Pesan Rahbar

Home » , , , , , , , » Wala’ (kepimpinan) didalam Al-Quran dan Mahdawiyah

Wala’ (kepimpinan) didalam Al-Quran dan Mahdawiyah

Written By Unknown on Wednesday, 15 October 2014 | 17:35:00


Wasa’il jilid 1;ms:4
“Telah dibina Islam diatas lima perkara: Solat, Zakat, Puasa,Haji dan Wilayah, dan tidak diseru kepada sesuatu sepertimana diseru kepada wilayah/kepimpinan” (hadis).
Terdapat 124 tempat didalam Al-Quran yang menyebut perkataan dari asal kata “wali” dalam bentuk kata nama dan112 tempat berbentuk kata kerja.
Dari segi lughah Wilayah yakni penguasaan (Rububiah) dan pertolongan (Nusrah) manakala Walayah yakni pemerintahan (Al-Imarah) * (rujuk sibawaih)

Kekuasaan, kesultanan dan pemerintahan yang hakiki adalah milik Allah Ta’ala yang mempunyai kekuasaan azali dan mutlaq. Inilah yang dikatakan Wilayah Takwiniyah yakni wilayah penciptaan dan pentadbiran manakala kekuasaan yang dianugerahkan dengan hukum kanun dinamakan Wilayah Tasyriyyah.

Kita yang beriman kepada Tauhid diantaranya Tauhid didalam Rubbubiyah Takwiniyah dan Tasyriyyah ingin meninjau perkara-perkara yang Allah kurniakan wilayah kepada hamba-hambanya.

1. Wilayah Salbiah / negatif (Kewalian dan kepimpinan yang mesti ditolak)
   “Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu angkat orang-orang kafir menjadi wali, bukan orang-orang mu’min ”
(Surah An-Nisa’ 44)
2. Wilayah Ijabiah / positif  (Kewalian yang mesti dipegang)
a) Wilayah Ijabiah Umum
“Orang-orang yang beriman laki-laki dan orang-orang yang beriman perempuan, setengahnya menjadi wali bagi yang lain. Mereka menyuruh dengan ma’aruf dan melarang daripada yang munkar”
(At-Taubah 71)
b) Wilayah Ijabiah khusus yang merangkumi:
   1. Wala’ Mahabbah / kecintaan kepada kerabat Nabi s.a.w.
“Katakanlah: aku tiada meminta upah (gaji) kepadamu atas seruan ini, kecuali berkasih-sayang dalam kerabatku”.
(As-Syura 23)

  2. Wala’ Imamah (sebagai Marja’/pakar rujuk  Agama)
     “Sesungguhnya pada Rasul Allah (Muhammad) ada ikutan yang baik bagimu”
      (Al-Ahzab 21)

 3. Wala’Za’amah/ pemerintahan
   “Ikutlah Allah dan ikutlah Rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kamu”.
   (An-Nisa’ 59)
   “Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin, dari diri mereka sendiri”
    (Al-Ahzab 6)

 4. Wala’ Takwiniyah (Kekuasaan dan kewalian keatas alam tabiat).

MAHDAWIYYAH (Kajian tentang konsep penyelamat akhir zaman)
Statistik hadis-hadis Ahlu Sunnah dan Syiah tentang Imam Mahdi a.s.

675 hadis-berita gembira tentang kezuhuran Imam Mahdi.
389 hadis-Bahawa Imam Mahdi adalah dari Ahlul Bait Nabi s.a.w.
214 hadis-Imam Mahdi adalah dari keturunan Ali bin Abi Talib a.s.
192 hadis-Imam Mahdi adalah dari keturunan Fatimah (Puteri Nabi )a.s.
148 hadis-Imam Mahdi adalah dari keturunan Hussein a.s(cucu Nabi s.a.w.)
185 hadis-Imam Mahdi adalah keturunan Zainal Abidin(cicit nabi)a.s.
146 hadis-Imam Mahdi adalah Putera Imam Hasan Al-Askari a.s.
132 hadis-Imam Mahdi akan memenuhkan muka bumi dengan keadilan.
 91 hadis-Imam Mahdi mempunyai zaman keghaiban yang panjang.
318 hadis-Imam Mahdi mempunyai umur yang panjang.
136 hadis-Imam Mahdi adalah Imam ke dua belas dari imam-imam Ahlul Bait.
(Kitab Ilahiyyat Ayatullah Uzma Ja’afar Subhani)

    Ramai para ulama’ Ahlu Sunnah yang mengatakan bahawa riwayat-riwayat tentang zuhurnya Imam Mahdi adalah Mutawatir termasuk: 
[1] Ibnu Hajar Asqalani didalam kitab”Fathul Bari”
[2] As-Shaukani didalam kitab “At-Taudih Fi Tawatur ma jaa fil muntazar''.
[3] Al-Ganji As Syafii didalam kitab “AlBayan Fi Akhbar Sahibizzaman”.

Perbezaan Sunnah dan Syiah tentang Imam Mahdi a.s.
Kebanyakan ulama Sunnah percaya bahawa Imam Mahdi a.s belum lagi lahir tetapi Syiah mengatakan bahawa Imam Mahdi telah lahir pada tahun 255H dan beliau adalah anak kepada Imam Hassan Al Askari yang mana sebahagian ulama Ahlussunnah seperti AsySya’rani, Nuruddin Al-Jami, Ibnu Arabi, Sibt Ibnu Jauzi, Ibnu Sabbagh Al-Maliki, Al Ganji AsySyafii dan lain-lain adalah bersependapat dengan Syiah sepertimana Kamaluddin Al-Qurashy AsShafii berkata..”kelahiran beliau adalah di Samerra dan adapun ayah beliau ialah Al-Hasan..”

Petua: Untuk meringankan tekanan terhadap Mukminin di seluruh pelusuk dunia amalkan membaca doa”Ilahi Azumal Bala Wa Barihal Khafa’…”dan bagi mempercepatkan kezuhuran, menghilangkan kerisauan, kejayaan dan pembaikan keadaan Mukminin bacalah”Allahummak Shif Hazihil ghummah an Hazihil Ummah bi zuhurihi”
 
(soal jawab dengan Ayt Uzma Behjat)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: