Manusia mudah lupa, bukan melayu saja mudah lupa. Lupa dari siapa manusia itu datang, lupa juga kepada siapa manusia akan kembali. Apabila kita telah sedar diri mungkin ketakutan yang teramat sangat akan datang dalam diri masing2. Takut kerana telah melampui batas2 yang ditetapkan walaupun peringatan telah diberi.
Sepatutnya manusia tahu manusia itu dibimbing oleh Allah asalnya seperti dalam firmannya:
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!” (Al Baqarah:31).
Ini adalah keistimewaan yang Allah berikan pada manusia pertama. Pada hari ini pengetahuan yang diberikan Allah telah berkembang dari zaman ke zaman dan sudah sampai ke penghujungnya. Tetapi pengetahuan ini juga membuat manusia besar kepala dan lupa dari mana pengetahuan ini datang sehingga terang terangan melawan Tuhan mereka kembali. Salah satunya berkait rapat dengan kepimpinan iaitu penentuan hukum. Tak perlu diceritakan disini bagaimana hukum itu diturunkan atau bagaimana hendak melaksanakannya kerana perlu beberapa kitab tebal hanya untuk itu sahaja. Apa yang perlu diperhatikan ialah bagaimana hukum Allah ini dijadikan permainan manusia. Betapa beraninya makhluk2 hina ini dengan Tuhannya.
Dan untuk makhluk2 ini Allah telah masukkan mereka ke dalam golongan2 yang dilaknatNya seperti dalam firmanNya:
“Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al Maidah: 44).
Kafir ini bukan dari manusia tapi dari Allah, tidak ada sesuatu pun yang mampu mengubah apa yang Allah tetapkan. Mahukah kita mati dengan laknat Allah s.w.t? Kalau hanya mahu menyalahkan pemimpin, pertanyaannya apakah semua orang dilahirkan tanpa akal untuk berfikir atau tanpa mulut untuk bersuara? Tapi adakah semua manusia mahu mengikut hukum Allah ini? Tentu saja tidak semua, dan tidak semua itulah yang majoritinya. Mereka mengambil contoh pula hukum2 dari orang yang asalnya memang kafir. Pemimpin2 mereka berkata “Negara akan huru hara jika hukum Islam dijalankan”, “hukum Islam tidak sesuai dengan zaman”, “Negara yang tidak mengikut Islam juga mampu aman damai dan berjaya ”. Peliknya pemimpin2 ini masih terus berkuasa yang maksudnya rakyat juga turut bersetuju dengan pemimpin mereka, dan hanya sedikit yang masih setia dengan Tuhannya.
Itu dari sudut yang semua orang mampu lihat, itupun masih ada juga tidak sedar2 diri. Bagaimana pula dengan sudut yang secara awamnya sukar dilihat yang juga kerana kurangnya ilmu. Sebagai contoh, hukum2 yang kononnya halal disisi Islam tapi tanpa disedari ianya hanya hasil dari itjihad untuk perkara2 yang sudah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. Ianya seperti bulan yang indah di kejauhan tapi hodoh di depan mata.
Walaupun ianya kelihatan benar dan kelihatan tidak menyimpang tetapi adakah itu boleh dijadikan alasan untuk mengubah apa yang Allah telah tetapkan?
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. “(Al Ahzab:36).
Mahukah kita mendurhakai Allah hanya kerana berasa pengetahuan kita lebih benar dalam menentukan hukum? Adakah kita juga sanggup mendurhakai Allah hanya kerana terlalu cinta dan memuja insan yang mengubah ketetapan Allah itu? Sayangnya manusia kurang berwaspada dalam menerima sesuatu, Al Quran sebagau rujukan utama juga ditolak tepi, jadi yang bertentangan dengan Al quran masih juga diguna pakai hanya kerana ia dari golongan yang berserban dan berjanggut panjang. Lumrah manusia yang suka menilai melalui apa yang mampu dilihat dengan mata. Mungkin dengan mukjizat Allah untuk setiap dari mereka saja yang mampu menjadikan mereka sedar diri.
Bila terlalu memikirkan dunia, akhirat dilupakan. Bila ajal tinggal sedepa baru hendak menyesalinya, tentu sahaja tidak berguna lagi walau hendak menukar ganti dengan segunung emas.
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (An Nisa:18).
Berfikirlah sementara belum terlambat.
(Emansipasi-Al-kazim/ABNS)
Post a Comment
mohon gunakan email