Pesan Rahbar

Home » » Tanda K.A.F.I.R. Pada Dajjal Sudah Muncul?

Tanda K.A.F.I.R. Pada Dajjal Sudah Muncul?

Written By Unknown on Wednesday, 24 December 2014 | 21:14:00


Texe Marrs

Seorang bekas Pegawai Kanan Tentera Laut Amerika, iaitu Texe Marrs telah membuat suatu kajian mengenai hadith Rasulullah SAW yang berikut:

1. Dari Annas رضي الله عنه, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

…ألا إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور وإن بين عينيه مكتب كافر فيه

…Ketahuilah sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Rabb kalian tidak buta.Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR.(HR.Bukhari).

2. Dalam riwayat lain disebutkan :

ثم تهجاها (ك ف ر) يقروه كل مسلم

“…Kemudian mengejanya (Kaf , Fa , Ra) semua Muslim dapat membacanya.”(HR.Muslim dalam shahihnya kitab Fitan (18/59-SyarhImam Nawawi).

Menurut kajian Marrs, KAFIR yang dimaksudkan Rasulullah adalah suatu simbolik dan perlu diteliti dengan mendalam. Marrs berpendapat KAFIR yang dimaksudkan adalah pertubuhan CFR yang diasaskan pada 1921 di Washington, Amerika Syarikat. Marrs juga amat yakin dengan kajiannya kerana dia juga adalah bekas pegawai kanan tentera Amerika dan telah melihat pelbagai perancangan-perancangan rahsia kerajaan Amerika.

logo pertubuhan CFR

Marrs telah membuat soal-selidik dalam webnya dengan meletakkan soalan berkenaan Dajjal ini seperti berikut:

15. In the Islamic religion the antichrist is said to be a one-eyed lying false Christ with what letters marked on his forehead?

A. D-E-V-I-L B. C.F.R. C. J-E-S-U-S D. M-O-S-E-S

Jawapannya : B

Berikut adalah keserasian huruf Kaf…Faa..Ra… dengan CFR.
Kaaf (Arab) = C (Inggeris) – dalam Inggeris konsonan “C” berbunyi seperti “K” apabila dibaca
Faa (Arab) = F (Inggeris) – vokal huruf Faa sama dengan Inggeris huruf ‘F’
Raa (Arab) = R (Inggeris) – vokal huruf ‘Raa’ sama dengan vokal Inggeris huruf ‘R’
Maka, KaFiR = CFR.

Mengapa CFR dan Apakah CFR itu ?

Richard N. Haas

Richard N. Haas, Presiden CFR, berbangsa Yahudi

CFR adalah singkatan daripada Council on Foreign Relationship yang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat. Pertubuhan CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pertubuhan ini adalah pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung disebalik matlamat kebajikan masyarakat.

Apa yang menyebabkan Texe Marrs mengatakan CFR adalah tanda Dajjal (antichrist)? Marrs amat yakin dengan kajiannya kerana semua ahli-ahli CFR adalah terdiri daripada presiden-presiden Amerika sejak 1920-an hingga sekarang. Selain itu, ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.

Semenjak penubuhan CFR pada 1921, dilihat dasar luar Amerika mula berubah. Antaranya ialah menyokong penubuhan negara Israel, membantu perpindahan masyarakat Yahudi ke Israel, penindasan Palestin, perang dunia kedua dan sebagainya.

Hatta, PBB juga ditubuhkan oleh ahli-ahli CFR yang berjawatan penting dalam kementerian eksekutif di Amerika. Dan perkara yang paling disyaki ialah sebelum berlakunya sesuatu peperangan ahli-ahli CFR akan bermesyuarat secara sulit di hotel-hotel terkemuka milik orang-orang Yahudi. Perkara ini dapat dilihat pada beberapa hari sebelum tercetusnya Perang Iran-Iraq, Perang Teluk 1991, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan terbaru ialah perang menentang Iran yang sedang di rancang.

CFR disyaki sebagai bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Untuk mengkaburi mata masyarakat, CFR berkempen mempamerkan sifat kebajikannya terhadap isu-isu antarabangsa. Perkara-perkara ini, anda boleh baca di laman web rasminya . Di laman ini anda akan melihat bagaimana artikel-artikel politik yang mengelirukan maklumatnya. Anda juga akan melihat bagaimana terdapat 2 orang Islam yang menganggotai CFR sebagai Manager Director iaitu Fouad Ajami dan Farid Zakaria. Kedua-duanya penyokong penuh Amerika semasa berperang dengan Iraq dan mereka juga individu yang menulis artikel-artikel menghasut orang Arab menyokong dasar luar Amerika.

Menurut Myron Fagon dalam bukunya yang bertajuk “Pawn In The Game”, matlamat akhir CFR ialah One World Government. Matlamat ini semakin tercapai apabila tertubuhnya PBB selepas perang dunia ke-2. Jika diteliti betul-betul, PBB sebenarnya dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai 7 negara kuasa nuklear termasuk Jepun.

Mesyuarat Majlis Keselamatan pula tidak dihadiri oleh Presiden setiap negara tetapi dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negeri (Foreign Minister) untuk memutuskan sesuatu perkara. Dan yang paling membimbangkan sekarang ialah semua menteri-menteri luar negeri itu adalah ahli bagi CFR sekarang ini.

Dan amat logik sekiranya Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear, kerana ia akan mengimbang kuasa dunia Islam dan Barat. Iran tak mungkin diambil sebagai ahli Majlis KEselamatan kerana ia akan menganggu matlamat CFR yakni Dajjal.

Kaedah akhir CFR melalui ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB ialah, para ahli-ahli majlis akan mencadangkan kepada dunia melalui suatu persidangan tentang perlunya semua kerajaan disatukan. Tujuannya supaya tidak lagi berlaku perbalahan antara dunia barat dan dunia Islam. Jika cadangan ini benar-benar muncul, agak anda siapakah yang akan dilantik menjadi Presiden Besar mengetuai semua kerajaan-kerajaan dunia nanti ?


Sejauh Mana Penguasaan CFR terhadap Negara Dunia?

Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dikalangan negara Islam untuk membantu mencapai matlamat One World Government yang dibentuk pada 1784 di Perancis. Caranya ialah menubuhkan suatu lagi NGO yang dianggotai hanya oleh menteri-menteri dan billionaire-billionaire. Pertubuhan itu ialah Trilateral Commission.

Ahli-ahli TC adalah terhad dan tidak boleh dianggotai oleh semua orang. Ianya diasaskan oleh orang yang sama iaitu David Rockefeller 1973. Anggota TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire.

Yotaro Kobayashi, Presiden Fuji Xerox

Shiguro Ogata, Gabenor Bank Jepun


Pendedahan Maklumat Sulit CFR dan Trilateral Commission

Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal iaitu CFR, Trilateral, Bilderberg, Skull and Bones, New World Order, Illuminati dan sebagainya. Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem) mendedahkan banyak maklumat tentang gerakan Yahudi di Amerika. Pendedahannya di luar batasan yang dibenarkan sehingga ia ditahan oleh pihak berkuasa Amerika.

Kesimpulannya, adakah pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan secara kebetulan? mengapa setiap pengasas pertubuhan ini adalah dari keluarga yang sama iaitu cucu-cicit Rotschild dan Rockefeller? Jika anda peminat setia buku Muhammad Isa Dawud, anda pasti jumpa jawapannya dalam bukunya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”.

wallahu’alam…

Teori Imam Mahdi


Apabila berbicara mengenai Dajjal Laknatullah, kita tidak boleh lari dari satu lagi rahsia akhir zaman yang dinyatakan Rasulullah SAW sejak dahulu lagi. Rahsia itu ialah berkenaan seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah yang dikenali sebagai Imam Mahdi.

Munculnya Imam Mahdi menandakan tibanya era akhir zaman. Manakala era akhir zaman itu disusuli tanda peperangan-peperangan besar yang berlaku di atas muka bumi ini. Ia persoalan yang tidak dapat dielakkan.

Dari pelbagai teori, analisis dan kajian yang didapati daripada buku-buku di pasaran, kita telah pun diberikan ilmu oleh penulis-penulis ini tentang kewujudan Imam Mahdi dan tindak-tanduknya.

Di sini, khusus di dalam blog ini sahaja, kami akan memperkenalkan satu kajian, analisis berdasarkan hadith-hadith berkaitan Imam Mahdi. Teori baru tentang Imam Mahdi kami timbulkan kerana mendapati ada perkara-perkara penting yang ditinggalkan oleh kebanyakan penulis-penulis buku di luar sana.

Syeikh Siddiq Hassan Al-Qanuji berkata;
“Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang meriwayatkan tentang Al-Mahdi dengan berbagai riwayat adalah banyak sekali sehingga mencapai tingkat mutawatir.” (Kitab Al-Iza’ah limakan wayakunu baina Yadais-sa’ah, halaman 113).

InsyaAllah teori ini akan dibentangkan apabila kami diizinkan berbuat demikian. Dengan lafaz bismillahir rahmanirrahim kami mulakan teori ini dengan nama …

“Jeneral Mahdi dan Tentera Generasi Terakhir”

Berikut cuma sekadar hipotesis penulis hasil pengamatan semasa, penelitian & pembacaan…

1. Umat Islam adalah umat akhir zaman begitu juga nabinya iaitu Nabi Muhammad saw merupakan nabi akhir zaman.

2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun (berdasarkan Hijriyah bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21.

3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia.

4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut:
a. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa hayat Nabi Muhammad SAW.
b. Zaman Khulafa Rasyidin : Iaitu semasa era Saidina Abu Bakr, S.Umar, S.Uthman dan S. Ali.
c. Zaman Monarki/Diktator : Iaitu dari zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan moden.
d. Zaman Khalifah Rasyidin : Kembali semula kepada “Zaman yang Terpimpin” dibawah Imam al-Mahdi.
e. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa kedatangan Nabi Isa AS yg membawa kelangsungan dakwah agama Islam.

5. Secara berperingkat:
a. Sebelum kiamat berlaku, akan terjadi fenomena2 alam yang dahsyat seperti tiupan sangkakala, matahari terbit dari barat,muncul Ya’juj & Ma’juj.
b. Sebelum terjadinya fenomena2 awal kiamat tersebut, turunnya Nabi Isa AS memakmurkan bumi dengan agama Islam.
c. Sebelum turunnya Nabi Isa AS, munculnya Dajjal.
d. Sebelum munculnya Dajjal, munculnya Imam Mahdi memimpin umat Islam.
e. Sebelum munculnya Imam Mahdi, keluarnya Pembawa Panji-Panji Hitam (Bani Tamim) dari Timur.
f. Sebelum munculnya Pemuda Bani Tamim, berlaku suatu peperangan awal yang membawa kepada penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam.

6. Sekadar hipotesis:
a. 1511 Hijrah (2087 M) sebagai tamatnya tempoh akhir zaman.
b. 40 tahun Qamariyyah sebelum 1511 Hijrah iaitu bermula 1471 Hijrah (2048 M) sebagai era Nabi Isa AS.
c. 30 tahun Qamariyyah sebelum 1471 Hijrah iaitu bermula 1441 Hijrah (2020 M) sebagai era Imam Mahdi.
d. 10 tahun Qamariyyah sebelum 1441 Hijrah iaitu bermula 1431 Hijrah (2010 M) adalah era Israel
e. 100 tahun Qamariyyah sebelum 1431 Hijrah iaitu bermula 1331 Hijrah adalah era Amerika Syarikat.
f. 1000 tahun Qamariyyah sebelum 1331 Hijrah iaitu bermula 331 Hijrah adalah era Salibiyah (Byzantin/Rom Timur, Rom Barat kemudian United Kingdom di zaman pra-moden).

7. Mengikut teori Kingdom of God/Iluminati (1000:100:10), Kingdom of God untuk 1000 tahun sebelum kurun ke-20 adalah pada kerajaan Byzantin yang kemudiannya diwarisi oleh United Kingdom (Britain). Kemudian, Kingdom of God diwarisi oleh Amerika Syarikat untuk tempoh 100 tahun berikutnya iaitu pada kurun ke-20. Kemuncak Kingdom of God (Golden Age) adalah pada tempoh 10 tahun berikutnya yang diwarisi oleh Israel.

8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.

9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”.

10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene.

11. Peperangan mesti berlaku. Sasaran negara mangsa mengikut turutan:
a. 1)Korea Utara, 2)Lubnan(Hezbollah), 3)Syria, 4)Mesir, 5)Iran.
b. Kenapa Korea Utara(KU)? Kerana KU terletak paling Timur dan mempunyai potensi besar menyemarakkan api (huru-hara) dari Timur. Tambahan, KU terletak berhampiran dengan China & Rusia dan dekat juga dengan Nusantara. Menguasai KU, bermakna AS/Israel dapat mengawal China & Rusia dengan lebih dekat lagi sekaligus mengukuhkan penguasaan terhadap Asia Timur termasuk Asia Tenggara. Walaupun telah menempatkan tenteranya di Korea Selatan dan Jepun, penjajahan keatas KU membolehkan AS/Israel berkuasa mutlak dinegara tersebut berbanding keatas KS dan Jepun serta negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Singapura dan Filipina.
c. Penguasaan terhadap KU seperti yang berlaku terhadap Iraq dan Afghanistan, membolehkan AS/Israel mengepung kebangkitan dunia Islam. Israel dan Iraq di Asia Barat, Afghanistan di Asia Tengah & Selatan dan KU di Asia Timur.
d. Perang keatas Lubnan/Syria/Mesir adalah atas Misi Israel Raya iaitu menguasai jajahan dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates.
e. Perang keatas Iran, zahirnya mungkin tapi tersiratnya mustahil.
f. Dari peperangan yang berlaku, tidak mustahil menjadi penyebab kepada tercetusnya kezaliman yang lebih parah keatas umat Islam secara tidak langsung.

12. Dajjal dan umat Islam:
a. Ulama itu pewaris nabi. Siapa mereka? Mereka adalah ulama yang mencapai makam dan darjat TAKUTKAN ALLAH. Mereka adalah para wali Allah. Semua wali adalah ulama tapi bukan semuanya ulama adalah wali Allah. Merekalah yang membimbing umat Islam di akhir zaman selepas kewafatan Nabi SAW.
b. Illuminati dan Dajjal adalah underground Yahudi, sungguhnya gerakan tarekat muktabarah dan para Wali Allah adalah penggerak underground untuk umat Islam.
c. Fitnah-fitnah Dajjal menyerang umat Islam dari semua penjuru termasuk menggunakan umat Islam sendiri sebagai agen dan berusaha menghalang kebangkitan Islam yang akan dimulai oleh Pembawa Panji Hitam kemudian Imam al-Mahdi. Sungguhnya para Wali Allah lagi arif mengatasi serangan Dajjal dalam memastikan kalimah taqwa sampai dihati setiap umat Islam.
d. Kebijakan dan geniusnya Dajjal berdasarkan akal, sungguhnya kearifan para wali Allah berbekalkan mata hati yang dilimpahi nur Ilahi.
e. Secara zahirnya diakhir zaman, kebijakan Dajjal dan pengikutnya dizahirkan dalam pakaian “Canggih, Moden, Hebat, Gah”, sungguhnya kearifan para wali Allah dan insan-insan beriman yang akan memerangi Dajjal kelak zahir dalam bentuk “Zuhud, Sederhana, Faqir”.
f. Dajjal bijak menyembunyikan diri sehingga masa yang ditetapkan sampai dan Dajjal berusaha menghapuskan Ahlul Bait yang berpotensi menjadi Imam Mahdi, sungguhnya Imam Mahdi akan lahir dalam nasab ahlul bait yang tersembunyi (The Hidden Golden Chain) dan sehingga menunggu ditaklifkan dalam satu malam oleh Allah, Imam al-Mahdi akan membesar terpelihara kerana berada dalam penjagaan Allah melalui para WaliNya.
g. Kebangkitan Islam akhir zaman pasti datang daripada bangsa A’jam dari Timur. Dari bangsa inilah lahirnya Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi.
h. Terdapat pelbagai riwayat bertulis seperti melalui hadis tentang Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi. Terdapat juga riwayat yang datang bersumber daripada pandangan para ulama.
i. Penulis berpendapat,
• Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi adalah dua pemuda yang datang daripada nasab Rasulullah SAW melalui Saidina Hassan dan S.Hussin iaitu Ahlul Bait yang tersembunyi keturunan dan susur galurnya. Moyang mereka adalah daripada para syarif/ahlul bait yang datang daripada Haramain berhijrah ke Timur iaitu Nusantara untuk menyebar dakwah Islam.
• Kedua-duanya adalah ahlul bait yang masih berdarah Quraisy cuma telah berubah sifat luarannya menjadi A’jam.
• Kedua-duanya dilahirkan kemudian membesar tetapi dalam penjagaan Allah melalui para waliNya
• Bahkan, diri mereka sendiri tidak mengetahui dan mengenali diri mereka sehingga ke suatu masa yang ditetapkan.
• Maka, mereka tidak sesekali mengisytiharkan diri mereka sendiri tetapi orang ramai lah yang akan membaiah mereka sebagai pemimpin umat Islam.
• Kedua-duanya hidup dalam kesusahan dan fitnah dunia tetapi dijanjikan Allah dengan kehidupan akhirat yang bahagia.
• Pembawa Panji Hitam adalah pembantu Imam al-Mahdi seperti mana Nabi Harun terhadap Nabi Musa, seperti Abu bakar terhadap Rasulullah SAW dan sepertimana Saidina Hussin dan Saidina Hassan.
• Mereka akan membangkitkan Islam untuk tempoh masa yang menyamai masa zaman khulafa Rasyidin iaitu selama 30 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa AS.
• Pembawa Panji Hitam akan muncul terlebih dahulu sebelum munculnya Imam al-Mahdi.

13. Apa yang telah disampaikan, sekadar pandangan penulis. Akhir kalam, sama-samalah kita kuatkan fizikal dan kerohanian khususnya para pemuda-pemudi Islam. Kuatkan “Islam,Iman,Ihsan” dihati sanubari bagi mendapatkan taqwa kpd Allah. Dapatkan Mursyid yang arif untuk membimbing diri.

14. Ingat! Hanya Muslim yang benar iman & taqwanya sahaja yang dapat membela Islam dan mengharungi fitnah akhir zaman.

15. Insan-insan yang beriman di akhir zaman inilah pembela dan menjadi tapak bangkitnya Islam dan zahirnya Imam al-Mahdi.

(Dajjal/Syiahali/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: