Tajuk : Merdekalah Jiwa Bangsaku!
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Kita di ambang tarikh merdeka.Elok rasanya kita mengenang sejenak sejarah dan perjuangan nenek moyang kita sebagai iktibar untuk semua.Tidak dinafikan lagi teramat perit dan jerih mereka berjuang dalam menuntut kemerdekaan, namun lebih perit lagi bagi kita generasi kini dan mendatang untuk mengisi erti kemerdekaan itu.
Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri, dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan jatuhnya Empayar Melayu.
Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya. Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909 raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun selepas mengambil masa berpuluh tahun. Apakan daya, hanya 25 orang anak melayu yang terpilih dari 100 orang calon untuk menjadi rekrut pertama Askar Melayu.Walaupun pada namanya Askar Melayu, tetapi mereka telah dilatih oleh Pegawai tentera British.
Percubaan pengambilan rekrut askar melayu tahun 1933 telah meyakinkan Pihak British untuk menambahkan lagi bilangan anggotanya lalu mereka telah menubuhkan sebuah Rejimen Askar Melayu yang terdiri daripada 150 orang anggota pada tahun 1935. Diantara mereka yang terawal memasuki Rejimen Askar Melayu ialah Adnan Saidi pada umur 18 tahun, yang kemudiannya dinaikkan pangkat dengan pantas kerana kecemerlangannya kepada pangkat Leftenan. Beliau adalah satu-satunya Askar Melayu yang diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembarisan memberi hormat dalam upacara pertabalan King George VI di London. Ketika di sana, Leftenan Adnan telah dihadiahkan sepasang Uniform Tentera British oleh King George, Raja England yang baru.
Rupa-rupanya 2 batalion askar melayu yang ditubuhkan oleh British hanya untuk dijadikan perisai pertahanan untuk menangkis serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua, itu saja.Ternyata penubuhan Rejimen Askar Melayu yang disyorkan oleh Raja-Raja Melayu, hanya memberi manfaat kepada British bukan sebaliknya.Satu batalion askar melayu ditempatkan di Pantai Cahaya Bulan Kelantan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun dan satu batalion lagi diletakkan di Bukit Candu Singapura. Sayang seribu kali sayang, kita kehilangan seorang perwira melayu tulen seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Beliau mati syahid dalam menentang musuh tanahair di Bukit Candu. Sesetengah orang tua berpendapat mengapa British meletakkan pasukan askar yang diketuai oleh Leftenan Adnan di Bukit Candu adalah kerana mereka tahu pasukan askar melayu itu akan berperang dengan bersungguh-sungguh dengan memperjudikan nyawa mereka demi tanahair mereka dan Bukit Candu adalah merupakan kubu terakhir British di Tanah Melayu.
Tentera British sangat licik dengan menjadikan pasukan askar melayu sebagai benteng manusia, iaitu jika tentera Jepun menyerang Bukit Candu, mereka akan dapat melarikan diri melalui Pasir Panjang dan jika mereka diserang di Pasir panjang, mereka akan meloloskan diri mereka melalui Bukit Candu. Mereka sendiri tidak yakin dengan tentera British, India, Australia ataupun Sikh yang meyertai mereka kerana bumi Melayu bukanlah tanahair mereka untuk dipertahankan sehinggakan terpaksa menggadaikan nyawa. Kalaulah Raja-Raja Melayu telah diberikan kuasa untuk memilih dan membentuk pasukan askar melayu, saya berpendapat Jepun pasti akan dikalahkan dengan mudah. Ambil contoh pertempuran di Pasir Panjang , Askar Melayu dibawah pimpinan Leftenan Adnan telah berjaya mengalahkan tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur , tetapi atas arahan Jeneral A.E Percival, mereka telah diarahkan berpindah dan mempertahankan Bukit Candu. Ia sebenarnya adalah satu muslihat, untuk memudahkan semua tentera British melarikan diri dan mengosongkan markas di Bukit Candu ke Alexandra! Kalau dikira, tidak ada apa-apa pun yang penting di Bukit Candu untuk dipertahankan oleh askar melayu, kalau ada pun hanya ada sebuah Kilang candu milik British di atas bukit tersebut.
Arwah Leftenan Adnan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bersama anggota-anggota askar melayu lain yang berjiwa kental dan berani di Bukit Candu. Mereka berjuang dengan laungan takbir Allahuakbar !. Amat sedih bila mengenangkan pasukan askar melayu yang benar-benar berani itu hanya menjadi benteng untuk British. Bila mereka terkepung dan kehabisan peluru, Leftenan Adnan ditangkap, dipukul dan diikat pada sebatang pokok ceri sebelum ditikam dengan bayonet di perutnya oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Mayat arwah ditikam bertubi-tubi dengan bayonet dan pedang oleh anggota-anggota tentera jepun yang berdendam atas kematian rakan-rakan mereka ditangan pasukan Leftenan Adnan sebelum itu . Akhirnya mayat arwah Leftenan Adnan yang telah hancur robek itu dibakar pula.
Kuasa British dalam mencengkam tanah melayu sekian lama hanya dihancurkan oleh tentera Jepun dalam masa 69 hari saja! Jeneral Yamashita telah mengotakan janjinya sehari lebih awal setelah berjanji dihadapan Maharaja Jepun untuk menakluk Tanah Melayu dalam masa 70 hari!
Apa rahsia kejayaan tentera Jepun? Anda semua sudah maklum….jawapannya ialah : semangat juang Kamikaze tentera Jepun … Kesungguhan dan perjuangan jihad Leftenan Adnan dan pasukannya di Bukit candu juga tidak kurang hebatnya. Tentera melayu sebenarnya masih belum diuji dalam ertikata sebenar berperang, berdepan di medan juang.
Sejarah yang lalu banyak mencatatkan bahawa kekalahan biasanya akibat ditipu oleh musuh.
Bukannya kita sudah lupa bagaimana beraninya tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh untuk menghapuskan seluruh cina komunis di bumi Johor setelah Cina Komunis beberapa kali melanggar perjanjian damai melayu-cina .Lupakah kita bagaimana cina komunis yang diketuai oleh Ah Seng membunuh pegawai daerah Batu Pahat iaitu Ismail dan selepas itu membunuh pula Qadi daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Abdullah kerana marah Qadi itu tidak melarang orang melayu islam berkumpul dan sembahyang berjemaah di Masjid seperti yang pihak komunis mahukan. Setelah mengetahui akan kemarahan Kiyai Salleh dan tindakan yang akan diambil , mereka sangat gerun terutamanya yang tinggal di Batu Pahat dan Muar, malah ada cina komunis yang lari masuk ke hutan semula. Kiyai Salleh digelar “malaikat maut” dikalangan komunis!.
Nasib baik ada Dato Onn yang ketika itu menyandang jawatan Pegawai Daerah yang baru menghalang niat Kiyai Salleh untuk menyerang cina komunis di Batu Pahat. Kata-kata Dato Onn telah melembutkan hati Kiyai Salleh berbunyi : “ Wahai Salleh, aku diamanahkan oleh Sultan Johor (Sultan Ibrahim) untuk mewujudkan perdamaian di Batu Pahat.Sekiranya kamu tidak mahu mendengar cakap aku sebagai pegawai daerah di sini, maka bunuh saja aku.Aku rela korbankan nyawa aku , kemudian kamu buatlah apa-apa sahaja yang kamu suka”.
Sepatutnya orang cina komunis perlu berterima kasih banyak kepada Dato Onn dalam hal ini kerana jika tidak, sudah pasti seluruh bangsa cina-komunis akan dihapuskan di bumi Johor, atau mungkin ia akan merebak ke seluruh tanahair kerana ketika itu pun perjuangan jihad Kiyai Salleh telah mendapat sokongan yang padu dari orang-orang melayu terutamanya di Batu Pahat dan Muar.
Sejarah bercerita kepada kita, pejuang dan pendekar sufi melayu tidak pernah kalah berjuang dari dulu hingga sekarang… Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman , Dol Said , Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Siamang Gagap dan ramai lagi pejuang disebut PENDERHAKA oleh penjajah untuk membelenggu jiwa anak cucu mereka.Oleh itu sehingga kini jiwa kita masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar.
Bila diteliti sejarah rupanya Moyang Leftenan Adnan yang bernama Alang adalah berasal dari Pagar Ruyung , menetap di Naning dan pernah berjuang menentang penjajah bersama Dol Said. Dalam perang Naning Pertama orang melayu menang keatas tentera British setelah dibantu oleh orang-orang Rembau dan Seri Menanti. Namun dalam perang Naning kedua pada tahun berikutnya, tentera British dapat mengalahkan orang melayu Naning kerana mereka berjaya memujuk dan memperdaya orang-orang Rembau dan Seri Menanti untuk tidak membantu Naning.Dol Said ditipu lalu menyerah kepada British. Setelah dijanjikan pangkat Penghulu dan diberi pengampunan.
Alang tidak bersetuju untuk menyerah diri kepada British lalu mengambil kesempatan untuk melarikan diri bersama isterinya dari Gunung Pasir ke Kampung Repah.Anak mereka bernama Mukmin adalah ayah kepada Kahar. Kahar inilah pahlawan melayu yang digelar Datuk Siamang Gagap. Dialah pahlawan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus.Dalam perang ini mereka kalah kerana Inggeris telah dibantu oleh pasukan Datuk Kelana Sungai Ujung yang ramai. Datuk Siamang Gagap masih tidak mahu menyerah kalah lalu berpindah ke Kampung Juaseh dalam daerah Jempol. Dari daerah itu seorang anaknya berpindah dan mudik ke Sungai Beranang lalu menetap di Sungai Ramal dan menyembunyikan identiti dan asal usul mereka kerana tidak mahu diburu oleh Inggeris. Dia adalah ayah kepada Saidi, datuk kepada Leftenan Adnan.
Cerita bangsat tentera Jepun bukan tamat setelah berjaya membunuh Leftenan Adnan, mereka pergi pula ke kampung Sungai Ramal untuk menangkap bapa Leftenan Adnan, iaitu Pak Saidi. Jeneral Yamashita begitu berdendam dengan Leftenan Adnan kerana dikatakan adik kandungnya maut dirodok dengan bayonet oleh Leftenan Adnan.Walaupun Pak Saidi tahu tentera Jepun datang untuk menangkapnya dan orang-orang kampung sudah puas memujuknya untuk bersembunyi atau melarikan diri, namun darah pejuang yang mendidih ditubuhnya tidak mengizinkan cucu kepada Datuk Siamang Gagap itu untuk berganjak atau berundur walaupun setapak. Malah dia telah bersedia menanti kedatangan tentera Jepun dengan hanya berbekalkan sebilah keris pusaka. 5 orang tentera Jepun maut dibaham kerisnya, manakala 15 orang tentera Jepun cedera parah. Oleh kerana bilangan tentera Jepun yang lengkap bersenjata terlalu ramai, Pak Saidi akhirnya tewas jua oleh peluru tembakan tentera Jepun.
Itulah lembaran cerita pilu sebuah keluarga dan keturunan pejuang tulen.Pak Saidi gugur sebagai pejuang setelah 2 orang anaknya iaitu Adnan dan Ahmad yang juga seorang tentera gugur terkorban. Sempena menyambut Hari Kemerdekaan , saya berseru dan mengajak semua orang melayu yang beragama islam, agar dapat bersatu padu dan berkasih sayang semula. Hentikanlah permusuhan sesama kita.Marilah kita merdekakan jiwa kita dan kita bina semula Empayar Melayu Islam. Hayatilah lagu “Setanggi Kasih” ini untuk mengisi jiwa merdeka! Padamkan permusuhan, hindari kejahatan dengan satu kebaikan, agar bangsa melayu kita bangkit kembali mebina sebuah empayar melayu islam yang terkemuka!
MARI KITA NYALAKAN,
SETANGGI KASIH YANG MEWANGI...
DI SELURUH SEMESTA,
PADA SEPANJANG KEMBARA...
KITA AKAN TEMUI,
BUNGA-BUNGA KEBAIKAN,
HULURKAN SALAM,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN...
HINDARI KEJAHATAN,
DENGAN SATU KEBAIKAN,
AGAR KAU KAN RASAI, ERTI KEMANISAN IMAN,
INI SETANGGI KASIH,
DI PERSADA CINTA TUHAN,
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN...
TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,
PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI PERMUSUHAN,
HADAPI SEGALANYA,
DENGAN KESABARAN...
DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN...
MARI KITA PADAMKAN,
NYALAAN BENCI YANG MEMBAKAR,
DI SEPENUH BUANA,
PADA SELURUH MANUSIA...
KITA AKAN SEDARI,
TITIK-TITIK PERSAMAAN,
TABURKAN DAMAI,
BERSYUKUR KEPADA INSAN...
TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,
PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI KEJAHATAN,

AGAR KAU KAN RASAI,
ERTI KEMANISAN IMAN,