Pesan Rahbar

Home » » Semua Pengetahuan Amatlah Jelas Kepada Ali as

Semua Pengetahuan Amatlah Jelas Kepada Ali as

Written By Unknown on Monday, 7 August 2017 | 14:58:00


Abu’l-Mu’ayyid Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi berkata di dalam Manaqib bahawa satu hari Umar berkata kepada Ali Ibn Abi Talib dengan sedikit kehairanan, ‘Bagaimana setiap soalan yang ditanyakan kepada kamu, kamu memberikan jawapannya dengan tidak teragak-agak?’

Imam yang suci membuka tapak tangannya dan berkata, ‘Berapa jari yang kamu nampak?’

Umar terus berkata, ‘Lima.’

Ali berkata, ‘Mengapa kamu tidak memikirkan mengenainya dahulu?’

Umar berkata, ‘Tidak ada apa yang hendak difikirkan, oleh kerana kesemua lima jari ada dihadapan mata saya.

Kemudian Ali berkata, ‘Begitulah, semua masalah dan isu pengetahuan adalah jelas kelihatan pada saya. Saya berikan jawapannya tanpa banyak berfikir.’

Sekarang tuan-tuan! Bukankah disebabkan oleh perjudis guru itu telah mengatakan yang bukan-bukan dan telah mengelirukan anak muda yang kurang pengetahuan. Adakah manusia yang memilikki ilmu yang begitu mendalam dan ‘pintu pengetahuan’ nabi, akan merujuk kepada Umar untuk menyelesaikan masalahnya yang susah?


MUAWIYAH MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN ALI

Saya baru teringat satu hadith. Saya sampaikan kepada kamu sebagai bukti tambahan pada maksud kami. Ibn Hajar Makki, seorang ilmuan yang fanatik telah menulis di dalam bukunya Sawa’iq-e-Muhriqa, bab II, Maqsad V, ms 110, dibawah ayat 14, bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal telah menyampaikan dan juga Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, mereka telah merakamkan bahawa seorang Arab bertanya kepada Muawiya. Muawiya berkata, ‘Tanyalah kepada Ali mengenainya, oleh kerana dialah yang paling bijak.’ Orang Arab itu berkata, ‘Saya lebih suka jawapan kamu dari jawapan Ali.’

Muawiya berkata, ‘Kamu telah mengatakan sesuatu yang buruk: Kamu telah menolak seorang yang nabi sendiri telah latih dan yang kepadanya nabi telah berkata, ‘Kamu mempunyai hubungan yang sama dengan saya seperti Harun dengan Musa, melainkan bahawa tidak ada nabi selepas saya. Lebih-lebih lagi apabila Umar bergelut dengan masalah yang susah, dia bertanya kepada Ali mengenainya dan dapatkan pendapatnya.’

Ini mengingatkan saya pada kata-kata, ‘Kemuliaan itu adalah sesuatu yang mana musuh juga menjadi saksi kepadanya.’


PENGAKUAN UMAR TERHADAP KEJAHILANNYA TERHADAP MASALAH YANG SUSAH DAN KENYATAANNYA BAHAWA JIKA ALI TIDAK MENOLONGNYA, KESUSAHANNYA TENTU TIDAK DAPAT DISELESAIKAN

Di dalam menambahkan lagi sokongan terhadap kelebihan Ali dari Umar, saya sebutkan apa yang ulama kamu telah katakan. Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan ramai yang lain telah menulis bahawa pada 70 peristiwa dimana Umar mengatakan, ‘Jika Ali tidak ada disini tentu Umar telah binasa.’

Nuru’d-din Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma mengatakan bahawa suatu ketika seorang telah dibawa kepada Umar. Dia telah ditanya di hadapan perhimpunan manusia, ‘Bagaimana kamu mulakan pagi kamu?’ Dia berkata, ‘Saya bagun pagi dalam keadaan begini: Saya cintakan godaan dan benci kepada yang benar. Saya mengaku kepada kebenaran kristian dan yahudi, percaya kepada apa yang saya tidak lihat dan kepada apa yang belum dijadikan.’

Umar memerintahkan supaya Ali dibawakan kepadanya. Apabila perkara itu dibentangkan kepada Amirul-Mukminin, dia berkata, ‘Apa orang itu katakan adalah benar. Dia kata dia cintakan godaan. Maksudnya dengan itu adalah harta dan anak. Allah kata di dalam al-Quran, ‘Dan kamu tahu bahawa harta dan anak adalah godaan.’ [8:28] Dengan benci kepada yang benar, maksudnya mati. Al-Quran berkata, ‘Dan ketakutan pada kematian akan datang dengan sebenar.’ [50:19]

Dengan mengesahkan kebenaran yahudi dan kristian, dia bermaksud apa yang Allah katakan, ‘Yahudi mengatakan bahawa kristian bukan dijalan yang benar dan kristian mengatakan bahawa yahudi bukan dijalan yang benar.’ [2:113] Iaitu, kedua golongan telah saling mendustakan satu sama lain. Maka orang Arab itu berkata dia bersetuju dengan mereka berdua, atau dengan lain perkataan dia menolak kedua mereka.

Dia katakan bahawa dia percaya pada apa yang dia tidak lihat, bererti bahawa dia percaya kepada Allah yang maha berkuasa.

Apabila dia katakan bahawa dia percaya pada apa yang belum dijadikan, iaitu, bukan sekarang, dia merujuk kepada hari pengadilan, yang mana belum dijadikan lagi.’

Kemudian Umar berkata, ‘Saya meminta perlindungan Allah dari situasi yang susah dimana Ali tiada untuk menolang saya.’

Kisah ini juga telah disampaikan dengan lebih mendalam dan dalam bentuk yang lain, oleh penulis seperti Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 57, dari Hudhaifa Bin Al-Yaman, yang menyebutnya dari khalifa Umar.

Beberapa insiden yang sama terjadi dimasa khalifa Abu Bakr dan Umar, yang mana kedua mereka tidak mampu memberikan jawapan yang betul. Adalah Ali yang memberikan jawapannya. Terutama apabila Yahudi, Kristian dan pakar sains atheis datang dan berbincang perkara yang rimit, adalah Ali yang menyelesaikannya.

Menurut dari ulama kamu seperti Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam Sahih nya; Nishapuri di dalam Tafsir; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Manaqib; Muhammad Bin Talhadi dalam Matalibu’s-Su’ul, bab 4, ms 13 dan 18; Hafiz Ibn Hajar Asqalani (mati 852 H.) di dalam Tahdhibu’t-Tahdhib (di cetak di Hyderabad Daccan), ms 338; Qazi Fazlullah Ruzbahan Shirazi di dalam Ibta’lu’l-Batil; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms 39; Ibn Kathir di dalam Ta’rikh, jilid VII, ms 369; Ibn Qutayba Dinawari (mati 276 H.) di dalam Ta’wil-e-Mukhtalafu’l-Hadith (di cetak di Egypt), ms 201-202; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (mati 658 H.) di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 57; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 66; Seyyed Mu’min Shablanji di dalam Nuru’l-Absar, ms 73; Nuru’d-din Ali Bin Abdullah Samhudi (mati 911 H.) di dalam Jawahiru’l-Iqdain; Al-Hajj Ahmad Afindi di dalam Hidayatu’l-Murtab, ms 146 dan 153; Muhammad Bin Ali As-Sabban di dalam Ishafu’r-Raghibin, ms 52; Yusuf Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Ummal, bab 6, ms 37; Ibn Abi’l-Hadid (mati 655 H.) di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I; Mulla Ali Qushachi di dalam Sharh-e-Tajrid, ms 407; Akhtabu’l-Khutaba Khawarizmi di dalam Manaqib, ms 48 dan 60; bahkan si fanatik Ibn Hajar Makki (mati 973 H.) di dalam Sawa’iq Muhriqa, ms 78; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid II, ms 509 dan Allama Ibn Qayyim Jauzia di dalam Turuqu’l-Hikmiyya, ms 47 dan 53, mereka telah merakamkan banyak kes yang menunjukkan bahawa Umar merujuk masalah yang sukar dan komplek, terutama masalah yang susah dari Raja Rom, kepada Amirul-Mukminin.

Umar selalu merujuk kepada Ali kes untuk diselesaikan, dan apabila mendengarkan keputusannya, dia berulang kali mengatakan, ‘Saya meminta perlindungan Allah dari keadaan yang susah dimana Ali tidak ada untuk menolong saya.’ Kadang kala dia berkata, ‘Jika Ali tidak ada disana, tentu Umar akan binasa.’

Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib dan Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain telah menulis bahawa khalifa mengambil perundingan dengan Ali di dalam semua perkara dan bahawa dia adalah yang utama di dalam menentukan keputusan persoalan agama dan juga dunia. Khalifa dengan teliti mendengarkan kenyataan dan arahannya dan kemudian bertindak keatasnya.


ALI TIDAK SESUAI UNTUK KEDUDUKAN KHALIFAH

Pengetahuan adalah kriteria yang terbaik untuk keutamaan. Al-Quran dengan jelas telah berkata, ‘Kemudian dia yang memberi petunjuk kepada kebenaran yang lebih berhak diikuti, atau dia yang dirinya tidak dijalan yang lurus melainkan jika dia ditunjukkan? Kemudian apa kenanya dengan kamu: bagaimana kamu pertimbangkan?’ [10:35]

Iaitu, dia yang mempunyai kualiti terbaik pada petunjuk hendaklah menjadi pemimpin tertinggi untuk manusia, bukanlah mereka yang jahil di dalam perkara petunjuk dan yang dirinya sendiri perlukan petunjuk dari yang lain

Ayat ini adalah bukti yang paling sah bahawa manusia yang utama tidak boleh dijadikan orang bawahan mereka yang jahil. Persoalan khalifa, Imami dan penggantian nabi jatuh pada prinsip yang sama. Ini telah dijelaskan lagi dengan ayat yang lain, ‘Katakan, ‘Adakah mereka yang tahu sama dengan mereka yang tidak tahu [jahil]?’ [39:9]


DARI SEMUA STANDARD ALI ADALAH YANG PALING LAYAK UNTUK KEDUDUKAN KHALIFA

Sheikh: Kami tentunya setuju bahawa Ali memilikki semua kualiti yang terbaik yang kamu telah nyatakan. Tiada siapa melainkan Khariji yang fanatik telah menafikan fakta itu. Tetapi sebanyak ini juga diakui:

Seyyed Ali sendiri secara suka rela menerima khalifa yang bertiga dan mengakui kelebihan dan hak mereka pada mendahului beliau. Maka apa perlunya kita risau, setelah 1 300 tahun pada keputusan yang mereka telah buat dan kini kita bergelut diantara kita, pada mengapa ummah melantik Abu Bakr, Umar dan Uthman.

Maka apakah salahnya jika kita aman dan bersaudara diantara kita dan mengaku apa yang sejarah telah rakamkan dan apa yang ulama kamu secara umum telah terima; selepas nabi, Abu Bakr; Umar dan Uthman berturutan menduduki khalifa. Kita harus hidup bersama sebagai saudara dan sama-sama mengakui Ali lebih utama dalam pengetahuan dan tindakkan, serta pertalian khususnya dengan nabi. Dengan cara yang sama dimana empat mazhab telah bersatu, shia juga perlu berkerja sama dengan kami.

Kami tidak pernah menafikan kelebihan kerekter dan pengetahuan Ali, tetapi kamu hendaklah mengakui bahawa di dalam perbandingan umur, ketajaman politik, sabar dan tenang, di dalam berhadapan dengan pihak musuh, Abu Bakr pastinya lebih utama dari Ali. Adalah dengan sebab ini, melalui keputusan sebulat suara ummah, dia menduduki tempat khalifa. Ali adalah muda pada ketika itu dan tidak punya kemampuan untuk memikul tanggong jawab khalifa. Bahkan 25 tahun kemudian, apabila dia menduduki kerusi khalifa, banyak kekacauan telah berlaku, disebabkan kerana dia bukanlah ahli politik yang berkemampuan.


BAI’AH ALI KEPADA KHALIFA TELAH DIPAKSAKAN

Shirazi: Pertama kamu katakan Amirul-Mukminin secara suka rela memberikan bai’ah kepada ketiga-tiga khalifa. Saya teringat satu cerita yang wajar pada perbincangan ini. Pada masa dahulu jalan raya Iran amat merbahaya, dan jamaah ke tempat suci menhadapi kesukaran di dalam perjalanan mereka. Satu khafilah telah jatuh ketangan perompak yang mencuri barangan mereka. Apabila mereka sedang membahagikan barangan tersebut diantara mereka, pakaian kafan telah jatuh ketangan seorang perompak tua. Dia berkata, ‘Tuan-tuan jamaah! Kain kafan siapakah ini?’ Seorang jamaah berkata, ‘Kafan itu kepunyaan saya.’ Perompak itu berkata, ‘ Aku tidak punya kain kafan, maka tolonglah berikan kepada saya supaya ianya menjadi halal kepada saya.’ Si Jamaah berkata, ‘Semua harta saya adalah milik kamu, tetapi pulangkanlah kain kafan itu, oleh kerana saya telah tua dan telah bersusah payah menyediakannya untuk diri saya diakhirat kelak. Itulah saja harta saya yang amat saya hargai.’

Perompak berkeras juga pada permintaannya, tetapi jamaah mengatakan yang sama, bahawa dia tidak akan melepaskan haknya kepada sesiapa pun. Perompak mengeluarkan pedangnya mula menghayunkan kepada kepala dan muka si jamaah dan berkata dia akan terus memukulnya sehingga dia menyerahkan kain kafan itu dan mengatakan, ‘Ianaya halal.’

Si jamaah tua telah dipukul berterusan sehingga dia menjerit, ‘Tuan, ianya halal, halal; lebih halal dari susu ibu kamu sendiri!!’

Saya harap kamu semua dapat memaafkan saya. Tetapi saya sebenarnya hendak mengambil perhatian kamu kepada apa yang saya hendak terangkan. Mungkin kamu telah terlupa pada apa yang saya telah buktikan di malam yang lalu. Saya telah bacakan rakaman hadith sahih yang mana Ibn Abi’l-Hadid, Jauhari, Tabari, Baladhuri, Ibn Qutayba, Mas’udi, dan yang lainnya dari ulama kamu yang telah mengesahkan bahawa mereka telah mengancam untuk membakar rumah Ali, dia telah diheret kemasjid dan dipaksakan dengan pedang dilehernya, ‘Berikan bai’ah, jika tidak engkau akan dipenggal.’

Adakah ini contoh bai’ah sukarela?


TIDAK PERLUNYA ADA IKUTAN YANG MEMBUTA TULI DI DALAM BERAGAMA

Kedua, saya telah katakan dahulu kita tidak perlu ada ikutan yang membuta tuli di dalam beragama. Kamu katakan, oleh kerana sejarah telah mengatakan empat khalifa telah menjadi pemerintah, kita hendaklah mengikuti jejak orang yang terdahulu dari kita di dalam keimanan mereka. Tetapi akal fikiran [minda] dan hadith memberitahu kita bahawa keimanan hendaklah berasaskan pada keterangan.

Saya ulangkan sekali lagi bahawa ahli sejarah kamu dan juga kami telah menulis, selepas wafatnya nabi, ummah telah berpecah kepada dua golongan. Satu golongan mengatakan bahawa Abu Bakr hendaklah diikuti dan satu golongan lagi percaya bahawa Ali lah yang perlu diikuti. Nabi berkata, ‘Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya; dan melawan kepada Ali bererti melawan kepada saya.’ Makanya patuh kepada Ali adalah, menurut dari arahan nabi, wajib. Maka adalah tanggong jawab setiap individu dari kedua golongan untuk mendengar hujah dari kedua pihak dan memilih laluan yang sebenar.


KEIMANAN HENDAKLAH DIASASKAN PADA KETERANGAN DAN PENYELIDIKKAN YANG IKHLAS

Keimanan saya kepada Allah berdasarkan dari kebijaksanaan. Saya telah pelajari buku-buku dari berbagai golongan dan juga agama. Saya menerima fakta bahawa Muhammad adalah nabi yang terakhir berasaskan dari keterangan dan bukan ikutan secara buta dari orang tua saya yang terdahulu. Begitu juga saya telah pelajari ratusan buku dari kedua-dua golongan, terutama dari golongan sunni yang mana terdapat hujah yang jelas pada membuktikan Imami dan khalifa Amirul-Mukminin. Sebaliknya kamu semua hanya memandang sekali imbas pada ayat-ayat dan hadith yang memuji Ali dan kemudian kamu membuat interpretasi yang bukan-bukan darinya.

Ketiga, kamu katakan bahawa kita harus menerima susunan sejarah khalifa: Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Hazat Ali. Tetapi ini adalah karut. Keutamaan manusia dari binatang adalah disebabkan pengetahuan dan kebijaksanaan. Maka kami tidak boleh mengikut mereka yang terdahulu secara buta.

Menurut dari ulama kamu yang terkenal, keutamaan Ali dalam pengetahuan telah diakui. Maka hak diatas keuatamaannya sebagai khalifa hendaklah juga diakui. Oleh kerana dia adalah ‘Pinti pengetahuan’ nabi, menyimpang darinya bererti menyimpang dari petunjuk.

Kami mengakui bahawa selepas wafatnya nabi, Abu Bakr adalah khalifa selama 2 tahun 3 bulan, dan diikuti oleh Umar selama 10 tahun, dan Uthman untuk 12 tahun. Tetapi fakta ini tidak menghapuskan kedudukan yang betul pada keterangan dan juga hadith. Sejarah tidak dapat menolak ‘pintu pengetahuan’ nabi dari haknya.

Firdaus Dailami, Abu Nu’aim Ispahani, Muhammad Bin Ishaq Muttalabi, pengarang buku Maghazi, Hakim, Hamwaini, Khatib Khawarizmi dan Ibn Maghazili menyampaikan sama ada dari Ibn Abbas, atau Sa’id Khadiri, atau Ibn Mas’ud, kesemuanya mengatakan bahawa nabi telah berkata, ‘Mereka akan ditanyakan mengenai wilaya [wazir] Ali Ibn Abi Talib.’

(Tebyan/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: