Pesan Rahbar

Home » » Aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah yang Bertentangan dengan Al-Qur’an

Aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah yang Bertentangan dengan Al-Qur’an

Written By Unknown on Saturday, 2 August 2014 | 00:10:00


AI-Asy’ari sebagai pelopor mazhab al-Asya’irah kemudian dikenali dengan mazhab Ahlu Sunnah Wa I-Jama’ah, adalah seorang yang pernah hidup di abad ketiga Hijrah. Beliau dikatakan meninggal dalam tahun 330H?Ini bererti tiga abad seiepas kewafatan Nabi Sawa orang-orang Islam tid­ak berpegang kepada mazhab al-Asya’irah atau mazhab Ahlu s-Sunnah Wa I-Jama’ah.

Menurut al-Syahrastani (w. 548H), bermulanya mazhab Ahlu Sunnah Wa I-Jama’ah apabila ai-Asy’ari berkecimpung dengan golongan al-Sifatiyyah (menetapkan sifat-sifat azaliyyah bagi Allah S.W.T) dan menyokong pendapat-pendapat mereka dengan hujah-hujah Ilmu I-Kalam. Dan semen­jak itulah nama al-Sifatiyyah bertukar kepada al-Asy’a’iyyah. (al-MiIal Wa n-NiIial, Cairo, 1968, I, him. 93).

Al-Asy’ari dalam Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilafal-Musalliyyin, Cai­ro, 1950, I, hIm. 320, apabila membicarakan tentang pendapat-pendapatnya alto akidah-akidahnya, dia menyebutkan “ini adalah sebahagian daripada pendapat (Qaul) Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah.” Sementara di dalam al-lbanah an Usul al-Diyanah, Cairo, 1385 H, him. 8, dia menyebutkan “ini adaIah pendapat (Qau[) Ahl al-Haq dan al-Sunnah.”

Di dalam kedua-dua kenyataan tersebut, dia tidak menyebut perkataan aI-Jama‘ah. Kemungkinan aI-Baghdadi (w.429H) adalah orang pertama di kalangan al-Asya’irah yang mengguna perkataan al-Jama’ah selepas per­kataan Ahlu s-Sunnah (Ai-Baghdadi, Al-Farq bain al-Firaq, Beirut, 1973, hIm. 304), kemudian diikuti oleh Al-Syahrastani (Al-Milal Wa n-Nihal, I, him. Ii). Al-Jama’ah yang hakiki, menurut Imam Ali A.S ialah bersama Ahli kebenaran sekalipun mereka itu sedikit. Al-Furqah (perpecahan) ialah mengikut AhI al-Batil sekaiipun mereka itu ramai (Qadhi Abd al-Jabbar, Fadhl al-I ‘tizal, Cairo, 1955, him. 185). Sementara al-Asy’ari al-Qummi (w.301H) berkata: al-Jama’ah iaiah golongan ramai, menyokong mana-mana pemerintahan tanpa mengira sama ada pemerintahan itu adil atau pun zalim. Mereka bersepakat (berjema’ah) bukan kerana keugamaan. Malah penger­tian al-Jama’ah yang sebenar bagi mereka adalah penpecahan (al-Furqah) kerana dendam mendendam berlaku sesama mereka terutamanya mengenai Tauhid, hukum-hukum, fatwa-fatwa dan lain-lain. Mereka bertengkar dan mengkafir sesama mereka (Kitab al-maqalat wa l-Firaq, Tehran, 1963, hlm.15)

Oleh itu tidak hairanlah jika al-Asy’ari sendiri bertelagah dengan Ahmad bin Hanbal mengenai perbincangan di dalam ‘ilmu l-Kalam, dia menulis buku al-Istihsan bagi menentang musuhnya Ahmad b. Hanbal, walaupun pada muIanya al-Asy’ari mengakuinya sebagai imam.Begitu juga pengikut ai-Hanbali mengkafirkan pengikut aI-Asy’ari kerana menyangka bahawa dia telah membohongi Rasul Sawa .Al-Asy’ari pula mengkafirkan Mu’tazilah dengan alasan mereka membohongi Rasul Sawa di dalam pengithbatan (Sifat) ilmu, qudrat dan lain-lain (ai-Ghazali, Fisal al-Tafriqah baina- I-Islam wa Zandaqah, Cairo, 1970, hIm. 126). A1-Asy’ari pula mengkafirkan Murji’ah (al-Maqalat, I, him. 202). Tindakan al-Asy’ari melahirkan perasaan tidak puas hati di kaiangan pengikut-pengikut Abu Hanifah. Lantaran itu mereka kemudian mengatakan Abu Hanifah seorang Murji’ah tetapi ianya adalah Murji’ah Ahlu s-Sunnah. Justeru itu tidak hairaniah jika al-Zamakhsyari (w.537H) memandang begitu negatif terhadap Ahlu s-Sunnah wa I-Jama’ah, malah dia menanamkan mereka al-Mujbirah (al-Kasysvaf, Cairo, 1 307H. I, him. 421). OIeh itu al-Jama’ah menurut pengertian yang kedua adalah simbol Perpaduan lahiriyah sesama mereka di bawah satu pemerintahan tanpa kaitan dengan keugamaan (Perpaduan Politik). Pada hakikatnya ia adalah perpecahan dan perselisihan dari segi hukum, fatwa dan lain-lain.


Walau bagaimanpun di sini dipenturunkan sebahagian daripada akidah al-Asy’ari dan ai-Asya’irah atau akidah-akidah Ahlu s-Sunnah wa l- Jama’ah yang bertentangan dengan al-Qur’an sepenti berikut:

1. Ja'fari:Allah tidak menghendaki orang-orang kafir menjadi kafir.

Al-Asy'ari: Allah (swt) menghendaki orang-orang kafir menjadi kafir dan mengunci hati mereka(al-Asy'ari, al-Ibanah, hlm. 10; al-Asy'ari, al-Maqalat, hlm. 321).

Lantaran itu pendapat ini adalah bertentangan dengan firman Allah (swt) dalam Surah al-Muddathir (74): 43-46, terjemahannya,"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?" Mereka menjawab:"Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan kami mendustakan hari pembalasan." Sekiranya Allah telah menghendaki mereka menjadi kafir - memasuki neraka, kenapa Dia pula bertanya,"Apakah yang memasukkan kamu ke neraka Saqar?" Dan orang-orang kafir pula akan menjawab: Kami memasuki neraka Saqar kerana kamu (Tuhan) telah menghendaki kami menjadi kafir? Dan Allah (swt) tidak bertanya di dalam firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2):28, terjemahannya,"Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaku)?." Justeru itu jikalau apa yang dikatakan oleh al-Asy'ari itu betul, nescaya Tuhan tidak akan bertanya lagi kepada mereka kerana mereka telah dijadikan kafir oleh-Nya. Sedangkan Dia juga berfirman: Surah al-Zumar (39), terjemahannya,"Dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya."


2. Ja'fari: Allah (swt) tidak akan menyiksa seseorang hamba kerana perbuatanNya padanya dan tidak akan mencelainya.

Al-Asyar'irah: Allah (swt) akan menyiksa seorang hamba di atas perbuatanNya, malah Dia menjadikan padanya kekafiran, kemudian menyiksanya (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).

Oleh itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-An'am (6):164, terjemahannya,"Dan tidaklah seseorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri, dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." Dan firman-Nya dalam Surah al-Fussilat (41):46, terjemahannya,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menzalimi hamba-hamba-Nya."Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan menyiksa seseorang kerana perbuatan orang lain.


3. Ja'fari: Taklif adalah mendahului perbuatan.

Al-Asya'irah: Taklif semasa melakukan perbuatan dan bukan sebelumnya (al-Milal Wa n-Nihal, I, hlm. 96).

Ini bererti seorang itu tidak menjadi penderhaka ('asi) kerana penderhakaan adalah menyalahi perintah. Dan jikalau penderhakaan tidak boleh berlaku melainkan semasa melakukan sesuatu, oleh itu masa penderhakaan ialah masa tidak melakukan sesuatu. Justeru itu ia (seseorang) tidak ditaklifkan (dibebankan) pada masa itu. Jika tidak, taklif mestilah mendahului perbuatan dan ini adalah bertentangan dengan mazhab mereka. Walau bagaimanapun al-'Isyan (penderhakaan) telah berlaku menurut al-Qur'an, firmanNya dalam Surah Taha (20):93, terjemahannya,"Maka apakah kamu (sengaja) menderhakai perintahku?," firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18):69, terjemahannya,"Dan aku tidak akan menderhaka (menentang)mu dalam sesuatu urusan," dan firman-Nya dalam Surah Yunus (10):91, terjemahannya,"Apakah sekarang (baru kamu percaya) pada hal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu." Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa taklif adalah mendahului perbuatan. Justeru itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan nas.


4. Ja'fari: Allah tidak menjadikan kejahatan hamba-hamba-Nya tetapi mereka sendiri yang melakukannya.

Al-Asy'ari: Kejahatan hamba-hamba-Nya (Sayi'at al-'Ibad) dijadikan oleh Allah SWT, dan mereka tidak ada pilihan (al-Maqalat, I, hlm. 32; al-Ibanah, hlm. 10).

Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Allah dalam Surah al-Fussilat (41):46, terjemahannya,"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menzalimi hamba-hamba(Nya)." Ayat tersebut menerangkan bahawa kejahatan tidak dijadikan oleh Tuhan malah manusia yang melakukannya di atas pilihan mereka sendiri. Justeru itu pendapat al-Asy'ari tersebut menyalahi nas.


5. Ja'fari: Qudrat (kuasa) mendahului perbuatan.

Al-Asy'ari dan al-Asya'irah: Qudrat tidak mendahului perbuatan malah ia bersama perbuatan (al-Ibanah, hlm. 10; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).

Ini bererti taklif di luar kemampuan, kerana orang kafir dibebankan (ditaklifkan) di luar kemampuannya dengan keimanan. Dan sekiranya ia mampu beriman semasa kafirnya, ini adalah bertentangan dengan mazhab mereka iaitu Qudrat bersama perbuatan, dan tidak mendahului perbuatan sebaliknya jika ia tidak mampu beriman, bererti taklif di luar kemampuan. Sedangkan Allah (swt) tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Justeru itu Qudrat semasa melakukan sesuatu adalah bertentangan dengan akal dan nas.


6. Ja'fari: Allah SWT melakukan sesuatu kerana tujuan tertentu (gharad) menurut hikmah dan kemuslihatan orang-orang yang ditaklifkan.

Al-Asya'irah: Tidak harus bagi Allah (swt) melakukan sesuatu kerana tujuan dan kemuslihatan tertentu, kembali kepada hamba-hamba-Nya (Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1962, XVII, hlm. 11).

Ini memberi implikasi bahawa terdapat perbuatanNya yang sia-sia. Lantaran itu pendapat al-Asya'irah bertentangan dengan firman Allah (swt) dalam Surah al-Anbiya' (21):16, terjemahannya,"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main." Dan firmanNya dalam Surah Ali Imran (3):191,terjemahan,"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia." Oleh itu pendapat al-Asya'irah tersebut adalah menyalahi nas.


7. Ja'fari: Allah (swt) tidak membebankan (taklif) seseorang apa-apa yang ia tidak mampu, kerana membebankan seorang apa yang ia tidak mampu adalah terkeluar daripada Hikmah (kebijaksanaan) Allah (swt). Oleh itu adalah tidak harus bagiNya membebankan seorang yang lumpuh terbang ke udara, menghimpunkan dua perkara yang berlawanan supaya berhimpun, mengembalikan hari kelmarin, menurunkan bulan dan matahari dan lain-lain.

Al-Asya'irah: Allah (swt) membebankan seseorang apa yang ia tidak mampu (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96). Justeru itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan firman Allah (swt) dalam Surah al-Baqarah (2):286, terjemahannya,"Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang ia mampu," dan iannya juga bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18):49, terjemahannya,"Tuhan kamu tidak akan menzalimi seorang pun daripada kamu."Justeru itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan nas.

8. Ja'fari: Nabi (Saw.) menghendaki apa yang dikehendaki oleh Allah (swt). Dia membenci apa yang dibencikan oleh Allah (swt) dan ia tidak menyalahi-Nya di dalam masalah Iradah dan Karahah (kebencian).

Al-Asya'irah: Nabi (Saw.) menghendaki apa yang dibencikan oleh Allah (swt). Dan ia membenci apa yang dikehendaki oleh Allah (swt). Kerana Allah (swt) menghendaki kekafiran daripada orang kafir, kemaksiatan daripada orang yang melakukan maksiat, kejahatan daripada penjahat, kefasikan daripada orang yang fasik (al-Ibanah, hlm. 10; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96). Sedangkan Nabi (Saw.) menghendaki ketaatan daripada mereka. Justeru itu al-Asya'irah adalah diantara apa yang dikehendaki oleh Allah (swt) dan apa yang dikehendaki oleh Nabi (Saw.). Oleh itu Allah (swt) membenci ketaatan daripada orang fasik, iman daripada orang kafir, tetapi Nabi (Saw.) sebaliknya menghendaki kedua-duanya.

Al-Asya'irah juga menyalahi di antara apa yang dibencikan oleh Allah (swt) dan apa yang dibencikan oleh Nabi SAWA. Lantaran itu mengikut al-Asya'irah, Allah (swt) tidak menghendaki taat daripada orang yang melakukan maksiat, sebagaimana dikehendaki oleh Nabi (Saw.). Oleh itu pendapat al-Asya'irah adalah menyalahi firman Allah (swt) dalam Surah al-Isra'(17):38, terjemahannya,"Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu," dan firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39):7, terjemahannya,"dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya."


9. Ja'fari: Imamah dan Khilafah adalah sebahagian daripada rukun Islam, dan ianya berlaku melalui nas.

Al-Asy'ari: Ianya bukanlah sebahagian daripada agama (al-Din). Dan ianya berlaku melalui al-ittifaq (persetujuan) atau al-ikhtiyar (pemilihan) (al-Milal Wa n-Nihal, I, hlm. 103). Oleh itu persoalannya siapakah yang lebih berhak Khalifah tidaklah penting. Tetapi apa yang lebih penting baginya ialah siapakah yang telah memegang jawatan khalifah dengan cara tersebut. Dan ianya tidak ada kaitan dengan nas. Justeru itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an yang tidak memisahkan (Imamah) politik dengan agama, firman-Nya dalam Surah al-Baqarah(2):124, terjemahannya,"Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia."Ibrahim berkata,"Saya memohon juga dari keturunanku."Allah berfirman:"JanjiKu ini tidak meliputi orang yang zalim." Dan firman-Nya dalam Surah al-Nisa'(4):59, terjemahannya,"Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr daripada kamu," kedua-dua ayat tersebut menunjukkan bahawa politik (Imamah) tidak terpisah daripada agama, kerana Dia mewajibkan ketaatan kepada Uli l-Amr sebagaimana Dia mewajibkannya kepada rasul-Nya ke atas umatnya. Justeru itu pendapat al-Asy'ari yang memisahkan politik (Imamah) dan agama adalah bertentangan dengan nas.


10. Ja'fari: Tidak mengakui kepimpinan orang yang tidak ada istiqamah dengan berpandukan al-Qur'an.

Al-Asy'ari: Mengakui kepimpinan mereka sekalipun tidak ada istiqamah (zalim) dan sekali-kali tidak boleh menentang mereka secara kekerasan, malah memadailah dengan berdoa untuk kebaikan mereka (al-Ibanah, hlm. 12; al-Maqalat, I, hlm. 324). Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Tuhan Surah Hud (11): 113, terjemahan,"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim maka kamu akan disentuh api neraka." Dan firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4):59, terjemahannya,"Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr daripada kamu." Uli l-Amr yang wajib ditaati selepas rasul-Nya ialah orang yang ada istiqamah, bukannya pelaku kezaliman. Lantaran itu tidak hairanlah jika pendapat al-Asy'ari diterima oleh pemerintah dan dijadikan akidah negara sepanjang abad.


11. Ja'fari: Penentangan kepada segala bentuk kezaliman sekalipun melibatkan peperangan adalah berterusan dengan apa cara sekalipun kerana ianya tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Al-Asy'ari: Peperangan (penentangan) di dalam keadaan fitnah hendaklah dihentikan (Tark al-Qital Fi l-Fitnah), (al-Ibanah, hlm. 12). Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Tuhan Surah al-Baqarah (2): 193, terjemahannya,"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi...."Dan firmanNya Surah al-Hujurat (49): 9, terjemahannya,"Perangilah golongannya yang melakukan kezaliman itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah." Justeru itu pendapat beliau itu adalah menyalahi nas.


12. Ja'fari: Tidak sah sembahyang di belakang Fajir (orang yang derhaka kepada Allah).

Al-Asy'ari: Sah sembahyang di belakang fajir. Beliau berpegang kepada perbuatan Abdullah bin Umar yang telah mengerjakan sembahyang di belakang al-Hajjaj(al-Maqalat, I, hlm. 324; al-Ibanah, hlm.12). Bagi al-Asy'ari al-Hajjaj adalah seorang fajir dan Abdullah bin Umar adalah seorang birr (yang baik). Walau bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar tidak boleh dijadikan dalil atau bukti sahnya sembahyang di belakang fajir. Kerana ianya bertentangan dengan firman-Nya Surah al-Infitar (82): 14, terjemahannya,"Sesungguhnya Fujjar (orang-orang yang derhaka) benar-benar berada di dalam neraka," dan firman-Nya dalam Surah Hud (11): 113, terjemahannya,"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (fajr), maka kamu akan disentuh api neraka." Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah menyalahi nas.


13. Ja'fari: Sahabat ada yang baik, ada yang jahat dan ada yang munafiq berdasarkan nas. Oleh itu mereka mestilah dinilai dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (Saw.) yang tidak bertentangan dengan al-Qur'an secara keseluruhan. Segala pujian atau celaan Tuhan kepada mereka adalah daripada Sifat fi'l (sementara), bukan daripada Sifat Dhat (kekal). Lantaran itu ianya tergantung di atas kelakuan mereka sama ada menyalahi nas atau pun tidak.

Al-Asy'ari: Kepatuhan kepada semua Sahabat (Sa'ira Ashab al-Nabi) (al-Ibanah, hlm. 12) kenyataan al-Asy'ari memberikan implikasi:

a) Sahabat semuanya menjadi ikutan. Tidak ada perbezaan di antara Sahabat yang mematuhi nas, dan Sahabat yang menyalahi nas.

b) Mentaqdiskan (mensucikan) Sahabat tanpa menggunakan penilaian al-Qur'an, sedangkan banyak terdapat ayat-ayat al-Qur'an yang mencela perbuatan mereka, kerana mereka menyalahi nas (lihat umpamanya dalam Surah al-Juma'at (62): 11).

c) Mengutamakan pendapat sahabat daripada hukum Allah (swt) seperti hukum seorang yang menceraikan isterinya tiga kali dengan satu lafaz, jatuh satu menurut al-Qur'an dalam Surah al-Baqarah (2): 229, terjemahannya,"Talak (yang dapat dirujuk) dua kali." Tetapi apabila Khalifah Umar mengatakan ianya jatuh tiga (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137), al-Asya'irah menerimanya dan dijadikannya "hukum" yang sah sekalipun ianya menyalahi nas (al-Farq baina l-Firaq, hlm. 301).

d) Mengutamakan Sunnah Sahabat daripada Sunnah Nabi (Saw.) seperti membuang perkataan Haiyy 'Ala Khairil l-'Amal di dalam azan dan iqamah oleh khalifah Umar, sedangkan pada masa Nabi ianya sebahagian daripada azan dan iqamah. Begitu juga Khalifah Umar telah menambahkan perkataan al-Salah Khairun mina l-Naum (al-Halabi, al-Sirah, Cairo, 1960, II, hlm. 110).

e) Kehormatan Sahabat tidak boleh disentuhi oleh al-Qur'an, kerana mereka berkata: Semua sahabat adalah adil walaupun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.).

f) Menilai kebenaran Islam menurut pendapat atau kelakuan Sahabat, dan bukan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (Saw.) yang sebenar. Mereka berkata kebenaran berada di lidah Umar. Lantaran itu mereka berpegang kepada pendapat Khalifah Umar yang mengatakan dua orang saksi lelaki di dalam talak tidak dijadikan syarat jatuhnya talak. Sedangkan Allah (swt) berfirman dalam Surah al-Talaq (65): 3, terjemahannya," dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil." Mereka juga berkata," Iman Abu Bakr jika ditimbang adalah lebih berat daripada iman umat ini." Sekiranya iman khalifah Abu Bakr itu lebih berat daripada iman keseluruhan umat ini termasuk iman Umar dan Uthman, kenapa tidak dijadikan kebenaran itu pada lidah Abu Bakr? Di tempat yang lain mereka berkata," Nabi (Saw.) tidak segan silu kepada Abu Bakr dan Umar tetapi beliau malu kepada Uthman."

Persoalannya, kenapa Nabi (Saw.) tidask malu kepada orang yang paling berat imannya di dalam umat ini? Dan kenapa Nabi (Saw.) tidak malu kepada orang yang mempunyai lidah kebenaran? Pendapat-pendapat tersebut telah disandarkan kepada Nabi (Saw.) dan ianya menyalahi nas dan hakikat sebenar, kerana kebenaran adalah berada di lidah Nabi (Saw.) dan al-Qur'an.

g) Meletakkan Islam ke atas Sahabat bukan Rasulullah (Saw.), mereka berkata: Jika Sahabat itu runtuh, maka runtuhlah Islam keseluruhannya lalu mereka jadikannya "aqidah" sedangkan Sahabat sendiri bergaduh, caci-mencaci dan berperang sesama mereka.

h) Mengamalkan hukum-hukum Sahabat (Ahkamu-hum) dan Sirah-sirah mereka adalah menjadi Sunnah Ahli Sunnah (al-Baghdadi, al-Farq baina l-Firaq, hlm. 309), sekalipun ianya bertentangan dengan nas, kerana "bersetuju" dengan Sahabat adalah menjadi lambang kemegahan mereka. Mereka berkata lagi:"Kami tidak dapati hari ini golongan umat ini yang bersetuju atau menyokong semua Sahabat selain daripada Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah (Ibid, hlm.304). Lantaran itu Ahlu l-Sunnah adalah mazhab yang mementingkan "persetujuan" dengan Sahabat sekalipun Sahabat menyalahi nas.

i) Mempertahankan Sahabat sekalipun Sahabat menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAWA dengan berbagai cara sekalipun. Jika seorang pengkaji ingin mengetahui kedudukan sebenar sahabat itu sebagaimana dicatat di dalam buku-buku muktabar, mereka berkata:" Ini adalah suatu cacian kepada Sahabat sekalipun ianya telah ditulis oleh orang-orang yang terdahulu."


Mereka berkata lagi:"Kajian tersebut adalah merbahaya dan ianya merupakan barah kepada "aqidah" mereka, jangan dibiarkan ianya menular di dalam masyarakat." Nampaknya mereka sendiri tidak dapat menilai bahan-bahan ilmiah sekalipun mereka berada di institusi-institusi pengajian tinggi. Sebaliknya apabila bahan-bahan ilmiah yang mencatatkan sahabat tertentu yang melakukan perkara-perkara yang menyalahi al-Qur'an, mereka menganggapnya pula sebagai cerita dongeng atau 1001 malam. Lihatlah bagaimana mereka menjadikan sahabat sebagai aqidah mereka wal hal ianya bukanlah dari rukun Islam dan rukun Iman! Akhir sekali mereka menyuruh "pihak berkuasa" supaya mengambil tindakan, kerana khuatir mereka tidak begitu mampu lagi untuk mempertahankan "aqidah" mereka yang bertentangan dengan al-Qur'an.

Oleh itu pihak berkuasa terus menerima cadangan tersebut, dan diletakkan pengkaji tersebut di kandang orang salah. Sebenarnya mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran al-Qur'an dan keadaan sebenar "umat manusia." Mereka menganggapnya sebagai barah pada hakikatnya itulah penawar. Tetapi ianya tidak dapat diketahui dan dinilai oleh orang yang tidak mempunyai fikiran yang luas dan mendalam. Wahai Tuhanku! Di manakah keadilan di dunia ini!


14. Ja'fari: Memihak kepada Sahabat yang benar di dalam semua perkara.

Al-Asy'ari: Berkecuali, tidak memihak kepada mana-mana sahabat sekiranya berlaku pertelingkahan atau peperangan di kalangan mereka (al-Ibanah, hlm. 12; al-Maqalat, II, hlm. 324). Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Allah (swt) dalam Surah al-Hujurat (49):9, terjemahannya,"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah," dan ianya juga bertentangan dengan firmanNya dalam Surah Hud (11): 113, terjemahannya," Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka kamu akan disentuh api neraka." Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah menyalahi nas kerana tidak ada pengecualian di dalam menyokong kebenaran.


15. Ja'fari: Allah (swt) tidak dapat dilihat di dunia dan di akhirat kerana Dia bukan jism dan setiap yang bukan jism tidak dapat dilihat.

Al-Asy'ari: Allah SWT dapat dilihat di akhirat firmanNya dalam Surah al-Qiyamah (75): 22-23, terjemahannya," Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri kepada Tuhannyalah ia (Wajah-wajah) melihat." Al-Asy'ari mengatakan Allah dapat dilihat di akhirat seperti dilihatnya bulan penuh purnama (al-Ibanah, hlm. 10; al-Maqalat, I, hlm. 321).

Sebenarnya apa yang dipegang oleh al-Asy'ari itu adalah ayat Mutasyabihah. Oleh itu ianya hendaklah dirujuk kepada ayat Muhkamah iaitu firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 103, terjemahannya,"Dia tidak dapat dicapai penglihatan, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui." Dan juga ianya hendakklah dirujuk kepada firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 143, terjemahannya,"Dan tatkala Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa,"Ya Tuhanku, nampaklah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." Tuhan berfirman,"Kamu sekali-kali tidak dapat melihatku (Lan tara-ni), tetapi lihatlah ke bukit, maka jika ia tetapi di tempatnya nescaya kamu dapat melihatku." Tatkala Tuhannya nampak bagi bukit itu, maka bukit itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan."


Ayat tersebut menunjukkan:
a) Allah tidak dapat dilihat kerana Tuhan berfirman,"Sekal-kali (Lan tara-ni) kamu tidak akan melihatKu."
b) Allah mengaitkan "penglihatan" kepada perkara yang mustahil iaitu sekiranya bukit itu tetap. Tetapi terbukti ianya hancur lebur.
c) Permintaan Musa untuk melihat Tuhan adalah di atas desakan kaumnya, sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 153,"Ahli Kitab meminta kepadamu agar menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu. Mereka berkata: perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata." Maka mereka disambar petir kerana kezaliman. Lantaran itu Allah tidak dapat dilihat di dunia dan di akhirat.


16. Ja'fari: Amalan baik (ta'at) seorang mukmin berhak diberi pahala jikalau tidak, ianya menjadi sia-sia dan kezaliman dikaitkan kepada Allah (swt) .

Al-Asy'ari: Amalan baik yang dilakukan oleh seorang mukmin belum tentu mendapat pahala daripada Allah (swt) .

Sebaliknya ia boleh dimasukkan ke neraka tanpa mengira kebaikannya. Dan Tuhan pula tidak boleh dikatakan zalim jika Dia berbuat demikian (al-Maqalat, I, hlm. 322; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 101). Ini bererti orang yang paling tinggi takwanya seperti Nabi (Saw.) belum pasti ianya ke syurga atau orang yang paling jahat seperti Fir'aun belum tentu dia dimasukkan ke neraka. Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firmanNya dalam Surah al-Qasas (28): 84, terjemahanya,"Barang siapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya." Dan firmanNya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya,"Barang siapa membawa amal yang baik baginya (pahala) sepuluh kali ganda, dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat maka Dia tidak memberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya."

Oleh itu pendapat al-Asy'ari tidak memberangsangkan seseorang mukmin supaya melakukan amalan yang lebih baik kerana belum pasti, dia akan mendapat pahala. Sebaliknya ia merangsangkan orang fasiq untuk meningkatkan kefasikannya kerana belum pasti, dia akan dimasukkan ke neraka.


17. Ja'fari: Perbuatan manusia bukan al-Jabr (terpaksa menurut apa yang telah "ditetapkan" oleh Allah (swt) dan bukan al-Tafwid (diberi kebebasan mutlak) tetapi ianya di antara kedua-duanya.

Al-Asy'ari: Perbuatan manusia dijadikan oleh Allah (swt) (makhluqah) (al-Ibanah, hlm. 9; al-Maqalat, I, hlm. 321)

Al-Asy'ari berpegang kepada Surah al-Saffat (37): 96, terjemahannya,"Dan Allah telah menjadikan kamu dan apa yang kamu buat." Sebenarnya ayat tersebut adalah menunjukkan keingkaran Allah (swt) terhadap perbuatan penyembah-penyembah berhala kerana mereka mengukir berhala-berhala mereka dari batu dan kayu kemudian menyembahnya pula. Sedangkan kayu-kayu dan batu-batu tersebut adalah kejadian Allah (swt) .

Dan jikalaulah ianya sebagaimana yang dikatakan oleh al-Asy'ari ini bererti Tuhan tidak akan menyiksa hamba-hamba-Nya kerana perbuatanNya. Jika tidak, Dia tidak menepati janji-Nya dan Dia dikatakan zalim. Justeru itu ianya bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah Taha (20): 15, terjemahannya,"Tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan."Dan firmanNya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya,"Barang siapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalannya dan barang siapa yang membawa amal yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya. Sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)." Oleh itu jika seorang itu dipaksa (majbur) di dalam perbuatannya, nescaya ia mempunyai hujah yang kuat di hadapan Allah (swt) apabila Dia mahu menyiksanya di atas perbuatan maksiatnya yang telah dikehendaki oleh Allah SWT, kerana dia tidak diberi pilihan untuk tidak melakukannya.

Kerumitan yang dihadapi oleh al-Asy'ari mengenai "perbuatan manusia adalah perbuatan Allah (swt)" agak ketara dan beliau cuba mencipta teori al-kasb atau al-iktisab (usaha), tetapi ia bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah, malah ianya bertentangan dengan formulanya sendiri; kekafiran dan kejahatan dikehendaki Allah. Beliau memberi definisi al-iktisab sebagai perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan kuasa baru (qudrah muhdathah) selepas Allah SWT menjadikan perbuatan tersebut (al-Maqalat, hlm. 199; al-Asy'ari, al-Luma', Cairo, 1955, hlm. 97). Atau Allah menjadikan perbuatan dan seseorang itu (al-Abd) berusaha (muktasib) untuknya." (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).

Persoalannya bagaimana seorang itu dapat melakukan al-kasb atau al-iktisab (usaha) menurut pilihannya sedangkan usahanya (al-kasb) itu sendiri adalah penerusan daripada perbuatan Allah (swt) yang telah menetapkan kekafiran, kefasikan dan kejahatan hamba-hambaNya? Oleh itu, teori al-kasb atau al-iktisab yang diciptakan oleh al-Asy'ari kemudian diikuti pula oleh al-Asya'irah (al-Baghdadi, al-Farq baina al-Firaq, hlm. 328), nampaknya tidak dapat melepaskan mereka daripada fahaman Jabariyyah (al-Allamah, Ja'far Subhani, Ma'alim al-Tauhid, Tehran, 1980, hlm. 308) kerana mereka percaya bahawa tidak ada mu'aththir (pelaku) yang sebenar selain daripada Allah SWT.

Justeru itu perbuatan manusia bukanlah al-Jabr (terpaksa menurut apa yang telah ditetapkan Allah (swt) , dan bukan juga al-Tafwid (diberikan kebebasan mutlak), tetapi ianya di antara kedua-duanya. Lantaran itu Imam Ridha AS berkata:"Sesiapa yang menyangka bahawa Allah membuat perbuatan kita, kemudian Dia menyiksa kita kerana perbuatanNya, maka dia telah berkata (Fahaman) Jabariyyah dan sesiapa yang berkata bahawa Allah telah menyerahkan perbuatan dan rezeki kepada manusia, maka dia berkata dengan (Fahaman) al-Tafwid (Mu'tazilah) (Akhbar 'Uyun al-Ridha, Tehran, 1980, hlm. 325). Oleh itu manusia mestilah melakukan amalan yang baik untuk mendapat ganjaran sebagaimana dijanjikan oleh-Nya. Sebaliknya manusia mestilah mejauhkan amalan maksiat kerana dengannya ia disiksa. Imam Musa al-Kazim AS berkata:"Maksiat sama ada datang daripada Allah, justeru itu hamba tiada kaitan dengannya, dan Dia tidak akan menyiksa hambaNya. Atau ianya daripada hambaNya. Atau ianya bersyarikat dengan Allah (swt) . Oleh itu sekutu yang lebih kuat (Allah (swt) ) tidak akan menyiksa sekutu yang lebih lemah (manusia) dengan dosa yang mereka berdua lakukan bersama (Yusuf al-Najafi, al-Aqa'id al-Imamiah, Najaf, 1982, hlm. 64).


Di sini diperturunkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan aqidah-aqidah al-Asy'ari dan al-Asya'irah atau aqidah-aqidah Ahlul Sunnah Wa l-Jama'ah secara langsung seperti berikut:

Pertama: Ayat-ayat yang menunjukkan celaan kepada hamba-hamba-Nya kerana kekafiran dan kemaksiatan sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 20, terjemahannya,"Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaKu?)"Keingkaran dan celaan kepada orang yang lemah atau tidak mampu beriman kepada-Nya adalah mustahil.
2. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18); 55, terjemahannya,"Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika penunjuk telah datang kepada mereka." Bagaimana Dia mencela orang kafir jika mereka tidak mampu beriman.
3. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 39, terjemahannya,"Apakah kemudharatannya bagi mereka kalau mereka beriman kepada Allah."
4. Firman-Nya dalam Surah Sad (38): 75, terjemahannya,"Apakah yang menghalang kamu sujud."
5. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 92, terjemahannya,"Apa yang menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Muddathir (74): 49, terjemahannya,"Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?"
7. Firman-Nya dalam Surah al-Insyiqaq (84): 20, terjemahannya,"Mengapa mereka tidak mahu beriman." Firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 43, terjemahannya,"Semoga Allah memaafkan kamu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang)."
8. Firman-Nya dalam Surah al-Tahrim (66); 1, terjemahannya,"Mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu." Bagaimana harus Dia berkata: Mengapa kamu lakukan? Sedangkan dia tidak melakukannya.
9. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3): 71, terjemahannya,"Mengapa kamu mencampuradukan yang haq dengan yang batil."
10. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3): 99, terjemahannya,"Mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah...?"

Lantaran itu tidak hairanlah jika al-Sahib bin 'Abbad (w. 995M), Perdana Menteri di bawah Muayyid al-Daulah berkata: Bagaimana Dia menyuruh seorang supaya beriman tetapi Dia tidak menghendakinya? Dia melarang kemungkaran dan Dia menghendakinya? Dia menyiksa orang yang melakukan kebatilan sedangkan Dia telah menetapkannya? Bagaimana Dia memalingkannya daripada keimanan? Sedangkan Dia berfirman dalam Surah Yunus (10): 32, terjemahannya,"Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? Dia menjadikan pada mereka kekafiran kemudian Dia berfirman dalam Surah al-Baqarah (2): 28, terjemahannya,"Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaku?)." Dia mencampuradukkan kebatilan pada mereka, kemudian Dia berfirman dalam Surah Ali Imran (3): 71, terjemahannya,"Mengapa kamu mencampuradukkan yang haq dengan yang batil?"

Dia telah menghalangi mereka dari jalan benar, kemudian Dia berfirman dalam Surah Ali Imran (3): 99, terjemahannya,"Mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah?"

Dia telah mendindingkan mereka daripada keimanan kemudian Dia berfirman dalam Surah al-Nisa'(4): 39, terjemahannya,"Apakah kemudharatannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah?"

Dia menghilangkan kewarasan mereka, kemudian berfirman dalam Surah al-Takwir (81): 26, terjemahannya,"Maka kemanakah kamu akan pergi?"

Dia menyesatkan mereka daripada ugama sehingga mereka berpaling kemudian Dia berfirman dalam Surah al-Muddathir (74): 49, terjemahannya,"Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?"


Kedua: Ayat-ayat yang menunjukkan pilihan hamba-hamba pada perbuatan-perbuatan mereka dengan kehendak mereka sendiri sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18): 29, terjemahannya,"Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Fussilat (41): 40, terjemahannya,"Perbuatan apa yang kamu kehendaki."
3. Firman-Nya dalam al-Taubah (9): 105, terjemahannya,"Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu."
4. Firman-Nya dalam al-Muddathir (74): 37, terjemahannya,"Bagi siapa yang di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur."
5. Firman-Nya dalam Abasa (80): 12, terjemahannya,"Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya."
6. Firman-Nya dalam al-Muzzammil (73): 19, terjemahannya,"Maka barangsiapa yang menghendaki nescaya ia menempuh jalan (yang menyampaikannya) kepada Tuhannya."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Naba' (78): 39, terjemahannya,"Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya."

Dan sesungguhnya Allah SWT mengingkari orang yang menafikan kemahuan (al-masyi'ah) daripada diri mereka dan mengaitkannya kepada Allah Ta'ala:

8. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 148, terjemahannya,"Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: Jika Allah menghendaki, nescaya kami tidak mempersekutukannya."
9. Firman-Nya dalam dalam Surah al-Zukhruf (43): 20, terjemahannya,"Dan mereka berkata: Jika Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyalah mereka (mala'ikat)."


Ketiga: Ayat-ayat yang menyuruh hamba-hamba yang melakukan amalan-amalan dan bersegera melakukannya sebagai berikut:
1. FirmanNya dalam dalam Surah Ali Imran (3): 133, terjemahannya,"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Ahqaf (48): 31, terjemahannya,"Sahutilah dan berimanlah kepadaNya."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Anfal (8): 24, terjemahannya,"Sahutilah seruan Allah dan Rasul."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Hajj (22): 77, terjemahannya,"Hai orang-orang yang beriman, rukuklah dan sujudlah kamu."
5. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 21, terjemahannya,"Sembahlah Tuhanmu."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Isra' (17): 107, terjemahannya,"Berimanlah kamu kepada-Nya."
7. Firman-Nya dalam al-Zumar (39): 55, terjemahannya,"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu."
8. Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 54, terjemahannya,"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu."

Bagaimana Dia menyuruh melakukan ketaatan dan bersegera kepadanya sedangkan orang yang disuruh itu ditegah, tidak mampu untuk melakukannya?


Keempat: Ayat-ayat yang memberangsangkan supaya memohon pertolongan dengan-Nya sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah al-Fatihah (1): 5, terjemahannya,"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Nahl (16): 98, terjemahannya,"Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari Syaitan yang terkutuk."
3. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 128, terjemahannya,"Mohonlah pertolongan kepada Allah."

Sekiranya Dia telah menjadikan kekufuran dan kemaksiatan sebagaimana didakwa oleh al-Asya'irah atau Ahlul Sunnah wa l-Jama'ah, bagaimana pertolongan dan perlindungan diminta daripadaNya?


Kelima: Ayat-ayat yang menunjukkan sandaran perbuatan kepada hamba sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah Maryam (19): 37, terjemahannya,"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 79, terjemahannya,"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka."
3. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 148, terjemahannya,"Kami tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Anfal (8): 53, terjemahannya,"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkannya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
5. Firman-Nya dalam Surah Yusuf (12): 18, terjemahannya,"Sebenarnya diri kamulah yang memandang baik perbuatan (buruk) itu, maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Ma'idah (5): 30, terjemahannya,"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Tur (52): 21, terjemahannya,"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya."
8. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 123, terjemahannya,"Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan kejahatan itu."
9. Firman-Nya dalam Surah Ibrahim (14): 22, terjemahannya,"Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku."
10. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18): 7, terjemahannya,"Agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya."
11. Firman-Nya dalam Surah al-Jathiah (45); 21, terjemahannya,"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh?"
12. Firman-Nya dalam Surah al-Sad (38): 28, terjemahannya,"Patutkah kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah (pula) kami menganggap orang-orang yang bertaqwa sama dengan orang-orang yang berbuat baik?"
13. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 31, terjemahannya,"Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)."
14. Firman-Nya dalam Surah Fussilat (41): 46, terjemahannya,"Barangsiapa mengerjakan amal saleh, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri."
15. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 82, terjemahannya,"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat beriman, beramal saleh kemudian tetap dijalan yang benar."

Bagaimana Dia menyuruh dan melarang tanpa orang melakukannya? Jikalaulah begitu keadaannya, maka ianya sepertilah menyuruh dan melarang al-Jamad (benda yang tidak bergerak)! Nabi SAWAW bersabda:"Niat seorang mukmin adalah lebih baik daripada amalannya (al-Muttaqi al-Hindi, Kunz al-Ummal, III, hlm. 242).


Keenam: Ayat-ayat yang menunjukkan pengakuan para nabi ke atas amalan-amalan mereka sebagai berikut:
1. Firman-Nya (Surah al-A’raf 7:23) terjemahannya:’Ya Tuhan kami,kami telah men ganaya dir kami sendiri’
2. Firman-Nya(Surahal-Anbiya’21:87) terjemahannya:’Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang- orang zalim’.
3. Firman-Nya (Surah al-Qasas 28:16) terjemahannya:’Ya Tuhan sesungguhnakutelah menganiaya diriku sendiri’.
4. Firman-Nya (Surah Yusuf 12:18) terjemahannya:’Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu”
5. Firman-Nya (Surah Yusuf 12:100) terjemahannya:’Setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku’.
6. Firman-Nya (Surah Hud 11:47) terjemahannya: ‘Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau seperti yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya’.

Ayat-ayat di atas menunjukkan pengakuan para nabi A.S.di atas per­buatan-perbuatan mereka dan merekalah yang melakukannya, tidak Se­bagaimana pendapat al-Asya’irah atau AhIu s-Sunnah Wa I-Jama’ah yang menyatakan Allah telah menjadi perbuatan-perbuatan mereka sehingga mereka tidak mempunyai pilihan. Pengakuan kesalahan tersebut adalah dari bab “Hasanat al-A brar Sayyi ‘at al-Mu qarrabin


Ketujuh: Ayat-ayat yang menunjukkan pengakuan orang-orang kafir dan penderhaka di atas perbuatan mereka sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah Saba' (34): 31-32, terjemahannya,"kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhan mereka...."Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? Sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Muddathir (74): 43- 46, terjemahannya,"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?" Mereka menjawab:"Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Mulk (67): 8-9, terjemahannya,"Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka:"Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?" Mereka menjawab:"benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kamu mendustakannya."
4. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 37, terjemahannya,"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayatNya? Orang-orang itu akan memperolehi bahagian mereka di dalam al-kitab."
5. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 39, terjemahannya,"Maka rasakanlah siksaan kerana perbuatan yang telah kamu lakukan."


Kelapan: Penyesalan orang-orang kafir di akhirat di atas kekufuran mereka dan menuntut supaya dikembalikan di dunia sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah Fatir (35): 37, terjemahannya,"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu:"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Mukminun (23): 99, terjemahannya,"Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang aku tinggalkan."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Sajdah (32): 12, terjemahannya,"Dan jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata):"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 58, terjemahannya,"Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia) nescaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik."


Kesembilan: Ayat-ayat yang menunjukkan perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk, tidak seimbang tanpa perselisihan dan kezaliman sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah al-Mulk (67): 3, terjemahannya,"Kami sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Sajdah (32): 7, terjemahannya,"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya." Oleh itu kekufuran dan kezaliman bukanlah suatu yang baik.
3. Firman-Nya dalam Surah al-Hijr (15): 85, terjemahannya,"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara kedua-duanya, melainkan dengan benar." Oleh itu kekufuran bukanlah suatu kebenaran."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4); 40, terjemahannya,"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah."
5. Firman-Nya dalam Surah Fussilat (4): 46, terjemahannya,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba (Nya)."
6. Firman-Nya dalam Surah Hud (11): 101, terjemahannya,"Dan Kami tidak menganiaya mereka."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Isra' (17): 7, terjemahannya,"Dan mereka tidak dianiaya sedikitpun."


Kesepuluh: Ayat-ayat yang memuji Mukmin kerana imannya dan mencela Kafir kerana kekafirannya sebagai berikut:
1. Firman-Nya dalam Surah al-Tur (52): 16, terjemahannya,"Kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Mu'min (40): 17, terjemahannya,"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 37, terjemahannya,"dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 38, terjemahannya,"Bahawa seorang yang berdosa itu tidak akan memikul dosa orang lain."
5. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 15, terjemahannya,"tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Rahman (27): 60, terjemahannya,"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Naml (27): 90, terjemahannya,"Tiada lah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan."
8. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya,"Barangsiapa yang membawa amal baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda."
9. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 124, terjemahannya,"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku."
10. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 86, terjemahannya,"Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia."
11. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3):86, terjemahannya,"Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah beriman."


Demikianlah dikemukankan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan aqidah al-Asya'irah atau aqidah Ahlul Sunnah wa l-Jama'ah. Kesemua ayat-ayat di atas "adalah yang tidak datang kepadanya kebatilan baik depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji [Surah al-Fussilat (41): 42]

Justeru apakah keuzuran untuk tidak berpandukan kepada fahaman yang selaras dengan aqidah al-Qur'an? Kenapa mereka meninggalkan ayat-ayat tersebut wal hal ianya jelas dan nyata? Atau hanya bertaqlid kepada orang-orang yang terdahulu tanpa kajian dan renungan?

Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raf (7): 28, terjemahannya,"Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata:"Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya, katakanlah: Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui."

Firman Allah SWT dalam Surah al-An'am (6): 70, terjemahannya,"Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia."

Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 56, terjemahannya,"Supaya jangan ada orang yang mengatakan:"Amat besar penyesalanku atau kesalahanku terhadap Allah sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)."

Dan firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 91, terjemahannya,"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya."

Banyak lagi penyelewengan ajaran Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah dari segi akidah, Syari‘at Allah yang belum dikemukan.Justeru itu, jika mereka yang mengikut 100 peratus hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasulullh saw itu dikira sesat atau menyeleweng dan perlu dipuluh/dimurnikan akidah mereka, maka mereka yang mengikut sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya adalah lebih sesat atau menyeleweng lagi dan lebih perlu dipulih/dimurnikan akidah mereka oleh Imam Mahdi (a.s).

(Syiah-Ali/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: