Pesan Rahbar

Home » , , , » KITAB SULAIM BIN QAIS AL HILALI BAGIAN KEEMPAT

KITAB SULAIM BIN QAIS AL HILALI BAGIAN KEEMPAT

Written By Unknown on Saturday, 17 January 2015 | 19:52:00


BAHAGIAN KETIGA


Bid'ah-bid'ah Khalifah Abu Bakr dan Umar, Fadak, percubaan membunuh Ali a.s., kelebihan Ahl al-Bait, Imam dua belas, perjumpaan seorang Nasrani dengan Ali a.s. dan pencungkilan fitnah


Kata-kata Ali a.s: "Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar"

Kemudian Ali a.s. berkata: Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada lelaki ini dan sahabat sebelumnya, dan menyerah kepadanya setiap sesuatu yang diciptakannya (ahdatha-hu). Jika gabenor-gabenornya menjadi pengkhianat, nescaya harta-harta yang ada di tangan mereka juga suatu pengkhianatan. Dan tidak halal baginya meninggalkannya. Dia hendaklah mengambil kesemuanya kerana itu adalah harta Muslimin. Dia tidak berhak mengambil separuh dan meninggalkan separuhnya. Dan jika mereka bukanlah pengkhianat, maka tidak halal baginya mengambil harta mereka sama ada sedikit ataupun banyak.

Sesungguhnya dia mengambil separuh daripada harta mereka sekiranya mereka pengkhianat. Tetapi mereka tidak mengakuinya dan mereka pula tidak dibuktikan. Justeru itu, tidak halal baginya mengambil daripada mereka sama ada sedikit ataupun banyak. Dan yang lebih aneh lagi, dia mengembalikan kepada mereka kerja mereka. Sekiranya mereka (para gabenor) pengkhianat, maka tidak halal baginya melantik mereka kembali. Dan sekiranya mereka bukan pengkhianat, maka tidak halal harta mereka untuknya.


Penjelasan Ali a.s. kepada orang ramai tentang bid'ah-bid'ah Abu Bakr dan Umar

Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan mereka dan berkata: Aneh sekali! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit dan bab demi bab, kemudian mereka meridhai tanpa menentangnya. Malah mereka memarahi untuknya, mencela mereka yang mengaibkannya dan mengingkarinya! Kemudian datang kaum selepas kami, mereka akan mengikuti bid'ah-bid'ahnya, kezalimannya, dan perlakuan-perlakuannya (ahdatha-hu). Mereka telah mengambil perlakuannya sebagai sunnah dan agama untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah .

Umpamanya, dia telah memindahkan Maqam Ibrahim a.s. dari tempat yang diletakkan oleh Rasulullah (Saw.) kepada tempatnya pada masa Jahiliyah di mana Rasulullah (Saw.) telah memindahkannya. Dia telah mengubah gantang Rasulullah dan cupaknya. Sedangkan terdapat padanya fardhu dan sunat. Penambahannya mendatangkan keburukan kepada fakir miskin di dalam kaffarh al-Yamin dan al-Zihar. Dengan kedua-duanyalah mereka diberi tanaman yang wajib. Rasulullah Saw. bersabda: "Wahai Tuhan! Berkatilah kami pada cupak dan gantang kami. Dan mereka tidak akan mengubahnya kelak". Tetapi mereka meridhai dan menerima apa yang dilakukannya.


Dialog Fatimah a.s. dengan Abu Bakr tentang Fadak

Dia dan sahabatnya telah merampas Fadak daripada Fatimah a.s. di mana beliau memakan hasilnya pada masa nabi (Saw.). Dia telah meminta Fatimah memberi keterangan di atas miliknya. Dia tidak membenarkannya dan menolak penyaksian Umm Aiman. Dia mengetahui dengan yakin sebagaimana kami mengetahui bahawa Fadak adalah milik Fatimah. Adalah tidak halal baginya meminta Fatimah supaya memberi keterangan atas apa yang menjadi miliknya dan menuduhnya pula. Kemudian dia telah meminta ihsan orang ramai mengenainya, lantas mereka memujinya pula.

Mereka berkata: Kewarakan dan kelebihannya telah mendorongnya untuk melakukan sedemikian. Kemudian dia memperelokkan keburukkan perbuatan mereka berdua, sekalipun mereka berdua menentang Fatimah. Mereka berdua berkata: Kami menyangka bahawa sesungguhnya Fatimah tidak berkata melainkan kebenaran dan sesungguhnya Ali tidak memberi penyaksian melainkan dengan kebenaran. Sekiranya bersama Umm Aiman perempuan lain, nescaya kami telah menyelesaikan untuknya.

Dengan demikian itu mereka mengambil peluang di sisi orang jahil. Apa kaitan mereka bagi menjadi hakim sehingga mereka diberi atau dihalang? Tetapi umat diuji dengan mereka berdua. Lantaran itu, dimasukkanlah diri mereka pada perkara di mana mereka tidak ada hak padanya. Lagipun mereka tidak mengetahui mengenainya. Sesungguhnya Fatimah (a.s.) berkata ketika dia merampasnya sedangkan ia adalah miliknya: Tidakkah ia di tanganku dan wakilku padanya. Sesungguhnya aku memakan hasilnya pada masa Rasulullah (Saw.) masih hidup?

Mereka menjawab: Ya. Beliau berkata: Kenapa kalian berdua bertanya tentang saksi ke atas perkara yang menjadi milikku? Mereka menjawab: Kerana ia adalah fai' Muslimin. Jika saksi tidak ada, kami tidak akan menyelesaikannya. Beliau a.s. berkata kepada mereka berdua dan orang ramai di keliling mendengarnya: Adakah kalian berdua mahu menolak apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah Saw. dan menghukum kami secara khusus dan tidak menghukum semua Muslimin dengannya?

Wahai manusia! Dengarilah apa yang mereka berdua telah lakukan (daripada dosa). Beliau berkata: Apakah pendapat kalian sekiranya aku mendakwa harta Muslimun yang ada pada tangan mereka. Adakah kalian akan meminta saksi daripadaku atau daripada mereka. Mereka berdua berkata: Tidak. Kami akan meminta saksi daripada anda. Sekiranya semua kaum Muslimin mendakwa apa yang ada di tanganku, kalian akan meminta saksi daripada mereka atau daripadaku? Maka Umar menjadi marah dan berkata: Ini adalah Fai' Muslimin dan tanah mereka tetapi Fatimah memakan hasilnya.

Dia membuktikan keterangan di atas dakwaannya bahawa Rasulullah (Saw.) telah menghebahkan kepadanya di kalangan Muslimin dan ia adalah fai'' mereka dan hak mereka, nescaya kami mempertimbangkannya. Beliau a.s. berkata: Hasbi. Aku menyeru kalian dengan nama Allah wahai manusia! Tidakkah kalian mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. Sesungguhnya kami telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw. Beliau berkata: Adakah penghulu wanita Syurga mendakwa kebatilan dan mengambil bukan haknya. Apakah pendapat kalian sekiranya empat orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah melakukan fahisyah (zina) atau dua orang lelaki memberi penyaksian ke atasku bahawa aku telah melakukan sariqah (pencurian), adakah kalian membenarkannya ke atasku? Adapun Abu Bakr hanya berdiam. Umar berkata: Ya. Kami akan menjalankan had ke atas anda.

Beliau berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan dicela (lu'imta) melainkan anda mengakui bahawa sesungguhnya anda bukan di atas agama Muhammad. Sesungguhnya orang yang mengharuskan penyaksian (syahadah) ke atas penghulu wanita Syurga atau menjalankan had ke atasnya adalah orang yang dilaknati dan kafir (la mal'un kafir) dengan apa yang telah diturunkan Allah ke atas Muhammad. Kerana sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa dan membersihkan mereka sebersih-bersihnya, tidak harus dijalankan penyaksian ke atas mereka kerana mereka adalah maksum daripada segala kejahatan dan bersih daripada segala kekejian (fahisyah).

Beritahuku wahai Umar! Siapakah yang dimaksudkan dengan ayat ini (man ahlu hadhihi al-ayah)? Sekiranya satu kaum memberi penyaksian ke atas mereka atau ke atas seseorang daripada mereka dengan syirk, kufr atau perkara yang keji (fahisyah), Muslimun akan membersihkan diri daripada mereka dan akan mengenakan had ke atas mereka. Dia menjawab: Ya. Mereka dan orang lain adalah sama dalam perkara tersebut.

Beliau (a.s.) berkata: Anda telah berbohong (kadhabta) dan ingkar (kafarta). Mereka dan orang ramai tidaklah sama di dalam perkara tersebut. Kerana Allah telah menjaga mereka, menurunkan 'ismah dan tathir kepada mereka. Dan Dia telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa. Justeru itu, sesiapa yang membenarkan ke atas mereka, maka sesungguhnya dia membohongi Allah dan Rasul-Nya. Abu Bakr berkata: Aku bersumpah ke atas anda wahai Umar supaya diam.


Abu Bakr memerintahkan supaya Ali a.s. dibunuh semasa solat dan penyesalannya

Apabila malam tiba, mereka berdua datang kepada Khalid bin al-Walid. Mereka berkata: Kami mahu merahsiakan kepada anda satu perkara. Kami mempertanggungjawabkan kepada anda kerana kami percayakan anda. Dia berkata: Kalian berdua berilah tanggungjawab kepadaku menurut kehendak anda kerana aku taat kepada kalian berdua. Mereka berkata kepadanya: Pemerintahan dan kekuasaan kami tidak akan memberi manfaat kepada kami selama Ali masih hidup.

Tidakkah anda mendengar apa yang dikatakannya kepada kami dan apa yang kami hadapi? Kami tidak menjaminnya. Kemungkinan dia menyeru orang ramai secara senyap-senyap, maka orang ramai akan menyahut seruannya. Justeru itu, mereka menentang kami kerana dia adalah Arab yang paling berani.

Dan sesungguhnya kami telah melakukan sesuatu terhadapnya sebagaimana anda telah melihatnya. Kami mengalahkannya bagi memiliki kerajaan sepupunya (Rasulullah Saw.) dan tidak ada hak bagi kami terhadapnya. Kami telah merampas Fadak daripada perempuannya. Apabila anda mengerjakan solat subuh dengan orang ramai, maka berdirilah di sisinya. Pedang anda hendaklah bersama anda. Maka apabila anda mengerjakan solat dan memberi salam, maka penggallah kepalanya.

Ali a.s. berkata: Khalid mengerjakan solat di sisiku dalam keadaan bersiap-sedia dengan pedang di atas kepalanya (mutaqallidan). Maka Abu Bakr pun berdiri di dalam solat dan mulai membincangkannya dengan dirinya lalu menyesalinya. Dan melepaskan tangannya sehingga matahari hampir naik. Kemudian dia berkata sebelum memberi salam: Jangan anda lakukan apa yang aku perintahkan kepada anda, kemudian memberi salam. Aku berkata kepada Khalid: Apakah itu? Dia menjawab: Abu Bakr memerintahkan apabila dia memberi salam, aku akan memenggal kepala anda. Aku berkata: Adakah anda akan melakukannya? Dia menjawab: Demi Tuhanku (ayyu rabbi) aku akan melakukannya.


Penjelasan Ali a.s. kepada al-Abbas tentang bid'ah-bid'ah Abu Bakr dan Umar

Sulaim berkata: Kemudian Ali a.s. berhadapan dengan al-Abbas dan orang di sekitarnya, lalu berkata: Tidakkah kalian hairan bahawa dia dan sahabatnya menahan kami daripada saham kerabat yang telah difardhukan oleh Allah kepada kami dalam al-Qur'an. Dan Allah mengetahui sesungguhnya mereka akan menzalimi kami mengenainya dan akan mencabutnya daripada kami. Dia berfirman dalam Surah al-Anfal (8): 41, ''Sekiranya kalian beriman dengan Allah dan apa yang telah kami turunkan ke atas hamba kami pada Hari al-Furqan, pada hari bertemunya dua kumpulan". Aneh! Dia telah memusnahkan rumah saudaraku Ja'far dan menyambungkannya pada Masjid tanpa membayar sesuatupun kepada anak-anaknya. Kemudian orang ramai tidak mengaibkannya atau memalukannya. Seolah-olah dia telah mengambil rumah lelaki Dailam.

Aneh! Kerana kejahilannya dan kejahilan umat bahawa dia menulis surat kepada para gabenornya: Sesungguhnya orang yang berjunub apabila tidak mendapati air, maka tidak wajib mengerjakan solat dan tidak wajib baginya bertayammum sekiranya tidak mendapatinya sehingga berjumpa Allah. (Di dalam riwayat yang lain. Sekiranya tidak mendapatinya setahun). Kemudian orang ramai menerimanya dan meridhainya.

Sesungguhnya dia mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah memerintahkan Ammar dan Abu Dhar supaya bertayammum daripada janabah, mengerjakan solat dan mempersaksikan di sisinya. Perkara yang sama dilakukan juga oleh orang lain di sisinya, tetapi dia (Umar) tidak menerimanya. Aneh! Dia telah mencampuradukkan hukum yang bermacam-macam dalam masalah had , tanpa ilmu kerana kediktatoran (ta'assufan) dan kejahilan (jahlan).

Dakwaan mereka berdua terhadap apa yang mereka tidak tahu semata-mata kerana berani (jur'atan) terhadap Allah. Mereka mendakwa bahawa Rasulullah (Saw.) mati tanpa memberi sebarang hukuman mengenai datuk lelaki (al-Jadd) dan tidak meninggalkan seorangpun yang mengetahui tentang bahagian pusaka datuk. Kemudian mereka memberi bai'ah kepada mereka berdua di atas perkara tersebut, lalu membenarkan mereka berdua.

Dia (Umar) telah memerdekakan Ummahat al-Aulad, maka orang ramai mengambil kata-katanya dan meninggalkan sabda Rasulullah (Saw.). Dan apa yang dia lakukan kepada Nasr bin al-Hajjaj, Ja'dah bin Sulaim dan Ibn Wabrah. Apa yang lebih aneh daripada itu adalah mengenai Abu al-Kanafi al-'Abdi yang datang berjumpanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah menceraikan isteriku dan aku tidak ada (ghaib) pada masa itu. Maka talak telah sampai kepadanya.

Kemudian aku merujuknya di dalam 'iddahnya, tetapi suratku tidak sampai kepadanya sehingga dia (isteri) berkahwin (Tazawwajat). Maka dia (Umar) menulis kepadanya: Sekiranya lelaki yang mengahwininya telah menyetubuhinya, maka dia adalah isterinya. Dan sekiranya dia belum menyetubuhinya, maka dia adalah isteri anda. Dia menulis kepadanya mengenainya dan aku telah menyaksikannya.

Dia tidak bermesyuarat denganku dan tidak pula bertanyakanku. Dia fikir ilmunya sudah memadai tanpa memerlukan keilmuanku. Aku mahu menghalangnya. Kemudian aku berkata: Aku tidak peduli jika Allah mendedahkan keburukkannya. Namun orang ramai tidak mencelanya malah memuji dan mengambilnya sebagai sunnah (Sunnatan). Mereka menerima dan melihatnya sebagai betul (sawaban). Demikianlah dia menghukumnya. Sekiranya seorang gila yang kurus kering menghukumnya, nescaya dia tidak menambahnya. Seterusnya dia meninggalkan ''Hayya 'ala Khairil 'Amal" dalam azan. Maka mereka mengambilnya sebagai sunnah dan mengikutnya pula.

Dan hukumannya terhadap al-Mafqud (lelaki yang hilang) bahawa ajal isterinya adalah empat tahun, kemudian dia boleh kahwin. Dan sekiranya suaminya kembali, dia diberi pilihan antara perempuannya dan al-Saddaq (mas kahwin). Maka orang ramai memujinya dan mengambilnya sebagai sunnah. Mereka menerima daripadanya kerana kejahilan, sedikit ilmu dengan Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi Saw.

Dia mengeluarkan setiap orang buta dari Madinah dan menghantar kepada gabenornya di Basrah dengan tali sepanjang lima jengkal (asybar). Dan kata-katanya: Sesiapa yang kalian mengambilnya daripada al-A'jam di mana ukurannya sepanjang tali ini maka penggallah kepalanya. Dia mengembalikan sibaya (hamba perempuan) yang bersembunyi sedangkan mereka sedang hamil. Dia menghantar seutas tali mengenai kanak-kanak yang mencuri di Basrah dan berkata: Sesiapa yang sampai sepanjang tali ini maka kalian potonglah (tangan) .

Apa yang paling aneh daripada itu adalah seorang pembohong lelaki (kadhdhaban) direjam dengan sebab seorang pembohong perempuan (kadhdhabah). Dia (Umar) menerimanya (kadhdhabah) dan orang jahil menerimanya pula. Mereka menyangka sesungguhnya para Malaikat bercakap di atas lidahnya (Umar) dan mengajarnya. Dia memerdekakan sibaya (hamba perempuan) ahli Yaman. Dia dan sahabatnya mengundurkan diri daripada tentera Usamah bin Zaid sedangkan mereka berdua telah menerima kepemimpinannya.

Kemudian apa yang lebih aneh daripada itu adalah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui dan orang ramai pun mengetahui bahawa dialah orang yang telah menghalang Rasulullah (Saw.) daripada kertas dan dakwat yang dimintanya. Kemudian peristiwa tersebut tidak memudarat dan mengurangkannya (Umar) di sisi mereka. Dialah sahabat Safiyyah ketika dia berkata kepadanya apa yang dia kata, maka Rasulullah (Saw.) memarahinya dan berkata apa yang beliau kata.

Dialah yang berkata kepadaku ketika aku melaluinya suatu hari: Umpama Muhammad pada Ahl Baitnya adalah seumpama pokok kurma (nakhlah) yang tumbuh di dalam sampah (kunasatin). Kata-kata itu sampai kepada Rasulullah (Saw.) lantas beliau menjadi marah, beliau keluar dan menaiki mimbar Masjid. Kaum Ansar terkejut dan datang dengan senjata manakala mereka melihat kemarahan Rasulullah (Saw.).


Penjelasan Rasulullah Saw. tentang keutamaan Ahl Baitnya a.s.

Beliau bersabda: Apakah gerangan mereka yang menghinaku dengan kerabatku. Dan sesungguhnya mereka mendengar daripadaku apa yang aku kata tentang kelebihan mereka; kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, apa yang Allah mengkhususkan untuk mereka dengan hilangnya kekotoran dosa dan kesucian yang Allah kurniakan kepada mereka. Sesungguhnya aku memberitahu mereka tentang kelebihan Ahl Baitku dan orang yang terbaik mereka daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya, memuliakannya, melebihkannya ke atas orang yang mendahuluinya dalam Islam, ujian-Nya padanya, kekerabatannya dengan. Sesungguhnya beliau adalah daripadaku seperti kedudukan Harun daripada Musa. Kemudian kalian menyangka umpama aku pada Ahl Baitku seperti pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya, maka Dia telah membahagikannya kepada dua kumpulan.

Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan dua kumpulan itu. Kemudian Dia menjadikan satu kumpulan tersebut kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada syu'yuban (suku-suku), qaba'ila (kabilah-kabilah) dan buyutan (rumah-rumah).

Maka Dia menjadikan aku orang yang terbaik di kalangan suku, dan kabilah, kemudian Dia menjadikan mereka buyutan, lalu Dia menjadikan aku baitan (rumah) yang terbaik sebagaimana firman-Nya ''Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan daripada kamu Ahl al-Bait kekotoran dosa dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya". Maka aku dapati pada Ahl Baitku dan 'Itrahku, aku dan saudaraku Ali bin Abu Talib. Hanya Allah telah merenung pada penduduk Bumi satu kali renungan, maka Dia memilih aku daripada mereka.

Kemudian Dia telah merenung pada penduduk Bumi pada kali kedua, maka Dia memilih saudaraku Ali, wazirku, wasiku dan khalifahku pada umatku. Wali setiap Mukmin selepasku. Maka Dia telah mengutusku sebagai Rasul, Nabi dan Dalil. Maka Dia mewahyukan kepadaku supaya mengambil Ali sebagai saudara, wali, wasi dan khalifah pada umatku selepasku. Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku. Sesiapa yang menjadikannya wali maka Allah memberkatinya. Sesiapa yang memusuhinya maka Allah memusuhinya. Sesiapa yang mencintainya maka Allah mencintainya. Sesiapa yang memarahinya maka Allah memarahinya.

Beliau tidak akan dicintai melainkan oleh Mukmin dan tidak akan dimarahi melainkan oleh orang kafir. Beliau adalah rabb-al ardh (tuan bumi) selepasku dan penghuninya. (Di dalam naskhah yang lain beliau adalah zarr al-Ardh dan penghuninya). Beliau adalah Kalimah Allah al-Taqwa, 'Urwat Allah al-Wuthqa (ikatan Allah yang kuat). Firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 32, ''Adakah kalian mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut kalian dan sesungguhnya Allah adalah penyempurna cahaya-Nya, sekalipun dibenci oleh Musyrikun" Dan musuh-musuh Allah mahu memadamkan cahaya saudaraku. Tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya.

Wahai manusia! Hendaklah orang yang datang menyampaikan sabdaku ini kepada orang yang tidak datang (ghaiba-kum). Wahai Tuhanku persaksikanlah! Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah merenung kali ketiga, maka Dia memilih daripada mereka selepasku dua belas wasi daripada Ahl Baitku, mereka itu adalah sebaik-baik umatku. Daripada mereka sebelas imam selepas saudaraku (akhi) seorang demi seorang.

Setiap kali seorang imam mati, seorang daripada mereka mengambil tempatnya. Mereka seumpama bintang-bintang di langit. Setiap kali satu bintang hilang, satu bintang yang lain timbul (tala'a) kerana mereka adalah para imam yang mendapat hidayat. Tidak akan memudaratkan mereka oleh tipu daya orang yang menipu, penghinaan orang yang menghina mereka. Malah Allah akan memudaratkan orang yang menipu mereka dan menghina mereka. Maka mereka adalah hujah Allah di Bumi-Nya, saksi-saksi-Nya terhadap makhluk-Nya.

Sesiapa yang mentaati mereka, mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka menderhakai Allah. Mereka bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengan al-Qur'an dan al-Qur'an tidak akan berpisah dengan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haudhku.

Imam yang pertama adalah sebaik-baik mereka iaitu Ali a.s.. Kemudian anak lelakiku al-Hasan. Kemudian anak lelakiku al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak lelaki al-Husain. Ibu mereka adalah anak perempuanku Fatimah salawatullahi 'alaihim, selepas mereka adalah Ja'far bin Abu Talib sepupuku dan saudara kepada saudaraku dan bapa saudaraku Hamzah bin Abd al-Muttalib. Aku adalah sebaik-baik Rasul dan para nabi. Fatimah ialah anak perempuanku adalah penghulu wanita Syurga. Ali di mana anak-anak lelakinya adalah para wasi, adalah sebaik-baik wasi. Ahl Baitku adalah sebaik-baik bait (rumah) para nabi. Dua anak lelakiku adalah penghulu pemuda Syurga.

Wahai manusia! Sesungguhnya syafaatku menjadi harapan kalian. Tidak seorangpun anak yang dilahirkan oleh datukku Abd al-Muttalib berjumpa Allah dalam keadaan tauhid dan tidak mengsyirikkan-Nya dengan sesuatu pun melainkan Dia memasukkannya Syurga meskipun dosanya sebanyak batu-batu kecil (al-Hasa) dan buih air laut.

Wahai manusia! Kalian hormatilah ('Azzimu) Ahl Baitku pada masa hidupku dan selepas matiku. Kalian muliakanlah mereka, kalian lebihkanlah mereka kerana tidak halal bagi seseorang itu berdiri dari majlisnya kerana seseorang melainkan kerana Ahl Baitku. Sesungguhnya jika aku berada di perkarangan pintu Syurga, maka Tuhanku melahirkan sifat tajalli kepadaku dan memberi izin kepadaku untuk bersyafaat nescaya aku tidak akan mengutamakan orang lain daripada Ahl Baitku. Wahai manusia! Kalian beritahuku tentang nasabku, siapakah aku? Lantas seorang lelaki daripada kaum Ansar berdiri dan berkata: Kami memohon perlindungan dengan Allah daripada kemaraham Allah dan kemarahan Rasul-Nya.

Beritahuku wahai Rasulullah! Siapakah yang telah menyakiti anda (adha-ka) pada Ahl Bait anda sehingga kami penggal kepalanya, atau hendaklah dia berbuat baik kepada 'Itrahnya. Maka beliau berkata: Beritahu nasabku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Muttalib bin Hasyim sehingga beliau mengaitkan nasabnya dengan Nizar. Kemudian berterusan nasabnya kepada Ismail bin Ibrahim Khalilullah, kemudian bersabda : Sesungguhnya aku dan Ahl Baitku adalah tinah (tanah) di bawah 'Arasy kepada Adam, nikah tanpa zina. Pernikahan Jahiliyah tidak berlaku kepada kami. Justeru itu, kalian bertanyalah kepadaku .

Demi Tuhan! Tidak akan bertanyaku seorang lelaki tentang bapanya, ibunya dan nasabnya melainkan aku memberitahunya mengenainya. Seorang lelaki berdiri dan bertanya: Siapakah bapaku? Beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan di mana anda mengaitkan diri anda dengannya. Lelaki itu lalu memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, dan berkata: Sekiranya anda mengaitkan aku dengan nasab (nasabta-ni) orang lain aku tetap meridhai dengan sepenuhnya. Kemudian seorang lelaki lain berdiri dan berkata: Siapakah bapaku? Maka beliau bersabda: Bapa anda adalah fulan bukan bapa yang dikaitkan dengannya. Maka lelaki itupun keluar daripada Islam (irtadda). Kemudian lelaki lain berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Maka beliau bersabda: Daripada ahli Syurga. Kemudian seorang lelaki berdiri dan berkata: Adakah aku daripada ahli Syurga atau daripada ahli Neraka? Beliau bersabda: Daripada ahli Neraka.

Kemudian Rasulullah Saw. bersabda dalam keadaan marah: Apakah yang menghalang orang yang menghina Ahl Baitku, saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku, berdiri dan bertanyaku: Siapakah bapanya, di mana dia, di Syurga atau di Neraka? Maka Umar bin al-Khattab pun berdiri dan berkata: Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada kemarahan Allah dan kemarahan Rasul-Nya. Maafkan kami wahai Rasulullah, nescaya Allah memaafi anda. Ampunilah kami, nescaya Allah mengampuni anda. Simpanlah rahsia kami (Ustur-na), nescaya Allah menyimpan rahsia anda. Maaflah kami, nescaya Allah bersalawat ke atas anda. Maka Rasulullah (Saw ) terasa malu (istaha) dan berhenti (kaffa).

Ali a.s. berkata: Dialah (Umar) sahib al-'Abbas yang telah dihantar oleh Rasulullah (Saw.) dalam keadaan berjalan kaki dan berkata: Sesungguhnya al-Abbas telah menegah zakat hartanya, maka Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Segala puji bagi Allah yang memaafkan kami Ahl al-Bait daripada kejahatan yang mencemarkan kami (yulattikhuna) dengannya. Sesungguhnya al-Abbas tidak menegah zakat hartanya tetapi anda menyegerakan ke atasnya. Dia menyegerakan zakat beberapa tahun. Kemudian dia datang kepadaku selepas itu dan meminta berjalan bersamanya kepada Rasulullah (Saw.) bagi tujuan mendapatkan keridhaannya, maka aku telah melakukannya.

Dialah sahib Abdullah bin Abi Salul manakala Rasulullah (Saw.) berjalan ke hadapan untuk mengerjakan solat ke atasnya, maka dia memegang kain Rasulullah (Saw.) dari belakang seraya berkata: Sesungguhnya Allah melarang anda daripada mengerjakan solat ke atasnya. Justeru itu, adalah tidak halal bagi anda mengerjakan solat ke atasnya. Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku mengerjakan solat ke atasnya kerana menghormati anak lelakinya. Dan aku berharap agar tujuh puluh orang lelaki daripada suku bapanya dan keluarganya memeluk Islam kerananya. Apakah anda tahu apa yang aku kata! Sesungguhnya aku telah berdoa kepada Allah ke atasnya.

Dialah sahib Rasulullah (Saw.) pada Hari Hudaibiyah manakala Rasulullah Saw. menulis surat perjanjian, dia (Umar) berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Kemudian dia mulai mengelilingi tentera Rasulullah, mengapi-apikan mereka seraya berkata: Adakah kita memberi kehinaan kepada agama kita? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Pergilah kalian daripadaku atau anda mahu aku mengkhianati dhimmahku?

Di dalam riwayat yang lain: Kalian keluarkannya (Umar) daripadaku. Adakah anda mahu mengkhianati dhimmahku? Sesungguhnya aku akan menyempurnakan apa yang aku telah tuliskan untuk mereka. Wahai Suhail! Ambillah anak lelaki anda Jundalan. Maka dia mengikatnya dengan ikatan yang kuat pada besi. Kemudian Allah menjadikan tindakan Rasulullah (Saw.) kepada kebaikan, kewarasan, petunjuk, kemuliaan dan kelebihan.

Dialah sahib Hari Ghadir Khum, semasa dia dan sahabatnya berkata ketika Rasulullah (Saw.) melantikku (nasabani) sebagai wali : Apa gerangannya beliau mengangkat orang yang tidak ada guna (ma ya'lu an yarfa'a khassisata-hu)? Sementara sahabatnya pula berkata: Apa gerangannya beliau mengangkat ketiak sepupunya (ma ya'lu raf'an bi-dhab'i ibn 'ammi-hi)? Dia berkata kepada sahabatnya: Ini adalah suatu kehormatan! Maka muka sahabatnya tiba-tiba berubah dan berkata: Tidak! Demi Tuhan, aku tidak akan mendengar dan tidak mentaati selama-lamanya (la asma'u wa la uti'u abadan). Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong, lalu diikuti juga oleh sahabatnya.

Maka Allah menurunkan firman-Nya mengenainya di dalam Surah al-Qiyamah (75): 31-35, "Maka dia tidak membenarkan dan tidak pula mengerjakan solat, tetapi mendusta dan berpaling (daripada kebenaran), kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong. Lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut. Kemudian lebih patut (siksa) bagimu, maka ia lebih patut", sebagai janji ancaman (wa'idan) dan peringatan yang keras daripada Allah untuknya.

Dialah yang datang kepadaku ketika itu aku bersama Rasulullah (Saw.), melawatku dengan sekumpulan para sahabatnya manakala sahabatnya mengelipkan mata kepadanya. Maka dia berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda telah menjanjikan kepada kami tentang Ali satu janji, sesungguhnya aku melihat apa yang terjadi padanya sekarang. Sekiranya dia mati, kepada siapa? Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Persilakan duduk. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

Maka Rasulullah Saw. berhadapan dengan mereka berdua dan bersabda: Beliau tidak akan mati di dalam kesakitannya ini sehingga kalian berdua memenuhinya dengan kemarahan dan melakukan pengkhianatan dan kezaliman terhadapnya. Kemudian kalian berdua mendapatinya masih bersabar dan cekal. Beliau tidak akan mati sehingga berjumpa kalian berdua dalam keadaan yang mencemaskan. Beliau tidak akan mati melainkan mati syahid.

Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin

Perkara yang lebih besar daripada itu sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mengumpul lapan puluh orang lelaki. Empat puluh lelaki daripada Arab dan empat puluh lelaki daripada bukan Arab. Mereka berdua ada di kalangan. Mereka semuanya memberi salam kepadaku untuk kepemimpinan Muslimin. Kemudian beliau bersabda: Aku persaksikan kepada kalian bahawa sesungguhnya Ali adalah saudaraku (akhi), wazirku, pewarisku, khalifahku pada umatku, wasiku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku. Justeru itu, kalian dengarlah dan taatlah kepadanya (isma'u lahu wa ati'u).

Di kalangan mereka adalah Abu Bakr, Umar, Uthman, Talhah, al-Zubair, Sa'd, Ibn Auf, Abu Ubaidah, Salim, Mu'adh bin Jabal dan sekumpulan kaum Ansar. Kemudian beliau bersabda: Aku persaksikan Allah ke atas kalian. Kemudian Ali a.s. berdepan dengan orang ramai dan berkata: Maha Suci Tuhan! Alangkah cepatnya hati umat ini dimabukkan dengan ujiannya, fitnahnya, 'Ijlnya dan Samirinya.

Sesungguhnya mereka mengakui dan mendakwa bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Allah tidak akan menghimpunkan bagi kami Ahl al-Bait, kenabian dan khilafah. Dan beliau telah bersabda kepada lapan puluh orang lelaki: Berilah kalian salam kepada Ali untuk kepimpinan Mukminin (sallimu 'ala 'Ali bi'imrati l-Mukminin). Beliau (Saw.) telah mempersaksikan mereka semua di atas perkara tersebut. Kemudian mereka menyangka bahawa Rasulullah Saw. tidak melantik seorangpun. Mereka mengakui Syura kemudian mereka pula mengakui bahawa mereka tidak bermesyuarat. Dan bai'ahnya adalah secara tergesa-gesa (faltatan). Manakah dosa yang lebih besar daripada faltah?

Kemudian Abu Bakr melantik Umar. Dia tidak mengikuti Rasulullah (Saw.). Perlakuannya itu diterima juga (oleh orang ramai). Perkataan Abu Bakr bahawa dia tidak mahu meninggalkan umat Muhammad tanpa perlantikan (istikhlaf), merupakan satu penghinaan terhadap Rasulullah (Saw.). Kemudian Umar telah melakukan perkara yang ketiga. Dia menjadikan syura di kalangan enam orang dan mengeluarkan semua Arab daripadanya. Kemudian dia mendapat sambutan daripada orang ramai di atas perlakuannya kerana hati mereka telah dimabukkan oleh cinta kepada fitnah dan kesesatan.

Kemudian Ibn Auf telah memberi bai'ah kepada Uthman, lantas orang ramai memberi bai'ah kepadanya. Mereka telah mendengar daripada Rasulullah Saw. apa yang mereka dengar tentang Uthman bahawa Rasulullah Saw. telah melaknatinya pada beberapa tempat. Meskipun begitu Uthman adalah lebih baik daripada mereka berdua. Dia berkata selama beberapa hari perkataan yang menarik perhatianku. Itu berlaku apabila aku sedang duduk di rumahnya. Tiba-tiba Aisyah datang kepadanya dan Hafsah pula menuntut pusaka mereka berdua daripada harta peninggalan Rasulullah (Saw.) yang masih berada di tangannya.

Dia berkata: Tidak! Demi Tuhan! Tidak ada karamah (penghormatan), tetapi aku mengharuskan penyaksian kalian di atas diri kalian berdua. Sesungguhnya kalian berdua telah memberi penyaksian di sisi bapa kalian berdua sesungguhnya kalian berdua mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Bahawa beliau tidak diwarisi. Apa-apa yang beliau tinggalkan adalah sedekah. Kalian berdua mengajar Malik bin al-Harth bin al-Hadathan, seorang badwi yang tidak bertamadun, kencing di atas dua tumitnya, membersihkan dirinya dengan air kencingnya. Dia memberi penyaksian bersama kalian berdua. Dia bukan daripada sahabat Rasulullah dan bukan daripada kaum Ansar. Hanya seorang badwi sahaja yang menyaksikan hadis tersebut. Demi Tuhan! Aku tidak syak lagi bahawa dia telah membohongi Rasulullah (Saw.) dan kalian berdua juga membohongi Rasulullah (Saw.) bersamanya. Maka mereka berduapun pulang dalam keadaan menangis dan memaki-makinya.

Dia berkata: Kembalilah kalian berdua. Tidakkah kalian telah memberi penyaksian sedemikian di sisi Abu Bakr? Mereka berdua menjawab: Ya. Dia berkata: Sekiranya kalian telah memberi penyaksian yang benar, maka tidak ada hak bagi kalian berdua. Sekiranya kalian memberi penyaksian yang batil, maka laknat Allah, para Malaikat-Nya dan semua manusia ke atas kalian berdua dan juga orang yang mengharuskan penyaksian kalian berdua terhadap Ahl al-Bait ini.

Dia tersenyum melihat kepadaku dan berkata: Wahai Abu al-Hasan! Aku telah menyembuhkan anda (syafaitu-ka) daripada mereka berdua. Aku berkata: Ya. Demi Tuhan! Anda telah menyampaikannya dan anda telah bercakap benar. Allah menundukkan keangkuhan mereka berdua. Maka akupun berlembut dengan Uthman. Akupun tahu dengan melakukan sedemikian, dia mahu keridhaanku. Dia lebih mempunyai sifat kasihan belas daripada mereka (Abu Bakr dan Umar), dan lebih menahan dirinya daripada menentang kami berbanding mereka berdua. Sekalipun tidak ada keuzuran dan tidak ada hujah baginya kerana perencanaannya menentang kami dan dakwaannya ke atas hak kami.


Kata-kata Ali a.s. sebelum peperangan Siffin bahawa mereka itu tidak cenderung kepada kebenaran

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali bin Abu Talib a.s. berkata sebelum peperangan Siffin: Sesungguhnya mereka itu (ha'ula' al-Qaum) tidak cenderung kepada kebenaran dan kalimah yang sama antara kami dan mereka, mereka menyerang dengan bala tentera mereka setiap minggu sehingga kuda-kuda dipelihara di sebelah tanah mereka dan bermalam dengan senjata-senjata mereka sehinggalah dilakukan serangan ke atas mereka dari setiap penjuru sehingga mereka dijumpai oleh kaum yang benar dan bersabar. Kematian yang berlaku di jalan Allah menambahkan lagi ketaatan mereka kepada Allah. Demi Tuhan! Anda telah melihat kami bersama Rasulullah (Saw.), anda telah membunuh bapa-bapa kami, anak-anak kami, bapa-bapa saudara kami baik di sebelah bapa atau di sebelah ibu dan Ahl Bait kami. Semuanya menambahkan keimanan kami, penyerahan kami, kesungguhan kami pada mentaati Allah dan kebebasan kami melawan musuh (mubarazati al-Aqran).

Sekiranya seorang lelaki daripada kami dan seorang lelaki daripada musuh kami berlawan untuk menuang air kematian, adakalanya untuk kami daripada musuh kami dan adakalanya untuk musuh kami daripada kami. Manakala melihat kami benar dan bersabar, Dia menurunkan al-Qur'an dengan pujian yang baik kepada kami, reda terhadap kami dan menurunkan kemenangan kepada kami. Aku bukanlah berkata bahawa setiap orang yang berperang bersama Rasulullah (Saw.) sedemikian, tetapi kebanyakan mereka sedemikian. Namun terdapat bersama kami kumpulan yang berada dalam kesamaran. Allah berfirman di dalam Surah Ali 'Imran (3): 118, ''Sesungguhnya telah terang (perkataan) kebencian daripada mulut mereka dan apa yang tersembunyi di dalam dada mereka adalah lebih besar".

Di kalangan mereka terdiri daripada orang yang anda hormati (tufadhdhila-hu) dan sahabat anda, wahai Ibn Qais! Mereka lari (farrin) tanpa dilontar dengan satu panah, dipenggal dengan pedang, ditikam dengan lembing. Semasa maut dan pertarungan, dia (Umar) berlindung dan bersembunyi sebagaimana berlindungnya kambing betina (dara) tanpa menolak tangan yang menyentuhinya. Apabila bertemu dengan musuh, dia lari memberi belakangnya kepada musuh kerana pengecut dan tercela. Ketika senang dan ada pembahagian harta rampasan perang (ghanimah), dia bercakap sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab (33): 19, ''Maka apabila ketakutan itu hilang, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, serta kikir (membuat) kebaikan".

Dia telah meminta izin Rasulullah (Saw.) untuk memenggal kepala lelaki di mana Rasulullah (Saw.) tidak mahu membunuhnya, maka beliau telah menolak permintaannya. Pada suatu hari Rasulullah (Saw.) melihat Umar dengan senjata yang lengkap, maka Rasulullah tersenyum. Kemudian bersabda: Wahai bapa fulan! [secara kinayah] Hari ini hari anda. Maka al-Asy'ath berkata: Siapakah yang anda maksudkan dengan "syaitan lari daripadanya"

Beliau berkata: Wahai Ibn Qais! Tidak. Allah tidak mengamankannya daripada godaan syaitan. Kemudian beliau berkata: Sekiranya kami pada masa Rasulullah ditimpa kesusahan, kesakitan dan kecelakaan, lalu kami lakukan sebagaimana kalian lakukan pada hari ini, nescaya tidak tertegaknya agama bagi Allah. Dan Allah tidak memuliakan Islam. Demi Allah! Kalian akan menumpahkan darah, penyesalan dan kesedihan. Maka kalian hafazlah apa yang aku akan katakan kepada kalian dan ingatlah bahawa kalian akan dikuasai oleh orang yang jahat, pendakwa-pendakwa palsu di kalangan kalian, Tulaqa', Turuda' dan Munafiqun.

Maka mereka akan membunuh kalian. Kemudian kalian menyeru Allah, tetapi Dia tidak akan menyahuti seruan kalian. Dia tidak akan mengangkat bala daripada kalian sehingga kalian bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Lantaran itu, Allah akan menyelamatkan kalian daripada fitnah dan kesesatan mereka sebagaimana Dia telah menyelamatkan kalian daripada kejahatan dan kejahilan kalian. Apa yang paling aneh adalah orang jahil (juhhal) umat ini, kesesatannya, pemimpin-pemimpinnya dan pengikut-pengikutnya akan ke Neraka.

Sesungguhnya mereka mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Suatu umat itu tidak akan melantik seorang lelaki untuk mengendalikan urusan pemerintahannya sedangkan masih terdapat orang yang lebih alim daripadanya. Sekiranya berlaku sedemikian, urusan mereka sentiasa terkebawah sehingga mereka kembali kepada apa yang telah diabaikan oleh mereka. Mereka telah melantik sebelumku tiga orang. Tidak ada di kalangan mereka yang telah mengumpulkan al-Qur'an (jama'a al-Qur'an). Tidak ada di kalangan mereka yang mendakwa mengetahui Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya (wa la yadda'i anna la-hu 'ilman bi-kitabi llah) .

Sesungguhnya mereka mengetahui bahawa aku adalah lebih mengetahui daripada mereka (a'lamu-hum) tentang Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya, lebih memahami (afqahu-hum), lebih pandai membaca dan lebih alim tentang hukum Allah (aqdhahum) daripada mereka semua. Sesungguhnya tidak seorangpun daripada ketiga-tiga mereka mempunyai keutamaan bersama-sama Rasulullah (Saw.), dan kesusahan bersamanya pada semua tempat. Tidak seorangpun daripada mereka dilontar dengan anak panah (rumia bi-sahmin), ditikam dengan lembing (tu'ina bi-ramhin), dipancung dengan pedang (dhuriba bi-saifin) kerana mempunyai sifat pengecut (jubnan), keji dan cintakan kehidupan duniawi (al-baqa').

Sesungguhnya mereka mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) terlibat di dalam peperangan. Beliau sendiri telah membunuh Ubayy bin Khalaf dan Musja' Ibn Auf. Beliau (Saw.) adalah orang yang paling berani (asyj'u al-Nas), cekal di dalam peperangan dan lebih berhak melakukan sedemikian. Sesunggunya mereka mengetahui dengan yakin bahawa tidak seorangpun di kalangan mereka yang dapat menduduki tempatku (yaqumu maqami), tidak dapat bertarung (yubarizu) dengan pahlawan-pahlawan (al-Abtal), dan membuka benteng-benteng (al-Husun) selain daripadaku.

Tidak berlaku kepada Rasulullah sebarang kesusahan, dukacita, kesempitan dan kesulitan melainkan beliau berkata: Di mana saudaraku Ali (aina akhi 'Ali)? Di mana pedangku? Di mana lembingku? Di manakah orang yang dapat menghilangkan kesusahanku daripada mukaku? Maka beliau mengemukakanku ke hadapan, lalu aku mara ke hadapan. Aku telah menebuskan dirinya (Saw.) dengan diriku (afdi-hi bi-nafsi). Allah telah menghilangkan kesusahan di mukanya dengan tanganku. Bagi Allah SWT dan bagi Rasul-Nya di atas segala nikmat yang telah dikhususkan untukku.

Sesungguhnya sebahagian orang yang anda sebutkan tidak pernah menghadapi ujian (bala'), tidak ada keutamaan (sabiqah), tidak ada pertarungan dengan musuh (la mubarazata qarnin), tidak ada pembukaan (fathan), tidak ada kemenangan (nasran) melainkan sekali sahaja. Kemudian dia lari (farra), dia memberi "belakang" kepada musuhnya. Dia telah pulang dan berkata bahawa para sahabatnya pengecut tetapi para sahabatnya pula mengatakan dialah pengecut (yujbinu ashaba-hu wa yujbinuna-hu). Dia telah lari beberapa kali. Ketika senang dan pembahagian harta rampasan, dia telah bercakap, menyuruh dan melarang. Sesungguhnya Ibn Abd Wuddin telah menyeru namanya pada Hari Khandaq, tetapi dia tidak menyahut seruan itu.

Sebaliknya dia telah berlindung dengan para sahabatnya sehingga Rasulullah (Saw.) tersenyum melihat ketakutannya (ra'a bi-hi min al-ra'b). Beliau bersabda: Di manakah kekasihku Ali? Terus maju (taqaddam). Wahai kekasihku! Wahai Ali! Dia (Umar) berkata kepada para sahabatnya yang empat, Ashab al-Kitab wa al-Ra'yi: Demi Tuhan! Kami akan menolak Muhammad kepada mereka sekaligus (an nadfa'a Muhammadan ilaihim bi rammati-hi), lantas kami terselamat daripada hal demikian itu, ketika datang musuh dari atas dan dari bawah kami sebagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab (33): 10,11,12, "Kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka", ''Mereka gementar dengan gementaran yang kuat", "Ketika berkata orang Munafiq dan orang ada di dalam hati mereka penyakit: Apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah satu tipu daya semata-mata".

Maka sahabatnya berkata: Tidak. Kami akan mengambil berhala yang besar, kami akan menyembahnya (nattakhidh sanaman 'aziman na'budu-hu), kerana kami tidak akan selamat jika Ibn Abi Kabsyah menang. Justeru itu, kami akan binasa tetapi berhala ini akan menjadi simpanan kepada kami. Jika Quraisy menang, kami akan menzahirkan penyembahan kepada berhala ini dan akan memberitahu mereka bahawa sesungguhnya kami tidak pernah meninggalkan agama kami (lan nufariqa di-nana). Jika kerajaan Ibn Abi Kabsyah kembali, kami meneruskan penyembahan kami kepada berhala ini secara rahsia (kunna muqimin 'ala 'ibadati hadha al-sanam sirran). Maka Jibra'il a.s. telah turun dan memberitahu Nabi Saw. perkara tersebut. Kemudian Rasulullah memberitahuku selepas aku membunuh Ibn Abd Wuddin, lalu beliau memanggil mereka berdua. Beliau bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada masa Jahiliyah? Mereka berdua menjawab: Janganlah anda menghina kami dengan apa yang telah berlalu pada masa Jahiliyah.

Maka beliau bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada hari ini? Mereka berdua berkata: Demi Yang Mengutuskan anda dengan kebenaran sebagai seorang Nabi, kami tidak menyembah melainkan Allah semenjak kami menerima agama anda. Maka beliau bersabda: Wahai Ali! Ambillah pedang ini dan pergilah ke tempat…, maka keluarkan berhala yang disembah oleh mereka berdua dan musnahkanlah (fahsyim-hu). Jika ada yang menghalangnya, penggallah kepalanya. Mereka berdua telah menunduk di hadapan Rasulullah (Saw.) dan berkata: Sembunyikan rahsia kami, Allah akan sembunyikan rahsia anda (usturna satara-ka llahu).

Maka aku berkata kepada mereka: Kami menjamin untuk Allah dan Rasul-Nya bahawa janganlah kalian berdua menyembah selain daripada Allah dan janganlah kalian berdua mengsyirikkan Allah dengan sesuatupun. Maka mereka telah membuat perjanjian dengan Rasulullah (Saw.) di atas perkara tersebut. Dan akhirnya, aku mengeluarkan berhala dari tempatnya lalu memecahkan muka dan dua tangannya. serta memotong dua kakinya. Kemudian aku kembali kepada Rasulullah Saw. Demi Tuhan! Aku telah mengetahui perkara itu di muka mereka berdua sehingga mereka berdua mati ('Araftu dhalika fi wajhi-hima hatta mata).

Kemudian dia dan para sahabatnya telah meninggalkan jenazah Rasulullah Saw. ketika Rasulullah wafat, lalu mereka bertengkar dengan kaum Ansar tentang hakku. Sekiranya mereka benar dan berhujah dengan benar, mereka lebih aula daripada Kaum Ansar kerana mereka daripada Quraisy dan Rasulullah (Saw.) adalah daripada Quraisy. Maka siapakah yang lebih aula dengan Rasulullah (Saw.), beliau adalah lebih aula dengan urusan khilafah. Sesungguhnya mereka telah menzalimiku akan hakku. Sekiranya mereka berhujah dengan batil, maka mereka menzalimi kaum Ansar akan hak mereka. Allah akan menghukum antara kami dan mereka yang telah menzalimi kami dan membuat orang ramai menindas kami.

Aneh sekali! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada mereka dan mencintai orang yang menghalang mereka dari jalan Tuhan dan menentang mereka daripada agama mereka. Demi Tuhan! Sekiranya umat ini berdiri di atas kakinya di tanah dan meletakkan abu (al-ramad) di atas kepalanya, berdoa kepada Allah, menyeru sehingga Hari Kiamat ke atas mereka yang telah menyesatkan mereka, menghalang mereka daripada jalan Allah, menyeru mereka ke Neraka, membentangkan mereka kepada kemurkaan Tuhan mereka, dan mewajibkan ke atas mereka akan azab-Nya dengan jenayah yang mereka lakukan terhadap mereka, nescaya mereka termasuk orang yang mengabaikannya (muqassirin).

Kerana orang yang benar dan alim dengan Allah dan Rasul-Nya, berasa takut untuk mengubah sesuatu daripada bid'ah-bid'ah mereka, sunnah-sunnah mereka dan ciptaan-ciptaan mereka dan orang ramai pula akan memusuhinya (yatakhawwafu 'in ghayyara sya'an min bad'i-him wa sunani-him wa ahdathi-him wa 'adat-hu al-'Ammah). Dan apabila dia (orang yang benar) melakukannya, mereka menyusahkannya, menentangnya, membersihkan diri daripadanya, menghinanya dan memisahkannya daripada haknya. Sekiranya dia mengambil bid'ah-bid'ah mereka, mengakuinya, memperelokkannya dan beragama dengannya, maka umat akan mencintainya, memuliakannya dan melebih-lebihkannya (ahabbat-hu wa syarrafat-hu wa fadhdhalat-hu).

Demi Tuhan! Sekiranya aku menyeru tentera-tenteraku ini dengan kebenaran yang diturunkan Allah ke atas Nabi-Nya, lalu aku menzahirkannya, aku menyeru kepadanya, aku menerangkannya dan menafsirkannya menurut apa yang aku dengar daripada Nabi Allah a.s. nescaya mereka akan berkeliaran lari dan berpisah daripadaku, hanya tinggal sedikit sahaja yang masih bersamaku daripada tentera-tenteraku yang telah memahami imamahku dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Sekiranya tidak ada janji daripada Rasulullah (Saw.) kepadaku, dan aku mendengar daripadanya serta mengemukakannya kepadaku, nescaya aku akan melakukannya. Tetapi Rasulullah (Saw.) telah bersabda kepadaku: Wahai saudaraku! Setiap kali seorang hamba terpaksa melakukannya, maka Allah menghalalkan kepadanya dan mengharuskan kepadanya (kullama idhtarra ilai-hi al-'abdu faqad ahallahu-lahu wa abaha-hu iyya-hu).

Aku mendengarnya bersabda: Sesunggunya taqiyyah adalah daripada agama Allah. Dan tidak ada agama bagi mereka yang tidak ada taqiyyah (inna al-taqiyyata min dini-llahi wa la dina li-man la taqiyyata la-hu). Kemudian Ali a.s. tampil ke hadapan dan berkata: Aku akan membayar kepada mereka gandum sebagai bayaran daripadaku satu pertiga dan satu pertiga lagi daripada satu kabilah. Jika Tuhanku menggantikannya kepadaku, maka berilah keuzuran kepadaku. Beliau telah berkata kepada dua orang hakim ketika menghantar kedua-duanya: Kalian berdua hukumlah dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Jika kedua-duanya mencalarkan kerongkongku, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang membawanya kepada mereka itu, kerana niat mereka telah dikotori. Seorang lelaki daripada kaum Ansar, (Di dalam riwayat yang lain sahabatnya daripada kaum Ansar) berkata: Apakah berita yang sampai kepadaku tentang anda bahawa tidak ada pada umat ini orang yang lebih cekap (adbatu) dalam pengurusan selain daripada anda. Apakah perselisihan dan berita ini?

Maka Ali a.s. berkata: Aku adalah sahabat yang anda kenali, tetapi aku telah diuji dengan seburuk-buruk makhluk Allah. Aku mahu supaya mereka menjalankan tugas, tetapi mereka menolaknya. Sekiranya aku menurut apa yang mereka mahu, nescaya mereka telah berpisah daripadaku.

Perjumpaan seorang Nasrani dengan Ali a.s. dan kata-katanya tentang kelebihan Ahl al-Bait a.s.

Abban daripada Sulaim: Beliau berkata: Kami bertolak daripada Siffin bersama Amir al Mukminin salawatullahi 'alaihi. Dan tentera-tentera telah bermalam berhampiran Biara Nasrani. Tiba-tiba datang kepada kami daripada biara tersebut, seorang lelaki tua (syaikh kabir) tampan, mempunyai perawakan muka yang baik dan membawa kitab di tangannya sehingga dia mendatangi Amir al-Mukminin salawatu Llahi 'alaihi, lalu memberi salam kepadanya dengan khilafah

Maka Ali a.s. berkata: Selamat datang wahai saudaraku Syam'un Ibn Hamun, apa khabar anda rahima-ka Llahu. Dia menjawab: Baik, wahai Amir al-Mukminin! Penghulu Muslimin, wasi Rasul Rabbi l-'Alamin. Sesungguhnya aku adalah daripada keturunan hawari saudara anda 'Isa Bin Maryam a.s. salawatu Llahi 'alaihi daripada keturunan Syam'un Bin Yuhana. Dia adalah pengikut (hawari) terbaik 'Isa bin Maryam yang dua belas dan paling dikasihinya. Kepadanyalah 'Isa telah memberi wasiat dan kepadanyalah beliau memberi kitabnya, ilmunya dan hikmahnya. Ahl Baitnya sentiasa berpegang kepada agamanya. Mereka tidak kafir, tidak menukar dan mengubah agamanya.

Buku-buku ini adalah imla' di sisiku oleh 'Isa Bin Maryam dan dengan khat tangan bapa kami. Ia mengandungi perkara-perkara yang akan dilakukan oleh manusia selepasnya, daripada seorang pemerintah kepada seorang pemerintah dan apa yang mereka miliki. Apa yang akan berlaku pada zaman setiap pemerintah sehingga Allah mengutuskan seorang lelaki daripada Arab daripada anak Ismail bin Ibrahim Khalilullah dari negeri bernama Tihamah, dari qaryah yang dikenali dengan Makkah, dipanggil kepadanya Ahmad. Dua matanya luas diikuti dua keningnya, tuan unta betina dan keldai, tuan tongkat dan mahkota. Beliau mempunyai dua belas nama. Kemudian dia menyebutkan tempat beliau diutuskan, tempat lahir, hijrahnya, orang yang memeranginya, orang yang membantunya, orang yang memusuhinya, berapa lama beliau hidup dan apa yang dihadapi oleh umat selepasnya sehingga turunnya 'Isa Bin Maryam dari langit.

Kemudian dia telah menyebut di dalam al-kitab tentang tiga belas lelaki daripada anak-anak lelaki Ismail bin Ibrahim Khalilullah 'alaihim salla llahu, mereka sebaik-baik makhluk Allah, sekasih-kasih makhluk Allah kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberi rahmat kepada orang yang mewalikan mereka, bermusuh terhadap orang yang memusuhi mereka. Sesiapa yang mentaati mereka, mendapat petunjuk. Sesiapa yang menderhakai mereka, adalah sesat.

Tertulis padanya nama-nama, keturunan mereka dan pengikut mereka, berapa lama hidup setiap orang daripada mereka seorang demi seorang, berapa orang daripada mereka yang bersembunyi dengan agamanya dan merahsiakannya daripada kaumnya dan siapa yang akan menzahirkannya sehingga Allah menurunkan 'Isa salla llahu 'alaihi ke atas yang akhir mereka. Maka 'Isa akan mengerjakan solat di belakangnya dan berkata: Sesungguhnya kalian adalah para imam di mana tidak patut bagi seseorang mendahului kalian. Maka dia pun maju ke depan, lalu mengerjakan solat dengan orang ramai dan 'Isa di belakangnya di barisan pertama.

Dan yang pertama mereka adalah yang paling afdhal dan paling baik. Baginya sepertilah pahala mereka dan pahala orang yang mentaati mereka, dan mendapat hidayah dengan hidayah mereka, beliau adalah Ahmad Rasulullah Saw. Namanya Ahmad, Yasin, al-Fattah, al-Khatam, al-Hasyir, al-'Aqib dan al-Mahi. (Di dalam riwayat yang lain di tempat al-Mahi, adalah al-Fattah dan al-Qa'id). Beliau adalah Nabi Allah, Khalilullah, Habibullah, Safiyyu-hu, Aminu-hu dan Khiratu-hu, beliau bersama orang yang sujud. (Di dalam naskhah yang lain: yara taqalubu-hu fi al-Sajidin yaitu di sulbi para nabi). Dia telah bercakap dengannya dengan rahmat-Nya.

Beliau menyebutnya bahawa beliau adalah makhluk Allah yang paling mulia kepada Allah dan yang paling dikasihi kepada Allah di mana Allah tidak mencipta makhluk sama ada Malaikat muqarrab atau nabi mursal, Adam dan mereka selain daripadanya lebih baik di sisi Allah dan tidak ada seorangpun yang lebih dikasihi kepada Allah selain daripadanya. Dia mendudukkannya pada Hari Kiamat di atas 'Arasy-Nya dan Dia memberi keizinan kepadanya untuk bersyafa'at pada setiap orang yang diberi syafa'at. Dengan namanyalah berlarinya qalam di Lauh Mahfuz pada Umm al-Kitab. Kemudian saudaranya yang mempunyai bendera (sahibal-Liwa') pada Hari Mahsyar yang paling besar, wasinya dan khalifahnya pada umatnya. Dan sekasih-kasih orang kepada Allah selepasnya adalah Ali bin Abu Talib, wali kepada setiap Mukmin selepasnya.

Kemudian sebelas imam daripada anak anak Muhammad. Dan yang pertama daripada Dua Belas Imam melahirkan dua orang, dinamakan dengan nama dua anak lelaki Harun; Syabar dan Syubair (al-Hasan dan al-Husain). (Di dalam naskhah yang lain, kemudian sebelas daripada anak-anaknya. Awal mereka melahirkan Syabar dan Syubair dan sembilan daripada Syubair seorang demi seorang. Di dalam naskhah pertama sembilan daripada anak lelaki yang paling kecil iaitu al-Husain seorang demi seorang). Dan yang akhir mereka adalah orang di mana 'Isa Bin Maryam akan mengerjakan solat di belakangnya. Padanya diterangkan setiap mereka yang memerintah daripada mereka, siapa yang menyembunyikannya dan siapa yang menzahirkannya.

Maka orang pertama daripada mereka yang menzahirkannya, akan memenuhi seluruh Bumi Allah dengan saksama dan adil, akan memiliki Timur dan Barat sehingga Allah menzahirkannya ke atas semua agama. Manakala Nabi (Saw.) diutuskan, bapaku masih hidup, dia telah membenarkannya dan beriman dengannya. Dia naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah. Dia adalah seorang lelaki tua dan telah mati tanpa penyakit.

Dia berkata: Wahai anakku! Sesungguhnya wasi Muhammad dan khalifahnya di mana nama dan sifatnya di dalam kitab, akan melalui anda apabila berlalunya tiga daripada imam sesat (a'immah al-Dalalah). Nama dan kabilah mereka disebut; fulan, fulan dan fulan beserta sifat-sifat mereka dan berapa tahun setiap orang daripada mereka memerintah. Dan apabila beliau melalui anda, maka keluarlah kepadanya dan berilah bai'ah kepadanya, berperanglah bersamanya menentang musuhnya, kerana berjihad bersamanya sepertilah berjihad bersama Muhammad.

Di dalam kitab ini wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya dua belas imam daripada Quraisy dan daripada kaum bersamanya adalah daripada para imam yang sesat, memusuhi Ahl Baitnya dan menghalang mereka dari hak mereka, mengusir mereka dan menakut-nakutkan mereka, disebut seorang demi seorang dengan nama serta sifat mereka. Dan berapa lama setiap orang daripada mereka memerintah.

Apa yang dihadapi oleh anak-anak anda daripada mereka, pembantu-pembantu anda dan Syi'ah anda seperti pembunuhan, peperangan, bala dan ketakutan. Bagaimanakah Allah mengendalikan kalian daripada mereka, penguasa mereka dan pembantu mereka. Apa yang mereka akan hadapi daripada kehinaan, peperangan, bala, pembunuhan dan ketakutan daripada kalian Ahl al-Bait.


Seorang Nasrani telah memberi bai'ah kepada Ali bin Abu Talib a.s.

Wahai Amir al-Mukminin! Hulurkan tangan anda, aku akan memberi bai'ah kepada anda. Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dan aku naik saksi bahawa anda adalah khalifah Rasulullah pada umatnya, wasinya, saksi-Nya ke atas makhluk-Nya dan Hujah-Nya di Bumi-Nya.

Sesunguhnya Islam adalah agama Allah. Dan sesungguhnya aku membersihkan diriku daripada setiap agama yang menyalahi agama Islam, kerana ia adalah agama Allah yang Dia telah memilihnya untuk diri-Nya dan meridhainya untuk para wali-Nya. Sesungguhnya ia adalah agama 'Isa bin Maryam dan sebelumnya mereka daripada para nabi Allah dan para Rasul-Nya. Ia adalah agama yang telah dianuti oleh orang yang terdahulu daripada bapa-bapaku.

Dan sesungguhnya aku akan mematuhi anda dan para wali anda. Aku membersihkan diriku daripada musuh anda. Aku akan mematuhi para imam daripada anak-anak lelaki anda. Aku membersihkan diriku daripada musuh mereka, orang yang menentang mereka dan orang yang membersihkan diri daripada mereka. Orang yang mendakwa hak mereka dan menzalimi mereka yang terdiri daripada orang terdahulu dan terkemudian. Kemudian dia memegang tangan Ali a.s. dan memberi bai'ah kepadanya.

Amir al-Mukminin berkata kepadanya: Berikan kitab anda kepadaku, lalu diapun memberikan kepadanya. Maka Ali a.s. berkata kepada salah seorang daripada sahabatnya: Berdirilah anda bersama lelaki itu, maka lihatlah kepada penerjemahannya, anda memahami percakapannya, maka hendaklah anda menyalinkannya ke dalam Bahasa Arab. Manakala dia membawa salinannya kepada Amir al-Mukminin Ali a.s., beliau berkata kepada anaknya al-Hasan: Wahai anakku al-Hasan! Bawakan kepadaku apa yang telah aku berikan kepada anda.

Wahai anakku! Bacalah dan lihatlah anda wahai fulan pada naskhah kitab ini, ia adalah khat tanganku dan imla' Rasulullah (Saw.). Lalu beliau membacanya, ia tidak menyalahinya meskipun satu huruf. Tidak ada yang terdahulu dan terkemudian seolah-olah satu imla' kepada dua lelaki. Maka beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya lalu berkata: Segala puji bagi Allah, sekiranya Dia mahu, umat tidak akan berselisih faham dan tidak akan berpecah. Segala puji bagi Allah yang tidak melupakanku, tidak mensia-siakan urusanku dan tidak melemahkan ingatanku di sisi-Nya dan di sisi para wali-Nya, manakala Dia memperkecil dan melemahkan ingatan para wali Syaitan dan partinya.

Syi'ah Ali a.s. yang hadir pada hari itu berasa gembira, lalu mereka mengucapkan terima kasih kepadanya. Sebagaimana kata-katanya juga telah menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan kami mengetahuinya daripada wajah-wajah mereka.


Ucapan Ali a.s: "Akulah yang telah mencungkil mata fitnah"

Abban daripada Sulaim Bin Qais berkata: Amir al Mukminin telah menaiki mimbar, maka beliau memuji Allah dan bersyukur kepadanya dan berkata: Wahai manusia! Akulah orang yang telah mencungkil (faqa'tu) mata fitnah. Tidak ada seorangpun berani menghadapinya selain daripadaku. Demi Tuhan! Sekiranya aku tidak ada di sisi kalian, nescaya ahli Jamal, ahli Siffin dan ahli Nahrawan tidak akan diperangi. Demi Tuhan! Jikalaulah kalian tidak bercakap dan tidak pula meninggalkan amal, nescaya aku akan memberitahu kalian apa yang telah ditetapkan oleh Allah di atas lidah Nabi-Nya. Bagi orang yang memerangi mereka benar-benar mengetahui kesesatan mereka dan arif dengan petunjuk yang kami di atasnya.

Kemudian beliau berkata: Kalian bertanyalah kepadaku apa yang kalian mahu sebelum kalian meninggalkanku. Demi Tuhan! Sesungguhnya aku lebih mengetahui jalan-jalan langit berbanding dengan jalan-jalan bumi. Aku adalah Ya'sub Mukminin, orang yang terawal, imam Muttaqin, penutup para wasi, waris para nabi dan khalifah Rabb al-'Alamin. Aku adalah dayyan al-Din pada Hari Kiamat dan pembahagi Allah (qasimu-llahi) antara ahli Syurga dan ahli Neraka.

Akulah al-Siddiqu l-Akbar dan al-Faruq yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Sesungguhnya di sisiku ilmu manaya dan balaya dan fasl al-khitab. Tidak ada satu ayat yang turun melainkan aku mengetahui pada apa ia diturunkan, di mana ia diturunkan dan kepada siapa ia diturunkan. Wahai manusia! Sesungguhnya kalian hampir tidak mendapatiku, sesungguhnya aku akan berpisah daripada kalian.

Sesungguhnya aku akan mati atau dibunuh. Orang yang paling celaka sedang menunggu untuk mencelupkannya ('an yakhdibaha) dari atasnya. (Di dalam riwayat yang lain, orang yang paling celaka sedang menunggu untuk mencelupkan ini daripada darah ini iaitu janggutnya dari darah kepalanya). Demi Dia yang telah mengembangkan bijian dan menciptakan makhluk hidup. Janganlah kalian bertanyaku tentang kumpulan yang melebihi tiga ratus ke atas antara kalian dan Kiamat melainkan aku memberitahu kalian penariknya, pemandunya dan pembuat suaranya (sa'iqu-ha wa qa'idu-ha wa na'iqu-ha), halaman rumah yang rosak bilakah ia rosak dan bilakah ia dibangunkan selepas kerosakannya sehingga Hari Kiamat.

Lantas berdiri seorang lelaki dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Beritahukan kami tentang bala (al-Balaya). Maka beliau berkata: Apabila penanya bertanya, maka hendaklah dia berfikir. Dan apabila dia bertanya, maka orang yang ditanya hendaklah menangguhkannya kerana di sebalik kalian banyak perkara yang berkumandang dan bala yang mendukacitakan. Demi Dia yang telah mengembangkan bijian dan mencipta makhluk hidup. Jika kalian tidak dapat memanfaatkan keberadaanku dan berlakulah perkara yang dicita-citakan serta bala yang sebenar, maka ramai orang yang bertanya akan menundukkan kepala mereka dan menyulitkan ramai orang yang ditanyakannya. (Di dalam naskhah yang lain, ramai orang yang ditanyakan itu telah gagal). Apabila berlakunya peperangan kalian dengan sebenarnya, maka Dunia menjadi bala ke atas kalian sehingga Allah membukakannya untuk orang yang baik (al-Abrar).

Seorang lelaki berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Beritahukan kami tentang fitnah (al-fitan)? Beliau berkata: Sesungguhnya fitnah apabila datang, tidak diketahui kepalsuannya. Dan apabila ia pergi, ia meninggalkan kesannya (asfarat). Sesungguhnya fitnah bagaikan ombak laut dan angin yang kencang menimpa satu negeri dan mengalahkan yang lain. Maka kalian tunggulah orang yang telah memegang bendera pada Hari Badr. Maka kalian tolonglah mereka, nescaya kalian akan ditolongi. Kalian berilah "ganjaran" kepada mereka, nescaya kalian akan dimaafkan. Sesungguhnya fitnah yang ditakuti ke atas kalian adalah fitnah Bani Umayyah. Ia adalah fitnah buta, pekak dan gelap. Fitnahnya bersifat umum, tetapi balanya adalah bersifat khusus. Bala akan menimpa orang yang melihatnya dengan mata hatinya (man absara fi-ha). Dan akan mengalahkan orang yang dibutakan hatinya daripadanya (man 'umia 'an-ha). Ahli batilnya (pembohongnya) menguasai ahli haknya (ahli kebenarannya). Mereka akan memenuhi bumi dengan kezaliman dan kediktatoran. Yang mengalahkan keangkuhannya, memecahkan tiangnya dan mencabutkan paksinya adalah Allah Rabb al-'Alamin dan Qasim al-Jabbarin.

Kalian akan mendapati Bani Umayyah sebagai tuan-tuan yang jahat (arbab su') seperti binatang buas (al-nab al-darus) yang melakukan apa sahaja. Fitnah mereka berterusan sehingga tidak mampu seseorang daripada kalian untuk menolong dirinya seperti pertolongan hamba terhadap dirinya daripada tuannya. Apabila tuannya tidak ada, dia memakinya. Dan apabila berhadapan dengannya, dia mentaatinya. (Di dalam riwayat yang lain, dia memaki di dalam hatinya. Di dalam riwayat yang lain, Demi Tuhan! Sekiranya mereka mengusir kalian di bawah setiap cakrawala, nescaya Allah akan mengumpulkan kalian untuk hari kejahatan mereka).

Seorang lelaki bertanya: Adakah jama'ah wahai Amir al-Mukminin selepas itu? Beliau berkata: Akan ada pelbagai jama'ah. Pemberian kalian, haji kalian, perjalanan musafir kalian, tetapi hati bermacam-macam. Seorang bertanya: Bagaimana hati bermacam-macam? Beliau menjawab: Beginilah. Beliau memasukkan anak anak jarinya dan berkata: Ini membunuh ini dan begitulah seterusnya.

Demikianlah berterusannya kezaliman Jahiliyah sehingga tidak ada cahaya petunjuk dan ilmu untuk dicontohi. Kami Ahl al-Bait selamat daripada perkara tersebut dan kami tidak melakukannya. Dia bertanya lagi: Apakah yang akan aku lakukan pada masa itu, wahai Amir al-Mukminin? Beliau berkata: Kalian lihatlah kepada Ahl Bait Nabi kalian. Jika mereka meminta bantuan kalian, maka bantulah mereka, nescaya kalian akan dimaafkan. Kerana mereka tidak akan mengeluarkan kalian daripada petunjuk dan tidak membawa kalian kepada kejahatan. Janganlah kalian mendahului mereka, nescaya kalian akan ditimpa bala dan akan ditertawakan oleh musuh-musuh kalian.

Dia bertanya lagi: Apakah akan terjadi selepas itu wahai Amir al-Mukminin? Beliau menjawab: Allah akan menyelamatkannya dengan seorang lelaki daripada keluargaku. Kemudian beliau akan menentang orang yang menghina mereka dan menuangkan mereka dengan gelas yang menyakitkan. Beliau tidak akan memberikan mereka dan tidak akan menerima daripada mereka selain daripada pedang dalam keadaan huru hara.

Beliau akan membawa pedang di atas bahunya selama lapan bulan sehingga mereka berkata: Apakah ini daripada Quraisy? Sekiranya dia daripada Quraisy dan daripada anak lelaki Fatimah, nescaya dia akan berlembut dengan kami. Allah akan menjadikan Bani Umayyah di bawah telapak kakinya dan akan mengisarkan mereka selumat-lumatnya. Firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 61, 62; "Mereka terlaknat , mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-hebatnya di mana sahaja mereka berada. Dan tiada engkau dapati Sunnah Allah bertukar-tukar".

Amm ba'd (Adapun kemudian daripada itu). Apa yang pasti bahawa kesesatan dikisarkan dengan halus oleh kisarannya. Hanya Allahlah yang mengatasinya. Sesungguhnya aku dan keluargaku yang baik adalah orang yang paling lembut semasa kecil dan paling alim pada masa dewasa. Bersama kami bendera kebenaran dan petunjuk. Sesiapa yang mendahuluinya akan derhaka (maraqa). Sesiapa yang menghinanya akan dibalas. Sesiapa yang bersamanya akan diberkati. Kami Ahl al-Bait mengetahui daripada ilmu Allah, kami menerima daripada hukum Allah yang sebenar dan kami mendengar daripada kata-kata yang benar. Sekiranya kalian mengikut kami, nescaya kalian akan mendapat hidayah dengan basirah kami. Sekiranya kalian menentang kami, nescaya kalian akan diazab oleh Allah dengan tangan-tangan kami atau dengan apa yang Dia mahu.

Kami adalah mercu Islam, maka dengan kamilah pesalah akan dikaitkan dan kepada kamilah orang yang bertaubat akan dikembalikan. Demi Tuhan! Sekiranya kalian tidak gopoh dan kebenaran ditangguhkan, nescaya aku akan memberitahu kalian apa yang akan terjadi kepada pemuda-pemuda Arab dan Mawali (hamba). Justeru itu, janganlah kalian bertanya Ahl Bait Muhammad akan ilmu sebelum masanya. Dan janganlah kalian meminta kepada mereka akan harta di atas kesusahan kalian, maka kalian akan menyangka mereka bakhil. Sebenarnya mereka bukanlah bakhil. Kalian jadilah orang yang amanah dan janganlah menjadi gopoh dan tidak mampu menyimpan rahsia. Jadilah kalian daripada ahli kebenaran, nescaya kalian dikenali dengannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya dengan kekuasaan-Nya dan menjadikan di kalangan mereka kelebihan dengan ilmu-Nya. Dia menjadikan di kalangan mereka hamba-hamba di mana Dia memilih mereka untuk diri-Nya bagi berhujah dengan mereka ke atas makhluk-Nya. Justeru itu, Dia telah menjadikan petanda kepada orang yang mulia daripada mereka dengan ketaatan terhadap-Nya. Dan petanda kepada orang yang hina daripada mereka dengan kemaksiatan terhadap-Nya. Dia menjadikan pahala orang yang mentaati-Nya dengan berseri mukanya di negeri yang aman dan berkekalan yang tidak menyusahkan ahlinya. Dia menjadikan balasan orang yang melakukan maksiat terhadap-Nya dengan Api Neraka. Firman-Nya di dalam Surah Hud (11): 101, ''Kami tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri".

Wahai manusia! Sesungguhnya dengan kami Ahl al-Bait, Allah membezakan pembohongan. Dengan kami Allah mencabutkan belenggu kehinaan dari tengkuk kalian. Dengan kami Allah telah membuka sesuatu dan dengan kami Allah menamatkannya. Lantaran itu, ambillah iktibar melalui kami dan musuh kami, melalui petunjuk kami dan petunjuk mereka, melalui sirah kami dan sirah mereka, melalui mayat kami dan mayat mereka. Mereka mati dengan bermacam-macam penyakit seperti bisul dan kudis sementara kami mati dengan perut (racun), pembunuhan dan kesyahidan. Kemudian beliau berpaling kepada anak lelakinya lalu berkata: Wahai anakku! Hendaklah kalian yang besar berbuat baik kepada kalian yang kecil. Dan hendaklah kalian yang besar berlembut kepada kalian yang kecil. Janganlah jadi seperti orang yang bodoh, jahil yang tidak memberi keyakinan kepada Allah.

Demi Tuhan! Aku telah diajari untuk menyampaikan risalah, menyelenggarakan persiapan dan menyempurnakan kalimat. Sebab-sebab telah dibukakan kepadaku. Awan telah diperlakukan kepadaku Alam malakut telah diperlihatkan kepadaku di mana ia tidak pernah luput daripada ingatanku. Perkara yang telah berlalu tidak mengikatku. Tidak ada seorang pun yang berkongsi denganku pada apa yang telah dipersaksikan oleh Tuhanku pada hari penyaksian.

Dengan aku, Allah menyempurnakan janji-Nya dan menyempurnakan kalimat-Nya. Akulah al-Ni'mah yang Allah telah kurniakan kepada makhluk-Nya. Akulah Islam di mana Allah telah meridhainya untuk diri-Nya. Semua itu adalah kurniaan Allah kepadaku. Dan dengannya Allah menghina musuhku. Seorang itu tidak menjadi imam melainkan dia mengetahui ahli wilayahnya sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Ra'd (13): 7, ''Sesungguhnya engkau hanya memberi ingatan dan setiap kaum ada orang yang menunjukinya"


BAHAGIAN KEEMPAT


Pembahagian ulama, konsep ilmu dan kaitannya dengan Ahl-al-Bait, kasih-sayang Rasulullah kepada mereka, hadis-hadis palsu, surat-menyurat Ali a.s. dan Mu'awiyah di Siffin


Pemberitahuan Ali a.s. tentang pembahagian ulama dan manusia

Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s. meriwayatkan kepadaku dan berkata: Sesungguhnya Nabi Saw. bersabda: Dua perkara yang tidak pernah kenyang. Cinta kepada Dunia dan cinta kepada Ilmu. Kedua-duanya tidak pernah kenyang. Sesiapa yang memadai daripada Dunia di atas apa yang telah dihalalkan oleh Allah, akan selamat. Sesiapa yang mengambilnya tanpa halal, akan binasa (halaka) melainkan dia bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Sesiapa mengambil ilmu daripada ahlinya dan beramal dengannya, akan berjaya (naja). Sesiapa menghendakinya kerana Dunia, akan binasa dan itulah habuannya.

Dan ulama terbahagi kepada dua. Ulama yang beramal dengan ilmunya- ia berjaya dan ulama yang meninggalkan ilmunya- ia binasa. Sesungguhnya ahli Neraka tersiksa dari kebusukkan bau ulama yang meninggalkan ilmunya. Sesungguhnya ahli Neraka yang paling menyesal adalah seorang lelaki yang telah mendakwah seorang hamba Allah. Justeru itu, dia menyahuti dakwahnya dan mentaati Allah. Lantaran itu, dia masuk Syurga. Sementara pendakwah menderhakai Allah. Lantaran itu, dia masuk Neraka kerana meninggalkan ilmunya, menurut hawa nafsunya dan kemaksiatannya terhadap Allah.

Ia mengandungi dua perkara. Menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan (tul al-'amal). Adapun menurut hawa nafsu, maka dia akan menentang kebenaran. Adapun panjang angan-angan, maka dia akan melupai Akhirat. Sesungguhnya Dunia berjalan ke belakang dan Akhirat berjalan ke hadapan. Dan setiap keduanya mempunyai anak-anak (banun), maka jadilah kalian daripada anak-anak Akhirat, jika kalian berupaya. Dan janganlah kalian jadi daripada anak-anak Dunia. Kerana hari ini amal tanpa hisab dan esok hisab tanpa amal.

Sesungguhnya permulaan berlakunya fitnah adalah kerana hawa nafsu yang dituruti, hukum-hukum yang dicipta menyalahi hukum Allah dan penggunaan kuasa ke atas orang lain secara berleluasa. Tetapi kebenaran semata-mata, tidak akan ada perselisihan. Begitu juga kebatilan semata-mata, tidak akan diikuti oleh orang yang mempunyai akal, tetapi kedua-duanya diambil sedikit, kemudian dicampur-aduk, maka di sinilah Syaitan menguasai ke atas mereka. Dan berjayalah "orang yang telah memperolehi kebaikan daripada kami", al-Anbiya' (21): 101.

Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Bagaimanakah kalian apabila fitnah menyelubungi kalian di mana yang muda membesar di dalamnya sementara yang besar menjadi tua. Lantas mereka mengambilnya sebagai sunnah (sunnatan). Apabila sunnah mereka diubah sedikit sahaja kepada Sunnah Rasulullah Saw., mereka berkata: Orang ramai telah membawa kemungkaran. Kemudian ujian berterusan, fitnah semakin halus sebagaimana api memakan kayu. Kisaran mengeluarkan debu halusnya. Orang ramai mendalami ilmu, tanpa agama dan belajar tanpa amal. Mereka mencari Dunia dengan agama.

Kemudian beliau (a.s.) berdepan dengan Ahl Baitnya dan Syi'ahnya lalu berkata: Sesungguhnya para imam sebelumku telah melakukan perkara-perkara yang besar dan menyalahi Rasulullah (Saw.) dengan sengaja. Jika aku menyuruh orang ramai meninggalkannya dan memindahkan (Maqam Ibrahim) daripada tempatnya ke tempat pada masa Rasulullah (Saw.), nescaya tenteraku akan lari daripadaku sehingga tidak tinggal dalam tenteraku selain daripadaku dan sedikit daripada Syi'ahku yang telah mengetahui kelebihanku dan imamahku daripada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah Saw., mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah a.s., mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim pada zaman Rasulullah Saw., mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah Saw., mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari Masjid (kerana mereka telah merampas dan memasukkannya ke dalam Masjid), mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah terdahulu ke atas wanita-wanita dan secara tidak sah dipisahkan daripada suami mereka, mengembalikan jizyah kepda Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah Saw. tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khumus sebagaimana difardukan Allah SWT, memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi Saw., menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul).

Mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halalnya Mut'ah Wanita (nikah Mut'ah) dan Mut'ah Haji sebagaimana pada zaman nabi, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah Saw. di dalam Masjidnya di mana Rasulullah Saw. telah mengeluarkannya (Abu Bakr dan Umar) memasukkan orang yang telah dikeluarkan selepas Rasulullah Saw. (beliau sendiri) di mana Rasulullah telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menurut Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syari'atnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka akan mengembara meninggalkanku. Demi Allah! ketika aku perintahkan orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu mereka bahawa solat sunat berjama'ah (tarawih) adalah bid'ah; sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: Wahai kaum Muslimin! Ali mahu mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunnat Tarawih pada bulan Ramadhan. Mereka berteriak begitu rupa sampai aku khuatir mereka akan memberontak. Sayang! Betapa menderitanya aku berada di hadapan orang yang menentangku sekuat tenaga dan mentaati pemimpin-pemimpin mereka yang sesat (a'immati al-Dalal) dan penyeru-penyeru mereka ke Neraka (al-Du'at ila al-Nar).

Dan tidak diberi saham kerabat (sahm dhi al-Qurba) melainkan dengan perintah Allah kepada mereka yang disebut di dalam firman-Nya, Surah al-Anfal (8): 41, ''Jika kamu beriman kepada Allah dan apa yang telah diturunkan ke atas hamba kami pada hari perceraian pada hari bertempur dua kaum" Maka kamilah yang dimaksudkan oleh Allah dengan dhi l-Qurba wa l-Yatama wa l-Masakin wa Ibn s-Sabil. Semua mereka adalah daripada kami secara khusus, kerana Dia tidak menjadikan untuk kami saham sedekah (zakat) kerana Allah telah memuliakan Nabi-Nya Saw. dan memuliakan kami dengan Dia tidak memberi makan kepada kami kotoran manusia (zakat).


Wasiat Abu Dhar kepada Ali a.s. dan persoalan mengapa beliau tidak berwasiat kepada Umar

Abban daripada Sulaim: Beliau berkata: Aku telah menyaksikan Abu Dhar sakit pada masa Umar. Maka Umar menziarahinya dan di sisinya Amir al-Mukminin a.s., Salman dan al-Miqdad. Abu Dhar telah berwasiat kepada Ali a.s., beliau telah menulis dan memberi penyaksian kepadanya. Apabila Umar keluar, seorang lelaki daripada keluarga Abu Dhar daripada Bani Ghaffar bertanya: Apakah yang menghalang anda dari memberi wasiat kepada Amir al-Mukminin? Beliau berkata: Aku telah berwasiat kepada Amir al-Mukminin yang sebenar (haqqan). Rasulullah Saw. telah memerintahkan kami dengannya.

Kami lapan puluh lelaki daripada Arab dan empat puluh lelaki daripada bukan Arab (al-'Ajam) telah memberi salam ke atas Ali a.s. untuk memimpin Mukminin. Pada kami, ini yang berdiri (hadha al-Qa'im) aku menamakannya Amir al-Mukminin. Tiada seorangpun sama ada Arab atau al-'Ajam yang merujukkan (bertanya) kepada Rasulullah Saw. melainkan ini (Umar) dan sahabatnya (Abu Bakr). Mereka berdua telah berkata: Adakah hak daripada Allah dan Rasul-Nya? Beliau Saw. telah bersabda: Wahai Tuhanku! Ya. Hak daripada Allah dan Rasul-Nya. Allah telah memerintahkan aku dengan demikian itu, maka aku memerintah kalian dengannya.

Sulaim berkata: Aku berkata: Wahai Abu al-Hasan! Wahai Salman! dan wahai al-Miqdad! Kalian sependapat dengan Abu Dhar? Mereka menjawab: Ya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Abu Dhar. Aku berkata: Empat orang yang adil ('udul), sekiranya seorang sahaja telah memberitahuku, aku tidak mengesyaki mengenainya. Tetapi empat kalian lebih kuat untuk diriku dan mata hatiku (arba'ata-kum asyaddu li-Nafsi wa basirati).


Salman telah menyebut nama lapan puluh orang yang menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin

Aku berkata: Aslaha-ka llahu. Adakah kalian akan menyebut nama lapan puluh orang itu? Maka Salman menyebut nama mereka seorang demi seorang. Kemudian Ali a.s., Abu Dhar dan al-Miqdad berkata: Memang benar apa yang dikatakan oleh Salman rahmatu llahi wa maghfiratu-hu 'alaihim. Di antara orang yang disebutkannya adalah Abu Bakr, Umar, Abu 'Ubaidah, Mu'adh, Salim, lima daripada Ahli al-Syura, Ammar bin Yasir, Sa'd bin 'Ubadah, dan sebahagian daripada Ahli al-'Aqabah, Ubayy bin Ka'ab, Abu Dhar, al-Miqdad, sebahagian Ahli Badr, sebahagian mereka daripada kaum Ansar. Di kalangan mereka adalah Abu al-Haitham bin al-Taihan, Khalid bin Zaid, Abu Ayyub, Asyad bin Khidir dan Basyir bin Sa'd.

Sulaim berkata: Aku fikir aku telah berjumpa semua mereka. Aku telah bertanya kepada mereka. Aku telah berjumpa dengan mereka seorang demi seorang.Di kalangan mereka ada yang berdiam diri, tidak memberi apa-apa jawapan kepadaku dan menyembunyikannya daripadaku. Di kalangan mereka ada yang telah memberitahuku. Kemudian beliau berkata: Fitnah telah menimpa kita, ia telah mengambil hati, pendengaran dan penglihatan kita. Ia berlaku apabila Abu Bakr mendakwa telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda selepas itu: "Sesungguhnya kami Ahl al-Bait telah dimuliakan Allah dan Dia telah memilih untuk kami Dunia ke atas Akhirat. Dan sesungguhnya Allah enggan menghimpunkan kenabian dan khilafah". Abu Bakr telah berhujah sedemikian ke atas Ali a.s. ketika dibawa dengan lehernya terikat untuk memberi bai'ah. Empat orang membenarkannya dan memberi penyaksian. Mereka adalah Abu 'Ubaidah, Salim, Umar dan Mu'adh. Kami menyangka bahawa mereka itu benar.

Manakala Ali memberi bai'ah, beliau telah memberitahu kami bahawa Rasulullah Saw. telah pun bersabda kepadanya mengenai apa yang dikatakan oleh Abu Bakr itu. Beliau a.s. memberitahu bahawa mereka berlima telah menulis di kalangan mereka satu kitab (surat) perjanjian dan memeterainya di sekitar Ka'bah bahawa jika Muhammad Saw. mati atau dibunuh, mereka akan menentang Ali (a.s.), mereka akan menjauhkannya daripada khilafah. Mereka meminta empat orang menjadi saksi: Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair. Mereka memberi penyaksian setelah Abu Bakr mewajibkan bai'ahnya yang dilaknati lagi sesat (bai 'atu-hu l-Mal'unah wa Dallatu) ke atas kami.

Maka kami telah mengetahui bahawa Ali a.s. tidak sekali-kali meriwayatkannya daripada Rasulullah Saw. secara batil. Dan para sahabat Muhammad Saw. yang terpilih telah memberi penyaksian kepadanya. Maka berkatalah orang yang berkata ucapan ini: Sesungguhnya kami merenung perkara ini selepas itu, maka kami terlintas sabda Rasulullah Saw. dan kami mendengar: Sesungguhnya Allah mencintai empat orang daripada para sahabatku dan Dia telah memerintahkanku mencintai mereka. Sesungguhnya Syurga merindui mereka (inna l-Jannata tasytaqu ilai-him).

Maka kami bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Saudaraku, wazirku, warisku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku adalah Ali bin Abu Talib, Salman al-Farisi, Abu Dhar dan al-Miqdad bin al-Aswad. (Di dalam riwayat yang lain: Sesungguhnya Ali daripada mereka. Lalu beliau diam seketika. Kemudian bersabda: Sesungguhnya Ali daripada mereka, Abu Dhar, Salman dan al-Miqdad). Sesungguhnya kami memohon ampun daripada Allah di atas apa yang kami telah lakukan. Kami telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda, tetapi kami tidak mengetahui takwilnya dan maknanya melainkan kebaikan.

Beliau bersabda: Akan ditolak di Haudh beberapa kaum yang telah bersahabat dengan ku, terdiri daripada orang yang berkedudukan tinggi di sisiku sehingga apabila mereka berdiri di atas martabat mereka, mereka ditarik selain daripadaku. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Sahabatku, sahabatku, maka dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan selepas anda. Mereka sentiasa dalam keadaan kafir-murtad kebelakang semenjak aku berpisah dengan mereka. Sekiranya semenjak Rasulullah Saw. wafat, kami telah menyerahkan khilafah kepada Ali a.s., kami mentaatinya, kami mengikutinya dan kami memberi bai'ah kepadanya, nescaya kami mendapat hidayah. Tetapi Allah telah melaksanakan ikhtilaf, perpecahan dan bala. Lantaran itu, pasti berlaku apa yang telah Allah ketahui dan "mentakdirkannya".


Wasiat Abu Dhar kepada Ali a.s. dan persoalan mengapa beliau tidak berwasiat kepada Uthman

Sulaim bin Qais berkata: Aku telah menyaksikan Abu Dhar di Rabdhah ketika diusir oleh Uthman. Beliua telah berwasiat kepada Ali a.s. mengenai keluarga dan hartanya. Ada orang berkata: Kenapa anda tidak mewasiatkan kepada Amir al-Mukminin Uthman? Beliau menjawab: Aku telahpun berwasiat kepda Amir al-Mukminin yang sebenar, Amir al-Mukmunin Ali bin Abu Talib a.s. Kami telah menerimanya untuk kepemimpinan Muslimin pada masa Rasulullah Saw. dengan perintah Rasulullah.

Beliau telah bersabda kepada kami: Kalian berilah salam kepada saudaraku, wazirku, warisku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku untuk kepemimpinan Mukminin, kerana beliau adalah Dhar al-Ardh. Jika kalian tidak mendapatinya lagi, kalian akan mengingkari Bumi dan penghuninya. Maka aku melihat 'Ijl (anak lembu jantan) umat ini dan Samirinya merujuk kepada Rasulullah Saw. dan berkata: Hak daripada Allah dan Rasul-Nya? Maka Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Hak daripada Allah dan Rasul-Nya. Dia telah memerintahkanku sedemikian.

Apabila mereka berdua memberi salam kepada Ali untuk jawatan khalifah, merekapun keluar daripada rumah Ali a.s. dan terus berjumpa para sahabat mereka; Mu'adh, Salim dan Abu 'Ubaidah lalu berkata kepada mereka: Apakah gerangan lelaki ini (Rasulullah Saw.) selalu mengangkat sepupunya (Ali a.s.) yang tidak ada guna? (ma balu hadha r-rajuli ma zala yarfa'u khassisata ibni 'ammi-hi). Salah seorang daripada mereka berdua pula berkata: Sesungguhnya dia memperelokkan urusan sepupunya (anna-hu la yuhsinu amra ibni 'ammi-hi). Semua mereka berkata: Tidak ada kebaikan kepada kami di sisinya (Rasulullah Saw.), jika Ali masih hidup (ma la-na 'inda-hu khairun ma baqiya 'Ali).

Aku berkata: Wahai Abu Dhar! Adakah penerimaan khilafah ini selepas Haji Wida' atau sebelumnya? Maka beliau menjawab: Penerimaan pertama adalah sebelum Haji Wida'. Adapun penerimaan kedua adalah selepas Haji Wida'. Aku bertanya lagi: Bilakah berlaku perjanjian mereka berlima? Beliau menjawab: Pada Haji Wida'. Aku bertanya: Beritahuku, aslaha-ka llahu, tentang dua belas orang Ashab al-'Aqabah yang bertopeng (mutalaththimin) yang mana mereka telah memecut unta betina yang sedang ditunggang oleh Rasulullah Saw. (an yunfiru bi Rasulillah al-Naqata), bilakah ia berlaku? Beliau menjawab: Di Ghadir Khum, dalam perjalanan Rasulullah (Saw.) dari Haji Wida'. Aku berkata: Aslaha-ka llahu, adakah anda telah mengenali mereka? Beliau menjawab: Ayyi wa llah, semua mereka. Aku bertaya: Dari manakah anda mengenali mereka sedangkan Rasulullah Saw. telah merahsiakan mereka kepada Hudhaifah? Beliau berkata: Ammar bin Yasir pemandu, sementara Hudhaifah adalah penarik. Maka beliau Saw. telah memerintahkan Hudhaifah supaya merahsiakannya (al-Kitman) dan tidak memerintah Ammar sedemikian. Aku berkata: Sebutkan nama-nama mereka kepadaku? Beliau berkata: Lima Ashab al-Sahifah, lima Ashab al-Syura, 'Umru ibn al- 'As dan Mu'awiyah.

Aku berkata: Aslaha-ka llahu. Bagaimanakah Ammar dan Hudhaifah menghadapi mereka selepas Rasulullah (Saw.)? (Di dalam riwayat yang lain: Bagaimanakah Ammar dan Hudhaifah bertolak-ansur dengan mereka selepas Rasulullah?). Beliau menjawab: Mereka telah melahirkan taubat dan penyesalan (al-Nadamah) selepas itu. 'Ijl mereka telah mendakwa satu kedudukkan (manzilatan), lalu dipersaksikan oleh Samiri mereka dan tiga orang yang bersama mereka bahawa mereka mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda sedemikian. Maka mereka berkata: Mudah-mudahan perkara itu berlaku selepas pertama. Maka dia telah mengadu pada orang yang disyaki di kalangan mereka. Tetapi mereka berdua telah bertaubat.

Sulaim bin Qais berkata: Aku telah berjumpa Ammar pada masa pemerintahan Uthman selepas kematian Abu Dhar. Aku memberitahunya apa yang dikatakan Abu Dhar. Beliau berkata: Memang benar saudaraku (Abu Dhar), sesungguhnya beliau adalah lebih baik dan lebih benar daripada apa yang diberitahukan oleh Ammar daripada apa yang beliau tidak dengar daripadanya. Maka aku berkata: Aslaha-ka llahu dengan apakah anda telah membenarkan Abu Dhar?

Beliau berkata: Aku naik saksi sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Langit dan bumi jarang sekali mempunyai orang di mana percakapannya lebih benar dan lebih baik daripada Abu Dhar. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada daripada Ahl Bait anda? Beliau bersabda: Aku maksudkan orang selain daripada mereka. Kemudian aku berjumpa Hudzaifah di al-Mada'in. Aku datang kepadanya dari Kufah. Aku sebutkan kepadanya apa yang dikatakan oleh Abu Dhar. Maka dia berkata: Subhana llah! Abu Dhar adalah lebih benar dan lebih baik daripada meriwayatkan daripada Rasulullah (Saw.) apa yang tidak disabdakan olehnya.


Nabi Saw. memasuki rumah Fatimah a.s. ketika beliau sedang memasak

Abban daripada Sulaim berkata: Ali bin Abu Talib salawatu llahi alaihi, Salman, Abu Dhar, al-Miqdad telah memberitahuku dan Abu al-Juhhaf Daud bin Abi 'Auf al-'Uafi meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri berkata: Rasulullah (Saw.) telah memasuki (rumah) Fatimah a.s. ketika beliau sedang memasak makanan untuk keluarganya. Ali a.s. sedang tidur di sudut rumah. Sementara al-Hasan dan al-Husain sedang tidur di sebelahnya. Maka Rasulullah Saw. duduk bersama Fatimah a.s. lalu bercakap kepadanya di mana beliau a.s. sedang memasak tanpa pembantu .


Al-Hasan dan al-Husain bangun daripada tidur dan berkata: "Wahai bapaku! Berilah aku minum"

Tiba-tiba al-Hasan a.s. bangun dan terus datang kepada Rasulullah (Saw.) dan berkata: Wahai bapaku! Berilah aku minum. (Di dalam riwayat yang lain: Wahai datukku! Berilah aku minum). Maka Rasulullah (Saw.) telah mengambilnya kemudian berdiri berhampiran unta betinanya lalu memerah susunya dengan tangan. Kemudian beliau membawa mangkuk ('ulbah) yang penuh dengan susu untuk diminum oleh al-Hasan. Maka al-Husain a.s. pun bangun dan berkata: Wahai bapaku! Berilah aku minum. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai anak lelakiku! Saudara anda adalah lebih besar daripada anda dan beliau telah memintaku memberikan minuman kepadanya sebelum anda. Maka al-Husain a.s. berkata: Berilah aku minum sebelumnya.

Maka Rasulullah (Saw.) mulai mengucupnya dan melembutkannya sambil meminta supaya membiarkan saudaranya minum. Tetapi al-Husain a.s. enggan, lantas Fatimah a.s. berkata: Wahai bapaku! Seolah-olah anda mencintai al-Husain lebih daripada al-Hasan? Beliau bersabda: Aku bukanlah mencintainya lebih daripada al-Hasan. Sesungguhnya mereka berdua di sisiku adalah sama (inna-huma 'indi la-sawa'). Hanya al-Hasan telah memintaku memberi minum kepadanya lebih awal. Sesungguhnya aku, anda, mereka berdua dan yang sedang tidur akan ke Syurga dalam satu darjat.

Beliau berkata: Ali a.s. sedang tidur dan beliau tidak tahu apa yang berlaku. Beliau berkata: Pada suatu hari Rasulullah (Saw.) telah melalui mereka berdua yang sedang bermain, lalu Rasulullah (Saw.) mengambil mereka berdua dan meletakkan mereka di atas bahunya. Kemudian beliau terserempak dengan seorang lelaki. (Di dalam riwayat yang lain: Beliau terserempak dengan Abu Bakr lalu berkata: Sebaik-baik pengembara adalah anda.
Sabda Rasulullah Saw. kepada Abu Bakr: "Sebaik-baik orang yang menunggang adalah mereka berdua"

Rasulullah (Saw.) bersabda: Sebaik-baik orang yang menunggang adalah mereka berdua. Mereka berdua adalah dua cahaya mataku di dunia. Beliau berkata: Manakala beliau sampai bersama mereka berdua di rumah Fatimah, mereka mulai 'bermain gusti'. Maka Rasulullah (Saw.) mulai bersabda: Hih ya Hasan. Maka Fatimah a.s. berkata: Adakah anda bersabda: Hih ya Hasan sedangkan beliau lebih besar daripadanya? Rasulullah (Saw.) bersabda: Ini Jibril berkata: Hih ya Husain. Maka al- Husain melawan al-Hasan.

Beliau berkata: Pada suatu hari Rasulullah (Saw.) melihat kepada kedua-duanya dan bersabda: Dua ini, demi Tuhan! Adalah penghulu pemuda Syurga dan bapa mereka berdua adalah lebih baik daripada mereka berdua. Sesungguhnya orang yang paling baik di sisiku, paling kucintai dan kumuliakan adalah Ali bapa kalian berdua, kemudian ibu kalian berdua. Tidak ada di sisi Allah seorangpun yang lebih baik (afdal) daripadaku dan saudaraku, wazirku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku iaitu Ali bin Abu Talib (a.s.).

Apabila beliau mati, maka anak lelakiku al-Hasan selepasnya. Apabila beliau mati, maka anak lelakiku al-Husain selepasnya. Kemudian sembilan imam daripada keturunan al-Husain, pembimbing Ilahi. Mereka bersama kebenaran dan kebenaran adalah bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengannya dan kebenaran tidak akan berpisah dengan mereka sehingga Hari Kiamat. Merekalah Dhar al Ard di mana Bumi "bersandar" kepada mereka.

Mereka adalah tali Allah yang kukuh (Hablu llahi l-Matin). Mereka adalah ikatan Allah yang teguh ('Urwatu l-Wuthqa) yang tidak akan bercerai. Mereka adalah hujah-hujah Allah di Bumi-Nya dan para saksi-Nya di atas makhluk-Nya, khazanah ilmu-Nya dan galian hikmah-Nya. Kedudukan mereka sepertilah bahtera Nuh. Sesiapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan tenggelam. Kedudukan mereka sepertilah Pintu Taubat Bani Israil (Bab Hittah). Sesiapa yang memasukinya adalah Mukmin dan sesiapa yang keluar daripadanya adalah kafir. Allah telah mewajibkan di dalam al-Qur'an mentaati mereka dan mewalikan mereka. Sesiapa yang mentaati mereka, maka dia mentaati Allah. Dan sesiapa yang menderhakai mereka, maka dia menderhakai Allah.

Dan beliau berkata: Al-Husain a.s. telah datang kepada Rasulullah (Saw.) di mana Rasulullah sedang sujud, lantas beliau melangkahi beberapa saf sehingga menghampiri Nabi (Saw.), lalu naik di atas belakangnya. Rasulullah (Saw.) berdiri dan meletakkan tangannya di atas belakang al-Husain a.s. dan tangannya yang satu lagi di atas lututnya sehingga beliau menyelesaikan solatnya.

Pada suatu ketika al-Husain a.s. mendatangi Nabi (Saw.) yang sedang memberi khutbah di atas mimbar, lalu naik di atas bahu Nabi (Saw.) dan menghulurkan kedua kakinya kepada dada Nabi Saw. yang sedang berkhutbah. Lantas beliau memegangnya sehingga menyelesaikan khutbahnya.


Ucapan 'Umru ibn al-'As di Syam dan kecamannya terhadap Ali a.s.

Abban daripada Sulaim berkata: Amir al-Mukminin salawatu llahi 'alaihi telah menyampaikan bahawa 'Umru ibn al-'As memberi khutbah kepada orang ramai di Syam dan berkata: Rasulullah (Saw.) telah mengutusku dalam satu misi tentera bersama Abu Bakr dan Umar. Maka aku menyangka bahawa beliau mengutusku kerana kemuliaanku di sisinya. Semasa aku datang, akupun berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling anda cintai? Beliau menjawab: 'Aisyah. Aku berkata: Di kalangan lelaki? Beliau menjawab: Bapanya. Wahai manusia! Ini Ali mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman.

Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan kedamaian di lidah Umar dan hatinya. Dan beliau bersabda kepada Uthman: Sesungguhnya Malaikat malu kepada Uthman. Diriwayatkan pada masa Umar, sesungguhnya Nabi Allah telah melihat kepada Abu Bakr dan Umar yang sedang datang maka beliau bersabda: Wahai Ali! Kedua-dua ini adalah penghulu orang tua di Syurga bagi orang terdahulu dan terkemudian selain daripada nabi-nabi mursalin. Dan janganlah anda memberitahu kepada mereka berdua sedemikian nescaya mereka berdua akan binasa.


Ucapan Ali a.s. menjawab tuduhan dan pembohongan 'Umru ibn al-'As

Lantas Ali a.s. berdiri dan berkata: Aneh bagi taghut ahli Syam mereka telah menerima kata-kata 'Umru dan membenarkannya. Berapa banyak kata-katanya, pembohongannya dan kurang waraknya telah membohongi Rasulullah (Saw.). Dan sesungguhnya beliau (Saw.) telah melaknatinya lebih daripada tujuh puluh kali dan melaknati sahabatnya yang diseru olehnya beberapa kali. Ini berlaku apabila dia menghina Rasulullah (Saw.) dengan tujuh puluh bait qasidah.

Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai Tuhanku! sesungguhnya aku tidak akan mengemukakan syair dan aku tidak pula menghalalkannya. Maka Kau laknatilah dia bersama-sama Malaikat pada setiap bait satu laknat sehingga Hari Kiamat. Kemudian apabila mati Ibrahim bin Rasulullah (Saw.), dia berdiri dan berkata: Sesungguhnya Muhammad telah terputus zuriatnya (abtar). Sesungguhnya aku adalah orang yang paling benci kepadanya dan orang yang paling kuat mengatakan keburukan kepadanya.

Maka Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Kauthar (108): 3 kepadanya. ''Sesungguhnya orang yang membencimu akan musnah", yakni musnah daripada iman dan daripada segala kebaikan yang didapati daripada umat ini, sama ada akibat daripada pembohonganya atau kemunafikannya. Seolah-olah aku berada di hadapan pembaca-pembaca lemah yang bertungkus-lumus meriwayatkan hadisnya dan membenarkannya. Mereka berhujah ke atas kami Ahl al-Bait dengan pembohongannya bahawa kami berkata: Sebaik-baik umat ini adalah Abu Bakr dan Umar. Dan seandainya mahu, anda tambah sahaja yang ketiga. Demi Tuhan! dia tidak mahu kata-katanya tentang 'Aisyah dan bapanya melainkan bagi mendapatkan keridhaan Mu'awiyah. Sesungguhnya dia berusaha untuk mendapatkan keridhaannya dengan kemurkaan Allah. Adapun kata-katanya yang dia menyangka telah mendengarnya daripadaku, adalah tidak benar.

Demi Dia yang mengembangkan bijian dan menciptakan makhluk hidup, sesungguhnya Dia mengetahui bahawa dia telah membohongiku secara yakin. Sesungguhnya Allah tidak akan mendengarkannya daripadaku secara tersembunyi maupun secara terang-terangan. Wahai Tuhanku! Laknatlah 'Umru dan laknatlah Mu'awiyah kerana mereka berdua menentang jalan Anda dan pembohongan mereka berdua terhadap Kitab Anda dan memandang ringan terhadap Nabi Anda serta melakukan pembohongan ke atasnya dan ke atas aku.


Mu'awiyah memerintahkan supaya diriwayatkan hadis-hadis palsu bagi menghina Ali a.s.

Sulaim berkata: Kemudian Mu'awiyah telah menyeru Qurra' ahli Syam (qari/guru agama) dan kadi-kadi mereka, lalu memberi mereka harta-harta dan menggalakkan mereka di segenap pelusuk negeri supaya meriwayatkan hadis-hadis palsu (al-Riwayat al-Kadhibah), dan meletakkan asas-asas yang batil dan memberitahu mereka bahawa Ali telah membunuh Uthman dan membersihkan diri daripada Abu Bakr dan Umar. Sesungguhnya Mu'awiyah telah menuntut darah Uthman bersama-samanya Abban bin Uthman dan anak-anak Uthman yang lain sehingga mereka dapat menguasai hati ahli Syam dan menyatukan mereka selama dua puluh tahun.

Dia telah mengemukakan kepada pembantu-pembantunya yang batil dengan makanan dan minuman serta pemberian tanah sehingga yang kecil menjadi besar dan yang besar menjadi tua. Mereka melaknati Ali, pembunuh Uthman. Keadaan itu berterusan disebabkan kejahilan orang ramai, kerana mereka mengikut para imam yang sesat dan penyeru-penyeru kepada Neraka. Allah adalah cukup bagi kita dan Dia adalah sebaik-baik wakil. Firman-Nya di dalam Surah al-An'am (6): 35 "Sekiranya Allah mahu, nescaya Dia kumpulkan mereka di atas petunjuk".


Surat Mu'awiyah kepada gabenor Ziyad tentang Syi'ah Ali a.s.

Abban daripada Sulaim berkata: Penulis Ziyad bin Samiyyah adalah seorang Syi'i, dan beliau adalah sahabatku. Beliau membacakan kepadaku surat yang ditulis oleh Mu'awiyah kepada Ziyad sebagai jawapan kepada suratnya.

Amma ba'd (adapun kemudian daripada itu), sesungguhnya anda telah menulis kepadaku bertanyakan tentang Arab, siapakah yang paling mulia daripada mereka, siapakah yang paling hina, siapakah yang paling akrab, siapakah yang paling jauh, siapakah yang paling aman dan siapakah yang paling ditakuti?

Aku, wahai saudaraku, adalah orang yang paling mengetahui tentang Arab. Aku melihat kepada suku daripada Yaman, maka aku memuliakan mereka pada lahirnya ('Alaniyyati), tetapi aku menghina mereka secara senyap-senyap (fi s-Sirri). Demikianlah aku telah lakukan kepada mereka. Aku memuliakan mereka pada majlis-majlis mereka dan aku menghina mereka ketika bersendirian. Mereka adalah orang yang paling jahat di sisiku. Kelebihan anda dan kemurahan anda selain daripada mereka, adalah rahsia daripada mereka.

Aku melihat kepada Rabi'ah ibn Nazar, maka aku memuliakan ketua-ketua mereka dan aku menghina orang awam mereka. Kerana orang awam mereka mengikut ketua-ketua mereka. Aku melihat kepada Mudar, maka aku lakukan polisi pecah dan perintah. Kerana jika anda melakukan sedemikian, maka itu adalah cukup untuk membendung yang lain. Aku melihat kepada al-Mawali (asal hamba) dan orang yang memeluk Islam daripada orang 'Ajam, maka lakukanlah kepada mereka dengan sunnah Umar bin al-Khattab. Kerana itu adalah satu penghinaan kepada mereka bagi mengahwini Arab dan Arab pula tidak boleh mengahwini mereka. Sementara Arab boleh mewarisi mereka, dan mereka pula tidak boleh mewarisi Arab.

Hendaklah anda memotong pemberian dan upah kepada mereka. Jika mereka dihantar ke Medan perang, tugas mereka adalah membaiki jalan dan memotong pokok-pokok. Tidak seorangpun daripada mereka dibenarkan untuk menjadi imam kepada orang Arab di dalam solat. Tidak seorangpun daripada mereka dibenarkan berada di saf pertama di dalam solat jika ia dihadiri oleh Arab melainkan bagi memenuhi saf. Janganlah anda melantik seorangpun daripada mereka ke kampung-kampung pendalaman Muslimin. Tidak seorangpun daripada mereka dibenarkan bagi melakukan hukuman ke atas Muslimin. Kerana ini adalah sunnah dan sirah Umar pada mereka. Balasan-Nya daripada umat Muhammad dan Bani Umayyah secara khusus adalah sebaik-baik balasan.

Sekiranya dia (Abu Bakr) dan sahabatnya (Umar) tidak melakukannya dengan kekuatan dan kekerasan pada agama Allah, nescaya kami dan semua umat akan menjadi Mawali kepada Bani Hasyim. Mereka mewarisi khilafah seorang demi seorang sebagaimana Kaisar dan Kisra. Tetapi Allah telah mengeluarkannya daripada Bani Hasyim dan menjadikannya untuk Bani Taim bin Murrah, kemudian keluar kepada Bani 'Adi bin Ka'ab. Tidak ada pada Quraisy dua suku yang lebih hina daripada kedua-duanya. Aku tidak bertolak-ansur, lalu mereka berdua memberi laluan kepada kami mengenainya. Kami lebih berhak dengannya daripada mereka berdua dan keturunan mereka berdua, kerana kami mempunyai kekayaan dan mahir di dalam peperangan. Kami adalah lebih akrab kepada Rasulullah tentang pertalian rahim daripada mereka berdua.

Kemudian sahabat kami Uthman telah mendapatnya melalui Syura dan keridhaan umum selepas Syura selama tiga hari yang terdiri daripada enam ahli. Tetapi ada orang yang telah mendapatnya tanpa Syura sebelumnya. Manakala sahabat kami dibunuh secara zalim, maka kami telah mendapatkannya, kerana siapa yang dibunuh secara zalim maka kami jadikan kekuasaan (sultanan) bagi walinya.

Wahai saudaraku! Jika Umar telah menjadikan diyah hamba separuh diyah al-Mawali sebagai sunnahnya, nescaya ia adalah lebih hampir kepada takwa. Jika aku dapati jalan kepadanya, aku harap orang ramai akan menerimanya nescaya aku akan melakukannya. Tetapi aku hampir dengan peperangan, maka aku takut perpecahan orang ramai dan perselisihan mereka ke atasku. Cukuplah apa yang telah disunnahkan oleh Umar pada mereka sebagai penghinaan kepada mereka.(Di dalam riwayat yang lain: Wahai saudaraku! Sesungguhnya jika Umar tidak menjadikan diyah al-Mawali separuh daripada diyah Arab sebagai sunnah, demikian itu lebih hampir kepada takwa, nescaya Arab tidak ada kelebihan ke atas orang 'Ajam).

Apabila sampai suratku ini, maka hinalah orang 'Ajam dan janganlah anda meminta tolong dengan seorangpun daripada mereka dan janganlah anda menunaikan hajat mereka. Demi Tuhan! Sesungguhnya anda adalah anak lelaki Abu Sufyan. Anda telah keluar daripada sulbinya. Sesungguhnya anda memberitahuku dan anda di sisiku wahai saudaraku adalah benar. Anda telah membaca surat Umar kepada al-Asy'ari di Basrah, anda pada masa itu penulisnya sedangkan dia adalah gabenornya di Basrah.

Anda adalah orang yang paling hina di sisinya, anda pada hari itu terasa hina diri kerana anda menyangka anda adalah maula Thaqif. Jika anda mengetahui pada hari itu secara yakin seperti keyakinan anda pada hari ini bahawa anda adalah anak lelaki Abu Sufyan, nescaya anda membesarkan diri anda dan anda menjadi sombong menjadi penulis (kerani) kepada al-Asy'ari. Anda dan kami mengetahui secara yakin bahawa Abu Sufyan mengikut jejak langkah Umayyah bin 'Abd Syamsin. Ibn Abi Mu'it memberitahuku bahawa sesungguhnya anda telah membaca surat Umar kepada Abu Musa al-Asy'ari.

Dia telah menghantar kepadanya tali sepanjang lima jengkal (Asybar) dan berkata kepadanya: Bentangkannya kepada ahli Basrah. Sesiapa yang anda dapati daripada al-Mawali dan orang 'Ajam yang memeluk Islam sepanjang lima jengkal, maka kemukakannya dan penggalkan kepalanya. Lantaran itu, Abu Musa telah bermesyuarat dengan anda mengenainya, maka anda menentangnya dan anda memintanya supaya merujuk balik, maka dia melakukannya. Lantas anda membawa surat itu kepada Umar. Anda melakukannya kerana ta'assub anda kepada al-Mawali. Anda pada masa itu menyangka bahawa anda adalah hamba kepada Thaqif. Anda selalu bersama Umar sehingga anda membuatnya meninggalkan pendapatnya. Dia ditakutkan oleh perpecahan orang ramai, lalu meninggalkan pendapatnya.

Anda berkata kepadanya: Apa yang membuat anda terasa selamat sedangkan anda memusuhi Ahl Bait ini. Mereka akan datang beramai-ramai kepada Ali bagi menentang anda. Lantaran itu, dia akan menghilangkan kerajaan anda? Justeru itu, berhentilah daripada melakukannya. Aku tidak tahu wahai saudaraku bahawa anak yang lahir daripada Abu Suftan lebih menjadi ancaman ke atas mereka seperti anda menolak pendapat Umar dan anda telah menghalangnya.

Dan dia memberitahuku bahawa apa yang membuatnya mengubah pendapatnya di dalam memerangi mereka kerana anda berkata bahawa anda telah mendengar Ali bin Abu Talib berkata: Orang A'jam akan menentang kalian kembali kerana agama ini, sebagaimana kalian telah memukul mereka pada permulaan. Dan dia berkata: Allah akan memenuhi tangan-tangan kalian daripada orang A'jam untuk menjadi singa yang tidak akan lari, maka mereka akan memenggal kepala kalian dan akan mengalahkan kalian daripada kumpulan kalian. Dia berkata kepada anda bahawa dia telah mendengarnya daripada Rasulullah (Saw.). Maka inilah yang mendorongku untuk menulis surat ini kepada sahabat anda di dalam memerangi mereka. Aku telah berazam untuk menulis kepada semua gabenorku di seluruh negara.

Maka aku berkata kepada Umar: Janganlah anda lakukan, wahai Amir al-Mukminin!. Aku tidak berasa aman kerana Ali akan menyeru mereka untuk membantunya. Mereka adalah ramai dan anda mengetahui tentang keberanian Ali dan Ahl Baitnya serta permusuhannya terhadap anda dan sahabat anda. Justeru itu, anda telah menolak pendapatnya. Anda memberitahuku bahawa anda menolaknya di atas dasar asabiyah dan anda tidak akan berpatah balik sebagai pengecut. Anda memberitahuku bahawa anda telah memberitahu Ali semasa pemerintahan Uthman, maka dia memberitahu anda bahawa pemegang-pemegang bendera hitam (Ashab Rayat al-Sud) yang datang dari Khurasan adalah orang A'jam. Merekalah yang akan mengalahkan Bani Umayyah di atas kerajaan mereka dan membunuh mereka di mana-mana.

Sekiranya anda, wahai saudaraku! Tidak menolak pendapat Umar mengenainya, nescaya sunnah telah berlaku dan Allah memusnahkan mereka dan khalifah-khalifah selepasnya akan menjadikannya sunnah sehingga tidak tinggal seorangpun daripada mereka. Mereka membahayakan agama. Alangkah banyaknya apa yang telah disunnahkan oleh Umar pada umat ini yang menyalahi Sunnah Rasulullah, tetapi orang ramai mengikutinya dan mengambilnya sebagai sunnah.

Lantaran itu, ini adalah seperti sebahagian daripadanya. Antaranya dia telah memindahkan Maqam Ibrahim daripada tempat yang telah diletakkan oleh Rasulullah, gantang Rasulullah dan cupaknya ketika dia mengubah dan menambahkannya, larangannya terhadap orang yang berjanabah daripada melakukan tayammum, dan banyak lagi perkara yang bermacam-macam yang melebihi seribu bab, tetapi yang paling besar, paling kami sukai dan menyenangkan kami adalah hilangnya khilafah daripada Bani Hasyim (wa aqarru-ha li a'yini-na za'ilatu l-khilafati min Bani Hasyim), daripada ahlinya dan tempatnya.

Kerana khilafah tidak layak selain daripada mereka dan Bumi tidak layak melainkan dengan mereka. Apabila anda membaca suratku ini, maka rahsiakan isi kandungannya dan musnahkannya Dia berkata: Manakala Ziyad membaca surat tersebut, dia menghentaknya ke tanah kemudian datang kepadaku sambil berkata: Neraka Wail bagiku, daripada apa yang telah aku keluar dan pada apa yang telah aku masuk. Aku adalah daripada Syi'ah Ali Muhammad, lalu aku memasuki Syi'ah Syaitan, partinya dan Syi'ah orang yang telah menulis surat ini. Sesungguhnya perumpamaanku demi Tuhan! Seperti Iblis yang enggan sujud kepada Adam kerana takbur, kafir dan hasad.


Sabda Nabi Saw. kepada 'Aisyah supaya tidak menyakiti hatinya berkenaan dengan Ali a.s.

Sulaim berkata: Aku telah mendengar Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, lalu aku bertanya kepada Ali bin Abu Talib mengenainya. Maka beliau berkata: Mereka memang benar (sadaqu). Mereka berkata: Ali a.s. telah masuk berjumpa Rasulullah Saw. dan 'Aisyah sedang duduk di belakangnya. Rumah dipenuhi dengan ahlinya. Di kalangan mereka terdapat lima Ashab al-Shifah dan lima Ashab al-Syura, maka beliau tidak mendapati ruang duduk Maka Rasulullah (Saw.) telah memberi isyarat kepadanya di sini (ha huna) iaitu di belakangnya. 'Aisyah sedang duduk di belakangnya dan di atasnya pakaian (kisa'). Maka Ali (a.s.) datang dan duduk di antara Rasulullah dan 'Aisyah. Maka 'Aisyah menjadi marah dan berkata: Rumahku tidak ada ruang lagi untuk anda.

Lalu Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Wahai Humaira'! Janganlah anda menyakitiku pada sudaraku Ali, kerana beliau adalah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin, yang mempunyai muka yang berseri-seri pada Hari Kiamat, Allah mendudukkannya di atas titian (Sirat). Beliau yang membahagikan Neraka. Beliau memasukkan para walinya ke Syurga dan memasukkan musuh-musuhnya ke Neraka.


Surat Mu'awiyah kepada Ali a.s. yang dihantar oleh Abu al-Darda' dan Abu Hurairah

Abban daripada Sulaim berkata: Abu Hurairah al-'Abdi menyangka sesungguhnya dia telah mendengarnya daripada Umar ibn Abi Salmah bahawa Mu'awiyah memanggil Abu Darda' dan kami bersama Amir al-Mukminin (a.s.) di Siffin. Dan dia memanggil Abu Hurairah.

Kemudian dia berkata kepada mereka berdua: Kalian berdua pergilah kepada Ali, maka sampaikan salamku kepadanya dan katakan kepadanya: Demi Tuhan! Sesungguhnya aku mengetahui bahawa anda adalah orang yang paling aula dengan khilafah, dan lebih berhak dengannya daripadaku. Kerana anda daripada Muhajirin yang terawal dan aku daripada Tulaqa'. Aku bukan seperti anda yang terawal masuk Islam, kekerabatan anda dengan Rasulullah, keilmuan anda dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Kaum Muhajirin dan Ansar telah memberi bai'ah kepada anda selepas mereka bermesyuarat selama tiga hari. Kemudian mereka mendatangi anda dan memberi bai'ah kepada anda secara sukarela, tanpa paksaan.

Dan orang pertama yang memberi bai'ah kepada anda adalah Talhah dan al-Zubair. Kemudian mereka berdua telah menarik bai'ah daripada anda, menzalimi anda dan menuntut apa yang mereka tidak ada hak. Telah sampai kepadaku bahawa anda menguzurkan diri daripada pembunuhan Uthman dan anda membersihkan diri daripada darahnya. Anda menyangka bahawa dia dibunuh semasa anda berada di rumah anda. Sesungguhnya anda berkata ketika dia dibunuh: Wahai Tuhanku! Aku tidak meridhainya dan cenderung kepadanya.

Dan anda telah berkata kepadanya pada Hari Jamal ketika mereka menyeru: Wahai pemberontak-pemberontak Uthman! Anda berkata: Tundukkan pembunuh-pembunuh Uthman hari ini, kerana muka-muka mereka ke Neraka. Adakah kami telah membunuhnya? Sesungguhnya dia telah dibunuh oleh mereka berdua dan isteri-isteri mereka berdua. Mereka telah memerintahkan pembunuhannya dan aku pada masa itu berada di rumahku. Aku adalah sepupu Uthman dan orang yang menuntut darahnya. Sekiranya perkara tersebut sebagaimana anda katakan, maka berilah kepada kami pembunuh-pembunuh Uthman, kami akan membunuh mereka wahai sepupu kami dan kami akan memberi bai'ah kepada anda dan menyerahkan urusan khilafah kepada anda. Ini adalah yang pertama.

Adapun yang kedua: Mata-mataku telah memberitahuku dan surat-surat daripada para penyokong Uthman telah sampai kepadaku dan di kalangan mereka ada yang berperang bersama anda. Kami menganggapnya sebagai orang yang sependapat dengan anda dan meridhai perintah anda. Tetapi hawa nafsunya bersama kami dan hatinya di sisi kami, namun jasadnya bersama anda dan anda melahirkan (kepatuhan) kepada wilayah Abu Bakr dan Umar serta berlembut dengan mereka berdua sedangkan anda tidak melakukan sedemikian kepada Uthman dan anda tidak melaknatinya.

Telah sampai kepadaku bahawa anda apabila bersama kumpulan anda yang jahat dan Syi'ah anda yang sesat lagi pembohong, anda membersihkan diri anda daripada Abu Bakr, Umar dan Uthman serta melaknati mereka. Anda mendakwa bahawa anda adalah wasi Rasulullah (Saw.) pada umatnya dan khalifahnya pada mereka. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas Muslimin mentaati anda dan memerintahkan supaya menjadikan anda sebagai wali di dalam Kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Muhammad melakukan sedemikian itu pada umatnya dan menurunkan ke atasnya firman-Nya dalam Surah al-Ma'idah (5): 67 "Hai Rasul! Sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan sekiranya kamu tidak melakukannya, maka kamu tidak menyampaikan amanat-Nya dan Allah akan memelihara kamu daripada (gangguan) manusia"

Maka beliau telah mengumpulkan Quraisy, Ansar dan Bani Umayyah di Ghadir Khum. Beliau telah menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada anda. Beliau memerintahkan supaya orang yang datang menyampaikannya kepada orang yang tidak datang. Beliau memberitahu mereka bahawa anda adalah aula dengan mereka daripada diri mereka sendiri dan kedudukan anda di sisinya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Dan telah sampai kepadaku bahawa anda tidak memberi khutbah melainkan anda berkata sebelum anda turun dari mimbar anda: Demi Tuhan! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling aula dan aku masih dizalimi semenjak Rasulullah (Saw.) wafat.

Sekiranya apa yang sampai kepadaku mengenai anda itu adalah benar, maka kezaliman Abu Bakr dan Umar terhadap anda adalah lebih besar daripada kezaliman Uthman. Kerana telah sampai kepadaku bahawa anda berkata: Rasulullah (Saw.) wafat dan kami adalah saksi-saksinya. Umar telah memberi bai'ah kepada Abu Bakr tanpa meminta anda menjadi pemimpin dan tidak pula bermesyuarat dengan anda. Dua lelaki itu telah bertengkar dengan kaum Ansar dengan hak anda, hujah anda dan kekerabatan anda dengan Rasulullah (Saw.).

Sekiranya mereka berdua menerima anda dan memberi bai'ah kepada anda, nescaya Uthman adalah orang yang paling cepat melakukannya kerana kekerabatan anda dengannya dan hak anda ke atasnya; dia adalah sepupu anda (dua kali). Abu Bakr menjadi khalifah, kemudian memberinya kepada Umar ketika matinya tanpa bermesyuarat dengan anda dan tidak pula meminta anda menjadi khalifah ketika dia melantiknya.

Kemudian Umar menjadikan anda Ahli Syura di kalangan kalian berenam. Dia mengeluarkan kaum Muhajirin, Ansar dan selain daripada mereka. Maka kalian melantik Ibn 'Auf pada hari ketiga semasa kalian melihat orang ramai berhimpun dan menghunus pedang mereka. Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa sekiranya matahari terbenam dan kalian masih tidak memilih salah seorang daripada kalian, mereka akan memenggal kepala kalian. Mereka akan melaksanakan perintah Umar dan wasiatnya. Maka kalian melantik Ibn 'Auf, lalu dia memberi bai'ah kepada Uthman. Lalu kalian memberi bai'ah kepadanya.

Kemudian Uthman dikepong, lalu dia meminta bantuan, tetapi kalian tidak membantunya. Dia telah menyeru kalian, tetapi kalian tidak menyahut seruannya. Bai'ahnya berada di tengkuk kalian, wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Kalian menjadi saksi, kalian membenarkan orang-orang Mesir sehingga mereka membunuhnya dan beberapa kumpulan daripada kalian telah membantu pembunuhannya.

Orang ramai telah menghinanya, maka kalian dalam perkara ini adalah antara pembunuh, pesuruh dan pengecut. Kemudian orang ramai memberi bai'ah kepada anda dan anda lebih berhak dengannya daripadaku. Lantaran itu, dapatkan aku pempunuh-pembunuh Uthman sehingga aku membunuh mereka semua dan aku akan menyerahkan urusan khilafah kepada anda. Aku dan semua kumpulanku daripada Ahli Syam akan memberi bai'ah kepada anda.
Jawapan Ali a.s. kepada Mu'awiyah melalui Abu al-Darda' dan Abu Hurairah

Manakala Ali membaca surat Mu'awiyah yang disampaikan kepadanya oleh Abu Darda' dan Abu Hurairah, Ali a.s. berkata kepada Abu Darda' dan Abu Hurairah: Kalian berdua telah menyampaikan kepadaku apa yang diutuskan oleh Mu'awiyah. Justeru itu, kalian berdua dengarlah daripadaku dan sampaikanlah kepadanya: Katakan kepadanya bahawa Uthman tidak lebih daripada menjadi salah satu daripada dua orang lelaki. Sama ada dia seorang imam yang dapat petunjuk, haram darahnya, wajib membantunya, tidak halal kemaksiatannya dan umat tidak boleh menghinanya. Atau seorang imam yang sesat, halal darahnya, tidak halal mewalikannya dan membantunya. Lantaran itu, dia tidak terlepas daripada salah satu daripada dua sifat.

Wajib pada hukum Allah dan hukum Islam ke atas Muslimin selepas mati imam mereka atau dia dibunuh dalam keadaan sesat atau dalam keadaan mendapat hidayah (muhtadiyan), tetapi dizalimi (mazlum) atau dia dibunuh dalam keadaan zalim, halal darahnya atau haram darahnya, janganlah mereka melakukan sesuatu perkara atau mereka mencipta perkara yang baru, janganlah mereka mengemukakan bantuan, malah janganlah mereka memulakan sesuatu sebelum mereka memilih untuk diri mereka seorang imam yang baik, alim, warak dan arif dengan Qadha' dan Sunnah.

Kerana dialah yang akan menumpukan kepada urusan mereka, memberi hukuman di kalangan mereka, mengambil hak orang yang dizalimi daripada orang yang zalim, menjaga keselamatan mereka. Dia memungut Fai' mereka, mendirikan hujah mereka dan memungut zakat mereka. Kemudian mereka merujukkan hukuman mengenai imam mereka yang dibunuh kepadanya supaya dia menghukum mereka dengan kebenaran. Sekiranya imam mereka dibunuh di dalam keadaan dizalimi, dia akan menghukum untuk para walinya dengan darahnya.

Sekiranya dia dibunuh di dalam keadaan dia sendiri seorang yang zalim, maka dalam menjatuhkan hukuman ke atasnya, beberapa perkara hendaklah diambil-kira. Inilah perkara pertama yang harus mereka lakukan iaitu mereka memilih seorang imam yang akan menumpukan urusan mereka. Dan sekiranya pemilihan itu untuk mereka, mereka mengikutinya dan mematuhinya. Dan sekiranya pemilihan itu bagi Allah dan Rasul-Nya, maka Allah telah cukup bagi mereka membuat renungan dan pemilihan mengenainya. Rasulullah (Saw.) telah meridhai untuk mereka seorang imam dan memerintahkan mereka mentaati dan mengikutinya.

Orang ramai telah memberi bai'ah kepadaku selepas pembunuhan Uthman. Kaum Muhajirin dan Ansar memberi bai'ah kepadaku selepas mereka bermesyuarat denganku selama tiga hari. Mereka jugalah yang telah memberi bai'ah kepada Abu Bakr, Umar dan Uthman serta memperkukuhkan imamah mereka. Aku adalah ahli Badr dan terawal Islam daripada Muhajirin dan Ansar. Hanya mereka telah memberi bai'ah kepada orang sebelumku tanpa mesyuarat dengan orang ramai dan bai'ahku adalah dengan mesyuarat daripada orang ramai.

Sekiranya Allah SWT telah menjadikan pilihan kepada umat, maka merekalah yang memilih untuk diri mereka. Dan pilihan mereka adalah lebih baik bagi mereka daripada pilihan Allah dan Rasul-Nya untuk mereka. Maka mereka telah memilihku dan memberi bai'ah kepadaku. Bai'ahku adalah bai'ah petunjuk (huda), aku adalah imam yang wajib ditaati dan dibantu. Mereka telah bermesyuarat tentangku dan mereka memilihku secara ijmak. Sekiranya Allah SWT yang memilih, maka Dia telah memilihku untuk umat dan melantikku menjadi khalifah ke atas mereka. Dan Dia memerintahkan mereka supaya mentaatiku dan membantuku di dalam kitab-Nya yang diturunkan dan Sunnah Nabi-Nya Saw. Itu adalah lebih menguatkan hujahku dan mewajibkan hakku.

Sekiranya Uthman dibunuh pada masa Abu Bakr dan Umar, Mu'awiyah wajib memerangi mereka berdua dan keluar bagi menuntut darahnya? Abu Hurairah dan Abu Darda' berkata: Tidak. Ali a.s. berkata: Demikian juga denganku. Sekiranya Mu'awiyah berkata: Ya. Maka kalian berdua katakan kepadanya: Jika begitu, adakah harus bagi orang yang dizalimi dengan satu kezaliman atau dibunuh oleh seorang pembunuh lalu memecahkan perpaduan Muslimin dan menyeru untuk dirinya sedangkan anak lelaki Uthman lebih aula menuntut darah bapanya daripada Mu'awiyah?

Beliau berkata: Abu Darda' dan Abu Hurairah terdiam. Kemudian mereka berdua berkata: Anda telah membuat kami insaf. Ali a.s. berkata: Mudah-mudahan Mu'awiyah dapat menginsafkan aku jika dia dapat menyempurnakan kata-katanya dan membenarkan apa yang telah dia beri kepadaku; iaitu anak-anak lelaki Uthman, mereka pula sudah matang dan bukan kanak-kanak lagi dan bukan pula hamba ke atas mereka. Hendaklah mereka datang, aku akan kumpulkan antara mereka dan pembunuh-pembunuh bapa mereka.

Sekiranya mereka lemah daripada hujah mereka, maka hendaklah mereka mempersaksikan untuk Mu'awiyah bahawa sesungguhnya dia adalah wali mereka, wakil mereka di dalam peperangan dan pertengkaran mereka. Hendaklah mereka duduk bersama musuh-musuh mereka di hadapanku sebagaimana duduknya orang yang bersengketa kepada imam dan wali di mana mereka mengakui hukumannya dan akan melaksanakannya.

Aku akan melihat kepada hujah mereka dan hujah musuh mereka. Sekiranya bapa mereka dibunuh dalam keadaan di mana dia adalah seorang yang zalim, maka darahnya adalah halal. Sekiranya dia dibunuh dalam keadaan dizalimi, maka darahnya adalah haram dan aku akan tebuskan mereka daripada pembunuh-pembunuh bapa mereka. Jika mereka mahu, mereka boleh membunuh pembunuh-pembunuh bapa mereka. Jika mereka mahu, mereka boleh memaafkan mereka. Dan jika mereka mahu, mereka boleh menerima diyah. Para pembunuh Uthman adalah di dalam tenteraku, mereka mengakui pembunuhannya. Mereka meridhai dengan hukumanku ke atas mereka. Justeru itu, anak-anak Uthman dan Mu'awiyah hendaklah datang kepadaku sekiranya dia adalah wali mereka dan wakil mereka. Hendaklah mereka berdebat dengan para pembunuhnya dan menuntut penghakiman mereka sehingga aku menghukum mereka dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Saw.

Sekiranya Mu'awiyah bersungguh-sungguh mengadakan sebab-sebab dan kebatilan-kebatilannya maka hendaklah dia membuktikannya, Allah akan membantunya. Abu Darda' dan Abu Hurairah berkata: Anda telah menyedarkan kami. Anda telah menambah separuh dan anda telah menghilangkan sebabnya. Dan anda telah mematahkan hujahnya. Anda membawa hujah yang kuat lagi benar tanpa kekurangan ke atasnya. Kemudian Abu Hurairah dan Abu Darda' keluar, lalu berhadapan dengan dua puluh ribu lelaki yang berpuas hati dengan hukuman. Mereka berkata: Kami adalah pembunuh Uthman berikrar dan ridha dengan hukum Ali a.s. ke atas kami dan untuk kami.

Lantaran itu, para wali Uthman hendaklah datang kepada kami dan membicarakan kami di hadapan Amir al-Mukminin (a.s.) untuk tuntutan darah bapa mereka. Sekiranya wajib ke atas kami dibunuh balas atau diyah, kami akan bersabar dengan hukumannya dan kami telah menyerahkan diri kami sepenuhnya. Maka mereka berdua berkata: Tidak halal bagi Ali menolak kalian atau membunuh kalian sehingga mereka membicarakan kalian di hadapannya. Maka beliau akan menghukum antara kalian dan para sahabat kalian dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Saw.

Abu Darda' dan Abu Hurairah meninggalkan tempat itu dan terus datang berjumpa Mu'awiyah, memberitahunya tentang apa yang dikatakan oleh Ali a.s., pembunuh-pembunuh Uthman dan Abu al-Nu'man bin Daman. Mu'awiyah berkata: Apakah jawapan yang diberikannya kepada kalian berdua tentang sifat berlembutnya terhadap Abu Bakr dan Umar dan tidak terhadap Uthman, beliau membersihkan diri daripadanya secara rahsia, dakwaannya bahawa Rasulullah telah melantiknya, beliau sentiasa dizalimi semenjak Rasulullah wafat? Mereka berdua berkata: Ya.

Beliau menunjukkan sifat berlembutnya terhadap Abu Bakr, Umar dan Uthman di sisi kami dan kami telah mendengarnya. Kemudian beliau berkata kepada kami: Sekiranya Allah telah menjadikan pilihan kepada umat, maka merekalah yang memilih dan memikir untuk diri mereka. Oleh itu pilihan mereka untuk diri mereka dan pendapat mereka mengenainya adalah lebih baik bagi mereka daripada pilihan Allah dan Rasul-Nya (Saw.). Maka mereka telah memilihku dan memberi bai'ah kepadaku.

Justeru itu, bai'ahku adalah bai'ah pertunjuk. Aku adalah imam yang wajib ke atas manusia membantuku kerana mereka telah bermesyuarat denganku dan mereka telah memilihku. Sekiranya pilihan Allah dan Rasul-Nya Saw. adalah lebih baik bagi mereka daripada pilihan mereka untuk diri mereka mengenainya, maka sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah memilihku untuk umat, melantikku menjadi khalifah ke atas mereka, memerintahkan mereka supaya membantuku dan mentaatiku di dalam kitab Allah yang yang diturunkan ke atas lidah nabi-Nya yang diutuskan. Itu adalah lebih menguatkan hujahku dan mewajibkan hakku.


Ali a.s. menyebut keutamaannya dan orang ramai mengakui akan kebenarannya

Kemudian beliau a.s. menaiki mimbar di dalam kem tenteranya, mengumpul orang ramai, termasuk Muhajirin dan Ansar menghadirinya. Kemudian beliau memuji Allah dan bersyukur kepadaNya. Kemudian berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya sifat-sifat kelebihanku (manaqib) adalah tidak terkira banyaknya selepas Allah menurunkannya di dalam kitab-Nya dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah (Saw.) adalah mencukupi bagiku daripada semua kelebihanku. Adakah kalian mengetahui bahawa Allah telah melebihkan di dalam kitab-Nya yang bercakap akan orang yang awal Islam (al-Sabiq) bukan hanya satu ayat dalam kitab-Nya ke atas orang lewat Islamnya (al-Masbuq).

Sesungguhnya tidak ada seorangpun daripada umat ini yang mendahuluiku kepada Allah dan Rasul-Nya? Mereka menjawab: Ya. Beliau berkata: Aku menyeru kalian kepada Allah bahawa Rasulullah (Saw.) ditanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-Waqi'ah (56): 10-11 ''Dan orang dahulu yang terdahulu (al-Sabiqun al-Sabiqun) mereka itulah orang yang hampir di sisi Tuhan" Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Allah telah menurunkanya kepada para nabi dan para wasi mereka. Aku adalah Nabi dan Rasul Allah yang terbaik (afdal), dan wasiku Ali adalah wasi yang terbaik. Maka berdirilah tujuh puluh orang ahli Badr kebanyakannya terdiri daripada kaum Ansar dan selebihnya daripada Muhajirin. Antara mereka ialah Abu al-Haitham bin al-Taihan, Khalid bin Zaid dan Abu Ayyub al-Ansari. Dan di kalangan Muhajirin ialah 'Ammar bin Yasir. Mereka berkata: Kami memberi penyaksian bahawa kami telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda sedemikian.

Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah dalam Surah al-Nisa' (4): 59, ''Hai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Uli I-Amri min-kum" dan firman-Nya dalam Surah al-Mai'dah (5): 55, "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberikan zakat" Kemudian firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 16, ''…dan mereka tidak mengambil selain daripada Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman untuk menjadi penyimpan rahsia"

Maka orang ramai bertanya: Wahai Rasulullah (Saw.)! Adakah ia diperuntukkan kepada sebahagian Mukminin atau umum untuk semua Mukminin? Maka Allah SWT telah memerintahkan Rasul-Nya supaya mengajar dan mentafsirkan kepada mereka tentang wilayah sebagaimana beliau mentafsirkan kepada mereka tentang solat, puasa, zakat dan haji mereka. Maka beliau telah melantikku di Ghadir Khum. Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah mengutusku dengan satu perutusan di mana ia menyempitkan dadaku. Aku menyangka sesungguhnya orang ramai akan membohongiku. Dia berjanji kepadaku supaya aku menyampaikannya atau Dia akan menyiksaku. Berdirilah Ali, kemudian beliau menyeru: solat jami'ah. Maka beliau mengerjakan solat zohor bersama mereka.

Kemudian beliau bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah adalah maulaku dan aku adalah maula Mukminin dan lebih aula dengan mereka daripada diri mereka sendiri. Mereka yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Muliakanlah orang yang mewalikannya. Musuhilah orang yang memusuhinya. Bantulah orang yang membantunya. Hinalah orang yang menghinanya".

Lantas Salman al-Farisi berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah! Kepatuhan kepadanya seperti apa (wula'u-hu ka-madha)? Beliau bersabda: Kepatuhan kepadanya adalah seperti kepatuhan kepadaku (wula'u-hu ka-wilayati). Sesiapa yang aku lebih aula dengannya daripada dirinya, maka Ali adalah lebih aula dengannya daripada dirinya. Dan Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Mai'dah (5): 3, "Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku untukmu dan Aku meridhai Islam sebagai agamamu"

Maka Salman al-Farisi berkata: Wahai Rasulullah! Adakah ayat ini diturunkan kepada Ali secara khusus? Maka beliau bersabda: Padanya dan pada para wasiku sehingga Hari Kiamat Salman berkata: Wahai Rasulullah! Terangkan tentang mereka kepada kami. Beliau bersabda: "Ali adalah saudaraku, wazirku, wasiku, warisku, khalifahku pada umatku, waliku kepada setiap Mukmin selepasku dan sebelas imam daripada keturunannya, al-Hasan dan al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak-anak al-Husain seorang demi seorang. Al-Qur'an bersama mereka, dan mereka bersama al-Qur'an. Mereka tidak akan berpisah dengannya sehingga mereka dikembalikan kepadaku di al-Haudh". Lalu berdirilah dua belas orang daripada ahli Badr sambil berkata: Kami naik saksi bahawa kami telah mendengar hadis tersebut daripada Rasulullah (Saw.) sebagaimana yang anda katakan adalah sama. Anda tidak menambah atau mengurangkan meskipun satu huruf. Dan berkata tujuh puluh orang lagi: Kami telah mendengar sedemikian itu tetapi kami tidak menghafaz kesemuanya. Mereka itu (yang membuat pengakuan) adalah dua belas orang yang terpilih dan yang terbaik di kalangan kami. Beliau berkata: Kalian memang benar. Bukan semua orang menghafaznya. Sebahagian mereka adalah lebih kuat ingatan daripada yang lain.

Maka berdirilah empat orang dari kalangan dua belas orang itu. Mereka adalah Abu al-Haitham bin Taihan, Abu Ayyub, Ammar dan Khuzaimah bin Thabit- Dhu al-Syahadataini (penyaksiannya menyamai dua orang). Mereka berkata: Kami naik saksi bahawa kami telah mendengar sabda Rasulullah Saw. dan kami menghafaznya. Beliau (Saw.) bersabda pada hari itu dalam keadaan berdiri sementara Ali a.s. berdiri di sisinya: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya melantik untuk kalian seorang imam, dan wasi Nabi kalian pada kalian. Beliau adalah khalifahku pada umatku dan pada keluargaku selepasku.

Demi Dia yang mewajibkan ke atas Mukminin dalam Kitab-Nya supaya mentaatinya, dan Dia telah memerintahkan di dalam Kitab-Nya supaya mewalikannya, maka aku merujuk kepada Tuhanku kerana takut kritikan ahli Nifak dan pembohongan mereka. Maka Dia mengancamku supaya aku menyampaikannya atau Dia menyiksaku. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah memerintahkan solat kepada kalian dalam kitab-Nya. Aku telah menerangkannya kepada kalian dan aku telah menjadikannya sebagai sunnah. Begitu juga dengan zakat, puasa dan haji, di mana aku telah menerang dan mentafsirkannya kepada kalian. Dan Dia memerintahkan wilayah dalam Kitab-Nya. Sesungguhnya aku memberi penyaksian kepada kalian, wahai manusia! Sesungguhnya ia adalah dikhususkan untuk Ali bin Abu Talib, dan para wasi daripada anak-anakku dan anak-anak saudaraku serta wasiku.

Ali adalah yang pertama. Kemudian al-Hasan. Kemudian al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak lelaki al-Husain. Mereka tidak akan meninggalkan al-Kitab sehingga mereka dikembalikan kepadaku di al-Haudh. Wahai manusia! Aku telah memberitahu kalian imam kalian, penunjuk kalian dan pembawa kalian kepada petunjuk. Beliau adalah saudaraku Ali bin Abu Talib. Kedudukannya pada kalian adalah seperti kedudukanku pada kalian.

Justeru itu, kalian ikutlah beliau untuk agama kalian dan taatilah beliau dalam segala urusan kalian kerana di sisinya terdapat segala ilmu yang telah Allah ajarkan kepadaku. Allah memerintahku supaya mengajarnya segala ilmu dan aku memberitahu kalian bahawa ilmu berada di sisinya. Kalian bertanyalah kepadanya dan belajarlah daripadanya dan daripada para wasinya selepasnya. Janganlah kalian mengajar mereka dan janganlah kalian mendahului mereka. Janganlah kalian membelakangi mereka kerana mereka bersama kebenaran dan kebenaran bersama mereka, dan mereka tidak akan meninggalkannya.

Kemudian Ali a.s. berkata kepada Abu Darda' dan Abu Hurairah serta mereka yang di sekitarnya: Wahai manusia! Adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan di dalam Kitab-Nya; Surah al-Ahzab (33): 33 "Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan segala kekotoran (dosa) daripadamu hai Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya", maka Rasulullah (Saw.) telah mengumpulkanku, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain di dalam satu kain (al-Kisa').

Beliau lalu bersabda: Mereka itulah 'Itrahku dan Ahl Baitku. Maka Dia telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa, dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Maka Umm Salamah berkata: Dan aku? Maka beliau bersabda: Sesungguhnya anda dalam kebaikan. Sesungguhnya ayat ini diturunkan padaku, pada saudaraku Ali, anak perempuanku Fatimah, anak lelakiku al-Hasan dan al-Husain salawatullahi 'alaihim secara khusus, kerana tidak ada orang lain selain daripada kami. Dan kepada sembilan daripada anak al-Husain selepasku. Maka semua mereka berdiri lalu berkata: Kami memberi penyaksian bahawa Umm Salamah telah meriwayatkan kepada kami sedemikian. Maka kami bertanyakan Rasulullah (Saw.) mengenainya, maka beliau memberitahu kami sebagaimana Umm Salamah telah meriwayatkannya kepada kami.

Ali a.s. berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah! Adakah anda mengetahui bahawa sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Taubah (9): 119, "Hai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan jadilah kamu bersama orang yang benar (al-Sadiqin)". Maka Salman berkata: Wahai Rasulullah! Adakah ayat ini umum atau khusus? Maka beliau bersabda: Adapun al-Mukminun adalah umum kerana jama'ah Mukminun diperintahkan sedemikian. Adapun al-Sadiqin adalah khusus untuk Ali bin Abu Talib dan para wasinya selepasnya sehingga Hari Kiamat .

Dan aku berkata kepada Rasulullah (Saw.) semasa peperangan Tabuk. Wahai Rasulullah! Kenapakah anda melantikku? Beliau bersabda: Madinah tidak sesuai melainkan untuk aku dan anda. Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa melainkan kenabian kerana tidak ada nabi selepasku. Maka berdirilah beberapa orang lelaki daripada Muhajirin dan Ansar dan berkata: Kami memberi penyaksian bahawa kami telah mendengar sedemikian daripada Rasulullah (Saw.) semasa peperangan Tabuk.

Maka beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah! Adakah kalian mengetahui bahawa Allah telah menurunkan di dalam Surah al-Hajj (22): 77 ''Hai orang yang beriman, rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhan kamu…". Maka Salman berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang anda menjadi saksi ke atas mereka. Mereka adalah syuhada' (saksi-saksi) yang telah dipilih oleh Allah ke atas manusia dan Dia tidak menjadikan ke atas mereka kesulitan dalam agama, millah Ibrahim? Beliau bersabda: Dimaksudkan dengan demikian itu adalah tiga belas orang manusia. Aku, saudaraku dan sebelas orang daripada anak lelakiku. Maka mereka menjawab: Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah berdiri memberi khutbah dan beliau tidak lagi memberi khutbah selepas itu, dan beliau bersabda: "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Ahl Baitku. Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Alim telah berjanji kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga ia dikembalikan kepadaku di al-Haudh?" Mereka berkata: Ya. Sesungguhnya kami telah menyaksikan semuanya.

Beliau berkata: Allah adalah cukup bagiku. Lalu berdirilah dua belas orang lelaki dan mereka berkata: Kami memberi penyaksian bahawa Rasulullah (Saw.) ketika berkhutbah pada hari beliau wafat, maka Umar berdiri separuh marah dan berkata: Wahai Rasulullah! Adakah semua Ahl Bait anda? Beliau bersabda: Tidak. Tetapi para wasiku, saudaraku adalah di kalangan mereka, wazirku, warisku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku. Ini adalah yang awal daripada mereka dan yang terbaik mereka. Kemudian wasiku adalah daripada anak lelakiku ini. Beliau memberi isyarat kepada al-Hasan. Kemudian wasinya ini. Beliau memberi isyarat kepada al-Husain. Kemudian wasiku adalah daripada anak lelakiku ini dan akan dinamakan oleh saudaraku.

Kemudian wasinya akan dinamakan. Kemudian tujuh daripada anak lelakinya seorang demi seorang sehingga mereka dikembalikan kepadaku di al-Haudh. Mereka adalah syuhada' Allah di Bumi-Nya, hujah-Nya ke atas makhluk-Nya. Sesiapa yang mentaati mereka, maka mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka menderhakai Allah. Lalu berdirilah tujuh puluh ahli Badr sambil berkata: Kami telah memahami apa yang kami telah terlupa. Kami memberi penyaksian bahawa kami telah mendengar sedemikian daripada Rasulullah (Saw.).

Beliau a.s. tidak meninggalkan sesuatupun melainkan menyeru mereka mengenainya sehingga beliau mengakhiri manaqibnya dan apa yang disabdakan Rasulullah (Saw.) kepadanya. Mereka telah membenarkannya dan memberi penyaksian bahawa semuanya adalah benar. Manakala Abu Darda' dan Abu Hurairah memberitahu Mu'awiyah kesemuanya, dia berkata: Wahai Abu Darda'! Wahai Abu Hurairah! Sekiranya apa yang kalian riwayatkan kepadaku ini adalah benar, maka binasalah Muhajirin dan Ansar selain daripadanya, Ahl Baitnya dan Syi'ahnya.

Penjelasan Ali a.s. bahawa Nabi Saw. telah memberitahunya mengenai apa yang sedang berlaku

Kemudian Mu'awiyah menulis surat kepada Amir al-Mukiminin a.s. Sekiranya apa yang anda kata, dakwa dan penyaksian yang anda minta daripada para sahabat anda itu benar, maka binasalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan semua Muhajirin dan Ansar selain daripada anda, Ahl Bait anda dan Syi'ah anda? Sedangkan telah sampai kepadaku bahawa anda menunjukkan kasihan belas terhadap mereka. Sesungguhnya anda mempunyai dua wajah dan tidak ada yang ketiga. Sama ada anda bertaqiyyah jika anda membersihkan diri daripada mereka kerana khuatir bahawa tentera-tentera anda yang memerangiku akan melarikan diri daripada anda.

Jika apa yang anda dakwakan itu adalah batil dan suatu pembohongan, maka telah datang kepadaku sebahagian daripada mereka yang anda percaya, maka anda berkata kepada Syi'ah anda dan kumpulan anda yang jahat bahawa sesungguhnya aku telah mendengar mengenai tiga imam yang sesat, maka perjelaskan kepadaku tentang Abu Bakr, Umar dan Uthman? Apabila anda mendengarku, adakah anda berlembut terhadap salah seorang daripada para imam yang sesat? Maka itulah maksudku. Buktinya kami melihat anda dengan mata kami, maka kami tidak perlu bertanya sedemikian itu kepada orang yang selain daripada kami. Jika tidak, kenapa anda membawa perempuan anda Fatimah, anda memegang al-Hasan dan al-Husain dengan tangan anda?

Apabila Abu Bakr diberi bai'ah, maka anda tidak meninggalkan seorangpun daripada ahli Badr dan al-Sabiqah (orang terawal Islam) melainkan anda menyeru mereka dan meminta bantuan mereka bagi menentangnya. Tetapi anda tidak mendapat bantuan melainkan daripada empat orang: Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair. Aku berangan-angan jika anda benar, nescaya mereka akan menyahut seruan anda dan akan membantu anda, tetapi anda telah mendakwa perkara yang batil dan apa yang tidak diperakui oleh mereka.

Telingaku telah mendengar anda berkata kepada Abu Sufyan ketika dia berkata kepada anda: Anda telah kalah wahai ibn Abu Talib untuk menguasai kerajaan sepupu anda (Rasulullah). Dan orang yang telah mengalahkan anda hanyalah suku Quraisy yang paling lemah; Taim dan 'Adi. Dan dia telah menyeru anda untuk membantu anda. Anda berkata: Sekiranya aku mendapati pembantu-pembantu seramai empat puluh orang lelaki daripada Muhajirin, Ansar dan al-Sabiqah, nescaya aku menentang lelaki itu. Manakala anda tidak mendapati selain daripada empat orang lelaki, anda memberi bai'ah kepadanya secara terpaksa.

Sulaim berkata: Amir al-Mukminin Ali a.s. telah menulis surat kepada Mu'awiyah. Amma ba'd, aku telah membaca surat anda. Aku dapati tulisan anda pelik dan panjang. Adalah suatu bala yang besar ke atas umat ini kerana mempunyai orang seperti anda untuk menjaga urusan mereka secara umum atau khusus. Anda adalah orang yang anda ketahui dan anak lelaki kepada orang yang anda ketahui. Dan aku adalah orang yang anda telah ketahui dan anak lelaki kepada lelaki yang anda telah ketahui. Aku akan memberi jawapan kepada surat anda dengan jawapan di mana anda dan wazir anda Ibn al-Nabighah 'Umru yang bersetuju dengan anda, tidak akan dapat memahaminya. Dialah yang telah menyuruh anda menulis surat ini dan membaikinya untuk anda, dihadiri Iblis serta para sahabatnya yang melampau.

Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah memberitahuku bahawa beliau telah melihat di dalam mimpinya dua belas lelaki para imam sesat daripada Quraisy di atas mimbar Masjidnya. Mereka menaiki mimbar Rasulullah (Saw.) dan turun daripadanya di dalam bentuk beruk (al-Qurud) dan menolak umatnya ke belakang dari jalan yang benar. Wahai Tuhanku! Dia telah memberitahuku nama-nama mereka seorang demi seorang dan berapa lama setiap orang daripada mereka memerintah.

Sepuluh daripada mereka adalah daripada Bani Umayyah dan dua daripada mereka daripada suku yang bermacam-macam daripada Quraisy. Dan di atas mereka berdua adalah dosa semua umat sehingga Hari Kiamat, dan semua azab mereka. Tidak ada darah yang mengalir tanpa haknya, tidak ada kemaluan (farj) yang dinodai dan tidak ada hukum yang benar melainkan dosanya ke atas mereka berdua. Aku telah mendengarnya bersabda: Sesungguhnya Bani al-'As apabila sampai tiga puluh orang lelaki, mereka menjadikan Kitab Allah sebagai pendapatan, hamba Allah sebagai khaulan (hamba sahya) dan harta Allah berpusing di kalangan mereka.

Dan beliau bersabda: Wahai saudaraku! Sesungguhnya anda bukanlah sepertiku. Sesungguhnya Allah memerintahkanku supaya berterus-terang dengan kebenaran dan Dia memberitahuku bahawa Dia menjagaku daripada manusia. Dia memerintahkanku supaya berjihad walaupun seorang diri. Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa' (4): 84, "Berjuanglah engkau pada jalan Allah dan janganlah engkau membebankan melainkan dirimu sendiri" Dan Dia berfirman di dalam Surah al-Anfal (8): 65, ''Hai Nabi! Ajaklah orang beriman berperang". Aku telah tinggal di Makkah beberapa lama tetapi Dia tidak memerintahkanku berperang, kemudian Dia memerintahkanku berperang kerana agama tidak diketahui melainkan denganku dan padaku. Begitu juga dengan syari'at, sunnah, hukum-hukum, halal dan haram.

Orang ramai selepasku diseru melakukan apa yang diperintahkan Allah dan apa yang aku perintahkan mereka pada anda iaitu menjadikan anda wali. Lantaran itu, kepura-puraan mereka mencintai anda adalah menyalahi apa yang diturunkan Allah pada anda. Sekiranya anda mendapati pembantu-pembantu bagi menentang mereka, maka perangilah mereka. Sekiranya anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka tahanlah tangan anda dan jagalah darah anda. Dan ketahuilah sekiranya anda menyeru mereka, mereka tidak akan menyahuti seruan anda. Justeru itu, jadikan seruan anda sebagai hujah ke atas mereka.

Sesungguhnya anda wahai saudaraku! Bukanlah sepertiku. Sesungguhnya aku telah mendirikan hujah anda dan menzahirkan kepada mereka apa yang telah Allah turunkan untuk anda. Sesungguhnya tidak diketahui bahawa aku adalah Rasulullah (Saw.). Sesungguhnya hakku dan ketaatan kepadaku adalah wajib sehingga aku menzahirkan sedemikian. Sesungguhnya aku telah menzahirkan hujah anda dan mendirikan urusan anda sekalipun anda berdiam diri daripada mereka dan anda tidaklah berdosa, hanya aku lebih suka anda menyeru mereka sekalipun mereka tidak menyahuti seruan anda dan tidak menerima anda. Kezaliman Quraisy akan berlaku kepada anda, lantaran itu aku takut jika anda menentang mereka tanpa sokongan yang kuat maka mereka akan membunuh anda.

Taqiyyah adalah daripada agama Allah. Tidak ada agama bagi mereka yang tidak ada taqiyyah. Sesungguhnya Allah telah "menetapkan" perselisihan, dan perpecahan ke atas umat ini. Sekiranya Dia mahu, nescaya Dia menghimpunkan mereka di atas petunjuk. Dua orang tidak akan berselisih dan bertengkar di dalam satu urusan dan orang yang kurang kelebihan tidak akan mengingkari kelebihan orang melebihinya. Jika Dia mahu, nescaya Dia mempercepatkan azab ke atas mereka.

"Perubahan" juga daripada-Nya sehingga Dia membohongi orang yang zalim dan memberitahu di mana kesudahannya akan kebenaran. Allah telah menjadikan Dunia tempat beramal dan Akhirat tempat pahala dan balasan. Dia berfirman di dalam Surah al-Najm (53): 31 ''Supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang telah melakukan kejahatan dengan apa yang mereka lakukan dan memberi balasan kepada orang yang melakukan kebaikan dengan kebaikan". Aku berkata: Bersyukur kepada Allah di atas nikmat-Nya, kesabaran di atas ujian-Nya, penyerahan dan ridha dengan Qadha'-Nya.

Kemudian beliau (Saw.) bersabda: Wahai saudaraku! Bergembiralah kerana hidup dan mati anda adalah bersamaku. Anda adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan warisku. Anda akan memerangi di atas Sunnahku, anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Anda seperti Harun adalah ikutan yang baik ketika kaumnya menindas dan menentangnya sehingga hampir mereka membunuhnya.

Justeru itu, bersabarlah dengan kezaliman Quraisy terhadap anda. Dendam kesumat di dada mereka, dendam Badr dan warisan Uhud. Sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya kepada kaumnya: Sekiranya mereka sesat dan anda mendapati pembantu-pembantu, hendaklah anda menentang "mereka" dengan mereka. Dan sekiranya anda tidak mendapatkan pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan dan menjaga darah anda. Janganlah anda memecah-belahkan di antara mereka.

Andapun lakukanlah sedemikian, jika mempunyai pembantu-pembantu maka perangilah mereka. Namun jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu maka tahanlah tangan dan jagalah darah anda. Seandainya anda memerangi mereka nescaya mereka akan membunuh anda. Ketahuilah! Jikalau anda tidak menahan tangan anda dan menjaga darah anda apabila anda tidak mendapati pembantu-pembantu, aku khuatir orang ramai akan kembali menyembah berhala dan mengingkari bahawa aku adalah Rasulullah (Saw.).

Justeru itu, tentangilah mereka dengan hujah dan tinggalkanlah mereka supaya orang yang menentang anda (al-Nasibun), dan pemberontak-pemberontak anda (al-Baghun) akan binasa. Sementara orang awam dan khassah akan selamat. Sekiranya anda mendapati pembantu-pembantu suatu hari nanti untuk mendirikan Kitab dan Sunnah, maka perangilah mereka di atas ta'wil al-Qur'an sebagaimana anda telah memerangi mereka di atas tanzil al-Qur'an. Sesungguhnya orang yang akan binasa daripada umat ini adalah orang yang menentang anda (nasaba la-ka) dan salah seorang daripada para wasi anda, bermusuhan, menentang dan beragama menyalahi apa yang kalian di atasnya.

Aku mahu wahai Mu'awiyah! Jika aku berlembut terhadap anda, Talhah dan al-Zubair serta istighfarku untuk kalian, bukanlah bermaksud untuk membenarkan kebatilan, malah Allah menjadikannya sebagai laknat ke atas kalian dan suatu penyiksaan. Anda, Talhah dan al-Zubair tidak kurang juga dari segi jenayah, dosa, bid'ah dan kesesatan berbanding dengan orang yang telah memberi jalan kepada anda dan sahabat anda yang anda sedang menuntut darahnya. Mereka berdua telah mendorong kalian supaya menzalimi kami Ahl al-Bait dan mereka membuat kalian menghina kami.

Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa' (4): 51-4, ''Tidakkah engkau ketahui orang yang diberi sebahagian daripada Kitab, mereka percaya kepada Jibt dan Taghut dan mereka berkata kepada orang kafir: "Mereka ini (orang kafir) lebih baik daripada orang yang beriman ke jalan yang lurus". Merekalah yang dilaknati Allah dan siapa yang dilaknati Allah, maka dia tidak mendapat pembantu untuk mereka. Bahkan adakah bagi mereka bahagian daripada kerajaan? Jika ada, mereka tidak mendatangkan kebajikan kepada manusia walaupun sedikit. Bahkan adakah mereka dengki kepada manusia (al-Nas) di atas apa yang dikurniakan kepada mereka daripada kelebihan-Nya?" Maka kamilah manusia (al-Nas) dan kamilah yang dihasad-dengkikan.

Allah berfirman dalam Surah al-Nisa' (4): 54, ''Sesungguhnya kami telah kurniakan kepada keluarga Ibrahim al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami kurniakan kepada mereka kerajaan yang besar (Mulkan 'Aziman)". Allah telah menjadikan mereka para imam Sesiapa yang mentaati mereka, mereka mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, mereka menderhakai Allah. Mereka tidak mengakui al-Kitab, al-Hikmah dan kenabian pada keluarga Nabi Ibrahim dan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad.

Wahai Mu'awiyah! Jika anda, sahabat anda, mereka sebelum anda daripada taghut ahli Syam, Yaman, Badwi Rabi'ah dan Mudar mengingkarinya. Allah berfirman dalam Surah al-An'am (6): 89, ''…maka kami telah sediakan kaum lain yang tidak mengingkarinya" Wahai Mu'awiyah! Sesungguhnya al-Qur'an adalah kebenaran, cahaya, petunjuk, rahmat dan penawar bagi Mukminin. Firman-Nya di dalam Surah al-Sajdah (41): 44, ''Dan bagi orang yang tidak beriman di telinga mereka ada penutup dan al-Qur'an itu bagi mereka adalah buta".

Wahai Mu'awiyah! Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan satu jenispun daripada jenis-jenis kesesatan dan para penyeru ke Neraka melainkan Dia telah berhujah ke atas mereka di dalam al-Qur'an, Dia melarang daripada mengikuti mereka dan Dia menurunkan ke atas mereka al-Qur'an yang bercakap. Tidak ada satu ayatpun di dalam al-Qur'an melainkan ia mempunyai pengertian zahir dan batin. Dan tidak ada satu hurufpun melainkan ia mempunyai takwilnya. Firman-Nya dalam Surah Ali 'Imran (3): 7, ''…dan tidak mengetahui takwilnya melainkan Allah dan al-Rasikhun fi 'ilm". al-Rasikhun adalah kami keluarga Muhammad dan Allah telah memerintahkan semua umat supaya berkata: ''Kami telah beriman dengan-Nya, semuanya di sisi Tuhan kami dan tidak akan mengingati-Nya melainkan Ulu-l al-Bab" Lantaran itu, hendaklah mereka menyerahkan kepada kami. Allah berfirman dalam Surah al-Nisa' (4): 83, "Sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Uli l-Amr daripada mereka nescaya orang yang meneliti antara mereka mengetahuinya." Merekalah yang telah bertanya mengenainya dan menuntutnya.

Aku mahu jika orang ramai ketika wafatnya Rasulullah (Saw), mereka menyerah kepada kami, mengikut kami dan merujuk kepada kami, (jika itu berlaku)) nescaya mereka akan dikurniakan rezeki yang banyak. Tetapi apabila anda menunjukkan ketamakan anda, wahai Mu'awiyah! Apa yang mereka terlepas daripada kami adalah lebih banyak daripada kami terlepas daripada mereka.

Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat pada aku dan pada anda dalam surah khas, tetapi umat telah menakwilnya secara zahir dan mereka tidak mengetahui pengertian batin, iaitu Surah al-Haqqah (69): 19, 25, ''Adapun orang yang diberi kitabnya dengan tangan kanannya dan orang yang diberi kitabnya dengan tangan kirinya". Ayat ini mengenai imam yang sesat dan imam petunjuk (huda). Setiap satu daripada kedua-duanya mempunyai para sahabat yang memberi bai'ah kepadanya; aku dan anda wahai Mu'awiyah! Anda adalah tuan rantai besi (sahib salsilah). Allah berfirman dalam Surah al-Haqqah (69): 25, 26, ''Aduhai kiranya, janganlah hendaknya diberikan buku amalanku. Dan aku tidak mengetahui apakah perhitunganku" Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda sedemikian itu.

Demikian juga setiap imam sesat sebelum anda atau selepas anda akan menghadapi penghinaan dan azab yang sama daripada Allah SWT. Dia menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Isra' (17): 60, ''Kami tidak menjadikan penglihatan (mimpi) yang kami memperlihatkan kepada engkau melainkan sebagai fitnah kepada manusia dan pokok yang dilaknat di dalam al-Qur'an". Rasulullah (Saw.) telah melihat dua belas imam sesat di atas mimbar Masjidnya yang menolak orang ramai ke belakang. Dua orang lelaki daripada Quraisy dan sepuluh orang daripada Bani Umayyah. Yang terawal daripada sepuluh adalah sahabat anda yang anda sedang menuntut darahnya. Anda, anak lelaki anda dan tujuh daripada anak lelaki al-Hakam bin Abi al-'As. Yang terawal mereka adalah Marwan. Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah melaknat dan mengusirnya kerana mencuri dengar percakapan isteri Rasulullah (Saw).

Wahai Mu'awiyah! Kami Ahl al Bait, Allah telah memilih untuk kami Akhirat ke atas Dunia. Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda mengenai anda, wazir anda dan sahabat anda: Apabila Bani Umayyah sampai tiga puluh lelaki, mereka akan mengambil Kitab Allah sebagai pendapatan, hamba Allah sebagai hamba milik dan harta Allah berpusing di kalangan mereka. Wahai Mu'awiyah! Sesungguhnya Nabi Allah Zakaria dibunuh dengan gergaji, Yahya disembelih dan dibunuh oleh kaumnya kerana mereka menyeru mereka kepada Allah SWT dan juga kerana Dunia adalah hina di sisi Allah. Para wali Syaitan memerangi para wali al-Rahman. Allah berfirman dalam Surah Ali 'Imran (3): 21, ''Sesungguhnya orang yang ingkar akan ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa kebenaran serta membunuh orang yang menyuruh manusia melakukan keadilan, maka berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih".

Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa Bani Umayyah akan mencelup janggutku daripada darah kepalaku dan sesungguhnya aku meminta mati syahid. Anda akan menguasai umat selepasku. Anda akan membunuh anak lelakiku al-Hasan dengan racun sebagai satu pengkhianatan. Anak lelaki anda Yazid (Laknatu Llah) akan membunuh anak lelakiku al-Husain dan akan menguasai daripadanya seorang anak lelaki kepada penzina perempuan.

Dan umat akan dikuasai selepas anda oleh tujuh daripada anak lelaki Abi al-'As dan anak-anak lelaki Marwan bin al-Hakam dan lima daripada anak lelakinya melengkapi dua belas imam di mana Rasulullah (Saw.) melihat mereka melompat di atas mimbar Masjidnya seperti lompatan beruk, menolak umatnya daripada agama Allah ke belakang. Akibatnya mereka akan menerima azab yang pedih pada Hari Kiamat. Allah akan mengeluarkan khilafah daripada mereka dengan bendera hitam yang akan datang dari Timur. Allah akan menghina mereka dan membunuh mereka di mana-mana. Sesungguhnya seorang lelaki daripada anak lelaki anda yang dilaknati dan keras hati di mana Allah telah mencabut daripadanya perasaan kasihan belas, bapa-bapa saudaranya daripada anjing seolah-olah aku sedang melihat kepadanya. Jika aku mahu aku akan menyebut namanya, sifatnya dan berapa umurnya. Dia akan menghantar tentera ke Madinah, melakukan pembunuhan dan fahisyah yang dahsyat. Seorang lelaki daripada anak lelakiku akan melarikan diri daripada mereka. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kediktatoran. Aku mengetahui namanya, di mana beliau pada hari itu serta alamatnya.

Beliau adalah daripada anak lelaki kepada anak lelakiku al-Husain yang akan dibunuh oleh anak lelaki anda Yazid. Beliau adalah penuntut bela darah bapanya, maka beliau melarikan diri ke Makkah. Ketua tentera akan membunuh seorang lelaki daripada anak lelakiku di Ahjar al-Bait. Kemudian tentera tersebut berjalan menuju ke Makkah. Aku mengetahui nama pemimpin mereka dan nama-nama mereka, dan-tanda-tanda kuda mereka. Apabila mereka memasuki al-Baida', mereka akan ditelan Bumi. Allah berfirman dalam Surah al-Saba' (34): 51, ''Jika engkau melihat ketika mereka terkejut, maka tidak ada tempat lari dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat". Beliau berkata: Di bawah telapak kaki mereka. Tidak seorangpun daripada tentera tersebut tinggal melainkan seorang lelaki di mana Allah menukarkan mukanya ke belakang.

Allah akan mengutus beberapa kaum kepada imam al-Mahdi dengan bilangan yang ramai. Demi Tuhan! Aku mengetahui nama-nama mereka, nama pemimpin mereka dan keadaan penunggang mereka. Maka al-Mahdi akan memasuki Ka'bah, lalu menangis dan berdoa. Allah berfirman dalam Surah al-Naml (27): 62, ''Bahkan siapakah orang yang menunaikan hajat orang yang melarat apabila dia meminta dan menghilangkan kemelaratannya, dan mengangkat kamu menjadi khalifah di muka bumi ?" Ayat ini diturunkan khas kepada kami Ahl al-Bait secara khusus.

Demi Tuhan! Wahai Mu'awiyah, aku menulis kepada anda wahai Mu'awiyah! Aku tahu anda tidak akan mengambil faedah daripadanya. Sesungguhnya anda bergembira apabila aku memberitahu anda bahawa anda akan menguasai khilafah dan anak lelaki anda adalah selepas anda, kerana Akhirat bukanlah menjadi perhatian anda, dan anda mengingkari Hari Kiamat. Anda akan menyesal sebagaimana menyesalnya orang yang telah mengasaskan urusan khilafah untuk anda. Dan dia telah membuat anda menghina kami ketika penyesalan tiada guna lagi.

Di antara yang mendorongku menulis surat kepada anda adalah supaya Syi'ahku dan ketua-ketua sahabatku mengambil iktibar daripadanya. Atau ia dibaca oleh seseorang di pihak anda, maka Allah mengeluarkannya daripada kesesatan kepada petunjuk, daripada kezaliman anda, kezaliman para sahabat anda dan fitnah mereka. Lagipun aku pula suka berhujah ke atas anda. Justeru itu, aku memerintahkan penulisku supaya membuat salinan untuk Syi'ahku dan para sahabatku.

Mu'awiyah telah menulis surat kepadanya mengucapkan tahniah: Tahniah kepada anda wahai Abu al-Hasan! Anda memiliki Akhirat dan tahniah juga kepada kami kerana kami memiliki Dunia.


Mu'awiyah memasuki Madinah selepas pembunuhan Ali a.s. dan apa yang berlaku kepada penduduknya

Abban daripada Sulaim dan Umar ibn Abi Salmah berkata: Mu'awiyah semasa pemerintahannya telah datang ke Madinah dalam perjalanannya menunaikan Haji selepas Amir al-Mukminin salawatu llahi 'alaihi dibunuh, dan perdamaiannya dengan al-Hasan a.s. (Di dalam riwayat yang lain selepas kematian al-Hasan a.s.) Maka dia disambut oleh penduduk Madinah, kebanyakannya daripada Quraisy bukan Ansar. Lantas dia bertanya mengenainya. Ada orang menjawab: Mereka memerlukan binatang tunggangan, lantas Mu'awiyah berpaling kepada Qais bin Sa'd bin 'Ubadah dan berkata: Wahai orang Ansar! Kenapa kalian tidak menyambutku bersama saudara-saudara Quraisy kalian?

Maka Qais sebagai ketua Ansar berkata: Kami tidak mempunyai binatang tunggangan wahai Amir al-Mukminin! Dia bertanya: Di manakah unta-unta itu? Qais berkata: Kami telah memusnahkannya pada Hari Badr, Uhud dan selepasnya di hadapan Rasulullah (Saw.), ketika kami memerangi anda dan bapa anda kerana Islam sehingga zahir urusan Allah sedangkan kalian membencinya. Mu'awiyah berkata: Wahai Tuhanku ampunilah!

Qais berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) bersabda: Kalian akan melihat selepasku keutamaan diberi kepada orang lain. Kemudian dia berkata: Wahai Mu'awiyah! Anda menghina kami dengan unta-unta kami? Sesungguhnya kami berperang dengan anda di atasnya pada Hari Badr sedangkan kalian berperang untuk memadamkan cahaya Allah dan menjadikan kalimah Syaitan lebih tinggi. Kemudian anda dan bapa anda memeluk Islam secara terpaksa disebabkan kami telah memerangi anda kerananya.

Maka Mu'wiyah berkata: Seolah-olah anda telah bermurah hati ke atas kami dengan memberi bantuan kepada kami? Maka bagi Allah dan Quraisy semua kelebihan itu. Tidakkah kalian telah bermurah hati kepada kami wahai kaum Ansar dengan bantuan yang kalian berikan kepada Rasulullah sedangkan beliau daripada Quraisy, beliau adalah sepupu kami dan daripada kami. Bagi kamilah kelebihan tersebut jika Allah jadikan kalian pembantu-pembantu kami dan pengikut-pengikut kami, maka Dia akan memberi hidayah kepada kalian dengan kami.

Qais berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad Saw. sebagai rahmatan li-l 'Alamin. Maka Dia mengutusnya kepada semua manusia. Kepada jin, manusia; merah, hitam dan putih. Dia telah memilihnya kerana kenabiannya dan mengkhususkannya dengan risalahnya. Maka orang pertama yang membenarkannya dan beriman dengannya adalah sepupunya Ali bin Abu Talib a.s. Sementara Abu Talib telah menghalang kafir Quraisy daripada menyakitinya dan memintanya supaya meneruskan risalah Tuhan-Nya. Beliau sentiasa mempertahankannya daripada disakiti sehingga bapa saudaranya Abu Talib mati. Kemudian beliau memerintahkan pula kepada anak lelakinya supaya membantunya pada setiap kesusahan dan ketakutan.

Allah telah memilih Ali a.s. di kalangan Quraisy dan memuliakannya di kalangan Arab dan al-'Ajam. Rasulullah Saw. mengumpulkan Bani Abd al-Muttalib, di kalangan mereka adalah Abu Talib dan Abu Lahab. Mereka pada hari itu seramai empat puluh orang lelaki. Rasulullah Saw. menjemput mereka dan Ali sebagai pembantunya. Rasulullah Saw. berada di pangkuan bapa saudaranya Abu Talib dan bersabda: Sesiapa di kalangan kalian yang diundang ingin menjadi saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku? Mereka terus membisu sehingga beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

Maka Ali a.s. berkata: Aku wahai Rasulllah salla llau 'alaika. Maka beliau meletakkan kepalanya di pangkuannya dan meludahnya di dalam mulutnya lalu bersabda: Wahai Tuhanku! Penuhilah dirinya dengan keilmuan, kefahaman dan hikmah. Kemudian beliau bersabda kepada Abu Talib: Wahai Abu Talib! Dengarlah sekarang untuk anak lelaki anda dan patuhilah. Sesungguhnya Allah telah menjadikan kedudukannya di sisi Nabinya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Rasulullah Saw. telah mempersaudarakan Ali dengan dirinya sendiri.

Justeru itu, beliau tidak meninggalkan sesuatupun daripada kelebihannya (manaqibnya) melainkan beliau menyebutkannya dan berhujah dengannya. Beliau berkata: Di kalangan mereka adalah Ja'far bin Abu Talib al-Tayyar di Syurga dengan dua sayap di mana Allah mengkhususkannya dengan demikian itu di kalangan manusia. Di kalangan mereka adalah Hamzah Sayyidu al-Syuhada'. Di kalangan mereka adalah Fatimah penghulu wanita Syurga.

Apabila anda mengeluarkan daripada Quraisy Rasulullah, Ahl Baitnya dan 'Itrahnya yang baik. Maka kami, demi Tuhan! Adalah lebih baik daripada kalian wahai Quraisy, lebih mencintai Allah, Rasul-Nya dan Ahl Baitnya berbanding dengan kalian. Apabila Rasulullah (Saw.) wafat, kaum Ansar telah berkumpul kepada bapaku. Kemudian mereka berkata: Kami akan memberi bai'ah kepada Sa'd. Maka Quraisy datang, lalu mereka bertengkar dengan kami dengan hujah Ali dan Ahl Baitnya a.s. Mereka bertengkar dengan kami dengan hujahnya dan kerabatnya. Justeru itu, mereka telah menzalimi al-Ansar dan mereka juga telah menzalimi keluarga Muhammad a.s. dan anak-anaknya selepasnya.

Lantas Mu'awiyah menjadi marah dan berkata: Wahai Ibn Sa'd! Daripada siapakah anda mengambil ini, daripada siapakah anda meriwayatkannya dan daripada siapakah anda mendengarnya. Adakah bapa anda memberitahu anda sedemikian dan anda telah mengambil daripadanya? Qais berkata: Aku telah mendengarnya dan aku mengambilnya daripada orang yang lebih baik daripada bapaku dan lebih besar hak ke atasku daripada bapaku. Dia bertanya: Siapa? Qais menjawab: Ali bin Abu Talib (a.s.) orang paling alim daripada umat ini dan Siddiqnya di mana Allah telah menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Ra'd (13): 43, ''Katakanlah: Dan memadai bagi Allah sebagai saksi antara aku dan kamu dan orang yang di sisinya 'ilm al-kitab".

Dia tidak meninggalkan walaupun satu ayat yang turun kepada Ali melainkan menyebutnya. Mu'awiyah berkata: Siddiq umat ini adalah Abu Bakr, Faruqnya adalah Umar dan orang yang di sisinya 'ilm al-kitab adalah Abdullah bin Salam. Qais berkata: Orang yang paling berhak dan aula dengan nama- nama ini adalah orang yang Allah menurunkan firman-Nya dalam Surah Hud (11): 17 kepadanya, ''Adakah (orang kafir itu sama dengan) orang yang telah mendapat keterangannya daripada Tuhannya dan diikuti saksi daripada Allah?". Dan orang yang telah dilantik oleh Rasulullah (Saw.) di Ghadir Khum, maka beliau bersabda: "Sesiapa yang aku aula dengannya daripada dirinya" Dan semasa peperangan Tabuk ''Anda daripadaku sepertilah kedudukan Harun daripada Musa melainkan tidak ada Nabi selepasku.
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: