Pesan Rahbar

Home » » Kekafiran Majoriti Para Sahabat Menurut Catatan Kitab Shahih Bukhari

Kekafiran Majoriti Para Sahabat Menurut Catatan Kitab Shahih Bukhari

Written By Unknown on Saturday, 18 October 2014 | 19:00:00


Kedudukan Para Sahabat

Kedudukan para sahabat di bahagikan kepada tiga:
1. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid.Ini adalah pendapat Ahlus Sunnah wal Jama‘ah.
2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka.Justeru itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya.Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya.Ini adalah pendapat mazhab Ahlul Bait Rasulullah (Saw.)/Syi‘ah/Imam Dua belas.
3. Semua sahabat adalah kafir -semoga dijauhi Allah- Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.

Dikemukan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA1987, jilid viii, hlm.378-384 (Kitab ar-Riqaq,bab fi l-Haudh) dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim,Sahih, edisi Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi, Cairo,1339H, jilid iv, hlm.1793-1800 (Kitab al-Fadha‘il, bab Ithbat Haudhi n-Nabi (Saw.) yang berkaitan dengan topik kajian:


Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari.

1.Hadis no.578.
Daripada Abdullah bahawa Nabi (Saw.) bersabda:Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku.Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.Aku akan bersabda: wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi).Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

2.Hadis no.584.
Daripada Anas daripada Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai/Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka,lantas mereka dibawa jauh daripadaku.Kemudian aku akan bersabda:Para sahabatku(ashabi)!Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka)

3.Hadis no.585.
Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (Saw.) Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya.Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali,dan mereka juga mengenaliku.Kemudian dihalang di antaraku dan mereka.

Abu Hazim berkata : Nu‘man bin Abi ‘iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab:Ya.Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa ‘id al-Khudri berkata perkara yang sama,malah dia menambah:Nabi (Saw.) bersabda:Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi).Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah) /ke Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba‘di) ”.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat.kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!mereka itu adalah para sahabatku (ashabi).Dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka)Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu ‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy)

4.Hadis no.586.
Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh.Maka aku berkata:Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba ‘da-ka ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy).

5.Hadis no.587.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (Saw.)bersabda: Manakala aku sedang tidur,tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku.Apabila aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki(Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka :Datang kemari.Aku bertanya kepadanya:Ke mana? Dia menjawab:Ke Neraka,demi Allah.Aku pun bertanya lagi:Apakah kesalahan mereka?Dia menjawab:Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka( inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy).Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya(fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘ am).

(Inilah-Salafi-Takfiri/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: