Pesan Rahbar

Home » , , , » Resiko Akidah Anda Jika Mengi’tikadkan Juhud (pengingkaran) terhadap imamah Ali

Resiko Akidah Anda Jika Mengi’tikadkan Juhud (pengingkaran) terhadap imamah Ali

Written By Unknown on Friday, 24 October 2014 | 18:49:00


Salam dan Solawat.
Berikut ialah beberapa tambahan dalil bagi menambah kekuatan bahawa perkataan maula yang disebutkan bukanlah bermaksud sahabat, tetapi pemimpin.

Imam Abu Ishaq at Tsalabi telah mengeluafkan riwayat dengan 2 sanad muktabar dalam menafsirkan Surah al Maarij di dalam kitab beliau, Al Kabir:
Ketika Rasulullah berada di Ghadir Khum, baginda menyeru agar orang ramai berkumpul. Lalu baginda bersabda sambil memegang tangan Ali:
“Barangsiapa yang aku ialah maulanya, maka ini Ali maulanya.” Berita itu kemudiannya tersebar luas ke seluruh pelusuk tanah kaum muslimin. Apabila berita itu sampai ke al Harits ibn an Nu’man al Fihri, beliau dengan segera berangkat berjumpa dengan baginda Nabi, setelah tiba, beliau berkata:
“Wahai Muhammad, kamu telah memerintahkan kami mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu adalah Rasulnya, maka kami menerimanya. Kamu memerintahkan kami menunaikan solat 5 waktu, maka kami menerimanya. Kamu memerintahkan kami mengeluarkan zakat, lantas kamia menerimanya. Kamu memerintahkan kami berpuasa di bulan Ramadhan, maka kami menerimanya. Kamu memerintahkan kami menunaikan haji, maka kami menerimanya. Namun kamu tidak cukup dengan semua itu, hingga kamu mengangkat sepupu mu dan mengutamakannya ke atas kami dengan kata mu, “Barangsiapa yang aku ialah maulanya, maka Ali ialah maulanya. Adakah perkara ini datang dari kamu ataua dari Allah swt?”
Lalu baginda menjawab: “Demi Dia yang tiada Tuhan  selainnya. Sesungguhnya perkara ini adalah benar dari Allah swt.
Mendengar jawapan itu Harits berpaling dan menuju ke kudanya sambil berkata: “Ya Allah, sekiranya apa yang diucapkan oleh Muhammad itu benar, maka datangkanlah kepada kami batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.”
Belumpun sempat beliau sampai ke tunggangan beliau, tiba-tiba sebiji batu datang dari langit tepat ke kepala beliau menembusi keluar ke duburnya. Dengan itu turunlah wahyu dari Allah yang berbunyi:
“Salah seorang (secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik”
Rujukan kisah ini:
1. Nuzm Durar as Simthin, Zarandi al Hanafi.
2. Nurul Absar, Syablanji.
3. Tazkiratul Khawas, Sibt Ibnu Jauzi.
4. Al Fusulul Muhimmah, ibnu Sabbagh al Maliki.
5. Yanabi al Mawaddah, Qunduzi al Hanafi.
6. Sirah al Halabiyah, Burhanuddin al Halabi asy Syafii.
7. Syawahidul Tanzil, Hakim al Huskani.
8. Tafsir al Qurtubi, Tafsir Abi Saud, dan Tafsir al Manar.
9. Syarh Jamius Soghir, Suyuthi.

Lihatlah, ini adalah satu lagi tambahan bukti kepimpinan Imam Ali. Ini dapat kita dasarkan kepada perkataan maula di sini bukanlah bermaksud sahabat,kawan atau apa sahaja omongan kosong wahabi. Dengan konteks sebegini penting yang ditunjukkan, adakah semata-mata kerana Rasulullah(sawa) menerangkan kepada para sahabat kedudukan Imam Ali sebagai sahabat?

Mengapa Harits terlampau marah sehingga perlu berjumpa Rasul, kerana Rasul menyatakan Imam Ali sebagai kawan? Macam la sebelum ini, mereka tidak mengetahui betapa rapatnya mereka berdua, apabila Imam Ali dipersaudarakan dengan baginda, malah Rasul menyatakan hubungan mereka berdua seperti Musa kepada Harun?

Cukup-cukuplah menentang hujah yang haq, jika kamu tidak mahu menerima pun, hormatilah pendapat kami. Ini ialah hujah dari buku kamu, rujukan kamu. Kalau dari rujukan kami, tidak perlu diucapkan lagi.
Saya hairan, apa salahnya kami mengambil panduan syariat dari Ahlulbait(as) ? Mengapa perlu ditentang habis habisan hanya kerana kepercayaan kami ini? Kenapa kamu tidak dapat menerima Ahlulbait(as) sebagai Imam rujukan kamu? Adakah mereka terlampau jahil? Apakah mereka pembuat maksiat? Apakah mereka penjilat punggung kerajaan yang berkuasa sehingga mengeluarkan fatwa mengikut kemahuan para khalifah yang memerntah? Ataupun hanya kerana mereeka menghancurkan segala fantasi yang kalian pegang sebelum ini?

Ini kesimpulan saya dan kata-kata saya..
Agama Islam yang diterjemahkan melalui mazhab Syiah, adalah naluri semulajadi bagi manusia, konsep ketuhanan dalam Islam menarik para manusia yang luar dari agama ini untuk menerima Islam, sementara konsep imamah pula adalah penambah perisa semula jadi bagi melengkapkan Islam ini secukup rasa.
Ia ibarat madu yang menarik lebah, kecantikan yang mengindahkan mata dan panadol yang menghilangkan sakit kepala kerana perbezaan mazhab.
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: