Sistem perhambaan manusia mungkin sudah pupus, tapi bagaimana pula dengan khadam jin? Apa betul jin ini boleh dipercayai? Bukankah ada istilah “sejahat jahat manusia adalah sebaik baik jin”, dan zionis itu adalah jin2 paling baik ?,( ini saya sendiri yang tambah :)). Tapi istilah ini tak berapa boleh dipakai kerana tiada dalil dan hadis tentang kata2 ini dan juga kerana Al Quran mengatakan :
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?”)(Al An’am:130).
Ayat itu menjelaskan yang jin juga diberi peringatan, dan perintah kepada jin untuk beriman. Tentu saja tidak kena kerana sejahat jahat manusia itu manusia yang jatuh kafir dan maksudnya juga sebaik baik jin adalah sejahat manusia kafir dan formulanya berkesudahan dengan tiada jin yang tidak kafir. Berdasarkan ayat diatas “daripada kalangan kamu sendiri” jelas memang jin juga terbahagi kepada golongan yang beriman dan golongan yang kafir.
Apa yang saya hendak ceritakan ini adalah dari kisah sabahat saya ditempat kerja, seorang yang kononnya menjadi broker (orang tengah) untuk penjualan khadam ini. Cara dia menjawab panggilan telefon dari member2 dia juga menarik perhatian saya, kadang2 sukar nak faham apa yang diorang tengah bincangkan tapi memang agak mistik sikit dari perbualan biasa. Tak semua orang mampu percaya perkara2 begini tapi bagi saya sendiri kewujudan jin ni memang tak boleh dibantah cuma untuk dijadikan khadam itu yang meragukan.
Dari segi kemuliaan, tentu saja manusia jauh lebih mulia, cuma dari segi kemampuan mahu menundukkan dan kerelaan ditundukkan itulah yang meragukan. Sahabat saya ini mengatakan khadam ini 100% Islam, dan rumahnya adalah dari cincin yang berbatu “geliga lipan”. Bila saya bertanya dari mana diorang dapat, dia kata cuma perlu niat hendakkan batu ini maka Allah SWT akan beri petunjuk. Kerana tuan2 batu ini ada yang jumpa secara tak sengaja dimana2, katanya batu ini akan bercahaya didalam tanah dan orang itu sahaja yang nampak.
Berapa pula harganya? Yang ni katanya kalau terjual maka dia tak perlu kerja lagi, so maknanya dia belum pernah jual lagilah (sebab still datang kerja hari2). Habuan untuk broker adalah separuh dari harga batu itu, dan katanya lagi harga pasaran sekarang 4 juta, wow!! Dan pelanggannya adalah dari datuk2, ahli perniagaan dan ada juga menteri.
Pernah satu hari dia ceritakan pada saya yang kawannya dah dapat jual, dan bukan macam goreng pisang cara jualnya, standart jual hartanah juga nampaknya, surat perjanjian, peguam dan bayaran semua dibuat di bank. Entah apa di tulis dalam surat perjanjian itu agaknya kan. Dia ceritakan lagi yang dia pernah beberapa kali buat urusan dengan pelanggan, dan pertemuan dibuat di hotel untuk membuktikan keaslian batu itu, sebagai contoh adegan2 potong memotong akan dibuat yang menunjukkan kekebalan untuk tuan khadam ini. Tapi tak ada lagi yang berjaya kerana pelanggan akan menawar harga yang tak sepatutnya, disebabkan dia hanya ada satu maka dia tetap hendak menunggu big bang nya juga. Saya berani katakan yang dia tak menipu , cuma jin tu saja yang saya agak menipunya, Wallahualam.
Yang menarik perhatian saya ialah apabila dia katakan tentang tabib2 islam, bomoh, ustad, dukun semua tu pakai jin, tapi berselindung dengan ayat Al Quran, seketika saya teringatkan ustad kampong saya yang mengubat orang dengan ayat2 Al Quran, tapi peribadinya kurang disenangi penduduk setempat sebab itulah majority orang luar saja yang dating mengubat dengannya. Hmm… bukan urusan saya rasanya untuk fikir berlebihan.
Entahlah, saya cuma mampu memberi nasihat secara halus pada sahabat saya ini, untuk yang punya jin ni tak boleh nasihat kasar2 :) . Al Quran pernah menceritakan pada kita dalam surah Al Jin:
“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin:6).
Jadi, janganlah kita yang sudah sememangnya banyak dosa ni mencari2 perkara yang belum pasti halal untuk kita, ringankan tulang empat kerat kita dalam mencari rezki, itu lebih afdal dan berpahala.
InsyAllah.
(Emansipasi-Al-kazim/ABNS)
Post a Comment
mohon gunakan email