Salafy Wahabi, apa ada difikiran bila disebut tentang aliran ini? Bagi sebahagian ASWJ atau majority ASWJ pasti akan terfikir tentang pengkafiran, fatwa sesat, tahrif pada kitab2 ASWj dan banyak lagi yang negative tentang mereka. Dan bagi wahabiyiah sendiri tentu saja “we are the only truth”.
Entah kenapa mereka seperti malu hendak mengaku sebagai seorang Wahabbi, mungkin kerana sejarah Syeikh Muhammad Abdul Wahab tidak begitu kena dengan fatwa mereka, walaupun begitu masih ada juga dari golongan ini menganggap beliau sebagai wira sejati. Cuma yang sayangnya Syeikh Muhammad Abdul Wahab telah tiada disaat pengikut2nya mengeluarkan fatwa tentang taat kepada pemimpin yang sah. Mereka mengaku mengikut Sunnah Nabi saw dan sahabat2nya tetapi tentang isu kepimpinan mungkin kerana cinta dan kasihnya mereka kepada Muawiyah Abu Sufyan maka sunnah Nabi ditolak ditepi, sunnah Muawiyah pula diambil ganti . Jadilah satu negara berkeRAJAan yang dipanggil Arab Saudi.
Andai ada yang masih ragu2 atau tidak pasti yang mana satukah wahabi ini, mungkin saya dapat memberi sedikit tips untuk anda kerana semua ini berdasarkan pengalaman saya sendiri bukan fitnah atau saya bercakap tanpa fakta. Andai ada yang membantah maka apa boleh saya katakan hanyalah “ternyata wahabi juga boleh sesat dalam wahabi” Ciri2 mereka pada permulaan dakwahnya adalah “ambil yang mudah dari semua mazhab kerana islam itu mudah”. Betulkah begitu? Cuma apa yang saya faham tersiratnya dengan pernyataan itu adalah “ambil saja apa yang syeikhul kita kata”.
Yang keduanya, bila sejarah yang ada tentang islam kata mereka telah ditokok tambah oleh yahudi, ibnu ishaq adalah alat yahudi, kalau dikata sesetengah riwayat itu lemah masih tidak mengapa, tapi mengaitkan yahudi tentang ini agak aneh untuk kitab yang masih lagi wujud hingga hari ini, tiada siapa yang sedarkah campur tangan yahudi dalam kitab ibnu Ishaq sehingga tidak dihalang kitab itu dari tersebar? ibn Jarir al-Tabari dan ibnu Qutaibah juga antara yang menjadi mangsa fitnah mereka. Sejarah yang shahih bagi mereka mungkin hanya dari ibnu Katsir, itupun tidak diambil 100% dari ibnu Katsir, mereka akan mensyarahkan dahulu mengikut selera mereka agar apa yang ibnu Katsir terlanjur kata dapat mereka tutup supaya tidak dijadikan hujjah golongan yang menentang mereka.
Yang ketiganya, terlalu sensitif dengan nama Imam Ali, sehingga tongkat Ali juga kata mereka adalah bawaan orang sesat (saya takkan lupa dialog mereka yang ini, kelakar sangat :) ), nasyid tentang ahlul bait juga bawaan orang sesat, berlebihan kata mereka. Mungkin mereka solat tanpa solawat kerana takut berlebihan. Saya rasa mungkin dalam pelajaran mereka terselit kata2 sihir yang memukau mereka dari sedar apabila berbicara tentang Ahlul Bait, satu ayat yang tak boleh saya lupa juga “ Imam Hussein dah elok2 di syurga, di dunia masih meratap lagi apahal”. Orang ini mungkin bila ibunya menahan sakit melawan ajal akibat diragut peragut, dia akan terlompat lompat gembira yang ibunya hampir syahid. Meratapi imam Hussein bukan beerti tidak tahu imam Hussein di syurga, cuma tak sanggup membayangkan apa yang imam Hussein tanggung sebelum ke sana. Baca saja sejarah tentang karbala, bayangkan cucu Rasulullah diperlakukan sebegitu, insan yang Allah sucikan sebersih bersihnya (al Ahzab:33). Sifat manusia akan mudah tersentuh dengan kasih sayang, sayang kita pada imam Hussein adalah sunnah Nabi saw, jika anda membaca kisah karbala tanpa perasaan apa2 maka tanyalah diri anda ke mana sifat kemanusiaan anda, mungkin lebih parah anda adalah kacukan manusia dengan beruk asalnya.
Yang keempatnya diperlukan satu ujikaji dengan mereka, bantah saja apa yang mereka tentangkan, sebagai contoh maulud Nabi atau semudahnya doa selepas sembahyang, andai mereka sememangnya wahabi maka anda akan dipulaukan dan ujikaji ini mungkin akan automatiknya menunjuk pada wahabi yang lain yang akan turut memulau anda. Ini pengalaman saya, tetapi pesan imam Jaafar as Shadiq, bersopanlah walau kepada orang yang ingin memusuhi kamu kerana akhlak kamu mewakili akhlak kami (Nabi saw dan Ahlul Baitnya) jika benar kamu pengikut kami. Jadi saya cuba sebaik mungkin tidak memecah belahkan silaturrahim yang dah terjalin dan Alhamdulillah berhasil untuk sebahagian dari mereka kecuali yang taksub ekstrim pada wahabi.
Yang kelimanya agak sukar dikesan, mereka akan mengalihkan tajuk cerita andai mereka sudah tidak ada modal hujjah untuk membantah anda, sayang sekali bagi yang mengikut rentak mereka lalu hanyut dengan topik yang lain sehingga diskusi akan menjadi lebih keras dan dicampur dengan caci maki lalu hilang ditiup angin begitu sahaja, selalunya terjadi apabila pihak ditengah menyabarkan keadaan dan tamat begitu sahaja.
Yang paling ketara bagi saya adalah hilangnya sifat membaca dan mendengar mereka, andai mereka menuduh satu2 golongan itu, maka fitnah itu akan diulang dan terus diulang selagi DNA wahabi masih wujud di muka bumi ini. Walau di karang buku setebal mana pun jawapan dari fitnah mereka, tidak terkesan apa pun untuk golongan ini, walau dijawab lisan berteriak di tepi telinga mereka sekali pun tak akan berkesan untuk mereka. Mengajar gajah duduk lebih mudah dari mengajar wahabi tentang bahaya fitnah rasanya. Dan lantangnya fitnah mereka adalah dari syeikh2 besar mereka sendiri, bukan yang jadi wahabi sebab pergi melancong ke madinah tiga hari dua malam. Ulama2 besar merekalah yang masih melalak “palestin, janganlah kamu menerima bantuan dari golongan yang menganggap jibril tersalah bagi wahyu” (salah satu site wahabi yang menulis ucapan syeikh ini tapi saya lupa site yang mana). Seringkasnya golongan ini suka sesuatu yang dah basi, bagi mereka tak semua manusia cerdik, dapat yang bodoh pun jadilah.
Andai ada lagi sifat wahabi yang boleh dikongsi maka berkongsilah kita sesama muslim. insyAllah berguna untuk kita :) .
Wassalam.
(Emansipasi-Al-kazim/ABNS)
Post a Comment
mohon gunakan email