Pesan Rahbar

Home » , , , » KITAB SULAIM BIN QAIS AL HILALI BAGIAN KELIMA

KITAB SULAIM BIN QAIS AL HILALI BAGIAN KELIMA

Written By Unknown on Saturday, 17 January 2015 | 20:01:00


BAHAGIAN KELIMA


Ahl al-Bait dilaknati, penyiksaan terhadap Syi'ah Ali, pembunuhan sesiapa yang mencintai Ali dan Ahl Baitnya, keilmuan dan penyaksian mereka ditolak, penciptaan hadis-hadis palsu serta perpecahan umat


Mu'awiyah memerintahkan pelaknatan terhadap Ali a.s. dan Ahl Baitnya

Mu'awiyah pada hari itu berada di Madinah. Dia menyeru seseorang untuk menulis surat kepada gabenor-gabenornya supaya membersihkan diri (bara'ah dhimmah) daripada mereka yang meriwayatkan hadis tentang kelebihan Ali (manaqib) dan Ahl Baitnya. Lantaran itu, para khatib pada setiap tempat dan mimbar masjid melaknati Ali a.s. dan membersihkan diri daripadanya, menghina Ahl Baitnya dan melaknati dengan apa yang tidak wajar bagi mereka a.s. .


Dialog Mu'awiyah dengan Ibn 'Abbas tentang tafsir al-Qur'an dan Hadis menurut Ahl al-Bait a.s.

Kemudian Mu'awiyah melalui hadapan kumpulan Quraisy. Apabila mereka melihatnya, maka semuanya berdiri melainkan Abdullah bin Abbas. Maka dia berkata kepadanya: Wahai Ibn Abbas! Apakah yang menghalang anda daripada berdiri sebagaimana berdirinya para sahabat anda melainkan wujudnya perasaan dendam kerana aku memerangi kalian pada Hari Siffin? Wahai Ibn Abbas! Sesungguhnya sepupuku Uthman telah dibunuh secara zalim (mazluman). Ibn Abbas berkata: Umar bin al-Khattab telah dibunuh secara zalim, maka dia menyerahkan urusan khilafah kepada anak lelakinya. Dia berkata: Umar dibunuh oleh seorang musyrik.

Ibn Abbas berkata: Siapakah yang membunuh Uthman? Dia menjawab: Orang Islam telah membunuhnya. Dia berkata: Itu dapat mengalahkan hujah anda dan menghalalkan darahnya sekiranya orang Islam yang membunuhnya. Maka mereka telah menghinanya dengan kebenaran. Mua'wiyah berkata: Kami telah menulis ke seluruh pelusuk bumi bahawa kami melarang daripada menyebut manaqib Ali dan Ahl Baitnya. Justeru itu, tahanlah lidah anda wahai Ibn Abbas. Dia berkata: Adakah anda melarangku daripada takwilnya? Dia menjawab: Ya. Ibn Abbas berkata: Manakah yang wajib ke atas kami, membacanya atau beramal dengannya? Dia berkata: Beramal dengannya. Dia berkata: Bagaimana kami beramal dengannya sebelum kami mengetahui sebab-sebab Allah menurunkannya ke atas kami? Dia berkata: Bertanyalah takwilnya kepada orang yang selain daripada anda dan keluarga anda.

Ibn Abbas berkata: Al-Qur'an telah diturunkan ke atas keluargaku, adakah aku akan bertanya tentangnya kepada keluarga Abu Sufyan, keluarga Abu Mu'id, Yahudi, Nasrani dan Majusi? Mua'wiyah berkata: Anda telah menukarkan kami dengan mereka? Dia berkata: Aku tidak menukarkan anda dengan mereka melainkan anda menegah umat daripada menyembah Allah berdasarkan al-Qur'an; suruhan, larangan, halal, haram, nasikh, mansukh, am, khas, muhkam dan mutasyabih. Sekiranya umat tidak bertanya tentang perkara tersebut, mereka binasa, berselisih faham dan sesat.

Mu'awiyah berkata: Bacalah al-Qur'an tetapi janganlah anda meriwayatkan sesuatu daripada apa yang Allah turunkan kepada kalian, dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah. Tetapi riwayatkanlah selain daripada itu. Ibn Abbas berkata: Allah berfirman di dalam Surah al-Taubah (9): 32 ''Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Allah enggan melainkan menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun dibenci oleh orang kafir". Mu'awiyah berkata: Cukuplah anda dan tahanlah lidah anda daripadaku. Sekiranya anda terpaksa melakukannya, maka lakukanlah secara rahsia (sirran) dan janganlah anda mendengarkannya kepada seseorang secara terang-terangan ('alaniyyatan). Kemudian Mua'wiyah kembali ke rumahnya lalu menghantar kepadanya lima puluh ribu dirham. (Di dalam riwayat yang lain seratus ribu dirham).


Penyiksaan terhadap Syi'ah Ali a.s. dan Ahl Baitnya a.s.

Kemudian penyiksaan berlaku dengan berleluasa pada setiap tempat ke atas Syi'ah Ali dan Ahl Baitnya a.s. Orang yang paling teruk menerima penyiksaan adalah penduduk Kufah kerana majoriti penduduk Kufah adalah Syi'ah. Ziyad telah menggabungkan dengan Basrah di bawah penguasaannya. Dia memantau pergerakan Syi'ah, mengetahui, mengenali dan mendengar percakapan mereka. Lantaran itu, dia telah membunuh mereka di mana-mana, mengusir, menakut-nakutkan, memotong tangan dan kaki, menyula mereka di batang-batang kurma, mengeluarkan mata dan mengusir mereka sehingga mereka meninggalkan Iraq. Tiada seorangpun daripada mereka yang tinggal melainkan dibunuh, disula, diusir atau melarikan diri.


Surat Mu'awiyah kepada para gabenor supaya tidak menerima penyaksian daripada Syi'ah Ali

Mu'awiyah telah menulis kepada para gabenornya di seluruh negara dengan menegaskan: Bahawa janganlah kalian menerima penyaksian seorangpun daripada Syi'ah Ali, Ahl Baitnya dan orang yang setia kepadanya yang melihat kelebihannya dan bercakap-cakap mengenai manaqibnya.


Surat Mu'awiyah supaya memperdekatkan Syi'ah Uthman dan orang yang meriwayatkan kelebihannya

Dia telah menulis kepada gabenor-gabenornya: Lihatlah di sisi kalian Syi'ah Uthman, pencintanya, keluarganya dan orang yang setia kepadanya yang melihat kelebihannya dan bercakap-cakap tentang manaqibnya. Maka kalian izinlah majlis-majlis mereka dan hormatilah mereka, perdekatkan dan muliakan mereka. Kalian tuliskan kepadaku apa yang diriwayatkan oleh setiap orang daripada mereka tentangnya dengan namanya, nama bapanya dan daripada siapa dia. Mereka melakukan sedemikian sehingga mereka memperbanyakkan hadis tentang Uthman.

Dia menghantar kepada mereka pakaian dan lain-lain. Dia memperbanyakkan untuk mereka Arab dan Mawali pada setiap tempat sehingga mereka menjadi ramai, lalu mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan dan kemewahan sehingga tiada seorangpun yang mendatangi gabenor di setiap negeri dan tempat, melainkan mereka meriwayatkan kelebihan Uthman. Kemudian dituliskan namanya, didekati dan diberikan pertolongan kepadanya. Mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah.


Surat Mu'awiyah supaya meriwayatkan kelebihan Abu Bakr dan Umar

Kemudian Mua'wiyah menulis kepada para gabenornya: Bahawa hadis telah menjadi banyak mengenai Uthman dan tersebar di seluruh negara. Apabila sampai suratku ini, maka serulah mereka supaya meriwayatkan kelebihan Abu Bakr dan Umar kerana kelebihan dan keterawalan mereka berdua lebihku cintai, lebih tenang mataku dan mematahkan hujah Ahl Bait ini, dan lebih kuat ke atas mereka daripada manaqib Uthman dan kelebihannya. Lantaran itu, setiap amir dan kadi telah membacakan suratnya kepada orang ramai. Maka orang ramai mengambil riwayat tentang mereka dan kelebihan mereka.

Kemudian dia menulis satu surat yang menghimpunkan riwayat-riwayat tentang kelebihan mereka dan menghantarnya kepada gabenor-gabenornya serta memerintahkan mereka membacakannya di atas mimbar-mimbar masjid. Dia memerintahkan supaya melaksanakannya melalui guru-guru tadika lalu mereka mengajar kanak-kanak sehingga mereka meriwayatkannya dan mempelajarinya sebagaimana mereka mempelajari al-Qur'an. Mereka telah mengajar anak-anak perempuan, perempuan-perempuan dan pembantu-pembantu mereka.

Mereka tinggal sedemikian sehingga dikehendaki oleh Allah. Kemudian dia menulis satu surat dan dihantar ke seluruh negara: ''Kalian lihatlah siapa yang menjadi saksi, jika dia mencintai Ali dan Ahl Baitnya, maka padamkan namanya dari Dewan dan kalian janganlah menerima penyaksiannya".


Surat Mu'awiyah supaya membunuh sesiapa yang dituduh mencintai Ali a.s. dan Ahl Baitnya

Kemudian dia menulis surat yang lain: ''Sesiapa yang dituduh oleh kalian dan tidak ada bukti ke atasnya, maka bunuhlah dia". Justeru itu, mereka membunuh sesiapa sahaja berdasarkan tuduhan semata-mata, sangkaan dan syubhat di mana sahaja sehingga seseorang yang tersalah cakap maka kepalanya dipenggal. Penyiksaan yang paling besar dan dahsyat adalah di Iraq khususnya di Kufah. Syi'ah Ali a.s. yang terdiri daripada para sahabatnya di Madinah dan lain-lainnya, jika seorang yang dipercayai memasuki rumahnya kemudian memberitahu rahsianya kepadanya, nescaya dia menjadi takut kepada pembantunya dan hambanya.

Lantaran itu, mereka tidak memberitahu sehingga seseorang itu melakukan sumpah yang kuat. Perkara tersebut menjadi lebih tegang dan bertambah ramai musuh mereka di sisi mereka. Mereka telah mencipta hadis-hadis palsu tentang para sahabat mereka. Orang ramai dibesarkan dengan hadis-hadis tersebut dan mereka tidak belajar melainkan daripada mereka. Demikian juga ia telah berlaku kepada kadi-kadi, gabenor-gabenor dan fuqaha' mereka. Orang yang paling dahsyat melakukan fitnah adalah al-Qurra' (qari/guru agama) yang berpura-pura warak dan khusyuk, tetapi berbohong dan mengajar hadis-hadis palsu bagi mendapat ganjaran daripada pemerintah dengan menghadiri majlis mereka. Oleh itu, mereka mendapat harta dan pangkat.

Hadis-hadis dan riwayat-riwayat tentang mereka (Abu Bakr dan Umar) berada di tangan orang yang menganggap bahawa hadis-hadis tersebut adalah benar. Justeru itu, mereka meriwayatkan, mempelajari, mengajar dan mencintainya, dan memarahi orang yang menolaknya. Dengan itu, hadis-hadis tersebut telah berada di tangan orang yang mempunyai agama yang tidak pernah berbohong. Mereka memarahi ahlinya kerananya. Lantaran itu, mereka telah menerimanya dan meriwayatkannya di atas alasan ia adalah benar. Sekiranya mereka mengetahui bahawa ia adalah batil, nescaya mereka tidak akan meriwayatkan dan tidak akan beragama dengannya. Justeru kebenaran pada zaman itu adalah kebatilan dan kebatilan adalah kebenaran, kebenaran adalah pembohongan dan pembohongan adalah kebenaran.

Rasulullah Saw. bersabda: "Fitnah akan meliputi kalian sama ada yang muda ataupun yang tua". Ia menjadi perkara biasa kepada orang ramai dan mereka mengambilnya sebagai sunnah. Jika sedikit sahaja sunnah Umar diubah, mereka akan berkata: Orang ramai telah membawa kemungkaran kerana sunnah telah diubah. Apabila al-Hasan bin Ali a.s. wafat, fitnah dan bala makin membesar. Tidak ada seorang wali Allah melainkan menjadi takut dengan darahnya, sama ada dia melarikan diri atau diusir. Sementara musuh Allah menzahirkan bid'ah dan kesesatannya.


Ucapan al-Husain bin Ali a.s. di Mina yang dihadiri oleh lebih tujuh ratus sahabat dan tabi'in

Setahun sebelum kematian Mu'awiyah, Al-Husain bin Ali salawatu Llahi 'alaihi, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Ja'far telah mengerjakan Haji. Maka al-Husain a.s. mengumpulkan Bani Hasyim; lelaki, perempuan dan mawali serta Ansar yang dikenali oleh al-Husain dan Ahl Baitnya. Beliau menghantar perutusan supaya memanggil semua sahabat Rasulullah (Saw.) yang dikenali dengan kewarakan dan kebaikan berhimpun di Mina.

Maka telah berhimpun di Mina lebih daripada tujuh ratus orang lelaki. Dua ratus orang lelaki adalah para sahabat Rasulullah (Saw.) sementara majoritinya adalah Tabi'in. Lalu al-Husain berdiri di hadapan mereka dan berkhutbah: Beliau memuji Allah dan bersyukur ke hadrat-Nya, kemudian berkata: Amma ba'd. Bahawa sesungguhnya Taghut Mu'awiyah telah melakukan kepada kita dan Syi'ah kita apa yang kalian telah lihat, ketahui dan menyaksikannya. Sesungguhnya aku mahu bertanyakan kalian sesuatu. Jika aku benar, maka kalian benarkanlah aku. Dan jika aku berbohong, maka kalian bohongilah aku.

Aku bertanya kepada kalian dengan hak Allah di atas kalian dan hak Rasulullah (Saw.) serta kekerabatanku dengan Nabi kalian. Kalian dengar dan tulislah ucapanku. Kemudian kembalilah ke tempat-tempat kalian dan kabilah-kabilah kalian. Lantaran itu, sesiapa yang kalian percaya daripada manusia, maka serulah mereka kepada apa yang kalian tahu daripada hak kami. Aku khuatir perkara ini berlalu dan kebenaran akan hilang. Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun dibenci oleh orang kafir.

Beliau tidak meninggalkan meskipun satu ayat daripada al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah kepada mereka melainkan membaca dan mentafsirkannya. Dan tidak ada satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah (Saw.) kepada bapanya, saudaranya, ibunya, dirinya dan Ahl Baitnya melainkan beliau meriwayatkanya. Para sahabatnya berkata: Wahai Tuhanku! Ya (Allahumma Na'am). Sesunguhnya kami telah mendengar dan kami menyaksikannya. Sementara seorang Tabi'in pula berkata: Sesungguhnya seorang sahabat yang aku percayainya telah meriwayatkannya kepadaku.


Munasyadah al-Husain bin Ali a.s. mengenai hadis-hadis Rasulullah Saw. tentang hak mereka

Sulaim berkata: Di antara munasyadah (dialog) al-Husain bin Ali a.s. dengan mereka adalah: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Ali bin Abu Talib adalah saudara Rasulullah (Saw.) ketika beliau mempersaudarakan para sahabatnya, maka beliau mempersaudarakan Ali dengan dirinya lalu bersabda: Anda adalah saudaraku dan aku adalah saudara anda di Dunia dan Di Akhirat? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasululllah (Saw.) membeli tapak Masjidnya dan tapak-tapak rumahnya, maka beliau telah membina sepuluh rumah; sembilan rumah untuknya dan yang kesepuluhnya terletak di tengahnya adalah untuk bapaku. Kemudian beliau menutup semua pintu jalan ke Masjid selain daripada pintu Ali (a.s.). Maka ada orang yang tidak senang hati dengan perbuatannya lalu beliau bersabda: Aku bukanlah menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya, tetapi Allah telah memerintahkanku supaya menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya. Kemudian beliau melarang orang ramai tidur di Masjid selain daripadanya. Beliau telah berjunub di Masjid, di rumahnya dan di rumah Rasulullah (Saw.) di mana anak-anak Rasulullah dan juga anak-anaknya dilahirkan? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Umar bin al-Khattab telah menebuk lubang sebesar biji matanya pada dinding rumahnya ke arah Masjid, maka beliau (Saw.) menentangnya. Kemudian berkhutbah dan bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya membina sebuah masjid yang bersih (tahiran) di mana tidak seorangpun yang tinggal di dalamnya selain daripadaku, saudaraku dan anak-anaknya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah melantiknya di Ghadir Khum, maka beliau mengisytiharkannya sebagai wali dan bersabda: Hendaklah orang yang hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah bersabda kepadanya semasa Perang Tabuk: Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa dan anda adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku? Mereka menjawab: Ya.

Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) ketika menyeru Kristian Najran bermubahalah, beliau tidak datang melainkan dengannya, anak perempuannya dan dua anak lelakinya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa beliau telah memberi kepadanya bendera pada Hari Khaibar, kemudian bersabda: Aku akan memberinya kepada seorang lelaki yang dicintai Allah dan Rasul-Nya dan beliau pula mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan tidak pernah melarikan diri dalam peperangan di mana Allah akan membukanya dengan kedua-dua tangannya? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah mengutusnya dengan Surah al-Bara'ah dan bersabda: Tidak akan menyampaikannya daripada pihakku melainkan aku atau seorang lelaki daripadaku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. .

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) sentiasa mengutamakan Ali (a.s.) dalam setiap kesulitan dengan penuh keyakinan, dan beliau tidak pernah menyerunya dengan namanya melainkan bersabda: Wahai saudaraku dan kalian panggilkan saudaraku Ali? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa beliau telah menyelesaikan antaranya, Ja'far dan Zaid lalu bersabda: Wahai Ali! Anda adalah daripadaku, aku adalah daripada anda, dan anda adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa beliau telah berada di sisi Rasulullah (Saw.) sekali pada setiap hari dan sekali pula pada malamnya. Apabila Ali a.s. bertanya, beliau (Saw.) memberi jawapan kepadanya dan apabila beliau diam, maka Rasulullah (Saw.) memulakan percakapan dengannya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah melebihkannya ke atas Ja'far dan Hamzah ketika bersabda kepada Fatimah a.s: Suami anda adalah sebaik-baik Ahl Baitku, yang paling awal Islam, paling bersopan, paling alim? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku adalah penghulu anak Adam, saudaraku Ali adalah penghulu Arab, Fatimah adalah penghulu wanita Syurga, al-Hasan dan al-Husain kedua-duanya anak lelakiku adalah penghulu pemuda Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah memerintahkannya untuk memandikan jenazahnya dan memberitahunya bahawa Jibril akan membantunya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah bersabda pada akhir khutbahnya: Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan Ahl Baitku. Lantaran itu, berpeganglah kepada kedua-duanya, nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau tidak meninggalkan meskipun satu ayat daripada al-Qur'an yang telah diturunkan secara khusus pada Ali a.s. dan Ahl Baitnya, begitu juga dengan hadis daripada Rasulullah Saw. mengenai mereka melainkan beliau menyeru mereka bermunasyadah dengan nama Allah, maka para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Dan seorang Tabi'in berkata: Seorang yang aku percayai telah meriwayatkannya kepadaku daripada fulan dan fulan. Maka beliau telah bermunasyadah dengan mereka bahawa mereka mendengarnya daripada Rasulullah (Saw.).

Dan beliau bersabda: Sesiapa yang menyangka bahawa dia mencintaiku tetapi memarahi Ali, maka sesungguhnya dia telah berbohong. Dia bukan mencintaiku sedangkan dia memarahi Ali. Ada orang bertanya: Wahai Rasulullah (Saw.)! Bagaimana begitu? Kerana beliau adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya. Sesiapa yang mencintainya maka sesungguhnya dia mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku maka dia mencintai Allah. Dan sesiapa yang memarahinya maka dia memarahiku, dan sesiapa yang memarahiku maka dia memarahi Allah? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. Kami telah mendengarnya. Kemudian mereka bersurai.

Tangisan Ibn Abbas dan penjelasannya akan peristiwa Hari Khamis

Abban bin Abi 'Iyasy daripada Sulaim bin Qais berkata: Sesungguhnya aku telah berada di sisi Abdullah bin Abbas di rumahnya dan di sisinya beberapa orang Syi'ah. Mereka telah menyebut Rasulullah (Saw.), dan kematiannya.

Maka Ibn Abbas terus menangis dan berkata: Rasulullah Saw. telah bersabda pada hari Khamis iaitu hari di mana beliau wafat.Di sampingnya Ahl Baitnya dan tiga puluh orang para sahabatnya: Kalian bawakan kepadaku kertas supaya aku menulis satu surat (kitab) untuk kalian di mana kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya dan kalian tidak akan bertengkar selepasku. Maka seorang lelaki daripada mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah sedang meracau. Lantas Rasulullah Saw. memarahinya dan bersabda: Aku melihat kalian bertengkar sedangkan aku masih hidup. Bagaimanakah selepas kematianku? Lantas beliau meninggalkan kertas.

Sulaim berkata: Kemudian Ali berdepan dengan Ibn Abbas dan berkata: Sekiranya lelaki itu tidak berkata sedemikian nescaya beliau telah menuliskan untuk kita kitab di mana tiada seorangpun akan sesat dan bertengkar. Seorang lelaki daripada mereka bertanya: Siapakah lelaki itu? Beliau berkata: Aku tidak akan memberitahunya. Aku berduaan dengan Ibn Abbas selepas orang ramai pergi, dia berkata: Umarlah yang telah berkata sedemikian.

Aku berkata: Anda memang benar. Sesungguhnya aku telah mendengar Ali a.s., Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad berkata: "Umar". Beliau a.s. berkata: Sembunyikan melainkan kepada orang yang anda percaya daripada saudara-saudara anda. Kerana hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada dua lelaki ini sebagaimana hati Bani Israil telah dimabukkan oleh cinta kepada al-'Ijl dan al-Samiri.


Penyaksian Sulaim bin Qais akan peperangan Jamal

Abban berkata: Aku telah mendengar Sulaim bin Qais berkata: Aku telah menyaksikan Ali (a.s.) di dalam peperangan Jamal. Kami bersama dua belas ribu orang tentera. Ahli Jamal adalah melebihi seratus dua puluh ribu. Bersama Ali adalah Muhajirin dan Ansar. Empat ribu adalah terdiri daripada mereka yang telah berperang bersama Rasulullah (Saw.) di dalam peperangan Badr, Hudaibiyyah dan peperangan lain. Kebanyakannya adalah dari Kufah selain daripada mereka yang mengikutinya dari Basrah dan Hijaz yang tidak terlibat dalam Hijrah. Mereka telah memeluk Islam selepas pembukaan Makkah.

Empat ribu orang Ansar tidak dipaksa untuk memberi bai'ah dan berperang. Tetapi beliau menjemput mereka. Seratus tujuh puluh orang ahli Badr menyahuti jemputannya. Tidak ada seorangpun orang Ansar yang telah menyertai peperangan Badr dan Hudaibiyyah mengundur diri daripadanya. Malah tidak seorangpun daripada Muhajirin dan Ansar melainkan mewalikannya dan menyeru kemenangan untuknya. Mereka mencintai ketrampilannya ke atas musuh-musuhnya. Beliau tidak menyusahkan mereka tetapi mereka telah memberi bai'ah kepadanya.

Bukan semua orang berperang pada jalan Allah. Orang yang mengkritik dan membersihkan diri daripadanya adalah sedikit dan tersembunyi. Hanya beberapa orang yang memberi bai'ah kepadanya, kemudian mereka sangsi untuk berperang bersamanya. Lantaran itu, mereka duduk di rumah mereka. Mereka adalah Muhammad bin Salmah, Sa'd bin Abi Waqqas, Ibn Umar dan Usamah bin Zaid. Akhirnya mereka telah menyesal dan berdoa untuk Ali a.s., membersihkan diri mereka daripada musuhnya, memberi penyaksian bahawa Ali a.s. adalah di atas kebenaran dan sesiapa yang menentangnya dilaknati serta halal darahnya.


Ucapan Ali a.s. kepada Talhah dan al-Zubair semasa berjumpa dengan ahli Basrah dalam peperangan

Abban daripada Sulaim berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s. berjumpa ahli Basrah pada Hari Jamal, beliau menyeru al-Zubair: Wahai Abu Abdillah! Keluar kepadaku. Lantas para sahabatnya berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Anda keluar kepada al-Zubair yang mengkhianati bai'ahnya sedangkan dia berada di atas kuda yang siap dengan senjata dan anda berada di atas keldai tanpa senjata? Ali a.s. berkata: Sesungguhnya di atasku jubah yang tebal di mana tidak seorangpun mampu melarikan diri daripadanya kerananya. Sesungguhnya aku tidak akan mati dan tidak akan dibunuh melainkan di tangan orang yang paling celaka sebagaimana unta betina Allah telah dibunuh oleh orang Thamud yang paling celaka.

Maka al-Zubair pun keluar kepadanya. Maka beliau berkata: Di manakah Talhah (perintahkan) supaya dia keluar? Maka Talhah pun keluar. Beliau berkata: Adakah kalian berdua dan orang yang mempunyai ilmu daripada keluarga Muhammad serta Aisyah binti Abu Bakr mengetahui bahawa sesungguhnya ahli Jamal, ahli Siffin dan Nahrawan dilaknati di atas lidah Muhammad? Sesungguhnya rugilah orang yang berbohong. Al-Zubair berkata: Bagaimana boleh kami dilaknati sedangkan kami daripada ahli syurga? Ali a.s. berkata: Jika aku telah mengetahui bahawa kalian daripada ahli Syurga nescaya aku tidak menghalalkan peperangan dengan kalian.

Al-Zubair berkata: tidakkah anda telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda pada Hari Uhud: Talhah wajib memasuki Syurga. Dan sesiapa yang ingin melihat kepada syahid yang hidup berjalan di Bumi ini, maka hendaklah dia melihat kepada Talhah Atau tidakkah anda telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sepuluh daripada Quraisy akan berada di Syurga? Ali a.s. berkata: Sebutkan nama-nama mereka? Dia berkata: Fulan, fulan dan fulan sehingga dia menyebut sembilan nama. Antaranya Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah dan Sa'id bin Zaid bin 'Umru bin Nufail. Maka Ali a.s. berkata: Anda telah menyebut sembilan, maka siapakah yang ke sepuluh? Al-Zubair berkata: Anda.

Maka Ali a.s. berkata: Anda telah memperakui bahawa aku adalah daripada ahli Syurga. Adapun apa yang anda mendakwa untuk diri anda dan para sahabat anda maka aku adalah daripada orang yang mengingkarinya. Demi Tuhan! Sebahagian orang yang telah anda sebutkan akan berada di dalam Tabut di bawah Neraka Jahannam di mana di atasnya ada sebuah batu besar yang menutupi satu lubang. Apabila Allah mahu memanaskan Jahannam, Dia akan mengangkat batu itu lalu ia memanaskan Jahannam. Aku telah mendengar demikian itu daripada Rasulullah (Saw.). Jika tidak, Allah akan memenangkan anda denganku dan mengalirkan darahku dengan tangan anda. Dan jika tidak, Allah akan memenangkanku dengan anda dan para sahabat anda. Lantas al-Zubair kembali kepada para sahabatnya dalam keadaan menangis.

Kemudian Ali a.s. berpaling kepada Talhah. Beliau berkata: Wahai Talhah! Bersama kalian berdua adalah isteri-isteri kalian? Talhah berkata: Tidak. Beliau berkata: Kalian berdua bergantung kepada perempuan di mana tempatnya di dalam kitab Allah adalah duduk di rumah tetapi kalian berdua telah mempamerkannya di khemah-khemah. Rasulullah (Saw.) tidak dapat menyedarkan kalian berdua. Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya perempuan bercakap di balik hijab. Beritahukan kepadaku tentang solat Ibn al-Zubair dengan kalian berdua. Adakah salah seorang daripada kalian berdua meridhai sahabatnya. Beritahukan kepadaku tentang seruan kalian berdua kepada Arab Badwi bagi memerangiku dan apakah yang telah membawa kalian berdua melakukannya?

Maka Talhah berkata: Ini kerana kami enam orang dalam Syura. Seorang daripada kami telah mati dan seorang lagi dibunuh. Kami pada hari ini empat orang. Kami benci kepada anda. Maka Ali a.s. berkata: Itu bukan tugasku. Kami telah berada di dalam Syura tetapi urusannya bukan di tangan kami. Tetapi hari ini ia berada di tanganku. Apakah pendapat anda jika aku mahu selepas anda memberi bai'ah kepada Uthman, mengembalikannya kepada Syura, adakah ia untukku? Dia berkata : Tidak. Kenapa anda berkata demikian? Kerana anda telah memberi bai'ah dengan sukarela.

Ali a.s. berkata lagi: Bagaimana begitu? Sedangkan Ansar dengan pedang-pedang mereka yang terhunus berkata: Kalian hendaklah memberi bai'ah kepada salah seorang daripada kalian. Jika tidak, kami akan memenggal kepala kalian. Adakah seseorang telah berkata kepada anda dan sahabat anda sesuatu seperti ini pada masa kalian berdua memberi bai'ah kepadaku? Hujahku tidak memaksa anda memberi bai'ah adalah lebih jelas daripada hujah anda.

Sesungguhnya anda dan sahabat anda telah memberi bai'ah kepadaku secara sukarela, bukan paksaan. Kalian berdua adalah orang yang pertama memberi bai'ah kepadaku. Dan tidak seorangpun berkata bahawa kalian berdua akan memberi bai'ah kepadaku, atau kami akan membunuh kalian berdua. Maka Talhah pun beredar dari tempat itu. Dan peperangan bermula, lalu Talhah dibunuh sementara al-Zubair telah melarikan diri.


Pengakuan Ali a.s: "Rasulullah Saw. telah mengajarku seribu bab ilmu"

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar satu hadis daripada Ali a.s.. Aku tidak tahu apakah yang sebenarnya. Aku mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah memberitahu kepadaku pada masa sakitnya dan mengajar kepadaku anak kunci seribu bab ilmu. Dan dibuka setiap bab akan seribu bab yang lain. Aku duduk dengan tenang di khemah Ali a.s. Beliau telah mengutus al-Hasan (a.s.) dan Ammar mengumpul orang ramai. Tiba-tiba Ali a.s. datang dan berkata: Wahai Ibn Abbas! Al-Hasan akan mendahului anda, bersamanya sebelas ribu lelaki kurang seorang atau dua orang.

Maka aku berkata kepada diriku (tentang kata Ali kepada Ibn Abbas): Sekiranya sebagaimana beliau berkata, maka ia adalah daripada seribu bab. Manakala al-Hasan meneruskan pengendalian tentera itu, aku mengucap selamat datang kepadanya. Maka aku bertanya kepada kerani tentera yang bersama-samanya tentang nama-nama mereka: Berapa orang tentera bersama anda? Dia menjawab: Sebelas ribu lelaki kurang seorang atau dua orang.


Kata-kata Ali a.s: "Bertanyalah kepadaku sementara aku masih ada"

Abban daripada Sulaim Berkata: Aku telah duduk di samping Ali (a.s.) di Masjid Kufah, orang ramai berada di sekitarnya maka beliau berkata: Kalian bertanyalah kepadaku sementara aku masih ada. Kalian bertanyalah aku tentang Kitab Allah. Demi Tuhan! Tidak ada satu ayat daripada kitab Allah yang telah turun melainkan Rasulullah (Saw.) telah membacakannya kepadaku dan mengajarku tentang takwilnya.

Ibn al-Kawa' berkata: Apakah yang diturunkan kepadanya sedangkan anda tidak ada bersamanya? Beliau berkata: Ya. Beliau (Saw.) telah membacakan kepadaku apabila aku berjauhan daripadanya. Apabila aku datang kepadanya, beliau bersabda: Wahai Ali! Allah telah menurunkan ayat selepas anda tidak ada, lalu beliau membacakannya kepadaku dan mengajarku akan takwilnya.


Penjelasan Ali a.s. kepada ketua Yahudi tentang perpecahan umat dan kata-katanya: "Jika aku diberi kedudukan…"

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali (a.s.) berkata kepada ketua Yahudi: Berapa kumpulankah kalian telah berpecah? Dia berkata: Kumpulan sekian dan kumpulan sekian. Ali a.s. berkata: Anda telah berbohong. Kemudian beliau berdepan dengan orang ramai dan berkata: Jika aku diberi kedudukan, nescaya aku menghukum ahli Taurat dengan Taurat mereka, ahli Injil dengan Injil mereka dan ahli al-Qur'an dengan a-Qur'an mereka.

Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Tujuh puluh kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Yusya' bin Nun, wasi Musa. Nasara telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan. Tujuh puluh satu kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Syam'un, wasi 'Isa. Dan umat ini berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Tujuh puluh dua kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti wasi Muhammad (Saw.). Dan beliau menepuk dadanya lalu berkata: Tiga belas daripada tujuh puluh tiga mencintaiku dan satu kumpulan daripadanya ke Syurga. Dan dua belas daripadanya ke Neraka.


Penjelasan Ibn 'Abbas kepada Sulaim tentang perkara paling besar pernah beliau dengar daripada Ali a.s.

Abban daripada Sulaim berkata: Aku berkata kepada Ibn Abbas: Beritahukan kepadaku perkara yang paling besar telah anda dengar daripada Ali a.s.? Maka dia telah memberitahuku apa yang telah aku dengar daripada Ali a.s. Beliau a.s. berkata: Rasulullah (Saw.) telah memanggilku dan di tangannya ada kitab. Maka beliau berkata: Ambillah kitab ini. Aku berkata: Wahai Nabi Allah! Apakah kitab ini? Beliau bersabda: Kitab yang telah dituliskan Allah, mengandungi ahli bahagia dan ahli celaka daripada umatku. Allah telah memerintahkanku supaya memberikannya kepada anda.


Pertanyaan Sulaim kepada Ibn Abbas mengenai Perang Siffin dan perkara yang berlaku semasa peperangan

Abban berkata: Aku telah Mendengar Sulaim bin Qais berkata: Aku bertanya kepadanya: Adakah anda telah menyaksikan peperangan Siffin? Ibn Abbas menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah anda telah menyaksikan peperangan Nahrawan? Dia menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Berapakah umur anda ketika itu? Dia menjawab: Empat puluh tahun. Aku berkata: Beritahukan kepadaku- rahmat Allah ke atas anda- Dia menjawab: Ya. Meskipun aku telah terlupa beberapa perkara tetapi aku masih tidak melupai hadis ini. Kemudian dia menangis. Dan dia berkata: Kalian berbaris, kamipun berbaris.

Maka Malik al-Asytar telah keluar dengan kudanya yang lengkap dengan senjata dan di tangannya lembing, mengetuk-ngetuk kepala kami sambil berkata: Betulkan barisan kalian. Setelah membetulkan barisan, beliau datang dengan kudanya sehingga berdiri antara dua barisan, kemudian memalingkan belakangnya kepada ahli Syam dan mengadapkan mukanya kepada kami. Maka beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya serta bersalawat kepada Nabi (Saw.), kemudian berkata: Amma ba'd. Bahawa perhimpunan kita di sini pada hari ini adalah daripada Qada' dan Qadar-Nya kerana ajal-ajal telah hampir dan urusan-urusan telah berakhir dipimpin oleh penghulu Muslimin Amir al-Mukminin, sebaik-baik wasi, sepupu Nabi kami, saudaranya dan warisnya.

Pedang-pedang kami adalah pedang-pedang Allah. Sementara ketua mereka adalah anak lelaki kepada perempuan yang telah memakan hati, gua nifaq dan sebahagian daripada Ahzab yang memandu mereka kepada kecelakaan dan Neraka. Kami berharap dengan pembunuhan mereka, pahala daripada Allah dan mereka pula sedang menunggu pembalasan. Apabila peperangan bermula dan kuda merempuh ke arah orang yang terbunuh di pihak kita dan pihak mereka, kami berharap dengan memerangi mereka, kemenangan daripada Allah, lalu aku tidak mendengar melainkan suara gempur.

Wahai manusia! Rendahkan penglihatan kalian dan perkuatkanlah azam kalian dengan memotong kepala, kerana ia adalah lebih berkesan. Hadapilah mereka dengan muka-muka kalian. Ambillah pedang kalian dengan iman kalian. Justeru itu, pukullah pada sasarannya dan tikamlah dengan lembing ke arah perut kerana ia adalah sasaran pembunuhan. Cekalkan diri kalian menghadapi orang yang menuntut bela ke atas darah bapa-bapa dan saudara-saudara mereka.

Perkukuhkan semangat kalian untuk kematian supaya kalian tidak dihina dan dimalukan. Kemudian mereka bertembung dengan dahsyat di mana akibatnya tujuh puluh ribu Arab terbunuh. Peristiwa itu berlaku pada hari khamis sehingga satu pertiga malam, tanpa sujud kepada Allah meskipun satu sujud sehingga berlalunya waktu solat yang empat; Zuhur, 'Asr, Maghrib dan 'Isyak.


Kata-kata Ali a.s. semasa Peperangan Siffin

Sulaim berkata: Kemudian Ali a.s. berdiri memberi khutbah dan berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya kalian telah melihat musuh kalian berada di tahap yang terakhir kerana semua perkara yang telah berlaku akan dikira akhirnya dengan awalnya. Mereka bersusah-payah tanpa agama sehingga mereka sampai kepada kalian. Aku akan menyerang mereka di awal pagi insya' Allah dan menghukum mereka kepada Allah.

Berita ini telah sampai kepada Mu'awiyah, lalu dia, para sahabatnya dan ahli Syam menjadi takut. Lantas dia memanggil 'Umru bin 'As dan berkata: Wahai 'Umru! Dia akan menyerang kita pada waktu malam. Apakah pendapat anda? Dia menjawab: Tentera berkurangan. Mereka tidak berjuang dengan sepenuh tenaga. Dan anda bukan sepertinya. Kerana dia memerangi anda di atas asas yang jelas sementara anda memeranginya di atas asas yang kabur. Anda mahu hidup sementara dia mahu mati. Ahli Syam tidak takut jika Ali (a.s.) menang ke atas mereka, tetapi ahli Iraq takut jika anda menang ke atas mereka. Paksakan ke atas mereka satu perkara jika mereka menolaknya, mereka akan berpecah. Dan jika mereka menerimanya, mereka akan berpecah.

Anda serukan mereka kepada kitab Allah dan anda angkatkan mushaf-mushaf di hujung lembing, anda akan sampai kepada hajat anda. Aku masih menyimpannya untuk anda. Maka Mu'awiyah telah mengetahuinya dan berkata: Anda memang benar. Tetapi aku ada satu pendapat yang boleh menipu Ali iaitu tuntutanku ke atas Syam sebagai gantian. Ini adalah perkara yang pertama kali dia menolakku daripadanya. 'Umru tersenyum dan berkata: Di manakah anda wahai Mu'awiyah daripada tipu-helah Ali? Jika anda mahu, anda tulis.


Surat Mu'awiyah kepada Ali a.s. di Siffin

Sulaim berkata: Mu'awiyah telah menulis surat kepada Ali a.s. bersama Abdullah bin 'Uqbah. Amma ba'd. Sesungguhnya jika anda mengetahui bahawa peperangan mendatangkan bencana kepada kami dan anda, dan malah kita mengetahuinya, maka sebahagian kita tidak akan menyerang akan sebahagian yang lain, jika kita dapat mengawal akal kita. Maka telah berlakulah apa yang telah berlaku dan kita memperbaiki apa yang tinggal.

Aku telah meminta Syam daripada anda dengan syarat anda tidak memaksaku taat dan memberi bai'ah kepada anda, maka anda menolaknya. Allah telah memberi kepadaku apa yang anda halang. Aku menyeru anda kepada apa yang aku telah menyeru anda kelmarin. Kerana anda tidak mengharapkan kekal melainkan apa yang aku juga mengharapkannya dan anda tidak takut kepada mati melainkan apa yang aku takut.

Demi Tuhan! Hati menjadi lembut dan tentera telah pergi. Kami Bani 'Abd Manaf tidak ada kelebihan sebahagian kami ke atas sebahagian yang lain di mana yang mulia tidak dapat dihina dan yang lemah tidak diperhambakan, Wassalam.


Jawapan Ali a.s. kepada surat Mu'awiyah

Sulaim berkata: Manakala Ali a.s. membaca surat Mu'awiyah, beliau tersenyum dan berkata: Satu keanehan daripada Mu'awiyah dan tipu- dayanya kepadaku. Maka beliau menyeru penulisnya 'Ubaidillah bin Abi Rafi', dan berkata: Tulis amma ba'd. Sesungguhnya surat anda telah sampai kepadaku, anda telah menyebut di dalamnya bahawa peperangan telah mendatangkan bencana kepada kami dan anda, maka sebahagian kita tidak akan menyerang sebahagian yang lain. Aku dan anda, wahai Mu'awiyah! Mempunyai matlamat yang belum tercapai.

Adapun tuntutan anda akan Syam, maka aku tidak akan memberinya kepada anda hari ini apa yang aku telah menegahnya kelmarin. Dan adapun persamaan kami dalam ketakutan dan harapan, anda tidak dapat menghilangkan syak yang menguasai anda sedangkan aku dalam keyakinan.

Adapun kata-kata anda bahawa kami Bani 'Abd Manaf tidak ada kelebihan sebahagian ke atas sebahagian yang lain, begitu juga kami. Tetapi Umayyah tidak sama dengan Hasyim, Harb tidak sama dengan 'Abd al-Muttalib, Abu Sufyan tidak sama dengan Abu Talib, al-Taliq tidak sama dengan al-Muhajir, al-Munafiq tidak sama dengan Mukmin, dan pembohong tidak sama dengan orang yang bercakap benar. Di tangan kami kelebihan kenabian di mana kami menguasai Arab dan 'Ajam, Wassalam.

Apabila sampai surat Ali a.s. sampai kepada Mu'awiyah, dia merahsiakannya kepada 'Umru bin 'As. Kemudian memanggilnya dan membacakan kepadanya. Walau bagaimanapun 'Umru telah bergembira dengan surat itu kerana pada akhirnya dia telah melarang Mu'awiyah menulisnya. Tidak ada seorangpun daripada Quraisy yang membesar-besarkan Ali a.s. selepas hari itu selain daripada 'Umru yang menentangnya di atas kudanya.

Sya'ir 'Umru bin 'As selepas surat Ali a.s. diterima oleh Mu'awiyah

'Umru bin al-'As berkata:

Bagi Allah kurniaan-Nya kepada anda wahai Ibn Hindun!

Kurniaan seorang yang mempunyai keadaan yang malang

Anda tamak kepada Ali, tiada maaf bagi anda

Dia telah memukul besi di atas besi

Anda mengharap dapat menipunya dengan syak

Anda mengharap dia menakutkan anda dalam ancaman

Segala-galanya telah terdedah

mengheret kepada peperangan

Kepala kanak-kanak akan beruban kerana ketakutannya

Sekembalinya dia akan berkata kepadanya

Nyahlah dari sini lantaran kesengsaraan mereka

Jika ia berlaku, maka awalnya kecil

Jika ia berlaku tidak ada penghujungnya

Ia tidak menjadi masalah kepada Abu al-Hasan

Tetapi ia menjadi masalah kepada anda sedikit masa lagi

Aku mengungkapkan kepadanya kata-kata yang tersusun

Lemah hati, terputus harapan

Anda menuntut Syam wahai Ibn Hindun!

Daripada kejahatan dan fikiran yang rendah

Jika dia memberikanya kepada anda

Kemuliaan anda tidak akan bertambah

Lantaran itu apakah gunanya anda meminta berlebihan?

Pendapat ini tidak akan memberi faedah

Selain daripada menceritakan apa yang telah berlalu.


Maka Mu'awiyah berkata: Demi Tuhan! Anda telah mengetahui bahawa aku tidak mahu sya'ir ini. 'Umru menjawab: Aku tidak bermaksud sedemikian. Dia berkata: Anda telah menghina pendapatku dan membesar-besarkan Ali sedangkan anda menentangnya. 'Umru tersenyum dan berkata: Pertentangan dan maksiat anda telah berlalu. Adapun keburukkanku belum ada seorang lelaki yang berani bertarung dengan Ali. Jika anda mahu, anda boleh melakukannya. Mu'awiyah terdiam. Dan perkara tersebut telah tersebar di kalangan ahli Syam.


Kata-kata Ali a.s. setelah diberitahu ahli Syam mencacinya

Abban daripada Sulaim berkata: Ali a.s. telah melalui di hadapan jama'ah ahli Syam di mana al-Walid bin 'Uqbah bin Abi Mu'it bersama mereka. Mereka mencacinya, maka Ali a.s. diberitahu mengenainya. Lantas beliau berhenti di samping para sahabatnya dan berkata kepada mereka: Kalian pergi kepada mereka dan bertenang dengan kedamaian Islam. Kita paling hampir kepada kejahilan dengan Allah, berani ke atas-Nya dan tertipu kepada gerakan di mana ketua mereka adalah Mu'awiyah, Ibn al-Nabighah, Abu al-A'war al-Silmi, Ibn Abi Mu'it, peminum arak yang telah dikenakan hukum had di dalam Islam, dan Marwan yang telah diusir oleh Rasulullah (Saw.).

Mereka mencaciku dan sebelum hari ini mereka tidak memerangiku, mereka hanya mencaciku sedangkan aku menyeru mereka kepada Islam dan mereka menyeruku kepada penyembahan berhala. Segala puji bagi Allah di atas apa yang diserukan kepadaku oleh orang yang fasiq. Sesungguhnya ucapan ini adalah mulia. Sesungguhnya orang fasiq lagi munafiq berada di sisi kami, mereka tidak boleh dipercayai, takut kepada Islam dan menipu separuh daripada umat ini.

Hati mereka telah mabuk cinta kepada fitnah, hawa-nafsu mereka cenderung kepada kebatilan, mereka telah mengisytiharkan perang terhadap kami dan mereka mahu memadamkan cahaya Allah. Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun dibenci oleh orang kafir. Kemudian beliau memberi semangat kepada para sahabatnya menentang mereka dan berkata: Mereka masih dengan pendirian mereka, tanpa tikaman tepat yang menerbangkan hati, tanpa pukulan yang mencederakan hidung, dahi, dagu, dada dan tulang-tulang mereka dengan senjata. Di manakah ahli agama dan penuntut-penuntut pahala?

Lantaran itu, seramai empat ribu orang telah menyerbu kepadanya. Beliau a.s. telah menyeru Muhammad bin al-Hanafiah dan berkata: Wahai anakku! Berjalanlah ke arah bendera ini dengan berhati-hati sehingga anda menikam pada dada mereka dengan senjata yang tajam. Tahanlah diri anda sehingga datang perintahku, maka dia mematuhinya. Manakala Muhammad menghampiri mereka, maka dia melepaskan panahnya ke dada mereka. Begitulah yang dilakukan oleh orang yang dilatih oleh Ali a.s. di dalam menghadapi musuh mereka sehingga mereka dapat menggoncangkan pendirian musuh dan membunuh kebanyakan mereka.


Pertanyaan Sulaim kepada al-Miqdad tentang kelebihan Ali a.s. dan penjelasannya

Abban daripada Sulaim berkata: Aku bertanya al-Miqdad tentang Ali a.s., beliau berkata: Kami telah bermusafir bersama Rasulullah Saw. sebelum beliau memerintahkan isteri-isterinya memakai hijab. Akulah satu-satunya khadamnya pada masa itu. Rasulullah (Saw.) mempunyai hanya satu lihaf sahaja dan bersamanya 'Aisyah. Rasulullah (Saw.) telah tidur antara Ali a.s. dan 'Aisyah di mana tidak ada lihaf selain daripadanya.

Apabila Rasulullah (Saw.) bangkit daripada tidurnya pada waktu malam, beliau meletakkan lihafnya di tengahnya antara Ali a.s. dan 'Aisyah sehingga lihaf menyentuhi hamparan di bawah mereka berdua. Rasulullah Saw. bangkit daripada tidurnya lalu mengerjakan solat sementara Ali a.s. tidak dapat tidur kerana demam. Rasulullah (Saw.) berjaga malam kerana kesakitan Ali a.s. Beliau mengerjakan solat malam, kemudian datang kepada Ali a.s. bagi melihat keadaannya. Begitulah keadaan Rasulullah (Saw.) sehingga tiba waktu pagi.

Manakala beliau mengerjakan solat bersama-sama para sahabatnya pada pagi hari, beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Sembuhkanlah penyakit Ali dan beliaulah yang membuatku berjaga malam. Maka Ali a.s. menjadi sembuh bagaikan terlepas daripada ikatan. Kemudian Rasulullah (Saw.) bersabda: Bergembiralah wahai saudaraku! Beliau bersabda sedemikian di hadapan para sahabat yang sedang mendengarnya. Ali a.s. berkata: Allah telah mengembirakan anda dengan kebaikan wahai Rasulullah (Saw.) dan menjadikan aku sebagai tebusan.

Beliau bersabda lagi: Sesungguhnya aku tidak memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia memberikannya kepadaku. Aku tidak memohon sesuatu untuk diriku melainkan aku memohonnya untuk anda seumpamanya. Sesungguhnya aku telah menyeru Allah supaya mempersaudarakan antaraku dan anda, maka Dia telah melakukannya. Aku telah memohon kepada-Nya supaya Dia menjadikan anda wali kepada setiap Mukmin selepasku, maka Dia telah melakukannya. Aku memohon kepada-Nya apabila Dia memakaikan kepadaku pakaian kenabian dan kerasulan supaya memakaikan kepada anda pakaian wasi dan keberanian, maka Dia telah melakukannya.

Aku memohon kepada-Nya supaya Dia menjadikan anda wasiku, warisku dan penyimpan ilmuku, maka Dia telah melakukannya. Aku telah memohon kepada-Nya supaya menjadikan kedudukan anda di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, dan membantuku dengan anda serta melibatkan anda dalam urusanku, maka Dia telah melakukannya selain tidak ada nabi selepasku, maka aku telah meridhainya. Aku memohon kepada-Nya supaya menikahkan anda dengan anak perempuanku dan menjadikan anda bapa kepada anak-anakku, maka Dia telah melakukannya.

Maka seorang lelaki (Umar) berkata kepada sahabatnya: Apakah pendapat anda tentang apa yang beliau (Rasulullah Saw.) telah pohon? Demi Tuhan! Sekiranya beliau memohon kepada Tuhannya supaya menurunkan Malaikat ke atasnya bagi menolongnya menentang musuhnya atau mengeluarkan harta simpanan untuk beliau dan para sahabatnya berbelanja ketika perlu, adalah lebih baik untuknya daripada apa yang beliau telah pohon. Sementara sahabatnya (Abu Bakr) pula berkata: Segantang kurma adalah lebih baik daripada apa yang telah beliau pohon.


Kata-kata Abd al-Rahman al-Azadi ketika kematian Mu'adh Bin Jabal dan ucapan: "Neraka Wail untukku"

Abban berkata: Aku mendengar Sulaim berkata: Aku telah mendengar Abd al-Rahman bin Ghunim al-Azadi al-Thumali, menantu Mu'adh bin Jabal, orang paling alim dalam ilmu fekah di Syam, berkata: Mu'adh bin Jabal mati disebabkan penyakit Taun. Aku telah menyaksinya pada hari kematiannya. Sementara orang ramai sibuk dengan penyakit Taun. Dia berkata: Aku telah mendengarnya ketika nazak (ihtidar), dan tidak ada orang lain selain daripadaku. Peristiwa ini berlaku pada masa pemerintahan Umar bin al-Khattab.

Mu'adh berkata: Neraka untukku, neraka untukku (wailun li wailun li). Aku berkata dalam diriku: Orang yang terkena penyakit Taun meracau dan berkata perkara-perkara yang pelik. Aku pun berkata: Adakah anda meracau rahima-ka-llahu? Mu'adh berkata: Tidak. Aku berkata lagi: Kenapa anda menyeru dengan Neraka Wail? Dia berkata: Kerana aku telah mewalikan musuh Allah ke atas wali Allah. Maka aku berkata: Siapakah mereka? Dia menjawab: 'Atiq dan Umar di atas khalifah Rasulullah dan wasinya Ali bin Abu Talib. Aku berkata: Anda memang meracau?

Maka dia berkata: Wahai Ibn Ghunim! Demi Allah aku tidak meracau. Ini adalah Rasulullah (Saw.) dan Ali (a.s.) sedang berkata: Wahai Mu'adh! Bergembiralah dengan Api Neraka, anda dan para sahabat anda yang berkata: Jika Rasulullah (Saw.) mati atau dibunuh kita akan menjauhkan khilafah daripada Ali dan dia tidak akan sampai kepada khilafah selama-lamanya. Anda, 'Atiq, 'Umru, Abu 'Ubaidillah dan Salim. Maka aku bertanya: Wahai Mu'adh! Bilakah ini? Dia menjawab: Pada Haji Wida'. Kami berkata: Kami menentang Ali. Justeru itu, dia tidak akan dapat khilafah selama kami masih hidup.

Manakala Rasulullah (Saw.) wafat, aku berkata: Aku memberi jaminan kepada kalian akan kaumku Ansar. Lantaran itu, kalian berilah jaminan kepadaku akan Quraisy. Kemudian aku telah menyeru pada masa Rasulullah (Saw.) Basyir bin Sa'd dan Asyad bin Hudair kepada orang yang telah kami memeterai perjanjian tersebut, lalu mereka berdua telah memberi bai'ah kepadaku mengenainya. Aku berkata: Memang anda meracau. Dia berkata: Letakkan pipiku di tanah. Dia (Mu'adh) terus menyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan sehingga dia mati.

Ibn Ghanim berkata kepadaku: Aku tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya sebelum anda. Tidak. Demi Tuhan! Selain daripada dua lelaki. Sesungguhnya apa yang telah aku dengar daripada Mu'adh adalah menakutkan aku. Lantaran itu, aku mengerjakan Haji dan berjumpa orang yang mengikuti kematian Abu 'Ubaidah dan Salim maula Abu Hudhaifah, aku bertanya: Salim tidak dibunuh pada Hari al-Yamamah? Dia menjawab: Ya. Dia telah memberitahuku bahawa mereka berdua telah berkata perkara yang sama sebagaimana Mu'adh, tidak lebih dan tidak kurang.


Penyaksian Muhammad bin Abu Bakr akan perkataan bapanya ketika mati dan sebutan "Tabut"

Abban berkata: Sulaim berkata: Aku telah memberitahu Muhammad bin Abu Bakr tentang hadis Ibn Ghunim semuanya. Dia berkata kepadaku: Rahsiakan perkara ini kerana bapaku juga ketika matinya telah berkata seperti kata-kata mereka. 'Aisyah berkata: Sesungguhnya bapaku telah meracau. Muhammad berkata: Aku telah berjumpa Abdullah bin Umar, maka aku memberitahunya apa yang dikatakan oleh bapaku ketika kematiannya. Maka dia berkata: Rahsiakan perkara ini. Demi Tuhan! Bapaku telah berkata sebagaimana bapa anda berkata, tidak lebih dan tidak kurang. Kemudian Abdullah bin Umar khuatir aku akan memberitahu Ali a.s. mengenainya, kerana dia mengetahui akan kasihku kepadanya, lalu berkata: Sesungguhnya bapaku telah meracau.

Maka aku telah mendatangi Amir al-Mukminin Ali a.s., lalu aku memberitahunya apa yang aku dengar daripada bapaku, dan apa yang diberitahu kepadaku oleh Abdullah bin Umar. Amir al-Mukminin Ali a.s. berkata: Orang yang lebih benar daripada anda dan Ibn Umar telah memberitahuku tentang bapanya, bapa anda, Abu 'Ubaidah, Salim dan Mu'adh. Aku berkata: Siapakah orangnya? Beliau berkata: Ada orang yang telah memberitahuku. Dia berkata: Aku telah mengetahui apa yang dimaksudkannya, maka aku berkata: Anda memang banar wahai Amir al-Mukminin. Aku telah menjangka ada orang yang telah memberitahu anda. Tidak ada seorangpun yang menyaksikan bapaku berkata sedemikian selain daripadaku.

Dia berkata: Aku berkata kepada Abd al-Rahman bin Ghunim: Mu'adh telah mati disebabkan oleh penyakit Taun sebagaimana berlaku kepada Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah. Dia berkata: Disebabkan oleh bisul. Aku berjumpa dengan Muhammad bin Abu Bakr dan berkata: Adakah mereka berdua telah menyaksikan kematian bapa anda selain daripada saudara anda Abd al-Rahman, 'Aisyah dan Umar. Adakah mereka mendengar daripadanya apa yang anda telah mendengarnya? Dia berkata: Mereka telah mendengar daripadanya, lalu mereka menangis dan berkata: Dia sedang meracau. Aku bukan mendengar kesemuanya.

Aku berkata: Apakah yang telah didengar oleh mereka daripadanya? Mereka berkata: Dia telah meyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan, maka Umar berkata kepadanya: Wahai Khalifah Rasulullah! Kenapa anda menyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan? Dia berkata: Ini Muhammad dan Ali sedang memberi khabar gembira kepadaku dengan Neraka. Di tangannya Sahifah di mana kami telah memeterai perjanjian ke atasnya di hadapan Ka'bah seraya berkata: Anda telah melaksanakannya, lantas anda dan sahabat anda menentang wali Allah. Maka bergembiralah dengan Api Neraka yang terkebawah.

Apabila Umar mendengarnya, dia terus keluar dan berkata: Sesungguhnya dia sedang meracau. Dia menjawab: Tidak. Demi Tuhan! Aku tidak meracau. Umar berkata: Anda yang kedua daripada dua orang ketika kedua-duanya di Gua? Abu Bakr berkata: Sekarang ini juga. Tidakkah aku telah memberitahu anda bahawa Muhammad berkata kepadaku semasa aku bersamanya di Gua: "Bahawa aku melihat bahtera Ja'far dan para sahabatnya belayar di laut".

Aku berkata: Perlihatkanlah kepadaku? Maka beliaupun menyapu mukaku, lantas aku melihat kepadanya. Aku yakin pada masa itu bahawa beliau adalah seorang ahli sihir (Sahir). Umar berkata: Wahai mereka itu! Sesungguhnya bapa kalian sedang meracau, lantaran itu rahsiakan apa yang kalian dengar daripadanya supaya Ahl al-Bait tidak mentertawakan kalian. Kemudian dia keluar. Dan saudaraku pun keluar untuk berwuduk bagi mengerjakan solat.

Maka dia (Abu Bakr) memperdengarkan kata-katanya kepadaku yang tidak didengari oleh mereka. Aku berkata kepadanya semasa aku bersendirian dengannya: Wahai bapaku! Katalah: La ilaha illa Llah. Dia berkata: Tidak. Aku tidak akan berkata: La ilaha illa Llah selama-lamanya. Aku tidak mampu untuk berkata sedemikian sehingga aku memasuki Tabut. Manakala bapaku menyebut Tabut, aku menyangka dia sedang meracau. Aku berkata kepadanya: Tabut yang mana? Dia berkata: Tabut daripada api yang ditutupi dengan penutup daripada Api Neraka di dalamnya dua belas orang lelaki. Aku dan sahabatku ini. Aku berkata: Umar? Dia berkata: Ya. Dan sepuluh orang lagi di Neraka Jahannam yang terkebawah di mana di atasnya sebuah batu besar yang menutupi satu lubang.

Apabila Allah mahu memanaskan Neraka Jahannam, Dia mengangkat batu tersebut. Aku berkata: Adakah anda sedang meracau? Dia berkata: Tidak. Demi Tuhan! Aku tidak meracau. Allah melaknati Ibn Sahhak kerana dialah yang telah menghalangku daripada peringatan selepas dia datang kepadaku. Justeru itu, dia adalah sejahat-jahat sahabat (Qarin), Allah melaknatinya. Lekatkan pipiku di tanah, maka aku lekatkan pipinya ke tanah.

Dia terus menyebut Wail dan kecelakaanya sehingga aku memberi isyarat mata kepadanya. Kemudian Umar pun masuk dan berkata: Adakah dia telah berkata sesuatu selepasku? Maka aku faham apa yang dikatakan olehnya. Dia berkata: Allah merahmati Khalifah Rasulullah, lantaran itu rahsiakanlah. Dia sedang meracau. Kalian sekeluarga terkenal dengan perkara tersebut ketika sakit. 'Aisyah berkata: Anda memang benar. Mereka semuanya berkata: Janganlah ada seorangpun di kalangan kalian yang akan memberitahu kepada sesiapapun. Lantaran itu, Ibn Abu Talib dan Ahl Baitnya akan bergembira.

Sulaim berkata: Aku berkata kepada Muhammad bin Abu Bakr: Siapakah yang telah meriwayatkan kepada Amir al-Mukminin tentang apa yang mereka berlima ucapkan? Dia berkata: Rasulullah (Saw.). Beliau telah melihatnya di dalam mimpi setiap malam. Hadisnya mengenainya di dalam tidur sepertilah hadisnya semasa jaga. Kerana Rasulullah (Saw.) bersabda: "Sesiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia telah melihatku. Kerana Syaitan tidak dapat menyerupaiku dan para wasiku sama ada di dalam tidur atau jaga sehingga Hari Kiamat".

Sulaim berkata: Aku berkata kepada Muhammad bin Abu Bakr: Siapakah yang telah memberitahu anda tentang perkara ini? Dia berkata: Ali a.s.. Maka dia berkata: Aku telah mendengar juga sebagaimana anda mendengarnya. Aku berkata kepada Muhammad: Mudah-mudahan Malaikat telah meriwayatkannya. Dia berkata: Begitulah. Aku berkata: Adakah Malaikat meriwayatkan kepadanya?

Dia berkata: Tidakkah anda membaca al-Qur'an di dalam Surah al-Anbiya' (21): 25, ''Dan kami tidak mengutus sebelum anda seorang Rasul atau Nabi (atau Muhaddath)". Aku berkata: Amir al-Mukminin Muhaddath? Dia menjawab: Ya. Fatimah juga Muhaddathath sedangkan beliau bukanlah seorang Nabi perempuan. Sarah isteri Ibrahim dapat bersemuka dengan Malaikat, lantas mereka telah memberi berita gembira kepadanya dengan Ishak. Dan selepas Ishak adalah Ya'qub sedangkan beliau bukanlah seorang Nabi perempuan.


Kata-kata Ali a.s. bahawa para wasinya adalah muhaddathun dan nama mereka

Sulaim berkata: Apabila Muhammad bin Abu Bakr dibunuh di Mesir, maka kamipun mengucapkan takziah kepada Amir al-Mukminin a.s. Aku telah memberitahunya apa yang telah diberitahu kepadaku oleh Muhammad. Aku juga memberitahunya apa yang telah diberitahu kepadaku oleh Abd al-Rahman bin Ghunim. Beliau berkata: Muhahammad memang benar rahima-hu -Llah. Beliau adalah seorang syahid yang diberikan rezeki. Wahai Sulaim! Sesungguhnya para wasiku adalah sebelas orang lelaki daripada anak lelakiku, semuanya adalah para imam Muhaddathun.

Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Siapakah mereka? Beliau a.s. berkata: Anak lelakiku ini al-Hasan, kemudian anak lelakiku ini al-Husain, kemudian anak lelakiku ini. Beliau memegang tangan cucunya Ali bin al-Husain yang masih menyusu. Kemudian lapan daripada anak lelakinya seorang demi seorang. Merekalah yang Allah telah bersumpah dengan mereka di dalam firman-Nya; Surah al-Balad (90): 3, "Demi bapa dan apa yang diperanakkan" . "Bapa" adalah Rasulullah (Saw.) dan aku. Sementara "apa yang diperanakkan" adalah sebelas para wasi. Aku berkata: Dua imam dalam satu masa. Beliau berkata: Ya. Seorang diam, tidak bercakap sehingga mati yang pertama.


Sabda Nabi Saw. bahawa umatnya akan berpecah kepada tiga kumpulan dan penjelasan mengenainya

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Abu Dhar, Salman dan al-Miqdad berkata: Kami duduk di sisi Rasulullah Saw. di mana tidak ada orang lain selain daripada kami. Tiba-tiba sekumpulan Muhajirin yang terdiri daripada ahli Badr sampai. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Umatku akan berpecah selepasku kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan adalah di atas kebenaran. Mereka sepertilah emas setiap kali diletak di atas api, ia akan bertambah baik dan bernilai. Imam mereka adalah salah seorang daripada tiga.

Kumpulan ahli Batil. Mereka sepertilah besi setiap kali dimasukkan ke dalam api, ia akan bertambah buruk dan busuk. Imam mereka adalah salah satu daripada yang tiga. Dan kumpulan yang tidak ada pendirian lagi sesat, tidak berpihak kepada sesiapa. Imam mereka adalah salah satu daripada tiga. Aku telah bertanya kepada mereka tentang tiga imam. Mereka berkata: Imam kebenaran dan pertunjuk adalah Ali bin Abu Talib. Imam yang tidak ada pendirian (mudhabdhabin) adalah Sa'd bin Abi Waqqas. Dan aku mahu mereka menamakan imam yang ketiga namun mereka enggan memberitahuku tetapi memberi gambarannya sehingga aku mengetahui siapakah yang mereka maksudkan.

BAHAGIAN KEENAM


Hadis al-Ghadir, keistemewaan Ahl al-Bait, keajaiban hadis-hadis tentang Ali a.s., sifat-sifat Mukminin, penghinaan terhadap Rasulullah Saw., Fatimah a.s. dan Abu Bakr, cubaan membunuh Ali a.s. serta kewafatan Fatimah a.s.


Seruan Nabi Saw di Ghadir Khum dan Imamah Ali a.s."

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Abu Sa'id al-Khudri berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah menyeru orang ramai di Ghadir Khum pada hari khamis sambil memegang ketiak Ali bin Abu Talib a.s., dan mengangkatnya sehingga aku melihat keputihan di ketiak Rasulullah (Saw.) dan bersabda: Sesiapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Muliakanlah orang yang menjadikannya wali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Tolonglah orang yang menolongnya. Hinalah orang yang menghinanya.

Abu Sa'id berkata: Beliau terus berdiri sehingga turun firman-Nya dalam Surah al-Ma'idah (5): 3, "Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku, dan Aku meridhai Islam menjadi agamamu". Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama, melengkapi nikmat dan keridhaan ilahi dengan risalahku, dan wilayah Ali selepasku.


Sya'ir Hasan bin Thabit tentang Ghadir Khum

Hasan bin Thabit berkata: Wahai Rasulullah (Saw.)! Izinkan aku untuk mengungkapkan beberapa bait sya'ir untuk Ali (a.s.). Maka beliau bersabda: Teruskanlah di atas berkat Allah. Hasan berkata: Wahai ketua-ketua Quraisy! Dengarlah kata-kataku dengan penyaksian Rasulullah (Saw.):

Tidakkah kalian mengetahui bahawa

Nabi adalah Muhammad

Di Ghadir Khum ketika beliau berdiri sambil menyeru

Jibril mendatanginya daripada sisi Tuhannya

Sesungguhnya anda adalah maksum

bukan seorang yang cuai

Sampaikan kepada mereka apa yang diturunkan oleh Allah

Tuhan mereka

Jika anda tidak melakukannya

dan memperingati si zalim

Di atas anda apa yang telah anda

sampaikan kepada mereka risalah-Nya

Jika anda takutkan permusuhan

Beliau berdiri manakala beliau mengangkat tangannya

Dengan tangan kanannya mengisytiharkannya

dengan suara yang tinggi

Beliau bersabda: Sesiapa yang menjadikanku maulanya

Hafazlah kata-kataku supaya tidak terlupa

Maula selepasku adalah Ali

Sesungguhnya aku dengannya meridhai untuk kalian

Wahai Tuhanku! Sesiapa yang mewalikan Ali, muliakanlah

Jadilah musuh kepada orang yang memusuhi Ali

Wahai Tuhanku! Tolonglah pembantu-pembantunya

Imam petunjuk seperti bulan yang penuh purnama

Wahai Tuhanku! Hinalah orang yang menghinanya

Dan jadikanlah ganjaran kepada mereka pada Hari Hisab.



Kata-kata Ali a.s.: "Bagiku sepuluh keistimewaan daripada Rasulullah (Saw.)"

Abban daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Ali a.s. berkata: Bagiku sepuluh keistimewaan daripada Rasulullah (Saw.). Seseorang berkata kepadanya: Jelaskan kepada kami wahai Amir al-Mukminin! Maka beliau berkata: Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai Ali! Anda adalah saudara, anda adalah khalil, anda adalah wasi, anda adalah wazir, anda adalah khalifah pada keluarga dan hartaku pada masa ketiadaanku. Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan aku di sisi Tuhanku. Anda adalah khalifah pada umatku. Wali anda adalah waliku. Musuh anda adalah musuhku. Anda adalah Amir al-Mukminin, Penghulu Muslimin selepasku .

Kemudian Ali a.s. berdepan dengan para sahabatnya dan berkata: Wahai para sahabatku! Demi Tuhan, aku tidak mendahului sesuatu perkara melainkan apa yang telah dijanjikan kepadaku oleh Rasulullah (Saw.). Maka berbahagialah orang yang teguh kecintaan kepada kami Ahl al-Bait di hatinya agar imannya lebih teguh di hati daripada Bukit Uhud di tempatnya. Sesiapa yang tidak ada kecintaan kepada kami di hatinya akan berkurangan iman di hatinya seperti berkurangan garam di air. Demi Tuhan! Tidak ada sebutan di dunia yang lebih dicintai oleh Rasulullah (Saw.) daripada sebutanku. Tidak ada orang yang mengerjakan solat Dua Qiblat seperti solatku. Aku telah mengerjakan solat sebelum baligh.

Fatimah adalah sebahagian daripada Rasulullah (Saw.) adalah di bawahku. Beliau pada zamannya seperti Maryam binti 'Imran pada zamannya. Aku berkata kepada kalian perkara ketiga bahawa al-Hasan dan al-Husain (a.s.) kedua-duanya adalah anak lelaki umat ini. Mereka berdua daripada Muhammad (Saw.) sepertilah kedudukan dua mata pada kepala. Adapun aku seperti kedudukan dua tangan pada badan. Adapun Fatimah (a.s.) sepertilah kedudukan hati pada badan. Umpama kami sepertilah bahtera Nuh. Sesiapa yang menaikinya berjaya. Sesiapa yang tidak menaikinya tenggelam (binasa).


Doa Nabi Saw. terhadap 'Aisyah dan Hafsah: "Wahai Tuhanku! Tutuplah pendengaran mereka berdua"

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali a.s. berkata: Rasulullah Saw. berjanji kepadaku pada hari kewafatannya. Aku telah menyandarkannya di dadaku dan kepalanya di sisi telingaku. Dua perempuan itu telah mencuri dengar percakapan kami. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai Tuhanku! Tutuplah pendengaran mereka berdua.

Kemudian beliau bersabda: Wahai Ali! Apakah pendapat anda tentang firman Allah dalam Surah al-Bayyinah (98): 7, "Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka itulah sebaik-baik makhluk". Adakah anda mengetahui siapakah mereka? Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau bersabda: Sesungguhnya mereka itu adalah Syi'ah anda dan pembantu-pembantu anda, perjanjianku dan perjanjian mereka di Haudh pada Hari Kiamat. Kalian akan datang dalam keadaan wajah yang berseri-seri, kenyang dan kerehatan.

Wahai Ali! Firman Allah dalam Surah al-Bayyinah (98): 6, "Sesungguhnya orang kafir daripada Ahli al-Kitab dan Musyrikin di Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya dan mereka itulah sejahat-jahat makhluk". Mereka itu adalah Yahudi dan Bani Umayyah, dan Syi'ah mereka akan dibangkitkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang celaka, kelaparan dan dahaga dalam keadaan wajah mereka kehitaman.


Kata-kata Mu'awiyah kepada Abdullah bin Ja'far: "Alangkah kuatnya anda membesar-besarkan al-Hasan dan al-Husain"

Abban daripada Sulaim berkata: Abdullah bin Ja'far bin Abi Talib telah memberitahuku bahawa beliau berkata: Aku berada di sisi Mu'awiyah, bersama kami ialah al-Hasan dan al-Husain dan di sisinya ialah Abdullah bin Abbas, maka Mu'awiyah telah berpaling kepadaku dan berkata: Wahai Abdullah! Alangkah kuatnya anda membesar-besarkan al-Hasan dan al-Husain. Mereka berdua bukanlah lebih baik daripada anda dan bapa mereka berdua bukanlah lebih baik daripada bapa anda. Sekiranya Fatimah bukanlah anak perempuan Rasulullah, nescaya aku akan berkata bahawa ibu anda Asma' binti 'Umaisy adalah lebih baik daripadanya.

Aku berkata: Demi Allah! Sesungguhnya anda mempunyai maklumat yang sedikit tentang mereka, bapa mereka dan ibu mereka berdua. Demi Tuhan! Mereka berdua adalah lebih baik daripadaku, bapa mereka lebih baik daripada bapaku dan ibu mereka adalah lebih baik daripada ibuku. Wahai Mu'awiyah! Sesungguhnya anda terlupa apa yang telah aku dengar daripada Rasulullah Saw. tentang mereka, bapa dan ibu mereka berdua. Aku menghafaz, menjaga dan meriwayatkannya. Dia berkata: Berikan buktinya wahai Ibn Ja'far! Demi Tuhan, anda bukanlah pembohong dan bukan pula dituduh berbohong.

Aku berkata: Ia lebih besar daripada apa yang ada pada diri anda. Dia berkata: Sekalipun ia lebih besar daripada seseorang atau semua orang, maka aku tidak peduli apabila Allah membunuh sahabat anda, memecah-belahkan perpaduan mereka dan urusan khilafah menjadi milik ahlinya. Lantaran itu, beritahukan kepada kami kerana kami tidak peduli apa yang anda perkatakan dan tidak akan memudaratkan kami apa yang kalian tidak ada. Aku berkata: Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda ketika ditanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-Isra' (17): 60, "Kami tidak menjadikan apa yang kami perlihatkan kepada engkau melainkan menjadi fitnah kepada manusia dan pokok kayu yang dilaknati di dalam al-Qur'an".

Beliau bersabda: Sesungguhnya aku telah melihat dua belas orang lelaki daripada para imam yang sesat menaiki mimbarku, kemudian mereka turun dan menolak umatku ke belakang. Di kalangan mereka adalah dua orang daripada suku yang berbeza; tiga daripada Bani Umayyah dan tujuh daripada anak lelaki al-Hakam bin Abi al-'As. Dan aku mendengarnya bersabda: Sesungguhnya Bani Abi al-'As apabila mereka sampai tiga puluh lelaki, mereka menjadikan Kitab Allah sebagai pendapatan, hamba-hamba Allah sebagai hak milik dan harta Allah berputar di kalangan mereka.

Wahai Mu'awiyah! Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda di atas mimbarnya dan aku, Umar bin Abi Salmah, Usamah bin Zaid, Sa'd bin Abi Waqas, Salman al-Farisi, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair bin al-'Awwam berada di hadapannya, beliau bersabda: Tidakkah aku aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Maka kami berkata: Ya, wahai Rasulullah! Beliau bersabda: Tidakkah para isteriku adalah ibu-ibu kalian? Maka kami berkata: Ya, wahai Rasulullah!

Beliau bersabda: Sesiapa yang aku adalah maulanya, maka Ali adalah maulanya dan aula dengannya daripada dirinya- Beliau telah menepok bahu Ali dengan dua tangannya- Wahai Tuhanku! Muliakanlah orang yang menjadikannya wali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Wahai manusia! Aku adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan denganku. Kemudian anak lelakiku al-Hasan adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan dengannya.

Kemudian beliau kembali dan bersabda: Wahai manusia! Apabila aku mati syahid. maka Ali adalah aula dengan kalian daripada diri kalian. Apabila Ali mati syahid, maka anak lelakiku al-Hasan adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila al-Hasan mati syahid maka anak lelakiku al-Husain aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila al-Husain mati syahid, maka anak lelakiku Ali bin al-Husain adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan dengannya.

Kemudian beliau melihat kepada Ali (a.s.) dan bersabda: Wahai Ali! Sesungguhnya anda akan berjumpanya dengannya, maka sampaikanlah salamku kepadanya. Apabila beliau mati syahid maka anak lelakiku Muhammad adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan wahai al-Husain! Anda akan berjumpa dengannya, maka sampaikanlah salamku kepadanya. Kemudian seorang demi seorang daripada keturunan Muhammad aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan dengannya. Semua mereka adalah pembimbing yang mendapat hidayah.

Maka Ali a.s. terus berdiri dalam keadaan menangis dan berkata: Dengan nama bapaku, anda dan ibuku wahai Nabi Allah! Adakah anda akan dibunuh? Beliau menjawab: Ya. Aku akan mati syahid kerana diracun dan anda akan dibunuh dengan pedang. Janggut anda akan dicelupkan dengan darah kepala anda. Anakku al-Hasan akan dibunuh dengan racun. Anakku al-Husain akan dibunuh dengan pedang oleh penzalim bin penzalim.

Mu'awiyah berkata: Sesungguhnya anda telah memperkatakan perkara yang besar. Sekiranya apa yang anda perkatakan itu adalah benar, maka sesungguhnya binasalah umat Muhammad yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar selain daripada kalian Ahl al-Bait, para wali kalian dan pembantu-pembantu kalian. Aku berkata: Demi Allah! Apa yang aku perkatakan itu adalah benar. Aku telah mendengarnya daripada Rasulullah (Saw.).

Mu'awiyah berkata: Wahai al-Hasan! Wahai al-Husain! Wahai Ibn Abbas! Apakah yang diperkatakan oleh Ibn Ja'far? Ibn Abbas berkata: Anda jangan percaya apa yang dikatakannya sehingga anda mengutuskan kepada mereka yang telah disebutkannya. Justeru itu, anda bertanyalah kepada mereka. Mu'awiyah telah mengutuskan Umar bin Abi Salmah dan Usamah bin Zaid, lalu dia bertanya kepada mereka berdua. Lantas mereka berdua memberi penyaksian: Bahawa apa yang dikatakan oleh Ibn Ja'far itu, telah kami dengar daripada Rasulullah (Saw.) sebagaimana beliau mendengarnya. Maka Mu'awiyah berkata: Wahai Ibn Ja'far! Kami telah mendengar tentang al-Hasan dan al-Husain serta bapa mereka berdua tetapi aku tidak mendengar tentang ibu mereka. Mu'awiyah seperti mempersendakan dan mengingkarinya.

Maka aku berkata: Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Tidak ada di Syurga rumah yang paling mulia, afdal dan paling hampir kepada 'Arasy Tuhanku selain daripada rumahku. Bersamaku adalah tiga belas daripada Ahl Baitku; Saudaraku Ali, anak perempuanku Fatimah, dua anak lelakiku al-Hasan dan al-Husain dan sembilan daripada anak lelaki al-Husain yang telah dihilangkan kekotoran dosa oleh Allah dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Mereka adalah pembimbing yang mendapat hidayah. Aku adalah mubaligh daripada Allah. Sementara mereka adalah mubaligh daripadaku.

Mereka adalah hujah-hujah Allah ke atas makhluk-Nya, saksi-saksi-Nya di Bumi-Nya, Penyimpan-penyimpan ilmu-Nya dan galian-galian hikmah-Nya. Sesiapa yang mentaati mereka, dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, dia menderhakai Allah. Bumi tidak akan kekal tanpa mereka dan ia tidak sesuai melainkan dengan mereka. Mereka memberitahu umat tentang agama mereka, halal dan haram mereka, menunjukkan mereka apa yang diridhai oleh Tuhan mereka serta melarang mereka daripada kemurkaan Tuhan mereka dengan satu suruhan dan satu larangan. Tidak ada perselisihan dan perpecahan.

Yang akhir daripada mereka akan mengambil daripada yang awal mereka dengan imla'ku dan khat saudaraku Ali di mana mereka mewarisinya sehingga Hari Kiamat. Penduduk Bumi dalam keadaan kelalaian, kesesatan dan kebingungan selain daripada mereka, dan Syi'ah mereka. Para wali mereka tidak perlu kepada seorangpun daripada umat ini dalam urusan agama mereka sedangkan umat memerlukan mereka. Merekalah yang dimaksudkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya. Dia telah mengiringi ketaatan kepada mereka dengan ketaatan-Nya dan ketaatan Rasulullah (Saw.). Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa' (4): 59, ''Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul, dan Uli l-Amri daripada kamu".

Maka Mu'awiyah berdepan dengan al-Hasan, al-Husain, Ibn Abbas, al-Fadhl bin Abbas, Umar bin Abi Salmah dan Usamah bin Zaid lalu berkata: Kalian semua sependapat dengan Ibn Ja'far? Mereka berkata: Ya. Dia berkata: Wahai Bani 'Abd al-Mutalib! Sesungguhnya kalian menyeru kepada perkara yang besar dan kalian berhujah dengan hujah yang kuat. Sekiranya ia adalah benar, maka sesungguhnya kalian menyembunyikan sesuatu dan merahsiakannya pula sedangkan orang ramai di dalam kelalaian yang buta. Sekiranya apa yang mereka katakan itu benar, maka sesungguhnya binasalah umat ini, murtad daripada agamanya dan meninggalkan janji Nabi kita selain daripada kalian Ahl al-Bait dan sesiapa yang sependapat dengan kalian. Maka mereka itu sedikit sahaja.

Akupun berkata: Wahai Mu'awiyah! Sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah al-Saba' (34): 131, "Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur", firman-Nya dalam Surah Yusuf (12): 103, "Dan kebanyakan manusia bukanlah orang yang beriman, meskipun engkau mengharapkannya", dan firman-Nya dalam Surah Sad (38): 24, "Melainkan orang yang beriman dan beramal salih, tetapi sedikit sekali (bilangan) mereka" Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah Hud (11): 40, "Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja".

Wahai Mu'awiyah! Mukminun adalah sedikit. Sesungguhnya perkara mengenai Bani Israil adalah lebih aneh di mana ahli-ahli sihir berkata kepada Fir'aun dalam Surah Taha (20): 72, "Maka hukumlah apa yang engkau akan hukumkan. Sesungguhnya engkau hanya menghukum semasa hidup di dunia ini". Mereka telah beriman dengan Musa (a.s.), membenarkan dan mengikutinya. Lalu beliau lari bersama mereka dan para pengikutnya daripada Bani Israil. Beliau telah membelah laut untuk mereka dan memperlihatkan mereka perkara-perkara yang aneh, lalu mereka membenarkan Musa dan Taurat. Mereka telah mengakui agamanya.

Maka beliau berjalan bersama mereka, lalu berjumpa dengan satu kaum yang sedang menyembah berhala, lantas mereka berkata dalam Surah al-A'raf (7): 138, "Wahai Musa, adakan bagi kami satu tuhan sebagaimana bagi mereka itu beberapa tuhan". Kemudian mereka mengambil anak lembu jantan (al-'Ijl), lalu menyembahnya kecuali Harun dan Ahl Baitnya. Al-Samiri berkata kepada mereka dalam Surah Taha (20): 88, "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa". Dan beliau berkata kepada mereka selepas itu dalam Surah al-Ma'idah (5): 21, "Wahai kaumku masuklah kamu ke tanah suci (Syria) yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu". Jawapan mereka telah diceritakan oleh Allah dalam Surah al-Ma'idah (5): 22, "Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam negeri itu ada satu kaum yang gagah perkasa, kami tidak akan masuk ke dalamnya sehingga mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, kami akan memasukinya".

Musa berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku tidak memiliki melainkan diriku sendiri dan saudaraku (Harun). Justeru itu, pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq itu" (Surah al-Ma'idah (5): 25. Lantaran itu umat ini menurut contoh yang sama. Mereka yang mempunyai kelebihan dan terawal Islam, hidup bersama-sama Rasulullah Saw., mempunyai kedudukan yang hampir kepadanya serta mengakui agama Muhammad dan al-Qur'an. Tetapi apabila mereka ditinggalkan oleh Nabi, mereka berselisih, berpecah, hasad dan menyalahi imam mereka, dan wali mereka. Mereka mengkhianati janji mereka dengan Rasulullah (Saw.) melainkan sahabat kami di mana kedudukannya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa, dan segelintir daripada orang yang berjumpa dengan Allah di atas agama mereka, dan iman mereka.

Sementara orang lain mundur ke belakang sebagaimana dilakukan oleh para sahabat Musa a.s. dengan mengambil anak lembu jantan (al-'Ijl dan menyembahnya, kerana mereka menyangka bahawa ia adalah tuhan mereka kecuali Harun, dua orang anak lelakinya dan beberapa orang daripada Ahl Baitnya. Nabi kita Saw. telah melantik untuk umatnya orang yang paling baik di Ghadir Khum, bukan pada satu tempat dan berhujah ke atas mereka dengannnya. Beliau memerintahkan supaya mereka mentaatinya dan memberitahu mereka bahawa kedudukannya di sisinya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.

Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasnya. Setiap orang yang menjadikanya wali, maka Ali adalah walinya. Sesiapa yang aula dengannya daripada dirinya, maka Ali adalah aula dengannya. Beliau adalah khalifahnya pada mereka dan wasinya. Sesiapa yang mentaatinya, maka dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakainya, maka dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mewalikannya, maka dia telah mewalikan Allah. Sesiapa yang memusuhinya, maka dia telah memusuhi Allah. Tetapi mereka mengingkarinya, berpura-pura tidak tahu, lantas melantik selain daripadanya.

Wahai Mu'awiyah! Tidakkah anda ketahui bahawa Rasulullah (Saw.) ketika mengutus ke Mutah, beliau telah melantik ke atas mereka Ja'far bin Abi Talib. Kemudian bersabda: Jika Ja'far mati, maka Zaid bin Harithah. Sekiranya Zaid mati, maka Abdullah bin Rawwahah. Beliau tidak meridhai mereka membuat pilihan untuk diri mereka.

Adakah beliau telah meninggalkan umatnya tanpa menerangkan kepada mereka siapakah khalifahnya? Ya. Demi Tuhan! Beliau tidak meninggalkan mereka dalam keadaan buta dan syubhah. Tetapi mereka telah melakukan apa yang dilakukan oleh mereka selepas Nabi mereka. Mereka telah membohongi Rasulullah (Saw.), maka mereka binasa dan binasalah orang yang mengikuti mereka. Mereka telah sesat dan sesatlah orang yang mengikuti mereka. Maka amat jauh bagi orang yang zalim untuk berjaya.

Maka Mu'awiyah berkata: Wahai Ibn Abbas! Anda telah bercakap perkara yang besar. Persepakatan kami adalah lebih baik daripada perselisihan. Anda telah mengetahui bahawa umat tidak bersetuju dengan sahabat anda. Ibn Abbas berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Umat tidak akan berselisih selepas Nabi-Nya melainkan Ahli Batil menguasai Ahli Haq. Sesungguhnya umat ini telah bersepakat di atas beberapa perkara yang tidak ada khilaf, pertengkaran dan perpecahan iaitu Syahadatain, Solat yang lima, puasa bulan Ramadhan, Haji di Ka'bah dan beberapa perkara yang mengandungi suruhan Allah, dan larangan-Nya. Umpamanya pengharaman zina, pencurian, memutuskan silaturahim, pembohongan dan khianat.

Umat berselisih di dalam dua perkara. Salah satu daripadanya ialah umat telah melakukan pembunuhan dan perpecahan sehingga berpecah kepada beberapa kumpulan di mana sebahagian kumpulan melaknati kumpulan yang lain, dan membersihkan diri daripada sebahagian yang lain. Kedua: Tidak berlaku pembunuhan ke atasnya, tidak berpecah padanya, malah sebahagian mereka memberi ruang kepada yang lain iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Adapun yang telah berselisih, berpecah dan membersihkan diri daripada yang lain adalah kerajaan dan khilafah kerana mereka menyangka bahawa mereka lebih berhak dengan kedua-duanya daripada Ahl Bait Rasulullah (Saw.).

Justeru itu, sesiapa yang tidak mengambil apa yang bertentangan di kalangan Ahli Qiblat dan mengembalikannya kepada Allah, nescaya dia selamat dan berjaya daripada Api Neraka. Allah tidak akan bertanyakan kepadanya dua perkara yang dipertikaikannya. Sesiapa yang telah diberikan taufiq, pencerahan hati dan pengenalan kepada Uli l-Amr, maka dia adalah seorang yang bahagia.

Nabi Allah Saw. bersabda: Allah memberi rahmat kepada seseorang hamba yang bercakap benar, maka dia akan mendapat ganjaran atau dia diam tanpa bercakap. Para imam adalah daripada Ahl Bait kenabian, galian kerasulan, tempat turunnya al-Kitab dan wahyu, dan tempat rujukan Malaikat. Justeru itu, ia tidak layak melainkan padanya, kerana Allah telah mengkhususkannya untuk mereka di dalam Kitab-Nya dan di atas lidah Nabi-Nya (Saw.). Keilmuan adalah pada mereka kerana merekalah ahlinya. Al-Qur'an adalah di sisi mereka, batinnya, zahirnya, muhkamnya, mutasyabihnya, nasikhnya dan mansukhnya.

Wahai Mu'awiyah! Sesungguhnya Umar bin al-Khattab telah mengutusku pada masa pemerintahannya kepada Ali bin Abu Talib a.s: Sesungguhnya aku mahu menulis al-Qur'an di dalam satu Mushaf. Justeru itu, hantarkanlah kepada kami apa yang telah anda tulis daripada al-Qur'an. Maka Ali (a.s.) berkata: Demi Tuhan! Anda penggal kepalaku dahulu sebelum anda sampai kepadanya. Aku berkata: Kenapa beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah berfirman "Tidak akan disentuhinya melainkan oleh orang yang disucikan".

Allah SWT maksudkan bahawa al-Qur'an tidak akan dapat dicapai melainkan oleh mereka yang disucikan. Allah SWT maksudkan kepada kami di mana Allah telah menghilangkan daripada kami kekotoran dosa dan membersihkan kami dengan sebersih-bersihnya. Dan Dia berfirman "Dan kami mewariskan al-Kitab kepada hamba-hamba kami yang kami pilih", maka kamilah hamba-hamba-Nya yang terpilih. Kamilah pilihan Allah. Kepada kamilah Dia telah memberi contoh. Di atas kamilah Dia telah menurunkan wahyu.

Lantas Umar menjadi marah dan berkata: Sesungguhnya Ibn Abi Talib menyangka dia sahaja yang tahu. Lantaran itu, sesiapa saja yang membaca sesuatu daripada al-Qur'an, hendaklah dia mendatangi kami dengannya. Apabila seorang lelaki datang membawa al-Qur'an, dia membacanya dan bersamanya orang lain yang menulisnya. Jika tidak, dia tidak akan menulisnya.

Wahai Mu'awiyah! Sesiapa yang berkata bahawa sebahagian daripada al-Qur'an telah hilang, maka dia berbohong. Malah kesemuanya ada di sisi ahlinya. Kemudian Umar memerintahkan para gabenornya dan kadi-kadinya, lalu berkata: Kalian berijtihadlah dan ikutilah apa yang kalian fikirkan betul. Justeru itu, Umar dan para gabenornya sentiasa melakukan perkara-perkara yang besar. Maka Ali bin Abu Talib telah memberitahu mereka dan berhujah ke atas mereka. Para gabenornya dan kadi-kadinya telah menghukum satu perkara dengan hukum yang bermacam-macam. Sementara Umar mengharuskannya untuk mereka. Kerana Allah tidak memberinya hikmah dan kecekapan bercakap.

Meskipun begitu kebanyakan Ahli Qiblat menyangka bahawa dia adalah galian ilmu bukan orang lain. Maka dengan Allah kami mohon pertolongan ke atas orang yang telah menentang hak mereka seperti anda. Kemudian mereka berdiri dan terus keluar.


Pertanyaan Hammam mengenai sifat-sifat Mukminin dan jawapan Ali a.s.

Daripada Abban bin Abi 'Iyasy daripada Sulaim berkata: Telah berdirilah seorang lelaki daripada sahabat Amir al-Mukminin a.s. bernama Hammam, seorang ahli ibadah yang gigih lalu berkata: Beritahukan kepadaku sifat-sifat Mukminin seolah-olah aku sedang melihat kepada mereka. Maka Amir al-Mukminin a.s. berasa berat untuk memberikan jawapan kepadanya.

Kemudian beliau berkata: Wahai Hammam! Bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah, kerana Allah bersama orang yang bertakwa dan orang yang berbuat baik. Maka Hammam berkata kepadanya: Aku bertanyakan anda dengan Yang telah memuliakan anda, memberi keistimewaan kepada anda, mencintai anda dan memberi kelebihan kepada anda tentang sifat-sifat Mukminin. Maka Amir al-Mukminin a.s. berdiri di atas dua kakinya. Beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya serta bersalawat ke atas Nabi, dan Ahl Baitnya a.s.

Kemudian beliau berkata: Amma ba'd. Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk dan ketika Dia menciptakannya, ia kaya dengan ketaatan mereka serta aman daripada kemaksiatan mereka, kerana kemaksiatan mereka tidak akan memudaratkan-Nya, begitu juga ketaatan mereka tidak akan memanfaatkan-Nya. Dia telah membahagi-bahagikan di kalangan mereka kehidupan mereka dan meletakkan kedudukan mereka di Dunia. Dia menurunkan Adam ke Dunia adalah sebagai balasan kepada apa yang telah dilakukannya. Allah telah melarangnya, tetapi beliau menyalahinya. Dia telah memerintahkannya, tetapi beliau menderhakai-Nya.

Lantaran itu, Mukminun di Dunia adalah Ahli Kelebihan. Mantiq mereka adalah kebenaran. Pakaian mereka adalah kesederhanaan. Perjalanan mereka adalah tawadhu'. Mereka tunduk kepada Allah dengan ketaatan. Mereka pergi di dalam keadaan merendahkan pandangan mereka daripada apa yang diharamkan oleh Allah ke atas mereka dan berdiri di dalam keadaan pendengaran mereka tertumpu kepada ilmu. Jiwa mereka di dalam kesusahan seperti jiwa mereka yang di dalam kesenangan meridhai Qadha' Allah.

Sekiranya tidak ada ajal yang telah ditulis oleh Allah untuk mereka, nescaya roh-roh mereka tidak akan tinggal pada jasad-jasad mereka walaupun sekejap, kerana syauq kepada pahala, dan takutkan azab. Betapa besarnya Pencipta pada diri mereka dan betapa kecilnya selain daripada-Nya pada pandangan mereka. Mereka dan Syurga seperti mereka telah melihatnya. Maka mereka dikurniakan nikmat. Mereka dan Neraka sepertilah mereka telah melihatnya. Maka mereka padanya diazab.

Hati mereka bersedih. Batasan mereka adalah dijamin. Badan mereka adalah kurus. Keperluan mereka adalah sedikit. Diri mereka adalah jujur. Pertolongan mereka pada Islam adalah besar. Mereka bersabar pada hari-hari yang pendek, kemudian mereka diikuti kerehatan yang berpanjangan. Satu perniagaan yang menguntungkan dan dipermudahkannya untuk mereka oleh Tuhan Yang Maha Mulia. Dunia menghendaki mereka, tetapi mereka tidak menghendakinya. Ia menuntut mereka, tetapi mereka menolaknya.

Adapun pada waktu malam, mereka membaca al-Qur'an dan bersedih dengannya. Mereka merujuk kepadanya untuk mengubati penyakit mereka. Tangisan dan kesedihan mereka begitu mendalam ke atas dosa-dosa yang dilakukan. Apabila mereka bertemu dengan ayat tasywiq (memberangsangkan), mereka cenderung kepadanya kerana tamakkannya. Air mata mereka berlinang di atas pipi mereka sambil mengharapkan Allah melepaskan mereka daripada Neraka. Apabila mereka bertemu dengan ayat takhwif (menakutkan), hati dan mata mereka tertumpu kepadanya. Kulit mereka menggeletar dan hati mereka menjadi lemah. Mereka menyangka suara Neraka di telinga mereka. Adapun mereka pada siang hari, adalah lemah lembut dan ulama baik yang bertakwa, seakan-akan dikuasai ketakutan.

Orang yang melihat menyangka bahawa mereka sakit, tetapi mereka bukanlah sakit. Malah mereka dicampur-aduk dengan perkara yang besar. Apabila mereka menyebut kebesaran Allah, kekuasaan-Nya, mengingati kematian dan azab Hari Kiamat, hati mereka menjadi kecut dan akal mereka menjadi lemah. Dan apabila mereka sembuh daripadanya, mereka bersegera kepada Allah dengan amalan yang baik. Mereka tidak meridhai Allah dengan sedikit. Dan mereka tidak membesar-besarkan apa yang mereka lakukan kepada-Nya. Mereka mengambil berat pada diri mereka dan daripada amalan yang dilakukan mereka mengharapkan pahala.

Jika seseorang daripada mereka dipuji, dia menjadi takut terhadap apa yang mereka perkatakan kepadanya, lalu berkata: Aku lebih mengetahui tentang diriku daripada orang lain, dan Tuhanku lebih mengetahui tentangku selain daripadaku. Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau mengambilku dengan apa yang mereka perkatakan. Jadilah aku kebaikan ke atas apa yang mereka sangkakan. Ampunilah aku di atas apa yang mereka tidak mengetahuinya, kerana Engkau mengetahui perkara yang ghaib dan penutup segala keaiban.

Anda boleh melihat tanda mereka; pada kekuatan beragama, keimanan pada keyakinan, cintakan ilmu, pandai bersahabat, khusyuk di dalam ibadat, menanggung penderitaan, kesabaran dalam kesusahan, memberi apa yang hak, mencari rezeki yang halal, cergas di dalam petunjuk, menjauhi ketamakan, meneruskan sesuatu di dalam istiqamah, teguh melawan syahwat, tidak terpedaya akan pujian orang yang jahil. Tidak menangguhkan amalan untuk kebaikan dirinya. Matlamatnya adalah kesyukuran, sibuk dengan zikir, bermalam dengan penuh kewaspadaan, dan bergembira pada waktu pagi. Berwaspada pada tempatnya. Bergembira apabila mereka mendapat kelebihan dan rahmat sekalipun dirinya sukar menerimanya.

Mereka mencampurkan sifat lemah-lembut dengan ilmu, dan ilmu dengan akal, anda melihatnya jauh tetapi cita-citanya dekat. Sentiasa meramalkan ajalnya. Hatinya khusyuk, memadai apa yang ada. Kuat mempertahankan agamanya, mati syahwatnya, menahan kemarahannya. Akhlaknya bersih, jirannya berasa aman dengannya, berpuas hati apa yang ditakdirkan terhadapnya. Kesabarannya kukuh, urusannya cekap, setia kepada janjinya, dan tidak menyembunyikan penyaksian musuh. Tidak melakukan sesuatu dengan riak, dan tidak meninggalkan sesuatu kerana malu. Kebaikan daripadanya adalah yang diharapkan dan kejahatan daripadanya adalah dijamin.

Mereka memaafi orang yang telah menzaliminya. Mereka memberi kepada orang yang menegahnya. Mereka menghubungi orang yang memutuskan silaturahim dengannya. Mereka tidak mempercepatkan apa yang disyakinya. Percakapannya lembut dan benar. Perbuatannya adalah baik, menghadapi kebaikan dan membelakangi kejahatan. Mereka adalah tenang di dalam gegaran, sabar di dalam menghadapi perkara yang dibencikannya. Bersyukur ketika senang. Tidak takut orang memarahinya. Tidak berasa bersalah apa yang mereka kasihi. Tidak mendakwa bukan haknya.Begitu juga dia tidak mengingkari haknya ke atasnya.

Mengakui kebenaran sebelum dipersaksikan ke atasnya. Tidak menghilangkan apa yang dijaganya. Tidak bermegah dengan gelaran. Tidak bersaing dengan sesiapapun. Tidak dikuasai oleh hasad, tidak memudaratkan jiran, dan tidak bergembira dengan musibah yang menimpa orang lain. Menunaikan amanah, bersegera kepada solat, lambat kepada kemungkaran. Menyuruh melakukan kebaikan, melarang kemungkaran. Tidak memasuki sesuatu perkara dengan kejahilan. Tidak keluar daripada kebenaran dengan kelemahan. Jika mereka diam, diamnya berfaedah. Dan jika mereka bercakap, mereka tidak akan bercakap perkara yang salah. Jika mereka ketawa, mereka tidak meninggikan suaranya.

Memadai apa yang ditakdirkan untuknya. Tidak menimbulkan kemarahan dan tidak dikuasai oleh hawa nafsunya. Tidak kedekut dan tidak pula tamak kepada bukan haknya. Bergaul dengan orang ramai untuk mengetahui dan diam untuk selamat. Bertanya supaya mereka memahaminya. Berniaga untuk mendapat ganjaran. Mereka tidak diam untuk kebaikan bagi meninggikan diri. Tidak bercakap untuk memaksa orang lain. Dirinya di dalam kepenatan sedangkan orang ramai di dalam kerehatan.

Mereka memenatkan diri untuk akhiratnya dan merehatkan orang ramai daripada dirinya. Jika diserang, mereka bersabar sehingga Allah memberi kemenangan untuknya selepasnya. Sesiapa yang menjauhinya, mereka memaafkannya. Sesiapa yang mendekatinya, mereka berlembut. Jika mereka berjauhan, bukanlah kerana meninggikan diri. Dekatnya bukanlah suatu tipu-daya. Malah kerana mengikuti orang yang terdahulu daripada ahli kebaikan. Dan mereka adalah imam bagi ahli kebaikan dan di belakang mereka

Beliau berkata: Hammam telah melaung, kemudian tidak sedarkan diri. Maka Amir al-Mukminin a.s. berkata: Demi Tuhan! Aku telah menduga kekhuatiranku terhadapnya, dan beliau berkata: Begitulah kesan nasihat yang tepat kepada ahlinya. Ada orang berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Apa gerangan anda wahai Amir al-Mukminin! Beliau berkata: Setiap ajal tidak akan melepasinya. Dan setiap sebab tidak akan melewatinya. Nanti! Janganlah anda melepasinya. Sesungguhnya Syaitan telah menghembuskan nafasnya di atas lidah anda. Kemudian Hammam telah mengangkat kepalanya, kemudian terjatuh, lalu meninggal dunia rahimahullah.

Ucapan Nabi Saw. apabila mendengar seseorang berkata bahawa beliau akan memberitahu tentang syurga

Abban bin Abi 'Iyasy daripada Sulaim bin Qais berkata: Daripada Salman, Abi Dhar dan al-Miqdad bahawa beberapa orang daripada Munafiqin telah berkumpul, lalu mereka berkata: Sesungguhnya Muhammad akan memberitahukan kita tentang Syurga dan nikmat yang disediakan oleh Allah kepada para wali-Nya, dan orang yang mentaati-Nya. Tentang Neraka, Dia telah menyediakan pelbagai azab dan kehinaan kepada musuh-musuh-Nya dan orang yang menderhakai-Nya. Sekiranya beliau memberitahu kita tentang bapa-bapa dan ibu-ibu kita, dan tempat kita di syurga atau di neraka, nescaya kita mengetahui asasnya pada masa yang dekat dan pada masa akan datang.


Penjelasan Nabi Saw. kepada orang ramai tentang bapa dan ibu mereka serta tempat mereka di syurga atau di neraka

Berita ini telah sampai kepada Rasulullah (Saw.). Maka beliau memanggil Bilal, lalu menyeru solat berjama'ah. Orang ramai memenuhi Masjid, maka beliau keluar di dalam keadaan marah, menyingsing dua lengannya dan dua lututnya sehingga menaiki mimbar. Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, kemudian bersabda: Wahai manusia! Aku adalah manusia seperti kalian yang diwahyukan kepadaku oleh Tuhanku. Dia telah menentukan aku dengan risalahnya. Dia telah memilih aku dengan kenabian-Nya. Dia telah melebihkan aku ke atas seluruh anak Adam. Dia telah memperlihatkan perkara yang ghaib kepadaku jika Dia kehendaki.

Justeru itu, bertanyalah kepadaku apa yang kalian mahu. Demi Yang di tangan-Nya, tidak ada seorang lelaki daripada kalian yang bertanyaku tentang bapanya, ibunya dan tempat duduknya sama ada di Syurga atau di Neraka melainkan aku memberitahunya. Ini adalah Jibril di kananku memberitahuku daripada Tuhanku, maka kalian bertanyalah kepadaku. Lantas seorang mukmin yang mencintai Allah dan Rasul-Nya berdiri dan berkata: Wahai Nabi Allah! Siapakah aku ini? Beliau bersabda: Anda adalah Abdullah bin Ja'far. Maka beliau telah menasabkannya kepada bapanya. Lalu dia duduk dengan tenang.

Kemudian seorang Munafiq yang hatinya sedang sakit berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah (Saw.)! Siapakah aku ini? Beliau bersabda: Anda adalah fulan bin fulan pengembala kambing daripada Bani 'Ismah. Mereka adalah sejahat-jahat suku Bani Thaqif. Mereka telah menderhakai Allah, lalu Dia menghina mereka. Kemudian diapun (si munafik) duduk. Sesungguhnya Allah telah menghinanya dan mendedahkannya di hadapan orang ramai. Sebelum ini orang ramai tidak mengesyakinya yang dia adalah di kalangan Munafiqin.

Kemudian berdiri pula lelaki ketiga, seorang Munafiq dan sedang sakit hati lalu berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku ke Syurga atau ke Neraka? Beliau bersabda: Ke Neraka. Maka diapun duduk. Allah telah menghinannya dan mendedahkannya di hadapan orang ramai.

Lalu Umar berdiri dan berkata: Kami meridhai Allah sebagai Tuhan, dengan Islam sebagai agama dan dengan anda wahai Rasulullah sebagai Nabi. Kami mohon perlindungan dengan Allah daripada kemurkaan-Nya dan kemurkaan Rasul-Nya. Maafkan kami wahai Rasulullah! Nescaya Allah memaafkan anda. Tutuplah rahsia kami, nescaya Allah menutup rahsia anda. Maka Rasulullah Saw. bersabda: Selain daripada ini atau anda menuntut selain daripadanya wahai Umar? Dia berkata: Kemaafan untuk umat anda.


Penjelasan Nabi Saw. tentang keutamaan Ali a.s.

Ali bin Abu Talib a.s. berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah! Nasabkan aku, siapakah aku? Supaya orang ramai mengetahui kekerabatanku dengan anda. Maka beliau bersabda: Wahai Ali! Aku dan anda telah diciptakan daripada dua tiang daripada satu cahaya yang tergantung di bawah 'Arasy dan mengtaqdiskan Malaikat sebelum Dia menciptakan makhluk selama dua ribu tahun. Kemudian Dia telah menciptakan dua nutfah putih daripada dua tiang yang bertaut di antara keduanya.

Kemudian Dia memindahkan kedua-dua nutfah tersebut pada sulbi-sulbi yang mulia kepada rahim-rahim yang cerdik lagi bersih sehingga Dia menjadikan separuhnya pada sulbi Abdullah, dan separuhnya pada sulbi Abu Talib. Maka sebahagiannya adalah aku, dan sebahagian adalah anda sebagaimana firman Allah "Dialah yang telah menciptakan manusia daripada air dan Dia telah menjadikannya keturunan dan ipar, dan adalah Tuhan kamu Maha Berkuasa". Wahai Ali! Anda adalah daripada aku dan aku adalah daripada anda. Daging anda adalah dagingku. Darah anda adalah darahku. Anda adalah sebab antara Allah dan makhluk-Nya selepasku. Sesiapa yang mengingkari wilayah anda, sesungguhnya dia telah memutuskan sebab antaranya dan Allah. Dan dia berada di peringkat yang terkebawah.

Wahai Ali! Allah tidak akan dikenali melainkan denganku, kemudian dengan anda. Sesiapa yang mengingkari wilayah anda, sesungguhnya dia telah mengingkari Allah akan rububiyyah-Nya. Wahai Ali! Anda adalah bendera Allah yang akbar selepasku di Bumi. Anda adalah tiang yang akbar pada Hari Kiamat. Sesiapa yang berteduh di bawah kumpulan anda, maka dia berjaya. Kerana hisab makhluk adalah kepada anda. Tempat rujuk mereka adalah kepada anda.

Timbangan adalah timbangan anda. Sirat adalah Sirat anda. Tempat berhenti adalah tempat berhenti anda. Hisab adalah hisab anda. Sesiapa yang cenderung kepada anda, maka dia berjaya. Sesiapa yang menyalahi anda, maka dia binasa. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Kemudian beliau pun turun.


Kata-kata Quraisy: "Umpama Muhammad sepertilah pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah"

Abban daripada Sulaim berkata: Apabila Quraisy telah berada di majlisnya, dia melihat seorang lelaki daripada Ahl al-Bait, lantas dia memotong percakapannya semasa duduk. Tiba-tiba seorang lelaki di kalangan mereka berkata: Umpama Muhammad pada Ahl al-Baitnya sepertilah pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah. Kata-kata sedemikian telah sampai kepada Rasulullah (Saw.), lantas beliau menjadi marah. Kemudian beliau keluar, menaiki mimbar dan mendudukinya sehingga orang ramai berkumpul. Beliau berdiri memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya.

Kemudian bersabda: Wahai manusia! Siapakah aku? Mereka berkata: Anda adalah Rasulullah (Saw.) Beliau bersabda: Aku adalah Rasulullah (Saw.) dan aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Muttalib bin Hasyim. Kemudian beliau terus menyebut nasabnya sehingga berakhir kepada Nizar. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya aku dan Ahl Baitku adalah cahaya yang berjalan di hadapan Allah sebelum Allah menciptakan Adam dua ribu tahun. Apabila Cahaya tersebut bertasbih, para Malaikat turut sama bertasbih kerana tasbihnya. Apabila Dia menciptakan Adam, Dia meletakkan cahaya tersebut di sulbinya. Kemudian Dia menurunkannya ke Bumi pada sulbi Adam.

Kemudian Dia telah membawanya pada bahtera Nuh pada sulbi Nuh. Kemudian Dia mencampakkannya pada sulbi Ibrahim. Kemudian Dia sentiasa memindahkan kami pada sulbi-sulbi yang mulia sehingga Dia mengeluarkan kami daripada galian yang terbaik antara bapa-bapa dan ibu-ibu yang tidak pernah berzina.

Sesungguhnya kami Bani Abd al-Muttalib adalah penghulu Ahli syurga. Aku, Ali, Ja'far, Hamzah, al-Hasan, al-Husain, Fatimah dan al-Mahdi. Sesungguhnya Allah telah merenung kepada ahli Bumi satu renungan, maka Dia memilih daripada mereka dua lelaki. Salah seorang daripadanya adalah aku, lalu Dia mengutusku sebagai Rasul dan Nabi. Dan yang satu lagi adalah Ali bin Abu Talib.

Dia telah mewahyukan kepadaku supaya mengambilnya sebagai saudara, khalil, wazir, wasi dan khalifah. Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku. Sesiapa yang menjadikannya wali, maka Allah memuliakannya. Seiapa yang memusuhinya, maka dia telah memusuhi Allah. Tidak mencintainya melainkan Mukmin dan tidak membencikannya melainkan orang kafir. Beliaulah Dhar al-Ardh selepasku dan penghuninya. Beliaulah Kalimatu Llah al-Taqwa dan 'Urwah-Nya al-Wuthqa.

Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Dan Allah menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci oleh orang kafir. Sesungguhnya Allah merenung pada kali kedua, maka Dia memilih selepas kami dua belas wasi dan Ahl Baitku. Maka Dia menjadikan mereka sebaik-baik umatku seorang demi seorang seperti bintang-bintang di langit. Setiap kali satu bintang hilang, muncul pula bintang yang lain. Mereka adalah para imam yang mendapat petunjuk. Tipu-daya tidak akan memudaratkan mereka. Tidak ada penghinaan yang boleh menghina mereka. Mereka adalah hujah-hujah Allah di Bumi-Nya, saksi-saksi-Nya ke atas makhluk-Nya.

Penyimpan-penyimpan ilmu-Nya. Penterjemah-penterjemah wahyu-Nya dan galian-galian hikmat-Nya. Sesiapa yang mentaati mereka, maka dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka dia menderhakai Allah. Mereka bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengannya sehingga mereka dikembalikan ke atasku di al-Haudh. Hendaklah orang yang hadir memberitahu akan orang tidak hadir. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah.


Pemberitahuan Abu Dhar tentang keajaiban Hadis Nabi Saw. mengenai Ali

Abban bin Abi 'Iyasy daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah berkata kepada Abu Dhar: Beritahukan kepadaku rahima-ka-Llahu tentang keajaiban hadis yang anda dengar daripada Rasulullah (Saw.) mengenai Ali bin Abu Talib? Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya di sekeliling 'Arasy ada sembilan puluh Malaikat yang tidak bertasbih dan tidak pula beribadah melainkan ketaatan kepada Ali bin Abu Talib, membersihkan diri ke atas musuh-musuhnya dan beristighfar kepada Syi'ahnya.

Aku berkata: Adakah hadis yang lain daripada ini rahima-ka-Llahu? Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Allah sentiasa berhujah dengan Ali pada setiap umat yang diutuskan-Nya Nabi dan mempersaksikan mereka bahawa mengenali Ali adalah sebesar-besar darjat di sisi Allah. Aku berkata: Adakah hadis selain daripada ini rahima-ka-Llahu? Beliau berkata: Ya. Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekiranya aku dan Ali tidak ada, nescaya Allah tidak dikenali. Sekiranya aku dan Ali tidak ada, nescaya Allah tidak disembah. Sekiranya aku dan Ali tidak ada, nescaya tidak ada pahala dan siksa. Tidak ada penutup yang menutupi Ali daripada Allah dan tidak ada hijab yang menutupinya daripada Allah. Beliaulah penutup (sitrun) dan hijab di antara Allah dan makhluk-Nya.


Pemberitahuan al-Miqdad tentang keajaiban Hadis Nabi Saw. mengenai Ali

Sulaim berkata: Kemudian aku telah bertanyakan al-Miqdad, maka aku berkata: Beritahukan aku rahima-ka-Llahu keutamaan hadis yang anda dengar daripada Rasulullah (Saw.) tentang Ali bin Abu Talib? Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya Allah telah menyatukan kekuasaan-Nya lalu memperkenalkan cahaya-cahaya-Nya akan diri-Nya. Kemudian Dia memfardukan kepada mereka suruhan-Nya dan mengharuskan mereka Syurga-Nya. Sesiapa yang mahu membersihkan hatinya daripada Jin dan manusia, hendaklah dia mengenali wilayah Ali bin Abu Talib. Sesiapa yang mahu memadamkan hatinya, hendaklah dia menahan dirinya daripada mengenali (ma'rifah) Ali bin Abu Talib.

Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa Adam tidak boleh mewajibkan Allah untuk menciptakannya, menghembuskan padanya daripada roh-Nya, menerima taubatnya dan mengembalikannya ke Syurga-Nya melainkan dengan kenabianku dan wilayah Ali selepasku. Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa Dia tidak memperlihatkan Ibrahim keajaiban alam malakut dan tidak mengambilnya sebagai khalil melainkan dengan kenabianku dan pengakuan kepada Ali selepasku. Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan, begitu juga 'Isa tidak mendirikan bukti (ayatan) bagi segala Alam melainkan dengan kenabianku dan mengenali Ali selepasku. Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa seseorang itu tidak menjadi Nabi melainkan dia mengetahui dan mengakui wilayah kami. Dan tidak berhak makhluk Allah "melihat" kepada-Nya melainkan dengan beribadat kepada-Nya, dan mengakui (Ali) selepasku. Kemudian beliau diam.

Maka aku berkata: Adakah hadis selain daripada ini rahima-ka-Llahu? Dia berkata: Ya. Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Ali adalah orang yang paling kuat beragama pada umat ini, saksi ke atas-Nya, pengendali hisab-Nya. Beliaulah tuan kepada kedudukan yang tinggi, jalan kebenaran, jalan Allah yang lurus, beliau adalah penunjuk selepasku dari kesesatan. Dengan beliaulah seorang itu dapat melihat kebenaran. Dengan beliaulah berjayanya orang yang berjaya. Dengan beliaulah seorang itu dapat mengelakkan dirinya dari kematian yang sia-sia dan aman daripada ketakutan. Dengan beliaulah kejahatan dipadamkan, kesedihan dihilangkan dan rahmat diturunkan.

Beliau adalah mata Allah yang melihat, telinga-Nya yang mendengar, lidah-Nya yang bercakap pada makhluk-Nya. Dialah tangan Allah yang terbentang ke atas hamba-Nya dengan rahmat, muka-Nya di Langit dan di Bumi, rusuk kanan-Nya yang zahir (janbu-hu al-Zahir al-Yamin), tali-Nya yang kuat lagi utuh. Ikatan-Nya yang kuat tanpa perpisahan. Pintu-Nya yang dikunjungi, rumah-Nya di mana sesiapa yang memasukinya adalah terselamat dan bendera-Nya di atas Sirat. Sesiapa yang mengenalinya, akan berjaya ke Syurga. Dan sesiapa yang mengingkarinya, akan masuk ke Neraka.


Kata-kata Salman al-Farisi bahawa Ali a.s. adalah pintu yang dibukakan Allah

Abban daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku mendengar Salman al-Farisi berkata: Sesungguhnya Ali (a.s.), adalah pintu yang telah dibukakan oleh Allah. Sesiapa yang memasukinya adalah Mukmin dan sesiapa yang keluar daripadanya adalah kafir.


Pemberitahuan Abdullah bin Abbas tentang apa yang berlaku selepas kewafatan Nabi Saw.

Abban daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku berada di sisi Abdullah bin Abbas di rumahnya. Bersama kami adalah sekumpulan Syi'ah Ali a.s. Kami bercakap-cakap sehingga beliau berkata: Wahai saudara-saudaraku! Rasulullah (Saw.) telah wafat dan sejak hari kewafatannya (hingga kini), beliau masih belum diletakkan ke lubang lahadnya sehingga orang ramai bercakap perkara yang lucu. Mereka menjadi murtad dan bersetuju di atas perkara yang bertentangan (khilaf).

Ali bin Abu Talib sibuk dengan urusan jenazah Rasulullah Saw. sehingga beliau selesai daripada memandi, mengkafan dan mengtahnitkannya. Lantas beliau meletakkan Rasulullah Saw. di lubang lahadnya. Kemudian beliau menumpukan sepenuh masa mengumpul al-Qur'an, tanpa memusatkan kepada wasiat Rasulullah (Saw.) kerana tujuannya bukanlah untuk kekuasaan (al-Mulk) dan Rasulullah (Saw.) telah memberitahunya tentang kaum yang akan belot.


Kejadian yang berlaku ke atas Ali a.s. dan Fatimah a.s. serta para mereka selepas membai'ah Abu Bakr

Manakala orang ramai telah menerima fitnah daripada dua lelaki itu Abu Bakr dan Umar), maka tidak tinggal melainkan Ali, Bani Hasyim, Abu Dhar, al-Miqdad dan Salman dalam bilangan yang sedikit. Umar berkata kepada Abu Bakr: Apa ini? Sesungguhnya orang ramai telah memberi bai'ah kepada anda selain lelaki ini, Ahl Baitnya dan beberapa orang lain. Lantaran itu, utuslah kepadanya.

Maka Abu Bakr pun mengutuskan sepupu Umar bernama Qunfudh dan berkata: Pergilah kepada Ali dan katakan kepadanya: Sahutilah seruan Khalifah Rasulullah (Saw.). Maka diapun pergi dan menyampaikannya. Lalu Ali (a.s.) berkata: Alangkah cepatnya kalian berbohong terhadap Rasulullah (Saw.), dan kalian telah menjadi murtad. Demi Tuhan! beliau tidak melantik selain daripadaku. Justeru itu, pulanglah wahai Qunfudh! Kerana anda adalah pesuruhnya. Ali berkata kepada anda: Demi Tuhan! Rasulullah (Saw.) tidak pernah melantik anda. Sesungguhnya anda memang mengetahui siapakah Khalifah Rasulullah (Saw.). Qunfudh pun pulang kepada Abu Bakr dan menyampaikan risalah kepadanya.

Maka Abu Bakr berkata : Ali memang benar bahawa Rasulullah (Saw.) tidak pernah melantikku. Maka Umar menjadi marah Dia melompat dan berdiri sambil berkata: Duduklah. Kemudian dia berkata kepada Qunfudh: Pergilah kepadanya dan katakan kepadanya: Sahutilah seruan Amir al-Mukminin Abu Bakr. Maka Qunfudh pun pergi sehingga dia berjumpa Ali (a.s.), lalu menyampaikan risalah.

Beliau a.s. berkata: Abu Bakr telah berbohong. Demi Tuhan! Kembalilah kepadanya dan katakan kepadanya: Anda telah menamakan diri anda bukan dengan nama anda. Sesungguhnya anda mengetahui bahawa Amir al-Mukminin adalah selain daripada anda. Lalu Qunfudh pun pulang dan memberitahu mereka berdua. Lantas Umar melompat di dalam keadaan marah dan berkata: Demi Tuhan! Sesungguhnya aku mengetahui kecetekannya dan kelemahan pendapatnya. Sesungguhnya urusan kita tidak akan berjalan dengan baik sehingga anda membunuhnya. Lantaran itu, biarkan aku mendatangi anda dengan kepalanya.

Maka Abu Bakr berkata: Duduklah. Namun Umar enggan. Dia bersumpah ke atasnya, lalu duduk. Kemudian dia berkata: Wahai Qunfudh! Pergilah dan katakan kepadanya: Sahutilah seruan Abu Bakr. Maka qunfudh pun pergi berjumpa Ali a.s. dan berkata: Wahai Ali! Sahutilah seruan Abu Bakr. Ali a.s menjawab: Aku terlalu sibuk. Lagipun aku tidak mahu meninggalkan wasiat khalilku dan saudaraku. Dia pergi kepada Abu Bakr dan memberitahunya. Lalu Umar melompat dalam keadaan marah.

Serangan Umar ke atas rumah Fatimah a.s. dan pukulan terhadapnya dengan cemeti

Lantas dia memanggil Khalid bin al-Walid dan Qunfudh. Dia memerintahkan mereka berdua supaya membawa kayu (api) dan api. Kemudian dia pergi ke pintu rumah Ali dan Fatimah a.s. Fatimah a.s. pada masa itu sedang duduk di sebalik pintu. Kepala beliau naik darah dan tubuhnya kurus selepas kewafatan Rasulullah Saw. Umar pun datang lalu memukul pintu. Kemudian dia memanggil: Wahai Ibn Abu Talib! Bukakan pintu. Maka Fatimah berkata: Wahai Umar! Kami tidak ada kaitan dengan anda, lantaran itu jangan campur tangan dalam urusan kami. Umar berkata: Bukakan pintu. Jika tidak, kami akan membakarnya ke atas kalian. Beliau berkata: Wahai Umar! Bertakwalah kepada Tuhan, anda memasuki rumahku dan menyerang rumahku. Umar enggan berundur. Kemudian Umar menyeru dengan api, lalu dia menyalakannya di pintu rumah Fatimah a.s. dan membakar pintu kemudian menolaknya. Lantas dia berdepan dengan Fatimah a.s. Beliau melaung: Wahai bapakku! Wahai Rasulullah!. Umar mengangkat pedangnya yang masih tersarung lalu diacukan ke rusuknya. Maka beliau a.s. melaung. Lantas Umar mengangkat cemetinya, lalu memukul lengan beliau a.s.


Ali a.s. memegang leher Umar dan terlintas di hati untuk membunuhnya.

Fatimah a.s. terus menangis dan melaung: Wahai bapaku! Ali a.s. melompat dan memegang Umar. Kemudian beliau menolak, memulas, memegang hidung dan lehernya dengan kuat. Terlintas di hatinya untuk membunuhnya, lantas beliau teringat sabda Rasulullah dan wasiatnya supaya sentiasa bersabar dan taat. Maka beliau a.s. berkata: "Demi Yang telah memuliakan Muhammad dengan kenabian! Wahai Ibn Sahhak! Sekiranya tidak ada kitab daripada Allah yang terdahulu, nescaya anda mengetahui bahawa anda tidak akan memasuki rumahku". Umar pun mengutus (seseorang) meminta pertolongan. Lalu orang ramai datang beramai-ramai sehingga memasuki rumah.


Khalid bin al-Walid menghunus pedang untuk memukul Fatimah a.s. dan reaksi Ali a.s.

Khalid bin al-Walid menghunus pedangnya untuk memukul Fatimah a.s. Dia mengangkat pedangnya di atasnya. Dia juga bersumpah untuk menentang Ali a.s. Kemudian Al-Miqdad, Salman, Abu Dhar, Ammar dan Buraidah al-Aslami datang, kemudian mereka memasuki rumah sebagai pembantu-pembantu Ali a.s. sehingga hampir berlaku fitnah. Maka Ali a.s. dikeluarkan dari rumahnya. Kemudian orang ramai mengikutinya.

Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, Ammar dan Buraidah mengikuti Ali a.s. dan berkata: Alangkah cepatnya kalian mengkhianati Rasulullah (Saw.) dan kalian telah mengeluarkan dendam kesumat di dada kalian. Buraidah al-Aslami berkata: Wahai Umar! Anda telah menentang saudara Rasulullah, wasinya dan anak perempuannya, maka anda memukulnya. Anda memang dikenali oleh Quraisy dengan perangai anda. Lantas Khalid bin al-Walid mengangkat pedangnya yang masih tersarung untuk memukul Buraidah. Maka Umar menghalangnya daripada melakukannya.


Ali a.s. dikeluarkan dari rumah dalam keadaan leher terikat supaya membai'ah Abu Bakr

Maka mereka membawa Ali a.s. kepada Abu Bakr dalam keadaan lehernya terikat. Manakala Abu Bakr melihatnya, dia melaung: Kalian berilah jalan kepadanya. Ali a.s. berkata: Alangkah cepatnya kalian menerkam ke atas Ahl Bait Nabi kalian. Wahai Abu Bakr! Hak yang mana, warisan yang mana dan keutamaan yang mana anda menggesa orang ramai supaya membai'ah anda. Tidakkah anda telah membai'ahku kelmarin dengan perintah Rasulullah?

Umar berkata: Tinggalkan perkara ini daripada anda wahai Ali! Demi Tuhan! Jika anda tidak memberi bai'ah, kami akan membunuh anda. Ali a.s. berkata: Jikalaulah begitu, demi Tuhan! Aku adalah seorang hamba Allah dan saudara Rasulullah yang dibunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka ia adalah benar. Adapun saudara Rasulullah, maka jawapannya tidak.

Ali a.s. berkata: Sekiranya tidak ada Qadha' daripada Allah yang terdahulu dan janji yang telah dijanjikan oleh khalilku, nescaya aku tidak menerimanya dan anda mengetahui siapakah daripada kita yang mempunyai pembantu yang lemah dan sedikit. Abu Bakr diam, tidak bercakap.


Kata-kata Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, 'Ammar dan Buraidah di majlis Abu Bakr

Maka Buraidah berdiri dan berkata: Tidakkah kalian berdua telah disabdakan oleh Rasulullah: Pergilah kepada Ali dan berilah salam kepadanya kerana menjadi pemimpin Mukminin. Dan kalian berdua berkata: Adakah ia daripada perintah Allah dan Rasul-Nya? Umar berkata: Ya. Maka Abu Bakr berkata: Memang benar. Tetapi anda ketika itu tidak ada dan kami telah menyaksikan perkara ini selepas itu. Umar berkata: Apakah kaitan anda dengan perkara ini, wahai Buraidah! Dan apakah yang membuat anda masuk campur dalam perkara ini? Buraidah berkata: Demi Tuhan! Aku tidak akan tinggal di dalam negeri di mana kalian menjadi pemerintah. Maka Umar memerintahkan supaya beliau dipukul dan dikeluarkan. Kemudian Salman berdiri dan berkata: Wahai Abu Bakr! Bertakwalah anda kepada Tuhan dan berdirilah daripada majlis ini serta tinggalkan kepada ahlinya supaya mereka menjalankan urusannya dengan senang hati sehingga Hari Kiamat. Dua pedang tidak akan bertentangan pada umat ini. Tetapi Abu Bakr tidak menjawabnya. Lantaran itu, Salman mengulanginya dengan perkataan yang sama. Lantas Umar memarahinya dan berkata: Apakah kaitan anda dengan perkara ini dan apakah yang membuat anda masuk campur di dalam perkara ini? Beliau berkata:Nanti dahulu wahai Umar! Berdirilah wahai Abu Bakr daripada majlis ini dan tinggalkan kepada ahlinya, nescaya mereka akan menjalankan urusannya dengan berwibawa sehingga Hari Kiamat. Jika kalian enggan, kalian akan memerah darah manakala Tulaqa' (orang yang diusir) dan Munafiqun akan berlumba-lumba untuknya.

Demi Tuhan! Sekiranya aku mengetahui bahawa aku dapat menolak kezaliman atau memuliakan agama Allah, nescaya aku meletakkan pedangku di atas bahuku, kemudian aku memukul dengannya secara langsung. Adakah kalian melompat ke atas wasi Rasulullah (Saw.)? Justeru itu, bergembiralah dengan bala dan berputus asalah daripada kesenangan. Kemudian Abu Dhar, al-Miqdad dan 'Ammar berdiri dan berkata kepada Ali: Apakah perintah anda? Demi Tuhan! Sekiranya anda memerintahkan kami, nescaya kami memukulnya dengan pedang sehingga kami membunuh.

Ali (a.s.) berkata: Tahanlah diri kalian rahima-kumu-Llahu. Ingatlah janji Rasulullah (Saw.) dan wasiatnya kepada kalian. Justeru itu, tahanlah diri kalian. Umar berkata kepada Abu Bakr yang sedang duduk di atas mimbar. Apakah yang membuat anda duduk di atas mimbar. Ini (Ali) duduk sebagai orang yang menentang, tidak berdiri untuk memberi bai'ah kepada anda atau anda perintahkannya supaya memberi bai'ah. Jika tidak, penggallah kepalanya.

Al-Hasan dan al-Husain a.s. sedang berdiri di hadapan Ali a.s. Apabila mereka berdua mendengar kata-kata Umar, merekapun terus menangis lalu mengangkat suara mereka: Wahai Datuk! Wahai Rasulullah! Maka Ali memeluk mereka dan berkata: Janganlah kalian menangis. Demi Tuhan! Mereka berdua tidak berkuasa untuk membunuh bapa kalian kerana mereka lebih hina untuk melakukan sedemikian.


Kata-kata Umm Aiman (penyusu Nabi) kepada Abu Bakr

Umm Aiman al-Nubiyyah (penyusu Nabi) dan Umm Salamah datang dan berkata: Wahai 'Atiq! Alangkah cepatnya kalian melahirkan hasad kalian terhadap keluarga Muhammad. Maka Umar memerintahkan supaya mereka berdua dikeluarkan dari Masjid. Dia berkata: Apakah kaitan kami dengan perempuan ini?


Bai'ah Ali a.s. kepada Abu Bakr adalah secara terpaksa

Kemudian dia berkata: Wahai Ali! Berdirilah dan berilah bai'ah. Ali a.s. berkata: Jika aku tidak melakukannya? Dia berkata: Jika begitu, kami akan penggal kepala anda. Ali a.s. berkata: Anda telah berbohong. Demi Tuhan! Wahai Ibn Sahhak! Anda tidak berkuasa melakukannya. Lalu Khalid bin al-Walid melompat dan mencabut pedangnya lalu berkata: Demi Tuhan! Sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya aku akan membunuh anda.

Lantas Ali a.s. menghampiri dan memegang kainnya. Kemudian beliau menolaknya. Lalu pedangnya terjatuh dari tangannya. Umar berkata: Berdirilah wahai Ali dan berilah bai'ah. Beliau berkata: Sekiranya aku tidak memberi bai'ah? Beliau berkata: Jika begitu, demi Tuhan! Kami akan membunuh anda. Ali a.s. telah berhujah ke atas mereka sebanyak tiga kali. Kemudian beliau menghulurkan tangan tanpa membuka tapak tangannya. Lantas Abu Bakr memukul ke atasnya dan meridhainya. Kemudian dia pulang ke rumahnya lalu diikuti oleh orang ramai.


Ucapan Fatimah a.s. di majlis Abu Bakr selepas Fadak dirampas

Sulaim berkata: Telah sampai berita kepada Fatimah a.s. bahawa Abu Bakr telah merampas Fadak, lalu beliau a.s. keluar berjumpa wanita-wanita Bani Hasyim sehingga kemudian berjumpa Abu Bakr. Fatimah a.s. berkata: Wahai Abu Bakr! Anda mahu mengambil daripadaku tanah yang telah dijadikan untukku oleh Rasulullah dan beliau memberikan kepadaku di mana ia tidak diperolehi melalui peperangan dan kepenatan. Tidakkah Rasulullah (Saw.) bersabda: Seseorang itu dijaga pada anaknya. Dan anda mengetahui bahawa beliau tidak meninggalkan kepada anaknya sesuatupun selain daripadanya?


Umar menegah Abu Bakr daripada menulis tentang Fadak untuk Fatimah

Manakala Abu Bakr mendengar kata-katanya dan perempuan yang bersama-samanya, dia menyeru supaya dibawa kepadanya kertas untuk menulis kepada Fatimah. Maka Umar datang dan berkata: Wahai Khalifah Rasulillah! Janganlah anda menulis untuknya sehinggalah dia mengemukakan keterangan di atas apa yang didakwanya.


Fatimah a.s. mengemukakan dua saksi tetapi ditolak oleh Umar

Fatimah a.s. berkata: Ya. Aku akan mengemukakan keterangan. Dia berkata: Siapa? Beliau berkata: Ali dan Umm Aiman. Lantas Umar berkata: Penyaksian perempuan asing yang tidak fasih tidak diterima. Adapun Ali, dia akan menyokong isterinya. Lalu Fatimah a.s. pulang dengan penuh kemarahan yang tidak terkira. Beliaupun jatuh sakit. Ali a.s. mengerjakan solat lima waktu di Masjid.

Manakala beliau selesai solat, Abu Bakr dan Umar berkata kepadanya: Bagaimanakah dengan anak perempuan Rasulullah sehingga dia jatuh sakit? Mereka berdua berkata: Adalah di antara kami dan dia sebagaimana anda ketahui. Sekiranya anda fikir bahawa anda akan membenarkan kami, maka kami akan meminta maaf kepadanya daripada dosa kami. Beliau berkata: Itu terserah kepada kalian berdua. Maka kedua-dua mereka, kemudian duduk di pintu. Ali a.s. masuk berjumpa Fatimah a.s. dan berkata kepadanya: Wahai al-Hurrah (perempuan yang merdeka)! Fulan dan fulan di pintu. Mereka berdua ingin memberi salam kepada anda. Apakah pendapat anda? Fatimah a.s. berkata: Rumah adalah rumah anda dan al-Hurrah adalah isteri anda. Lakukanlah apa yang anda mahu. Beliau berkata: Perkukuhkanlah pendirian anda. Maka Fatimah pun memperkukuhkan pendiriannya dan memalingkan mukanya ke dinding.


Abu Bakr dan Umar memohon kemaafan dan pengakuan akan kesalahan mereka

Mereka berdua pun masuk dan memberi salam kepadanya seraya berkata: Maafkan kami, nescaya Tuhan memaafkan anda. Lalu beliau a.s. berkata: Apakah yang membawa anda kemari? Mereka berdua berkata: Kami mengakui kekasaran (isa'ah) kami. Kami berharap anda memaafkan kami dan mengeluarkan kemarahan anda. Beliau berkata: Sekiranya kalian berdua benar, beritahukan kepadaku apa yang telah aku tanyakan kepada kalian kerana aku tidak bertanyakan kalian sesuatu perkara melainkan aku mengetahui bahawa kalian mengetahuinya. Sekiranya kalian membenarkannya, nescaya aku mengetahui bahawa kalian adalah benar tentang kedatangan kalian. Mereka berdua berkata: Tanyalah apa yang anda mahu. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian berdua mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Sesiapa yang menyakitinya, maka dia menyakitiku. Mereka berkata: Ya. Lantas beliau mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka berdua telah menyakitiku, maka aku mengadu kedua-duanya kepada Engkau, kepada Rasul Engkau. Tidak.


Fatimah a.s. tidak meridhai Umar dan Abu Bakr

Aku tidak meridhai kalian berdua selama-lamanya sehingga aku berjumpa bapaku Rasulullah. Dan aku akan memberitahunya apa yang telah kalian berdua lakukan. Dia akan menjadi hakim. Ibn Abbas berkata: Ketika itu Abu Bakr menyeru Neraka Wail dan kecelakaan. Dia berasa amat sedih. Lalu Umar berkata: Anda bersedih wahai Khalifah Rasulullah kerana kata-kata seorang perempuan? Ibn Abbas berkata: Fatimah a.s. hidup empat puluh hari selepas kewafatan bapanya.


Wasiat Fatimah kepada Ali a.s. ketika hampir wafat

Manakala keadaannya bertambah serius, beliau memanggil Ali (a.s.) dan berkata: Wahai anak bapa saudaraku! Aku fikir aku tidak akan hidup lama lagi. Aku berwasiat kepada anda supaya mengawini anak perempuan saudaraku, Zainab. Anak-anakku menganggapnya sepertiku. Biarkanlah aku berehat sejenak kerana aku telah melihat malaikat menceritakan kematianku. Janganlah seorangpun daripada musuh-musuh Allah menyaksikan jenazahku, pengkafananku dan solat ke atasku.

Ibn Abbas- iaitu kata-kata Amir al-Mukminin a.s.- berkata: Banyak perkara yang aku tidak dapat meninggalkannya kerana al-Qur'an yang dengannya diturunkan ke atas hati Muhammad (Saw.). Memerangi al-Nakithin, al-Qasitin dan al-Mariqin yang beliau telah berwasiat kepadaku. Khalilku Rasulullah telah berjanji kepadaku supaya aku memerangi mereka. Dan Fatimah berwasiat kepadaku supaya aku mengahwini Umamah Binti Zainab.


Kewafatan Fatimah a.s. dan kegemparan Madinah dengan tangisan

Ibn Abbas berkata: Apabila Fatimah wafat, Madinah menjadi gempar dengan tangisan daripada lelaki dan perempuan. Orang ramai terharu sebagaimana pada hari wafatnya Rasulullah (Saw.). Abu Bakr dan Umar datang memberi takziah kepada Ali (a.s.) dan berkata: Wahai Abu al-Hasan! Janganlah anda mendahului kami mengerjakan solat ke atas anak perempuan Rasulullah.

Apabila tiba waktu malam, Ali (a.s.) memamggil al-Abbas, al Fadhl, al-Miqdad, Salman, Abu Dhar dan Ammar. Maka beliau telah mendahulukan al-Abbas, lalu beliau mengerjakan solat ke atasnya. Kemudian mereka mengebumikannya.

Pada keesokan pagi, Abu Bakr dan Umar datang, dan orang ramai mahu mengerjakan solat ke atas Fatimah (a.s.). Maka al-Miqdad berkata: Kami telah mengebumikan Fatimah semalam. Lalu Umar berpaling kepada Abu Bakr dan berkata: Tidakkah aku telah memberitahu anda bahawa mereka akan melakukannya? Al-Abbas berkata: Beliau telah berwasiat supaya kalian berdua tidak mengerjakan solat ke atasnya.

Lantas Umar berkata: Kalian masih tidak meninggalkan wahai Bani Hasyim, hasad kalian yang lama selama-lamanya. Sesungguhnya segala hasad di dada kalian tidak akan hilang. Demi Tuhan! Aku berasa mahu menggalinya semula sehingga aku mengerjakan solat ke atasnya. Ali (a.s.) berkata: Demi Tuhan! Sekiranya anda melakukannya wahai Ibn Sahhak! Nescaya aku akan mengembalikan sumpah anda. Sekiranya aku menghunuskan pedangku, aku tidak akan menyarungkannya kembali tanpa membunuh anda.

Akhirnya Umar diam kerana dia mengetahui bahawa apabila Ali bersumpah, beliau membenarkannya. Kemudian Ali (a.s.) berkata: Wahai Umar! Tidakkah Rasulullah ingin membunuh anda, lalu beliau mengutusku. Lantas aku mengangkat pedangku, kemudian aku menuju kepada anda untuk membunuh anda. Maka Allah telah menurunkan firman-Nya di dalam Surah Maryam (19): 84, "Janganlah engkau menyegerakan siksaan untuk mereka. Sesungguhnya Kami hanya menghitung (hari) mereka dengan bilangan". Ibn Abbas berkata: Kemudian mereka melakukan konspirasi dan berkata: Urusan kita tidak akan kukuh selama lelaki ini masih hidup.


Keinginan Abu Bakr untuk membunuh Ali, perintahnya kepada Khalid dan penyesalannya

Abu Bakr berkata: Siapakah yang akan membunuhnya untuk kita? Umar berkata: Khalid bin al-Walid . Maka mereka berdua mengutus kepadanya. Mereka berdua berkata: Wahai Khalid! Apakah pendapat anda pada perkara yang kami akan pertanggung jawabkan ke atas anda? Dia berkata: Pertanggung jawabkanlah aku di atas apa yang kalian berdua kehendaki. Demi Tuhan! Sekiranya kalian berdua mempertanggung jawabkan aku untuk membunuh Ibn Abi Talib, nescaya aku akan melakukannya. Mereka berdua berkata: Itu sahajalah yang kami mahu. Dia berkata: Aku akan melakukannya.

Abu Bakr berkata: Apabila kami berdiri untuk mengerjakan solat Subuh, maka berdirilah di sisinya dan pedang bersama anda. Apabila aku memberi salam, maka penggallah kepalanya. Dia berkata: Ya. Mereka berazam untuk melakukannya. Kemudian Abu Bakr mulai berfikir tentang perintahnya untuk membunuh Ali (a.s.). Dia mengetahui sekiranya dia melakukannya, maka akan berlaku peperangan yang besar dan bala yang berpanjangan. Maka diapun menyesal di atas perintahnya sehingga dia tidak dapat tidur pada malam itu.

Abu Bakr datang ke Masjid pada pagi itu. Solat didirikan, dia telah mengerjakan solat dengan orang ramai dan tidak mengetahui apa yang dikatakannya. Khalid datang membawa pedangnya sehingga dia berdiri di sisi Ali. Tetapi Ali (a.s.) dapat mengagak sesuatu yang akan berlaku. Apabila Abu Bakr selesai daripada tasyahhudnya, dia melaung sebelum memberi salam: Wahai Khalid! Jangan anda lakukan apa yang aku telah perintahkan anda untuk melakukannya. Sekiranya anda melakukannya, nescaya aku akan membunuh anda. Kemudian dia memberi salam ke kanan dan ke kirinya.

Lantas Ali (a.s.) melompat dan memegang leher Khalid serta mencabut pedang di tangannya. Kemudian beliau bergumpal dengannya dan duduk di atas dada Khalid. Lalu beliau mengambil pedangnya untuk membunuhnya. Ahli Masjid berkumpul di sekelilingnya untuk membebaskan Khalid, tetapi mereka tidak mampu menguasainya. Maka Abbas berkata: Kalian membuat sumpah kepadanya dengan hak kubur supaya beliau berhenti. Lantas beliau meninggalkannya, berdiri dan terus pulang ke rumahnya.

Kemudian al-Zubair, al-Abbas, Abu Dhar, al-Miqdad dan Bani Hasyim datang. Mereka mengangkat pedang dan berkata: Demi Tuhan! Mereka tidak akan berhenti sehingga beliau bercakap dan melakukannya. Orang ramai bertengkar dan keadaan menjadi riuh-rendah. Sementara wanita-wanita Bani Hasyim telah keluar dan bertempik, seraya berkata: Alangkah cepatnya kalian melahirkan permusuhan dengan Rasulullah dan Ahl Baitnya. Sudah lama kalian mahu perkara ini daripada Rasulullah tetapi kalian tidak dapat menguasainya.

Kalian telah membunuh anak perempuannya kelmarin, kemudian kalian mahu hari ini membunuh saudaranya, sepupunya, wasinya dan bapa anak-anaknya. Kalian telah berbohong demi Tuhan Ka'bah! Kalian tidak akan dapat membunuhnya sehingga orang ramai khuatir akan berlaku fitnah yang besar.



Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: