Pesan Rahbar

Home » » Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Apa itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Berikut Penjelasannya

Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Apa itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Berikut Penjelasannya

Written By Unknown on Friday, 20 November 2015 | 14:25:00


Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang nama glamernya sunni adalah majoriti pengikutnya dalam masyarakat islam, takrifnya mengikut mr wiki adalah  orang-orang yang mengikuti  sunnah dan berpegang teguh dengannya dalam semua perkara yang Rasulullah SAW berada di atasnya dan juga para sahabatnya. Oleh kerana itu Ahlus Sunnah yang sebenarnya adalahpara  sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.

Semasa kecil dulu guru saya jelaskan pendiri ASWJ ini adalah khalifah Harun ar Rasyid, entah dari mana infonya tak pula diberitahu, dan ada yang mengatakan pendirinya adalah Muawiyah abu Sufyan pada tahun 41h. Yang paling kerap saya dengar/baca adalah dari Abul Hasan Al-Asya’ari dan Abu Mansur Maturidi, mungkin dari siapa2 pun tak mengapa, kerana suspek2 ini sudah tidak ada untuk melihat betapa besarnya ASWJ di muka bumi ini sekarang :) .


Pada penghujung abad ke18 satu aliran yang sudah hampir tamat tarikh luputnya kembali dihidupkan semula oleh al-Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab al-Najdi. Aliran ini pada mulanya diasas oleh imam Ahmad Hanbal dan diupgrade oleh ibnu Taimiyyiah al Harrani. Mazhab Hanbali adalah salah satu mazhab dalam ASWJ, tapi kenapa golongan ini seperti terpisah dengan mazhab Hanbali? Benarkah? Atau saya saja yang menakwil begitu? Tapi yang pastinya tetap ada perbezaan diantara keduanya, yang satu dibangun imam Ahmad dan satu lagi oleh Ibnu Taimiyiah. Prinsip yang sama dengan perjuangan berbeza.

Pegangan mereka adalah apa yang dipegang Rasulullah dan sahabat2nya hingga ke3 generasi (kononnya) yang juga dipanggil salafy salih. Jadi yang datang terkemudian dipanggil ulama kalaf. Ulama kalaf ini sumber ilmu dan hukum mereka adalah al-Quran keduanya ialah Hadis, ketiganya ialah Ijma’ para ulama dan yang keempat ialah Qias. Maka golongan salafi (wahabi) ini menganggap apa yang baru itu bidaah, dan bidaah itu adalah sesat, terkadang golongan jahil diantara mereka akan terus mengatakan kafir.

Apabila kita kembali pada takrifnya ASWJ ini maka apa yang dikatakan mr wiki itu tertuju kepada golongan salafi (wahabi) ini sahaja kerana apabila ada yang kononnya perkara baru itu diamalkan maka erti sebenar ASWJ perlu diubah semula kepada “mengikuti  sunnah dan berpegang teguh dengannya dalam semua perkara yang Rasulullah SAW berada di atasnya, para sahabatnya dan juga pada bidaah2 hasanah”. wah, pelik juga bunyinya :) .

Andai anda pernah mendengar kuliah, ceramah, artikel, buku2 atau dalam bentuk apa sekalipun tentang aliran ini pasti akan kedengaran pengakuan mereka yang merekalah ASWJ itu. Adakah ini perebutan title ASWJ? Sengit juga perebutan ini apabila pihak lawan adalah  seperti Ikhawanul Muslimin, Hizbur Tahrir, Hamas dan lain2. Yang satu mengatakan “sesat” yang satu lagi mengatakan “pengkhianat”. Siapa pula yang ditengah2? Di tengah2 adalah umat Islam yang Islam pada kad pengenalan sahaja, yang imam Syafie pun belum tentu diorang kenal apatah lagi Imam Musa al Kadzhim (as).Jadi yang ditengah2 inilah yang selalu mengikut menyalak walau tidak tahu apa yang tengah disalaknya itu.

Tetapi apa hasilnya dari perebutan ini? Sebagai contoh hasilnya lihat saja Palestin, satu pihak mengeluarkan fatwa “keluar saja dari tanah air mu dari perjuangan yang pasti tanpa kemenangan dan akibatnya syariat akan terabai kerana sibuk dengan peperangan yang tak sudah2 ini”, yang satu lagi pula “kami akan beri sumbangan, demonstrasi jalanan dan doa untuk kemenangan anda jika pemimpin kami menyekat jalan untuk tujuan murni kami ini”. Ya, lihat saja peta Israel pada 1947 sehingga sekarang, semua ini berkat anda sekalian. Ini tentang isu Palestin, isu lain pula?

Semula pada ASWJ, siapa pun ASWJ adalah dari pemahaman dan pegangan mereka sendiri. Semua itu dari mereka bukan dari Rasulullah SAW, wasiat Nabi SAW yang tertulis hanyalah berpegang teguh pada Al Quran dan Ahlul Baitnya. Semakin jauh anda dari apa yang Nabi SAW tinggalkan untuk anda maka semakin jauhlah anda dari syafaatnya.

Wassalam.

(Emansipasi-Al-kazim/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: