RAUDHAT AL-KAAFI
(TAMAN YANG MENCUKUPI)
THIQAT AL-ISLAM
ABU JA‘FAR MUHAMMAD BIN YA‘QUB AL-KULAINI
Wafat 328/ 329 Hijrah
__________________________________
Diterjemahkan dari buku aslinya Raudhat
al-Kaafi
Karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini
Tahqiq oleh Ali Akbar al-Ghifari
Cetakan
Bahasa Arab: Dar al-Adhwaa’, Beirut, 1985
_______________________________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang.
Copyrights. All rights reserved
_______________________________________________________________
Cetakan Ketiga: November, 1994
Edisi Bahasa Arab
Raudhat al-Kaafi/Furuu‘ al-Kaafi, jilid viii, Beirut,
1985
___________________________________
Edisi Bahasa Melayu
Copyrights@AB-Perlak. All rights reserved.
___________________________________
_______________________________________
BAHAGIAN 1
PRAKATA DAN KOMENTAR
Bismillahir Rahmanir Rahim
Segala pujian adalah untuk Allah s.w.t, selawat dan salam kepada
Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci a.s serta para sahabat mereka yang
terpilih r.h.
Amma Ba‘du,
Adapun kemudian daripada itu, bahawa buku ini berjodol Raudhat al-Kaafi adalah
karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far
Muhammad bin Ya‘qub bin Ishaq al-Kulaini al-Razi. Beliau dilahirkan di sebuah
kampung bernama al-Kulain atau al-Kulin di Iran. Beliau adalah di kalangan
ulama yang masyhur di Ray, Iran. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad kerana
menjadi ketua ulama kepada pengikut Syi‘ah Imam Dua Belas di sana semasa pemerintahan
al-Muqtadir. Beliau hidup di zaman sufaraa’
(wakil-wakil Imam al-Mahdi a.s) dan mati di Kufah pada tahun 328/329 hijrah
bersamaan 939/940 masihi.
Beliau telah
menulis beberapa buah buku di antaranya al-Kaafi
(yang mencukupi), Kitab al-Rijaal, al-Radd ‘ala al-Qaramitah dan lain-lain.
Buku beliau yang paling masyhor adalah al-Kaafi. Beliau
telah menulis buku ini selama dua puluh tahun. Buku al-Kaafi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama al-Kaafi membincangkan mengenai Usuul yang mengandungi lapan bab (kutub) seperti kitab akal dan kejahilan,
kitab kelebihan ilmu, kitab tauhid, kitab hujjah, kitab iman dan lain-lain,
dinamakan al-Usuul min al-Kaafi. Ia
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh World Organization for
Islamic Services (WOFIS) P.O. Box No.11365-1545, Tehran, Iran 1984 bersama teks
Arab. Bahagian kedua al-Kaafi/Furuu‘ membincangkan mengenai Furuu‘
yang mengandungi dua puluh enam (26) bab (kutub)
seperti kitab kebersihan, kitab
sembahyang, kitab haid, kitab jenazah, kitab puasa, kitab haji dan lain-lain, maka
ia dinamakan al-Furuu‘ min al-Kaafi. Bahagian
ketiga al-Kaafi/Raudhat membincangkan mengenai Furuu’, Usuul secara ringkas, alam semesta,
rawatan penyakit dan lain-lain mengandungi lima ratus sembilan puluh tujuh
(597) hadis, maka ia dinamakan al-Raudhat
min al-Kaafi atau Raudhat al-Kaafi.
Penterjemahan buku ini adalah berdasarkan kepada Tahqiq
Hujjat al-Islam ‘Ali Akbar
Al-Ghifari, cetakan ketiga Dar al-Adhwaa’, Beirut, 1405 hijrah bersamaan 1985
masihi.
Keistimewaan buku Raudhat al-Kaafi
karangan Thiqat al-Islam al-Kulaini terletak kepada sanad dan matannya yang
masih tidak terputus dengan para Imam
Ahlu l-Bait a.s meskipun terdapat beberapa hadis yang diriwayatkannya secara marfuu’.
Terjemahan buku Raudhat al-Kaafi
yang bererti “Taman Yang Mencukupi” ini
adalah khusus untuk pengikut-pengikut mazhab Ahlu l-Bait a.s atau mazhab
Ja‘fari atau mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas SAHAJA.
Semoga ia akan dapat memanfaatkan mereka mengenai hadis dan aatahar Ahlu l-Bait a.s di tamannya yang
aman dan indah. Ilaahi aamiin.
Penterjemah Dan Komentar:
24 hb. November, 1994.
_____________________________________________
KANDUNGAN
PRAKATA DAN KOMENTAR
BAHAGIAN PERTAMA
Risalah
Abu Abdullah A.S Kepada Para Sahabatnya, Mashaf Ali Bin Al-Husain Bin Ali
Mengenai Zuhud, Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Takwa Dan Khutbah Al-Wasilah.
1. Risalah Abu Abdullah a.s kepada para
sahabatnya
2. Mashaf Ali bin al-Husain Mengenai
Zuhud
3. Wasiat Amir al-Mukminin a.s mengenai
takwa
4. Khutbah al-Wasilah Amir al-Mukminin
a.s
BAHAGIAN KEDUA
Khutbah Al-Talutiyyah, Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka, Hadis Abu Abdullah A.S
Dengan Al-Mansur, Hadis Musa A.S Dan Lain-Lain.
5. Khutbah Amir al-Mukminin a.s yang
dikenali dengan khutbah al-
Talutiyyah
6. Kedudukan Syi‘ah dan kelebihan
mereka
7. Hadis Abu Abdullah a.s dengan
al-Mansur
8. Hadis Musa a.s.
9. Wasiat dan nasihat Abu Abdullah a.s
10. Allah telah memilih tujuh orang
daripada Bani Hasyim
11. Pengertian firman Allah Surah
al-Jaasyiah (45): 29 “Inilah Kitab Kami
yang menutur kepada kamu dengan benar”
12. Pengertian firman Allah Surah
Asysyu‘araa’ (91): 1 “Demi Matahari dan
cahayanya di pagi hari”
13. Takwil firman Allah Surah al-Ghaasyiah
(88):1 “Sudah datangkah kepadamu berita
(mengenai) hari pembalasan?”
14. Takwil firman Allah Surah al-Nahl (16):
38 “Mereka bersumpah dengan nama Allah
dengan sumpahnya sesungguhnya”
15. Takwil firman Allah Surah al-Anbiyaa’
(21): 12 “Maka tatkala mereka merasakan
azab kami, tiba-tiba mereka melarikan
diri”
16. Risalah pertama Abu Abdullah a.s kepada
Sa‘d al-Khair
17. Risalah kedua Abu Abdullah a.s kepada
Sa‘d al-Khair
18. Amir al-Mukminin a.s menyerupai Isa bin
Maryam
19. Takwil firman Allah Surah al-Ruum (30):
41 “Telah kelihatan kerosakan di darat
dan di laut”
20. Tafsir firman Allah Surah al-A‘raaf
(7): 56 “Dan janganlah kamu membuat
kerosakan di muka bumi, sesudah Allah memperbaikinya”
BAHAGIAN KETIGA
Khutbah
Amir al-Mukminin A.S Mengenai Celaan Mengikut Hawa Nafsu, Bid‘ah; Pengubahan
Sunnah Rasulullah S.A.W Oleh Tiga Khalifah Sebelumnya, Khutbah
Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Dukacitanya Di Atas Apa Yang Berlaku Dan Lain-Lain.
21. Khutbah Amir al-Mukminin mengenai
celaan mengikut hawa nafsu, bid‘ah; pengubahan sunnah Rasulullah s.a.w dengan
sengaja oleh tiga khalifah sebelumnya
22. Khutbah Amir al-Mukminin a.s mengenai
dukacitanya di atas apa yang berlaku selepas Rasulullah s.a.w
23. Khutbah Amir al-Mukminin a.s mengenai
kezaliman
24. Hadis Ali bin al-Husain a.s
25. Alamat akhir zaman
26. Pembahagian harta dengan saksama
27. Hadis Nabi s.a.w ketika dibentangkan
kuda kepadanya
28. Nasihat Amir al-Mukminin a.s kepada maulanya yang lari kepada Mu‘awiyah
29. Percakapan Ali bin al-Husain a.s dan
nasihatnya kepada orang ramai pada setiap hari jumaat
30. Hadis syeikh bersama Abu Ja‘far
a.s
31. Kisah penjual minyak bersama Rasulullah
s.a.w
32. Kami di sisi mereka lebih jahat
daripada Yahudi, Nasara, Majusi dan musyrikin
33. Wasiat Nabi s.a.w kepada Amir
al-Mukminin a.s
34. Nilai seseorang adalah agamanya
35. Agama adalah cinta dan anda bersama
orang yang anda cintai
36. Kelebihan Ahlu l-Bait a.s dan Syi‘ah
mereka
37. Menghidupkan urusan mereka
38. Kelebihan Syi‘ah dan tafsir firman Allah Surah al-Ra‘d (13): 38 “Sesungguhnya Kami
telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu”
39. Orang yang celaka dan orang yang
bahagia
40. Tafsir firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 213 “ Manusia adalah umat yang satu”
41. Hadis mengenai laut dengan matahari
42. Setiap Ahlu l-Bait mempunyai hujah pada
hari Kiamat
43. Allah akan berhujah pada hari Kiamat ke
atas jirannya
44. Tafsir firman Allah Surah al-Fail
(105): 3 “Dan Dia mengirimkan kepada
mereka burung-burung yang berbondung-bondung”
45. Janganlah kamu mencampuri dalam urusan
keluarga kami
46. Doa untuk mengusir jin
47. Hadis nabi s.a.w mengenai hakikat
kehidupan
48. Dakwaan lelaki Hamadan mengenai baghal
betina Musa a.s
49. Layanan al-Mansur terhadap Abu Abdullah
a.s
50. Layanan Abu Abdullah a.s terhadap
budaknya
51. Tidak ada kebaikan pada menyalahi Ahlu
l-Bait a.s
52. Hadis mengenai tabib dan sebab ia
dinamakan tabib
53. Tiada suatu penyakitpun melainkan ia
menyerap ke badan
54. Cara mengubati penyakit dan bacaan
doa
55. Hadis mengenai ikan paus
56. Penciptaan bumi dan penghantaran air
yang masin serta asal asul kejadian
57. Hadis mengenai mimpi-mimpi dan hujah di
atas ahli zaman itu
58. Mimpi mukmin pada akhir zaman
59. Soalan Nabi s.a.w “ Adakah mimpi yang
mengembirakan?
60. Tafsir firman Allah Surah Yunus (10):
64 “Bagi mereka berita gembira di dalam
kehidupan di dunia”
61. Mimpi ada tiga jenis
62. Mimpi yang benar dan mimpi yang bohong
keluar dari
satu tempat
63. Hadis mengenai angin pada empat
bahagian, utara, selatan, barat dan timur
BAHAGIAN KEEMPAT
Angin
Rahmat Dan Angin Azab, Syukur Kepada Allah, Doa Untuk Murah Rezeki, Makna
Kerabat Rasulullah S.A.W, Hadis Mengenai Seorang Syam (al-Syami) Bersama Abu Ja‘far A.S Dan Lain-Lain.
64. Angin rahmat dan angin azab
65. Syukur kepada Allah dan doa murah
rezeki
66. Makna kerabat Rasulullah s.a.w
67. Hadis mengenai seorang lelaki Syam
bersama Abu Ja‘far a.s
68. Setiap sesuatu adalah air dan
‘Arasy-Nya adalah di atas air
69. Hadis mengenai syurga dan unta
betina
70. Percakapan Para Imam a.s di atas tujuh
puluh bahasa dan bagi mereka jalan
keluar
71. Hadis Abu Basir bersama seorang
perempuan
72. Nasibi terhadap Ahlu l-Bait a.s adalah
lebih jahat daripada orang yang meninggalkan sembahyang
73. Janganlah meringan-ringankan
mukmin
74. Kami mewalikan kamu dan melepaskan diri
kami daripada musuh kamu
75. Roh kudus bersama anda selama anda
mencintai kami
76. Kata-kata Umar kepada Ali a.s mengenai
Bani Umayyah
77. Mengenai firman Allah Surah Ibrahim
(14): 28 “Golongan yang telah menukar
nikmat Allah dengan kekafiran”
78. Mengenai firman Allah Surah
al-Dhaariyaat (51):54 “Maka berpalinglah
kamu dari mereka dan kamu sekali-kali tidak tercela”
79. Keadaan manusia pada hari Kiamat
80. Sesiapa yang mencintai Ahlul Bait a.s
akan bersama mereka pada hari Kiamat
131
81. Penolakan kepada orang yang menyangka
bahawa kesempurnaan terletak kepada penjagaan perut dan kemaluan
82. Allah mempunyai lima perkara yang
suci
83. Apabila mukmin meningkat umur empat puluh tahun
84. Ambillah tindakan keras ke atas
hamba-Ku
85. Boleh lari daripada wabak penyakit
86. Tiga perkara seorang nabi dan bukan
nabi tidak akan berjaya
87. Rawatan penyakit
88. Tangkal demam panas
89. Bacaan bagi mengelakkan penyakit
90. Sesungguhnya Ali daripadaku dan aku
daripada Ali
91. Peperangan Uhud dan peranan Amir
al-Mukminin a.s
92. Hadis Adam a.s bersama pokok
93. Hadis Abu Ja‘far a.s bersama Nafi‘
BAHAGIAN KELIMA
Hadis
Mengenai Seorang Nasrani Bersama Al-Baqir A.S, Hadis Abu Al-Hasan Musa A.S,
Hadis Yang Pelik Mengenai Abu Dhar Bersama Rasulullah S.A.W, Anda Lebih Baik
Daripadaku Dan lain-Lain.
94. Hadis mengenai Nasrani Syam bersama Abu
Ja‘far a.s
95. Hadis Abu al-Hasan Musa a.s
96. Hadis yang pelik mengenai Abu Dhar
bersama Rasulullah s.a.w
97. Anda adalah lebih baik daripadaku
98. Allah tidak menerima amalan melainkan
dengan wilayah Ahlu l-Bait a.s
99. Sentiasa lapar lagi takutkan Allah
100. Rasulullah s.a.w tidak pernah makan
bersila
101. Rasulullah s.a.w makan dan duduk seperti seorang hamba kerana
tawaduk kepada Allah 102. Aku telah dibentangkan seluruh Makkah
dengan emas
103. Hadis Isa a.s
104. Mengenai firman Allah Surah Saad (38):
62-3 “Kenapa kamu tidak melihat orang
yang dahulu kami anggap sebagai orang jahat…”
105. Hadis mengenai Iblis
106. Berpindah dari tempat tidur jika mimpi
buruk berlaku
107. Rasulullah s.a.w mengajar doa kepada
Fatimah a.s
108. Hadis mengenai muhasabah diri
109. Musafir pada hari Sabtu
110. Keadaan manusia pada hari Kiamat
111. Hadis Hafs dan sujud Abu Abdullah
a.s
112. Mengenai celaan terhadap dunia
113. Celaan pengaduan mukmin akan hajatnya kepada seorang kafir
114. Dalil kematian Sulaiman keluarnya
pohon al-Kharnubah
115. Keadaan musyrikin apabila berjumpa
dengan Rasulullah s.a.w
116. Allah menciptakan syurga sebelum
neraka
117. Mengenai firman Allah Surah Surah Hud
(11):7 “Dan Dialah yang menciptakan
langit dan bumi di dalam enam masa”
118. Pujian kepada Zararah bin A‘yan dan
para sahabatnya
119. Sesungguhnya kamu adalah di atas
kebenaran
120. Sesiapa yang mati mencintai Ahlu
l-Bait a.s, maka dia mati syahid
121. Amalkan sifat warak dan ijtihad
122. Orang yang mati di kalangan kamu
adalah mati syahid seperti penghunus pedang pada jalan Allah
123. Sesiapa yang mati tiada baginya imam,
nescaya dia mati seperti seorang jahiliyah
124. Pergi dan pulang melalui jalan yang
berlainan
125. Membohongi orang yang mengumpat dan
menyangka baik kepada mukmin
126. Hadis mengenai orang yang dilahirkan
di dalam Islam
127. Nikmat dunia
128. Allah telah memperkenalkan diri-Nya
kepada makhluk-Nya dengan firman dan dalil-dalil
129. Allah tidak menciptakan sesuatu
melainkan Dia menciptakan sesuatu yang akan mengalahkannya
130. Wasiat Rasulullah s.a.w kepada seorang
lelaki yang meminta wasiat daripadanya
131. Perintah Nabi s.a.w supaya mengasihi tiga orang
132. Kelebihan adab
133. Allah telah mengasihani kamu, lalu Dia
menjadikan untuk kamu mut‘ah sebagai gantian kepada minuman keras
134. Syarat al-Ridha a.s kepada
al-Makmun
135. Hak ke atas seorang muslim
136. Kesihatan dan masa lapang
137. Dilarang pendedahan diri kepada
tohmah
138. Sebatang sungai di syurga bernama
Ja‘far
139. Dua golongan ahli kebatilan tidak akan
bertemu
140. Hati tertarik kepada orang yang
memberi manfaat kepadanya
141. Buatlah kebaikan kepada orang yang
memintanya
142. Setiap sesuatu asalnya air dan
‘Arasy-Nya di atas air
143. Hadis mengenai Zainab
al-‘Attaarah
144. Hadis mengenai orang yang telah
menerima Rasulullah s.a.w sebagai tetamu di Taif, pengumpulan tulang Nabi Yusuf
a.s dan berita seorang perempuan tua Bani Israel
145. Umar berkata: Keluarga Rasulullah
s.a.w tidak ada hak lagi ke atas anda dan ke atas kami 146. Takwil firrman Allah Surah Ali
Imran(3): 170 “Dan mereka bergirang hati
terhadap golongan yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka,
bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap
mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati” 184
147. Tafsir firman Allah Surah al-Rahman
(55): 70 ““(Bidadari-bidadari) yang
jelita, putih bersih dipingit dalam rumah”
BAHAGIAN KEENAM 186
Bagi
Matahari Tiga Ratus Enam Puluh Menara, Larangan Abu Ja‘far A.S Terhadap Jabir
al-Ja‘fi, Aku Akan Mengambil Kira Orang Yang Tidak Berdosa Di Kalangan Kamu Dan
Lain-Lain.
148. Bagi matahari tiga ratus enam puluh
menara 186
149. Larangan Abu Ja‘far a.s akan Jabir
al-Ja‘fi dari mendedahkan tujuh puluh hadis yang diajarkan kepadanya 186
150. Aku akan mengambil orang yang tidak
berdosa di kalangan kamu dengan dosa orang yang sakit 187
151. Mengenai firman Allah di dalam Surah
al-A‘raaf (7): 165 “Maka manakala mereka melupakan apa yang diperingatkan
kepada mereka, kami selamatkan orang yang melarang diri dari perbuatan
jahat” 187
152. Nasihat Abu Abdullah a.s kepada
Syi‘ah 188
153. Kerajaan Adam dan kerajaan Iblis 188
154. Hadis mengenai manusia pada hari
Kiamat 188
155. Pergaulan dengan orang ramai 189
156. Berhati-hatilah ketika menyebut nama Ali dan Fatimah a.s 189
157. Jika Allah menghendaki
melenyapkan mana-mana kerajaan 189
158. Hadis Sulaiman bin Khalid bersama Abu
Abdullah a.s Mengenai Zaidiah 189
159.
Bersabar ketika musibat 189
160.
Pengambilan darah di kepala 190
161.Kenapakah mukmin dinamakan mukmin? 190
162. Aku tidak mengambil berat mengenai nasibi sama ada dia mengerjakan solat
atau dia berzina 190
163. Sesiapa yang tidak mewalikan Ali
a.s 190
164. Pujian terhadap Zaid bin Ali bin
al-Husain a.s 191
165. Kebinasaan Bani Umayyah 191
166. Sahabat setia 191
167. Kepada kami makhluk ini akan kembali
dan hisab mereka di atas kami 191
168. Rasulullah s.a.w mempersaudarakan Salman dan Abu Dhar 192
169. Wajib menjauhi orang yang melakukan
kemungkaran 192
170. Diazab enam dengan enam 192
171. Perkara yang paling dicintai oleh
Rasulullah s.a.w 193
172. Kezuhudan Ali bin Abu Talib dan
al-Husain bin Ali a.s 193
173. Sirah Ali a.s dan kezuhudannya serta
walinya tidak makan perkara yang haram
193
174.
Makruh memakan makanan yang panas
194
175. Akhlak Rasulullah s.aw 194
176. Sirah Ali dan Fatimah a.s 195
177. Ujian getir kepada setiap nabi 196
178. Kata-kata unta betina Rasulullah
ketika diserbu 196
179. Perlu kepada pembantu 196
180. Niat yang diredai Allah adalah suatu
kesucian 196
181. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
Fussilat (41): 53 “Kami akan
memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segenap penjuru” 196
182. Ketaatan kepada Ali a.s dan
menderhakainya 197
183. Arab dan A‘raab 197
184. Arab dan keturunan Rom 197
185. Kedatangan al-Qaim a.s satu kebenaran 197
186. Hikmat adalah barang mukmin yang
hilang 198
187. Al-Asy‘ath bin Qais, anak perempuannya
dan anak lelakinya laknatullah 198
188. Kelembutan hati dan menangis mendengar
bacaan al-Qur’an 198
189. Wasiat Abu Abdullah a.s kepada ‘Umru bin Sa‘id bin Hilal
199
190. Wasiat Rasulullah s.aw kepada
sahabatnya 199
191. Angan-angan tiga jenis manusia 200
192. Dilarang membuat pengaduan kepada Ahli
Khilaf 201
193. Khutbah Amir al-Muikminin a.s mengenai
nasihat 201
194. Khutbah Amir al-Mukminin supaya
bertakwa kepada Allah pada hari Jumaat
203
195. Setiap mukmin ada penjaga dan
penggirang 206
196. Pergaulan yang baik 206
197. Orang ramai adalah seperti galian emas
dan perak 206
198. Hadis mengenai al-Zauraa’ dan
pembunuhan 206
199. Tafsir mengenai firman Allah Surah
al-Furqaan (25): 73 “Dan golongan yang
apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah
menghadapinya sebagai golongan yang tuli dan buta” 207
200. Tafsir firman Allah Surah al-Mursalaat
(77):36 “Dan tidak diizinkan kepada
mereka minta uzur sehingga mereka (dapat) minta uzur” 207
201. Takwil rirman Allah Surah al-Talaaq
(65):2-3 “Sesiapa yang bertakwa kepada
Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki
dari arah yang tiada disangka-sangka”
207
202. Takwil firman Allah Surah
al-Mujaadalah (58):7 “Tiada pembicaraan
rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya…” 208
203. Umar menghina Salman al-Farisi
mengenai keturunannya 210
204. Pembahagian sama rata oleh Amir
Al-Mukminin a.s 211
205. Nasihat Rasulullah s.a.w kepada Bani
‘Abd Al-Muttalib 211
206. Mimpi Abu Abdullah a.s 211
207. Para malaikat memandikan Abu Ja‘far
a.s di al-Baqi‘ 212
208. Mengenai firman Allah Surah Ali Imran
(3): 103 “Dan kamu telah berada di tepi
jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya…” 212
209. Mengenai firman Allah Surah Ali Imran
(3):92 “Kamu sekali-kali tidak sampai
kepada kebaktian…” 212
210. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
al-Nisaa’ (4): 66 “Dan sesungguhnya kalau
kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah dirimu (terimalah Imam) atau keluarlah kamu dari kampungmu (reda kepadanya)” 213
211. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
al-Nisaa’ (4): 63 “Mereka itu adalah
golongan yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka” 213
212. Taat kepada Allah, Rasul dan Uli
al-Amri 213
213. Hadis mengenai kaum Salih a.s 214
214. Kaum Thamud dan unta Nabi Salih
A.S 216
215. Hadis Farwat daripada Abu Ja‘far
a.s 218
216.
Di manakah kekuatan Bani Hasyim dan bilangan mereka yang ramai? 218
BAHAGIAN KETUJUH 220
Cara
Rawatan Beberapa Penyakit, Peranan Hati, Jantung Dan Paru-Paru, Rawatan
Penyakit Limpa, Rawatan Tali Perut, Rawatan Sakit Sendi, Rawatan Sakit Belakang
Dan lain-Lain.
217. Cara mengubati beberapa penyakit 220
218. Peranan hati, jantung dan
paru-paru 220
219. Rawatan penyakit limpa 220
220. Rawatan tali perut 221
221. Rawatan sakit sendi 221
222. Rawatan sakit belakang 221
223. Membekam 221
224. Membekam pada hari Selasa 222
225. Membekam Pada Hari Jumaat 222
226. Penawar
222
227. Rawatan batuk 222
228. Kelembapan tubuh 223
229. Rawatan luka dengan api 223
230. Meminum ubat dan memotong uratnya yang
sakit 223
231. Rawatan gusi dan mulut 223
232. Penawar sakit gusi 224
233. Pandangan mengenai ilmu
bintang-bintang 224
234. Tiada jangkitan, tiada padah (tairah), tiada kesusahan dan tiada jahat
sangka 225
235. Padah terletak pada anda 226
236. Penutupan padah adalah tawakal 226
237. Kisah mereka yang keluar daripada
rumah mereka kerana takut mati 226
238. Adakah Ya‘qub A.S mengetahui bahawa
Yusuf masih hidup? 227
239. Takwil firman Allah Surah al-Maa’idah
(5):71 “Mereka menjadi buta dan pekak” 228
240. Makna firman Allah Surah Al-Maa’idah
(5): 78 “Telah dilaknat golongan kafir
dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam” 228
241. Bacaan firman Allah Surah al-An‘aam
(6): 33 “Kerana mereka sebenarnya bukan
mendustakan kamu, tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah” 228
242. Kisah Ibn Abi Sarah, suratnya dan
penghalalan darahnya 229
243. Takwil firman Allah Surah al-Baqarah
(2) 193 “Dan perangilah mereka itu,
sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah” 229
244. Al-‘Abbas dan ‘Aqil pada hari
Badr 229
245. Mengenai firman Allah Surah al-Taubah
(9): 19 “Apakah (golongan) yang memberi
minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam…?” 231
246. Mengenai firman Allah Surah al-Zumar
(39): 8 “Dan apabila manusia itu ditimpa
kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya” 231
247. Mengenai firman Allah Surah Al-Talaaq
(65):2 “Dhawaa ‘adlin min-kum” 232
248. Mengenai firman Allah Surah
Al-Maa’idah (5):101 “la tas’aluu ‘an
asyyaa’ (lam tubda la-kum) in tubda la-kum tasu’-kum) 232
249. Mengenai firman Allah Surah al-An‘aam
(6):115 “wa tammat kalimatu
rabbi-ka” 232
250. Takwil firman Allah Surah al-Israa’
(17): 4 “Dan telah kami tetapkan terhadap
Bani Israel dalam Kitab ini: Sesungguhnya bahawa kamu akan membuat kerosakan di
bumi ini dua kali” 233
251. Pengusiran Abu Dhar ke Rabdhah oleh
Uthman 233
252. Laungan kebenaran dan laungan
kebatilan 235
253. Dua orang yang menyeru, salah seorang
di awal pagi dan yang lain di akhir siang
236
254. Akibat perselisihan 236
255. Hadis mengenai jeritan 236
256. Kisah Abu al-Dawaaniq dan raja Bani
al-‘Abbas 237
257. Tinggalkan perselisihan faham 238
258. Gerhana matahari dan gerhana
bulan 238
259. Kelebihan Syi‘ah 239
260. Hampirnya Syi‘ah dengan ‘Arasy 240
261. Pengaduan Abu Ja‘far a.s kepada
Allah 241
262. Al-Kumait membaca syair kepada Abu
Abdullah a.s 241
263. Hadis mengenai Farwat daripada Abu
Ja‘far a.s 242
264. Peristiwa di al-Khandaq 242
265. Angin al-Azib 242
266. Doa minta hujan 243
267. Peranan kilat 243
268. Di manakah awan berada? 243
269. Kebenaran lidah 244
270. Peranan mata, lidah dan kemaluan 244
271. Tiga orang tidak boleh diharapkan
kebaikannya 244
272. Pengertian al-Syarif, al-Hasib dan al-Karam 245
273. Kesedihan wanita, perpisahan maut dan
kefakiran 245
274. Hadis mengenai Ya’juj dan Ma’juj
245
275. Manusia terbahagi kepada tiga
golongan 245
276. Pengertian orang ramai menentang
mereka 246
277. Rezeki, akal dan bala 246
278. Apa yang Allah telah berikan kepadaku
itu adalah lebih baik daripada apa yang Dia telah mengambilnya daripadaku 246
279. Tiga perkara yang dibenci oleh
manusia 247
280. Aku melihat Bani Umayyah menaiki
mimbar-mimbar [masjid] dan turun darinya
247
28i. Mengenai firman Allah Surah al-Nuur
(24): 63 “Maka hendaklah golongan yang
menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih” 248
282. Penyelesaian kepada perselisihan 248
283. Penjelasan firman Allah Surah al-Zumar
(39): 29 “Allah membuat perumpamaan
(iaitu) seorang lelaki (budak) yang dimiliki oleh beberapa orang…” 249
284. Pemerintahan batil itu panjang
masanya 250
285. Kejayaan Syi‘ah 250
286. Allah melaknati Abu al-Khattab 251
287. Manusia ada tiga jenis 251
288. Apa yang akan dilakukan oleh
al-Qaim a.s kepada nawasib 252
289. Alangkah banyaknya percakapan dan
alangkah sedikitnya amalan 252
290. Syi‘ah Ali adalah orang yang
membenarkan kata-katanya dengan amalannya
253
291. Kisah
kecekalan Maryam, Yusuf dan Ayyub a.s
253
292. Duduk di tempat tertentu dan
bercakap 254
293. Allah memberi rahmat kepada orang yang
membuatkan kami dicintai oleh orang ramai
254
294. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
al-Mu’minuun (23): 60 “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka berikan,
dengan hati yang takut” 254
295. Orang yang sesat ada pengikutnya 254
296. Layanan yang sama 255
297. Tabiat jisim 255
298. Pengertian jazaaka llahu khairan 255
299. Satu sungai dua tebingnya adalah
bidadari-bidadari 256
300. Hadis mengenai kubah-kubah
(bumbung) 256
301. Kubah Adam a.s 256
302. Pelepasan diri dari takbur 256
303. Pelepasan diri dari kata-kata sahabat Abu Al-Khattab oleh Abu
Abdullah a.s 257
304. Pembantu Iblis bernama Tamrih 257
305. Mengenai cicak dan pertukaran
bentuk 257
306. Muhammad (s.a.w) sebagai rahmat dan
al-Qaim a.s sebagai membalas dendam 258
307. Al-Hasan dan al-Husain a.s menyurai
Musa bin Imran a.s 258
308. Ukuran Adam a.s 258
309. Mengenai seorang lelaki yang mana
bapanya ditawan pada masa jahiliyah 259
310. Tiga sifat untuk mukmin 259
311. Tiga kemegahan mukmin 259
312. Tiada kemuliaan bagi Quraisy dan
Arab 260
313. Hadis mengenai Yazid bin Mu‘awiyah
laknatullah dan Ali bin Al-Husain a.s
260
314. Naisibi
dan Zaidi adalah sama 261
BAHAGIAN KELAPAN 262
Sesiapa
Yang Menghadiri Majlis Seorang Imam Dicela,
Ibadat Tidak Diterima Melainkan Mengakui Wilayah Mereka A.S, Allah Tidak
Menerima Ibadat Haji Melainkan Daripada Kamu Dan Lain-lain
315. Sesiapa yang menghadiri majlis seorang
Imam dicela 262
316. Ibadat tidak diterima melainkan
mengakui wilayah mereka a.s. 262
317. Riwayat yang sama 263
318. Allah tidak menerima ibadat haji
melainkan daripada kamu 263
319. Hadis mengenai Ummu Khalid, Abu Basir
dan Kathir al-Nuwa 264
320. Hadis mengenai Fatimah a.s sewaktu Ali
a.s dipaksa keluar dari rumahnya 264
321. Kekeramatan Fatimah a.s 265
322. Kedudukan anak zina terhenti di atas
amalannya 265
323. Marwan dan bapanya dipanggil dengan
cicak (al-Wazagh) 265
324. Hadis ‘Aisyah bersama Rasulullah s.aw
mengenai Marwan 265
325. Bani Umayyah lebih rapat perhubungan
kekeluargaan daripada anda 265
326. Air yang hampir kepada ‘Arasy 266
327.
Janganlah memperbesarkan dukacita anda
267
328 . Kelebihan Syi‘ah dan Nasihat Abu
Abdullah a.s 267
329. Apabila al-Qaim a.s datang tiada
perantaraan di antaranya dan Syi‘ahnya
267
330. Istikharah
dengan penuh keredaan 268
331. Pertanyaan mengenai kemuliaan, maruah
dan akal 268
332. Mengenai suhu kepanasan matahari dan
bulan 268
333. Sesiapa mempunyai hakikat yang tetap,
tidak akan berdiri di atas subhat 269
334. Kebenaran akan mengalahkan
kebatilan 269
335. Setiap sebab, nasab, kerabat, teman
setia, bid‘ah dan syubahat akan terputus melainkan apa yang ditetapkan oleh
al-Qur’an 269
336. Kami adalah punca segala kebaikan 269
337. Memadailah apa yang dikurniakan Allah
kepada anda 270
338. Memadai apa yang ada 270
339. Pengertian al-Naas, asybaah al-Naas dan al-Nisnaas 271
340. Soalan Sudair kepada Abu Ja‘far a.s
mengenai Abu Bakr dan Umar 271
341. Manusia selepas Nabi s.a.w telah
murtad melainkan tiga 272
342. Sabda Rasulullah s.a.w pada pembukaan
Makkah 273
343. Mengenai taubat anak-anak Ya‘qub dan
mereka bukan semuanya nabi 273
344. Hadis mengenai semut dan nabi Sulaiman
a.s 273
345. Allah mempunyai hamba-hamba yang
dirahmati 274
346. Bersabar di dalam negara yang
batil 274
347. Kelebihan makrifatullah 274
348. Mengenai kelebihan nyamuk 275
349. Mengenai firman Allah Surah Al-Anfaal
(8): 24 “Wahai golongan yang beriman,
penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul”
275
350. Hormatilah diri anda dan jauhilah dari
pelaku bid‘ah 276
351. Kamu tidak mampu melakukan
keadilan 276
352. Penyerahan tugas umat kepada para imam
a.s 277
353. Perang terhadap Rasulullah s.a.w lebih jahat atau perang tehadap Ali a.s lebih
jahat? 277
354. Mengenai firman Allah Surah
al-Anbiyaa’ (21): 84 “Dan Kami kembalikan
keluarganya kepadanya dan Kami lipat gandakan bilangan mereka” 278
355. Mengenai firman Allah Surah Yunus
(10): 27 “Seakan-akan muka mereka
ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita” 278
356. Semua manusia binasa melainkan
tiga 278
357. Hakikat keimanan 279
358. Jika anda menyalahiku di dalam
amalanmu, maka besok janganlah kamu bermalam bersamaku di rumahku 280
359. Hanya kami dan Syi‘ah kami yang beragama dengan agama Ibrahim a.s 280
360. Allah lebih mulia dari membuatkan
hamba-Nya bersusah hati 280
361. Amalan umat dibentangkan kepada
Rasulullah s.a.w 280
362. Orang yang menuntut bukan haknya
adalah pembohong 281
363. Kedatangan Ali bin al-Husain untuk
menziarah al-Husain a.s 281
364. Turunnya firman Allah Surah al-Israa’
(17): 33 “Dan sesiapa dibunuh secara
zalim” 281
365. Kisah ikan paus 282
366. Gegaran bumi 282
367. Sesiapa mencintai kamu sebagai
penganut Syi‘ah akan masuk syurga 282
368. Khutbah Amir Al-Mukminin a.s selepas peperangan Jamal 283
369. Kesederhanaan Amir al-Mukminin a.s 284
370. Takbir mimpi Ali al-Ridha a.s 284
371. Sekiranya Harun mengambil satu urat
rambutku dari kepalaku, maka aku bukan seorang imam 284
372. Kisah hamba prempuan al-Zubair;
salasilah Umar dan kisah lelaki al-‘Aqili
285
373. Golongan kanan adalah Syi‘ah Ali
a.s 288
374. Ali memberi baiah kepada Rasulullah
(s.a.w) di atas kesusahan dan kesenangan 288
375. Hadis mengenai Kaum Dharih 289
376. Hadis mengenai Israk dan pemberitahuan
Rasulullah s.a.w mengenai Syam kepada mereka
289
377. Hadis mengenai Hijrah dan kisah Abu Bakr
bersama Rasulullah s.a.w di Gua 290
378. Hadis mengenai Suraaqah bin Malik dan niat jahatnya kepada
Rasulullah s.a.w 291
379. Kedatangan al-Mahdi a.s adalah satu
kepastian 291
380. Biri-biri yang lesu 291
381. Pujian kepada Zaid bin Ali bin
al-Husain a.s 292
382. Keluar bersama al-Qaim a.s 292
383. Berada di rumah sebelum keluarnya
al-Sufyaani 293
384. Rawatan demam 293
385. Rawatan sakit badan 293
386. Rawatan demam panas 293
387. Kelebihan Bismillah 294
388. Dengan Rasulullah mereka
terselamat 294
389. Mengenai firman Allah Surah Ali Imraan
(3): 26 “Katakanlah: Wahai Tuhan yang
mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki” 295
390. Mengenai firman Allah Surah al-Hadid
(57):17 “Ketahuilah olehmu bahawa Allah
menghidupkan bumi sesudah matinya”
295
391. Mengenai Pedang Dhu al-Fiqar 295
392. Hadis mengenai Nuh a.s pada hari
Kiamat, penyaksian Ja‘far bin Abu Talib dan Hamzah kepada para nabi a.s 295
393. Rasulullah s.a.w membahagikan masanya
dengan saksama 296
394. Rasulullah s.a.w tidak pernah bercakap
kepada orang ramai melebihi akal mereka
296
395. Anda berpegang kepada agama Allah
dengan mentaati kami 296
396. Syi‘ah kami adalah hawaari kami. Sekiranya anda memukul
batang hidung pencita-pencinta kami dengan pedang, nescaya mereka tidak
memarahi kami 297
397. Mengenai firman Allah Surah al-Ruum (30):2-5
“Telah dikalahkan bangsa rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah
dikalahkan itu akan menang” 297
BAHAGIAN KESEMBILAN 300
Penolakan
Terhadap Sangkaan Umum Bahawa Khilafah
Abu Bakr Berlaku Secara Ijmak, Sujud Abu Abdullah A.S, Keadilan Memanjangkan
Umur Dan Lain-Lain.
398. Penolakan terhadap sangkaan umum
bahawa khilafah Abu Bakr berlaku
secara ijmak 300
399. Sujud Abu Abdullah a.s 301
400. Keadilan memanjangkan umur 302
401. Dari manakah angin bertiup? 302
402. Tiada makhluk yang lebih ramai
daripada malaikat 303
403. Malaikat ada tiga jenis 303
404. Di dalam syurga terdapat satu sungai
di mana Jibrail a.s menyelam padanya
setiap pagi 303
405. Lima ratus tahun perjalanan
burung 303
406. Ayam jantan 303
407. Pengambilan darah 304
408. Pengambilan darah, bacaan ayat Kursi
dan bersedekah 304
409. Ubat yang menggoncangkan penyakit 304
410. Demam keluar pada tiga perkara 304
411. Debu adalah ke atas orang yang
meniupkannya 304
412. Surat Abu Muslim al-Maruzi kepada Abu
Abdullah a.s 305
413. Iblis bukan daripada malaikat 305
414. Jadikanlah setiap solatku untuk
anda 306
415. Aku hairan dengan orang yang berjaya
bagaimana dia berjaya 306
416. Sesiapa musafir atau bernikah 307
417. Wahai Tuhanku, laknatilah
al-Murjiah 307
418. Hadis mengenai Abu Lahab dan hasrat
musyrikin membunuh Rasulullah s.a.w 308
419. Hadis mengenai Iblis pada hari
Badr 309
420. Peperangan al-Ahzab 309
421. Tempat masjid Kufah yang pertama,
rumah Nabi Nuh a.s, bahteranya, dakwahnya kepada kaumnya, kelebihan masjid
Kufah dan sembahyang padanya 311
422. Berita Nuh a.s dan bahteranya 312
423. Isteri Nuh a.s telah datang ketika
beliau a.s sedang membuat bahteranya
313
424. Syariat Nuh a.s 313
425. Kaum Nuh a.s mentertawakannya 314
426. Saiz bahtera Nuh a.s 314
427. Muatan di dalam bahtera Nuh a.s 314
428. Air naik di atas setiap gunung [
setinggi] lima belas hasta 315
429. Umur Nuh a.s dan malaikat maut 315
430. Nuh a.s dan wasinya 316
431. Tiga saham untuk Ahlu l-Bait a.s,
anak-anak perempuan sundal-menahan diri daripada mereka (Al-Mukhalifiin) adalah lebih baik
316
432. Takwil ayat-ayat mengenai keluarnya
al-Qaim 318
433. Syaitan tidak menguasai agama
mukmin 3 19
434. Abu Ja‘far a.s menyamakan amalan tawaf
mereka dengan amalan Jahiliyah dan takwil beberapa ayat serta
pentafsirannya 319
435. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 205 “Dan apabila ia berpaling, ia berjalan di
bumi untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan
binatang ternak” 320
436. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 257 “Dan golongan yang kafir, maka
para wali mereka adalah al-Tawaaghiit”
320
437. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 255 “Kepunyaan-Nya apa yang di
langit dan di bumi [Dan di antara keduanya dan apa yang tersembunyi di
bawahnya” 320
438. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2):255 “Dan mereka tidak mengetahui
apa-apa mengenai ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya” 321
439. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 214 “Wa zalzaluu [ thumma zalzaluu] sehingga yaquulu al-Rasuul” 321
440. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2) 102 “Dan mereka mengikuti apa yang
dibacakan oleh syaitan-syaitan” Dan firman Allah Surah al-Baqarah (2): 211
“Tanyalah kepada Bani Israel: “Berapa
banyaknya tanda-tanda yang nyata yang telah kami berikan kepada mereka” 321
441. Menahan dari memakan kurma semasa
sakit 322
442. Pengawalan makanan 322
443. Perjalanan bagi pesakit 322
444. Perjalanan bagi pesakit adalah suatu pembalikan 322
445. Takbir mimpi 323
446. Biji-bijian melimpah dengan
banyak 323
447. Ilmu Abu Hanifah mengenai takbir mimpi
dan kesalahannya 323
448. Bilakah pembukaan dan kejayaan? 325
449. Kamu adalah tiang-tiang bumi dan
penjaga-penjaganya 326
450. Bergembiralah dengan kesenangan 326
451. Ramalan Ali a.s mengenai peristiwa
yang akan berlaku 327
452. Bendera al-Qaim a.s 327
453. Pembunuhan akan berlaku pada Ahlu
l-Bait a.s 327
454. Sebab Ali a.s merahsiakan urusannya
dan kemurtadan orang ramai selepas Rasulullah s.a.w 327
455. Kemurtadan orang ramai selepas
Rasulullah s.a.w 328
456. Perubahan orang ramai selepas
Rasulullah s.a.w seperti pengikut Harun a.s dan pengikut lembu jantan 329
457. Mengenai islamnya Abu Dhar a.s 329
458. Hadis mengenai keislaman Thamaamah bin
Athaal 332
459. Kelahiran Nabi s.a.w, berakhirnya
kenabian Bani Israel dan kisah Yahudi
332
460. Hadis mengenai kelahiran Nabi s.a.w
dan kelahiran wasinya 333
461. Mengenai firman Allah Surah al-Hadid
(57): 11 “Siapakah yang mahu meminjamkan
kepada Allah pinjaman yang baik”
334
462. Allah di sisi sangkaan hamba-Nya 334
463. Bilangan sahabat dalam musafir 334
464. Sahabat yang dicintai Allah adalah
empat 335
465. Musafir seorang diri 335
466. Kelengkapan musafir 335
467. Bekalan musafir yang mencukupi 335
468. Persediaan makanan yang baik 336
BAHAGIAN KESEPULUH 337
Allah
Menguasai Di Dunia Musuh-Nya Ke Atas Wali-Nya, Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat
Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami Dan Lain-Lain.
469. Allah menguasai di dunia musuh-Nya ke
atas wali-Nya 337
470. Sesungguhnya bagi Allah malaikat yang
meluruhkan dosa-dosa daripada belakang-belakang Syi‘ah kami 337
471. Mengenai firman Allah di dalam Surah
al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama
Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan
yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat” 338
472. Taubat Adam a.s 338
473. Ibrahim a.s melihat kerajaan langit
dan bumi 338
474. Sebab panas dan sejuk 340
475. Sesiapa yang mencintai Ali a.s 340
476. Akan datang kepada umatku zaman
dalaman mereka buruk dan luaran mereka adalah baik 340
477. Hadis mengenai fakih dan ulama 341
478. Rintihan Abu Dhar 341
479. Akan datang kepada manusia satu zaman
di mana al-Qur’an hanya tulisan sahaja
341
480. Kami Ahlu l-Bait mewarisi kemaafan
daripada keluarga Ya‘qub dan kesyukuran daripada keluarga Daud 342
481. Tafsir firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa
memohon untuk mendapat kemenangan
atas golongan kafir” 343
482. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa
memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir” 344
483. Lima alamat sebelum datangnya al-Qaim
a.s 344
484. Di antara alamat al-Qaim a.s 345
485. Dialog Abu Ja‘far a.s dengan Qatadah
al-Da‘aamah dan tafsir firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14): 37 “Dan jadilah sebahagaian manusia cenderung
kepada mereka” 345
486. Sifat neraka jahanam 346
487. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 148 “Maka berlumba-lumbalah kamu (di
dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan
kamu sekalian” 347
488. Perjalanan untuk kebaikan 347
489. Bumi dilipat pada waktu malam 347
490. Dilipatkan bumi sebagaimana dilipatkan
kain 348
491. Dilipatkan bumi pada akhir malam 348
492. Kematian Nabi s.a.w pada hari
Isnin 348
493. Lima ramalan jahat bagi orang
musafir 348
494. Akhlak dan keilmuan 349
495. Orang
yang mencintai kamu akan masuk syurga, orang yang membenci kamu akan
masuk neraka dan buku catatan amal kamu
dipenuhi pahala tanpa amal 349
496. Galakan ziarah dan membuat
perjanjian 350
497. Hanya orang yang mempunyai kemulian
dan galian baik mencintai kami 350
498. Khabar tabut Bani Isreil 350
499. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2): 248 “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut
kepadamu” 351
500. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah
(2):248 “Sesungguhnya tanda ia akan
menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu” 351
501. Al-Hasan dan al-Husain kedua-duanya
adalah anak lelaki Rasulullah s.a.w 351
502. Peperangan Uhud dan kisah golongan
yang lari 352
503. Perjanjian al Hudaibiyyah 355
504. Mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’
(4):90 “Atau golongan yang datang kepada
kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi
kaumnya” 358
505. Hadis mengenai tetamu Ibrahim 358
506. Apa yang dilakukan oleh al-Hasan bin
Ali a.s adalah untuk kebaikan umat ini
361
507. Soalan Mu‘alla bin Khanis mengenai
bintang-bintang 361
508. Kepakaran ilmu bintang 362
509. Pembunuhan al-Sufyaani adalah di
antara alamat al-Qaim a.s 362
510. Mengenai firman Allah Surah al-Nuur
(24): 36 “Di rumah-rumah yang
diperintahkan untuk dimuliakan” 362
511. Baju besi Rasulullah s.a.w 363
512. Tali hijau dari langit 363
513. Aku telah kembali kepada Tuhanku yang
pertama 363
514. Di atasku agama anda semuanya 363
515. Pengaduan unta betina Rasulullah
s.a.w 364
516. Maryam
telah mengandungkan Isa a.s selama sembilan jam 364
517. Hari ini adalah bagi malam yang
lalu 364
518. Syi‘ah adalah mereka yang istimewa dan
ikhlas kepada kami Ahlu l-Bait 364
519. Kamu telah bermusuhan dengan keluarga
kamu kerana kami 365
520. Ali manusia yang paling aula
selepas Rasulullah (s.a.w) 365
521. Kelebihan keluarga Muhammad s.a.w 366
522. Janganlah kamu membebankan Syi‘ah
kami 366
523. Mengenai firman Allah Surah Fussilat
(41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah
kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami” 366
524. Mengenai firman Allah Surah Fussilat
(41): 29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah
kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami” 366
525. Mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’
(4):108 “Ketika pada suatu malam mereka
menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda” 367
526. Mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’
(4): 63 “Mereka itu adalah golongan yang
Allah mengetahui apa yang di dalam
hati mereka” 367
527. Mimpi mengikut takwil 368
528. Takbir mimpi kepada kebaikan 368
529. Takbir mimpi 368
530. Mimpi boleh diceritakan kepada
mukmin 369
531. Hadis mengenai Dhi Al-Namirah 369
532. Hadis mengenai orang yang dihidupkan
oleh Isa a.s 370
533. Mengenai firman Allah Surah al-Hajj
(22): 25 “Dan siapa yang bermaksud di
dalamnya melakukan kejahatan secara zalim”
370
534. Mengenai firman Allah Surah al-Hajj
(22): 40 “Golongan yang telah diusir dari
kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata:“
Tuhan kami hanyalah Allah” 371
535. Mengenai firman Allah Surah al-Maidah
(5): 109 “Hari di waktu Allah
mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya: “Apa jawapan kaummu terhadapmu? 371
536. Hadis mengenai Islamnya Ali a.s 371
537. Menahan lidah kamu daripada
mereka 374
538. Aku tidak akan bersahabat dengan
mereka 374
539. Anak-anak al-Mirdaas 374
540. Khalid Bin Sinan a.s, anak
perempuannya dan keingkaran kaumnya 374
541. Orang yang pertama memberi baiah kepada
Abu Bakr 375
BAHAGIAN KESEBELAS 378
Hadis
Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir, Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) Dan
Bani Umayyah Sedang Menaiki Mimbarku Ini, Jikalaulah Tidak Kerana Kata-Kata
Orang ramai Dan Lain-Lain.
542. Hadis Iblis pada hari al-Ghadir 378
543.
Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) dan Bani Umayyah sedang menaiki
mimbarku ini, mereka menolak orang ramai daripada Islam ke belakang 379
544. Jikalaulah tidak kerana kata-kata
orang ramai, nescaya Nabi s.a.w memenggalkan kepala kebanyakan sahabatnya 379
545. Orang yang meninggalkan rawatan orang
yang terluka adalah sekutu kepada orang yang melukakannya 380
546. Reda, kesyukuran dan sangkaan baik
terhadap Allah 380
547. Nasihat Luqman kepada anaknya 381
548. Dialog Abu Ja‘far a.s dengan Abdullah
bin Nafi‘ 383
549. Pendapat Abu Abdullah a.s mengenai
ilmu bintang-bintang 384
550. Khutbah Amir al-Mukmin a.s mengenai
hak wali 380
551. Khutbah Amir al-Mukminin a.s mengenai
hukum Islam 390
552. Hadis mengenai anak lelaki seorang alim bersama jirannya dan
pembahagian zaman kepada tiga 391
553. Aku telah mewarisi mashaf Ibrahim,
Musa dan Isa daripada bapa-bapaku a.s
394
554. Mengenai firman Allah Surah Yunus
(10): 2 “Dan gembiralah golongan yang
beriman bahawa mereka mempunyai [seorang yang] kedudukan yang tinggi di sisi
Tuhan mereka” 394
555. Khabar mengenai mikraj dan Israk 395
556. Pujian terhadap Syi‘ah 396
557. Apa yang mengagumkan Ja‘far bin Abu
Talib di Habsyah 397
558. Khabar mengenai Aazar, Namrud dan
Kelahiran Ibrahim a.s 397
559. Dialog Ibrahim a.s dengan Namrud dan
berita mengenai api yang mereka
menyalakannya untuk Ibrahim a.s 399
560. Ibrahim a.s dilahirkan di Kutha Riba,
pengusiran Ibrahim a.s dari negaranya, berita Ibrahim a.s dengan Namrud dan
kisah Saarah 400
561. Mengenai Hajr bin Za’idah, ‘Aamir bin
Jadha‘ah dan al-Mufadhdhal bin ‘Umar
404
562. Aku bukanlah Imam melainkan bagi orang yang telah mentaati aku 404
563. Syair-syair Talib bin Abu Talib 405
BAHAGIAN KEDUA BELAS 406
Khutbah
Fatimah A.S, Khabar Rasulullah S.A.W Mengenai Pembunuhan Ja‘far R.A, Bilangan
Mereka Yang Dibunuh Ali A.S Di Hunain, Bentuk Buraq Dan Lain-Lain.
564. Khutbah Fatimah a.s 406
565. Khabar Rasulullah s.a.w mengenai
pembunuhan Ja‘far r.a 406
566. Bilangan orang yang dibunuh Ali a.s di
Hunain 406
567. Bentuk Buraq yang dinaiki Oleh
Rasulullah s.a.w 407
568. Penjelasan mengenai bacaan firman
Allah Surah al-Taubah (9): 118 “ Dan
terhadap tiga orang yang ditangguhkan”
407
569. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
al-Taubah (9):112 “Taa’ibuun al- ‘Aabiduun” 407
570. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
al-Taubah (9):128 “Sesungguhnya telah
datang kepada [kami] seorang rasul dari kaum [kami] sendiri” 408
571. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
al-Taubah (9): 40 “Maka Allah menurunkan
ketenangan-Nya kepada [Rasul-Nya] dan membantunya dengan tentera yang kamu
tidak melihatnya” 408
572. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
Hud (11): 12 “Maka boleh jadi kamu hendak
meninggalkan sebahagian dari apa diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya
dadamu” 408
573. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu
menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia…” 409
574. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu
menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat …” 410
575. Penjelasan mengenai firman Allah Surah
Fussilat (41): 53 “Kami akan
memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru
dan pada diri mereka sendiri” 413
576. Ribaat
mereka a.s adalah sepanjang masa 413
577. Rasulullah (s.a.w) tidak mengubati
selesema (zukaam) 414
578. Selesema adalah tentera Allah 414
579. Anak Adam mempunyai dua urat 415
580. Tiga ramuan untuk rawatan mata 415
581. Rawatan mata 415
582. Kisah Abu Abdullah a.s dengan Abu
Ja‘far al-Dawaaniq dan kisah Nabi Bani Israel
415
583. Celak Abu Ja‘far a.s 416
584. Hadis mengenai seorang ‘abid
416
585. Hadis mengenai seorang ‘Abid,
isterinya dan peminta sedekah 418
586. Khutbah Amir al-Mukmin di Dhi
Waqqar 419
587. Fasiq, faajir dan pendosa 423
588. Apabila Ibrahim a.s melihat
janggutnya 423
589. Hadis mengenai malaikat maut dan
khabar gembira untuk Ibrahim a.s 424
590. Hadis mengenai malaikat maut dan
Ibrahim a.s 424
591. Hadis mengenai Ibrahim a.s dan seorang
‘abid 425
592. Kata-kata Ali bin al-Husain a.s 426
593.Tidak seorang keluar menentang Hisyam
melainkan dia membunuhnya 426
594. Khabar Muhammad bin Abdullah bin
al-Hasan bin Ali a.s 427
595. Apakah pengertian al-Fataa? 427
596. Tafsir firman Allah Surah Sabaa’ (34):
19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami,
jauhkanlah jarak perjalanan kami”
428
597. Sifat-sifat Ahlu l-Bait a.s 428
BIBLIOGRAFI 429
_____________________________________________
BAHAGIAN PERTAMA
Risalah
Abu Abdullah A.S kepada Para Sahabatnya, Mashaf Ali Bin Al-Husain Bin Ali A.S
Mengenai Zuhud, Wasiat Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Takwa Dan Khutbah
Al-Wasilah.
Risalah
Abu Abdullah A.S Kepada Para Sahabatnya.
Bismillahir Rahmanir Rahim
1. Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini
berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu aku daripada bapanya, daripada Ibn
Fadhdhal, daripada Hafs al-Mu’adhdhin, daripada Abu Abdullah a.s, dan daripada
Muhammad bin Ismail bin Badhi‘, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail
bin Jabir, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau telah menulis risalah ini
kepada para sahabatnya dan memerintahkan mereka supaya mengkajinya, membuat
perjanjian dengannya serta beramal dengannya. Mereka meletakkannya di musala
rumah mereka, dan apabila selesai solat,
mereka membacanya.
Beliau berkata: Al-Hasan bin Muhammad
telah memberitahu aku, daripada Ja‘far bin Muhammad bin Malik al-Kufi, daripada
al-Qasim bin Rabi‘ al-Sahaf, daripada Ismail bin Mukhallad al-Sarraj, daripada
Abu Abdullah a.s, berkata: Risalah ini adalah daripada Abu Abdullah a.s kepada
para sahabatnya:
Bismillahir
Rahmanir Rahim
Amma
ba‘d, adapun kemudian daripada itu, maka pohonlah afiat daripada Tuhan
kamu, bertenang, bersifat malu dan bersihkan diri kamu daripada kekejian (tanazzuh) sebagaimana telah dilakukan
oleh golongan yang soleh sebelum kamu.
Layanilah ahli kebatilan (ahlu al-Batil) dengan budi bahasa,
bersabarlah dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Jauhilah kamu dari
memarahi mereka (mumazata-hum).
Jagalah peradaban apabila kamu bergaul
dan berbincang dengan mereka, kerana kamu tidak dapat mengelakkan diri dari
bergaul dan berbincang dengan mereka walaupun secara taqiyyah sebagaimana telah diperintahkan oleh Allah di antara kamu
dan mereka.
Dan apabila kamu diuji oleh mereka, maka
mereka akan menyakiti kamu, dan kamu
dapat mengetahui penentangan di muka-muka mereka. Jikalaulah Allah tidak menolak mereka daripada kamu,
nescaya mereka akan memusnahkan kamu, kerana permusuhan dan kemarahan yang
terdapat di dada-dada mereka adalah lebih besar dari apa yang mereka zahirkan
terhadap kamu. Majlis kamu dan majlis mereka adalah satu, tetapi roh-roh kamu,
dan roh-roh mereka adalah berbeza, dan
tidak akan bersatu; kamu tidak akan mencintai mereka selama-lamanya, dan
mereka juga tidak akan mencintai kamu, tetapi Allah telah memuliakan kamu
dengan kebenaran dan memperlihatkannya
kepada kamu.
Sebaliknya Allah tidak menjadikan mereka
daripada ahli kebenaran. Justeru layanilah mereka dengan budi bahasa (tujamiluuna-hum) sekalipun mereka tidak
mempunyai budi bahasa dan kesabaran di atas sesuatu. [Hati-hatilah] Kelicikan
dan kewaswasan di kalangan mereka, kerana musuh-musuh Allah, jika mereka mampu,
nescaya mereka menghalang kamu dari kebenaran. Maka Allah menjaga kamu daripada
demikian itu. Bertakwalah kepada Allah dan tahanlah lidah kamu melainkan untuk
kebaikan.
Jauhilah lidah kamu dari tergelincir
dengan kata-kata pembohongan, dosa dan permusuhan, kerana jika kamu menahan
lidah kamu dari apa yang dilarang oleh Allah, adalah lebih baik bagi kamu di
sisi Tuhan kamu. Kerana tergelincirnya lidah pada apa yang dilarang oleh Allah
akan membawa kepada kemurkaan-Nya terhadap hamba-Nya. Allah akan menjadikannya
pekak, buta dan bisu pada hari Kiamat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah
al-Baqarah (2):18 “ Mereka tuli, bisu dan
buta, maka tidaklah mereka kembali ” Iaitu mereka tidak akan bercakap dan
firman-Nya di dalam Surah al-Mursalaat(77): 35-36 “Ini adalah hari yang mereka tidak dapat berbicara, dan tidak diizinkan
kepada mereka minta uzur sehingga mereka minta uzur ”
Janganlah kamu melakukan apa yang
ditegah oleh Allah. Kamu hendaklah berdiam diri melainkan apa yang Allah
memanfaatkan kamu daripada urusan akhirat dan Dia akan memberi pahala kepada
kamu mengenainya.
Perbanyakkan tahlil, takdis, tasbih,
pujian kepada Allah, ibadat kepada-Nya, dan mencintai kebaikan di sisi-Nya yang
tidak dapat dicapai hakikatnya oleh seseorang melainkan dengan keredaan-Nya.
Justeru sibukkan lidah kamu dengan perkara-perkara tersebut. Dan jauhilah dari
percakapan batil yang membuatkan pelakunya kekal di neraka jika dia mati tanpa
taubat.
Hendaklah kamu sentiasa berdoa kerana
muslimin tidak akan mencapai kejayaan hajat mereka di sisi Tuhan yang lebih baik dari berdoa kepada-Nya. Justeru
sahutilah seruan Allah, nescaya kamu mendapat kejayaan dan selamat daripada
azab Allah.
Jauhilah dari membiarkan diri kamu tamak
kepada apa yang telah diharamkan oleh Allah ke atas kamu, kerana sesiapa
melanggari apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya di dunia, maka Allah akan
menghalangnya syurga, nikmat, kelazatan dan kemuliaan yang abadi.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya
sejahat-jahat habuan yang merbahaya bagi orang yang menentang Allah adalah
meninggalkan ketaatan kepada Allah dan melakukan maksiat. Justeru dia memilih
untuk melanggari apa yang dilarang oleh Allah di dalam kelazatan dunia yang
akan hilang daripada nikmat syurga yang berkekalan.
Celaka bagi mereka, alangkah ruginya
habuan mereka dan alangkah jahatnya keadaan mereka di sisi Tuhan mereka pada
hari Kiamat. Pohonlah perlindungan daripada Allah supaya Dia melindungi kamu
dari melakukan perbuatan sebagaimana mereka lakukan atau menguji kamu
sebagaimana Dia menguji mereka. Tiada kekuatan bagi kami dan kamu melainkan
dengan-Nya.
Wahai golongan yang berjaya, sekiranya
Allah menyempurnakan untuk kamu
sebagaimana Dia lakukan kepada para salihin
sebelum kamu, nescaya kamu akan diuji pada diri kamu dan harta kamu sehingga
kamu mendengar daripada musuh Allah perkara- perkara yang menyakitkan hati
kamu. Lantaran itu, kamu hendaklah bersabar sekalipun mereka menghina kamu,
memarahi kamu sehingga kamu menanggung kezaliman mereka kerana inginkan
keredaan Allah dan negeri akhirat.
Kamu hendaklah memendamkan kemarahan
kamu di atas keburukan yang dilakukan kepada kamu kerana Allah[1],
sekalipun mereka membohongi kebenaran
dan memusuhi kamu mengenainya dan memarahi kamu kerananya.
Justeru bersabarlah di atas semua itu
daripada mereka sebagai membenarkan Kitab Allah
yang telah diturunkan oleh Jibrail ke atas Nabi kamu s.a.w. Kamu telah
mendengar firman Allah kepada Nabi-Nya di dalam Surah al-Ahqaaf (46):35 “Maka bersabarlah kamu seperti golongan yang
mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu
meminta supaya disegerakan (azab) bagi mereka”
Kemudian Dia berfirman di dalam Surah
al-Faatir (35): 24 “Dan jika mereka mendustakan kamu, maka golongan
sebelum mereka telah mendustakan
(rasul-rasul" Dan firman-Nya di
dalam Surah al-An‘aam (6) : 34 “Mereka
bersabar terhadap pendustaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka”
Sesungguhnya para nabi dan para rasul
sebelum kamu telah dibohongi dan disakiti, kerana rahsia kamu adalah urusan
Allah pada mereka. Dia telah menciptakan mereka untuk kekafiran pada asal kejadian mereka pada ilmu-Nya
sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qasas (28): 41“Dan kami jadikan mereka pemimpin-peminpin yang menyeru kepada neraka”
Lantaran itu, renunglah, fikirlah dan
janganlah kamu mengabaikannya kerana orang yang mengabaikannya dan seumpamanya,
maka dia akan meninggalkan agama Allah dan melakukan maksiat. Lantaran itu, dia
berhak mendapat kemurkaan Allah dan dimasukkan ke neraka.
Dia berkata: Wahai golongan yang bahagia
dan dirahmati, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan kebaikan kepada kamu.
Sesungguhnya ia bukanlah daripada ilmu Allah dan urusan-Nya
jika seorang daripada makhluk-Nya mengambil agamanya dengan hawa nafsu,
pendapat dan kias, kerana Allah telah
menurunkan al-Qur’an yang menerangkan
setiap sesuatu sebagaimanan Dia tidak membenarkan pakar di dalam ilmu
al-Qur’an menggunakan hawa nafsu, pendapat dan kias.
Sedangkan mereka adalah Ahli al-Zikr yang Allah telah
perintahkan umat ini supaya bertanyakan kepada mereka. Mereka pula akan
menunjukkan umat dan mengajar mereka ilmu al-Qur’an. Melainkan
mereka, pada ilmu Allah pada azali, di kalangan mereka yang celaka pada asal
kejadian di alam bayangan (azillah).
Mereka itulah yang tidak ingin bertanya
kepada ahli al-Zikr yang dikurniakan oleh Allah ilmu al-Qur’an,
menjadikan mereka pakar mengenainya dan memerintahkan supaya bertanyakan kepada
mereka, tetapi mereka itu mengambil hawa nafsu, pendapat, dan kias sehingga
syaitan menguasai mereka. Mereka menjadikan ahli iman (ahl al-Iman) di dalam ilmu al-Qur’an di sisi Allah sebagai kafir
dan sebaliknya mereka menjadikan ahli kesesatan (ahl al-Dhalalah) di dalam ilmu al-Qur’an dan di sisi Allah sebagai
mukminin sehingga mereka menjadikan sebahagian yang dihalalkan oleh Allah
sebagai haram dan mereka menjadilan sebahagian
yang diharamkan oleh Allah sebagai halal[2].
Ini adalah punca hawa nafsu mereka (thamaratu ahwa’i-him). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan mereka sebelum
kematianya, tetapi mereka berkata: Kami selepas Allah mematikan Rasul-Nya,
boleh memilih pendapat yang dipersetujui oleh orang ramai (ra’yu al-Nas)[3]. Ini
adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya, kerana tiada seorangpun berani ke atas
Allah dan tiada yang lebih terang kesesatan daripada mereka yang berkata
sedemikian.
Mereka menyangka perkara sedemikian
boleh dilakukan oleh mereka. Demi Allah, sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke
atas makhluk-Nya supaya mentaati-Nya dan mematuhi perintah-Nya pada masa hidup
Muhammad s.a.w dan selepas kematiannya. Adakah musuh-musuh Allah menyangka
bahawa setiap orang yang telah memeluk Islam bersama Muhammad s.a.w bebas
mengambil kata-katanya sendiri, pendapatnya dan kiasnya sendiri?
Sekiranya dia berkata: Ya, maka
sesungguhnya dia telah membohongi Allah
dan menjadi sesat dan sekiranya dia berkata: Tidak, maka tiada
seorangpun bebas menuruti kata-katanya sendiri,
pendapatnya dan kiasnya, maka dia telah mengakui hujah ke atas dirinya
sendiri dan termasuk orang yang berpendapat bahawa Allah ditaati dan dipatuhi
perintah-Nya selepas kematian Rasulullah s.a.w sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah Ali Imran (3) : 144 “Muhammad itu
tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa
orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang?
Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat
kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi pembalasan kepada orang ang
bersyukur”
Justeru kamu mengetahui bahawa
sesungguhnya Allah ditaati dan perintah-Nya dipatuhi pada masa hidup Muhammad
s.a.w dan selepas kematiannya sebagaimana tiada seorangpun bersama Muhammad
s.a.w bebas menuruti pendapatnya sendiri, hawa nafsunya dan kiasnya menyalahi
perintah Muhammad s.a.w (khilafan li-amri
Muhammad) sebagaimana tiada
seorangpun selepas Muhammad bebas menuruti hawa nafsunya, pendapatnya dan kiasnya.
Beliau a.s berkata: Janganlah kamu
mengangkat tangan kamu di dalam solat melainkan satu kali angkat ketika
memulakannya, kerana kamu telah tersohor oleh orang ramai dengan perkara
tersebut[4],
Allah adalah penolong dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah.
Beliau a.s berkata: Perbanyakkanlah doa
kepada Allah, kerana Allah suka hamba-hamba-Nya yang mukminin berdoa
kepada-Nya. Dia telah berjanji kepada mereka untuk memperkenankannya. Kepada
Allah tempat berakhirnya doa mukminin pada hari Kiamat sebagai amalan yang menambahkan pahala
mereka.
Lantaran itu, perbanyakkanlah zikir pada
kadar kemampuan kamu setiap waktu; malam dan siang, kerana Allah telah
memerintahkan supaya memperbanyakkan zikir kepada-Nya. Allah mengingati mukmin
yang berzikir kepda-Nya dengan baik. Justeru berilah kesungguhan di dalam
ketaatan kepada-Nya, kerana segala kebaikan di sisi-Nya tidak boleh didapati
melainkan dengan ketaatan kepada-Nya, menjauhi segala larangan-Nya zahir dan
batin, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-An‘aam (6):120 “Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi” Ketahuilah bahawa apa yang
diperintahkan oleh Allah supaya kamu menjauhinya, maka sesungguhnya Dia telah
mengharamkannya. Justeru ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w dan beramallah
dengannya[5].
Janganlah kamu menurut hawa nafsu kamu
dan pendapat kamu, nescaya kamu akan sesat, kerana orang yang paling sesat di
sisi Allah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya dan pendapatnya tanpa
petunjuk daripada Allah. Berbuat baiklah kepada diri kamu pada kadar kemampuan kamu.
Jika kamu melakukan sedemikian, maka kamu telah melakukannya untuk kebaikan
diri kamu sendiri. Sebaliknya jika kamu melakukan kejahatan, maka ia akan
mengenakan diri kamu sendiri.
Bergaullah dengan orang ramai dan
janganlah kamu membuatkan mereka mengawasi kamu (‘ala riqabi-kum)[6].
Justeru kamu dapat meneruskan ketaatan
kepada Tuhan kamu.
Jauhilah kamu dari mencela (sabb a‘daa’i l-Lah) musuh-musuh Allah
ketika mereka mendengar kamu, lantaran itu, mereka akan mencela Allah secara
bermusuhan tanpa ilmu. Malah kamu harus mengetahui apakah dia had celaan mereka
kepada Allah? Sesungguhnya sesiapa yang mencela para wali Allah, sesungguhnya
dia telah mencela Allah. Siapakah yang lebih zalim di sisi Allah daripada orang
yang membuatkan Allah dan para wali-Nya dicela? Lantaran itu, patuhilah
perintah Allah kerana tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah.
Beliau a.s berkata: Wahai golongan yang
dijagai Allah akan urusan mereka, hendaklah kamu mematuhi aathar
dan sunnah Rasulullah s.a.w serta aathar
para imam daripada Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w selepasnya, kerana sesiapa yang
melakukan sedemikian, maka dia mendapat petunjuk dan sebaliknya sesiapa yang
meninggalkannya serta membencinya, maka dia menjadi sesat. Kerana merekalah
orang yang diperintahkan oleh Allah supaya mentaati mereka dan mewalikan
mereka. Bapa kami (abuu-naa)
Rasulullah s. a.w telah bersabda: Hendaklah kamu
sentiasa beramal dengan aathar dan
sunnah sekalipun sedikit kerana ia adalah lebih diredai oleh Allah dan lebih
bermanfaat dari melakukan ijtihad di dalam perkara bid‘ah dan mematuhi hawa
nafsu.
Ketahuilah bahawa mematuhi hawa nafsu dan mematuhi bid‘ah tanpa
petunjuk daripada Allah adalah suatu kesesatan. Setiap kesesatan adalah bid‘ah
dan setiap bid‘ah adalah di neraka. Sesuatu kebaikan tidak akan dicapai
melainkan dengan mentaati-Nya. Kesabaran dan keredaan adalah daripada ketaatan
kepada Allah.
Ketahuilah kamu semua bahawa
sesungguhnya seorang hamba tidak akan beriman (lan yu’mina) sehingga dia meredai apa yang dilakukan Allah
terhadapnya. Dia melakukan apa yang Dia
mahu dan apa yang Dia benci. Allah tidak akan melakukan sesuatu terhadap orang
yang bersabar dan reda kepada-Nya melainkan orang yang layak; iaitu apa yang
lebih baik untuknya.
Kamu hendaklah menjaga solat dan solat al-Wusta dan berdirilah kepada Allah di
dalam keadaan rendah diri sebagaimana Allah perintahkan mukminin dengannya di
dalam Kitab-Nya sebelum kamu dan kepada kamu. Hendaklah kamu mencintai golongan
miskin muslimin, kerana sesiapa yang menghina mereka dan angkuh terhadap
mereka, maka dia telah tergelincir daripada agama Allah dan Allah pula
menghinanya serta memarahinya.
Bapaku
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah telah memerintahkan aku supaya
mencintai golongan Islam yang miskin. Ketahuilah bahawa sesiapa yang menghina
seorang daripada mereka, Allah akan mencampakkan kemurkaan dan kehinaan ke atasnya, sementara orang ramai akan
memarahinya pula. Lantaran itu, bertakwalah kepada Allah mengenai
saudara-saudara Islam kamu yang miskin, kerana mereka mempunyai hak ke atas
kamu supaya kamu mencintai mereka. Allah telah memerintahkan Rasul-Nya supaya
mencintai mereka. Justeru sesiapa yang
tidak mencintai perintah Allah dengan mencintai mereka, maka sesungguhnya dia
menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya,
kemudian dia mati dalam keadaan sedemikian, maka mati-nya dalam keadaan
kesesatan.
Janganlah kamu merasa angkuh dan takbur
kerana takbur itu adalah pakaian Allah a.w. Sesiapa yang menentang Allah akan
pakaian-Nya, maka Dia akan menentangnya dan menghinanya pada hari Kiamat.
Janganlah kamu melakukan kezaliman ke atas orang lain, kerana ia bukanlah
daripada sifat golongan yang soleh. Lagipun kezaliman itu akan kembali kepada
diri sendiri. Pertolongan Allah adalah untuk mereka yang dizalimi. Sesiapa yang
ditolong oleh Allah akan menang dan kemenangan itu adalah daripada Allah.
Jauhilah perasaan hasad di kalangan kamu
kerana kekufuran asalnya daripada hasad. Jauhilah kamu dari membantu [seorang]
melakukan kezaliman terhadap seorang muslim yang dizalimi, lantas dia berdoa
kepada Allah ke atas kamu dan diterima doanya terhadap kamu. Bapa kami
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya doa seorang muslim yang dizalimi itu
diterima (mustajabah). Sebahagian
kamu hendaklah membantu sebahagian yang lain kerana bapa kami Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya menolong muslim itu adalah lebih baik dan lebih besar
pahalanya daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram.
Jauhilah kamu dari menyusahkan
seorangpun di kalangan saudara-saudara mukminin kamu. Sekiranya kamu
menyusahkannya dengan sesuatu perkara, maka ia akan berlaku kepada kamu
selepasnya kerana bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim tidak
boleh menyusahkan saudara muslimnya. Dan sesiapa yang menyusahkannya, maka
Allah akan menyeksanya pada hari Kiamat.
Jauhilah, wahai golongan yang dihormati dan dimuliakan,
dari menahan hak-hak Allah [7]di
sisi kamu hari demi hari, masa demi masa, kerana orang yang menyegerakan
hak-hak Allah di sisinya, maka Allah lebih mampu menyegerakan kepadanya
kebaikan yang berganda secara cepat atau
lambat. Sesiapa yang memperlambatkan hak-hak Allah di sisinya, maka Allah lebih
mampu untuk memperlambatkan rezekinya. Dan sesiapa yang Allah menahan
rezekinya, maka dia tidak mampu untuk mendapatkan rezekinya. Justeru tunailah
kepada Allah akan hak yang dikurniakan kepada kamu dengan kebaikan Allah
terhadap kamu, nescaya Dia akan melaksanakan janji-Nya terhadap kamu dengan
berlipat ganda, tanpa diketahui bilangannya melainkan Allah, Tuhan alam
semesta.
Beliau a.s berkata: Bertakwalah kepada
Allah, wahai golongan yang mulia mengikut kemampuan kamu, janganlah ada di
kalangan kamu orang yang meresah atau menyusahkan imam (muhrij li-l-Imam), kerana
orang yang meresah atau menyusahkan imam adalah orang yang berada bersama
mereka yang melakukan kebaikan di kalangan pengikut imam yang mengakui
kelebihannya, bersabar di dalam menunaikan haknya, mengetahui kehormatannya.
Ketahuilah kamu sekalian bahawa orang
yang melakukan sedemikian adalah orang yang menyusahkan imam. Apabila dia
melakukan sedemikian rupa di sisi imam, maka imam turut melaknati orang yang
baik di kalangan pengikutnya yang mengakui kelebihannya; bersabar di dalam
menunaikan haknya, mengetahui kehormatannya. Apabila imam melaknati mereka bagi
menyusahkan musuh Allah, maka laknatnya menjadi rahmat daripada Allah ke atas
mereka[8]
sehingga laknat daripada Allah, para malaikat dan para rasul-Nya ke atas
“mereka”[9].
Ketahuilah kamu, wahai golongan yang
dihormati, bahawa sesungguhnya sunnah Allah telah berlaku kepada golongan yang
soleh terdahulu. Beliau a.s berkata: Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Allah
di dalam keadaan mukmin yang sebenar, maka hendaklah dia mewalikan Allah, para
rasul-Nya dan golongan yang beriman.
Hendaklah dia membebaskan dirinya (li-Yabra’u)
kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, menerima kelebihan Ahlu l-Bait a.s
kerana kelebihan mereka tidak boleh dicapai oleh malaikat yang terdekat (muqarrab) dan nabi yang diutuskan (mursal) (Selain daripada nabi Muhammad
s.a.w).
Tidakkah kamu mendengar kelebihan
pengikut-pengikut para imam yang mendapat petunjuk dan mereka itu adalah
mukminun sebagaimana disebutkan oleh Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 69 “Mereka itu akan bersama-sama golongan yang
dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang
mati syahid dan golongan soleh. Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya”.
Ini adalah sebahagian daripada kelebihan pengikut-pengikut para imam dan
bagaimana dengan para imam sendiri dan kelebihan mereka.
Sesiapa yang Allah mahu menyempurnakan
iman untuknya sehingga menjadi seorang mukmin yang sebenar, maka hendaklah dia
menyempurnakan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mukminin, kerana Dia telah
mensyaratkan bersama-sama wilayah-Nya, wilayah rasul-Nya dan wilayah para imam,
mendirikan solat, menunaikan zakat, membuat kebaikan, menjauhi perkara mungkar
zahir dan batin. Justeru tiada lagi yang tertinggal apa yang dijelaskan
mengenai apa yang diharamkan oleh Allah melainkan termasuk di dalam sabdanya:
Sesiapa yang melaksanaan syarat-syarat tersebut secara ikhlas tanpa
meninggalkan sesuatupun, maka dia di sisi Allah adalah tergolong di dalam parti-Nya
yang menang dan dia adalah mukmin yang sebenarnya.
Jauhilah kamu semua dari terus melakukan
apa yang diharamkan oleh Allah pada zahir al-Qur’an dan batinnya sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 135 “Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui” (setakat ini riwayat
al-Qasim bin Rabi‘), iaitu golongan sebelum kamu apabila mereka melupai sesuatu
perkara yang disyaratkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya, mereka mengetahui
bahawa mereka telah menderhakai Allah kerana meninggalkan perkara tersebut,
lantas mereka melakukan istighfar dan tidak mengulanginya lagi. Itulah
pengertian firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 135 “Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui ”.
Ketahuilah kamu semua bahawa
sesungguhnya Dia telah memerintah dan melarang supaya ditaati perkara
yang
diperintahkan oleh-Nya dan dihentikan apa yang dilarangkan oleh-Nya.
Justeru sesiapa yang mematuhi suruhan-Nya, maka dia mentaati-Nya dan
mendapati segala
kebaikan di sisi-Nya. Sesiapa yang tidak menghentikan perkara yang
dilarang
oleh-Nya, maka dia menderhakai-Nya. Sekiranya dia mati di dalam maksiat
terhadap-Nya, Allah akan mencampakkannya ke neraka.
Ketahuilah kamu semua bahawa tiada di
antara Allah dan seorangpun makhluk-Nya sama ada malaikat yang hampir
kepada-Nya atau nabi yang diutuskan atau makhluk lain; semuanya mentaatiNya.
Justeru bersungguh-sungguhlah kamu pada mentaati Allah kerana tujuan kamu
adalah untuk menjadi mukminin yang sebenar,
tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Dan beliau berkata: Hendaklah
kamu mentaati Tuhan kamu menurut keupayaan kamu, kerana Allah adalah Tuhan
kamu.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Islam
adalah suatu penyerahan (al-Taslim)
dan penyerahan (al-Taslim) adalah
Islam. Justeru sesiapa yang telah menyerahkan dirinya (salima), maka dia telah menerima Islam (aslama). Sesiapa yang belum menyerahkan dirinya (lam yaslimu), maka tiada Islam
(penyerahan) baginya. Lantaran itu, sesiapa yang ingin meningkatkan ihsan di
dalam dirinya, maka hendaklah dia mentaati Allah. Sesiapa yang mentaati Allah,
maka dia telah meningkatkan ihsan pada dirinya.
Tinggalkan kemaksiatan kepada Allah
kerana sesiapa yang melakukannya, dia telah melakukan kejahatan pada dirinya
sendiri sedangkan tiada kedudukan (manzilah)
di antara kebaikan (ihsan) dan
kejahatan (isa’at). Bagi mereka yang
melakukan kebaikan di sisi Tuhan mereka adalah syurga dan bagi mereka yang
melakukan kejahatan di sisi Tuhan mereka adalah neraka. Justeru beramallah
dengan mentaati Allah dan jauhilah kemaksiatan kepada-Nya.
Ketahuilah bahawa tiada seorangpun
makhluk-Nya sama ada malaikat yang hampir kepada-Nya atau nabi yang diutuskan
dan lain-lain yang dapat melepaskan diri mereka daripada-Nya. Lantaran itu,
sesiapa yang ingin disyafaatkan di sisi Allah, maka hendaklah dia memohon
kepada Allah supaya meredainya. Dan ketahuilah bahawa seseorang makhluk Allah
tidak akan mendapat keredaan Allah melainkan dengan mentaatiNya, mentaati
rasul-Nya dan mentaati para imam ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w, kerana
kemaksiatan terhadap mereka adalah kemaksiatan terhadap Allah dan kelebihan
mereka tidak boleh diingkari sama ada sedikit ataupun banyak.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka
yang mengingkari[ kelebihan mereka] adalah pembohong dan pembohong adalah
munafik. Sesungguhnya Allah berfirman kepada munafikin di dalam Surah al-Nisa’
(4):145 “Sesungguhnya golongan munafik
itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu
sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka”. Tidak
seorangpun daripada kamu dapat memisahkan dirinya daripada seseorang apabila
Allah menjadikan hatinya taat dan takut kepada-Nya, sebagaimana tidak
seorangpun daripada kamu dapat memisahkan dirinya daripada seseorang apabila
Allah mengeluarkannya daripada sifat kebenaran (sifat al-Haq). Sesiapa yang Allah tidak menjadikan sifat kebenaran
untuk mereka, maka mereka adalah syaitan-syaitan manusia dan jin.
Sesungguhnya syaitan-syaitan manusia
mempunyai helah dan kelicikan kerana mereka mahu, jika mereka mampu,
mengembalikan ahli kebenaran kepada kedudukan yang sama dengan musuh Allah dari
segi syak, ingkar dan pembohongan. Lantaran itu, mereka menjadi sama
sebagaimana difirmankan oleh Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 89 “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir
sebagaimana mereka menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)”.
Kemudian Allah melarang ahli kemenangan dengan kebenaran supaya mereka tidak
mengambil musuh-musuh Allah sebagai wali dan pembantu (waliyyan wa la nasiran).
Justeru dia tidak akan menolak kamu
daripada kemenangan dengan kebenaran yang Allah tentukan untuk kamu di dalam
menghadapi tipu-daya syaitan-syaitan manusia dan kelicikan mereka terhadap
urusan-urusan kamu. Kamu hendaklah menolak kejahatan (al-Sayyi’ah) dengan cara yang lebih baik di antara kamu dan mereka,
kerana mencari keredaan Allah dengan mentaatiNya sedangkan mereka tiada
kebaikan di sisi mereka.
Janganlah kamu menzahirkan kepada mereka
Usuluddin Allah[10],
kerana jika mereka mendengar sesuatu daripada kamu mengenainya, nescaya mereka
akan memusuhi kamu (‘aadua-kum) dan
menentang kamu serta bekerja keras untuk membinasakan kamu. Mereka akan
melakukan apa saja yang kamu benci,
kerana kamu tidak mempunyai simpati
daripada mereka di dalam pemerintahan yang jahat (al-Fujjar)[11].
Lantaran itu, ketahuilah kedudukan kamu apabila menghadapi ahli kebatilan,
kerana ahli kebenaran hendaklah meletakkan diri mereka di atas kedudukan ahli
kebatilan[12]
(an yanazziluu anfusa-hum manzilata ahli
al-Baatil), kerana Allah tidak menjadikan ahli kebenaran di sisi-Nya
setaraf dengan ahli kebatilan. Tidakkah mereka mengetahui firman Allah di dalam
Kitab-Nya; Surah al-Saad (38): 28 “Patutkah
kami menganggap golongan yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama
dengan golongan yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah kami menganggap
golongan yang bertakwa sama dengan golongan yang berbuat maksiat?”
Justeru hormatilah diri kamu apabila
berhadapan dengan ahli kebatilan dan janganlah menjadikan Allah, imam kamu dan
agama kamu sebagai alasan kepada ahli kebatilan, nescaya kamu akan memarahi
Allah, maka kamu akan binasa. Bersabarlah, wahai ahli kebaikan, janganlah kamu
meninggalkan urusan Allah dan urusan kamu dengan mentaati ahli kebatilan,
nescaya Allah akan mengubah nikmat kamu.
Cintailah kerana Allah akan mereka yang
sealiran dengan kamu dan marahilah kerana Allah akan mereka yang menyalahi
kamu. Korbanlah kasih-sayang kamu dan nasihat kamu untuk mereka yang sealiran
dengan kamu[13].
Janganlah kamu menghabiskan masa kamu untuk mereka yang tidak sealiran dengan
kamu dan memusuhi kamu mengenainya. Ini adalah adab kami, adab Allah. Lantaran
itu, beramallah dengannya dan fahamilah betul-betul. Janganlah kamu
meninggalkannya begitu sahaja.
Apa yang serasi dengan hidayat kamu,
maka ambillah dan apa yang serasi dengan hawa nafsu kamu, maka tinggalkanlah.
Jauhilah kamu dari melakukan paksaan (tajabbur)
terhadap Allah[14].
Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak diuji dengan melakukan paksaan terhadap
Allah tetapi dia diuji dengan
melakukan paksaan terhadap agama Allah.
Lantaran itu teruslah sifat istiqamah
kepada Allah dan janganlah kamu berpaling ke belakang (la tartaddu), kelak kamu akan rugi. Allah akan melindungi kita dari
melakukan paksaan terhadap Allah dan tiada kekuatan bagi kami dan kamu
melainkan dengan Allah.
Beliau a.s berkata: Sesunggunya seorang
hamba apabila Allah telah menciptakannya pada asalnya sebagai mukmin, maka dia
tidak akan mati sehingga Allah menjauhkan daripadanya kejahatan. Sesiapa Allah membenci kejahatan kepadanya
dan menjauhinya daripadanya, maka Allah menyelamatkannya daripada takbur
menguasainya, akhlaknya menjadi lembut dan baik serta berseri mukanya penuh
ketenangan, menjauhi daripada perkara yang haram dan menjauhi kemarahan-Nya.
Allah kurniakan kepadanya kasih sayang orang ramai terhadapnya tanpa sebarang
pertengkaran.
Sesungguhnya seorang hamba apabila Allah
menciptakannya pada asalnya sebagai seorang kafir, maka dia tidak akan mati
sehingga Dia membuatnya mencintai kejahatan dan mendekatinya. Dan apabila dia
mencintai kejahatan dan mendekatinya, maka dia diuji dengan takbur
lalu hatinya menjadi keras dan akhlaknya juga menjadi keras, mukanya
muram, kejahatannya terserlah dan kurang malu. Allah mendedahkan rahsianya,
lalu dia melakukan perkara yang haram tanpa meninggalkannya. Dia terus
mengerjakan maksiat kepada Allah, membenci ketaatan-Nya dan ahlinya. Inilah
perbezaan antara keadaan seorang mukmin dan seorang kafir.
Pohonlah kepada Allah afiat, kerana
tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah. Bersabarlah dalam menghadapi
bala di dunia, kerana menghadapi bala di dunia di dalam keadaan mentaati Allah,
mewalikanNya dan mewalikan mereka yang diperintahkan oleh-Nya adalah lebih baik
akibatnya di sisi Allah di akhirat daripada memiliki dunia sekalipun panjang
nikmatnya dan kemewahan hidupnya di dalam kemaksiatan kepada Allah, mewali dan
mentaati mereka yang dilarang oleh Allah. Ini kerana Allah telah memerintahkan
supaya mewalikan para imam yang dinamakan oleh-Nya di dalam Kitab-Nya Surah
al-Anbiyaa’ (21) : 73 “Kami telah
menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan
perintah kami”. Maka mereka itulah yang diperintahkan oleh Allah supaya
dijadikan wali dan ditaati.
Adapun mereka yang dilarang oleh Allah
dari diwalikan dan ditaati, maka mereka itulah para imam sesat yang ditentukan oleh Allah bahawa
mereka mempunyai pemerintahan di dunia ke atas para wali Allah yang terdiri
daripada para imam Ahlul Bait Muhammad s.a.w. Mereka melakukan maksiat kepada
Allah dan Rasul-Nya s.a.w di dalam pemerintahan mereka bagi melayakkan mereka
menerima azab sedangkan kamu dipilih untuk bersama Nabi Allah Muhammad s.a.w
dan para rasul sebelumnya.
Justeru renunglah terhadap apa yang
diceritakan oleh Allah kepada kamu di dalam Kitab-Nya mengenai ujian-ujian yang
dihadapi oleh para nabi-Nya dan pengikut-pengikut mereka yang mukminin.
Kemudian pohonlah kepada Allah supaya Dia mengurniakan kesabaran kepada kamu di
dalam menghadapi bala di masa senang dan di masa susah sebagaimana Dia telah
kurniakan kepada mereka.
Jauhilah dari memarahi ahli kebatilan
dan berpeganglah kepada petunjuk para salihin,
ketenangan mereka, lemah lembut mereka, kewarakan mereka daripada perkara yang
haram, kebenaran mereka, kesetiaan mereka dan ijtihad mereka kerana Allah
dengan melakukan ketaatan kepada-Nya. Jika kamu tidak melakukan sedemikian,
maka kamu tidak akan mencapai kedudukan para salihin sebelum kamu.
Ketahuilah jika Allah menghendaki
hamba-Nya kebaikan, nescaya Dia melapangkan dadanya dengan Islam. Apabila Dia
kurniakan Islam kepadanya, maka lidahnya bercakap kebenaran, hatinya
menyimpulkannya, lalu beramal dengannya. Apabila Allah mengumpulkan semuanya,
maka sempurnalah Islamnya. Apabila dia mati di dalam keadaan tersebut, maka dia
di sisi Allah adalah seorang mukmin yang sebenar.
Apabila Allah tidak mengehendaki
hamba-Nya kebaikan, maka Dia menyerahkannya kepada dirinya, lalu dadanya
menjadi sempit dan susah. Jika berlaku kebenaran di lidahnya, maka hatinya
tidak menyimpulkannya. Apabila hatinya tidak menyimpulkannya, maka Allah tidak
kurniakan kepadanya untuk mengamalkannya.
Apabila terjadi sedemikian ke atasnya
sehingga dia mati, maka dia di sisi Allah daripada golongan munafik. Lantaran
itu kebenaran yang berlalu di lidahnya, hatinya yang tidak menyimpulkannya dan
amalan yang tidak dikurniakan Allah untuk dilakukannya adalah menjadi hujah ke
atasnya.
Justeru bertakwalah kepada Allah dan
pohonlah kepada-Nya supaya Dia melapangkan dada kamu kepada Islam dan
menjadikan lidah kamu bercakap dengan kebenaran sehingga Dia mematikan kamu
dalam keadaan sedemikian. Pohonlah supaya Dia menjadikan kamu seperti para salihin sebelum kamu, tiada kekuatan
melainkan dengan Allah dan segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.
Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa
Allah mencintainya, maka hendaklah dia beramal dengan mentaatiNya dan mengikut
kami, tidakkah dia mendengar firman Allah a.w kepada Nabi-Nya s.a.w di dalam
Surah Ali Imran (3): 31 “Katakanlah: Jika
kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosa kamu”. Demi
Allah, seorang hamba tidak akan mentaati Allah selama-lamanya melainkan Allah
menjadikannya di kalangan
pengikut-pengikut kami. Demi Allah, seorang hamba tidak mengikut (la yatbi‘u-na) kami selama-lamanya
melainkan Allah mengasihinya (ahabba-hu).
Demi Allah, seorang tidak akan mengetepikan seorang daripada pengikut-pengikut
kami selama-lamanya melainkan dia memarahi kami (abghadha-na). Demi Allah, seorang tidak akan memarahi kami
selama-lamanya melainkan dia menderhakai Allah (‘asa l-LLah). Sesiapa
yang mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah, maka Allah menghinanya dan
mencampaknya ke neraka. Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.
Mashaf Ali Bin Al-Husain A.S Mengenai Zuhud
2. Muhammad bin
Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin
‘Isa, dan Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub
daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah berkata: Aku tidak pernah
mendengar seorang yang lebih zuhud daripada Ali bin al-Husain a.s selain Ali
bin Abu Talib a.s, Abu Hamzah berkata: Imam Ali bin al-Husain a.s apabila
beliau bercakap mengenai zuhud dan memberi nasihat, orang ramai di hadapannya
menangis. Abu Hamzah berkata: Aku telah membaca mashaf mengenai kezuhudan Ali
bin al-Husain a.s, lalu aku menulisnya kemudian aku mendatangi Ali bin
al-Husain a.s. Aku telah membentangkannya kepadanya, lalu beliau a.s
memperakuinya dan membetulkannya, antaranya seperti berikut:
Bismillahir Rahmanir Rahim
Allah telah mencukupi kami dan kamu
mengenai tipu muslihat golongan yang zalim, kezaliman para pendengki dan
keganasan penguasa-penguasa. Wahai mukminun, janganlah kamu difitnahkan oleh
golongan taghut, pengikut-pengikut mereka yang mencintai dunia ini, terpesona
dengannya dan mengejar habuannya yang sementara. Berhati-hatilah dengannya
sebagaimana telah diberi peringatan oleh Allah, bersifat zuhudlah sebagaimana
telah diterangkan oleh Allah. Janganlah kamu cenderung kepada dunia sebagaimana
mereka yang mengambilnya sebagai tempat tinggal yang kekal.
Demi Allah, sesungguhnya bagi kamu bukti
dan peringatan mengenai berlalu hari-harinya, perubahannya dan permainannya
dengan penghuninya. Sesungguhnya dunia mengangkat yang hina, menjatuhkan yang
mulia dan mengheret beberapa golongan ke neraka kelak. Ini semua adalah sebagai
teladan, ujian dan ancaman bagi orang yang sedar.
Setiap perkara yang mendatangi kamu
malam dan siang sama ada fitnah, bid‘ah, sunnah yang zalim, takut kepada
penguasa dan waswas syaitan adalah natijah daripada kelalaian hati, lunturnya
daripada petunjuk dan tidak mengetahui ahli kebenaran melainkan sedikit sahaja
yang dipelihara oleh Allah. Tidak diketahui perjalanan hari-harinya,
perubahannya dan bahaya fitnahnya melainkan mereka yang dipelihara oleh Allah,
lalu memilih jalan petunjuk dan lurus. Kemudian diikuti dengan zuhud, berfikiran
sedemikian, memberi nasihat mengenai kesabaran, lalu dia beramal dengannya.
Zuhud daripada kebahagian dunia yang cepat hilang dan menjauhi diri daripada
kelazatannya kerana cintakan nikmat akhirat yang berterusan dan beramal untuk
mendapatkannya. Dia menunggu kematian dan membenci kehidupan bersama golongan
yang zalim.
Dia melihat kepada dunia dengan matanya
yang tajam; dia melihat peristiwa fitnah, kesesatan bid‘ah dan kezaliman penguasa-penguasa.
Sesungguhnya kamu telah membelakangi perkara-perkara yang telah berlalu di
hari-hari yang sunyi daripada fitnah dengan alasan menjauhi ahli bid‘ah,
kezaliman dan kerosakan di bumi tanpa kebenaran. Justeru pohonlah pertolongan
dengan Allah, kembalilah kepada ketaatan Allah dan ketaatan mereka yang lebih
berhak (aula) ditaati yang terdiri
daripada mereka yang diikuti, lalu ditaati.
Berhati-hatilah daripada penyesalan dan
berhadapan dengan Allah di kemudian hari. Demi Allah, seorang kaum yang
melakukan kemaksiatan kepada Allah akan berakhir kepada azab-Nya. Begitu juga
seorang kaum yang mencintai dunia berbanding akhirat akan menerima padahnya.
Justeru pengetahuan mengenai Allah dan beramal dengannya merupakan dua perkara
yang bertaut. Sesiapa yang mengenali Allah, nescaya dia akan takut kepada-Nya dan
ketakutannya akan mendorongnya beramal mentaati Allah.
Sesungguhnya mereka yang mempunyai ilmu
dan pengikut-pengikut yang mengenali Allah, beramal untuk-Nya dan mencintaiNya.
Allah berfirman di dalam Surah Faatir (35):28 “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hambaNya adalah ulama”.
Lantaran itu, janganlah kamu menuntut sesuatu di dunia ini dengan kemaksiatan
kepada Allah. Bekerjalah di dunia ini dengan mentaati Allah, ambillah peluang
ini dan berusahalah untuk kejayaan kamu di hari esok daripada azab Allah,
kerana ia adalah lebih hampir kepada kejayaan. Justeru laksanakanlah perintah
Allah dan taatilah mereka yang diwajibkan oleh Allah.
Janganlah kamu melaksanakan
perkara-perkara yang ditujukan terhadap kamu untuk mentaati taghut kerana
inginkan habuan dunia dari mentaatiNya dan uli
l-Amr di kalangan kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu adalah
hamba-hamba Allah, kami bersama-sama kamu. Dia menghukum ke atas kami dan kamu
pada hari Kiamat. Lantaran itu, bersedialah segala jawapan dan pembentangan
sebelum wukuf di hadapan Tuhan semesta alam, seorang tidak boleh bercakap
melainkan dengan izin-Nya.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah
tidak akan membenarkan di hari itu pembohong dan tidak akan membohongi orang
yang benar. Dia tidak akan menolak keuzuran orang yang berhak, Dia tidak
memaafkan selain daripada orang yang uzur. Bagi-Nya hujah ke atas makhluk-Nya
melalui para rasul dan para wasi selepas para rasul. Justeru bertakwalah kepada
Allah, wahai hamba-hamba Allah, bersedialah untuk memperbaiki diri kamu (islahi anfusi-kum), mentaati Allah dan
mentaati orang yang kamu mewalikannya dalam ketaatan kamu kepada Allah.
Mudah-mudahan orang yang telah menyesal
di atas apa yang dilakukannya kelmarin dan mengabaikan hak-hak Allah, lalu
memohon keampunan-Nya dan bertaubat kepada-Nya, maka Dia menerima taubatnya dan
memaafkan kejahatannya. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan.
Jauhilah dari bersahabat dengan
pelaku-pelaku maksiat, menolong golongan
yang zalim dan berjiran dengan golongan yang fasiq. Berhati-hatilah mengenai
fitnah mereka dan hindarilah dari halaman mereka. Ketahuilah bahawa sesiapa
menyalahi para wali Allah, beragama selain daripada agama Allah dan berpegang
dengan perintah selain daripada perintah wali Allah, nesaya dia akan berada di
neraka yang akan memakan badan-badan mereka dan akan menambah lagi
kecelakaannya. Mereka itu bagaikan orang mati yang tidak merasai kepanasan api.
Sekiranya mereka orang yang hidup,
nescaya mereka merasai kepanasan api neraka. Justeru ambillah teladan, wahai
golongan yang mempunyai mata hati. Pujilah Allah kerana hidayah-Nya kepada
kamu. Ketahuilah bahawa kamu tidak terkeluar daripada kekuasaan Allah kepada
kekuasaan selain daripada-Nya. Allah dan rasul-Nya akan melihat amalan-amalan
kamu. Kemudian kepada-Nya kamu akan dihimpunkan. Lantaran itu, manfaatkanlah
nasihat ini dan beradablah dengan adab-adab para salihin.
Wasiat Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Takwa
3. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Kufi,
daripada Abd al-Wahid bin al-Sawwaf, daripada Muhammad bin Ismail al-Hamdani daripada Abu al-Hasan
Musa a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s pernah berwasiat kepada para sahabatnya
dan berkata: Aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia
merupakan suatu kegembiraan bagi penuntut yang berharap dan suatu kepercayaan
bagi orang yang lari dan mengharap perlindungan. Justeru jadilah takwa sebagai
slogan kebatinan, ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang ikhlas, nescaya
kamu akan hidup dengan penghidupan yang lebih baik dan berjalan di atas
landasan yang betul.
Lihatlah kepada dunia dengan penglihatan
seorang zuhud yang akan berpisah daripadanya, kerana ia akan menghilangkan
penghuni yang mendiaminya, mendukacitakan orang yang mewah, kerana dia sendiri
tidak mengetahui apa yang sedang datang kepadanya untuk dia menunggunya.
Hadapilah bala dengan ketenangan, kerana
dunia akan binasa. Kegembiraan bercampur
dengan dukacita, tinggal lama di dunia membawa kepada kelemahan. Ia sepertilah
taman yang kelihatan indah, mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Tetapi apabila
angin kencang tiba, ia merosakkan taman tersebut sebagaimana firman-Nya di
dalam Surah al-Kahfi (18) :45 “Kemudian
tumbuh-tumbuhan menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan Allah adalah
Maha Kuasa atas segala suatu”. Justeru lihatlah kepada dunia betapa
banyaknya perkara yang mengagumkan kamu dan betapa sedikitnya perkara yang
memanfaatkan kamu.
Khutbah Al-Wasilah Amir al-Mukminin A.S
4. Muhammad bin Ali bin Mu‘ammar,
daripada Muhammad bin Ali bin ‘Ikayah
al-Tamimi, daripada al-Husain bin al-Nadhar al-Fihri, daripada Abu ‘Umru
al-Auzaa‘i daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir bin Yazid berkata: Aku
telah datang berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, maka aku berkata: Wahai anak
lelaki Rasulullah, perselisihan Syi‘ah di dalam mazhab-mazhab mereka telah
mendukacitakan aku, maka beliau a.s berkata: Wahai Jabir, tidakkah aku telah
menerangkan kepada kamu mengenai pengertian
ikhtilaf (perselisihan), dari manakah mereka berselisih faham dan dari
manakah mereka berpecah (tafarraquu)?
Aku berkata: Ya, wahai anak lelaki
Rasulullah, beliau a.s berkata: Janganlah kamu berselisih faham apabila mereka
berselisih faham (ikhtalafuu) wahai
Jabir, sesungguhnya orang yang ingkar (al-Jaahid)
Imam zaman sepertilah orang yang mengingkari Rasulullah s.a.w pada
hari-harinya, wahai Jabir, dengarlah dan perhatikanlah, maka aku berkata:
Teruskanlah, maka beliau a.s berkata: Dengarlah dan perhatikanlah serta
sampaikanlah apabila kenderaan anda berhenti. Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s
telah memberi khutbah kepada orang ramai di Madinah selepas tujuh hari kematian
Rasulullah s.a.w; apabila beliau a.s selesai mengumpul al-Qur’an dan berkata:
Segala puji bagi Allah yang telah
menahan segala waham dicapai melainkan dengan kewujudan-Nya dan Dia telah
menutupi akal dari memikirkan mengenai zat-Nya, kerana ingin menghalangnya dari
kesamaran. Dia tidak berbeza dengan zat-Nya, Dia tidak boleh dibahagikan dengan
bilangan mengenai kesempurnaan-Nya. Dia berjauhan dengan perkara-perkara (al-Asyiya’) bukan berlainan tempat, Dia berada padanya bukan secara percampuran,
tetapi kerana ilmu-Nya tanpa peralatan. Tiada di antara-Nya dan apa yang
diketahuiNya (ma ‘lum) suatu ilmu
selain daripadanya. Jika dikaitkan kepadanya: Perkara yang telah berlaku (kaana) adalah di atas takwil
kewujudan-Nya pada azali. Begitu juga jika dikaitkan kepada-Nya: Sentiasa (lam yazal), maka ia adalah di atas
takwil penapian ketiadaan-Nya (al-‘Adam).
Maha Suci Tuhan dari apa yang dikatakan
oleh seorang hamba selain daripada-Nya dan mengambil tuhan selain daripada-Nya.
Kami memujiNya dengan segala pujian yang
diredaiNya daripada makhluk-Nya dan Dia mewajibkan penerimaannya ke atas
diri-Nya. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada
sekutu bagi-Nya. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah pesuruh-Nya dan
hamba-Nya. Dua syahadah yang mengangkat kalimah dan menggandakan amalan.
Timbangan (miizaan) menjadi ringan
tanpanya. Ia menjadi berat dengannya. Dengan kedua-duanyalah kemenangan di
syurga, kejayaan daripada neraka, dan
melepasi titian. Dengan syahadahlah kamu akan memasuki syurga. Dengan solat
kamu akan mendapat rahmat. Justeru perbanyakkanlah selawat ke atas nabi kamu
sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33):56 “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas nabi wahai
golongan yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan ucaplah salam ke atasnya”
Wahai manusia, tiada kemulian yang lebih
tinggi daripada Islam, tiada karam
(penghormatan) yang lebih mulia daripada takwa, tiada akal yang lebih
berperisai daripada warak. Tiada ada orang yang memberi syafaat yang lebih
berjaya daripada taubat. Tiada pakaian yang lebih cantik daripada kesihatan.
Tiada penjagaan yang lebih baik daripada pengawalannya.
Tiada harta yang dapat menghilangkan
kepapaan selain daripada keredaan dan qanaa‘ah
(memadai apa yang ada). Tiada barang simpanan yang lebih kaya daripada sifat qanaa‘ah, sesiapa yang memadai apa yang
ada, maka dia akan mendapat kerehatan. Keinginan kepada sesuatu itu adalah
punca kepenatan. Pemonopolian itu adalah kesinambungan kepenatan. Hasad adalah
bala agama.
Mementingkan diri adalah punca
peningkatan dosa dan kezaliman akan membawa kepada kecelakaan. Ketamakan adalah
meliputi segala keaiban. Kemungkinan ketamakan yang hampa dan angan-angan yang
palsu akan membawa kepada pencegahan dari melakukan kebaikan dan suatu
perniagaan yang akan membawa kepada kerugian.
Sesungguhnya orang yang melibatkan diri
di dalam sesuatu perkara tanpa melihat kepada kesan-kesannya, maka sesungguhnya
dia mendedahkan dirinya kepada keburukan dan seburuk-buruk kalung adalah kalung dosa bagi seorang
mukmin.
Wahai manusia, tiada simpanan yang lebih
bermanfaat daripada ilmu dan tiada kemuliaan yang lebih tinggi daripada budi
pekerti. Tiada keturunan yang lebih baik daripada adab. Tiada kepenatan yang
lebih rendah daripada kemarahan. Tiada kecantikan yang lebih berseri daripada
akal. Tiada keburukan yang lebih buruk daripada pembohongan. Tiada penjagaan
yang lebih baik daripada diam. Tiada kehilangan (ghaib) yang lebih hampir
daripada kematian.
Wahai manusia, sesiapa melihat kepada
keaiban dirinya, maka tiada masa baginya melihat keaiban orang lain. Sesiapa
yang reda dengan rezeki Allah kepadanya, dia tidak berdukacita dengan apa yang ada pada tangan
orang lain. Sesiapa yang menghunus pedang kezaliman akan dibunuh dengannya.
Sesiapa yang menggali perigi untuk
saudaranya, maka dia akan terjatuh ke dalamnya.
Sesiapa yang mendedahkan hijab orang
lain, maka aurat rumahnya akan didedahkan. Sesiapa yang terlupa kesilapannya,
maka dia akan membesar-besarkan kesilapan orang lain. Sesiapa yang kagum dengan
pendapatnya akan tersesat. Sesiapa yang berpegang kepada pendapatnya sahaja
akan tergelincir. Sesiapa yang takbur terhadap orang ramai akan terhina.
Sesiapa yang membodohi orang ramai akan dicaci. Sesiapa yang bercampur dengan
orang bawahan akan dihina. Sesiapa yang menanggung perkara yang dia tidak
mampu, akan menjadi lemah.
Wahai manusia, tiada harta yang lebih
berharga daripada akal. Tiada kefakiran yang lebih parah daripada kejahilan.
Tiada penasihat yang lebih daripada nasihat. Tiada akal yang menyamai akal
pentadbiran. Tiada ibadat seperti tafakur. Tiada demonstrasi yang lebih
dipercayai daripada mesyuarat. Tiada
kengerian yang lebih dahsyat daripada takjub kepada diri sendiri. Tiada
kewarakan yang lebih baik dari menahan perkara yang diharamkan. Tiada budi
pekerti yang lebih baik daripada kesabaran dan diam.
Wahai manusia, Sesungguhnya manusia
mempunyai sepuluh sifat yang dizahirkan oleh lidahnya: Yang zahir menceritakan
yang batin, yang bijak terserlah di
dalam ucapannya, yang bercakap dituntut menjawab, yang memberi pertolongan
mengetahui hajat seseorang, yang mencerita sesuatu mengetahui perkara tersebut,
yang memerintah memerintah dengan baik, yang memberi nasihat melarang perkara
yang buruk, yang mulia dapat menenangkan segala dukacita, yang hadir dapat
mendedahkan kezaliman dan yang menghibur dapat melazatkan telinga.
Wahai manusia, tiada kebaikan jika
berdiam diri dari menceritakan kebenaran sebagaimana tiada kebaikan jika
berkata sesuatu yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, wahai manusia,
sesungguhnya orang yang tidak memiliki lidahnya akan menyesal, sesiapa yang
tidak mengetahui, dia adalah seorang yang jahil. Sesiapa yang tidak mempunyai
budi pekerti tidak akan dilayani. Sesiapa yang tidak mempunyai tindak balas,
maka dia tidak mempunyai akal. Sesiapa yang tidak mempunyai akal dihina. Sesiapa
yang dihina, tidak akan tenang. Sesiapa yang tidak tenang akan
diburuk-burukkan.
Sesiapa yang mendapatkan harta bukan
haknya, maka dia membelanjakannya tanpa mendapat pahala. Sesiapa yang
ditinggalkan di dalam keadaan dia dipuji, dia akan ditinggalkan di dalam
keadaan dia dikeji. Sesiapa yang tidak memberi kepada orang yang duduk, maka
dia akan menghalang orang yang berdiri. Sesiapa yang menuntut kemuliaan yang
bukan haknya, akan dihina. Sesiapa yang menang dengan kezaliman akan
dikalahkan. Sesiapa menentang kebenaran akan diikuti kelemahan.
Sesiapa mendalami sesuatu, dia akan
merasa tenang. Sesiapa merasa takbur, maka dia akan hina. Sesiapa yang tidak
baik di dalam sesuatu perkara, maka dia tidak akan dipuji.
Wahai manusia, sesungguhnya kematian
sebelum kehinaan, mempertahankan diri sebelum dibodohi, hisab sebelum balasan
kubur adalah lebih baik daripada kefakiran. Merendahkan penglihatan adalah
lebih baik dari banyak melihat, masa adalah satu hari untuk kamu dan satu hari
ke atas kamu dan apabila ia adalah hari kamu, maka janganlah kamu bergembira.
Apabila ia ke atas kamu, maka bersabarlah, dengan kedua-duanya kamu diuji.
Wahai manusia, perkara yang paling pelik
pada diri manusia adalah hatinya. Ia mempunyai perkara-perkara yang bersifat
hikmat dan perlawanannya. Justeru jika ia diberi harapan, maka tamak akan
menghinanya. Jika tamak menguasainya, maka sifat kepentingan diri akan
membinasakannya. Jika perasaan putus asa menguasainya, maka dukacita akan
membunuhnya. Jika kemarahan dibentangkan kepadanya, maka ia bertambah marah.
Jika ia bergembira dengan penuh keredaan, dia akan terlupa menjaga dirinya.
Jika ketakutan menguasainya, ia akan
berhati-hati. Jika keamanan menguasainya, maka kemuliaan diri akan merampasnya.
Jika ia menguasai harta, maka kekayaannya akan menzaliminya. Jika kefakiran
menguasainya, maka bala akan menimpanya. Jika kelaparan menguasainya, maka ia
akan menjadi lemah. Jika ia terlalu kenyang, maka ia akan dikuasai perutnya.
Lantaran itu, setiap kecuaian akan mendatangkan kemudaratan dan setiap yang
melampaui batas akan merosakkan [sesuatu].
Wahai manusia, Sesiapa yang lari akan
dihina. Sesiapa yang pemurah akan menjadi ketua. Sesiapa yang memiliki harta
yang banyak akan menjadi ketua. Sesiapa yang mempunyai budi pekerti akan
menjadi mulia. Sesiapa yang memikir mengenai zat Allah akan menjadi kafir
zindiq. Sesiapa yang memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenali dengannya.
Sesiapa banyak bersenda gurau, maka dia akan dipandang remeh. Sesiapa yang
banyak ketawa, maka kehebatannya akan hilang.
Orang yang tidak mempunyai budi pekerti
akan merosakkan maruah agamanya. Sesungguhnya perbuatan yang baik adalah
menjaga kehormatan dengan harta. Bukanlah orang yang bergaul dengan orang jahil
itu sama dengan orang yang mempunyai akal. Lantaran itu, sesiapa yang bergaul
dengan orang jahil, maka hendaklah dia bersedia mengenai apa yang akan
dikatakan kepadanya. Orang yang kaya dengan hartanya tidak akan terlepas
daripada kematian. Begitu juga dengan orang yang fakir dengan kefakirannya.
Wahai manusia, sekiranya kematian dapat
dibeli, nescaya ia akan dibeli daripada ahli dunia oleh orang kaya dan pencaci
yang hina. Wahai manusia, sesungguhnya hati mempunyai tanda-tanda untuk
mengetahui seorang pelampau atau seorang yang bijak dan berwaspada daripada
bahaya. Hati juga terdedah kepada hawa nafsu, tetapi akal melarang dan menegah.
Bagi pengalaman, ilmu yang tersendiri. Teladan membawa kepada petunjuk.
Memadailah dengan budi pekerti untuk diri anda laksanakanlah sekalipun anda
tidak menyukainya untuk orang lain. Hak anda ke atas saudara mukmin anda
sebagaimana haknya ke atas anda. Sesungguhnya berbahayalah orang yang berpegang
kepada pendapatnya sahaja.
Fikirlah sebelum melakukan sesuatu,
kerana ia menyelamatkan kamu daripada penyesalan. Sesiapa yang mengalu-ngalukan
berbagai pendapat, maka dia mengetahui punca kesalahan. Sesiapa yang menahan
dirinya daripada percakapan yang tidak bermanfaat, maka akalnya akan
memperbetulkan pendapatnya.
Sesiapa yang menjaga syahwatnya, maka
dia menjaga kemampuannya. Sesiapa yang menjaga lidahnya, nescaya kaumnya
terselamat daripadanya dan dia akan mendapat hajatnya. Dengan perubahan
keadaan, akan diketahui hakikat seseorang dan hari-hari akan menerangkan kepada
anda rahsia-rahsia yang tersembunyi. Tiada orang bersedap-sedapan ketika petir di malam yang
gelap. Sesiapa yang mengetahui hikmat, maka matanya kelihatan tenang dan hebat.
Kekayaan yang paling mulia adalah meninggalkan angan-angan.
Kesabaran adalah perisai daripada
kefakiran. Tamak adalah alamat kefakiran. Kebakhilan adalah baju kemiskinan.
Kasih sayang adalah kerabat yang berguna. Fakir yang peramah itu adalah lebih
baik daripada orang kaya yang bersikap dingin. Nasihat adalah gua bagi mereka
yang menjaganya. Sesiapa yang melakukan apa sahaja yang dikehendakinya akan
banyak penyesalannya. Masa akan membuatnya bersyukur di atas apa yang
menimpanya. Katakanlah apa yang di sedari oleh lidah anda ketika menyebar
keburukan atau kebaikan. Sesiapa yang akhlaknya menyusahkan [orang lain] akan
dijemukan oleh keluarganya.
Sesiapa yang mendapati sesuatu, dia akan
melengah-lengahkan masanya. Katakanlah apa yang dibenarkan oleh angan-angan
anda. Tawaduk akan membawa kepada kehebatan. Akhlak yang baik adalah gedung
rezeki. Berapa ramai orang yang masih di dalam dosanya pada akhir umurnya!.
Sesiapa yang menjadikan malu sebagai pakaian, maka keaibannya akan tersembunyi
kepada orang ramai. Tumpukan kata-kata anda, kerana orang yang tepat di dalam
kata-katanya, bebannya akan ringan. Kecerdikan anda adalah di dalam menyalahi
hawa nafsu anda.
Sesiapa mengetahui hari-hari, maka dia
tidak akan lupa membuat persediaan. Sesungguhnya setiap minuman dan makanan ada
perkiraannya. Sesuatu nikmat tidak akan dicapai melainkan dengan hilangnya
nikmat yang lain. Setiap pengisian perut itu adalah makanan (qut). Setiap biji-bijian ada orang yang
memakannya dan anda adalah makanan maut (wa
anta qut al-Maut). Ketahuilah, wahai manusia, sesungguhnya orang yang
berjalan di atas muka bumi akan sampai ke penghujungnya, malam dan siang
bersegera untuk menghabiskan umur [manusia]. Wahai manusia, kufur nikmat adalah
dicela, persahabatan dengan orang yang jahil dikeji. Di antara sifat mulia itu
adalah bercakap dengan sopan dan memberi salam.
Jauhi dari tipu daya, kerana ia adalah
daripada akhlak yang dikeji. Bukan semua orang yang mencari akan mendapat apa
yang dicarinya dan bukan semua orang yang hilang ditemui. Janganlah anda
membenci orang yang berjauhan dengan anda. Kemungkinan orang yang jauh lebih
hampir daripada kerabat sendiri. Carilah kawan sebelum berjalan, berjiran
sebelum berumah. Sesungguhnya orang yang cepat di dalam perjalanannya, orang
akan bercakap mengenainya. Tutupi aurat saudara lelaki anda sebagaimana anda mengetahuinya
pada anda.
Maafilah kesalahan sahabat anda, suatu
hari musuh anda akan menentang anda kerana memarahi orang yang dia tidak mampu
memudaratkannya dahulu. Sesiapa takut kepada Tuhannya, maka dia akan menahan
kezalimannya. Sesiapa yang tidak ragu-ragu di dalam percakapannya, maka dia
akan menzahirkan kemegahannya. Sesiapa yang tidak mengetahui kebaikan daripada
kejahatan, maka dia seperti binatang. Di antara kerosakan itu adalah
menghilangkan bekalan. Alangkah kecilnya musibat jika dibandingkan dengan
kefakiran esok. Keingkaran kamu adalah disebabkan dosa yang ada pada kamu.
Alangkah hampirnya kerehatan daripada kepenatan dan keburukan daripada nikmat.
Tidak dihitung kejahatan [jika]
selepasnya syurga (wa maa syarrun
bi-syarrin ba‘da-hu al-Jannatu) dan tidak dihitung kebaikan [jika]
selepasnya neraka (wa maa khairun
bi-khairin ba‘da-hu al-Naaru). Setiap nikmat selain daripada syurga adalah
dihina (mahquur) dan setiap bala
selain daripada neraka adalah afiat. Ketika memperbetulkan hati, akan terserlah
dosa-dosa besar. Pembersihan amal adalah lebih sukar daripada amalan.
Membersihkan niat daripada kerosakan adalah lebih sukar ke atas
pelaku-pelakunya sepanjang jihad. Sekiranya tiada takwa, nescaya aku adalah
Arab yang paling licik.
Wahai manusia, sesungguhnya Allah t.a
telah menjanjikan Nabi-Nya Muhammad s.a.w al-Wasilah[15]
dan menjanjikan kepadanya kebenaran. Allah tidak akan mungkir janji-Nya.
Sesungguhnya al-Wasilah adalah tangga
ke syurga dan kemuncak yang dekat serta kesudahan matlamat cita-cita. Ia
mempunyai seribu tangga dan perjalanan kuda dari satu tangga ke tangga yang
lain mengambil masa seratus tahun. Di antara tangga ke tangga yang lain
terdapat berbagai-bagai hiasan permata, berlian, jed, mutiara, zamrud, yaqut,
delima, emas dan cahaya yang meliputi semua syurga.
Rasulullah s.a.w pada masa itu duduk di
atasnya berpakaian dengan dua lapisan pakaian. Satu lapisan daripada rahmat
Allah dan satu lapisan lagi daripada cahaya Allah. Di atasnya mahkota kenabian
dan kerasulan yang menyinari semua tempat dan aku pada hari itu mempunyai
kedudukan yang tinggi di bawah darjatnya memakai dua lapisan pakaian. Satu
lapisan daripada cahaya dan satu lapisan daripada kapur barus. Sementara para
nabi dan para rasul berdiri di atas tangga. Begitu juga dengan pemuka-pemuka
sepanjang zaman dan hujah-hujah sepanjang masa mengenai keimanan kami. Mereka
semua diserikan dengan kelipan cahaya dan penghormatan.
Para malaikat yang hampir dan para nabi
yang diutuskan bergembira dengan cahaya-cahaya kami dan kebesaran kami. Di
kanan al-Wasilah dan di kanan Rasulullah s.a.w awan berkumpul dan suara datang dari arahnya:
Wahai ahli al-Mauqif, berbahagialah
orang yang mencintai wasi dan beriman dengan Nabi al-Ummiyyi berbangsa Arab. Sesiapa yang kafir, maka neraka adalah
tempatnya. Di kiri al-Wasilah dan di
kiri Rasul s.a.w terdapat bayang dan suara datang dari arahnya:
Wahai ahli al-Mauqif, berbahagialah
orang yang mencintai wasi dan beriman dengan Nabi al-Umiyyi dan baginya para malaikat yang tinggi. Tiada seorangpun
yang berjaya mendapat roh dan syurga melainkan dia ikhlas kepada mereka berdua dan mengikuti
bintang-bintang mereka berdua. Lantaran itu, percayalah, wahai ahli wilayah
Allah dengan keputihan muka-muka kamu, kemuliaan tempat duduk kamu, kemuliaan
tempat rujukan kamu dan dengan kemenangan kamu pada hari ini di atas
katil-katil yang berhadapan.
Wahai ahli penyelewengan (al-Inhiraaf) dan ahli penentangan
kepada Allah (al-sadud), Rasul-Nya, sirat-Nya dan pemuka-pemuka-Nya sepanjang
zaman, percayalah dengan kehitaman muka-muka kamu dan kemurkaan Tuhan kamu
sebagai balasan di atas apa yang kamu lakukan. Tiada seorang nabi atau rasul
yang terdahulu melainkan dia memberitahu kepada umatnya mengenai rasul
selepasnya dan memberitahu berita gembira mengenai Rasulullah s.a.w, berwasiat
kepada kaumnya supaya mengikutinya, menjelaskannya di sisi kaumnya supaya
mereka mengenalinya dengan sifatnya, mengikutinya di atas syariahnya agar
mereka tidak sesat selepasnya.
Justeru orang yang binasa atau sesat
adalah selepas diberi peringatan mengenai keterangan dan penentuan hujah.
Umat-umat mengharapkan kedatangan para rasul dan para nabi kepada mereka. Jika
tiada nabi selepas nabi berlaku, maka ia merupakan suatu musibah yang besar
kepada mereka. Lantaran itu, tiada musibah yang lebih besar berlaku seperti
musibah Rasulullah s.a.w, kerana Allah telah menamatkan peringatan dengannya,
memutuskan hujah di antara-Nya dan
makhluk-Nya. Dia telah menjadikannya sebagai pintu-Nya di antara-Nya dan
hamba-hamba-Nya serta penguasanya di mana Dia tidak akan menerima apa jua
ibadat dan pengorbanan kepada-Nya melainkan dengan ketaatan kepadanya. Dia
berfirman di dalam Kitab-Nya Surah al-Nisa’(4): 80 “Sesiapa yang mentaati rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.
Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka kami tidak mengutusmu
untuk menjadi pemelihara bagi mereka”
Maka Dia telah mengiringi ketaatan
kepada-Nya dengan ketaatan kepada Rasul-Nya, kemaksiatan kepada-Nya dan
kemaksiatan kepada Rasul-Nya sebagai bukti penyerahan-Nya kepadanya. Justeru
Rasul-Nya sebagai saksi dari pihak-Nya ke atas mereka yang mengikutinya atau
menderhakainya di dalam beberapa ayat di dalam al-Qur’an, mendorong
pengikut-pengikutnya supaya menerima seruannya. Antaranya di dalam Surah Ali
Imran (3):31“Katakanlah: Jika kamu
(benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosa kamu”.
Justeru mengikutinya s.a.w adalah
mencintai Allah (mahabbatu l-Lah),
keredaan-Nya adalah pengampunan dosa-dosa, kemenangan yang sempurna dan berhak
syurga. Sedangkan berpaling daripadanya dan menentangnya adalah menentang
Allah, menghadapi kemurkaan-Nya, dan jauh daripada-Nya. Lantaran itu, ia berhak
neraka sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Hud (11):17 “Dan sesiapa di antara mereka (golongan
Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang
kafir dengan al-Qur’an, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya”
Iaitu keingkaran dan penderhakaan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah t.w menguji hamba-hamba-Nya denganku (imtahana bi ‘ibada-hu), dibunuh
musuh-musuh-Nya di tanganku dan dimusnahkan penentang-penentang-Nya dengan
pedangku.
Dia telah menjadi aku hampir kepada para
mukminin, ancaman kematian kepada penguasa-penguasa yang zalim. Dia telah
memperkuatkan aku untuk menolong Rasul-Nya dan memuliakan aku dengan
pertolongan-Nya. Dia telah memuliakan aku dengan ilmunya dan mencintai aku
dengan hukum-hukum-nya. Dia telah menentukan aku dengan wasiatnya dan memilih
aku mengganti tempatnya pada umatnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan
Muhajirin dan Ansar berhimpun di sekelilingnya sehingga majlis dipenuhi oleh
orang ramai.
Wahai manusia, sesungguhnya Ali adalah
daripadaku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa melainkan tiada nabi
selepasku”. Justeru mukminun mengetahui bahawa percakapan Rasul itu adalah
daripada Allah, kerana mereka mengetahui bahawa aku bukanlah saudara lelakinya
sama ada di sebelah bapanya atau di
sebelah ibunya sebagaimana Harun adalah saudara Musa di sebelah bapanya dan
ibunya dan aku pula bukan seorang nabi (wa
la kuntu nabiyyan) sehingga aku menjadi seorang nabi, tetapi itu semua
adalah kerana beliau s.a.w melantik aku sebagai penggantinya sebagaimana Musa
telah melantik Harun sebagai penggantinya sebagaimana Musa a.s berkata kepada
saudaranya Harun di dalam Surah al-A ‘raf (7): 142 “Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah dan janganlah kamu
mengikuti jalan golongan yang mengikuti kerosakan” Dan sabdanya s.a.w
ketika satu golongan berkata: Kami adalah mewalikan Rasulullah s.a.w. Lalu
Rasulullah s.a.w keluar untuk mengerjakan haji Wida’, kemudian pergi ke Ghadir
Khum.
Beliau s.a.w memerintahkan supaya dibuat mimbar, kemudian
beliau s.a.w menaikinya. Lalu beliau s.a.w
memegang lenganku sehingga dapat dilihat keputihan dua ketiaknya di
dalam keadaan meninggikan suaranya sambil bersabda di hadapan orang ramai:
Sesiapa yang menjadikan aku walinya, maka Ali adalah walinya, wahai Tuhanku,
hormatilah orang yang menjadikannya wali dan musuhilah orang yang memusuhinya”
(man kuntu maula-hu fa-‘Aliyyu maula-hu
Allahumma wali man walaa-hu wa
‘aadi-man ‘aada-h). Justeru
wilayahku adalah wilayah Allah dan permusuhan terhadapku adalah permusuhan
terhadap Allah (kaanat ‘ala wilayatii
wilayatu l-Lahi wa ‘ala adawatii
‘adawatu l-Lahi).
Kemudian Allah telah menurunkan pada
hari itu firman-Nya di dalam Surah al-Ma’idah (5): 3 “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama-Ku dan telah
Kucukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama
kamu”. Wilayah aku adalah kesempurnaan
agama dan keredaan Tuhan (fa-kaanat
wilayatii kamala al-Din wa ridha al-Rabb). Allah telah menurunkan ayat
tersebut khusus mengenaiku, menghormatiku selayaknya dan suatu kelebihan
daripada Rasulullah s.a.w mengenaiku. Dan firman-Nya di dalam Surah al-
An‘am(6): 62 “Kemudian mereka
dikembalikan kepada Allah, Penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa
segala hukum (pada hari itu) kepunyaan-Nya. Dan Dialah pembuat perhitungan yang
paling cepat”
Sekiranya aku menyebut
kelebihan-kelebihanku, nescaya orang ramai mempebesar-besarkannya dan akan
mengambil masa yang panjang. Sekiranya dua orang yang celaka [16](al-Asyqiyaani) merampas jawatan khalifah
daripadaku dan menentangku, maka mereka berdua tidak mempunyai hak dan mereka
melakukannya kerana kesesatan mereka (rakabaa-ha
dhalalatan) serta kepercayaan mereka
yang jahil. Lantaran itu, ia adalah sejahat-jahat perkara yang mereka kerjakan
untuk diri mereka sendiri.
Kemudian mereka berdua pula saling
melaknati di antara satu sama lain berhubung dengan peranan masing-masing (yatala‘anaani fi dauri-hima). Mereka
membersihkan diri masing-masing dengan berkata kepada sahabatnya apabila
berjumpa: Mudah-mudahan di antara aku dan anda sejauh timur dan barat, maka dia
adalah sejahat-jahat sahabat[17].
Maka yang paling celaka pula menjawab: Mudah-mudahan aku tidak pernah mengambil
kamu sebagai seorang teman yang akrab. Sesungguhnya kamu telah menyesatkan aku
daripada al-Dhikr (peringatan)
selepas ia mendatangi aku. Dan sesungguhnya syaitan tidak mahu menolong manusia[18].
Maka akulah al-Dhikr (peringatan)
yang mereka abaikan dan al-Sabil
(jalan) yang mereka berdua menyimpang daripadanya. Akulah iman yang diingkari,
al-Qur’an yang ditinggalkan (hujira),
al-Din (agama) yang dibohongi dan sirat al-Mustaqim yang tidak mahu
dilalui.
Sekiranya mereka berdua berlumba-lumba
bagi mendapatkan habuan dunia dan
kilauannya yang sementara, maka mereka berdua akan berada di neraka
sejahat-jahat habuan, serugi-rugi delegasi, selaknat-laknat tempat kesudahan.
Mereka berdua melaung-laung laknat (yatasarakhaani
bi-l-La‘nati) dan penyesalan yang tidak berkesudahan. Tiada kerehatan bagi
mereka berdua daripada azab mereka berdua.
Sesungguhnya mereka (al-Qaum) masih menyembah dan memuja
berhala-berhala (inna al-Qaum lan yazaluu
‘ubbada al-Authan). Mereka mengerjakan manasik,
melakukan korban kepada berhala-berhala dengan berbagai-bagai cara sebagai
penghubung dan mengundi nasib dengan panah menentang Allah dengan sengaja.
Mereka jauh daripada petunjuk dan dikuasai syaitan serta ditutupi oleh
kehitaman jahiliyah. Mereka membesar di atas kejahilan dan berakhir dengan
kesesatan. Maka Allah telah mengeluarkan kami kepada mereka sebagai rahmat dan
kami melayani mereka dengan kasihan belas.
Dengan kamilah Dia menzahirkan cahaya
daripada hijab-hijab kepada mereka yang memanfaatkannya, menjadi suatu
kelebihan bagi orang yang mengikutinya, sebagai sokongan bagi orang yang
membenarkannya. Justeru dapatkan kemulian selepas kehinaan, banyak selepas
sedikit. Hati dan penglihatan mereka menjadi gerun. Penguasa-penguasa yang
kejam dan pengikut-pengikut mereka akan menunduk serta bertukar menjadi ahli
nikmat tersebut.
Kekeramatan yang senang, keamanan
selepas ketakutan dan persatuan selepas pertengkaran. Dengan kamilah
bersinarnya kemegahan Mu‘ad bin ‘Adnan, kami membentangkan kepada mereka pintu
petunjuk, kami memasukkan mereka Dar al-Salam. Kami pakaikan mereka dengan
pakaian keimanan, lalu mereka berjaya kerana kami di alam semesta. Terserlah
kesan-kesan kesalihan mereka pada masa Rasulullah s.a.w sebagai mujahid, pelaku
solat dan iktikaf yang zuhud.
Mereka menzahirkan sifat amanah dan
mengejar pahala sehingga apabila Allah menyeru Nabi-Nya s.a.w dan mengangkatnya
kepada-Nya, maka dengan sekelip mata sahaja mereka kembali ke belakang (kafir).
Lantas mereka menimbulkan ketegangan, menzahirkan beberapa kumpulan penentang,
merosakkan pintu dan meninggalkan rumah-rumah. Kemudian mereka mengubah
sunah-sunah Rasulullah s.a.w (ghayyaruu
aathar Rasulullah), membenci hukum-hukum-Nya. Mereka telah jauh daripada
cahaya-cahaya-Nya. Lalu mereka menukar penggantinya.
Mereka adalah golongan yang zalim.
Mereka menyangka bahawa golongan yang memilih keluarga Abu Qahafah itu adalah
lebih baik maqam mereka daripada maqam Rasulullah s.a.w dan daripada
orang yang telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w
sendiri ke maqamnya. Bagi
mereka seorang Muhajir daripada keluarga Abu Qahafah itu adalah lebih baik
daripada seorang Muhajir Ansar rabbani yang cerdik; Hasyim bin ‘Abd Manaf.
Sesungguhnya pembohongan penyaksian
pertama (awwal syahadah al-Zaur) telah berlaku di dalam Islam
adalah penyaksian mereka bahawa sahabat mereka adalah pengganti Rasulullah
s.a.w. Mengenai urusan Sa‘d bin ‘Ubadah, mereka tidakpun merujuk kepadanya,
malah mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah pergi dan beliau
s.a.w tidak melantik penggantinya (lam
yastakhlif). Lantaran itu, Rasulullah s.a.w yang baik dan sumber berkat itu
dijadikan bahan pembohongan pertama di dalam Islam. Hanya sedikit sahaja yang
memahami akibat apa yang diasaskan oleh golongan yang terdahulu.
Sekiranya mereka mempunyai pilihan
daripada kecuaian, dipanjangkan umur, dilapangkan dari berpaling ke belakang,
dapat mengurangkan tipu daya, berada di dalam keadaan yang tenang, mencapai
angan-angan, maka sudah tentu Allah telah menangguhkan Syidad bin ‘Ad, Thamud
bin ‘Abud dan Bal‘am bin Ba‘ur dengan mencucuri ke atas mereka nikmat zahir dan
batin, kurniakan kepada mereka harta dan pembangunan yang banyak.
Bumi akan mengeluarkan keberkatannya
supaya mereka mengingati nikmat Allah, mengenali kehebatan-Nya, dan bertaubat
kepada-Nya. Lantaran itu hendaklah mereka berhenti daripada keangkuhan. Apabila
masa mereka tiba, Allah akan mengambil mereka dengan berbagai-bagai cara. Di
kalangan mereka ada yang mati secara
tertimbus, suara teriakan, terbakar oleh bayang, gegaran dan ditelan
bumi sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ankabut (29):40 “Dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya
mereka tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri”
Sesungguhnya setiap ajal ditulis,
apabila sampai masanya, jika didedahkan kepada kamu apa yang akan berlaku
kepada golongan yang zalim dan kepada golongan yang paling rugi, nescaya kamu
lari kepada Allah a.w daripada perbuatan mereka. Sesungguhnya aku pada kamu,
wahai manusia, seperti Harun pada keluarga Fir‘aun, seperti pintu taubat pada
Bani Israel, seperti bahtera Nuh pada kaum Nuh. Sesungguhnya akulah al-Naba’ al-‘Azim (berita yang besar), al-Siddiq al-Akbar (orang yang paling
benar) Sedikit sahaja daripada kamu yang akan mengetahui apa yang dijanjikan.
Ia merupakan sesuap makanan yang dimakan (lu‘qati
al-Aakil), seteguk air yang diminum dan satu pukulan yang memeningkan.
Kemudian mereka diikuti dengan kehinaan di dunia dan pada hari akhirat akan
diazab. Allah tidak pernah lupa apa yang kamu perbuat.
Justeru apakah balasan orang yang
menentang hujah-Nya, menyalahi petunjuk-Nya, berpaling daripada cahaya-Nya,
terlibat di dalam kezaliman terhadapnya, menukarkan air dengan kilauan, nikmat
dengan azab, kemenangan dengan kecelakaan, kesenangan dengan kesusahan,
kelapangan dada dengan kesempitan. Semuanya sebagai balasan kepada kejahatan
perbuatan mereka. Justeru hendaklah mereka yakin dengan janji yang sebenar
sebagaimana dijanjikan. Firman-Nya di dalam Surah Qaaf (50):42 “(Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan
dengan sebenar-benarnya, itulah hari keluar (dari kubur). Sesungguhnya kami
menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada kamilah tempat kembali. .(Iaitu)
pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka dengan cepat. Yang demikian
itu adalah pengumpulan yang mudah bagi kami”
BAHAGIAN KEDUA
Khutbah Al-Talutiyyah Amir Al-Mukminin A.S,
Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka, Hadis Abu Abdullah
A.S Bersama Al-Mansur, Hadis Musa A.S, Wasiat Abu Abdullah A.S, Tujuh Orang
Bani Hasyim Dan Lain-Lain.
Khutbah Al-Talutiyyah Amir
Al-Mukminin A.S.
5. Muhammad bin Ali bin Mu‘ammar,
daripada Muhammad bin Ali berkata: Abdullah bin Ayyub al-Asy‘ari telah
memberitahu kami daripada ‘Umru al-Auzaa‘i daripada ‘Umar bin Syamar, daripada
Salmah bin Kuhail daripada Abu al-Haitham al-Tihan bahawa Amir al-Mukminin a.s
telah memberi khutbah di Madinah, berkata:
Segala puji bagi Allah Yang tiada tuhan
melainkan Dia. Dia telah hidup tanpa kaif
(bagaimana?), tiada bagi-Nya kaana
(telah berlalu) yang memberi implikasi kaifa,
aiana (di mana?), fi
syai’in (pada sesuatu) dan ‘ala
syai’in (di atas sesuatu) yang memberi implikasi tempat. Dia bukanlah Qawiyyu (Yang Kuat) selepas Dia
menjadikan sesuatu. Dia bukanlah lemah (dha‘iifan)
sebelum Dia menjadikan sesuatu. Dia bukanlah merasa takut sebelum Dia
menciptakan sesuatu. Dia tidak menyerupai sesuatu. Dia bukanlah sunyi daripada
kerajaan sebelum menjadi sesuatu. Dia tidak sunyi daripada sesuatu selepas
kehilangannya. Dia adalah Tuhan Yang Hidup tanpa hayat. Dia adalah Raja sebelum kewujudan rakyat dan Raja selepas
ketiadaan rakyat.
Tiada bagi Allah kaifa, aina dan had yang
boleh diketahui. Tiada sesuatu yang menyerupaiNya. Dia tidak menjadi tua kerana
kekekalan-Nya. Dia tidak menjadi lemah kerana ketakutan. Dia tidak takut
sebagaimana takutnya makhluk-Nya kepada sesuatu, tetapi Dia mendengar tanpa pendengaran (sam‘), melihat tanpa penglihatan (basar), kuat tanpa kekuatan daripada
makhluk-Nya. Penglihatan dan pendengaran
tiada mencapaiNya. Apabila Dia kehendaki sesuatu Dia tidak perlu
mesyuarat, demonstrasi dan pengalaman. Dia tidak bertanya kepada seseorang
mengenai sesuatu daripada makhluk-Nya apa yang Dia kehendaki.
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan
tetapi Dia mencapai penglihatan. Dia adalah halus dan pakar. Aku naik saksi
bahawa tiada tuhan melainkan Allah sahaja dan aku naik saksi bahawa Muhammad
adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama
yang benar untuk dimenangkan-Nya ke atas segala agama sekalipun dibenci oleh
musyrikun. Maka beliau s.a.w telah menyampaikan risalah dengan dalil yang
terang.
Wahai umat yang telah ditipu (khudi‘at), lalu tertipu (fa-inkhda‘at), dan mengetahui penipuan
orang yang menipunya (‘arafat khadi‘ata
man khada‘a-ha), lantas berkeras di atas apa yang diketahuinya dan mengikut
hawa nafsunya dengan angkuh. Kebenaran terserlah kepadanya, tetapi ia
menentangnya. Jalan yang terang diselewengkannya. Demi Yang memecahkan
biji-bijian dan menghidupkan jiwa,
sekiranya kamu mengambil ilmu daripada galiannya, meminum air daripada
kemanisannya, menyimpan kebaikan pada tempatnya, mengambil jalan yang terang
dan benar, nescaya kamu berjaya dan mendapat cahaya Islam.
Lantaran itu, kamu dapat makan dengan
mewah tanpa bebanan, dan tiada seorang muslim pun akan menzalimi kamu, begitu
juga orang yang membuat perjanjian dengan kamu. Tetapi kamu telah memilih jalan
kegelapan, lalu dunia menggelapkan kamu, menutup ke atas kamu pintu-pintu ilmu.
Justeru kamu bercakap menurut hawa nafsu dan berselisih faham mengenai agama
kamu. Lalu kamu memberi fatwa mengenai agama Allah tanpa ilmu. Kamu telah
mengikuti golongan yang sesat, lalu mereka menyesatkan kamu.
Kamu telah meninggalkan para imam, lalu mereka meninggalkan kamu (tarak-tum al-A’immah fa-tarakuu-kum).
Kemudian kamu mulai menghukum dengan hawa nafsu kamu. Apabila disebut sesuatu
perkara, maka kamu bertanya ahli al-Dhikr.
Dan apabila mereka memberi fatwa kepada kamu, maka kamu berkata itulah ilmu
yang sebenar. Bagaimana kamu telah meninggalkannya dan menyalahinya pula? !
Betapa sedikit apa yang kamu dapat daripada semua tanaman kamu dan kamu akan
mendapatinya tidak menepati sasaran (wakhim)
apa yang kamu lakukan.
Demi Yang memecahkan biji-bijian dan
menghidupkan jiwa, sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa akulah sahabat
kamu (khalifah) yang diperintahkan ke atas kamu. Sesungguhnya akulah orang yang
alim kamu dan dengan ilmunya (ilmuku) akan membawa kejayaan kepada kamu. Akulah wasi nabi kamu
dan orang pilihan Tuhan kamu. Lisan cahaya kamu dan orang yang alim mengenai
kepentingan kamu.
Sedikit demi sedikit akan turun ke atas
kamu apa yang dijanjikan dan apa yang telah diturunkan ke atas umat-umat yang
terdahulu sebelum kamu. Allah akan bertanya kepada kamu mengenai para imam
kamu, bersama-sama mereka kamu akan dihimpunkan dan kepada Allah nanti kamu
akan pergi. Demi Allah sekiranya aku mempunyai bilangan para sahabat Talut atau
bilangan ahli Badr, mereka seramai bilangan kamu, nescaya aku akan memukul kamu
dengan pedang sehingga kamu cenderung kepada kebenaran dan menyahutinya. Itu
adalah lebih baik, wahai Tuhanku, hukumlah di antara kami dengan kebenaran dan
Engkau adalah sebaik-baik hakim.
Kemudian beliau a.s keluar daripada
masjid dan melihat tiga puluh ekor biri-biri, lalu beliau berkata: Demi Allah
sekiranya aku mempunyai lelaki yang ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya seramai
bilangan biri-biri ini, nescaya aku memecat anak lelaki [19]kepada
perempuan[20]
pemakan lalat daripada kekuasaannya. (la-azal-tu
ibna aakilati al-Dhubaan ‘an mulki-hi).
Beliau berkata: Apabila tiba waktu
petang, tiga ratus enam puluh lelaki telah memberi baiah kepadanya di atas
dasar kematian (‘ala al-Maut). Amir
al-Mukminin a.s berkata : Mereka tidak menepati janji mereka supaya bercukur
kepala (muhalliqan ) melainkan Abu
Dhar, al-Miqdad, Huzaifah bin al-Yaman dan ‘Ammar bin Yasir. Salman adalah yang
paling akhir datang di kalangan mereka.
Kemudian beliau a.s mengangkat tangannya
ke langit dan berkata: Sesungguhnya mereka telah menentang aku sebagaimana Bani
Israel menentang Harun. Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang
kami sembunyi dan apa yang kami luahkan, tiada sesuatupun di bumi dan di langit
tersembunyi daripada Engkau. Matikanlah aku sebagai seorang muslim dan
kaitkanlah aku dengan orang-rang yang soleh.
Beliau a.s berkata: Sekiranya tiada
perjanjian yang dijanjikan oleh Nabi al-Ummiyyi
kepadaku, nescaya aku menyerang golongan yang menentang aku. Aku akan kirimkan
kepada mereka petir maut, tetapi sedikit sahaja yang mengetahui.
Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka.
6. Beberapa orang di kalangan sahabat
kami, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya
berkata: Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Abu Basir datang.
Beliau kelihatan resah dengan nafas yang tinggi. Apabila beliau duduk, maka Abu
Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, apakah keresahan ini? Maka
beliau berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, wahai anak lelaki Rasulullah,
umurku telah tua, tulangku menjadi reput dan ajalku semakin hampir, tetapi aku
masih tidak mengetahui mengenai apa yang akan berlaku kepadaku di akhirat
kelak.
Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu
Muhammad, anda yang berkata sedemikian? Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku
tebusan anda, kenapa aku tidak boleh berkata sedemikian? Maka beliau a.s
berkata: Tidakkah
anda mengetahui bahawa Allah memuliakan pemuda-pemuda (al-Syabaab) daripada kamu dan malu kepada golongan tua (al-Kuhul)?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan
pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada golongan tua?
Beliau a.s. berkata: Dia memuliakan
pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa mereka dan Dia malu
kepada golongan tua daripada kamu supaya Dia tidak menghisabkan mereka. Abu
Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, adakah ini khusus untuk kita
atau untuk semua ahli tauhid? Beliau a.s berkata: Tidak, demi Tuhan ia khusus
untuk kamu dan bukan untuk orang lain. Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku
tebusan anda, sesungguhnya kami telah melakukan perkara yang buruk, belakang
kami telah pecah, hati kami telah mati, penguasa-penguasa telah menghalalkan
darah kami di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh para ulama mereka[21].
Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah? Abu Basir berkata: Ya. Beliau a.s. berkata:
Bukan mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah
menamakan kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui, wahai Abu
Muhammad, bahawa bersama Fir‘aun adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel
yang beragama dengan agamanya. Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir‘aun
dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhuu
(menolak) Fir‘aun.
Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam
kem Musa dan dikenali sebagai orang yang
kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir‘aun. Maka Allah telah
mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat.
Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama
ini sehingga Dia menamakan kamu
dengannya. Wahai Abu Muhammad, mereka telah menolak kebaikan dan kamu menolak
kejahatan. Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan Syi‘ah, tetapi
kamu telah menjadi Syi‘ah Ahlu l-Bait Nabi kamu. Maka kamu telah berpegang
kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah
dipilihkan oleh Allah. Maka bergembiralah dan berikan khabar gembira ini kepada
mereka.
Kamu, demi Tuhan, dirahmati, diterima kebaikan
kamu, diampuni kejahatan kamu. Siapa yang tidak berjumpa dengan Allah seperti
kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan baiknya dan tidak memaafkan kejahatannya. Adakah aku
telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
meluruhkan dosa-dosa daripada belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan
daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah
al-Syura (42):5 “Para malaikat
bertasbih dan memuji Tuhan mereka dan
memohon ampun bagi golongan yang ada di bumi” Istighfaruu-hum. Permohonan ampun oleh para malaikat adalah untuk
kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah menggembirakan kamu, wahai Abu
Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di
dalam Kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 “Di
antara golongan mukmin itu ada golongan yang menepati apa yang mereka janjikan
kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur,dan di antara mereka ada
yang menunggu-nunggu,dan mereka sedikit pun tidak mengubah(janjinya)”
Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan
selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqa-kum) mengenai wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan
orang selain daripada kami. Jika kamu tidak berbuat sedemikian, nescaya Allah
akan menghina kamu sebagaimana Dia telah menghina orang lain selain daripada
kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-A‘raaf (7):102 “Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya
kami mendapati kebanyakan mereka golongan yang fasiq”. Adakah aku telah
menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di
dalam Kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 “Teman-teman
akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain
kecuali golongan yang bertakwa” Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh
selain daripada kami dan Syi‘ah kami. Allah tidak maksudkan dengan al-Muttaqiin selain daripada kami dan
selain daripada Syi‘ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu
Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beliau a.s berkata:
Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di dalam satu ayat di
dalam Kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 “Adakah
sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya
orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Adakah aku telah
menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu
Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku.
Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, demi Tuhan, Dia tidak mengecualikan
seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada Amir
al-Mukminin a.s, dan Syi‘ahnya. Allah
berfirman di dalam Surah al-Dukhaan (44)
:41-2 “Iaitu hari seorang karib tidak
dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak akan dapat
pertolongan, kecuali golongan yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya
Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”
Demi
Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan “rahmat”
selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan Syi‘ahnya. Adakah aku telah
menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu
Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku.
Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya,
maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia berfirman dalam Surah
al-Zumar (39):53 “Wahai hamba-hamba-Ku
yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya” Demi Tuhan, Dia tidak maksudkannya selain daripada kamu. Adakah
aku telah mengembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?
Abu
Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku.
Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut dan melindungi kamu daripada syaitan yang dilaknati di dalam
Kitab-Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah al-Israa’(17): 65 “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada
kekuasaan bagimu terhadap mereka”
Demi
Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kita dan selain daripada Syi‘ah kita
(ma‘anna ghaira-na wa ghaira syi‘ati-na).
Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu
Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau
a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah
al-Nisa’ (4): 69 “Dan sesiapa yang
mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan golongan yang dianugerahi nikmat oleh
Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang mati syahid dan golongan
soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”
Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin
dan al-Syuhada’, dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al-Salihin sebagaimana Allah telah menamakan
kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah aku telah
menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah
menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Sad (38):62 “Dan (golongan derhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat golongan
yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan jahat” Kamu
yang akan dicari di neraka berada di syurga, demi Tuhan, kamu dihormati. Adakah
aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan
anda, tambahkan lagi untuk aku, beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, tiada
satu ayatpun yang membawa kepada syurga dan menyebut ahlinya dengan kebaikan
melainkan ia adalah untuk kita dan Syi‘ah kita. Tiada satu ayatpun yang
menyebut ahlinya dengan kejahatan dan membawanya ke neraka melainkan ia adalah
untuk musuh kita (hiya fi ‘aduwwi-na)
dan orang yang menyalahi kita (man
khaalafa-na). Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?
Abu
Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, Abu
Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, bukan di atas millah (agama) Ibrahim selain daripada kita dan Syi‘ah kita,
sementara orang lain terlepas daripadanya. Wahai Abu Muhammad, adakah aku telah
menggembirakan anda? Di dalam riwayat yang lain, Abu Basir berkata: Cukuplah.
Hadis
Abu Abdullah A.S Bersama Al-Mansur Sewaktu Pembarisannya.
7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada sebahagian
sahabatnya dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada Ibn Abi ‘Umair,
daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Hamraan berkata: Abu Abdullah a.s
berkata bahawa mereka telah menyebut di sisinya mengenai kejahatan Syi‘ah di
sisi mereka, lalu beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku telah berjalan
bersama-sama Abu Ja‘far al-Mansur[22]
yang berada di atas kuda di dalam pembarisannya. Di hadapan dan di belakangnya
beberapa ekor kuda sedangkan aku berada di atas seekor keldai di sampingnya.
Al-Mansur berkata kepadaku: Wahai Abu Abdullah, sepatutnya anda
bergembira dengan kekuatan yang dikurniakan Allah kepada kita dan memberikan
kita kemuliaan, tetapi janganlah anda memberitahu orang ramai bahawa anda dan
keluarga anda (ahli baiti-ka) adalah
lebih berhak daripada kami, nanti anda menentang kami melalui mereka. Abu
Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mengangkat perkara ini kepada anda
daripadaku, maka dia berbohong. Al-Mansur berkata kepadaku : Adakah anda mahu
bersumpah apa yang anda katakan?
Abu
Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah sahirah[23];
mereka suka merosakkan hati anda terhadapku. Kami lebih berhajat kepada anda
daripada anda berhajat kepada kami, lalu beliau berkata kepadaku: Adakah anda
teringat pada suatu hari aku telah bertanya kepada anda adakah kita mempunyai
raja? Anda berkata: Ya, perkara itu sudah lama, ia adalah panjang dan lebar.
Kamu sentiasa menangguhkan urusan kamu dan kelapangan dunia kamu sehingga kamu
mengenakan darah haram daripada kami pada bulan Ramadhan di negeri Haram.
Justeru aku mengetahui bahawa beliau telah menghafaz hadis, maka aku berkata:
Mudah-mudahan Allah a.w mencukupkan anda dan aku bukan menentukan anda dengan
perkara ini. Sesungguhnya ia adalah hadis yang anda riwayatkan.
Mudah-mudahan orang lain daripada keluarga anda akan melaksanakannya.
Lantas beliau terdiam. Apabila aku pulang ke rumahku, beberapa pengikut aku
datang kepadaku, berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, demi Allah, aku
telah melihat anda sewaktu pembarisan Al-Mansur. Anda berada di atas keldai dan
beliau berada di atas kuda. Beliau telah memuliakan anda dengan bercakap-cakap
dengan anda seolah-olah anda di bawahnya. Aku berkata: Di antara aku dan diri
aku, ini adalah hujah Allah di atas makhluk-Nya dan sihib al-Amr (imam) yang diikuti. Dan yang seorang lagi, pelaku
kezaliman, membunuh anak-anak nabi, mengalirkan darah di bumi dengan cara yang
dibenci oleh Allah sedangkan beliau di dalam pembarisannya.
Ketika anda berada di atas seekor
keldai, aku didatangi oleh perasaan syak sehingga aku takut di atas agamaku dan
diriku. Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya anda melihat para malaikat di
sekeliling aku, di hadapan, di belakang, di kanan dan di kiriku, nescaya anda
memperkecilkan al-Mansur dan memperkecilkan kudanya. Maka beliau berkata:
Sekarang hatiku menjadi tenang (sakana
qalbi).
Beliau a.s berkata: Bilakah mereka akan berhenti rehat? Aku berkata:
Tidakkah anda mengetahui bahawa setiap sesuatu ada masanya. Beliau a.s berkata:
Ya, maka aku berkata: Adakah ilmu anda memanfaatkan anda bahawa perkara ini
apabila ia datang, maka ia adalah lebih cepat daripada kelipan mata?
Sesungguhnya jika anda mengetahui keadaan mereka di sisi Allah, maka anda akan
lebih memarahi mereka. Sekiranya anda bekerja keras atau seluruh ahli bumi
bekerja keras untuk memasukkan mereka (ke neraka) sejajar dengan dosa mereka,
nescaya mereka tidak mampu. Lantaran itu, syaitan tidak akan menggoda anda
kerana kemuliaan adalah untuk Allah, Rasul-Nya dan mukminin, tetapi munafikin
tidak mengetahui.
Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang menanti urusan kita, bersabar di atas kesakitan dan ketakutan,
maka dia nantinya di dalam kumpulan kita (fi
zumrati-naa). Apabila anda melihat kebenaran telah mati, ahlinya tiada lagi
dan anda melihat kezaliman meliputi seluruh negara, anda melihat al-Qur’an
telah diselewengkan, berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku mengikut hawa
nafsu. Anda melihat agama tidak berfungsi lagi, anda melihat ahli kebatilan
menguasai ahli kebenaran, anda melihat kejahatan secara terang-terangan tanpa
larangan dan pelakunya dimaafkan.
Anda
melihat kefasiqan terserlah; lelaki memadai dengan lelaki dan perempuan dengan
perempuan, anda melihat mukmin berdiam diri, kata-katanya tidak diterima, anda
melihat orang yang fasiq tidak dimengenai pembohongannya, anda melihat orang
muda memperkecilkan orang tua, anda melihat pertalian silaturahim terputus,
anda melihat orang yang dipuji kerana kefasiqannya, tetapi kata-katanya tidak
ditolak, anda melihat hamba lelaki (ghulam)
melakukan apa yang dilakukan oleh perempuan.
Anda
melihat perempuan mengahwini perempuan, anda melihat pujian menjadi banyak,
anda melihat lelaki membelanjakan hartanya bukan kerana ketaatan kepada Allah,
tidak dilarang, anda melihat pemerhati (al-Nazir)
berlindung dengan Allah apabila dia melihat kesungguhan mukmin menentang
perkara tersebut. Anda melihat jiran menyakiti jirannya, tanpa penentangan,
anda melihat orang kafir bergembira apabila dia melihat apa yang berlaku ke
atas mukmin, berpesta apabila dia melihat kerosakan di bumi. Anda melihat khamr diminum secara terang-terangan dan
ia dapat mengumpulkan golongan yang tidak takutkan Allah a.w.
Anda
melihat perkara yang baik (ma‘ruf)
menjadi hina, anda melihat orang fasiq melakukan apa yang tidak dicintai Allah
dan dipuji. Anda melihat Ashaab al-Aayaat (para imam a.s) dihina dan golongan
yang mencintai mereka juga dihina. Anda melihat jalan kebaikan terputus, dan
jalan kejahatan dilalui. Anda melihat Baitullah diperintahkan supaya
ditinggalkan. Anda melihat lelaki
berkata apa yang dia tidak melakukannya. Anda melihat lelaki menggemukkan diri
mereka untuk lelaki dan perempuan pula untuk perempuan.
Anda
melihat hasil pendapatan lelaki daripada duburnya dan pendapatan perempuan
daripada farajnya. Anda melihat perempuan menghadiri majlis sebagaimana
dihadiri oleh lelaki. Anda melihat sifat kewanitaan pada anak-anak lelaki Abbas
terserlah. Mereka menzahirkan inai dan menyikat rambut sebagaimana seorang
isteri melakukannya kepada suaminya. Mereka memberi harta kepada lelaki kerana
faraj mereka.
Orang
yang mempunyai harta adalah lebih mulia daripada mukmin. Riba adalah terserlah
tanpa malu lagi. Zina adalah menjadi kemegahan wanita. Isteri menggalakkan
suaminya supaya mengahwini lelaki. Anda melihat kebanyakan orang ramai dan
sebaik-baik perkara adalah orang yang menolong perempuan kerana kefasiqan
mereka. Anda melihat mukmin dukacita, hina dan diperkecil-kecilkan. Anda
melihat bid‘ah dan zina terserlah. Anda melihat orang ramai berpegang kepada
penyaksian palsu. Anda melihat perkara yang haram dihalalkan dan perkara yang
halal diharamkan.
Anda
melihat agama dengan pendapat (al-Ra’yi).
Kitab dan hukumnya ditangguhkan. Anda melihat di waktu malam tanpa sembunyi
melakukan kemaksiatan kepada Allah. Anda melihat seorang mukmin tidak mampu
menentangnya melainkan dengan hatinya. Anda melihat betapa banyaknya harta
dibelanjakan di dalam kemurkaan Allah a.w. Anda melihat penguasa-penguasa
mendekatkan diri mereka dengan golongan kafir dan menjauhi golongan yang baik.
Anda
melihat penguasa-penguasa menerima rasuah di dalam pemerintahan, dan anda
melihat wilayah boleh ditambahkan. Memadai dinikahkan perempuan-perempuan yang
mempunyai pertalian kerabat sahaja. Anda melihat seorang lelaki dibunuh
semata-mata kerana tuduhan dan sangkaan. Anda melihat lelaki malu untuk
menyetubuhi perempuan dan anda melihat lelaki memakan hasil pelacuran
isterinya. Anda melihat isteri memaksa suaminya dan melakukan apa yang suaminya
tidak gemari dan membelanjakan harta suaminya.
Anda
melihat lelaki menjadikan isteri dan hamba perempuannya sebagai buruh dan
meredai dengan makanan dan minuman yang sedikit. Anda melihat iman kepada Allah
adalah banyak, tetapi ia dilakukan secara pembohongan. Anda melihat perjudian
terserlah.
Anda
melihat khamr dijual secara
terang-terangan tanpa halangan. Anda melihat wanita mengorbankan diri mereka
kepada golongan kafir. Anda melihat tempat-tempat hiburan terserlah, tiada seorang
pun berani melarang orang lain dari mendekatinya. Anda melihat orang yang mulia
dihina oleh orang yang takutkan penguasa. Anda melihat orang yang paling hampir
dengan penguasa-penguasa adalah orang yang dipuji kerana mencaci kami Ahlu
l-Bait (man yumtadahu bi-syamti-na ahli
l-Bait).
Anda
melihat orang yang mencintai kami dibohongi (yuzawwar) dan tidak diterima penyaksiannya. Anda melihat
pembohongan ditingkatkan bagi menentangnya. Anda melihat al-Qur’an telah
menjadi keberatan kepada orang ramai mendengarnya, orang ramai lebih senang
mendengar kebatilan. Anda melihat jiran menghormati jirannya kerana takutkan
lidahnya. Anda melihat hukum hudud ditangguhkan dan dilakukan mengikut hawa
nafsu. Anda melihat masjid dihiasi.
Anda
melihat orang yang paling benar di sisi orang ramai adalah pembohong yang
licik. Anda melihat kejahatan terserlah dan cacian dilakukan. Anda melihat
kezaliman tersebar. Anda melihat umpatan digalakkan. Anda melihat amalan haji
dan jihad bukan kerana Allah. Anda melihat kuasa mukmin dihina oleh orang
kafir. Anda melihat kerosakan digantikan dengan pembangunan. Anda melihat
pendapatan lelaki daripada penipuan timbangan. Anda melihat pengaliran darah
dipandang ringan. Anda melihat lelaki mengejar pangkat kerana dunia dan memasyhurkan
dirinya dengan kejahatan lidahnya bagi menjaga dirinya.
Anda
melihat solat dipandang ringan. Anda melihat lelaki di sisinya harta yang
banyak, tetapi tidak pernah mengeluarkan zakat hartanya. Anda melihat mayat
dicuri dari kuburnya dan dijual kain kapannya. Anda melihat hasutan semakin
banyak. Anda melihat lelaki menjadi mabuk tanpa mempedulikan orang ramai. Anda
melihat binatang-binatang ternakan disetubuhi. Anda melihat lelaki keluar surau
dan kembali tanpa pakaian di atasnya.
Anda
melihat hati manusia telah menjadi keras dan mata mereka menjadi keras, dan
sukar menasihati mereka. Anda melihat riba terserlah dan berlumba-lumba
dengannya. Anda melihat orang yang mengerjakan solat supaya dia dilihat oleh
orang ramai. Anda melihat seorang fakih berkhidmat bukan kerana agama, mengejar
dunia dan pangkat. Anda melihat orang ramai bersama orang yang menang. Anda
melihat orang yang mencari rezeki yang halal dihina dan orang yang mencari
rezeki yang haram dipuji dan diperbesar-besarkan.
Anda
melihat al-Haramain dilakukan pada kedua-duanya
perkara yang dibenci oleh Allah, tiada yang menghalangnya daripada
amalan yang buruk. Anda melihat piano secara terang-terangan di al-Haramain.
Anda melihat lelaki bercakap sesuatu kebenaran, menyuruh melakukan kebaikan dan
melarang daripada kemungkaran, lalu seorang akan menasihatinya pada dirinya dan
berkata: Ini adalah perkara yang tidak benar.
Anda
melihat orang ramai melihat di antara satu sama lain, lalu mengikut ahli
kejahatan. Anda melihat jalan kebaikan sunyi tanpa dilalui orang. Anda melihat
mayat digerakkan, tetapi seorang pun tidak merasa takut dengannya. Anda melihat
setiap tahun meningkatnya kejahatan dan bid‘ah. Anda melihat orang ramai hanya
mengikut golongan kaya. Anda melihat orang yang berhajat diberi sesuatu
kepadanya dengan ketawa dan dilakukan bukan kerana Allah.
Anda
melihat ayat-ayat di langit[24]
tidak ditakuti oleh seorang pun. Anda melihat orang ramai bersekedudukan
sebagaimana binatang-binatang. Tiada yang melarangnya kerana takut. Anda
melihat lelaki membelanjakan banyak harta pada bukan ketaatan kepada Allah dan
menghalang harta yang sedikit kerana ketaatan kepada Allah. Anda melihat
penderhakaan kepada kedua-dua ibu bapa terserlah, tidak melayani ibu bapa
sehingga kedua-duanya menjadi orang yang paling buruk di sisi anaknya. Malah
anaknya bergembira jika berbohong kepada mereka berdua.
Anda
melihat wanita-wanita menguasai semua perkara menurut hawa nafsu mereka. Anda
melihat anak lelaki menipu bapanya,
menentangnya dan bergembira dengan kematian ibu bapanya. Anda melihat
lelaki apabila berlalu hari tanpa melakukan dosa besar; pengurangan timbangan,
meminum minuman yang memabukkan, dia akan berdukacita di atas kehilangan hari
tersebut. Anda melihat penguasa memonopoli makanan, anda melihat khamr digunakan di dalam perubatan. Anda
melihat orang ramai sama sahaja di dalam meninggalkan makruf dan melarang
kemungkaran..
Anda
melihat pengaruh munafikin terserlah dan pengaruh ahli kebenaran menurun. Anda
melihat azan dibayar dan solat dibayar. Anda melihat masjid-masjid
dipinggirkan, hanya didatangi oleh mereka yang tidak takutkan Allah bagi tujuan
mengumpat dan memakan daging-daging ahli kebenaran. Mereka bercakap-cakap
mengenai minuman yang memabukkan. Anda melihat orang yang mabuk mengerjakan
solat bersama orang ramai. Apabila dia mabuk, maka dia dihormati dan dilayani,
tanpa diberi balasan kerana kemabukannya.
Anda
melihat orang yang memakan harta anak yatim dipuji kerana kebaikannya. Anda
melihat para kadi memberi hukuman menyalahi hukum Allah. Anda melihat
penguasa-penguasa mempercayai pengkhianat kerana ketamakan. Anda melihat harta
pusaka diperuntukkan oleh penguasa-penguasa untuk ahli fasiq dan orang berani
menentang Allah. Mereka mengambil apa yang mereka mahu dan meninggalkan apa
yang mereka tidak mahu. Anda melihat mimbar-mimbar masjid diperintahkan supaya
bertakwa, tetapi orang yang berkata tidak beramal dengan apa yang dikatakannya.
Anda
melihat solat dipandang ringan. Anda melihat sedekah diberikan bukan kerana
Allah. Ia diberikan di atas permintaan. Anda melihat orang ramai mementingkan
perut dan kemaluan, mereka tidak peduli apa yang mereka makan dan apa yang
mereka kahwini. Anda melihat dunia mendatangi mereka dan anda melihat bendera-bendera
kebenaran diturunkan. Justeru berhati-hatilah dan pohonlah kejayaan kepada
Allah.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia di dalam kemurkaan Allah, tetapi
Dia menangguhkannya [azab] kerana sebab-sebab tertentu. Lantaran itu,
berwaspadalah supaya Allah melihat anda menyalahi perbuatan mereka jika Dia
menurunkan azab kepada mereka. Jika anda berada di kalangan mereka, maka anda
bersegera kepada rahmat Tuhan. Jika anda terlewat, mereka diuji. Sedangkan anda
telah keluar daripada keadaan mereka yang berani menentang Allah. Ketahuilah
bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala mereka yang melakukan
kebaikan dan sesungguhnya rahmat Allah adalah hampir kepada mereka yang membuat
baik.
Hadis
Musa A.S.
8.
Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ‘Umru bin ‘Uthman, daripada Ali bin
Isa secara marfuu’ berkata:
Sesungguhnya Musa a.s telah dimunajatkan oleh Allah t.w, lalu Dia berfirman
kepadanya: Wahai Musa, janganlah kamu berangan-angan panjang umur di dunia, maka ia akan mengeraskan
hati kamu dan orang keras hatinya adalah jauh daripada-Ku.
Wahai
Musa, jadilah kegembiraan kamu pada-Ku, kerana kegembiraan-Ku adalah ketika Aku
ditaati, maka Aku tidak akan diderhakai. Matikan hati kamu dengan ketakutan. Sembunyikan
pakaian kamu yang sederhana dengan hati yang baru daripada penghuni bumi,
meskipun kamu dikenali oleh penghuni langit. Hiasilah rumah-rumah dengan
lampu-lampu malam dan berdoalah kepada Aku sebagai doa golongan yang sabar.
Meraunglah kepada Aku kerana dosa kamu yang banyak seperti raungan orang
berdosa yang lari daripada musuhnya. Pohonlah pertolongan kepada Aku, kerana
Aku adalah sebaik-baik penolong.
Wahai
Musa, sesungguhnya Aku adalah Tuhan kepada hamba-hamba-Ku, hamba-hamba-Ku
adalah di bawah-Ku dan kepada-Ku mereka kembali. Janganlah kamu memberi amanah
kepada anak lelaki kamu melainkan ia seperti kamu mencintai para salihin.
Wahai
Musa, basuh dan mandilah serta hampirilah para salihin. Wahai Musa, jadilah kamu imam mereka di dalam solat dan
imam di dalam pertengkaran mereka. Hukumlah di antara mereka menurut apa yang
Aku telah turunkan kepada kamu. Sesungguhnya Aku telah menurunkan kepada kamu
hukum yang terang, hujah yang pemutus dan cahaya yang bercakap pada mereka yang
terdahulu dan terkemudian.
Aku
berwasiat kepada kamu, wahai Musa, dengan wasiat yang penuh kasihan belas dan
dengan Isa bin Maryam, pemilik keldai betina, pemilik jubah, minyak zaitun,
mihrab dan selepasnya pemilik unta betina merah, baik dan bersih. Umpamanya di
dalam Kitab kamu seperti mukmin yang menguasai Kitab kesemuanya, rukuk, sujud,
pengasih, dan warak. Saudara-saudaranya adalah golongan miskin dan
penolong-penolongnya adalah kaum yang lain. Pada zamannya akan berlaku gempa
bumi dan pembunuhan, harta yang sedikit, namanya Ahmad, Muhammad al-Amin
daripada golongan awal yang sedikit.
Dia
beriman dengan semua kitab, membenar semua para rasul dan para nabi. Umatnya
dirahmati dan mendapat berkat selama mereka berada di dalam agama yang sebenar.
Mereka mempunyai waktu tertentu untuk
mengerjakan solat sebagai tugasan seorang hamba kepada Tuhannya. Justeru kamu
ikutilah dia, kerana dia adalah saudara kamu.
Wahai
Musa, sesungguhnya dia adalah seorang ummiyyu hamba yang benar dan
diberkati sebagaimana ia di dalam ilmu-Ku dan demikianlah Aku telah
menciptakannya. Dengannya Aku membuka hari Kiamat dan dengan umatnya Aku
menamatkan segala anak kunci dunia. Lantaran itu, hadapilah kezaliman Bani
Israel supaya mereka tidak memadamkan namanya dan menghinanya, tetapi mereka
akan melakukannya. Cinta-Ku kepadanya adalah suatu kebaikan. Lantaran itu, Aku
bersamanya dan Aku daripada partinya. Dia adalah daripada parti Aku dan parti
mereka akan menang.
Maka
sempurnalah sudah kalimat-Ku bahawa Aku akan menzahirkan agamanya di atas
segala agama. Aku akan disembah pada setiap tempat. Aku akan menurunkan
kepadanya al-Qur’an (al-Furqan) sebagai penyembuh kepada apa yang ada di dada
daripada kekotoran syaitan. Justeru berselawatlah ke atasnya, kerana Aku
sendiri berselawat ke atasnya begitu juga para malaikat-Ku.
Wahai
Musa, engkau adalah hamba-Ku dan Aku adalah Tuhan engkau. Janganlah engkau
menghina orang yang hina dan miskin. Janganlah engkau menggembirakan orang yang
kaya dengan suatu pemberian yang menyenangkan. Jadilah engkau seorang yang
khusyuk ketika mengingati Aku dan ketika membaca Taurat sebagai seorang yang
tamak kepada nikmat-Ku. Bacalah kepada Aku kelazatan Taurat dengan suara yang
khusyuk dan dukacita. Ketenangan ketika mengingatiKu. Sembahlah Aku dan
janganlah melakukan syirik kepada-Ku, sesungguhnya Aku adalah Tuan Yang Besar (al-sayyid al-Kabir).
Sesungguhnya Aku telah menjadikan engkau daripada air mani yang hina,
daripada campuran tanah yang hina. Kemudian ia menjadi seorang manusia. Maka
Akulah yang membuatnya (saani‘u-hu).
Maha Suci zat-Ku dan Maha Suci pembuatan-Ku. Tiada sesuatu yang menyerupai-Ku
dan Aku sentiasa hidup tanpa kematian.
Wahai
Musa, jadilah engkau jika berdoa kepada-Ku, seorang yang takut dan lemah,
tutuplah muka engkau untuk-Ku dengan tanah (‘affir
wajha-ka) dan sujudlah kepada-Ku
dengan kemuliaan badan engkau. Berdoalah kepada-Ku di dalam keadaan berdiri.
Bermunajatlah kepada-Ku dengan perasaan takut daripada hati yang lemah. Amallah
Taurat-Ku pada masa hidup engkau, memberitahu kepada golongan yang jahil yang
memuji-Ku dan memberi ingat kepada mereka mengenai nikmat-Ku. Katakan kepada
mereka supaya mereka tidak melampaui batas kerana azab-Ku adalah pedih.
Wahai
Musa, apabila tali anda terputus daripada-Ku, maka ia tidak akan bersambung
dengan tali lain selain daripada-Ku. Justeru sembahlah Aku dan berdirilah di
hadapan-Ku sebagai seorang hamba yang hina dan miskin. Cacilah diri engkau,
kerana ia adalah lebih layak dengan celaan dan janganlah engkau memanjangkan
Kitab-Ku kepada Bani Israel. Lantaran itu, cukuplah dengan ini sebagai
penasihat dan pencerahan kepada hati engkau. Ia adalah firman Tuhan alam
semesta.
Wahai
Musa, apabila engkau menyeru kepada-Ku dan mengharapkan Aku, maka Aku akan
mengampuni engkau di atas apa yang berlaku daripada engkau. Langit bertasbih
kepada-Ku dengan rendah diri dan para malaikat kerana takutkan Aku mereka
berkhidmat. Bumi bertasbih kepada-Ku kerana tamak. Malah semua makhluk
bertasbih kepada-Ku. Kemudian hendaklah engkau mengerjakan solat, kerana solat
adalah daripada-Ku dan ia mengandungi janji-Ku. Di antara janji-Ku adalah
zakat, korban daripada harta yang baik, kerana Aku tidak akan menerimanya
melainkan yang baik dan semata-mata kerana-Ku.
Sertailah bersamanya [solat) akan silaturahim,
kerana Aku adalah Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku telah
menciptakannya daripada rahmat-Ku supaya hamba-hamba-Ku berkasih sayang.
Bagi-Ku kuasa mengenainya di akhirat. Aku memutus sesiapa yang memutus
silaturahim dan menyambung sesiapa yang menyambungkannya. Demikianlah Aku
lakukan kepada orang yang mensia-siakan urusan-Ku.
Wahai
Musa, hormatilah peminta sedekah apabila dia mendatangi engkau dengan penolakan
yang baik atau pemberian yang sedikit, kerana engkau akan didatangi oleh orang
yang bukan jin dan bukan manusia. Malaikat Tuhan yang menguji engkau bagaimana
engkau menangani apa yang sewajarnya atau bagaimana pengorbanan engkau?
Justeru khusyuklah kepada-Ku dengan membaca al-Kitab dan ketahuilah
bahawa Aku menyeru engkau dengan seruan Pemilik akan hamba-Nya dengan tujuan
menyampaikan kemuliaan kedudukannya. Itu adalah antara kelebihan Aku kepada
engkau dan bapa-bapa engkau yang terdahulu.
Wahai
Musa, janganlah engkau melupai Aku pada setiap masa. Janganlah engkau
bergembira dengan harta yang banyak, kerana melupai Aku akan mengeraskan hati
dan memiliki harta yang banyak akan membanyakkan dosa. Bumi mentaati-Ku, langit
mentaati-Ku dan laut mentaati-Ku. Lantaran itu, derhaka kepada-Ku adalah
kecelakaan daripada jin dan manusia. Aku Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Pemurah pada setiap zaman, Aku mendatangi kesusahan selepas kesenangan dan
kesenangan selepas kesusahan, raja-raja selepas raja-raja. Kerajaan-Ku adalah
selama-lamanya tanpa hilang. Tiada suatu pun yang terlindung daripada-Ku baik
di bumi mahupun di langit. Bagaimana ia tersembunyi daripada-Ku sedangkan
Akulah yang melakukannya dan bagaimana hemah atau cita-cita engkau selain
daripada apa yang ada di sisi-Ku dan kepada Aku engkau pasti akan kembali.
Wahai
Musa, jadilah Aku sebagai pelindung engkau. Letakkanlah simpanan engkau yang
baik. Takutlah kepada-Ku dan janganlah engkau takutkan kepada selain
daripada-Ku dan kepada-Ku engkau kembali. Wahai Musa, kasihanilah orang yang
lebih rendah daripada engkau dan janganlah engkau hasad kepada orang yang
melebihi engkau, kerana hasad akan memakan kebaikan seumpama api memakan kayu.
Wahai
Musa, sesungguhnya dua orang anak lelaki Adam telah melakukan tawaduk di dalam
satu kedudukan bagi mencapai kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, lalu kedua-duanya
telah melakukan pengorbanan, maka Aku tidak menerimanya melainkan daripada
golongan yang bertakwa. Maka keadaan mereka berdua Aku telah mengetahuinya,
maka bagaimana engkau percaya kepada sahabat selepas saudara lelaki dan wazir
(pembantu) anda (Harun)?
Wahai
Musa, tinggalkan kemegahan dan keangkuhan. Ingatlah bahawa engkau adalah
penghuni kubur. Justeru ia akan menghalang engkau daripada syahwat. Wahai Musa,
bersegeralah bertaubat dan akhirilah dosa. Berwaspadalah di hadapan-Ku di dalam
solat dan janganlah engkau mengharapkan selain daripada-Ku. Ambillah Aku
sebagai perisai di dalam kesusahan dan benteng di dalam segala perkara.
Wahai
Musa, bagaimana makhluk akan khusyuk kepada-Ku sedangkan ia tidak mengetahui
kelebihan-Ku. Bagaimana ia mengetahui kelebihan-Ku ke atasnya sedangkan ia
tidak melihat kepada-nya, malah ia tidak beriman kepada-nya. Bagaimana ia
beriman kepada-Nya sedangkan ia tidak mengharapkan kepada pahala-Nya. Bagaimana
ia tidak mengharapkan pahala-Nya sedangkan ia mencukupi dengan dunia, lalu
mengambilnya sebagai tempat tinggal dan cenderung kepadanya sebagaimana
cenderungnya golongan yang zalim.
Wahai
Musa, berlumba-lumbalah dengan ahli kebaikan, kerana kebaikan adalah seperti
namanya dan tinggallah kejahatan dengan segala fitnahnya. Wahai Musa, jadilah
lidah engkau di sebalik hati engkau, nescaya engkau akan terselamat.
Berzikirlah kepada-Ku dengan banyak di waktu malam dan siang, nescaya engkau
akan mendapat ganjaran yang banyak. Dan janganlah engkau mengikut kesalahan,
nescaya engkau akan menyesal, kerana kesalahan tempatnya adalah neraka.
Wahai
Musa, tuntutlah percakapan daripada orang yang meninggalkannya kerana dosa.
Duduklah bersama mereka dan ambillah mereka sebagai saudara. Bersahabatlah
dengan mereka, nescaya mereka akan bersahabat dengan engkau. Wahai Musa, bahawa
sesungguhnya kematian akan mendatangi engkau, tiada mustahil lagi. Lantaran
itu, berbekallah dengan bekalan orang yang akan memanfaatkan bekalannya. Wahai
Musa, apa yang dikehendaki kerana Aku,
maka banyaknya adalah sedikit. Dan apa yang dikehendaki selain daripada-Ku,
maka sedikitnya adalah banyak.
Perbaikilah hari-hari depan engkau dan renunglah pada hari apakah ia.
Bersedialah untuk menjawabnya, kerana engkau bertanggungjawab, ambillah nasihat
engkau daripada masa, kerana masa panjangnya adalah pendek dan pendeknya adalah
panjang. Setiap sesuatu akan binasa. Justeru beramallah seolah-olah engkau
melihat pahala amalan engkau. Dengan demikian, engkau lebih tamak untuk
melakukan amalan akhirat. Kerana apa yang “kekal” di dunia, maka ia telah
berlalu. Setiap pelaku hendaklah melakukannya dengan sedar.
Justeru bermuhasabahlah diri engkau, mudah-mudahan engkau akan
berbahagia besok; hari pertanyaan dan di sana akan rugilah mereka yang rugi.
Wahai Musa, campaklah dua tangan engkau di hadapan-Ku dengan rendah diri
seperti perbuatan seorang hamba yang meraung kepada tuannya. Jika engkau
melakukan sedemikian, maka engkau akan dirahmati dan Aku adalah semulia-mulia
kuasa yang berkuasa.
Wahai
Musa, pohonlah kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, kerana kedua-duanya di tangan-Ku,
tidak dimiliki oleh seorangpun selain daripada-Ku. Lihatlah ketika engkau
memohon kepada-Ku, bagaimana Aku menyukai engkau apa yang ada di sisi-Ku.
Setiap orang yang melakukannya ada ganjaran baginya. Kekufuran dibalas menurut
perbuatannya.
Wahai
Musa, jagalah diri engkau daripada dunia, kerana ia bukanlah untuk engkau dan
Aku bukanlah juga pemiliknya. Ia adalah negeri bagi golongan yang zalim
melainkan pelaku kebaikan di dunia, maka baginya sebaik-baik tempat. Wahai
Musa, apa yang Aku perintahkan engkau melakukannya, maka dengarlah dan
lakukanlah. Ambillah hakikat Taurat kepada dada engkau dan bangkitlah kerananya
pada waktu-waktu malam dan siang. Jangan biarkan golongan yang mencintai dunia
menguasai dada engkau, lalu mereka menjadikannya sarang burung.
Wahai
Musa, golongan yang mencintai dunia dan ahlinya saling memfitnah di kalangan
mereka bagi mendapat perhatian. Mukmin adalah orang yang dihiasi akhirat, lalu
dia melihat kepadanya apa yang baik. Nafsunya telah menghalang di antaranya dan
kelazatan hidup. Seperti penunggang yang sampai kepada matlamatnya sentiasa
berdukacita. Alangkah baik baginya jika didedahkan perkara yang sebenar bagi
menepati kegembiraannya.
Wahai
Musa, dunia adalah air mani, tiada pahala bagi seorang mukmin dan tiada dendam
bagi seorang yang jahat. Kecelakaan yang berpanjangan bagi orang yang menjual
pahala akhiratnya dengan sesuap [makanan]atau seteguk [air] yang tidak lama.
Justeru jadilah engkau sebagaimana Aku memerintahkan engkau dan setiap
urusan-Ku ada penunjuk.
Wahai
Musa, apabila engkau melihat orang yang kaya datang, maka katakan kepadanya:
Dosa yang engkau segerakan untuk-ku akan menerima balasannya. Apabila engkau
melihat orang yang fakir datang, maka katakan kepadanya: Selamat datang dengan
lambang golongan yang soleh. Janganlah engkau menjadi seorang penguasa yang
zalim dan janganlah engkau menjadi sahabat kepada golongan yang zalim.
Wahai
Musa, umur meskipun panjang dicela juga akhirnya. Tiada kemudaratan apa yang
dijauhkan daripada engkau apabila engkau memuji ketika ketiadaannya. Wahai
Musa, Kitab telah menerangkan kepada engkau mengenai apa yang akan terjadi
kepada engkau. Bagaimana engkau dapat tidur dengan tenang atau bagaimana mereka
akan merasai kelazatan hidup jika mereka tidak melampaui kelalaian, mengikut
hawa nafsu? Dan ia mendukacitakan golongan yang benar.
Wahai
Musa, suruhlah hamba-hamba-Ku supaya menyeru-Ku selepas mereka mengakui bahawa
Aku adalah Maha Pemurah, menyahuti seruan golongan yang terpaksa, Aku adalah
Fakir Yang Maha Kaya, Aku sentiasa Mulia dan Perkasa.
Lantaran itu, sesiapa yang berlindung kepada engkau di kalangan mereka
yang bersalah, maka katakan kepada mereka: Selamat datang dengan sepenuhnya,
pohonlah keampunan untuk mereka, jadilah engkau seperti salah seorang daripada
mereka, janganlah engkau melambat-lambatkan kelebihan yang Aku kurniakan kepada
engkau dan beritahu mereka supaya memohon kepada-Ku akan kelebihan-Ku dan
rahmat-Ku, kerana ia tidak dimiliki oleh seorang pun selain daripada-Ku dan Aku
mempunyai kelebihan yang besar.
Alangkah beruntungnya engkau, wahai Musa, menjadi gua kepada mereka yang
bersalah, teman kepada mereka yang terpaksa, dan pemohon keampunan untuk mereka
yang berdosa. Sesungguhnya engkau mendapat keredaan-Ku. Justeru serulah Aku
dengan hati yang bersih (al-Qalb
al-Naqiyy) dan lidah yang benar. Jadilah engkau sebagaimana Aku perintahkan
engkau. Taatilah perintah-Ku. Janganlah engkau berucap suatu perkara yang
engkau sendiri tidak melakukannya.
Hampirilah Aku, kerana Aku adalah hampir. Aku tidak meminta engkau
supaya melakukan apa yang tidak dapat ditanggung oleh engkau, sesungguhnya Aku
telah meminta engkau supaya menyeru-Ku, lantaran itu Aku menyahuti seruan
engkau. Engkau memohon kepada-Ku, maka Aku akan kurniakannya kepada engkau,
engkau menghampiri-Ku, maka Akulah yang membuat keputusan dan kepada-Ku
sempurnanya wahyu (tamaam tanziili-hi).
Wahai
Musa, Lihatlah kepada bumi, kerana ia adalah hampir kepada kubur engkau dan
renunglah dengan dua mata engkau ke langit, kerana padanya para malaikat yang
besar. Tangisilah selama engkau di dunia, takutilah kebinasaan (al-Mahalik) dan janganlah terpedaya oleh
perhiasan dunia. Janganlah engkau meredai kezaliman dan janganlah engkau
menjadi orang zalim, kerana Aku menunggu orang yang zalim sehingga Aku memberi
hak kepada orang yang dizalimi.
Wahai
Musa, sesungguhnya kebaikan (al-Hasanah)
mempunyai sepuluh kali ganda pahala dan daripada satu kesalahan saja akan
membawa kepada kebinasaan. Janganlah engkau melakukan syirik kepada-Ku, kerana
ia tidak halal bagi engkau untuk melakukannya terhadap-Ku. Hampirilah Aku,
berdoalah kepada-Ku dengan doa seorang yang tamak kepada apa yang ada di
sisi-Ku dan menyesal apa yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya. Kerana
kehitaman malam akan dihilangkan oleh siang hari. Begitulah kejahatan akan
dihilangkan oleh kebaikan. Kegelapan malam mendatangi cahaya siang, begitulah
kejahatan mendatangi kebaikan, lalu menguasainya.
Wasist
Dan Nasihat Abu Abdullah A.S
9.
Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain dan Humaid bin Ziyad,
daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad bin al-Hasan
al-Mithami, daripada seorang lelaki daripada para sahabatnya, berkata: Aku
telah membaca jawapan daripada Abu Abdullah a.s kepada seorang daripada
sahabatnya, Amma ba‘d, adapun
kemudian daripada itu, sesungguhnya aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa
kepada Allah, kerana Allah telah memberi jaminan kepada orang yang bertakwa
kepada-Nya bahawa Dia akan memalingkannya daripada apa yang dibencinya kepada
apa yang dicintainya dan memberi rezeki kepadanya dengan banyak. Justeru
janganlah kamu di antara orang yang takutkan dosa hamba-hamba-Nya, lalu
melepaskan balasan daripada dosanya. Kerana Allah tidak akan ditipu mengenai
syurga-Nya dan tidak akan dicapai apa yang ada di sisi-Nya melainkan dengan
mentaatiNya- insya’ Allah.
Allah
Telah Memilih Tujuh Orang Bani Hasyim
10.
Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada
Muhammad bin Sulaiman, daripada Aisyam
bin Asyim daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Nabi
s.a.w telah keluar pada suatu hari di dalam keadaan gembira, maka orang ramai
berkata kepadanya: Semoga Allah menggembirakan anda, wahai Rasulullah s.a.w,
lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya tiada satu hari dan satu malam
berlalu melainkan bagiku pada kedua-duanya hadiah daripada Allah (fi-hi-ma tuhfatun min Allah). Sesungguhnya Tuhanku telah memberi hadiah yang paling
istimewa kepadaku pada hari ini. Sesungguhnya Jibrail telah datang kepadaku,
lalu dia memberi salam kepadaku daripada Tuhanku dan berkata: Wahai Muhammad,
sesungguhnya Allah telah memilih daripada Bani Hasyim tujuh orang. Allah tidak
pernah menjadikan orang terdahulu dan terkemudian seperti mereka. Anda, wahai
Rasulullah s.a.w, Ali bin Abu Talib, wasi anda, penghulu para wali. Al-Hasan,
al-Husain, Hamzah, bapa saudara anda di sebelah bapa sebagai penghulu para
syahid, Ja‘far sepupu anda, dia akan berterbang di syurga bersama para malaikat
di mana dia kehendaki dan di kalangan kalian adalah al-Qaim di mana Isa bin
Maryam akan melakukan solat di belakangnya apabila Allah menurunkannya ke bumi
daripada zuriat Ali dan Fatimah daripada anak lelaki al-Husain a.s.
Pengertian
Firman Allah Surah Al Jaasyiah (45) : 29 “Inilah
kitab Kami yang menuturkan terhadap kamu dengan benar”
11.
Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami al-Misri, daripada
bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku berkata
kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Jaathiah (45) 29 “ Inilah kitab Kami yang menuturkan terhadap
kamu dengan benar” Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Kitab tidak pernah
atau tak akan menuturkan kebenaran, tetapi Rasulullah s.a.w yang menuturkan
dengan Kitab (al-Natiq bi al-Kitab).
Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami tidak membacanya sedemikian
(la naqra’u-ha hakadha), maka Abu
Abdullah as. berkata: Demikianlah, demi Allah, Jibrail telah menurunkannya ke
atas Muhammad s.a.w, tetapi ia merupakan sebahagian daripada tahrif pada kitab Allah[25].
Pengertian
Firman Allah Surah Al-Syams (91) : 1“Demi
matahari dan cahayanya di pagi hari”
12.
Sekumpulan daripada sahabat kami, daripada Sahl, daripada Muhammad, daripada
bapanya (daripada Abu Muhammad), daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah
bertanya kepadanya mengenai firman Allah a.s di dalam Surah Asy-Syams (91):1“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari”,
maka beliau a.s berkata: Asy- Syams
(matahari) adalah Rasulullah s.a.w. Dengannyalah Allah telah menerangkan kepada
manusia akan agama mereka. Aku berkata: Wa
l-Qamari idha ma talaa-ha (dan bulan
apabila mengiringinya?) Maka beliau a.s berkata: Al-Qamar (bulan) itu adalah Amir al-Mukminin a.s di mana Rasulullah
s.a.w telah mengurniakan kepadanya ilmu.
Aku
berkata: Wa l-Laili idha yaghyaa-ha (dan malam apabila menutupinya”? Maka
beliau a.s berkata: Al-Lail (malam)
adalah para imam yang zalim selain daripada keluarga Rasulullah s.a.w. mereka
menduduki tempat di mana keluarga Rasulullah s.a.w lebih layak dengannya.
Justeru mereka menutup agama Allah dengan kezaliman, lalu Allah menceritakan
perbuatan mereka di dalam firman-Nya “Dan
malam apabila menutupinya”. Aku berkata: Wa n-Nahari idha jallaa-ha (dan
siang apabila menampakkannya?) Beliau a.s berkata: Itulah imam daripada
zuriat Fatimah a.s. yang akan ditanya mengenai agama Rasulullah s.a.w, lalu ia
menjelaskannya kepada siapa yang
bertanya kepadanya. Lantaran itu, Allah a.w menceritakan firman-Nya “Dan siang apabila menampakkannya”
Takwil
Firman Allah “ Sudah datangkah kepadamu
berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah Al-Ghaasyiah(88):1
13.
Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Abdullah a.s , berkata:
Aku berkata: “ Sudah datangkah kepadamu
berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah al-Ghaasyiah(88):1. Beliau a.s
berkata: Al-Qaim akan membalas mereka dengan pedang. Aku berkata: “Banyak muka pada hari itu tunduk terhina”?
Beliau a.s berkata: Tunduk tanpa penentangan. Aku berkata: ‘amilatun [bekerja keras] beliau a.s berkata: Ia bekerja keras
tanpa menurut hukum Allah (‘amilat bi-ghai
ma anzala l-Lah). Aku berkata: Nasibatun
(penuh dengan penentangan?) Beliau a.s berkata: Menentang para imam (nasabat ghaira wulaat al-Amr). Aku berkata: Taslaa
naaran hamiyatan (memasuki api yang sangat panas), beliau a.s berkata:
Memasuki api peperangan di dunia pada masa al-Qaim dan pada hari akhirat api
neraka.
Takwil
Firman Allah “Mereka bersumpah dengan
nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh” Surah
Al-Nahl (16):38
14.
Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata: Aku
berkata kepada Abu Abdullah a.s mengenai firman-Nya Surah al-Nahl (16):38 “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan
sumpahnya yang sungguh-sungguh: “Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati
“(Tidak demikian) bahkan Allah akan membangkitkannya), sebagai suatu janji yang
benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”? Beliau a.s
berkata kepadaku : Wahai Abu Basir, apa pendapat anda mengenai ayat ini?
Aku
berkata: Sesungguhnya musyrikin menyangka dan bersumpah kepada Rasulullah s.a.w
bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati. Maka beliau a.s berkata:
Binasalah orang yang berkata sedemikian, dan bertanyalah kepada mereka, adakah
musyrikin bersumpah dengan Allah atau dengan al-Lata dan al-‘Uzza? Aku berkata:
Aku jadikan diriku tebusan anda, maka teranglah kepadaku. Maka beliau a.s
berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, sekiranya al-Qaim kita datang, maka Allah
akan membangkitkan satu kaum di kalangan Syi‘ah kita dengan sarung-sarung
pedang mereka berada di atas bahu-bahu mereka, lalu al-Qaim menyampaikannya
kepada satu kaum di kalangan Syi‘ah kita
yang belum mati dan mereka berkata: Polan telah dibangkitkan, begitu juga polan
dan polan telah dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka dan mereka bersama
al-Qaim.
Kemudian al-Qaim menyampaikan perkara tersebut kepada satu kumpulan di
kalangan musuh kita, lalu mereka berkata: Wahai kumpulan Syi‘ah, alangkah
dustanya kamu, ini adalah kerajaan kamu, tetapi kamu bercakap bohong, demi
Allah, mereka tidak pernah hidup dan mereka tidak akan hidup sehingga hari
Kiamat. Maka Allah menceritakan percakapan mereka di dalam firman-Nya “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan
sumpahnya yang sungguh-sungguh:“Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati”
Takwil
Firman Allah “Maka tatkala mereka
merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri” Surah
Al-Anbiyaa’ (21): 12
15.
Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah
bin Maimun daripada Badr bin al-Khalil al-Asadi berkata: Aku telah mendengar
Abu Ja‘far a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21):
12 “Maka tatkala mereka merasakan azab
kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. Janganlah kamu lari
tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada
tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu ditanya”, maka beliau a.s
berkata: Apabila al-Qaim datang dan diutus kepada Bani Umayyah di Syam, lalu
mereka lari ke Rom.
Maka
golongan Rom berkata kepada mereka: Kami tidak akan membenarkan kamu masuk
sehingga kamu menjadi kristian (tatanassaru).
Lantas mereka menggantungkan salib di tengkuk-tengkuk mereka. Kemudian mereka
dibenarkan masuk. Apabila para sahabat al-Qaim datang kepada mereka, mereka
menuntut keamanan dan perdamaian. Lantas para sahabat al-Qaim berkata: Kami
tidak akan melakukannya sehingga kamu memulangkan kepada kami golongan kami di
pihak kamu. Kemudian mereka memulangkan mereka semua kepada para sahabat
al-Qaim.
Justeru Allah berfirman “Maka
tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari
negerinya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang
telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu
ditanya” Al-Qaim akan bertanya mereka mengenai barang simpanan sedangkan
beliau a.s lebih mengetahui mengenainya. Justeru mereka berkata di dalam Surah
al-Anbiyaa’ (21):14-15 “Aduhai, celaka
kami, sesungguhnya kami adalah golongan yang zalim” “ Maka tetaplah demikian keluhan kami, sehingga kami jadikan mereka
sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi” dengan
pedang.
Risalah
Pertama Abu Ja‘far A.S Kepada Sa‘d Al-Khair
16. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad
bin Ismail bin Bazi‘ dan al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Ahmad bin
Muhammad bin Abdullah, daripada Yazid bin Abdullah, daripada orang yang telah
memberitahunya, berkata: Abu Ja‘far a.s telah menulis surat kepada Sa‘d
al-Khair:
Bismillahir Rahmanir Rahim
Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu,
bahawa aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia akan
mendatangkan keselamatan daripada kerosakan dan harta rampasan daripada
kehancuran. Sesungguhnya Allah akan mempertahankan hamba-Nya dengan takwa
selama dia menggunakan akalnya. Lalu Dia menampakkannya dengan takwa. Dengan
takwa telah berjaya Nuh dan mereka bersamanya di dalam bahteranya. Dengan takwa
Salih dan mereka bersamanya terselamat daripada petir.
Dengan takwa telah berjaya golongan yang sabar daripada kebinasaan dan
bagi mereka saudara-saudara yang mengikut jalan tersebut mencari kelebihan.
Mereka telah meninggalkan kezaliman dan syahwat apabila contoh-contoh yang baik
telah sampai kepada mereka daripada al-Kitab. Mereka memuji Tuhan di atas
rezeki yang dikurniakan kepada mereka dan merekalah ahli kepujian. Mereka
mencela diri mereka kerana keterlanjuran dan merekalah ahli celaan.
Mereka mengetahui bahawa kemurkaan Allah yang Maha Mengetahui adalah
kepada orang yang tidak menerima keredaan-Nya. Sesungguhnya Dia menghalang
orang yang tidak menerima pemberian-Nya. Sesungguhnya sesatlah orang yang tidak
menerima hidayat-Nya. Kemudian Dia membolehkan orang yang melakukan kejahatan
bertaubat dengan melakukan kebaikan. Dia telah menyeru hamba-hamba-Nya di dalam
al-Kitab dengan suara yang lembut, tidak terputus dan Dia tidak menghalang doa
hamba-hamba-Nya.
Justeru Allah melaknati mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan
oleh-Nya dan menetapkan ke atas diri-Nya rahmat, lalu rahmat-Nya mendahului
kemurkaan-Nya. Lantaran itu, ia akan berkesudahan dengan kebenaran dan
keadilan. Ia tidak memulakan kemurkaan kepada hamba-Nya sebelum mereka
memarahi-Nya. Itu adalah daripada ilmu yakin dan ilmu takwa. Setiap umat Allah
mengangkat ilmu Kitab (ilmu agama) daripada mereka ketika mereka
meninggalkannya (kitab) dan mewalikan musuh mereka ketika mereka melantiknya (tawalluu-hu). Contoh-contoh mereka
meninggalkan Kitab, mereka mengadakan huruf-hurufnya dan menukarkan had-hadnya
(aqaamuu hurufa-hu wa–harrafu hududa-hu). Justeru mereka
meriwayatkannya, tetapi tidak menjaganya. Golongan jahil kagum dengan
penghafazan mereka mengenai riwayat. Sementara para ulama pula meninggalkan al-Ri‘aayah (kefahaman). Di antara
contoh-contoh peninggalan mereka akan Kitab Allah bahawa mereka melantik
golongan yang tidak mengetahui, lantas mereka dikuasai oleh hawa nafsu dan
membawa mereka kepada keburukan. Justeru mereka mengubah agama. Kemudian mereka
mewariskannya kepada golongan yang bodoh dan kanak-kanak. Justeru umat
mengeluarkan perintah manusia selepas perintah Allah, lalu menentang
perintah-Nya.
Sejahat-jahat pelaku kezaliman yang menukarkan wilayah Allah dengan
wilayah manusia, ganjaran manusia selepas ganjaran Allah. Keredaan manusia
selepas keredaan Allah. Demikianlah ia berlaku kepada umat dan para mujtahid
mereka menjadi kagum mengenai ibadat berdasarkan kepada kesesatan tersebut.
Justeru ibadat mereka menjadi fitnah kepada mereka dan pengikut-pengikut
mereka. Pada para rasul menjadi ikutan kepada ahli ibadat bahawa seorang nabi
di kalangan para nabi sudah sempurna ketaatannya, kemudian ia menderhakai
Allah, lalu ia dikeluarkan daripada syurga dan ditinggalkan di dalam perut ikan
paus. Kemudian ia tidak dapat diselamatkan melainkan dengan pengakuan
kesalahannya dan bertaubat.
Kemudian ketahuilah mereka seumpamanya seperti pendeta-pendeta Yahudi
dan paderi-paderi Kristian yang bekerja untuk menyembunyikan al-Kitab (kitmaan al-Kitab) dan mengubahnya (tahriif), maka perniagaan mereka tidak
menguntungkan dan mereka tidak pula mendapat hidayat. Kemudian ketahuilah
bahawa golongan seperti mereka di kalangan umat ini telah mengadakan huruf-huruf al-Qur’an dan
menukarkan had-hadnya, maka mereka adalah bersama pembesar-pembesar [negara].
Apabila berlaku perpecahan di kalangan pemimpin-pemimpin hawa nafsu,
maka mereka pula bersama pemimpin-pemimpin yang memiliki dunia yang banyak dan
itulah pengetahuan mereka yang sentiasa di dalam ketamakan. Suara Iblis
sentiasa didengari di lidah-lidah mereka dengan penuh kebatilan. Para ulama
sabar di atas kejahatan mereka dan mereka pula menghina para ulama dengan
bebanan. Para ulama pada hakikatnya, juga pengkhianat, jika mereka
menyembunyikan nasihat (katamuu
al-Nasihat) ketika mereka melihat seorang yang sesat, maka mereka tidak
menunjukkannya atau seorang mati, maka mereka tidak menyempurnakannya. Maka
sejahat-jahat apa yang mereka buat kerana Allah telah membuat perjanjian ke
atas mereka di dalam al-Kitab supaya mereka menyuruh melakukan kebaikan dan
melarang kejahatan. Menolong di atas kebaikan dan takwa dan tidak menolong di
atas dosa dan permusuhan.
Justeru para ulama jahil sentiasa gigih [di dalam perjuangan mereka] dan
jika anda menasihati mereka, maka mereka akan berkata: Anda telah melampau (tughta). Dan jika mereka mengetahui
kebenaran yang mereka tinggalkan, maka mereka akan berkata: Anda telah
menyalahi [kami]. Jika mereka ditinggalkan, maka mereka akan berkata: Anda
telah meninggalkan [kami]. Jika mereka berkata: Kemukakan bukti kamu di atas
apa yang kamu katakan? Maka mereka akan berkata: Anda telah melakukan nifaq (naafaq-ta). Jika mereka ditaati, maka mereka akan berkata: Anda
menderhakai Allah a.w. Justeru golongan jahil akan binasa di atas apa yang
mereka tidak mengetahui, tidak memahami apa yang mereka baca. Mereka
membenarkan al-Kitab ketika diperkenalkannya (al-Ta‘rif) dan membohonginya ketika diceritakan mengenai tahriifnya.
Mereka sepertilah pendeta-pendeta Yahudi dan paderi-paderi Kristian
sebagai pemimpin-pemimpin hawa nafsu, ketua-ketua kepada keburukan. Sementara
yang lain pula duduk di antara kesesatan dan petunjuk tidak mengetahui di
antara dua golongan tersebut. Mereka berkata: Orang ramai tidak mengetahui
perkara ini, lalu mereka membenarkan bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggalkan
mereka di dalam keadaan malamnya lebih cerah daripada siangnya. Bid‘ah tidak
zahir pada mereka dan sunnah tidak ditukar pada masa mereka serta tidak ada
khilaf di kalangan mereka.
Tetapi apabila manusia menutupi kegelapan kesalahan mereka, maka
terjadilah dua imam (imamaini).
Seorang imam menyeru kepada Allah t.w dan seorang imam menyeru kepada neraka.
Maka ketika itu syaitan bertutur dengan suaranya yang tinggi di atas lisan para
walinya. Kemudian syaitan bersyarikat di dalam harta dan anak dengan orang yang
bersyarikat dengannya. Lalu dia melakukan bid‘ah, meninggalkan Kitab dan
Sunnah.
Kemudian para wali Allah bercakap dengan hujah, mereka mengambil al-Kitab
dan hikmah. Lantaran itu, pada hari itu, terpisahlah ahli kebenaran dan ahli
kebatilan, lalu ahli kebatilan menjadi hina, lantas mengadakan gencatan senjata
dengan ahli hidayah, tetapi membantu
ahli kesesatan seperti golongan bersama polan dan seumpamanya. Lantaran itu,
kenalilah golongan ini. Adapun golongan yang lain, maka perhatikan mereka
betul-betul, mereka adalah golongan yang cerdik (al-Nujabaa’), sentiasalah bersama mereka, nescaya ia akan
menggembirakan keluarga anda. Kerana mereka yang rugi adalah mereka yang
merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka pada hari Kiamat. Itu adalah
kerugian yang besar.
Setakat ini sahaja riwayat al-Husain dan di dalam riwayat Muhammad bin
Yahya ada sedikit tambahan seperti berikut:
Mereka mempunyai keilmuan mengenai jalan yang benar. Jika mereka
menempuhi bala, maka janganlah anda melihat kepada mereka, kerana ia akan
berakhir. Kemudian ia akan bertukar
menjadi senang. Ketahuilah bahawa saudara-saudara yang boleh dipercayai
merupakan barang simpanan kepada orang lain. Sekiranya sangkaan anda akan
hilang daripadaku, nescaya aku akan mendedahkan kepada anda beberapa perkara
benar yang aku sembunyikan, tetapi aku tetap ingin menjaga anda. Kerana seorang
itu tidak dikatakan al-Haliim (lemah
lembut) jika dia tidak menjaga seseorang pada tempat takwa. Lemah lembut itu
adalah pakaian orang yang alim. Justeru janganlah anda menanggalkannya. Wa al-Salam.
Risalah
Kedua Abu Ja‘far A.S Kepada Sa‘d Al-Khair
17. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad
bin Ismail bin Bazi‘, daripada Hamzah bin Bazi‘ berkata: Abu Ja‘far a.s telah
menulis surat kepada Abu Sa‘d al-Khair seperti berlkut:
Bismillahir Rahmanir Rahim
Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya surat
anda telah sampai kepadaku bahawa anda menyebut padanya mengenai makrifat yang
tidak wajar ia ditinggalkan (ma la
yanbaghi tarku-hu) dan ketaatan orang yang
Allah meredai akan keredaannya, maka anda telah menerimanya untuk diri
anda selama diri anda tergadai. Sekiranya anda meninggalkannya, nescaya anda
takjubkan diri anda sendiri. Sesungguhnya keredaan Allah, ketaatan kepada-Nya
dan nasihat-Nya tidak diterima, tidak didapati dan dikenali melainkan pada
hamba-hamba yang pelik (ghurabaa’).
Sunyi
daripada manusia di mana orang ramai mengambilnya sebagai bahan ketawa, kerana
mereka lontarkan kepada mereka dengan perkara-perkara yang mungkar. Beliau a.s
berkata: Mukmin tidak benar-benar mukmin sehingga ia menjadi orang yang paling
dimarahi oleh orang ramai daripada bangkai keldai (al-Mu’min la yakuna mu’minan
hatta yakuuna abghadha ila l-Naasi min jifati l-Himaar). Sekiranya anda
tidak ditimpa bala sebagaimana ia telah menimpa kami, maka anda akan menjadikan
fitnah orang ramai itu seperti azab Allah-Aku melindungi anda dan kami dengan
Allah daripada perkara tersebut- nescaya kedudukan anda yang jauh menjadi dekat
kepadaku. Ketahuilah, semoga Allah mencucuri rahmat kepada anda bahawa
sesungguhnya kecintaan kepada Allah tidak dapat dicapai melainkan dengan
kemarahan kebanyakan orang ramai. Begitu juga wilayah-Nya tidak dapat dicapai
melainkan dengan memusuhi mereka. Hanya golongan yang sedikit sahaja yang dapat
mencapainya. Ia daripada Allah bagi mereka yang mengetahui.
Wahai
saudaraku sesungguhnya Allah a.w telah menjadikan bersama setiap rasul
segelintir ahli ilmu menyeru mereka yang sesat kepada petunjuk dan mereka pula
bersabar menanggung segala kesusahan. Mereka menyahuti orang yang menyeru
kepada Allah dan mereka menyeru kepada Allah, maka Allah memberi mereka
petunjuk. Lantaran itu, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi. Jika musibat
berlaku kepada mereka, maka mereka menghidupkan orang mati dengan Kitab Allah,
mereka memperlihatkan orang buta dengan cahaya Allah. Berapa ramai orang yang
menjadi mangsa kepada pembunuhan Iblis, maka mereka menghidupkannya. Berapa
ramai orang yang sesat mereka telah menunjukkan jalan. Mereka mengorbankan
darah mereka tanpa membinasakan orang ramai. Alangkah baiknya kesan mereka ke
atas orang ramai dan alangkah jahatnya kesan orang ramai ke atas mereka.
Amir
Al-Mukminin Menyerupai Isa bin Maryam A.S
18.
Daripada beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin
Sulaiman, daripada bapanya, daripada Abu Basir berkata: Manakala Rasulullah
s.a.w duduk pada suatu hari, tiba-tiba Amir al-Mukminin a.s datang, maka
Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya anda menyerupai Isa bin
Maryam. Jikalaulah beberapa golongan daripada umatku tidak akan berkata kepada
anda sebagaimana golongan Nasrani telah berkata kepada Isa bin Maryam, nescaya
aku berkata kepada anda perkataan di mana jika anda melalui di hadapan orang
ramai, nescaya mereka akan mengambil tanah di bawah kedua-dua tapak kaki anda
bagi mendapatkan berkat[26].
Lantas dua orang Badwi, al-Mughirah bin Syu‘bah dan beberapa orang
Quraisy bersama-sama mereka menjadi marah, mereka berkata: Allah tidak
meredainya (Rasulullah s.a.w) kerana membuat perumpamaan sepupunya dengan Isa
bin Maryam. Maka Allah menurunkan firman-Nya ke atas Nabi-Nya di dalam Surah
al-Zukhruf (43):57-60 “Dan tatkala putera
(Isa) Maryam dijadikan perumpamaan tiba-tiba kaumnya (Quraisy) bersorak
kerananya. Dan mereka berkata: Manakah yang lebih baik tuhan-tuhan kami atau
dia (Isa)? Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan
maksud membantah sahaja, sebenarnya mereka kaum yang suka bertengkar. Isa tidak
lain hanyalah seorang hamba yang kami berikan kepadanya nikmat(kenabian) dan
kami jadikannya sebagai tanda bukti (Kekuasaan Allah) untuk Bani Israel. Dan
jika kami kehendaki, kami jadikan
daripadamu (iaitu daripada Bani Hasyim) sebagai gantimu di muka bumi
malaikat-malaikat yang turun-temurun”. Lalu al-Haris bin ‘Umru al-Fihri
menjadi marah dan berkata: Wahai Tuhanku, jika inilah kebenaran di sisi Engkau
bahawa Bani Hasyim akan mewarisi seorang selepas seorang, maka hujanilah kami
dengan batu daripada langit atau bawalah kepada kami azab yang pedih.
Maka
Allah menurunkan firman-Nya menyahuti seruan
al-Harith di dalam Surah al-Anfaal (8): 33 “ Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedangkan kamu berada
di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedangkan
mereka minta ampun”. Kemudian beliau s.a.w bersabda kepadanya: Wahai ‘Umru,
sama ada anda bertaubat atau anda meninggalkan tempat ini? Maka ‘Umru berkata:
Wahai Muhammad, malah anda menjadikan sesuatu di tangan anda ke atas semua
Quraisy sedangkan Bani Hasyim telah mendapat penghormatan Arab dan bukan Arab?
Maka
Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Itu bukanlah urusanku, itu adalah urusan
Allah, maka ‘Umru berkata: Hatiku tidak
mahu bertaubat, tetapi aku akan pergi jauh daripada anda, lalu dia pergi
menaiki kenderaannya. Apabila dia sampai di luar Madinah, maka serpihan batu
terkenanya, lalu memusnahkannya.
Kemudian wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w di dalam Surah al-Ma‘aarij
(70):1-3 “Seorang peminta telah meminta
kedatangan azab yang bakal terjadi. Untuk golongan kafir(dengan wilayah Ali),
yang tidak seorang pun dapat menolaknya, (yang datang) dari Allah, Yang
mempunyai tempat-tempat naik”
Abu
Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami tidak membacanya
sedemikian (la naqra’u-ha ha-kadhaa),
maka beliau a.s berkata: Demikianlah, demi Tuhan, Jibrail telah menurunkannya
kepada Muhammad s.a.w. Demikianlah ia, demi Tuhan, terdapat di dalam mashaf
Fatimah a.s. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada munafikin di sekelilingnya:
Pergilah kepada sahabat kamu. Sesungguhnya telah datang kepadanya apa yang dia
pohonkan. Allah berfirman di dalam Surah Ibrahim (14): 15 “Dan mereka memohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan
binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala”
Takwil
Firman Allah Surah Al-Ruum (30) : 41 “Telah
kelihatan kerosakan di darat dan di laut”
19.
Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin
al-Nu‘man, daripada Ibn Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu
Ja‘far a.s mengenai firman-Nya di dalam Surah al-Rum(30): 41 “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di
laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan mereka sebahagian
(akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali(ke jalan yang benar)” Beliau
a.s berkata: Itu, demi Tuhan, ketika kaum Ansar berkata: Seorang amir daripada
kami dan seorang amir daripada kamu”.
Tasfsir
Firman Allah Surah Al-A‘raaf (7) : 56 “Dan
janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”
20. Daripadanya,
daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Maskan, daripada Maisar, daripada Abu
Ja‘far a.s berkata: Aku bertanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf
(7): 56 “Dan janganlah kamu membuat
kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”, maka beliau a.s
berkata: Wahai Maisar, sesungguhnya bumi adalah rosak, maka Allah
memperbaikinya dengan nabi-Nya s.a.w, oleh itu Dia berfirman di dalam Surah
al-A‘raaf (7): 56 “Dan janganlah kamu
membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”.
BAHAGIAN
KETIGA
Khutbah
Amir al-Mukminin A.S Mengenai Celaan Mengikut Hawa Nafsu, Bid‘ah; Pengubahan
Sunnah Rasulullah S.A.W Oleh Tiga Khalifah Sebelumnya, Khutbah
Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Dukacitanya Di Atas Apa Yang Berlaku Dan Lain-Lain.
Khutbah Amir Al-Mukminin
A.S Mengenai Celaan Hawa Nafsu Dan Bid‘ah.
21.
Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim
bin ‘Uthman, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali, berkata: Amir al-Mukminin a.s
telah memberi khutbah, lalu beliau a.s memuji Allah, kemudian berselawat ke
atasnya s.a.w dan berkata:
Sesungguhnya dua perkara yang aku paling takut ke atas kamu: Mengikut
hawa nafsu (itba‘ al-Hawa) dan
panjang angan-angan (tul al-Amal).
Adapun mengikut hawa nafsu, maka ia akan menentang kebenaran. Adapun panjang
angan-angan, maka ia akan melupakan akhirat. Sesungguhnya dunia undur ke
belakang dan akhirat mara ke depan. Setiap satu mempunyai pengikutnya, maka
jadilah kamu pengikut akhirat (abnaa’
al-Akhirat) dan janganlah kamu menjadi pengikut dunia (abnaa’ al-Dunya), kerana hari ini amal tanpa hisab dan esok hisab tanpa amal.
Sesungguhnya punca berlakunya fitnah adalah kerana mengikuti hawa nafsu
dan hukum-hukum yang dicipta menyalahi hukum Allah. Justeru golongan tertentu
menguasai orang ramai. Sesungguhnya kebenaran semata-mata tidak akan ada
perselisihan, begitu juga dengan kebatilan semata-mata tidak akan tersembunyi
kepada orang yang mempunyai akal, tetapi ia diambil daripada bahagian ini
sedikit dan bahagian itu sedikit, lalu kedua-duanya bercampur aduk dan
terserlah, maka di sinilah syaitan menguasai di atas para walinya dan
berjayalah orang tertentu yang mendapat petunjuk daripada Allah.
Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bagaimana
kamu apabila fitnah menguasai kamu di mana yang kecil membesar dan yang besar
menjadi tua, orang ramai biasa dengan perkara tersebut dan mengambilnya sebagai
sunnah. Apabila suatu perkara diubah daripadanya, maka orang ramai akan
berkata: Sunnah telah diubah (qad
ghuyyirat al-Sunnah), lalu orang ramai menentangnya. Kemudian perkara ini
terus berlaku sehingga fitnah meresapi pemikiran mereka seperti api di dalam
sekam dan kisaran dengan hampasnya. Mereka belajar bukan kerana Allah dan bukan
pula untuk diamalkan. Mereka mencari dunia dengan amalan akhirat (yalubuun al-Dunya bi-a‘maal al-Akhirat).
Kemudian beliau a.s berdepan dengan keluarganya dan Syi‘ahnya seraya
berkata:
"Khalifah-khalifah
sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah
s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar
janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika
aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana
di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku,
meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang
mengetahui kelebihanku dan imamahku
melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa
pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah
ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan
timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w,
mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w,
mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari
masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid);
mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang
terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami
mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar
yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan
meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa
Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya,
memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin,
melaksanakan khums sebagaimana
difardukan Allah (swt).
Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi
s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka
pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di
atas al-Khuffain, mengenakan hukum
had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji
sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat
jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir
Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan
orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, iaitu
Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya,
memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di
mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum
al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya,
mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya,
mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan
terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan
Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara
meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan golongan supaya tidak
melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu
dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah
bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak:
"Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud
menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan
sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang
menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada
pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).
Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal
(7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah
dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan,
iaitu di hari bertemunya dua pasukan.”.
Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi
l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w
sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan
ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di
kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan
apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah
menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah
kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.
Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan
kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan
sedekah orang ramai (ausakh al-Nas).
Justeru mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang
kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada
fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu
l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah
menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha
Tinggi dan Perkasa.
Khutbah
Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Dukacitanya Di Atas Apa Yang Berlaku.
22. Ahmad bin Muhammad al-Kufi, daripada
Ja‘far bin Abdullah al-Muhammadi, daripada Abu Ruh Faraj bin Qurrah, daripada
Ja‘far bin Abdullah, daripada Mas‘adah bin Sadaqah, daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah di Madinah, beliau a.s
telah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi serta keluarganya. Kemudian
beliau a.s berkata:
Amma
ba‘d, adapun kemudian daripada itu, bahawa sesungguhnya Allah tidak
memusnahkan penguasa-penguasa semasa melainkan selepas penangguhan dan
kesenangan. Dia tidak memaksa untuk memecahkan kekuatan umat melainkan selepas
kehinaan dan bala. Wahai manusia, kamu tidak menerimaku dengan baik. Kamu
membelakangi khutbahku. Bukan semua yang mempunyai hati dapat membuka mata
hatinya.Bukan semua yang mempunyai pendengaran dapat mendengar. Bukan semua
yang mempunyai mata dapat melihat dengan tepat.
Wahai hamba-hamba Allah!
Perbaikkanlah penglihatan kamu padanya. Kemudian lihatlah kepada pengaruh
mereka. Mereka adalah di atas sunnah keluarga Fir‘aun menikmati segala-galanya.
Kemudian lihatlah bagaimana Allah menamatkan
kehidupan mereka yang mewah. Sesiapa yang bersabar di kalangan kamu,
akhirnya ke syurga, kekal di dalamnya selama-lama. Alangkah aneh! Kenapa aku
tidak terasa aneh mengenai kesalahan berbagai-bagai puak yang berlainan hujah
di dalam agama mereka.
Mereka tidak mematuhi sunnah nabi dan tidak mengikuti amalan wasi.
Mereka tidak beriman dengan perkara ghaib, mereka tidak memaafkan keaiban.
Perkara yang baik pada mereka adalah apa yang mereka tahu dan perkara mungkar
di sisi mereka adalah apa yang mereka ingkar. Setiap orang daripada mereka adalah imam untuk dirinya, melakukan apa dia
fikir baik. Justeru mereka sentiasa melakukan kezaliman dan menambahkan
kesalahan. Mereka tidak dapat mendekati diri (taqarruban) kepada Allah, malah mereka semakin jauh.
Mereka bersahabat dan saling mempercayai di kalangan mereka sahaja.
Semuanya menjadi satu kejutan terhadap apa yang diwarisi nabi s.a.w. Malah
mereka bertambah liar kepada berita Pencipta langit dan bumi. Mereka adalah
orang yang rugi, gua kesamaran, ahli kesesatan dan parasangka. Sesiapa yang
telah diwakilkan Allah untuk dirinya dan pendapatnya, maka dia adalah terjamin
di sisi orang yang tidak mengetahuinya, terlepas daripada tuduhan di sisi orang
yang tidak mengetahuinya.
Mereka sepertilah binatang ternakan yang telah hilang penjaganya,
berdukacita di atas perbuatan Syi ‘ahku selepas kasih sayang mereka pada hari
ini. Bagaimana sebahagian akan menghina akan sebahagian yang lain selepasku dan
bagaimana mereka melakukan pembunuhan ke atas sebahagian yang lain. Perpecahan
besok adalah daripada tunjang ke cabangnya, mengharap kejayaan tanpa rancangan.
Setiap golongan berpegang kepada satu dahan. Apabila dahan itu condong,
maka dia condong bersamanya. Sedangkan Allah-Segala pujian untuk-Nya- akan
mengumpulkan mereka pada suatu hari yang malang bagi Bani Umayyah sebagaimana
Dia mengumpulkan kesejukan musim sejuk- Allah akan menjinakkan di kalangan
mereka. Kemudian Dia menjadikan mereka timbunan seperti timbunan awan. Kemudian
Dia membuka untuk mereka beberapa pintu untuk mereka melaluinya seperti dua
kebun di dalam kebanjiran.
Kemudian Dia mengutus pelarian yang tidak mematuhi sunnah-Nya, lalu Dia
mencampakkan mereka di perut lembah dan mengeluarkan mata air serta mengambil
hak sesuatu golongan di tempat mereka dengan sewajarnya. Ini adalah kerana
mengusir Bani Umayyah dan mereka tidak akan menjadi perampas lagi. Allah akan
meletakkan mereka di suatu sudut khusus bagi menentang perbuatan mereka yang
jahat.
Demi Yang telah memecah biji-bijian dan menyuburkan jiwa bahawa ia akan
berlaku sedemikian. Seolah-olah aku sedang mendengar suara kuda dan percakapan
tentera mereka. Demi Allah, apa yang berada di tangan mereka akan cair dan
hilang selepas ketinggian dan kekuasaan mereka di dalam negara. Umpama cairnya
besi di atas api. Sesiapa yang mati di kalangan mereka, maka dia mati di dalam
sesat. Dan kepada Allah a.w melaksanakan hukuman-Nya ke atas mereka yang
melakukannya. Allah akan menerima taubat daripada mereka yang bertaubat.
Mudah-mudahan Allah menghimpunkan Syi‘ahku selepas perselisihan bagi
menghadapi hari yang paling dukacita bagi Bani Umayyah. Tiada pilihan bagi
sesiapapun, malah pilihan dan urusan adalah bagi Allah.
Wahai manusia, sesungguhnya mereka yang menuntut Imamah yang bukan di kalangan ahlinya adalah ramai jika kamu tidak
benar-benar mengetahui kebenaran dan jika kamu tidak dapat menolak kebatilan.
Orang seperti kamu tidak akan berani melakukannya apatah lagi bagi melenyapkan
ketaatan dan menjauhkannya daripada ahlinya. Tetapi kamu akan menghadapi
keadaan yang sama dengan Bani Israel
yang telah sesat pada masa Musa Bin Imran a.s. Kesesatan kamu akan bertambah
selepasku berlipat ganda. Sekiranya
kamu dapat hidup selepasku masa pemerintahan Bani Umayyah, maka sesungguhnya
kamu akan berhadapan dengan kuasa yang menyeru kepada kesesatan. Dan Kamu
menghidupkan kebatilan.
Kamu membelakangi kebenaran, memutuskan
perhubungan yang rapat dengan ahli Badr. Sementara itu kamu menghubungi mereka
yang jauh di kalangan anak-anak mereka yang memerangi Rasulullah s.a.w. Aku
bercita-cita jika kuasa yang berada di tangan mereka itu hilang, maka bagi kami
perkiraannya bagi menghukum mereka dengan sewajarnya. Apabila berakhirnya hari
mereka, maka bintang akan terserlah di timur dan bulan yang bersinar akan terserlah
kepada kamu.
Apabila ia berlaku sedemikian, maka
bersegeralah bertaubat. Dan ketahuilah jika kamu mengikuti sinar timur, nescaya
kamu mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. Kamu dapat mengobati daripada buta,
pekak dan bisu. Kamu memadai apa yang ada dan meninggalkan beban tanggungan di
tengkuk kamu. Allah tidak menjauhi melainkan mereka yang enggan (abaa) dan zalim serta mengambil sesuatu
yang bukan haknya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syu ‘ara’ (26): 227
“Dan orang yang zalim itu kelak akan
mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali”
Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Kezaliman dan
Penindasan
23. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ali
bin Ri’ab dan Ya‘qub al-Sarraj, daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya
Amir al-Mukminin a.s apabila dilantik selepas pembunuhan Uthman, maka beliau
a.s menaiki mimbar dan berkata: Segala puji bagi Allah Yang Maha Tinggi. Dia
Maha dekat dan Maha Tinggi di atas sesuatu penglihatan.
Aku
naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa. Dan aku
naik saksi bahawa sesungguhnya bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya,
penutup segala nabi, hujah Allah ke atas alam sejagat, membenarkan segala para rasul yang terdahulu.
Dia bersifat kasihan belas kepada mukminin. Maka selawat Allah dan para
malaikat-Nya ke atasnya dan keluarganya.
Adapun kemudian daripada itu. Amma
ba‘du, wahai manusia, sesungguhnya kezaliman membawa pelakunya kepada
neraka. Sesungguhnya orang pertama yang telah melakukan kezaliman (bagha) ke atas Allah adalah ‘Unaq binti Adam dan ia merupakan orang yang
pertama dibunuh oleh Allah di suatu tempat di bumi bernama Jarib. Dia mempunyai
dua puluh anak jari tangan dan setiap anak jari mempunyai dua kuku yang
panjang. Lantas Allah menguasainya dengan seekor singa seperti gajah dan seekor
serigala seperti unta serta seekor helang seperti baghal, lalu mereka
membunuhnya. Sesungguhnya Allah telah membunuh mereka yang perkasa dan zalim (al-Jababirah) mengikut keadaan mereka
yang selayaknya. Dia telah mematikan Haman, membinasakan Fir‘aun dan membunuh
Uthman.
Sesungguhnya bala kamu telah kembali sebagaimana keadaannya pada hari
Allah mengutus Nabi-Nya s.a.w. Demi Yang telah mengutusnya dengan kebenaran
bahawa kamu akan menyayi seperti burung murai, bergembira seperti burung gagak
dan anda akan mengangkat “tongkat kadar”
sehingga yang di bawah kamu kembali ke atas dan yang tinggi kamu akan kembali
ke bawah. Orang yang terdahulu hendaklah di dahulukan, tetapi mereka telah
mengabaikannya.
Demi
Allah aku bukanlah menyembunyikan penentanganku dan aku tidak sedikit pun
berbohong. Sesungguhnya aku telah meramalkan keadaan ini. Pada hari ini
kesalahan adalah seperti kuda liar yang ditunggang oleh ahlinya dan dicabut
tali mulutnya, kemudian ia membawanya ke nereka. Sesungguhnya takwa merupakan
binatang tunggangan yang baik,
ditunggang oleh ahlinya, dibukakan kepadanya pintu-pintu syurga dan mendapati
bauannya yang harum. Dikatakan kepadanya: “Dan
masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi
aman” (Surah
akl-Hijr(15):46)
Sesungguhnya ramalan ini telah didahului oleh orang yang terdahulu
daripadaku. Sesungguhnya tiada nabi selepas nabi Muhammad s.a.w yang dapat
menyelamatkan mereka daripada api neraka Jahanam. Kebenaran dan kebatilan ada
penyokongnya. Aku hanya bekerja keras, tetapi aku khuatir kamu akan menjadi
jemu denganku kerana tidak sependapat denganku. Jika aku mahu aku berkata:
Allah memaafkan apa yang telah berlaku. Dua orang lelaki telah mendahuluinya
(Uthman), lalu datang yang ketiga seperti burung gagak yang mementingkan
perutnya.
Celaka baginya, jika dikerat dua sayapnya dan dipotong kepalanya adalah
lebih baik baginya. Jauh dari syurga dan
neraka di hadapannya. Tiga, dua dan lima, tiada bagi mereka yang ke enam:
Malaikat berterbang dengan dua sayapnya, seorang nabi yang Allah memegang di
kedua ketiaknya. Seorang mujtahid yang gigih, penuntut yang mengharapkan, dan
orang yang cuai adalah di neraka. Kanan dan kiri adalah menyesatkan. Jalan
tengah adalah jalan yang didatangi kitab dan athaar kenabian. Binasalah orang yang menuntut bukan haknya.
Rugilah orang yang menipu. Sesungguhnya Allah telah mengajar umat ini dengan
pedang dan cemeti yang mana seorang Imam tidak menahan diri daripada
kedua-duanya. Justeru bersembunyilah di rumah-rumah kamu dan perbaikilah
silaturahim di antara kamu serta taubat daripada kamu. Sesiapa yang menzahirkan
penentangannya kepada kebenaran akan
binasa
Hadis
Ali Bin Al-Husain A.S
24. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
al-Hasan bin al-Mahbub, daripada Hilal bin ‘Atiyyah daripada Abu Hamzah,
daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya orang yang paling dicintai
Allah adalah orang yang paling baik amalannya. Sesungguhnya orang yang paling
besar amalannya di sisi Allah adalah orang yang
paling besar cintanya kepada Allah.
Orang yang paling berjaya dari azab Allah adalah orang yang paling takut
kepada-Nya. Orang yang paling hampir kepada Allah adalah orang yang paling baik
akhlaknya. Orang yang paling diredai Allah adalah orang yang bertanggungjawab
terhadap keluarganya. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa
kepada-Nya.
Alamat-Alamat
Akhir Zaman
25. Daripada para sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa
bin Umar al-Saiqal, daripada Abu Syu‘azib al-Muhamili, daripada Abdullah bin
Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Akan
tiba suatu zaman, orang yang jahat (faajir)
dihormati, pelawak atau pelakon didekati dan orang yang insaf diperkecilkan.
Abu Abdullah a.s berkata: Ada orang berkata kepadanya: Bilakah perkara
itu akan berlaku, wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s berkata: Apabila amanah
diambil sebagai harta rampasan, zakat sebagai hutang, ibadat sebagai perkara
yang boleh ditangguhkan dan silaturahim diputuskan.
Abu Abdullah a.s berkata: Ada orang bertanya: Bilakah perkara itu akan
berlaku, wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s berkata: Apabila perempuan memegang
kuasa, lalu mereka menggunakan para hamba dan remaja.
Pembahagian
Harta Dengan Saksama
26. Daripada beberapa para sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad,
daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Ja‘far al-‘Uqba secara marfuu’ berkata: Amir al-Mukminin a.s
telah memberi khutbah, lalu beliau a.s memuji Allah, kemudian berkata:
Sesungguhnya Adam tidak melahirkan seorang hamba lelaki dan seorang hamba
perempuan (lam yalid ‘abdan wa la amatan).
Sesungguhnya manusia semuanya merdeka, tetapi Allah melebihkan sebahagian kamu
ke atas sebahagian yang lain.
Sesiapa yang menghadapi bala, maka hendaklah dia bersabar tanpa memarahi
Allah. Kadang-kadang berlaku sesuatu sedangkan kami adalah sama di antara yang
hitam dan yang merah. Marwan berkata kepada Talhah dan al-Zubair: Beliau (Ali
a.s) tidak menghendaki perkara ini selain daripada kamu berdua. Marwan berkata:
Beliau (Ali a.s) telah memberi setiap orang tiga dinar. Beliau a.s telah
memberi seorang lelaki Ansar sebanyak tiga dinar. Kemudian datang budak hitam,
lalu beliau a.s memberi tiga dinar. Lantas lelaki Ansar berkata: Wahai Amir
al-Mukminin, budak ini aku telah memerdekakannya kelmarin, tetapi anda
menjadikan aku dan dia sama? Beliau a.s
berkata: Sesungguhnya aku telah melihat pada Kitab Allah, maka aku tidak dapati
kelebihan anak-anak Ismail ke atas anak-anak Ishaq.
Hadis
Nabi S.A.W Ketika Dibentangkan Kuda
Kepadanya
27. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Salim, daripada Ali bin
Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada Muhammad bin
Yahya, daripada Muhammad bin Abu al-Qasim, daripada al-Husain bin Abu Qatadah,
daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata:
Rasulullah s.a.w telah keluar ketika pembentangan kuda, kemudian beliau s.a.w melalui kubur Abu Uhaihah, maka
Abu Bakr berkata: Allah melaknati tuan kubur ini, demi Allah, jika dia
menentang jalan Allah dan membohongi Rasulullah s.a.w.
Kemudian anak lelaki si mati bernama Khalid berkata: Allah melaknati Abu
Qahafah, kerana dia tidak menghormati tetamu dan tidak memerangi musuh.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Qahafah: Jika kamu berhadapan dengan
musyrikin, maka jadikan ungkapan kamu secara umum bukan secara khusus. Lantas
Khalid menjadi marah, kemudian berdiri, lalu kuda ditunjukkan kepadanya.
Kemudian seekor kuda melaluinya, “Uyainah bin Hasn berkata: Kuda ini begini dan
begini, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Datanglah kepada kami, kerana aku lebih
mengetahui mengenai kuda daripada anda, maka ‘Uyainah berkata: Aku lebih
mengetahui mengenai al-Rijal (lelaki)
daripada anda.
Lantas Rasulullah s.aw memarahinya sehingga kelihatan mukanya merah
sambil bersabda kepadanya: Manakah lelaki yang lebih baik? ‘Uyainah bin Hasn
berkata: Lelaki yang paling baik adalah di Najd. Mereka meletakkan
pedang-pedang mereka di atas bahu-bahu mereka sementara anak panah di dalam
kotak kuda mereka. Kemudian mereka melontarkannya ke hadapan.
Rasulullah s.a.w bersabda: Anda telah berbohong. Ini adalah kerana
lelaki Yaman adalah lebih baik mengenai keimanan dan hikmah. Sekiranya tiada
hijrah, nescaya aku seorang daripada ahli Yaman. Dingin dan keras hati adalah
kaum Badwi. Rabi‘ah dan Mudhar adalah yang paling ramai memasuki syurga.
Hadhramaut adalah lebih baik daripada Amir bin Sa‘sa‘ah. Menurut riwayat yang
lain adalah lebih baik daripada al-Harith bin Mu‘awiyah. Bajilah adalah lebih
baik daripada Ra‘al dan Zakwan. Jika Lahayan binasa, aku tidak peduli. Kemudian
baginda bersabda: Allah melaknati empat raja: Jamdan, Makhusan, Musyrihan dan
Abdha‘ah serta adik perempuan mereka bernama al-‘Umradah. Allah melaknati al-Muhallil dan al-Muhallalah. Dan sesiapa yang mewalikan orang yang bukan walinya.
Sesiapa yang mendakwa keturunan yang tidak dikenali. Orang yang menyerupai kaum
lelaki dan perempuan. Perempuan yang menyerupai lelaki. Sesiapa yang melakukan
bid‘ah di dalam Islam atau melindungi orang yang melakukan bid‘ah.
Sesiapa yang membunuh bukan pembunuhnya atau memukul bukan orang yang
memukulnya dan orang yang melaknati kedua ibu bapanya. Seorang lelaki berkata:
Wahai Rasulullah, adakah ada lelaki yang melaknati kedua ibu bapanya? Baginda
bersabda: Dia melaknati bapa-bapa dan ibu-ibu orang lain, lalu mereka melaknati
dua ibu bapanya. Allah melaknati Ra‘ian, Zakwan, ‘Adhlan, Lahayan dan
al-Mujzamin di kalangan Asad,
Ghatafan, Abu Sufyan bin Harb, Syahbala, dua anak lelaki kepada Malikah bin
Jazim, Marwan, Huwazah dan Huwanah.
Nasihat
Amir Al-Mukminin A.S Kepada Maulanya Yang Telah Lari Kepada Mu‘awiyah.
28. Ali bin Ibrahim, daripada
Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada sebahagian daripada sahabatnya
daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang maula kepada Amir al-Mukminin a.s telah meminta harta daripada Amir
al-Mukminin a.s, maka beliau a.s berkata: Akan dikeluarkan pemberianku (‘ata’i), maka aku akan membahagikannya
kepada anda, lalu dia berkata: Aku tidak berpuas hati, lalu dia keluar kepada
Mu‘awiyah. Lalu dia diterima oleh Mu‘awiyah.
Lelaki itu menulis surat kepada Amir al-Mukminin a.s memberitahunya
mengenai harta yang dia perolehi daripada Mu‘awiyah. Maka Amir al-Mukminin a.s
menulis surat kepadanya: Adapun kemudian daripada itu, amma ba‘d, sesungguhnya harta yang ada di tangan anda itu ada
pemiliknya sebelum anda dan ia menjadi milik ahlinya selepas anda. Sesungguhnya
milik anda adalah apa yang aku peruntukkan untuk diri anda (ma mahhadtu li-nafsi-ka). Justeru
cintailah diri anda demi kebaikan anak lelaki anda.
Ini adalah kerana anda mencukupi syarat salah seorang daripada dua
lelaki: Seorang lelaki yang beramal kerana mentaati Allah, lalu dia menjadi
bahagia dengan apa yang anda alami atau dia seorang lelaki yang melakukan
sesuatu kerana maksiat kepada Allah, lalu dia menderita kerana anda memberi
bukan haknya kepadanya. Tiada seorangpun di dalam kedua-dua keadaan ini layak
untuk memberi sesuatu kepada anda. Lantaran itu, letaklah harapan bagi orang
yang telah mati sebagai mengharapkan
rahmat Allah. Dan percayalah bagi orang yang masih hidup dengan rezeki
Allah.
Percakapan
Ali Bin Al-Husain A.S
29. Muhammad bin Yahya telah memberitahuku, daripada Ahmad bin Muhammad
bin Isa dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub,
daripada Abdullah bin Ghalib al-Asadi daripada bapanya, daripada Sa‘id bin
al-Musayyab berkata: Ali bin al-Husain a.s telah memberi nasihat kepada orang
ramai di masjid Rasulullah s.a.w pada
setiap jumaat supaya zuhud di dunia dan beramal dengan amalan akhirat. Beliau
a.s berkata:
Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa
sesungguhnya kamu kepada-Nyalah akan dikembalikan. Maka setiap jiwa akan
mendapati apa yang dilakukannya di dunia ini sama ada baik dan buruk di
hadapannya kelak. Ia mahu jika di antara dunia dan dirinya masa yang panjang dan
Allah memperingatkan kamu mengenai diri-Nya. Aduhai anak Adam yang pelupa
sedangkan ia tidak dilupai.
Wahai anak Adam, sesungguhnya ajal kamu adalah lebih cepat kepada kamu.
Ia telah mendatangi kamu dan hampir mendapati kamu. Seolah-olah ajal kamu telah
sampai dan malaikat telah mengambil roh kamu dan kamu berada di dalam kubur
kamu seorang diri. Lalu dikembalikan roh kamu. Dua malaikat Mungkar dan Nakir
bergegas kepada kamu kerana mahu bertanya kamu dan menguji kamu.
Sesungguhnya perkara yang pertama mereka berdua akan bertanya kepada
kamu adalah mengenai Tuhan yang kamu sembah, mengenai nabi kamu yang diutus
kepada kamu, mengenai agama yang kamu anuti, mengenai Kitab yang kamu
membacanya dan mengenai Imam yang kamu mewalikannya. Kemudian mengenai umur
yang kamu habiskan.
Harta dari manakah kamu mendapatinya dan kepada siapa kamu
membelanjakannya. Berwaspadalah dan renunglah diri kamu. Sedialah jawapan
sebelum ujian. Sekiranya kamu seorang mukmin mengetahui dengan agama kamu mengikuti
golongan yang benar, mewalikan para wali Allah, nescaya Allah menerima hujah
kamu, lidah kamu bercakap dengan benar dapat menjawab dengan baik, lalu kamu
diberi khabar gembira dengan syurga dan keredaan-Nya. Para malaikat
mengalu-ngalukan kamu dengan gembira.
Sekiranya kamu tidak sedemikian, lidah kamu tidak dapat bertutur, hujah
kamu dapat ditumpaskan dan kamu tidak dapat menjawab. Lantas kamu diberi khabar
sedih dengan neraka. Lalu malaikat azab mengalu-ngalukan kamu dengan neraka
jahim. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa sesungguhnya azab yang paling
digeruni adalah pada hari berlakunya Kiamat yang mana Allah mengumpulkan
golongan yang terdahulu dan terkemudian. Hari ditiupkan di dalam pelbagai
bentuk manusia dan dikeluarkan mereka di dalam kubur. Iaitu hari yang tidak
diambil fidyah, tidak diterima kemaafan dan taubat. Hanya apa yang ada sebagai
balasan kebaikan dan balasan kejahatan. Sesiapa di kalangan mukminin
mengerjakan amalan baik di dunia meskipun sebesar biji sawi, maka dia akan mendapatinya di akhirat. Sebaliknya
sesiapa di kalangan mukminin mengerjakan amalan jahat di dunia ini meskipun sebesar biji sawi, maka dia akan
mendapatinya di akhirat.
Justeru berwaspadalah, wahai manusia, daripada dosa dan maksiat yang
dilarang oleh Allah di dalam Kitab-Nya. Kamu tidak terlepas daripada balasan
Allah, peringatan dan ugutan-Nya ketika syaitan yang terkutuk menyeru kamu
kepada kelazatan syahwat di dunia ini. Sesungguhnya Allah a.w berfirman di dalam Surah al-A‘raaf (97):
201 “ Sesungguhnya golongan yang bertakwa
bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka
ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”
Lantaran itu, biasakanlah hati kamu supaya takutkan Allah dan ingatlah
apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu ketika kamu kembali kepada-Nya
dengan pahala-Nya sebagaimana Dia telah menakutkan kamu dengan balasan-Nya.
Justeru sesiapa yang takutkan sesuatu, maka dia akan berwaspada mengenainya.
Sesiapa yang berwaspada mengenai sesuatu, dia akan menjauhinya. Lantaran itu,
janganlah kamu lalai kepada kecantikan dunia yang penuh dengan kelicikan. Allah
berfirman di dalam Surah al-Nahl (16): 45-6 “Maka apakah golongan yang membuat makar yang jahat itu, merasa aman
(dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya
azab kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedari. atau Allah mengazab
mereka ketika mereka di dalam perjalanan, maka sekali-kali mereka tidak dapat
menolak (azab itu)”
Justeru berwaspadalah mengenai apa yang telah diterangkan oleh Allah dan
renunglah apa yang telah dilakukan-Nya terhadap golongan yang zalim di dalam Kitab-Nya dan kamu tidak dapat
mengelakkan diri kamu sebagaimana berlaku kepada mereka. Sesungguhnya orang
yang bahagia adalah orang yang menerima nasihat orang lain. Sesungguhnya Allah
telah menerangkan kepada kamu apa yang dilakukan kepada golongan yang zalim
sebelum kamu sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 11-15 “Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang
zalim yang telah kami binasakan”.
Apa yang dimaksudkan dengan negeri (qaryah)
adalah penduduknya sebagaimana firman-Nya di dalam ayat yang sama “Dan kami adakan sesudah mereka itu kaum yang
lain (sebagai penggantinya)” Dan firman-Nya di dalam ayat yang sama “Maka tatkala mereka merasakan azab kami,
tiba-tiba mereka lari tergesa-gesa daripadanya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang
kamu telah rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu (yang baik) supaya kamu
ditanya. Mereka berkata: Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah golongan yang zalim. Maka tetaplah demikian keluhan mereka, sehingga kami jadikan mereka
sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi”
Demi Allah, inilah nasihat untuk
kamu bagi menakutkan kamu. Jika kamu menerima nasihat dan takut, maka firman
Allah itu dikembalikan kepada pelaku dosa dan maksiat. Allah berfirman di dalam
Surah al-Anbiyaa’ (21) : 46 “Dan
sesungguhnya jika mereka ditimpa sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, pastilah
mereka akan berkata: Aduhai, celakalah kami, bahawasanya kamilah orang yang
menzalimi diri sendiri”
Jika kamu berkata: Wahai manusia, sesungguhnya Allah maksudkan ayat ini
untuk ahli syirik, maka jawapannya bagaimana Dia berfirman di dalam Surah yang
sama ayat 47 “Kami akan memasang
timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang
sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami
mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah kami menjadi golongan yang membuat
perhitungan”
Ketahuilah wahai hamba Allah bahawa ahli syirik tidak diadakan timbangan
dan dewan untuk mereka. Sesungguhnya mereka dikumpulkan terus ke neraka jahanam
secara berkelompak. Sesungguhnya timbangan dan dewan diadakan untuk golongan
Islam. Justeru bertakwalah kepada Allah, wahai hamba-hamba Allah, ketahuilah
bahawa Allah tidak suka kepada perhiasan dunia dan mempercepatkannya kepada
salah seorang para walinya.
Sesungguhnya Dia telah menciptakan dunia dan menciptakan ahlinya bagi
menguji mereka mengenai siapakah di kalangan mereka yang baik amalannya untuk
akhiratnya. Demi Allah, Dia telah memberi contoh yang banyak kepada kamu dan
memaparkan ayat-ayat kepada mereka supaya mereka berfikir. Tiada kekuatan
melainkan dengan Allah. Justeru amalkan zuhud di dunia sebagaimana
diperintahkan oleh Allah. Dia berfirman di dalam Surah Yunus (10): 24 “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi
itu, adalah seperti air (hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah
dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang
dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna
keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira
bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab-azab kami
di waktu malam atau siang, lalu kami jadikan (tanam-tanaman) laksana
tanam-tanaman yang telah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin.
Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (kami) kepada golongan yang
berfikir”
Justeru jadilah kamu hamba-hamba Allah yang berfikir dan janganlah
cenderung kepada dunia, kerana Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w di
dalam Surah Hud (11): 113 “Dan janganlah
kamu cenderung kepada golongan yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api nereka”. Lantaran itu, janganlah
kamu cenderung kepada perhiasan dunia seperti orang yang mengambilnya sebagai
tempat tinggal yang kekal (daar qaraar) atau sebagai rumah syaitan ( manzil
syaitan), kerana dunia adalah tempat beramal.
Justeru berbekallah dengan amal yang soleh di dunia sebelum berlalunya
hari-harinya sebelum kerosakannya. Ia akan dirosakkan oleh Yang membinanya. Aku
memohon pertolongan dari Allah untuk kami dan kamu supaya ditambahkan takwa dan
zuhud di dunia. Dia menjadikan kami dan kamu di kalangan golongan yang zuhud di
dunia ini, kerana inginkan pahala di akhirat. Selawat dan salam kepada Muhammad
dan keluarganya.
Hadis
Syeikh Bersama Al-Baqir A.S
30. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Seorang lelaki daripada
sahabat kami, daripada al-Hakam bin ‘Utaibah berkata: Manakala aku bersama Abu Ja‘far a.s, rumahnya adalah penuh dengan
keluarganya. Tiba-tiba seorang syeikh datang bertongkat dengan kambingnya
sehingga dia sampai ke pintu rumah.
Beliau berkata: Salam ke atas anda, wahai anak lelaki Rasulullah, rahmat
dan berkat-Nya. Kemudian beliau diam, lalu Abu Ja‘far a.s berkata: Salam
kembali ke atas anda. Kemudian syeikh berhadapan dengan keluarganya a.s dan berkata: Salam ke atas kamu semua,
kemudian beliau diam sehingga mereka menjawab salamnya. Kemudian beliau
berhadapan dengan Abu Ja‘far a.s dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah
s.a.w, dekatilah aku, Allah jadikan aku tebusan anda. Demi Allah, sesungguhnya
aku mencintai kamu (inni la-uhibbu-kum)
dan aku mencintai orang yang mencintai kamu.
Demi Allah, aku tidak mencintai kamu dan aku tidak mencintai orang yang
mencintai kamu kerana tamak kepada dunia. Demi Allah, aku memarahi musuh kamu
dan melepaskan diriku daripadanya ( inni
la-abghadhu ‘aduwwa-kum wa abra’u min-hu). Demi Allah, aku tidak
memarahinya dan melepaskan diriku daripadanya kerana ketegangan di antara aku
dan dia. Demi Allah, aku akan menghalalkan halal kamu dan mengharamkan haram
kamu dan aku menunggu urusan kamu, adakah anda mengharapkan aku? Allah jadikan
aku tebusan anda? Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Kepadaku, kepadaku sehingga
beliau a.s memintanya duduk di sisinya, kemudian berkata: Wahai syeikh,
sesungguhnya bapaku Ali bin al-Husain a.s telah didatangi oleh seorang lelaki
yang telah bertanya kepadanya sebagaimana anda bertanya kepadaku, maka bapaku
berkata keadanya: Sekiranya anda mati, anda akan dikembalikan kepada Rasulullah
s.a.w, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Ali bin al-Husain. Hati anda akan gembira,
dada anda menjadi lapang, mata anda akan menjadi tenang dan anda akan disambut
dengan meriah bersama malaikat al-Kiram
al-Katibin jika nyawa anda sampai di
halkum. Sekiranya anda hidup, anda akan melihat ketenangan yang dikurniakan
oleh Allah kepada anda dan anda akan bersama kami di tempat yang tinggi.
Syeikh berkata: Bagaimana anda berkata sedemikian, wahai Abu Ja‘far? Maka beliau a.s mengulangi
kembali kata-katanya. Syeikh berkata: Allah Akbar, wahai Abu Ja‘far, jika aku
mati (in ana muttu) aku akan
dikembalikan kepada Rasulullah s.a.w, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Ali bin
al-Husain a.s, mataku menjadi tenang, hatiku bergembira, dadaku menjadi lapang
dan aku akan disambut dengan meriah bersama malaikat al-Kiram al-Katibin sehingga nyawaku sampai ke halkum. Sekiranya
aku hidup, aku akan melihat ketenangan yang dikurniakan oleh Allah kepadaku dan
aku akan bersama kamu di tempat yang tinggi?!!
Kemudian syeikh mulai menangis tersedu-sedu sehingga beliau melekat
pipinya di bumi. Ahlu l-Bait menangis
tersedu-sedu manakala mereka melihat keadaan syeikh. Abu Ja‘far a.s datang,
lalu menyapu linangan air mata syeikh dengan
anak jarinya. Kemudian syeikh mengangkat kepalanya sambil berkata kepada
Abu Ja‘far a.s: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, hulurkan tangan anda
kepadaku, Allah jadikan aku tebusan anda, lalu beliau memegang tangannya, terus
mengucupnya dan meletakkannya di atas dua matanya dan pipinya.
Kemudian beliau meletakkannya di atas perutnya dan dadanya sambil
berkata: Salam ke atas kamu, maka Abu Ja‘far a.s melihat di belakang kepalanya.
Kemudian beliau a.s berhadapan dengan orang ramai, lalu berkata: Sesiapa yang
ingin melihat kepada seorang lelaki daripada ahli syurga (man ahabba an yanzura ila rajulin min ahli al-Jannah), maka
hendaklah dia melihat kepada lelaki ini (fa-l
yanzur ila haadhaa). Al-Hakam bin ‘Utaibah berkata: Aku tidak pernah
melihat satu majlis ratapan seperti ini.
Kisah
Penjual Minyak (sahib al-Zait)
31.
Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam,
daripada sebahagian daripada sahabat kami daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Seorang lelaki penjual minyak amat mencintai Rasulullah s.a.w. Apabila beliau
mahu pergi untuk mendapatkan keperluannya, beliau tidak akan pergi sehingga
beliau melihat kepada Rasulullah s.a.w dan baginda s.a.w mengetahui perkara ini
daripadanya. Apabila lelaki itu datang, baginda s.a.w memberi peluang kepadanya
sehingga beliau dapat melihat kepadanya.
Pada suatu hari, beliau datang berjumpa
Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w melayaninya sehingga beliau dapat
melihatnya, kemudian beliau pergi untuk mendapat keperluannya (madha fi hajati-hi). Belum sempat beliau
pulang, baginda s.a.w melihatnya, lalu baginda s.a.w memberi isyarat kepadanya
dengan tangannya supaya lelaki itu duduk, maka baginda s.a.w pun duduk sambil bersabda: Apakah yang anda
[1] Jika kamu tidak mampu bertindak dengan bijak.
[2] Meskipun sedemikian, mereka masih mengatakan bahawa merekalah di
atas kebenaran.
[3] Menggunakan demokrasi untuk menolak nas, kemudian mereka mengikut
hawa nafsu mereka.
[4] Ia mengikut keadaan semasa.
[5] Mana-mana sunnah sahabat yang menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w
hendaklah ditolak.
[6] Wajib mengambil kira keselamatan diri dan rakan-rakan.
[7] Termasuk pembayaran khums.
[8] Pengikut para Imam a.s.
[9] Penentang para Imam a.s
[10] Umpamanya mengenai kelebihan para imam a.s dan lain-lain.
[11] Kezaliman terhadap Syi‘ah tidak mendapat simpati daripada kaum
Wahabi dan mereka seumpamanya.
[12] Secara taqiyyah.
[13] Marja’ Taqlid bukanlah
untuk berselisih faham.
[14] Jangan sekali-kali memaksa seseorang berpegang kepada ajaran Ahlul
Bait a.s melainkan dengan kerelaan hatinya.
[15] Darjat ketinggian, mercu ketinggian, jalan dan tangga bagi
mendapatkan keredaan Allah.
[16] Abu Bakr dan Umar.
[17] Abu Bakr.
[18] Umar.
[19] Abu Bakr.
[20] Ibu Abu Bakr gemar memakan lalat.
[21] Penguasa menindas kami, mengusir kami, memenjarakan kami dan
membunuh kami dengan pertolongan ulama mereka yang jahat.
[22] Khalifah al-Mansur al-Dawaniq.
[23] Tukang sihir.
[24] Gerhana bulan dan matahari.
[25] Al-Suyuti, al-Itqaan,
iii, hlm. 82, al-Durr al-Manthur, v,
hlm. 180 meriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawa dia berkata: Surah al-Ahzab
dibaca pada zaman Rasulullah s.a.w sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa Uthman
menulis mashaf ia tinggal hanya 73 ayat sahaja.
[26] Di antara kelebihan Imam Ali a.s.
___________________________
telah melakukan sesuatu pada hari ini dan
tidak melakukannya sebelum ini?
Beliau berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, demi Yang mengutus anda dengan
kebenaran sebagai seorang nabi (wa lladhi
ba‘atha-ka nabiyyan), hatiku begitu merindukan anda sehingga aku tidak
mampu menunaikan keperluanku sehingga aku pulang kepada anda. Lalu baginda
s.a.w berdoa untuknya dengan kebaikan. Kemudian Rasulullah s.a.w tidak
melihatnya beberapa hari.
Lalu baginda s.a.w bertanya mengenainya. Ada orang berkata kepada
baginda s.a.w: Wahai Rasulullah, kami tidak melihatnya beberapa hari. Lantas
Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya datang ke kedai minyak (sauq al-Zait) yang mana tiada seorangpun
di kedai itu, lalu baginda s.a.w bertanya jiran-jiran nya. Mereka berkata:
Wahai Rasulullah s.a.w, lelaki itu telah mati. Beliau di sisi kami adalah
seorang yang amanah lagi benar, tetapi beliau mempunyai satu sifat, baginda s.a.w
bertanya: Apakah ia? Mereka berkata: Beliau mengikut perempuan (yatba‘ al-Nisa’), lantas Rasulullah
s.a.w bersabda: Allah memberi rahmat kepadanya, demi Allah, beliau telah
mencintai aku (kana yuhibbu-ni hubban),
jika beliau seorang pengembala binatang ternakan sekalipun, nescaya Allah mengampunkannya.
Kami
Di Sisi Mereka Adalah Lebih Jahat Daripada Yahudi, Nasara, Majusi Dan
Musyrikin.
32. Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Abu Abdullah, daripada ‘Uthman bin Isa daripada Maisar berkata: Aku
telah berjumpa Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana dengan para sahabat anda?
Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami di sisi mereka adalah lebih
jahat (Laa-nahnu ‘inda-hum asyarru min
al-Yahud) daripada Yahudi, Nasara, Majusi dan Musyrikin, lantas beliau a.s
terus duduk, kemudian berkata: Bagaimana anda berkata? Demi Allah, kami di sisi
mereka[1]
adalah lebih jahat daripada Yahudi, Nasara, Majusi, dan Musyrikin.
Beliau a.s berkata: Demi Allah, kamu berdua tidak akan memasuki neraka,
demi Allah, sesungguhnya kamulah orang yang difirmankan oleh Allah di Surah Sad
(38): 62-4 “Dan (golongan durhaka)
berkata: “Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di-dunia) kami anggap
sebagai golongan yang jahat (hina). Apakah kami dahulu menjadikan mereka
olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka? Sesungguhnya yang
demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka”.
Kemudian beliau a.s berkata: Mereka mencari kamu, demi Allah, di neraka,
tetapi mereka tidak mendapati seorangpun daripada kamu (fa-ma wajaduu min-kum ahadan)
Wasiat
Nabi S.A.W Kepada Amir Al-Mukminin A.S
33. Muhammad
bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Nu‘man
daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s
berkata: Di antara wasiat Nabi s.a.w kepada Ali a.s baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, aku wasiatkan pada
diri anda beberapa sifat, justeru hafazlah daripadaku: Kebenaran: Janganlah
anda mengeluarkan dari mulut anda sebarang pembohongan.
Kedua: Warak, janganlah anda berani melakukan pengkhianatan
selama-lamanya.
Ketiga: Takut kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya.
Keempat: Banyakkan menangis kerana takutkan Allah, Dia akan membina
untuk anda bagi setiap titisan air mata seribu rumah di syurga.
Kelima: Pengorbanan anda akan harta anda dan darah anda kerana agama anda.
Keenam: Mengambil Sunnahku di dalam solatku, puasaku dan sedekahku.
Adapun solat adalah lima puluh rakaat. Puasa adalah tiga hari di dalam sebulan.
Awal Khamis, hari Rabu pertengahan dan Khamis akhir. Adapun sedekah, hendaklah
anda bekerja keras untuk melakukannya sehingga dikatakan bahawa anda telah
boros, tetapi anda tidak boros.
Hendaklah anda mengerjakan solat malam (salat al-Lail), solat gelincir (salat
al-Zawal), solat gelincir dan solat gelincir[2].
Hendaklah anda membaca al-Qur’an. Angkatlah dua tangan anda di dalam solat anda
dan memutarkan kedua-duanya. Bersugi pada setiap wuduk. Berakhlak dengan akhlak
yang baik. Jauhilah akhlak yang buruk. Jika anda tidak melakukannya, maka
janganlah anda mencela melainkan diri anda sendiri.
Nilai
Seseorang Adalah Agamanya
34. Beberapa orang sahabat kami. Daripada Sahl bin Ziyad, daripada Bakr
bin Salih, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Abdullah bin al-Mughirah
berkata: Ja‘far bin Ibrahim telah memberitahuku (Ibn Muhammad bin Ali bin
Abdullah bin Ja‘far al-Tayyar), daripada Abu Abdullah, daripada bapanya a.s
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Nilai (keturunan) seseorang adalah
agamanya, maruahnya, akalnya, kemuliannya, dan kecantikannya. Kemuliannya
adalah takwanya.
Agama
Adalah Cinta Dan Anda Adalah Bersama Orang yang Anda cintai
35. Daripada mereka daripada Sahl bin Ziyad daripada al-Hasan bin Ali
bin Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah, Tha‘labah bin Maimun, Ghalib bin ‘Uthman dan Harun bin Muslim
daripada Yazid bin Mu‘awiyah berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far
a.s di sebuah khemahnya di Mina, lantas
beliau a.s melihat kepada Ziyad al-Aswad yang terseliuh kakinya, maka beliau
a.s bersimpati dengannya sambil berkata: Kenapa kaki anda jadi begini?
Beliau berkata: Aku telah datang dengan pakaianku yang koyak, lalu aku
berjalan di atas jalan umum [kemudian aku terseliuh]. Beliau a.s bersedih untuknya, kemudian
Ziyad berkata kepadanya: Sesungguhnya aku menderita kerana dosa [ku] sehingga
aku menyangka bahawa aku telah binasa. Akupun mengingati cinta kamu (zakar-tu hubba-kum), lalu aku
mengharapkan kejayaan, maka ia terserlah untukku.
Abu Ja‘far a.s berkata: Tidakkah agama itu sebuah cinta? Allah berfirman
di dalam Surah al-Hujarat (49): 7 “Allah
menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam
hatimu”. Firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 31 “Katakanlah: “ Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu”. Dan firman-Nya di dalam Surah al-Hasyr (59): 9
“Mereka mencintai orang yang berhijrah
kepada mereka”
Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata:
Wahai Rasulullah, aku mencintai orang yang mengerjakan solat (uhibbu al-Musalliin), tetapi aku tidak
melakukannya (wa-laa usalli) dan aku
mencintai orang yang berpuasa, tetapi aku tidak berpuasa (uhibbu al-Sawwaamin wa la asuumu)? Maka baginda s.a.w bersabda
kepadanya: Anda adalah bersama orang yang anda cintai dan bagi anda apa
yang anda usahakannya (anta ma‘a man ahabbab-ta wa la-ka maa
k-tasab-ta). Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Apakah yang kamu semua tuntut
dan apakah yang kamu semua mahu sekiranya perkara yang menakutkan dari langit
[turun], nescaya setiap kaum yang ketakutan akan [berlindung] di tempat selamat mereka, tetapi kami ketika ketakutan
[belindung] kepada Nabi kami dan kamu pula [berlindung] kepada kami (faza‘na ila nabiyyi-na wa faza‘-tum ilai-na).
Kelebihan
Ahlu l-Bait A.S Dan Syi‘ah Mereka.
36. Sahl, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah dan Abdullah
bin Bakir daripada Sa‘id bin Yassar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah
a.s berkata: Al-Hamdulillah,
terjadinya golongan Murjiah, golongan Haruriyyah (Khawarij), Qadariyyah
(Mu‘tazilah) dan kamu dinamakan al-Turabiyyah[3] dan
Syi‘ah Ali. Demi Allah tiada tuhan yang lain melainkan Dia Yang Satu, tiada
sekutu bagi-Nya, Rasul-Nya s.a.w, keluarga Rasulullah s.a.w (ali rasulullah s.a.w) dan Syi‘ah ali Rasulullah s.a.w. Mereka sahaja yang
dimaksudkan dengan manusia (al-Naas).
Ali adalah orang yang paling layak dan aula
selepas Rasulullah s.a.w. Beliau a.s mengulanginya sebanyak tiga kali.
Menghidupkan
Urusan Mereka Dan Menunggu Kejayaan Mereka.
37. Daripadanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah,
daripada Umar bin Abban al-Kalbi,
daripada Abd al-Hamid al-Wasiti, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku berkata
kepadanya: Aslaha-ka llahu,
sesungguhnya kami telah meninggalkan kedai-kedai kami (aswaaqa-na) kerana menunggu urusan ini (li-hadha al-Amr) sehingga hampir lelaki di kalangan kami ditanya
apa yang ada ditangannya?
Beliau a.s berkata: Wahai Abu Abd al-Hamid, adakah anda berpendapat
sesiapa yang menahan dirinya (habisa
nafsa-hu) kerana Allah, Dia tidak menjadikan baginya jalan keluar? Tentu
sekali, Allah akan menjadikan dirinya jalan keluar (makhrajan). Allah memberi rahmat kepada hamba-Nya yang menghidupkan
urusan kami (amra-na).
Aku berkata: Aslaha-ka llahu,
sesungguhnya Murjiah berkata bahawa tidaklah wajib ke atas kami percaya kepada
orang yang kami percaya sekarang sehingga beliau datang; kamu berkata bahawa
kami dan kamu adalah sama. Beliau a.s berkata: Wahai Abd al-Hamid, benar
kata-kata mereka bahawa sesiapa yang bertaubat, Allah menerima taubatnya.
Tetapi sesiapa yang menyembunyikan nifak, maka Allah tidak memaksanya melainkan
ke atas dirinya.
Sesiapa yang menentang urusan kami, Allah akan mensia-siakan darahnya.
Allah akan menyembelih mereka di atas Islam sebagaimana tukang sembelih
menyembelih kambingnya[4]. Aku
berkata: Kami dan orang lain pada hari itu sama saja? Beliau a.s berkata:
Tidak, kamu, pada hari itu, pada tempat yang tinggi di bumi dan pemerintahnya.
Ia akan berlaku sedemikian di dalam agama kita. Aku berkata: Jika aku mati
sebelum mendapati al-Qaim a.s? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya orang yang
berkata di kalangan kamu: Apabila aku mendapati al-Qaim daripada keluarga
Muhammad s.a.w, nescaya aku menolongnya (in
adrak-tu qaim ali Muhammad nasar-tu-hu), maka beliau adalah seperti orang
yang menghunus pedangnya bersama-samanya (ka
l-Muqari‘ ma‘a-hu bi-saifi-hi) dan orang yang mati syahid di dalam
peperangan bersamanya mendapat pahala dua syahid.
Kelebihan
Syi‘ah Dan Tafsir Firman Allah Surah Al-Ra‘d (13) :38“ “Sesungguhnya kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu”
38. Daripadanya, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Abdullah bin al-Walid
al-Kindi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s pada zaman Marwan,
maka beliau a.s berkata: Siapakah kamu? Kami berkata: Daripada ahli Kufah,
beliau a.s berkata: Dari negeri di mana
penduduknya yang paling ramai mencintai kami, apatah lagi golongan ini.
Sesungguhnya Allah telah menunjukkan kamu kepada suatu perkara yang tidak
diketahui oleh orang ramai (jahila-hu
al-Naasu): Kamu mencintai kami sementara orang ramai memarahi kami (ahabbab-tumuu-naa wa abghadha-naa al-Naaus),
kamu mengikut kami sedangkan orang ramai menentang kami (wa ttaba‘tumuu-naa wa khalafa-naa al-Naas) dan kamu membenarkan
kami sedangkan orang ramai membohongi kami (saddaqtumuu-naa
wa khazzaba-naa al-Naasu).
Maka Allah akan menghidupkan kamu kehidupan kami (fa-ahyakumu llahu mahyaa-naa) dan Allah akan mematikan kamu
kematian kami (amaata-kum mamaata-naa).
Aku naik saksi bahawa bapa aku berkata: Sebelum seorang daripada kamu dapat
melihat ketenangan matanya yang dikurniakan Allah kepadanya, dia akan merasa
gembira sehingga nyawanya sampai di
halkum. Allah berfirman di dalam Surah al-Ra‘d (13): 38 “Sesungguhnya kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami
memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan”. Lantaran itu, kamilah keturunan Rasulullah
s.a.w.
Orang
Yang Celaka Dan Orang Yang Bahagia Di Dalam Perut Ibunya
39. Daripada Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kandi,
daripada Ahmad bin ‘Adis, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu al-Sabah
berkata: Aku telah mendengar kata-kata yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w,
Ali a.s dan Ibn Mas‘ud, lalu aku membentangkannya kepada Abu Abdullah a.s,
beliau a.s berkata: Ini adalah kata-kata Rasulullah s.a.w yang aku
mengetahuinya dan berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang celaka (al-Syaqiyyu) adalah orang yang telah
celaka di dalam perut ibunya.
Orang yang bahagia (al-Sa‘id)
adalah orang yang menerima nasihat orang lain. Orang yang paling cerdik (akyasu l-Kais) adalah orang yang
bertakwa. Orang yang paling bodoh (ahmaq)
adalah orang yang melakukan kejahatan (al-Fujur).
Sejahat-jahat riwayat adalah riwayat pembohongan. Sejahat-jahat perkara adalah
perkara bid‘ah. Buta yang paling teruk adalah buta hati. Penyesalan yang paling
jahat adalah penyesalan pada hari Kiamat. Sebesar-besar kesalahan di sisi Allah
adalah lidah pembohong.
Sejahat-jahat pendapatan adalah pendapatan daripada riba. Sejahat-jahat
pemakanan adalah memakan harta anak yatim. Sebaik-baik perhiasan adalah
perhiasan lelaki. Petunjuk yang baik adalah bersama keimanan. Sesiapa yang
mahukan reputasi, maka Allah memperdengarkan kepadanya pembohongan. Sesiapa
yang memerintah dunia, maka dia akan menjadi lemah dengannya. Sesiapa yang
mengetahui bala, maka dia akan bersabar mengenainya. Dan sesiapa yang tidak
mengetahuinya, maka dia akan
menentangnya.
Syak (al-Raib) adalah suatu kekufuran. Sesiapa yang takbur, maka Allah
akan menjatuhkannya. Sesiapa yang mentaati syaitan, maka dia menderhakai Allah.
Sesiapa yang menderhakai Allah, maka dia akan diazabkan oleh Allah. Sesiapa
yang bersyukur, maka Allah akan menambahkan lagi untuknya. Sesiapa yang
bersabar di atas kesusahan, maka Allah
akan membantunya. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan membuat
perkiraan dengannya.
Janganlah kamu memarahi Allah bagi mendapatkan keredaan seorang daripada makhluk-Nya.
Janganlah kamu mendekati seorang yang
membuatkan kamu jauh daripada Allah, kerana tiada sesuatu yang dapat memberi
kebaikan kepadanya atau menolak kejahatan daripadanya melainkan dengan
mentaatiNya. Ketaatan kepada Allah adalah kejayaan daripada setiap kebaikan.
Kejayaan daripada kejahatan adalah dijaga. Ini adalah kerana Allah
menjaga orang yang mentaatiNya dan tidak menjaga orang yang menderhakaiNya.
Orang yang lari daripada Allah tidak selamat. Sesungguhnya urusan Allah akan
berlaku meskipun dibenci oleh makhluk. Setiap yang datang itu adalah dekat.
Perkara yang dikehendaki oleh Allah akan berlaku dan jika Dia tidak mahu, maka
ia tidak akan berlaku. Justeru tolong-menolonglah kamu di dalam kebaikan dan takwa dan
janganlah kamu tolong-menolong di dalam dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah
kepada Allah sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya
Tafsir
Firman Allah Surah Al-Baqarah (2) : 213 “Manusia
adalah umat yang satu”
40. Dengan sanad ini, daripada Abban, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib bahawa
sesungguhnya beliau telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di
dalam Surah al-Baqarah (2): 213 “Manusia
adalah umat yang satu”, maka beliau a.s berkata: Manusia sebelum Nuh adalah
umat yang sesat, lalu Allah mengutus beberapa orang rasul. Dan ia tidaklah
sebagaimana yang dikatakan oleh mereka. Ia sentiasa demikian dan mereka telah
berbohong. Allah akan membahagikan pada malam al-Qadar apa yang susah dan
senang atau hujan menurut kadar yang Dia kehendaki.
Hadis
Mengenai Laut Dan Matahari
41. Daripada Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub,
daripada Abdullah bin Sinan, daripada Ma‘ruf bin Kharbuz, daripada al-Hakam bin
al-Mustaurid, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Di antara bahan makanan (al-Aqwaat) yang telah ditentukan oleh
Allah dan manjadi keperluan kepada manusia adalah [ berada di] lautan (al-Bahr)
yang diciptakan oleh Allah a.w di antara langit dan bumi. Beliau a.s
berkata: Sesungguhnya Allah telah menentukan padanya perjalanan matahari,
bulan, bintang dan planet berdasarkan kepada falak. Kemudian Dia mewakilkan
padanya seorang malaikat bersama tujuh puluh ribu para malaikat yang lain, maka
merekalah yang memutarkan falak.
Apabila mereka memutarkannya, maka matahari, bulan, bintang dan planet
berputar bersamanya menurut fungsi yang telah ditentukan oleh Allah pada malam
dan siang. Apabila dosa manusia bertambah banyak dan Allah kehendaki mencela
mereka dengan salah satu daripada ayat-ayat-Nya, maka Dia memerintahkan
malaikat yang ditugaskan di falak supaya menggerakkan falak yang menguasai
perjalanan matahari, bulan, bintang dan planet. Lantas malaikat yang ditugaskan
memerintahkan tujuh puluh ribu para malaikat yang lain supaya mengubah
perjalanannya.
Beliau a.s berkata: Apabila mereka mengubah perjalanannya, maka matahari
berada di lautan yang berlari di falak. Beliau a.s berkata: Lalu cahayanya
terpadam dan berubah warnanya. Apabila Allah kehendaki membesar-besarkan
kekuasaannya (ayat), maka matahari
terpadam di laut menurut apa yang disukai oleh Allah bagi menakut-nakutkan
makhluk-Nya dengan kekuasaan-Nya. Beliau a.s berkata: Itu adalah ketika berlaku
gerhana matahari. Beliau a.s berkata: Begitu juga Dia melakukan perkara yang
sama terhadap bulan.
Beliau a.s berkata: Apabila Allah kehendaki menzahirkannya atau
mengembalikannya kepada perjalanannya, maka Allah memerintahkan malaikat yang
bertugas di falak supaya mengembalikan falak kepada tempatnya. Apabila falak
dikembalikan, maka matahari kembali pada perjalanan asalnya, beliau a.s
berkata: Matahari keluar dari air di dalam keadaan yang kotor (kadirah). Beliau a.s berkata: Begitulah
berlaku kepada bulan. Kemudian Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya dua peristiwa tersebut; gerhana matahari dan
bulan tidak ditakuti melainkan oleh Syi‘ah kita. Apabila berlaku sedemikian,
maka kembalikan ketakutan itu kepada Allah dan kepada-Nya kamu kembali.
Setiap
Ahlu l-Bait Mempunyai Hujah Dikemukakan Allah Pada Hari Kiamat
42. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sulaiman,
daripada al-Fadhl bin Ismail al-Hasyimi, daripada bapanya berkata: Aku telah
mengadu kepada Abu Abdullah a.s mengenai keluargaku yang tidak mengambil berat
mengenai agama, maka beliau a.s berkata: Wahai Ismail, janganlah anda menentang
ahli anda disebabkan perkara tersebut. Ini adalah kerana Allah telah menjadikan
bagi setiap keluarga hujah yang akan dikemukan pada hari Kiamat terhadap
keluarganya. Akan dikatakan kepada mereka: Tidakkah kamu melihat polan di
kalangan kamu, tidakkah kamu melihat petunjuknya kepada kamu, tidakkah kamu
melihat solatnya pada kamu, tidakkah
kamu melihat agamanya, kenapa kamu tidak mengikutinya mengenainya, maka ia
menjadi hujah ke atas mereka pada hari Kiamat.
Allah
Akan Berhujah Pada Hari Kiamat Ke Atas Jirannya (lelaki) Dengannya
43. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Muhammad bin ‘Athim al-Nakhas, daripada Mu‘awiyah bin
‘Ammar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya
seorang lelaki di kalangan kamu akan berada di suatu tempat, maka Allah akan
berhujah pada hari Kiamat ke atas jirannya (lelaki) dengannya. Akan dikatakan
kepada mereka: Tidakkah polan di kalangan kamu, kenapa kamu tidak mendengar
kata-katanya, kenapa kamu tidak mendengar tangisannya di waktu malam, maka ia
akan menjadi hujah ke atas mereka.
Tafsir
Firman Allah Surah Al-Fail (105) : 3 “Dan
Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong”
44. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
al-Hasan bin Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Abu Maryam, daripada
Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah di
dalam Surah al-Fail (105):3 “Dan Dia
mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melimpari mereka
dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar”, beliau a.s berkata: Burung
telah mendatangi mereka di sebelah laut, kepalanya seperti kepala binatang buas
(ru’uus al-Siba’) dan kukunya seperti
kuku burung yang buas. Setiap burung mempunyai tiga batu: Dua batu pada dua
kakinya dan satu batu pada paruhnya.
Burung-burung melontarkan batu-batu kepada mereka sehingga tubuh-tubuh
mereka dijangkiti cacar, lalu membunuh mereka meskipun penyakit cacar tidak
pernah berlaku kepada mereka. Mereka juga tidak pernah melihat burung
sedemikian rupa sebelum hari itu dan selepasnya. Beliau a.s berkata: Orang yang
terlepas di kalangan mereka pada hari itu, telah melarikan diri ke Hadhramaut;
satu lembah di Yaman. Kemudian Allah mengutus banjir ke atas mereka, lalu
menenggelamkan mereka semua. Beliau a.s berkata: Air sebelum hari itu tidak
pernah di lihat selama lima belas tahun di lembah tersebut, beliau a.s berkata:
Justeru ia dinamakan Hadhramaut ketika mereka mati padanya.
Janganlah
Anda Mencampuri Dalam Hal Keluarga Kami
45. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir, Tha‘labah bin Maimun, Asli bin
‘Uqbah, daripada Zararah, daripada Abd al-Malik berkata: Percakapan telah
berlaku di antara Abu Ja‘far a.s dan anak lelaki al-Hasan a.s. Kemudian berita
itu telah sampai kepadaku, lalu aku berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s. Maka aku
mulai bercakap mengenainya, lalu beliau a.s berkata kepadaku: Janganlah anda
mencampuri dalam hal keluarga kami. Umpama kami dan sepupu kami seperti seorang
lelaki pada Bani Israel yang mempunyai dua orang anak perempuan. Suami kepada
salah seorang daripadanya adalah peladang dan suami kepada yang satu lagi
adalah seorang pembuat belanga dari tanah liat.
Kemudian bapanya telah menziarahi mereka berdua. Beliau mulai menziarahi
anak perempuannya yang suaminya seorang peladang, maka beliau berkata
kepadanya: Apakah keadaan kamu? Anak perempuannya berkata: Suamiku telah
menanam tanaman yang banyak. Jika Allah menurunkan hujan dari langit, nescaya
keadaan kami adalah yang terbaik di kalangan Bani Israel. Kemudian beliau
datang kepada anak perempuannya yang suaminya seorang pembuat belanga dari
tanah liat, maka beliau berkata kepada anak perempuannya: Apakah keadaan kamu?
Anak perempuannya berkata: Suamiku telah banyak membuat belanga dari tanah
liat, jika Allah tidak menurunkan hujan, nescaya keadaan kami adalah yang
terbaik di kalangan Bani Israel. Kemudian bapanya pulang sambil berkata: Wahai
Tuhanku, Engkau berserta mereka berdua. Abu Ja‘far a.s berkata: Demikian juga
kami.
Doa Untuk
Mengusir Jin
46. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin
Salih, daripada Zuraih berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s melindungi
(ya‘udhu) anak lelakinya sambil
berkata: Aku berazam ke atas anda, wahai Raih dan Waja’, yang masih boleh didapati selama aku memiliki
azam yang dimiliki oleh Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin a.s, utusan kepada
Rasulullah s.a.w ke atas Jin wadi al-Basrah, lantas mereka menjawab dan
mentaatinya. Abu Abdullah a.s berkata: Kenapakah anda tidak menjawab, anda
tidak taat dan anda tidak keluar daripada anak lelakiku polan, anak lelaki
kepada anak perempuanku polan sekarang juga?
Hadis
Nabi s.a.w Mengenai Hakikat Kehidupan.
47. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn
Fadhdhal, daripada Ibn Sinan, daripada Ibn Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak ada sesuatu, maka dia
tidak memilikinya. Sesiapa yang tidak bersabar menghadapi kesusahan semasa,
maka dia akan menjadi lemah. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada orang ramai,
maka mereka pula akan memberi pinjaman kepadanya. Sesiapa yang meninggalkan
mereka, maka mereka tidak akan meninggalkannya. Ada orang berkata: Apakah yang
aku akan lakukan, wahai Rasulullah s.a.w? Beliau s.a.w bersabda: Berilah
pinjaman kepada orang yang memintanya,
demi hari kefakiran anda.
Dakwaan
Lelaki Hamdan Akan Seekor Baghal Bertina Musa Bin Ja‘far A.S
48. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada al-Barqi, daripada Muhammad
bin Yahya, daripada Hammad bin Uthman berkata: Manakala Musa bin Isa di
rumahnya yang terletak di al-Mas‘a, tiba-tiba beliau a.s melihat Abu al-Hasan
a.s menghala dari al-Marwah di atas seekor baghal betina, lalu Ibn Hiyaj
memerintahkan seorang lelaki dari Hamadan
pergi kepadanya dan bergantung di tali kekangnya dan menuntut baghal
betina. Kemudian lelaki itu mendatanginya, lalu bergantung di tali kekang dan
menuntut baghal betina tersebut. Lantas Abu al-Hasan a.s mengangkat kakinya,
lalu turun daripadanya dan berkata kepada hamba-hambanya: Kamu ambillah
pelananya (sarja-ha) dan berikan
kepadanya, maka dia berkata: Pelana juga untukku? Abu al-Hasan a.s berkata:
Anda telah berbohong, di sisi kami keterangan (al-Bayyinah) bahawa sesungguhnya ia adalah pelana Muhammad bin Ali.
Adapun baghal betina, maka kami telah membelinya pada masa yang terdekat dan
anda lebih mengetahui apa yang aku katakan.
Layanan
Al-Mansur terhadap Abu Abdullah A.S
49. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin
Marazim, daripada bapanya berkata: Kami telah keluar bersama Abu Abdullah a.s
ketika beliau a.s keluar di sisi Abu Ja‘far al-Mansur dari Hirah. Lalu
al-Mansur keluar beberapa ketika, kemudian membenarkannya dan ia berakhir di al-Salihin pada awal malam. Al-Mansur
berkata dengan tegas: Aku tidak membiarkan anda melintasi kawasannya, beliau
a.s memohon supaya dibenarkan pergi, tetapi al-Mansur tidak membenarkannya.
Aku dan Musadif bersama-nya, lalu Musadif berkata kepadanya: Aku jadikan
diriku tebusan anda, sesungguhnya “anjing ini” telah menyakiti anda, aku
khuatir dia akan menentang anda dan aku tidak mengetahui apa yang akan berlaku
mengenai urusan Abu Ja‘far a.s. Aku dan Murazim, adakah anda membenarkan kami
memenggalkan kepalanya, kemudian kami
akan mencampakkannya ke sungai. Maka beliau a.s berkata: Tahankan diri anda,
wahai Musadif, dia sentiasa memohon kebenarannya sehingga berlalunya malam.
Kemudian beliau a.s telah membenarkannya, lalu berkata: Wahai Murazim, ini
lebih baik atau apa yang kamu berdua katakan itu lebih baik? Aku berkata: Ini
aku jadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya lelaki
ini keluar daripada kehinaan yang kecil kepada kehinaan yang lebih besar.
Layanan
Abu Abdullah A.S Terhadap BudakNya
50. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal,
daripada Hafs bin Abu ‘Aisyah berkata: Abu Abdullah a.s telah mengutus seorang
budaknya (ghulaaman) bagi
melaksanakan hajatnya, lalu dia melambat-lambatkannya. Abu Abdullah a.s keluar
mengesannya manakala dia terlewat pulang, maka beliau a.s mendapatinya
tertidur. Kemudian beliau a.s duduk di sisi kepalanya sambil merehatkannya
sehingga dia jaga. Apabila dia terjaga, maka Abu Abdullah a.s berkata
kepadanya: Wahai polan apakah yang membuat anda tidur malam dan siang, bagi
anda ia malam dan bagi kami ia adalah siang.
Tidak
Ada Kebaikan Pada Menyalahi Ahlu l-Bait A.S.
51. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam,
daripada Hassan daripada Abu Ali berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s
berkata: Janganlah kamu menyebut rahsia kami menyalahi lahiriah kami (la tazkuruu sirra-naa bi-khilafi
‘alaniyyati-naa) dan berterang-terangan kami menyalahi rahsia kami (wa la ‘alaniyyata-naa bi-khilafi sirri-naa).
Memadailah kamu berkata apa yang kami katakan, kamu diam apa yang kami diam.
Sesungguhnya kamu telah ketahui bahawa Allah a.w tidak akan menjadikan kebaikan
kepada seseorang yang menyalahi kami[5].
Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Nur (24): 63 “Maka hendaklah golongan yang menyalahi
perintah-Nya takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih”
Hadis
Mengenai Tabib Dan Sebab Dinamakannya.
52. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam,
daripada Ziyad bin Abu al-Halal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Musa a.s
berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah penyakit (al-Da’). Dia berfirman: Daripada-Ku, Musa berkata: Penyembuhan (al-Syifaa’) daripada siapa? Dia
berfirman: Daripada-Ku. Musa a.s berkata: Apakah hamba-hamba Engkau lakukan
dengan pengamal perubatan (al-Mu‘aalij)?
Dia berfirman: Pengamal perubatan
memperbaikkan diri mereka (utibu
bi-anfusi-him), maka mulai hari itulah pengamal perubatan (al-Mu‘aalij) dinamakan tabib.
Tiada
Suatu Penyakitpun Melainkan Ia Menyerap Ke Badan.
53. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn
Bakir, daripada Abu Ayyub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada suatu
penyakitpun melainkan ia menyerap ke badan. Ia menunggu bila ia diperintahkan
untuk melakukannya. Di dalam riwayat yang lain,
melainkan demam, kerana ia ditolak keluar.
Cara
Mengubati Penyakit Dan Bacaan Doa.
54. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abd al-‘Aziz bin
al-Muhtadi, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Daud bin Zarbi berkata:
Aku telah jatuh sakit di Madinah dengan serius, perkara ini telah sampai kepada
Abu Abdullah a.s, lalu beliau a.s menulis surat kepadaku: Berita kesakitan anda
telah sampai kepadaku. Justeru belilah segantang biji gandung, kemudian anda
tidur melentang dan taburkanlah di atas dada anda.
Kemudian anda bacalah: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon dengan
nama Engkau yang mana apabila orang yang terpaksa (al-Mudhtarru) memohon kepada Engkau, Engkau akan meyembuhkan
penyakitnya dan menenangkannya di bumi. Engkau menjadikannya (al-Mahdi)
khalifah Engkau di atas makhluk Engkau. Berselawatlah kepada Muhammad dan Ahlu
l-Baitnya dan sembuhkanlah aku dari penyakitku”
Kemudian beliau a.s terus duduk. Kumpulkan biji gandung di sekeliling
anda dan katalah seperti itu. Kemudian bahagikannya setiap cupak kepada orang
miskin dan katalah seperti itu. Daud berkata: Maka akupun melakukannya
sebagaimana yang diperintahkannya seolah-olah aku terlepas dari simpulan tali.
Ia dilakukan juga oleh orang lain dan ia telah mengambil manfaat dengannya.
Hadis
Mengenai Ikan Paus (al-Huut)
55.
Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih,
daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah
bertanya beliau a.s mengenai bumi di atas apakah ia? Beliau a.s berkata: Di
atas ikan paus (hiya ‘ala al-Huut),
aku berkata: Ikan paus di atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas air. Aku
berkata: Air di atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas batu besar (sakhrah). Aku berkata: Batu besar itu di
atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas lembu jantan yang licin (thaurun amlas). Aku berkata: Lembu
jantan yang licin di atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas tanah, aku berkata: Tanah di atas apa? Beliau
a.s berkata: Di sinilah ilmu para pengkaji tidak dapat mencapainya[6].
Penciptaan
Bumi Dan Penghantaran Air yang Masin Serta Asal Kejadian.
56. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada
Jamil bin Darraj, daripada Zararah, daripada seorang daripada mereka berdua a.s
berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan bumi, kemudian Dia menghantar air
yang masin selama empat puluh pagi (sabaahan)
dan air yang manis selama empat puluh
pagi sehingga ia bertemu dan bercampur. Dia mengambil dengan tangan-Nya di
dalam satu genggaman dan Dia memerahnya
dengan kuat. Kemudian Dia membahagikannya kepada dua bahagian. Kemudian terkeluarlah dari setiap perahan itu seperti
satu kepala benih (zuriat). Lalu diambil
sebahagiannya ke syurga dan sebahagiannya ke neraka.
Hadis
Mengenai Mimpi (al-Ahlaam) Dan Hujah
Ke Atas Ahli Zaman
57. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Ali bin al-‘Abbas, daripada
al-Hasan bin Abd al-Rahman daripada Abu al-Hasan a.s berkata: Sesungguhnya
mimpi tidak berlaku pada masa yang lalu; pada masa awal kejadian. Kemudian ia
berlaku, maka aku berkata: Apakah sebabnya? Sesungguhnya Allah telah mengutus
seorang rasul kepada ahli zamannya, lalu beliau menyeru mereka kepada Allah dan
ketaatan-Nya. Mereka berkata: Jika kami berbuat sedemikian, apakah akan terjadi
kepada kami, demi Allah, anda bukanlah orang yang mempunyai harta yang lebih
banyak daripada kami dan bukanlah keluarga yang lebih mulia daripada keluarga
kami.
Maka rasul itu berkata: Sekiranya
kamu mentaati aku, nescaya Allah
memasukkan kamu syurga dan sekiranya kamu menderhakai aku, nescaya Allah
memasukkan kamu ke neraka. Mereka berkata: Apakah itu syurga dan neraka? Maka
rasul itu menceritakan kepada mereka mengenai syurga dan neraka. Mereka
berkata: Bilakah kami akan memasukinya? Rasul itu berkata: Apabila kamu mati,
maka mereka berkata: Kami telah melihat golongan mati di kalangan kami dan
mereka telah menjadi tulang yang reput. Mereka bertambah lagi membohonginya dan
memandang rendah kepadanya. Lalu Allah menjadikan mimpi-mimpi untuk mereka.
Lantaran itu, mereka mendatanginya dan menceritakan kepadanya mimpi-mimpi
mereka dan mereka tidak menentangnya, maka rasul itu berkata: Sesungguhnya
Allah mahu berhujah ke atas kamu dengan perkara ini. Beginilah akan terjadi
kepada roh-roh kamu apabila kamu mati sekalipun badan-badan kamu reput; roh-roh
kamu akan menghadapi azab sehingga badan-badan kamu dibangkitkan.
Mimpi
Mukmin Pada Akhir Zaman.
58. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada
Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya
berkata: Pendapat seorang mukmin dan mimpinya pada akhir zaman adalah di atas
tujuh puluh bahagian daripada bahagaian-bahagian kenabian.
Soalan
Nabi S.A.W: Adakah Mimpi Yang
Mengembirakan?
59. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar
bin Khalad, daripada al-Ridha a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila datang waktu pagi
bersabda kepada para sahabatnya: Adakah ada berita gembira (hal min mubasysyiraat). Apa yang baginda
s.a.w maksudkannya adalah mimpi (al-Ru’ya).
Tafsir
Firman Allah Surah Yunus (10) :64“Bagi
mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia”
60. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal,
daripada Abu Jamilah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang
lelaki telah berkata kepada Rasulullah s.a.w mengenai firman Allah di dalam
Surah Yunus (10): 64 “Bagi mereka berita
gembira di dalam kehidupan di dunia”. Beliau a.s berkata: Iaitu mimpi yang
baik yang dilihat oleh mukmin, maka dia bergembira dengannya di dunianya.
Mimpi
Ada Tiga Jenis.
61. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada
Sa‘d bin Abu Khalaf, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Mimpi ada tiga jenis:
Sebagai berita gembira Allah kepada mukmin, sebagai galakan daripada syaitan
dan sebagai mimpi-mimpi yang kosong.
Mimpi
Benar Dan Mimpi Bohong Keluar Dari Satu Tempat.
62. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid,
daripada bapanya, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Darst bin Abu Mansur,
daripada Abu Basir berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Aku jadikan
diriku tebusan anda, mimpi yang benar dan mimpi yang bohong kedua-duanya keluar
dari satu tempat? Beliau a.s berkata: Anda memang benar, adapun mimpi yang
bohong, maka seorang itu melihatnya pada awal malam di dalam kekuasaan fasik.
Ia suatu yang dikhayalkan oleh seseorang. Iaitu mimpi bohong yang bercanggah,
tiada kebaikan padanya. Adapun mimpi yang benar, iaitu apabila seseorang itu
melihatnya pada dua pertiga malam dengan pertolongan malaikat. Itu adalah
sebelum sahur, maka mimpi itu adalah benar. Janganlah anda menentangnya, insya
Allah melainkan dia di dalam junub atau
tidur tanpa kebersihan diri dan tidak berzikir kepada Allah dengan sebenar.
Justeru mimpi itu akan bercanggah dan tidak membantu tuannya.
Hadis
Mengenai Angin (al-Riyaah)
63. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin al-Mahbub,
daripada Ali bin Ri’ab, dan Hisyam bin Salim, daripada Abu Basir, berkata: Aku
telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai angin yang empat; utara, selatan, timur
dan barat dan aku berkata: Sesungguhnya orang ramai menyebut bahawa angin utara
dari syurga dan angin selatan dari neraka? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya
bagi Allah tentera-tentera (junuudan)
daripada angin yang mana Dia mengazab sesiapa yang Dia kehendaki daripada orang
yang menderhakaiNya. Setiap angin ada malaikat yang diwakilinya. Apabila Allah
kehendaki mengazab sesuatu kaum dengan azab tertentu, lalu Dia memberitahu
malaikat yang ditugaskan dengan angin itu supaya mengazabkan mereka dengannya.
Beliau a.s berkata: Lalu malaikat memerintahkannya, maka angin menjadi kencang seperti singa yang bengis.
Beliau a.s berkata: Setiap angin mempunyai nama yang tersendiri. Tidakkah anda
mendengar firman-Nya di dalam Surah al-Qamar (54): 18-19 “Kaum ‘Aadpun telah mendustakan (pula). Maka alangkah azab-Ku dan
ancaman-ancaman-Ku. Sesungguhnya kami telah menghembuskan kepada mereka angin
yang sangat kencang (riihan sarsaran) pada hari nahas yang terus menerus”
Dia berfirman di dalam Surah al-Dhaariyaat(51): 41 “Angin yang membinasakan (al-Riih
al- ‘Aqim) . Dia berfirman di dalam Surah al-Ahqaf (46): 24 “Angin yang mengandungi azab yang pedih”.
“Maka kebun itu ditiup angin keras yang
mengandungi api”. Itu adalah angin-angin yang Allah mengazabkan mereka yang telah menderhakaiNya. Bagi Allah
angin rahmat bagi pendebungaan benih dan
lain lain seperti angin yang menggerakkan awan bagi menurunkan hujan, angin
yang menahan awan di antara langit dan bumi, angin yang memutarkan awan bagi
menurunkan hujan dengan izin Allah.
Adapun angin yang empat; utara (syimaal),
selatan (januub), timur (sibaa) dan barat (dabur) adalah nama-nama para malaikat yang ditugaskan. Apabila
Allah mahu menggerakkan angin ke utara,
maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Syimaal, lalu dia turun di atas
Bait al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia memukul dengan
ekornya, lantas angin utara itu berpecah menurut apa yang dikehendaki Allah di
darat dan di laut.
Apabila Allah mahu menggerakkan angin
ke selatan, maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Januub, lalu dia turun di atas Bait
al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia memukul dengan ekornya,
lantas angin selatan itu berpecah menurut apa yang dikehendaki Allah di darat
dan di laut.
Apabila Allah mahu menggerakkan angin
ke timur, maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Sibaa, lalu
dia turun di atas Bait al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia
memukul dengan ekornya, lantas angin timur itu berpecah menurut apa yang
dikehendaki Allah di darat dan di laut.
Apabila Allah mahu menggerakkan angin
ke barat, maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Dabur, lalu
dia turun di atas Bait al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia
memukul dengan ekornya, lantas angin barat itu berpecah menurut apa yang
dikehendaki Allah di darat dan di laut. Tidakkah anda mendengar firman-Nya di
dalam hadis kudsi “ Angin utara, angin selatan, angin timur dan angin barat”.
Sesungguhnya angin-angin tersebut dikaitkan dengan para malaikat yang
mewakilinya.
BAHAGIAN KEEMPAT
Angin
Rahmat Dan Angin Azab, Syukur Kepada Allah, Doa Untuk Murah Rezeki, Makna
Kerabat Rasulullah S.A.W, Hadis Mengenai Seorang Syam (al-Syami) Bersama Abu Ja‘far A.S Dan Lain-Lain.
Angin
Rahmat Dan Angin Azab.
64. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub,
daripada Abdullah bin Sinan daripada Ma‘ruf bin Kharbudh, daripada Abu Ja‘far
a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah angin rahmat dan angin azab. Sekiranya Allah
mahu menjadikan azab daripada angin rahmat, Dia boleh melakukannya. Dia tidak
menukar angin rahmat kepada angin azab. Ini adalah kerana Dia tidak hanya
memberi rahmat kepada kaum yang mentaatiNya sahaja melainkan jika mereka
meninggalkan ketaatan mereka kepada-Nya secara menyeluruh.
Demikianlah Dia telah melakukannya kepada kaum Yunus manakala mereka
beriman dengan-Nya Dia memberi rahmat kepadaNya selepas menentukan azab kepada
mereka. Dia telah menukar azab ke atas
mereka dengan rahmat apabila mereka bermunajat kepada-Nya. Adapun angin yang
mandul, maka ia adalah angin azab yang tidak memberi manfaat kepada
pendebungaan. Iaitu angin yang keluar dari bawah bumi yang tujuh. Angin ini
hanya keluar untuk kaum ‘Aad ketika Allah memarahi mereka.
Lalu Dia memerintahkan para malaikat yang menjaganya supaya mengeluarkan
sebesar ukuran cicin daripada angin tersebut. Riwayat yang lain mengatakan ia
adalah sebesar batang hidung lembu jantan kerana memarahi kaum ‘Aad. Lantas
para malaikat yang menjaganya menjadi riuh dan berkata kepada Allah: Wahai
Tuhan kami, kami khuatir ia akan membinasakan mereka yang tidak menderhakai
Engkau dan semua pembangunan negeri Engkau. Kemudian Allah mengutus Jibrail
a.s, lalu dia mengembalikan angin tersebut ke tempatnya dengan dua sayapnya dan
berkata: Keluarlah anda menurut perintahku. Maka angin itu keluar sebagaimana
ia diperintahkan, lalu ia membinasakan kaum
‘Aad dan mereka yang berada bersama mereka.
Syukur
Kepada Allah Dan Doa Untuk Murah Rezeki.
65. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada al-Naufali, daripada
al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mendapat nikmat, maka hendaklah dia memperbanyakkan berkata: Al-Hamdulillah. Sesiapa yang banyak
dukacita, maka hendaklah dia melakukan istighfar.
Sesiapa yang fakir, maka hendaklah dia memperbanyakkan kata-kata La haula wa-la quwwata illa bi l-Lahi
l-‘Azim, nescaya ia akan menolak kefakiran. Beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w
telah kehilangan seorang lelaki Ansar, lalu baginda s.a.w bersabda: Apakah
sebab anda menghilangkan diri daripada kami (ma ghaibu-ka ‘annaa)?
Maka lelaki itu berkata: Kefakiran dan kesakitan, wahai Rasulullah. Maka
baginda s.a.w bersabda kepadanya: Aku
akan mengajar anda kata-kata apabila anda ucapkan, maka kefakiran dan kesakitan
akan hilang daripada anda? Dia berkata: Ya, wahai Rasulullah, lalu baginda
s.a.w bersabda: Apabila tiba waktu pagi dan petang, anda bacalah: La haula wa-la quwwata illa bi l-Lahi
‘aliyyi l-‘Azim. Tawakkal-tu ’ala l-Hayyi l-ladhi la yamuut wa l-Hamduli l-Lahi
l-Ladhi lam yattakhiz waladan wa lam yakun lahu syariikun fi l-Mulki wa lam
yakun lahu waliyyun mina l-Dhdhulli wa kabbir-hu takbiran. Maka lelaki itu
berkata: Demi Allah, aku tidak membacanya melainkan tiga hari sehingga hilang
daripadaku kefakiran dan kesakitan.
Makna
Kerabat Rasulullah S.A.W
66. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
Ali bin al-Hakam, daripada Ismail bin Abd al-Khaliq berkata: Aku telah mendengar
Abu Abdullah a.s berkata kepada Abu Ja‘far al-Ahwal: Aku sedang mendengar anda
telah datang ke Basrah? Dia menjawab: Ya, beliau a.s berkata: Bagaimana anda
melihat keterlibatan orang ramai di
dalam perkara ini? Dia berkata: Demi Allah, sesungguhnya mereka adalah sedikit.
Sesungguhnya mereka telah melakukannya, tetapi bilangan mereka adalah
sedikit. Beliau a.s berkata: Hendaklah anda mengikuti peristiwa yang berlaku,
kerana mereka adalah lebih cepat kepada setiap kebaikan. Kemudian beliau a.s berkata:
Apa pendapat ahli Basrah mengenai firman-Nya di dalam Surah Assyuura (42): 23 “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun
melainkan kasih sayang kepada keluarga(ku)”? Aku berkata: Aku jadikan
diriku tebusan anda, mereka berkata: Ayat itu adalah untuk kaum kerabat
Rasulullah s.a.w, maka beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, sesungguhnya
ia diturunkan khusus pada kami Ahlu
l-Bait; pada Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain; Ashaab al-Kisaa’ a.s.
Hadis
Mengenai Seorang Syam (al-Syami)
Bersama Abu Ja‘far A.S
67. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin
Sa‘id, daripada Muhammad bin Daud, daripada Muhammad bin ‘Atiyyah berkata:
Seorang lelaki daripada Syam di kalangan para ulama mereka telah datang kepada
Abu Ja‘far a.s dan berkata: Wahai Abu Ja‘far, aku telah datang untuk
bertanyakan anda satu soalan yang memeningkan kepalaku. Oleh itu, jika aku
mendapati seorang yang boleh mentafsirkannya kepadaku. Aku telah bertanya
kepada tiga jenis manusia, tetapi setiap jenis daripada mereka memberi jawapan
yang berbeza dengan yang lain. Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Apakah ia? Dia
berkata: Aku bertanyakan anda mengenai makhluk pertama yang diciptakan oleh
Tuhan, kerana sebahagian mereka berkata: Al-Qadar dan sebahagaian mereka berkata:
Al-Qalam dan sebahagian mereka berkata:
Al-Ruh, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Mereka tidak memberi apa-apa
jawapan (maa qaaluu syai’an).
Aku akan memberitahu anda bahawa Allah t.w telah wujud sebelum wujudnya
makhluk-Nya, Dia adalah Maha Perkasa, tiada seorangpun perkasa sebelum
keperkasaan-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Safaat (37): “Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan
dari apa yang mereka perkatakan”. Dia adalah Pencipta sebelum
penciptaan-Nya. Jika ciptaan-Nya yang pertama adalah sesuatu (al-Syai’) daripada sesuatu jika tidak
terputus selama-lamanya, maka Allah sentiasa bersama sesuatu tersebut. Lantaran
itu, Dia tidaklah mendahuluinya. Tetapi Dia telah wujud tanpa sesuatu perkara
pun selain daripada-Nya. Kemudian Dia telah menciptakan sesuatu yang mana semua
perkara adalah daripadanya. Iaitu air (al-Maa’)
yang mana Dia telah menciptakan semua
perkara daripadanya.
Kemudian Dia mengaitkan semua perkara kepada air, tetapi Dia tidak
mengaitkan air kepada semua perkara. Dia telah menciptakan angin daripada air.
Kemudian Dia telah menjadikan angin menguasai ke atas air, lalu ia membelah
permukaan air sehingga air melahirkan buih-buih menurut kadar yang Dia
kehendaki. Kemudian daripada buih-buih Dia menciptakan bumi yang putih dan
bersih. Tiada pecahan dan lubang tiada naik dan turun dan tanpa pokok. Kemudian
Dia melipatkannya (tawaa-ha) dan
meletakkannya di atas air. Kemudian
Allah menciptakan api (al-Naar)
daripada air, lalu api membelah permukaan air sehingga ia mengeluarkan asap (dukhaan) menurut kadar yang dikehendaki
Allah. Kemudian Dia menciptakan daripada asap itu langit yang bersih tanpa pecahan dan lubang sebagaimana firman-Nya di
dalam Surah al-Nazi‘aat (79): “Dan langit
dia telah membinanya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya dan
Dia menjadikan malamnya gelap gelita dan menjadikan siangnya terang benderang”
Beliau a.s berkata: Tiada matahari, tiada bulan, tiada bintang-bintang,
tiada awan, kemudian Dia melipatkannya dan meletakkannya di atas bumi, kemudian
mengaitkan kedua-duanya, lalu Dia mengangkat langit sebelum bumi sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah al-Nazi‘aat (79): 30 “Dan bumi sesudah itu dihamparkannya” Beliau a.s berkata: Dia
membentangkannya, maka lelaki Syam berkata kepada Abu Ja‘far a.s mengenai
firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 30 “Dan apakah golongan kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi
itu kedua-duanya adalah ratqan (tidak menghasilkan sesuatu). Kemudian kami
membuatkan kedua-duanya berhasil”.
Abu Ja‘far a.s berkata: Kemungkinan anda menyangka kedua-duanya
bersepadu dan melekat di antara satu sama lain, kemudian ia terpisah? Dia
berkata: Ya, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Pohonlah istighfar kepada Tuhan anda,
kerana firman Allah “kaanataa ratqaa"
bererti bahawa langit tidak menurunkan hujan dan bumi tidak menumbuhkan
biji-bijian. Tetapi apabila Allah menjadikan binatang yang melata (daabbah), maka langit menurunkan hujan
dan bumi mengeluarkan tumbuhan biji-bijian, maka lelaki Syam berkata: Aku naik
saksi bahawa anda adalah daripada anak
lelaki para nabi dan bahawa ilmu anda adalah ilmu mereka.
Setiap
Sesuatu Adalah Air Dan Arasy-Nya Di Atas Air.
68. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada
al-‘Ala bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s telah
berkata kepadaku: Setiap sesuatu adalah air dan Arasy-Nya adalah di atas air.
Allah memerintahkan air, maka ia membakar api. Kemudian Dia memerintahkan api,
lalu ia padam dan asap telah naik daripada pemadamannya. Lantaran itu, Allah
telah menciptakan langit-langit daripada asap tersebut dan Dia menciptakan bumi
daripada debunya. Kemudian air, api dan angin berbalah, maka air berkata: Aku
adalah tentera Allah yang lebih besar. Angin berkata: Aku adalah tentera Allah
yang lebih besar dan api berkata: Aku adalah tentera Allah yang lebih besar.
Lantas Allah memberitahu angin bahawa anda adalah tentera-Ku yang paling besar.
Hadis
Mengenai Syurga Dan Unta
69. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada
Muhammad bin Ishaq al-Madani, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai
firman Allah a.w di dalam Surah Maryam (19): 85 “(Ingatlah) hari (ketika) kami mengumpulkan golongan yang takwa kepada
Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat”, maka baginda
s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya perutusan (wafdan) datang dengan iringan. Mereka adalah lelaki yang bertakwa
kepada Allah, maka Allah mencintai mereka secara khusus dan meredai amalan
mereka. Dia menamakan mereka al-Muttaqiin.
Kemudian baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Ali, demi Yang membelah
biji-bijian dan menghidupkan jiwa bahawa sesungguhnya mereka akan keluar dari
kubur-kubur mereka. Para malaikat akan menyambut mereka dengan unta-unta dan
kemuliaan di atasnya dihiasi dengan emas yang bersalut mutiara dan yaqut dengan
bermacam-macam perhiasan sampingan, akan membawa mereka ke padang mahsyar
bersama setiap lelaki daripada mereka seribu malaikat dari kakinya, di sebelah
kanannya kirinya memeriahkan majlis mereka sehingga mereka sampai ke pintu
syurga yang besar.
Di atas pintu syurga terdapat pokok yang mana satu daunnya sahaja seribu
lelaki dapat berteduh di bawahnya. Di sebelah kanan pokok terdapat satu mata
air yang bersih. Kemudian mereka pergi kepada mata air yang lain di sebelah
kiri pokok, lalu mereka mandi padanya. Iaitu air mata kehidupan (‘ain al-Hayat).
Justeru mereka tidak
akan mati selama-lamanya. Kemudian mereka dihentikan di hadapan Arasy.
Mereka
terselamat daripada halangan, penyakit, panas dan sejuk
selama-lamanya.
Baginda s.a.w bersabda: Allah akan berfirman kepada para malaikat-Nya
yang mengikuti mereka: Kumpulkan para wali-Ku ke syurga. Janganlah kamu
memberhentikan mereka bersama orang ramai. Sesungguhnya reda-Ku telah
mendahului mereka dan rahmat-Ku adalah pasti untuk mereka. Bagaimana Aku mahu
memberhentikan mereka bersama pelaku-pelaku kebaikan dan kejahatan. Kemudian
para malaikat membawa mereka ke syurga. Apabila mereka berakhir ke pintu syurga
yang besar, maka malaikat memukul satu pukulan yang memperdengarkan suaranya
kepada bidadari-bidadari yang disediakan oleh Allah untuk para wali-Nya di
syurga.
Maka mereka bergembira apabila
mendengar suara tersebut. Sebahagian daripada mereka berkata: Para wali Allah
telah datang kepada kita, kemudian dibuka pintu kepada mereka, lalu mereka
memasuki syurga dan isteri-isteri mereka daripada bidadari dan manusia melayani
mereka dan berkata: Selamat datang, alangkah rindunya kami kepada kamu, maka
para wali Allah berkata perkara yang sama kepada mereka.
Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah, jelaskan kami mengenai firman Allah
di dalam Surah Azzumar (39):20 “Mereka
mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat tinggi yang lain”. Dengan apakah ia
dibina, wahai Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali,
tempat-tempat tinggi itu telah dibina oleh Allah a.w untuk para wali-Nya dengan
mutiara, yaqut dan jed. Atapnya daripada emas yang bersalut perak. Setiap bilik
daripadanya mempunyai seribu pintu daripada emas dan di atas setiap pintunya
seorang malaikat yang menjaganya.
Padanya hamparan yang diangkat di atas yang lain yang dibuat daripada
sutera yang halus dengan berbagai-bagai warna dan ditepinya berbagai-bagai
bauan yang semerbak sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Waqi‘ah (56): 34
“Dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk”
Apabila mukmin dimasukkan ke syurga mengikut pangkatnya, lalu diletakkan
di atasnya mahkota dan kemuliaan, dipakaikan pakaian daripada emas, perak,
yaqut dan mutiara yang diukir di bawah mahkota. Kemudian baginda s.a.w bersabda:
Dia diberi tujuh puluh pakaian persalinan daripada sutera dengan bermacam-macam
warna dan tenunan daripada emas, perak dan yaqut merah sebagaimana firman Allah
di dalam Surah al-Hajj (22): 23 “Di
syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara
dan pakaian mereka adalah sutera”
Apabila mukmin duduk di atas katilnya, maka katilnya bergegar kerana
gembira. Apabila seorang wali Allah mendapat tempatnya di syurga, maka malaikat
yang menjaganya mengucap tahniah kepadanya dengan tahap kehormatan Allah
kepadanya. Penjaga akan berkata kepada khadam : Bawa bertenang, kerana wali
Allah telah duduk di atas bangkunya sementara isteri bidadarinya bersedia
untuknya dan bersabarlah untuk wali Allah. Kemudian isteri bidadarinya keluar
dari khemahnya berjalan menuju ke hadapan dan di kelilingnya pengawalnya.
Bidadari mempunyai tujuh puluh pasang pakaian yang ditenun daripada yaqut,
mutiara dan jed. Di atas kepalanya mahkota kemuliaan dan mempunyai dua kasut
yang bersalut emas dan mutiara yang dilekatkan dengan yaqut merah.
Apabila dia menghampiri wali Allah, maka wali Allah memahami bahawa dia
akan datang kepadanya kerana keseronokan. Maka bidadari itu akan berkata
kepadanya: Wahai wali Allah, ini bukanlah hari penat dan susah, lantaran itu,
anda tidak perlu khuatir, aku adalah untuk anda dan anda adalah untukku. Maka
baginda s.a.w bersabda: Kedua-dua mereka berpelukan selama lima ratus tahun
kadar tahun dunia tanpa jemu. Apabila pelukan itu berakhir tanpa jemu, maka dia
melihat kepada tengkuk bidadari di atasnya rantai dari yaqut merah di tengahnya
terdapat loh kecil tertulis padanya: Anda adalah wali Allah dan aku adalah
bidadari kekasih anda. Kepada anda akan berakhir diriku dan kepadaku akan
berakhir diri anda.
Kemudian Allah akan mengutus seribu malaikat yang akan memberi tahniah
kepadanya dan akan mengahwinkannya dengan
bidadari-bidadari. Kemudian mereka akan berakhir kepada pintu pertama
dari syurga-syurganya, maka mereka akan berkata kepada malaikat yang menjaga pintu-pintu
syurga: Izinlah kami untuk berjumpa dengan wali Allah, kerana Allah telah
mengutus kami kepadanya bagi mengucapkan tahniah kepadanya. Maka malaikat itu
berkata kepada mereka sehingga aku memberitahu kepada penjaganya supaya
memberitahu kedudukan kamu.
Baginda s.a.w bersabda: Maka malaikat terus berjumpa penjaga, maka di
antaranya dan penjaga itu jaraknya tiga syurga sehingga berakhir kepada pintu
pertama, maka malaikat berkata kepada penjaga: Di pintu halaman depan seribu
malaikat yang telah diutus oleh Tuhan supaya mereka memberi tahniah kepada wali
Allah. Sesungguhnya mereka telah meminta aku supaya memberi izin kepada mereka,
maka penjaga pintu berkata: Adalah terlalu besar bagiku untuk membenarkan
seseorang datang kepada wali Allah ketika dia bersama isteri bidadarinya.
Baginda s.a.w bersabda: Jarak di antara penjaga pintu dan wali Allah
adalah dua syurga. Lalu penjaga berjumpa
dengan ketuanya dan berkata kepadanya bahawa di pintu hadapan ada seribu
malikat yang diutus oleh Allah supaya mereka memberi tahniah kepada wali Allah,
maka mereka akan memberitahunya mengenai kedudukan mereka. Kemudian dia
membenarkan para malaikat bertemu dengan wali Allah yang berada di dalam sebuah
bilik yang mempunyai seribu pintu. Pada setiap pintu ada malaikat yang
menjaganya. Apabila dibenarkan malaikat berjumpa dengan wali Allah, maka setiap
malaikat membuka pintunya.
Kemudian ketua penjaga memasukkan setiap malaikat yang menjaga pintu,
lalu mereka menyampaikan kepadanya risalah Yang Maha Perkasa sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah al-Ra‘d(13): “Sedang
para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu”. Iaitu dari
semua pintu-pintu bilik (sambil mengucap) “salamun ‘alaikum” di atas kesabaran kamu. Maka
alangkah baiknya tempat kesudahan itu”. Demikian juga dengan firman-Nya di
dalam Surah al-Insan (76): 20 “Dan
apabila kamu melihat di sana (syurga), nescaya kamu akan melihat berbagai macam
kenikmatan dan kerajaan yang besar” Apa yang dimaksudkan dengannya adalah
wali Allah yang dilayani dengan penuh kehormatan. Meskipun para malaikat adalah
utusan Allah, tetapi mereka juga perlu meminta kebenaran berjumpa dengannya.
Justeru mereka tidak akan berjumpa dengannya melainkan dengan kebenarannya.
Baginda s.a.w bersabda: Sungai-sungai mengalir di bawah tempat-tempat tinggal
mereka sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 25 “ Sungai-sungai mengalir di bawah mereka”
Buah-buahan adalah hampir dengan mereka sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah al-Insaan (76): 14 “Dan naungan
(pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya
semudah-mudahnya” Iaitu dekat dengan mereka. Mukmin mengambil buah yang dia
mahu ketika dia duduk dan semua jenis buah berkata kepada wali Allah: Wahai
wali Allah, makanlah aku sebelum anda memakan buah yang lain sebelumku. Setiap
mukmin mempunyai syurga yang banyak dan
berbagai-bagai jenis sungai-sungai daripada arak, air, susu dan madu. Apabila
wali Allah meminta makanannya, lantas dibawa kepadanya mengikut seleranya. Kemudian
dia bergembira bersama saudara-saudaranya dan melawat sesama mereka. Malah
mereka bergembira di bawah bayang-bayang
yang panjang dari waktu pagi hingga ke petang.
Apa yang paling menyeronokkan adalah setiap mukmin mempunyai tujuh puluh
bidadari dan empat daripada manusia. Mukmin menghabiskan masa beberapa ketika
bersama bidadari-bidadari, beberapa ketika bersama wanita daripada manusia dan
beberapa ketika dia menghabiskan masanya seorang diri di atas katil, melihat
sesama mereka. Sesungguhnya mukmin ditutupi oleh cahaya matahari ketika di atas
katilnya dan berkata kepada khadam-khadamnya: Apakah cahaya yang bersinar ini,
kemungkinan Yang Maha Perkasa melihatku? Maka mereka berkata kepadanya: Quddus, quddus, jalla jalalu l-Lah,
malah ini adalah bidadari perempuan anda yang anda belum mencampurinya. Dia
mengawasi anda dari khemahnya kerana rindukan anda. Dia telah membentangkan
dirinya kepada anda dan mahu berjumpa anda. Apabila dia melihat anda berada di
atas katil, maka dia tersenyum terhadap anda kerana rindukan anda. Lantaran
itu, cahaya yang anda telah lihat itu dan cahaya yang telah menutup anda adalah
dari keputihan gigi hadapannya, kebersihannya dan kehalusannya.
Baginda s.a.w bersabda: Maka wali Allah berkata: Benarkanlah dia datang
kepadaku, lalu mereka mengalu-ngalukannya. Kemudian dia bermalam di sisinya.
Dia mempunyai tujuh puluh jenis pakaian yang ditenun dari emas dan perak
bersalut dengan mutiara, yaqut dan jed. Ia disemerbakkan dengan bauan yang
bermacam-macam. Mukmin melihat betisnya di balik tujuh puluh pakaian yang
panjangnya tujuh puluh hasta. Dibentangkan di antara dua bahunya sepuluh hasta.
Apabila dia menghampiri wali Allah, maka khadam-khadam mengemukakan
mashaf-mashaf emas dan perak yang mengandungi mutiara, yaqut dan jed, lalu
mereka menaburkannya ke atasnya. Kemudian wali Allah memeluknya dan bidadari
memeluknya tanpa jemu.
Abu Ja‘far a.s berkata: Adapun syurga-syurga tersebut di dalam al-Qur’an
adalah syurga Adan, syurga Firdaus, syurga Na‘iim dan syurga Ma’waa. Beliau a.s
berkata: Sesungguhnya bagi Allah ada banyak lagi syurga di samping
syurga-syurga tersebut. Mukmin boleh memilih syuga yang dia mahu dengan
berkata: Subhana-ka l-Lahumma.
Apabila dia berkata sedemikian, maka khadam-khadam akan segera datang membawa
apa yang dikehendakinya tanpa sebarang perintah sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah Yunus (10): 10 “Doa mereka di
dalamnya ialah: “Subhanaka llahumma dan salam kehormatan mereka ialah: Salam.
Iaitu khadam-khadam berkata: “Dan penutup
doa mereka ialah: Al-Hamduli llahi rabbi l- ‘Alamin”.
Iaitu ketika mereka melakukan kelazatan jimak, makanan dan minuman, maka
mereka memuji Allah ketika selesai. Adapun firman-Nya di dalam Surah al-Safaat
(37): 41 “Mereka itu memperoleh rezeki
yang termaklum”. Beliau a.s berkata: Khadam-khadam mengetahui mengenai
rezeki mereka, lalu mereka membawa datang kepada mereka sebelum mereka meminta
daripada mereka. Adapun firman-nya di dalam Surah al-Safaat (37): 42 “Iaitu buah-buahan. Dan mereka adalah
golongan yang dimuliakan”. Beliau a.s berkata: Mereka diperkenankan apa
yang mereka ingini.
Percakapan
Para Imam A.S Di Atas Tujuh Puluh Bahasa Sebagai Jalan Keluar.
70. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad,
daripada al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Ada
orang bertanya Abu Ja‘far a.s dan aku berada bersamanya. Sesungguhnya Salim bin
Abu Hafsah dan para sahabatnya meriwayatkan daripada anda bahawa anda boleh
bercakap dengan tujuh puluh bahasa sebagai jalan keluar? Maka beliau a.s
berkata: Salim tidak mahu daripadaku, adakah dia mahu aku membawa malaikat,
demi Allah, para nabipun tidak melakukannya. Ibrahim a.s berkata di dalam Surah
al-Safaat (37): 89 “ Sesungguhnya aku
sakit”. Dia bukanlah sakit dan dia tidak berbohong. Ibrahim a.s juga
berkata di dalam Surah al-Anbiya’ (21): 63 “Sebenarnya
patung yang besar itulah yang melakukannya”. Dia tidak melakukannya dan dia
tidak berbohong. Yusuf a.s berkata di dalam Surah Yusuf(120:70 “Wahai kafilah, sesungguhnya kamu adalah golongan yang mencuri”. Demi Allah, mereka
tidak mencuri dan beliau (Yusuf a.s) tidaklah berbohong.
Hadis
Mengenai Abu Basir Dengan Seorang Perempuan.
71. Abban,
daripada Abu Basir berkata: Aku sedang duduk di sisi Abu Abdullah a.s,
tiba-tiba Ummu Khalid datang kepada kami yang dilintasi oleh Yusuf bin Umar,
lalu Ummu Khalid meminta izin untuk berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, lalu
beliau a.s berkata kepadaku: Adakah anda suka mendengar percakapannya? Aku berkata: Ya, lantas beliau a.s memberi izin
kepada Ummu Khalid. Kemudian beliau a.s telah memintaku duduk bersamanya di
atas bangku. Lalu Ummu Khalid masuk dan bercakap. Tiba-tiba dia adalah seorang
yang fasih bercakap. Dia telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s mengenai mereka
berdua (Abu Bakr dan Umar). Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Kenapa tidak
anda mewalikan mereka berdua?
Dia berkata: Aku akan berkata kepada Tuhanku apabila aku berjumpa
dengan-Nya bahawa anda telah menyuruhku supaya mewalikan mereka berdua. Abu
Abdullah a.s berkata kepadanya: Ya, Ummu Khalid berkata: Orang yang bersama
anda (Abu Basir) di atas bangku menyuruhku supaya melepaskan diriku (al-Bara’ah) daripada mereka berdua
sedangkan Kathir al-Nuwa menyuruhku supaya mewalikan mereka berdua.
Lantaran itu, manakah yang lebih baik dan lebih anda cintai? Beliau a.s
berkata: Ini ( Abu Basir), demi Tuhan, lebih aku cintai daripada Kathir al-Nuwa
dan para sahabatnya. Ini adalah suatu pertengkaran, maka beliau a.s merujuk
kepada Surah al-Ma’idah(5): 44,45,47 “Sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang kafir” dan
firman-Nya “Sesiapa yang tidak memutus
apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim” dan
firman-Nya “Sesiapa yang tidak memutuskan
apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang fasik”.
Nasibi Terhadap Ahlu
l-Bait A.S Adalah Lebih Jahat Daripada Orang Yang Meninggalkan Sembahyang.
72. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada Umar bin Abban,
daripada Abd al-Hamid al-Wabisyi, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya bahawa
bagi kami jiran yang mencabuli semua perkara yang haram sehingga dia
meninggalkan solat lebih daripada yang lain? Maka beliau a.s berkata: Subhanallah, aku akan memberitahu kepada
kamu yang lebih besar daripada itu; orang yang lebih jahat daripadanya, aku
berkata: Ya, beliau a.s berkata: Orang yang menentang kami (nasibi) adalah lebih jahat daripadanya (al-Naasibu la-naa syarrun min-hu).
Kerana tiada seorang hamba yang menyebutkan di sisinya Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w, lalu
hatinya menjadi lembut, lantas malaikat menyapukan belakangnya dan
mengampuni segala dosa-dosanya untuknya melainkan dia melakukan dosa
yang mengeluarkannya daripada iman. Sesungguhnya syafaat akan diterima, tetapi
syafaat nasibi tidak akan diterima (wa
ma tuqbalu fi naasibin). Sesungguhnya seorang mukmin akan memberi syafaat
kepada jirannya yang tidak mempunyai kebaikan. Dia berkata: Wahai Tuhanku,
jiranku telah menahan kesakitan daripadaku, lalu dia memberi syafaat kepadanya.
Maka Allah berfirman: Aku adalah Tuhan kamu dan Aku adalah lebih berhak memberi
syafaat kepada orang yang mempertahankan kamu, lalu Dia memasukkannya ke syurga
tanpa kebaikan yang dilakukannya. Seorang mukmin sekurang-kurangnya dapat
memberi syafaat kepada tiga puluh orang, maka ketika itu ahli neraka berkata di
dalam Surah al-Syu‘araa’ (26): 100-1 “Maka
kami tidak mempunyai pemberi syafaat seorangpun dan tidak pula mempunyai teman
yang akrab”.
Janganlah
Meringan-Ringankan Hak Mukmin.
73. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada
Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Salih bin ‘Uqbah, daripada Abu Harun,
daripada Abu Abdullah a.s, berkata kepada beberapa orang di sisinya dan aku
hadir bersama: Kenapakah kamu meringan-ringankan kami (tastakhiffuna bi-naa)? Lalu seorang lelaki dari Khurasan berdiri
sambil berkata: Kami berlindung dengan zat Allah dari meringan-ringankan anda
atau sesuatupun daripada urusan anda. Beliau a.s berkata: Ya, sesungguhnya anda
adalah seorang yang meringan-ringankan [urusan]ku, lalu dia berkata: Aku minta
berlindung dengan zat Allah dari meringan-ringankan [urusan] anda. Beliau a.s
berkata kepadanya: Aduhai anda, tidakkah anda mendengar polan (fulaanan) pada masa kami berdekatan
al-Juhfah dia berkata: Bawalah aku sekadar satu batu (ihmil-ni qadra mailin) kerana sesungguhnya, demi Allah, aku telah
penat, demi Allah, anda tidak mengangkat kepala anda mengenainya. Sesungguhnya
anda telah meringan-ringankannya. Sesiapa yang meringan-ringankan seorang
mukmin di kalangan kita, maka dia telah meringan-ringankan kehormatan Allah
a.w.
Kami
Mewalikan Kamu Dan Melepaskan Diri Kami Daripada Musuh Kamu.
74. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad,
daripada al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abd al-Rahman bin Abu
Abdullah berkata: Aku telah berkata
kepada Abu Abdulah a.s: Sesungguhnya Allah a.w telah mengurniakan nikmat-Nya ke atas kami dengan memperkenalkan
kepada kami tauhid-Nya, kemudian Dia telah kurniakan ke atas kami nikmat-Nya
dengan ikrar kami kepada Muhammad s.a.w dengan risalah-Nya. Kemudian Dia telah
mengurniakan keistimewaan kepada kami
kerana mencintai kamu Ahlu l-Bait. Kami mewalikan kamu dan melepaskan diri kami
daripada musuh kamu (natawallaa-kum wa
natabarra’u min ‘aduwwi-kum). Sesungguhnya kami mahu sedemikian adalah
untuk menyelamatkan diri kami dari neraka. Akupun menjadi lembut hati, lalu
akupun menangis.
Abu Abdullah a.s berkata: Bertanyalah kepadaku, demi Allah, anda tidak
bertanya kepada sesuatu melainkan aku memberitahu anda mengenainya. Abd
al-Malik bin A‘yan berkata kepada Abd al-Rahman: Aku tidak pernah mendengar Abu
Abdullah a.s berkata sedemikian kepada
orang lain selain daripada anda. Maka Aku berkata: Beritahu kepadaku mengenai
dua lelaki itu (Abu Bakr dan Umar)? Beliau a.s berkata: Kedua-dua mereka telah
menzalimi kami akan hak kami (zalamaa-naa
haqqa-naa) di dalam Kitab Allah, mereka berdua telah menegah Fatimah a.s
akan pusakanya daripada bapanya dan kezaliman itu berterusan sehingga ke hari
ini, beliau a. s telah memberi isyarat ke belakangnya-Mereka berdua telah
meninggalkan Kitab Allah di belakang mereka berdua (nabazaa kitaba l-Lah waraa’ zuhuuri-himaa).
Roh
Kudus Sentiasa Bersama Anda Selama Anda Mencintai Kami.
75. Dengan sanad ini daripada Abban, daripada ‘Uqbah bin Basyir
al-Asadi, daripada al-Kumait bin Zaid al-Asadi berkata: Aku telah berjumpa
dengan Abu Ja‘far a.s, maka beliau a.s berkata: Demi Allah, wahai Kumait, jika
kami mempunyai harta, nescaya kami memberikannya kepada anda, tetapi bagi anda
sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w kepada Hassan bin Thabit bahawa
roh kudus akan sentiasa bersama anda selama anda mencintai kami. Aku berkata:
Beritahu kepadaku mengenai dua lelaki itu (Abu bakr dan Umar), beliau a.s
mengambil bantal, lalu memecahkannya di dadanya, kemudian berkata: Demi Allah,
wahai Kumait, tidak disia-siakan setitik darah, tidak diambil harta tanpa
halal, tidak ada hati yang ditahan melainkan kesemuanya di atas tengkuk mereka berdua.
Kata-Kata
Umar Kepada Ali A.S Mengenai Bani Umayyah.
76. Dengan sanad ini, daripada Abban, daripada Abd al-Rahman bin Abu
Abdullah, daripada ‘Abbas al-Makki, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s
berkata: Sesungguhnya Umar telah berjumpa dengan Ali a.s, maka dia berkata kepadanya: Andalah
yang membaca ayat ini “Siapa di antara
kamu yang gila” Surah al-Qalam (68): 6, lalu anda membentangkannya kepadaku
dan sahabatku (Abu Bakr)? Maka Ali a.s berkata kepadanya: Aku akan memberitahu
kepada anda ayat yang telah diturunkan kepada Bani Umayyah “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu
akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?”
Surah Muhammad (47): 22, maka Umar berkata: Anda telah berbohong, Bani Umayyah
adalah lebih rapat silaturrahim daripada anda, tetapi anda telah enggan
melainkan bermusuhan terhadap Bani Taim, Bani ‘Adi dan Bani Umayyah[7].
Mengenai
Firman Allah Surah Ibrahim (14): 28 “Golongan
yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran”
77. Dengan sanad ini, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Harth
al-Nasri berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di
dalam Surah Ibrahim (14): 28 “Golongan
yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran”, maka beliau a.s berkata:
Apakah pendapat mereka mengenai ayat ini? Aku
berkata: Mereka adalah dua orang daripada Quraisy[8], Bani
Umayyah dan Bani al-Mughirah. Kemudian beliau a.s berkata: Ia adalah Quraisy
secara langsung, sesungguhnya Allah telah memberitahu Nabi-Nya s.a.w dan berfirman: [Sesungguhnya Aku melebihkan Quraisy ke atas semua Arab, Aku
memyempurnakan ke atas mereka nikmat-Ku, Aku mengutus kepada mereka rasul-Ku],
lalu mereka menukarkan nikmat-Ku dengan kekufuran dan mereka memasukkan kaum
mereka ke lembah kebinasaan[9]”.
Mengenai
Firman Allah Surah Al-Dhaariyaat (51): 54 “Maka
berpalinglah kamu dari mereka, dan kamu sekali-kali tidak tercela”
78. Dengan sanad ini, daripada Abban, daripada Abu Basir, daripada Abu
Ja‘far dan Abu Abdullah a.s bahawa mereka berdua berkata: Sesungguhnya manusia
apabila mereka telah membohongi Rasulullah s.a.w, maka Allah merancang (hamma) untuk membinasakan penduduk bumi
melainkan Ali dan orang yang selain daripadanya[10]
dengan firman-Nya di dalam Surah al-Dhaariyaat (51):54 “Maka berpalinglah kamu dari mereka, dan kamu sekali-kali tidak tercela”.
Kemudian telah berlaku al-Bada’, lalu
Dia memberi rahmat kepada mukminin. Kemudian Dia berfirman kepada Nabi-Nya di
dalam Surah al-Dhaariyaat (51): 55 “Dan
tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi
golongan yang beriman”
Keadaan
Manusia Pada Hari Kiamat.
79. Beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Hasan
bin Mahbub daripada Ali bin Ri’ab, daripada Abu ‘Ubaidah al-Haza’, daripada
Thuwair bin Abu Fakhitah berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-Husain a.s
sedang bercakap di dalam masjid Rasulullah s.a.w, berkata: Bapaku telah
memberitahuku bahawa beliau a.s telah mendengar bapanya Ali bin Abu Talib a.s
sedang bercakap-cakap kepada orang ramai: Apabila tiba hari Kiamat, Allah akan
mengutus orang ramai dari kubur-kubur mereka di atas satu pentas. Mereka dipandu oleh cahaya dan
dikumpulkan oleh kegelapan sehingga mereka berhenti di padang mahsyar. Mereka
berada di dalam kesesakan, mereka dihalang dari bergerak. Nafas mereka menjadi
sesak, banyak mengeluarkan peluh dan
mereka meninggikan suara.
Beliau a.s berkata: Ia merupakan ketakutan yang pertama pada hari
Kiamat. Allah mengawasi mereka dari ‘Arasy-Nya di dalam bayangan malaikat. Dia
memerintahkan malaikat, lalu dia menyeru mereka: Wahai orang ramai, diamlah
kamu semua dan dengarlah seruan Yang Maha Perkasa. Beliau a.s berkata: Yang
akhir mereka mendengar sebagaimana yang awal mereka. Suara mereka berpecah
ketika itu, hati mereka takut dan mereka mengangkat kepala-kepala mereka ke
arah suara di dalam keadaan rendah diri kepada penyeru.
Pada ketika itu golongan kafir berkata: Ini adalah hari yang sukar, lalu
Yang Maha Perkasa menjalankan hukuman yang adil ke atas mereka sambil
berfirman: Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, pada hari ini adalah
hukuman yang adil. Aku menghukum ke atas
kamu dengan adil. Tiada seorangpun yang akan menzalimi kamu. Hari ini
Aku mengambil yang lemah daripada yang kuat dengan haknya. Bagi pelaku
kezaliman dengan kezalimannya dengan hukum kisas daripada kebaikan dan
kejahatan. Pada hari ini tiada seorang zalim yang dapat terlepas dari sisi-Ku.
Justeru wahai orang ramai, tuntutlah kezaliman yang dilakukan kepada kamu di
dunia dan Aku sebagai saksi untuk kamu ke atas mereka dan cukuplah bagi Allah
sebagai saksi.
Beliau a.s berkata: Mereka
kenal-mengenal di antara satu sama lain dan bergaul sehingga mereka
menuntut hak mereka dengan sewajarnya. Mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian
sehingga dikendaki Allah. Keadaan mereka bertambah parah dan banyak
mengeluarkan peluh. Dukacita mereka makin meningkat dan suara mereka semakin
tinggi. Mereka bercita-cita supaya mereka dapat melepaskan diri daripadanya.
Lalu seorang yang menyeru berkata: Wahai orang ramai, diamlah, kerana Allah
akan berfirman kepada kamu: Akulah Penghebah (pemaaf) jika kamu suka pengebahan.
Jika tidak, Aku akan mengambil tindakan terhadap kezaliman kamu. Lalu
mereka bergembira dengan firman itu, kerana
kepenatan dan kesesakan yang mereka alami. Mereka mengebahkan
(memaafkan) kezaliman yang dilakukan kepada mereka bagi melepaskan diri mereka
dari balasan yang akan dikenakan terhadap mereka. Mereka berkata Wahai Tuhan
kami, kezaliman kami adalah lebih besar dari apa yang kami hebahkan (maafkan).
Kemudian mereka dikurniakan kota dari perak. Kemudian penyeru dari sisi Allah
berkata: Wahai orang ramai, angkatlah kepala-kepala kamu, lihatlah kepada kota
ini. Lalu mereka mengangkat kepala-kepala mereka dan semuanya bercita-cita
untuk mendapatkannya.
Penyeru di sisi Allah berkata:
Wahai orang ramai, Ini adalah bagi orang yang memaafkan mukmin. Lalu
mereka dimaafkan melainkan sedikit. Allah berfirman: Orang yang zalim tidak
boleh melintasi ke syurga-Ku dan orang zalim tidak akan melintasi neraka-Ku
sehingga Aku melakukan hisab. Wahai
orang ramai, bersedialah untuk hisab. Kemudian Dia memberi jalan kepada mereka
sehingga mereka sampai di Aqabah. Mereka terus kejar-mengejar sehingga mereka
berakhir di dataran dan Yang Maha Perkasa di atas Arasy. Lalu timbangan
disediakan, para nabi dan para syahid iaitu para Imam hadir bersama. Setiap
Imam menyaksikan di atas ahli zamannya bahawa beliau a.s telah berada di sisi
mereka kerana menjalankan perintah Allah dan menyeru mereka kepada jalan Allah.
Beliau a.s berkata: Seorang lelaki daripada Quraisy berkata: Wahai anak
lelaki Rasulullah s.a.w, apabila seorang lelaki mukmin dizalimi oleh lelaki kafir, maka di atas alasan apakah ia
diambil daripada lelaki kafir sedang dia daripada ahli neraka? Ali bin
al-Husain a.s berkata kepadanya: Dibuang daripada muslim kejahatannya menurut
kadar kejahatan lelaki kafir terhadapnya, lalu lelaki kafir itu diazab dengan
nya bersama azab kekafirannya menurut kadar kezalimannya terhadap muslim. Maka
lelaki Quraisy itu berkata kepadanya: Apabila kezaliman itu dilakukan oleh
muslim terhadap muslim, bagaimana kezaliman itu dituntut daripada muslim?
Beliau a.s berkata: Diambil kebaikan orang yang melakukan kezaliman untuk orang
yang dizalimi menurut kadar kezalimannya, kemudian ia ditambahkan kepada
kebaikan orang yang dizalimi.
Lelaki Quraisy itu berkata lagi: Jika orang yang melakukan kezaliman itu
tidak mempunyai apa-apa kebaikan? Beliau a.s berkata: Jika orang yang melakukan
kezaliman tidak mempunyai apa-apa kebaikan, tetapi orang yang dizalimi
mempunyai kejahatan, maka diambil kejahatan orang yang dizalimi itu, kemudian
ditambahkan kepada kejahatan orang yang zalim.
Sesiapa
Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Akan Bersama Mereka Pada Hari Kiamat.
80. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada
al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abu
Umayyah Yusuf bin Thabit bin Abu Sa‘idah, daripada Abu Abdullah a.s bahawa
mereka berkata ketika mereka berjumpa dengannya: Sesungguhnya kami telah
mencintai kamu kerana kamu adalah kerabat Rasulullah s.a.w (ahbabnaa-kum li-qaraabati-kum min rasulillah)
manakala Allah mewajibkah hak kamu. Kami bukanlah mencintai kamu kerana dunia,
ganjarannya daripada kamu melainkan kerana Allah dan negeri akhirat serta bagi
memperbaiki urusan agama kami. Maka Abu Abdullah a.s berkata: Kamu memang
benar, kamu memang benar. Kemudian beliau a.s berkata: Sesiapa yang mencintai
kami, maka dia adalah bersama kami atau dia akan datang bersama kami pada hari
Kiamat. Kemudian beliau a.s telah mengumpulkan dua jari telunjuknya.
Kemudian berkata: Demi Allah, sekiranya seorang lelaki telah berpuasa di
siang hari dan beribadat di waktu malam (saama
al-Nahaar wa qaama al-Lail), kemudian dia berjumpa dengan Allah a.w tanpa
mewalikan kami Ahlu l-Bait (bi-ghairi
wilayati-naa ahli l-Bait), nescaya dia berjumpa dengan-Nya di dalam keadaan
di mana Dia tidak meredainya atau memarahinya (wa huwa ‘an-hu ghaira radhin au sakhitun ‘alai-hi). Kemudian beliau
a.s berkata: Itu adalah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Taubah (9):
54 “Dan tidak ada yang menghalangi mereka
untuk diterima dari mereka nafkah-nafkah melainkan kerana mereka kafir kepada
Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan
malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”.
Kemudian beliau a.s berkata: Begitu juga iman tidak akan merosakkan
bersamanya amal. Demikianlah kekufuran tidak akan memanfaatkan bersamanya amal.
Kemudian beliau a.s berkata: Jadilah kamu orang yang mentauhidkan Tuhan.
Rasulullah s.a.w adalah orang yang mentauhidkan Tuhan menyeru orang ramai,
tetapi mereka tidak menyahut seruannya. Ali a.s adalah orang pertama yang
menyahuti seruannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi
Musa melainkan tiada nabi selepasku.
Penolakan
Kepada Orang Yang Menyangka Bahawa Kesempurnaan Terletak Kepada Penjagaan Perut
Dan Kemaluan.
81. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada
Yunus berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada ‘Ubbad bin Kathir al-Basri
al-Sufi: Aduhai ‘Ubbad, anda terpedaya jika perut dan kemaluan anda tidak
menerima apa yang sepatutnya sedangkan
Allah berfirman di dalam Surah al-Ahzab (33): 70-1 “Wahai golongan yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katalah
perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu”.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menerima sesuatupun daripada
anda sehingga anda berkata perkataan yang benar.
Allah
Mempunyai Lima Perkara Yang Suci.
82. Yunus, daripada Ali bin Syajarah, daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Allah mempunyai lima perkara yang suci (haram)
di bumi . Haram Rasulullah s.a.w, haram keluarga Rasulullah s.a.w (ali rasulillah), haram kitab Allah,
haram Ka‘bah dan haram mukmin.
Apabila
Mukmin Meningkat Umur Empat Puluh Tahun…
83. Beberapa sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abu
Najran, daripada Muhammad bin al-Qasim, daripada Ali bin al-Mughirah, daripada
Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Apabila mukmin
meningkat umur empat puluh tahun, maka Allah selamatkannya dari tiga penyakit:
Kanser, penyakit kusta dan gila. Apabila dia meningkat umur lima puluh tahun,
maka Allah akan menringankan hisabnya. Apbila dia meningkat umur enam puluh tahun,
maka Allah akan kurniakan kepadanya taubat. Apabila dia meningkat umur tujuh
puluh tahun, maka dia dicintai oleh ahli langit. Apabila dia meningkat umur
lapan puluh tahun, maka Allah memerintahkan supaya ditetapkan kebaikannya dan
dibuangkan kejahatannya. Apabila dia meningkat umur sembilan puluh tahun, maka
Allah akan mengampuni dosanya yang dahulu dan sekarang serta ditulis sebagai
tawanan Allah di bumi-Nya. Di dalam riwayat yang lain, apabila dia meningkat
umur seratus tahun, maka itulah umur yang paling lanjut (ardhali l-‘umari).
Ambillah
Tindakan Keras Ke Atas Hamba-Ku.
84. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
Ali bin al-Hakam daripada Daud daripada Saif, daripada Abu Basir berkata: Abu
Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang hamba berada di dalam kerehatan
urusannya sebelum umurnya empat puluh tahun. Apabila dia meningkat empat puluh
tahun, maka Allah akan memberitahu dua malaikat-Nya: Aku telah memanjangkan umur hamba-Ku ini.
Lantaran itu, ambil tindakan yang keras ke atasnya dan tuliskan ke atasnya
perkara yang sedikit ataupun banyak, kecil ataupun besar.
Dibenarkan
Lari Daripada Wabak Penyakit.
85. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada
Hammad bin Uthman, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku
telah bertanya Abu Abdullah mengenai wabak penyakit di bahagian Mesir, lalu
seorang itu berpindah ke tempat yang lain atau ia berlaku di Mesir, kemudian
dia berpindah ke tempat yang lain? Maka beliau a.s berkata: Tidak mengapa,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang mengenainya pada tempat yang
berhadapan dengan musuh, lalu berlakulah wabak penyakit pada mereka. Kemudian
mereka telah melarikan diri daripadanya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Orang
yang lari daripadanya adalah seperti orang yang lari daripada peperangan, kerana benci markaz-markaz mereka
akan ditinggalkan.
Tiga
Perkara Seorang Nabi Atau Bukan Nabi Tidak Akan Berjaya.
86. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Abu Malik
al-Hadhrami, daripada Hamzah bin Hamran, daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Tiga perkara yang mana seorang nabi atau bukan nabi tidak akan berjaya:
Berfikiran waswas mengenai kejadian (al-Khalq), ramalan yang tidak baik (tiirah) dan hasad melainkan mukmin yang tidak melakukan hasadnya.
Rawatan
Penyakit.
87. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Ali bin
Abu Hamzah, daripada Abu Ibrahim a.s berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku
bahawa sesungguhnya aku tidak sihat selama tujuh bulan dan anak lelakiku tidak
sihat selama dua belas bulan, maka ia membebankan kami. Aku rasa ia tidak
berlaku kepada seluruh badan, hanya bahagian atas badan sahaja, tidakpun di
bawahnya. Kemungkinan ia berlaku di bawah badan dan tidak berlaku di atas
seluruh badan?
Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, jika anda izinkan aku,
nescaya aku menceritakan kepada anda sebuah hadis daripada Abu Basir, daripada
datuk anda bahawa apabila beliau a.s tidak sihat, beliau a.s telah menggunakan
air sejuk. Beliau a.s mempunyai dua kain satu kain di letakkan di dalam air
sejuk dan satu kain di atas badannya, lalu beliau a.s memutarkannya di antara
keduanya. Kemudian beliau a.s berdoa sehingga didengari suaranya di balik
pintu, wahai Fatimah binti Muhammad, maka beliau a.s berkata: Anda memang
benar.
Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kamu tidak mempunyai ubat
untuk mengubati demam selesema? Maka beliau a.s berkata: Kami tidak mendapati
ubat untuknya di sisi kami selain berdoa dan air sejuk. Sesungguhnya aku telah
mengadu, lalu Muhammad bin Ibrahim mengutus kepadaku seorang tabib, lalu dia
membawa ubat cair kepadaku, tetapi aku telah enggan meminumnya, kerana apabila
aku muntah, maka sendiku menjadi lemah.
Tangkal
Demam Panas.
88. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Ishaq
al-Asy‘ari, daripada Bakr bin Muhammad al-Azadi berkata: Abu Abdullah a.s
berkata: Rasulullah s.a.w telah demam panas, lalu Jibrail a.s telah
mendatanginya, dan memberi tangkal demam, lalu berkata: Bismillah aku mengangkat anda, wahai Muhammad dan Bismillah aku menyembuhkan anda dan Bismillah daripada setiap penyakit yang
membuatkan anda tidak sihat, Bismillah,
Allah menyembuhkan anda, Bismillah
ambillah, ia akan meninggalkan anda, Bismillahir
Ramanir Rahim, aku bersumpah dengan bintang-bintang bahawa anda akan sembuh
dengan izin Allah. Bakr berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai tangkal
demam, lalu beliau a.s memberitahuku dengan tangkal ini.
Bacaan
Bagi Mengelakkan Penyakit.
89. Abu ‘Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Salim, daripada Ahmad bin
al-Nadhar, daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berkata: “Bismillahir Rahmanir Rahim.. La haula wa la quwwata illa bi llahi
l-‘Aliyyi l-‘azim’” sebanyak tiga kali. Allah akan mencukupinya sembilan
puluh sembilan jenis penyakit dan yang paling senang adalah sesak nafas.
Sesungguhnya
Ali Daripadaku Dan Aku Daripada Ali.
90. Hamid bin Ziyad, daripada
al-Hasan bin Muhammad al-Kandi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami,
daripada Abban bin Uthman, daripada al-Nu‘man al-Razi, daripada Abu Abdullah
a.s berkata: Orang ramai telah lari pada hari Uhud dari Rasulullah s.a.w, lalu
baginda s.a.w telah memarahi mereka. Beliau a.s berkata: Apabila baginda s.a.w
marah, peluh seperti mutiara keluar dari dahinya.
Beliau a.s berkata: Lalu baginda s.a.w melihat di [kelilingnya],
tiba-tiba Ali a.s berada di sampingnya, maka Baginda s.a.w bersabda kepadanya:
Pergilah dengan anak lelaki bapa anda bersama orang yang telah lari dari
Rasulullah s.a.w. Maka Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah, bagiku anda adalah
sebaik-baik ikutan. Baginda s.a.w bersabda: Aku adalah mencukupi bagi mereka,
lalu baginda s.a.w memukul orang pertama yang berhadapan dengannya di kalangan
mereka. Jibrail a.s berkata: Ini adalah
satu dugaan, wahai Muhammad, maka baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali
adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya. Jibrail a.s berkata: Aku adalah
daripada kamu berdua, wahai Muhammad. Abu Abdullah a.s berkata: Maka Rasulullah
s.a.w telah melihat Jibrail a.s sedang duduk di atas kerusi dari emas di antara
langit dan bumi seraya berkata: Tiada pedang melainkan Dhu l-Fiqar dan tiada
pemuda melainkan Ali (la saifa illa dhu
l-Fiqar wala fatan illa ‘Ali).
Peperangan
Uhud Dan Peranan Ali A.S.
91. Hamid bin Ziyad, daripada ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Dahqan, daripada
Ali bin al-Hasan al-Tatari, daripada Muhammad bin Ziyad bin Isa Biya’
al-Sabiri, daripada Abban bin Uthman berkata: Fudhail al-Barjami telah
memberitahuku berkata: Aku telah berada di Makkah dan Khalid bin Abdullah
adalah seorang amir. Dia berada di masjid di sisi Zamzam, maka dia berkata:
Panggillah Qatadah untukku, lalu seorang tua yang mempunyai rambut dan janggut
merah datang, lalu aku menghampirinya supaya aku dapat mendengar. Maka Khalid
berkata: Wahai Qatadah, beritahuku peperangan yang paling mulia dan perkasa
kepada Arab dan peperangan yang paling hina kepada Arab, maka dia berkata: Aslaha-ka l-Lahu al-Amir, aku akan memberitahu kepada anda peperangan yang paling
mulia kepada Arab, peperangan yang paling perkasa kepada Arab dan peperangan
yang paling hina kepada Arab adalah satu sahaja. Khalid berkata: Aduhai anda,
satu sahaja!
Dia berkata: Ya, aslaha l-Lahu
l-Amir, maka dia berkata: Beritahuku? Dia berkata: Badr, dia berkata:
Bagaimana begitu? Dia berkata: Sesungguhnya Badr adalah peperangan yang paling
mulia kepada Arab yang mana Allah telah memuliakannya dan ahlinya. Ia adalah
peperangan yang paling mulia kepada Arab. Dengannya Allah memperkuatkan Islam
dan ahlinya dan ia adalah peperangan yang paling hina kepada Arab manakala
Quraisy dibunuh pada hari itu, maka Arab telah menjadi hina. Maka Khalid
berkata kepadanya: Anda telah berbohong, demi Allah, sekalipun dikalangan Arab
pada hari itu ada orang yang lebih mulia daripada mereka, celaka anda, wahai
Qatadah, beritahu kepadaku mengenai tanda-tanda mereka? Dia berkata: Abu Jahal
telah keluar pada hari itu dan dia telah diberitahu supaya melihat kedudukannya
memakai serban merah dan di tangannya perisai sambil berkata:
Peperangan tidak berdendamkan matahari
daripadaku
Dua tahun yang paling hina
berusia muda
Seumpama ini semenjak ibuku
melahirkan aku.
Maka Khalid berkata: Anda telah berbohong, wahai musuh Allah, sekalipun
sepupuku lebih keperwiraannya daripadanya. Iaitu Khalid bin Walid dan ibunya
Qusyairiyyah. Celaka anda, wahai Qatadah, siapakah yang berkata: “Orang yang
paling tegas melaksanakan janjiku dan lebih menjaga maruah?” Maka dia berkata: Aslaha llahu l-Amir, ini bukanlah hari
itu, ini adalah hari Uhud yang mana Talhah bin Abu Talhah telah keluar sambil
menyeru siapa yang akan bertarung, maka tiada seorangpun keluar kepadanya.
Khalid berkata: Kamu menyangka kamu menyediakan kami dengan
pedang-pedang kamu ke neraka sedangkan kami menyediakan kamu dengan
pedang-pedang kami ke syurga. Justeru seorang lelaki hendaklah dia bertarung
denganku menyediakan aku dengan pedangnya ke neraka dan aku menyediakannya
dengan pedangku ke syurga. Lalu Ali bin Abu Talib a.s keluar sambil berkata:
Akulah anak lelaki yang memiliki dua kolam Abdu
l-Muttalib
Hasyim yang memberi makan
pada tahun kesusahan
Orang yang melaksanakan
janjiku dan menjaga maruahku
Maka Khalid la‘ana-hu llahu
berkata: Demi Allah, Abu Turab telah berbohong, kerana ia bukanlah begitu.
Qatadah berkata: Wahai Amir, izinkan aku pulang. Lalu dia keluar di
celah-celah orang ramai sambil berkata:
Dia (Khalid) adalah seorang zindiq, wahai Tuhan Ka‘bah, zindiq, wahai Tuhan
Ka‘bah.
Hadis
Adam A.S Bersama Pokok
92. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub,
daripada Muhammad Ibn al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s
berkata: Sesungguhnya Allah telah berjanji kepada Adam a.s supaya beliau a.s
tidak menghampiri pokok ini (hadhi-hi
al-Syajarat), tetapi manakala tiba waktu pada ilmu Allah bahawa Adam a.s
akan memakan [sesuatu] daripadanya,
beliau a.s terlupa lalu memakan sesuatu daripadanya iaitu sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah Taha (20): 115 “Dan
sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan
perintah) dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat[
Manakala beliau a.s memakan [sesuatu] daripada pokok itu, maka beliau
a.s diturunkan ke bumi. Maka Allah kurniakan kepadanya seorang anak lelaki
bernama Habil dan seorang anak perempuan yang menjadi kembarnya. Dia juga
kurniakan kepadanya seorang anak lelaki bernama Qabil dan seorang anak
perempuannya yang menjadi kembarnya. Kemudian Adam memerintahkan Habil dan Qabil
supaya melakukan korban. Habil adalah pemilik kambing sementara Qabil pemilik
ladang. Lalu Habil mengorbankan kambingnya yang terbaik. Sementara Qabil
mengorbankan sebahagian daripada hasil tanamannya yang belum dibersihkan[11].
Justeru Allah telah menerima korban Habil dan tidak menerima korban
Qabil sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Maidah (5): 27 “Ceritalah kepada mereka kisah kedua putra
Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan
korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak
diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil) “Aku pasti membunuhmu!”
Berkata Habil “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari golongan yang
bertakwa”.
Korbannya dimakan api, lalu Qabil cenderung kepada api. Kemudian dia
membina sebuah rumah api. Iaitu rumah api pertama dibina dan berkata: Aku akan
menyembah api ini sehingga Engkau menerima korbanku. Kemudian Iblis la‘natullah telah mendatanginya secepat
perjalanan darah manusia dan berkata: Wahai Qabil, sesungguhnya Dia telah
menerima korban Habil dan tidak menerima korban anda. Sesungguhnya jika anda
meninggalkannya sedemikian, maka keturunannya akan bermegah dengan keturunan
anda, lalu dia membunuhnya.
Manakala Qabil kembali kepada Adam a.s, maka Adam a.s berkata kepadanya:
Wahai Qabil, di manakah Habil? Qabil berkata: Aku sedang mencarinya selepas
kami melakukan korban. Adam a.s mencarinya, maka beliau a.s mendapatinya
terbunuh (qatilan). Maka Adam a.s
berkata kepada Qabil: Kamu dilaknat di bumi ini sebagaimana kamu menerima darah
Habil. Lalu Adam a.s telah menangis ke
atas Habil selama empat puluh malam. Adam a.s telah memohon kepada Tuhannya supaya
dikurniakan kepadanya seorang anak lelaki. Kemudian Dia telah kurniakan kepadanya
seorang anak lelaki bernama Hibatullah dan seorang anak perempuan yang menjadi
kembarnya.
Manakala kenabian Adam a.s tamat dan beliau a.s telah menyempurnakan
hari-harinya, maka Allah telah mewahyukan kepadanya: Wahai Adam, sesungguhnya
kenabian anda telah tamat dan anda telah menyempurnakan hari-hari anda, maka
jadilah ilmu yang di sisi anda, iman, nama yang akbar, warisan ilmu dan aathaar
ilmu kenabian daripada keturunan anda pada Hibatullah. Sesungguhnya Aku tidak
akan memotong ilmu, iman, nama yang akbar
dan aathaar kenabian daripada
keturunan anda sehingga hari Kiamat. Aku tidak akan meninggalkan bumi ini
melainkan padanya seorang alim yang mana dengannya diketahui agamaku, di
ketahui dengannya ketaatan kepada-Ku dan kejayaan adalah kepada mereka yang
dilahirkan di antara anda dan Nuh a.s.
Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus
seorang nabi bernama Nuh. Sesungguhnya beliau a.s telah menyeru kepada Allah,
tetapi kaumnya telah membohonginya. Lalu Allah telah membinasakan mereka dengan
taufan. Di antara Adam dan Nuh a.s adalah sepuluh bapa para nabi dan para wasi.
Adam a.s telah berwasiat kepada Hibatullah bahawa sesiapa yang mendapatinya
(Nuh) di kalangan kamu, maka hendaklah dia beriman dengannya, mengikutinya dan
membenarkannya, kerana ia akan menyelamatkannya dari tenggelam. Kemudian Adam
a.s telah jatuh sakit yang membawa kepada kematiannya. Beliau a.s telah
mengutus Hibatullah dan berkata kepadanya: Jika anda berjumpa dengan Jibrail
atau malaikat yang lain, maka ucaplah salamku kepadanya dan katakanlah
kepadanya: Wahai Jibrail, sesungguhnya bapaku akan memberi kepada anda buah
dari syurga.
Maka Jibrail berkata kepadanya: Wahai Hibatullah, sesungguhnya bapa anda
telah mati dan sesungguhnya kami turun untuk melakukan solat ke atasnya.
Lantaran itu, kembalilah, lalu beliau
kembali. Beliau mendapati Adam a.s telah mati. Jibrail memperlihatkan
kepadanya cara memandikannya, lalu beliau memandikannya sehingga beliau
melakukan solat ke atasnya. Hibatullah berkata: Wahai Jibrail, datang
kehadapan, dan lakulah solat ke atas Adam, maka Jibrail berkata kepadanya:
Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kami supaya kami sujud kepada bapa anda
Adam ketika beliau di syurga, maka tidak boleh bagi kami menjadi imam kepada
anak-anaknya.
Justeru Hibatullah datang kehadapan, lalu melakukan solat ke atas
bapanya. Jibrail di belakangnya, kemudian tentera para malaikat. Mereka
melakukan takbir ke atasnya sebanyak tiga puluh kali. Kemudian Jibrail a.s
telah memerintahkannya supaya melakukan takbir sebanyak dua puluh lima takbir-
Dan sunnah pada kami pada hari ini adalah lima takbir. Ahli Badr ditakbirkan
tujuh kali dan ada yang ditakbirkan sembilan kali.
Kemudian apabila Hibatullah telah mengapankan bapanya, lalu Qabil datang
kepadanya dan berkata: Wahai Hibatullah, sesungguhnya aku telah melihat bapaku
Adam telah memberi kepada anda ilmu secara khusus yang beliau tidak
memberikannya kepadaku, iaitu ilmu yang
saudara anda Habil telah berdoa dengannya, lalu korbannya diterima.
Sesungguhnya aku telah membunuhnya supaya keturunannya tidak akan bermegah
dengan keturunanku sehingga mereka berkata: Kami adalah anak-anak lelaki yang
mana korban bapanya diterima dan kamu adalah anak-anak lelaki yang mana korban
bapanya ditolak.
Jika anda memperlihatkan ilmu yang diberikan khusus oleh bapa anda,
nescaya aku akan membunuh anda sebagaimana aku telah membunuh saudara anda
Habil. Justeru Hibatullah dan keturunannya tinggal di dalam keadaan
menyembunyikan ilmu, iman, nama yang akbar,
warisan kenabian dan aathaar ilmu
kenabian di sisi mereka sehingga Allah mengutus Nuh a.s. Lantaran itu, wasiat
Hibatullah terserlah apabila mereka melihat kepada wasiat Adam a.s., maka
mereka mendapati Nuh a.s adalah seorang nabi yang telah diberikan khabar
gembira oleh Adam a.s. Lantas mereka beriman kepadanya (amanuubi-hi), mengikutinya dan membenarkannya (saddaquu-hu). Adam a.s telah berwasiat kepada Hibatullah supaya
memperbaharui wasiat ini pada setiap awal tahun sebagai hari perayaan mereka.
Justeru mereka melakukan janji setia kepada Nuh dan setiap nabi
selepasnya sehingga Allah mengutus Muhammad s.a.w. Sesungguhnya mereka
mengetahui Nuh dengan ilmu yang mereka miliki sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah al-Mu’minun (23):23 “Sesungguhnya
kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: Wahai kaumku sembahlah
Allah, sekali-kali tiada tuhan bagimu selain Dia. Maka kamu tidak bertakwa
(kepada-Nya)”. Para nabi di antara Adam dan Nuh a.s tidak didedahkan
identiti mereka (mustakhiffin).
Lantaran itu, identiti mereka tidak disebut di dalam al-Qur’an sebagaimana para
nabi yang lain. Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’(164): “Dan (kami telah mengutus) rasul-rasul yang
sungguh telah kami kisahkan mengenai mereka kepadamu dahulu dan rasul-rasul
yang tidak kami kisahkan mengenai mereka kepadamu”.
Iaitu Aku tidak menamakan mereka yang dirahsiakan sebagaimana Aku telah
menamakan mereka yang Aku telah dedahkan identiti mereka di kalangan para nabi
a.s.
Maka Nuh a.s telah tinggal bersama kaumnya selama sembilan ratus lima
puluh tahun. Tiada nabi yang lain semasa
kenabiannya. Tetapi beliau a.s telah menghadapi kaumnya yang membohongi
para nabi a.s di antaranya dan Adam a.s sebagaimana firman-Nya di dalam Surah
al-Syu‘araa’(26):105 “Kaum Nuh telah
mendustakan para rasul”. Iaitu orang yang di antaranya dan Adam a.s
sehingga kepada firman-Nya di dalam Surah al-Syu‘araa’ (26): 104 “Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah
Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”.
Kemudian Nuh a.s apabila tamat
kenabiannya dan menyempurnakan hari-harinya, maka Allah memberitahu kepadanya:
Wahai Nuh, kenabian anda telah tamat dan anda telah menyempurnakan hari-hari
anda, maka jadilah ilmu di sisi anda, iman, nama yang akbar, warisan ilmu dan aathaar
ilmu kenabian selepas anda adalah untuk keturunan anda. Aku tidak akan
memotongnya sebagaimana Aku tidak memotongnya daripada para nabi a.s di antara
anda dan Adam a.s. Aku tidak meninggalkan bumi melainkan padanya seorang alim
yang dikenali dengannya agamaku dan dikenali dengannya ketaatan mereka
kepada-Ku. Kejayaan adalah kepada mereka yang dilahirkan di antara kematian
nabi sehingga datangnya nabi yang lain.
Nuh a.s telah memberi khabar gembira kepada Sam dengan [kedatangan] Hud
a.s. Sam a.s adalah di antara Nuh dan Hud a.s. Nuh berkata: Sesungguhnya Allah
telah mengutus seorang nabi bernama Hud yang akan menyeru kaumnya kepada Allah,
tetapi kaumnya akan membohonginya dan Allah akan membinasakan mereka dengan
angin. Sesiapa yang mendapatinya di kalangan kamu, maka hendaklah dia
mempercayainya dan mengikutinya, kerana Allah akan menyelamatkannya daripada
azab angin. Justeru Nuh a.s telah membuat perjanjian mengenai wasiat ini dengan
anak lelakinya Sam pada setiap awal tahun sebagai hari perayaan mereka. Lalu
mereka mematuhi perjanjian tersebut.
Kemudian mereka mendapati Hud sebagai seorang nabi a.s yang telah diberi
khabar gembira oleh bapa mereka Nuh a.s. Lantas mereka beriman kepadanya,
mengikutinya dan membenarkannya. Lantaran itu, mereka terselamat daripada azab
angin sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-A‘raaf (6): 65 “Dan (kami telah mengutus) kepada kaum ‘Aad saudara mereka Hud”. Firman-Nya di
dalam Surah al-Syu‘araa’(26): 123-4 “Kaum
‘Aad telah mendustakan para rasul ketika saudara mereka Hud berkata kepada
mereka: Mengapa kamu tidak bertakwa?”
Firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 132 “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian
pula Ya‘qub”. Firman-Nya di dalam Surah al-An‘aam (6): 84 “Dan kami telah menganugerahkan Ishaq dan
Ya‘qub kepadanya. Kepada kedua-duanya masing-masing telah kami beri petunjuk
(pada Ahli Baitnya); dan Nuh sebelum itu juga kami telah beri petunjuk”,
supaya kami menjadikannya pada Ahli Baitnya dan selepasnya daripada keturunan
para nabi a.s sebelum Ibrahim adalah untuk Ibrahim a.s. Begitu juga di antara
Ibrahim dan Hud a.s daripada para nabi a.s. Iaitu sebagaimana firman-Nya di
dalam Surah Hud (11): 89 “Sedang kaum Lut
tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu”. Firman-Nya di dalam Surah
al-‘Ankabuut (29): 26 “Maka Lut
membenarkannya. Dan berkatalah Ibrahim: Sesungguhnya aku akan berpindah kepada
Tuhanku”.
Dan firman-Nya di dalam Surah al-‘Ankabuut (29): 16 “Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika ia berkata
kepada kaumnya: Sembahlah olehmu akan Allah dan bertakwalah kepada-Nya. Yang
demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”. Dan telah
berlaku di antara dua nabi; Ibrahim dan
Lut itu sepuluh para nabi. Dan telah
berlaku kepada setiap nabi apa yang berlaku kepada Nuh a.s, Adam, Hud, Salih,
Syu‘aib dan Ibrahim a.s sehingga sampai kepada Yusuf bin Ya‘qub a.s. Kemudian
kenabian selepas Yusuf adalah kepada suku (asbaat)
saudara-saudaranya sehingga berakhir kepada Musa a.s. Di antara Yusuf dan Musa
terdapat beberapa nabi.
Maka Allah telah mengutus Musa dan Harun a.s kepada Fir‘aun, Haman dan
Qarun. Kemudian Dia telah mengutus beberapa rasul sebagaimana firman-Nya di
dalam Surah al-Mu’minuun (23): 44 “Setiap
rasul datang kepada umatnya, umat itu mendustakannya, maka kami perikutkan
sebahagian mereka dengan sebahagian yang
lain. Dan kami jadikan mereka buah tutur (manusia)”. Bani Israel telah
membunuh pada satu hari tujuh puluh para nabi. Apabila Taurat diturunkan ke
atas Musa a.s, maka ia memberi khabar gembira mengenai Muhammad s.a.w. Di
antara Yusuf dan Musa a.s ada beberapa nabi a.s.
Wasi Musa adalah Yusyu‘ bin Nun a.s iaitu pemudanya yang disebutkan oleh
Allah di dalam Kitab-Nya. Para nabi a.s sentiasa memberi khabar gembira mengenai
Muhammad s.a.w sehingga Allah mengutus al-Masih Isa bin Maryam, lalu beliau a.s
telah memberi khabar gembira mengenai Muhammad s.a.w sebagaimana firman-Nya di
dalam Surah al-A‘raaf (7): 157 “Mereka
mendapatinya (iaitu Yahudi dan Nasara) tertulis di dalam Taurat dan Injil yang
ada di sisi mereka (iaitu sifat Muhammad) menyuruh mereka melakukan perkara
yang baik dan melarang mereka melakukan perkara yang mungkar”
Firman Allah yang menceritakan mengenai Isa di dalam Surah al-Saaf (61):
6 “Memberi khabar gembira dengan
(datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku yang namanya Ahmad”.
Justeru Musa dan Isa a.s telah memberi khabar gembira dengan kedatangan
Muhammad s.a.w sebagaimana para nabi a.s telah dilakukan oleh para nabi
terdahulu sehingga sampai kepada Muhammad s.a.w. Manakala Muhammad s.a.w melaksanakan
kenabiannya dan hari-harinya telah disempurnakannya, maka Allah telah
memberitahu kepadanya: Wahai Muhammad s.a.w,
Sesungguhnya anda telah melaksanakan kenabian anda dan menyempurnakan hari-harinya,
maka jadilah ilmu yang di sisi anda, iman, nama yang akbar, warisan kenabian
dan aathaar ilmu kenabian pada Ahlu
l-Bait anda di sisi Ali bin Talib a.s.
Sesungguhnya Aku tidak memotong ilmu, iman, nama yang akbar,
warisan ilmu dan aathaar ilmu
kenabian selepas anda daripada keturunan anda sebagaimana Aku tidak memotongnya
daripada Ahlu l-Bait para nabi a.s yang terdahulu. Iaitu di antara anda dan
bapa anda Adam a.s sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 33-4 “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh,
keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka
masing-masing). (Iaitu) satu
keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain. Dan Allah maha Mendengar
lagi Maha mengetahui”.
Sesungguhnya Allah tidak menjadikan keilmuan sebagai suatu kejahilan
tanpa mewakilkannya kepada malaikat muqarrab
dan nabi mursal, malah Dia mengutus utusan daripada para
malaikat-Nya dan berfirman: Katakan begitu dan begini, lalu dia memerintahkan
mereka melakukan apa yang Dia cintai dan melarang mereka apa yang Dia benci.
Lantaran itu, Dia menyerahkan urusan
makhluk-Nya kepada mereka dengan ilmu. Dia telah mengajarkannya kepada para
nabi-Nya, golongan pilihan-Nya di kalangan para nabi, saudara-saudara dan
zuriat selepasnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 54 “Sesungguhnya kami telah memberi kitab dan
hikmah kepada keluarga Ibrahim dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan
yang besar”
Adapun al-Kitab adalah
kenabian. Adapun al-Hikmah, maka
mereka adalah para nabi. Adapun mulk
‘azim, maka mereka adalah para Imam yang terpilih yang menjadi wulaat al-Amr kepada Allah. Justeru sesiapa yang berpegang kepada
kelebihan mereka dan berakhir dengan keilmuan mereka, akan berjaya. Sesiapa
yang menghina mereka, maka dia telah menyalahi perintah Allah.
Dia telah menjadikan golongan yang jahil sebagai wulaat al-Amr kepada Allah dengan menyangka mereka sebagai ahli
ijtihad tentag ilmu Allah. Lantaran itu, mereka telah berbohong terhadap Allah,
Rasul-Nya dan membenci wasinya serta ketaatan kepadanya. Mereka tidak
meletakkan kelebihan Allah sebagaimana Dia meletakkannya. Justeru mereka sesat
dan menyesatkan pengikut-pengikut mereka. Mereka tidak memiliki hujah (imam)
pada hari Kiamat, kerana hujah adalah pada keluarga Ibrahim a.s sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 54 “Sesungguhnya kami telah memberi kitab dan hikmah kepada keluarga
Ibrahim dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar”
Justeru hujah adalah para nabi a.s dan Ahlu l-Bait mereka sehingga
berlakunya Kiamat, kerana Kitab Allah bertutur sedemikian. Wasiat Allah
mengenai sebahagian mereka akan sebahagaian sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah al-Nuur (24) 36: “Di rumah-rumah
yang diizinkan oleh Allah untuk
disebut nama-Nya”. Iaitu di rumah-rumah para nabi a.s, rasul dan para Imam.
Ini menunjukkan ketinggian iman yang mana orang yang berjaya telah berjaya
dengannya sebelum kamu. Dengannyalah akan berjaya orang yang mengikut para Imam
dan Allah berfirman di dalam Surah al-An‘aam (6): 84-9 “Dan kepada Nuh sebelum itu juga telah kami beri petunjuk dan kepada
sebahagian daripada keturunannya (Nuh) iaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa
dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada golongan yang berbuat baik
dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk golongan yang soleh.
Dan Ismail, al-Yasa‘, Yunus dan Lut.
Masing-masing kami lebihkan darjatnya di atas umat (semasanya). Dan kami
lebihkan (pula) darjat sebahagian dari bapa-bapa mereka, keturunan mereka dan
saudara-saudara mereka. Dan kami telah memilih mereka dan kami menunjuki mereka
ke jalan yang lurus. Itulah petunjuk Allah yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara
hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan
yang mereka telah kerjakan. Mereka itulah golongan yang telah kami berikan
kepada mereka kitab, hikmat dan kenabian. Jika golongan (Quraisy) itu
mengingkarinya (yang tiga macam itu), maka kami akan menyerahkannya kepada kaum
yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya”.
Sesungguhnya Dia telah mewakilkan kelebihan itu adalah untuk Ahlu l-Bait
Nabi-Nya, saudara-saudaranya dan zuriat mereka sebagaimana di dalam kitab-Nya.
Sesungguhnya Allah telah membersihkan Ahlu l-Bait Nabinya a.s dan telah meminta
daripada orang ramai pahala kasih sayang, melakukan ke atas mereka wilayah,
menjadikan mereka para wasinya dan orang
yang dikasihinya adalah tetap selepasnya pada umatnya. Justeru ambillah iktibar
wahai manusia, apa yang aku telah perkatakan, kerana Allah telah meletakkan
wilayah-Nya, ketaatan kepada-Nya dan kasih sayang-Nya, pengambilan ilmu-Nya dan
hujah-Nya kepada Ahlu l-Bait a.s. Wilayah Allah tidak dapat dicapai melainkan
dengan mereka. Justeru sesiapa yang melakukan sedemikian, maka berhak ke atas
Allah memuliakannya dan tidak mengazabkannya. Sesiapa yang mendatangi Allah
tanpa mentaati perintah-Nya, maka berhak ke atas Allah menghinanya dan
mengazabkannya.
Hadis
Abu Ja‘far A.S Bersama Nafi‘.
93. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid,
daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada Abu Hamzah Thabit bin Dinar
al-Thumali dan Abu Mansur, daripada Abu al-Rabi‘ berkata: Kami telah
mengerjakan haji bersama Abu Ja‘far a.s pada tahun Hisyam bin Abdu l-Malik
mengerjakan haji bersama Nafi‘ maula Umar
bin al-Khattab. Lantas Nafi‘ telah melihat Abu Ja‘far a.s di sudut Ka‘bah di mana orang ramai telah
berkumpul, maka Nafi‘ berkata: Wahai Amir al-Mukminin, siapakah lelaki ini yang
didatangi orang ramai? Maka dia berkata: Ini adalah nabi ahli Kufah, ini adalah
Muhammad bin Ali. Maka dia berkata: Aku naik saksi bahawa aku akan bertanya
kepadanya mengenai beberapa masalah yang tidak boleh dijawab melainkan dia
seorang nabi atau anak lelaki nabi atau wasi nabi. Lalu Hisyam berkata:
Pergilah, dan bertanyalah kepadanya mudah-mudahan anda dapat memalukannya.
Kemudian Nafi‘ datang di celah-celah orang ramai, lalu menghampiri Abu
Ja‘far a.s seraya berkata: Wahai Muhammad bin Ali, sesungguhnya aku telah
membaca Taurat, Injil, Zabur dan Furqan, aku telah mengetahui halalnya dan
haramnya. Aku datang untuk bertanya kepada anda beberapa masalah yang tidak
akan dijawab melainkan oleh seorang nabi atau anak lelaki nabi atau wasi nabi.
Lalu Abu Ja‘far a.s mengangkatkan kepalanya dan berkata: Tanyalah apa yang
terlintas di hati anda. Maka Nafi‘ berkata: Beritahuku berapa tahunkan di
antara Isa dan Muhammad? Abu Ja‘far a.s berkata: Aku akan memberitahu kepada
anda pendapat aku atau pendapat anda? Dia berkata: Beritahu kepadaku kedua-dua
pendapat. Abu Ja‘far a.s berkata: Adapun pendapat aku adalah lima ratus tahun
dan pendapat anda adalah enam ratus tahun.
Nafi‘ berkata: Beritahuku mengenai firman Allah kepada Nabi-Nya di dalam
Surah al-Zukhruf (43):45 “Dan tanyakanlah kepada rasul-rasul kami yang
telah kami utus sebelum kamu: “Adakah kami menentukan tuhan-tuhan untuk
disembah selain Allah Yang Maha Pemurah” Siapakah yang telah bertanya
kepada Muhammad s.a.w sedangkan di antaranya dan Isa adalah lima ratus tahun?
Lalu Abu Ja‘far a.s membaca firman Allah di dalam Surah al-Israa’ (17): 1 “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidi al-Aqsa yang
telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda (kebesaran) kami”
Di antara tanda-tanda yang telah diperlihatkan oleh Allah kepada
Muhammad s.a.w apabila beliau s.a.w diperjalankan ke Bait al-Maqdis bahawa
Allah telah mengumpulkan golongan yang terdahulu dan terkemudian di kalangan
para nabi dan para rasul. Kemudian Dia memerintahkan Jibrail melakukan azan dua
dua (syafa‘an) dan iqamat dua-dua dan berkata di dalam
azannya: Hayya ‘ala khairi l-‘Amal[12],
kemudian Muhammad datang, lalu mengerjakan solat bersama mereka. Apabila
selesai, beliau s.a.w bersabda: Di atas apakah kamu bersyahadah dan apakah kamu
sembah? Mereka berkata: Kami naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang
Esa tanpa syirik bagi-Nya dan sesungguhnya engkau adalah Rasulullah. Kemudian
janji-janji kami berdasarkan kepada penyaksian tersebut.
Nafi‘ berkata: Anda memang benar, wahai Abu Ja‘far, maka beritahuku
mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 30 “Dan apakah golongan yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan
bumi itu ratqan, kemudian kami pisahkan di antara keduanya (fa-fataqnaa-humaa)”?
Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia menurunkan Adam a.s ke bumi,
maka langit tidak menurunkan hujan (ratqan).
Begitu bumi juga ratqan, kerana tidak
mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.
Apabila Allah menerima taubat Adam a.s, maka Dia memerintahkan langit
supaya menurunkan hujan. Kemudian Dia memerintahkan bumi supaya mengeluarkan
tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Inilah pengertian ratqan bagi langit dan bumi. Nafi‘ berkata: Anda memang benar,
wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w. Lantaran itu beritahuku mengenai firman
Allah di dalam Surah Ibrahim(14): 48 “(Iaitu)
pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit”
Iaitu bumi manakah yang digantikan pada hari itu? Abu Ja‘far a.s berkata: Bumi
yang mengeluarkan roti sementara mereka memakannya sehingga Allah menyelesaikan
hisab. Maka Nafi‘ berkata: Mereka sibuk dengan makan? Abu Ja‘far a.s berkata:
Adakah mereka pada hari itu lebih sibuk ketika mereka di neraka? Nafi‘ berkata:
Ya, mereka di neraka adalah lebih sibuk. Abu Ja‘far a.s: Demi Allah, mereka
tidak sibuk apabila mereka meminta makanan, lalu mereka memakan Zaqum. Dan
apabila mereka meminta minuman, maka mereka diberi minuman panas (hamim).
Nafi‘ berkata: Anda memang benar, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w.
Tinggal hanya satu soalan sahaja lagi. Abu Ja‘far a.s a.s berkata: Apakah ia?
Nafi‘ berkata: Beritahuku mengenai Allah, bilakah Dia telah wujud? Abu Ja‘far
a.s berkata: Celaka anda, perkataan “bilakah” tidak berlaku sehingga aku
memberitahu kepada anda apa yang telah berlaku. Maha Suci Dia Yang sentiasa
Satu, menjadi tempat tumpuan, tidak mengambil teman wanita dan anak. Kemudian
beliau a.s berkata: Wahai Nafi‘, beritahuku mengenai perkara yang aku akan
bertanya kepada anda. Nafi‘ berkata: Apakah dia? Beliau a.s berkata: Apakah
pendapat anda mengenai Ashab Nahrawan
(Khawarij), jika anda berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin telah membunuh
mereka dengan hak, maka sesungguhnya anda telah murtad dan jika anda berkata
bahawa beliau a.s telah membunuh mereka secara batil, maka sesungguhnya anda
telah kafir?
Maka beliau a.s berkata: Dia berpaling kepada orang yang di sisinya
sambil berkata: Anda, demi Allah, adalah orang yang paling alim dengan
sebenarnya. Lalu dia mendatangi Hisyam, lantas Hisyam berkata kepadanya: Apakah yang anda lakukan?
Nafi‘ berkata: Tinggalkan saja apa yang anda katakan kepadaku, ini, demi Allah,
adalah orang yang paling alim dengan sebenarnya. Beliau adalah anak lelaki
Rasulullah s.a.w yang sebenar. Justeru para sahabatnya berhak mengambilnya sebagai nabi.
BAHAGIAN KELIMA
Hadis
Mengenai Seorang Nasrani Bersama Al-Baqir A.S, Hadis Abu Al-Hasan Musa A.S,
Hadis Yang Pelik Mengenai Abu Dhar Bersama Rasulullah S.A.W, Anda Lebih Baik
Daripadaku Dan lain-Lain.
Hadis
Mengenai Seorang Nasrani Bersama Al-Baqir A.S
94.
Daripadanya, daripada Ismail bin Abban, daripada Umar bin Abdullah al-Thaqafi
berkata: Hisyam bin Abd al-Malik telah mengeluarkan Abu Ja‘far a.s dari Madinah
ke Syam, lalu beliau a.s tinggal di sana beberapa malam. Beliau a.s telah duduk
bersama orang ramai di dalam satu majlis dan orang ramai telah bertanya
kepadanya. Tiba-tiba beliau a.s terpandang kepada golongan Nasrani sedang
memasuki sebuah gunung di sana. Maka beliau a.s berkata: Apakah gerangan
mereka? Adakah bagi mereka perayaan pada hari ini?
Mereka berkata: Tidak, wahai anak lelaki Rasulullah, tetapi mereka
mendatangi seorang alim di kalangan
mereka di gunung ini pada setiap tahun pada hari ini. Mereka mengeluarkannya,
lalu mereka bertanya kepadanya apa yang akan berlaku kepada mereka di dalam
setahun. Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Adakah dia mempunyai ilmu? Mereka
berkata: Dia adalah orang yang paling alim. Dia telah dapat bertemu dengan para sahabat al-Hawariyyin di kalangan para
sahabat Isa a.s. Beliau a.s berkata: Adakah kita akan pergi kepadanya? Mereka
berkata: Itu adalah terserah kepada anda, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w.
Umar bin Abdullah al-Thaqafi berkata: Abu Ja‘far a.s telah menutup
kepalanya dengan kainnya, lalu beliau a.s dan para sahabatnya pergi dan
bercampur dengan orang ramai sehingga mereka menaiki gunung. Maka Abu Ja‘far
a.s dan para sahabatnya telah duduk di tengah golongan Nasrani. Golongan
Nasrani mengeluarkan hamparan dan meletakkan beberapa bantal di atasnya.
Kemudian mereka terus masuk dan mengeluarkan seorang alim mereka. Kemudian
mereka mengikat kedua-dua matanya, lalu kedua-dua matanya bertukar seperti dua
mata ular. Kemudian dia datang kepada Abu Ja‘far a.s sambil berkata: Wahai
syeikh, adakah anda di kalangan kami atau di kalangan umat yang dirahmati? Maka
Abu Ja‘far a.s berkata: Malah di kalangan umat yang dirahmati. Nasrani berkata:
Adakah anda di kalangan ulama mereka atau di kalangan golongan jahil mereka?
Abu Ja‘far a.s berkata: Aku bukanlah di kalangan golongan jahil mereka.
Nasrani berkata: Adakah aku bertanya kepada anda atau anda bertanya kepadaku?
Abu Ja‘far a.s berkata: Tanyalah aku, maka Nasrani berkata: Wahai golongan
Nasrani, seorang lelaki daripada umat Muhammad berkata: Tanyalah aku, ini
bererti dia penuh dengan ilmu. Kemudian dia berkata: Wahai hamba Allah,
beritahuku mengenai masa (sa‘atin)
yang bukan pagi dan bukan pula siang; masa apakah dia?
Abu Ja‘far a.s berkata: Iaitu di antara naik fajar sehingga naik
matahari. Nasrani berkata: Jika ia bukan masa malam dan bukan pula masa siang, maka masa apakah dia? Abu Ja‘far a.s
berkata: Masa syurga dan di sanalah keredaan kami akan terserlah. Nasrani
berkata: Aku bertanya anda atau anda bertanya aku? Abu Ja‘far a.s berkata: Anda
tanyalah aku, maka Nasrani berkata: Wahai golongan Nasrani, lelaki ini adalah
penuh dengan ilmu. Beritahuku mengenai ahli syurga bagaimana mereka jadi,
mereka makan tanpa berak, berikan contoh mereka di dunia? Abu Ja‘far a.s
berkata: Janin di dalam perut ibunya memakan apa yang dimakan oleh ibunya tanpa
berak. Nasrani berkata: Tidakkah anda berkata: Aku bukanlah di kalangan ulama
mereka? Abu Ja‘far a.s berkata: Apa yang aku telah katakan kepada anda: Aku
bukanlah di kalangan golongan jahil mereka.
Nasrani berkata: Aku bertanya anda atau anda bertanya aku? Abu Ja‘far
a.s berkata: Tanyalah aku, maka Nasrani berkata: Wahai golongan Nasrani, demi
Allah, aku akan bertanya kepadanya satu masalah yang akan menjatuhkan [air
mukanya] sebagaimana terjatuhnya unta ke dalam lumpur. Abu Ja‘far a.s berkata
kepadanya: Tanyalah, maka Nasrani berkata: Beritahuku mengenai seorang lelaki
yang telah mendekati perempuannya, lalu dia telah mengandung (hamil) dua janin
pada satu masa, kemudian dia telah melahirkan kedua-duanya pada satu masa, lalu
kedua-duanya mati pada masa yang sama dan ditanam pada satu kubur. Salah
seorang daripada mereka hidup selama seratus lima puluh tahun dan seorang lagi
hidup selama lima puluh tahun, maka siapakah mereka berdua?
Abu Ja‘far a.s berkata: ‘Uzair dan ‘Azarah. Kedua-duanya telah dikandung
(hamil) dan dilahirkan oleh ibu mereka berdua sebagaimana dikatakan oleh anda.
Kemudian Allah mematikan ‘Uzair ketika usianya seratus tahun. Kemudian Dia
membangkitnya kembali, lalu dia hidup bersama ‘Azarah selama lima puluh tahun
dan kedua-duanya mati pada satu masa. Nasrani berkata: Wahai golongan Nasrani,
aku tidak pernah melihat dengan mataku seorang yang lebih alim daripada lelaki
ini. Justeru janganlah kamu bertanya kepadaku meskipun satu huruf ketika lelaki
ini berada di Syam, bawalah aku pulang. Lalu mereka menghantarnya kembali ke
guanya dan golongan Nasara kembali bersama Abu Ja‘far a.s.
Hadis Abu
Al-Hasan Musa A.S
95. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziad,
daripada Ismail bin Mihran daripada Muhammad bin Mansur al-Khaza‘i, daripada
Ali bin Suwaid, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain,
daripada Muhammad bin Ismail bin Yazba‘, daripada Hamzah bin Bazi‘ daripada Ali
bin Suwaid dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahdi,
daripada Ismail bin Mihran daripada Muhammad bin Mansur daripada Ali bin Suwaid
berkata: Aku telah menulis sepucuk surat kepada Abu al-Hasan Musa a.s ketika
beliau a.s di dalam tahanan bertanyakan kepadanya mengenai keadaannya dan
pelbagai masalah yang banyak. Tetapi beliau a.s tidak menjawab suratku selama
beberapa bulan. Kemudian beliau a.s telah menjawabnya seperti berikut:
Bismillahir Rahmanir Rahim,
segala puji bagi Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Dengan kebesaran-Nya
dan cahaya-Nya Dia mencerahkan hati mukminin. Dengan kebesaran-Nya dan
cahaya-Nya Dia telah dimusuhi oleh golongan yang jahil. Dengan kebesaran-Nya
dan cahaya-Nya golongan di langit dan di bumi menuntut kedudukan yang tinggi di
sisi-Nya dengan amalan yang bermacam-macam dan agama-agama yang berlawanan. Ada
yang betul dan ada yang tersalah, ada yang sesat dan ada yang mendapat
petunjuk. Ada yang mendengar, dan ada yang pekak. Ada yang melihat dan ada yang
buta lagi tercengang. Maka segala puji bagi Allah yang telah memperkenalkan
agama-Nya Muhammad s.a.w.
Amma ba‘d.
Adapun kemudian daripada itu, maka anda adalah seorang yang telah dikurniakan
oleh Allah daripada keluarga Muhammad dengan kurniaan khusus, menjaga kasih
sayang yang dituntut oleh agama-Nya. Dia telah kurniakan kepada anda kecerdikan
dan pencerahan di dalam urusan agama anda kerana anda melebihkan mereka dan
menyerahkan segala urusan anda kepada mereka. Anda telah menulis surat bertanya
kepadaku mengenai beberapa perkara sedangkan aku mengenainya masih di dalam taqiyyah dan masih merahsiakannya.
Apabila berakhirnya penguasa yang zalim dan datang penguasa yang adil dengan
meninggalkan dunia yang keji kepada ahlinya yang menderhakai Pencipta mereka,
maka aku fikir aku akan menghuraikan kepada anda apa yang anda telah bertanya
kepadaku kerana khuatir kebingungan (al-Hiirah)
akan menguasai Syi‘ah yang lemah di samping kejahilan mereka.
Justeru bertakwalah kepada Allah, tinggalkan perkara itu kepada ahlinya
secara khusus. Berwaspadalah supaya anda tidak menjadi penyebab berlakunya bala
ke atas para wasi dan mencemaskan mereka dengan mendedahkan apa yang aku telah
meminta anda merahsiakannya dan anda tidak akan melakukannya insya’ Allah.
Pertama yang aku akan memberitahu anda adalah betapa dukacitanya diriku
terhadap anda pada malam-malam sebegini, tanpa menyesal, tanpa syak kepada apa
yang telah ditetapkan oleh Allah. Justeru berpeganglah kepada ikatan agama
keluarga Muhammad, ikatan teguh wasi selepas wasi, penyerahan diri kepada
mereka dan reda apa yang mereka katakan (al-Ridha
ma qaaluu).
Janganlah anda mengambil agama selain daripada Syi‘ah anda (la taltamis dina man laisa bi-syi‘ati-ka),
kerana mereka[13]
adalah pengkhianat-pengkhianat yang telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.
Mereka telah mengkhianati amanah-amanah mereka, anda mengetahui apakah yang
mereka telah mengkhianati amanah-amanah mereka? Mereka telah diamanahkan supaya
berpegang kepada kitab Allah, tetapi mereka mengubahnya (fa-harrafuu-hu), menukarkannya (baddaluu-hu)[14] dan
melantik penguasa-penguasa (wulaat al-Amr) di kalangan mereka.
Kemudian mereka meninggalkan mereka pula (wulaat
al-Amr). Justeru Allah merasakan mereka pakaian kelaparan dan ketakutan di
atas apa yang mereka kerjakan.
Anda telah bertanyaku mengenai dua orang lelaki yang telah merampas
harta seorang lelaki yang membelanjakannya kepada fakir miskin, orang musafir
dan pada jalan Allah. Apabila kedua-dua orang tadi merampasnya, lalu mereka
berdua memaksanya ke rumah mereka berdua. Dan apabila mereka berdua menahannya,
lantas mereka berdua mengendalikan infaknya, adakah perbuatan kedua-duanya
mencapai kekufuran? Bagiku mereka berdua telah menjadi nifak. Sebelum itu,
mereka berdua telah menolak firman Allah, mereka berdua telah mempersendakan (hazza’aa) Rasulullah s.a.w. Mereka
berdua adalah kafir, laknat Allah, laknat para malaikat dan laknat semua
manusia ke atas mereka berdua[15].
Demi Allah, iman tidak memasuki hati seorangpun daripada mereka semenjak
ia keluar dari hati mereka berdua. Malah syaknya semakin bertambah. Mereka
berdua adalah penipu (khadda‘aini)
yang syak, dan munafik sehingga malaikat azab mematikan mereka berdua dan
membawanya ke tempat yang hina. Anda telah bertanyaku mengenai orang yang
menghadiri majlis lelaki yang merampas hartanya, kemudian ia diletakkan di
bawah jagaannya, terdapat di kalangan mereka orang yang arif dan yang
menentang, maka mereka itu adalah ahli riddah yang pertama di kalangan umat
ini, maka di atas mereka laknat Allah, laknat malaikat dan laknat semua manusia[16].
Anda telah bertanyaku mengenai peringkat ilmu kami; iaitu di atas tiga
cara. Ilmu yang telah berlaku (maadhin),
ilmu di masa lalu sehingga sekarang (ghaabir)
dan ilmu yang akan berlaku (haadith).
Adapun mengenai ilmu yang telah berlaku, maka ia adalah sebagai pentafsir. Ilmu
yang sedang berlaku, maka ia seperti pemerhati? Adapun ilmu yang akan berlaku,
maka ia dicampakkan di hati, diukir di telinga. Iaitu ilmu kami yang paling
baik dan tiada nabi selepas nabi kami Muhammad s.a.w.
Anda telah bertanyaku mengenai ummahaat
aulaadi-him (hamba-hamba perempuan mereka yang telah melahirkan anak),
nikah dan talak mereka. Adapun mengenai ummahaat aulaadi-him, maka mereka adalah
pelacur-pelacur (‘awaahir) sehingga
hari Kiamat, nikah tanpa wali dan talak tanpa iddah. Adapun orang yang telah
memasuki di dalam dakwah kami, maka imannya telah merosakkan kesesatannya dan
keyakinannya akan syaknya.
Anda telah bertanyaku mengenai
zakat pada mereka, maka setiap zakat kamulah yang lebih berhak dengannya,
kerana kami telah menghalalkannya kepada kamu, siapa di kalangan kamu dan di
mana dia. Anda telah bertanyaku mengenai golongan yang lemah (al-Dhu‘afaa’). Adapun orang yang lemah
adalah orang yang tidak dibentangkan hujah kepadanya dan dia tidak mengetahui
perselisihan. Apabila dia mengetahui mengenai perselisihan, maka dia bukanlah
orang yang lemah.
Anda telah bertanyaku mengenai syahadah-syahadah (syahadaat) untuk mereka, maka dirilah syahadah untuk Allah
sekalipun di atas diri anda, dua ibu bapa anda dan kaum kerabat anda di antara
anda dan mereka. Jika anda takut kezaliman ke atas saudara lelaki anda, maka
janganlah anda melakukannya. Serulah kepada syarat-syarat Allah dengan
mengenali kami terhadap orang yang anda mengharapkan penerimaannya. Janganlah
anda berlindung di balik benteng riyak
dan wala’ kepada keluarga Muhammad.
Janganlah anda memberitahu kepada orang ramai apa yang telah sampai kepada anda
mengenai kami. Apatah lagi mengaitkan kami dengan perkara-perkara yang batil
sekalipun anda mengetahui daripada kami sebaliknya. Apatah lagi jika anda tidak
mengetahui apa yang kami katakannya dan menceritakannya [kepada orang lain].
Justeru berimanlah dengan apa yang aku akan memberitahu anda dan
janganlah anda mendedahkan apa yang kami minta anda merahsiakannya daripada
berita anda. Tetapi ia menjadi hak yang wajib bagi saudara lelaki anda jika
anda memberitahunya, maka ia akan memanfaatkannya di dalam urusan dunianya dan
akhiratnya. Janganlah anda merasa dendam terhadapnya meskipun ia melakukan
kejahatan kepada anda. Terimalah jemputannya apabila dia menjemput anda,
janganlah anda memberi ruang di antaranya dan musuhnya di kalangan orang ramai
sekalipun ia adalah lebih akrab kepadanya daripada anda.
Ziarahlah dia ketika sakit. Penipuan, siksaan, khianat, takbur, bahasa kotor, kemungkaran dan dorongan untuk
melakukannya adalah bukan daripada akhlak mukmin. Apabila anda melihat seorang
Badwi di dalam kesamaran dengan tentera yang ramai, maka tunggulah kemenangan
anda (faraja-ka) dan Syi‘ah anda. Dan
apabila berlaku gerhana matahari, maka angkatlah mata anda ke langit dan
renunglah apa yang dilakukan oleh Allah terhadap golongan yang zalim. Maka
sesungguhnya aku telah menerangkan kepada anda secara ringkas, selawat dan
salam kepada Muhammad dan keluarganya yang terpilih.
Hadis
Yang Pelik Mengenai Abu Dhar Bersama Rasulullah S.A.W.
96. Hamid
bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad bin Sama‘ah, daripada Muhammad bin
Ayyub, dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin
Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah
a.s berkata: Abu Dhar telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai
Rasulullah, aku akan menziarahi Madinah adakah anda membenarkan aku keluar
bersama sepupuku ke Mazinah, kami akan berada di sana? Beliau s.a.w berkata:
Sesungguhnya aku khuatir penunggang kuda Arab akan menyerang anda, lalu ia
membunuh sepupu anda, lantas anda akan
mendatangiku di dalam kesedihan. Anda akan berdiri di hadapanku memegang
tongkat anda dan anda akan berkata: Sepupuku telah dibunuh dan binatangnya
telah diambil, lalu Abu Dhar berkata:
Wahai Rasulullah, ia tidak akan berlaku sedemikian, insya’ Allah. Kemudian
Rasulullah s.a.w telah memberi izin kepadanya.
Lalu Abu Dhar, sepupunya dan isterinya keluar. Tidak lama selepas itu
penunggang-penunggang kuda Bani Fazarah
yang mana ‘Uyainah bin Hasan di kalangan mereka telah menyerangnya, lalu
membunuh sepupunya dan mencederakan isterinya dari Bani Ghaffar. Abu Dhar yang
juga terkena tikaman telah datang dan
berdiri di hadapan Rasulullah s.a.w berpegang kepada tongkatnya sambil berkata: Allah dan Rasul-Nya memang benar. Binatang
telah diambil, sepupuku telah dibunuh dan aku berdiri di hadapan anda berpegang
di atas tongkatku. Maka Rasulullah s.a.w telah memanggil muslimin, lalu mereka
keluar untuk mendapatkannya, lalu mereka mengembalikan binatang, dan membunuh
beberapa orang musyrikin.
Anda
Lebih Baik Daripadaku (anta khairun
min-nii).
97. Abban, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Rasulullah s.a.w telah bermalam di dalam peperangan Dhat al-Riqaa‘ di bawah
pokok berhampiran dengan sebuah wadi. Kemudian banjir melimpah, lalu memisahkan di antara beliau
s.a.w dan para sahabatnya. Tiba-tiba seorang daripada musyrikin telah melihat
kepadanya sedangkan muslimun masih berdiri berhampiran wadi menunggu bilakah
banjir akan berhenti. Maka seorang lelaki daripada musyrikin berkata kepada
kaumnya: Aku akan membunuh Muhammad, lalu dia datang kepada Rasulullah s.a.w
dengan pedang, kemudian berkata: Siapakah yang akan menyelamatkan anda
daripadaku, wahai Muhammad?
Baginda s.a.w bersabda: Tuhanku dan Tuhan anda. Lantas Jibrail
menolaknya dari kudanya, lalu dia terjatuh di atas belakangnya. Maka Baginda
s.a.w berdiri dan mengambil pedang dan duduk di atas dadanya sambil bersabda:
Siapakah yang dapat menyelamatkan anda, wahai Ghaurath? Maka dia berkata:
Kemurahan dan kekeramatan anda, wahai Muhammad, lalu baginda s.a.w
meninggalkannya. Lantas dia berdiri sambil berkata: Demi Allah, bahawa anda
adalah lebih baik daripadaku (anta
khairun min-nii).
Allah
Tidak Menerima Amalan Melainkan Dengan Mewalikan Ahlu l-Bait A.S.
98. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad
daripada Sulaiman bin Daud al-Munqari, daripada Hafs bin Ghiyath, daripada Abu
Abdullah a.s berkata: Jika anda mampu tidak mengenali sesiapa, maka lakukanlah.
Tidak mengapa jika orang ramai tidak memuji anda. Tidak mengapa jika anda
dicela (mazmuuman) di sisi orang
ramai sekiranya anda dipuji (mahmuudan)
di sisi Allah, sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s berkata: Tiada kebaikan di
dunia ini melainkan pada salah seorang daripada dua lelaki: Seorang lelaki yang
bertambah ihsannya pada setiap hari dan seorang lelaki yang mencapai
angan-angannya dengan taubat. Demi Allah, sekiranya dia sujud sehingga terputus
tengkuknya, nescaya Allah tidak menerima amalannya melainkan dengan wilayah
kami Ahlu l-Bait (fa wallahi lau sajada
hatta yanqati‘u ‘unqu-hu ma qabila l-Lahu a.w ‘an-hu ‘amalan illa
bi-wilayati-na ahl l-Bait)[17].
Sesungguhnya sesiapa yang mengetahui hak kami atau mengharapkan pahala
dengan kami, meredai makanannya (quti-hi)
sebanyak setengah cupak pada setiap hari, meredai pakaian yang menutupi
auratnya, meredai tempat letak kepalanya, takut kepada Allah dan itulah yang dia mahukan habuannya di dunia
sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Mu’minuun (23): 60 “Dan
golongan yang memberikan apa yang mereka telah berikan dengan hati yang takut”
Apa yang diberikan kepada mereka, demi Allah, adalah dengan ketaatan, kasih sayang dan wilayah Ahlu l-Bait a.s.
Mereka di dalam keadaan sedemikian masih takut bahawa Allah tidak menerima
amalan mereka. Ketakutan mereka, demi Allah, bukanlah ketakutan syak pada agama
yang mereka lakukan, tetapi mereka takut bahawa mereka termasuk di kalangan
golongan yang mengabaikan kasih sayang dan ketaatan kepada kami.
Kemudian beliau a.s berkata: Sekiranya anda mampu tidak keluar dari
rumah anda, maka lakukanlah. Sekiranya anda keluar, maka janganlah anda
mengumpat, berbohong, hasad, memuji diri anda sendiri, berpura-pura dan menipu.
Kemudian beliau a.s berkata: Sebaik baik biara (sauma‘ah) seorang muslim adalah rumahnya. Dia dapat menegah
matanya, lidahnya dan kemaluannya di rumahnya. Sesiapa yang mengetahui nikmat
Allah dengan hatinya, maka dia berhak tambahan daripada Allah a.w sebelum dia
menzahirkan kesyukurannya di lidahnya.
Sesiapa yang memperlihatkan kelebihannya ke atas orang lain, maka dia
adalah daripada golongan yang sombong. Aku berkata: Jika dia memperlihatkan
kesihatannya melebihi orang lain khususnya apabila dia melihatnya (orang lain)
melakukan maksiat? Beliau a.s berkata: Kemungkinan Allah telah mengampuni
dosanya sedangkan anda akan dihisab. Tidakkah anda membaca kisah tukang-tukang
sihir Musa a.s, kemudian beliau a.s berkata: Berapa ramai orang yang terpedaya
dengan nikmat-Nya ke atasnya, berapa ramai orang yang diuji (mustadrij) dengan penutupan Allah ke
atasnya dan berapa ramai orang yang diuji dengan pujian orang ramai
terhadapnya.
Kemudian Beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku mengharap kejayaan bagi
orang yang mengetahui hak kami daripada umat ini melainkan salah satu daripada
tiga: Pemerintah yang zalim, orang yang mengikut hawa nafsu dan orang fasik
secara terang-terangan. Kemudian
beliau a.s membaca Surah Ali Imran ( 3): 31 “Katakanlah “Jika kamu
(benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihimu”.
Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Hafs, cinta itu (al-Hubb) adalah lebih baik daripada takut (al-Khauf), kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, Allah tidak
mencintai orang yang mencintai dunia dan mewalikan selain daripada kami. Sesiapa
yang mengetahui hak kami (man ‘arafa
haqqa-na) dan mencintai kami (ahabba-na),
sesungguhnya dia mencintai Allah. Lantas lelaki itu menangis dan berkata:
Adakah anda menangis jika semua ahli langit dan bumi berkumpul, lalu berdoa
kepada Allah supaya Dia menyelamatkan anda dari neraka dan memasukkan anda
syurga, tidak memberi syafaat kepada anda (sekiranya anda mempunyai hati yang
hidup, nescaya anda adalah orang yang paling takut kepada Allah pada masa itu).
Kemudian beliau a.s berkata kepadanya: Wahai Hafs, jadilah anda orang
yang bertaubat daripada dosa anda. Wahai Hafs, Rasulullah s.a.w bersabda: Orang
yang takutkan Allah sepenuh lidahnya. Kemudian beliau a.s berkata: Manakala
Musa bin Imran a.s menasihati para sahabatnya, tiba-tiba seorang lelaki berdiri
dan mengoyakkan bajunya, lalu Allah
memberitahu Musa, wahai Musa, katakanlah kepadanya: Janganlah anda mengoyakkan
baju anda, tetapi lapanglah dada anda untuk-Ku. Kemudian beliau a.s berkata:
Musa a.s telah melalui seorang lelaki daripada para sahabatnya yang sedang
sujud, kemudian Musa a.s pulang dari
melakukan hajatnya mendapati lelaki itu masih sujud di dalam keadaan
sebelumnya, lalu Musa a.s berkata kepadanya: Sekiranya hajat anda ditanganku,
nescaya aku menunaikannya untuk anda. Kemudian Allah memberitahu Musa: Wahai
Musa, sekiranya dia sujud sehingga terputus tengkuknya, nescaya Aku tidak
menerimanya sehingga dia berubah dari apa yang Aku benci kepada apa yang Aku
cintai.
Sentiasa
Lapar Lagi Takutkan Allah.
99. Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada
Hisyam bin Salim dan lain-lain, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada
perkara yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w dan keluarganya selain
daripada sentiasa lapar lagi takutkan Allah.
Rasulullah
S.AW Tidak Pernah Makan Bersila.
100. Beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad dan Abu ‘Ali
al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal,
daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada Sa‘id ibn ‘Umru al-Ja‘fi, daripada Muhammad
bin Muslim berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s pada suatu hari
beliau a.s sedang makan di dalam keadaan bersila.
Muhammad bin Muslim berkata: Berita yang telah sampai kepada kami bahawa
perkara tersebut adalah yang dibencinya. Justeru aku mulai melihat kepadanya,
lalu beliau a.s menyeruku kepada makanannya. Apabila Abu Ja‘far a.s selesai makan, beliau a.s berkata: Wahai
Muhammad, kemungkinan anda terfikir bahawa Rasulullah s.a.w telah dilihat oleh
mata bahawa beliau s.a.w makan di dalam keadaan bersila semenjak baginda s.a.w
diutus sehingga baginda s.a.w mati. Kemudian Abu Ja‘fat a.s menafikan bahawa ia
berlaku kepada dirinya seraya berkata: Tidak! Mata tidak pernah melihatnya
makan di dalam keadaan bersila semenjak beliau s.a.w diutus sehinggalah beliau
s.a.w mati.
Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Muhammad, kemungkinan anda
terfikir bahawa baginda s.a.w telah kenyang daripada roti gandum selama tiga
hari berturut-turut semenjak baginda s.a.w diutus sehingga baginda s.a.w mati.
Kemudian beliau a.s telah menafinya sendiri sambil berkata: Tidak, demi Allah,
baginda s.a.w tidak pernah kenyang daripada roti gandum selama tiga hari
berturut-turut semenjak Allah mengutusnya sehingga Dia mematikannya.
Tetapi aku tidak berkata bahawa baginda s.a.w tidak mendapatinya (roti
gandum). Sesungguhnya baginda s.a.w telah memberi hadiah kepada seorang lelaki
sahaja sebanyak seratus ekor unta. Jika baginda s.a.w mahu makan, nescaya
baginda s.a.w boleh makan. Sesungguhnya Jibrail a.s telah mendatanginya dengan
anak kunci khazanah bumi sebanyak tiga kali memberi pilihan kepadanya tanpa
mengurangkan sedikitpun apa yang disediakan oleh Allah untuknya pada hari
Kiamat, tetapi baginda s.a.w telah memilih tawaduk kepada Tuhan-Nya. Maka Abu
Ja‘far a.s berkata: Tidak, sekalipun baginda s.a.w diberi sesuatu untuknya,
baginda s.a.w tidak pernah meminta sesuatu melainkan baginda s.a.w
menyerahkannya kepada-Nya.
Meskipun diberi syurga kepadanya, maka baginda s.a.w menyerahkannya
kepada Allah. Kemudian Abu Ja‘far a.s memegang tanganku sambil berkata:
Sekalipun sahabat kamu (Amir al-Mukminin Ali a.s) duduk seperti duduknya
seorang hamba, makan makanan hamba, memberi makan kepada orang ramai roti
gandum dan daging, Amir al-Mukminin a.s
kembali kepada ahlinya, lalu memakan roti dan minyak (zait). Sekiranya Amir
al-Mukminin a.s membeli baju, maka beliau a.s memberi pilihan kepada hambanya
yang lebih baik. Kemudian beliau a.s memakai apa yang ada.
Apabila ia melebihi anak jarinya, maka beliau a.s memotongnya. Apabila
ia melebihi pergelangan kakinya, maka beliau a.s membuangnya. Dua perkara yang
telah menjadi perhatiannya: Kedua-duanya adalah untuk keredaan Allah. Justeru
beliau a.s telah memilih perkara yang paling susah untuk dirinya. Beliau a.s
telah memerintahkan orang ramai selama lima tahun tanpa mengambil sebarang
bayaran melainkan tujuh ratus dirham. Itupun
sebagai lebihan dari pemberiannya [kepada orang ramai] yang beliau a.s
mahu membeli dengannya seorang hamba
untuk ahlinya.
Rasulullah
S.A.W Makan Dan duduk Seperti Seorang
Hamba Kerana Tawaduk Kepada Allah.
101. Beberapa orang daripada sahabat kami,
daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada
Hamaad bin Uthman berkata: Ibn al-Mughirah telah memberitahuku berkata: Aku
telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah
mendatangi Rasulullah s.a.w, maka dia telah memberi pilihan kepadanya dan
memberi isyarat kepadanya supaya bertawaduk, Jibrail a.s adalah penasihatnya. Rasulullah
s.a.w makan dan duduk seperti seorang hamba kerana tawaduk kepada Allah.
Kemudian dia telah mendatanginya ketika mati dengan anak-kunci khazanah dunia,
maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah anak kunci khazanah dunia di mana Tuhan
anda telah mengutus kepada anda untuk menjadi milik anda tanpa mengurangkan
sesuatupun hak anda. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Kepada Tuhan Yang Maha
Tinggi.
Aku
Dibentangkan Seluruh Makkah Dengan Emas.
102. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah,
daripada ‘Abd al-Mukmin al-Ansari, daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Rasulullah s.a.w berkata: Aku telah dibentangkan seluruh Makkah sebagai emas,
maka aku bersabda: Wahai Tuhanku, aku memohon agar aku kenyang satu hari, aku
lapar satu hari (asyba‘ yauman wa aju‘
yauman). Apabila aku kenyang, maka aku memuji Engkau dan apabila aku lapar,
maka aku menyeru Engkau dan mengingati Engkau.
Hadis Isa
A.S
103. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya,
daripada Ali bin Asbat daripada mereka a.s berkata: Di antara nasihat-nasihat
Allah a.w kepada Isa a.s:
Wahai Isa, Aku adalah Tuhan anda dan Tuhan bapa-bapa anda, nama-Ku
adalah Satu Yang Tunggal, Yang Menciptakan setiap sesuatu. Setiap sesuatu
adalah perbuatan-Ku dan semuanya kembali kepada-Ku.
Wahai Isa, anda adalah al-Masih
dengan perintah-Ku. Anda diciptakan daripada tanah seperti keadaan burung
dengan izin-Ku. Anda boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan
percakapan-Ku. Justeru jadilah anda orang yang mencintaiKu, orang yang takut
kepada-Ku dan anda tidak akan mendapat tempat berlindung selain daripada-Ku.
Wahai Isa, Aku menasihati anda dengan wasiat yang dipenuhi kasih sayang
dan rahmat sehingga anda berhak wilayah daripada-Ku dengan melakukan perkara
yang menggembirakan Aku. Anda diberkati semasa besar dan diberkati pada masa
kecil. Aku naik saksi bahawa anda adalah hamba-Ku, anak lelaki kepada hamba
perempuan-Ku, rendahlah diri anda daripada-Ku. Jadilah peringatan kepada-Ku
untuk hari akhirat anda. Hampirilah Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang
sunat (al-Nawaafil). Bertawakallah
kepada-Ku, nescaya Aku akan menjaga anda dan janganlah anda bertawakal kepada
yang lain daripada-Ku, nescaya Aku akan mengazab anda.
Wahai Isa, bersabarlah menghadapi bala, redailah dengan qada’, jadilah anda orang yang memegang
rahsia-Ku pada anda, kerana orang yang sedemikian jika ditaati, maka dia tidak
akan diderhakai.
Wahai Isa, hidupkanlah zikir-Ku dengan lidah anda agar kasih sayang-Ku
akan berada di hati anda.
Wahai Isa, bangunlah pada masa kelalaian dan buatlah keputusan untuk-Ku
dengan hikmat.
Wahai Isa, jadilah anda orang yang mencintaiKu dan orang yang takutkan
kepada-Ku.
Wahai Isa, berjagalah pada waktu malam bagi mendapatkan rahsia-Ku dan
berdahagalah pada siang hari untuk hari anda berhajat di sisi-Ku.
Wahai Isa, berlumba-lumbalah dengan tenaga anda untuk kebaikan, nescaya
anda akan mengetahui kebaikan apabila anda menghadapinya.
Wahai Isa, hukumlah pada hamba-hamba-Ku dengan nasihat-Ku dan laksanakan
keadilan pada mereka. Maka sesungguhnya Aku telah menurunkan kepada anda
penyembuh kepada penyakit syaitan yang terdapat di dada manusia.
Wahai Isa, janganlah anda menjadi pemerhati kepada setiap fitnah.
Wahai Isa, memang benar firman-Ku: Makhluk-Ku tidak beriman kepada-Ku melainkan ia tunduk
kepada-Ku. Dan ia tidak tunduk kepada-Ku melainkan ia mengharapkan pahala-Ku.
Justeru Aku naik saksi bahawa ia terselamat dari azab-Ku selama ia tidak
mengganti atau mengubah sunnah-Ku.
Wahai Isa, anak lelaki kepada dara sunti, tangisilah di atas diri anda
dengan tangisan orang yang mengucapkan selamat tinggal kepada ahlinya dan
meninggalkan dunia kepada ahlinya sehingga cintanya pada apa yang ada di sisi-Nya.
Wahai Isa, selain daripada itu, perlembutkanlah percakapan anda dan
ucaplah salam. Bangun beribadat apabila mata-mata orang baik tertidur,
berwaspadalah mengenai hari akhirat yang mana ahli, anak dan harta tidak ada
guna lagi.
Wahai Isa, celakkan mata anda dengan
celakan dukacita apabila golongan yang
jahat ketawakan anda.
Wahai Isa, jadilah anda seorang yang rendah diri lagi sabar. Oleh itu,
berbahagialah anda jika anda mencapai apa yang dijanjikan oleh golongan yang
sabar.
Wahai Isa, pergilah dari dunia ini hari demi hari dan rasailah
kepahitannya manakala ia hilang madunya. Dengan benar Aku berfirman: Anda hanya
mempunyai beberapa ketika dan beberapa hari. Gembira sebentar di dunia,
sesungguhnya Aku telah melihat apa yang akan terjadi kepada anda. Tertulis apa
yang anda telah mengambilnya dan bagaimana anda merosakkannya.
Wahai Isa, sesungguhnya anda adalah seorang yang bertanggungjawab,
lantaran itu, kasihanilah orang yang lemah sebagaimana rahmat-Ku terhadap anda
dan janganlah anda memaksa anak yatim.
Wahai Isa, tangisilah di atas diri anda di dalam kesunyian, pindahlah
dua kaki anda kepada waktu solat dan perdengarlah kepada-Ku kelazatan
percakapan anda dengan berzikir kepada-Ku, kerana perbuatan-Ku kepada anda
adalah baik.
Wahai Isa, berapa banyak di kalangan umat
ini Aku telah membinasakannya kerana dosa-dosa yang mana Aku telah menjaga anda
daripadanya.
Wahai Isa, berlembutlah dengan orang yang lemah. Angkatlah penglihatan
anda ke langit dan serulah Aku, kerana Aku adalah dekat dengan anda. Justeru
janganlah anda menyeruKu melainkan dengan tawaduk. Sesungguhnya jika anda
menyeruKu sedemikian, nescaya Aku menyahuti seruan anda.
Wahai Isa, sesungguhnya Aku tidak reda dengan dunia sebagai pahala bagi
orang sebelum anda sebagaimana Aku tidak reda dengan dunia sebagai balasan bagi
orang yang Aku murka kepadanya.
Wahai Isa, anda akan binasa dan Aku kekal. Daripada-Ku rezeki anda, di
sisi-Ku waktu ajal anda, kepada Aku anda kembali. Di atas-Ku hisab anda.
Justeru tanyalah Aku dan jangan bertanya kepada selain daripada-Ku. Bacalah doa
anda dengan baik dan di atas Akulah penerimaannya.
Wahai Isa, alangkah ramainya manusia dan alangkah sedikitnya bilangan
orang yang bersabar! Pokok-pokok adalah banyak sedangkan kebaikannya adalah
sedikit. Justeru janganlah anda terpedaya dengan pokok yang baik sehingga anda
merasai buahnya.
Wahai Isa, janganlah anda terpedaya dengan orang yang menderhakaiKu, dia
memakan rezeki-Ku, tetapi menyembah selain daripada-Ku. Kemudian dia menyeruKu
ketika dukacita, maka Aku menyahuti seruannya, kemudian dia kembali kepada
asalnya; menderhakaiKu atau dia menghadapi kemarahan-Ku. Maka dengan-Ku, Aku
bersumpah akan mengambil tindakan ke atasnya sehingga tiada tempat yang selamat
untuknya dan tempat berlindung selain daripada-Ku. Di manakah dia akan lari
dari langit-Ku dan bumi-Ku?.
Wahai Isa, katakanlah kepada golongan yang zalim di kalangan Bani Israel, janganlah kamu
menyeru-Ku sedangkan kamu memiliki harta-harta haram dan berhala-berhala berada
di rumah-rumah kamu. Justeru Aku tidak mahu menyahuti orang yang menyeruKu. Dan
sebaliknya Aku menjadikan jawapan-Ku kepada mereka dengan laknat ke atas mereka
sehingga mereka berpisah.
Wahai Isa, semenjak berapa lama Aku menunggu sedangkan mereka di dalam
kelalaian tanpa kembali. Kalimat terkeluar dari mulutmulut mereka tanpa
disedari oleh hati mereka. Mereka terdedah kepada kemarahan-Ku. Mereka
menampakkan kasih sayang kepada mukminin kerana berdekatan dengan-Ku.
Wahai Isa, hendaklah lidah anda mengenai perkara rahsia dan lahiriah
adalah satu. Begitulah hendaknya hati anda dan penglihatan anda. Cegahlah hati
anda dan lidah anda daripada perkara yang haram. Cegahlah penglihatan anda
daripada perkara yang tiada kebaikan. Berapa banyak penglihatan yang tertanam
di hatinya perasaan berahi yang membawa kepada kebinasaan.
Wahai Isa, jadilah seorang yang
pemurah dan mengasihani. Jadilah apa yang anda mahu asalkan hamba-hamba (Ku)
untuk anda. Perbanyakkanlah mengingati mati dan perpisahan keluarga. Janganlah
anda lalai, kerana kelalaian akan
merosakkan tuannya. Dan orang yang lalai adalah jauh daripada-Ku. Sebutlah Aku
dengan melakukan amalan-amalan yang baik sehingga Aku mengingati anda.
Wahai Isa, bertaubatlah kepada-Ku selepas dosa, sebutlah bersama-Ku
golongan yang baik dan berimanlah kepada-Ku dan hampirilah Aku kepada mukminin.
Perintahlah mereka supaya menyeru kepada-Ku bersama anda. Hati-hatilah anda
mengenai dakwah orang yang dizalimi. Sesungguhnya Aku akan membuka satu pintu
daripada langit untuk menerima permintaannya meskipun selepas beberapa ketika.
Wahai Isa, ketahuilah bahawa sesungguhnya sahabat yang jahat akan
memusuhi [anda] dan memburukkan nama anda. Justeru pilihlah dengan siapakah anda
bersahabat. Dan pilihlah untuk diri anda saudara-saudara di kalangan mukminin.
Wahai Isa, bertaubatlah kepada-Ku, dosa sebesar manapun Aku akan
mengampuninya dan Aku adalah Yang Maha Pengampun. Beramallah sebelum datang
ajal anda. Sembahlah Aku satu hari seperti seribu bulan yang anda perhitungkan.
Padanya Aku akan menggandakan kebaikan berkali ganda. Sesungguhnya kejahatan
akan membinasakan pelakunya. Justeru bersedialah diri anda seketika dan
berlumba-lumbalah untuk melakukan amalan yang baik. Berapa banyak majlis yang
mana ahlinya bangkit di dalam keadaan mereka ditarik ke neraka.
Wahai Isa, hiduplah secara zuhud di dunia yang sementara dan jejakilah
rumah-rumah orang sebelum anda. Serulah mereka dan selamatkanlah mereka. Adakah
anda merasai bahawa anda seorang daripada mereka? Ambillah nasihat daripada
mereka. Dan ketahuilah bahawa anda akan bersama mereka kelak.
Wahai Isa, katakanlah kepada orang yang menderhakaiKu bahawa dia akan
menunggu azab-Ku. Dan Aku akan membinasakannya. Alangkah beruntungnya anda,
wahai anak lelaki Maryam. Kemudian alangkah beruntungnya anda jika anda
mengambil adab Tuhan anda yang mengasihani anda, memberi nikmat kepada anda
sebagai suatu penghormatan-Nya. Janganlah anda menderhakaiNya ketika di dalam kesusahan,
wahai Isa, kerana ia tidak halal bagi anda menderhakaiNya sebagaimana Aku telah
menjanjikan anda dan golongan sebelum anda. Aku adalah di kalangan saksi-saksi
di atas perkara tersebut.
Wahai Isa, Aku tidak pernah menghormati makhluk-Ku seperti agama-Ku dan
Aku tidak pernah memberi nikmat ke atas makhluk-Ku seperti rahmat-Ku.
Wahai Isa, basuhilah dengan air
apa yang zahir dan ubatilah dengan kebaikan apa yang batin, kerana
kepada-Ku anda kembali.
Wahai Isa, Aku telah kurniakan ke atas anda kurniaan yang banyak (faidhan) tanpa sebarang kekotoran.
Justeru Aku telah meminta daripada anda sebagai hutang untuk diri anda sendiri,
tetapi anda telah menjadi bakhil ke atasnya supaya anda termasuk di kalangan
golongan yang binasa.
Wahai Isa, hiasilah diri anda dengan agama, kasihilah golongan miskin,
berjalanlah di bumi dengan rendah diri dan kerjakan solat di mana tempat di
bumi kerana ia semuanya bersih.
Wahai Isa, beramallah, kerana setiap yang datang itu adalah dekat,
bacalah kitab-Ku ketika anda bersih dan perdengarlah kepada-Ku suara anda yang
dukacita.
Wahai Isa, tiada kebaikan pada kelazatan yang tidak kekal dan kehidupan
daripada tuannya yang akan pergi. Wahai anak lelaki Maryam, Jika mata anda
melihat apa yang Aku telah menyediakan kepada para wali-Ku yang soleh, nescaya
hati anda merinduinya dan jiwa anda mencintainya. Tiada negeri yang sama dengan
negeri akhirat yang mana golongan yang baik mendiaminya sementara para malaikat
yang hampir dengan Tuhan memasukinya. Mereka percaya apa yang akan berlaku di
hari Kiamat. Negeri yang tidak berubah nikmatnya dan tidak akan hilang dari
penghuninya. Wahai anak lelaki Maryam, berlumba-lumbalah pada dunia ini untuk
kebaikan, kerana ia adalah angan-angan bagi golongan yang berangan-angan.
Alangkah beruntungnya anda, wahai anak lelaki Maryam, jika anda di
kalangan orang yang beramal di dunia bersama bapa-bapa anda Adam dan Ibrahim di
syurga yang penuh nikmat yang tidak berubah. Demikianlah Aku lakukan kepada
golongan yang bertakwa.
Wahai Isa, larilah bersama orang yang lari dari neraka yang mempunyai
berbagai-bagai azab; seperti malam gelap yang mana sesiapa yang berjaya darinya
akan menang dan tidak akan berjaya darinya golongan yang binasa. Ia adalah
tempat tinggal golongan yang perkasa dan zalim.
Wahai Isa, sejahat-jahat negeri bagi orang yang cenderung kepadanya dan
sejahat-jahat tempat adalah tempat tinggal golongan yang zalim. Sesungguhnya
Aku memberi peringatan kepada anda, maka hendaklah anda bersama-Ku
mengetahuinya.
Wahai Isa, jadilah anda sebagai pemerhati untuk-Ku. Persaksikanlah
bahawa Aku telah menciptakan anda dan anda adalah hamba-Ku. Sesungguhnya Aku
telah memberi bentuk kepada anda dan Aku menurunkan anda ke bumi.
Wahai Isa, dua lidah tidak layak untuk satu mulut. Begitu juga dua hati
tidak layak untuk satu dada begitu juga dengan pemikiran.
Wahai Isa, janganlah anda bangkit di dalam keadaan menderhakaiKu,
janganlah anda melantik orang yang lalai, cegahkan diri anda daripada syahwat
yang membinasakan. Setiap syahwat menjauhkan anda daripada-Ku. Justeru
tinggallah ia. Ketahuilah bahawa anda di sisi-Ku adalah seorang rasul yang
dipercayai. Lantaran itu, hati-hatilah mengenai Aku. Ketahuilah bahawa dunia
anda akan membawa anda kepada-Ku. Sesungguhnya Aku akan mengambil anda dengan
ilmu-Ku. Oleh itu, rendahlah diri anda ketika menyebutKu. Khusyuklah hati anda
ketika berzikir kepada-Ku, bangkit ketika tidurnya golongan yang lalai.
Wahai Isa, ini adalah nasihat-Ku kepada anda. Lantaran itu, ambillah ia
daripada-Ku dan sesungguhnya Aku adalah Tuhan Alam semesta.
Wahai Isa, apabila hamba-Ku bersabar di sisi-Ku, maka pahala amalannya
adalah di atas-Ku. Aku di sisinya ketika dia menyeruKu. Cukuplah bagi-Ku
membalas dendam terhadap orang yang menderhakaiKu. Di manakan golongan yang
zalim akan melarikan diri daripada-Ku?
Wahai Isa, bertuturlah dengan perkataan yang baik, jadilah anda seorang
alim yang sentiasa belajar.
Wahai Isa, lakulah segala kebaikan kepada-Ku sehingga anda menyebutnya
di sisi-Ku. Berpeganglah dengan wasiat-Ku, kerana ia adalah penawar kepada
hati.
Wahai Isa, anda tidak terlepas dari perencanaan-Ku dan janganlah anda
terlupa menyebutKu ketika bersendirian.
Wahai Isa, hitunglah diri anda untuk kembali kepada-Ku sehingga
terlaksana pahala-pahala yang dilakukan oleh mereka dan Aku adalah sebaik-baik
orang yang memberi.
Wahai Isa, anda adalah makhluk dengan firman-Ku. Maryam telah melahirkan
anda dengan perintah-Ku melalui roh-Ku Jibrail al-Amin sehingga anda berdiri di
bumi, hidup dan berjalan. Semuanya adalah menurut keilmuan-Ku yang terdahulu.
Wahai Isa, kedudukan Zakaria adalah seperti bapa anda, dia adalah
penjaga ibu anda. Manakala dia memasuki Mihrab, maka dia mendapati di sisinya
rezeki. Yahya adalah daripada makhluk-Ku dan ia adalah setanding dengan anda.
Aku telah memberinya kepada ibunya selepas usianya yang lanjut, tanpa kekuatan
lagi untuk melahirkan anak. Aku melakukan sedemikian adalah untuk menzahirkan
kekuasaan-Ku dan menzahirkan kepada anda kekuatan-Ku. Orang yang paling Aku
cintai adalah orang yang paling taat kepada-Ku dan orang yang paling takut
kepada-Ku.
Wahai Isa, bangkitlah, janganlah anda berputus asa daripada roh-Ku,
Bertasbihlah kepada-Ku bersama orang yang bertasbih kepada-Ku, maka dengan
percakapan yang baik dia mengkuduskan Aku.
Wahai Isa, bagaimana hamba-hamba-Ku mengingkariKu sedangkan mereka tidak
terlepas dari genggaman-Ku dan berkeliaran di bumi-Ku, jahil dengan nikmat-Ku.
Mereka melantik musuh-Ku. Demikianlah binasanya golongan kafir.
Wahai Isa, dunia adalah penjara yang busuk dan kebaikan yang anda lihat
adalah menjadi punca pembunuhan yang dilakukan oleh penguasa-penguasa zalim.
Berwaspadalah dengan dunia, kerana nikmatnya akan hilang, malah nikmatnya
adalah sedikit.
Wahai Isa, dapatkan Aku ketika di bantal anda ( tidur)[18],
nescaya anda akan mendapatiKu. Serulah Aku di dalam keadaan anda mencintaiKu.
Aku adalah orang yang mendengar, Aku menyahuti mana mana orang yang menyeruKu.
Wahai Isa, takutlah kepada-Ku dan takutkan hamba-hamba-Ku kepada-Ku,
kerana golongan yang berdosa jika mereka tidak melakukan dosa, maka mereka
tidak akan binasa melainkan mereka mengetahui.
Wahai Isa, takutlah kepada-Ku, nescaya Aku akan membuatkan
binatang-binatang buas takut kepada anda dan kematian yang anda akan
menghadapinya. Semuanya Akulah yang menciptakannya. Justeru takutlah kepada-Ku.
Wahai Isa, sesungguhnya kerajaan adalah untuk-Ku dan di tangan-Ku dan
Akulah Raja. Jika anda mentaatiKu, maka Aku akan memasukkan anda syurga-Ku
berjiran dengan golongan yang soleh.
Wahai Isa, sesungguhnya apabila Aku memarahi anda, maka reda orang lain
tidak akan memanfaatkan anda lagi. Jika Aku reda mengenai anda, maka kemarahan
orang lain tidak akan memusnahkan anda.
Wahai Isa, sebutlah Aku di dalam diri
anda, nescaya Aku akan menyebut anda di dalam diri-Ku. Sebutlah Aku pada
kumpulan anda, nescaya Aku menyebut anda pada kumpulan yang lebih baik daripada
manusia.
Wahai Isa, berdoalah kepada-Ku seperti doa orang lemas yang dukacita
yang mana tiada pembantu baginya.
Wahai Isa, janganlah anda bersumpah kepada-Ku sebagai pembohong, lantas
Arasy-Ku bergegar kerana kemarahan [Ku]. Dunia
umurnya pendek, tetapi panjang angan-angan. Dan bagi-Ku tempat yang
paling baik.
Wahai Isa, bagaimana kamu akan lakukan jika Aku mengeluarkan kepada kamu
kitab yang bercakap dengan kebenaran dan kamu menyaksi rahsia-rahsia yang kamu
sembunyikannya dan amalan-amalan yang kamu lakukan.
Wahai Isa, katakanlah kepada golongan yang zalim daripada Bani Israel:
Kamu membasuhi muka-muka kamu dan mengotori hati-hati kamu. Adakah kamu
terpedaya dengannya atau kepada-Ku kamu berani menentang? Kamu berbuat baik
dengan kebaikan untuk ahli dunia sedangkan batin kamu adalah di sisi-Ku seperti
kedudukan bangkai yang busuk, maka kamu adalah seperti kaum yang mati.
Wahai Isa, katakanlah kepada mereka: Keratlah kuku-kuku kamu daripada
pendapatan haram. Pekakkanlah telinga-telinga kamu dari mendengar bahasa yang
kotor. Justeru datanglah kepada-Ku dengan hati kamu, kerana Aku tidak mahu rupa
bentuk kamu.
Wahai Isa, bergembiralah dengan kebaikan, kerana Aku reda dengannya.
Tangisilah di atas keburukan, kerana ia adalah celaan. Apa yang anda tidak mahu
dilakukan kepada anda, maka janganlah anda melakukannya kepada orang lain.
Sekiranya dia menamparkan pipi anda yang kanan, maka berilah pipi anda yang
kiri. Dekatlah kepada-Ku dengan kasih sayang dan mengenailah golongan yang
jahil.
Wahai Isa, rendahlah dirimu kepada ahli kebaikan dan bersyarikatlah
dengan mereka mengenainya. Jadilah anda sebagai saksi ke atas mereka.
Katakanlah kepada golongan yang zalim daripada Bani Israel: Wahai kawan-kawan
yang jahat, sekiranya kamu tidak berhenti, nescaya Aku akan menukarkan kamu
kepada kera dan babi.
Wahai Isa, katakanlah kepada golongan yang zalim daripada Bani Israel:
Hikmat menangis, kerana berpisah dari-Ku sedangkan kamu ketawa, kerana
berpisah. Adakah pelepasan daripada-Ku mendatangi kamu atau di sisi kamu aman
dari azab-Ku atau kamu terdedah kepada balasan-Ku? Dengan-Ku, Aku bersumpah
bahawa Aku akan meninggalkan kamu sebagai contoh bagi golongan yang
melakukannya.
Kemudian Aku berwasiat kepada anda, wahai anak lelaki Maryam, dengan
penghulu para rasul dan kekasih-Ku Ahmad; tuan kepada unta yang merah dan
mukanya seperti bulan purnama, bersinar seperti cahaya, bersih hati, hidup
derita, tetapi mulia. Dia merupakan rahmat kepada alam semesta dan menjadi penghulu
anak Adam pada hari dia berjumpa dengan-Ku. Orang yang paling mulia di kalangan
golongan yang terdahulu dan rasul yang paling hampir kepada-Ku, berbangsa Arab
dan dipercayai, penjaga agama-Ku, sabar mengenai zat-Ku, penentang musyrikin
dengan tangannya kerana-Ku. Kamu hendaklah memberitahu Bani Israel mengenainya
dan memerintahkan mereka supaya membenarkannya, beriman dengannya, mengikutinya
dan menolongnya.
Isa a.s berkata: Wahai Tuhanku, siapakah dia sehingga aku meredainya dan
Engkau pula meredainya? Dia berfirman: Dia adalah Muhammad Rasulullah kepada
semua manusia, paling hampir kepada-Ku dan orang yang paling banyak memberi
syafaat. Alangkah beruntung baginya dan alangkah beruntung bagi umatnya jika
mereka mengikuti jalannya. Dia dipuji oleh ahli bumi dan diucap istighfar untuknya oleh ahli langit,
aman dan nyaman sebaik-baik orang di sisi-Ku. Dia akan keluar pada akhir zaman
dengan langit menghormatinya dan bumi mengeluarkan bunganya sehingga mereka
melihat keberkatannya dan Aku memberkati untuk mereka pada setiap tempat yang
dia meletakkan tangannya. Ramai isterinya, sedikit anaknya, tinggal di Makkah
di tempat Ibrahim.
Wahai Isa, agamanya al-Hanifiyyah, diterima oleh orang Yaman. Alangkah
beruntung baginya. Kemudian alangkah beruntung baginya. Baginya kolam Kauthar
dan makam yang tinggi di syurga Adan, hidup yang paling mulia dan dia akan mati
syahid. Baginya kolam lebih besar dari Makkah ke arah naiknya matahari. Padanya
bijana seperti bintang-bintang dan cawan-cawan dari tanah. Setiap minuman
padanya adalah manis, dapat mengecapi semua buahan di dalam syurga. Sesiapa
yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Ini adalah sebahagian
daripada pembahagian-Ku untuknya dan nikmat-Ku kepadanya beberapa ketika di
antara anda dan dia.
Rahsianya menepati nyatanya dan perbuatannya menepati kata-katanya. Dia
tidak menyuruh orang ramai melakukan sesuatu melainkan dia memulakannya
terlebih dahulu. Agamanya adalah jihad di dalam kesukaran dan kesenangan.
Negara mematuhinya dan raja Rom menghormatinya. Dia adalah di atas agama
Ibrahim, dia menyebut Bismillah
ketika makan, memberi salam, mengerjakan solat ketika orang ramai tidur.
Baginya lima solat yang berturut-turut, menyeru kepada solat seperti seruan
tentera dengan syiar-syiar (lambang), memulai dengan takbir dan mengakhiri
dengan salam, dua kakinya berada di dalam saf sebagaimana saf para malaikat.
Hati dan kepalanya khusyuk kepada-Ku, cahaya di dadanya, kebenaran di
atas lidahnya dan dia adalah di atas kebenaran. Asalnya seorang anak yatim, dua
matanya tidur, tetapi hatinya tidak pernah tidur. Baginya syafaat ke atas
umatnya di hari Kiamat. Tangan-Ku adalah di atas tangan mereka. Justeru sesiapa
yang menentang, maka penentangan itu adalah di atas dirinya. Sesiapa yang menunaikan
apa yang dijanjikan ke atasnya, maka Aku akan memberikannya syurga. Lantaran
itu, perintahlah golongan yang zalim daripada Bani Israel supaya mereka
mengkaji kitab-kitab mereka, janganlah mereka mengubah sunnahnya, supaya mereka
memberi salam kepadanya, kerana dia mempunyai kedudukan yang tinggi.
Wahai Isa, setiap kali dia menghampiri anda kerana-Ku, maka Aku
menunjukkan anda ke atasnya dan setiap kali dia menjauhkan anda kerana-Ku, maka
sesungguhnya Aku melarang anda daripadanya, justeru kembalilah anda kepada diri
anda sendiri.
Wahai Isa, dunia adalah manis. Sesungguhnya Aku telah menggunakan anda
padanya, lantaran itu, jauhlah diri anda dari apa yang Aku telah memperingatkan
anda. Ambillah daripadanya apa yang Aku telah memberikannya kepada anda secara
kemaafan.
Wahai Isa, lihatlah pada amalan anda sebagai seorang hamba yang berdosa
lagi bersalah. Janganlah anda melihat kepada amalan orang lain sebagai Tuhan.
Hiduplah di dunia sebagai seorang yang zuhud dan janganlah anda mencintainya,
nescaya anda akan menyesal.
Wahai Isa, fikirlah dan lihatlah pada seluruh pelusuk bumi bagimanakah
akibat golongan yang zalim.
Wahai Isa, setiap gambaran yang Aku berikan kepada anda adalah nasihat.
Setiap firman-Ku adalah benar. Akulah kebenaran yang nyata. Memang benar
apabila Aku berfirman: Jika anda menderhakai Aku selepas Aku memberitahukan
anda, maka anda tidak lagi mempunyai wali dan penolong.
Wahai Isa, rendahkan diri anda dengan ketakutan (al-Khasyyah). Lihatlah kepada orang yang di bawah anda, janganlah
anda melihat kepada orang yang di atas anda. Ketahuilah bahawa punca segala
kesalahan adalah cinta kepada dunia. Justeru janganlah anda mencintainya,
sesungguhnya Aku tidak mencintainya.
Wahai Isa, perbaikkanlah hati anda kepada-Ku, perbanyakkanlah zikir
kepada-Ku ketika keseorangan dan ketahuilah bahawa kegembiraan-Ku adalah
apabila anda datang kepada-Ku sepenuh hati. Justeru beramallah anda sebagai
seorang yang hidup dan bukan seorang yang mati.
Wahai Isa, janganlah anda melakukan syirik kepada-Ku, berwaspadalah
dengan-Ku. Janganlah anda terpedaya dengan kesihatan, lantas anda bergembira
dengan diri anda, kerana dunia akan hilang. Berlumba-lumbalah di dalam
melakukan perkara-perkara yang baik. Jadilah anda bersama kebenaran di mana
saja anda berada sekalipun anda dipotong atau dibakar dengan api (quti‘-ta au uhriq-ta bi al-Nar).
Janganlah anda mengingkariKu selepas mengenaliKu. Janganlah anda tergolong
daripada golongan yang jahil.
Wahai Isa, cucurilah kepada-Ku air matamu dan khusyuklah kepada-Ku.
Wahai Isa, pohonlah pertolongan-Ku ketika di dalam kesusahan, kerana Aku
menolong golongan yang di dalam kesusahan. Aku menyahuti seruan golongan yang
dipaksa dan Aku adalah Yang Maha Penyayang.
Mengenai
Firman Allah Surah Al-Saad (38) : 62-3“Mengapa
kami tidak melihat golongan yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan
yang jahat (hina)”
104. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin
al-Hakam, daripada Mansur bin Yunus, daripada
‘Anbasah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila ahli neraka menetap
di neraka, maka mereka terasa ketiadaan kamu. Mereka tidak melihat seorangpun
daripada kamu. Lalu mereka berkata di dalam Surah al-Saad (38): 62-3 “Mengapa kami tidak melihat golongan yang
dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan yang jahat (hina). Apakah kami
dahulu menjadikan mereka olok-olokan ataukah kerana mata kami tidak melihat
mereka? ” Beliau a.s berkata: Demikian juga firman-Nya di dalam Surah yang sama
ayat 4 “Sesungguhnya yang demikian itu
pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka”. Beliau a.s berkata:
Mereka bertengkar apa yang mereka perkatakan mengenai kamu di dunia.
Hadis
Mengenai Iblis
105. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada
Safwan, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Siapakah
orang yang paling teruk kepada kamu? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan
anda semuanya, beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui perkara itu wahai
Ya‘qub? Aku berkata: Aku tidak mengetahui, aku jadikan diriku tebusan anda,
beliau a.s berkata: Sesungguhnya Iblis telah menyeru mereka, maka mereka
menyahuti seruannya (inna iblisa
da‘aa-hum fa-ajabuu-hu), dia menyuruh mereka, maka mereka mentaatinya, dia
menyeru kamu, tetapi kamu tidak menyahutinya, dia menyuruh kamu, tetapi kamu
tidak mentaatinya. Justeru orang ramai menggoda kamu (amara-hum fa-ataa‘uu-hu fa-ughriya bi-kum al-Naas).
Berpindah
Dari Tempat Tidur .
106. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair,
daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila
seorang lelaki melihat apa yang dia benci di dalam tidurnya, maka hendaklah dia
berpindah dari tempat tidurnya dan berkata:
“Sesungguhnya pembicaraan rahsia
itu adalah dari syaitan, supaya golongan yang beriman itu berdukacita, sedang
pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka kecuali
dengan izin Allah ( Surah al-Mujadalah (58):10). Kemudian hendaklah dia
membaca: Aku berlindung sebagaimana berlindungnya para malaikat muqarrabun, para nabi-Nya dan
hamba-hamba-Nya yang soleh daripada kejahatan yang aku telah melihatnya dan
daripada kejahatan syaitan yang direjam.
Rasulullah
S.A.W Mengajar Doa Kepada Fatimah A.S.
107. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin
Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Harun bin Mansur
al-‘Abdi, daripada Abu al-Ward, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah
s.a.w telah bersabda kepada Fatimah a.s mengenai mimpinya: Katakan: Aku minta
berlindung sebagaimana berlindungnya para malaikat muqarrabun, para nabi-Nya dan hamba-hamba-Nya yang soleh daripada
kejahatan yang aku telah melihatnya pada malamku ini supaya sesuatu yang jahat
atau yang aku benci tidak akan menimpaku. Kemudian palingkan dari sebelah kanan
anda selama tiga kali.
Hadis
Mengenai Muhasabah Diri
108. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Ali bin Muhammad, daripada
al-Qasim bin Muhammad, daripada Sulaiman bin Daud al-Munqari, daripada Hafs bin
Ghiyath berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang daripada kamu mahu
Allah memberinya apa yang dimintanya, maka hendaklah dia berputus asa daripada
semua manusia dan tiada baginya harapan melainkan dari sisi Allah. Apabila
Allah mengetahui demikian itu dari pihaknya, maka dia tidak meminta sesuatu
melainkan Allah memberikannya kepadanya. Lantaran itu, hisablah diri kamu
sebelum kamu dihisab, kerana Kiamat mempunyai lima puluh tempat berhenti (mauqif). Setiap tempat berhenti kadarnya
seribu tahun. Kemudian beliau a.s membaca Surah al-Sajdah (32): 5 “Dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun
menurut perhitunganmu”.
Musafir
Pada Hari sabtu.
109. Dengan sanad-sanad ini, daripada Hafs, daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Sesiapa yang ingin musafir, maka hendaklah dia musafir pada hari
sabtu. Sekiranya satu batu tergelincir dari sebuah gunung pada hari sabtu,
nescaya Allah menolaknya ke tempatnya. Sesiapa ingin memohon hajatnya, maka
hendaklah dia memohonnya pada hari selasa. Kerana pada hari ini Allah
melembutkan besi untuk Daud a.s.
Keadaan
Manusia Pada Hari Kiamat.
110. Dengan sanad-sanad ini, daripada Hafs, daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Umpama manusia pada hari Kiamat apabila mereka berdiri di hadapan Tuhan semesta alam umpama anak panah di dalam
kotaknya, tiada baginya ruang di bumi melainkan untuk kakinya seperti anak
panah di dalam kotaknya tidak mampu bergerak ke mana-mana.
Hadis
Hafs Dan Sujud Abu Abdullah A.S.
111. Dengan sanad-sanad ini, daripada Hafs berkata: Aku telah melihat
Abu Abdullah a.s berjalan di celah-celah dua kebun di Kufah dan berakhir dengan
kebun kurma, lalu beliau a.s mengambil wuduk di sisinya. Kemudian beliau a.s
rukuk dan sujud. Aku telah menghitung di dalam sujudnya lima ratus tasbih.
Kemudian beliau a.s telah menyandar di pohon kurma, lalu berdoa dengan beberapa
doa, kemudian berkata: Wahai Abu Hafs, demi Allah, sesungguhnya kurma ini adalah kurma yang difirmankan oleh
Allah kepada Maryam a.s di dalam Surah
Maryam (19): 25 “Dan goyanglah
pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah
kurma yang masak kepadamu”
Celaan
Kepada Dunia.
112. Hafs, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Isa a.s berkata: Urusan
dunia dan urusan akhirat adalah berlainan. Adapun urusan dunia, maka
sesungguhnya anda tidak menghulur tangan anda kepada sesuatu daripadanya
melainkan anda mendapati orang yang jahat telah mendahului anda kepadanya (faajiran qad sabaqa-ka ilai-ha). Adapun
urusan akhirat, maka sesungguhnya anda tidak mendapati pembantu-pembantu yang
akan membantu anda mengenainya (la tajid
a‘waana yu ‘iinuu-ka ‘alai-ha).
Celaan
Pengaduan Mukmin Akan Hajatnya Kepada Orang Kafir.
113. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn
Mahbub, daripada Yunus bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s
berkata: Mukmin yang telah mengadu hajatnya dan kemudaratannya kepada seorang
kafir atau kepada orang yang menyalahi agamanya, maka seolah-olah dia mengadu
akan Allah kepada salah seorang daripada
musuh-musuh-Nya. Mukmin mengadu hajatnya dan kemudaratannya kepada mukmin
seumpamanya, maka aduannya adalah kepada Allah.
Dalil
Kematian Sulaiman Keluarnya Pohon Al-Kharnubah.
114. Ibn Mahbub, daripada Jamil bin salih, daripada al-Walid bin Sabih,
daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu
kepada Sulaiman bin Daud a.s bahawa sesungguhnya dalil kematian anda adalah
pohon akan keluar dari Bait al-Maqdis dikenali dengan al-Kharnubah. Pada suatu
hari Sulaiman telah melihat kepada pohon al-Kharnubah telah menjalar dari Bait al-Maqdis, maka Sulaiman a.s
berkata kepadanya: Apakah nama anda? Dia berkata: Al-Kharnubah.
Lantas Sulaiman a.s pulang ke mihrabnya, lalu berdiri padanya di dalam
keadaan memegang tongkatnya. Kemudian dia mati pada ketika itu juga. Jin dan
manusia berkhidmat kepadanya, menjalankan tugasannya seperti sebelum
kematiannya, kerana mereka menyangka bahawa beliau a.s masih hidup tidak mati.
Mereka datang dan pergi sedangkan Sulaiman a.s berdiri memegang tongkatnya
sehingga rayap yang memakan tongkatnya, lalu ia pecah dan Sulaiman a.s
tersungkur ke tanah. Tidakkah anda mendengar firman-Nya di dalam Surah Saba’
(34): 14 “Maka tatkala ia telah
tersungkur, tahulah jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib
tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan”
Keadaan
Musyrikin Apabila Berjumpa Rasulullah S.A.W.
115. Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Sudir, daripada Abu
Ja‘far a.s berkata: Jabir bin Abdullah telah memberitahuku bahawa musyrikin
apabila mereka melalui Rasulullah s.a.w sekitar rumahnya, salah seorang
daripada mereka menggerakkan belakang dan kepalanya begini…, menutup kepalanya
dengan kainnya supaya Rasulullah s.a.w tidak melihatnya. Maka Allah menurunkan
Surah Hud (11): 5 “Ingatlah sesungguhnya
mereka memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya
(Muhammad). Ingatlah di waktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah
mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan”
Allah
Menciptakan Syurga Sebelum Neraka.
116. Ibn Mahbub, daripada Abu Ja‘far al-Ahwal, daripada Salam bin
al-Mustanir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah
menciptakan syurga sebelum Dia menciptakan neraka. Dia telah menciptakan
ketaatan sebelum Dia menciptakan kemaksiatan. Dia telah menciptakan rahmat
sebelum Dia menciptakan kemarahan, Dia menciptakan kebaikan sebelum kejahatan,
menciptakan bumi sebelum Dia menciptakan langit, menciptakan kehidupan sebelum
kematian, mencipatakan matahari sebelum bulan dan menciptakan cahaya sebelum
kegelapan.
Mengenai
Firman Allah Surah Hud (11) :7 “Dan
Dialah yang menciptakan langit dan bumi di dalam enam masa”
117. Daripadanya, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah
mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan
kebaikan pada hari Ahad. Dia tidak menciptakan kejahatan sebelum kebaikan. Pada
hari Ahad dan Isnin Dia telah menciptakan bumi. Dia telah menciptakan
makanannya (aqwaata-ha) pada hari
selasa. Dia telah menciptakan langit-langit pada hari Rabu dan hari Khamis. Dia
menciptakan makanannya pada hari Jumaat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah
Hud (11): 7 “Dan Dialah yang menciptakan
langit dan bumi di dalam enam masa”.
Pujian
Kepada Zararah Dan Para Sahabatnya.
118. Ibn Mahbub, daripada Hannan dan Ali bin Ri’ab, daripada Zararah
berkata: Aku berkata kepadanya: Firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 16 “Aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus,
kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dan
dari kanan dan dari kiri merekla. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan
mereka bersyukur”. Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Zararah, sesungguhnya
syaitan tidak dapat melakukan sedemikian kepada anda dan para sahabat anda.
Adapun orang lain, maka dia telah selesai melakukannya kepada mereka.
Sesungguhnya
Kamu Adalah Di Atas Kebenaran.
119. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad
bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada
Yahya bin Imran al-Halabi, daripada Abdullah bin Miskan, daripada Badr bin
al-Walid al-Khasy‘ami, berkata: Yahya bin Sabur telah berjumpa dengan Abu
Abdullah a.s untuk mengucapkan selamat
jalan kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Demi Allah,
sesungguhnya kamu adalah di atas kebenaran (inna-kum
la-‘ala al-Haq) dan sesungguhnya orang yang menyalahi kamu bukan di atas kebenaran (man khaalafa-kum la-‘ala ghairi al-Haq). Demi Allah, aku bukan
mengesyaki kamu akan ke syurga, tetapi aku mengharapkan Allah supaya menenangkan mata kamu sedikit
masa lagi.
Sesiapa
Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid.
120. Yahya bin al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu
Basir, berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, adakah anda berpendapat bahawa
orang yang menentang perkara ini (al-Raad
‘ala hadha al-Amr) seperti orang
yang menentang kamu? Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesiapa yang
menentang anda mengenai perkara ini (imamah),
maka dia adalah seperti menentang Rasulullah s.a.w dan Allah t.w, wahai Abu
Muhammad, sesungguhnya orang yang mati
daripada kamu di atas perkara ini adalah mati syahid. Abu Basir berkata:
Sekalipun dia mati di atas hamparannya? Beliau a.s berkata: Ya, demi Allah,
sekalipun dia mati di atas hamparannya, dia mati syahid, hidup dan diberi
rezeki.
Amalkan
Sifat Warak Dan Ijtihad.
121. Yahya al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Habib
berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Demi Allah, tiada
seorangpun manusia yang aku paling mencintainya selain daripada kamu.
Sesungguhnya manusia telah memilih jalan yang bermacam-macam. Di antara mereka
ada yang memilih pendapatnya sendiri, ada yang menurut hawa nafsunya dan ada
yang menurut riwayat (tanpa kajian). Tetapi kamu telah memilih perkara yang ada
asalnya. Justeru hendaklah kamu bersifat warak dan ijtihad. Hadirilah jenazah,
ziarahilah pesakit dan hadirilah bersama kaum kamu pada masjid-masjid mereka
untuk solat. Tidakkah seorang daripada kamu terasa malu apabila jirannya
mengetahui haknya sedangkan dia tidak mengetahui hak jirannya.
Orang
Yang Mati Di Kalangan Kamu Adalah Mati Syahid Seperti Penghunus Pedang Pada
Jalan Allah.
122. Daripadanya, daripada Ibn Maskan, daripada Malik al-Jahani berkata:
Abu Abdullah berkata kepadaku: Wahai Malik, adakah kamu reda mengerjakan solat,
memberi zakat, menahan nafsu kamu dan memasuki syurga? Wahai Malik, tiada satu
kaumpun yang telah mengimamkan seorang imam di dunia melainkan dia (imam)
datang pada hari kaimat melaknati mereka dan mereka pula melaknatinya selain
daripada kamu dan golongan seperti kamu. Wahai Malik, sesungguhnya orang yang
mati daripada kamu di atas perkara ini
adalah syahid sepertilah orang yang menghunus pedangnya pada jalan
Allah.
Sesiapa
Yang Mati Dan Tiada Baginya Imam, Nescaya Dia Mati Seperti Seorang Jahiliyah.
123. Yahya al-Halabi, daripada Basyir al-Kinasi berkata: Aku telah
mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu telah menghubungi silaturahim
sedangkan orang lain memutuskannya, kamu mencintai kami sedangkan orang lain
memarahi kami, kamu mengenali kami sedangkan orang lain mengingkari kami, ini
adalah satu kebenaran. Sesungguhnya Allah telah mengambil Muhammad s.a.w
sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi.
Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang hamba yang memberi nasihat kerana Allah.
Dia telah mejalankan khidmat nasihatnya dan mencintai Allah, justeru Allah
mencintainya. Sesungguhnya hak kami pada kitab Allah adalah jelas. Untuk kami
harta yang bersih dan untuk kami harta rampasan.
Sesungguhnya kami adalah kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan
kami. Sesungguhnya kamu di amanahkan supaya tidak menolak kami. Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesiapa yang mati dan tiada baginya Imam, nescaya dia mati
seperti seorang jahiliyah (man maata
wa-laisa la-hu imam maata maitatan jahiliyyatan), hendaklah kamu melakukan
ketaatan seperti kamu telah melihat para sahabat Ali a.s, Kemudian Abu Abdullah
a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda ketika sakitnya: Panggilah khaliilku, maka kamipun mengutus
keduas-dua bapa mereka (Aisyah dan Hafsah), tetapi apabila kedua-dua datang[19],
Rasulullah s.a.w memalingkan mukanya, kemudian bersabda: Panggillah
untukku khaliilku, maka mereka berdua berkata: Baginda s.a.w telah melihat
kami, jika baginda s.a.w menghendaki kami, nescaya baginda s.a.w telah bercakap dengan kami.
Lalu Aisyah dan Hafsah mengutus kepada Ali a.s. Manakala Ali a.s datang,
baginda s.a.w menatapi wajahnya, bercakap dengannya dan Ali a.s pula bercakap dengannya sehingga
apabila baginda s.a.w selesai, kedua-duanya datang dan berkata kepada Ali a.s:
Apakah yang baginda s.a.w bersabda kepada anda? Maka Ali a.s berkata: Baginda
s.a.w telah memberitahuku seribu bab daripada ilmu dan setiap bab akan membuka
seribu bab yang lain pula.
Pergi
Dan Pulang Melalui Jalan Yang Berlainan.
124. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad,
daripada al-Haitham bin Abu Masruq al-Nahdi, daripada Musa bin Umar bin Bazi‘
berkata: Aku berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya orang ramai meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w apabila baginda s.a.w telah mengambil satu jalan pergi,
lalu baginda s.a.w kembali melalui jalan yang lain pula, adakah ini dilakukan
oleh baginda s.a.w? Beliau a.s berkata: Ya, aku sendiri melakukan sedemikian
beberapa kali, maka lakukanlah. Kemudian beliau a.s berkata kepadaku: Jika ia
lebih menyenangkan anda[20].
Membohongi
Orang Yang Mengumpat Dan Menyangka Baik Kepada Mukmin.
125. Sahl bin Ziyad, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah
bin Jabalah, daripada Muhammad bin
Fudhail, daripada Abu al-Hasan yang pertama, berkata: Aku telah berkata
kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, seorang lelaki daripada
saudara-saudaraku menyampaikan kepadaku perkara yang aku tidak menyukainya,
lalu aku bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut, tetapi dia
mengingkarinya. Sesungguhnya orang yang boleh dipercayai telah memberitahuku
dan berkata: Wahai Muhammad, pendengaran dan penglihatan anda mengenai saudara anda telah berbohong
sekalipun di sisi anda lima puluh saksi yang bersumpah. Apabila dia berkata
sesuatu, maka percayalah kepadanya dan bohongilah mereka. Janganlah anda
menyebarkan sesuatu yang menghinannya, merosakkan maruahnya. Justeru anda
termasuk di kalangan orang yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Nuur (24):
19 “Sesungguhnya golongan yang ingin agar
perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan golongan yang beriman, maka bagi
mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat”
Hadis
Mengenai Golongan Yang Dilahirkan Di dalam Islam
126. Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada ‘Abd Rabbi-hi
bin Rafi‘ daripada al-Habab bin Musa, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesiapa
yang telah dilahirkan di dalam Islam sebagai seorang yang merdeka, maka dia
adalah seorang Arab. Sesiapa yang mempunyai janji dan menjaganya, maka dia
adalah maula bagi Rasulullah s.a.w .
Sesiapa yang memeluk Islam secara sukarela, maka dia adalah seorang Muhajir[21].
Nikmat
Dunia.
127. Ali bin Ibrahim, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin
Sadqah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa
yang selamat pada waktu pagi dan petang dan di sisinya tiga perkara, maka
nikmat dunia telah sempurna untuknya. Iaitu orang yang selamat pada waktu pagi
dan petang di dalam keadaan sihat badannya, aman di rumahnya dan di sisinya
makanan hariannya. Jika dia mempunyai yang ke empat; Islam[22],
maka nikmat dunia dan akhirat telah sempurna untuknya.
Allah
Memperkenalkan Diri-Nya Kepada Makhluk-Nya Dengan Firman Dan Dalil-Dalil.
128. Daripadanya, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah, daripada
Abu Abdullah a.s (daripada bapanya a.s) bahawa beliau a.s telah berkata kepada
seorang lelaki yang mana beliau a.s telah berkata kepadanya dengan percakapan
yang banyak, maka beliau a.s berkata: Wahai lelaki, anda menghina percakapan
dan memperkecilkannya pula, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak mengutus
para rasul-Nya dengan emas dan perak, tetapi Dia mengutusnya dengan percakapan.
Sesungguhnya Allah memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya dengan percakapan
(al-Kalam), dalil-dalil dan
pemberitahuan-pemberitahuan.
Allah
Tidak Menciptakan Sesuatu Melainkan Dia Menciptakan Sesuatu Yang
Mengalahkannya.
[1] Nasibi seperti Khawarij,
kaum Wahabi dan golongan seumpama mereka.
[2] Baginda s.a.w telah menyebutnya sebanyak tiga kali.
[3] Dinisbahkan kepada Abu Turab iaitu pengikut-pengikut Amir
al-Mukminin a.s. Beliau a.s dikenali dengan Abu Turab.
[4] Allah mengazabkan mereka dengan berbagai-bagai cara.
[5] Orang yang menyalahi para Imam Ahlu l-Bait a.s tidak selamat
daripada azab Allah.
[6] Hadis dhaif.
[7] Sikap ini diwarisi oleh Ahlus Sunnah wa l-Jama‘ah dan kaum Wahabi..
[8] Abu Bakr dan Umar.
[9] Sebahagian firman ini terdapat di dalam Surah Ibrahim (14): 28.
[10] Rasulullah s.a.w secara mafhumnya
adalah aula diselamatkan tanpa
menyebutnya.
[11] Kurang baik.
[12] Al Halabi, al-Sirah, ii,
hlm. 110 menyatakan bahawa Umar telah
membuang Hayya ‘ala khairi al- ‘Amal di dalam azan dan iqamah, lalu pengikut-pengikunya mentaatinya sehingga sekarang ini.
[13] Musuh-musuh Ahlu l-Bait a.s.
[14] Al-Suyuti, al-Itqaan, I,
hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama al- Khal ‘ dan al-Hafd
telah ditulis di dalam mashaf Ubayy bin Ka‘ab dan mashaf Ibn ‘Abbas.
Sesungguhnya Ali a.s telah mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah
al-Ghaafiqii. Umar dan Abu Musa al-Asy‘ari juga telah membacanya, tetapi ia
tidak ada di mashaf Uthman sekarang.
[15] Abu Bakr dan Umar.
[16] Mana-mana penyokong kepada kezaliman.
[17] Seorang itu tidak terselamat melainkan dia berpegang kepada Ahlu
l-Bait a.s.
[18] Beribadat kepada-Nya pada waktu malam.
[19] Abu Bakr dan Umar.
[20] Ia bukanlah wajib.
[21] Orang berhijrah.
[22] Mencintai Ahlu l-Bait a.s.
Post a Comment
mohon gunakan email