahirkannya di dataran Abi Talib di rumah Muhammad bin Yusuf di sudut yang jauh di sebelah kiri anda dan anda berada di rumahnya. Khaizaran akhirnya menukarkan rumah itu kepada masjid yang mana orang ramai melakukan sembahyang padanya.

Baginda s.a.w telah tinggal di Makkah selepas diutus selama tiga belas tahun, kemudian baginda s.a.w telah berpindah ke Madinah dan tinggal di sana selama sepuluh tahun. Kemudian baginda telah mati pada 12 Rabi‘ al-Awwal pada hari Isnin ketika berusian enam puluh tiga tahun. Bapanya Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib telah mati di Madinah di sisi bapa-bapa saudaranya di sebelah ibu ketika itu baginda s.a.w berusia dua bulan. Sementara ibunya Aminah binti Wahab bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’i bin Ghalib ketika baginda s.a.w berusia empat tahun. Kemudian ‘Abd al-Muttalib telah mati ketika baginda s.a.w berusia lapan tahun. Baginda s.a.w telah bernikah dengan Khadijah ketika berusia dua puluh tahun lebih Hasil pernikahannya dengan Khadijah, baginda s.a.w telah dikurniakan al-Qasim, Ruqiyyah, Zainab dan Umm Kalthum sebelum diutus menjadi rasul (al-Mab‘ath).

Selepas diutus menjadi rasul, baginda s.a.w dikurniakan al-Tayyib, al-Tahir dan Fatimah a.s. Diriwayatkan bahawa baginda s.a.w tidak mendapat cahaya mata selepas menjadi rasul melainkan Fatimah a.s dan al-Tayyib dan al-Tahir telah dilahirkan sebelum baginda s.a.w menjadi rasul. Khadijah telah mati ketika Rasulullah s.a.w keluar dari dataran Abi Talib iaitu setahun sebelum hijrah. Kemudian Abu Talib telah mati setahun selepas kematian Khadijah. Apabila kedua-dua mereka telah mati, maka Rasulullah s.a.w tidak suka tinggal di Makkah dan dikuasai oleh dukacita yang amat sangat, lalu baginda s.a.w telah mengadu kepada Jibrail a.s, maka Allah mewahyukan kepadanya: Keluarlah dari kampung yang penduduknya zalim. Tidak ada penolong untuk engkau selepas Abu Talib” dan Dia telah memerintahkannya supaya berhijrah.

(758)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abdullah bin Muhammad bin Akhi Ahmad al-Katib, daripada al-Husain bin Abdullah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah Rasulullah s.a.w penghulu anak Adam? Maka beliau telah berkata: Demi Allah, baginda s.a.w adalah penghulu makhluk Allah. Dan Allah tidak melepaskan makhluk yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w.

(759)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal, daripada Hammad, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah menyebut Rasulullah s.a.w, berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Allah tidak melepaskan jiwa yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w.

(760)-3. Ahamd bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa dan Muhammd bin Abdullah, daripada Ali bin Hadid, daripada Murazim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah berfirman: “Wahai Muhammad, Sesungguhnya Aku telah menciptakan engkau dan Ali satu cahaya iaitu satu roh tanpa badan sebelum Aku menciptakan langit-Ku, Arasy-Ku dan laut-Ku, maka ia sentiasa melakukan tahlil kepada-Ku dan memuji-Ku. Kemudian Aku telah mengumpulkan roh kamu berdua, lalu Aku menjadikan kedua-duanya satu roh. Lalu ia memujiKu, mentakdiskan Aku dan melakukan tahlil kepada-Ku. Kemudian aku telah membahagikannya kepada dua bahagian dan Aku telah membahagikan dua kepada dua, maka ia telah menjadi empat. Muhammad adalah satu, Ali satu, al-Hasan dan al-Husain dua”. [Abu Abdillah a.s telah berkata:] Kemudian Dia telah menciptakan Fatimah daripada cahaya yang Dia telah memulakannya dengan roh tanpa badan, kemudian Dia telah menyapukan kami dengan [tangan] kanan-Nya, maka cahaya-Nya terpancar kepada kami.

(761)-4. Ahmad, daripada al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah mewahyukan kepada Muhammad s.a.w: Sesungguhnya Aku telah menciptakan engkau ketika itu engkau tidak ada dan Aku telah meniupkan pada engkau daripada roh-Ku sebagai penghormatan daripada-Ku ketika Aku mewajibkan untukmu ketaatan di atas semua makhluk-Ku. Sesiapa yang mentaati engkau, maka beliau mentaatiKu. Sesiapa yang menderhakai engkau, maka beliau menderhakaiKu. Dan Aku telah mewajibkan sedemikian itu pada Ali dan keturunannya yang Aku telah memilih di kalangan mereka untuk diri-ku”

(762)-5. Al-Hasan bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abi al-Fadhl Abdullah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far al-Thani a.s, maka aku telah menimbulkan perselisihan Syiah, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah sentiasa Tunggal dengan keesaan-Nya, kemudian Dia telah menciptakan Muhammad, Ali dan Fatimah, maka mereka telah tinggal seribu abad, kemudian Dia telah menciptakan semua perkara, lalu Dia menyaksikan mereka akan penciptaan-Nya dan melakukan ketaatan mereka ke atasnya dan memberi kuasa urusannya kepada mereka.

Justeru, mereka menghalalkan apa yang mereka kehendaki dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki, mereka tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Dia telah berfirman: Wahai Muhammad, ini adalah satu agama yang mana sesiapa yang mendahuluinya, terkeluar daripada agamanya, sesiapa yang meninggalkannya, akan dihapuskan. Sesiapa yang berterusan mengamalkannya, mendapat kemenangan. Justeru, ambillah ia untuk anda, wahai Muhammad.

(763)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Salih bin Sahl, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sebahagian Quraisy telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Dengan apakah anda telah mendahului para nabi sedangkan anda diutus sebagai [nabi] yang terakhir dan penutup mereka? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku adalah orang pertama yang telah beriman kepada Tuhanku dan orang pertama yang telah menjawab ketika Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) para nabi “Allah telah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: Betul” Justeru, aku adalah nabi yang pertama yang telah berkata: Betul (balaa), maka aku telah mendahului mereka dengan ikrar[ku] kepada Allah.

(764)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim, daripada Ali bin Hammad, daripada al-Mufadhdhal berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bagaimana kamu ketika kami berada di [alam] bayangan (al-Azillah)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, kami telah berada di sisi Tuhan kami ketika tidak ada seorangpun di sisi-Nya selain daripada kami, di bayangan yang hijau, kami bertasbih kepadaNya, mentakdiskanNya, bertahlil kepadaNya dan memuji-mujiNya, tidak ada malaikat yang muqarrab, tidak ada yang mempunyai roh selain daripada kami sehingga zahirlah bagiNya (badaa) untuk menciptakan sesuatu, lalu Dia telah menciptakan apa yang Dia kehendaki, bagaimana Dia kehendaki bagi menciptakan malaikat dan lain-lain, kemudian ilmu tentang perkara tersebut telah berakhir kepada kami.

(765)-8. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid berkata: Aku telah mendengar Yunus bin Ya‘qub, daripada Sinan bin Tarif, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait yang pertama yang mana Allah telah mengangkat tinggi nama-nama kami. Sesungguhnya manakala Dia menciptakan langit dan bumi, maka Dia memerintahkan penyeru, lalu beliau telah menyeru: Asyhadu an la ilaha illa llah-tiga kali-Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah-tiga kali- Asyhadu anna ‘Aliyyan Amir al-Mu’minin haqqan-sebanyak tiga kali-.

(766)-9. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah al-Saghir, daripada Muhammad bin Ibrahim al-Ja‘fari, daripada Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Ali bin Abu Talib a.s, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah wujud sebelum wujudnya sesuatu, maka Dia telah menciptakan sesuatu dan tempat, Dia telah menciptakan cahaya segala cahaya yang mana segala cahaya terpancar daripada cahaya-Nya. Dia telah menciptakan segala cahaya daripada cahaya-Nya. Iaitu cahaya yang mana Muhammad dan Ali diciptakan daripadanya. Kedua-duanya merupakan cahaya yang awal kerana tidak ada sesuatu yang dijadikan sebelum cahaya mereka berdua. Kedua-duanya sentiasa berlalu di dalam keadaan suci di salbi-salbi yang suci (al-Aslaab al-Tahirah) sehingga kedua-duanya terpisah pada dua orang yang suci (tahiraini) iaitu pada Abdullah dan Abu Talib a.s.

(767)-10. Al-Husain [daripada Muhammad] bin Abdullah, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal, daripada Jabir ibn Yazid berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Wahai Jabir, sesungguhnya ciptaan Allah yang pertama adalah Muhammad s.a.w dan keluarganya, penunjuk yang ditunjukkan, mereka merupakan asybaah nur (cahaya yang kabur) di hadapan Allah, aku telah berkata: Apakah itu al-Asybaah? Beliau telah berkata: Bayangan cahaya berbentuk cahaya halus tanpa roh (Zill al-Nur abdaan nuraaniyyah bi-la arwaah) dan ia diperkuatkan dengan roh yang satu; roh kudus (ruh al-Qudus), Maka dengannyalah dia menyembah Allah dan begitu juga keluarganya. Lantaran itu, Dia telah menciptakan mereka lemah lembut, alim, baik dan bersih. Mereka menyembah Allah dengan sembahyang, puasa, sujud, tasbih dan tahlil. Mereka melakukan sembahyang yang banyak, melakukan haji dan berpuasa.

(768)-11. Ali bin Muhammad dan lain-lain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Malik bin Isma‘il al-Nahdi, daripada ‘Abd al-Salam bin Harith, daripada Salim bin Abi Hafsah al-‘Ajali, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Ada tiga perkara pada Rasulullah s.a.w yang tidak ada pada orang lain selain daripadanya, tidak ada Fai’ baginya, baginda s.a.w tidak melalui pada satu jalan selepas dua hari atau tiga hari melainkan baginda s.a.w mengetahui keadaan udaranya baik padanya dan baginda s.a.w tidak melalui pada batu atau pada satu pokok melainkan ia sujud kepadanya s.a.w.

(769)-12. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w diangkat ke langit, Jibrail telah membawanya kepada satu tempat, lalu meninggalkannya. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya: Wahai Jibrail, anda meninggalkan aku di dalam keadaan ini? Maka Jibrail telah berkata: Majulah ke hadapan, demi Allah, sesungguhnya anda telah menjejak satu tempat yang tidak pernah dijejaki oleh manusia dan tidak ada manusia berjalan padanya sebelum anda.

(770)-13. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada Ali bin Abi Hamzah berkata: Abu Basir telah bertanya Abu Abdillah a.s dan aku telah hadir bersama, maka beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Berapa kalikah Rasulullah s.a.w diangkat ke langit? Beliau telah berkata: Dua kali, lalu Jibrail telah menghentikannya di tempatnya sambil berkata kepadanya: Tetapkan di tempat anda, wahai Muhammad, sesungguhnya anda telah berdiri di tempat yang tidak pernah berdiri padanya malaikat dan nabi, sesungguhnya Tuhan anda sedang berselawat (yusalli), maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Wahai Jibrail, bagaimana Dia berselawat?

Jibrail berkata: Allah telah berfirman: Sabbuhun qaddusun ana rabbu al-Malaikati wa al-Ruh, sabaqat rahmati ghadhabi (Maha Sucu Maha Kudus, Akulah Tuhan malaikat dan Ruh, rahmat-Ku mendahului kemarahan-Ku). Maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, keampunan Engkau, keampunan Engkau dipinta. Beliau telah berkata sebagaimana di firmankan oleh Allah: “Dia dekat dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi)” Maka Abu Basir telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah “ma qaba qausaini au adna”? Beliau a.s telah berkata: Dari bawahnya (ujung busur panah) hingga ke atasnya.

Maka beliau telah berkata: Di antara keduanya hijab yang bersinar lagi bergerak, aku tidak mengetahuinya melainkan beliau telah berkata: Permata warna hijau (jade), lalu baginda s.a.w telah melihat (seperti) menerusi lubang jarum sehingga dikehendaki Allah daripada cahaya kebesaran-Nya. Allah telah berfirman: Wahai Muhammad, lalu baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, baginda s.a.w telah bersabda: Labbai-ka ya rabbi, Dia telah berfirman: Siapakah di kalangan umat engkau selepas engkau? Baginda s.a.w telah bersabda: Allah lebih mengetahui, Dia telah berfirman: Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin, penghulu muslimin dan ketua muka-muka yang berseri. Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata kepada Abu Basir: Wahai Abu Muhammad, demi Allah, wilayah Ali tidak datang dari bumi, malah ia datang dari langit secara telus.

(771)-14. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Saif, daripada ‘Amru bin Syamr, daripada Jabir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Ceritakan kepadaku tentang seorang nabi Allah a.s? Beliau telah berkata: Nabi Allah a.s [kulitnya] adalah putih kemerahan, dua matanya hitam lagi besar, bulu kening [nya] yang lebat, hujung jarinya [berkulit] kasar bagaikan emas diletakkan di atas tangannya, bahunya besar, apabila berpaling, beliau berpaling semuanya, daripada bahagian atas ke pusatnya bagaikan perak yang dibersihkan. Seolah-olah tengkuknya ke bahagian atas belakang bagaikan cerek perak, hampir hidungnya apabila beliau minum, memasuki air. Apabila beliau berjalan bagaikan berjalan di lereng bukit . Tidak ada seorang nabi Allah sepertinya sebelum dan selepasnya.

(772)-15. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberi contoh tentang umatku pada tanah (al-Tiin) dan Dia telah mengajar kepadaku nama-nama mereka sebagaimana Dia telah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya. Maka pemilik-pemilik bendera telah melaluiku, maka aku memohon keampunan untuk Ali dan Syiahnya. Sesungguhnya Tuhanku telah berjanji kepadaku tentang Syiah Ali satu perkara, lalu ditanya: Wahai Rasulullah, apakah dia? Baginda s.a.w telah bersabda: Keampunan bagi mereka yang beriman di kalangan mereka, Dia tidak meninggalkan maupun dosa kecil atau dosa besar [mereka] dan bagi mereka penukaran kejahatan [mereka] kepada kebaikan.

(773)-16. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Yusuf, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah memberi khutbah kepada orang ramai, kemudian baginda s.a.w telah mengangkat tangan kanannya sambil menggenggamkan tapak tangannya dan bersabda: Adakah kamu mengetahui, wahai manusia, apakah dia di dalam tapak tanganku? Mereka telah berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui tentangnya.

Maka baginda s.a.w telah bersabda: Di dalamnya nama-nama Ahli syurga dan nama-nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka sehingga hari Kiamat. Kemudian baginda s.a.w telah mengangkat tangan kirinya dan bersabda: Wahai manusia, adakah kamu mengetahui apakah dia di dalam tapak tanganku? Mereka telah berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui tentangnya, maka baginda s.a.w telah bersabda: Nama-nama ahli neraka dan nama-nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka sehingga hari Kiamat, kemudian baginda s.a.w telah bersabda lagi: Hukuman Allah dan keadilan [-Nya], hukaman Allah dan keadilan[-Nya], satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa‘ir.

(774)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ishaq bin Ghalib, daripada Abu Abdillah a.s di dalam khutbah khusus yang mana beliau telah menyebut tentang keadaan Nabi s.a.w dan para iman a.s serta sifat-sifat mereka: Tuhan kita tidak menegah kerana kelembutan-Nya dan kasihan belas-Nya sekalipun besarnya jenayah dan kejinya perbuatan mereka dari melahirkan untuk mereka seorang nabi yang paling dikasihiNya dan yang paling mulia kepadaNya: Muhammad bin Abdullah a.s yang mana kelahirannya di dalam suasana mulia yang tidak bercampur-aduk keturunannya dan diketahui sifat-sifatnya oleh ahli ilmu.

Para nabi telah memberi berita gembira tentangnya di dalam kitab-kitab [mereka], begitu juga para ulama telah bercakap mengenainya, dikaji oleh para failasuf tentantg sifatnya, [nabi] yang terdidik, bukan orang bawahan, berketurunan [Bani] Hasyim yang tidak dapat ditandingi, lambangnya adalah malu dan tabiatnya adalah kemurahan, berakhlak dengan akhlak kenabian sehingga berakhir sebab-sebab penilaian Allah kepada waktunya yang ditetapkan (mati), berlaku qada’ Allah yang berakhir dengan perintah-Nya, qada’ yang ditetapkan itu akan berlaku.

Umat diberitahu berita gembira tentangnya, setiap orang bapa menolaknya kepada bapa yang lain, daripada salbi kepada salbi, tidak pernah bercampur-aduk pada keturunannya perzinaan dan tidak dikotori di dalam kelahirannya semenjak Adam sehinggalah kepada bapanya Abdullah, sebaik-baik kumpulan dan semulia-mulia keturunan dan kumpulan. Allah telah memilihnya dan meredainya dan mengurniakan kunci-kunci ilmu dan pancaran hikmat kepadanya. Dia telah mengutusnya sebagai rahmat kepada manusia dan “kesejukan” kepada negara. Allah telah menurunkan kepadanya Kitab yang mengandungi penerangan dan penjelasan. Al-Qur’an berbahasa Arab yang tidak bengkuk, mudah-mudahan mereka bertakwa.

Sesungguhnya Dia telah menerangkannya kepada manusia dan menggariskan panduan dengan ilmu, menerangkan fardu-fardu yang diwajibkan-Nya, batasan-batasan yang dikenakan kepada manusia serta [menjelaskan] perkara-perkara yang boleh didedahkan kepada mereka. Ini menunjukkan kepada kejayaan dan tanda-tanda yang menyeru kepada petunjuk-Nya. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan apa yang disampaikannya dan melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya serta menunaikan apa yang ditanggung dari bebanan kenabian dan bersabar kerana Tuhan-Nya. Berjuang pada jalan-Nya dan memberi nasihat kepada umatnya dengan menyeru mereka kepada kejayaan, menggalakkan mereka supaya memperingatiNya, menunjukkan mereka kepada jalan petunjuk dengan perancangan dan asas-asas [keagamaan] untuk mereka, menara yang dapat mengangkat ketinggian mereka supaya mereka tidak sesat selepasnya. Dia Maha Penyayang dan Pemurah.

(775)-18. Muhammad bin Yahya, daripada Sa‘d bin Abdullah, daripada sekumpulan sahabat kita, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Umayyah bin Ali al-Qaisi berkata: Darst bin Abu Mansur telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah bertanya Abu al-Hasan al-Awwal a.s: Adakah Rasulullah s.a.w telah berhujah dengan Abu Talib? Beliau telah berkata: Tidak, tetapi beliau adalah penyimpan wasit-wasiat, kemudian beliau memberikannya kepadanya s.a.w. Aku telah berkata: Adakah Abu Talib telah memberi kepadanya s.a.w wasiat-wasiat di atas alasan beliau telah berhujah dengannya? Maka beliau telah berkata: Jika Abu Talib telah berhujah dengannya, nesacaya beliau tidak memberi wasiat kepadanya. Maka aku telah berkata: Apakah keadaan Abu Talib? Beliau telah berkata: Abu Talib telah mengakui Nabi s.a.w dan apa yang dibawanya. Beliau telah memberi kepadanya s.a.w wasiat dan mati pada hari itu juga.

(776)-19. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Mansur bin al-‘Abbas, daripada Ali bin Asbat, daripada Ya‘qub bin Salim, daripada seorang lelaki, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka keluarganya a.s telah bermalam dengan malam yang panjang sehingga mereka telah menyangka bahawa tidak ada lagi langit yang membayangi mereka dan tidak ada lagi bumi yang dapat mereka jejak kerana Rasulullah s.a.w telah menimbulkan ketegangan di kalangan kerabat yang dekat dan yang jauh kerana Allah.

Tiba-tiba seorang pendatang telah mendatangi mereka, mereka tidak melihatnya, tetapi mereka mendengar percakapannya, maka beliau telah berkata: Al-Salamu ‘alai-kum Ahl al-Bait wa rahmatu llahi wa barakatuh” Sesungguhnya bagi Allah takziah daripada setiap musibat dan kejayaan daripada setiap kebinasaan dan mendapat [sesuatu daripada] apa yang telah berlalu “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”

Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan mengutamakan kamu, membersihkan kamu dan menjadikan kamu Ahl Bait Nabi-Nya. Menyimpankan pada kamu ilmu-Nya, mewariskan kamu kitab-Nya, menjadikan kamu tabut ilmu-Nya dan tongkat[Nya]. Dia telah menjadikan kamu contoh daripada cahaya-Nya dan memelihara kamu daripada kesalahan dan menyelamatkan kamu dari fitnah, justeru, terimalah takziah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut daripada kamu rahmat-Nya dan tidak sekali-kali akan menghilangkan daripada kamu nikmat-Nya, maka kamu adalah Ahlu llah a.w yang mana dengan merekalah sempurnanya nikmat, berkumpulnya perpecahan, bersatunya kalimat dan kamu adalah para wali-Nya.

Justeru, sesiapa yang mewalikan kamu, maka beliau akan mendapat kemenangan dan sesiapa yang menzalimi hak kamu, maka beliau akan musnah. Kasih sayang kepada kamu adalah daripada Allah satu kewajipan di dalam kitab-Nya ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman. Kemudian Allah di atas kemenangan kamu jika Dia kehendaki, berkuasa. Justeru, bersabarlah di dalam semua perkara kerana semuanya kembali kepada Allah.

Sesungguhnya Allah telah menerima kamu daripada-Nya sebagai barang simpanan dan Dia mengucap selamt tinggal kepada kamu para wali-Nya yang beriman di bumi. Sesiapa yang menunaikan amanah-Nya, maka Allah akan memberi kepadanya pahala-Nya. Justeru, kamulah amanah yang tersimpan dan bagi kamu kasih sayang yang wajib dan ketaatan yang difardukan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati dan baginda s.a.w telah menyempurnakan agama untuk kamu dan menerangkan kepada kamu jalan keluar, maka baginda s.a.w tidak meninggalkan satu hujahpun kepada orang jahil.

Lantaran itu, sesiapa yang jahil atau berpura-pura menjadi jahil atau ingkar atau terlupa atau sengaja melupainya, maka perhitungannya di atas Allah dan Allah di sebalik hajat-hajat kamu. Dan Allah mengucap selamat tinggal kepada kamu wa al-Salam. Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang mereka yang telah memberi takziah kepada mereka (Ahlu l-Bait a.s), maka beliau a.s telah berkata: Daripada Allah Ta ‘aala.

(777)-20. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Isma‘il bin ‘Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w apabila dilihat pada malam yang gelap dilihat cahaya untuknya seolah-olah baginda s.a.w seperti bulan di belah dua.

(778)-21. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin ‘Ubaidillah, daripada Abi Abdullah al-Husain al-Saghir, daripada Muhammad bin Ibrahim al-Ja‘fari, daripada Ahamd bin Ali bin Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Ali bi Abu Talib, daripada Abu Abdillah a.s dan Ahamd bin Yahya, daripada Sa‘d bin Abdullah, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ibn Fadhdhal, daripada sebahagian daripada lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Jibrail telah turun kepada Nabi s.a.w, lalu beliau telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan anda memberi salam kepada anda dan Dia telah berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengharamkan neraka di atas salbi yang telah menurunkan engkau dan perut yang telah mengandungkan engkau dan orang yang telah menjaga engkau. Lantaran itu, maka salbi adalah salbi bapa engkau Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib dan perut yang telah mengandungkan engkau adalah Aminah binti Wahab dan adapun orang yang menjaga engkau adalah Abu Talib.
Di dalam riwayat yang lain pula Ibn Fadhdhal dan Fatimah binti Asad.

(779)-22. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Jamil bin Darraj, daripada Zurarah bin A‘yan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: ‘Abd al-Muttalib akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai satu umat, di atasnya tanda para nabi dan [mempunyai] kehebatan raja-raja.

(780)-23. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Assam, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Muqrin, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya ‘Abd al-Muttalib adalah orang yang pertama yang berkata tentang al-Badaa’, beliau akan dibangkit pada hari Kiamat sebagai satu umat yang mempunyai kehebatan raja-raja dan tanda para nabi.

(781)-24. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada ‘Abd al-Rahman bin al-Hajjaj [dan] Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: ‘Abd al-Muttalib akan dibangkit sebagai satu umat, di atasnya cahaya raja-raja dan tanda para nabi kerana beliau adalah orang yang pertama yang berkata tentang al-Badaa’, beliau telah berkata: ‘Abd al-Muttalib telah menghantar Rasulullah s.a.w kepada pengembala-pengembala untanya yang disediakan untuknya. Lalu baginda s.a.w telah mengumpulkannya dan melambat-lambatkannya.

Kemudian ‘Abd al-Muttalib telah berpegang di tepi pintu Ka‘bah dan mulai berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan membinasakan hamba Engkau jika Engkau melakukannya, maka urusan adalah menurut apa yang zahir (badaa la-ka) kepada Engkau” Kemuduian Rasulullah s.a.w telah datang dengan untanya. [sedangkan] ‘Abd al-Muttalib telah pergi pada setiap jalan dan pada setiap dataran untuk mencarinya dan beliau mulai melaung “Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan membinasakan hamba Engkau jika Engkau melakukannya, maka urusan adalah menurut apa yang zahir (badaa la-ka) kepada Engkau” Manakala beliau melihat Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengambilnya, lalu mengucupnya dan berkata: Wahai anak lelakiku, tidak, aku tidak akan mengarahkan anda pergi untuk sesuatu selepas ini, sesungguhnya aku khuatir anda akan dibunuh.

(782)-25. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammd bin Isa, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Muhammad bin Hamran, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Raja Habsyah telah mengarahkan [kelengkapan] kuda dan gajah untuk memusnahkan Baitullah (Ka‘bah), mereka telah melalui unta milik ‘Abd al-Muttalib, lalu mereka menariknya. Berita ini telah sampai kepada ‘Abd al-Muttalib, lalu beliau telah datang kepada Raja Habsyah dan masuk dengan izin, maka beliau telah berkata: Ini adalah ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim. Raja telah berkata: Apakah yang beliau mahu?

Penterjemah telah berkata: Beliau telah datang kerana unta yang mereka telah menariknya (mengambilnya), beliau meminta anda mengembalikannya. Raja Habsyah telah berkata kepada para sahabatnya: Ini adalah ketua mereka dan pemimpin mereka, aku telah datang ke rumahnya (Baitullah) yang beliau sembah kepadanya untuk memusnahkannya sedangkan beliau meminta aku mengembalikan untanya. Jika beliau telah meminta aku supaya menahan diriku dari memusnahkannya, nescaya aku telah melakukannya. Pulangkan untanya. Maka ‘Abd al-Muttalib telah berkata kepada penterjemahnya: Apakah Raja itu telah berkata kepada anda?

Maka beliau telah menceritakannya kepadanya, maka ‘Abd al-Muttalib telah berkata: Aku adalah tuan unta ini dan bagi rumah ini (Baitullah) ada tuannya yang akan menghalangnya (menjaganya). Lalu dipulangkan untanya dan ‘Abd al-Muttalib telah pulang ke rumahnya. Tiba-tiba beliau telah melalui seekor gajah di dalam kepulangannya, maka beliau telah berkata kepada gajah itu: Wahai Mahmud, lalu gajah itu menggerakkan kepalanya, maka beliau telah berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui kenapakah mereka telah datang dengan anda ke sini? Gajah itu telah berkata dengan kepalanya: Tidak, ‘Abd al-Muttalib telah berkata: Mereka telah datang dengan anda supaya anda memusnahkan rumah Tuhan anda (Baitullah), adakah anda akan melakukannya? Gajah itu telah berkata dengan kepalanya: Tidak, lalu ‘Abd al-Muttalib telah pulang ke rumahnya. Apabila tiba waktu pagi, mereka telah mendesak gajah untuk memasuki tanah Haram, tetapi ia enggan dan menentang mereka, lalu ‘Abd al-Muttalib telah berkata kepada seorang hambanya ketika itu: Naiklah ke bukit, nescaya anda akan melihat sesuatu?

Maka hamba itu telah berkata: Aku sedang melihat benda hitam dari arah laut, lalu ‘Abd al-Muttalib telah berkata kepadanya: Penglihatan anda dapat melihatnya dengan tepat? Maka beliau telah berkata kepadanya: Tidak, hampir-hampir aku dapat melihatnya. Manakala ia telah hampir, beliau telah berkata: Burung yang banyak dan aku tidak megetahuinya, setiap burung membawa di paruhnya anak batu kecil, maka ‘Abd al-Muttalib telah berkata: Tuhan ‘Abd al-Muttalib tidak mahu melainkan golongan itu. Apabila burung-burung itu berada di atas kepala mereka, maka anak batu itu dicampakkan ke atas mereka. Setiap anak batu itu telah jatuh di atas lelaki (tentera), lalu ia keluar dari duburnya dan membunuhnya. Tidak seorangpun daripada mereka terlepas melainkan seorang lelaki yang memberitahu kepada orang ramai. Manakala beliau telah memberitahu kepada mereka, lalu anak batu kecil dicampakkan ke atasnya, lantas membunuhnya.

(783)-26. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Rifaa‘ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: ‘Abd al-Muttalib dibentangkan hamparan untuknya di perkarangan Ka‘bah, tidak dihamparkan kepada seorangpun selain daripadanya dan baginya anak-anaknya yang berdiri di kepalanya, maka mereka melarang orang yang mendekatinya. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w telah datang ketika baginda masih kanak-kanak sehingga duduk di atas dua pahanya, lantas sebahagian mereka condong kepadanya untuk menjauhkannya daripadanya (datuknya), maka ‘Abd al-Muttalib telah berkata kepadanya: Tinggallah anak lelakiku itu kerana malaikat telah datang kepadanya (da‘ ibni fa-inna al-Malak qad ataa-hu).

(784)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Sa‘d bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi, daripada Ali bin al-Mu‘alla, daripada saudaranya Muhammad, daripada Darst bin Abi Mansur, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w dilahirkan, maka baginda s.a.w telah tinggal beberapa hari tanpa susu. Lalu Abu Talib telah bertanggungjawab di dalam [pengurusan] penyusuannya, maka Allah telah menurunkan padanya susu, lalu baginda s.a.w telah menyusu daripadanya beberapa hari sehingga Abu Talib mendapatkan Halimah al-Sa‘diyyah, lalu beliau telah memberinya s.a.w kepadanya [untuk disusukannya].

(785)-28. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama Abu Talib sepertilah Ashaab al-Kahfi, mereka telah menyembunyikan iman dan menzahirkan syirik, maka Allah telah memberi pahala kepada mereka sebanyak dua kali.

(786)-29. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ishaq, daripada Bakr bin Muhammad al-Azdi, daripada Ishaq bin Ja‘far, daripada bapanya a.s telah berkata: Dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka telah menyangka bahawa Abu Talib kafir? Beliau telah berkata: Mereka telah berbohong, bagaimana beliau seorang kafir sedangkan beliau telah berkata:

Tidakkah mereka mengetahui sesungguhnya kami
Telah mendapati Muhammad
Seorang Nabi seperti Musa ditulis pada awal kitab

Di dalam hadis yang lain, bagaimana Abu Talib seorang kafir sedangkan beliau telah berkata:

Sesungguhnya mereka telah mengetahui bahawa anak
lelaki kami bukanlah pembohong
Di sisi kami beliau tidak peduli kebatilan yang
Dikatakan kepadanya
Beliau meminta awan menurunkan hujan dengan mukanya
Penjaga kepada anak-anak yatim dan janda-janda
Yang mempunyai anak

(787)-30. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w di masjid Haram, memakai pakaian baru, lalu musyrikun telah mencampakkan uri (plasenta) unta betina ke atasnya, mereka telah memenuhkan pakaiannya dengannya sehingga dikehendaki Allah, kemudian baginda s.a.w telah pergi kepada Abu Talib, baginda telah berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku, bagaimana anda melihat maruahku pada mereka? Maka Abu Talib telah berkata kepadanya: Apakah yang telah berlaku kepada anda, wahai anak saudaraku?

Maka baginda s.a.w telah menceritakannya kepadanya, lalu Abu Talib telah memanggil Hamzah dan mengambil pedang seraya berkata kepada Hamzah: Ambillah uri itu, kemudian anda pergi kepada mereka dan Nabi s.a.w bersamanya, lalu beliau telah datang kepada Quraisy dan mereka di sekitar Ka‘bah, kemudian beliau telah berkata kepada Hamzah: Lumurlah uri itu di atas misai-misai mereka, maka beliau telah melakukannya sehingga beliau telah datang kepada yang akhir mereka. Kemudian Abu Talib telah berpaling kepada Nabi s.a.w seraya berkata: Wahai anak saudaraku, ini adalah maruah anda pada kami.

(788)-31. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada ‘Abid bin Zurarah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Abu Talib telah mati, Jibrail telah turun ke atas Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, keluarlah dari Makkah kerana anda tidak ada penolong padanya. Quraisy telah memberontak menentang Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w telah keluar lari sehingga baginda s.a.w datang ke satu gunung di Makkah dikenali dengan al-Hujuun, maka baginda s.a.w telah berlindung di situ [seketika].

(789)-32. Ali bin Muhammad bin Abdullah dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Abdullah secara marfu‘, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Adakah Abu Talib telah memasuki Islam dengan kiraan jumlah (hisab al-Jumal)? Beliau a.s telah berkata: [Malah] dengan setiap bahasa (bi-kulli lisaan ).

(790)-33. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada bapa mereka berdua, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Isma‘il bin Abi Ziyad, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Talib telah memasuki Islam dengan kiraan jumlah dan beliau a.s telah menyimpulkan dengan tangannya [angka] enam puluh tiga.

(791)-34. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Husain bin ‘Ulwan al-Kalbi, daripada Ali bin al-Hazawwara al-Ghanawi, daripada Asbagh bin Nubatah al-Hanzali berkata: Aku telah melihat Amir al-Mukminin a.s pada dari pembukaan Basrah dan beliau telah menunggang baghal betina Rasulullah s.a.w, [kemudian] beliau telah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu sebaik-baik makhluk pada hari Allah akan mengumpulkan kamu, lalu Abu Ayyub al-Ansari bangun mendekatinya sambil berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin, beritahulah kepada kami, sesungguhnya anda menjadi saksi dan akan pergi, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya sebaik-baik makhluk pada hari Allah mengumpulkan mereka adalah tujuh orang daripada anak-anak ‘Abd al-Muttalib.

Tidak seorangpun akan mengingkari kelebihan mereka melainkan seorang kafir dan tidak seorangpun yang akan menetangnya melainkan seorang yang degil. Kemudian ‘Amamr bin Yasir-rahima-hu llahu-berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, namakan mereka supaya kami dapat mengetahui mereka, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya sebaik-baik makhluk pada hari Allah mengumpulkan mereka adalah para rasul dan sesungguhnya sebaik-baik para rasul adalah Muhammad s.a.w dan sesungguhnya sebaik-baik umat selepas nabinya adalah wasi nabinya sehingga beliau berjumpa dengan seorang nabi. Sesungguhnya sebaik-baik para wasi adalah wasi Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya sebaik-baik makhluk selepas para wasi adalah para syahid. Sesungguhnya sebaik-baik para syahid adalah Hamzah bin ‘Abd al-Muttalib dan Ja‘far bin Abu Talib yang mempunyai dua sayap [boleh] berterbang di syurga, tidak ada di kalangan umat ini yang akan mempunyai dua sayap selain daripadanya, suatu yang dimuliakan Allah dengannya kepada Muhammad.

Dan Dia telah memuliakannya dengan dua “anak lelaki” al-Hasan dan al-Husain dan al-Mahdi a.s, Dia akan menjadikannya siapa yang Dia kehendaki di kalangan kami Ahlu l-Bait, kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini: “Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya) mereka itu akan bersama-sama mereka yang di anugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi para Siddiqiin, para syahid dan mereka yang saleh. Dan mereka itulah juga teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui”

(792)-35. Muhammd bin al-Husain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abi Maryam al-Ansari, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bagaimanakah sembahyang ke atas Nabi s.a.w? Beliau telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s telah memandikannya, mengapankannya dan menutupnya, maka beliau telah memasukkan sepuluh orang [ke bilik], lalu mereka berpusing di sekelilingnya [Rasulullah s.a.w], kemudian Amir al-Mukminin a.s telah berhenti di tengah-tengah mereka, lalu berkata: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam kehormatan kepadanya” Maka orang ramai telah berkata sebagaimana beliau a.s telah berkata sehingga penduduk Madinah dan lain-lain berselawat ke atasnya.

(793)-36. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khttab, daripada Ali bin Saif, daripada Abi al-Mughra, daripada ‘Uqbah bin Basyir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Nabi s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, tanamlah aku di tempat ini dan tinggilah kuburku dari bumi [sekadar] empat anak jari dan siramlah air di atasnya.

(794)-37. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-‘Abbas telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu berkata: Wahai Ali, sesungguhnya orang ramai telah berkumpul untuk mengapankan Rasulullah s.a.w di Baqi‘ dan seorang lelaki daripada mereka akan mengimamkan mereka, lantas Amir al-Mukminin a.s keluar kepada orang ramai dan berkata: Wahai manusia, sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah seorang imam sama ada hidup atau mati dan baginda s.a.w telah bersabda: “Aku akan ditanam di tempat aku mati padanya”. Kemudian beliau a.s telah berdiri di pintu, lalu melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, kemudian beliau a.s telah menyuruh orang ramai [seramai] sepuluh [orang], sepuluh [orang] untuk melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, kemudian mereka telah keluar.

(795)-38. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Saif, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w telah mati, para malaikat, Muhajirin dan Ansar telah melakukan sembahyang ke atasnya secara berkumpulan. Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda pada masa sihatnya: Sesungguhnya diturunkan ayat ini ke atasku tentang selawat ke atasku selepas Allah mematikan aku “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam kehormatan kepadanya”

(796)-39. Sebahagian daripada sahabat kami telah meriwayatkannya secara marfu‘, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Daud bin Kathir al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah makna salam ke atas Rasulullah s.a.w? Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah manakala Dia telah menciptakan Nabi-Nya, wasinya, anak perempuannya dan dua anak lelakinya dan semua para imam, Dia telah menciptakan Syiah mereka dan telah mengambil perjajian (al-Mithaq) ke atas mereka supaya mereka bersabar dan menasihat [orang lain] supaya bersabar dan menguatkan ikatan persaudaraan dan bertakwa kepada Allah.

Dia telah menjanjikan mereka bahawa Dia akan menyerahkan bumi yang diberkati kepada mereka dan Haram yang aman dan menurunkan kepada mereka Bait Ma’mur, menzahirkan atap yang diangkat kepada mereka, menyelamatkan mereka daripada musuh mereka dan [mereka akan dikurniakan] bumi yang akan ditukarkan oleh Allah untuk mereka dan akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada mereka”. Beliau a.s telah berkata: Di sana tidak ada perbalahan untuk musuh mereka kerana mereka boleh memiliki apa yang mereka suka. Justeru, Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) ke atas para imam dan Syiah mereka. Bahawasanya “salam ke atasnya” adalah sebagai peringatan kepada perjanjian (al-Mithaq) yang sama dan pembaharuan untuknya ke atas Allah. Mudah-mudahan Allah mempercepatkan kesejahteran (al-Salam) untuk kamu dengan segala yang ada padanya.

(797)-40. Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, selawat ke atas Muhammad, pilihan Engkau, khalil Engkau dan pelaksana perintah Engkau”.


Bab 112

☼Larangan Penyeliaan Di Atas Kubur Nabi S.A.W (al-Nahyu ‘an al-Isyraaf ‘ala Qabr al-Nabi s.a.w)☼

(798)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqiy, daripada Ja‘far bin al-Muthanna al-Khatib berkata: Aku telah berada di Madinah dan atap masjid yang diletakkan di atas kubur telahpun jatuh sedangkan orang ramai naik dan turun dan kamu adalah satu kumpulan, maka aku telah berkata kepada para sahabat kita: Siapakah di kalangan kamu yang mempunyai temu janji dengan Abu Abdillah a.s pada malam ini? Mihran bin Abi Nasr telah berkata: Aku dan Isma‘il bin ‘Ammar al-Sairafi telah berkata: Aku, lalu kami telah berkata kepada mereka berdua: Kamu berdua tanyalah Abu Abdillah a.s tentang atap yang hendak diangkat [ke tempatnya dahulu] supaya kami seliakan di atas kubur Nabi s.a.w.

Manakala pada keesokan paginya, kami telah berjumpa dengan mereka berdua, kami semua telah berkumpul, maka Isma‘il telah berkata: Sesungguhnya kami telah bertanya beliau untuk kamu sebagaimana kamu telah menyebutnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku tidak suka seorangpun daripada mereka menaiki di atasnya dan aku tidak menjaminnya bahawa beliau akan melihat sesuatu sehingga hilang penglihatannya atau beliau melihatnya sedang berdiri bersembahyang atau beliau melihatnya bersama isteri-isterinya a.s.


Bab 113

☼Kelahiran Amir Al-Mukminin A.S (maulid Amir al-Mu’minin a.s)☼

(799)-1. Amir al-Mukminin a.s telah dilahirkan tiga puluh tahun selepas tahun gajah. Beliau dibunuh pada 9hb Ramadan, malam Ahad pada tahun 40 H ketika berusia 63 tahun. Beliau telah tinggal selepas kematian Nabi s.a.w selama 30 tahun. Dan ibunya Fatimah binti Asad bin Hasyim bin ‘Abd Manaf. Beliau a.s adalah Hasyimi pertama yang dilahirkan oleh seorang Hasyimi sebanyak dua kali (awwalu hasyimi walada-hu Hasyim marrataini).

(800)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya al-Farisi, daripada Abi Hanifah Muhammad bin Yahya, daripada al-Walid bin Abban, daripada Muhammad bin Abdullah bin Maskan, daripada bapanya berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Asad telah datang kepada Abu Talib untuk memberitahu berita gembira kepadanya tentang kelahiran Nabi s.a.w, maka Abu Talib berkata: Bersabarlah anda selama 30 tahun (sabtan), aku akan memberitahu kepada anda berita gembira seumpamanya melainkan kenabian dan beliau telah berkata: Al-Sabt ialah tiga puluh tahun. Dan masa di antara Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s adalah 30 tahun.

(801)-2. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-Sayyaari, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Asad adalah ibu kepada Amir al-Mukminin a.s. Beliau adalah perempuan pertama yang telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah dengan berjalan kaki. Beliau adalah orang yang paling baik dengan Rasulullah s.a.w, maka aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya manusia akan dihimpunkan pada hari Kiamat di dalam keadaan bertelanjang sebagaimana mereka dilahirkan.

Maka Fatimah binti Asad berkata: Penutupan auratnya[?], maka baginda s.a.w bersabda: Aku akan memohon kepada Allah supaya Dia menghantarkan selimut (pakaian) kepada anda. Dan beliau telah mendengarnya s.a.w menyebut tentang azab kubur, lalu beliau telah berkata: [Azabnya] berganda[?], maka Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Sesungguhnya aku akan memohon kepada Allah supaya Dia menjaga anda daripadanya. Pada suatu hari beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya aku mahu memerdekakan seorang hamba perempuanku ini, maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Jika anda melakukannya, nescaya Allah akan memerdekakan setiap anggota anda daripada api neraka. Manakala beliau telah sakit, beliau telah berwasiatkan kepada Rasulullah s.a.w dan menyuruhnya supaya memerdekakan seorang hamba lelakinya. Lidahnya telah menjadi kaku, lalu beliau mulai memberi isyarat kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w telah menerima wasiatnya.

Manakala baginda s.a.w sedang duduk, tiba-tiba Amir al-Mukminin a.s telah datang kepadanya di dalam keadaan menagis, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis? Beliau telah berkata: Ibuku Fatimah telah mati, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Dan ibuku [juga], demi Allah, baginda s.a.w telah bangun dengan cepat sehingga baginda s.a.w telah masuk dan melihat kepadanya dan menangis. Kemudian baginda s.a.w telah menyuruh perempuan supaya memandikan jenazahnya dan Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu semua telah menyelesaikannya, maka janganlah kamu bercakap apa-apa sehingga kamu memberitahu kepadaku.

Apabila mereka telah menyelesaikannya, mereka telah memberitahu kepadanya tentangnya, lalu baginda s.a.w telah memberikan kepada mereka salah satu daripada dua bajunya (qamisnya) yang menutupi badannya dan baginda s.a.w telah menyuruh mereka supaya mengapankannya di dalamnya dan baginda s.a.w telah berkata kepada muslimin: Apabila kamu telah melihatku telah melakukan sesuatu yang aku tidak pernah melakukannya sebelum ini, maka bertanyalah aku kenapa aku telah melakukannya. Manakala mereka telah menyelesaikannya dari memadikannya dan mengapankannya, lalu baginda s.a.w telah masuk dan membawa jenazahnya di atas bahunya. Baginda s.a.w sentiasa di bawah jenazahnya sehingga baginda s.a.w sampai di kuburnya. Kemudian baginda s.a.w telah meletakkannya dan memasuki kuburnya dan mengiringkannya padanya. Kemudian baginda s.a.w telah berdiri, lalu mengambilnya di atas dua tangannya sehingga baginda s.a.w telah meletakkannya di kuburnya.

Kemudian baginda s.a.w telah menundukkan [kepalanya] di atasnya pada masa yang agak lama, menyerunya dan berkata kepadanya: Anak lelaki anda, anak lelaki anda [anak lelaki anda], kemudian baginda s.a.w telah keluar dan membetulkannya, kemudian baginda s.a.w telah menundukkan [kepalanya] di atas kuburnya, lalu mereka telah mendengarnya bersabda: Tiada tuhan melainkan Allah, wahai Tuhanku, sesungguhnya aku meninggalkannya kepada Engkau, kemudian baginda s.a.w telah pulang. Muslimin telah berkata kepadanya: Sesungguhnya kami telah melihat anda telah melakukan perkara-perkara yang anda tidak pernah melakukannya sebelum hari ini, maka baginda s.a.w bersabda: Pada hari ini aku telah kehilangan kebaikan Abu Talib, jika ada di sisinya sesuatu, nescaya ia akan memberi kesan kepada dirinya dan anak-anaknya.

Sesungguhnya aku telah menyebut hari Kiamat dan sesungguhnya manusia akan dihimpunkan di dalam keadaan bertelanjang, maka beliau (Fatimah binti Asad) berkata: Penutupan auratnya[?], maka aku telah memberi jaminan kepadanya supaya Allah menghantarkan kepadanya selimut. Dan aku telah menyebut azab kubur, maka beliau telah berkata: [Azabnya] berganda[?], maka aku telah memberi jaminan bahawa Allah akan menjaganya daripadanya.

Justeru, aku telah mengapankannya dengan bajuku(qamis) dan aku telah mengiringkannya di kuburnya, aku telah mengapankannya dan aku telah menundukkan [kepalaku] di atasnya. Kemudian aku telah membaca talkin kepadanya kerana beliau sedang ditanya tentang Tuhannya, maka beliau telah menjawabnya, beliau ditanya tentang Rasul-Nya, lalu beliau telah menjawabnya dan beliau ditanya tentang walinya dan imamnya, maka ia telah mengejutkannya, maka aku telah berkata: Anak lelaki anda, anak lelaki anda [anak lelaki anda].

(802)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Abban al-Kalbi, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w dilahirkan, didedahkan kepada Aminah “keputihan Farsi” dan istana-istana Syam, tiba-tiba Fatimah binti Asad, ibu Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Abu Talib di dalam keadaan suka dan gembira, kemudian beliau telah memberitahu kepadanya apa yang dikatakan oleh Aminah, maka Abu Talib telah berkata kepadanya: Anda merasa pelik tentang perkara ini, sesungguhnya anda akan mengandung dan akan melahirkan wasinya dan wazirnya”

(803)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Barqiy, daripada Ahmad bin Zaid al-Nisaburi berkata: Umar bin Ibrahim al-Hasyimi telah memberitahu kepadaku, daripada ‘Abd al-Malik bin Umar, daripada Usyad bin Safwan, sahabat Rasulullah s.a.w, berkata: Pada hari matinya Amir al-Mukminin a.s, tempat[nya] dipenuhi dengan tangisan, manusia merasa terharu seperti hari matinya Rasulullah s.a.w dan seorang lelaki telah datang di dalam keadaan menangis, cepat sambil berkata: Pada hari ini berakhirlah khilafah kenabian sehingga beliau telah berdiri di pintu rumah Amir al-Mukminin a.s, maka beliau berkata:

“Allah telah merahmati anda, wahai Abu al-Hasan, anda adalah orang yang pertama Islam dan yang paling ikhlas iman, yang paling kuat keyakinan, yang paling takut kepada Allah, yang paling mengambil berat, yang paling telus kepada Rasulullah s.a.w, yang paling aman ke atas sahabatnya, yang paling baik kelebihannya (manaqibnya), yang paling mulia daripada mereka yang terdahulu, yang paling tinggi darjat, yang paling hampir kepada Rasulullah s.a.w, yang paling menyerupai nya dari segi petunjuk, akhlak, kebaikan dan perbuatan, yang paling tinggi kedudukan, yang paling mulia ke atasnya. Allah akan memberi balasan kepada anda tentang Islam, Rasul-Nya dan muslimin dengan kebaikan.

Anda telah menjadi kuat ketika para sahabat anda telah lemah, anda terserlah ketika mereka terdiam, anda telah bangkit ketika mereka menjadi lemah, anda telah melakukan peraturan Rasulullah s.a.w ketika para sahabatnya bercadang untuk meninggalkannya. Justeru, andalah khalifahnya yang sebenar, anda tidak bertengkar dan menunduk kepada tekanan munafikin, kemarahan mereka yang kafir, kebencian mereka yang hasad dan kedengkian mereka yang fasik. Anda telah melaksanakan urusannya ketika mereka telah gagal. Anda telah bercakap ketika mereka di dalam keraguan dan anda telah pergi dengan cahaya Allah ketika mereka telah berhenti, lalu mereka telah mengikuti anda dan mendapat hidayah. Anda adalah yang paling rendah suara dan yang paling tinggi berdoa(qunut), yang paling kurang bercakap, yang paling tepat bercakap, yang paling besar pendapat, yang paling berani hati, yang paling kuat keyakinan, yang paling baik amalan, yang paling mengetahui tentang banyak perkara. Anda, demi Allah, madu kepada agama; pertama dan kedua: Pertama ketika orang ramai telah berpecah dan kedua ketika mereka telah gagal.

Anda bagi mukminin seperti bapa yang pemurah kerana mereka telah menjadi tanggungan anda, justeru, anda telah menanggung beban kelemahan mereka, anda telah menjaga apa yang mereka telah hilang, anda telah menjaga apa yang mereka telah cuai, anda telah memenatkan diri anda apabila mereka berkumpul, anda telah tinggi apabila mereka keciwa, anda telah bersabar apabila mereka telah gopoh. Anda telah dapat ketegangan apa yang mereka telah minta dan mereka telah dapat apa yang mereka tidak menjangkakannya. Anda ke atas mereka yang kafir merupakan azab dan rampasan, tetapi bagi mukminin sebagai tiang dan benteng, anda telah dikurniakan dengan nikmat-nikmat-Nya dan anda telah memenanginya, anda telah mendahului mereka yang terdahulu.

Anda telah pergi dengan kelebihannya, tidak mengurangkan hujah anda, tidak mengubah hati anda, tidak melemahkan mata hati anda, tidak mengecutkan diri anda dan menundukkannya. Anda seperti gunung yang tidak dapat digerakkan oleh taufan, anda sebagaimana beliau berkata: Orang ramai telah aman di dalam persahabatan dengan anda dan mendapat pertolongan anda, anda sebagaimana beliau telah berkata: Anda adalah lemah dari segi badan, tetapi kuat di dalam urusan Allah, merendah diri pada diri anda, besar di sisi Allah.

Besar di bumi, mulia di sisi mukminin, tidak ada seorangpun dapat mempersendakan anda di dalam semua perkara, orang yang lemah dan hina di sisi anda seorang yang kuat lagi mulia sehingga anda mengambil untuknya haknya, orang yang kuat dan mulia di sisi anda adalah lemah lagi hina sehingga anda mengambil hak daripadanya, orang yang dekat (kerabat) dan yang jauh di sisi anda tentang itu adalah sama, keadaan anda adalah kebenaran, ke ikhlasan dan kelembutan, kata-kata anda adalah hikmat lagi pemutus, urusan anda adalah lemah lembut dan cekal, pendapat anda adalah ilmu dan azam apa yang anda telah buat. Sesungguhnya anda telah melalui jalan [duri], anda telah mempermudahkan kesukaran, anda telah memadamkan api [fitnah].

Dengan anda agama telah menjadi sederhana dan Islam telah menjadi kuat dengan anda, maka telah zahirlah urusan Allah sekalipun dibenci oleh mereka yang kafir. Islam dan muslimin telah mantap dengan anda, anda telah mendahului apa yang terdahulu. Anda telah mengurangkan kepenatan orang selepas anda mengalami kepenatan yang kuat. Anda menahan tangisan, bencana anda amat besar di langit, musibat anda memusnahkan manusia, maka sesungguhnya kita daripada Allah dan kepadanyalah kita kembali, kita meredai qada’ Allah, demi Allah, muslimin sekali-kali tidak akan ditimpa musibat seperti anda selama-lamanya. Anda bagi mukminin seperti gua dan benteng, gunung yang kuat dan bagi mereka yang kafir adalah kekasaran dan kemarahan, maka Allah telah menyambungkan anda dengan Nabi-Nya dan Dia tidak mengaramkan kami daripada pahala anda, Dia tidak menyesatkan kami selepas anda”. Mereka terdiam sehingga percakapannya berakhir dan para sahabat Rasulullah s.a.w telah menangis, kemudian mereka telah mencarinya, tetapi mereka tidak menemuinya.

(804)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Safwan al-Jamal berkata: Aku, ‘Amir dan Abdullah bin Jaza‘ah al-Azdi telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, berkata: ‘Amir telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah Amir al-Mukminin a.s telah disemadikan di al-Rahbah? Beliau a.s telah berkata: Tidak, beliau berkata: Di manakah beliau telah di semadikan? Beliau a.s telah berkata: Manakala beliau a.s mati, maka al-Hasan a.s telah membawanya, kemudian beliau dibawa ke Kufah berhampiran dengan Najaf, di kiri al-Ghariyy dan di kanan al-Hirah, lalu disemadikan dicelah tanah tinggi yang berwarna putih. Beliau telah berkata: Selepas itu aku telah pergi di tempat itu, tetapi aku telah menjadi keliru lokasi sebenarnya, kemudian aku telah memberitahu kepadanya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Anda telah mendapati tempatnya-sebanyak tiga kali-.

(805)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Umar bin Yazid telah datang kepadaku dan berkata: Naiklah, lalu akupun naik [binatang tunggangan] bersamanya, kami telah pergi sehingga ke rumah Hafs al-Kinasi, maka aku telah meminta supaya beliau keluar, lalu beliau telah menunggang bersama kami, kemudian kami telah pergi sehingga kami telah sampai ke al-Ghariy, maka kami telah berakhir di sebuah kubur, maka beliau telah berkata: Turunlah, ini adalah kubur Amir al-Mukminin a.s, kami telah berkata: Dari manakah anda telah mengetahuinya? Maka beliau telah berkata: Aku telah datang bersama Abu Abdillah a.s di al-Hirah beberapa kali dan beliau a.s telah memberitahu kepadaku bahawa ia adalah kuburnya.

(806)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Isa Syalqan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s mempunyai khu’ulah pada Bani Makhzum. Dan seorang pemuda daripada mereka telah mendatanginya dan berkata: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya saudaraku telah mati dan aku telah berdukacita ke atasnya dengan kuat, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Anda mahu melihatnya? Beliau telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Perlihatlah kepadaku kuburnya.

Beliau telah berkata: Beliau a.s telah keluar dan bersamanya burdah Rasulullah s.a.w yang dipakainya. Manakala beliau a.s telah sampai ke kubur, maka dua bibir mulutnya bergerak membaca sesuatu, kemudian beliau a.s telah menendang kuburnya dengan kakinya, lantas keluarlah dia dari kuburnya bercakap di dalam bahasa Farsi, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Tidakkah anda telah mati dan anda seorang Arab? Beliau berkata: Ya, tetapi kami telah mati di atas sunnah polan dan polan, kemudian lidah kami telah bertukar [kepada bahasa Farsi].

(807)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s mati, maka al-Hasan bin Ali a.s telah berada di masjid Kufah, maka beliau telah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, kemudian beliau telah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya telah mati pada malam ini seorang lelaki yang tidak didahuluinya oleh mereka yang dahulu dan tidak mendapatinya oleh mereka yang mutakhir.

Sesungguhnya beliaulah pembawa bendera Rasulullah s.a.w, di kanannya Jibrail, di kirinya Mikail, beliau tidak kembali sehingga Allah memberi kemenangan untuknya. Demi Allah, beliau tidak meninggalkan yang putih dan yang merah melainkan 700 dirham, baki daripada pemberiannya. Dengan wang itu, beliau mahu membeli seorang hamba lelaki untuk keluarganya. Demi Allah, beliau telah mati pada malam matinya wasi Musa, Yusyu‘ bin Nun dan pada malam Isa bin Maryam diangkat ke langit dan pada malam turunya al-Qur’an.

(808)-9. Ali bin Muhammad secara marfu‘ berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Amir al-Muminin a.s dimandikan jenazahnya, mereka dipanggil dari sudut rumah, “jika kamu telah mengambil di depan katil, maka yang akhirnya telah memadai. Dan jika kamu telah mengambil yang akhirnya, maka yang di depannya telah memadai untuk kamu”.

(809)-10. Abdullah bin Ja‘far dan Sa‘d bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudara lelakinya Ali bin Mihziyar, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Fatimah binti Muhammad telah dilahirkan 5 tahun selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul dan beliau mati ketika berusia 18 tahun 75 hari.

(810-11. Sa‘d bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah Bakir, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah mendengarnya berkata: Apabila Amir al-Mukminin a.s mati, maka al-Hasan, al-Husain dan dua orang lelaki yang lain telah mengeluarkannya sehingga mereka keluar dari Kufah. Mereka telah meninggalkan sumpah mereka, kemudian mereka telah melalui al-Jabanah sehingga mereka sampai ke al-Ghariy, lalu mereka mengembumikannya dan menyamakan kuburnya, kemudian mereka pulang.


Bab 114

☼Kelahiran Al-Zahra’ Fatimah A.S (maulid al-Zahraa’ Fatimah a.s)☼

Fatimah a.s suaminya adalah Ali a.s, dilahirkan 5 tahun selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul. Fatimah a.s telah mati ketika berusia 18 tahun dan 75 hari. Dan beliau telah tinggal 75 hari selepas [kematian] bapanya.

(811)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Abi ‘Ubaidah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s telah tinggal selepas Rasulullah s.a.w selama 75 hari. Beliau telah berdukcita di atas kematian bapanya. Jibrail telah mendatanginya dan memberi takziah di atas kematian bapanya, memperbaiki [keadaan] dirinya, menceritakan kepadanya tentang keadaan bapanya, tempatnya, memberitahu kepadanya apa yang akan berlaku selepasnya pada zuriatnya dan Ali a.s menulis semuanya.

(812)-2. Muhammad bin Yahya, daripada al-‘Umarkiy, daripada Ali bin Ja‘far, daripada saudaranya, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s adalah Siddiqah dan Syahidah, sesungguhnya anak-anak perempuan para nabi tidak ada haid.

(813)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-secara marfu‘ dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar al-Syaibani berkata: Al-Qasim bin Muhammad bin al-Razi telah memberitahu kepadaku, berkata: Ali bin Muhammad al-Haramzani, daripada Abi Abdillah al-Husain bin Ali a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s mati, maka Amir al-Mukminin a.s telah mengembumikannya secara rahsia dan meratakan kuburnya.

Kemudian beliau telah berdiri dan mengadap mukanya kepada kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: “ Al Salamu ‘alaika ya Rasulallah daripadaku dan al-Salamu ‘alaika daripada anak perempuan anda, pelawat anda di tempat anda dan Allah telah memilih untuknya supaya cepat bersama anda. Katakan, wahai Rasulullah, tentang pilihan anda ini, [betapa kuatnya] kesabaranku dan maafilah daripada penghulu wanita syurga kekasaranku, sesungguhnya bagiku di dalam kesedihan dengan sunnah anda ketika perpisahan anda, masih mempunyai tempat untuk memberi takziah. Sesungguhnya aku telah menyandarkan anda pada lahad kubur anda dan diri anda antara bahagian atas dadaku (nahri) dan dadaku (sadri). Ya, pada kitab Allah bagiku sebaik-baik penerimaan.

Inna li-llah wa inna ila-hi raaji‘uun. Barang simpanan dikembalikan, diambil sebagai gadaian dan al-Zahra’ telah diambil dengan cepat. Alangkah buruknya masa sekarang [kerana kematiannya] dan masa dahulu [kerana kematian anda], wahai Rasulullah, adapun dukacitaku adalah berkekalan, adapun malamku tanpa tidur dan merana, [beliau] tidak hilang daripada hatiku atau Allah memilih untukku negeri yang anda sedang berada (kematian). Dukacita yang kuat [seperti] nanah tanpa darah, alangkah cepatnya perpisahan di antara kita dan kepada Allah aku mengadu. Anak perempuan anda akan menceritakan kepada anda dengan kemenangan umat anda di atas kezaliman [kelak], maka bertanyalah kepadanya dan mintalah penjelasan daripadanya.

Berapa banyak dendam kasumat di dadanya, tetapi ia tidak tersibar dan beliau akan berkata: “Dan Allah akan menetapkan hukumnya di antara kita dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya” Salam daripada orang yang mengucap selamat tinggal tanpa jemu. Jika aku pulang, bukan kerana jemu dan jika aku tinggal, bukan kerana sangkaan jahat dengan janji Allah kepada mereka yang bersabar. Sesungguhnya kesabaran itu cantik. Jika tidak kerana kemenangan pihak penguasa, nescaya aku telah menjadikannya maqam dan tinggal beriktikaf [di sisinya] pada masa yang lebih lama dan menanggung penderitaan di atas bencana yang mulia. Dengan mata Allah, anak perempuan anda dikapan secara rahsia, dirampas haknya dan dihalang pusakanya sedangkan masa belum lama [daripada kematian anda] dan Dia tidak menciptakan daripada anda anak lelaki (yang hidup). Dan kepada Allah, wahai Rasulullah, sebaik baik ucapan takziah, selawat dan salam kepada anda dan di atasnya (Fatimah) salam dan keredaan”.

(814)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammd bin Isa, daripada Ahamd bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada ‘Abd al-Rahman bin Salim, daripada al-Mufadhdhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Siapakah yang telah memandikan [jenazah Fatimah? Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin-seolah-olah aku telah membesar-besarkan kata-katanya-, maka beliau telah berkata: Seolah-olah anda tidak senang hati dengan apa yang aku telah ceritakan kepada anda? Aku telah berkata: Ia memang begitu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata: Janganlah anda merasa tertekan kerana Fatimah adalah siddiqah, lantaran itu, ianya akan dimandikan [jenazahnya] oleh siddiq, tidakkah anda telah mengetahui bahawa Maryam tidak dimandikan [jenazah]nya melainkan oleh Isa.

(815)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma‘il, daripada Salih bin ‘Uqbah, daripada Abdullah bin Muhammad al-Ju‘fi, daripada Abu Ja‘far dan Abu Abdillah a.s, mereka berdua telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s-manakala telah berlakulah urusan mereka-telah mengambil baju Umar, lalu menariknya kepadanya, kemudian telah berkata: Demi Allah, wahai Ibn al-Khattab, jikalaulah aku tidak benci bahawa bala akan menimpa orang yang tidak bersalah, nescaya anda mengetahui bahawa aku akan bersumpah ke atas Allah [untuk anda], kemudian aku akan mendapatiNya cepat menerima [doaku].

(816)-6. Dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin ‘Uqbah, daripada Yazid bin ‘Abd al-Malik, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s dilahirkan, Allah telah mewahyukan kepada malaikat supaya lidah Muhammad menamakannya Fatimah, lalu baginda s.a.w telah menamakannya Fatimah, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah membiasakan anda dengan ilmu dan aku telah menjauhkan anda daripada darah haid. Kemudian Abu Ja‘far a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya Dia telah membiasakannya dengan ilmu dan manjauhkannya daripada darah haid di dalam perjanjian (al-Mithaq)

(817)-7. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin ‘Uqbah, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Nabi s.a.w telah bersabda kepada Fatimah a.s: Wahai Fatimah, berdirilah dan keluarkan mangkuk (al-Sahfah) itu, lalu beliau berdiri dan mengeluarkan mangkuk yang mengandungi bubur daging (tharid) Maka Nabi s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain telah memakannya selama tiga belas hari. Kemudian Umm Aiman telah melihat kepada al-Husain bersamanya ada sesuatu, maka beliau telah berkata kepadanya: Dari manakah anda mendapatinya? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kami memakannya selama beberapa hari.

Kemudian Umm Aiman telah datang kepada Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Fatimah, apabila ada sesuatu di sisi Umm Aiman, maka ia adalah untuk Fatimah dan anak-anaknya dan apabila ada sesuatu di sisi Fatimah, maka ia bukannya untuk Umm Aiman? Lantas Fatimah telah mengeluarkannya untuknya, lalu Umm Aiman telah memakannya dan [makanan] di dalam mangkuk itupun telah habis. Maka Nabi s.a.w telah bersabda kepadanya: Jikalaulah anda tidak memberi makan kepadanya, nescaya anda dan zuriat anda boleh memakannya sehingga hari Kiamat. Kemudian Abu Ja‘far a.s telah berkata: Mangkuk (al-Sahfah) di sisi kami, akan dikeluarkan oleh Qaim kita a.s pada zamannya.

(818)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Ali, daripada Ali bin Ja‘far berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sebaik saja Rasulullah s.a.w duduk, tiba-tiba malaikat yang mempunyai dua puluh empat muka telah datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Kekasihku Jibrail, aku tidak pernah melihat anda di dalam bentuk ini, malaikat itu telah berkata: Aku bukanlah Jibrail, wahai Muhammad, Allah telah menghantar aku supaya aku mengahwinkan cahaya daripada cahaya (uzawwiju al-Nur min al-Nur), baginda s.a.w telah bersabda: Siapa daripada siapa? Beliau telah berkata: Fatimah daripada Ali. Beliau telah berkata: Manakala malaikat itu telah berpaling, tiba-tiba di antara dua bahunya[tertulis] Muhammad Rasulullah, Ali adalah wasinya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Semenjak bilakah ia ditulis di antara dua bahu anda? Maka beliau telah berkata: Dua puluh dua ribu tahun sebelum Allah menciptakan Adam.

(819)-9. Ali bin Muhammad dan orang lain, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang kubur Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Beliau telah dikebumikan di rumahnya, manakala Bani Umayyah telah menambahkan Masjid, maka ia termasuk di dalam Masjid.

(820)-10. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada al-Khaibari, daripada Yunus bin Zubyaan, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Jikalaulah Allah tidak menciptakan Amir al-Mukminin a.s untuk Fatimah, nescaya tidak ada orang yang layak (kufwun) untuknya di muka bumi daripada Adam dan selain daripadanya.


Bab 115

☼Kelahiran Al-Hasan Bin Ali A.S (maulid al-Hasan bin Ali a.s)☼

Al-Hasan bin Ali a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan pada tahun Badr tahun kedua hijrah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun ketiga hijrah. Beliau telah mati pada akhir bulan Safar pada tahun 49 hijrah ketika berusia 47 tahun dan beberapa bulan. Ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w.

(821)-1. Muhammad bin Yahya, daripada al-Husain bin Ishaq, daripada Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Abdullah bin Sinan, daripada orang yang telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Apabila kematian telah menghampiri al-Hasan a.s, beliau telah menangis, maka dikatakan kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa anda menangis sedangkan kedudukan anda daripada Rasulullah s.a.w? Dan baginda s.a.w telah bersabda bermacam-macam kepada anda; anda telah melakukan haji sebanyak dua puluh kali dengan berjalan kaki, anda telah membahagi-bahagikan harta anda sebanyak tiga kali sehingga kasut dengan kasut? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku menangis kerana dua perkara: Permulaan perjalanan [ke alam Barzakh] dan perpisahan dengan orang yang dikasihi.

(822)-2. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Ja‘far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali [bin Mihziyar], daripada al-Hasan bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah mati ketika berusia 47 tahun pada tahun 50 Hijrah, beliau telah hidup selama 40 tahun selepas [kematian]Rasulullah s.a.w.

(823)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Sesungguhnya Ja‘dah binti As ‘ath bin Qais al-Kindi telah meracuni al-Hasan bin Ali a.s dan seorang hamba perempuannya (al-Hasan a.s). Hamba perempuannya telah terhidu racun, sementara al-Hasan a.s telah termakan racun dan ia telah meresap kedalam perutnya, lalu beliau mati.

(824)-4. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada al-Qasim al-Nahdi, daripada Isma‘il bin Mihran, daripada al-Kinasi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar kerana mengerjakan umrah bersama seorang lelaki daripada anak-anak al-Zubair yang telah percaya tentang imamahnya. Mereka telah bermalam di satu tempat di bawah pohon kurma yang kering, kemungkinan ia telah kering kerana kekurangan air. Lalu beliau telah membentangkan hamparan untuk al-Hasan a.s dan satu hamparan untuk anak lelaki al-Zubair di bawah pohon kurma yang lain.

Anak lelaki al-Zubair telah berkata dan mengangkat kepalanya: Jikalaulah pohon kurma ini ada buah yang segar (al-Ratab), nescaya kita boleh memakannya, maka al-Hasan a.s telah berkata kepadanya: Adakah anda ingin makan kurma segar? Anak lelaki al-Zubair telah berkata: Ya, lantas beliau a.s telah mengangkat tangannya ke langit dan berdoa dengan kata-kata yang aku tidak dapat memahaminya, lalu pohon kurma itu menjadi hijau, kemudian telah bertukar kepada keadaannya, maka ia telah mengeluarkan daun dan buah kurma yang segar. Al-Jammal telah berkata: [Ini] sihir, demi Allah, maka al-Hasan a.s telah berkata: Celaka anda, ini bukanlah sihir, tetapi doa seorang anak lelaki Nabi dimakbulkan. Beliau telah berkata: Kemudian mereka telah memanjat pohon kurma itu, lalu mereka memotong (mengambil) apa yang ada padanya dan ia telah cukup untuk mereka.

(825)-5. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ibn Abi Umar, daripada beberapa orang lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya bagi Allah dua bandar, salah satunya di timur dan yang satu lagi di barat, di atas kedua-duanya dinding daripada besi dan di atas setiap satu daripadanya beribu-ribu gelanggang tinju dan padanya beribu-ribu bahasa, setiap bahasa bercakap berlainan dengan bahasa sahabatnya. Aku mengetahui semua bahasa-bahasa itu dan apa yang ada pada kedua-duanya dan di antara kedua-duanya dan Hujjah yang ada di atas kedua-duanya selain daripadaku dan selain daripada al-Husain saudaraku.

(826)-6. Al-Husain bin Muhammd dan Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin al-Nu‘man, daripada Sundal, daripada Abi Usamah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar ke Makkah selama setahun dengan berjalan kaki, lalu dua kakinya telah menjadi bengkak, maka sebahagian hambanya telah berkata kepadanya: Jika anda menunggang [binatang], nescaya bengkak ini akan berkurangan. Maka beliau a.s telah berkata: Apabila kita sampai di rumah ini, seorang yang berkulit hitam akan menjemput anda dan bersamanya minyak, maka belilah daripadanya dan janganlah anda bertawar-tawaran dengannya.

Maka hambanya berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, kami telah datang ke sebuah rumah padanya seorang yang menjual ubatnya, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Ya, rumah itu di hadapan anda, bukan rumah tadi, lalu mereka berdua telah berjalan [sejauh] satu batu, tiba-tiba beliau adalah yang berkulit hitam (al-Aswad). Maka al-Hasan a.s telah berkata kepada hambanya: Ambillah minyak daripadanya dan bayarlah harganya, maka lelaki hitam itu telah berkata: Kepada siapa anda maksudkan minyak ini?

Maka beliau telah berkata: Kepada al-Hasan bin Ali, lantas beliau berkata: Pergilah bersamaku kepadanya, lalu beliau telah pergi dan berjumpa dengannya, maka beliau telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, aku tidak mengetahui bahawa anda berhajat kepada ini, aku tidak mengambil harganya. Sesungguhnya aku adalah maula anda, tetapi berdoalah kepada Allah supaya mengurniakan kepadaku seorang anak lelaki yang sempurna yang akan mencintai kamu Ahlu l-Bait, sesungguhnya aku telah meninggalkan isteriku yang sedang sakit bersalin, maka beliau a.s telah berkata: Pulanglah ke rumah anda, maka Allah telah mengurniakan kepada anda seorang anak lelaki yang sempurna dan beliau adalah daripada Syiah kita.


Bab 116

☼Kelahiran Al-Husain Bin Ali A.S (maulid al-Husain bin ‘Ali a.s)☼

Al-Husain bin Ali a.s telah dilahirkan pada tahun ke tiga hijrah dan mati pada [hari Isnain10 hb] Muharram tahun 61 hijrah ketika berusia 57 tahun dan beberapa bulan. Beliau telah dibunuh oleh ‘Ubaidillah bin Ziyad yang dilaknati Allah di dalam pemerintahan Yazid bin Mu‘awiyah di dalam perjalanan ke Kufah. Beliau telah dibunuh oleh Umar bin Sa‘d yang dilaknati Allah di Karbala’ ketika menunggang kuda perangnya pada hari Isnain 10 Muharram dan ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w.

(827)-1. Sa‘d dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain bin Ali a.s telah mati pada hari ‘Asyura’ (kesepuluh Muharram) ketika berusia 57 tahun.

(828)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Hakam, daripada ‘Abd al-Rahman al- ‘Arzami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Di antara al-Hasan dan al-Husain a.s satu kali suci (tuhrun) dan di antara mereka berdua dari segi kelahiran ialah 6 bulan 10 hari.

(829)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’ dan al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin ‘Aa’idh, daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain, Jibrail telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s akan melahirkan seorang kanak-kanak yang akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati]. Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain a.s, beliau tidak sukakan kandungannya dan kelahirannya. Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak didapati di dunia ini seorang ibu yang akan melahirkan anak yang tidak disukainya, beliau tidak menyukainya apabila beliau telah mengetahui bahawa anaknya akan dibunuh, beliau telah berkata: Dan padanyalah telah turun ayat: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik (husnan) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga bulan”

(830)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ali bin Isma‘il, daripada Muhammad bin ‘Amru al-Zayyaat, daripada seorang lelaki daripada sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi berita gembira kepada anda dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh Fatimah a.s, tetapi umat anda akan membunuhnya selepas anda [mati]. Maka beliau telah naik [ke langit], kemudian beliau a.s telah berkata kepadanya seumpamanya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, di atas Tuhanku salam, aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dibunuh oleh umatku selepasku, lalu Jibrail a.s telah naik ke langit.

Kemudian beliau telah turun, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan anda memberi salam kepada anda dan memberi berita gembira kepada anda bahawa sesungguhnya Dia menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat. Maka baginda s.a.w telah bersabda: Aku telah reda, kemudian baginda s.a.w telah datang kepada Fatimah a.s [bersabda]: Sesungguhnya Allah telah memberi berita gembira kepadaku dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh anda, umatku akan membunuhnya selepasku, lalu Fatimah a.s telah memberitahu kepadanya: Aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dilahirkan olehku, akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati].

Kemudian baginda s.a.w telah memberitahu kepadanya bahawa Allah telah menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat, lalu beliau telah memberitahu kepadanya: Sesungguhnya aku telah reda “Ibunya mengandungkannya dengan susah payah (kebencian), melahirkannya dengan susah payah (kebencian). Mengandungkannya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa: Ya, Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk mereka yang berserah”

Jikalaulah baginda s.a.w tidak berkata: “berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku” nescaya zuriatnya telah menjadi para imam semuanya. Al-Husain a.s tidak pernah menerima [air] susu Fatimah a.s dan juga perempuan lain. Nabi s.a.w telah mendatanginya dan meletakkan ibu jarinya s.a.w pada mulutnya, lalu beliau menghisap daripadanya untuk bekalan [selama] dua atau tiga hari. Lalu daging al-Husain a.s telah tumbuh daripada daging Rasulullah s.a.w dan darahnya. Tidak pernah dilahirkan [bayi yang berumur] enam bulan melainkan Isa bin Maryam a.s dan al-Husain bin Ali a.s.

Di dalam riwayat yang lain, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa sesungguhnya al-Husain a.s telah dibawa kepada Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w telah memberi (menghulurkan) lidahnya kepada al-Husain a.s, lalu beliau telah menghisapnya, maka beliau telah memadai dengannya dan beliau tidak menyusu daripada perempuan.

(831)-5. Ali bin Muhammad secara marfu‘, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian ia berkata: Sesungguhnya aku sakit” Beliau telah berkata: Beliau telah mengira, lalu beliau telah melihat apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s, maka beliau telah berkata: Aku sakit di atas apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s.

(832)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ali bin Asbaat, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Muhammad bin Hamraan berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala urusan al-Husaian a.s belum berlaku, malaikat telah gempar dan mengadu kepada Allah dengan tangisan dan berkata: Akan dilakukan ini kepada al-Husain pilihan Engkau dan anak lelaki Nabi Engkau? Dia berfirman: Maka Allah telah mendirikan untuk mereka bayangan al-Qaim a.s dan Dia berfirman: Dengan ini (al-Qaim a.s) Aku membalas dendam dengan ini (al-Husain a.s).

(833)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada ‘Abd al-Malik bin A‘yan, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Manakala kemenangan telah turun kepada al-Husain bin Ali a.s sehingga di antara langit dan bumi, kemudian diberi pilihan: Kemenangan atau pertemuan dengan Allah (mati), maka beliau a.s telah memilih pertemuan dengan Allah.

(834)-8. Al-Husain bin Muhammad telah berkata: Abu Kuraib dan Abu Sa‘id al-Asyajj telah memberitahu kepadaku, berkata: Abdullah bin Idris telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya Idris bin Abdullah al-Awadi, berkata: Manakala al-Husain a.s telah dibunuh, mereka ingin memijaknya dengan kuda, lalu Fidhdhah berkata kepada Zainab: Wahai sayyidati, sesungguhnya Safinah telah pecah di lautan, lalu beliau telah keluar ke sebuah pulau, tiba-tiba beliau terserempak dengan Asad, lalu beliau telah berkata: Wahai al-Harith, aku adalah hamba (maula) Rasulullah s.a.w.
Lalu beliau telah bercakap dengan tidak jelas di hadapannya sehingga beliau telah menunjukkan jalan kepadanya sedang al-Asad menunggu di satu sudut, biarlah aku pergi kepadanya dan aku akan memberitahu kepadanya apakah mereka akan buat besok. Beliau telah berkata: Beliau telah pergi kepadanya: Wahai Abu al-Harith, lalu beliau mengangkat kepalanya, kemudian berliau telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang akan dilakukan kepada Abu Abdillah a.s besok? Mereka ingin kuda memijak belakangnya. Beliau telah berkata: Lalu beliau telah berjalan sehingga beliau meletakkan dua tangannya di atas tubuh al-Husain a.s, maka kuda telah maju ke depan, manakala mereka melihat kepadanya, lalu Umar bin Sa‘d yang dilaknati Allah berkata kepada mereka: Fitnah, janganlah kamu menggalakkannya, maka pulanglah, kemudian mereka telah pulang.

(835)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Yunus, daripada Musqalah al-Tahhan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila al-Husain a.s dibunuh, isterinya dari Bani Kilab (al-Kalbiyyah) telah mengadakan majlis ratapan, lalu beliau menangis dan perempuan-perempuan yang lain dan khadam-khadam telah turut menangis sehingga air mata mereka telah kering. Kemudian beliau (isteri) telah pergi, tiba-tiba beliau telah melihat seorang hamba perempuan daripada hamba-hambanya sedang menangis dan air matanya masih berlinang, lalu beliau telah memanggilnya dan berkata kepadanya: Kenapa anda di kalangan kami air mata anda masih berlinang? Beliau telah berkata: Apabila aku ditimpa kepenatan, aku meminum minumam suwaiq Beliau a.s telah berkata: Kemudian beliau (hamba perempuan) telah menyuruh dengan makanan dan minuman suwaiq, lalu beliau telah memakannya dan meminumnya dan berkata: Sesungguhnya kami mahu sedemikian adalah bagi menguatkan [diri kami] untuk menangis ke atas al-Husain a.s.

Beliau a.s telah berkata: Dihadiahkan kepada al-Kalbiyyah sapu tangan wangi untuk membantunya di majlis ratapan (ma’tam) al-Husain a.s. Apabila beliau telah melihat kepada sapu tangan wangi itu, maka beliau telah berkata: Apakah ini? Mereka telah berkata: Hadiah yang diberikan kepadanya oleh polan untuk membantu anda di majlis ratapan al-Husain a.s, lalu beliau telah berkata: Kami bukanlah di dalam [majlis] perkahwinan, apakah kita akan buat dengannya? Kemudian beliau telah menyuruh mereka supaya dikeluarkan dari rumah. Manakala mereka dikeluarkan dari rumah, kami tidak merasa apa-apa (bau-bauan) seolah-olah kami telah berterbang di antara langit dan bumi dan tidak nampak kesan mereka selepas mereka keluar dari rumah.


Bab 117

☼Kelahiran Ali Bin Al-Husain A.S (maulid ‘Ali bin al-Husain a.s)☼

Ali bin al-Husain a.s telah dilahirkan pada tahun 38 hijrah dan mati pada tahun 95 hijrah ketika berusia 57 tahun. Ibunya Salamah atau Syahrubanuwaih binti Yazdajir bin Syahriyar bin Syiruwaih bin Kisra Abruiz. Yazdajir adalah raja Farsi yang terakhir.

(836)-1. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani-rahima-hu llah-dan Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada ‘Abd al-Rahman bin Abdullah al-Khaza‘i, daripada Nasr bin Mazahim, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Manakala anak perempuan Yazdajir dikemukakan kepada Umar, beliau telah memuliakannya sebagai puteri Madinah, masjid dihiasi dengan cahayanya manakala beliau masuk. Manakala Umar telah melihat kepadanya, maka beliau telah menutup mukanya dan berkata: “uf biruj bada hurmuz” Maka Umar telah berkata: Adakah beliau ini mencela aku, Umar mahu menentangnya. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Umar: Ia bukan untuk anda, berilah pilihan kepadanya supaya memilih seorang lelaki di kalangan muslimin dan hitunglah beliau daripada fa’i-nya. Maka Umar telah memberi pilihan kepadanya, lalu beliau telah datang dan meletakkan tangannya di atas kepala al-Husain a.s. Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Apakah nama anda?

Maka beliau telah berkata: Jihan Syah, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Malah Syahrubanuwaih, kemudian beliau a.s telah berkata kepada al-Husain a.s: Wahai Abu Abdillah, beliau akan melahirkan untuk anda sebaik-baik penduduk bumi, maka beliau telah melahirkan Ali bin al-Husain a.s dan dikatakan kepada Ali bin al-Husain a.s: Anak lelaki kepada dua orang yang terpilih, maka pilihan Allah daripada Arab adalah Hasyim dan daripada bukan Arab adalah orang Farsi. Diriwayatkan bahawa Abu al-Aswad al-Di’li telah berkata mengenainya:

Dan sesungguhnya seorang budak
Di antara Kisra dan Hasyim
Adalah lebih mulia daripada orang
Yang digantung tangkal di atasnya

(837)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah memiliki seekor unta betina, beliau telah menaikinya sebanyak dua puluh dua kali haji dan beliau tidak pernah memukulnya, beliau telah berkata: Unta betina itu telah datang selepas kematiannya dan kami tidak menyedari kedatangannya melainkan [selepas] sebahagian daripada khadam dan hamba kami berkata: Sesungguhnya unta betina itu telah keluar dan datang ke kubur Ali bin al-Husain a.s, lalu melutut di atasnya dan menggosok kuburnya dengan tengkuknya di dalam keadaan mulutnya berbuih, maka aku telah berkata: Dapatkannya, dapatkannya dan bawalah ia kepadaku sebelum mereka mengetahuinya atau melihatnya, beliau telah berkata: Unta betina itu tidak pernah melihat kuburnya [sebelum ini].

(838)-3. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Apabila bapaku Ali bin al-Husain a.s telah mati, maka unta betinanya telah datang sehingga ia telah memukul kuburnya dengan tengkuknya dan berguling di atasnya, maka aku telah menyuruh supaya ia dikembalikan kepada kandangnya. Sesungguhnya bapaku telah menaikinya untuk mengerjakan haji dan umrah dan beliau tidak pernah memukulnya.
“Ibn Babwaih”

(839)-4. Al-Husain bin Muhammad bin ‘Amir, daripada Ahamd bin Ishaq bin Sa‘d, daripada Sa‘dan bin Muslim, daripada Abi ‘Ammarah, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala pada malam dijanjikan padanya Ali bin al-Husain a.s, maka beliau telah berkata kepada Muhammad a.s: Wahai anak lelakiku, carilah [air] wuduk untukku, beliau telah berkata: Maka akupun telah berdiri dan aku telah membawa [air] wuduk kepadanya. Beliau berkata: Aku tidak mahu ini kerana padanya sesuatu yang telah mati.

Beliau telah berkata: Maka akupun telah keluar dan aku telah datang dengan lampu, tiba-tiba padanya seekor tikus telah mati, maka aku telah membawa kepadanya air wuduk yang lain. Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, inilah malam yang aku telah dijanjikan dengannya, lalu beliau telah berpesan tentang unta betinanya supaya beliau menjaganya dan disediakan untuknya makanan kering, maka aku telah melakukannya padanya. Beliau telah berkata: Tidak berapa lama selepas itu, ia telah keluar sehingga mendatangi kubur[nya].

Lalu ia telah memukulnya dengan tengkuknya dan dua matanya berlinang, lalu didatangi Muhammad bin Ali dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya unta betina telah keluar, lalu beliau telah datang kepadanya dan berkata: Diam sekarang! Berdirilah semoga Allah telah memberkati anda, tetapi ia tidak melakukannya. Maka beliau telah berkata: Jika Ali bin al-Husain a.s keluar menaikinya ke Makkah, maka beliau telah menggantungkan tongkat di atasnya, tetapi beliau tidak memukulnya sehingga ia memasuki Madinah, beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah keluar pada waktu malam yang gelap, lalu beliau telah membawa guni padanya dinar dan dirham sehingga beliau mendatangi pintu ke pintu, maka beliau telah mengetuknya, kemudian memberi[nya] kepada orang yang keluar kepadanya.

(840)-5. Muhammad bin Ahmad, daripada bapa saudaranya Abdullah bin al-Salt, daripada al-Hasan bin Ali binti Ilyas, daripada Abu al-Hasan a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Ali bin al-Husain a.s manakala hampir mati, beliau telah menutup matanya, kemudian beliau telah membuka dua matanya dan membaca “Idha waqa‘at al-Waaqi‘atu” dan “Inna fatah-na la-ka” Kemudian beliau telah berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki, maka syurga itu sebaik-baik balasan bagi mereka yang beramal” Kemudian beliau telah mati pada ketika itu juga tanpa berkata apa-apa.

(841)-6. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Ja‘far al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah mati ketika berusia 57 tahun pada tahun 95 hijrah, beliau telah hidup selepas [kematian] al-Husain a.s selama 35 tahun.


Bab 118

☼Kelahiran Abu Ja‘far Muhammad Bin ‘Ali A.S (maulid Abi Ja‘far Muhammad bin ‘Ali a.s☼

Abu Ja‘far a.s telah dilahirkan pada tahun 57 hijrah dan mati pada tahun 114 hijrah ketika berusia 57 tahun. Dikebumikan di al-Baqi‘ di Madinah pada kubur yang dikebumikan bapanya Ali bin al-Husain a.s., ibunya Umm Abdillah binti al-Hasan bin Ali bin Abu Talib a.s dan di atas zuriat mereka yang mendapat petunjuk.

(842)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Salih bin Mazid, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Abi al-Sabah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Ibuku telah duduk di sisi dinding, tiba-tiba dinding itu telah pecah, maka kami telah mendengar satu gegaran yang kuat, maka ibuku telah menggali dengan tangannya: Tidak, demi hak al-Mustafa, Allah tidak membenarkan anda terjatuh, lalu ia tinggal tergantung di udara sehingga beliau dapat melintasinya, lalu bapaku telah bersedekah kerananya seratus dinar, maka Abu al-Sabah telah berkata: Abu Abdillah a.s telah menyebut neneknya, ibu kepada bapanya pada suatu hari, maka beliau telah berkata: Neneknya adalah siddiqah dan tidak terdapat pada keluarga al-Hasan seorang perempuan sepertinya.
Muhammad bin al-Hasan, daripada Abdullah bin Ahmad tentang riwayat yang sama.

(843)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah al-Ansari adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang terakhir. Beliau adalah seorang lelaki yang menghabiskan masanya kepada kami Ahlu l-Bait. Beliau telah duduk pada masjid Rasulullah s.a.w memakai serban hitam, beliau telah menyeru: Wahai Baqir al-‘Ilm, wahai Baqir al-‘Ilm sehingga penduduk Madinah telah berkata: Jabir sedang meracau, maka beliau pula telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak meracau, tetapi aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapati seorang lelaki daripadaku, namanya adalah namaku dan tabiatnya seperti tabiatku.

Mencintai ilmu, maka inilah yang membawa aku berkata sedemikian, beliau telah berkata: Manakala Jabir telah berada pada suatu hari di sebahagian jalan di Madinah, tiba-tiba beliau telah melalui satu jalan yang mana padanya Muhammad bin Ali, manakala beliau telah melihat kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, datanglah kepadaku, lalu beliau datang, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Pusing, maka beliau telah berpusing, kemudian beliau telah berkata: Tabiat Rasulullah s.a.w, demi jiwaku di tangan-Nya, wahai budak, apakah nama anda? Beliau telah berkata: Namaku adalah Muhammad bin Ali bin al-Husain, maka beliau mulai mengucup kepalanya dan berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, bapa anda Rasulullah s.a.w telah memberi salam kepada anda dan beliau berkata [kembali] sedemikian.

Beliau telah berkata: Muhammad bin Ali bin al-Husain telah pulang kepada bapanya di dalam keadaan tercengang, kemudian beliau telah memberitahu berita tersebut. Maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai anak lelakiku, Jabirlah yang telah melakukannya, beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Tinggal saja di rumah, wahai anak lelakiku, Jabir telah mendatangi budak ini pada dua tepi siang (pagi dan petang), beliau adalah sahabat Nabi s.a.w yang terakhir. Tidak lama selepas itu, Ali bin al-Husain a.s telah datang kepadanya dengan penuh kehormatan kerana persahabatannya dengan Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s mulai memberitahu kepada mereka tentang Allah, maka penduduk Madinah telah berkata: Kami tidak pernah melihat seorang yang lebih berani daripada ini.

Manakala beliau telah melihat apa yang mereka katakan, maka beliau telah memberitahu kepada mereka tentang Rasulullah s.a.w. maka penduduk Madinah telah berkata: kami tidak pernah melihat seorang yang paling berbohong daripada [lelaki] ini memberitahu kepada kami daripada orang yang beliau tidak pernah melihatnya. Manakala beliau melihat apa yang mereka katakan, lalu beliau a.s telah memberitahu kepada mereka [hadis-hadis] daripada Jabir bin Abdullah, maka beliau telah berkata: Mereka telah memperakuinya dan Jabir bin Abdullah telah mendatanginya dan belajar daripadanya.

(844)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muthanna al-Hannaat, daripada Abu Basir berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s, maka aku telah berkata: Kamu adalah pewaris Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah pewaris para nabi, beliau telah mengetahui setiap apa yang mereka telah mengetahuinya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, justeru, kamu mampu menghidupkan orang yang telah mati dan menyembuhkan orang yang buta dan sopak?

Beliau telah berkata: Ya, dengan izin Allah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Dekatkan kepadaku, wahai Abu Muhammad, maka aku telah mendekatinya, lalu beliau telah menyapukan di atas mukaku dan di atas mataku, lalu aku telah melihat matahari, langit, bumi, rumah-rumah dan setiap sesuatu di rumah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mahu begini, bagi anda apa yang dimiliki manusia dan di atas anda apa [yang akan berlaku] di atas mereka pada hari Kiamat atau anda kembali sebagaimana anda dahulu dan bagi anda adalah syurga? Aku berkata: Aku kembali sebagaimana aku dahulu, lalu beliau telah menyapu di atas mataku, maka aku telah kembali sebagaimana aku dahulu, beliau telah berkata: Maka aku telah memberitahu kepada Ibn Abi ‘Umair tentang perkara ini, maka beliau telah berkata: Aku naik saksi bahawa ini adalah benar sebagaimana siang hari adalah benar.

(845)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahamd, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ali, daripada ‘Asim bin Hamid, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berada bersamanya pada suatu hari, tiba-tiba sepasang burung telah hinggap di atas dinding dan mengeluarkan suara mereka berdua, lalu Abu Ja‘far a.s telah menjawab percakapan mereka berdua beberapa ketika, kemudian kedua-duanya telah terbang, manakala mereka berdua telah terbang di atas dinding, burung jantan telah mengeluarkan suaranya ke atas burung betina beberapa ketika.

Kemudian mereka telah terbang lagi, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah burung ini? Beliau telah berkata: Wahai Ibn Muslim, setiap sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah sama ada burung atau binatang atau sesuatu yang mempunyai roh, maka ia adalah lebih mendengar kepada kami dan lebih patuh daripada manusia bahawa sesungguhnya burung ini telah menyangka buruk terhadap pasangan betinanya, lalu burung betina telah bersumpah kepadanya bahawa ia tidak melakukannya dan berkata: Adakah anda meredai Muhammad bin Ali? Maka mereka berdua telah meredaiku, maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa ia (burung jantan) adalah zalim kepada burung betina, kemudian ia telah mempercayainya (burung betina).

(846)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbaat, daripada Salih bin Hamzah, daripada bapanya, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, berkata: Manakala Abu Ja‘far a.s telah dibawa ke Syam kepada Hisyam bin ‘Abd al-Malik, beliau telah berada di pintunya, berkata kepada para sahabatnya dan mereka yang telah hadir di kalangan Bani Umayyah: Apabila kamu telah melihat aku telah mencela Muhammad bin Ali, kemudian kamu telah melihat aku telah berdiam diri, maka hendaklah setiap lelaki daripada kamu datang kepadanya dan mencelanya, kemudian beliau menyuruh supaya diberi kebenaran kepadanya.

Manakala Abu Ja‘far a.s telah datang, maka beliau telah berkata: Al-Salamu ‘alaikum, lalu beliau telah memberi salam kepada mereka secara umum, kemudian beliau telah duduk, maka Hisyam bertambah cemas kerana beliau tidak memberi salam kepadanya sebagai seorang khalifah dan beliau telah duduk tanpa kebenaran. Maka Hisyam mulai mencelanya dan berkata apa yang beliau akan katakan kepadanya: Wahai Muhammad bin Ali, masih ada seorang lelaki di kalangan kamu yang telah memecah-belahkan perpaduan muslimin, mendakwa untuk dirinya dan menyangka bahawa beliau adalah seorang imam yang bodoh dan sedikit ilmu, beliau telah mencelanya apa yang beliau mahu mencelanya.

Manakala beliau telah diam, maka seorang selepas seorang daripada mereka telah datang kepadanya dan mencelanya sehinga selesailah yang akhir mereka. Manakala mereka semuanya telah diam, maka beliau telah bangun berdiri, kemudian berkata: Wahai manusia, di mana kamu sekarang dan di mana kamu dikehendaki, dengan kamilah [orang] yang awal kamu dapat petunjuk dan dengan kamilah [orang] yang akhir kamu akan berakhir. Jika bagi kamu kerajaan yang cepat, maka bagi kami kerajaan yang ditangguhkan dan tidak ada selepas kerajaan kami kerajaan yang lain kerana kami adalah ahli yang berkesudahan baik sebagaimana Allah berfirman: “Dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa” Kemudian Hisyam telah memerintahkan supaya beliau ditahan. Manakala beliau ditahan, semua orang telah mengambil ilmu daripadanya dan merasa kasih sayang kepadanya.

Justeru, ketua penjara telah datang kepada Hisyam dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku khuatir ke atas anda daripada penduduk Syam bahawa mereka akan menghalang di antara anda dan majlis anda ini, kemudian beliau telah menceritakan kepadanya tentang beritanya. Lalu beliau telah memerintahkan supaya beliau a.s dan para sahabatnya dibawa ke Madinah. Hisyam telah memerintahkan supaya mereka tidak dibenarkan ke pasar-pasar dan menghalang di antara mereka dan makanan dan minuman, maka mereka telah berjalan selama tiga hari tanpa makanan dan minuman sehingga mereka sampai ke Madyan. Lalu ditutup pintu bandar kepada mereka. Para sahabatnya telah mengadu kelaparan dan dahaga, beliau telah berkata: Beliau telah menaiki gunung untuk menyelia mereka, maka beliau telah berkata dengan suaranya yang tinggi: Wahai penduduk bandar yang zalim ahlinya, akulah baqiyyatu llah, Allah berfirman: “Baqiyyatu llah adalah lebih baik jika kamu benar-benar beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu” Beliau telah berkata: Pada mereka seorang syeikh yang telah datang kepada mereka dan berkata: Wahai kaum, ini, demi Allah, adalah dakwah nabi Syu‘aib, demi Allah, jika kamu tidak keluar kepada lelaki ini di pasar-pasar, nescaya kamu akan diambil dari atas kamu dan dari bawah kaki kamu, lantaran itu, percayalah kepadaku pada kali ini dan patuhilah aku dan bohongilah aku pada apa yang kamu mulakan, sesungguhnya aku adalah penasihat kepada kamu.

Beliau telah berkata: Maka mereka telah bersegera keluar kepada Muhammad bin Ali dan para sahabatnya di pasar-pasar. Maka berita syeikh itu telah sampai kepada Hisyam bin ‘Abd al-Malik, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan mempertanggungjawabkannya dan tidak pula diketahui apa yang telah dilakukan kepadanya.

(847)-6. Sa‘ad bin Abdullah dan al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Muhammad bin Ali al-Baqir telah mati ketika berumur 57 tahun pada tahun 114 hijrah dan telah hidup selama 19 tahun dan beberapa bulan selepas Ali bin al-Husain a.s.


Bab 119

☼Kelahiran Abu Abdillah Ja‘far Bin Muhammad A.S (maulid Abi Abdillah Ja‘far bin Muhammad a.s)☼

Abu Abdillah a.s telah dilahirkan pada tahun 83 hijrah dan telah mati pada tahun 148 hijrah ketika berusia 65 tahun, dikebumikan di al-Baqi‘ pada kubur dikebumikan bapanya, datuknya dan al-Hasan bin Ali a.s. Ibunya Umm Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr dan ibu Umm Farwah adalah Asmaa’ binti ‘Abd al-Rahman bin Abu Bakr.

(848)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Ibrahim bin al-Hasan, berkata: Wahab bin Hafs telah memberitahu kepadaku, daripada Ishaq bin Jarir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sa‘id bin al-Musayyab, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr dan Abu Khalid al-Kabili adalah daripada mereka yang dipercayai oleh Ali bin al-Husain a.s, berkata: Ibuku adalah di kalangan orang yang telah beriman, bertakwa, baik dan Allah mencintai mereka yang berbuat baik, berkata: Ibuku telah berkata: Bapaku telah berkata: Wahai Umm Farwah, sesungguhnya aku berdoa kepada Allah untuk pendosa-pendosa Syiah kita pada satu hari dan satu malam sebanyak seribu kali. Sesungguhnya kami apabila bala menimpa kami, kami bersabar di atas apa yang kami mengetahui tentang pahalanya sedangkan mereka bersabar di atas apa yang mereka tidak mengetahuinya.

(849)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Sulaiman bin Sama‘ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Ja‘far al-Mansur telah mengarahkan Abu al-Hasan bin Zaid, walinya di al-Haramain supaya membakar rumah Ja‘far bin Muhammad, lalu beliau telah mencampakkan api di rumah Abu Abdillah a.s, maka api telah membakar pintu di al-Dahliz. Abu Abdillah a.s telah keluar melangkah [kepada] api dan berjalan padanya sambil berkata: Aku adalah anak lelaki daripada tanah (Adam) dan aku adalah anak lelaki Ibrahim Khalilu llah a.s.

(850)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Barqiy, daripada bapanya, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Rafid hamba Yazid bin ‘Amru bin Hubairah berkata: Ali bin Hubairah telah memarahiku dan bersumpah untuk membunuhku, lalu aku telah melarikan diri daripadanya dan aku telah berlindung dengan Abu Abdillah a.s, maka aku telah memberitahu kepadanya beritaku, maka beliau telah berkata kepadaku: Pulanglah dan sampaikan salamku kepadanya dan katalah kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengupah di atas anda hamba anda Rafid, justeru, janganlah anda melakukan kejahatan kepadanya, aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, [beliau[ seorang Syam yang buruk pendapatnya, maka beliau telah berkata: Pergilah kepadanya sebagaimana aku katakan kepada anda.

Maka akupun telah pergi, manakala aku telah berada di sebahagian wadi, seorang badwi telah menyambutku, maka beliau telah berkata: Ke manakah anda sedang pergi, sesungguhnya aku sedang melihat kepada muka [anda] yang akan dibunuh, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluarkan tangan anda, maka akupun telah melakukannya. Maka beliau telah berkata: Tangan [anda] yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata: Tunjukkanlah tubuh anda? Maka akupun telah melakukannya, beliau telah berkata: Tubuh [anda] yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunjukkanlah kaki anda, maka akupun telah menunjukkan kakiku, kemudian beliau telah berkata: Kaki yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunjukkanlah tubuh anda?

Maka aku telah melakukannya, maka beliau telah berkata: Tubuh yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluarkan lidah anda, maka aku telah melakukannya. Maka beliau berkata kepadaku: Pergilah, kerana anda tidak akan diperlakukan apa-apa. Sesungguhnya pada lidah anda ada utusan (risalah). jika anda telah mendatangi gunung-gunung yang kuat dengannya, nescaya ia mematuhi anda. Beliau telah berkata: Maka aku telah datang sehingga aku telah berdiri di pintu Ibn Hubairah, lalu aku telah meminta izin, manakala aku telah datang kepadanya, beliau telah berkata: Wahai budak, kain alas meja dan pedang, kemudian beliau telah memerintahku [dibelenggu].

Lalu aku dibelenggu dan diikat kepalaku dan tukang pedang telah berdiri di hadapanku untuk memenggal kepalaku, maka aku telah berkata: Wahai Amir, janganlah anda melakukan kekerasan kepadaku, sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan kerelaan hatiku dan di sini satu perkara aku akan menyebutnya kepada anda, kemuliaan anda dan keadaan anda, maka beliau telah berkata: Katakanlah, maka aku telah berkata: Tinggallah aku [dengan anda sahaja], lalu beliau telah memerintahkan mereka yang hadir [supaya keluar], maka merekapun telah keluar, aku telah berkata kepadanya: Ja‘far bin Muhammad telah mengirim salamnya kepada anda dan beliau telah berkata kepada anda: Aku telah mengupah di atas anda hamba anda Rafid, justeru, janganlah anda melakukan kejahatan kepadanya. Maka beliau telah berkata: Allah, sesungguhnya Ja‘far [bin Muhammad] telah berkata kepada anda kata-kata ini dan beliau telah mengirim salamnya kepadaku?

Maka aku telah bersumpah untuknya, lalu beliau telah menjawabnya kepadaku sebanyak tiga kali, kemudian beliau telah merombak belengguku, kemudian beliau telah berkata: Aku tidak berpuas hati sehingga anda membuat kepadaku apa yang aku telah buat kepada anda, aku telah berkata: Tanganku tidak mahu melakukannya dan jiwaku tidak tenang dengannya, maka beliau telah berkata: Demi Allah, tidak akan memuaskan hatiku melainkan dengan itu, maka akupun telah melakukannya kepadanya sebagaimana beliau telah melakukannya kepadaku dan aku telah melepaskannya, kemudian beliau telah memberi cincinnya (copnya) dan berkata: Segala urusan aku di tangan anda, maka uruslah padanya apa yang anda mahu.

(851)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada al-Khubairi, daripada Yunus bin Zubyan, Mufadhdhal bin Umar, Abi Salmah al-Sarraj dan al-Husain bin Thuwair bin Abi Fakhitah, mereka telah berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau telah berkata: Di sisi kami khazanah bumi dan kunci-kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku boleh menekankan salah satu kakiku dan berkata: Keluarlah emas yang ada di sisi anda, nescaya ia keluar, beliau telah berkata: Kemudian beliau telah menggali dengan salah satu kakinya dan melangkah ke bumi dengan satu langkah, lalu bumi itu terbuka.

Kemudian beliau telah menggali dengan tangannya: Maka beliau telah mengeluarkan satu keping emas ukuran satu jengkal, kemudian beliau telah berkata: Lihatlah kepadanya baik-baik, lalu kami telah melihatnya, tiba-tiba ia adalah kepingan-kepingan yang banyak yang bersinar-sinar, maka sebahagian daripada kami berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, kamu diberikan apa yang diberikan sedangkan Syiah kamu masih berhajat? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kami dan Syiah kami dunia dan akhirat dan akan memasukkan mereka syurga-syurga Na‘im dan akan memasukkan musuh kita ke neraka.

(852)-5. Al-Hasan bin Muhammad, daripada al-Mu‘alla bin Muhammad, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mempunyai seorang jiran yang mengikuti seorang sultan, lalu beliau telah mendapat harta yang banyak. Maka beliau telah menyediakan penyanyi-penyanyi, mengumpulkan semua orang kepadanya, meminum arak dan menyakitiku, lalu aku telah mengadu kepadanya bukan sekali, tetapi beliau tidak menghentikannya, apabila aku bertegas terhadapnya, beliau telah berkata kepadaku: “Aku adalah seorang yang diuji sedangkan anda seorang yang belum diuji. Jika anda membentangkan aku kepada sahabat anda, aku telah berharap bahawa Allah akan menyelamatkan aku dengan anda”.

Kata-katanya telah terlekat di hatiku, manakala aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, aku telah menyebut keadaannya kepadanya, maka beliau telah berkata kepadaku: Apabila anda kembali ke Kufah, beliau akan datang kepada anda, maka katakanlah kepadanya: Ja‘far bin Muhammad telah berkata kepada anda: Tinggallah apa yang anda di atasnya dan aku menjamin untuk anda di atas Allah syurga, beliau telah berkata: Beliau telah menangis, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Allah, Abu Abdillah a.s telah berkata ini kepada anda? Beliau telah berkata: Maka aku telah bersumpah untuknya bahawa sesungguhnya beliau a.s telah berkata kepadaku apa yang aku telah katakan. Beliau telah berkata kepadaku: Hasbu-ka, dan beliau telah pergi. Selepas beberapa hari, beliau telah mengutus kepadaku dan menyeruku, tiba-tiba beliau di belakang rumahnya di dalam keadaan bertelanjang.

Maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, tidak, demi Allah, tidak ada sesuatu yang telah tinggal di rumahku melainkan aku telah mengeluarkannya dan aku sebagaimana anda lihat, beliau telah berkata: Maka akupun telah pergi kepada saudara-saudara kami, lalu aku telah mengumpulkan untuknya pakaiannya. Kemudian beberapa hari selepas itu, beliau telah mengutus kepadaku [menyatakan]: “Sesungguhnya aku sakit, maka datanglah kepadaku”, kemudian aku telah datang kepadanya dan aku merawatinya sehingga beliau mati. Aku telah berada di sisinya sedang beliau memuji dirinya. Maka beliau telah pengsan seketika, kemudian beliau telah sedar dan berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, sahabat anda telah menunaikannya untuk kami, kemudian beliau telah mati-rahmat Allah ke atasnya-manakala aku telah mengerjakan haji, aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, aku telah meminta izin daripadanya.

Manakala aku telah masuk, beliau telah mula berkata kepadaku: Sesiapa yang telah memasuki rumah[ku] dan salah satu kaki[nya] di dataran [rumahku] dan yang satu lagi di rumahnya di Dihliz: Wahai Abu Basir! Sesungguhnya kami telah menunaikan [kebaikan] untuk sahabat anda.

(853)-6. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad bin al-Asy‘ath berkata: Beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui sebab kemasukan kami di dalam urusan ini dan keilmuan kami dengannya? Dan tidak ada di sisi kami sebutan daripadanya dan tidak ada keilmuan sesuatu di sisi manusia, beliau telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah itu?

Beliau telah berkata: Sesungguhnya Abu Ja‘far-iaitu Abu al-Dawaaniq-telah berkata kepada Abu Muhammad bin Asy‘ath: Wahai Muhammad, carilah untukku seorang lelaki yang berakal yang akan menunaikan [sesuatu] untukku, maka bapaku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah dapat mencarinya untuk anda, ini polan Ibn Muhajir, bapa saudaraku, beliau telah berkata: Datanglah bersamanya kepadaku, beliau telah berkata: Maka aku telah mendatanginya dengan bapa saudaraku, lalu Abu Ja‘far al-Dawaaniq telah berkata kepadanya: Wahai Ibn Muhajir, ambillah harta ini dan pergilah ke Madinah, pergilah kepada Abdullah bin al-Hasan bin al-Hasan dan beberapa orang keluarganya antara mereka adalah Ja‘far bin Muhammad, maka katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya aku adalah seorang perantau dari penduduk Khurasan dan Syiah kamu telah mengemukakan kepada kamu harta ini dan berilah kepada setiap orang daripada mereka di atas syarat tertentu.

Maka apabila mereka telah menerima harta itu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku adalah seorang utusan dan aku suka rancangan kamu bersamaku dengan penerimaan kamu akan harta tersebut. Maka beliau telah mengambil harta itu dan pergi ke Madinah. Kemudian beliau telah pulang kepada Abu al-Dawaaniq dan Muhammad bin al-Asy‘ath di sisinya, maka Abu al-Dawaaniq telah berkata kepadanya: Apakah berita anda? Beliau telah berkata: Aku telah datang kepada mereka dan ini adalah rancangan mereka dengan menerima harta itu kecuali Ja‘far bin Muhammad.

Sesungguhnya aku telah datang kepadanya ketika beliau sedang melakukan sembahyang di masjid Rasul s.a.w, maka aku telah duduk di belakangnya dan aku telah berkata sehingga beliau berpaling, maka aku telah menyebut kepadanya apa yang aku telah menyebutnya kepada para sahabatnya, lalu beliau telah pulang dengan segera, kemudian beliau telah berpaling kepadaku dan berkata: Wahai ini [lelaki], bertakwalah kepada Allah, janganlah anda menipu keluarga Muhammad kerana mereka hampir masa dengan Bani Marwan dan semua mereka berhajat, maka aku telah berkata: Apakah itu?

Aslaha-ka llahu, beliau telah berkata: Maka beliau telah merendahkan kepalanya daripadaku dan menceritakan kepadaku semua yang telah berlaku di antara aku dan anda sehingga seolah-olah beliau adalah orang ketiga kita, beliau telah berkata: Abu Ja‘far (al-Dawaaniq) telah berkata kepadanya: Wahai Ibn Muhajir! Ketahuilah bahawa tidak ada daripada Ahlu-Bait Nabi s.a.w melainkan padanya muhaddath dan sesungguhnya Ja‘far bin Muhammad adalah muhaddah kita pada hari ini, dan bukti ini adalah sebab kata-kata kita di dalam perkara ini.

(854)-7. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Sa‘id, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah Ja‘far bin Muhammad a.s telah mati ketika berusia 65 tahun pada tahun 148 hijrah dan beliau telah hidup selepas Abu Ja‘far a.s selama 34 tahun.

(855)-8. Sa‘d bin Abdullah, dariapda Abu Ja‘far Muhammad bin Umar bin Sa‘id, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Aku telah mengapan bapaku dengan dua helai kain dari Syata


Bab 120

☼Kelahiran Abu Al-Hasan Musa Bin Ja‘far A.S (maulid Abi al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s)☼

Abu al-Hasan Musa a.s telah dilahirkan di al-Abwaa’ pada tahun 128 hijrah dan sebahagian mereka berkata: Pada tahun 129 hijrah dan mati pada bulan Rajab pada tahun 183 hijrah ketika berusia 54 atau 55 tahun. Beliau telah mati di di Baghdad di dalam tahanan al-Sindi bin Syahik. Harun telah membawanya dari Madinah pada 10 hb Syawwal tahun 179 hijrah. Harun telah datang ke Madinah ketika pulang daripada Umrah pada bulan Ramadan, kemudian Harun telah pergi melakukan haji dan membawanya bersamanya. Kemudian beliau telah pulang mengikut jalan Basrah, lalu menahannya di sisi Isa bin Ja‘far. Kemudian beliau telah dibawa ke Baghdad dan ditahan di sisi al-Sindi bin Syahik. Kemudian beliau a.s telah mati di dalam tahanannya dan dikebumikan di Baghdad di kubur Quraisy. Ibunya seorang Umm al-Walad,dikenali dengan nama Hamidah.

(856)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin al-Sindi al-Qummi, berkata: Isa bin ‘Abd al-Rahman telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya, berkata: Ibn ‘Akasyah bin Muhsin al-Asadi telah datang kepada Abu Ja‘far a.s ketika Abu Abdillah a.s sedang berdiri di sisinya, maka beliau telah mengemukakan anggur kepadanya, maka beliau telah berkata: Satu biji satu biji dimakan oleh syeikh yang tua dan kanak-kanak, tiga dan empat biji dimakan oleh orang yang menyangka bahawa ia tidak dapat mengenyangkannya dan semuanya dua biji, dua biji disunatkan, lalu beliau telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Apakah sebab anda tidak mengahwinkan Abu Abdillah a.s sedangkan beliau boleh kahwin? Beliau berkata: Di antara dua tangannya terdapat wang yang telah dicapkan, maka beliau telah berkata: Peniaga hamba daripada penduduk Barbar akan datang dan akan bermalam di rumah Maimun, justeru, kita akan membeli [hamba] untuknya dengan wang ini (surrah). Maka beliau telah berkata: Kemudian beliau telah datang untuk tujuan itu, pada suatu hari, kami telah datang kepada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu tentang peniaga hamba yang aku telah menyebutnya kepada kamu, telah datang. Lantaran itu, pergilah dan belilah dengan mata wang ini seorang hamba perempuan daripadanya.

Beliau telah berkata: Maka kami telah datang kepada peniaga hamba itu, maka beliau telah berkata: Aku telah menjual apa yang ada di sisiku kecuali dua orang hamba perempuan yang sakit, salah satu daripadanya adalah menyerupai yang lain, kami telah berkata: Maka beliau telah mengeluarkan mereka berdua sehingga kami melihat kepada mereka berdua, maka kami telah berkata: Berapakah anda akan menjual kepada kami yang serupa ini, beliau telah berkata: Tujuh puluh dinar, kami telah berkata: Lebih baik, beliau telah berkata: Aku tidak akan mengurangkannya daripada tujuh puluh dinar.

Kami telah berkata kepadanya: Kami akan membelinya daripada anda dengan mata wang ini mengikut apa yang ada dan kami tidak mengetahui jumlah yang ada di dalamnya dan di sisinya seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih, berkata: Pecahkan dan timbanglah, maka peniaga hamba itu telah berkata: Janganlah anda memecahkannya kerana jika satu biji telah kurang daripada tujuh puluh dinar, aku tidak akan menjualkannya kepada kamu, maka syeikh itu telah berkata: Dekatkan diri kamu, maka kami telah mendekatinya dan memecahkan kepingan wang, lalu kami telah menimbang dinar, tiba-tiba jumlahnya adalah tujuh puluh dinar, tidak lebih dan tidak kurang, lantas kami telah mengambil hamba perempuan itu, kemudian kami telah membawanya kepada Abu Ja‘far a.s dan Ja‘far sedang berdiri di sisinya, maka kami telah memberitahu kepada Abu Ja‘far a.s apa yang telah berlaku, lalu beliau telah memuji Allah, kemudian beliau telah berkata: Apakah nama anda?

Beliau telah berkata: Hamidah, maka beliau telah berkata: Hamidah di dunia dan Mahmudah di akhirat, beritahulah kepadaku sama ada anda seorang dara atau janda? Beliau telah berkata: Seorang dara, beliau telah berkata: Bagaimana tidak berlaku sesuatu di tangan peniaga-peniaga hamba melainkan mereka merosakkannya, beliau telah berkata: Peniaga itu telah datang kepadaku dan telah cuba untuk melakukan hubungan seks denganku, tiba-tiba seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih menguasainya pada setiap kali beliau mahu mengadakan bubungan seks denganku dengan menamparnya sehingga beliau bangun daripadaku. Beliau telah melakukan kepadaku beberapa kali dan syeikh itu juga telah melakukannya kepadanya beberapa kali. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ja‘far, ambillah Hamidah kepada anda, maka beliau telah melahirkan sebaik-baik penduduk bumi Musa bin Ja‘far a.s.

(857)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Ali bin al-Husain, daripada Ibn Sinan, daripada Sabiq bin al-Walid, daripada al-Mu‘alla bin Khanis bahawa Abu Abdillah a.s telah berkata: Hamidah telah dibersihkan daripada segala kekotoran seperti kepingan emas, malaikat sentiasa menjaganya sehingga beliau dibawa kepadaku sebagai kehormatan daripada Allah kepadaku dan al-Hujjah selepasku.

(858)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu Qatadah al-Qummi, daripada Abu Khalid al-Zubali, berkata: Manakala Abu al-Hasan Musa a.s dikemukan kepada [khalifah] al-Mahdi, beliau telah bermalam di Zubalah, lalu aku telah bercerita kepadanya tentangnya, beliau telah melihatku di dalam keadaan dukacita, lalu beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Khalid, kenapa aku melihat anda berdukacita? Maka aku telah berkata: Bagaimana aku tidak berdukacita sedangkan anda akan dibawa kepada taaghiyah ini dan aku tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada anda, maka beliau telah berkata: Tidak ada keburukan apabila bulan tertentu atau pada hari tertentu, lalu beliau telah menunaikan [janjinya] kepadaku pada awal malam, justeru, aku tidak ada sebarang niat jahat melainkan menghitung bulan-bulan dan hari-hari sehingga tiba hari itu, maka aku telah menunaikannya.

Aku sentiasa berada di sisinya sehingga mata hari hampir terbenam dan syaitan telah melakukan waswas di dadaku dan aku telah takut untuk mengesyaki kata-katanya. Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, aku telah melihat kepada [beberapa orang] hitam telah datang dari sudut Iraq, maka aku telah menyambut mereka, tiba-tiba Abu al-Hasan a.s sedang menunggang seekor baghal betina, maka beliau telah berkata: Eh, wahai Abu Khalid, aku telah berkata: Labbai-ka, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Janganlah anda syak, syaitan mahu anda telah syak, maka aku telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah melepaskan anda daripada mereka, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan pulang kepada mereka, aku tidak dapat melepaskan diriku daripada mereka.

(859)-4. Ahmad bin Mihran dan Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya‘qub bin Ja‘far bin Ibrahim berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan bin Musa a.s, tiba-tiba seorang lelaki Nasrani telah datang kepadanya dan kami bersamanya di al-‘Uriadh, maka lelaki Nasrani itu telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, perjalanan yang sukar dan aku telah memohon kepada Tuhanku selama tiga puluh tahun supaya Dia menunjukkan kepadaku sebaik-baik agama, sebaik-baik hamba-Nya dan yang paling alim mereka, maka seorang telah datang kepadaku di dalam tidur, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang seorang lelaki di Damascus.

Maka aku telah pergi sehingga aku telah mendatanginya dan bercakap dengannya, beliau telah berkata: Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang agamaku dan orang lain pula adalah lebih mengetahui daripadaku, maka aku telah berkata: Tunjuklah kepadaku orang yang lebih mengetahui daripada anda kerana aku tidak akan membesar-besarkan perjalanan[ku] dan kesukaran tidak akan menjauhkan aku. Sesungguhnya aku telah membaca Injil semuanya, mazmur Daud, empat bahagian Taurat dan aku telah membaca zahir al-Qur’an sehingga aku telah mengikuti semuanya, maka orang alim itu telah berkata kepadaku: Jika anda mahu ilmu orang Nasrani, maka aku adalah orang yang paling mengetahui di kalangan Arab dan bukan Arab, jika anda mahu ilmu orang Yahudi, maka Bati‘ bin Syarhabil al-Samiri adalah orang yang paling alim tentangnya pada hari ini.

Jika anda mahu ilmu Islam, ilmu Injil, ilmu Taurat, ilmu Zabur, kitab Hud, setiap apa yang telah diturunkan kepada nabi daripada para nabi pada masa anda dan bukan pada masa anda dan berita yang telah diturunkan daripada langit, maka ia sama ada telah diketahui oleh seseorang atau tidak diketahui oleh seseorang, padanya penerangan kepada setiap sesuatu, penawar kepada seluruh alam, roh kepada orang yang beristerihat kepadanya, renungan kepada orang yang Allah menghendakinya kebaikan, teman kepada kebenaran, maka beliau akan menunjukkan anda kepadanya, justeru, anda datanglah kepadanya sekalipun anda berjalan kaki. Dan jika anda tidak mampu, maka anda merangkak kepadanya, jika anda tidak mampu, maka pergilah kepadanya dengan punggung anda (isti-ka).

Jika anda tidak mampu, maka dengan muka anda, maka aku telah berkata: Tidak, aku mampu berjalan dari segi badan dan harta, beliau telah berkata: Pergilah segera sehingga anda datang ke Yathrib, maka aku telah berkata: Aku tidak mengetahui Yathrib, beliau telah berkata: Pergilah sehingga anda datang ke Madinah Nabi s.a.w yang telah diutus kepada Arab, beliau adalah seorang nabi yang berbangsa Arab, Hasyimi. Apabila anda memasukinya, tanyalah tentang Ghanam bin Malik bin al-Najjar iaitu di sisi pintu masjidnya dan tunjukkanlah suasana Nasrani [anda] dan pakaiannya kerana walinya berkasar di atas mereka dan khalifah lebih kasar lagi.

Kemudian anda bertanya Bani ‘Amru bin Mabzul dan beliau berada di Baqi‘ al-Zubair, kemudian anda bertanya tentang Musa bin Ja‘far dan di manakah rumahnya dan di manakah beliau? Musafir atau tidak, jika beliau di dalam musafir, maka datanglah kepadanya kerana musafirnya adalah lebih dekat daripada anda pergi kepadanya, kemudian beritahulah kepadanya bahawa Matran ‘Ulya al-Ghutahyang telah menunjukkan aku kepada anda dan beliau memberi salam kepada anda atau beliau akan memberi salam kepada anda.

Sesungguhnya aku telah banyak bermunajat kepada Tuhanku supaya Dia menjadikan Islamku di tangan anda, maka beliau telah menceritakan kepadanya kisah ini ketika beliau a.s sedang berdiri di atas tongkatnya. Kemudian beliau telah berkata: Jika anda membenarkan aku, wahai sayyidi, nescaya aku akan meletakkan tanganku di dadaku (kaffar-tu la-ka) dan akupun telah duduk. Maka beliau telah berkata: Aku telah membenarkan anda duduk, tetapi aku tidak membenarkan anda meletakkan tangan anda di dada (an tukaffir), lalu beliau telah duduk, kemudian beliau telah mencampakkan jubah dan penutup kepalanya.

Kemudian beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku bercakap? Beliau telah berkata: Ya, anda tidak datang melainkan untuknya, maka orang Nasrani itu telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Kembalikan salam kepada sahabatku atau anda tidak menjawab salam? Abu al-Hasan a.s telah berkata: Di atas sahabat anda supaya Allah memberi kepadanya petunjuk, adapun [jawapan] salam itu ialah apabila beliau memeluk agama kami, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang kitab Allah yang telah diturunkan ke atas Muhammad dan Dia telah bercakap kepadanya.

Kemudian ceritalah sebagaimana Dia telah menceritakannya, maka Dia telah berfirman: “Haa miim. Demi Kitab (al-Qur’an) yang menjelaskan (al-Kitab al-Mubin), sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam (lailatin) yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” Apakah tafsirnya pada batin? Beliau telah berkata: Adapun Haa miin, maka ia adalah Muhammad s.a.w iaitu pada kitab Hud yang diturunkan kepadanya, iaitu kurang beberapa huruf. Adapun “al-Kitab al-Mubin” maka ia adalah Amir al-Mukminin Ali a.s. Adapun “al-Lailah”, maka ia adalah Fatimah a.s.

Adapun firman-Nya “fi-ha yufraqu kullu amrin hakim” Kebaikan yang banyak keluar daripadanya, maka beliau adalah seorang lelaki yang bijaksana, seorang lelaki yang bijaksana dan seorang lelaki yang bijaksana. Maka lelaki itu telah berkata: Ceritalah kepadaku yang pertama dan yang akhir daripada lelaki tersebut, maka beliau berkata: Sifat-sifat hampir sama, tetapi yang ketiga mereka akan menceritakan kepada anda apa yang akan keluar daripada keturunannya dan sesungguhnya di sisi kamu terdapat di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas kamu, sekiranya kamu tidak menukarkannya atau mengubahnya, tetapi kamu telah mengingkarinya dan pada masa dahulu kamu telah melakukannya.

Maka lelaki Nasrani itu berkata kepadanya: Sesungguhnya aku tidak akan menyembunyikan daripada anda apa yang aku telah mengetahuinya dan aku tidak akan membohongi anda, anda mengetahui apa yang aku katakan tentang kebenaran atau pembohongan. Demi Allah, Dia telah memberi kelebihan-Nya kepada anda, Dia telah membahagi-bahagikan kepada anda nikmat-nikamt-Nya yang tidak terlintas di hati, tidak dapat ditutup oleh mereka yang ingin menutupnya dan tidak dapat dibohongi tentangnya oleh mereka yang telah berbohong. Justeru kata-kata aku kepada anda itu adalah benar sebagaimana aku telah menyebutnya, maka ia juga sebagaimana anda telah menyebutnya.

Maka Abu Ibrahim a.stelah berkata kepadanya: Aku akan memberitahu kepada anda berita segera yang tidak diketahui melainkan oleh bilangan yag sedikit di kalangan mereka yang telah membaca kitab-kitab [terdahulu], lantaran itu, beritahulah kepadaku apakah nama ibu Maryam dan pada hari apakah Maryam ditiupkan roh kepadanya dan pada jam berapakah di siang hari, pada hari apakah Maryam telah melahirkan Isa a.s dan jam berapa pada siangnya?

Maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Aku tidak mengetahu[nya], maka Abu Ibrahim a.s telah berkata: Adapun nama ibu Maryam adalah Martha dan di dalam bahasa Arabnya bernama Waahibah. Adapun hari Maryam telah mengandungkan Isa a.s adalah Jumaat ketika gelincir matahari iaitu pada hari al-Ruh al-Amin telah turun dan tidak ada hari yang lebih baik daripadanya di sisi umat Islam. Allah telah membesar-besarkannya begitu juga Muhammad s.a.w, lalu Dia telah memerintahkan supaya baginda s.a.w menjadikannya hari perayaan pada hari Jumaat. Adapun hari Maryam telah melahirkannya adalah pada hari selasa pada 4.30 petang.

Dan adakah anda mengetahui sungai yang mana Maryam telah melahirkan Isa a.s? Lelaki Nasrani telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Furat di sana terdapat pohon-pohon kurma. Adapun hari yang mana Maryam telah menutup lidahnya tentangnya dan Qaidus telah menyeru anaknya dan pengikut-pengikutnya, lalu mereka telah menolongnya (Isa a.s) dan mengeluarkan keluarga ‘Imran supaya mereka melihat kepada Maryam, maka mereka telah berkata kepadanya bahawa Allah tidak menceritakan tentang anda dan kami di dalam Kitab-Nya, adakah anda telah memahaminya? Beliau telah berkata: Ya, aku telah membaca pada hari ini tentang peristiwa itu, beliau a.s telah berkata: Jika begitu, janganlah anda berdiri dari tempat duduk anda sehingga Allah memberi petunjuk kepada anda, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah nama ibuku di dalam bahasa Siryaniyyah dan bahasa Arab?

Beliau telah berkata: Nama ibu anda di dalam bahasa Siryaniyyah adalah ‘Unqaaliyyah dan ‘Unquurah adalah nama nenek anda sebelah bapa anda. Adapun nama ibu anda di dalam bahasa Arab adalah Mayyah. Adapun nama bapa anda adalah ‘Abd al-Masih iaitu Abdullah di dalam bahasa Arab dan tidak ada hamba (‘abd) bagi al-Masih. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Anda telah berkata benar dan anda telah melakukan kebaikan, maka apakah nama datukku? Beliau telah berkata: Nama datuk anda adalah Jibrail iaitu ‘Abd al-Rahman yang mana aku telah menamakannya di dalam majlisku ini. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Adakah beliau seorang muslim? Abu Ibrahim a.s telah berkata: Ya, beliau telah mati syahid, tentera-tentera daripada penduduk Syam telah datang kepadanya, lalu membunuhnya secara tipu-daya. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah namaku sebelum nama keluarga[ku]?

Beliau telah berkata: Nama anda adalah ‘Abd al-Salib, lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah anda akan menamakan aku? Beliau telah berkata: Aku akan menamakan anda Abdullah. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah Yang Maha Besar dan aku telah naik saksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya, Tunggal dan tempat tumpuan. Dia tidak sebagaimana diceritakan oleh Nasrani dan Yahudi dan Dia tidak ada jenis-jenis syirik. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya, Dia telah menghantarnya dengan kebenaran, justeru, baginda s.a.w telah menerangkannya kepada keluarganya sekalipun ditentang oleh Ahli al-Batil.

Sesungguhnya baginda s.a.w adalah Rasulullah s.a.w kepada semua manusia, kepada yang berkulit merah, hitam dan semuanya bersyarikat padanya. Justeru, orang yang berfikir telah menerimanya dan telah mendapat petunjuk sementara ahli al-Batil menentangnya dan mereka telah sesat di atas dakwaan mereka. Dan aku naik saksi bahawa wali-Nya telah bercakap dengan bijaksana-Nya. Sesungguhnya orang yang sebelumnya daripada para nabi a.s telah bercakap dengan hikmah yang menyampaikan, mereka telah tolong-menolong di dalam mentaati Allah, mereka telah meninggalkan kebatilan dan ahlinya, kekotoran dan ahlinya, mereka telah meninggalkan jalan kesesatan dan Allah telah menolong mereka untuk mentaatiNya dan Dia telah menjaga mereka dari maksiat, maka mereka adalah para wali Allah dan penolong agama-Nya, mereka menggalakkan kebaikan dan menyuruh dengannya, aku telah beriman dengan yang kecil dan yang besar mereka dan orang yang aku telah sebut dan tidak sebutkan mereka, aku telah beriman kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Kemudian lelaki Nasrani itu telah memotong tali pinggangnya dan salibnya di tengkuknya daripada emas.

Kemudian beliau telah berkata: Perintahlah aku sehingga aku memberi sedekahku pada bila-bila masa anda menyuruhku, maka beliau telah berkata: Di sini saudara lelaki untuk anda. Beliau dahulu seperti (agama) anda, beliau seorang daripada golongan anda daripada Qais bin Tha‘labah, beliau di dalam nikmat [Islam] seperti anda, anda menyamainya dan aku tidak berniat untuk menjauhkan hak Islam daripada kamu berdua, maka beliau telah berkata: Demi Allah-aslaha-ka llahu-sesungguhnya aku adalah seorang yang kaya dan aku telah meninggalkan tiga ratus cukai di antara kuda jantan dan kuda betina.

Aku telah meninggalkan seribu unta, maka hak anda padanya lebih banyak daripada hakku, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Anda adalah maula Allah dan rasul-Nya dan anda pada had keturunan anda di atas keadaan anda, maka Islamnya telah baik. Beliau telah mengahwini seorang perempuan daripada Bani Fihr dan maharnya telah diberikan oleh Abu Ibrahim a.s kepada perempuan itu sebanyak lima puluh dinar daripada sedekah Ali bin Abu Talib a.s. Beliau telah berkhidmat kepadanya a.s sehingga dikeluarkan Abu Ibrahim a.s [ke Baghdad], maka beliau (Abdullah) telah mati dua puluh lapan hari selepas itu.

(860)-5. Ali bin Ibrahim dan Ahamd bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya‘qub bin Ja‘far berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ibrahim a.s dan seorang rahib lelaki daripada penduduk Najran al-Yaman telah datang kepadanya dan bersamanya seorang rahib perempuan (rahibah), lalu al-Fadhl bin Sawar telah meminta izin untuk mereka berdua, maka beliau telah berkata kepadanya: Besok, bawa datanglah mereka berdua di sisi perigi Umm Khair, beliau telah berkata: Pada keesokannya kami telah datang, lalu kami telah mendapati mereka juga telah datang.

Kemudian diperintahkan [supaya berada] di Khasfah Biwari, kemudian beliau telah duduk dan mereka juga telah duduk. Lalu rahib perempuan telah mula bertanya kepadanya beberapa masalah, semuanya dijawab oleh Abu Ibrahim a.s. Kemudian beliau a.s telah bertanya rahib perempuan tentang beberapa perkara, tetapi semuanya tidak dapat dijawab olehnya. Kemudian beliau telah memeluk Islam. Kemudian rahib lelaki mulai bertanya kepadanya, maka beliau a.s telah menjawab semuanya, maka rahib lelaki telah berkata: Aku pernah kuat di dalam agamaku dan aku tidak membiarkan seorangpun orang Nasara di bumi mencapai tahapku dari segi ilmu.

Dan aku telah mendengar seorang lelaki di India, apabila beliau mahu melakukan haji di Bait al-Maqdis [perjalanannya] di dalam satu hari satu malam, kemudian beliau kembali ke rumahnya di India, maka aku telah bertanya tentangnya, di bumi manakah beliau? Maka dikatakan kepadaku: Di Sibzaan Dan aku telah bertanya orang yang telah memberitahu kepadaku, maka beliau telah berkata: Iaitu ilmu yang didapati oleh Aasif sahabat Sulaiman apabila beliau telah membawa singgahsana Saba’ sebagaimana telah disebut oleh Allah di dalam kitab kamu dan juga di dalam kitab-kitab kami. Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Berapakah bagi Allah nama yang tidak disebut? Rahib lelaki telah berkata: Nama-nama[Nya] adalah banyak, adapun yang pasti daripadanya adalah tujuh.

Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku apa yang anda ingat? Maka rahib lelaki telah berkata: Tidak, Allah yang telah menurunkan Taurat ke atas Musa dan menjadikan Isa sebagai iktibar kepada semua alam dan fitnah bagi [menguji] kesyukuran mereka yang mempunyai akal. Dia telah menjadikan Muhammad sebagai keberkatan dan rahmat, Dia telah menjadikan Ali a.s sebagai iktibar dan renungan, Dia telah menjadikan para wasi daripada keturunannya dan keturunan Muhammad, aku tidak mengetahui[nya].

Jika aku telah mengetahuinya, nescaya aku tidak berhujah tentangnya kepada percakapan anda dan aku tidak datang kepada anda dan bertanya anda, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Kembalilah kepada cerita lelaki India, maka rahib lelaki telah berkata kepadanya: Aku tidak mengetahui nama-namanya dan aku tidak mengetahui hakikatnya dan penjelasannya, aku tidak mengetahui apakah ia dan bagaimana, maka aku telah pergi sehingga aku telah sampai ke Sibzaan di India, maka aku telah bertanya [orang ramai] tentang lelaki itu, maka dikatakan kepadaku: Sesungguhnya beliau telah membina sebuah biara di atas sebuah gunung, maka beliau tidak keluar dan tidak dilihat melainkan pada setiap tahun dua kali.

[Penduduk] India telah menyangka bahawa Allah telah memancarkan mata air di dalam biaranya, menanamkan tanaman untuknya tanpa usahanya, membajak untuknya tanpa usahanya, maka aku telah sampai ke pintunya, lalu aku telah berada di pintu selama tiga hari, aku tidak mengetuk pintu. Manakala pada hari keempat, Allah telah membuka pintu dan seekor lembu betina telah datang membawa kayu api, menarik hasil tanaman, hampir [air] susunya terkeluar, lalu aku telah menolak pintunya, maka ia telah terbuka, maka aku telah mengikutinya dan aku telah masuk, tiba-tiba aku mendapati seorang lelaki sedang berdiri melihat ke langit, lalu beliau menangis dan beliau melihat ke bumi, lalu beliau menangis dan beliau melihat kepada gunung ganang, lalu beliau menangis, maka aku telah berkata: Subhana llah, alangkah sedikit orang seperti anda pada masa kita ini!

Maka beliau telah berkata kepadaku: Demi Allah, aku hanya satu kebaikan (hasanatun) daripada kebaikan-kebaikan (hasanaat) seorang lelakiyang anda telah meninggalkannya di belakang anda, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah diberitahu bahawa di sisi anda satu nama daripada nama-nama Allah yang mana anda sampai dengannya pada setiap hari dan malam di Bait al-Maqdis dan anda kembali ke rumah anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui Bait al-Muqaddas? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui melainkan Bait al-Maqdis di Syam? Beliau telah berkata: Ia bukan Bait al-Maqdis, tetapi Bait al-Muqaddas iaitu Bait Aali Muhammad s.a.w, maka aku telah berkata kepadanya: Adapun apa yang aku telah mendengarnya sehingga hari aku ini adalah Bait al-Maqdis.

Maka beliau telah berkata kepadaku: Itu adalah mihrab para nabi (mahaarib al-Anbiyaa’), atau dipanggil: Kawasan mihrab (haziirah al-Mahaarib), sehingga telah datang masa (fitrah) di antara Muhammad dan Isa s.a.w dan bala telah mendekati golongan syirik dan dendam kasumat telah mengambil peranan syaitan, maka mereka telah mengubah dan menukarnya dan mereka telah memindahkan nama-nama tersebut sebagaimana firman Allah t.w-batin adalah untuk keluarga Muhammad begitu juga zahirnya-: “Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya Allah tidak menurunkannya untuk (menyembah)nya”

Aku telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, aku telah mengharumi lautan, dukacita, kesusahan, ketakutan, aku pada waktu pagi dan petang berputus asa melainkan aku dapat memenuhi hajatku, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku tidak melihat ibu anda telah mengandungkan anda melainkan malaikat telah datang kepadanya dan aku tidak mengetahui bahawa bapa anda ketika mahu bersetubuh dengan ibu anda melainkan beliau telah mandi dan datang kepadanya ketika ibu anda di dalam keadaan suci. Kemudian beliau telah mengakhiri untuknya dengan kebaikan, [berkata]: Kembalilah ke negeri anda dan pergilah sehingga anda berada di Madinah Muhammad s.a.w yang dipanggil Tayyibah dan namanya pada masa Jahiliyah adalah Yathrib.

Kemudian pergilah ke satu tempat yang dipanggil al-Baqi‘, kemudian tanyalah tentang rumah yang dipanggil: Dar Marwan, maka tinggallah di situ selama tiga hari, kemudian tanyalah tentang syeikh yang hitam (aswad) yang berada di pintunya bekerja di al-Biwari, berlembutlah dengan syeikh itu dan katakan kepadanya: Teman sebilik anda telah bermalam di sudut rumah yang ada kayu-kayu kecil di empat penjuru, telah mengutusku, kemudian tanyalah beliau tentang polan bin polan, tanyalah beliau tentang kelabnya dan tanyalah beliau bilakah beliau datang padanya dan anda akan dapat melihatnya.

Atau beliau akan menceritakannya kepada anda, maka anda akan mengenalinya dengan sifatnya atau aku akan menceritakannya kepada anda, aku telah berkata: Apabila aku bertemu dengannya apakah yang aku akan buat? Beliau telah berkata: Tanyalah beliau apa yang telah berlaku dan akan berlaku dan tanyalah beliau tentang tanda-tanda agama orang yang telah lalu dan orang yang ada sekarang, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya sahabat anda yang anda telah berjumpa dengannya telah memberi nasihat kepada anda. Rahib lelaki telah bertanya: Siapakah namanya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Mutammim bin Fairuz, beliau adalah daripada anak-anak Farsi, daripada orang yang telah beriman kepada Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya.

Beliau telah menyembahNya dengan ikhlas dan yakin, beliau telah lari daripada kaumnya kerana takutkan mereka. Justeru, Allah memberi hikmat kepadanya dan menunjukkannya kepada jalan kebijaksanaan dan telah menjadikannya daripada mereka yang bertakwa, Dia telah memperkenalkan di antaranya dan hamba-hamba-Nya yang ikhlas, beliau menzirahi Makkah pada setiap tahun mengerjakan haji dan mengerjakan umrah pada setiap awal bulan, beliau datang dari tempatnya di India ke Makkah, sebagai satu kelebihan daripada Allah dan pertolongan[Nya]. Demikianlah Allah memberi ganjaran kepada mereka yang bersyukur. Kemudian rahib lelaki itu telah bertanya kepadanya soalan-soalan yang banyak. Semuanya dijawabnya.

Dan beliau a.s telah bertanya kepada rahib lelaki itu, tetapi beliau tidak dapat menjawabnya, lalu beliau telah menceritakannya kepadanya, kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang lapan huruf yang telah turun di bumi empat daripadanya dan tinggal di udara empat, kepada siapakah empat huruf di udara itu diturunkan dan siapakah yang mentafsirkannya? Beliau telah berkata: Itu adalah [untuk] Qaim kami, Allah akan menurunkannya kepadanya, maka beliau akan mentafsirkannya dan Dia akan menurunkan kepadanya apa yang tidak diturunkan kepada siddiqiin, para rasul dan mereka yang mendapat petunjuk.

Kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang dua huruf daripada empat huruf yang [diturunkan] di bumi, apakah ia? Beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda empat semuanya, adapun yang pertamanya: Tiada tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, tiada sekutu bagiNya lagi kekal dan kedua: Muhammad Rasulullah s.a.w seorang yang ikhlas, ketiga: Kamilah Ahlu l-Bait, keempat: Syiah kami adalah daripada kami dan kami adalah daripada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah adalah daripada Allah dengan sebab, maka rahib lelaki berkata kepadanya: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

Dan sesungguhnya apa yang telah didatangkannya dari sisi Allah adalah benar dan sesungguhnya kamu adalah pilihan Allah daripada makhluk-Nya dan sesungguhnya Syiah kamu adalah disucikan [diampun], ditukarkan [kejahatan mereka kepada kebaikan] dan bagi mereka ganjaran daripada Allah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kemudian Abu Ibrahim a.s telah menyeru dengan jubah, baju [sederhana], baju besar dan songkok, lalu beliau telah memberikannya kepadanya dan beliau telah melakukan sembahyang Zuhur dan berkata kepadanya: Berkhatanlah, maka beliau telah berkata: Aku telah berkhatan ketika berusia tujuh tahun.

(861)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin al-Mughirah, berkata: Seorang hamba lelaki yang soleh telah melalui seorang perempuan di Mina yang sedang menangis dan kanak-kanak di sekelilingnya turut menangis sama, [rupa-rupanya] seekor lembu betina miliknya telah mati, maka beliau telah mendekatinya, kemudian beliau berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis, wahai hamba perempuan Allah? Beliau telah berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya kami mempunyai kanak-kanak yatim dan aku mempunya seekor lembu betina yang menjadi sumber rezeki kami dan sumber rezeki kanak-kanak, ia telah mati dan telah terputus denganku dan anak-anakku, tidak ada jalan lain lagi bagi kami.

Maka beliau telah berkata: Wahai hamba perempuan Allah, adakah anda mahu jika aku menghidupkannya untuk anda? Maka beliau telah diilhamkan supaya berkata: Ya, wahai hamba Allah, lalu beliau telah menjauhinya dan melakukan sembahyang dua rakaat, kemudian beliau telah mengangkat tangannya mengucap tahniah dan telah menggerakkan dua bibir mulutnya, kemudian beliau telah berdiri dan mengeluarkan suara ke arah lembu, lalu menendangnya dengan kakinya, lantas lembu betina itu bangun, manakala perempuan itu telah melihat kepada lembu betina itu, beliau telah meraung dan berkata: Isa bin Maryam dan Tuhan Ka‘bah, kemudian beliau telah bergaul dengan oramg ramai dan menjadi sebahagian daripada mereka dan telah pergi a.s.

(862)-7. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin ali, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar seorang lelaki soleh sedang meratapi seorang lelaki, maka aku telah berkata kepada diriku: Sesungguhnya beliau mengetahui bila lelaki daripada Syiahnya akan mati? Maka beliau telah berpaling kepadaku separuh marah, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, sesungguhnya Rusyaid al-Hajari mengetahui ilmu manaya dan ilmu balaya dan imam a.s adalah lebih mengetahui dengannya.

Kemudian beliau telah berkata: Wahai Ishaq, buatlah apa yang anda mahu kerana umur anda sudah fana dan sesungguhnya anda akan mati dalam masa dua tahun dan saudara-saudara anda [akan mati] tidak lama selepas anda sehingga berpecah kalimat mereka dan sebahagian mereka akan mengkhianati sebahagian yang lain sehingga musuh mereka bergembira, maka ini ialah pada diri anda, maka aku telah berkata: Sesungguhnya aku memohon ampun daripada Allah apa yang terlintas di hatiku, tidak lama selepas majlis ini, beliau telah mati. Apa yang beliau telah lakukan ke atas mereka hanya sedikit sahaja sehingga anak-anak lelaki ‘Ammar telah mengambil harta orang ramai, akhirnya mereka telah menjadi muflis.

(863)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajali, daripada Ali bin Ja‘far berkata: Muhammad bin Isma‘il telah datang kepadaku. Sesungguhnya kami telah mengerjakan umrah pada bulan Rajab dan kami pada waktu itu telah berada di Makkah, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya aku mahu pergi ke Baghdad dan aku mahu memberi ucapan selamat jalan kepada bapa saudaraku Abu al-Hasan-Iaitu Musa bin Ja‘far a.s, aku mahu anda pergi bersamaku kepadanya, maka aku telah keluar bersamanya kepada saudaraku yang berada di rumahnya di al-Hubah, itu adalah selepas Maghrib, maka aku telah mengetuk pintu, lalu saudaraku telah menjawab kepadaku, maka beliau telah berkata: Siapakah ini?

Maka aku telah berkata: Ali, maka beliau telah berkata: Beliaulah ini, keluar-beliau lambat mengambil wuduk-maka aku telah berkata: Cepatlah, beliau telah berkata: Aku cepat, lalu beliau telah keluar memakai kain sarung yang berwarna merah yang mana beliau telah mengikatnya di tenguknya sehingga beliau telah duduk di depan pintu, maka Ali bin Ja‘far telah berkata: Aku telah memeluknya, aku telah mengucup kepalanya dan aku telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan satu urusan jika anda melihatnya betul, maka Allah akan memberi taufik kepadanya dan jika tidak sedemikian, alangkah banyaknya langkah yang kita mesti lalui, beliau telah berkata: Apakah dia?

Aku telah berkata: Ini anak saudara anda mahu mengucapkan selamat jalan kepada anda dan beliau akan pergi ke Baghdad, maka beliau telah berkata kepadaku: Panggilah beliau, lalu aku telah memanggilnya dan beliau telah berada jauh, maka beliau telah mendekatinya, lalu mengucup kepalanya sambil berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah menjawab kepadanya: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya untuknya dan beliau mulai berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya.

Kemudian beliau telah kembali, lalu beliau telah mengucup kepalanya, maka beliau telah berkata: Wahai bapa saudaraku, maka beliau telah berkata: Berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya anda bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berkata: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya kepadanya, kemudian beliau telah kembali, lalu mengucup kepalanya, kemudian berkata: Wahai bapa saudaraku, berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya, kemudian beliau telah menjauhinya dan aku telah pergi bersamanya, maka saudaraku telah berkata kepadaku: Wahai Ali, tinggallah di tempat anda, maka aku telah berdiri di tempatku, lantas beliau telah memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah memanggilku, akupun telah datang kepadanya, lalu beliau telah mengambil dompet yang berisi 100 dinar dan memberikannya kepadaku.

Beliau telah berkata: Katakan kepada anak saudara anda supaya beliau menggunakannya di dalam musafir, Ali telah berkata: Aku telah mengambilnya dan aku memasukkannya pada tepi pakaianku, kemudian beliau telah memberi kepadaku 100 dinar lagi dan beliau telah berkata: Berilah juga kepadanya, kemudian beliau telah memberi kepadaku dompet yang lain dan berkata: Berilah juga kepadanya, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apabila anda takut daripadanya seperti anda sebutkan, kenapa anda meminta tolong daripadanya untuk diri anda? Maka beliau telah berkata: Apabila aku telah menghubunginya, maka beliau telah memutuskan [perhubungan] denganku, Allah akan memutuskan ajalnya.

Kemudian beliau telah mengambil bantal kulit, padanya 3000 dirham dan berkata: Berilah ini juga kepadanya, beliau telah berkata: Maka aku telah keluar kepadanya, maka aku telah memberi kepadanya 100 dinar yang pertama, maka beliau telah bergembira dengannya sehingga aku telah menyangka bahawa beliau akan pulang dan tidak akan pergi, kemudian aku telah memberi kepadanya 3000 dirham, maka beliaupun pergi sehingga beliau telah datang kepada Harun dan memberi salam kepadanya dengan khilafah, lalu beliau telah berkata: Aku tidak menyangka di bumi ada dua khalifah sehigga aku telah melihat bapa saudaraku Musa bin Ja‘far telah memberi salam kepadanya dengan khilafah, maka Harun telah menghantar kepadanya 100.000 dirham, maka Allah telah melontarnya dengan penyembelihan, tetapi beliau a.s tidak melihat kepada dirham dan menyentuhnya.

(864)-9. Sa‘d bin Abdullah dan Abdullah bin Ja‘far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, berkata: Musa bin Ja‘far a.s telah mati ketika berusia 54 tahun pada tahun 183 hijrah dan telah hidup selepas Ja‘far a.s selama 35 tahun.
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: