Pesan Rahbar

Home » » Penyelewengan Ajaran Ahlus Sunnah Wal Jama’ah

Penyelewengan Ajaran Ahlus Sunnah Wal Jama’ah

Written By Unknown on Saturday, 2 August 2014 | 14:57:00


Perkataan “penyelewengan” bererti perbuatan menyeleweng,penyimpangan dari dasar, memisahkan seseorang dari hakikat pengajaran agama.(Kamus Dewan,Kuala lumpur,1991,hlm.1145)Sementara perkataan “ kesesatan” bererti perihal sesat.Dan “sesat” adalah tidak mengikuti jalan yang betul,tersalah jalan,terkeliru,menyimpan dari jalan yang benar(Ibid, hlm.1191).

Perkataan Dhalal (kesesatan) di dalam al-Qur’an dikaitkan kepada penderhakaan terhadap Allah (swt) dan Rasul-Nya, kerana menyalahi, menolak, mengubah, dan menangguhkan hukum-Nya.Firman-Nya “ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya(wa man ya ‘si Llaha Rasula-hu),maka ianya telah sesat(Dhalla) dengan kesesatan yang nyata (Dhalalan)” (Al-Ahzab(33):35) dan ikutan(Taqlid) kepada orang yang mulia dan pembesar-pembesar yang melakukan perkara yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.)Firman-Nya “ Mereka berkata:Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan Engkau( fa-adhallu-na s-Sabila)” (Al-Ahzab(33):67)

Ini bererti sesiapa yang menyalahi, membelakangi, mengganti, membatalkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya sama ada secara sukarela atau ikutan(taqlid) kepada orang yang mulia dan pembesar-pembesar mereka yang melakukan perkara tersebut dahulu dan sekarang (salaf dan khalaf) adalah termasuk golongan yang sesat/menyeleweng dari Islam yang sebenar.Dan maksud “Islam yang sebenar” adalah Islam yang bertepatan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.Dan bukan sebaliknya.


A. Penyelewengan dari sudut Akidah

Dikemukan dibawah ini sebahagian dari penyelewengan Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah dari segi Akidah Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.)seperti berikut.

1. Imam tidak maksum.Siapa sahaja boleh menjadi Imam sama ada orang yang zalim, fasiq, si jahil, pembohong, perampas, pembunuh dan lain-lain.Ianya menyeleweng daripada firman Tuhan “ Sesungguhnya aku menjadikan mereka Imam.Dia(Ibrahim) berkata: Semua zuriyatku?Dia berfirman: Janjiku tidak termasuk orang-orang yang zalim” (al-Baqarah(2):124). Lantaran itu orang yang zalim tidak boleh menjadi Imam.Tetapi Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah menyokong orang-orang yang zalim menjadi pemimpin dan kemaksuman mereka tidak perlu.Kemudian mereka mewajibkan orang ramai supaya mentaati pemimpin-pemimpin tersebut.Justeru itu mereka telah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar:al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).Lantaran itu mereka telah memisahkan agama dengan politik. Mereka percaya bahawa Rasulullah (Saw.) kurang tahu urusan dunia kerana beliau bersabda “Kalian lebih mengetahui urusan duniamu” (antum a‘lamu bi-umuri dunya-kum) (Muslim, Sahih , ii, hlm. 875).

2. Berterus terang menyokong pemimpin-pemimpin yang zalim,tanpa berpura-pura.Dan menentang Mustadh‘afin, tanpa berpura-pura.Lantaran itu akidah mereka menyeleweng dari Firman-Nya “ Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka.Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud(11):113).

3. Melebihkan taraf Abu Bakr dan Umar daripada Allah(swt) dari segi pelaksanaan hukum. Mereka memperaktikkan sunnah Abu Bakr dan Umar yang berlawanan dengan hukum Allah.Dan barang siapa yang menyalahi sunnah mereka berdua dikira menyeleweng/sesat dari Islam sebenar.Mereka maksudkan dengan Islam yang sebenar itu adalah Islam yang mematuhi sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar sekalipun ianya bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).

Ini bererti orang yang percaya dan mengamal keseluruhan hukum al-Qur’an adalah dikira sesat, dan menyeleweng dari Islam sebenar, kerana menolak sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar.Kemudian mereka mengadakan program pemulihan/ kemurnian akidah bagi memaksa orang ramai mentaati sunnah mereka berdua. Mereka jadikan Masa’il al-Mursalah, Maslahah,Ihsan Sadd dh-Dhara‘i‘, ijmak, ijtihad, dan Qiyas bagi membatal/menukar/ mengubah hukum Allah (swt).

Kemudian mereka memberitahu orang-ramai perlakuan sedemikian adalah kerana menjaga maqasid asy-Syari‘ah,bukan menentang hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.Orang ramai adalah jahil,lalu menerima fatwa mereka yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).Mereka menyakinkan orang ramai bahawa perbuatan mereka tidak terkeluar dari roh Syari‘ah,pada hakikatnya terkeluar dari Syari‘ah Allah.Orang ramai menerimanya.Perkataan Syari‘ah yang digunakan oleh mereka pula bukan bererti al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw sahaja.

Malah menggunakan istilah-istilah lain untuk mengkaburkan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah saw dari diamalkan.Umpamanya mereka mengatakan khalifah Umar tidak memberi saham Muallaf adalah untuk menjaga Maqasid asy Syari‘ah.Sepatutnya Maqasid asy-Syari‘ah adalah penerusan pemberian zakat kepada Muallaaf, tetapi khalifah Umar telah menahan pemberian tersebut dengan alasan Muallaf tidak memerlukanya lagi.Mereka memuji tindakan khalifah Umar yamg menyalahi al-Qur’an itu sebagai tindakan yang bijak dan mereka memujinya pula.Sepatutnya mereka menjaga Maqasidu l-Qur’an yang meneruskan pemberan zakat kepada Muallaf, tetapi disebabkan mereka lebih meredhai sunnah Umar daripada hukum Allah, maka mereka mencari jalan bagi menutup kesalahannya.Dan kesalahannya pula menjadi sunnah/hukum yang menangguh/membatalkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.Sehingga sekarang mereka mempertahankan perbuatan/sunnah Abu Bakr dan Umar meskipun ia bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw.Malah mereka memaksa orang ramai mengamalkan sunnah tersebut di dalam peribadatan mereka.

justeru itu sesiapa yang percaya dan mengamalkan hukum al-Qur’an 100 peratus akan dikira sesat/menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka menolak sunnah khalifah Abu Bakr dan Umar yang menyalahi al-Qur’an.Jika sesiapa yang tidak menerima sunnah tersebut mereka menganggapnya terkeluar daripada agama Islam sebenar ;menyeleweng/sesat, dan perlu kepada pemulihan/pemurnian akidah kerana ia mengancam keselamatan negara.Sepatutnya mereka yang mengamalkan sunnah Abu Bakr dan Umar yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) lebih perlu kepada pemulihan akidah mereka kepada akidah al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) dengan meninggalkan sunnah mereka berdua.Tetapi percayalah bahawa mereka akan meneruskan sunnah Abu Bakr dan Umar yang menyalahi al-Qur’an.

Mereka tidak akan menyerah kepada hukum Allah sepenuhnya sebagaimana firman-Nya “Hai orang-orang yang beriman,taatlah kamu kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul dan Uli l-Amri min-kum.Jika kamu bertelagah di dalam sesuatu perkara,maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nyajikakamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat.Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan” (al-Nisa’(4):59).Dan firman-Nya “Tidakkah kamu mengetahui bahawa mereka yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada (al-Qur’an) yang diturunkan kepada engkau dan (kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau; mereka hendak meminta hukum kepada Thaghut(berhala),sedang kan mereka diperintahkan supaya menentang thaghut .Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh” (al-Nisa’(4):60).Justeru itu ajaran Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah menyeleweng dari ajaran al-Qur’an.

4. Melebihkan taraf Abu Bakr dan Umar daripada Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan hukum. Mereka lebih mentaati sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar daripada sunnah Rasulullah saw.Sebaliknya mereka menyesatkan orang yang tidak mentaati sunnah mereka berdua sekalipun bertentangan dengan sunnah Rasulullah (Saw.).Jika sesiapa mengamalkan Sunnah Rasulullah 100 peratus adalah dikira sesat, dan menyeleweng dari Islam yang sebenar, kerana menolak sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar yang menyalahi sunnah Rasulullah (Saw.) Oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah.Mereka percaya bahawa khalifah Abu Bakr dan Umar lebih mengetahui daripada Rasulullah saw.

Lantaran itu mereka menggunakan istilah-istilah Masalih Mursalah,Maslahah,Ihsan, Maqasidu sy-Syari‘ah, ijtihad dan lain-lain bagi membatalkan/menangguh/menggantikan sebahagian Sunnah Rasulullah (Saw.).Justeru itu mereka menyalahi Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35).

Firman-Nya “Tidak,demi Tuhan,mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”(Al-Nisa’(4):65)Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir”(al-Ma ‘idah(5):44).

Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali”(Al-Nisa ‘(4);115).

5. Mengharamkan nikah Mut‘ah yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul-Nya.Kerana Umar mengharamkannya.Dengan pengharaman tersebut banyak gejala masyarakat timbul dan tidak dapat di atasi.Lantaran itu kita dapati di dalam masyarakat Ahlu s-Sunnah wa l–Jama‘ah perzinayan, perogolan banyak berlaku.Bapa berzina dengan anak perempuannya,iparya,emak saudaranya dan lain-lain.Oleh itu tidak hairanlah jika Imam Ali a.s berkata: “perzinayan yang berlaku,adalah ekoran pengharaman nikah Mut‘ah”. Mereka mentaati Umar lebih dari mentaati Allah swt. Dan Rasul-Nya dari segi pelaksanaan hukum. Al-Suyuti berkata:Umarlah orang pertama yang mengharamkan nikah Mut‘ah (Tarikh al-Khulafa’,hlm.137).

Kenyataan al-Suyuti bererti:

a) Nikah mut'ah adalah halal menurut Islam.

b) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah dihalalkan pada masa Rasulullah (Saw.), khalifah Abu Bakar dan pada masa permulaan zaman khalifah Umar.

c) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum nikah mut'ah sekalipun ianya halal di sisi Allah dan Rasul-Nya. Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahlil Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal, kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.


Sebenarnya para ulama Ahlul Sunnah sendiri telah mencatat bahawa Umarlah yang telah mengharamkan nikah mut'ah seperti berikut:

a) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan, V, hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar,"Dua mut'ah yang dilakukan pada masaRasulullah (Saw.) tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya, iaitu mut'ahperempuan dan mut'ah haji.

b) Al-Raghib di dalam al-Mahadarat, II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin Aktam berkata kepada seorang syaikh di Basrah:"Siapakah orang yang anda ikuti tentang harusnya nikah mut'ah."Dia menjawab:"Umar al-Khatab."Dia bertanya lagi,"Bagaimana sedangkan Umarlah orang yang melarangnya."Dia menjawab:"Mengikut riwayat yang sahih bahawa dia menaiki mimbar masjid dan berkata:Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah menghalalkan untuk kalian dua mut'ah tetapi aku aku mengharamkan kedua-duanya (mut'ah perempuan dan mut'ah haji). Maka kami menerima kesaksiannya tetapi kami tidak menerima pengharamannya."

c) Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata:"Kami telah melakukan nikah mut'ah dengan segenggam kurma dan gandum selama beberapa hari pada masa Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar melarang dan mengharamkannya dalam kes Umru bin Harith.[Muslim, Sahih, I, hlm. 395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX, hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VIII, hlm.294].

d) Daripada Urwah bin al-Zubair,"Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa Umar al-Khattab dan berkata:"Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah melakukan nikah mut'ah dengan seorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka Umar keluar dengan marah dan berkata:"Sekiranya aku telah memberitahukan kalian mengenainya awal-awal lagi nescaya aku merejamnya."Isnad hadith ini adalah tsiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwatta', II, hlm. 30;al-Syafi'i, al-Umm, VII, hlm. 219;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 206].

e) Kata-kata Ali (a.s),"Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut'ah nescaya tidak seorang pun berzina melainkan orang yang celaka."[al-Tabari, Tafsir, V, hlm. 9; Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm.140].

Kata-kata Ali (a.s) ini menolak dakwaan orang yang mengatakan bahawa Ali telah melarang nikah mut'ah kerana beliau tidak memansuhkan ayat di dalam Surah al-Nisa' (4):24.

f) Daripada Ibn Juraij, daripada 'Ata' dia berkata:"Aku mendengar Ibn Abbas berkata:Semoga Allah merahmati Umar, mut'ah adalah rahmat Tuhan kepada umat Muhammad dan jika ia tidak dilarang (oleh Umar) nescaya seorang itu tidak perlu berzina melainkan orang yang celaka."[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 179; al-Zamakhshari, al-Fa'iq, I, hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm. 130]

Riwayat Ibn Abbas tersebut menafikan dakwaan orang yang mengatakan Ibn Abbas telah menarik balik kata-katanya mengenai mut'ah. Walau bagaimanapun halalnya mut'ah tidak berpandu kepada pendapat Ibn Abbas tetapi berpandu kepada Surah al-Nisa (4): 24 yang tidak dimansuhkan.

Di sini disebutkan nama-nama sahabat dan tabi'in yang telah mengamalkan nikah mut'ah atau mempercayai ia halal seperti berikut:

1. Umran b. al-Hasin.
2. Jabir b. Abdullah.
3. Abdullah b. Mas'ud.
4. Abdullah b. Umar.
5. Muawiyah b. Abi Sufyan.
6. Abu Said al-Khudri.
7. Salman b. Umaiyyah b, Khalf
8. Ma'bad b. Umaiyyah.
9. al-Zubair bin al-Awwam yang mengahwini Asma' bt khalifah Abu Bakar secara mut'ah selama tiga tahun dan melahirkan duaorang anak lelaki bernama Abdullah da Urwah.
10. Khalid b. Muhajir.
11. Umru b. Harith.
12. Ubayy b. Ka'ab.
13. Rabi'ah b. Umaiyyah.
14. Said b. Jubair.
15. Tawwus al-Yamani.
16. 'Ata' Abu Muhammad al-Madani.
17. al-Sudi.
18. Mujahid.
19. Zufar b. Aus al-Madani.
20. Ibn Juraij.
21. Ali bin Abi Talib.
22. Umar b. al-Khattab sebelum dia mengharamkannya dan diakui leh anaknya Abdullah bin Umar.

Nama-nama tersebut adalah diambil dari buku-buku Hadith Ahlul Sunnah dan lain-lain di mana saya tidak memberi rujukan lengkap kerana kesempitan ruang, lihatlah umpamanya buku-buku sahih bab nikah mut'ah dan lain-lain.

Di sini diperturunkan pendapat-pendapat Ahlul Sunnah yang mengatakan nikah mut'ah telah dimansuhkan, kemudian, diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan kembali. Ia mempunyai 15 pendapat yang berbeza-beza sepertiberikut:

1. Nikah mut'ah diharuskan pada permulaan Islam, kemudian Rasulullah (Saw.) menegahnya di dalam Peperangan Khaibar.

2. Ia boleh dilakukan ketika darurat di masa-masa tertentu kemudian diharamkan pada akhir tahun Haji Wida'.

3. Ia diharuskan selama 3 hari sahaja.

4. Diharuskan pada tahun al-Autas kemudian diharamkan.

5. Diharuskan pada Haji Wida' kemudian ditegah semula.

6. Diharuskan, kemudian diharamkan pada masa pembukaan Mekah.

7. Ia harus, kemudiannya ditegah dalam Perang Tabuk.

8. Diharuskan pada pembukaan Mekah dan diharamkan pada hari itu juga.

9. Ia dihalalkan pada Umrah al-Qadha'.

10. Ia tidak pernah diharuskan di dalam Islam. Pendapat ini bertentangan dengan al-Qur'an, Sunnah Nabi (Saw.), Ahlul Baytnya dan sahabat-sahabat.

11. Ia diharuskan kemudian dilarang pada Perang Khaibar kemudian diizin kembali pada masa pembukaan Mekah kemudian diharamkannya selepas tiga hari.

12. Diharuskan pada permulaan Islam kemudian diharuskan pada Perang Khaibar kemudian diharuskan pada Perang Autas, kemudian diharamkan.

13. Diharuskan pada permulaan Islam pada tahun Autas, pembukaan Mekah dan Umrah al-Qadha' dan diharamkan pada Peperangan Khaibar dan Tabuk.

14. Ia telah diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan kemudian dimansuhkan.

15. Diharuskan 7 kali, dimansuhkan 7 kali, dimansuhkan pada Peperangan Khaibar, Hunain, 'Umra al-Qadha', tahun pembukaan Mekah, tahun Autas, Peperangan Tabuk dan semasa Haji Wida'.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 183; Muslim, Sahih, I, hlm. 394;Ibn Hajr, Fath al-Bari, IX, hlm. 138; al-Zurqani, Syarh al-Muwatta', hlm. 24].

Lihatlah bagaimana perselisihan pendapat telah berlaku tentang nikah mut'ah di mana mereka sendiri tidak yakin bilakah ia dimansuhkan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun pendapat-pendapat tersebut memberi erti bahawa hukum nikah mut'ah boleh dipermainkan-mainkan kerana ia mengandungi beberapa proses pengharusan dan pengharaman, oleh itu ianya tidak mungkin dilakukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ianya telah dilakukan oleh al-Zubair bin al-Awwam dengan Asma' bt. khalifah Abu Bakar selama tiga tahun dan melahirkan duaorang anak mut'ah.

Sebenarnya pengharusan nikah mut'ah itu berasal daripada al-Qur'an, firman-Nya (Surah al-Nisa (4):24:"Maka isteri-isteri kamu.

yang kamu nikmati (mut'ah) di atas mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajipan." Menurut al-Zamakhsyari, ayat ini adalah Muhkamah, iaitu tidak dimansuhkan [al-Kasysyaf,I hlm. 190] iaitu nikah mut'ah adalah halal.

Al-Qurtubi menyatakan, penduduk Mekah banyak melakukan nikah mut'ah [Tafsir,V, hlm. 132]. Fakhruddin al-Razi berkata:"Mereka berselisih pendapat tentang ayat ini, sama ada ia dimansuhkan ataupun tidak, tetapi sebahagian besar berpendapat ayat ini tidak dimansuhkan dan nikah mut'ah adalah harus."[Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 200] Abu Hayyan berkata:"Selepas menukilkan hadith yang mengharuskan nikah mut'ah, sekumpulan daripada Ahlul Bayt dan Tabi'in berpendapat nikah mut'ah adalah halal."Ibn Juraij (w.150H)pula berpendapat bahawa nikah mut'ah adalah harus. Imam Syafi'I menegaskan bahawa Ibn Juraij telah bernikah mut'ah dengan 72 orang perempuan, sementara al-Dhahabi pula menyatakan Ibn Juraij telah bermut'ah dengan 90 orang perempuan.[Tadhib al-Tahdhib, VI, hlm. 408].

Perhatikanlah bahawa Ibn Juraij adalah seorang daripada Tabi'in dan imam masjid Mekah, telah berkahwin secara mut'ah dengan 90 orang perempuan dan dia juga telah meriwayatkan hadith yang banyak di dalam sahih-sahih Ahlul Sunnah seperti Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ini bererti kitab-kitab sahih tersebut telah dikotori (mengikut bahawa lawan) dan ia tidak menjadisahih lagi sekiranya orang yang melakukan nikah mut'ah itu dianggap penzina.

Ayat tersebut tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mukminun ayat 6 dan Surah al-Ma'arij ayat 30, kerana kedua-dua ayat tersebut.

adalah Makkiyyah dan ayat Makkiyyah tidak boleh memansuhkan ayat Madaniyyah, begitu juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat al-Mirath (pusaka) kerana dalam nikah biasa sekalipun mirath tidak boleh berlaku jika si isteri melakukan nusyuz terhadap suaminya atau isterinya seorang kitabiyah. Sebagaimana juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat Talaq, kerana nikah mut'ah dapat ditalak (dapat dibatalkan) dengan berakhirnya masa. Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan hadith mengiku jumhur ulama.

Imam Zulfar berpendapat walaupun ditetapkan, tetapi ia tidak membatalkan akad nikah. Imam Malik pula mengatakan nikah mut'ah adalah harus hingga terdapatnya dalil yang memansuhkannya. Imam Muhammad al-Syaibani mengatakan nikah mut'ah adalah makruh. [al-Sarkhasi, al-Mabsut, V, hlm. 160] Demikianlah beberapa pendapat yang menunjukkan nikah mut'ah adalahharus tetapi ia diharamkan oleh khalifah Umar al-Khattab. Adapun syarat-syarat nikah mut'ah menurut Islam adalah seperti berikut:
i. Mahar.
ii. Ajal (tempoh)
iii. Akad yang mengandungi ijab dan kabul dan ianya sah dilakukan secara wakil.
iv. Perceraian selepas tamatnya tempoh.
v. Iddah.
vi. Sabitnya nasab (keturunan).
vii. Tidak sabitnya pusaka di antara suami dan isteri jika ia tidak syaratkan.


Inilah syarat-syarat nikah mut'ah mengikut Ahlul Sunnah dan Syiah dan inilah yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabi'in. Adapun kata-kata bahawa 'nikah mut'ah boleh dilakukan dengan isteri orang' adalah satu pembohongan yang besar dan ianya menyalahi nas. Oleh itu para Imam Ahlul Bait (a.s) dan para ulama Syiah mengharamkannya. Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada nikah mut'ah ataupun da'im (biasa) adalah dipihak perempuan atau wakilnya, maka perempuan tersebut atau wakilnya mestilah mengetahui bahawa 'dia' bukanlah isteri orang, jika tidak, ia tidak boleh melafazkan ijab, "aku nikahkan diriku akan dikau dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit selama tiga tahun."Umpamanya lelaki menjawab:"Aku terimalah nikah.

Imam Baqir dan Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berkata bahawa pihak lelaki tidak wajib bertanya adakah siperempuan itu isteri orang atau tidak, kerana sudah pasti mengikut hukum syarak perempuan yang akan berkahwin mestilah bukan isteri orang. Jika didapati ia isteri orang maka nikah mut'ah atau nikah biasa itu adalah tidak sah. Walau bagaimanapun adalah disunatkan seorang itu bertanya keadaan perempuan itu sama ada masih isteri orang atau sebagainya.

Mengenai wali Ahlul Sunnah tidak sependapat sama ada wali adalah wajib bagi perempuan yang ingin berkahwin. Abu Hanifah umpamanya menyatakan wali adalah tidak wajib bagi janda dan anak dara yang sudah akil baligh dengan syarat ia berkahwin dengan seorang yang sekufu dengannya.[Malik, al-Muwatta', I, hlm. 183] Abu Yusuf dan al-Syaibani pula berpendapat wali adalah peru tetapi bapa tidak ada hak untuk memaksa anak perempuannya melainkan ia di bawah umur.[Ibn Hazm, al-Muhalla, hlm. 145].

Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berpendapat wali tidak wajib dalam nikah kecuali bagi anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di dalam semua keadaan bagi penentuan harta dan keturunan.[al-Tusi, Tahdbib al-Ahkam, VII, hlm. 262]

Sebenarnya idea wali nikah menurut Imam Malik adalah dikaitkan dengan khalifah Umar al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa'id bin al-Musayyab, bahawa seorang tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran walinya atau keluarganya yang baik atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah al-Kubra, IV, hlm. 16]

Mengenai saksi di dalam nikah, Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) tidak mewajibkan saksi di dalam nikah mut'ah atau nikah biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian bagi pengurusan harta dan penentuan nasab keturunan.[al-Tusi, al-Istibsar, III, hlm. 148].

Tidak terdapat di dalam al-Qur'an ayat yang mewajibkan wali dan saksi di dalam nikah, umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa (4):3....."maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat." Ini bererti Allah tidak mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan kerana untuk memberi kemudahan kepada umat manusia tetapi Dia mewajibkan saksi di dalam perceraian, firmanNya dalam Surah al-Talaq (65):2...."Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu."

Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) mengatakan bahawa dua saksi di dalam talak adalah wajib. Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa saksi adalah digalakkan, lantaran itu hadith "Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi" adalah hadith yang lemah. Itulah nikah mut'ah yang dipercayai oleh mazhab Ja'fari dan ia adalah sama seperti yang dilakukan pada zaman Nabi (Saw.) dan zaman sahabatnya, dengan penjelasan ini, semoga ianya dapat dibezakan di antara pelacuran dan nikah mut'ah.

Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya khalifah Umar sahaja yang memansuhkan nikah mut'ah pada masa pemerintahannya. Oleh ituijtihadnya adalah menyalahi nas, dengan itu kata-kata al-Suyuti bahawa khalifah Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah adalah wajar dan menepati nas. Walau bagaimanapun saya sekali-kali tidak menggalakkan sesiapa pun untuk melakukannya walau di mana sekalipun.

7. Khalifah tidak diwasiatkan oleh Rasulullah saw,tetapi khalifah Abu Bakr telah berwasiat kepada Umar,dan Umar telah berwasiat kepada Uthman secara tersusun. Lantaran itu Abu Bakr tidak mentaati Rasulullah saw kerana meninggalkan wasiat, begitu juga Umar.Sebenarnya Rasulullah saw telah berwasiat kepada Ali a.s. “Siapa yang telah menjadikan aku maulanya , maka Ali adalah maulanya” Lantaran itu Ali dan sebelas para imam Ahlu l-Bait Rasulullah saw menuntutnya.

Lantaran itu,jika mereka mendakwa Rasulullah tidak meninggalkan wasiat,tetapi mereka berdua telah berwasiat,bererti mereka telah menyalahi Sunnah Rasulullah saw yang tidak berwasiat menurut pendapat mereka.Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Rasulullah saw.Dan jika Rasulullah saw telah berwasiat-tentu beliau berwasiat-Mereka juga telah menyalahi Sunnah Rasulullah saw,kerana beliau telah berwasiatkan kepada Ali,Hasan ,Husain sehinggalah kepada Imam al-Mahdi a.s. dan bukan kepada mereka berdua.( al-Qunduzi al-Hanafi,Yanabi‘ al-Mawaddah,hlm.124-5)Justeru itu Ahlu s-Sunnah yang menolak hadis Imam Dua Belas sepatutnya meneleweng,bukan Syi‘ah yang mempercayainya.

8. Tidak memahami konsep ilmu Allah tentang al-Bada’ di dalam konteks “Dia menghapuskan apa yang dikehendaki dan menetapkan(yamhu Llahu ma yasya‘ wa yuthbit) dan di sissi-Nya Ummu l-Kitab’ (al-Ra‘d(13):39) Dan firman-Nya “ Kami tidak mengubah mana mana ayat ( ma nansakhu min ayatin) atau kami lupakan(kepada kamu) kami datangkan (gantiannya) dengan lebih baik daripadanya(na’ti bi-kharin min-ha) atau yang seumpamanya( au mithli-ha)” (Al-Baqarah(2):106) Oleh itu, Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah tidak memahami konsep al- Bada’ , nasikh dan mansukh sehingga mereka mempercayai bahawa Abu Bakr dan Umar boleh membatalkan/mengubah hukum Allah dan Sunnah Rasulullah saw dengan alasan maslahah ,lalu memtaati mereka berdua.

9. Tidak mempercayai Muhammad bin Hasan al-Askari sebagai imam al-mahdi al-muntazar.Sikap penentangan ini semata-mata penentangan mereka terhadap hadis Dua Belas Imam (al-Qunduzi l-Hanafi,Yanabi ‘ al-Mawaddah,hlm.148-9)

10. Memartabatkan majoriti para sahabat Nabi saw yang telah menjadi kafir-murtad dengan sendiri.Sedangkan Rasulullah saw mengatakan bahawa majoriti mereka telah menjadi kafir murtad selepas kewafatannya, kerana mereka telah mengubah /membatalkan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah (Saw.).Hanya sedikit sahaja bilangan mereka terselamat.Syi‘ah tidak mengkafirkan mereka tetapi al-Bukhari dan Muslim telah mencatat di dalam Sahih Sahih mereka mengenai perkara tersebut.


Definisi kekafiran

Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan “kafir”. Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-sifat kafir.Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Sementara perkataan “mengkafir/mengafir” bererti menganggap kafir/mengatakan kafir (Kamus Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.514).Perkataan “murtad” bererti seorang keluar daripada agamanya,tidak setia kepada agamanya (Kamus Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.846) Justeru itu orang Islam yang menjadi kafir atau murtad adalah orang yang keluar agama Islam.

Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi (Saw.) amat mencemaskan,tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana kedua dua kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-Qur’an oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah dicatat oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada mazhab Ahlu l-Bait(a.s) di dalam buku-buku mereka.

Amatlah dikesali bahawa kaum Wahabi yang menyamar sebagai Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sentiasa menyamarakkan sentimen anti Syi‘ah dengan slogan “Syi‘ah mengkafirkan para sahabat” bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada gerakan mereka.Walau bagaimanapun rencana ringkas ini sekadar mendedahkan hakikat sebenar bagi menjawab tuduhan tersebut,dan tidak sekali-kali bertujuan meresahkan kaum Muslimin di rantau ini.

Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) di dalam Sahih-Sahih mereka, kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain pula? Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah (swt)Dan jika kita Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), nescaya kita menerimanya.Jika tidak, kitalah Ahli anti Sunnah/Hadis Nabi (Saw.)


Definisi sahabat

Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya."

Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya(al-Bukhari, Sahih, v , hlm.1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya(Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan."

Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi (Saw.) dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.Ibn Hajar berkata:"Definisi tersebut tidak boleh diterima(Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm.1)

Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi (Saw.)dalam masa yang lama dan "mengambil (hadith) daripadanya(Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi,hlm.4-3) Ada juga pendapat yang mengatakan:"Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi (Saw.) dalam masa yang pendek(Ibid).


Kedudukan para sahabat

Kedudukan para sahabat di bahagikan kepada tiga:

1. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid.Ini adalah pendapat Ahlu s- Sunnah wa l-Jama‘ah.

2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka.Justeru itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya.Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya.Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah (Saw.)/Syi‘ah/Imam Dua belas.

3. Semua sahabat adalah kafir-semoga dijauhi Allah-Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.

Dikemukan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA1987, jilid viii, hlm.378-384(Kitab ar-Riqaq,bab fi l-Haudh)dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim,Sahih, edisi Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi, Cairo,1339H,


Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari

1. Hadis no.578.Daripada Abdullah bahawa Nabi(Saw.) bersabda:Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku.Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.Aku akan bersabda: wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi).Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

2. Hadis no.584.Daripada Anas daripada Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai/Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka,lantas mereka dibawa jauh daripadaku.Kemudian aku akan bersabda:Para sahabatku(ashabi)!Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka)

3. Hadis no.585.Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (Saw.) Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya.Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali,dan mereka juga mengenaliku.Kemudian dihalang di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata : Nu‘man bin Abi ‘iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab:Ya.Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa ‘id al-Khudri berkata perkara yang sama,malah dia menambah:Nabi (Saw.) bersabda:Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi).Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah) /ke Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba‘di) ”

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat.kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!mereka itu adalah para sahabatku (ashabi).Dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka)Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu ‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy)

4. Hadis no.586.Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh.Maka aku berkata:Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba ‘da-ka ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy)

5. Hadis no.587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (Saw.)bersabda: Manakala aku sedang tidur,tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku.Apabila aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki(Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka :Datang kemari.Aku bertanya kepadanya:Ke mana? Dia menjawab:Ke Neraka,demi Allah.Aku pun bertanya lagi:Apakah kesalahan mereka?Dia menjawab:Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka( inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy).Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya(fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘ am).


Terjemahan hadis-hadis dari Sahih Muslim

1. Hadis no.26.(2290)Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda:Aku akan mendahului kamu di Haudh.Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya.Dan siapa yang meminumnya,dia tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku(para sahabatku).Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata:Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini.Maka dia berkata:Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian?Dia berkata:Ya.

(2291)Dia berkata:Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah:Dia berkata:Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku(inna-hum min-ni).Dan dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).Maka aku (Nabi (Saw.) bersabda:Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah)/ke Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku ( Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di)

2. Hadis no.27(2293)Dia berkata:Asma‘ binti Abu Bakr berkata:Rasulullah (Saw.) bersabda:Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu(man yaridu ‘alayya min-kum).Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!Mereka itu daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab:Tidakkah anda merasai/menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)?Demi Allah, mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka(Wa Llahi!Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)Dia berkata:Ibn Abi Mulaikah berkata: “ Wahai Tuhanku!Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami”

3. Hadis no.28.(2294) Daripada ‘Aisyah berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya(ashabi-hi):Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada(para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka).Mereka sentiasa mengundur ke belakang(kembali kepada kekafiran)(Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)

4. Hadis no.29(2295)Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah;isteri Nabi (Saw.)Rasulullah (Saw.) bersabda:Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang daripada kamu(para sahabatku) akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku(fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau/diusir unta yang tersesat(ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu).Aku akan bersabda:apakah salahnya? Dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)Maka aku bersabda:Jauh!(daripada rahmat Allah) (suhqan).

5. Hadis no.32(2297)Daripada Abdillah, Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Dan aku akan bertelagah dengan mereka (aqwaman).Kemudian aku akan menguasai mereka.Maka aku bersabda:Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku.Mereka itu adalah para sahabatku(Ya Rabb!Ashabi,ashabi).Lantas dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

6. Hadis no.40.(2304)Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (Saw.) bersabda:Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki(rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku(mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku.Kemudian mereka dipisahkan daripadaku.Maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!Mereka adalah para sahabatku.Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi)Akan dijawab kepadaku:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).

Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut.

Daripada hadis-hadis di atas kita dapati al-Bukhari telah menyebut perkataan:

a. Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali

b. Inna-ka la tadri/la ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali.Perkataan ahdathu bererti mereka telah melakukan bid‘ah-bid‘ah/inovasi yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah nabi (Saw.).

c. Inna-hum Irtaddu(Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.

d. Suhqan suhqan li-man gyayara ba‘di (Jauh! Jauh!(daripada rahmat Allah) /ke Nerakalah mereka yang telah mengubah/menukarkan-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali.perkataan “Ghayyara” bererti mengubah/ menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

e. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na‘am (Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan(beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya) satu kali.


Sementara Muslim telah menyebut perkataan:

a. Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.

b. Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,

c. Sahaba-ni ( bersahabat denganku) satu kali

d. Usaihabi (para sahabatku) dua kali.

e. Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.

f. Inna-ka la tadri/sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui/menyedari apa yang dilakukan(ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali .Perkataan “Ma ‘amilu”(Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya..

g. Ma barihu/Ma zalu Yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali

h. Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah)/ ke Nerakalah mereka yang telah mengganti/ mengubah/ menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti/mengubah/menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Justeru itu sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:
(1) Ahdathu=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(2) ‘Amilu =Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(3) Ghayyaru=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(4) Baddalu=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him


Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati(mal‘unin). Lantaran itu sebarang justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Masalihu l-Mursalah, Saddu dh-Dhara’i‘,Maqasidu sy-Syari‘ah‘, dan sebagainya bagi mengubah/menukar/menangguh/membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.).Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi (Saw.)

Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu/La yazalun yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) di dalan hadis-hadis tersebut adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya (baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid‘ah (ahdathu) dan amalan-amalan (‘amilu) yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.). Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama.Menurut al-Bukhari dan Muslim,hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang tersesat/terbiar (mithlu hamali n-Na‘am) .Justeru itu konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy‘ari (al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo,1958, hlm.12) dan dijadikan akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah bertentangan dengan hadis-hadis tersebut.

Walau bagaimanapun hadis-hadis tersebut adalah bertepatan dengan firma-Nya di dalam Surah al-Saba’(34):131 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”, firman-Nya di dalam Surah Yusuf (12):103 “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman, meskipun engkau harapkan”,dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38):24 “Melainkan orang-orang yang beriman,dan beramal salih,tetapi sedikit (bilangan) mereka” Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah hud(11):40 “ Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja.” Mukminun adalah sedikit.Justeru itu tidak hairanlah jika di kalangan Para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi (Saw.), tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Nabi (Saw.) Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (swt).

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahu kami bahawa dia berkata:"Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata:Suatu hari Nabi (Saw.) telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana Allah (swt). Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahu Nabi (Saw.) mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar."

Perhatikanlah bagaimana perlakuan (ma ‘amilu) sahabat terhadap Nabi (Saw.)! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi (Saw.) itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi (Saw.) itu harus ditaati?Tetapi mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi (Saw.).

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata:"Aisyah berkata:Nabi (Saw.) pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi (Saw.), maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda:"Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka."

Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata:"Aku berjalan bersama Rasulullah (Saw.) di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi (Saw.) dengan kuat." Anas berkata:"Aku melihat kulit leher Nabi (Saw.) menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi (Saw.) berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."

Di kalangan mereka ada yang telah menghina Nabi (Saw.)dan mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau” di hadapan Nabi (Saw.)“ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah Nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.)Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”,Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92),menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku ,dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).

Mereka telah membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I ,hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti,Tarikh al-Khulafa’ hlm.136).

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib (r.a), lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi (Saw.) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm.343 (Hadis no.488 )

Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 144:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang(murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur." Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13:"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."


Kesimpulan

Kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amat menakutkan sekali. Dan ianya menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menegaskan bahawa semua para sahabat adalah adil (kebal). Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘I, mufti, kadi dan kita sendiri,tidak boleh mengubah/ menannagguhkan/melanggar/ membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari‘ah, Maslahah, dan sebagainya.Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meridhai perbuatan tersebut.Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)

Firman-Nya “Tidak,demi Tuhan,mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”(Al-Nisa’(4):65)Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir”(al-Ma ‘idah(5):44)

Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)

Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali”(Al-Nisa ‘(4);115)

Semoga semua orang Islam sama ada sahabat atau tidak,dahulu dan sekarang,akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya.Amin.

11. Membuang perkataan “Hayya ‘ala khairi l ‘amal ” di dalam azan dan iqamah, dan menambah “al-Salatu kharun mina-n-Naum” di dalam azan subuh.(al-Suyuti,Tarikh al-Khulafa’, hlm.137 dll.).Mereka melakukan Dua Syahadat bukan di dalam ertikata yang sebenar, kerana mereka menjadikan sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar lebih tinggi dari hukum Allah dan Sunnah Muhammah (Saw.).Sementara Syi‘ah Ja‘fariyyah/Imam Dua Belas/Mazhab Ahlu l-Bait (a.s) Dua Syahadat di dalam ertikata yang sebenar.Mereka tidak menjadikan sunnah Abu Bakr dan Umar lebih tinggi dari hukum Allah dan Rasul-Nya dari segi pelaksanaan.

Sementara ungkapan “penyaksian mereka bahawa Ali adalah wali Allah” disebutkan di dalam azan dan iqamah oleh sebahagian Syi‘ah, mereka tidak menjadikannya sebahagian dari azan dan iqamah.Mereka menyebutnya kerana mengisytiharkan bahawa Ali adalah wali Allah”.Umpamanya Ayatullah al-Khoei tidak menyebutnya di dalam azan dan iqamah.Sementara Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mempercayai azan dan iqamah yang mereka lakukan sekarang adalah azan dan iqamah Rasulullah (Saw.).Mereka kurang/tidak mengetahui bahawa azan/iqamah tersebut telah dibuang perkataan “Hayya ‘ala khairi l ‘amal” dan ditambah perkataan “As-Salatu kharun mina n-Naum” oleh khalifah Umar.Justeru itu Syahadat yang dilakukan oleh Syi‘ah adalah dua Syahadat di dalam sembahyang mereka.Hanya Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang tidak mengetahuinya.

12. Membuang /memperkecilkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam Ahlu l-Bait sekalipun Mutawatir dan bertepatan dengan al-Qur’an.Dan menerima/memperbesarkan hadis hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sekalipun menyalahi al-Qur’an.

13. Menolak hukum-hukum al-Qur’an yang menyalahi sunnah Abu Bakr , Umar,Uthman,dan Mu‘awiyah.

14. Menolak Sunnah Rasulullah yang menyalahi sunnah Abu Bakr , Umar,Uthman,danMu‘awiyah.

15. Menjadikan sunnah Abu Bakr, sunnah Umar, sunnah Uthman,dan sunnah Mu‘awiyah lebih tinggi dari al-Qur’an dari segi pelaksanaan .

16. Menjadikan sunnah Abu Bakr, sunnah Umar, sunnah Uthman,dan sunnah Mu‘awiyah lebih tinggi dari Sunnah Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan.

17. Memulih/memurnikan akidah mereka yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar,Uthman dan Mu‘awiyah yang berlawanan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) sehingga mereka menolak hukum/ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) dengan alasan maslahah, keselamatan negara,perpaduan dan sebagainya.Sepatutnya mereka yang menolak sebahagian hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya patut dipulih/dimurnikan akidah mereka sehingga mereka menolak sunnah Abu Bakr , Umar,Uthman,dan Mu‘awiyah yang bertentangan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

18. Menjadikan berbagai-bagai istilah seperti Maslahah, Istihsan, masalihu l-Mursalah, Maqasidu sy-Syari‘ah, Saddu dh-Dhari‘ah,Ijtihad, Ijmak, Qiyas, dan lain-lain biasanya bagi membatal/menangguh/mengilak/ mengubah/ mengeliru/ menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.Orang ramai menerimanya,kerana kejahilan mereka.Sepatutnya istilah-istilah tersebut digunakan 100 peratus bagi mentaati hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya,tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

19. Mereka memusuhi orang yang menolak sunnah Abu Bakr,Umar,Uthman,dan Mu‘awiyah yang menyalahi hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya.Sebaliknya mencintai orang yang menolak hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya,tetapi menerima sunnah-sunnah mereka tersebut.

20. Mereka menjadikan sunnah Abu Bakr,Umar,Uthman,dan Mu‘awiyah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya sebagai amal ibadat harian,bulanan,dan tahunan mereka bagi bertaqarrub kepada Allah (swt).Mereka meninggi diri dan berkata :inilah akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah;kumpulan yang berjaya (firqah Najiyah).Sementara kumpulan yang lain ke Neraka.

21. Mereka menggunakan perkataan al-Sunnah/Sunnah bagi menggambarkakan Sunnah Rasulullah (Saw.) sahaja, tetapi pada hakikatnya ia meliputi sunnah Abu Bakr, Umar,Uthman, dan Mu‘awiyah.Begitu juga mereka mengguna perkataan “Ahlu s-Sunnah” bagi mempamirkan kepada orang ramai bahawa apa yang mereka maksudkan dengan perkataan tersebut adalah “Ahlu s-Sunnah Rasulullah (Saw.) sahaja”;merekalah yang menjaga,dan pengamal Sunnah Rasulullah (Saw.)yang sebenarnya,tetapi pada hakikatmya ia meliputi sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya,dan merekalah pengamalnya.Orang ramai disebabkan kejahilan dan kefanatikan mereka,tidak dapat membezakan di antara Sunnah Rasulullah (Saw.) dan sunnah-sunnah mereka berempat.Lalu mereka mentaati sunnah-sunnah tersebut, dan menjadikanya ibadat bagi menghampiri diri kepada Allah (swt).

22. Mereka membenci/memulau/memisahkan orang yang yang ingin membezakan di antara Sunnah Rasulullah (Saw.) dan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah.Kerana mereka khuatir orang ramai akan mengetahuinya, dan mungkin akan mentaati hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasulullah (Saw.).Justeru itu mereka akan menolak sunnah-sunnah mereka.Lantaran itu mereka popularkan hadis “Ikutlah Sunnahku dan sunnah khulafa’ Rasyidin selepasku” Mereka menjadi kesamaran,lalu mereka mengikuti sunnah-sunnah khalifah yang menyalahi hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya.Kemudian mereka meredhainya dan beramal ibadat dengannya dan menjadikannya sebagai penilai kebenaran yang mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).Orang ramai menerimanya, kerana kejahilan dan kefanatikan mereka. Mereka berkata:Inilah akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah.Dan siapa yang menyalahi Akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah sesat dan menyeleweng.Dengan mengguna polar pemikiran tersebut bahawa mereka yang mengikuti 100 peratus hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya dikira sesat dan menyeleweng oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah.

23. Mereka memuji dan memuja orang yang melebih-lebihkan sunnah Abu Bakr,Umar,Uthman,dan Mu‘awiah ke atas hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya.Mereka melantik mereka kejawatan yang tinggi bagi menangguh/membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.


B. Penyelewengan dari sudut Syari‘at (al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).

1. Menerima ijmak ulama Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sahaja walau pun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw.Umpamanya mereka berijmak menyalahi firman-Nya “ Talak (yang dapat dirujukkan) dua kali” dengan menghukum bahawa talak tiga sekali gus jatuh tiga.Sedangkan di dalam al-Qur’an ia jatuh satu. Di dalam hadis juga jatuh satu.Khalifah Umar telah bertanya Rasulullah saw tentang talak tiga sekali gus:Jika ia menceraikan isterinya tiga kali sekali gus?Beliau bersabda:Anda telah mendurhakai Tuhan anda”(A‘lamu l-Muwaqqa‘in,iv,hlm.349)Justeru itu mereka telah menggunakan Ijmak (ulama Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah) bagi membatalkan hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul-nya.Dan bukan untuk mentaati hukum Allah dan Sunnah Rasulullah saw sepenuhnya.Orang ramai menerimanya kerana kejahilan dan kefanatikan mereka.

2. Menerima Qiyas sekalipun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya.Bagaimana dikiaskan saksi kepada “pembunuhan” yang memerlukan dua saksi sementara saksi kepada “perzinayan” memerlukan kepada empat saksi.Manakah yang lebih berat pembunuhan atau perzinayan?Justeru itu Qiyas tidak boleh dijadikan sumber hukum.Dan sumber hukum pula tidak boleh menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw.Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak meredhainya. Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)

Firman-Nya “Tidak,demi Tuhan,mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”(Al-Nisa’(4):65)

3. Membiarkan perzinayan berlaku dengan memperketatkan syarat nikah yang tidak disyaratkan oleh Rasulullah saw firman-Nya “ Maka kahwinilah olehmu perempuan-perempuan yang baik hati, berdua, bertiga atau berempat orang” (Al-Nisa’(4):3).Kemudian mepermudahkan pencerian tanpa saksi sedangkan ia adalah syarat di dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw .Firman-Nya “ Dan persaksikanlah dengan dua saksi yang adil di antara kamu” ((al-Talaq(65):2),dan mengharamkan nikah Mut‘ah yang dihalalkan dan pernah dilakukan oleh Rasulullah saw, Umar, Umran bin Hasin, Ibn Juraij dan lain-lain.Ali a.s berkata: Jika Umar tidak melarangnya,nescaya tidak akan berzina melainkan orang yang celaka”. “Mereka memaafkan penzina-penzina mereka, tetapi mereka membunuh orang yang melakukan nikah mut‘ah”.

4. Menerima ‘Aul yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw.Umarlah orang yang pertama mengenakan ‘Aul di dalam pesaka.(al-Suyuti,Tarikh al-Khulafa’,137).Lantaran itu,mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Rasulullah saw, malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar.Kerena mereka menghukum sesat/menyeleweng orang yang menolak ‘Aul yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw.

5. Menjadikan pendapat Abu Bakr,Umar,Uthman dan Mu‘awiyah lebih tinggi daripada hukum Allah swt dan mentaati mereka pula sekalipun mereka menyalahi hukum Allah.Justeru itu,tidak hairanlah jika Imam Ali mengatakan “mereka” adalah berhala Quraisy.Kerana Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mentaati sunnah mereka lebih dari mentaati hukum Allah . (al-Majlisi, Biharu l-Anwar, Bairut 1991, xxx ,hlm.393).

6. Menjadikan pendapat Abu Bakr Umar,Uthman dan Mu ‘awiyah lebih tinggi daripada Sunnah Rasulullah saw.Bererti mereka adalah seperti berhala Qurasy yang disembah.Kerana mereka mentaati mereka berempat lebih daripada Allah swt di dalam pelaksanaan hukum.Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sanggup menolak hukum Allah daripada hukum mereka .Ini bererti orang yang menolak hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya adalah musuh Allah dan Rasul-Nya. (al-Majlisi, Biharu l-Anwar, Bairut 1991, xxx ,hlm.393). Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)

Firman-Nya “Tidak,demi Tuhan,mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”(Al-Nisa’(4):65)

7. Mereka mendakwa bahawa Rasulullah saw tidak mengumpul al-Qur’an. Hanya Abu Bakr,Umar dan Uthman yang mengumpul al-Qur’an yang ada sekarang.Uthman telah mnegambil mushaf Umar dan Umar mengambilnya daripada Abu Bakr.Penafian tersebut memberi implikasi bahawa Rasulullah saw adalah seorang yang cuai,tidak mementingkan umatnya sedangkan tiga khalifah selepas beliau telah mengumpulkan al-Qur’an.Apakah peranan Rasulullah saw sendiri tentang al-Qur’an?Mereka menganggap taraf tiga khalifah tersebut melebihi Rasulullah saw di dalam pengumpulan al-Qur’an sekalipun mereka menghalang penyibaran Sunnah Rasulullah saw dan membakarnya. (al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I,hlm.3 dll.]Lalu mereka mengamalkan sunnah-sunnah mereka serndiri. Kemudian mereka berkata :Rasulullah saw tidak meninggalkan wasiat.Lantarn itu,apa yang beliau tinggal?Justeru itu mereka menganggap tiga khalifah lebih tinggi daripada Rasulullah saw dari segi pelaksanaan hukum. Lalu mereka mengamalkan sunnah-sunnah mereka yang berlawanan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya .


C. Pelbagai Penyelewengan Umum.

1.Menziarah kubur Rasulullah saw bukan sahaja tidak dapat pahala, malah ia adalah perbuatan syirik.Ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah saw yang mengharuskannya (al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal,iii,hlm.78).Dan ia juga bertentangan dengan naluri manusia yang mencintai seseorang berterusan hingga ke kuburnya.

2. Bergembira/berfesta kerana keshahidan Husain bin Ali di Karbala’, malah menghina orang yang memperingati kesyahidannya.Kerana Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ahlah yang telah membunuhnya.Justeru itu mereka turut membenci mereka yang bersimpati dengannya.Sedangkan Rasulullah saw bersabda “ Husain adalah daripadaku dan aku adalah daripada Husain” (Muslim,Sahih,iv,hlm 1800)Ini bererti pembunuh Husain bin Ali a.s adalah pembunuh Rasulullah saw. Pembeci kepada Husain bin Ali a.s adalah pembenci kepada Rasulullah saw.Jika mereka berkata bahawa mereka mencintai Husain bin Ali a.s, kenapa mereka berada bersama musuhnya,membantu musuhnya dan mementang Syi ‘ah Husain bin Ali a.s?

3. Menghormati Abu Bakr,Umar, ‘Aisyah dan Hafsah sekalipun mereka menghina/mempersedakan /menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau” di hadapan Nabi saw sendiri“ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi saw” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.)Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida” ,Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92),menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku ,dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dll).

4. Tidak mengharuskan jamak sembahyang di dalam semua keadaan Sekalipun al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw membenarkannya.Firman-Nya “Dirilah sembahyang dari gelincir matahari sehingga gelap malam” (al-Isra’(17):78)Ibn Abbas berkata: Rasulullah saw telah menjamak sembahyang Zuhr dan ‘Asr, maghrib dan ‘Isya’ secara berjama‘ah tanpa sakit atau musafir” (Muslim,Sahih,iii,hlm.254).Mereka memusuhi orang yang menjamak sembahyang, tetapi mereka memaafkan orang yang meninggalkan sembahyang dikalangan mereka.

5. Melakukan sembahyang Dhuha yang telah diharamkan oleh Rasulullah saw. ‘Aisyah berkata:Sesungguhnya Nabi saw tidak pernah sembahyang Dhuha.Abdullah bin Umar berkata:Sembahyang Dhuha adalah bid‘ah dari segala bid‘ah (Ahmad bin Hanbal,al-Musnad, ii, hlm. 129, al-Musnad, vi,hlm.30, Malik, al-Muwatta’,i ,hlm. 167) .Justeru itu,mereka yang menyeleweng /sesat adalah mereka melakukan sembahyang Dhuha dan bukan sebaliknya.

6. Membuang/membatalkan prinsip Khums untuk Ahlu l-Bait Rasulullah saw yang diwajibkan di dalam al-Qur’an, tetapi Khalifah Abu Bakar telah menghentikan pemberian khums kepada keluarga Rasulullah (Saw.).Kemudian sunnahnya diikuti oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah .Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal (8):41 “ Ketahuilah, apa yang kamu perolehi seperlima adalah untuk Allah,Rasul-Nya,Kerabat,anak-anak yatim,orang miskin,dan orang musafir” dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah (Saw.) yang memberi khums kepada keluarganya menurut ayat tersebut. [Lihat umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf ,II , hlm.127]. Lantaran itu mengamal ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw yang bertentangan dengan sunnnah Abu Bakr dan Umar dikira sesat dan menyeleweng oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah dari Islam yang sebenar. Sepatutnya mereka yang yang membuang/membatalkan hukum Khums yang menyeleweng/sesat, bukan mereka yang mengamalkannya.Inilah ajaran Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menyesatkan mereka yang menolak sunnah Abu Bakr dengan mematuhi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).

7. Menjadikan Imamah dan khilafah soal yang kecil,dan tidak penting.Tetapi dari segi kenyataan mereka telah menjadikan jawatan khalifah seperti barangan yang perlu direbut.Siapa yang cepat,maka dialah yang dapat sekalipun dengan menggunakan kekerasan penipuan dan kezaliman.Mereka sanggup membunuh, berbohong kerana merebut jawatan tersebut.Hukum Allah dan Sunnah Rasulullah (Saw.) bukan menjadi pengukuranya.Justeru itu ianya menyalahi firman-Nya “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka.Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud(11):113).

8. Menafikan taklif sembahyang ke atas orang kafir.Ini bererti mereka menolak firman-Nya “Apakah yang membuat kalian memasuki Saqar? Mereka menjawab:kami tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang” Itulah ucapan orang-orang kafir kepada Tuhan.Mereka tidak berkata:Kami kafir,kenapa bertanya kepada kami?.Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mengingkari orang kafir ditaklifkan sembahyang, begitu juga dengan Haji.Justeru itu mereka bukan Ahlu s-Sunnah Rasulullah (Saw.), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr/Umar/Uthman /Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

9. Wajib membasuhi dua kaki dan tidak memadai menyapu kedua –dua kaki tersebut.Justeru itu mereka kurang mengetahui firman-Nya “…dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu (Wa msa-hu bi-Ru’usi-kum wa arjula-kum/arjuli-kum)…” (al-Ma’idah(5):6) Huruf “al-Wau” dikaitkan dengan perkataan yang paling hampir kepadanya.Imam Ali Ridha berkata:Bukti dua basuh dan dua sapu adalah jelas di dalam Tayammum.Kerana Tayammum dilakukan ditempat basuh.Dan tidak dilakukan di tempat sapu(Wasa’il al-Syi‘ah ii,hlm.127dll).

(Mawar-Karbala/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: