Pesan Rahbar

Home » » Mazhab, Apakah Itu Mazhab? Berikut Penjelasannya

Mazhab, Apakah Itu Mazhab? Berikut Penjelasannya

Written By Unknown on Thursday 19 November 2015 | 21:45:00


Pada pertengahan bulan Ramadhan yang lalu, terbuka kembali perkara yang bagi saya adalah aib besar untuk umat Islam di Malaysia, “AIB MAZHAB”. Kepelbagaian kaum di Malaysia menunjukkan kepelbagaian agama juga, jadi untuk menjaga kemuliaan dan keharmonian Islam pada pandangan penganut agama lain seharusnya ditekankan tapi dibuka pula cerita lama yang membuatkan Islam dilihat sebagai agama yang terpecah.

Mazhab adalah satu jalan yang dikumpulkan seseorang melalui pemikiran dan penelitiannya. Dalam mazhab2 Islam pula, apa yang difikir dan ditelitikan? Yang ditelitikan adalah sumber dan difikirkan pula bila sumber itu samar2, hal yang sama tapi sumbernya melebihi dari satu juga saling bertentangan pula, dan status kebenaran sumber itu termasuk juga beberapa hal lagi yang perlukan pemikiran agar jalan itu tidak menjadi jalan yang diragukan. Sumbernya pula dari Allah SWT melalui pesuruhNya Muhammad SAW.


“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah:3).

Ayat ini menunjukkan jaminan kesempurnaan dari Allah SWT tentang Islam, jadi kenapa pula ia terbahagi kepada mazhab2? Kalau setakat pengetahuan saya yang masih cetek ilmu ni, apa boleh saya katakan melalui penelitian dan pemikiran saya pula, Islam itu kurang terpelihara setelah wafatnya Rasulullah SAW tercinta. Ada yang berusaha memelihara cuma kelihatan seperti kurang sambutan dari umat Islam masa itu. Dalam masa lebih kurang 140 sahaja dalam satu hal/bab sudah bermacam pandangan/jalan. Ini kerana penentuan sahih keatas ajaran PesuruhNya adalah ditentukan oleh hanya orang biasa. Maka sahih itu melalui pandangan seseorang kepada seseorang yang lain. Adakah itu sahih yang kuat? Wallahualam.

Mungkin sesetengah golongan tidak dapat menerima pandangan saya kerana bagi mereka masa masa itu adalah masa terbaik Islam. Kalau itu masa terbaik Islam maka dalam pandangan saya itu lebih teruk lagi kerana 140 tahun masa terbaik, dan seperti sekelip mata timbul mazhab2 seperti tumbuh cendawan. Untuk terjadinya perbedaan pendapat mazhab2 ini menandakan tidak ada sumber yang tunggal melainkan sumber itu sumber yang banyak yang memerlukan penelitian dan pemikiran untuk menentukan yang mana yang sahih.

Bukankah sebelum datangnya mazhab2 ini, umat Islam tetap juga perlu solat, puasa dan lain2? Jadi disini jelas yang perbezaan itu terjadi setelah wafatnya Nabi SAW kerana sumber2 pemikir mazhab ini terjalur dari umat Islam dalam masa 140 tahun itu juga. Jawapan kepada asal sumber akan mereka katakan dari Nabi SAW, tapi persoalannya, sumber itu akan ada “boleh”, “tidak”, “4 kali”, “5 kali” dan macam2 percanggahan walau dalam bab yang sama. Punca kepada terbahaginya mazhab2 ini adalah semua percanggahan ini dikatakan sahih mengikut penelitian mereka masing2. Mazhab A mengatakan sahih untuk “boleh”, mazhab B pula mengatakan “tidak” itu yang sahih. Tentunya tidak ada umat Islam yang mengharap perkara ini terjadi, tetapi itulah hakikatnya, ia telah pun terjadi. Jadi tiap umat Islam itu berperanan pula menggunakan akal menentukan yang mana jalan mereka patut ikuti. Bagi saya tidak ada sedikit salah pun untuk umat Islam menentukan jalan mereka sendiri yang maksudnya gunalah pendapat2 tiap pemikir Islam yang difikirkan betul sumbernya bagi mereka.

Masalah umat Islam sekarang adalah membataskan pandangan mazhab mereka tanpa peduli mazhab yang lain. Sehinggakan apabila lebih bersetuju dengan mazhab lain pun masih tetap juga mengikut pandangan mazhabnya. Sebenarnya hal ini terjadi mengikut perjalanan zaman membabitkan penguasa, ahli agama, dan umat Islam itu sendiri. Jika tiada ketaksuban dalam mazhab, mungkin perkara ini tidak terjadi. Fanatik yang melampaui batas melahirkan pula generasi yang takut untuk meragui, melainkan menerima sahaja secara taklid buta. Dan zaman2 kebelakangan ini pula nampaknya penguasa membataskan ilmu dan pengajaran mazhab2 ini terbatas untuk mazhab yang diamalkan dalam kerajaan itu sahaja. Jadi apa yang diajar maka itulah yang diamal. Dengan berkembangnya teknologilah yang membuatkan sesiapa yang mahu meluaskan ilmu mereka lebih mudah pembelajarannya. Sesuatu era baru dalam proses pengembangan ilmu.

Sangat memalukan bila ada lagi yang berteriak mencemuh mazhab lain dan bermegah megah dengan mazhabnya. Walaupun ilmu saya tidaklah setinggi gunung, seluas lautan, tetapi saya sendiri akan hilang hormat pada guru2 agama, pemikir Islam yang bermegah megah dengan mazhab. Nabi SAW tidak mengenal pun mazhab2 ini. Rasulullah SAW hanya membawa Islam, seyakin mana pun anda dengan mazhab anda, letaklah Islam yang paling utama. Itu yang sepatutnya, hasilnya semua orang akan bercakap mengatasnamakan Islam, bukan mengatasnamakan mazhab. Walaupun tidak jelas kelihatan tetapi kesan negatifnya tetap ada, fanatik mazhab akan lebih membangkang walau untuk perkara yang benar dikatakan. Lebih 1400 tahun perkara ini terjadi, lebih 1400 tahun juga umat Islam kebanyakannya seperti katak dibawah tempurung.

Kita bersyahadah yang sama, kita solat juga 5 waktu, kita sama2 berpuasa di bulan Ramadhan,kita sama2 membayar zakat2, menunaikan haji ditanah suci yang sama. Kita sama2 beribadat pada Allah SWT, kita sama2 hanya hambaNya. Itu semua persamaan dalam kehidupan umat Islam, mengapa sesama umat Islam hendak dijadikan permusuhan? Hanya kerana yakin kita yang benar dan orang lain kita anggap salah, dimana datangnya halal alasan ini untuk kita jadikan permusuhan? Lain cerita kalau ada malaikat yang turun mengatakan kita yang paling benar. Saya ulang semula, terjadinya mazhab ini kerana Islam setelah wafatnya Rasulullah mengembang dengan pelbagai sumber yang sebahagiannya bercanggah. Jangan meletakkan tanggungjawab sebagai seorang Muslim kepada Imam Malik atau Imam Syafie. Semua kita diberi akal, adakah mahu disalahkan ijtihad Imam Syafie jika ijtihad Imam Malik yang benar? Semua umat islam akan melalui pengadilannya sendiri, bukan Imam Syafie yang akan menanggung dosa jika mengikut ijtihadnya yang salah.

Sebagai contoh, walaupun saya tidak bersetuju dengan Wahabi dalam banyak hal tidak bermakna saya menganggap mereka sudah terkeluar agama. Kerap saya mendengar orang berteriak mencemuh Wahabi sebagai mazhab sesat yang mengorbankan umat Islam lain hanya kerana banyak pengganas itu berfahaman Wahabi. Ini cara mengadili yang sangat bodoh bagi saya. Adakah semua Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu perlu dikatakan penzina hanya kerana Ariel Peterpan berzina? Adakah semua Syiah itu pencela Sahabat hanya kerana sebahagian Syiah itu melampaui batas dalam mengkritik Sahabat? Bukankah tiap ajaran itu mengatakan membunuh Muslim itu berdosa besar? Berzina itu juga dosa besar? Ada lebih baik untuk sama2 mempelajari ajaran orang lain juga jika ia bercanggah dengan ajaran kita agar kita tidak terlepas kepada dosa percuma. Mungkin penjelasan mereka boleh diterima atau anda mampu memberi penjelasan yang lebih baik. Itu lebih afdal dari menyerang secara membuta tuli sahaja.

Sebagai pendidik seharusnya ketegasan dalam memberi ajaran sangat2lah perlu diutamakan kerana jika ajaran itu terlalu lembut maka yang menerimanya juga boleh jadi akan terlalu lembut/lemah dalam mengamalkannya. Sebelum keluar bekerja seperti selalunya saya akan menonton tv yang menyiarkan satu rancangan seperti kuliah harian. Sangat berguna untuk menambah ilmu pengetahuan kerana banyak hadis2, ayat2 Al Quran yang digunakan dalam rancangan itu, cuma suatu hari agak mengecewakan bila si ustaz hendak membuka topik menutup aurat, beliau meminta maaf pula terlebih dahulu pada penonton, dan ianya dilakukan berkali kali seolah olah suatu kesalahan pula untuk menegur orang yang tidak menutup aurat. Memang ia akan menyinggung orang yang tidak menutup aurat tetapi tidak perlulah sampai meminta maaf, sebaiknya diingatkan balasan Allah SWT untuk orang yang ingkar pada hukumnya kerana ketakutan akan balasannya adalah modal terbaik membawa umat Islam kembali pada jalan Allah.

Sama juga halnya dengan bab pengkafiran, perlu ditegaskan hukum mengatakan muslim lain sebagai kafir itu berkemungkinan kafir itu kembali padanya. Bukan senang hendak jatuh kafir melainkan ia terang2 mengaku telah keluar dari Islam, jangan kerana seseorang itu tidak menjawab Amin dalam solat sudah dijatuh hukum kafir, jangan kerana mengatakan sifat 20 itu bercampur falsafah yunani sudah dijatuh hukum kafir. Perlu diminta penjelasan terlebih dahulu kerana tidak pokok bergoyang kalau tidak ada angin. Siapakah yang hendak suka suka hati hendak menokok nambah sesuatu atau mengurang sesuatu tanpa alasan? Seperti yang saya katakan sebelumnya, beri penjelasan anda jika anda yakin anda benar. Dan jika tidak ada perubahan, maka biarkan saja begitu kerana alasan mereka mungkin dirasakan lebih kuat dari alasan anda.

Tidak salah kalau hendak promosi mazhab tetapi janganlah sampai saling menghina kerana kebenaran boleh jadi hanya Allah SWT yang tahu. Jika sabar itu separuh dari Iman maka sabar itulah tali ukur sebesar mana Iman kita. Mudah menghina dan mencela menunjukkan sedikit sabar dan juga sedikit Iman. Jika dari seorang pendidik maka seeloknya perbaiki diri dahulu sebelum mula mendidik, takutnya anak didik pula menjadi umat yang sedikit Iman. Dan dalam jangka masa yang panjang akan lahir pula generasi yang sedikit Iman dan boleh jadi ianya sudah pun berlaku. Wallahualam.Pada pertengahan bulan Ramadhan yang lalu, terbuka kembali perkara yang bagi saya adalah aib besar untuk umat Islam di Malaysia, “AIB MAZHAB”.

Kepelbagaian kaum di Malaysia menunjukkan kepelbagaian agama juga, jadi untuk menjaga kemuliaan dan keharmonian Islam pada pandangan penganut agama lain seharusnya ditekankan tapi dibuka pula cerita lama yang membuatkan Islam dilihat sebagai agama yang terpecah.

Mazhab adalah satu jalan yang dikumpulkan seseorang melalui pemikiran dan penelitiannya. Dalam mazhab2 Islam pula, apa yang difikir dan ditelitikan? Yang ditelitikan adalah sumber dan difikirkan pula bila sumber itu samar2, hal yang sama tapi sumbernya melebihi dari satu juga saling bertentangan pula, dan status kebenaran sumber itu termasuk juga beberapa hal lagi yang perlukan pemikiran agar jalan itu tidak menjadi jalan yang diragukan. Sumbernya pula dari Allah SWT melalui pesuruhNya Muhammad SAW.


“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah:3).

Ayat ini menunjukkan jaminan kesempurnaan dari Allah SWT tentang Islam, jadi kenapa pula ia terbahagi kepada mazhab2? Kalau setakat pengetahuan saya yang masih cetek ilmu ni, apa boleh saya katakan melalui penelitian dan pemikiran saya pula, Islam itu kurang terpelihara setelah wafatnya Rasulullah SAW tercinta. Ada yang berusaha memelihara cuma kelihatan seperti kurang sambutan dari umat Islam masa itu. Dalam masa lebih kurang 140 sahaja dalam satu hal/bab sudah bermacam pandangan/jalan. Ini kerana penentuan sahih keatas ajaran PesuruhNya adalah ditentukan oleh hanya orang biasa. Maka sahih itu melalui pandangan seseorang kepada seseorang yang lain. Adakah itu sahih yang kuat? Wallahualam.

Mungkin sesetengah golongan tidak dapat menerima pandangan saya kerana bagi mereka masa masa itu adalah masa terbaik Islam. Kalau itu masa terbaik Islam maka dalam pandangan saya itu lebih teruk lagi kerana 140 tahun masa terbaik, dan seperti sekelip mata timbul mazhab2 seperti tumbuh cendawan. Untuk terjadinya perbedaan pendapat mazhab2 ini menandakan tidak ada sumber yang tunggal melainkan sumber itu sumber yang banyak yang memerlukan penelitian dan pemikiran untuk menentukan yang mana yang sahih.

Bukankah sebelum datangnya mazhab2 ini, umat Islam tetap juga perlu solat, puasa dan lain2? Jadi disini jelas yang perbezaan itu terjadi setelah wafatnya Nabi SAW kerana sumber2 pemikir mazhab ini terjalur dari umat Islam dalam masa 140 tahun itu juga. Jawapan kepada asal sumber akan mereka katakan dari Nabi SAW, tapi persoalannya, sumber itu akan ada “boleh”, “tidak”, “4 kali”, “5 kali” dan macam2 percanggahan walau dalam bab yang sama. Punca kepada terbahaginya mazhab2 ini adalah semua percanggahan ini dikatakan sahih mengikut penelitian mereka masing2. Mazhab A mengatakan sahih untuk “boleh”, mazhab B pula mengatakan “tidak” itu yang sahih. Tentunya tidak ada umat Islam yang mengharap perkara ini terjadi, tetapi itulah hakikatnya, ia telah pun terjadi. Jadi tiap umat Islam itu berperanan pula menggunakan akal menentukan yang mana jalan mereka patut ikuti. Bagi saya tidak ada sedikit salah pun untuk umat Islam menentukan jalan mereka sendiri yang maksudnya gunalah pendapat2 tiap pemikir Islam yang difikirkan betul sumbernya bagi mereka.

Masalah umat Islam sekarang adalah membataskan pandangan mazhab mereka tanpa peduli mazhab yang lain. Sehinggakan apabila lebih bersetuju dengan mazhab lain pun masih tetap juga mengikut pandangan mazhabnya. Sebenarnya hal ini terjadi mengikut perjalanan zaman membabitkan penguasa, ahli agama, dan umat Islam itu sendiri. Jika tiada ketaksuban dalam mazhab, mungkin perkara ini tidak terjadi. Fanatik yang melampaui batas melahirkan pula generasi yang takut untuk meragui, melainkan menerima sahaja secara taklid buta. Dan zaman2 kebelakangan ini pula nampaknya penguasa membataskan ilmu dan pengajaran mazhab2 ini terbatas untuk mazhab yang diamalkan dalam kerajaan itu sahaja. Jadi apa yang diajar maka itulah yang diamal. Dengan berkembangnya teknologilah yang membuatkan sesiapa yang mahu meluaskan ilmu mereka lebih mudah pembelajarannya. Sesuatu era baru dalam proses pengembangan ilmu.

Sangat memalukan bila ada lagi yang berteriak mencemuh mazhab lain dan bermegah megah dengan mazhabnya. Walaupun ilmu saya tidaklah setinggi gunung, seluas lautan, tetapi saya sendiri akan hilang hormat pada guru2 agama, pemikir Islam yang bermegah megah dengan mazhab. Nabi SAW tidak mengenal pun mazhab2 ini. Rasulullah SAW hanya membawa Islam, seyakin mana pun anda dengan mazhab anda, letaklah Islam yang paling utama. Itu yang sepatutnya, hasilnya semua orang akan bercakap mengatasnamakan Islam, bukan mengatasnamakan mazhab. Walaupun tidak jelas kelihatan tetapi kesan negatifnya tetap ada, fanatik mazhab akan lebih membangkang walau untuk perkara yang benar dikatakan. Lebih 1400 tahun perkara ini terjadi, lebih 1400 tahun juga umat Islam kebanyakannya seperti katak dibawah tempurung.

Kita bersyahadah yang sama, kita solat juga 5 waktu, kita sama2 berpuasa di bulan Ramadhan,kita sama2 membayar zakat2, menunaikan haji ditanah suci yang sama. Kita sama2 beribadat pada Allah SWT, kita sama2 hanya hambaNya. Itu semua persamaan dalam kehidupan umat Islam, mengapa sesama umat Islam hendak dijadikan permusuhan? Hanya kerana yakin kita yang benar dan orang lain kita anggap salah, dimana datangnya halal alasan ini untuk kita jadikan permusuhan? Lain cerita kalau ada malaikat yang turun mengatakan kita yang paling benar. Saya ulang semula, terjadinya mazhab ini kerana Islam setelah wafatnya Rasulullah mengembang dengan pelbagai sumber yang sebahagiannya bercanggah. Jangan meletakkan tanggungjawab sebagai seorang Muslim kepada Imam Malik atau Imam Syafie. Semua kita diberi akal, adakah mahu disalahkan ijtihad Imam Syafie jika ijtihad Imam Malik yang benar? Semua umat islam akan melalui pengadilannya sendiri, bukan Imam Syafie yang akan menanggung dosa jika mengikut ijtihadnya yang salah.

Sebagai contoh, walaupun saya tidak bersetuju dengan Wahabi dalam banyak hal tidak bermakna saya menganggap mereka sudah terkeluar agama. Kerap saya mendengar orang berteriak mencemuh Wahabi sebagai mazhab sesat yang mengorbankan umat Islam lain hanya kerana banyak pengganas itu berfahaman Wahabi. Ini cara mengadili yang sangat bodoh bagi saya. Adakah semua Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu perlu dikatakan penzina hanya kerana Ariel Peterpan berzina? Adakah semua Syiah itu pencela Sahabat hanya kerana sebahagian Syiah itu melampaui batas dalam mengkritik Sahabat? Bukankah tiap ajaran itu mengatakan membunuh Muslim itu berdosa besar? Berzina itu juga dosa besar? Ada lebih baik untuk sama2 mempelajari ajaran orang lain juga jika ia bercanggah dengan ajaran kita agar kita tidak terlepas kepada dosa percuma. Mungkin penjelasan mereka boleh diterima atau anda mampu memberi penjelasan yang lebih baik. Itu lebih afdal dari menyerang secara membuta tuli sahaja.

Sebagai pendidik seharusnya ketegasan dalam memberi ajaran sangat2lah perlu diutamakan kerana jika ajaran itu terlalu lembut maka yang menerimanya juga boleh jadi akan terlalu lembut/lemah dalam mengamalkannya. Sebelum keluar bekerja seperti selalunya saya akan menonton tv yang menyiarkan satu rancangan seperti kuliah harian. Sangat berguna untuk menambah ilmu pengetahuan kerana banyak hadis2, ayat2 Al Quran yang digunakan dalam rancangan itu, cuma suatu hari agak mengecewakan bila si ustaz hendak membuka topik menutup aurat, beliau meminta maaf pula terlebih dahulu pada penonton, dan ianya dilakukan berkali kali seolah olah suatu kesalahan pula untuk menegur orang yang tidak menutup aurat. Memang ia akan menyinggung orang yang tidak menutup aurat tetapi tidak perlulah sampai meminta maaf, sebaiknya diingatkan balasan Allah SWT untuk orang yang ingkar pada hukumnya kerana ketakutan akan balasannya adalah modal terbaik membawa umat Islam kembali pada jalan Allah.

Sama juga halnya dengan bab pengkafiran, perlu ditegaskan hukum mengatakan muslim lain sebagai kafir itu berkemungkinan kafir itu kembali padanya. Bukan senang hendak jatuh kafir melainkan ia terang2 mengaku telah keluar dari Islam, jangan kerana seseorang itu tidak menjawab Amin dalam solat sudah dijatuh hukum kafir, jangan kerana mengatakan sifat 20 itu bercampur falsafah yunani sudah dijatuh hukum kafir. Perlu diminta penjelasan terlebih dahulu kerana tidak pokok bergoyang kalau tidak ada angin. Siapakah yang hendak suka suka hati hendak menokok nambah sesuatu atau mengurang sesuatu tanpa alasan? Seperti yang saya katakan sebelumnya, beri penjelasan anda jika anda yakin anda benar. Dan jika tidak ada perubahan, maka biarkan saja begitu kerana alasan mereka mungkin dirasakan lebih kuat dari alasan anda.

Tidak salah kalau hendak promosi mazhab tetapi janganlah sampai saling menghina kerana kebenaran boleh jadi hanya Allah SWT yang tahu. Jika sabar itu separuh dari Iman maka sabar itulah tali ukur sebesar mana Iman kita. Mudah menghina dan mencela menunjukkan sedikit sabar dan juga sedikit Iman. Jika dari seorang pendidik maka seeloknya perbaiki diri dahulu sebelum mula mendidik, takutnya anak didik pula menjadi umat yang sedikit Iman. Dan dalam jangka masa yang panjang akan lahir pula generasi yang sedikit Iman dan boleh jadi ianya sudah pun berlaku. Wallahualam.

(Emansipasi-Al-kazim/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: