Pesan Rahbar

Home » , , , , , , » Malaikat: Adam a.s Afdhal atau Muhammad s.a.w?

Malaikat: Adam a.s Afdhal atau Muhammad s.a.w?

Written By Unknown on Wednesday, 15 October 2014 | 17:49:00


Setelah ditiup ruh kepada Adam a.s para malaikat diperintahkan untuk bersujud kepada beliau dan ketika ruh ditiup ke dalam tubuh nabi Muhammad s.a.w para malaikat menyangka bahawa mereka pasti akan diperintahkan untuk bersujud  kepada beliau tetapi setelah zahirnya nur kewujudan baginda di persada alam ini sangkaan itu ternyata meleset kerana tidak datang perintah sedemikian .Allah taala untuk menghilangkan keraguan dari para malaikat  apakah Adam a.s lebih afdhal dari nabi Muhammad s.a.w maka Allah sendiri bersolawat keatas Muhammad s.a.w  lalu memerintahkan para malaikat dan mukminin untuk bersolawat keatas baginda s.a.w sehingga zahirlah sekiranya disana para malaikat diperintahkan  untuk bersujud disini Allah taala sendiri,para malaikat dan mukminin bersolawat keatas Muhammad s.a.w dan jika disana para malaikat diperintahkan untuk bersujud hanya sekali disini Khalik (Maha Pencipta) dan makhluk(sekalian yang dicipta) tidak putus-putus bersolawat keatas baginda s.a.w sehingga hari kiamat.

Makna Solawat /Solat
Solat bermakna doa dan sembahyang dipanggil Solat kerana ianya mengandungi doa.
Dua perkara dipanggil Solat.Pertama ,Solawat (yang juga plural bagi Solat) yang bermakna memohon ditinggikan darjat atau bertambahnya taqarrub kepada Allah dan keduanya ialah ibadah khas yang mempunyai pergerakan ,doa dan zikir-zikir dimana keseluruhan anggota tubuh badan dan bahagian-bahagian sepenuhnya tenggelam di dalam tawajjuh dan perhatian kepada Tuhan.
 
Manakala Doa bermakna ajakan dan panggilan.Doanya manusia bermakna manusia menzahirkan kerendahan dan keperluan di hadapan Tuhan yang Maha Kaya.
Doanya Tuhan bermakna ajakan kepada diri-Nya melalui agama dan utusanNya (Doa  Tashri’iy) manakala doanya Tuhan secara Takwini(ciptaan) bermakna Tuhan itu mencipta sesuatu.
(Yauma yad’ukum ) yakni yauma khalaqakum = Dihari Tuhan menciptakan kamu semua.(Rujukan:Syarah solawat Ayt Muhammad Taqi Muqaddam dan kuliah Hojjatul Islam Abidi).
 
Marilah kita berdoa dengan doa hari Isnin ini ,dengan keberkatan dua cucunda nabi,para penghulu pemuda syurga Al-Hasan dan Al-Husein a.s:
‘’Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah yang tidak mempertontonkan kepada seorangpun ketika menciptakan langit dan bumi dan tidak memerlukan bantuan ketika menciptakan makhluk,tiada sekutu baginya dalam keTuhanan dan tak tertandingi dalam keEsaan.Lidah siapapun kelu untuk menyifatiNya.Setiap akal apapun tak mampu menguak hakikatNya.Para angkuh tunduk di hadapan keagunganNya.Wajah-wajah tunduk kerana takut kepadaNya.Semua yang agung menjadi kerdil di hadapan kebesaranNya. Maka segala puji bagi Mu selamanya dan solawat serta salamMu sentiasa tercurahkan atas RasulMu.
     ‘’Ya Allah ,jadikanlah detik pertama hariku ini sebagai kebaikan,pertengahannya sebagai kemenangan dan penghujungnya sebagai kejayaan….”
       Amin Ya Rabbal Alamin..
 
Nota:Allah Taala di dalam ayat solawat(Al-Ahzab :56)telah berfirman yang Allah sendiri bersolawat keatas Nabi s.a.w maka itu solawat kita keatas nabi yakni berakhlak dengan akhlak ilahi.(Takhallaqu bi Akhlaqillah)

Allahumma Salli Ala Muhammadin Wa Aali Muhammad.
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: