Pesan Rahbar

Home » » Shalawat Kepada Nabi (Bagian Kedua)

Shalawat Kepada Nabi (Bagian Kedua)

Written By Unknown on Friday 8 January 2016 | 22:12:00


Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad

Ayat al-Mawaddah

Iaitu firmanNya dalam (Surah al-Syuura (42): 23) : "Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan (al-qurba). Dan siapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanah) akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."

Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan di dalam Manaqib, al-Tabrani, al-Hakim dan Ibn Abi Hatim daripada 'Abbas sebagaimana telah diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam pentafsiran ayat 14 daripada ayat-ayat yang telah dinyatakan di dalam fasal pertama daripada bab sebelas daripada al-Sawa'iqnya dia berkata: Manakala turunnya ayat ini mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau SAW menjawab: 'Ali, Fatimah dan dua anak lelaki mereka berdua.

Hadith ini juga telah dicatatkan oleh Ibn Mardawaih,1 diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas oleh Ibn Mundhir, al-Muqrizi, al-Baghawi, al-Tha'labi di dalam tafsir-tafsir mereka. Al-Suyuti di dalam Durr al-Manthur, Abu Nu'aim di dalam Hilyahnya, al-Hamawaini di dalam al-Fara'id, al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul dan Ibn Maghazili di dalam al-Manaqib, al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf,2 Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,3 Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib Su'ul,4 Abu Sa'id di dalam Tafsirnya,5 al-Nasafi di dalam Tafsirnya,6 Abu Hayyan di dalam Tafsirnya,7 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah,8 al-Hafiz al-Haithami di dalam al-Majma',9 al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.10


Al-Bukhari di dalam Sahihnya,11 daripada Ibn Abbas RD bahawa dia ditanya mengenai firmanNya: "kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan." Dia menjawab: Ianya adalah kerabat Rasulullah SAW. Al-Tabari di dalam Tafsirnya,12 daripada Sa'id bin Jubair tentang firmanNya, Surah al-Syura'(42):23)"Katakanlah: Aku tidak meminta upahmu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan." Dia menjawab: Ianya adalah kerabat Rasulullah SAW.

Ibn Hajr al-'Asqalani di dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij Ahadith al-Kasysyaf,13 berkata: al-Tabrani, Ibn Abi Hatim dan al-Hakim telah meriwayatkannya di dalam Manaqib al-Syafi'i daripada Husayn Asyqar daripada Qais bin al-Rabi' daripada A'masy daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas ditanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau menjawab:'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.

Al-Tabrani di dalam al-Ausat dan al-Kabir telah meriwayatkan daripada Abu Tufail sebuah khutbah Hasan AS:Kami daripada Ahlu l-Bait yang telah difardhukan Allah untuk mengasihi mereka dan menjadikan mereka pemimpin. Maka beliau berkata:Di antara apa yang telah diturunkan ke atas Muhammad SAW ialah:Katakanlah:"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Di dalam riwayat yang lain:Kami adalah daripada Ahlu l-Bait yang telah fardhukan Allah ke atas setiap Muslim mengasihi mereka. Maka turunlah ayat (Surah al-Syu'ara(24):23):"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."

Al-Hakim di dalam al-Mustadrak14 dengan membuang sanad-sanadnya daripada 'Umar bin 'Ali daripada bapanya daripada 'Ali bin Husain dia berkata:Hasan bin Ali berpidato ketika pembunuhan 'Ali AS. Beliau memuji Tuhan hingga akhirnya beliau berkata:"Kami adalah daripada Ahlu l-Bait yang dihilangkan kekotoran mereka oleh Allah dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Dan kamilah Ahlu l-Bait yang difardhukan Allah ke atas setiap Muslim supaya mengasihi mereka. Maka beliau berkata: Allah berfirman kepada NabiNya: Katakanlah 'Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun....."

Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib15 dengan membuang beberapa sanad daripada Jabir bin 'Abdullah, berkata: Seorang badwi datang kepada Nabi SAWAW dengan berkata: Wahai Muhammad bentangkan ke atasku Islam. Maka dia berkata: Kami naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Dia yang Tunggal tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Dia bertanya: Adakah anda meminta upah dariku ke atasnya? Beliau menjawab: Tidak! Melainkan mengasihi kerabatku. Dia bertanya: Kerabatku atau kerabat anda? Beliau menjawab: Kerabatku. Dia menjawab: Sekarang aku membai'ah anda, dan bagi orang yang tidak mencintai anda dan mencintai kerabat anda, maka laknat Allah ke atas mereka. Maka Nabi SAW bersabda: Amin.....

Catatan Kaki:
1. al-Nabhan al-Arba'in, hlm 90
2. al-Kasysyaf, II, hlm 339
3. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm 25
4. Matalib Su'ul, hlm 8
5. Hamisyh Mafatih al-Ghaib, VI, hlm 665
6. Tafsir al-Nasafi, hlm 99
7. Tafsir Abu Hayyan, VII, hlm 156
8. Fusul al-Muhimmah, hlm 12
9. Majma' al-Zaua'id, IX, hlm 168
10. Kifayah al-Talib, hlm 31
11. Sahih, VI, hlm 129
12. Jami' al-Bayan, XXV, hlm 14 – 15
13. al-Kafi al-Syafi, hlm 145
14. al-Mustadrak, III, hlm 172
15. Kifayah al-Talib, hlm 31

(Islam-Muhammadi/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: