Pesan Rahbar

Home » » Sahabat Rasulullah saw dan Ahlul Baitnya as

Sahabat Rasulullah saw dan Ahlul Baitnya as

Written By Unknown on Thursday 19 November 2015 | 22:18:00

Al-Miqdad Bin Al-Aswad
Gelarannya adalah Abu Ma‘bad. Namanya Miqdad bin ‘Umru al-Bahrani. Al-aswad bin Abd Yaghuth al-Zuhri telah mengambilnya sebagai anak angkat, lalu ia dinisbahkan kepadanya.

Ja‘far bin al-Husain al-Mukmin telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Walid daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dikaitkan kepada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Salman adalah pengikut setia Amir al-Mukminin a.s sehingga gelincir matahari, maka Allah membalasnya dengan menjadikan kesan bintik-bintik kemerahan di tengkuknya. Dan Abu Dhar adalah daripada pengikut setianya sehingga waktu zuhur, maka Allah membalasnya sehingga Uthman menguasainya dan membawanya di atas kuda tanpa pelana sehingga lecek daging punggungnya kemudian mengusirnya dari sekitar (makam) Rasulullah s.a.w ke Rabzah. Adapun orang yang tidak pernah berubah walaupun sekelip mata selepas kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga meninggal dunia ialah al-Miqdad bin al-Aswad yang sentiasa bersedia dengan pedangnya dan dua matanya menumpu dua mata Amir al-Mukminin a.s menunggu perintahnya untuk dilaksanakannya.(Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 52).

Salman al-Farisi
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Wahib bin Hafs daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata: Sesungguhnya Salman  telah diajari al-Ism al-A‘zam (nama Allah yang paling mulia) Al-Kasyi, (al-Rijal, hal.7-8.).

Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih daripada bapanya dan Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Salman telah mendapat ilmu pertama  dan ilmu akhir.  Beliau adalah lautan yang tidak kering dan merupakan  daripada kami Ahlu l-Bait. Keilmuan Salman terserlah ketika beliau berjalan dan terserempak dengan seorang lelaki di dalam satu kumpulan. Beliau berkata kepada lelaki itu: Wahai hamba Allah! bertaubatlah anda kepada Allah dari apa yang anda telah lakukan di dalam rumah anda kelmarin dan bertakwalah kepada Allah. Lantas lelaki tadi menjawab: Aku memohon ampun daripada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Beliau a.s berkata: Setelah Salman  pergi, kumpulan lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya Salman telah melontarkan kata kepada anda dengan perkara yang anda tidak dapat mempertahankan diri anda sendiri. Lelaki itu menjawab: Salman telah memberitahu aku perkara yang tidak diketahui oleh seorang pun melainkan Allah, Tuhan sekalian alam dan aku. ( Al-Kasyi, al-Rijal, hal.7-8.).

Abu Dhar al-Ghifari Dan Ammar Bin Yasir
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Muhammad bin Ismail bin Isa daripada Ibn Abu Najran daripada Mufadhdhal bin Salih daripada Muhammad bin Marwan daripada seorang lelaki daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada aku supaya aku mencintai empat orang iaitu: Ali, Abu Dhar, Salman dan al-Miqdad (Inna l-Laha auhaa ilayya an uhibba arba‘atan). (Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, vi , 83).

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Abu al-Qasim daripada Muhammad bin Ali daripada Nasr bin Ahmad daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya daripada Muhammad bin Ishaq daripada Salih bin Ibrahim daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau berkata: Seorang syeikh  yang telah menyaksikan peperangan Siffin bersama mereka berkata: Demi Allah, sesungguhnya orang ramai berada di khemah-khemah mereka, kami hanya mendengar suara Ammar bin Yasir ketika matahari condong atau hampir condong. Ammar berkata: Wahai manusia! Siapakah yang akan pergi ke Syurga seperti orang  dahaga pergi kepada airnya? (man ra’ih ila al-jannah ka-zama’aan yurwi  al-Ma’). Syurga hanya di bawah hujung lembing (ma l-Jannatu illa tahta atraafi l-‘Awali). Hari ini aku akan bertemu dengan kekasih aku Muhammad dan partinya (al-Yauma alqi al-Ahibbata Muhammadan wa hizba-hu). Wahai kaum muslimin! Percayalah Allah tentang (kebatilan) pihak musuh. Demi Allah sesungguhnya anak-anak golongan Ahzab  menerima agama Islam secara terpaksa  takutkan pedang.  Mereka keluar daripada Islam dengan sukarela apabila mereka mendapat peluang.

Pada masa itu Ammar  berumur sembilan puluh tahun. Ammar berkata: Demi Allah! Perkara ini mestilah dengan kuda dan kelengkapannya. ‘Ammar berkata ketika melihat bendera  ‘Umru bin al-‘As: Sesungguhnya bendera ini telah memerangi kami sebanyak tiga kali. Kali ini adalah yang paling kuat. Kemudian Ammar berkata lagi:
Kami telah memerangi kalian semasa turunnya al-Qur’an
 Hari ini kami memerangi kalian di atas takwilnya.
 Peperangan yang menghilangkan kepenatan dari   tidurnya 
menjauhkan sahabat daripada sahabatnya
Atau kebenaran kembali ke jalannya
Wahai Tuhanku! Aku percaya dengan firman-Mu

Kemudian ‘Ammar meminta air kerana terlalu dahaga. Beliau didatangi seorang perempuan yang mempunyai dua tangan agak panjang.  Tidak diketahui sama ada madu atau ubat bersamanya. Namun,  dalamnya terdapat sedikit susu. ‘Ammar berkata: Syurga adalah di bawah lembing, hari ini aku bertemu dengan kekasih aku Muhammad dan partinya. Demi Allah sekiranya mereka dapat mengalahkan kita sehingga mereka dapat menyampaikan kepada kita pelepah kurma yang jauh. Nescaya kita mengetahui bahawa sesungguhnya kita adalah di atas kebenaran sebaliknya mereka di atas kebatilan. Ammar  ditikam dan dibunuh oleh Ibn Juwain al-Saksaki dan Abu  al-‘Adiyah atau al-Ghadiyah-Fazari. Abu al-‘Adiyah telah menikam Ammar manakala Ibn Juwain  memotong kepalanya. Laknat Allah ke atas mereka berdua.

‘Umru Bin Al-Hamiqu al-Khaza‘i
Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu Abdullah al-Barqi daripada bapanya secara marfu’ berkata: ‘Umru bin al-Hamiqu al-Khaza‘i berkata kepada Amir al-Mukminin a.s: Demi Allah, aku tidak datang kepada anda kerana harta dunia yang anda akan memberikannya kepada aku dan bukan kerana mencari pangkat yang dapat meningkatkan ingatan aku tetapi kerana anda adalah sepupu Rasulullah  s.a.w, orang yang lebih istimewa (aula) daripada orang lain, suami Fatimah, penghulu wanita  semesta alam a.s, bapa zuriat yang masih kekal bagi Rasulullah s.a.w dan yang paling besar saham kepada Islam daripada muhajirin dan ansar.

Demi Allah! Jika anda  memerintahkan aku untuk memindahkan bukit yang tinggi dan melintasi laut yang dalam sehingga datang hariku dan pada tanganku pedangku maka aku akan menggoncang musuh anda dengannya. Aku akan menguatkan kewalian anda, Allah akan meningkatkan kemuliaan anda dan akan  menguatkan hujah anda. Aku fikir aku belum lagi melaksanakan hak anda ke atas aku dengan sebenarnya. Amir al-Mukminin a.s berkata: Wahai Tuhanku! Sinarlah hatinya dengan cahaya  keyakinan dan tunjuklah kepadanya jalan yang benar. Alangkah baiknya jika terdapat seratus orang seumpama anda pada pengikutku. (Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, viii, 475, 726).

Disebut tentang permulaan Islamnya, beliau adalah seorang penternak unta bagi keluarganya yang telah membuat perjanjian kesetiaan dengan Rasulullah s.a.w .
Sebahagian daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang diutus kepada keluarga ‘Umru berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak mempunyai bekalan makanan dan kami tidak pula mengetahui jalan (bagaimana kami ke sana?). Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu dengan seorang lelaki yang berseri mukanya. Dia akan memberi kamu makanan dan minuman serta menunjukkan jalan kepada kamu.  Beliau adalah di kalangan ahli syurga”.

‘Umru berkata: Mereka datang sehingga sampai kepadaku pada petang hari.  Aku menyuruh pemuda-pemuda aku supaya menyembelih beberapa unta dan memerah susu (lembu) untuk mereka, kemudian mereka bermalam dengan memakan daging dan meminum susu sehingga pagi.

‘Umru berkata: Kamu tidak boleh pulang sehingga kamu makan atau membawa makanan, lantas seorang daripada mereka berkata sambil ketawa kepada sahabatnya. ‘Umru bertanya: Kenapa anda ketawa?.  Dia menjawab: Bergembiralah dengan berita gembira Allah dan Rasul-Nya. ‘Umru berkata: Apakah berita gembira itu?. Maka dia menjawab: Rasulullah s.a.w telah mengutus kami ke tempat yang jauh ini. Baginda s.a.w telah memberitahu kami mengenai jamuan ini. Pada waktu itu kami tidak mempunyai bekalan makanan dan tidak ada petunjuk jalan untuk ke tempat ini.  Baginda s.a.w. bersabda: Kamu akan bertemu dengan seorang lelaki yang akan memberi makan dan  minum kepada kamu serta akan menunjukkan jalan kepada kamu, maka dia adalah di kalangan ahli syurga”. Lantaran itu kami tidak bertemu dengan  orang yang telah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w selain daripadamu.

‘Umru berkata: Aku menaiki (kuda) bersama mereka dan aku menunjukkan jalan kepada mereka, kemudian aku kembali kepada pemuda-pemudaku dan menasihati mereka tentang unta. Setelah itu, aku berjalan menuju Rasulullah s.a.w sehingga aku memberi baiah kepadanya dan memeluk agama Islam. Aku dan kaum aku mendapat keamanan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa diri kami, harta kami, darah kami selamat apabila kami mengucap “ Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah”. Kami mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan “saham Allah” dan “saham Rasul-Nya”. Beliau s.a.w bersabda: Diri kamu, darah kamu dan harta kamu  selamat apabila kamu menunaikan semuanya. Maka dengan dhimmah Allah dan Rasul-Nya, harta dan darah kamu tidak akan dicerobohi.

Maka aku tinggal (bermukim) bersama Rasulullah s.a.w dan kami berperang bersamanya di dalam beberapa peperangan sehingga Rasulullah s.a.w meninggal dunia. (Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 726)Al-Miqdad Bin Al-Aswad
 
Maka aku tinggal (bermukim) bersama Rasulullah s.a.w dan kami berperang bersamanya di dalam beberapa peperangan sehingga Rasulullah s.a.w meninggal dunia. (Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 726).

(Emansipasi-Al-kazim/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: