Perjanjian secara mendalam diantara Khalifa Mamun ar-Rashid Abbasi dan Imam Reza telah dirakamkan di dalam Sharh-e-Mawaqif. Setelah berutus selama 6 bulan dan dengan ancaman dari Mamun, Imam Reza telah dipaksa untuk menerima menjadi pengganti khalifa. Perjanjian telah dituliskan dan Mamun menanda tangani, perjanjian yang mengatakan bahawa selepas Mamun mati khalifa akan berpindah kepada Imam Reza.
Apabila dokumen diletakkan dihadapan Imam Reza, dia menuliskan catatan yang berikut mengenainya: ‘Saya, Ali Bin Musa Bin Jafar, dengan ini mengatakan bahawa hamba yang beriman [Mamun ar-Rashid], [Semoga dia berdiri teguh pada yang benar dan semoga Allah memandunya kejalan yang betul] telah mengiktiraf hak kami, yang mana lainnya tidak lakukan; maka dia telah menyambungkan pertalian yang telah dipisahkan; dia memberikan keamanan dan kepuasan kepada mereka yang ditindas dengan kekejaman, bahkan dia mengembalikan semangat mereka apabila ianya hampir musnah; dia menjadikan mereka senang dan bersyukur apabila mereka setelah menjalani kehidupan yang menderita, supaya dia boleh mendapat rahmat Allah dan sesungguhnya Allah akan memberikan kepadanya ganjaran yang baik, kepada mereka yang bersyukur kepadaNya dan Dia tidak mengabaikan ganjaran bagi mereka yang benar. Sesungguhnya dia telah menjadi saya penggantinya dan telah menletakkan pada saya kebesaran emirate jika saya dapat hidup selepas dia.’
Pada penhujungnya, Imam yang suci menulis: ‘Tetapi Jafr-e-Jami’a mengatakan yang sebaliknya, [iaitu saya tidak akan selamat] dan saya sendiri tidak tahu bagaimana kamu dan saya akan diperlakukan. Hanya Allah, yang memerintah, yang perintahNya adalah benar, dan Hakim yang teragung.’
Sa’d Bin Mas’ud Bin Umar Taftazani di dalam bukunya Sharh-e-Maqasidu’t-Talibin fi-ilm-e-Usulu’d-din, merujuk kepada perkataan yang dituliskan oleh Imam, ‘Jafr wa Jami’a’ di dalam perjanjian, mengulas dengan mendalam bahawa maksud Imam menurut dari Jafr dan Jami’a, Mamun tidak akan memeggang pada janji dan dunia melihat apa yang terjadi. Bahawa keturunan nabi yang dicintai telah syahid kerana diracun. Maka kebenaran terhadap pengetahuan Imam yang suci telah terbukti, dan ianya telah diketahui oleh setiap manusia bahawa keluarga yang suci lagi mulia ini tahu semua perkara yang jelas dan tersembunyi.
(Al-Kisah/ABNS)
Post a Comment
mohon gunakan email