Solawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, yang telah Allah swt sucikan seperti dalam firmannya: “Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”(33:33).
Di dalam suasana masyarakat Malaysia ini, bila disebut sahaja perkataan Syiah, majoriti orang (yang informed) akan mempunyai pandangan negatif berkenaan dengannya. Perkataan Syiah menjadi satu perkataan yang “Taboo”, atau terlarang, dan orang-orang yang berkaitan dengannya akan dipandang dengan penuh prejudis dan syakwasangka serta penuh penghinaan yang tidak berasas.
Page ini, bukanlah untuk menerangkan apa itu Syiah, atau menjawab segala fitnah tentangnya, tetapi bertujuan, dengan seringkas mungkin, menceritakan pengalaman aku dalam mencari kebenaran sehingga akhirnya bertemu jalan ini, jalan Ahlul Bait nabi(sawa).
Biarlah aku mulakan dengan latar belakang hidup ku. Nama ku Amin Farazala Al Malaya, berasal dari keluarga yang pendidikan agamanya hanyalah sederhana, tetapi alhamdulillah, mengamalkan ajaran Islam dengan kuat, bermazhab Imam Syafie. Aku bukanlah ulama, atau ustaz, atau orang alim, hanyalah seorang hamba Allah yang ikhlas mencari kebenaran duniawi dengan mengikuti jalan Allah dan RasulNya. Latar belakang pendidikan aku pun tak pernah belajar di sekolah agama, mahupun mengikuti kursus major agama Islam di universiti. Aku hanya mempunyai sarjana muda dan Diploma Perakaunan dari sebuah universiti tempatan, bukan jugak UIA.
Jadi, macam mana aku kenal Syiah ni? Satu jalan yang aku yakini ialah Islam yang sebenar. Dua jalan yang paling banyak membantu aku menemui jalan ini ialah, membaca dan berdialog, samada dari sumber Sunni atau Syiah.
Buku syiah yang pertama aku baca tapi aku tak tahu itu buku Syiah ialah ketika aku tingkatan 4, buku tentang perang Iraq dan Iran, Aku mula berkenalan dengan perkataan Syiah ketika itu. dalam buku itu juga, aku diperkenalkan dengan sikap masyarakat Syiah dan pemimpin mereka. Pada pandangan aku ketika itu, aku berasa marah, kenapa perlu adanya Sunni dan Syiah ni? sampai nak bergaduh-gaduh, tak boleh ke wujudnya satu ISLAM?
Sentimen ini berterusan sehinggalah aku diterima belajar di sebuah Universiti. Bersamaan dengan dasar di negara ini, maka banyaklah tohmahan dan fitnah yang disebarkan terhadap Syiah, yang turut membuatkan aku konfius. Antara fitnah yang dilemparkan ialah:
1. Syiah menyembah Ali.
2. Syiah terlampau mengagungkan Ali.
3. Syiah ada Quran sendiri. 4. Syiah ini tentera dajjal.
4. Syiah diasaskan oleh si Yahudi Abdullah Ibn Saba.
Aku tak boleh terima dan keliru. Adakah 500 juta penganut mazhab syi’ah imamiyah yang bersolat setiap hari, berpuasa, mengakui ketauhidan Allah swt dan kerasulan Muhammad ini sesat? Adakah semua ini palsu belaka? Adakah 500 juta orang ini bertaqiah dan berpura-pura dalam aqidah mereka? Kalau betul, maka Bravo!!! Mereka melakukan sesuatu yang paling ajaib di dalam dunia, kerana begitu organized sekali lakonan mereka, dari yang tua hinggalah yang muda. Movie awards patutnya diberi kepada orang-orang Syiah kerana kehebatan mereka ini melampaui batas logika. hehe.
Seperti yang aku cakap awal tadi, aku bukanlah alim, tapi aku sangat berminat dalam agama Islam ni. Terutamanya dalam dua bidang utama iaitu Sirah . Banyak buku-buku berkaitan yang aku baca, serta aku kaji personliti-personaliti utama agama Islam. Bagaimanapun semakin lama aku mengkaji, semakin banyak aku dapati percanggahan dan keganjilan di dalam sejarah agama Islam ni, terutamanya berkaitan para sahabat, yang aku dapati banyak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam dan prinsip aku iaitu bahawa semua para sahabat itu adil dan bergerak dalam kerangka demi kepentingan agama(walaupun berbunuhan sesama sendiri).
Dan disebabkan minat aku pada Imam Mahdi, maka turut menarik minat aku kepada satu kelompok istimewa dari para sahabat yang digelar Ahlul bait. Atas dasar itu, aku memulakan kajian aku dengan memenuhkan masa aku membaca buku Sunni dan Syiah, menonton video mereka serta yang paling penting berdialog dengan mereka. Setelah aku mendalami hujah hujah, dari Sunni dan Syiah, aku menggunakan akal yang Allah swt berikan pada ku untuk memilih mana yang di fikirkan paling logik serta dekat kepada Allah swt. Setelah 5 tahun, kini aku bertemu, Islam sejati, Syiah Ahlul Bait.
Berikut ialah beberapa perkara yang membuatkan aku menjadi pengikut kepada Ahlul Bait(as):
Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan kalian 2 perkara berat, yang pertama ialah Al Quran yang ada padanya cahaya dan pedoman, yang kedua ialah itratku dari Ahlul Bait. Sahih Muslim, At Tarmizi, Mustadrak, Fadhail As Sahabah, Musnad Ibnu Hanbal dan banyak lagi(banyak sangat).
Dari Ummu Salamah, Rasulullah bersabda: Ali itu bersama Quran dan Quran itu bersama Ali, keduanya tidak akan terpisah sehingga mereka sampai di Kausar. Al Mustadrak, Al Sawaiq al Muhriqah, Tarikh Al Khulafa.
Barangsiapa yang mahu hidup dan matinya seperti ku dan memasuki syurga yang telah dijanjikan kepadaku, hendaklah dia mengiktiraf Ali sebagai walinya selepas ku, dan selepas Ali hendaklah mengiktiraf anak-anak Ali, kerana mereka tidak akan membiarkan kamu di luar pintu petunjuk, dan tidak pula membiarkan kamu memasuki pintu kejahatan. Kanz Al Ummal.
Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang kepadanya aku ialah maula, maka Ali ialah maula bagi beliau. At Tarmizi, Sunan Ibnu Majah, Khasa’is an Nisai, Al Mustadrak Al Hakim, Musnad Ahmad Ibnu Hanbal, Fadhail as Sahaba, al Bidayah wa Al Nihayah, Tarikh Al Khulafa.
” Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil Amri dari kalangan kamu.”(4;59).
Fakhruddin Ar Razi di dalam Tafsir Al Kabir memberi komentar, bahawa ulil Amri perlu maksum kerana diletakkan setaraf dengan rasul, maka ketaatan kepada mereka berdua adalah sama dan tanpa kompromi.
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Jabir, di dalam buku Kifayatul Athar di mana di dalam komentar untuk ayat ini, Rasulullah menyebut nama 12 Imam Syiah. Al Khazzz, Kifayatul Athar.
Selepasku akan ada 12 Imam/khalifah. Bukhari, Muslim, Tarmizi, Sunan Abu Daud, Musnad Ibnu Hanbal.
Rasulullah bersabda: Aku adalah kota ilmu, dan Ali ialah gerbangnya, jadi barangsiapa yang ingin memasuki kota ini perlu melalui gerbangnya. Tarmizi, Mustadrak, Fadhail as Sahaba
“Tidakku meminta sebarang upah(atas tugas kenabian ini) melainkan cinta kepada keluarga ku.” (42:23).
Sesungguhnya Allah menetapkan upah atas tugas kenabian ku ini, ialah cinta kepada keluarga ku. (Muhibbuddin Al Tabari).
Ibnu Abbas meriwayatkan apabila ayat 42:23 diturunkan, para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapakah Ahlul Bait mu yang Allah wajibkan kami mencintai mereka?” Rasulullah berkata: Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain.Tafsir al Kabir, Musnad Ibnu Hanbal, al Sawaiq al Muhriqah.
Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, rasulnya serta orang2 yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat ketika sedang rukuk. (5:55).
Para ulama merekodkan ayat ini diturunkan kepada Ali yang memberi zakaat cincin beliau ketika rukuk. Tafsir al kabir, Tafsir ad Dhur al Manthur, Musnad Ibn Hanbal, Kanz ul Ummal
Sesungguhnya kau hanyalah pemberi amaran, dan bagi tiap2 kaum ada penunjuknya. (18:7).
Ibnu Abbas meriwayatkan ketika ayat ini diturunkan, Rasulullah meletakkan tangannya di dada dan berkata: Aku adalah pemberi amaran.” dan menunding kepada Ali, kamu adalah pemimpin kaum muslimin selepas ku.”.
Dan kini aku telah menjumpai Islam sebenar. Tidak lagi aku keliru, yang mana satu sunnah asli, Syafi’i ke, atau maliki, atau Hanbali atau Hanafi atau wahabi. Aku sudah sedar sekarang bahawa Allah swt telah melantik penunjuk bagi kaum kita, umat Muhammad, bagi menggantikan Rasulullah dalam segala hal kecuali kenabian. Mereke pemegang sunnah yang asli, penjaga agama Islam dari segala bidaah, dan memahami ilmu Al Quran dengan sempurna. Aku yakin dengan jalan ini. Ya Allah, hidupkanlah aku dan matikanlah aku di jalan Ahlul Bait.
Web ini bukan berniat untuk menyebar Syiah, tetapi lebih kepada menjawab fitnah yang dilemparkan terhadap mazhab ini dan penganutnya. Fitnah wajib dijawab dan saya tidak akan biarkan ia berterusan. Jika tidak suka saya membongkar fitnah ini, mulakanlah dengan berhenti menebar fitnah. Kepada yang bukan Syiah, anda dilarang melawat laman ini, jika anda berkeras, maka saya tidak akan bertanggungjawab atas pencerobohan akidah anda.
Allahumma Solli Ala Muhammad wa Aali Muhammad.
(Syiah-Ali/ABNS)
Post a Comment
mohon gunakan email