Pesan Rahbar

Home » » Saudi Janjikan Ganjaran 1 juta riyal untuk menjawab ulama Syi’ah

Saudi Janjikan Ganjaran 1 juta riyal untuk menjawab ulama Syi’ah

Written By Unknown on Wednesday 6 April 2016 | 09:51:00






Salah seorang marji’ taqlid Syiah yang sering tampil dalam saluran tv al-Kawthar membela mazhab Syiah dan Islam sejati dalam menghadapi Islam palsu versi Bani Umayyah menyebabkan golongan Wahabi semakin susah hati kerana pengaruhnya yang luar biasa.

Beliau yang bernama Allamah Dr. Sayid Kamal al-Haidari adalah ulama mutakhir kelahiran Iraq yang merupakan salah seorang murid as-Syahid Muhammad Baqir Sadr dan sudah bertahun-tahun tinggal di Iran.

Selain itu, beliau mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang seperti fikah, falsafah, ushul, kalam, irfan, akhlak, tafsir, berbagai karya ilmiyah dan seluruh pelajarannya selain menguasai sumber-sumber Ahlusunnah serta mempunyai kekuatan hafalan yang luar biasa sehingga dianggap tokoh besar dalam dunia Islam di zaman ini.

Kemunculan beliau dalam beberapa program seperti “مطارحات فی العقیدة” dan “الاطروحة المهدویة” di dalam saluran tv al-Kawthar mendapat sambutan luar biasa daripada penonton di dunia Arab.

Sangat teliti, menguasai dan kata-kata yang berpengaruh dalam membongkar ideologi Wahabi dan Islam versi Bani Umayyah mengakibatkan Arab Saudi membuat tawaran jutaan rial untuk menjawab perbahasan beliau.

Oleh sebab pemanggil telefon ke program siaran langsung tersebut dari berbagai negara Arab tidak mampu berdebat dengannya kerana lemah bermantik, Arab Saudi membuat tawaran untuk mendorong sesiapa sahaja demi mengalahkan ulama Syiah ini dalam perdebatan.

(ABNA/Satu-Islam/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: