Pesan Rahbar

Home » , , , , , , , » Gadis sokong militan IS dibawa ke mahkamah

Gadis sokong militan IS dibawa ke mahkamah

Written By Unknown on Monday 4 May 2015 | 10:27:00


SEPANG 31 OKT. 2014 - Umi Kalsom Bahar, 25, dituduh mengikut seksyen130J (1) (a) Kanun Keseksaan atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada Kumpulan Negara Islam (IS) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid
 
Advertisement
SEPANG 31 OKT. 2014 - Umi Kalsom Bahar, 25, dituduh mengikut seksyen130J (1) (a) Kanun Keseksaan atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada Kumpulan Negara Islam (IS) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid
 
 
 
UMMI KALSOM BAHAK ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, semalam. – UTUSAN/Nasirruddin Yazid

SEPANG 31 Okt. - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba memberi sokongan serta menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Asia Barat, awal bulan ini.

Ummi Kalsom Bahak, 25, dari Negeri Sembilan didakwa bertindak demikian dengan cuba mening-
galkan negara ini menuju ke Syria untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan, Aqif Huessin Rahaizat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen, Balai Pelepasan klia2 di sini pada kira-kira pukul 5.20 pagi, 5 Oktober lalu ketika cuba menaiki pesawat AirAsia ke Brunei dengan rancangan ke Istanbul, Turki bagi memasuki Syria.

Ummi Kalsom yang bekerja sebagai penolong pegawai kredit didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J akta tersebut.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan pilihan iaitu didakwa mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih setengah daripada hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan harta mereka juga boleh dirampas sekiranya telah diniat untuk melakukan kesalahan itu.

Tiada jaminan dibenarkan kerana tertuduh yang bertudung labuh dan berjubah hitam telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini sebutan semula untuk membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 24 Oktober lalu, tiga lelaki turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sama iaitu memberi sokongan kepada IS dan kes mereka juga akan disebut semula pada 20 November bagi tujuan yang sama.

Sementara itu, menurut pihak polis, sejumlah 14 individu telah dituduh di mahkamah sejak tangkapan pertama pada Februari tahun lalu oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas anggota-anggota yang bertanggungjawab merekrut rakyat negara ini untuk berjihad di Syria.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 individu didakwa mengikut kesalahan berkaitan keganasan di bawah Kanun Keseksaan manakala dua lagi di bawah Akta Senjatapi.
 
Sumber lain:
 
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: