Pesan Rahbar

Home » » Jibril Membawa Buku Tertutup Untuk Wasi (Pengganti) Nabi

Jibril Membawa Buku Tertutup Untuk Wasi (Pengganti) Nabi

Written By Unknown on Wednesday, 9 December 2015 | 20:57:00


Satu dari hadiah ilahi kepada Ali melalui nabi adalah buku penamat yang dibawa oleh Jibril. Ulama dan ahli sejarah yang agung, Allama Abu’l-Hasan Ali Bin al-Husain Mas’ud, yang dihormati oleh sunni dan shia menulis di dalam bukunya Isbatu’l-Wasiyya: ‘Jibril dan malaikat yang diamanahkan membawa dari Allah buku yang tertutup kepada nabi dan berkata kepadanya: ‘Semua yang hadir disini bersama kamu melainkan wasi kamu, hendaklah tinggalkan tempat ini supaya saya boleh memberikan kitab-e-wasiyya [buku pesanan terakhir]

Kemudian nabi mengarahkan semua yang hadir supaya beredar melainkan Amirul-Mukminin, Fatima, Hasan dan Husain. Jibril berkata: ‘Wahai nabi! Allah sampaikan salamNya kepada kamu dan mengatakan bahawa dokumen ini yang mana Dia telah menjanjikan kepada kamu dan telah menjadikan malaikatNya saksi kepadanya dan bahawa Dia sendiri adalah saksi kepadanya.’

Kemudian nabi mula menggigil dan berkata: ‘Salam adalah kepunyaaNya, dan salam adalah dariNya, dan salam kembali kepadaNya.’

Mengambil buku itu dari Jibril dia membacanya dan berikan kepada Ali. Nabi berkata: ‘Ini adalah janji dan amanah dari tuhan ku. Sesungguhnya saya telah melaksanakan tugas saya dan telah menyampaikan pesanan Allah.’

Amirul-Mukminin berkata: ‘Semoga ibu dan bapa ku berkorban nyawa untuk kamu! Saya menjadi saksi kepada kebenaran pesanan ini. Telinga, mata, daging dan darah saya menjadi saksi kepadanya.’

Nabi berkata kepada Ali: ‘Ini adalah wasiat saya dari pihak Allah. Terimalah dan menjadi penjamin padanya dihadapan Allah. Adalah bagi saya pada mejalankan tugas saya.’ Ali berkata: ‘Saya akan menjadi penjamin kepadanya, dan adalah bagi Allah pada menolong saya.’

Di dalam buku itu Amirul-Mukminin telah disuruh memenuhi janji yang berikut:

Bersahabat dengan sahabat Allah; bermusuh dengan musuh Allah. Bersabar terhadap penindasan;supaya dengan sabar menanggong dan menahan kemarahan apabila haknya dirampas, apabila dihina dan apabila dia diserang dengan secara keji.

Amirul-Mukminin berkata: Saya terima, dan saya berpuas hati dengannya. Jika yang keji ditunjukkan kepada saya, jika hadith ditolak, jika arahan al-Quran telah diputar belitkan, jika Kabah diratakan, dan jika janggut saya dimerahi dengan darah dari kepala saya, walaupun begitu saya akan tabah dan sabar.’

Selepas itu Jibril, Mikail dan malaikat muqarrabin yang lain telah menyatakan kesaksian mereka terhadap Amiru’l-Mu’minin. Begitu juga, Hasan, Husain, dan Fatima telah diamanahkan dengan tanggong jawab yang sama. Keadaan dan masalah yang akan mereka hadapi telah diberitahukan kepada setiap mereka dengan terperinchi. Selepas itu kenyataan dan penyaksian telah ditutup dengan mohor emas mentah dan diberikan kepada Ali. Buku itu mengandongi hadith Allah, hadith nabi, penentangan mereka yang menentang dan penukaran terhadap perintah ilahi dan segala kejadian dan bencana yang berlaku selepas nabi.

Dan inilah yang Allah katakan: ‘Dan segalanya Kami telah simpan pada Imam yang nyata [petunjuk, ie Ali].’ [36:12]

Secara ringkas, nabi sampaikan pengetahuannya kepada Ali dan keturunannya, Imam yang ma’sum. Jika tidak begitu, nabi tidak akan memanggil Ali ‘pintu pengetahuan’ dan tidak akan berkata: ‘Jika kamu hendak mengambil faedah dari pengetahuan saya, pergilah kepada pintunya; Ali.’

Jika Imam yang suci tidak mempunyai semua pengetahuan nabi, dia tidak akan mengatakan dihadapan semua sahabat dan juga musuh” ‘Tanyalah kepada saya apa sahaja yang kamu kehendakki sebelum saya mati dan meninggalkan kamu.’

Tidak ada siapa melainkan Ali yang pernah mengatakan begini untuk dirinya. Apabila mereka yang lain mengatakan mempunyai pengetahuan telah disoal mengenai fakta yang nyata dan yang tersembunyi, mereka akhirnya mendapat malu.

Hafiz Ibn Abdu’l-Barr Maghribi Andalusi di dalam bukunya Isti’ab fi Ma’rifati’l-Ashab berkata, “Sesiapa yang mengucapkan perkataan ‘Tanyalah saya sebelum saya mati dan meninggalkan kamu’ adalah penipu, melainkan Ali Bin Abi Talib.” Abdu’l-Abbas Ahmad Ibn Khallikan Shafi’i di dalam Wafaya dan Katib-e-Baghdadi di dalam Ta’rikh, jilid 13, p.163, mengatakan bahawa satu hari Maqatil Bin Sulayman, seorang ulama terkenal, mashor dengan kebolehannya menjawab soalan susah dengan cepat, mengatakan dihadapan perhimpunan manusia: “Tanyalah saya mengenai apa sahaja yang dibawah langit.”

Seorang bertanyakan kepada dia: “Bilakah nabi Adam mengerjakan haji? Siapa memotong rambutnya apabila dia selesai?” Maqatil menjadi binggung dan terus membisu.

Seorang lagi bertanya kepada dia: “Adakah semut mengambil makanannya melalui perut atau melalui cara lain? Jika melalui perut, dimanakah perut dan ususnya?”

Maqatil sekali lagi terdiam. Dia berkata: “Allah telah meletakkan soalan itu di dalam hati kamu supaya saya mendapat malu dengan kebanggaan, pada pengetahuan yang saya milikki.’

Hanya mereka yang sempurna kemampuannya untuk menjawab semua soalan boleh mengatakan yang sedemikian. Di dalam seluruh ummah, tiada siapa melainkan Ali Ibn Abi Talib yang mempunyai kedudukan begitu.

Oleh kerana dia adalah “pintu pengetahuan” nabi, dia mempunyai segala pengetahuan mengenai perkara yang jelas dan tersembunyi sebagaimana yang diketahui nabi. Makanya, dia boleh mengatakan, ‘tanyalah saya’ dan memberikan jawapan yang tepat dan memuaskan kepada semua soalan. Diantara para sahabat juga tidak ada seorang pun melainkan Ali, yang mengatakan yang sedemikian.

Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, yang agung Khwaja Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Baghawi di dalam Mu’jim, Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra, jilid II, p.198, dan Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, p.76 telah mengatakan dari Sa’id Bin Musayya sebagai berkata bahawa tidak ada seorang sahabat, melainkan Ali Ibn Abi Talib, pernah berkata: “Tanyalah saya apa sahaja yang kamu suka.”

(Al-Kisah/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: