Pesan Rahbar

Home » » Kisah dongeng Abdullah bin Saba

Kisah dongeng Abdullah bin Saba

Written By Unknown on Saturday, 2 May 2015 | 04:45:00



Ayatullah Dr. Husaini Qazwini memberi penjelasan tentang personaliti yang ditolak oleh Sunni dan Syiah iaitu Abdullah bin Saba. Namun golongan Wahabi memilihnya untuk dihikayatkan sebagai pengasas Syiah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Saluran televisyen Salam tanggal 13/01/1388
(Sumber-sumber riwayat diambil dari peranti lunak Maktabah Ahlul Bait (a.s)

Yasini:
Personaliti Abdullah bin Saba dipergunakan oleh golongan Wahabi sebagai keraguan untuk mengatakan bahwa Syiah telah diasaskan oleh beliau. Bolehkah tuan terangkan perkara ini, apakah beliau benar-benar wujud atau hanyalah kisah dongeng semata-mata.

Ayatullah Qazwini:
Salah satu keraguan yang dianggap paling lama buat menghadapi kebudayaan nurani Syiah ialah: tuduhan pengasas dan fondasi mazhab Syiah merupakan seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba. Ibnu Taimiyyah menerangkan perkara ini, setelah beliau Dahlawi, Ihsan Ilahi Zahir sampai sekarang beberapa pensyarah di universiti-universiti Arab Saudi seperti Dr. Qaffari dan yang lain lagi menceritakan hal yang sama. Dalam sebahagian wawancara bersama Wahabi terutama sekali di akhir-akhir 3 bulan yang silam, saya melihat mereka terlalu sering mencanangkan perkara tersebut, mereka mengaitkan mazhab Syiah dengan Abdullah bin Saba. Di sini saya juga akan membacakan persoalan mazhab Wahabi sehingga penonton yang dihormati mengetahui betapa Mazhab Ahlul Bait dan mazhab Syiah ini berdasar dari matan al-Quran dan benar-benar menepati kebudayaan Muhammadi (s.a.w), dan bagaimana mereka telah canangkan ucapan yang tidak berasas, sehingga dalam perkara ini, mereka sendiri turut terjebak dalam berselisih pendapat serta masing-masing saling mempunyai objektif-objektif tersendiri. Anda semua lihatlah, Ibnu Taimiyyah selaku pemuka Wahabi di dalam kitab Majmu’ Fatawa mereka cipta pembohongan ini:

أن أصل الرفض من المنافقين الزنادقة، فإنه ابتدعه ابن سبأ الزنديق و أظهر الغلو في علي بدعوى الإمامة و النص عليه و ادعى العصمة له.
مجموع الفتاوي لإبن‌تيميه، ج4، ص435

Golongan Rafidhah berasal daripada kaum munafiq dan zindiq, yang bernama Abdullah bin Saba al-Zindiq, beliau melahirkan ketaksuban yang berlebihan tentang Ali dengan dakwaan kononnya ia adalah Imam, kemudian membawa bukti (bahawa Nabi melantiknya sebagai Imam), serta mendakwa kema’sumannya. -Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, jilid 4 halaman 435.

Begitu juga di dalam berbagai kitab yang lain, beliau telah menyatakan perkara tersebut, dan menarik perhatian di sini, beberapa pemuda dan syaikh saudara kita daripada golongan Ahlusunnah membayangkan Wahabi adalah sebahagian daripada Sunni. Pihak Wahabi sentiasa menggula-gulakan mereka, di mana sahaja saudara Ahlusunnah tinggal, samada di dalam atau di luar negara, pihak Wahabi  cuba membawa khabar tentang kedudukan Syiah. Ketika ditanya apakah pandangan mereka tentang Syiah, mereka akan menjawab:

اول من ابتدع القول بالعصمة لعلي و بالنص عليه بالخلافة هو رأس هولاء المنافقين عبدالله بن سبأ، فأظهر الإسلام و أراد فساد دين الإسلام کما أفسد بُلس دين النصارا.

Orang yang pertama yang mengasaskan kema’suman Ali, dan membawa nas kekhalifahan beliau ialah kepala kaum munafiq iaitu Abdullah bin Saba. Dia menzahirkan diri sebagai Islam sambil berhasrat menghancurkan Islam, sama halnya seperti Buls menghancurkan agama Nasrani, untuk merosakkan agama Masihi ia masuk Kristian.

Ibnu Taimiyah mangatakan: “Syiah adalah pengikut Abdullah bin Saba” dan..:

فلا يصلون جمعة و لا جماعة.

“Syiah tidak solat Jumaat mahupun solat Jema’ah”.

Penonton yang dihormati, dalam berbagai negara yang mempunyai penduduk, perhimpunan dan penerbitan Syiah, saksikanlah sendiri, apakah yang telah Ibnu Taimiyah katakan? Ia mengatakan begini: “Syiah tidak ke masjid dan mengagungkan kuburan”. (Majmu’ al-Fatawa Ibnu Taymiyah, jilid 4 halaman 518). Insyallah dalam forum yang lain, kita akan bicarakan perkara ini.

Ia (Ibnu Taimiyyah) turut mengatakan, seluruh riwayat Syiah yang dinukil daripada Ahlul Bait adalah bohong, tidak ada riwayat yang mereka dengar daripada Ahlul Bait, semuanya adalah ciptaan Abdullah bin Saba. Sementara itu mereka juga turut percaya bahawa Ali bin Abi Talib membunuh atau membakar Abdullah bin Saba.

Ihsan Ilahi Zahir seorang yang terkenal di kalangan Wahabi telah menukilkan perkara tersebut daripadanya (Ibnu Taimiyah), dan topik ini telah diterjemah dan disebarkan. Ihsan berimiginasi mempunyai perkara baru, namun ia hanyalah menerangkan topik tidak berasas daripada Ibnu Taimiyyah dan Dahlawi sehingga kitab-kitab beliau lebih mirip caci maki berbanding dengan kitab Islam. Saya mempunyai sebuah kitab yang bernama Syi’ah wa Tasyayyu’ dan tajuk ini ada dibicarakan di dalam halaman 267.

Abdul Aziz Dahlawi di dalam kitab Tufatul Ithna ‘Syariyyah – sebenarnya ia kitab penghinaan terhadap Syiah – Di halaman 9 dan 53, cetakan Pakistan telah membahas perkara ini secara berasingan.

Dr. Qaffari, salah seorang pemimpin dan idealog Wahabi, kitab beliau dicetak  oleh kerajaan Arab Saudi dan diedar dengan beratus ribu naskah sehingga ia menjadi mata pelajaran Universiti Antarabangsa Madinah. Dalam kitab Ushul Mazhab al-Syiah al-Imamiyyah, jilid 2 halaman 792 telah membahaskan kata-kata Ibnu Taimiyyah, Dahlawi dan Ihsan Ilahi Zahir dengan mengatakan:

تمام مباحثي که امروز، شيعه مطرح مي‌کند و عقائد شيعه نسبت به وصايت اميرالمؤمنين (عليه السلام) و عصمت ائمه (عليهم السلام) و بحث رجعت، به فردي به نام عبدالله بن سبأ يهودي برمي‌گردد.

Seluruh perbahasan tentang Syiah hari ini tentang kema’suman pada Imam, Raj’at telah diterangkan dengan merujuk kepada seorang Yahudi Abdullah bin Saba.

Oleh kerana keraguan ini menjadi sensasi utama buat golongan Wahabi, mereka menggunakannya demi mendapatkan tempat di tengah masyarakat dan mempengaruhi akidah pemuda-pemudi. Insyallah kita akan bahaskan perkara ini satu persatu. Dengan kuasa Allah (s.w.t), kami akan terangkan Abdullah Ibnu Saba dengan mendedahkan seorang yang zindiq di kalangan Ahlusunnah bernama Sayf bin Umar yang sentiasa mencanang kisah dongeng, khayalan, ciptaan dan hadis rekaan.

Yasini:
Apakah sebab utama Wahabi mencipta Abdullah bin Saba?

Ayatullah Qazwini:
Setelah saya menyelidik perkara ini secara meluas, saya telah mengemukakan jawapan kepada Dr. Qaffari di dalam kritikan kitab Ushul Mazhab Syiah Imamiyyah. InsyaAllah saya berjanji kepada hadirin yang dikasihi sekalian  dalam waktu mendatang. Tidak lama lagi, sebuah kitab bebas tentang kisah dongeng Abdullah bin Saba akan menemui orang awam dalam bahasa Arab dan Parsi. Apabila sampai kepada kesimpulannya, saya dapati tiga perkara asasi yang menyebabkan kisah dongeng Abdullah bin Saba direka cipta iaitu:
Stimulasi pertama:

Sebahagian ekstrimis daripada golongan Wahabi dan Ahlusunnah melihat pemikiran Syiah tentang Imamah, khilafah dan kema’suman Ahlul Bait mempunyai asas dari al-Quran dan Sunnah. Dalam kitab-kitab lama dan baru yang telah ditulis telah membuktikan seluruh akidah Syiah mempunyai dalil bertepatan dengan kitab-kitab Ahlusunnah, pendapat para ahli tafsir, ahli hadis Ahlusunnah dengan sanad yang sahih, seperti yang ditulis dalam kitab al-Ghadir yang sangat berharga karangan ‘Allamah Amini, kitab Ihqaq al-haq yang tiada tandingannya daripada Qadi Nurullah Syusytari, serta beberapa kitab terbaru yang lain.
Mereka melihat dengan penciptaan Abdullah bin Saba ini adalah jalan terbaik menyesatkan sekurang-kurangnya golongan muda, supaya mereka tidak lagi mendengar dan memberi perhatian kepada kata-kata Syiah, kerana muara mazhab ini merujuk kepada seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba.
Stimulasi ke-dua.



إن تمسکتم بهما، لن تضلوا بعدي.
Jikalau berteguh dengan keduanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya.
Dengan itu mereka mampu membariskan sunnah sahabat setara dengan sunnah Nabi selain menjadikan bicara sahabat sebagai tempat rujukan Islam dan Syariat. Mereka dapat beriktiqad dengan keadilan sahabat atau dengan kata lain, beriktiqad dengan kema’suman para sahabat, kata-kata mereka adalah firman Allah dan syariat Islam. Sedangkan kita berhati-hati dan tidak melihat kata-kata sahabat sebagai sumber syariat.
Selain itu mereka melihat ada perbalahan sengit di kalangan para sahabat ini setelah kewafatan Nabi (s.a.w). Kekecohan di antara mereka tercetus dalam pembunuhan Usman. Dalam peristiwa perang Jamal, tokoh-tokoh besar seperti Amirul Mukminin (a.s), Ibnu ‘Abbas, Imam Hasan (a.s), Imam Husain (a.s) dan beberapa orang sahabat yang terkenal berada di satu pihak. Manakala satu pihak lagi terdiri daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah, Talhah, Zubair dan yang lain-lain lagi dan memakan korban hampir 30,000 orang.
Dalam peperangan Siffin, satu pihak terdiri daripada Amirul Mukminin (a.s) dan beberapa orang yang terkenal. Sebelah pihak lagi terdiri daripada Muawiyah, ‘Amru ‘Ash yang mereka gambarkan orang-orang ini sebagai sahabat.

Bagaimana mungkin orang-orang yang berkeadaan begini boleh diambil sebagai sumber syariat? Mereka ingin menerima kata-kata Ali (a.s) atau Talhah? Mereka menerima bicara Ibnu Abbas, Imam Hasan, Imam Husain, Ammar atau kata-kata Zubair, Muawiyah, ‘Amru ‘Ash dan Marwan? Oleh kerana itu mereka rasa peperangan dan perselisihan antara para sahabat tidak dapat dijelaskan. Salah seorang ulama Kalam Sunni bernama Taftazani, wafat tahun 791 Hijrah di dalam kitab Syarh Maqasid ada menceritakan perkara ini. Para penonton sila teliti kata-kata Taftazani:

Semenjak kewafatan Nabi (s.a.w), Ahlul Bait telah dipinggirkan. Orang ramai telah memisahkan diri mereka dari Ahlul Bait dan pergi kepada Sahabat sedangkan Nabi (s.a.w) bersabda tentang perkara berharga:
أن ما وقع بين الصحابة من المحاربات و المشاجرات على الوجه المسطور في كتب التواريخ و المذكور على ألسنة الثقاة، يدل بظاهره على أن بعضهم قد حاد عن طريق الحق و بلغ حد الظلم و الفسق و كان الباعث له الحقد و العناد و الحسد و اللداد و طلب الملك و الرياسة.
شرح المقاصد في علم الكلام للتفتازاني، ج2، ص306

Apa yang terjadi di antara sahabat, iaitu peperangan dan pertempuran dengan sanad yang sahih di dalam kitab-kitab sejarah, menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka menyimpang dari jalan yang benar sehingga melampaui batas kezaliman dan kefasikan. Ini disebabkan kedengkian, keras kepala, hasad dan gila kuasa. – Syarh Maqasid fi ‘Ilm Kalam Li Taftazani, jilid 2 halaman 306.
Oleh itu, mereka cuba membawa dua masalah untuk membenarkan perselisihan besar di kalangan sahabat, peperangan, pembunuhan dan pengkafiran sesama sahabat. Pertamanya mereka menuduh seluruh perselisihan antara para sahabat merujuk kepada seorang Yahudi yang bernama Abdullah Ibnu Saba.
Dr. Ahmad Mahmud Subhi, pensyarah falsafah universiti Iskandariah Mesir berterus terang dengan mengatakan, “Ada satu hakikat yang tidak diambil peduli oleh para sejarawan dan mengenepikannya dengan mudah, iaitu peristiwa menyakitkan dan pahit di dalam sejarah Islam seperti pembunuhan khalifah ke-tiga dan perang jamal”.
و قد شارک فيها کبار الصحابة و زوجة الرسول.
Yang terlibat di dalamnya adalah para sahabat dan isteri Rasulullah (s.a.w).
Selain itu mereka saling mengkafirkan dan menganggap pembunuhan adalah wajib. Para sejarawan melihat tidak ada jalan yang lain untuk memberi penerangan tentang pembunuhan, saling memfasiqkan dan mengkafirkan antara satu sama lain.
كان لا بد أن تلقى مسؤولية هذه الأحداث الجسام على كاهل أحد و لم يكن من المعقول أن يحتمل وزر ذلك كله صحابة أجلاء أبلوا مع رسول الله (صلي الله عليه و آله و سلم) بلاء حسنا، فكان لا بد أن يقع عبء ذلك كله على ابن سبأ فهو الذي أثار الفتنة التي أدت لقتل عثمان و هو الذي حرض الجيشين يوم الجمل على الالتحام على حين غفلة من علي و طلحة و الزبير.
Hendaklah apa yang terjadi di antara sahabat disandangkan kepada seorang yang mampu bertanggung jawab dalam masalah ini. Tidak ada lagi orang yang terbaik untuk dikaitkan dengan fitnah ini selain Abdullah bin Saba. Maka dialah yang menyebabkan kesan fitnah untuk kelengkapan pembunuhan Usman.
Oleh itu penjelmaan Ibnu Saba ini adalah rekaan semata-mata di mana seluruh perbalahan perang Jamal, pembunuhan Usman dan peperangan antara sahabat diletakkan kepada beliau.
Stimulasi ke-tiga.
Mereka memberi fatwa dan berkata bahawa:  tidak ada jalan keluar dari yang tersemat di dalam sejarah tentang topik khilaf sunnah dan al-Quran, kafir-mengkafir dan saling mengkafirkan sebagai berikut: 
إلا أن العلماء لحسن ظنهم بأصحاب رسول الله ( ص ) ذكروا لها محامل و تأويلات.
شرح المقاصد في علم الكلام للتفتازاني، ج2، ص306
Para ulama berbaik sangka terhadap para sahabat Rasulullah (s.a.w), menyebutnya (perbalahan dan pengkafiran) sebagai takwil-takwil mereka. – Syarh al-Maqasin fi ‘Ilm al-Kalam Li Taftazani, jilid 2 halaman 306.
Ketika ‘Aisyah, Talhah dan Zubair tampil berdepan dengan Ali (a.s), Ammar, Ibnu Abbas, Imam Hasan (a.s) dan Imam Husain (a.s), kelompok ini percaya membunuh mereka itu adalah wajib, Imam Ali juga berdiri menghadapi mereka. Dalam peperang Siffin yang berlarutan selama 18 bulan, Muawiyah, ‘Amru ‘Ash, Marwan dan yang lain-lain lagi menganggap bahawa membunuh Ali (a.s) dan ‘Ammar adalah wajib. Andainya mereka anggap tidak wajib, pastilah mereka tidak akan ikut berperang. ‘Ali juga turut menganggap bahawa membunuh Muawiyah itu wajib. Saya pernah berbahas dengan tokoh-tokoh Wahabi, sekiranya perbahasan sudah sampai di sini, ketika saya menerangkan perbahasan tentang sahabat dan perselisihan antara mereka, mereka akan berkata berkali-kali: ianya sudah berlalu, kita tidak boleh membahaskannya.
تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَ لَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَ لَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ. (سوره بقره/آيه134)

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Surah al-Baqarah ayat 134).
Kata mereka: apa hak kita dengan Ali? Atau apa urusan kita dengan Talhah, Zubair dan Muawiyah? Kewajiban kita ialah menyampaikan salam di mana Muawiyah berada di dalam syurga. Begitu juga Ali (a.s) sedang berada di dalam syurga.
Ketika perbahasan ini kami syarahkan, mereka juga mengatakan jangan membahaskannya dan ia tidak mendatangkan kebaikan. Ibnu Hajar mengatakan:
و مما يوجب الإمساک عما شجر بينهم من الإختلاف. الصواعق المحرقة، ج2، ص622، موسسة رسالت بيروت
Kita wajib menutup mata terhadap ikhtilaf yang berlaku di antara mereka.
– Al-Shawa’iq al-Muhriqah, jilid 2 halamaan 622, edisi baru dua jilid Yayasan Risalat, Beirut
Ahmad bin Hanbal juga berkata, hendaklah kita membiarkan kekhilafan para sahabat. Kita jadikan mereka itu sebagai dalil Syariat dan aqidah kita ialah mereka semua adalah ahli syurga. – Tabaqat al-Hanabilah, jilid 1 halaman 30.
Mereka mengambil golongan ini sebagai dalil. Kita tidak berpegang seperti itu kerana menurut riwayat sahih mereka, hampir 80 tahun Amirul Mukminin (‘Ali) dicerca di atas 70 ribu minbar atas arahan Muawiyah. Apakah golongan ini masih boleh dianggap dalil atau tidak?
Meskipun begitu, saya telah banyak berbicara tentangnya. Insyallah dalam pertemuan akan datang, saya akan menceritakan perkara ini lagi kepada penonton yang dihormati sekalian.

Yasini:
Apakah pandangan ulama Ahlusunnah tentang orang ini? Apa biografinya? di manakah dia tinggal dan apakah agamanya?

Ayatullah Qazwini:
Tentang Abdullah bin Saba, kata-kata hikmat yang masyhur mengatakan:

آدم دروغ‌گو، هميشه کم حافظه است.
Insan yang menipu, sentiasa kekurang penjagaan.

Individu ini dijelmakan untuk menghadapi kebudayaan Syiah yang bercahaya. Kisah dongeng atau khayalan Abdullah bin Saba telah dicipta, akhirnya kitab-kitab muktabar Ahlusunnah saling berselisih ketika menceritakan riwayat hidupnya.

Contohnya Tabari, sejarawan ternama Ahlusunnah sehingga Dhahabi menamakan beliau sebagai Imam dalam sejarah dan Tafsir. Ketika sampai dalam pengkisahan Abdullah bin Saba, beliau mengatakan:

کان عبدالله بن سبأ يهوديا من أهل الصنعاء و أمه سوداء. تاريخ الطبري، ج3، ص378

Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi warga San’a, dan ibunya seorang berkulit hitam. – Tarikh Tabari, jilid 3 halaman 378.

Abdul Qahir Baghdadi, salah seorang ilmuan dalam bidang Kalam Ahlusunnah berkata, Abdullah anak Sauda’ berasal dari Yahudi, warga Hirah (Iraq) yang menyamar sebagai Islam.

ان عبد الله بن السوداء كان يعين السبابية على قولها وكان ابن السوداء فى الاصل يهوديا من اهل الحيرة فاظهر الاسلام. الفرق بين الفرق لعبد القاهر البغدادي، ص157

Iaitu satu pihak mengatakan ia warga Iraq, dan satu pihak lagi mengatakan ia berasal dari Yaman. Jarak Yaman dan Iraq adalah MasyaAllah.

Begitu juga Muhammad Abu Zuhra, seorang yang sangat disegani dikalangan Ahlusunnah sekarang. Beliau berkata:

کان يهوديا من الحيرة أظهر الإسلام. تاريخ المذاهب الإسلامية، ص38، نشر دارالفکر العربي بيروت

Beliau (Abdullah bin Saba) adalah Yahudi dari al-Hirah yang menzahirkan Islam.
Ada juga yang menyebut ia warga Rom. Mereka berselisih pendapat tentang riwayat hidup Abdullah bin Saba sehingga tidak diketahui, di zaman manakah ia menjelma? Tabari mengatakan beliau adalah Yahudi di zaman Usman, menzahirkan keIslamannya dan menggerakkan orang ramai menentang Usman dan menyebabkan pembunuhannya. (Tarikkh Tabari, jilid 3 halaman 378).

Abdul Qahir Baghdadi dalam al-Farq bain al-Firaq, halaman 15, mengatakan Abdullah bin Saba seorang Yahudi yang masuk Islam di zaman Ali bin Abi talib.

Namun tentang akidah Abdullah bin Saba dalam pandangan Ahlusunnah seperti Asfarani mengatakan:

إنه کان يؤمن أن عليا نبي. التفسير في الدين، ص123

Abdullah bin Saba percaya bahawa Ali bin Abi Talib adalah seorang Nabi. – al-Tafsir Fi al-Din, halaman 123.

Abdul Qahir Baghdadi mengatakan:

ثم يؤمن بأنه إله. الفرق بين الفرق لعبد القاهر البغدادي، ص15

Kemudian Abdullah bin Saba percaya Ali itu tuhan. – Al-Farq Bain Al-Firaq, halaman 15.
Syahristani salah seorang ulama kalam Ahlusunnah mengatakan:

کان يؤمن بأن عليا ليس إله کاملا، بل حلّ به جزء الألوهية. الملل و النحل للشهرستاني، ج1، ص174، چاپ دارالمعرفة بيروت

Abdullah bin Saba tidak menganggap Ali bin Abi Talib itu tuhan keseluruhannya, namun Ali adalah sebahagian penjelmaan daripada uluhiyyah. – Al-Milal wa Al-Nihal, jilid 1 halaman 174.
Abul Qahir Baghdadi juga mengatakan:

کان يؤمن بأن عليا وصي النبي.
الفرق بين الفرق لعبد القاهر البغدادي، ص225

Abdullah bin Saba percaya Ali adalah washi Nabi. – Al-Farq Bainal Firaq, halaman 225.

Syaristani dan Ija mengatakan bahawa Abdullah bin Saba percaya Ali tidak meninggal dunia dan beliau tinggal di dalam awan. Bunyi petir dan halilintar yang anda dengar adalah suara Ali. Suatu hari kelak, beliau akan datang ke dunia dan memenuhinya dengan keadilan. – Al-Milal Wan Nihal Li- Syahristani, jilid 1 halaman 174; Al-Muwaqif Li-Ija, jilid 3 halaman  679.

Tabari, pereka cerita Abdullah bin Saba berkata:

کان ينادي بأن النبي سيرجع لا عليا.
تاريخ الطبري، ج3، ص378

Abdullah bin Saba mengatakan Nabi akan kembali, bukan Ali. – Tarikh Tabari, jilid 3 halaman 378.
Anda semua lihatlah perselisihan mereka tentang Abdullah bin Saba. Satu pihak mengatakan ia pengasas mazhab Syiah, yang lain mengatakan ia percaya bahawa tuhan itu adalah Ali. Ada yang mengatakan ia percaya Ali itu Nabi, yang lain pula mengatakan kepercayaannya adalah: Ali itu Imam Mahdi yang tinggal di celah awan. Mereka ini tidak mencapai titik persamaan tentang Abdullah bin Saba ini.

Ada yang mengatakan ia masuk Islam di zaman Usman, dalam Tarikh al-Tabari, jilid 3 halaman 375 dan 378. Al-Kamil Fi al-Tarikh Li-Ibnu Athir jilid 3 halaman 114.

Tabari di tempat yang lain mengatakan beliau masuk Islam pada tahun 33 hijrah. Ibnu Athir mengatakan beliau masuk Islam dalam tahun 27 Hijrah. Ini semua menunjukkan ianya dongeng semata-mata dan ianya tidak benar. Mereka setiap hari berfikir menambahkan cerita dongeng ini. Oleh kerana terlupa, mereka tidak ingat apa yang ditulisnya sebelum itu. Perselisihan-perselisihan dalam masalah tersebut menunjukkan ia adalah cerita dongeng, bohong dan rekaan. Menurut tiga stimulasi yang telah disebut sebelum ini, kisah Abdullah bin Saba dihukum sebagai dongeng.
Ayatullah Dr. Sayyid Husaini Qazwini.


بسم الله الرحمن الرحيم 

Yasini:
Sebelum memulakan perbahasan, silakan tuan sampaikan sedikit ucapan.

Ayatullah Qazwini:
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, salah satu siaran televisyen yang berkait rapat dengan Wahabi telah meluaskan propaganda menentang Syiah dengan serangan yang sangat dahsyat. Mereka berkhayal bahawa ia dapat mempertikaikan cahaya nurani Ahlul Bait yang ma’sum dan suci di peringkat antarabangsa.

Saluran Al-Mustaqillah yang mempunyai hubungan dengan Wahabi, sejak hari pertama siarannya, ia berusaha mencetuskan fitnah terhadap Syiah. Dua bulan baru-baru ini fitnah telah sampai ke kemuncaknya. Saya sendiri telah diundang untuk berdebat. Kami pun menolaknya sambil menyatakan kami tidak sudi berdebat dalam sebuah saluran televisyen yang mencetuskan fitnah dan perpecahan di kalangan umat Islam. Kami sudah berdebat dengan tokoh-tokoh terkenal Wahabi seperti mufti besar, para pensyarah universiti dan hawzah-hawzah ilmiyah mereka. Namun itu bukanlah perdebatan dengan seorang Ahlusunnah, tetapi perdebatan dengan orang gila yang kerjanya tidak ada yang lain kecuali mencaci, seolah-olah tidak pernah mendapat didikan ayah dan ibunya.  Menurut pandangan kami, individu seperti ini bukan menghina Syiah, namun ia menghina Islam.
Kadang-kadang apabila diceritakan sedikit sahaja perihal sahabat nabi dalam saluran TV Salam, sebahagian tok guru Ahlusunnah akan membangkitkan perkara ini dalam khutbah-khutbah Jumaat, mereka lantang menentang saluran TV Salam dan Syiah. Namun saya tidak tahu mereka ini berdiam diri apabila beberapa saluran TV meluahkan penghinaan paling buruk terhadap para Imam (a.s), Ahlul Bait (a.s) dan Imam Mahdi (a.j) serta melaknat para marji’ taqlid Syiah dalam beberapa saluran TV?. mengapa mereka tidak mengeluarkan pernyataan masing-masing? Mengapakah mereka tidak bertindak apa-apa? apakah mereka takut dengan orang gila? Kami suka melihat kalau para alim ulama Sunni seperti Abdul Hamidi yang lantang memprotes saluran TV Salam agar berdepan dengan semua penghinaan orang gila ini. Hendaklah mereka tunjukkan slogan yang dilaungkan mereka selama ini, iaitu kita menuntut perpaduan sesama Islam dan menjauhi sebarang bentuk perpecahan dan perselisihan. Ramai saudara kita dari dalam dan luar negara menelefon kami dan mengirim emel agar mengatur acara untuk berdepan dengan serangan Wahabi dan menyusun rancangan untuk para mahasiswa, pensyarah universiti dan pelajar agama menjawab keraguan Wahabi yang besikap kebudak-budakan terhadap Syiah.

Ada kabar gembira buat semua penonton, mahasiswa, pensyarah universiti, pelajar agama, ustaz-ustaz Hawzah Ilmiyah dari dalam dan luar negara, bahawa dalam waktu terdekat ini akan diumumkan kemunculan beberapa rancangan mengenal kebudayaan Syiah dan menjawab keraguan Wahabi melalui laman web dan secara online untuk para pemuda kita. Setelah beberapa ketika rancangan ini berjalan, kami akan mengadakan program khusus untuk mereka yang mengikuti acara tersebut. Barangsiapa yang berjaya dalam ujian, mereka akan meraih hadiah yang lumayan seperti pakej menunaikan ibadah haji dan menziarahi Masyhad untuk peserta dari dalam dan luar negara.

Dalam pertemuan kita yang pertama, salah satu keraguan penting yang ditimbulkan oleh Wahabi untuk memerangi Syiah pada hari ini ialah pembikinan kisah dongeng Abdullah bin Saba. Beberapa perkara telah kami kemukakan kepada penonton bahawa Abdullah bin Saba tidak lebih dari dongengan dan khayalan. Mereka mencipta hikayat ini semata-mata untuk melonggokkan peristiwa perbalahan di kalangan sahabat ke atas seorang yang bernama Abdullah bin Saba iaitu seorang Yahudi yang baru memeluk Islam. Mereka pun saling berselisih tentang zaman keIslaman Abdullah bin Saba, di mana ia menerima Islam dan apa kerjanya.

Yasini:
Ulama Syiah enggan menerima kewujudan Abdullah bin Saba. Tolong terangkan perkara ini.

Ayatullah Qazwini:
Ramai ilmuan Syiah yang terbilang memungkiri Abdullah bin Saba dan percaya Dinasti Bani Umayyah yang telah mewujudkan kisah dongeng ini. Marhum Kasyif Al-Ghita secara langsung menyebut:

أحاديث خرافة وضعها القصاصون و أرباب السمر و المجون.

Hadis-hadis yang berkaitan dengan Abdullah bin Saba adalah khurafat, hanya para penglipur lara yang gila sahaja menerimanya.

احاديث مربوط به عبد الله بن سبأ، خرافي است و قصه‌گويان و کساني که به شب‌نشيني مي‌روند و بذله‌گو هستند، اين داستان را بافته‌اند. أصل الشيعة و أصولها للشيخ كاشف الغطاء، ص181

‘Allamah ‘Askari mempunyai kitab yang khusus tentang topik ini dan dicetak dalam dua jilid. Beliau menerangkan dalil-dalil, kesaksian dan ayat al-Quran yang membuktikan kisah Abdullah bin Saba ini sengaja dicipta. Marhum Ayatullah al-Uzma al-Khu’I yang menjadi kebanggaan fuqaha Syiah kerana berguru dengan beliau, di dalam Mu’jam Rijal al-Hadis berkata:

إن أسطورة عبد الله بن سبأ و قصص مشاغباته الهائلة موضوعة مختلقة اختلقها سيف بن عمر الوضاع الكذاب. معجم رجال الحديث للسيد الخوئي، ج11، ص207

Dongeng Abdullah bin Saba dicipta oleh seorang yang mencipta hadis bernama Saif bin Umar. – Mu’jam Rijal al-Hadis Li Sayyid al-Khu’i. Beliau merujuk kepada penelitian ‘Allamah ‘Askari tentang perkara ini. Barangsiapa yang ingin melihat penelitian khusus perkara ini, silakan merujuk kepada kitab beliau. ‘Allamah Tabataba’i di dalam kitab al-Mizan berkata ‘kisah Abdullah bin Saba merupakan cerita rekaan semata-mata, dan ia daripada khurafat sejarah’, Tafsir al-Mizan Li Sayyid Tabataba’i, jilid 9 halaman 260.

‘Allamah Muhammad Jawad al-Mughniyah, antara tokoh yang terkenal di Lubnan, saya sendiri bangga menjadi anak murid beliau dalam beberapa kuliah pagi, di dalam kitab ‘Abdullah bin Saba wa Asatir Ukhra, jilid 1 halaman 12 telah membahaskan topik ini.

Dr. Ali al-Wardi di dalam kitab Wi’az al-Salatin, halaman 90 hingga 112 telah menerangkan topik ‘Abdullah bin Saba secara terperinci dengan membedah manuskrip sejarah di zaman Bani Umayyah.
Salah sorang ulama Syiah bernama ‘Abdullah Fayyadh menerangkan topik ini di dalam kitab Tarikh al-Imamiyyah sebagai: Perkara ini lebih dekat dengan khayalan sehingga ia terkeluar dari hakikat.
Cukuplah kami sebutkan tadi beberapa orang ulama Syiah yang memungkiri kewujudan ‘Abdullah bin Saba.

Yasini:
Apakah Ulama Ahlusunnah juga memungkiri kewujudan ‘Abdullah bin Saba?

Ayatullah Qazwini:
Ada beberapa orang ulama di kalangan ulama Ahlusunnah turut memungkiri perkara ini. Dr. Taha Husain, salah seorang tokoh Sunni yang terkenal secara langsung mengatakan musuh-musuh Syiah yang mencipta ‘Abdullah bin Saba untuk mempertikaikan kebudayaan Syiah:

أراد خصوم الشيعة أن يدخلوا في أصول هذا المذهب عنصرا يهوديا إمعانا في الكيد لهم و النيل منهم. الفتنة الكبرى للدكتر طه حسين، ج2، ص98، طبعة دار المعارف بمصر، عام 1953 ميلادي

Mereka ingin memerangi Syiah dengan memasukkan elemen Yahudi ke dalam usul mazhab ini. – al-Fitnatul Kubra Li- Dr. Taha Husain, jilid 2 halamabn 98.

Dr. Ali Nasysyar, salah seorang pemikit Islam dan professor falsafah berkata di dalam kitab Nasyatul Fikr Fi al-Islam, jilid 2 halaman 39 sebagai: ‘Abdullah bin Saba di dalam teks sejarah  adalah hasil rekaan. Sejarah menyebut nama beliau untuk menuduhnya sebagai pencetus fitnah pembunuhan Uhtman dan peperangan Jamal. ‘Ammar bin Yasirlah yang dianggap Abdullah bin Saba.

Dr. Hamid Dawud Hanafi, iaitu salah seorang tokoh Mesir yang mendapat gelaran Doktor di Universiti Sastera Kaherah mengakui pembikinan kisah ini di dalam mukadimah kitab ‘Allamah ‘Askari, jilid 1 halaman 17.

Muhammad Kamil Husain, seorang doktor, ulama dan ahli falsafah Mesir menyebut kisah ‘Abdullah bin Saba sebagai khayalan di dalam kitab Adab Misr al-Fatimiyyah, halaman 7.

Pensyarah universiti Malik Sa’ud di Riyadh, Dr. Abdul Aziz al-Halabi berkata: kesimpulannya Abdullah bin Saba ialah:

شخصية وهمية لم يكن لها وجود. دراسة للرواياة التاريخية عن دوره في الفتنة، ص73

Personaliti khayalan, tidak mungkin ia wujud. (Dirasah lil-Riwayah al-Tarikhiyyah ‘An Dawrihi fil Fitnah, halaman 73). Jikalau ia wujud sekalipun, adalah satu pembohongan jika perkara ini dikaitkan dengannya.

Peneliti buku al-Muntazam Ibnu Jawzi, Dr. Sahil menyebut tentang pembikinan Abdullah bin Saba dalam kitab tersebut.

Mereka ini adalah tokoh tersohor Ahlusunnah yang percaya bahawa pembikinan kisah dongeng Abdullah bin Saba.

Walau bagaimana pun saya akan terangkan lagi, di mana saya sendiri telah mengkaji selama lebih dari 500 jam dalam jurusan ini.

Menurut riwayat Syiah, Abdullah bin Saba telah diceritakan sebagai ghuluw terhadap Amirul Mukminin, dan ia tidak diterima oleh Ali (a.s). Namun Tabari, pembesar Wahabi seperti Ibnu Taimiyyah dan lain-lain lagi telah mengaitkannya sebagai pengasas mazhab Syiah. Kami menganggap ungkapan tidak berasas ini tidak ada yang lain lagi kecuali mengarut. Mereka telah mengaitkan Abdullah bin Saba dalam peristiwa pembunuhan Uthman, fitnah perang Jamal dan lain-lain lagi. Kami dapati, salah satu pembohongan sejarah ialah, tidak ada bukti sama sekali mengenai perkara ini meskipun hadis dhaif dalam kitab Ahlusunnah dan Syiah.

Yasini:
Siapakah orang yang mula-mula mereka cipta kisah dongeng Abdullah bin Saba?

Ayatullah Qazwini:
Soalan ini sering ditanya kepada kami oleh kebanyakan pemuda, ahli akademik Hawzawi. Pertanyaan “Dari mana ia masuk ke dalam sejarah?”,  “Dari mana datangnya kisah Abdullah bin Saba ini?”, “Apakah ia benar-benar wujud atau tidak?” adalah satu perbahasan. Kisah dongeng yang dikaitkan dengan beliau adalah satu perbahasan yang lain. Dengan merujuk kepada sumber-sumber kita, Ahlusunnah dan Wahabi mempertikai, mereka sering berbicara. Iya, memang ada riwayat di dalam kitab Rijal Kasyi dan Khishal Syaikh Saduq. Namun apakah dengan adanya riwayat ini menunjukkan ia pengasas mazhab Syiah, pembunuhan Uthman dan jenayah-jenayah lain yang dikaitkan dengan Abdullah bin Saba? Dalam menjawab pertanyaan ini, saya berterus terang, silakan semua penonton, cendiakawan Ahlusunnah dan Wahabi berikan sekecil-kecil bukti yang menyangkal kata-kata saya, bahawa orang yang mula-mula mencipta kisah Abdullah bin Saba ialah Saif bin Umar yang meninggal dalam tahun 170 Hijrah.

Setelah Tabari, orang yang menukilkannya akan mengambil dari Tabari.

تاريخ الطبري، ج3، ص378

Ibnu Athir, penulis al-Kamil Fi al-tarikh, wafat dalam tahun 630 Hijrah telah menukilkan kisah ini daripada Tabari dan di permulaannya mengatakan:

فابتدأت بالتاريخ الكبير الذي صنّفه الإمام أبو جعفر الطبري إذ هو الكتاب المعول عند الكافة عليه. الكامل في التاريخ لإبن الأثير، ج1، ص3

Saya mulakan dengan Tarikh al-Kabir yang dikarang oleh al-Imam Abu Ja’far al-Tabari, kerana kitabnya menjadi kepercayaan semua orang (seluruh Ahlusunah). (al-Kamil Fi Tarikh Li Ibnu Athir, jilid 1 halaman 3). Ibnu Kathir Dimasqi, wafat dalam tahun 774 Hijrah, dalam al-Bidayah wan Nihayah menukilkan kisah tersebut  dan akhirnya mengatakan:

هذا ملخص ما ذكره أبو جعفر بن جرير. البداية و النهاية لإبن كثير، ج7، ص275

Inilah petikan dari apa yang disebut oleh Abu Ja’far bin Jarir. Ibnu Khaldun, wafat dalam tahun 808
Hijrah menukilkan kisah ini daripada Tabari dan mengatakan:

هذا أمر الحمل، ملخص من کتاب أبي جعفر الطبري. تاريخ ابن خلدون لإبن خلدون، ج2، بخش2، ص166

Penulis di zaman ini seperti Rashid Ridha di dalam kitab Al-Sunnah Wa Syiah menukilkannya daripada
Tabari (Al-Sunnah Wa Syiah, halaman 4, 6, 45, 49 dan 103) Ahmad Amin Misri di dalam kitab Fajrul Islam turut mengambil perkara ini daripada Tabari. Farid Wajdi, penulis kitab Dairatul Mu’arif, wafat dalam tahun 1370 Hijrah menukilkannya daripada Tabari. Hasan Ibrahim Hasan di dalam Tarikh al-Islam al-Siyasi, halaman 347 meriwayatkannya daripada Tabari. Semua orang yang menukilkan kisah dongeng dan khayalan Abdullah bin Saba sebagai pengasas mazhab Syiah, stimulasi pembunuhan Uthman dan pencetus fitnah perang Jamal akan kembali kepada Tarikh Tabari, namun Tabari hanya menukilkannya daripada Saif bin Umar, bukan daripada orang lain. Selain itu ada perkara yang lain lagi, perkara ini akan dibicarakan lagi dalam pertemuan akan datang.

Yasini:
Tolong terangkan permasalahan utama Abdullah bin Saba untuk para penonton.

Ayatullah Qazwini:
Menurut pandangan saya ada tiga masalah utama tentang kisah dongeng ini. Mereka yang mereka cipta kisah Abdullah bin Saba ini mengatakan kisah pembunuhan Uthman dan lain-lain lagi berkait rapat dengan Abdullah bin Saba. Saya minta, sila beri perhatian permasalahan yang saya bawakan ini. Jikalau ada khilaf atau pertentangan dengan bukti kami, sila kemukakan, dan saya yakin tidak ada siapa pun yang mampu menyangkal.

Persoalan pertama:
Seluruh cerita ini merujuk kepada Tabari, dan Tabari menukilkan daripada seorang yang bernama Saif bin Umar. Saif bin Umar menurut pandangan Ahlusunnah adalah seorang yang Dhaif dan mereka cipta hadis, serta dituduh Zindiq dan tidak beragama. Yahya bin Mu’in di dalam Tarikhnya berkata:

سيف بن عمر ضعيف. تاريخ ابن معين ليحيى بن معين، ج1، ص336

Nasai di dalam kitab al-Dhu’afa berkata:

آقاي نسائي در کتاب الضعفاء مي‌گويد: ضعيف. كتاب الضعفاء و المتروكين للنسائي، ص187

‘Uqayli, al-Razi dan Ibnu Habban berterus terang:

أتهم بالزندقة، کان يضع الحديث. كتاب المجروحين لإبن حبان، ج1، ص345 ـ تاريخ الإسلام للذهبي، ج11، ص162

Beliau dituduh Zindiq serta telah mereka cipta Hadis. Abu Na’im Isfahani berkata:

متهم في دينه، مرمي بالزندقة، ساقط الحديث لا شئ. كتاب الضعفاء لأبو نعيم الأصبهاني، ص91

Beliau dituduh zindiq, riwayatnya gugur (tidak boleh dipakai) Al-Mazzi di dalam Tahdhibul Kamal jilid 12 halaman 326 telah menceritakan hal yang sama.

Al-Dhahabi Mizan al-I’tidal turut menukilkannya di dalam (Mizan al-I’tidal Li Dhahabi, jilid 2 halaman 255). Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata di dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib:

و قال الحاکم اتهم بالزندقه و هو في الرواية ساقط. تهذيب التهذيب لإبن حجر، ج4، ص260

Saif bin Umar dituduh Zindiq dan jatuh kemuktabarannya.

Persoalan kedua:
Mereka membetulkan kening sambil merosakkan mata. Mereka tidak sedar pembikinan diskusi Abdullah bin Saba hakikatnya apabila sahabat menjadikan rujukan sumber pemikiran Ahlusunnah, ia telah meninggalkan persoalan, seperti Tabari menukilkan riwayat ini daripada Saif bin Umar yang membawa pergi ke rantau Syam, Mesir dan beberapa tempat dengan menyebarkan kabar angin menentang Uthman sambil membahaskan kekhalifahan dan kewasiyan Ali (a.s). Sebahagian Sahabat seperti Abu Zar, Ammar dan beberapa orang yang lain telah menjadi mangsa fitnah Saif bin Umar. Kami ingin bertanya kepada Ahlusunnah:

Sahabat  ini seluruh usianya, menjadi dewasa di kaki minbar Nabi (s.a.w), seperti ‘Ammar bin Yasir di mana Rasulullah  berkata tentang beliau:

عمار ياسر ملئ ايمانا إلي مشاشه. سنن ابن ماجة، ج1، ص52 ـ سنن النسائي، ج8، ص111 ـ فضائل الصحابة للنسائي، ص50 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص392 ـ مجمع الزوائد للهيثمي، ج9، ص295

Seluruh kewujudan ‘Ammar bin Yasir sarat dengan keimanan. Rasulullah telah bersabda tentang peribadi seperti Abu Zar, tidak ada orang yang lebih tulus daripada Abu Zar:

ما أظلت الخضراء و لا أقلت الغبراء أصدق من أبي ذر. مسند احمد، ج2، ص163 ـ سنن الترمذي، ج5، ص334 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص342

Tabari di dalam Tarikhnya mengatakan, kedua sahabat besar ini, telah menjadi mangsa propaganda Saif bin Umar, ia membicarakan kewasiyan Ali dan mencetuskan propaganda memerangi Uthman serta beberapa peristiwa yang lain (Tarikh Tabari, jilid 3 halaman 379).

Menarik perhatian di sini, Ahmad bin Amin Misri di dalam kitab Fajrul Islam mengatakan:

أن أبا ذر تلقى فكرة الاشتراكية من ذلك اليهودي و هو تلقى هذه الفكرة من مزدكيي العراق أو اليمن.

Sesungguhnya Abu Zar menerima pemikiran sosialis daripada Yahudi itu, yang mengambil pemikiran dari Mazdiki Iraq atau Yaman.

Saya ingin bertanya kepada Ahlusunnah. Jikalau seorang ulama Syiah membuat penghinaan begini kurang hajar kepada salah seorang sahabat, apa yang anda lakukan? Tidakkah perkataan itu juga menghina Abu Zar dan ‘Ammar?

Jikalau riwayat Saif bin Umar diterima mereka sebagai pengasas kebudayaan Syiah, Saif bin Umar ini juga telah mempersoalkan keadilan Sahabat. Apakah tanggapan mereka terhadap sahabat yang lain setelah meletakkan Abu Zar dan ‘Ammar di bawah pengaruh pemikiran Abdullah bin Saba seorang yang sosialis, tidak beragama, menentang al-Quran dan Islam? Apakah sahabat seperti ini tidak boleh dirujuk sebagai sumber ilmu untuk umat Islam?

Tabari berkata daripada kata-kata Saif bin ‘Umar, bahawa pembunuhan ‘Uthman berkaitan dengan beberapa orang seperti Abu Zar, ‘Ammar ‘Abdul Rahman bin ‘Udais, Kananah bin Busr dan ‘Amru bin Hamiq al-Khuza’i (Tarikh al-Tabari, jilid 3 halaman 376; Tabaqat al-Kubra Li-Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 71; Asad al-Ghabah Li- Ibnu al-Athir al-Jazri, jilid 3 halaman 309). Saya ada pertanyaan untuk Ahlusunnah dan Wahabi yang menukilkan perkara ini dengan terperinci: Apakah ‘Amru bin Hamiq al-Khuza’i daripada sahabat terkemuka atau tidak? Mereka telah menukilkan bahawa ‘Amru bin Hamiq al-Khuzaʽi adalah orang yang masuk Islam dalam Hujjatul Wida’, beliau termasuk daripada sahabat yang besar sahabat Nabi (Asad al-Ghabah Li- Ibnu al-Athir al-Jazri, jilid 4, halaman 100, al-Isti’ab Li-Ibn ‘Abd al-Bar, jilid 3 halaman 1173. ‘Abdul Rahman bin ‘Udays dikatakan:

ممن بايع تحت الشجرة و شهد بيعة الرضوان.

Ahlusunnah Wal Jama’ah berdalil dengan ayat Shajarah untuk membuktikan keadilan seluruh sahabat. Nampaknya Ibnu ‘Udais adalah salah seorang yang menyertai Bai’atul Ridwan. Beliau juga salah seorang yang berkata:

أعان علي قتل عثمان.

Apakah jawapan anda? Ibnu Hajar berkata bahawa Kinanah bin Busr adalah salah seorang sahabat Nabi (Al-Ishabah Li-Ibnu Hajar ‘Asqalani, jilid 5 halaman 486).

Meskipun begitu, Tabari masih meriwayatkan kisah-kisah yang menentang Syiah. Kisah ini diletakkan di bawah pengaruh Abdullah bin Saba yang melibatkan mereka ini dalam pembunuhan ‘Uthman.

Pihak Ibnu Taimiyah berkata, pengasas mazhab Syiah adalah Abdullah bin Saba’. Pihak mereka berkata juga, orang yang membunuh ‘Uthman adalah mereka yang termasuk di kalangan pemusnah di muka bumi dan daripada kabilah yang celaka.

Apakah ini bukan satu penghinaan terhadap sahabat? Tidakkah ini bukan penghinaan terhadap ‘Abdul Rahman bin ‘Udais, ‘Amru bin Hamiq al-Khuzaʽi dan Kinanah bin Busr? Tabari yang mengaitkan ‘Abdullah bin Saba dengan pengasasan mazhab Syiah, dari satu sudut yang lain beliau juga menyabitkan peristiwa pembunuhan ‘Uthman dengan sahabat.

Saudara Ahlusunnah dan Wahabi! Jikalau kami menerima kata-kata Tabari dan Saif bin ‘Umar tentang ‘Abdullah bin Saba, bukan daripada Tabari kisah yang mengaitkan gabungan seluruh sahabat di dalam Madinah untuk membunuh ‘Uthman, serta mengirim surat ke luar kota Madinah iaitu datanglah ke Madinah, Khalifah Muslimin telah menghancurkan Islam, jikalau anda ingin berjihad, kembalilah ke Madinah dan menentang khalifah. Tabari menukilkan bahawa ‘Uthman menulis surat kepada Muawiyah dan berkata:

فإن أهل المدينة قد كفروا و أخلفوا الطاعة و نكثوا البيعة. تاريخ الطبري، ج3، ص402

Sesungguhnya warga Madinah telah kafir, menderhaka dan memutuskan bai’at mereka (Tarikh Tabari jilid 3 halaman 402).

Bagaimana anda ingin menerima kisah Abdullah bin Saba disamping tidak menerima kata-kata ‘Utman yang menganggap penduduk Madinah sebagai kafir! Tidakkah ini berat sebelah?

Persoalan ke-dua. Mereka berkata di zaman, Abdullah bin Saba’ telah pergi ke Mesir, Sham dan berbagai kota sambil membahaskan kawashiyan Amirul Mukminin (a.s) dan mengobarkan pemberontakan menentang ‘Uthman yang membawa pembunuhannya. Kami bertanya kepada Ahlusunnah:

‘Uthman ada perselisihan sengit dengan beberapa tokoh besar, dan ia mengarahkan Abu Zar dibuang negeri. Akibatnya beliau mati di sahara Zabdah dalam keadaan dahaga dan lapar. Ia mengarahkan kaki dan gigi ‘Abdullah bin Masʽud  dipatahkan. Ia hendak memukul ‘Ammar bin Yasir ketika berlaku perselisihan sengit antara keduanya. Namun KENAPA ia DUDUK DIAM-DIAM apabila berhadapan dengan propaganda Abdullah bin Saba? Tidakkah ini menunjukkan kelemahan ‘Uthman? Mengapa pula apabila Abu Zar melancarkan penentangan pemerintahan pusat, dengan segera mata-mata kerajaan Uthman memberikan informasi kepadanya dan Abu Zar langsung dibawa ke Madinah? Tetapi dalam menghadapi komplot Abdullah bin Saba, mata-mata ini tidak memberikan maklumat sehingga menyebabkan pembunuhan ‘Uthman terjadi.
Perkara ini kami perlu bicarakan secara panjang lebar terutamanya kebangkitan menentang ‘Uthman dan stimulasi pembunuhannya dari sumber-sumber Ahlusunnah. Di sinilah antara salah satu tempat perselisihan asasi antara Sunni dan Syiah.

Pertanyaan penonton

Pertanyaan:
Saya telah membaca sebuah kitab yang menyatakan bahawa setelah Rasulullah menerima perjanjian Hudaibiyah, khalifah kedua memprotes Nabi (s.a.w) dan berkata kepada khalifah pertama bahawa saya mengesyaki kerasulan Nabi (s.a.w). Apakah perkara ini ada di dalam sumber Ahlusunnah?

Jawapan:
Jikalau anda mempunyai Sahih Bukhari, peristiwa ini telah dinukilkan di dalam jilid 4 halaman 70 hadis 3182, dan Sahih Muslim jilid 5 halaman 175 hadis 4525 di mana di dalam perjanjian Hudaibiyah, khalifah kedua telah memprotes Nabi (s.a.w) dan berkata: Tidakkah kebenaran bersama kita dan kebatilan bersama mereka? Nabi menjawab: iya. Kata khalifah ke-dua: maka kenapa kita menerima penghinaan dalam perkara ini?. Nabi (s.a.w) bersabda: Saya utusan Allah, dan Allah tidak meninggalkan saya bersendirian, dan Dia membantu saya. ‘Umar tidak berpuas hati dengan jawapan Nabi (s.a.w) dan pergi kepada Abu Bakar seraya berkata: Tidakkah kita bersama kebenaran? Tidakkah korban kita di dalam Syurga manakala korban mereka di dalam neraka? Abu Bakar menjawab: Iya. ‘Umar pun berkata: Mengapakah kita menerima penghinaan terhadap agama kita? Abu Bakar berkata sebagaimana sabda Nabi (s.a.w). Sehingga terdapat di dalam Sahih Bukhari jilid 6 halaman 45 hadis 4844:

فرجع متغيظا، فلم يصبر حتى جاء أبا بكر.

‘Umar tidak berpuas hati terhadap jawapan Nabi dan pulang dalam keadaan marah. Beliau tidak bersabar dan pergi kepada Abu Bakar .

Begitu juga yang terdapat di dalam kitab muktabar Ahlusunnah:

و الله! ما شککت منذ أسلمت إلا يومئذ. تاريخ الإسلام للذهبي، ج2، ص371 ـ تاريخ مدينه دمشق لإبن عساکر، ج57، ص229 ـ  الدر المنثور للسيوطي، ج6، ص77 ـ المصنف لعبد الرزاق الصنعاني، ج5، ص339 ـ صحيح ابن حبان، ج11، ص224 ـ المعجم الكبير للطبراني، ج20،
ص14 ـ جامع البيان لإبن جرير الطبري، ج26، ص129

Demi Allah! Aku tidak syak (terhadap kenabian baginda) sejak masuk Islam melainkan pada hari ini (Tarikh al-Islam Li-Zahabi jilid 2 halaman 371, Tarikh Madinah Dimasyq Li-Ibnu ‘Asakir jilid 57 halaman 229, al-Dur al-Manthur Li-Suyuthi jilid 6 halaman 77, Mushannaf Li-Ibnu Razzaq al-Shan’ati jilid 5 halaman 339, Sahih Ibnu Habban jilid 11 halaman 224, al-Mu’jam al-Kabir Li-Tabrani jilid 20 halaman 14, Jami’ al-Bayan Li-Ibnu Jarir al-Tabari).

Sehingga terdapat di dalam sumber-sumber Ahlusunnah menyatakan dikeranakan saya telah memprotes dan mengesyaki kerasulan baginda, saya telah banyak berpuasa di jalan Allah dan beramal supaya dosaku diampunkan (Sahih Ibnu Habban, jilid 11 halaman 224).

Pertanyaan:
Salah satu propaganda Wahabi ialah, kita hendaklah tidak menukilkan ikhtilaf di antara para sahabat kerana perselisihan yang parah itu bakal menimbulkan kemusykilan terhadap kesahihan al-Quran, kerana mereka adalah perawi dan penghafal al-Quran yang menyampaikannya kepada kita secara berperingkat. Mohon terangkan perkara ini.

Jawapan:
Perkara ini telah diajukan pada hari pertama. Umumnya kami tidak terima perkara ini kerana Rasulullah telah memperkenalkan Al-Quran dan Ahlul Bait sebagai pegangan untuk manusia. Baginda bersabda:

إني تارک فيکم الثقلين کتاب الله و عترتي، إن تمسکتم بهما لن تضلوا بعدي.

Sesungguhnya saya tinggalkan kepada kamu dua perkara berharga iaitu Kitab Allah dan ‘Itrahku, jika kalian berpegang dengan keduanya, kalian tidak akan sesat sepeninggalanku. Baginda tidak bersabda “kitab Allah dan para sahabatku”. Al-Quran dan Ahlul Bait saling menerangkan antara satu sama lain sampai hari kiamat. Kami telah membahaskan tentang hadis Thaqalayn secara berasingan di mana adalah satu kesilapan jikalau kita ingin mengambil pelajaran al-Quran daripada para sahabat. Ia tidak selaras dengan hakikat sejarah.

Sebelum ini kami telah bahaskan bahawa sahabat tidak memperdulikan hadis dan Abu Hurairah berkata, Muhajirin dan Ansar tidak menghiraukan ucapan Nabi kerana asyik berdagang dan bercucuk tanam (Sahih al-Bukhari jilid 1 halaman 38 dan jilid 3 halaman 74; Sahih Muslim jilid 7 halaman 167; Mustadrak al-Hakim jilid 3 halaman 509).

Pertanyaan.
Wahabi ada cara tersendiri berpegang dengan al-Quran dan menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan untuk menjawab keraguan. Adakah kitab yang dapat saya baca untuk memahami helah Wahabi ini.

Jawapan:
Kitab ‘Ayin Wahhabi’ dan kitab ‘Wahabi, Mabani Fikri wa Karnameh ‘Ilmi’ karangan Hadrat Ayatullah al-Uzma Subhani, dan kitab saya sendiri ‘Wahhabi az Manzare ‘Aql Wa Sar’.

Pertanyaan:
Dalam saluran al-Mustaqillah ada satu soalan mengenai seorang tokoh Syiah yang mengatakan masalah Tajsim dan perbahasan Mukmin al-Ṭāq dan Hisham bin Hakam. Benarkah perkara ini dan apakah kita sudah menjawabnya?

Jawapan:
Insyallah kami akan membicarakannya nanti. Dalam jawapan terhadap kitab Qaffari, kami telah menulis hampir 250 halaman dan Insyallah, dalam waktu terdekat nanti, akan kami cetak dan dimasukkan ke dalam web site kami. Yang memasukkan tajsim ke dalam budaya Islam ialah golongan Ahlusunnah seperti Abu Hurairah dan Ka’b bin al-Ahbar. Sebelum Hisham bin Hakam yang meninggal pada tahun 199 Hijrah, Ahmad bin Hanbal sendiri adalah penyebar pemikiran Tajsim. Ibnu Qatadah dan beberapa orang yang lain turut menyebarkan sebelum beliau. Salah satu keraguan yang perlu dijawab ialah apakah Mukmin al-Ṭāq atau Hisham bin Hakam menyebarkan pemikiran Tajsim atau ulama Ahlusunnah? Apa saja yang mereka nukilkan daripada Hisham bin Hakam adalah sama sekali pembohongan. dan riwayatnya Dhaif. Terdapat beberapa hadis daripada Hisham bin Hakam dan Mukmin bin al-Ṭāq dalam menyangkal dan menafikan Tajsim.

(ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: