Ayat itu dengan jelas mengatakan, ‘Dan sapu sebahagian kepala’ [setelah basuh muka dan tangan]. Berdasarkan kepada perintah al-Quran, ahli fiqh shia, mengikut Imam mereka, menekankan bahawa kepala itu sendiri yang hendak disapu ketika melakukan wudu. Ahli fiqh Shafii, Maliki dan Hanafi juga bersetuju. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq, Thawri, dan Quza’I telah berkata bahawa menyapu serban adalah dibolehkan. Ini telah disampaikan oleh Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir. Semua manusia yang waras tahu sapu serban dan sapu kepala adalah berbeza.
SHIA SAHAJA YANG DIPERSALAHKAN DIATAS SEGALA PERBEZAAN.
Terdapat perbezaan yang lebih serius diantara ahli fiqh kamu dari empat mazhab. Walaupun kebanyakkan darinya dengan jelas tidak selaras dengan perintah al-Quran, kamu tidak mencari kesalahan yang lain. Setiap mereka boleh berpegang pada pandangan masing-masing.
Kamu tidak mengelar Abu Hanifa dan pengikutnya Hanafi musyirik, apabila mereka membolehkan wudu dilakukan dengan nabiz, tidak juga kamu kutuk perundangan yang diciptakan sendiri yang bertentangan al-Quran. Tetapi kamu membantah shia, yang mengikut keturunan nabi. Bahkan kamu mengelar pengikut keturunan yang paling mulia ini sebagai Rafizi dan musyirik. Kamu telah berulangkali mengatakan pada malam yang lalu amalan shia membuktikan mereka adalah kafir.
Kamu bertanya mengapa kami mendirikan solat seperti muslim lain. Kami mendirikan solat yang sama seperti kamu dan muslim lain lakukan: 2 rakaat subuh, 4 rakaat zuhur, 4 rakaat asar, 3 rakaat maghrib dan 4 rakaat isyak.
Kepada perbezaan pada perkara amalan terdapat dengan banyaknya diantara semua golongan di dalam islam. Sebagai contoh, terdapat perbezaan yang jelas diantara Abu’l-Hasan Ash’ari dan Wasil Bin Ata di dalam asas dan perkara amalan. Juga keempat Imam kamu (Abu Hanifa, Malik, Shafi’i, and Ahmad Hanbal) dan ahli fiqh agung yang lain seperti Hasan, Dawud, Kathir, Abu Sur, Quza’i, Sufyan Thawri, Hasan Basri dan Qasim Bin Salam, dsb mempunyai perbezaan diantara mereka. Dengan cara yang sama, arahan dari Imam yang suci dan ahli bayt berbeza dengan ahli fiqh kamu. Jika penterjemahan ahli fiqh dan perbezaan pendapat boleh dikritik, mengapa kritikkan yang serupa tidak boleh dilakukan kepada mazhab yang berbeza diantara sunni?
MENURUT ULAMA SUNNI SUJUD PADA NAJIS DAN KOTORAN YANG KERING DIBOLEHKAN.
Ramai ulama sunni menerima penterjemahan perundangan yang bertentangan dengan arahan yang jelas dari al-Quran, dan bahkan mereka berikan terjemahan yang lemah pada perundangan yang jelas. Ahli perundangan kami berikan pendapat yang sebaliknya. Kamu masih tidak mengatakan amalan mereka sebagai kafir. Tetapi pada amalan kami pada sujud, kami melaungkan bantahan, dengan mengatakan shia menyembah berhala, sedang kamu abaikan kenyataan ulama kamu bahawa sujud pada najis yang kering dibolehkan.
SUJUD PADA ALAS LANTAI SELAIN DARI BUMI ADALAH MENYALAHI ARAHAN AL-QURAN.
Keputusan dari ahli fiqh shia, mengikuti Imam yang suci, adalah dengan jelas mematuhi arahan al-Quran. Sebagai contoh, ulama kamu menganggap bulu, kapas, sutera dan alas lantai yang lain sama dengan bumi. Tetapi dengan jelas benda itu bukan bumi. Tetapi shia, di dalam mematuhi Imam mereka dari ahli bayt nabi yang berkata, ‘Sujud adalah haram diatas yang lain, selain bumi atau apa-apa yang tumbuh dari bumi dan tidak digunakan untuk makan atau pakai.’ Atas sebab ini kamu katakan mereka kafir. Sebaliknya kamu tidak mengatakan sujud pada najis kering kafir. Dan amat jelas sujud pada bumi [sebagaimana diarahkan oleh Allah] dan sujud pada alas lantai adalah berbeza.
Sheikh: Kamu melakukan sujud pada sekeping tanah yang diambil dari Karbala. Kamu menyimpan tanah kecil itu. Ianya adalah seripa berhala, dan kamu menganggap sujud diatasnya wajib. Yang pastinya amalan yang sedimian adalah bertentangan dengan amalan muslim lainnya.
Shirazi: Telah menjadi tabiat kamu yang kedua mengikuti mereka yang terdahulu dengan secara buta, walaupun ianya tidak sesuai bagi manusia yang adil seperti kamu untuk mengatakan tanah suci dari karbala adalah seperti berhala.
Tuan yang dihormati! Kritikan terhadap mana-mana kepercayaan hendaklah berdasarkan pada pembuktian. Jika kamu merujuk pada buku-buku perundangan agama shia, kamu akan dapat jawapan dari kritikan kamu, dan kamu tidak akan diselewengkan oleh saudara sunni dengan bantahan palsu.
SHIA TIDAK MENGANGGAP SUJUD PADA TANAH KARBALA SEBAGAI WAJIB.
Jika kamu boleh menunjukkan kepada kami satu ulasan hadith atau kenyataan yang menunjukkan sujud pada tanah Karbala adalah wajib, kami kan terima semua kenyataan kamu sebagai betul. Yang sebenarnya, di dalam semua buku amalan agama kami, terdapat petunjuk yang jelas, menurut pada arahan al-Quran, sujud hendaklah dilakukan pada bumi yang bersih. Ini termasuk tanah, batu, pasir, rumput, pastikan ianya bukan mineral. Lebih lagi sujud boleh dilakukan pada benda yang tumbuh dari bumi, melainkan ianya tidak digunakan sebagai makanan atau pakaian.
Sheikh: Jadi mengapa kamu setiasa menyimpan seketul tanah dari Karbala bersama kamu dan melakukan sujud diatasnya pada waktu solat?
SHIA MENYIMPAN SEKEPING TANAH UNTUK SUJUD DIWAKTU SOLAT.
Shirazi: Sujud pada bumi yang bersih adalah wajib. Solat wajib biasanya dilakukan di dalam rumah yang telah dihiasi dengan perabot dan karpet. Walaupun jika karpet dialihkan, simen dibawahnya mengandung bahan galian yang mana sujud diatasnya tidak dibolehkan.
Sheikh: Apa yang kami nampak adalah semua shia mempunyai sekeping tanah dari karbala dan menganggap sujud diatasnya sebagai wajib.
MENGAPA KAMI SUJUD DIATAS TANAH KARBALA.
Shirazi: Adalah benar kami sujud diatas tanah karbala, tetapi kami tidak menganggapnya sebagai wajib. Menurut dari arahan yang terdapat di dalam buku kami, kami menganggap sujud perlu pada bumi yang bersih. Bagaimana pun menurut dari ahli bayt, sujud pada tanah karbala yang suci adalah digalakkan.
Adalah amat sedih sebahagian menusia secara keji mengatakan shia menyembah Husain. Mereka menyokong pandangan mereka dengan mununjukkan bahawa shia sujud pada tanah karbala. Yang sebenarnya kami tidak pernah menyembah Husain, Ali atau Muhammad. Kami menyembah Allah, dan dengan mengikut perintah Allah kami sujud pada bumi yang bersih. Sujud kami bukan untuk Husain. Tetapi mengikut dari arahan Imam yang ma’sum dari keturunan nabi, sujud pada tanah suci karbala mendapat ganjaran yang lebih, tetapi ianya bukanlah wajib.
Sheikh: Bagaimana kamu boleh mengatakan tanah karbala mempunyai kualiti berbeza yang mana ia dapat keutamaan dari tanah yang lain.
CIRI-CIRI TANAH KARBALA.
Shirazi: Pertama, fakta sebenar bahawa lain kawasan mempunyai ciri-ciri tanah yang berlainan. Setiap bahagian bumi mempunyai kualitinya tersendiri yang hanya diketahui oleh pakar tanah. Bukan ahli tidak tahu perkara ini.
Kedua, ciri utama tanah karbala telah diketahui sebelum masa para Imam. Ianya adalah satu objek yang menarik perhatian pada masa hayat nabi, sebagaimana telah dirakamkan di dalam buku sahih ulama kamu.
Di dalam Khasa’isu’l-Kubra, oleh Jalalu’d-din Suyuti, beberapa hadith dari Ummu’l-Mu’minin Ummi Salma, Ummu’l-Mu’minin A’yesha, Ummu’l-Fazl, Ibn Abbas, dan Anas Bin Malik dsb mengenai tanah karbala telah disampaikan oleh ulama danj uga penyampai kamu yang terkenal dan dipercayai, seperti Abu Nu’aim Ispahani, Baihaqi, dan Hakim.
Satu laporan mengatakan: Saya melihat Husain dipangkuan nabi, datuknya, yang mempunyai sekeping tanah merah ditangannya. Nabi sedang mencium tanah itu dan menangis. Saya tanyakan apakah tanah itu. Nabi berkata: Jibril telah memberitahu saya bahawa anak saya, Husain ini akan dibunuh di Iraq. Dia telah bawakan tanah ini padaku dari tempatnya. Saya sedang tangisi penderitaan yang akan ditanggong oleh Husain
Kemudian nabi menyerahkan tanah itu kepada Umme Salma dan berkata kepadanya, ‘Apabila kamu lihat tanah ini bertukar menjadi darah, kamu tahu bahawa Husain saya ini telah dibunuh.’
Umme Salma menyimpan tanah itu di dalam botol dan selalu melihat padanya, sehingga pada hari Ashura, 61 Hijrah, ianya telah bertukar menjadi darah. Maka tahulah dia bahawa Husain bin Ali telah syahid.
Telah dirakamkan oleh ulama kamu dan juga shia bahawa nabi dan para Imam memberikan pandangan yang khusus pada tanah karbala. Setelah syahidnya Imam Husain, Imam Seyyedu’s-Sajidin Zainu’l-Abidin Ali Bin Husain menggambil sebahagiannya, dan mengistiharkan ianya adalah tanah yang suci, dan menyimpannya di dalam bag. Imam yang suci melakukan sujud padanya dam membuat tasbih darinya dan menyebut nama Allah dengannya.
Selepas beliau, semua Imam yang berikutnya menganggap tanah karbala sebagai suci dan membuat tasbih darinya dan sekeping kecil untuk sujud diatasnya. Mereka mempelawa shia untuk sujud padanya, dengan kefahaman bahawa ianya bukanlah wajib, tetapi dengan pandangan untuk mendapat ganjaran yang lebih. Imam yang suci menekankan bahawa sujud kepada Allah hanyalah diatas tanah yang suci, dan lebih digalakkan jika ianya tanah karbala.
Seorang ulama, Abu Ja’far Muhammad Bin Hasan Tusi, mengatakan di dalam Misbahu’l-Mutahajjid bahawa Imam Ja’far as-Sadiq menyimpan sekeping tanah dari pusara Imam Husain di dalam kain kuning yang dibukanya pada wahtu solat dan melakukan sujud diatasnya.
Shia telah sekian lama menyimpan tanah ini bersama mereka. Kemudian ditakuti ianya akan bertaburan telah menjadikannya di dalam kepingan, yang dipanggil kini Mohr. Kami menganggap ianya adalah tanah yang suci, maka waktu solat kami sujud diatasnya tetapi bukanlah sebagai amalan yang wajib. Jika tidak mempunyai tanah yang suci bersama kami, kami sujud diatas tanah yang bersih, atau batu yang bersih. Dengan cara ini amalan yang wajib telah dilaksanakan.
Kami amat terperanjat pada tabiat ulama kamu, yang tidak mencari kesalahan pada keputusan yang dibuat dari empat mazhab perundangan. Iaitu, jika Imam Azam berkata, jika tidak ada air wudu hendaklah dilakukan dengan nabiz, Shafii, Maliki dan Hanbali tidak membantah. Jika Imam Ahmad bin Hanbal percaya Allah dapat dilihat dan dibolehkan untuk menyapu air pada serban diwaktu wudu, ulama dari mazhab yang lain tidak mengkritik dia. Begitu juga mereka tidak mengutuk keputusan perundangan unik yang lain, seperti menyatakan perkahwin kanak-kanak lelaki yang di dalam perjalanan, sujud diatas najis [tahi] yang kering atau benda najis yang lain atau bersetubuh dengan ibu dengan menggunakan sarongan kain.
Tetapi apabila kami katakan bahawa keturunan nabi telah mengatakan sujud pada tanah karbala adalah lebih baik, kamu menjerit mengatakan shia adalah kafir.
UMUR YANG TUA BUKANLAH KRITERIA UNTUK KHALIFA.
Sekarang saya akan menjawab maksud kamu, yang mengatakan umur yang lebih dan ijma. Kamu katakan, kerana umur Abu Bakr berhak pada keutamaan. Walaupun setelah 10 malam saya telah patahkan hujah kamu mengenai ijma dan keutamaan pada umur, kamu masih menimbulkannya lagi seolah-olah ianya tidak pernah diperkatakan. Walau bagaimana saya tidak akan meninggalkannya tanpa dijawab.
ALI DILANTIK UNTUK MENYAMPAIKAN SURAH BARA’A AL-QURAN.
Kamu telah berhujah bahawa Abu Bakr berhak keutamaan kerana umur dan tajam politiknya. Tetapi bagaimana sebahagian manusia boleh berpendirian bahawa untuk tujuan yang mulia dan berkebajikan adalah perlu pada orang yang tua dan tajam politiknya, tetapi Allah dan nabi tidak memahami perkara ini. Untuk menyampaikan 40 ayat pertama dari surah Bara’a kepada manusia, nabi memberhentikan Abu Bakr dan menghantarkan Ali yang muda mengantikan tempatnya.
Nawab: Tuan yang dihormati! Tolong jangan tinggalkan maksud perkara ini dalam keadaan yang kurang jelas. Berilah kami tahu atas sebab apa Abu Bakr ditolak dan Ali dilantik pada tempatnya. Apabila saya tanyakan mereka ini [menunjuk pada para ulama] mengenainya, mereka berikan jawapan yang tidak jelas, dengan mengatakan yang perkata itu tidak mustahak. Harap tolong jelaskan perkara itu.
Shirazi: Ummah muslim, termasuk ulama dan ahli sejarah dari kedua golongan [shia dan sunni] mengesahkan fakta bahawa pada permulaan surah Bara’a diwahyukan, pada mengutuk penyembah berhala, nabi memanggil Abu Bakr dan berikan kepadanya ayat-ayat itu, mengarahkannya untuk membawa ke Makah dan membacanya kepada menusia di Makah semasa musim haji.
Abu Bakr baru sahaja memulakan perjalanan apabila Jibril timbul dan berkata: ‘Nabi Allah! Allah sampaikan kesejahteraanNya kepada kamu dan berkata bahawa perkara berkaitan al-Quran hendaklah disampaikan oleh nabi sendiri atau oleh sesaorang yang darinya.’
Dengan sebab itu, nabi memanggil Ali dan berkata kepadanya: ‘Kejar Abu Bakr dan ambil ayat Bara’a dari dia dan bacakannya kepada penyembah berhala di Makah.’
Ali terus berangkat. Dia bertemu dengan Abu Bakr di Dhu’l-Halifa dan menyampaikan pengkhabaran nabi. Dia mengambil Ayat itu dari Abu Bakr dan ketika sampai di Makah, membacakannya diperhimpunan manusia.
Nawab: Adakah kejadian ini dirakamkan di dalam buku Sahih kami?
Shirazi: Saya baru sahaja katakan bahawa seluruh ummah sebulat suara pada maksud ini. Saya akan berikan sebahagian rujukan supaya apabila kamu memikirkan perkara ini, kamu akan tahu bahawa ini adalah satu kejadian yang sangat bererti.
Berikut ini adalah penulis terkenal yang telah merakamkan perkara ini dalam buku mereka dan secara umum telah mengesahkan kebenarannya.
Bukhari in Sahih, bahagian IV dan V; Abdi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sihahi’s-Sitta, bahagian II; Baihaqi di dalam Sunan, ms 9 dan 224; Tirmidhi di dalam Jam’i, jilid II, ms 135; Abu Dawud di dalam Sunan; Khawarizmi di dalam Manaqib; Shukani di dalam Tafsir, jilid II, ms 319; Ibn Maghazili di dalam Faqih-e-Shafi’i pada Faza’il; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 18; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, ms 147 dan Dhakha’iru’l-Uquba, ms 69; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma, ms 22, Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i (seorang dari para Imam Siha Sitta ) di dalam Khasa’isu’l-Alawi, ms 14 (telah menyampaikan enam hadith bagi tujuan maksud ini ); Ibn Kathir di dalam Ta’rikh-e-Kabir, jilid V, ms 38 dan jilid VII, ms 357; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isanaba, jilid II, ms 509; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid III, ms 208 (di dalam ulasan pada ayat pertama surah Bara’a); Tabari di dalam Jam’u’l-Bayan, jilid X, ms 41, (di dalam ulasan surah Bara’a); Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-bayan; Ibn Kathir di dalam Tafsir, jild II, ms 333; Alusi di dalam Ruha’l-Ma’ani, jilid III, ms 268; yang fanatik, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq, ms.19; Haithami di dalam Majma’u’z-Zawa’id, jilid VII, ms 29; Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ms 125, bab 62 (menyampaikan dari Abi Bakr dan Hafiz Abi Nu’aim dan dari Musnad oleh Hafiz Damishqi sebagaimana disampaikan oleh Abi Nu’aim di dalam cara yang lain); Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid I, ms 3 dan 151, jilid III, ms 283, dan jilid IV, ms 164-165; Hakim di dalam Mustadrak, jilid II, Kitab Maghazi, ms 51 dan di dalam jilid II pada buku yang sama, ms 331; Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-‘Ummal, jilid I, ms 246 sampai 249 dan Faza’il-i-Ali jilid VI, ms 154.
SEBAB PADA PERLANTIKKAN ALI.
Seyyed Abdul-Hayy: Mengapa nabi, yang tindakkannya adalah dari Allah, tidak menberikan kepada Ali dari mula lagi?
Shirazi: Oleh kerana tidak ada sebab pada fakta itu telah dirakamkan, kami tidak tahu. Tetapi pada pendapat saya adalah, petukaran tersebut bertujuan untuk menunjukkan betapa utamanya Ali. Jika umur Abu Bakr dan kebolehannya di dalam politik telah membuktikan keutamaannya, dia tidak akan dipanggil balik dari missi tersebut. Tetapi fakta telah menunjukkan bahawa untuk menyampaikan pengkhabaran nabi adalah kerja nabi atau khalifanya.
IKUT BERSAMA MELAPORKAN DENGAN ABU BAKR.
Seyyed: Menurut dari sebahagian laporan, Abu Huraira berkata bahawa Ali telah diarahkan untuk pergi ke Makah bersama dengan Abu Bakr untu mengajar manusia cara mengerjakan haji. Ali yang akan membacakan ayat Bara’a kepada manusia. Menyampaikan pengkhabaran nabi dengan cara ini menunjukkan mereka dikedudukan yang sama.
Shirazi: Pertama itu adalah laporan palsu yang disampaikan oleh pengikut Abu Bakr. Yang lain tidak ada yang menyampaikannya. Kedua, seluruh ummah bersetuju bahawa Abu Bakr dipanggil balik dan digantikkan dengan Ali. Fakta ini telah disampaikan secara turutan di dalam buku sahih dari kedua golongan.
Pastinya, ijma dari seluruh ummah adalah kita patut bergantung pada yang kerap disampaikan, dan hadith yang sahih. Jika terdapat berlain langsung dari dari hadith yang sahih, kita hendaklah menolaknya. Pandangan ini dipersetujui oleh mereka yang berprinsip dan juga ahli penyampai hadith. Perlantikkan Ali, kepulangan Abu Bakr adalah suatu keadaan yang memilukan, nabi menenteramkannya dan memuaskannya dengan menyatakan itu adalah kehendak Allah – ini semua adalah fakta yang diperakui umum.
BUKTI LAIN YANG MENUNJUKKAN UMUR BUKANLAH KRITERIA UNTUK KHALIFA.
Terdapat satu lagi bukti bahawa hak dan keutamaan tidak punya kaitan pada umur. Hak pada keutamaan didapati dari kebijaksanaan dan wara’. Sesiapa yang utama di dalam pengetahuan dan wara berhak pada keutamaan. Nabi berkata, ‘Semua manusia adalah mati, tetapi manusia belajar adalah yang hidup.’
Dengan sebab itu nabi memberikan Ali tempat pertama diantara para sahabat dan berkata, ‘Ali adalah pintu pengetahuan.’ Dengan itu pintu pengetahuan nabi pastinya jauh melebihi dari yang lain.
Yang pastinya para sahabat nabi yang lain, yang tinggal kekal taat kepadanya adalah semuanya mulia. Kami tidak pernah menafikan kemuliaan para sahabat, tetapi kemuliaan mereka tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan pintu pengetahuan nabi.
NABI MENGHANTAR ALI KE YAMAN.
Ulama kamu telah menulis dengan mendalam mengenai Ali dihantar ke Yaman untuk memberikan petunjuk kepada manusia.
Imam Abdu’r-Rahman Nisa’I telah merakamkan enam hadith mengenai maksud ini di dalam bukunya Khasa’isu’l-Alawi. Juga Abu’l-Qasim Husain Bin Muhammad Raghib Ispahani, di dalam Mahadhiratu’l-Udaba, jilid II, ms 212 dan lainnya, telah mengatakan bahawa apabila nabi menghantar Ali ke Yaman, Ali merayu bahawa dia muda dan merasa keberatan ditempatkan pada kedudukan diatas mereka yang lebih berumur dari suku kaum semua. Nabi menjawab: ‘Pasti Allah akan memandu hati kamu dan memberikan kekuatan pada lidah kamu.’
Jika umur adalah keperluan untuk keutamaan, mengapa nabi dengan terdapat ramainya para sahabat terkemuka yang lebih tua seperti Abu Bakr, telah menghantar Ali ke Yaman untuk memandu manusai disana?
SELEPAS NABI ALI ADALAH PETUNJUK BAGI UMMAH.
Berkata kepada nabi Muhammad, Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Kamu hanyalah yang memberikan peringatan [terdapat] seorang petunjuk bagi setiap manusia.’ [13:7]
Imam Tha’labi, di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan; Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir; Muhammad Bin Yusuf f GanJi Shafi’i, di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dari Ta’rikh-e-Ibn Asakir; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda pada penghujung bab 26 dari Tha’labi, Hamwaini, Hakim, Abu’l-Qasim Haskani, Ibn Sabbagh Maliki, Mir Seyyed Ali Hamdani dan Manaqib oleh Khawarizmi, mengatakan dari pengesahan Ibn Abbas, Amiru’l-Mu’minin dan Abu Buraid Aslami di dalam lain perkataa, telah menyampaikan 11 hadith yang maksud utamanya adalah, apabila ayat yang diatas telah diwahyukan, nabi meletakkan tangannya didada, berkata, ‘Saya adalah yang memberikan peringatan.’ Kemudian meletakkan tangannya pada dada Ali, dia berkata, ‘Selepas saya kamu adalah petunjuk bagi ummah. Mereka yang mendapat pimpinan dari kamu adalah yang terpimpin.’
(ABNS)
Post a Comment
mohon gunakan email