Pesan Rahbar

Home » , , , , » Memperingati Imam Jawad(as)-Debat Bersama Yahya bin Aktham

Memperingati Imam Jawad(as)-Debat Bersama Yahya bin Aktham

Written By Unknown on Tuesday, 17 March 2015 | 04:42:00

Bagian dari seri Dua Belas Imam
Imam Muhammad al-Jawad
A depiction by a Muslim artist.
penggambaran fiksi
Muhammad bin Ali bin Musa
Imam Kesembilan
Kunyah Abu Ja'far
Lahir 10 Rajab 195 H
12 April 811 Masehi
Meninggal 29 Zulkaidah 220 H
27 November 835 Masehi
Tempat lahir Madinah
Dikuburkan Kazimain
Masa hidup Sebelum Imamah: 7 tahun
(??? - ??? H)
Imamah: 17 tahun
(??? - ??? H)
Gelar at-Taqi (Arab:)
al-Jawad (Arab: Dermawan)
Dokuzuncu Ali (Turki: Ali kesembilan)
Ayah Ali ar-Ridha
Ibu Khaizuran
Keturunan Ali al-Hadi (penerus)
Ali · Hasan · Husain
as-Sajjad · al-Baqir · ash-Shadiq
al-Kadzim · ar-Ridha · al-Jawad
al-Hadi · al-Asykari · al-Mahdi

Imam Jawad (as) tatkala mencapai makam Imamah di usia kurang dari 10 tahun, penaruh benci dan dendam berkhayal bahawa mereka dapat menggugat keimamahan beliau dengan sebuah dialog ilmiyah. Kemungkinan mudah sekali cendiakawan dan ilmuan mengemukakan soalan yang tak mampu dijawab oleh seorang anak kecil.

Tatkala Makmun ‘Abbasi memindahkan pusat pemerintahannya dari Tus ke Baghdad, baginda mengutus surat undangan kepada Imam Jawad (as) ke Baghdad. Seperti biasa ia merupakan undangan paksaan seperti mana undangan ke atas Imam Ridha (as) ke Tus.

Sebaik sahaja Imam Jawad (as) masuk ke kota Baghdad, Makmun mengusulkan puterinya Ummul Fadl untuk dikahwini Imam Jawad, namun Imam Jawad hanya berdiam diri ketika berdepan dengan baginda. Maka Makmun mengertilah diamnya beliau adalah tanda setuju lantas baginda menitahkan persiapan perkahwinan itu.

Pesta perkahwinan itu mengejutkan kelompok bani Abbasiyah. Dengan suara protes mereka berkata kepada Makmun, “Acara apakah ini? Ali bin Musa baru saja meninggalkan dunia dan kekhalifahan telah disandang oleh Bani Abbasiyah. Sekali lagi anda ingin kembalikan kekhalifahan kepada keluarga Ali? Ketahuilah kami tidak mahu semua ini terjadi, apakah dikau lupa perseteruan kita selama beberapa tahun ini?
Makmun bertanya, “Apa pandanganmu?”.
Mereka berkata, “Anak kecil ini masih mentah dan tidak punya pengetahuan dan ilmu bermanfaat”.
Makmun berkata, “Kalian tidak tahu, baik kecil atau besar, mereka punya ilmu dan  pengetahuan yang luas dan jikalau bicaraku ini tidak kalian terima, ujilah ia. Bawakan cendiakawan yang kalian akui untuk berbahas dengannya. Kebenaran kata-kataku pasti terungkap”.

Kelompok Abbasi memilih Yahya bin Aktham, seorang yang masyhur dengan ilmu yang luas. Makmun juga telah mengatur majlis dialog untuk mengadili keilmuan Imam Jawad (as) sekitar Islam dan Syiah. Jikalau Aktham menang dalam dialog ini maka ilmu para imam dianggap batil.

Majlis pun bermula dan Yahya berdepan dengan Makmun dan berkata, “Bolehkah saya bertanya kepada anak muda ini?”.

Makmun menjawab, “Mintalah kebenaran daripadanya”.
Yahya lantas meminta kebenaran dari Imam Jawad (as) dan Imam menjawab, “Tanyalah apa yang anda inginkan”.

Soalan Yahya bin Aktham kepada Imam Jawad:
Yahya bertanya, “Tentang seseorang yang berihram sambil memburu haiwan, apakah pendapatmu?”. (Salah satu amalan yang haram ketika berihram ialah memburu bintang)
Imam Jawad menjawab, “Apakah individu ini dalam Hel (keluar dari batasan haram) atau dalam keadaan haram? Alim atau Jahil tentang pengharaman memburu ketika ihram? sengaja atau tidak sengaja? merdeka atau hamba? apakah ini kali pertama atau tidak? buruannya itu unggas atau bukan? haiwan shaghir atau kabir? dengan pekerjaan ini apakah ia menyesal atau tidak? di waktu malam atau siang ia berburu? dalam ihram umrah atau ihram haji?
Dengan semua cabang yang telah diterangkan oleh Imam Jawad, Yahya bin Aktham kehairanan dan wajahnya kelihatan tidak berupaya berdepan dengan Imam seterusnya lidahnya menjadi kelu.
Situasi ini menyebabkan Makmun berkata kepada kaum kerabatnya, “Apakah kalian telah ketahui apa yang kalian tidak terima?”.
Setelah dialog itu berlangsung, orang ramai bubar melainkan sanak saudara khalifah. Makmun berkata kepada Imam Jawad dan berkata, “Tuan hamba, alangkah baiknya dikau terangkan setiap cabang (furu’) tentang membunuh haiwan perburuan ketika ihram sehingga kami dapat manfaat daripadanya”.

Imam Jawad mengatakan, “Jikalau seseorang itu memburu dalam keadaan Hil (luar batasan haram) dan buruannya itu berupa unggas besar, kafarahnya seekor kambing.
Jikalau ia membunuh dalam batasan haram, kafarahnya adalah dua kali ganda.
Jikalau ayam atau burung yang dibunuh di luar haram, kafarahnya ialah seekor biri-biri yang baru diperah susunya.
Jikalau ayam itu dibunuh di dalam haram, hendaklah ia membayar harga biri-biri dan ayam tersebut.
Jikalau haiwan liar yang diburunya seperti kuda belang, maka kafarahnya ialah seekor lembu.
Jikalau burung unta, maka kafarahnya ialah seekor unta.
Jikalau kijang, kafarahnya ialah seekor kambing.
Jikalau salah satu daripada ini yang dibunuhnya di dalam haram, maka kafarahnya dua kali ganda.
Jikalau seseorang itu melakukannya dalam keadaan ihram, maka satu korban wajib ke atasnya. Jikalau dalam keadaan ihram haji, satu korban di mina hendaklah disembelihnya.
Jikalau dalam keadaan umrah hendaklah ia melaksanakan korban di Makkah.
Hukum kafarah memburu samada alim atau jahil adalah sama; namun jikalau sengaja maka ia telah melakukan dosa, namun jikalau tidak sengaja maka ia tidaklah berdosa.
Kafarah memburu buat seseorang yang merdeka adalah tanggungjawabnya sendiri, dan kafarah buat hamba sahaya dipikul oleh tuannya.
Haiwan Shaghir tidak perlu kafarah, namun kabir adalah wajib.
Azab di akhirat diangkat buat mereka yang menyesal. Namun mereka yang tidak menyesal akan dihukum.

Makmun berkata, “Bagus wahai Aba Jafar! Tuhan membalas kebaikan buatmu! Sekarang tanyalah kepada Yahya seperti mana ia telah bertanya kepadamu”.
Ketika ini Imam Jawad bertanya, “Bolehkah saya bertanya?”.
Yahya mengatakan, “Iya, saya akan menjawabnya jika mampu, kalau tidak saya pun akan mengambil manfaat daripada anda”.

Kata beliau, “Perempuan bagaimanakah ia menjadi yang halal dan haram?”.
“Katakan kepadaku tentang seorang lelaki yang haram melihat seorang perempuan ketika pagi, oleh kerana hari sudah siang ia menjadi halal, ketika waktu zuhur ia menjadi haram, ketika waktu asar ia menjadi halal, ketika matahari tenggelam ia menjadi haram, ketika waktu isya’ ia menjadi halal, ketika pertengahan malam ia menjadi haram dan ketika fajar menyinsing ia menjadi halal?
Yahya berkata, “Tidak, demi tuhan saya tidak mampu menjawab soalan ini, saya tidak tahu bagaimana seorang perempuan itu sebentar menjadi halal dan sebentar haram, jikalau jawapannya baik terangkanlah kepada kami”.

Imam berkata, “Perempuan ini adalah seorang hamba, di pagi hari, seorang lelaki asing melihat padanya. Maka ia adalah haram. Oleh kerana hari sudah siang, lelaki itu telah membeli ia dari tuannya dan perempuan itu menjadi halal buatnya. Oleh kerana hari sudah zuhur lelaki itu memerdekakannya maka perempuan itu menjadi haram kepadanya. Menjelang asar lelaki itu menikahinya dan ia menjadi halal. Ketika maghrib lelaki itu menziharkan isterinya, maka ia menjadi haram. Ketika Isya lelaki itu membayar kafarah Zihar lantas ia menjadi halal semula. Sehingga pertengahan malam lelaki itu menceraikannya maka ia menjadi haram. Ketika fajar menyinsing ia merujuk maka ia menjadi halal kembali.

Setelah itu kebenaran mazhab Ahlul Bait menjadi terang kepada mereka. Ini disebabkan para Imam dapat menjawab pelbagai soalan secara spontan tanpa memerlukan guru dan tidak ada ahli sejarah yang menulis mereka telah belajar sekian lama dengan seseorang.
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: