Pesan Rahbar

Home » » Bukti Ketidakkufuran Syi’ah terhadap Al-Qur’an

Bukti Ketidakkufuran Syi’ah terhadap Al-Qur’an

Written By Unknown on Tuesday, 2 September 2014 | 13:41:00

Senin, 04 Juli 2011 10:53 Redaksi.
Artikel ini merupakan bantahan terhadap artikel : http://www.syiahindonesia.com/index.php/kajian-utama/aqidah-syiah/493-bukti-kekufuran-syiah-terhadap-al-quran (Website Wahabi) sayang sudah dihapus websitenya.


Pandangan Islam Terhadap Al-Qur’an.


Al-Qur’an adalah kitab suci kaum muslimin dan rujukan pertama dalam memahami Islam. Keimanan kepada al-Qur’an merupakan salah satu rukun dari rukun iman yang enam. Ahlus Sunnah wal Jama’ah meyakini seyakin-yakinnya bahwa Al-Qur’an Al-Karim adalah Kalamullah yang terpelihara dari perubahan, penambahan atau pengurangan. Karena, Allah telah berfirman:
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” (Qs. Al-Hijr 9).

Ayat ini adalah jaminan dari Allah sendiri, bahwa kitab suci-Nya tidak akan mengalami pengurangan atau penambahan atau pun perubahan. Sebab, Allah sendiri-lah yang akan langsung menjaganya. Allah juga berfirman:
“Dan Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang padanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji” (Qs. Fushshilat 41-42).

Allah telah menegaskan bahwa kitab suci-Nya Al-Qur’an ini diturunkan dengan persaksian dan keilmuan Allah.


Apakah Jenis-Jenis Perubahan Berkaitan Al Quran.

Salam alaikum wa rahmatollah. Berikut adalah sedikit penambahan maklumat tentang isu tahrif. Perlu bagi kita untuk memahami jenis-jenis tahrif yang didakwa wujud, serta pandangan para ulama berkaitan dengannya. Para ulama telah menyenaraikan 6 jenis perubahan pada Al Quran:
Perubahan Makna Al Quran: ”Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (yuharrifuna) Kalamullah , dari tempat dan maksudnya yang sebenar” (4.46). Ayat ini mengatakan tentang jenis perubahan yang terjadi diperingkat penafsiran, agar memberi makna yang berbeza dari yang sebenar. Perubahan jenis ini terjadi pada Al Quran, dan dipersetujui oleh seluruh Muslim. Setiap kali seseorang yang tidak layak dan tidak berilmu untuk menafsir Quran, memberi sesuatu tafsiran tentang Quran, ini bermakna mereka telah membuat perubahan pada Al Quran, kerana memberi makna yang berbeza.

Penambahan atau pengurangan huruf dan baris huruf: Perubahan jenis ini juga dipersetujui oleh kaum Muslimin akan kewujudannya. Oleh kerana itu, kita mempunyai beberapa cara bacaan yang berbeza, yang mana perbezaan itu disebabkan cara sebutan sesetengah perkataan dan baris huruf yang berlainan. Bagaimanapun, integriti keseluruhan Al Quran, termasuk surah dan ayat-ayatnya, masih tetap utuh dan terlindung.

Penambahan atau pengurangan beberapa perkataan: Pada zaman awal Islam, ada berbagai versi Quran yang dipunyai oleh beberapa orang sahabat yang berbeza(rujuk Tarikh Al Quran), dan setiap versi ini mempunyai perbezaan perkataannya. Bagaimanapun, Al Quran utama yang digunakan oleh orang ramai dari waktu Nabi(sawa) masih bersama dengan masyarakat. Oleh itu, Uthman telah mengarahkan semua versi Quran yang lain dibakar, dan hanya meninggalkan Al Quran versi Nabi(sawa).

Perubahan melalui penambahan atau pengurangan di dalam Surah sementara bersetuju bahawa ia dari Quran: Ini adalah berkaitan dengan konflik samada bacaan Bismillah adalah sebahagian dari setiap surah(seperti yang diyakini oleh majoriti Ulama Syiah) atau ia bukan dan hanya dibaca untuk keberkatan.

Perubahan melalui penambahan keseluruhan surah yang baru: Telah dipersetujui oleh semua Muslim bahawa ini tidak pernah berlaku. Quran sendiri telah mencabar mereka yang tidak mempercayai untuk mendatangkan satu surah seperti Quran dan tidak mampu dilakukan.

Perubahan melalui pengurangan: Quran hari ini tidak sempurna: Perubahan ini bermaksud bahawa sesetengah surah yang telah diturunkan tidak sampai kepada kita dan hilang. Perubahan jenis ini adalah yang akan kita tumpukan kerana ia adalah punca kepada konflik. Apabila disebut sahaja perubahan Al Quran, maka yang dimaksudkan adalah perubahan ini.


Pendapat kaum Muslimin berkaitan Perubahan dalam Quran.

Majoriti Muslim dan ulama mereka(Syiah dan Sunni) mempercayai bahawa Al Quran tidak diubah dan salinan yang kita punyai pada hari ini adalah salinan yang sempurna seperti yang diwahyukan kepada Nabi(s). Mari kita lihat pendapat Ulama besar Syiah dari dulu dan sekarang tentang permasalahan ini:
Guru Segala Perawi Syeikh Al Saduq (Wafat 991): Di dalam kitab I’tiqadat beliau menyatakan Quran yang dipercayai Syiah adalah yang digunakan oleh masyarakat awam dan yang ada antara kulit depan dan belakangnya.. (I’tiqadat, 93).

Syeikh Al Mufid (Wafat 1022): Menyatakan perkara yang serupa dalam kitabnya (Awa’il Almaqalat, 55)

Al Shareef Al Mortadha (1044): Beliau menyatakan sesiapa yang mempercayai Quran kita hilang beberapa bahagiannya tidak perlu didengari, dan tidak mewakili kepercayaan Syiah. (Majma’ Albayan, 1:83).

Sayyid al Syiah Shaikh Al Toosi (1067): Di dalam kitab beliau, menafsirkan Quran, beliau berkata, adalah menjadi satu perkara yang merendahkan Quran dengan mengatakan samada ada pertambahan atau pengurangan. Beliau juga menambah, walaupun terdapat hadis dari Sunni dan Syiah yang seolahnya wujud tahrif, hadis tersebut samada lemah dan tidak mengikat atau ia bermakna perubahan yang lain dari apa yang dimaksudkan.(perlu ditakwil). (Tibyan, 3:1)

Shaikh Altabarsi (wafat 1163): Beliau menyatakan kepercayaan Syiah adalah tiada perubahan di dalam Quran (Majma’ Albayan, 1:83)

Shaikh Kashif Alghita’ (Wafat 1813): Beliau menekankan kepercayaan yang serupa dan menambah jika wujud tahrif, maka sepatutnya akan ada banyak hadis yang konsisten dengan topik itu.. (Kashf Alghita’, 229).

Sayyid Mohammad Altabataba’i (Wafat 1826): Beliau menyatakan Quran adalah mutawatar keseluruhan dan bahagiannya. Untuk sesuatu dakwaan meragukan Al Quran menjadi kuat, ia perlu ada darjat kesahihan yang sama di sisi Syiah dan Sunni. Tiada siapa pernah membuat dakwaan seperti ini, maka Al Quran itu sempurna. (Alburhan tulisan Albrojardi, 120)

Shaikh Mohammad Jawad Albalaghi (Wafat 1933): Mendhaifkan hadis yang menyerang kesempurnaan Al Quran. (Ala’ Alrahman, 1:18)

Sayyid Abdulhussain Sharafaldeen (wafat 1957): Menyatakan bahawa mempercayai kesempurnaan Quran dan bukti dari ayat-ayatnya adalah kepercayaan wajib mazhab Syiah. (Ajwibat As’ilat Jar Allah, 28-37)

Sayyid Roohuallah Alkhomaini (wafat 1989): Beliau menyatakan bahawa tahap penjagaan yang ditunjukkan oleh Nabi(s) dan kaum Muslimin kepada Al Quran memberi jaminan kepada kita akan kesempurnaan Al Quran. Beliau menambah, hadis yang bercanggah dengan kenyataan ini adalah samada dhaif, palsu atau menerangkan tentang lain-lain bentuk tahrif.(Ibnu Azmi: seperti di atas).

Sayyid Abulqassim Alkhoei (wafat 1993):Idea tentang Al Quran telah berubah adalah satu mitos dan hanya dipercayai oleh mereka yang lemah dalam ilmu dan tidak mengkaji dengan teliti. (Tafseer Albayn, 259)


Hadis-hadis Tahrif Al Quran.

Tidak dapat dinafikan wujud riwayat-riwayat tahrif Al Quran di dalam hadis-hadis Sunni dan Syiah. Namun, para ulama kami membahagikan hadis-hadis ini kepada 4 bahagian:
Hadis yang bersanad lemah dan keaslian serta kesahihannya dipersoalkan atau ditolak.
Hadis yang bersanad hasan, tetapi gharib(diriwayatkan sekali sahaja). Hadis ini tidak cukup kuat untuk menegakkan apa-apa aqidah, kerana dalam perbahasan aqidah, darjat hadis yang lebih tinggi diperlukan.
Hadis yang jelas membahaskan jenis tahrif yang lain. Contohnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al Kazim(a): “Mereka telah di amanahkan dengan Kitabullah, namun mereka telah menukar dan mengubahnya” (Alkafi, 8:125) juga ucapan Imam Hussain di hari Asyura yang memanggil musuh beliau sebagai pengubah Kitab (Bihar Alanwar, 8:45). Hadis-hadis ini menunjuk kepada jenis tahrif yang pertama, yakni mengubah makna Al Quran. Imam sedang mengatakan bahawa mereka telah berpaling dari makna sebenar Kitabullah, bukan mengubah perkataan dan ayat-ayatnya.

Hadis yang menjelaskan maksud sesuatu ayat, bukan ayat-ayat yang hilang dari Quran: Kami mempunyai hadis yang menunjukkan Imam atau seorang sahabat menambah perkataan kepada ayat-ayat Al Quran. Selain itu, ada juga hadis yang mengatakan Imam Ali mempunyai versi Al Quran yang mempunyai lebih banyak helaian dari mushaf yang lain. Kami menjawab, penambahan-penambahan ini adalah tafsiran dan makna teks asal Al Quran, dan bukannya sebahagian darinya. Biarlah kami berikan beberapa contoh :
Diriwayatkan dari Imam Al Sadiq (A):Imam membaca ayat Al Quran “dan barangsiapa yang mentaati Allah dan rasulNya- melalui wilayah Ali dan Imam-Imam lain- akan mencapai kejayaan yang besar.” Imam menambah “Itulah yang diwahyukan.” (Alkafi, 1:417)

Orang yang sama kemudiannya bertanya pada Imam Sadiq(a) tentang ayat “ Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri dari kalangan kamu. “ (Nisa, 59). Imam menerangkan: “Ia turun untuk Ali, Hassan dan Hussain.” Kemudian orang itu bertanya lagi: “Orang ramai bertanyakan kepada kami, mengapa nama Ali, Hassan dan Hussain tidak disebut di dalam Quran.” Imam menjawab: “Katakan kepada mereka, solat telah difardhukan kepada mereka, namun tidak disebut samada 3 atau 4 rakaat. Mereka memerlukan Rasul(s) untuk menerangkan kepada mereka”.

Jelas dari contoh di atas, dan seterusnya, yang dimaksudkan dengan “duwahyukan” adalah mekna sebenar kepada ayat Quran yang turun itu. Bukan kepada ayat itu sendiri. Mana-mana hadis yang bercanggah dengan kategori-kategori di atas akan bercanggah dengan Al Quran, dan mana-mana hadis yang bercanggah dengan Al Quran akan dilempar jauh-jauh.

Penting juga untuk diketahui bahawa riwayat-riwayat tahrif tidak hanya wujud dalam kitab Syiah, malah dalam kitab Sunni juga, namun kita dapati ulama-ulama Sunni semuanya menolak dan tidak menerima riwayat itu, seperti mana juga ulama Syiah menolaknya. InsyaAllah, di waktu lain kita akan meneliti hadis-hadis ini

Kesimpulan:
Para ulama-ulama besar Syiah dari dulu sampai sekarang, semuanya menolak aqidah akan wujudnya tahrif di dalam Al Quran. Mereka juga sentiasa menanggapi setiap pertuduhan yang di lemparkan berkenaan wujudnya tahrif dalam Al Quran.

Rujukan:
1. Albayan Fi Tafseer Alquran, Sayyid Abulqasim Alkhoei
2. Ishraqat Quraniah, Shaikh Jawadi Amuli
3. Salamat Alquran Min Altahreef, Ali Moosa Alka’bi


Mushaf Imam Ali Dan Nasibnya.

Pengumpulan dan penyusunan Al Quran dalam bentuk yang ada pada kita sekarang bukanlah terjadi dalam masa yang singkat, tetapi terjadi dalam tempoh beberapa tahun di atas usaha beberapa orang dan kumpulan.Urutan, susunan dan jumlah ayat bagi setiap surah sebenarnya sudahpun ditetapkan di zaman Rasulullah(sawa) lagi. Oleh kerana itu, bacaan Al Quran perlulah di baca sesuai dengan turutan yang telah ditetapkan.

Setiap surah, diawali dengan turunnya Bismillahirrahmanirrahim, kemudian ayat-ayat yang diturunkan dicantumkan sesuai dengan urutan turunnya. Susunan ini adalah alami, yakni sesuai urutan turunnya. Kadangkala pernah terjadi bahawa Rasulullah(sawa) dibawah bimbingan Jiril, memerintahkan sebuah ayat diletakkan di surah yang berbeza, tidak sesuai dengan susunan alami, contohnya seperti:

“Dan jagalah dirimu dari hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah swt, kemudian diri masing-masing akan diberi balasan yang sempurna atas apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak teraniaya.”

Menurut riwayat, ayat ini adalah salah satu ayat terakhir yang diturunkan. Namun Rasulullah sawa telah memerintahkan agar ayat ini dicantumkan di antara ayat-ayat riba dan hutang dalam surah Al Baqarah ayat 281.

Oleh kerana itu, penyusunan ayat-ayat dalam surah-surah Al Quran yang tersusun secara alami atau atas dasar perintah Nabi(sawa) adalah tauqifi(berdasarkan perintah Allah swt) melalui pengawasan dan perintah Rasulullah sendiri dan susunan tersebut harus diikuti.

Namun para Ulama berbeza pendapat tentang susunan dan urutan surah-surah Al Quran. Sayyid Murtadha Alamul Huda, ulama kontemperer Ayatollah Khui, dan para peneliti berpendapat bahawa Al Quran yang ada sekarang tersusun sejak zaman Rasulullah(sawa) masih hidup. Alasannya adalah pada masa itu ada ramai orang yang menghafal Quran. Sangat mustahil Rasulullah(sawa) mengabaikan masalah penting ini, hingga penyusunannya terpaksa dilakukan setelah Rasulullah wafat.

Di kalangan ulama lain, ada yang menganggap pendapat ini tidak dapat diterima. Alasannya adalah kerana orang-orang yang menghafal dan mengumpulkan ayat Quran pada saat itu, tidak mempercayai bahawa ayat-ayat yang tersusun dalam Quran adalah tersusun secara rapi.

Adanya penghafal dan pencatat al Quran yang diturunkan pada masa itu bukan menunjukkan ketersusunan seperti sekarang ini. Pembahagian surah-surah adalah sangat penting agar tidak terjadi kesalahan kedudukan ayat di setiap surah. Tugas penting ini sudah ada sejak dari zaman Rasulullah(sawa), namun susunan mengikut tertib surah antara satu sama lain hingga Quran tidak mungkin terjadi di zaman Rasulullah(sawa). Alasannya ialah, sewaktu Rasulullah masih hidup, akan sentiasa wujud kemungkinan ada wahyu baru diturunkan. Oleh itu, adalah sangat wajar, jika susunan Al Quran di rapikan setelah Rasulullah(sawa) wafat.

Kebanyakan peneliti sejarah yang berhujah berdasarkan riwayat, berpendapat bahawa pengumpulan dan penertiban surah-surah Al Quran terjadi setelah peninggalan Rasulullah(sawa) yang diterajui oleh Ali Ibnu Abi Thalib, kemudian Zaid bin Tsabit dan seterusnya para sahabat mulia yang lainnya.

Imam Ali(as) adalah orang pertama yang sibuk mengumpul dan menyusun Al Quran setelah kewafatan Rasulullah(sawa). Menurut banyak riwayat yang masyhur, selama enam bulan selepas kewafatan Nabi(sawa), beliau menyibukkan diri dalam pengumpulannya di dalam rumah. Ibnu Nadim berkata: “Musyhaf pertama yang terkumpul dengan rapi adalah musyhaf Ali. Musyhaf ini berada di tangan keluarga Jaafar.”.

Kemudian beliau menambah, “Aku melihat sebuah musyhaf milik Abi Ya’la Hamzah Hasani tulisan Ali dan di dalam musyhaf itu terdapat beberapa halaman yang hilang. Mushaf ini dijadikan warisan oleh putera-putera Hassan bin Ali.”(Al Itqan, Jilid 1, hal 151).

Muhammad bin Sirrin, menukilkan dari Ikrimah yang berpendapat bahawa di permulaan pemerintahan Abu Bakar, Imam Ali(as) berdiam diri di dalam rumah dan mengumpulkan Al Quran. Muhammad bin Sirrin bertanya kepada Ikrimah, “Apakah tertib dan susunannya sama seperti mushaf-mushaf lainnya? Apakah urutan turunnya surah-surah dan ayat-ayat terpelihara di dalamnya?”

Dia menjawab, “ Seandainya Jin dan Manusia berkumpul untuk mengumpulkan Al Quran seperti Ali, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya.”Ibnu Sirin berkata, “Meskipun saya telah berusaha keras untuk mendapatkan mushaf itu, tetapi saya tidak berhasil mendapatkannya.” (Al Itqan, Jilid 1, hal 155-159).

Ibnu Jazi Kalbi berkata, “Seandainya mushaf itu dapat ditemui, maka banyak sekali ilmu yang dapat diperolehi.” (Al Itqan, Jilid 1, hal 189-190 dan 197).


Ciri Mushaf Ali Bin Abi Thalib.

Mushaf Ali bin Abi Thalib mempunyai ciri khusus yang tidak dipunyai oleh mushaf-mushaf lain.
Ayat dan surahnya tersusun rapi mengikut turutan turunnya mengikut kronologi. Dalam mushaf ini, ayat Makkiyah diletakkan sebelum Madaniyah. Mushaf ini sangat menjelaskan perjalanan sejarah turunnya ayat-ayat Quran. Dengan mushaf ini, perjalanan tasyri’i dan hukum-hukum, khususnya masalah nasakh dan mansukh dalam Quran dapat difahami.

Di dalam mushaf ini, tercantum bacaan ayat-ayat Al Quran yang selari dengan cara bacaan Rasulullah(sawa) yang mana merupakan cara bacaan yang paling murni dan tepat. Bermakna, dengan mushaf ini, tidak akan wujud sedikit pun sebab kepada perbezaan cara bacaan Al Quran. Dengan ini, cara untuk memahami kandungan serta penafsiran ayat yang sebenar menjadi sangat mudah. Perkara ini sangat penting sekali mengenangkan banyak perbezaan bacaan Al Quran dapat menyesatkan para Mufassir.

Mushaf ini mempunyai tanzil dan takwil yang menjelaskan peristiwa serta keadaan yang menyebabkan ayat-ayat dan peristiwa di dalam Quran diturunkan. Penjelasan ini diletakkan di tepi mushaf. Penjelasan ini sangat efisien untuk menghilangkan keraguan dan memahami makna-makna Al Quran. Selain Sahabu Nuzul di tepi Mushaf, juga terdapat banyak takwil. Takwil ini adalah penjelasan universal dan komprehensif untuk kes-kes khusus ayat Al Quran agar mudah memahaminya. ‘

Imam Ali(as) berkata: “Sungguh aku telah datang kepada mereka dengan membawa Al Quran yang memiliki tanzil dan takwil.”

Beliau juga berkata, “Tiada satu ayat pun yang diturunkan kepada Rasulullah(sawa) melainkan baginda membacakan dan menerangkannya kepada ku. Kemudian ayat itu aku tulis dengan tanganku. Kemudian bagainda(sawa) juga mengajarkan kepada ku tentang tafsir, takwil, nasikh dan mansukh serta muhkam dan mutasyabih setiap ayat. Seterusnya baginda(sawa) mendoakan ku agar Allah swt menganugerahkan pemahaman dan hafalan kepada ku. Sejak saat itu hingga sekarang tiada satu ayat pun yang aku lupakan dan tidak ada satu pun ilmu pengetahuan yang baginda ajarkan kepadaku hilang.”(Al Fihrist hal 47-48)
Seandainya setelah wafat Rasulullah, mushaf ini digunakan, nescaya pada saat ini, segala permasalahan memahami ayat Quran akan hilang dan diselesaikan.(Thabaqat Ibnu Saad, Jilid 2 hal.101; Al Isti’ab dar Hasyiah al Ishabah, Jilid 2, hal.253, al itqan, jilid 1 hal.57).


Nasib Mushaf Imam Ali Bin Abi Thalib.

Sulaim Bin Qais Hilali(w. 90H) salah seorang dari sahabat terdekat Imam Ali meriwayatkan dari Salman Al Farisi bahawa pada saat Imam Ali merasakan dirinya tidak mendapat tempat dan perhatian yang sepatutnya dari masyarakat, beliau memutuskan untuk mendiamkan diri di rumah dan tidak pernah keluar selagi beliau belum menyudahkan penulisan Al Quran, yang sebelumnya beliau tulis di atas kulit kayu, dedaunan dan cebisan kertas yang tidak teratur.

Menurut riwayat al Yaakubi, setelah Imam Ali selesai mengumpulkan Al QUran, beliau meletakkannya di ataspunggung unta dan di bawa ke masjid ketika orang ramai sedang mengelilingi Abu Bakar. Imam Ali(as) berkata kepada mereka:

“Sejak Rasulullah(sawa) wafat, aku sibuk mengumpulkan Al Quran, dan sekarang aku telah membawanya di dalam bungkusan kain ini. Aku telah mengumpulkan semua ayat yang diturunkan kepada Rasulullah sawa. Tiada satu ayat pun yang diturunkan melainkan Rasulullah membacakan untukku dan mengajarkan kepadaku tafsir dan takwilnya. Jangan sampai esok hari kalian mengatakan: “Kami telah lupa hal itu”.(At Tashil li Ulum at Tanzil, Jilid 1, hal 4).

Pada saat itu, salah seorang pemimpin dari kelompok di sana bangkit dari tempatnya melihat apa yang dibawa oleh Imam Ali, kemudian berkata: “Kami tidak memerlukan apa yang kamu bawa. Cukup bagi kami apa yang ada pada kami.”.

Imam Ali berkata, “Mulai saat ini, kalian tidak akan melihatnya lagi.” Pada saat itulah beliau masuk ke dalam rumah dan setelah itu tiada lagi yang melihat mushaf itu.

Pada zaman pemerintahan Usman Affan, terjadi perbezaan yang begitu ketara antara mushaf-mushaf sahabat dan orang-orang yang berpihak kepada mereka. Thalhah berkata kepada Imam Ali(as), “Masih ingatkan anda ketiaka menyodorkan mushaf anda kepada orang-orang iru dan mereka menolaknya? Sekarang di mana mushaf itu? Tunjukkanlah mushaf itu, siapa tahu ia dapat menghilangkan segala perbezaan yang terjadi?”

Imam Ali(as) tidak menjawabnya. Thalhah mengulangi pertanyaannya. Ali berkata, “Aku sengaja tidak menjawabnya.” Setelah itu beliau bertanya, “Apakah Al Quran yang ada sekarang di tangan orang-orang ini semuanya asli atau bercampur dengan perkara yang bukan Quran?”

Thalhah kemudiannya menjawab, “Tentu sahaja semuanya adalah Quran .” Imam Ali kemudian melanjutkan, “Jika memang demikian, maka apapun yang kalian ambil dan amalkan, kalian akan beroleh kebahagiaan.”

Thalhah berkata, “Kalau begitu al Quran yang berada di tangan orang-orang ini cukup bagi kami.” Setelah itu beliau tidak berkata apa-apa lagi.”(Muhammad Jawad Balaghi, Ala ar Rahman, Jilid 1, hal.257).

Dengan jawaban ini, motif Imam Ali(as) adalah demi menjaga kesatuan dan keaslian Al Quran kekal terjaga.


Mushaf Kumpulan Zaid Bin Tsabit.

Rasulullah(sawa) berwasiat agar Al Quran dikumpulkan, tujuannya ialah agar kitab ini tidak berkongsi nasib dengan kitab Taurat orang yahudi.(Tafsir al Burhan, Jilid 1, Halaman 16, No.14).

Setelah Rasulullah(sawa) wafat, Imam Ali melakukan pekerjaan penting ini, kemudian beliau mempersembahkan hasil kerja tersebut. Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab, maka para khalifah tidak menerima mushaf beliau. Al Quran adalah rujukan utama bagi syariat Islam serta merupakan asas kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu, para khalifah merasakan perlunya melantik para penulis kalam Illahi yang lain(selain Ali0 untuk mencatat semula Al Quran yang bertaburan, oleh kerana syahidnya ramai para hafiz dalam Perang Yamamah.(Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mushaf Imam Ali, sila rujuk lebih lanjut Tarikh Yaakubi, Jilid 2, Halaman 113).

Oleh itu, Abu Bakar mengajak Zaid bin Tsabit untuk mengumpulkan Quran. Zaid berkata: “Abu Bakar memanggilku. Setelah musyawarah dengan Umar yang waktu itu berada di tempat itu, dia berkata: “Ramai sekali Qari dan Hafiz terkorban dalam perang Yamamah, bagaimana jika yang lain juga akan turut terbunuh dalam perang lain, dan bahagian penting Al Quran akan hilang.” Saat itulah beliau menyampaikan masalah pengumpulan Al Quran.”.

Aku bertanya, “Bagaimana kamu akan melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah?”

Mereka menjawab, “Ini adalah pekerjaan penting yang harus dilakukan.”

Hanya itu yang mereka katakan. Mereka terus memaksaku agar menerima ajakan mereka. Kemudian Abu Bakar berkata, “Kamu adalah pemuda berakal dan kami tidak pernah berfikiran negatif tentang mu. Kamu adalah penulis wahyu Rasulullah(sawa), terimalah pekerjaan ini dan lakukanlah dengan baik.”

Aku berkata kepada mereka, “Beban pekerjaan yang dipikulkan di pundakku ini jauh lebih berat dari gunung yang besar. Namun aku menerimanya dengan terpaksa.” Kemudian aku mengumpulkan Quran yang sebelumnya ditulis di atas lempengan-lempengan kayu dan batu.”(As Saqifah,Hal 82).


Cara Zaid Mengumpulkan Al Quran.

Zaid memulai kerja mengumpulkan Al Quran dengan cara menata Al Quran yang tidak teratur. Kemudian beliau meletakkannya di satu tempat. Kerja ini dibantu oleh beberapa sahabat. Langkah pertama yang beliau ambil ialah mengumumkan bahawa sesiapapun yang mempunyai walau beberapa ayat sekalipun perlulah diberikan kepadanya.

Yaakubi berpendapat bahawa beliau membentuk satu kumpulan kerja yang terdiri dari 25 orang dan beliau sendiri mengetuai pasukan ini.(As Saqifah Hal 124).

Setiap hari pasukan ini berkumpul di masjid dan orang-orang yang memiliki ayat atau surah dari Al Quran akan mendatangi mereka dan merujuki ayat yang mereka ada kepada mereka. Pasukan ini tidak akan menerima satu ayat pun melainkan orang itu membawakan 2 orang saksi dan bukti yang menyatakan apa yang mereka bawa itu sebagai Al Quran.

Bukti pertama adalah naskah yang tertulis, yaitu tulisan yang menunjukkan bahawa itu adalah wahyu Qurani. Bukti kedua adalah hafalan, yaitu dengan kesaksian orang-orang bahawa pembaca Al Quran itu telah mendengarnya dari lisan Rasulullah(sawa).

Dalam hal ini ada dua poin yang perlu diperhatikan.
Khuzaimah bin Tsabit Ansari(Tafsir Al Qummi, Halaman 745) membawa 2 ayat terakhir surah al Baraah yang diterima tanpa saksi, kerana Rasulullah(sawa) menjadikan kesaksian beliau seperti kesaksian 2 orang.(Fath al Bari Jilid 7, hal. 447).

Ada ungkapan dari Umar al Khattab yang disangka sebagai ayat al Quran namun tidak diterima iaitu, “Apabila seorang lelaki tua berzina dengan seorang tua maka rejamlah keduanya..” Ketiaka pasukan kerja meminta agar dihadirkan saksi, Umar tidak dapat menghadirkannya. Keitka Umar menyampaikan kepada setiap orang yang dikehendakinya, maka setiap mereka menolak pernah mendenganr ayat ini dari lisan Rasulullah(sawa). Umar bagaimanapun tetap berkeras bahawa apa yang beliau ucapkan itu adalah dari Al Quran, dia selalu berkata: “Seandainya orang ramai tidak berkata bahawa Umar telah menambah sesuatu kepada Al Quran, maka nescaya aku sudah memasukkannya ke dalam Quran.”.

Dengan cara seperti inilah Zaid mengumpulkan Quran yang sebelumnya terpisah-pisah dan berterabur. Beliau berjasa menghindarkan Al Quran dari penyimpangan. Setiap surah yang sudah sempurna beliau letakkan ke kotak kulit yang disebut “Rab’ah” hingga satu per satu dari surah-surah itu sempurna. Namun tidak ada satu bentuk ketertiban yang wujud di antara surah-surah itu.(Sahih Bukhari Jilid 6, Halaman 225; Mashahif Sajistani, hal.6; Ibnu Atsir, al Kamil fi at Tarikh, Jilid 2, hal 247).

Setelah selesai, lembaran-lembaran ini diserahkan kepada Abu Bakar. Setelah tamat pemerintahan Abu Bakar, maka lembaran ini berpindah pula kepada Umar, setelah beliau wafat, ia dipindahkan ke puterinya Hafsah. Ketika mushaf-mushaf disatukan, Usman meminjamnya dari Hafsah untuk memadankan mushaf itu dengan mushaf yang lain, yang kemudiannya dipulangkan setalah selesai. Setelah Hafsah meninggal, Marwan, yang ketika itu menjadi gabenor Madinah mengambilnya dari waris Hafsah dan memusnahkannya.(Tarikh Yaakubi, Jilid 2,Hal. 113).


Menyatukan Mushaf-mushaf.

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa tempoh selepas wafatnya Rasulullah(sawa) adalah tempoh pengumpulan Al Quran. Para sahabat besar mulai mengumpulkan ayat-ayat dan merapikan surah-surah al Quran sesuai dengan kemampuan dan pengetahuan mereka. Masing-masing dari mereka mempunyai mushaf yang khusus(contohnya Ibnu Mas’ud dan mushaf Ubay Bin Kaab.)Sebahagian sahabat yang tidak mempunyai kemampuan untuk membuat mushaf meminta bantuan agar dibuatkan sebuah naskah mushaf untuk diri mereka.

Luasnya ruang lingkup pemerintahan Islam juga menjadi sebab kepada pertambahan jumlah mushaf. Dengan bertambahnya jumlah kaum Muslimin, maka begitu jugalah bertambahnya keperluan untuk naskah-naskah Al Quran ini. Kitab adalah sumber hukum, peletakan undang-undang dan aturan bagi hidup kaum Muslimin. Setiap dari mushaf para sahabat ini, mendapat penghormatan yang tinggi mengikut daerahnya. Contohnya, mushaf Ibnu Mas’ud terkenal di Kufah.(Al Kasyaf, Jilid 1, Hal 242).

Contoh lain adalah Mushhaf Ubay bin Kaab sangat disanjugi di Madinah, atau mushaf Abu Musa al Asy’ari di Basrah dan mushaf Miqdad bin Aswad di Damaskus.


Perbezaan Mushaf-mushaf.

Pemilik mushaf-mushaf banyak sekali jumlahnya. Satu sama lain tidak mempunyai hubungan, ini disebabkan ia disusun oleh para sahabat yang kemampuan yang berbeza. Oleh kerana itu, sistem, susunan, bacaan dan sebagainya dengan lainnya tidak sama.

Perbezaan seperti ini seringkali menimbulkan perselisihan dalam masyarakat. Bukan perkara yang menghairangkan apabila sesama Muslimin sering berselisih antara mereka hanya kerana fanatisme mazhab, akidah dan pendapatnya sendiri. Kita lihat antara contoh perselisihan ini.
Setalah peperangan di Armenia, Hudzaifah bin Said bin Ash berkata, “Dalam perjalanan ku, aku menemukan suatu permasalahan yang sekiranya di abaikan akan menyebabkan perselisisihan masyarakat tentang Quran, selamanya masalah ini tidak akan dapat diselesaikan.”

Said bertanya, “Apa masalahnya?” Dia menjawab, “Aku melihat sekelompok orang dari Hamsh yang menganggap bacaan mereka lebih baik dari bacaan-bacaan yang lain dan mereka mengambil Al Quran itu dari Miqdad. Aku melihat orang-orang Damaskus pula mengatakan bahawa bacaan mereka lebih baik dari yang lain. Aku melihat penduduk Kufah juga mnegatakan bacaan mereka lebih baik dari yang laian, dan mereka mengambil bacaan itu dari Ibnu Mas’ud. Begitu juga penduduk Basrah yang menerima bacaan dari Abu Musa Asyari dan mereka menamkan mushafnya, Lubab al Qulub.”

Huzaifah dan Said tiba di Kufah dan mengingatkan mereka tentang permasalahan ini. Banyak sahabat nabi dan para tabi’in yang sepakat dengannya. Seoarang sahabat Ibnu Masud melakukan kritik: “Apa yang kamu mempermasalahkan kepada kami kerana membaca al Quran sesuai dengan bacaan Ibnu Mas’ud?”

Ada yang berkata, “Demi Allah, kalau dia masih hidup, akan aku sampaikan masalah ini kepada khalifah kaum Muslimin(Usman) demi mencari jalan keluar.”

Ketika berjumpa dengan Ibnu Mas’ud, Hudzaifah menyampaikan masalah tersebut kepadanya, tetapi Ibnu Mas’ud menjawabnya dengan kasat.(Tafsir At Thabari, JIlid 5 halaman 9). Said marah dan meninggalkan mereka. Hudzaifah pergi untuk bertemu khalifah.
Yazid Nakha’i berkata, “Pada masa kepimpinan Walid bin Uqbah, wali kota Kufah adalah dari pihak Usman. Aku pergi ke Kufah. Di sana sekelompok orang sedang berkumpul. Diantara mereka ada Hudzaifah bin Yaman.

Pada zaman itu tidak terbiasa ada rapat umum di masjid. Tiba-tiba seorang berteriak, “Mereka yang bacaannya seperti Abu Musa al Asyari hendaklah berkumpul di pintu Kindah. Mereka yang mengikuti bacaan Ibnu Mas’ud pula berkumpul di pintu Abdullah.” Dua kelompok itu berselisih tentang satu ayat dari surah Al Baqarah.

Satu kelompok berkata, “ Wa atimmul hajja wal umrata lilbait” manakala sekelompuk lagi berkata, “Wa atimmul hajja wal umratalillah.” Huzaifah marah lalu berkata, “Perselisihan yang sama juga pernah terjadi sebelum kalian.” Kemudian dia menuturkan perjumpaannya dengan Usman. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Hudzaifah berkata tentang penduduka Kufah yang menggunakan bacaan Abdullah dan penduduk Basrah yang menggunakan bacaan Abu Musa. Demi Allah, dia berkata, “Seandainya aku berjumpa dengan Usman, nescaya aku akan memaksa beliau untuk menenggelamkannya ke dalam satu mushaf.”

Abdullah menjawab, “Demi Allah seandainya kamu lakukan sebegitu, Allah akan menenggelamkan kamu ke suatu tempa selain air(neraka jahannam).

Ibnu Hajar berkata, Ibnu Mas’ud berkata kepada Hudzaifah, “Aku mendapat khabar bahawa kamu tidak suka kepada mereka berkaitan bacaan Quran sehingga mereka harus berselisih seperti Ahlul Kitab.”(Al Furqan fi jam’i wa tadwin al Quran, Halaman 110).

Dan banyak lagi contoh perselisihan umat ketika itu tentang hal berkaitan Al Quran.


Masuknya Hudzaifah Ke Madinah.

Sekembalinya dari peperangan di Armenia, Hudzaifah melihat perselisihan berkaitan Al Quran di kalangan penduduk setempat. Beliau menganggap peristiwa ini adalah buruk. Kemudian beliau bermusyawarah dengan beberapa orang sahabat Nabi(sawa) yang sebelumnya berada di Kufah. Tujuannya ialah bagi menyelesaikan masalah tersebut, sebelum ia merebak ke tempat lain.

Hudzaifah berpendapat bahawa Usman hendaklah menyatukan semua mushaf dan memaksa mereka untuk membaca dengan satu bacaan. Pendapatnya dipersetujui oleh semua sahabat kecuali Abdullah Ibnu Mas’ud.(Mashahif Sajistani, Hal 11-14).

Kemudian Hudzaifah bergegas menuju ke Madinah untuk menyedarkan Usman demi menyelamatkan umat Muhammad sebelum mereka bercerai berai. Huzdzaifah berkata kepada Usman, “Hai khalifah! Tanpa basa basi aku mengingatkan mu, selamatkanlah umat ini sebelum mereka berselisih sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani.

Usman bertanya, “Apa masalahnya?” Hudzaifah menjelaskan, “Aku ikut perang di Armenia. AKu temui penduduk Syam mengikuti bacaan Ubay bin Kaab yang mengandungi beberapa hal yang tidak pernah didengari oleh penduduk Iraq. Penduduk Iraq mengikuti bacaan Ibnu Mas’ud yang mengandungi beberapa hal yang tidak pernah didengari oleh penduduk Syam. Masing-masing mengkafirkan pihak yang lainnya.”(Fath al Bari,Jilid 9, Hal 15).


Musyawarah Usman Dan Sahabat-sahabat.

Peristiwa di atas akan mengkibatkan sesuatu yang buru terhadap ummah. Usman terpaksa menyelesaikannya dengan serius. Tanggungjawab ini adalah baru dan sangat besar, belum pernah dikerjakan oleh orang-orang sebelumnya. Watak terpenting bagi tanggungjawab ini ialah naskah-naskah mushaf yang ditulis oleh para sahabat utama yang tersebar di segenap penjuru empayar.

Ketika itu, adalah sangat sukar untuk melibatkan orang-orang yang dipandang tinggi seperti mereka. Apatah lagi, setiap mereka mempertahankan mushaf mereka sebagai musfah yang benar. Hal ini merupakan rintangan yang paling besar bagi penyatuan mushaf.

Dengan alasan inilah Usman mengumpulkan para sahabat di Madinah demi menyatukan semua mushaf. Akhirnya muncullah kesepakatan walau apa pun risikonya.

Ibnu Atsir berkata, “Usman mengumpulkan sahabat-sahabat Nabi dan menyampaikan masalah yang ada. Semuanya mendukung pendapat Hudzaifah.”(Al Itqan, Jilid 1, Hal 59; Mashahif Sajistani, hal 21).


Badan Penyeragaman Mushaf

Usman bergerak cepat menyatukan mushaf-mushaf. Langkah pertamanya adalah menulis pesan umum kepada para sahabat Nabi(sawa). Beliau mengundang mereka untuk melakukan pekerjaan ini.(Fath al Bari, Jilid 9, Hal 16).

Kemudian beliau memilih 4 orang terdekat untuk melakukan perkerjaan ini, iaitu Zaid bin Tsabit dari Ansar, Said bin Ash, Abdullah bin Zubair, Abdulrahman bin Harits. 3 nama terakhir ini semuanya dari Quraish. Empat orang tersebut adalah pasukan utama badan penyatuan Al Quran yang diketuai oleh Zaid.(Al Kamil fi at Tarikh, Jilid 3, Hal 111).

Dipilihnya Zaid sebagai ketua, menyebabkan protes dan bangkangan dari Ibnu Mas’ud. Ibnu Mas’ud berkata, “Aku disingkirkan dari tugas ini, dan diberikan kepada seorang(Zaid) yang-demi Allah- ketika berada dalam tulang sulbi orang kafir, aku sudah memeluk Islam.(Sahih Bukhari, Jilid 6, Hal 225; Mashahif Sajistani, hal 19-20, Kamil fi at Tarikh, Jilid 3, Ha 111).

Kerana penentangan itu, beliau sendiri menerima tanggungjawab 4 orang itu, namun mereka kesulitan melakukan pekerjaan itu. Akhirnya mereka meminta bantuan dari Ubay bin Kaab, Malik bin Abi Amir, Katsir bin Aflah, Anas Bin Malik, Abdullah Bin Abbas, Mushab Bin Saad dan Abdullah bin Fathimah. Menurut riwayat Ibnu Sirrin dan Ibnu Saad, bantuan 5 orang lagi diminta menjadikan jumlah badan ini seramai 12 orang.(Al Kamil fi at Tarikh, Jilid 3, Hal 111; Al Itqan Jilid 1, Hal 59; Sahih Bukhari, Jilid 6, Hal 226;Fath al Bari, jilid 9, hal 17).


Sikap Sahabat atas Penyeragaman Mushaf.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, Hudzaifah bin Yaman adalah orang pertama yang memberi kesaksian atas penyeragaman mushaf-mushaf. Bahkan beliau bersumpah akan mengadu kepada khalifah agar menjadikan satu sahaja jenis bacaan.(Thabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, Bhg 2, Hal 62).

Belaiu juga bermesyuarah dengan semua sahabat Nabi di Kufah dan mendapat persetujuan mereka kecuali dari Ibnu Mas’ud. Usman mengundang para sahabat Nabi yang berada di Madinah untuk bermusyawarah tentang penyeragaman bacaan al Quran. Mereka semua bersetuju dengan usulan Usman.

Demikian juga Imam Ali Ibnu Abi Thalib, pada dasarnya beliau setuju terhadap niat itu. Ibnu Abi Daudmeriwayatkan dari Suwaid bin Ghaflah bahawa Imam Ali berkata demi Allah, Usman sedikit pun tidak berbuat sesuatu tentang mushaf-mushaf itu melainkan beliau bermusyawarah dengan kami. Belai bermusyawarah dengan kami dalam hal-hal bacaan. Dia berkata kepada ku:

“Aku diberitahu bahawa sebahagian mengatakan bahawa bacaan ku lebih baik dari bacaan mu. Berita ini adalah sesuatu yang mendekati kekufuran.” Aku bertanya kepadanya, “Apa pendapatmu?” Usman menjawab, “Aku berpendapat masyarakat hendaknya memiliki satu mushaf agar tidak terjadi perselisihan.” Aku berkata, “Pendapat yang bagus.”(Mashahif Sajistani, Hal.30).

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali Ibnu Abi Thalib berkata, “Seandainya urusan(penyatuan mushaf ini) diserahkan kepada ku, niscaya aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh Usman.”(Fath Al Bari, Jilid 9, Hal 16).

Setelah Imam Ali menjawat jawatan sebagai khalifah, beliau memberi motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan mushaf Usmani dan tidak mengubahnya, meskipun di dalamnya terdapat kesalahan-kesalahan tulis. Hal ini dilakukan kerana sejak saat itu sampai seterusnya tidak boleh ada seorang pun yang boleh mengubah dan menyimpangkan Ql Quran, dengan alasan memperbaiki Al Quran. Oleh kerana itu, mulai saat itu, beliau menekankan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh menyentuh Al Quran.

Diriwayatkan ada seorang membaca di hadapan Imam Ali:
“Wa thalhin mandhud”(dan pohon pisang yang bersusun buahnya..)- (Surah al waqiah:29).

Beliau berkata, “Mengapa dibaca thalhin?” Yang benar adalah Thal’in, sebagaimana yang disebutkan di tempat lain, “dan pohon kurma yang mayangnya lembut(Thal’uha Hadhim)(As Syuara:148).

Ungkapan itu bukan bentuk protes beliau kepada pembaca itu. Pembaca itu bukan berniat merubah kata. Imam Ali berkata pada diri belaiu sendiri, namun orang-orang mendengarnya dan bertanya, “Adakah anda tidak akan mengubahnya?” Imam Ali berkata, “Mulai saat ini tidak boleh ada perubahan sedikit pun dalam Al Quran.”(Fath al Bari, Jilid 9, Hal 16; Thabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, Bhg 2, hal.62; Ibnu Hajar al Asqalani, Tahzib at Tahzib fi Asma ar Rijal, jilid 1, hal 187).


Perbahasan Bila Al Quran Dikumpulkan.

Salam alaikum wa rahmahtollah. Berikut adalah perbahasan berkaitan pengumpulan Al Quran, yang mana para pembaca boleh turut merujuk artikel bertajuk Tarikh Al Quran, dalam daftar artikel Tokoh Dan Sejarah. InsyaAllah, selepas ini, saya akan bawakan pendapat berkaitan dari Imam Muhammad Shirazi, beliau menulis sebuah buku yang bagus berkaitan topik ini.

Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan sejarah pengumpulan Al-Quran iaitu di zaman manakah ia dikumpulkan dan siapakah yang mengarahkan ia dikumpulkan. Pandangan yang berbeza tersebut ialah:
1. Di zaman Rasulullah (s.a.w)
2. Di zaman Abu Bakar
3. Di zaman Umar bin Al-Khattab
4. Bermula dari zaman Abu Bakar dan selesai di zaman Umar.
5. Di zaman Uthman.


Beberapa ulama mutakhir yang menerima pandangan pertama:

Pandangan yang benar ialah yang pertama di mana ramai ulama menerimanya seperti berikut:

1. Ayatullah Al-Khui dalam perkara ini berusaha bersungguh-sungguh menyanggah pendapat yang lain sebagai bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah dan akal. – Tafsir Al-Bayan, halaman 162.

2. Allamah Al-Rafi’i berkata:

وللنبي ( صلى الله عليه وآله ) صحابة كانوا يكتبون القرآن إذا انزل ، إما بأمره أو من عند أنفسهم تاما وناقصا . وأما الذين جمعوا القرآن بتمامه بالاتفاق فهم خمسة .
إعجاز القرآن : ص 36 .

Nabi mempunyai sahabat yang menulis Al-Quran ketika ia diturunkan, samada dengan perintah baginda atau mereka sendiri melaksanakannya dengan sempurna atau tidak. Adapun mereka yang mengumpulkan Al-Quran dengan sempurna ialah lima orang (Setelah itu beliau menyatakan nama-nama mereka). – A’jaz Al-Quran, halaman 36.

3. Al-Syaikh Manna’ Al-Qattan mengatakan:

قد عرفنا أن القرآن كان مكتوبا من قبل، في عهد النبي ( صلى الله عليه وآله ) ولكنه كان مفرقا في الرقاع والأكتاف والعسيب ، فأمر أبو بكر بجمعه في مصحف واحد – إلى أن قال : – فكان أبو بكر أول من جمع القرآن بهذه الصفة في مصحف .
مباحث في علوم القرآن لمناع القطان : ص 74 .

Kita tahu sesungguhnya Al-Quran sudah tertulis di zaman Nabi (s.a.w), namun dalam bentuk berpisah-pisah pada kertas, tulang dan kulit pohon kurma. Maka Abu Bakar mengarahkan pengumpulannya dalam satu naskah sehingga dikatakan: Abu Bakar orang yang pertama mengumpul Al-Quran bentuk ini dalam mushaf. – Mabahits fi Ulum Al-Quran, li Manna’ Al-Qattan, halaman 74.

Kata-kata beliau jelas menunjukkan bahawa Al-Quran wujud di zaman Nabi (s.a.w) namun bukan dalam bentuk naskah kertas seperti sekarang. Kata-kata Manna’ ini bertentangan dengan mereka yang mendakwa bahawa Al-Quran dihafal oleh para sahabat, namun mula dikumpulkan apabila para penghafal mati Syahid.

4. Al-Zarqani pula mempercayai bahawa penghimpunan Al-Quran bukanlah satu perkara yang tidak pernah dilaksanakan di zaman Rasulullah (s.a.w), dan para sahabat mengumpul semula setelah kewafatan baginda; bahkan Rasulullah menerangkan suatu kaedah iaitu menulis ayat-ayat Al-Quran sebaik sahaja ia diturunkan sehinggalah kewafatan baginda. Al-Zarqani mengatakan:

قال الإمام أبو عبد الله المحاسبي في كتاب فهم السنن ما نصه : كتابة القرآن ليست بمحدثة ، فإنه ( صلى الله عليه وآله ) كان يأمر بكتابته ، ولكنه كان مفرقا في الرقاع والأكتاف والعسب ، فإنها أمر الصديق بنسخها من مكان إلى مكان مجتمعا ، وكان ذلك بمنزلة أوراق وجدت في بيت رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) فيها القرآن منتشرا ، فجمعها جامع وربطها بخيط ، حتى لا يضيع منه شئ .
مناهل العرفان : ج 1 ص 242 .

Imam Abu Abdullah Al-Muhasabi di dalam kitabnya “Fahm Al-Sunan” berkata: Penulisan Al-Quran bukanlah perkara baru, sesungguhnya baginda (s.a.w) telah mengarahkan penulisannya, namun secara berpisah-pisah di atas kertas-kertas, tulang-tulang, kulit pohon kurma. Al-Siddiq (Abu Bakar) mengarahkan penulisannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara satu himpunan seperti kertas-kertas di dalam rumah Rasulullah yang berpisah, maka Abu Bakar menghimpunkan al-Quran dan menyambungkannya dengan jahitan supaya tidak hilang daripadanya sesuatu pun. – Manahil Al-‘Irfan, jilid 1 halaman 242.

Inilah antara kata-kata beberapa tokoh di zaman ini yang menerima pendapat pertama.


Beberapa orang tokoh terdahulu yang menerima pandangan pertama.

Beberapa orang ulama dahulu kala di zaman terawal yang menerima pandangan ini ialah seperti berikut:

1. Sayid Murtadha

Sayid Murtadha Alamul Huda; seperti mana yang dinukilkan daripada Marhum Thabrisi bahawa Sayid Murtadha berkata:

إن القرآن كان على عهد رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) مجموعا مؤلفا على ما هو عليه الآن … أن جماعة من الصحابة مثل عبد الله بن مسعود وأبي بن كعب وغيرهما ختموا القرآن على النبي ( صلى الله عليه وآله ) عدة ختمات ، وهو يدل بأدنى تأمل على أنه كان مجموعا مرتبا غير منشود ولا مبثوث .
تفسير مجمع البيان : ج 1 ص 15 الفن الخامس .

Al-Quran seperti sekarang terhimpun dan tertulis di zaman Rasulullah (s.a.w)… sesungguhnya sekumpulan sahabat seperti Abdullah bin Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab, dan selain daripada mereka berdua mengkhatam Al-Quran beberapa kali di zaman Rasulullah (s.a.w), ianya menunjukkan bahawa Al-Quran sudah dihimpunkan secara tertib, bukan secara bahagian demi bahagian atau berserakan. – Tafsir Majma’ Al-Bayan, jilid 1 halaman 15.


2. Al-Sayuthi.

Sayuthi yang merupakan salah seorang tokoh Ahlusunnah menulis:

الإجماع والنصوص على أن ترتيب الآيات توقيفي لا شبهة في ذلك . أما الإجماع فنقله غير واحد منهم الزركشي في البرهان وأبو جعفر بن زبير في مناسباته وعبارته : ترتيب الآيات في سورها واقع بتوقيفه ( صلى الله عليه وآله ) وأمره من غير خلاف في هذا بين المسلمين … وأما النصوص فمنها حديث زيد السابق : كنا عند النبي ( صلى الله عليه وآله ) نؤلف القرآن من الرقاع .
الإتقان : ج 1 ص 62 .

Ijma’ dan riwayat ke atas ketertiban ayat-ayat Al-Quran ialah Tawqifi, (penetapannya hendaklah daripada Nabi) tidak ada keraguan lagi. Tetapi ijma’ daripada ulama seperti Al-Zarkashi di dalam Al-Burhan, Abu Ja’far bin Zubair di dalam Al-Munasibat yang telah dinukilkan mereka adalah seperti: Bentuk tertib ayat-ayat dan surah-surah menurut arahan Nabi (s.a.w), perkara ini tidak ada perselisihan di kalangan umat Islam…

Namun riwayat pula antaranya ialah hadis daripada Zaid yang berkata: Kami pernah bersama Nabi (s.a.w) menulis Al-Quran dalam satu kertas-kertas yang kami kumpulkan.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pengumpulan dan penyusunan ayat dan surah-surah adalah daripada arahan Nabi (s.a.w) sebagaimana kesepakatan telah menegaskan perkara ini.

3. Qadhi Abu Bakar:

Sayuthi di dalam Al-Itqan menukilkan kata-kata Qadhi Abu Bakar dari Al-Intishar yang mengatakan:

الذي نذهب إليه أن جمع القرآن الذي أنزله الله وأمر بإثبات رسمه ولم ينسخه ولا رفع تلاوته بعد نزوله هذا بين الدفتين . وأن ترتيبه ونظمه ثابت على ما نظمه الله تعالى ورتبه عليه رسوله من آي السور.
الإتقان : ج 1 ص 63 .

Kami berpendapat bahawa pengumpulan Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan diperintahkan supaya ia ditulis secara tetap, namun ia tidak dihapus dan tidak diangkat pembacaannya setelah turun matan Al-Quran di antara dua kulit. Tertib dan susunannya tetap menurut apa yang telah disusun oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya menyusun daripada surah-surah. – Al-Itqan, jilid 1 halaman 63.


4. Al-Baghawi

Suyuthi menukilkan kata-kata Al-Baghawi di dalam kitab Syarh Al-Sunnah yang berkata:

الصحابة رضي الله عنهم جمعوا بين الدفتين القرآن الذي أنزله الله على رسوله من غير أن يكونوا زادوا أو نقصوا ، إنتهى .
الإتقان : ج 1 ص 63 .

Sahabat radhiallahuanhum mengumpulkan antara dua kulit Al-Quran yang Allah turunkan tanpa ada penambahan dan kekurangan. – Al-Itqan, jilid 1 halaman 63.


Bilangan mereka yang mempunyai pandangan sebegini terlalu ramai untuk disenaraikan.

Apakah maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w)?
Apakah pendapat ini bermakna seluruh Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w) siap dalam bentuk sebuah kitab?

Jawapannya tidak, kerana sebab utama yang menjawab banyak syubhat tentang Al-Quran ialah arahan Nabi tentang pengumpulan Al-Quran. Sehinggakan jikalau pengumpulan ini di dikatakan sebagai kertas-kertas yang berpisah, ia tidaklah mempunyai kemungkinan Tahrif, kekurangan atau kehilangan selain ianya dapat dijadikan rujukan untuk seluruh naskah-naskah yang akan ditulis kemudian. Tidaklah kita mengatakan orang ramai di zaman Rasulullah tidak mempunyai Al-Quran yang dapat dijadikan rujukan.


Kesimpulan terhadap pegangan bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Abu Bakar.

Jikalau kita ingin menerima kata-kata orang yang menyatakan bahawa Zaid bin Tsabit mengumpulkan Al-Quran (daripada dada-dada orang ramai, kemudian dikumpulkan di zaman Abu Bakar) hendaklah kita membaca Al-Fatihah Al-Quran kerana makna kalam tersebut ialah sebahagian ayat-ayat Al-Quran yang sampai di tangan kita wujud dari ‘khabar wahid’ (dinukilkan oleh seorang). Sedangkan mereka menganggap bahawa Al-Quran hendaklah sampai kepada kita dari jalan Mutawatir. Tiada seorang pun yang mengesyaki bahawa Al-Quran sampai kepada kita secara Mutawatir dan perhubungan antara kita dan Rasulullah adalah secara Mutawatir; tiada sebarang syak dalam perkara ini.

Entah mengapa pula desakan untuk pendapat seperti ini muncul? Sudah tentu ketaksuban tersebut tidak jauh dari mengikis fadhilat-fadhilat tertentu selama mana bahaya untuk Islam dan akidah umatnya dapat dihapuskan.


Dalil pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w).

1. Akal:

Akal adalah salah satu dalil yang mengatakan bahawa Al-Quran sudah dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w) manakala pendapat yang lain adalah tidak benar. Apakah akal dapat menerima bahawa Rasulullah demikian bersungguh-sungguh menjaga dan memahami secara tepat, sehingga sebelum penurunan ayat-ayat, baginda sendiri cukup bersiap sedia menerimanya sampai ayat ini turun:

لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ ، إنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ . سوره قيامت آيات 16 و 17 .

[16] Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

[17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

Bagaimana mereka yang memahami Al-Quran adalah paksi kebudayaan masa depan Islam kelak sampai hari kiamat, boleh membayangkan bahawa baginda akan membiarkan Al-Quran bertebaran dalam bentuk hafalan di dalam dada kaum muslimin?

2. Hadis Al-Tsaqalain.

Koleksi riwayat yang dipanggil Al-Tsaqalain di kalangan seluruh umat Islam sangat terkenal dan masyhur. Di dalam riwayat ini Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan dua perkara yang beharga, pertamanya Al-Quran, ke-duanya Itrahku, iaitu Ahlul Bait.

Menurut adat resam Arab, terminologi ‘kitab’ telah ditentukan sebagai sesuatu yang ditulis. Oleh itu apa yang dihafal dalam dada tidak dipanggil ‘kitab’. Namun di dalam riwayat Rasulullah (s.a.w) terdapat sabda baginda menunjukkan tentang ‘kitab’ yang ditinggalkan kepada umatnya. Begitu juga syair-syair yang dihafal oleh penyair tidak dikatakan sebagai kitab syair, bahkan ia dikatakan syair si fulan. Ianya juga tidak menggunakan kalimah ‘daiwan’. Sudah pasti riwayat ini menyatakan penulisan seluruh Al-Quran sudah ada di zaman penyampaian ‘Iblagh’.

Beberapa orang penyelidik mengatakan tentang perkara ini sebagai:

إن لفظ الكتاب لا يطلق حتى على مكتوبات متفرقة في اللخاف والعسب والأكتاف إلا على نحو المجاز والعناية ، فإن لفظ الكتاب ظاهر فيما كان له وجود واحد.
تفسير البيان آيت الله خوئي : ص 271 .

Sesungguhnya lafaz ‘kitab’ tidak dipanggil terhadap penulisan yang berserakan di atas kepingan batu-batu, kulit pohon kurma dan tulang belulang melainkan dalam bentuk majaz dan inayah, sesungguhnya lafaz kitab lahir dari kewujudan yang satu (jika tidak ia akan dikatakan ‘kutub’ bukan ‘kitab’). – Tafsir Al-Bayan Ayatullah Al-Khui, halaman 271.

3. Penulisan Al-Quran oleh para penulis wahyu:

Perkara ini menunjukkan tentang Al-Quran di zaman kehidupan Rasulullah (s.a.w) yang tidak terlepas daripada penulisan. Antara riwayat yang menunjukkan pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w) ialah:

Al-Bulkhari menulis:

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ رضى الله عنه قَالَ جَمَعَ الْقُرْآنَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَرْبَعَةٌ، كُلُّهُمْ مِنَ الأَنْصَارِ أُبَىٌّ، وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَأَبُو زَيْدٍ، وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ. قُلْتُ لأَنَسِ مَنْ أَبُو زَيْدٍ قَالَ أَحَدُ عُمُومَتِي.
كتاب الفضائل‏باب فضائل الأنصار ح 3857 باب جمع القرآن ح 5054 صحيح البخاري : ج 6 ص 103، كتاب التفسير، باب القراء من أصحاب النبي (ص) . وذكره أيضا في باب مناقب زيد بن ثابت في كتاب المناقب .

Anas berkata: Keseluruhan Al-Quran dikumpulkan di zaman Nabi (s.a.w) oleh empat orang, kesemua mereka daripada golongan Ansar iatu Ubay, Mu’az bin Jabal, Abu Zaid dan Zaid bin Tsabit. Aku berkata kepada Anas: Siapakah Abu Zaid? Jawabnya: Salah seorang pakcikku. – Sahih Al-Bukhari, jilid 6 halaman 103.

Ibnu Hajar mengatakan:

وأخرج النسائي بإسناد صحيح عن عبد الله بن عمرو (بن العاص) قال : جمعت القرآن ، فقرأت به كل ليلة ، فبلغ النبي (ص) فقال : أقرأه في شهر. الحديث، وأصله في الصحيح.
فتح الباري: ج 9 ص 47. السنن الكبرى للنسائي، ج 5، ص 24، مسند أحمد، ج 2، ص 163، صحيح ابن حبان، ج 3، ص 33.

Dengan sanad yang sahih Nasai meriwayatkan daripada Abdullah bin Amru (bin ‘Ash) yang berkata: Aku telah mengumpulkan Al-Quran, maka aku membacanya setiap malam. Kemudian berita ini sampai kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda: Bacalah ia setiap bulan… dan asal hadis ini di dalam Sahih (terdapat di dalam sahih Bukhari) – Fathul Bari, jilid 9 halaman 47; Al-Sunan Al-Kubra Li Nasai, jilid 5 halaman 24, Musnad Ahmad jilid 2 halaman 163, Sahih Ibnu Habban, jilid 3 halaman 33.

Hakim Nisyaburi meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabut:

كنا عند رسول الله (ص) نؤلف القرآن من الرقاع ،

Kami di sisi Rasulullah (s.a.w) menulis Al-Quran daripada perca-perca,

Kemudian ia mengatakan:

هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه . المستدرك على الصحيحين : ج 2 ص 611. مسند أحمد، ج 5، ص 185،

Hadis ini Sahih menurut syarat kedua-dua Syaikh dan mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya. – Al-Mustadrak Ala As-Sahihain, jilid 2 halaman 611; Musnad Ahmad jilid 5 halaman 185.

Ini adalah dalil yang sangat jelas bahawa Al-Quran ditulis dan dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w).

Sayuthi turut menukilkan banyak riwayat tentnag perkara ini yang menunjukkan bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w). Anda boleh merujuk sumber-sumber berikut:

– Al-Itqan, jilid 1 halaman 62-63.


4. Ulama yang menerima pandangan pertama:

Dalam perkara ini, terdapat ramai orang yang terdahulu dan terkemudian mengesahkan pendapat yang pertama. Sejak awal lagi artikel ini telah menyebut kata-kata mereka dan nama-nama mereka ialah Sayid Murtadha Allamul Huda, Suyuthi, Qadhi Abu Bakar di dalam Al-Intishar, Al-Baghawi, Ayatullah Al-Khui, Allamah Rafi’i, Manna’ Al-Qattan, Zarqani dan…


Riwayat yang menunjukkan pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w):

Apabila sudah terbukti dengan riwayat sahih dan logik bahawa Al-Quran telah dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w),terdapat pula beberapa kumpulan riwayat yang bersalahan dengan pandangan tersebut iaitu:
1. Riwayat yang menunjukkan Al-Quran dikumpulkan oleh Zaid di zaman Abu Bakar.
2. Riwayat yang menunjukkan Al-Quran dikumpulkan di zaman Umar Al-Khattab.
3. Riwayat yang menunjukkan bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Uthman.
4. Riwayat yang menunjukkan bahawa Amirul Mukminin mengumpulkan Al-Quran setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w).

Kitab Sulaim bin Qais meriwayatkan daripada Salman:

أن عليا ( عليه السلام ) بعد وفاة النبي (ص) لزم بيته وأقبل على القرآن يؤلفه ويجمعه ، فلم يخرج من بيته حتى جمعه ، وكان في الصحف والشظاظ والأسيار والرقاع – إلى أن قال : – فجمعه في ثوب واحد وختمه .
كتاب سليم بن قيس : ص 65 .

Sesungguhnya Ali (a.s) setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w) mendiami rumahnya. Beliau mengadap Al-Quran dan menulis serta mengumpulkannya. Beliau tidak pernah keluar dari rumahnya walaupun hari Jumaat. Beliau mengumpulkan pada kertas, kayu, kulit dan perca sampai dikatakan: Maka ia mengumpulkannya pada satu persalinan dan dicap mohorkan – Kitab Sulaim bin Qais.

Riwayat ini tidak mempunyai masalah dan tidak bersalahan dengan pendapat yang pertama dengan penjelasan berikut:


Maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Abu Bakar:

Hendaklah dikatakan bahawa riwayat pengumpulan Al-Quran di zaman Abu Bakar bertentangan dengan riwayat yang lain kerana mempunyai perselisihan. Al-Bukhari pada suatu tempat meriwayatkan bahawa Umar pergi kepada Abu Bakar dan berkata:

إني أرى أن تأمر بجمع القرآن ، فقال له أبو بكر : كيف تفعل شيئا لم يفعله رسول الله (ص) – إلى أن قال : – قال أبو بكر لزيد: «إنك رجل شاب لا نتهمك . . . قال زيد : فتتبعت القرآن أجمعه من العسب واللخاف وصدور الرجال».
صحيح البخاري : ج 6 ص 98 و 102 .كتاب الاحكام باب يستحب للكاتب ان يكون امينا عاقلا

Aku berpendapat, arahkanlah supaya Al-Quran dikumpulkan. MakaAbu Bakar berkata kepadanya: Bagaimana hendak melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w). Abu Bakar berkata kepada Zaid: Engkau adalah pemuda yang kami anggap tidak pernah dituduh dengan kejahatan… Zaid mengatakan: Saya menjejak Al-Quran dan mengumpulkannya dari kulit kurma, batu tipis dan di dada-dada orang. – Sahih Al-Bukhari, jilid 6 halaman 98 dan 102.


Kadangkala Anas meriwayatkan pula kisah yang bertentangan:

«مات النبي (ص) ولم يجمع القرآن غير أربعة : أبو الدرداء ، ومعاذ بن جبل ، وزيد بن ثابت ، وأبو زيد ، ونحن ورثناه» .
صحيح البخاري : ج 6 ص 98 و 102 . كتاب فضائل القرآن :باب القراء من أصحاب النبى صلى الله عليه وآله وسلم

Nabi (s.a.w) wafat dan tidak pernah Al-Quran dikumpulkan kecuali empat orang: Abu Darda, Mu’az bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Abu Zar dan kami mewarisinya.

Bagaimana mungkin kedua-dua riwayat ini berkumpul dalam satu tempat? Kita berpegang dan menjaga pendapat yang pertama. Apakah Zaid memindahkan Al-Quran yang sudah siap ditulis di atas kertas-kertas ke mushaf yang lain? Begitulah apa yang dikatakan oleh Haris Al-Muhasabi katakan di dalam ‘Fahm Al-Sunan’:

إنما أمر الصديق بنسخها من مكان إلى مكان مجتمعا وكان ذلك بمنزلة أوراق وجدت في بيت رسول الله (ص) فيها القرآن فجمعها جامع . سيوطي الإتقان : ج 1 ص 60.

Abu Bakar mengarahkan Al-Quran ditulis dari satu tempat ke tempat yang terkumpul. Sebelumnya ia dijumpai pada kertas-kertas di rumah Rasulullah, lantas ia dikumpulkan. – Suyuthi menukilkan perkara ini di dalam Al-Itqan, jilid 1 halaman 60.


Atau apakah ia dikumpul dari rumah-rumah para sahabat?

Ada yang mengatakan bahawa mushaf Al-Quran Abu Bakar diambil dari tangan para sahabat yang telah mengumpulkannya. Kewujudan beberapa naskah Al-Quran pula disebabkan terdapat naskah-naskah penulis wahyu Rasulullah (s.a.w) disimpan di rumah baginda (seharusnya berpindah ke tangan Ali bin Abi Talib). Kewujudan beberapa orang penulis wahyu juga menyebabkan mereka turut menyimpan naskah sendiri. – Tarikh Al-Quran Doktor Ramiyar, halmaan 71.

Talhah berkata kepada Amirul Mukminin:

ما أراك يا أبا الحسن أجبتني عما سألتك عنه من القرآن ، ألا تظهره للناس ؟ قال : يا طلحة عمدا كففت عن جوابك فأخبرني عما كتب عمر وعثمان أقرآن كله أم فيه ما ليس بقرآن ؟ قال طلحة : بل قرآن كله ، قال : إن أخذتم بما فيه نجوتم من النار ودخلتم الجنة . . . الخ .
كتاب سليم بن قيس : ص 100 .

Wahai Abal Hasan, engkau tidak menjawab kepadaku apa yang aku bertanya tentang Al-Quran yang apakah engkau tidak menunjukkannya kepada manusia? Jawab Ali: Wahai Talhah, aku bukan sengaja tidak menjawab, beritahu padaku apakah yang ditulis oleh Umar dan Uthman adalah seluruh Al-Quran atau di dalamnya ada yang bukan Al-Quran? Jawab Talhah: Tidak, seluruhnya adalah Al-Quran. Ali berkata: Jika kamu beramal dengan apa yang di dalamnya,kamu akan sejahtera dari api neraka dan memasuki syurga…

– Kitab Sulaim bin Qais.

Kerana itu Al-Quran Rasulullah jatuh kepada pewarisnya iaitu Ahlul Bait sehinggakan ianya tidak sampai kepada para isteri baginda. Jikalau tidak bergini sudah tentu Abu Bakar tidak mengarahkan penulisannya dan sudah tentu beliau tidak mengingkari betapa perlunya penulisan Al-Quran. Manakala naskah Al-Quran yang disiapkan oleh Ali bin Abi Talib juga adalah naskah yang sama dengan Rasulullah (s.a.w). Sebab itu Talhah begitu berkeinginan ingin melihatnya.

Dengan ini dapat dikatakan bahawa maksud Al-Quran yang kumpulkan di zaman Abu Bakar melalui Zaid. Di zaman inilah Al-Quran disalin daripada naskah-naskah yang telah ditulis oleh penulis-penulis wahyu yang lain seperti Ubay bin Ka’ab, Abu Darda, Zaid bin Tsabit dan lain-lain. Semua ini dihimpun dalam sebuah naskah. Abu Syamah seperti yang dinukilkan oleh Sayuthi di dalam Al-Itqan menunjukkan perkara ini sebagai:

وكان غرضهم أن لا يكتب إلا من عين ما كتب بين يدي النبي(ص)لا من مجرد الحفظ .
الإتقان : ج 1 ص 60 .

Maksud mereka ialah tidak menulis melainkan daripada apa yang ditulis di antara kedua tangan Nabi (s.a.w), bukan daripada yang dihafal. – Al-Itqan jilid 1 halaman 60.


Maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Umar:

Ada yang mengatakan bahawa Al-Quran dikumpulkan dalam satu mushaf di zaman Umar (Muntakhab Kanzul Ummal Hamish Musnad Ahmad, jilid 2 halaman 45).

Pandangan ini lebih dhaif dari pandangan ke-dua dan tidak ada tokoh Ahlusunnah yang menerimanya. Kemungkinan maksudnya adalah sepertimana yang lalu iaitu Umar meminta Abu Bakar mengumpulkan Al-Quran dalam satu mushaf, bukannya beliau sendiri mengumpulkan Al-Quran atau di zamannya terjadi perkara tersebut.


Maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Uthman:

Pendapat bahawa pengumpulan Al-Quran di zaman Uthman juga telah membawa banyak riwayat yang bertentangan kerana apa yang ada di dalam riwayat tersebut hanyalah Uthman mengarahkan orang ramai mengumpulkan satu bacaan Al-Quran (Qiraat), bukannya menunjukkan pengumpulan Al-Quran oleh beliau.

عن ابن أبي داود عن سويد بن غفلة قال : قال علي : لا تقولوا في عثمان إلا خيرا ، فوالله ما فعل الذي فعل في المصاحف إلا عن ملأ منا ، قال : ما تقولون في هذه القراءة ؟ فقد بلغني أن بعضهم يقول : إن قراءتي خير من قراءتك ، وهذا يكاد يكون كفرا ، قلنا : فما ترى ؟ قال : أرى أن يجمع الناس على مصحف واحد ، فلا تكون فرقة ولا اختلاف ، قلنا : فنعم ما رأيت . الإتقان : ج 1 ص 61 .

Ali berkata: Janganlah kamu mengatakan sesuatu tentang Uthman kecuali yang baik, demi Allah apa yang dia lakukan tentang mushaf-mushaf adalah dalam pengetahuan kami. Kemudia ia bertanya: Apa yang kamu katakan tentang qiraat ini? telah sampai kepadaku bahawa sebahagian daripada mereka berkata bahawa ‘qiraatku lebih baik daripada qiraat engkau’; dan ini mirip kepada kekufuran. Oleh itu apa pandanganmu? Beliau menjawab: Aku berpandangan orang ramai perlu berkumpul dalam satu mushaf, janganlah kalian berpecah dan berselisih. Kami mengatakan: Alangkah baiknya pandanganmu. Al-Itqan jilid 1 halaman 61

Perkara ini disahkan oleh sebuah riwayat daripada Haris Al-Muhasabi yang berkata:

المشهور عن الناس أن جامع القرآن عثمان ، وليس كذلك إنما حمل عثمان الناس على القراءة بوجه واحد على اختيار بينه وبين من شهد من المهاجرين والأنصار لما خشي الفتنة عند اختلاف أهل العراق والشام في حروف القراءات . سيوطي الإتقان: ج 1 ص 61 .

Yang masyhur tentang pengumpul Al-Quran ialah Uthman, sebenarnya tidak demikian. Hanyasanya Uthman menyebabkan orang ramai membaca dengan satu qiraat; keputusan ini dilaksanakan oleh beliau dan daripada kalangan Muhajirin dan Ansar kerana bimbang dengan perselisihan antara warga Iraq dan Sham tentang huruf qiraat. – Sayuthi menukilkan riwayat ini di dalam Al-Itqan, jilid 1 halaman 61.

عن أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، حَدَّثَهُ أَنَّ حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ قَدِمَ عَلَى عُثْمَانَ وَكَانَ يُغَازِي أَهْلَ الشَّأْمِ فِي فَتْحِ إِرْمِينِيَةَ وَأَذْرَبِيجَانَ مَعَ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَأَفْزَعَ حُذَيْفَةَ اخْتِلاَفُهُمْ فِي الْقِرَاءَةِ فَقَالَ حُذَيْفَةُ لِعُثْمَانَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَدْرِكْ هَذِهِ الأُمَّةَ قَبْلَ أَنْ يَخْتَلِفُوا فِي الْكِتَابِ اخْتِلاَفَ الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى فَأَرْسَلَ عُثْمَانُ إِلَى حَفْصَةَ أَنْ أَرْسِلِي إِلَيْنَا بِالصُّحُفِ نَنْسَخُهَا فِي الْمَصَاحِفِ ثُمَّ نَرُدُّهَا إِلَيْكِ فَأَرْسَلَتْ بِهَا حَفْصَةُ إِلَى عُثْمَانَ فَأَمَرَ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ وَسَعِيدَ بْنَ الْعَاصِ وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ فَنَسَخُوهَا فِي الْمَصَاحِفِ وَقَالَ عُثْمَانُ لِلرَّهْطِ الْقُرَشِيِّينَ الثَّلاَثَةِ إِذَا اخْتَلَفْتُمْ أَنْتُمْ وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ فِي شَىْ‏ءٍ مِنَ الْقُرْآنِ فَاكْتُبُوهُ بِلِسَانِ قُرَيْشٍ فَإِنَّمَا نَزَلَ بِلِسَانِهِمْ فَفَعَلُوا حَتَّى إِذَا نَسَخُوا الصُّحُفَ فِي الْمَصَاحِفِ رَدَّ عُثْمَانُ الصُّحُفَ إِلَى حَفْصَةَ وَأَرْسَلَ إِلَى كُلِّ أُفُقٍ بِمُصْحَفٍ مِمَّا نَسَخُوا وَأَمَرَ بِمَا سِوَاهُ مِنَ الْقُرْآنِ فِي كُلِّ صَحِيفَةٍ أَوْ مُصْحَفٍ أَنْ يُحْرَقَ.
صحيح البخاري : ج 6 ص .رقم 5038 و رقم 3546 كتاب فضائل القرآن باب جمع القرآن

Huzaifah bin Yaman pergi bertemu Uthman yang sedang memerangi warga Sham ketika pembukaan Armenistan dan Azerbaijan bersama warga Iraq. Huzaifah merasa bimbang terhadap perselisihan mereka dalam qiraat lantas berkata kepada Uthman: Wahai Amirul Mukminin, berilah perhatian terhadap umat ini sebelum berselisih tentang kitab sebagaimana Yahudi dan Nasrani berselisihan. Maka Uthman mengutuskan kepada Hafsah supaya membawa kepada kami lembarannya yang kami salin ke naskah yang lain. Kemudian kami kembalikan kepadanya. Kemudian Hafsah mengirim Al-Qurannya kepada Uthman yang kemudiannya mengarahkan Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Sa’id bin Al-‘Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisham menyalinnya. Uthman berkata kepada tiga orang Quraisyh ini: Jikalau kamu dan Zaid bin Tsabit berselisihan, maka tulislah ia dengan dialek Quraysh kerana ia hanya diturunkan dalam dialek tersebut. Mereka melakukannya sehingga Al-Quran selesai disalin mereka dalam beberapa naskah. Kemudia Uthman mengembalikannya (naskah asal) kepada Hafsah dan mengirim naskah-naskah ke beberapa rantau sambil memberi arahan supaya Al-Quran yang lain dibakar. – Sahih Al-Bukhari, jilid 6 Kitab Fadhail Al-Quran Bab Jam’ Al-Quran.

‘Asqalani di dalam Syarh riwayat ini mengatakan:

وفي رواية عمارة بن خزية : أن حذيفة قدم من غزوة فلم يدخل بيته حتى أتى عثمان ، فقال : يا أمير المؤمنين أدرك الناس ، قال : وما ذاك ؟ قال : غزوت فرج أرمينية فإذا أهل الشام يقرأون بقراءة أبي ابن كعب فيأتون بما لم يسمع أهل العراق ، وإذا أهل العراق يقرأون بقراءة عبد الله ابن مسعود فيأتون بما لم يسمع أهل الشام ، فيكفر بعضهم بعضا. فتح الباري : ج 9 ص 14 و 15 .

Dalam riwayat Umarah bin Khizyah: Sesungguhnya Huzaifah pulang dari peperangan dan tidak pernah memasuki rumahnya sehingga datang Uthman, maka ia berkata: Wahai Amirul Mukminin, berilah perhatian kepada orang ramai. Uthman bertanya: Apakah itu? Jawabnya: Aku berperang di dalam Armenistan, apabila warga Sham membaca dengan qiraat Ubay bin Ka’ab mereka membawa apa yang tidak pernah didengari oleh warga Iraq. Apabila warga Iraq membaca dengan qiraat Abdullah bin Mas’ud, maka mereka membawa apa yang tidak pernah didengari oleh warga Sham. Sebahagian di antara mereka mengkafirkan yang lain. – Fathul Bari, jilid 9 halaman 14 dan 15.

Riwayat seperti ini muncul ketika Uthman mengarahkan orang ramai membaca dengan satu jalan, Oleh itu lafaz-lafaz sama maknanya yang Ibnu Mas’ud dan beberapa orang yang lain nukilkan mengikut pandangan sendiri sebagai ganti Al-Quran telah dihapuskan serta tidak ada lagi yang tertinggal. Secara zahirnya pandangan ini (menggunakan lafaz-lafaz yang sama makna) sangatlah bahaya dan membawa ancaman kepada al-Quran kerana nash kalimah Al-Quran apabila menggunakan lafaz berbeza boleh mengubah makna kalimat menurut pandangan individu. Perkara ini dapat dirujuk dengan lebih lanjut di dalam kitab Mubahith fi Ulum Al-Quran Li Subhi Soleh, halaman 107.


Maksud pengumpulan Al-Quran oleh Ali bin Abi Talib.

Maksudnya daripada apa yang dikatakan bahawa Amirulmukminin Ali bin Abi Talib mengumpul Al-Quran ialah:

أنه كتبه عما كان عند النبي (ص) ، وأضاف إليه التنزيل والتأويل ، كما في الرواية: ما كان في بيت النبي (ص) فأخذه علي (ع) بأمر الرسول حيث قال له : يا علي هذا كتاب الله خذه إليك ، فجمعه علي (ع) في ثوب ومضى إلى منزله ، فلما قبض النبي (ص) جلس علي فألفه كما أنزل الله ، وكان به عالما . التمهيد في علوم القرآن : ج 1 ص 291.

Sesungguhnya beliau menulis apa yang ada di sisi Nabi (s.a.w) bersama sebab penurunan dan penakwilannya seperti di dalam riwayat: Apa yang ada di dalam rumah Nabi, diambilnya oleh Ali dengan arahan Rasul sebagaimana yang dikatakan kepadanya: Wahai Ali, ini adalah kitab Allah dan ambillah. Maka Ali mengumpulkannya di dalam pakaian dan pergi ke rumahnya. Tatkala Nabi (s.a.w) wafat, Ali menulisnya seperti yang diturunkan oleh Allah dan beliau mempunyai pengetahuan tentangnya. – Al-Tamhid fi ulum Al-Quran, jilid 1 halaman 291, riwayat ini dinukilkan daripada Ibnu Syahr Asyub.

Ini bermakna, beliau merintis kitab tafsir Al-Quran yang pertama selain menulis matan Al-Quran (mengikut tertib penurunan) dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan ayat tersebut kerana beliau sangat berpengetahuan tentang perkara ini daripada orang lain. Al-Kalbi menukilkan bahawa:

لما توفي رسول الله (ص) قعد علي بن أبي طالب في بيته فجمعه على ترتيب نزوله ، ولو وجد مصحفه لكان فيه علم كبير . التمهيد في علوم القرآن : ج 1 ص 290.

Tatkala Rasulullah (s.a.w) wafat, Ali bin Abi Talib duduk di rumahnya dan mengumpulkan Al-Quran menurut tertib penurunannya, jikalau mushaf ini ditemui nescaya terdapat di dalam ilmu yang besar. – Al-Tamhid Fi Ulum Al-Quran, jilid 1 halaman 290. Perkara ini dinukilkan daripada beliau di dalam Al-Tashil Li Ulum Al-Tanzil.

Dinukilkan daripada Muhammad bin Sirin:

ولو أصيب ذلك الكتاب لكان فيه العلم . تاريخ الخلفاء للسيوطي : ص 185 .

Jikalau kitab ini ditemui, nescaya terdapat ilmu di dalamnya. – Tarikh Al-Khulafa Li Suyuthi halaman 185.

Kesimpulannya ialah:
Tidak ada pertentangan antara kata-kata bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w) dan yang dihimpunkan oleh Ali bin Abi Talib dengan ilmu beliau yang sangat mendalam tentang Al-Quran.

Sudah tentu sebab penulisan Al-Quran secara tertib penurunannya oleh Ali bin Abi Talib dikeranakan memperincikan nasakh dan mansukh, mutlaq dan muqayyad dengan baik sekali.


Natijah dan penghujung perbahasan.

Dimensi penghimpunan di antara keseluruhan riwayat dikatakan: Al-Quran di tangan kita sama seperti di zaman Rasulullah dan para sahabat, bukan seperti yang didakwa oleh beberapa pihak bahawa setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w), al-Quran dikumpulkan dari hafalan para muhajirin dan ansar. Setelah kewafatan Rasulullah, Al-Quran baginda berada di tangan Ali bin Abi Talib. Sahabat setelah kewafatan baginda menyalin kembali Al-Quran yang telah dikumpulkan dalam bentuk naskah-naskah berpisah. Pada zaman Uthman pula Al-Quran diarahkan dibaca dalam satu dialek.


Aqidah Syi’ah Tentang al-Qur’an; Menolak Isu Tahrif al-Qur’an.

Sesungguhnya Syi’ah mempercayai bahawa al-Qur’an yang ada sekarang adalah benar dan mereka beramal dengannya. Tetapi ianya tidak dinafikan bahawa terdapat kitab-kitab karangan ulama Syi’ah seperti al-Kulaini dan lain-lain yang telah mencatat tentang kurang atau lebihnya ayat-ayat al-Qur’an yang ada sekarang, tetapi ketahuilah anda bahawa bukanlah semua riwayat itu sahih malah ianya ada yang sahih dan ada yang dha’if.

Contohnya al-Kulaini telah meriwayatkan di dalam al-Kafi bahawa Rasulullah SAWAW telah dilahirkan pada 12 Rabi’ul Awwal tetapi ianya ditolak oleh majoriti ulama Syi’ah kerana mereka berpendapat bahawa Nabi SAWAW telah dilahirkan pada 17 Rabi’ul Awwal.

Begitu juga mereka menolak kitab al-Hassan bin al-’Abbas bin al-Harisy yang dicatat oleh al-Kulaini di dalam al-Kafi, malah mereka mencela kitab tersebut. Begitu juga mereka menolak riwayat al-Kulaini bahawa orang yang disembelihkan itu adalah Nabi Ishaq bukan Nabi Isma’il AS(al-Kafi, IV, hlm. 205). Justeru itu riwayat al-Kulaini umpamanya tentang kekurangan dan penambahan ayat-ayat al-Qur’an adalah riwayat yang lemah (Majallah Turuthuna, Bil. XI, hlm. 104).

Kerana ulama Syi’ah sendiri telah menjelaskan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam al-Kafi, malah mereka menolak sebahagian besar riwayat al-Kulaini. Begitu juga dengan kitab al-Istibsar fi al-Din, Tahdhib al-Ahkam karangan al-Tusi dan Man La Yahdhuruhu al-Faqih karangan Ibn Babuwaih, sekalipun 4 buku tersebut dikira muktabar di dalam mazhab Syi’ah, umpamanya al-Kafi yang mempunyai 16,199 hadith telah dibahagikan kepada 5 bahagian (di antaranya):

i. Sahih, mengandungi 5,072 hadith.
ii. Hasan, 144 hadith.
iii. al-Muwaththaq, 1128 hadith (iaitu hadith-hadith yang diriwayatkan oleh orang yang bukan Syi’h tetapi mereka dipercayai oleh Syi’ah).
iv. al-Qawiyy, 302 hadith.
v. Dhaif, 9,480 hadith. (Lihat Sayyid Ali al-Milani, al-Riwayat Li Ahadith al-Tahrif di dalam Turuthuna, Bil. 2, Ramadhan 1407 Hijrah, hlm. 257).


Oleh itu riwayat-riwayat tentang penambahan dan kekurangan al-Qur’an telah ditolak oleh ulama Syi’ah Imamiyah mazhab Ja’fari dahulu dan sekarang.

Syaikh al-Saduq (w. 381H) menyatakan “i’tiqad kami bahawa al-Qur’an yang telah diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad SAWAW dan keluarganya ialah di antara dua kulit (buku) iaitu al-Qur’an yang ada pada orang ramai dan tidak lebih dari itu. Setiap orang yang mengatakan al-Qur’an lebih dari itu adalah suatu pembohongan.” (I’tiqad Syaikh al-Saduq, hlm. 93).

Syaikh al-Mufid (w. 413H) menegaskan bahawa al-Qur’an tidak kurang sekalipun satu kalimah, satu ayat ataupun satu surah (Awa’il al-Maqalat, hlm. 55).

Syarif al-Murtadha (w. 436H) menyatakan al-Qur’an telah dijaga dengan rapi kerana ia adalah mu’jizat dan sumber ilmu-ilmu Syarak, bagaimana ia boleh diubah dan dikurangkan? Selanjutnya beliau meyatakan orang yang mengatakan al-Qur’an itu kurang atau lebih tidak boleh dipegang pendapat mereka (al-Tabrasi, Majma’ al-Bayan, I, hlm. 15).

Syaikh al-Tusi (w. 460H) menegaskan bahawa pendapat mengenai kurang atau lebihnya al-Qur’an adalah tidak layak dengan mazhab kita (al-Tibyan fi Tafsir al-Qur’an, I, hlm.3).

Begitu juga pendapat al-Allamah Tabataba’i dalam Tafsir al-Mizan, Jilid 7, hlm. 90 dan al-Khu’i dalam Tafsir al-Qur’an al-’Azim, I, hlm. 100, mereka menegaskan bahawa al-Qur’an yang ada sekarang itulah yang betul dan tidak ada penyelewengan.

Demikianlah sebahagian daripada pendapat-pendapat ulama Syi’ah dahulu dan sekarang yang mengaku kesahihan al-Qur’an yang ada pada hari ini. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,
“Apabila datang kepada kamu dua hadith yang bertentangan maka hendaklah kamu membentangkan kedua-duanya kepada Kitab Allah dan jika ianya tidak bertentangan dengan Kitab Allah, maka ambillah dan jika ianya bertentangan Kitab Allah, maka tinggalkanlah ia” (Syaikh, al-Ansari, al-Rasa’il, hlm. 446).

Kata-kata Imam Ja’far al-Sadiq itu menunjukkan al-Qur’an yang wujud sekarang ini adalah al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi SAWAW tanpa tambah dan kurang jika tidak, ianya tidak menjadi rujukan kepada Muslimin untuk membentangkan hadith-hadith Nabi SAWAW yang sampai kepada mereka. Oleh itu mazhab Syi’ah Ja’fari samalah dengan mazhab Ahlu s-Sunnah dari segi menjaga al-Qur’an dari penyelewengan, tetapi apa yang anehnya ialah terdapat banyak riwayat di dalam buku-buku Sahih Ahlu s-Sunnah sendiri yang mencatatkan bahawa al-Qur’an telah ditambah, dikurang dan ditukarkan, di antaranya seperti berikut:
1. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-Lail (92):3 telah ditambah perkataan “Ma Khalaqa” oleh itu ayat yang asal ialah “Wa al-Dhakari wa al-Untha” tanpa “Ma Khalaqa”. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu al-Darda’, kemudian ianya dicatat pula oleh Muslim, Sahih,I,hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191.
2. Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191 menyatakan (Surah al-Dhariyat (51):58 telah diubah dari teks asalnya “Inni Ana r-Razzaq” kepada “Innallah Huwa r-Razzaq” iaitu teks sekarang.
3. Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224 meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ari,”Kami membaca satu surah seperti Surah al-Bara’ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku mengingati sepotong dari ayatnya,”Sekiranya anak Adam (manusia) mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan dengan tanah.”.
4. Al-Suyuti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan Surah al-Ahzab (33):56 pada masa Nabi SAWAW adalah lebih panjang iaitu dibaca “Wa’ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal” selepas “Innalla ha wa Mala’ikatahu Yusalluna ‘Ala al-Nabi…” Aisyah berkata,”Iaitu sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf.”.
5. al-Muslim, Sahih, II, hlm. 726, meriwayatkan bahawa Abu Musa al-Asy’ari membaca selepas Surah al-Saf (61):2, “Fatuktabu syahadatan fi A’naqikum…”tetapi ianya tidak dimasukkan ke dalam al-Qur’an sekarang.
6. Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama “al-Khal” dan “al-Hafd” telah ditulis dalam mushaf Ubayy bin Ka’b dan mushaf Ibn ‘Abbas, sesungguhnya ‘Ali AS mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi, ‘Umar dan Abu Musa al-Asy’ari juga membacanya.
7. Malik, al-Muwatta’, I, hlm. 138 meriwayatkan dari ‘Umru bin Nafi’ bahawa Hafsah telah meng’imla’ “Wa Salati al-Asr” selepas Surah al-Baqarah (2): 238 dan ianya tidak ada dalam al-Qur’an sekarang. Penambahan itu telah diriwayatkan juga oleh Muslim, Ibn, Hanbal, al-Bukhari, dan lain-lain.
8. Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur’an iaitu “La Targhabu ‘an Aba’ikum” tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur’an yang ada sekarang.
9. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180 meriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawa dia berkata,”Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah SAWAW sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa ‘Uthman menulis mushaf ianya tinggal 173 ayat sahaja.”.
10. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 192 mencatatkan bahawa di sana terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33):25 iaitu “Bi ‘Ali bin Abi Talib”. Jadi ayat yang dibaca, “Kafa Llahul Mu’minin al-Qital bi ‘Ali bin Abi Talib.”.

11. Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 mencatat riwayat daripada ‘Aisyah RD dia berkata: ayat al-Radha’ah sebanyak 10 kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mushaf di bawah katilku, tetapi manakala wafat Rasulullah SAWAW dan kami sibuk dengan kewafatannya, maka ianya hilang.

12. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, daripada bapanya ‘Umar bin al-Khattab, dia berkata,”Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur’an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur’an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur’an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur’an mana yang ada.” Ini bererti sebahagian al-Qur’an telah hilang.

Demikianlah di antara catatan para ulama Ahlu s-Sunnah mengenai al-Qur’an sama ada lebih atau kurang di dalam buku-buku Sahih dan muktabar mereka. Bagi orang yang mempercayai bahawa semua yang tercatat di dalam sahih-sahih tersebut adalah betul dan wajib dipercayai, akan menghadapi dilema, kerana kepercayaan sedemikian akan membawa mereka kepada mempercayai bahawa al-Qur’an yang ada sekarang tidak sempurna, sama ada berkurangan atau berlebihan. Jika mereka mempercayai al-Qur’an yang ada sekarang adalah sempurna – memang ianya sempurna – ini bererti sahih-sahih mereka tidak sempurna dan tidak sahih lagi.

Bagi Syi’ah mereka tidak menghadapi dilema ini kerana mereka berpendapat bahawa bukan semua riwayat di dalam buku-buku mereka seperti al-Kafi, al-Istibsar fi al-Din dan lain-lain adalah sahih, malah terdapat juga riwayat-riwayat yang lemah.

Oleh itu untuk mempercayai bahawa al-Qur’an yang ada sekarang ini sempurna sebagaimana yang dipercayai oleh Syi’ah mazhab Ja’fari, maka Ahlu s-Sunnah terpaksa menolak riwayat-riwayat tersebut demi mempertahankan kesempurnaan al-Qur’an. Dan mereka juga harus menolak riwayat-riwayat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan akal seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah,”Sesungguhnya Neraka Jahanam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kakiNya, maka Neraka Jahanam berkata: Cukup, cukup.”(Al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 127; Muslim, Sahih, II, hlm. 482).

Hadith ini adalah bertentangan dengan ayat al-Qur’an Surah al-Sajdah (32):13 yang bermaksud,….”Sesungguhnya Aku akan penuhi Neraka Jahanam dengan jin dan manusia.” Juga bertentangan dengan Surah al-Syura (42):11 yang menafikan tajsim “Tidak ada suatu yang perkarapun yang menyerupaiNya.”.

Lantaran aitu tidak hairanlah jika al-Suyuti di dalam Tadrib al-Rawi, hlm. 36 menyatakan bahawa al-Bukhari telah mengambil lebih 480 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh Muslim dan ia mengandungi para periwayat yang lemah, sama ada disebabkan oleh pembohongan dan sebagainya, sementara Muslim pula mengambil 620 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh al-Bukhari dan terdapat di dalamnya 160 periwayat yang lemah.

Murtadha al- Askari pula menulis buku berjudul 150 sahabat khayalan, Beirut, 1968. Hanya nama-nama mereka sahaja disebutkan oleh al-Bukhari dan Muslim tetapi mereka sebenarnya tidak pernah wujud. Oleh itu ‘sahih” adalah nama buku yang diberikan oleh orang tertentu, misalnya al-Bukhari menamakannya ‘Sahih” iaitu sahih mengikut pandangannya, begitu juga Muslim menamakan bukunya ‘Sahih” iaitu sahih mengikut pandangannya.

Justeru itu buku-buku ‘sahih’ tersebut hendaklah dinilai dengan al-Qur’an, kerana Sahih yang sebenar adalah sahih di sisi Allah SWT. Dan kita naik saksi bahawa al-Qur’an yang ada di hadapan kita ini adalah sahih dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Dengan itu anda tidak lagi menganggap Syi’ah mempunyai al-Qur’an ‘lebih atau kurang’ isi kandungannnya kerana mereka sendiri menolaknya. Dan ianya telah dicatat di dalam buku-buku Sahih dan muktabar Ahlu s-Sunnah tetapi mereka juga menolaknya. Dengan demikian Syi’ah dan Sunnah adalah bersaudara di dalam Islam dan mereka wajib mempertahankan al-Qur’an dan beramal dengan hukumnya tanpa menjadikan ‘ijtihad’ sebagai alasan untuk menolak (hukum)nya pula.


Bukti Al-Qur'an Iran.

Waspada, Al-Qur’an Syiah Beda. Benarkah al-Qur’an Syiah beda? Team Liputan Islam menyalin isi artikel dari blognya Harja Saputra. Mari kita lihat perbedaan Al-Qur’an antara Sunni dan Syiah.

Perbedaan pertama: foto dibawah ini adalah cover al-Quran cetakan Syiah Iran. Terlihat bahwa al-Qur’an Syiah Iran covernya lebih lux dan sangat rapi.


Sumber Foto: Harja Saputra.

Perbedaan kedua: foto di bawah juga menunjukkan isi dari mushaf al-Qur’an Syiah, yang dari segi kualitas kertasnya lebih tebal dan lebih bagus dari Qur’an cetakan Depag-RI. Dari segi isinya silahkan baca sendiri, tak ada bedanya sama sekali.

Sumber Foto: Harja Saputra


Sumber Foto; Harja Saputra.

Jadi, yang mengisukan Qur’annya Syiah beda silahkan lihat sendiri. Dan, saya sudah membandingkan Qur’an Syiah dan Qur’an Sunni ini sejak lama, karena penasaran juga, katanya beda tapi sudah bertahun-tahun membaca Qur’an Syiah ini tak menemukan bedanya.

Jadi di mana bedanya Qur’an Syiah? Ada bedanya sebenarnya antara Qur’an Syiah dan Qur’an yang biasa kita baca, cetakan depag misalnya, yaitu: kertas dan cetakannya lebih bagus dan tebal dan covernya juga lux. Itu saja. Tak ada yang lain.


Kesaksian K.H Luthfi Hakim, MA.

K.H Luthfi Hakim, MA pengasuh Pondok Pesantren Ziyadatul Mubtadi-ien Jakarta mengecek langsung Al-Qur’an cetakan Qom Iran, di pabrik percetakan Al-Qur’an terbesar di Qom.

Diakhir pengecekan, beliau sembari tersenyum berkata, “Iya, tidak ada bedanya.”.

Sumber Foto: Ismail Amin.


Iran gunakan kertas dari Indonesia untuk Al-Qur’an


“Hei, ini kan kertas dari negara kami?”

“Iya, bagi kami, kertas yang kualitasnya paling bagus, ya berasal dari Indonesia”

“Kalau anda mencetak al-Qur’an dengan kertas kami, mengapa anda tidak pernah memberi kami Al-Qur’an produk Iran?”

“Bukan kami tidak mau memberi, anda yang tidak pernah minta…”

[Perbincangan antara K.H. Luthfi Hakim beserta rombongan dengan karyawan pabrik percetakan Al-Qur'an terbesar di Iran dalam kunjungannya di kota Qom Iran, Ahad [23/2]. (LiputanIslam.com/IsmailAmin/AF)


Salam Damai.


(Syiah-Ali/Satu-Islam/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: