Kata-kata: Syiah tidak ada tempat di Malaysia, Syiah tidak ada Hak Asasi Manusia, Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah, ia mesti ditolak adalah "UnConstitutional" :
(1) Syiah Melayu adalah rakyat Malaysia. Justeru tidak ada siapa yang dapat mengusir Syiah-Melayu dari Malaysia.
(2) Syiah-Melayu Malaysia mempunyai Hak Asasi Manusia di dalam Perlembagaan Persekutuan.
(3) Sebarang usaha untuk mengusir Hak Syiah-Melayu dari Perlembagaan Persekutuan akan menemui kegagalan.
(4) Pengaharaman Syiah melayu daripada Hak Asasi mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1), 3 (1) dan 3 (4), 5 (1), 6 (1), 7 (1) 8 (1), 10 (1) dan 12 (1). Justeru ia adalah"UnConstitutional"
(5) Sebarang usaha bagi menentang Hak Asasi manusia menurut Islam seperti Deklarasi Cairo 1990 daripada Syiah-Melayu adalah "UnIslamic"
(6) Sebarang usaha menentang Syiah Islam akhirnya terjebak di dalam pembunuhan mereka yang tidak berdosa dan berada bersama musuh-musuh Islam seperti Gerakan Pengganas ISIL (ISIS) yang mana rakyat Malaysia terlibat. Antaranya Dr. Mahmud Ahmad, seorang pensyarah di Jabatan Akidah dan Falsafah, Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan kumpulannya.
Akibatnya dia dipecat dari Unuversiti Malaya dan parti PAS. Mereka dipengaruhi oleh fahaman Salafi (Wahabi) yang sedang meresapi pemikiran Sunni al-Asya'irah Malaysia. Akhirnya mereka terperangkap dengan plot Barat bagi mempertahankan Israel. Justeru mereka tidak akan memerangi Israel dengan alasan mereka hanya memerangi Syiah di Syria dan di Iraq. Mereka akan menyerang Syiah Melayu pula. Oleh itu, siapakah yang bersama Israel?
(7) Syiah memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah sebagaimana Ahli Sunnah bertentangan dengan Syiah, tetapi persamaannya adalah lebih banyak daripada perbezaan. Baca Deklarasi Amman 2005 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia yang merangkapi Presiden OIC pada masa itu, menegaskan bahawa 8 mazhab yang diakui di dalam Islam. 2 daripadanya adalah Syiah Ja'fari dan Syiah Zaydiyyah.
(8) Ahli Sunnah Wal-Jama 'ah diketuai oleh Abu al-Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi lahir di abad letiga Hijrah. Ini bererti 300 tahun setelah kewafatan Nabi s.a.w umat Islam tidak berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal-Jama'ah. Oleh itu, adakah mereka sesat, menyeleweng atau kafir?
(9) Perlembagaan Persekutuan mengakui Islam dan bukan Islam di dalam Perkara 3:
(a) "Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation"
(b) Perkara 11
(c) " Every person has the right to profess and practise his religion..."
(10) Syiah Melayu Malaysia: Syiah yang telah membuat akuan sumpah (SD) menurut Akta Parlimen No. 13 1960 bahawa status agama mereka adalah ISLAM bermazhab Syiah imamiyyah (Ja'fari ) Malaysia mengakui taat setia kepada Baginda Yang di Pertuan Agung dan Raja-raja Melayu, mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan menolak sebarang bentuk keganasan"
(11) Syiah Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan Sunni Melayu di dalam Perlembagaan Perskutuan Perkara 3 (1), 11 (1) dan 160. Justeru masa depan umat Melayu Islam generasi akan datang adalah saling berkaitan.
(12)Malaysia founded on diversity, not homogeny.
(13)Kita telah bersetuju untuk tidak bersetuju di bawah Perlembagaan Persekutuan. (14) Setiap rakyat Malaysia wajib mematuhi Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan the supreme law of the land
Post a Comment
mohon gunakan email