Daftar Isi Nusantara Angkasa News Global

Advertising

Lyngsat Network Intelsat Asia Sat Satbeams

Meluruskan Doa Berbuka Puasa ‘Paling Sahih’

Doa buka puasa apa yang biasanya Anda baca? Jika jawabannya Allâhumma laka shumtu, maka itu sama seperti yang kebanyakan masyarakat baca...

Pesan Rahbar

Showing posts with label hujjah. Show all posts
Showing posts with label hujjah. Show all posts

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah Bagian Kedua

Bab 16

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Mereka Yang Mempunyai Kuasa Dan Merekalah Yang Didengkikan (inna al-Aimmata a.s wullat al-Amri wa hum al-Naas al-Mahsudun) ☼

(95)-1. Al-Husain bin Muhammad bin ‘Amir al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad berkata: Al-Hasan ibn Ali al-Wasya’ telah memberitahuku, daripada Ahmad bin ‘A’idh, daripada ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan uli al-Amri di antara kamu”Maka beliau a.s telah membaca firman Allah “Apakah kamu tidak memperhatikan mereka yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya apa yang disembah selain Allah dan taghut dan mengatakan kepada mereka yang kafir bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari mereka yang beriman”

Mereka telah berkata kepada para imam yang sesat dan penyeru-penyeru kepada neraka: Mereka itu adalah lebih benar jalannya daripada keluarga Muhammad “Mereka itulah orang yang dilaknati Allah. Sesiapa yang dilaknati Allah, nescaya kamu sekali-kali tidak akan memperolehi penolong baginya. Atau adakah bagi mereka bahagian dari kerajaan-Iaitu imamah dan khilafah-Jika ada sekalipun, mereka tidak akan memberi sedikitpun (kebajikan) kepada mansia” Kamilah manusia (al-Naas) yang dimaksudkan oleh Allah. Dan naqir adalah noktah di biji kurma. “Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?” Kamilah manusia yang didengkikan di atas kurniaan imamah bukan makhluk Allah yang lain (nahnu al-Naas al-Mahsudun ‘ala ma ataa-na llahu min al-Imamati duna khalqi llahi ajma‘iin) “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim”

Beliau a.s telah berkata: Dia telah menjadikan daripada mereka para rasul, para nabi dan para imam a.s, maka bagaimana mereka mengakuinya pada keluarga Ibrahim a.s sedangkan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad s.a.w “Maka di antara mereka (yang dengki itu) ada yang beriman kepadanya dan di antara mereka ada yang menghalangi (manusia) dari beriman kepadanya. Dan cukuplah (bagi mereka) Jahanam yang menyala-nyala apinya. Sesungguhnya mereka yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(96)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah “Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?” Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang mereka dengkikan (nahnu al-Mahsudun).

(97)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Muhammad bin Ahwal, daripada Humraan bin A‘yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim” Maka beliau a.s telah berkata: Al-Kitab adalah Kenabian (al-Nubuwwah). Aku telah berkata: Al-Hikmah? Beliau a.s telah berkata: Kefahaman dan hukuman (adil). Aku telah berkata: “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim” Beliau a.s telah berkata: Ketaatan.

(98)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu al-Sabah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?” Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Sabah, kamilah, demi Allah, manusia yang di dengkikan (nahnu al-Naas al-Mahsudun).

(99)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Umar bin Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajali, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim” Beliau a.s telah berkata: Dia telah menjadikan daripada mereka para rasul, para nabi dan para imam a.s, maka bagaimana mereka mengakuinya pada keluarga Ibrahim a.s sedangkan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad s.a.w. Aku telah berkata: “Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar”? Beliau a.s telah berkata: Kerajaan yang besar (al-Mulk al-A‘zim) bahawa Dia telah menjadikan di kalangan mereka para imam; sesiapa yang mentaati mereka, maka sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai mereka, maka beliau telah menderhakai Allah, maka Dia adalah kerajaan yang besar.




Bab 17

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Merekalah Alamat-Alamat Yang Telah Disebutkan Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya (inna al-Aimmata a.s hum al-‘Alamaat al-Lati zakara-ha lluhu a.w fi kitabi-hi)☼

(100)-1. Al-Hasan bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abu Daud al-Mustariqq berkata: Daud al-Jassas telah memberitahu kami berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: “Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk” Beliau a.s telah berkata: Bintang (al-Najm) itu adalah Rasulullah s.a.w dan alamat-alamat itu adalah para imam a.s.

(101)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Asbat bin Salim berkata: Al-Haitham telah bertanya Abu Abdillah a.s dan aku telah berada di sisinya tentang firman Allah a.w “Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk” Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah bintang dan alamat-alamat adalah para imam a.s.

(102)-3. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’ berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w “Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk” Beliau a.s telah berkata: Kamilah alamat-alamat itu dan bintang itu adalah Rasulullah s.a.w.




Bab 18

☼ Sesungguhnya Ayat-Ayat (Tanda-Tanda) Yang Disebut Oleh Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (inna al-Ayat al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s)☼

(103)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mua‘lla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Umayyah bin Ali, daripada Daud al- Raqiy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.s “Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (ayat-ayat) dan para rasul yang memberi peringatan (al-Nuzur) bagi mereka yang tidak beriman” Beliau a.s telah berkata: Al-Ayat adalah para imam dan al-Nuzur adalah para nabi a.s.

(104)-2. Ahmad bin Mihran, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad al-‘Ajali, daripada Yunus bin Ya‘qub secara marfu‘, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Mereka telah mendustakan ayat-ayat kami kesemuanya”Iaitu para wasi kesemuanya.

(105)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair atau selain daripadanya, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya Syiah bertanya anda tentang tafsir ayat ini “Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?” Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepadaku, jika aku mahu, aku memberitahukan mereka dan jika aku tidak mahu, aku tidak memberitahukan mereka, tetapi aku akan memberitahukannya kepada anda tentang tafsirnya. Aku telah berkata: “Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?” Beliau a.s telah berkata: Ayat itu adalah tentang Amir al-Mukminin a.s. Amir al-Mukmin a.s pernah berkata: Tidak ada bagi Allah a. w ayat yang lebih besar daripadaku dan tidak ada bagi Allah berita yang lebih besar daripadaku (ma li-llah ayat hiya akbar min-ni wa la li-llah min naba’in a‘zamu min-ni)




Bab 19

☼ Apa Yang Difardukan Oleh Allah A. W Dan Rasul-Nya S.A.W Ke Atas Makhluk-Nya Adalah Bersama Para Imam A.S (ma fardha llahu a.w wa rasalu-hu s.a.w min al-Kaun ma‘a al-Aimmati a.s)☼

(106)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Ahmad bin ‘Aidh, daripada Ibn Udhainah, daripada Buraid bin Mu‘awiyah al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama mereka yang benar” Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ayat itu dimaksudkan.

(107)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentng firman Allah a.w “Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama mereka yang benar” Beliau a.s telah berkata: Mereka yang benar(al-Sadiqun) adalah para imam a.s dan mereka yang membenarkan mereka (al-Siddiqun) adalah dengan mentaati mereka.

(108)-3. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Hamid, daripada Mansur bin Yunus, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup seperti kehidupan yang menyerupai kehidupan para nabi dan mati seperti kematian yang menyerupai kematian para syahid dan mendiami taman-taman (syurga) yang ditanamkan oleh Yang Maha Pemurah, maka hendaklah beliau mewalikan Ali dan mewalikan walinya dan mengikuti para imam selepasnya, kerana merekalah keluargaku, mereka diciptakan daripada tanahku. Wahai Tuhanku, kurnialah kepada mereka kefahamnku dan ilmuku. Dan celakalah bagi mereka yang menyalahi “mereka” daripada umatku. Wahai Tuhanku, janganlah syafaatku sampai kepada mereka” (man ahabba an yahya hayatan tusybihu hayata al-Anbiya’ wa yamutu maitatan tusybihu maitata al-Syuhadaa’ wa yaskunu al-Jinaan al-Lati gharasa-ha al-Rahman fa-yatawalla ‘Aliyyan wa-l-Yuwali waliyya-hu wa l-Yaqtadi bi-al-Aimmati man ba‘da-hu, fa-inna-hum ‘itrati khuliquu min tinati. Allahumma urzuq-hum fahmi wa ‘ilmi wa wailun lil-Mukhalifin la-hum min ummatii, Allahumma la tanal-hum syafa‘ati).

(109)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam sebuah hadis Kudsi: Penyempurnaan Hujjah-Ku ke atas mereka yang celaka daripada umatmu adalah apabila seorang itu telah meninggalkan wilayah Ali dan mewalikan musuh-musuhnya, mengingkari kelebihannya dan kelebihan para wasinya selepasnya, kerana kelebihanmu adalah kelebihan mereka, ketaatanmu adalah ketaatan mereka, hakmu adalah hak mereka, menderhakaimu adalah menderhakai mereka. Mereka adalah para imam yang memberi petunjuk selepasmu. Rohmu mengalir pada mereka dan roh yang mengalir padamu adalah daripada Tuhanmu.

Mereka adalah keluargamu daripada tanah (tinah) mu, dagingmu dan darahmu. Sesungguhnya Allah telah mengalirkan pada mereka sunnahmu dan sunnah para nabi sebelummu. Mereka itu adalah penyimpan-penyimpan ilmu-Ku selepasmu. Adalah menjadi hak Aku, sesungguhnya Aku telah memilih mereka, menjadikan mereka ikhlas (kepadaKu) dan Aku pula meredai mereka. Berjayalah orang yang mencintai mereka, mewalikan mereka dan menyerahkan diri kepada mereka kerana kelebihan mereka. Sesungguhnya Jibrail a.s telah mendatangiKu dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, pencinta-pencinta mereka dan mereka yang menyerahkan diri mereka kerana kelebihan mereka.

(110)-5. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abu al-Maghra, daripada Muhammad bin Salim, daripada Abban bin Taghlab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup kehidupanku, mati kematianku dan memasuki syurga ‘Aden yang telah ditanam oleh Allah, Tuhanku dengan tangan-Nya, maka hendaklan beliau mewalikan Ali bin Abu Talib, mewalikan walinya, memusuhi musuhnya dan menyerahkan dirinya kepada para wasi selepasnya, kerana mereka adalah keluargaku daripada dagingku dan darahku, Allah telah memberikan kepada mereka kefahamanku dan ilmuku, kepada Allah aku mengadu [urusan] umatku yang mengingkari kelebihan mereka, memutuskan pada mereka perhubunganku. Demi Allah, mereka akan membunuh anak lelakiku, Allah tidak akan membenarkan syafaatku sampai kepada mereka.

(111)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada ‘Abd al-Qahhar, daripada Jabir al-Ja‘fi, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup kehidupanku, mati kematianku, memasuki syurga yang telah dijanjikannya oleh Tuhanku dan berpegang kepada sebatang kayu atau tongkat (al-Qadhib) yang telah ditanam oleh Tuhanku dengan tangan-Nya, maka hendaklah beliau mewalikan Ali bin Abu Talib a.s dan para wasinya selepasnya kerana mereka tidak akan memasukkan kamu kepada pintu kesesatan dan tidak mengeluarkan kamu daripada pintu petunjuk.

Janganlah kamu mengajar mereka, kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu (fa-la tu‘allimuu-hum fa-inna-hum a‘lamu min-kum) dan sesungguhnya aku telah memohon kepada Tuhanku supaya tidak memisahkan mereka daripada Kitab (al-Qur’an) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di Kolam (al-Haudh) seperti ini-beliau telah memasukkan anak-anak jari kedua-dua tangannya-dan membentangkannya di antara San‘a’ dan Ilah. Padanya cawan-cawan daripada emas dan perak seperti bilangan bintang-bintang.

(112)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Hasan bin Ziyad, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya keselesaan, kerehatan, kenikmatan, pertolongan, kejayaan, keberkatan, kemuliaan (al-Karamah), keampunan, kemaafan, kesenangan, kegembiraan, keampunan, berdekatan, kemenangan, kekuasaan, harapan dan kasih sayang adalah daripada Allah a.w bagi orang yang telah mewalikan Ali dan mengikutinya, membersihkan dirinya daripada musuhnya, menyerahkan dirinya kepada para wasi selepasnya, maka berhak ke atasku memasukkan mereka ke dalam syafaatku dan menjadi hak ke atas Tuhanku menyahuti seruanku kepada mereka kerana mereka adalah pengikut-pengikutku, maka sesiapa yang mengikutiku, maka beliau adalah daripadaku”.


Bab 20

☼Sesungguhnya Ahl Al-Zikr Yang Allah Perintahkan MakhlukNya Supaya Bertanya Kepada Mereka Merupakan Para Imam A.S (inna ahl al-Zikr al-Ladhin amara llahu bi-suaali-him hum al-Aimmati a.s)☼

(113)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abdullah bin ‘Ajalan, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui” Rasulullah s.a.w telah bersabda: Al-Zikr adalah aku dan para imam (a.s) adalah ahl al-Zikr. Dan firman-Nya “Sesungguhnya al-Qur’an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab” Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kamilah kaumnya dan kamilah yang dipertanggungjawabkannya [untuk menjawab soalan-soalan kamu].

(114)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada bapa saudaranya Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui”

Beliau a.s telah berkata: Al-Zikr adalah Muhammad s.a.w dan kamilah keluarganya yang dipertanggungjawabkan (nahnu ahlu-hu al-Mas’uluun). Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya “Sesungguhnya al-Qur’an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab” Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ia dimaksudkan, kamilah ahl al-Zikr dan kamilah yang dipertanggungjawabkan [untuk menjawab soalan-soalan kamu].

(115)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’ berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui” Beliau a.s telah berkata: Kamilah ahl al-Zikr dan kamilah yang dipertanggungjawab [untuk menjawab soalan-soalan kamu]. Aku telah berkata: Kamulah yang ditanya dan kamilah orang yang mesti bertanya? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Adakah hak kami bertanya kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya. Aku telah berkata: Adakah hak ke atas kamu menyahuti seruan kami? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Ini terserah kepada kami, jika kami mahu, kami akan melakukannya dan jika kami mahu, kami tidak melakukannya. Tidakkah anda mendengar firman Allah “Inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungjawab”

(116)-4. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada ‘Asim bin Hamid, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya al-Qur’an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab” Maka Rasulullah s.a.w adalah al-Zikr (peringatan) dan Ahl al-Baitnya a.s adalah yang akan dipertanggungjawab dan merekalah ahl al-Zikr.

(117)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad, daripada Ruba‘i, daripada al-Fudhail, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah “Sesungguhnya al-Qur’an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab” Beliau a.s telah berkata: Al-Zikr adalah al-Qur’an, kamilah kaumnya dan kamilah yang akan dipertanggungjawab.

(118)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far a.s, tiba-tiba al-Ward; saudara lelaki al-Kumait telah datang dan berkata: Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, aku telah memilih untuk anda tujuh puluh soalan, tetapi tidak satu pun terlintas di hatiku sekarang. Beliau a.s telah berkata: Tidak satu soalan pun, wahai al-Ward? Beliau telah berkata: Ya, baru sekarang satu soalan terlintas di hatiku. Beliau a.s telah berkata: Apakah dia? Beliau telah berkata: Tentang firman Allah “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui” Siapakah mereka? Beliau a.s telah berkata: Kami. Aku telah berkata: Adakah wajib ke atas kami bertanya kepada kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya. Aku telah berkata: Adakah wajib ke atas kamu menyahuti kami? Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepada kami.

(119)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-‘Alaa’ bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya mereka di sisi kami menyangka bahawa firman Allah “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui” Sesungguhnya mereka itu adalah golongan Yahudi dan Nasrani. Beliau a.s telah berkata: Jikalau begitu, mereka menyeru kamu kepada agama mereka! Beliau a.s telah berkata dengan tangannya ke dadanya-Kamilah ahl al-Zikr dan kamilah al-Mas’uluun (yang bertanggungjawab).

(120)-8. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Apa yang wajib ke atas para imam tidak wajib ke atas Syiah mereka dan apa yang wajib ke atas Syiah kami, tidak wajib ke atas kami, Allah telah memerintahkan mereka supaya bertanya kepada kami. Dia telah berfirman “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui” Maka Dia telah memerintahkan mereka supaya bertanya kepada kami dan tidaklah wajib ke atas kami menjawabnya. Jika kami mahu, kami menjawabnya dan jika kami mahu, kami tahan (tidak menjawabnya).

(121)-9. Ahmad bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr berkata: Aku telah menulis kepada al-Ridha a.s sepucuk surat antara apa yang aku telah menulisnya: Firman Allah a.w ““Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui” Dan firman Allah a.w “Tidak sepatutnya bagi mereka yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya” Sesungguhnya difardukan ke atas mereka bertanya dan tidak difardukan ke atas kamu menjawabnya? Beliau a.s telah berkata: Allah telah berfirman “Jika mereka tidak menjawab kepadamu, ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya”

Bab 21

☼Sesungguhnya Mereka Yang disifatkan Allah Di Dalam Kitab-Nya Dengan Ilmu Adalah Para Imam A.S (inna man wasafa-hu llahu ta‘ala fi kitabi-hi bi al-‘Ilm hum al-Aimmatu a.s)☼

(122)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada ‘Abd al-Mu’min bin al-Qasim al-Ansari, daripada Sa‘d bin Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui? “Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya kamilah orang yang mengetahui dan mereka yang tidak mengetahui adalah musuh kami dan Syiah kami adalah Ulu al-Albab.

(123)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui? “Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Beliau a.s telah berkata: Kamilah orang yang mengetahui sementara musuh kami tidak mengetahui dan Syiah kami adalah Ulu al-Bab.




Bab 22

☼Sesungguhnya Orang Yang Mendalam Ilmunya, Mereka Adalah Para Imam A.s (inna al-Rasikhin fi al-‘Ilm hum al-Aimmahtu a.s)☼

(124)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada al-Ayyub bin al-Hurr dan ‘Umran bin Ali, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah orang yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun) dan kami mengetahui takwilnya.

(125)-2. Ali bin Muhammad, daripada Abdullah bin Ali, daripada Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad, daripada Buraid bin Mu‘awiyah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s tentang firman Allah a.w “Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mendalami ilmunya” Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling mendalam ilmunya. Sesungguhnya Allah telah mengajarnya segala ilmu yang diturunkan kepadanya sama ada merupakan tanzil atau takwil. Allah tidak menurunkan sesuatu sehingga Dia mengajar takwilnya kepadanya. Dan para wasi selepasnya mengetahui semuanya. Adapun mereka yang tidak mengetahui takwilnya apabila seorang alim berkata pada mereka tentang ilmu, maka Allah memberi jawapan kepada mereka di dalam firman-Nya “Mereka telah berkata: Kami beriman kepadanya; semuanya itu dari sisi Tuhan kami” Al-Qur’an adalah khas dan umum, muhkam dan mutasyabih, nasikh dan mansukh. Justeru, orang yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun) mengetahuinya.

(126)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s berkata: Al-Rasikhun fi al-‘Ilm adalah Amir al-Mukminin dan para imam a.s selepasnya.




Bab 23

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Dikurniakan ilmu Dan Ditetapkannya Di Dalam Dada Mereka (inna al-Aimmata a.s qad uutu al-‘Ilma wa- uthbita fi suduri-him)☼

(127)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata tentang firman Allah a.w “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Lalu beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya.

(128)-2. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Mahbub, daripada ‘Abd al-‘Aziz al-‘Abdi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s.

(129)-3. Dan daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Uthman bin Isa, daripada Sammaa‘ah, daripada Abu Basir berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata tentang ayat ini “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu”… Kemudian beliau a.s telah berkata: Adapun kemudian daripada itu, demi Allah, wahai Abu Muhammad, Dia tidak berfirman di antara dua kulit mashaf [mengenai ayat tersebut selain daripada kami]? Aku telah berkata: Siapakah mereka? Aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Siapakah mereka selain daripada kami (para imam a.s)?

(130)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Yazid Sya‘ar, daripada Harun bin Hamzah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata tentang firman-Nya “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s secara khusus.
(131)-5. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s secara khusus.




Bab 24

☼Tentang Hamba-Hamba Yang Telah Dipilih Oleh Allah Dan Mewariskan Mereka Dengan Kitab-Nya, Mereka Adalah para Imam A.S (fi anna man istafa-hu llahu min ‘ibadi-hi wa-auratha-hum kitaba-hu hum al-Aimmatu a.s)☼

(132)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada ‘Abd al-Mu’min, daripada Salim berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan” Beliau a.s telah berkata: Al-Sabiq bi al-Khairat (yang cepat berbuat kebaikan) itu adalah Imam dan al-Muqtasid (yang pertengahan) adalah orang yang mengenali imam a.s dan al-Zalim li-nafsi-hi (yang menzalimi dirinya sendiri) adalah orang yang tidak mengetahui imam a.s.

(133)-2. Al-Husain, daripada Mu‘alla, daripada al-Wasya’, daripada ‘Abd al-Karim, daripada Sulaiman bin Khalid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami” Beliau a.s telah berkata: Apa pendapat kamu mengenainya? Aku telah berkata: Kami telah berpendapat: Sesungguhnya ia adalah untuk keturunan Fatimah a.s? Beliau a.s telah berkata: Ia bukanlah sebagaimana anda katakan, kerana seorang yang telah menunjukkan pedangnya dan menyeru orang ramai kepada penentangan tidak termasuk di dalam ayat ini. Maka aku telah berkata: Apakah pengertian “yang menzalimi dirinya”? Beliau a.s telah berkata: Orang yang duduk di rumahnya tanpa mengetahui hak seorang imam a.s. Dan “yang pertengahan”: Orang yang mengetahui hak seorang imam a.s dan “yang cepat berbuat kebaikan”: Imam a.s.

(134)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan, daripada Ahmad bin ‘Umar berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami” Beliau a.s telah berkata: Anak-anak lelaki Fatimah a.s, “yang cepat kepada kebaikan”: Imam a.s, “yang pertengahan”: Yang mengetahui imam a.s dan “yang menzalimi dirinya”: Yang tidak mengetahui imam a.s.

(135)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Abu Wallad berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah tentang firman Allah a.w “Mereka yang telah Kami berikan al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya” Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.




Bab 25

☼ Sesungguhnya Para Imam Di Dalam Kitab Allah Ada Dua Jenis: Imam Yang Menyeru Kepada Allah Dan Imam Yang Menyeru Kepada Neraka (inna al-Aimmata fi kitabi llahi imamani: Imam yad‘u ila llahi wa imam yad‘u ila al-Naari)☼

(136)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Apabila turunnya ayat “Suatu hari Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya (imamnya)” Mereka yang beragama Islam telah berkata: Wahai Rasulullah, tidakkah anda imam kepada manusia semuanya? Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku adalah Rasulullah kepada semua manusia, tetapi akan ada selepasku para imam ke atas manusia daripada Allah di kalangan keluargaku, mereka akan berada bersama orang ramai, tetapi orang ramai mendustakan mereka. Mereka akan dizalimi oleh para imam kafir lagi sesat serta pengikut-pengikut mereka. Justeru sesiapa yang mengikuti mereka, membenarkan mereka, maka beliau adalah daripadaku dan bersamaku dan beliau akan bertemu denganku. Sesiapa yang menzalimi mereka, mendustakan mereka, maka beliau bukanlah daripadaku dan bersamaku dan aku bersih daripadanya”

(137)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Talhah bin Zaid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya para imam di dalam Kitab Allah ada dua jenis, Allah telah berfirman “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin (imam) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami” Bukan dengan perintah manusia, mereka mendahulukan perintah Allah sebelum perintah mereka, hukum Allah sebelum hukum mereka. Dia telah berfirman “Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka” Mereka mendahulukan perintah mereka sebelum perintah Allah, hukum mereka sebelum hukum Allah. Mereka mengikut hawa nafsu mereka, menyalahi apa yang ada di dalam Kitab Allah a.w.




Bab 26

☼Sesungguhnya Al-Qur’an Memberi Petunjuk Kepada Imam A.S (inna al-Qur’an yahdi li-al-Imam)☼

(138)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w “Bagi setiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa, kaum kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan mereka yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka” Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan para imam a.s, kerana merekalah Allah telah bersumpah setia dengan kamu.

(139)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Ibrahim bin ‘Abd al-Hamid, daripada Musa bin Akil al-Namiri, daripada al-‘Ala’ bin Siyabah, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus” Beliau a.s telah berkata: Ia memberi petunjuk kepada imam a.s.




Bab 27

☼Sesungguhnya Nikmat Yang Telah Disebut Oleh Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Ni‘mata al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi al-Aimmatu a.s)☼

(140)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Husain al-‘Abdi, daripada Sa‘d al-Asqaaf, daripada al-Asbagh bin Nubatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Apakah gerangan kaum yang telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dan berpaling daripada wasinya? Mereka tidak takut bahawa azab akan turun kepada mereka, kemudian beliau a.s telah membaca ayat “Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat (ni‘mat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman”Kemudian beliau a.s telah berkata: Kamilah nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dan dengan kamilah akan berjaya mereka yang berjaya pada hari Kiamat.

(141)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad secara marfu‘ tentang firman Allah a.w “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Adakah kamu mendustakan seorang nabi atau seorang wasi? Ayat ini diturunkan di dalam Surah al-Rahmaan.

(142)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Abu Yusuf al-Bazzaz berkata: Abu Abdillah a.s telah membaca ayat “Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan” Beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah nikmat-nikmat Allah (alaa’ Allah)? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Nikmat Allah yang paling besar ke atas makhluk-Nya adalah wilayah kami”

(143)-4. Al-Husain bin Muhammad, dariapda Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat-nikmat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman” Beliau a.s telah berkata: Ia dimaksudkan dengan Quraisy secara langsung; mereka yang telah memusuhi Rasulullah s.a.w dan melakukan peperangan terhadapnya serta menentang wasiat wasinya.




Bab 28

☼Sesungguhnya Mutawassimiin Yang Disebut Oleh Allah Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Mutawassimiin al-Ladhina zakara-humu llahu fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s)☼

(144)-1. Ahmad bin Mihran, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ibn Abi ‘Umair berkata: Asbat Bayya‘ al-Zutti telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, lalu seorang lelaki bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus” Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang mengetahui tanda-tanda (al-Mutawassimun) dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus.

(145)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Yahya bin Ibrahim berkata: Asbat bin Salim telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba seorang lelaki dari Hit (di Iraq) telah datang dan berkata: Mudah-mudahan Allah membuatkan semua perkara baik untuk anda, apakah pendapat anda tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin) Beliau a.s telah berkata: Kamilah al-Mutawassimun dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus”

(146)-3. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i bin Abdullah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin” Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jagalah diri kamu dari firasat mukmin, kerana beliau melihat dengan cahaya Allah a.w sebagaimana firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda”

(147)-4. Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada ‘Abis bin Hisyam, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. dan “Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus” Beliau a.s telah berkata: Ia tidak akan terkeluar daripada kami selama-lamanya.

(148)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Aslam, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada ‘Umru bin Syamir, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Amir al-Mukmin a.s telah berkata tentang firman-Nya “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda” Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah al-Mutawassim dan aku selepasnya dan para imam daripada zuriatku adalah al-Mutawassimuun.
Dan di dalam manuskrip yang lain daripada Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Aslam daripada Ibrahim bin Ayyub dengan sanad-sanad seumpamanya.




Bab 29

☼Pembentangan Semua Amalan Kepada Nabi S.A.W Dan Para Imam A.S (‘Ardh al-A‘maal ‘ala al-Nabi s.a.w wa-al-Aimmati a.s)☼

(149)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Semua amalan hamba-hamba-Nya akan dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w pada setiap pagi; yang baiknya, yang jahatnya dan berwaspadalah sebagaimana firman Allah “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mukminun akan melihat amalan kamu itu” Dan di sini beliau a.s mendiamkan diri.

(150)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada ‘Abd al-Hamid al-Ta’i, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mukminun akan melihat amalan kamu itu” Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.

(151)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Uthman bin Isa, daripada Sammaa‘ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Kenapakah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w? Seorang lelaki berkata: Bagaimana kami menyakitinya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa amalan-amalan kamu dibentangkan kepadanya, justeru apabila baginda s.a.w melihat padanya maksiat, maka ia akan menyakitinya. Lantaran itu, janganlan kamu menyakiti Rasulullah s.a.w, sebaliknya buatlah baginda s.a.w bergembira (dengan amalan baik kamu)”.

(152)-4. Ali, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada al-Zayyaat, daripada Abdullah bin Abban al-Zayyaat yang diterima baik di sisi al-Ridha a.s telah berkata: Berdoalah kepada Allah untukku dan keluargaku, maka al-Ridha a.s telah berkata: Adakah aku tidak melakukannya? Demi Allah, sesungguhnya amalan-amalan kamu dibentangkan kepadaku pada setiap hari dan malam. Beliau telah berkata: Aku telah membesar-besarkan kata-katanya itu, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Tidakkah anda membaca Kitab Allah a.w “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan mukminun akan melihat amalan kamu itu” Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ini adalah Ali bin Abu Talib a.s [dan para imam a.s yang lain]”.

(153)-5. Ahmad bin Marwan, Daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu Abdillah al-Samity, daripada Yahya bin Musawir, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah menyebut ayat ini “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan mukminun akan melihat amalan kamu itu”. Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ini adalah Ali bin Abu Talib [dan para imam a.s yang lain]”.

(154)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’ berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya semua amalan dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada yang baiknya dan yang jahatnya”.



Bab 30

☼Sesungguhnya Jalan (al-Tariqah) Yang Digalakkan Supaya Tetap Di Atasnya Adalah Wilayah Ali A.S (anna al-Tariqata al-Lati huuththa ‘ala al-Istiqamati ‘alai-ha wilayatu Ali a.s)☼

(155)-1. Ahmad bin Mihran, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Dan sesungguhnya jikalau mereka tetap di atas jalan itu, benar-benar Kami akan memberi kepada mereka minuman air yang banyak” Beliau a.s telah berkata: Iaitu jikalau mereka tetap di atas wilayah Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin dan para wasi daripada anak-anak lelakinya a.s dan mereka menerima ketaatan mereka di dalam suruhan dan larangan mereka, nescaya Kami akan memberi kepada mereka minuman air yang banyak, beliau a.s telah berkata: Nescaya Kami meminumkan hati mereka dengan keimanan. Dan Jalan (al-Tariqah) adalah beriman kepada wilayah Ali dan para wasi selepasnya.

(156)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Husain bin Uthman, daripada Abu Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w. “Sesungguhnya mereka yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka menetapkan pendirian mereka” Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka telah menetapkan pendirian mereka pada para imam, seorang selepas seorang “Maka malaikat akan turun kepada mereka: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”


Bab 31

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Galian Ilmu, Pokok Kenabian Dan Tempat Turunnya Malaikat (inna al-Aimmata ma‘danu al-‘ilmi wa-syajaratu al-Nubuwwah wa-makhtalafu al-Malaikati)☼

(157)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada lebih daripada seorang, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i bin Abdullah, daripada Abu Jarud berkata: Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Kenapa orang ramai cemburu kepada kami? Demi Allah, kamilah pokok kenabian, rumah rahmat, galian ilmu dan tempat turunya para Malaikat”

(158)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, dariapda bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Ismail bin Abu Ziyad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada bapanya a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya kami- Ahlu l-Bait- Adalah pokok kenabian, tempat risalah, tempat turunnya para malaikat, rumah rahmat dan galian ilmu.

(159)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada al-Khasysyab berkata: Sebahagian sahabat kami telah memberitahu kepada kami daripada Khaisyamah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Khaisyamah, kami adalah pokok kenabian, rumah rahmat, kunci hikmah, galian ilmu, tempat risalah, tempat turunnya malaikat, tempat simpan rahsia Allah, kamilah simpanan Allah pada hamba-hamba-Nya, kamilah haram Allah yang lebih besar (nahnu haram Allah al-Akbar), kamilah cagaran Allah (dhimmah Allah), kamilah janji Allah. Sesiapa yang menyumpurnakan janji kami, maka sesungguhnya beliau menyumpurnakan janji Allah. Sesiapa yang mengabaikannya, maka beliau mengabaikan cagaran Allah dan janji-Nya.



Bab 32

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Pewaris Ilmu, Seorang [Imam] Mewarisi Ilmu Daripada Seorang [Imam] Yang lain (anna al-Aimmata a.s warathatu al-‘ilm, yarithu ba‘dhu-hum ba‘dhan al ‘ilma)☼


(160)-1. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Buraid bin Mu‘awiyah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali adalah seorang yang alim dan ilmu boleh diwarisi, tidak mati seorang alim melainkan tempatnya diganti oleh orang yang mengetahui ilmunya atau apa yang dikehendaki Allah.

(161)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Zurarah dan al-Fudhail, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu yang telah turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan dan ilmu diwarisi. Ali a.s adalah orang alim umat ini. Sesungguhnya seorang alim daripada kami tidak mati melainkan seorang daripada keluarganya yang mempunyai ilmu sepertinya menggantikannya atau apa yang dikehendaki Allah.

(162)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Baraqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada ‘Abd al-Hamid al-Ta’i, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu diwarisi (yatawarathu) dan seorang alim tidak akan mati melainkan beliau meninggalkan seorang alim seumpamanya atau apa yang dikehendaki Allah.

(163)-4. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Musa bin Bakr, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Sesungguhnya pada Ali a.s sunnah seribu nabi. Sesungguhnya ilmu yang telah turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan dan tidak mati seorang alim (imam) sehingga hilang ilmunya dan ilmu diwarisi.

(164)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Umar bin Abban berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya ilmu yang telah turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan. Seorang alim tidak akan mati sehingga ilmunya dihilangkan”

(165)-6. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ali bin al-Nu‘man secara marfu‘, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Mereka menghisap lembapan sementara itu mereka meninggalkan sungai yang besar (al-Nahr al-‘Azim). Ada orang berkata kepadanya: Apakah sungai yang besar itu? Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w dan ilmu yang diberi oleh Allah kepadanya. Sesungguhnya Allah a.w telah mengumpulkan untuk Muhammad s.a.w sunnah-sunnah para nabi daripada Adam sehinggalah kepada Muhammad s.a.w. Ada orang bertanya kepadanya: Apakah sunnah-sunnah itu? Beliau a.s telah berkata: Ilmu para nabi kesemuanya (‘ilm al-Nabiyyin bi-asri-hi).
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberikan semuanya kepada Amir al-Mukminin a.s, seorang lelaki telah bertanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, adakah Amir al-Mukminin lebih mengetahui (a‘lam) atau sebahagian nabi? Abu Ja‘far a.s telah berkata: Dengarlah apa yang beliau kata? Sesungguhnya Allah membuka telinga sesiapa yang Dia kehendaki, sesungguhnya aku telah memberitahu kepadanya bahawa sesungguhnya Allah telah mengumpulkan untuk Muhammad s.a.w ilmu para nabi dan sesungguhnya Dia telah mengumpulkan semuanya di sisi Amir al-Mukminin a.s, beliau telah bertanya kepadaku, adakah beliau (Ali a.s) lebih mengetahui atau sebahagian para nabi [lebih mengetahui]”

(166)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Baraqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada ‘Abd al-Hamid al-Ta’i, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu diwarisi, maka seorang alim tidak akan mati sehingga beliau meninggalkan seorang yang mengetahui seumpama ilmunya atau apa yang dikehendaki Allah”

(167)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah berkata: Sesungguhnya ilmu yang turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan dan seorang alim tidak akan mati melainkan beliau telah mewariskan ilmunya. Sesungguhnya bumi tidak akan tinggal tanpa seorang yang alim.




Bab 33

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Telah Mewarisi Ilmu Nabi, Ilmu Semua Nabi Dan Wasi Sebelum Mereka (inna al-Aimmata warithuu ‘ilma al-Nabi, wa-jami‘ al-Anbiyaa’ wa al-Ausiyaa’ al-ladhin min qabli-him)☼

(168)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ‘Abd al-‘Aziz al-Muhtadi, daripada Abdullah bin Jundub bahawa sesungguhnya al-Ridha a.s telah menulis surat kepadanya: Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Muhammad s.a.w adalah penjaga [yang dilantik 0lehNya) pada makhluk-Nya. Apabila baginda s.a.w mati, kamilah pewarisnya. Kamilah penjaga di bumi-Nya. Di sisi kami ilmu tentang kematian, apa yang berlaku kepada orang ramai, ilmu tentang keturunan Arab dan mereka yang lahir di dalam Islam. Sesungguhnya kami mengetahui seseorang apabila kami melihatnya dengan hakikat iman dan hakikat nifak. Sesungguhnya Syiah kami tertulis dengan nama mereka dan nama bapa-bapa mereka. Allah telah mengambil perjanjian ke atas kami dan mereka.

Mereka sampai di tempat yang kami sampai dan mereka memasuki tempat yang kami masuki, tidak ada di dalam agama Islam selain daripada kami dan mereka (laisa ‘ala millat al-Islam ghairu-na wa-ghairu-hum). Kamilah orang cerdik yang selamat, kamilah orang yang pertama menerima para nabi, kamilah anak-anak lelaki para wasi. Kamilah yang dikhususkan di dalam Kitab Allah a.w. Kamilah orang yang paling istimewa (aula al-Nas) dengan Kitab Allah, kamilah orang yang paling istimewa dengan Rasulullah s.a.w.

Kamilah orang yang Allah telah meletakkan agama-Nya untuk kami, maka Dia telah berfirman di dalam Kitab-Nya “Dia telah mensyariatkan bagi kamu (wahai keluarga Muhammad) tentang agama, apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh (sesungguhnya Kami telah wasiatkan apa yang telah diwasiatkan kepada Nuh) dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa (sesungguhnya Dia telah mengajar kami dan menyampaikan kepada kami ilmu mereka dan kami menyimpan ilmu mereka. Kamilah pewaris Ulun al-‘Azmi) iaitu: Tegakkanlah agama (wahai keluarga Muhammad) dan janganlah kamu berpecah belah (Jadilah kamu di atas jemaah). Amat berat bagi mereka yang musyrik (sesiapa yang bersekutu dengan wilayah Ali) apa yang kamu seru mereka kepadanya (tentang wilayah Ali sesungguhnya). Allah menarik kepadaNya orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada orang yang kembali kepada-Nya” (sesiapa yang menyahuti anda tentang wilayah Ali).

(169)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya wasi yang pertama di muka bumi ini adalah Hibatullah bin Adam a.s. Tidak ada seorang nabi yang berlalu (mati) melainkan baginya seorang wasi. Bilangan para nabi adalah 120 ribu orang, lima daripada mereka adalah Ulu al-‘Azmi; Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan Muhammad a.s. Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah Hibatullah (pemberian Allah) kepada Muhammad, beliau a.s telah mewarisi ilmu para wasi dan ilmu mereka sebelumnya. Sesungguhnya Muhammad s.a.w telah mewarisi ilmu para nabi dan rasul sebelumnya.

Tertulis di tiang ‘Arasy: “Hamzah adalah singa Allah dan singa rasul-Nya dan penghulu para syahid”. Dan di hujung Arasy itu pula tertulis: Ali adalah pemimpin Mukminin”. Maka ini adalah Hujjah kami menentang orang yang mengingkari hak kami dan menentang warisan kami. Tidak ada yang menghalang kami dari mengatakan kebenaran apabila keyakinan di hadapan kami. Manakah Hujjah yang lebih kuat daripada ini”!?

(170)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Zar‘ah bin Muhammad, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Sulaiman telah mewarisi Daud, sesungguhnya Muhammad telah mewarisi Sulaiman dan sesungguhnya kami telah mewarisi Muhammad. Sesungguhnya di sisi kami ilmu Taurat, Injil, Zabur dan penjelasan apa yang ada pada Loh-loh (alwaah). Aku telah berkata: Ini juga ilmu. Beliau a.s telah berkata: Ini bukanlah ilmu, sesungguhnya ilmu (kepada kami) itu apa yang berlaku hari selepas hari dan jam selepas jam.

(171)-4. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Syu‘aib al-Haddad, daripada Dhurais al-Kinasi berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s dan di sisinya Abu Basir, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Daud telah mewarisi ilmu para nabi, sesungguhnya Sulaiman telah mewarisi Daud dan sesungguhnya Muhammad s.a.w telah mewarisi Sulaiman. Sesungguhnya kami telah mewarisi Muhammad s.a.w (warath-na Muhammadan). Sesungguhnya di sisi kami mashaf Ibrahim dan loh-loh Musa. Maka Abu Basir telah berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu. Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya ini bukanlah ilmu, sesungguhnya ilmu datang (kepada kami) di waktu malam dan siang, hari ke hari dan jam ke jam”

(172)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Allah a.w tidak memberi sesuatu kepada para nabi melainkan Dia telah memberinya kepada Muhammad s.a.w, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Dia telah memberi kepada Muhammad segala yang telah Dia berikan kepada para nabi. Di sisi kami mashaf-mashaf yang mana Allah a.w telah berfirman: “Mashaf-mashaf Ibrahim dan Musa” Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah dia Alwaah? Beliau a.s telah berkata: Ya.

(173)-6. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya telah kami tulis di dalam Zabur selepas al-Dhikr…” Apakah al-Zabur dan al-Dhikr? Beliau a.s telah berkata: Al-Dhikr adalah [ilmu] di sisi Allah dan al-Zabur [kitab] diturunkan kepada Daud. Setiap kitab yang diturunkan, maka ia di sisi ahli ilmu (‘inda ahl ‘ilmi) dan kamilah mereka (wa nahnu hum).

(174)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abu Zahir atau orang lain, daripada Muhammad bin hammad, daripada saudara lelakinya Ahmad bin Hammad, daripada Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu al-Hasan yang pertama berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beritahulah kepadaku tentang Nabi s.a.w, adakah baginda s.a.w telah mewarisi [ilmu] semua nabi? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Daripada Adam sehingga berakhir kepada dirinya? Beliau a.s telah berkata: Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Muhammad s.a.w lebih mengetahui daripadanya. Aku telah berkata: Sesungguhnya Isa bin Maryam telah menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah. Beliau a.s telah berkata: Anda memang benar dan Sulaiman bin Daud telah memahami percakapan burung dan Rasulullah s.a.w mampu mengatasi semua kedudukan ini.

Beliau telah berkata: Sesungguhnya Sulaiman bin Daud telah berkata kepada hudhud ketika ketiadaannya dan syak pada urusannya, maka beliau telah berkata: “Mengapa aku tidak melihat hudhud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. Ketika ketiadaannya, lantas beliau memarahinya dan berkata: “Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya atau benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang”

Sesungguhnya beliau telah memarahinya, kerana hudhud telah menunjukkannya kepada air. Burung ini telah diberi apa yang tidak diberikan kepada Sulaiman. Angin, semut, manusia, jin dan syaitan-syaitan mematuhinya (Sulaiman), tetapi Sulaiman tidak mengetahui bahawa air ada di bawah udara. Tetapi burung hudhud telah mengetahuinya. Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Kitab-Nya “Sekiranya ada suatu bacaan yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya mereka yang telah mati dapat berbicara”

Sesungguhnya kami telah mewarisi al-Qur’an ini yang mana padanya apa yang dapat menggoncangkan gunung-gunung, melintasi negeri-negeri, menghidupkan mereka yang telah mati, kami mengetahui air di bawah udara. Sesungguhnya di dalam Kitab Allah ayat-ayat yang mana ia tidak dapat “dilaksanakan” melainkan dengan izin Allah. Tetapi Dia telah menjadikannya untuk kami di dalam Umm al-Kitab. Sesungguhnya Dia telah berfirman: “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami” Maka kamilah orang yang telah dipilih oleh Allah a.w dan kami telah mewarisi ini (al-Qur’an) padanya penjelasan kepada setiap perkara”.



Bab 34

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Di Sisi Mereka Semua Kitab Yang Diturunkan Oleh Allah A.W Dan Sesungguhnya Mereka Mengetahuinya Sekalipun Berbeza bahasanya (inna al-Aimmata a.s ‘inda-hum jami‘a al-Kutub al-Lati nazalat min ‘indi llahi a.w wa inna-hum ya‘rifuuna-ha ‘ala ikhtilafi alsinati-ha)☼

(175)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam di dalam riwayatnya tentang Buraih apabila dia datang bersamanya kepada Abu Abdillah a.s, tiba-tiba dia berjumpa dengan Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s, Lalu Hisyam menceritakan kepadanya satu hikayat. Manakala dia selesai, maka Abu al-Hasan a.s telah berkata kepada Buraih: Wahai Buraih, bagaimana keilmuan anda tentang kitab anda? Dia berkata: Aku benar-benar mengetahui tentangnya. Kemudian dia berkata: Bagaimana kepercayaan anda tentang takwilnya?

Dia berkata: Aku yakin dengan ilmuku mengenainya. Hisyam berkata: Abu al-Hasan a.s mulai membaca Injil. Kemudian Buraih berkata: Aku telah mencari anda selama lima puluh tahun atau orang seperti anda. Lalu Buraih telah beriman dan imannya adalah baik dan seorang wanita bersamanya juga telah beriman. Kemudian Hisyam, Buraih dan wanita tadi datang berjumpa dengan Abu Abdillah a.s. Lalu Hisyam menceritakan kepada Abu Abdillah a.s tentang percakapan yang telah berlaku di antara Abu al-Hasan dan Buraih, maka Abu Abdillah a.s membaca firman Allah a.w “Iaitu satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” Buraih berkata: Dari manakah Taurah, Injil dan kitab-kitab para nabi datang kepada anda?

Beliau a.s telah berkata: Kitab-kitab tersebut ada di sisi kami sebagai warisan daripada mereka, kami membacanya sebagaimana mereka membacanya dan kami menerimanya sebagaimana mereka telah menerimanya, sesungguhnya Allah tidak menjadikan seorang Hujjah di bumi-Nya apabila ditanya tentang sesuatu, maka dia akan berkata: Aku tidak mengetahuinya.

(176)-2. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Bakr bin Salih, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Kami telah datang di pintu [rumah] Abu Abdillah a.s dan kami mahu meminta izin daripadanya, tiba-tiba kami telah mendengarnya bercakap dengan bahasa bukan Arab, maka kami menyangka bahawa ia adalah bahasa Syriac. Kemudian beliau a.s telah menangis, lalu kamipun menangis kerana tangisannya. Kemudian seorang budak keluar kepada kami, lalu dia membenarkan kami masuk, maka kamipun masuk berjumpa dengannya.

Aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, kami telah mendatangi anda, kami ingin meminta izin anda, kemudian kami telah mendengar percakapan yang bukan berbahasa Arab, maka kami telah menyangka bahawa ia adalah bahasa Syriac. Kemudian anda telah menangis, lalu kami telah menangis sama kerana tangisan anda, maka beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah mengingati nabi Ilyas, beliau adalah seorang nabi Bani Israel yang amat kuat ibadatnya, maka aku telah berkata sebagaimana beliau telah berkata di dalam sujudnya. Kemudian belia a.s telah membacanya di dalam bahasa Syriac yang baik. Demi Allah, kami belum pernah melihat seorang paderi atau Jaathiliq yang lebih fasih daripadanya. Kemudian beliau a.s telah menerangkannya di dalam bahasa Arab. Beliau a.s telah berkata di dalam sujudnya:

Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
dahaga kerana beribadat kepadaMu
Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
Melumurkan mukaku dengan tanah untuk beribadat
kepadaMu
Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
Menjauhi segala maksiat,
Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
Berjaga malam untukMu

Beliau telah berkata: Allah telah mewahyukan kepadanya: “Supaya mengangkat kepala engkau [dari sujud], sesungguhnya Aku tidak akan mengazab engkau. Beliau telah berkata: Jika Engkau berkata: Aku tidak mengazab engkau, kemudian Engkau mengazab aku bagaimana? Tidakkah aku ini hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku? Maka Allah telah memberi wahyu kepadanya: Angkatlah kepala engkau [dari sujud], sesungguhnya Aku tidak akan mengazabmu, sesungguhnya Aku apabila Aku membuat janji, maka Aku melaksanakannya.



Bab 35

☼Sesungguhnya Tidak Seorangpun Yang Telah Mengumpulkan Al-Qur’an Kesemuanya Melainkan Para Imam A.S. Sesungguhnya Mereka Mengetahui Semua Ilmunya (Inna-hu lam yajma‘ al-Qur’an kulla-hu illa al-Aimmatu a.s wa-anna-hum ya‘lamuun ‘ilma-hu kulla-hu)☼

(177)-1. Muhammad bin Yahya, Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada ‘Umru bin Abu al-Muqdam, daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Tidak ada seorang pun yang telah mendakwa bahawa sesungguhnya beliau telah mengumpulkan semua al-Qur’an sebagaimana diturunkan melainkan dia adalah seorang pendusta (Ma idda‘a ahadun min al-Naas anna-hu jama‘a al-Qur’an kulla-hu kama unzila illa kadhdhab) dan tidak seorang pun yang telah mengumpulkannya dan menghafaznya sebagaimana diturunkan Allah Ta‘aala melainkan Ali bin Abu Talib dan para imam a.s selepasnya (wa ma jama‘a-hu wa hafiza-hu kama nazzala-hu llahu Ta ‘aala illa ‘Ali bin Abi Talib wa al-Aimmatu ba‘da-hu a.s).

(178)-2. Daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Tidak ada seorang pun yang mampu mendakwa bahawa di sisinya semua al-Qur’an zahirnya dan batinnya selain daripada para wasi.

(179)-3. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada al-Qasim bin al-Rabi‘, daripada ‘Ubaid bin Abdullah bin al-Hasyim al-Sairafi, daripada ‘Umru bin Mus‘ab, daripada Salmah bin Muhriz berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Sesungguhnya di antara ilmu yang diberikan kepada kami ialah tafsiran tentang al-Qur’an dan hukum-hukumnya, ilmu perubahan masa dan peristiwa-peristiwanya. Apabila Allah mengehendaki kebaikan kepada satu kaum, maka Dia membuatnya mendengar dan jika Dia membuatnya mendengar kepada orang yang tidak mahu mendengarnya, maka beliau akan menolakkannya, seolah-olah beliau tidak mendengarnya. Kemudian beliau a.s mendiamkan diri seketika, kemudian beliau a.s telah berkata: Jikalau kita mendapati orang yang menerimanya, nescaya kami berkata: Allahlah Yang Menolong.

(180)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdillah al-Mu’min, daripada ‘Abd al-A‘la, maula Ali Syam berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui Kitab Allah daripada awalnya hingga akhirnya seolah-olah ia di tapak tanganku, padanya berita langit dan berita bumi, berita yang telah berlaku dan berita yang akan berlaku, Allah telah berfirman “Penjelasan segala sesuatu”

(181)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abu Zahir, daripada al-Khasysyab, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah membaca Firman-Nya “Berkatalah orang yang mempunyai ilmu dari Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip” Abu Abdillah a.s telah membuka jari tangannya kemudian meletakkannya di dadanya sambil berkata: Dan di sisi kami, demi Allah, ilmu Kitab kesemuanya”.

(182)-6. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada orang yang menyebutnya, semuanya daripada Abu ‘Umair, daripada Udhainah, daripada Buraid bin Mu‘awiyah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antara kamu dan orang yang di sisinya ilmu al-Kitab”? Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ia dimaksudkan. Ali adalah orang yang pertama kami, orang yang paling afdhal kami dan orang yang paling baik kami selepas nabi s.a.w.


Bab 36☼Apa Yang Diberikan Kepada Para Imam A.S Tentang “Nama Allah Yang Maha Besar” (ma u‘tiya al-Aimmatu a.s min ismi llahi al-A‘zam)☼ (183)-1. Muhammad bin Yahya dan selain daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Syurais al-Wabisi telah memberitahuku, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya nama Allah Yang Maha Besar adalah tujuh puluh tiga huruf. Sesungguhnya Asif mempunyai satu huruf sahaja apabila beliau bercakap dengannya, maka bumi telah mengecut di antaranya dan singgahsana Balqis sehingga beliau telah mengmbil singgahsana Balqis dengan tangannya. Kemudian bumi telah kembali kepada keadaan seperti sebelumnya lebih cepat daripada sekelip mata. Kami memiliki tujuh puluh dua huruf daripada nama Allah yang Maha Besar. Dan satu huruf di sisi Allah yang mana Dia menggunakannya untuk mengetahui ilmu ghaib di sisi-Nya. Tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar” (184)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id dan Muhammad bin Khalid, daripada Zakaria bin ‘Iraan al-Qummi, daripada Harun al-Jahmi, daripada seorang lelaki daripada sahabat Abu Abdillah a.s yang mana aku tidak mengingati namanya berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Sesungguhnya Isa bin Maryam a.s diberikan dua huruf yang mana beliau telah menggunakannya. Musa diberikan empat huruf, Ibrahim diberikan lapan huruf, Nuh diberikan lima belas huruf, Adam diberikan dua puluh lima huruf. Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan semuanya kepada Muhammad s.a.w. Sesungguhnya “nama Allah Yang Maha Besar” adalah tujuh puluh tiga huruf, diberikan kepada Muhammad s.a.w adalah tujuh puluh dua huruf dan disembunyikan daripadanya satu huruf. (185)-3. Al-Husain bin Muhammad bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad al-Naufali, daripada Abu al-Hasan Sahib al-‘Askar a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Nama Allah Yang Maha Besar (ismu llahi al-A‘zam) adalah tujuh puluh tiga huruf, Asif telah memiliki satu huruf apabila beliau bercakap dengannya, maka bumi telah berlipat untuknya lebih cepat daripada sekelip mata di antaranya dan Saba’, lantas beliau telah mengambil singgahsana Balqis dan membawanya kepada Sulaiman. Kemudian bumi telah terhampar lebih cepat daripada sekelip mata. Kami mempunyai tujuh puluh dua huruf dan satu huruf di sisi Allah yang mana Dia menggunakannya bagi mengetahui perkara ghaib.


Bab 37☼Tanda-Tanda Para Nabi A.S Dimiliki Oleh Para Imam A.S (ma ‘inda al-Aimmati min ayat al-Anbiyaa’ a.s)☼ (186)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Mani‘ bin al-Hajjaj al-Basri, daripada Mujasyi‘, daripada Mu‘alla, daripada Muhammad bin al-Faidh, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Tongkat Musa adalah milik Adam a.s. Kemudian ia menjadi milik Syu‘aib. Kemudian ia menjadi milik Musa bin ‘Imraan dan sekarang ia adalah milik kami. Sesungguhnya aku mengetahui sekejap tadi bahawa ia berwarna hijau seperti keadaannya ketika dicabut daripada pokoknya. Ia bercakap apabila ia diminta bercakap. Ia disediakan untuk Qaim kami a.s, beliau akan melakukannya sebagaimana dilakukan oleh Musa, ia akan menelannya “Tongkat itu menelan apa yang mereka suapkan” Ia melakukan apa yang diperintahkannya. Apabila berdepan ia menelan apa yang disuapkan kepadanya, membuka dua cabangnya: Satunya di bumi dan satu lagi di langit dan di antara keduanya empat puluh hasta, menelan apa yang disuapkan kepadanya dengan lidahnya. (187)-2. Ahmad bin Idris, daripada ‘Imraan bin Musa, daripada Musa bin Ja‘far al-Baghdadi, daripada Ali bin Asbaat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Alwaah (loh-loh) Musa di sisi kami, kamilah pewaris para nabi. (188)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa‘dan daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Abu Sa‘id al-Khurasani, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Qaim apabila beliau datang ke Makkah dan ingin pergi ke Kufah, maka penyerunya akan berkata: Perhatian, tidak seorang pun dibenarkan membawa makanan dan minuman, sebaliknya beliau membawa batu (Loh) Musa bin ‘Imraan seberat muatan unta. Maka beliau tidak bermalam di sebuah rumah melainkan mata air terpancar daripadanya. Sesiapa yang lapar akan kenyang dan sesiapa yang dahaga akan diberi minuman yang segar, maka itu adalah bekalan mereka sehingga mereka telah sampai di Najaf dari Kufah. (189)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abu al-Hasan al-Asadi, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukmin a.s telah keluar di waktu malam (al-‘Atamah) dan beliau a.s telah berkata: Hamhamah, Hamhamah di waktu malam begitu gelap, lalu seorang imam (al-Mahdi) akan keluar dengan [memakai] baju Adam a.s, di tangannya cincin Sulaiman dan tongkat Musa. (190)-5. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Abu Ismail al-Sarraj, daripada Basyar bin Ja‘far a.s, daripada Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Adakah anda mengetahui apakah baju (qamis) Yusuf a.s ? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Ibrahim apabila dinyalakan api kepadanya, Jibrail a.s mendatanginya dengan kain daripada pakaian syurga, lalu dia memakaikannya dengan pakaian tersebut. Lantaran itu, kepanasan dan kesejukan tidak memudaratkannya. Apabila Ibrahim mati, beliau meletakkannya di dalam azimat dan menggantungkannya pada Ishaq. Kemudian Ishaq telah menggantungkannya pada Ya‘qub. Manakala Yusuf dilahirkan, maka beliau telah menggantungkannya pada lengannya sehingga berlakulah kepadanya apa yang telah berlaku. Apabila Yusuf mengeluarkan azimat itu di Mesir, maka Ya‘qub dapat mencium bauannya dan berkata: “Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal” Maka itulah baju yang mana Allah telah menurunkannya dari syurga. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka untuk siapakah baju itu? Beliau a.s telah berkata: Untuk keluarganya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Setiap nabi telah mewarisi ilmu, kemudian ia (ilmu) berakhir kepada keluarga Muhammad s.a.w.
Bab 38☼Apa Yang Dimiliki Oleh Para Imam A.S Terhadap Senjata Rasulullah S.A.W Dan Barang Miliknya (ma ‘inda al-Aimmati min silaah Rasulillah s.a.w wa-mata‘i-hi) (191)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu‘awyah bin Wahab, daripada Sa‘id al-Sammaan berkata: Aku telah berada bersama-sama Abu Abdillah a.s, tiba-tiba dua orang lelaki bermazhab Zaidiyyah telah datang berjumpa dengannya, maka mereka berdua telah berkata: Adakah pada kamu seorang imam yang wajib ditaati (muftardhu al-Ta‘ati)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka mereka berdua telah berkata kepadanya: Mereka yang dipercayai telah memberitahu kami tentang anda bahawa anda memberi fatwa, mengakui dan berkata mengenainya. Kami boleh menamakan mereka kepada anda, polan dan polan, mereka adalah orang yang warak, ahli ibadah dan mereka daripada golongan yang tidak berbohong. Lantas Abu Abdillah a.s telah menjadi marah dan berkata: Aku tidak merintahkan mereka untuk berkata sedemikian. Manakala mereka berdua melihat kemarahan di mukanya, maka mereka berdua terus keluar. Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Adakah anda mengenali dua lelaki ini? Aku telah berkata: Ya, mereka berdua adalah dari Pasar kita dan mereka berdua bermazhab Zaidiyah, mereka berdua telah menyangka bahawa pedang (saif) Rasulullah s.a.w di sisi Abdullah bin al-Hasan, maka beliau a.s telah berkata: Mereka berdua telah berbohong, Allah melaknati mereka berdua. Demi Allah, Abdullah bin al-Hasan tidak pernah melihatnya dengan kedua-dua matanya, malah beliau tidak melihatnya dengan satu mata pun, begitu juga bapanya tidak pernah melihatnya. Mungkin beliau telah melihatnya di sisi Ali bin al-Husain. Jikalau mereka berdua benar, maka apakah alamat pada pemegangnya? Dan apakah kesannya di hujung mata pedangnya? Sesungguhnya di sisiku pedang Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya di sisiku bendera Rasulullah s.a.w dan baju besinya, bajunya yang tebal dan helmetnya. Jikalau mereka berdua benar, maka apakah alamat pada baju besi Rasulullah s.a.w? Sesungguhnya di sisiku bendera Rasulullah s.a.w yang selalu menang, sesungguhnya di sisiku Alwah (tablets) Musa dan tongkatnya. Sesungguhnya di sisiku cincin (khatam) Sulaiman bin Daud. Sesungguhnya di sisiku tempat mengisi air (al-Tast) yang mana Musa telah menggunakannya untuk menyembelih binatang korbannya. Di sisisku nama yang mana jika Rasulullah s.a.w meletakkannya di antara Muslimin dan Musyrikin, nescaya anak panah tidak akan sampai kepada Muslimin. Sesungguhnya di sisiku adalah seperti yang dibawa oleh para malaikat. Umpama senjata pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Bani Israel pada ahli bait yang didapati tabut di pintu-pintu (rumah] mereka diberikan kenabian (al-Nubuwwah). Sesiapa yang diberikan senjata daripada kami, maka beliau diberikan imamah. Sesungguhnya bapaku telah memakai baju besi Rasulullah s.a.w, maka ia agak besar. Aku telah memakainya dan ia agak besar untukku. Al-Qaim kami apabila beliau memakainya akan sepadan dengannya insya’ Allah. (192)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali bin al-Wasya’, daripada Hammad bin Uthman, daripada ‘Abd al-A‘laa bin A‘yan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Di sisiku senjata Rasulullah s.a.w, tidak seorang pun yang dapat berhujah denganku mengenainya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya senjata tidak dapat ditembusi. Sekiranya ia diletakkan di sisi sejahat-jahat makhluk Allah, nescaya beliau akan menjadi sebaik-baik mereka. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya urusan ini akan terjadi kepada orang yang mana orang ramai akan menyerahkan diri mereka kepadanya apabila Allah kehendaki, maka beliau akan keluar dan berkata kepada orang ramai: Apakah ini terjadi? Dan Allah akan meletakkan tangan (kuasa) untuknyadi atas kepala rakyat-Nya”. (193)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah meninggalkan barang-barang peribadinya yang terdiri daripada pedang, baju besi, tongkat, pelana kuda dan baghal betina yang bernama al-Syahbaa’. Semuanya telah diwarisi oleh Ali bin Abu Talib a.s. (194)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Fudhail bin Yassar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku telah memakai baju besi Rasulullah s.a.w yang dipanggil Dhat al-Fudhul (yang mempunyai kelebihan), aku juga telah memakainya, tetapi ia agak besar untukku. (195)-5. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Abi Abdullah, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya di manakah Dhu al-Fiqar; pedang Rasulullah s.a.w? Beliau a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkannya dari langit (syurga). Ia dihiasi dengan perak dan ia berada di sisiku. (196)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin ‘Abd al-Rahman, daripada Muhammad bin Hakim, daripada Abi Ibrahim a.s telah berkata: Baju besi itu di dalam milik kami, ia tidak dapat ditembusi. Jika diletakkannya di sisi sejahat-jahat makhluk Allah, nescaya beliau akan menjadi sebaik-baik mereka. Bapaku telah memberitahuku bahawa ketika beliau a.s memasuki bilik isterinya dari Bani Thaqif yang mana pedang itu disimpan di celah dinding yang dihiasi dengan bahan jenis dinding tersebut. Di pagi hari selepas malam pertama perkahwinannya, tiba-tiba beliau a.s ternampak di hadapan pedang itu lima belas paku, lantas beliau a.s terkejut dan berkata kepadanya (paku): Pidahlah (dari sini), jika tidak, aku akan memanggil hamba-hambaku untuk melakukan sesuatu. Beliau a.s telah menurunkan dinding itu dan mendapati tiada paku dan kesannya padanya. (197)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada Hajr, daripada Humraan, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Ja‘far a.s tentang apa yang diperkatakan oleh orang ramai bahawa mashaf yang ditutup telah diserahkan kepada Umm Salmah, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w mati, maka Ali a.s telah mewarisi ilmunya, senjatanya dan apa yang ada di sana. Kemudian ia telah berpindah kepada al-Hasan, kemudian kepada al-Husain a.s. Manakala kami takut dikuasai (selepas peristiwa Karbala’), kami telah menyimpannya di sisi Umm Salmah. Kemudian selepas itu, Ali bin al-Husain a.s telah mengambilnya daripada Umm Salmah. Aku telah berkata: Ya, selepas itu ia telah berpindah kepada bapa anda, kemudian ia telah berakhir kepada anda, beliau a.s telah berkata: Ya. (198)- 8. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhalah, daripada Umar bin Abban berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang apa yang diperkatakan oleh orang ramai bahawa mashaf yang tertutup telah diserahkan kepada Umm Salmah, maka beliau a.s telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w telah mati, Ali telah mewarisi ilmunya, senjatanya dan apa yang ada di sana. Kemudian ia telah berpindah kepada al-Hasan, kemudian kepada al-Husain a.s. Aku telah berkata: Kemudian kepada Ali bin al-Husain a.s, kemudian kepada anak lelakinya, kemudian ia telah berakhir kepada anda, maka beliau a.s telah berkata: Ya. (199)-9. Muhammad bin al-Husain dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w di saat kematiannya, baginda s.a.w telah menyeru al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib dan Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah bersabda kepada al-‘Abbas: Wahai bapa saudara Muhammad, adakah anda akan menerima warisan Muhammad, menunaikan hutangnya dan melaksanakan janji-janjinya? Al-‘Abbas telah menjawab kepadanya dan berkata: Wahai Rasulullah, dengan (nama) bapaku, anda dan ibuku, sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang tua, banyak tanggungan, sedikit harta, siapa yang boleh menandingi anda sedangkan anda melawan arus. Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah menundukkan kepalanya beberapa ketika, kemudian bersabda: Wahai ‘Abbas, adakah anda akan menerima warisan Muhammad, menunaikan hutangnya dan melaksanakan janji-janjinya? Wahai Rasulullah, dengan (nama) bapaku, anda dan ibuku, sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang tua, banyak tanggungan, sedikit harta, siapa yang boleh menandingi anda sedangkan anda melawan arus. Baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya aku akan memberikannya kepada orang yang akan mengambilnya dengan haknya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, wahai saudara Muhammad, adakah anda akan melaksanakan janji-janji Muhammad, menunaikan hutang-hutangnya dan menerima warisannya? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, dengan (nama) bapaku, anda dan ibuku, itu adalah ke atasku dan untukku. Beliau a.s telah berkata: Aku telah melihat kepadanya sehingga baginda s.a.w mencabutkan sebentuk cincinnya daripada anak jarinya dan bersabda: Anda pakailah cincin ini semasa hidupku. Amir al-Mukminin) a.s telah berkata: Maka aku telah melihat kepada cincin itu apabila aku meletaknya di anak jari tanganku, aku berangan-angan daripada semua itu supaya baginda s.a.w tidak meninggalkan cincinnya. Kemudian baginda s.a.w telah memanggil Bilal, bawakan kepadaku topi besi, baju besi, bendera, baju (qamis), Dhu al-Fiqar (pedangnya), serban, pakaian bahu (burd), kain pengikat lengan dan tongkat. Beliau (Ali) a.s telah berkata: Demi Allah, aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. Apa yang beliau a.s telah maksudkannya adalah kain pengikat lengan berwarna hitam-putih(abraqah). Lalu dibawa pakaian yang panjang dan lebar yang membuatkan mata menjadi kabur, rupa-rupanya ia adalah kain pengikat lengan yang berwarna hitam-putih (abraqah) dari syurga. Maka baginda s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya Jibrail telah membawanya kepadaku dan dia berkata: Wahai Muhammad, jadikannya di hujung baju besi anda dan ikatlah ia di tempat tali pinggang. Kemudian baginda s.a.w telah menyeru untuk dua pasang kasutnya yang mana kedua-duanya menurut cita-rasa Arab, salah satu daripadanya mempunyai dua tapak kasut dan satu lagi tidak. Dua baju (qamis). Satu daripadanya baginda s.a. w telah memakainya di dalam perjalanan malam (Israa’) dan yang satu lagi baginda s.a.w telah memakainya di dalam peperangan Uhud. Tiga songkok atau kopiah (qalansuwah); satu songkok untuk musafir, satu songkok untuk dua hari Raya Puasa, hari Raya Haji dan hari Jumaat dan satu songkok lagi baginda s.a.w memakainya ketika duduk bersama-sama para sahabatnya. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Bilal, bawakan kepadaku dua ekor baghal, al-Syahbaa’ dan al-Duldul, dua ekor unta betina, al ‘Adhbaa’ dan al-Qaswaa, dua ekor kuda’, al-Janaah yang diletakkan di luar pintu masjid untuk keperluan Rasulullah s.a.w. Apabila baginda s.a.w mengutus seorang lelaki untuk memenuhi keperluannya, maka lelaki itu dapat menungganginya bagi memenuhi keperluan Rasulullah s.a.w. Sementara Haizum yang mana baginda s.a.w pernah bersabda: Majulah, wahai Haizum. Dan keldai ‘Ufair yang mana baginda s.a.w pernah bersabda: Jagalah ia sepanjang hidupku. Amir al-Mukminin a.s telah menyebut bahawa binatang ternakan [Rasulullah s.a.w] yang pertama telah mati adalah ‘Ufair yang telah mati ketika matinya Rasulullah s.a.w. Ia telah memutuskan tali kengkangnya, kemudian ia berlari sehingga sampai ke perigi Bani Khatmah di Qubaa’, lalu mencampakkan dirinya kedalamnya dan ia telah menjadi kuburnya. (200)-10. Diriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin a.s berkata: Keldai ini telah bercakap kepada Rasulullah s.a.w, maka ia telah berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku bahawa sesungguhnya bapaku telah memberitahuku, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada bapanya bahawa ia telah berada bersma-sama Nuh di dalam bahteranya. Maka Nuh datang kepadanya, lalu menyapukan belakangnya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Seekor keldai akan keluar daripada keldai ini yang mana ia akan ditunggani oleh penghulu para nabi dan terakhir mereka. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan aku keldai tersebut.
Bab 39☼Umpama Senjata Rasulullah S.A.W Sepertilah Tabut Pada Bani Israel (anna mithla silah Rasulullah mithla al-Tabut fi Bani Israel)☼ (201)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu‘awiyah bin Wahab, daripada Sa‘id al-Sammaan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Bani Israel iaitu ahlu bait yang mendapati tabut di pintu-pintu [rumah] mereka, diberikan kenabian. Lantaran itu, sesiapa yang memiliki senjata [Rasulullah s.a.w] daripada kami, diberikan imamah. (202)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Muhammad bin al-Sikkin, daripada Nuh bin Darraj, daripada Abdullah bin Abi Ya‘fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Di mana saja tabut berada, maka kerajaan diberikan dan di mana saja senjata berada pada kami, maka ilmu diberikan. (203)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Di mana saja tabut berada, diberikan kenabian. Di mana saja senjata berada pada kami, maka diberikan imamah. Aku telah berkata: Bolehkah senjata dipisahkan daripada ilmu? Beliau a.s telah berkata: Tidak. (204)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Di mana saja tabut berada, diberikan kerajaan. Di mana saja senjata berada pada kami, maka di berikan ilmu.
Bab 40☼Padanya Sebutan Mashaf, Al-Jafar, Al-Jami‘ah Dan Mashaf Fatimah A.S (fi-hi dhikr al-Sahifah wa-al-Jafar wa-al-Jami‘ah wa-mushaf Fatimah a.s)☼ (205)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Hijjal, daripada Ahmad bin ‘Umar al-Halabi, daripada Abu Basir berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku ingin bertanya kepada anda tentang satu masalah. Di sini adakah seorang yang sedang mendengaar percakapanku? Beliau telah berkata: Lalu Abu Abdillah a.s telah mengangkat langsir (sitran) di antara rumahnya dan rumah yang lain dan melihat di dalamnya, kemudian berkata: Wahai Abu Muhammad, tanyalah apa yang terlintas di hati anda. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya Syiah anda mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali satu bab (pintu ilmu) yang membuka seribu pintu yang lain? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu pintu [ilmu] yang membuka setiap pintu seribu pintu yang lain pula. Aku telah berkata: Demi Allah, ini adalah ilmu, lalu beliau a.s mengetok di tanah beberapa ketika, kemudian berkata: Ini adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya di sisi kami al-Jami‘ah, apakah yang membuat mereka mengetahui apa itu al-Jami‘ah? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah itu al-Jami‘ah? Beliau a.s telah berkata: Mashaf (scroll) panjangnya tujuh puluh hasta dengan ukuran hasta Rasulullah s.a.w dan imlaknya daripada mulutnya dan khat Ali dengan tangannya. Di dalamnya setiap perkara yang halal dan haram dan setiap perkara yang dihajati oleh manusia sehinggakan kepada denda bagi orang yang melakukan sesuatu. Dan beliau a.s telah memukul aku dengan tangannya sambil berkata: Adakah anda memberi izin kepadaku, wahai Abu Muhammad? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku adalah untuk anda, lakukanlah apa yang anda mahu. Beliau telah berkata: Beliau a.s telah mencubit tanganku dan berkata:-sehingga denda semacam ini-seolah-olah beliau a.s di dalam keadaan marah-aku telah berkata: Demi Allah, ini adalah ilmu. Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu. Kemudian beliau a.s telah mendiamkan diri seketika, kemudian berkata: Sesungguhnya di sisi kami al-Jafar, apakah yang membuat mereka mengetahui apa itu al-Jafar? Aku telah berkata: Apakah itu al-Jafar? Beliau a.s telah berkata: Bekas daripada kulit padanya ilmu para nabi, para wasi dan ilmu para ulama Bani Israel yang telah berlalu. Aku telah berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu. Kemudian beliau a.s telah mendiamkan diri seketika. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami mashaf Fatimah a.s dan apakah yang dapat mengajar mereka tentang mashaf Fatimah a.s? Aku telah berkata: Apakah mashaf Fatimah a.s? Beliau a.s telah berkata: Mashaf seperti tiga kali al-Qur’an kamu (mushaf fi-hi mithlu Qur’ani-kum hadha thalatha marraat). Demi Allah, ia tidak seperti Qur’an kamu sekalipun satu huruf (wa llahi ma fi-hi min Qur’ani-kum harfun wahid). Aku telah berkata: Demi Allah, ini adalah ilmu, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu. Kemudian beliau a.s telah mendiamkan diri seketika. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami ilmu tentang apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku sehingga berlakunya Kiamat. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, demi Allah, ini adalah ilmu, beliau a.s telah berkata: Ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah sedemikian. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah itu ilmu? Beliau a.s telah berkata: Apa yang berlaku di waktu malam dan siang hari, satu urusan selepas urusan yang lain, satu perkara selepas perkara yang lain sehingga hari Kiamat. (206)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada Hammad bin Uthman, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka yang Zindiq akan zahir pada tahun 128 Hijrah (745/746 M), aku telah melihatnya pada mashaf Fatimah a.s. Aku telah berkata: Apakah mashaf Fatimah? Beliau a.s telah berkata: Apabila Allah mematikan nabi-Nya s.a.w, dukacita telah menguasai Fatimah a.s yang mana tiada seorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah a.w. Lalu Allah mengutus kepadanya malaikat untuk menggembirakannya dan bercakap-cakap dengannya (yuhaddithu-ha). Kemudian Fatimah a.s telah mengadu kepada Amir al-Mukminin a.s, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Apabila anda telah merasainya dan anda telah mendengar suara, beritahulah kepadaku. Kemudian Fatimah a.s telah memberitahu kepadanya perkara itu. Lalu Amir al-Mukminin a.s terus menulis setiap kali beliau a.s mendengarnya sehingga beliau a.s menjadikannya satu mashaf. Beliau a.s telah berkata: Tidak ada padanya perkara yang halal dan haram, tetapi ada padanya ilmu tentang apa yang akan berlaku. (207)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain bin Abi al- ‘Alaa’ berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami al-Jafar yang putih (al-Abyadh). Aku telah berkata: Apakah yang ada di dalamnya? Beliau a.s telah berkata: Zabur Daud, Taurat Musa, Injil Isa, mashaf Ibrahim, halal dan haram dan mashaf Fatimah. Aku tidak mendakwa di dalamnya al-Qur’an. Di dalamnya ialah apa yang dihajati oleh orang ramai kepada kami dan kami tidak berhajat kepada sesiapapun sehingga di dalamnya [hukuman] satu rotan, separuh rotan, satu per empat rotan dan denda. Di sisi kami al-Jafar yang berwarna merah (al-Ahmar). Aku telah berkata: Apakah yang ada di dalam al-Jafar yang berwarna merah? Beliau a.s telah berkata: Senjata, ia hanya dibuka untuk darah yang akan dibuka oleh pemilik pedang untuk membunuh [seseorang]. Maka Abu Abdillah bin Abi Ya‘fur telah berkata kepadanya: Asalaha-ka llahu, adakah Banu al-Hasan mengetahuinya? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, sebagaimana mereka mengetahui malam bahawa ia adalah malam, sebagaimana mereka mengetahui siang bahawa ia adalah siang, tetapi mereka didorongkan oleh hasad dan cinta kepada dunia berdasarkan kedegilan dan keingkaran. Jika mereka menuntut kebenaran dengan kebenaran, nescaya ia adalah lebih baik untuk mereka. (208)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada orang yang telah disebutkannya, daripada Sulaiman bin Khalid, berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya pada al-Jafar yang mereka sebutkannya menyakitkan mereka, kerana mereka tidak berkata benar sedangkan kebenaran ada padanya. Hendaklah mereka mengeluarkan hukum-hukum Ali dan kiraan ilmu pusakanya, jika mereka bercakap benar. Tanya mereka tentang ibu saudara sebelah bapa dan di sebelah ibu, hendaklah mereka mengeluarkan mashaf Fatimah a.s, kerana padanya wasiat Fatimah a.s. Bersamanya adalah senjata Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Allah a. w telah berfirman: “Bawakan kepadaku Kitab sebelum ini (al-Qur’an) atau peninggalan dari pengetahuan, jika kamu yang benar” (209)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Abu ‘Ubaidah, berkata: Dia telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang sebahagian daripada sahabat kami mengenai al-Jafar, maka beliau a.s telah berkata: Iaitu kulit lembu jantan yang dipenuhi ilmu, beliau telah berkata kepadanya: Al-Jami‘ah? Beliau a.s telah berkata: Mashaf (sahifah) panjangnya tujuh puluh hasta di dalam bentuk kulit sebesar paha unta. Padanya apa yang dihajati oleh orang ramai kepadanya, tidak ada satu perintah melainkan ada di dalamnya sehinggakan [hukum] denda. Beliau telah berkata: Dan mashaf Fatimah a.s? Beliau a.s telah mendiamkan dirinya agak lama, kemudian berkata: Sesungguhnya kamu telah membincangkan apa yang kamu mahu dan apa yang kamu tidak mahu. Sesungguhnya Fatimah a.s telah tinggal selepas Rasulullah s.a.w selama tujuh puluh lima hari. Dukacita telah menguasainya kerana kematian bapanya. Lalu Jibrail a.s mendatanginya, memberi takziah di atas kematian bapanya, menasihatinya, memberitahunya tentang bapanya dan tempatnya serta memberitahu kepadanya apa yang akan berlaku kepada zuriatnya selepasnya, lalu Ali a.s telah menulisnya, maka inilah mashaf Fatimah a.s. (210)-6. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Salih bin Sa‘id, daripada Ahmad bin Abi Basyar, daripada Bakr bin Karb al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami apa yang kami tidak berhajat kepada orang ramai, sesungguhnya orang ramai berhajat kepada kami. Sesungguhnya di sisi kami kitab dengan imlak Rasulullah s.a.w dan khat Ali a.s, mashaf di dalamnya halal dan haram. Sesungguhnya kamu akan mendatangi kami dengan urusan, maka kami mengetahuinya apabila kamu mengambilnya dan kami mengetahuinya apabila kamu meninggalkannya. (211)-7. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Umar bin Udhainah, daripada Fudhail bin Yassar, Buraid bin Mu‘awyah dan Zurarah bahawa ‘Abd al-Malik bin A‘yan berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhnya Zaidiyah dan Muktazilah telah berkumpul di sekitar Muhammad bin Abdullah, maka adakah di sisinya kuasa? Maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya di sisiku dua kitab yang mana setiap nabi dan setiap raja yang memerintah ada di dalamnya, tidak, demi Allah, Muhammad bin Abdullah tidak ada di dalam salah satu daripada dua kitab”. (212)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada ‘Abd al-Samad bin Basyir, daripada Fudhail bin Sukkarah berkata: Aku telah mendatangi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Fudhail, adakah anda mengetahui apakah yang aku sedang melihat sebelum kedatangan anda sekejap tadi? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Aku sedang melihat kepada kitab Fatimah a.s. Tidak ada di sana raja yang memerintah [bumi ini] melainkan ia termaktub di dalamnya namanya, nama bapanya dan aku tidak mendapati anak-anak al-Hasan di dalamnya”.

Terkait Berita: