Pesan Rahbar

Home » , , , , , , » Dialog Imam Ali (as) dan Ahli Syura

Dialog Imam Ali (as) dan Ahli Syura

Written By Unknown on Wednesday 15 October 2014 | 15:28:00


Dari ranjang kematianya Umar bin Khaththab membentuk badan syuro yang bertanggungjawab terhadap posisi kekhalifahan selepas dirinya. Lembaga itu kemudian dikenali sebagai Ahl al Hill wa al ‘Aqd, ysng dianggotai oleh Utsman bin Affan, al Zubair bin Awwam, Thalha bin Ubaidillah, Abd al Rahman bin ‘Auf, Sa’d Bin Abi Waqqas, Abdullah bin Umar dan Amirul Mukmininn Ali bin Abi Thalib. Dalam forum tersebut, Imam Ali bin Abi Thalib as, kembali mengingatkan akan hak kekhalifahannya.

Di ambil dari kitab al Ihtijaj halaman 132-145 karya dari ulama besar Abu Mansur Ahmad Bin Ali Bin Abu Thalib al Tabarsi kami menyajikan munasyadah antara Imam Ali bin Abi Thalib dengan ahli syura (ahl al hill wa al aqd) yang ditubuhkan oleh Umar bin Kaththab. Sebagai rujukan kepada kitab Ahlu sunnah, disertakan pula catatan kaki-catatan kaki yang merujuk pada sumber-sumber Ahlul Sunnah. Kitab ini diterjemahkan oleh seorang saudara kita yang tidak mahu dikenali namanya, semoga Allah merahmati usaha beliau.

Dialog Amirul Mukmininn Ali bin Abi Thalib as dengan Ahlu Syura’.
Diriwayatkan dari Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin, ”Manakala Amir al-Mukmininn `Ali A.S melihat bersemangatnya “mereka” untuk memberi bai`ah kepada `Utsman, beliau terus berdiri di hadapan mereka (Utsman bin Affan, al Zubair bin Awwam, Thalha bin Ubaidillah, Abd al Rahman bin ‘Auf, Sa’d Bin Abi Waqqas) dan berkata kepada mereka dengan hujah-hujah untuk menggugurkan sikap mereka. Beliau berkata: Dengarlah ucapanku, jikalau yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan jikalau ia adalah batil, maka kalian ingkarilah.

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
“Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran jika kalian orang yang benar, dan Dia mengetahui pembohongan jika kalian berbohong. Adakah di antara kalian yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripada aku?”
Mereka berlima (Utsman bin Affan, al Zubair bin Awwam, Thalha bin Ubaidillah, Abd al Rahman bin ‘Auf, Sa’d Bin Abi Waqqas, Abdullah bin Umar ) menjawab :
”Tidak ” [1]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antarakalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah; Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [2]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian, memiliki saudara yang dihiasi dengan dua sayap di syurga selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [3]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian, ayah saudaranya (di sebelah ayah) menjadi penghulu para syahid selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [4]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian yang isterinya adalah penghulu wanita alam sejagat selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [5]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang kedua anak lelakinya adalah anak-anak Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu pemuda syurga selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [6]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang telah mengetahui nasikh dan mansukh selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [7]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di anatar kalian, Allah telah menghilangkan kotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sesuci-sucinya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [8]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian, yang telah melihat Jibra’il di dalam bentuk seorang lelaki yang tampan selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [9]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian seorang yang menunaikan zakat dalam keadaan rukuk selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [10]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian, Rasulullah (s.`a.w.) telah menyapukan tanganya ke kedua matanya dan memberikan bendera di hari peperangan Khaibar selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [11]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang telah dilantik oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah S.W.T. dan berkata: ”Siapa yang aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yangmewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [12]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang menjadi saudara Rasulullah di masa bermukim dan temannya semasa musafir selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [13]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian yang telah bertarung dengan `Amru bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [14]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian Rasulullah (s.`a.w.) telah bersabda kepadanya: ”Kedudukan anda di sisiku seperti halnya kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [15]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian yang telah disebut mukmin di dalam sepuluh ayat al-Qur’an selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [16]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian dimana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya ke atas muka orang-orang kafir, selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [17]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian para malaikat berdiri bersamanya di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [18]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara kalian telah melunasi hutang Rasulullah (s.`a.w.) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [19]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang menyaksikan kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [20]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah diantara yang telah memandikan jenazah Rasulullah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain daripada aku?”
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [21]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian yang telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [22]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menjadikan talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [23]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
”Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah, adakah di antara kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) meemanggulnya sehingga dia memecahkan berhala di pintu Ka`bah selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [24]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di langit di hari peperangan Badr: “Tidak ada pedang melainkan Dhu al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan `Ali” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [25]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah makan bersama Rasulullah (s.`a.w.) dengan seekor burung panggang yang dihadiahkan kepadanya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [26]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.): “Andalah pemilik benderaku di dunia dan akhirat” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [27]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kepada kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengadakan pembicaraan khusus dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [28]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki terompah/sendal Rasulullah (s.`a.w.) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [29]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Aku adalah saudara anda dan anda adalah saudaraku” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [30]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: ”Anda adalah sebaik-baik makhluk dan orang yang paling benar pembicaraanya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [31]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang mendapati Rasulullah (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah (s.`a.w.) memberikannya makan, selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [32]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra’il, Mika’il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga ribu para malaikat yang lain di peperangan Badr selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [33]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menutup mata Rasulullah (s.`a.w.) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [34]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [35]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan orang yang terakhir keluar dari sisinya selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [36]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah berjalan-jalan bersama Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya taman ini. Maka beliau bersabda: ” Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini“. Sehingga dia melalui tiga taman pada setiap taman Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [37]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Anda adalah orang pertama yang beriman denganku, membenarkanku dan orang pertama akan dikembalikan Haud kepadaku di hari kiamat” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [38]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Orang pertama yang datang kepada kalian dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin dan orang yang paling utama di kalangan manusia“.Lalu Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan “nya” seorang lelaki dari kalangan Ansar. Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada Anas: “Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [39]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah diturunkan mengenainya firman-Nya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, memberi zakat dalam keadaan rukuk” (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [40]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang baik akan minum daripada gelas di mana campurannya mengandungi kafur” (Surah al-Insan 76: 5) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [41]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan ayat mengenai ”Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidaklah sama di sisi Allah” (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [42]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah diajar oleh Rasulullah (s.`a.w.) seribu kalimah dan setiap kalimah terbagi lagi menjadi seribu kalimah selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [43]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dimunajati oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari Taif, lalu Abu Bakr dan `Umar berkata: Wahai Rasulullah! Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan bukan kepada kami. Nabi (s.`a.w.) bersabda: “Aku bukanlah ingin bermunajat untuknya tetapi Allah telah memerintahkan aku supaya melakukannya” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [44]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [45]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Anda adalah makhluk yang paling dekat kepadaku di hari kiamat akan memasuki syurga dengan syafa`at ku, lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [46]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Wahai Ali! Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dikenakan pakaian” selain daripada aku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [47]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Anda dan Syi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [48]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: ” Berbohonglah orang yang mengatakan bahwa dia mencintaiku sedangkan dia membenci `Ali” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [49]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: “Siapa yang mencintai bahgian-bahgianku (syatrati) ini, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan siapa yang mencintaiku, maka sesungguhnya dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka? Beliau (s.`a.w.) menjawab: `Ali, Hasan, Husain dan Fatimah” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [50]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya: ”Anda adalah sebaik-baik manusia selepas para nabi” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [51]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Andalah al-Faruq yang membedakan di antara kebenaran dan kebatilan” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [52]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [53]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua anak lelakinya kemudian beliau bersabda: “Wahai Tuhanku aku dan Ahlu l-Baitku kepada Engkau dan bukan kepada neraka” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [54]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku daripada keluargaku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [55]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Anda adalah orang yang paling awal memeluk Islam, paling alim dan paling perihatin” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [56]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah membunuh seorang panglima perang Yahudi secara satu lawan satu selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [57]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.) membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku. Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Ini adalah satu amanah di sisianda“. Maka dia menjawab: Sekiranya ia adalah satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga, selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [58]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah mengangkat pintu kota Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh seratus hasta kemudian empat puluh lelaki mencoba mengangkatnya tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [59]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan kepadanya ” Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin)”(Surah al-Mujadalah 50: 12). Maka akulah yang mengeluarkan sedekah dan adakah di kalangan kalian seorang yang melakukannya selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [60]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia mencaciku dan siapa yang mencaciku maka sesungguhnya dia mencaci Allah” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [61]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Rumahku berhadapan dengan rumah anda di syurga” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [62]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya: ”Allah memerangi orang yang memerangi anda dan Allah memusuhi orang yang memusuhi anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [63]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berhijrah ke Madinah dan menggantikan dengan dirinya ketika musuh hendak membunuh beliau saw selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [64]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Anda adalah orang yang paling utama diantara umatku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [65]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan Allah akan memakaikan anda dua helai kain; satu berwarna biru dan satu berwarna merah” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [66]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah mengerjakan solat sebelum orang lain, selama tujuh tahun beberapa bulan selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [67]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan istimewa) kurniaan Tuhanku daripada cahaya sedangkan anda akan mengambil hajzahku dan keluargaku akan mengambil hajzah anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [68]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan anda adalah kemarahanku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [69]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepadaku dan Dia memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [70]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Wahai Tuhanku jadikanlah dia (`Ali) pembantu dan penolongku” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [71]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Harta adalah madu(tumpuan) orang-orang yang zalim dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [72]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [73]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memberi kepadanya sebiji buah delima dan bersabda: “Ini adalah buah delima daripada syurgaHanya seorang nabi atau wasinya sahaja yang memakannya” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [74]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Aku tidak memohon sesuatu dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesuatu daripada Tuhanku melainkan aku memohon untuk anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [75]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Engkau adalah orang yang paling patuh diantara umatku dalam menjalankan perintah Allah, paling setia di diantara umatku dalam menunaikan janji Allah, paling arif di anatar umatku dalam segala permasalahan, orang yang paling adil di dalam pembagian hak dan orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T.” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [76]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Kelebihan engkau di atas umat ini sepertilah kelebihan matahari atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan atas bintang-bintang” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [77]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh anda ke neraka” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [78]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Manusia dari pokok yang bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [79]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghulu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [80]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah meridainya di dalam dua ayat al-Qur’an selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [81]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah anda di Haud; apabila semua umat merasa takut dan neraca-neraca mula menjalankan tugasnya” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [82]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Wahai Tuhanku sesungguhnya aku mencintainya maka cintailah dia. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan selamat tinggal kepada Engkau untuknya” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [83]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Andalah yang berhujah dengan orang banyak supaya mereka mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan hudud dan membahagikan hak yang sama” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [84]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memegang tangannya di hari Badr, lalu mengangkatnya sehingga orang ramai melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda: ”Sesungguhnya ini adalah sepupuku, wazirkuOleh itu jadikanlah beliau wazir, mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau adalah wali kalian” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [85]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini turun mengenainya: “Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan” (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [86]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada para tetamunya selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [87]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, ” Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak perempuanku dan satu bahagian untuk anda ” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [88]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ” Di mana apabila dia bertemu dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri mukanya“selaindaripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [89]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah melepaskannya dengan Surah al-Bara’ah kepada Musyrikin Makkah selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [90]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila para nabi bermegah dengan para wasi mereka” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [91]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki orang banyak di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya sampai aku tiada. Dan apabila mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [92]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: “Apabila Allah melaksanakan amanah anda, Allah akan menyempurnakan dhimmah anda” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [93]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: ”Andalah pembagi neraka, andalah yang mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di dalamnya setiap kafir” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [94]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah membuka benteng Khaibar dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [95]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: “Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda dan Syi`ah anda berseri muka-muka mereka. Dan dibentang ke atasku musuh anda dalam keadaan dahaga dan terbelenggu dalam keadaan muka mereka kehitaman” selain daripadaku?
Mereka berlima menjawab :
”Tidak ” [96]
Kemudian Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :
Apabila kalian telah mengakui kebenarannya, dan telah jelas sabda-sabda Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa kepada Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang aku melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah Nabi kalian, kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya, maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah. Oleh karena itu kembalikanlah hak itu kepada ahlinya dan seharusnya memang ia adalah untuknya.

Mereka pun mengelipkan mata di antara mereka dan bersepakat, kemudian mereka berbicara diantara mereka: ”Sesungguhnya kita telah mengetahui kelebihan orang ini (Ali), dan kita telah mengetahui sesungguhnya dia (Ali) adalah orang yang paling berhak dalam urusan kekhalifahan, tetapi (dia) adalah orang yang memiliki prinsip ”seorang tidak boleh dilebihkan kedudukannya diatas yang lainya”. Oleh karena itu itu sekiranya kita menyerahkan urusan kekhalifahan kepadanya (Ali), niscaya kita akan diperlakukan sama dengan orang lain dan hak-hak kita akan disamakan dengan orang lain. Tetapi sekiranya kita memilih Utsman bin Affan dalam urusan kekhalifahan maka Utsman akan menuruti apa saja yang menjadi hajat kita semua “. Oleh karena itu mereka melantik Utsman sebagai Khalifah.

Kitab Rujukan Sunni:
[1] Lihat umpamanya al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur, Beirut,1960 M., II, hlm. 304.
[2] Lihat umpamanya al-Ya`qubi, Ahmad b. `Ali Ya`qub b. Ja`far b. Wahb b. al-Wadih, Tarikh al-Ya`qubi, Beirut 1362 H., II, hlm. 204.
[3] Al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi` al-Mawaddah fi Syama`il al-Nabi waFada`il Amir al-Mu’minin `Ali, Iran, 1385 H., hlm. 519.
[4] Al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 84.
[5] Ibn Hajr al-Makki, Syihab al-Din Ahmad b. Muhammad b. Muhammad b. `Ali b. Muhammad, Kitab al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `Ala Ahl al-Bida` wa al-Zindiqah, Cairo 1971 M., hlm. 85; Muhibb al-Din al-Syafi`i al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, Baghdad 1348 H., hlm. 29.
[6] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 164-165.
[7] Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadis, Cairo 1969 M., III, hlm. 166; al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., IV, hlm. 348; Ibn al-Athir, `Izz al-Din Abi Hasan`Ali b. Muhammad b. `Abd al-Qasim al-Jazari, Usd al-Ghabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1349 H., IV, hlm. 22; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958 M., VI, hlm. 152.
[8] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Cairo 1352 H., III, hlm. 259; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., hlm. 251.
[9] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.
[10] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293; al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an Haqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta`wil, Cairo t.t., I, hlm. 422; al-Syablanji, Mu`min b. Hasan Mu`min, Nur al-Absar fi Manaqib al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.), Cairo, 1960 M., hlm. 105; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H., hlm.106.
[11] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 132; `Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz al-Haqa’iq, Baghdad 1368 H,hlm. 98; al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm. 65.
[12] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Iv, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 150; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Syihab al-Din Mahmud b. `Abdullah, Ruh al- Ma`ani fi Tafsir al-Qur’an al-`Azim wa al-Sab` al-Masani, Cairo 1958 M., VI, hlm. 172.
[13] Al-Dhahabi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, Mizan al-I`tidal fi Naqd al-Rijal,Cairo 1348 H., I, hlm. 257; Ibn `Abd al-Barr, Abu `Umar Yusuf b. `Abdullah b. Muhammad, Kitab al-Isti`ab fi Ma’rifah al-Sahabah, Cairo 1365 H., II, hlm. 460.
[14] Lihat umpamanya, Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 74; al-Kanji al-Syafi`i,Kifayah al-Talib, hlm. 277.
[15] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Nasa’i, al-Khasa’is `Ali A.S, Baghdad 1956 M., hlm. 78; al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah, al-Jami` al-Sahih, Tunis 1958 M., II, hlm. 301; Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad 1367 H., I, hlm.30.
[16] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 238-258.
[17] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 158.
[18] Ibid., hlm. 169.
[19] Al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306.
[20] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 43.
[21] Ibid
[22] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.
[23] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 78.
[24] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.
[25] Al-Muhibb al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 78; al-Baihaqi, Abu Bakr Ahmad b. al-Husayn, al-Sunan al-Kubra, Baghdad 1959 M., III, hlm. 276; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 385; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.
[26] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299; Abu Nu`aim al-Asfahani,Hilyah al-Auliya’ wa Tabaqat al-Asfiya’, Cairo 1956 M., VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30.
[27] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.
[28] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.
[29] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 59.
[30] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 199; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 73; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, Cairo 1963 M., hlm. 144; Ibn Hajr al-Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1327H., I, hlm. 337.
[31] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253; al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M. hlm. 133.
[32] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 99.
[33] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.
[34] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 98.
[35] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 82.
[36] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 102.
[37] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, V, hlm. 40; Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 109; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 272-273.
[38] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 152; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 72; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 58.
[39] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 103.
[40] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422, al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Alusi,Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 149; al-Qurtubi al-Andalusi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad al-Andasari, al-Jami` li Ahkam al-Qur’an, Baghdad 1959 M., VI, hlm. 221; al-Kanji al-Syafi`i,Kifayah al-Talib, hlm. 106.
[41] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331; al-Syablanji,Nur al-Absar, hlm. 102; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, X, hlm. 268; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1345 H., VIII, hlm. 167
[42] Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.
[43] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72-73 Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72.
[44] Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 300; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159; Ibn al-Athir,Usd al-Ghabah, IV, hlm. 27; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 328-329.
[45] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 112.
[46] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 393; al-Muhibb al-Tabari, Riyadh al-Nadhirah, t.t., II, hlm. 103.
[47] -Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.
[48] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 423; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, VI, hlm. 93.
[49] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 399; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 319-320.
[50] Lihat umpamanya, al-Kanji al-Syafi`i, Ibid., hlm. 80-83.
[51] Lihat umpamanya, al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 247.
[52] Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 58.
[53] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159.
[54] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.259.
[55] Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M., hlm. 143; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251.
[56] Al-Qunduzi al-Hanafi, ibid., hlm. 60.
[57] Ibid., hlm. 95.
[58] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 60-61.
[59] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60.
[60] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.
[61] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 337-338.
[62] Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 96; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 227-228.
[63] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.
[64] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 60.
[65] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253.
[66] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 70.
[67] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 62-63.
[68] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 485-486.
[69] Lihat umpamanya, al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.114.
[70] Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105-106.
[71] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.
[72] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 62; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 56.
[73] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 407; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 96-97.
[74] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.
[75] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.
[76] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Munawi al-Syafi`i, Kunuz al-Haqa`iq, hlm. 19.
[77] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 121-122.
[78] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.
[79] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 24; al-Khawarizmi, al-Manaqib hlm. 86.
[80] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 157; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 124.
[81] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 232-265.
[82] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 72.
[83] Ibid., hlm. 74.
[84] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 217-219.
[85] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 25; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 218.
[86] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 82.
[87] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 94-95.
[88] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.
[89] Ibid.
[90] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 156; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha’ir al-`Uqba, hlm. 69; al-Hakim , al-Mustadrak, II, hlm. 51; al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr,Tarikh al-Khulafa’, Cairo 1963 M., hlm. 66.
[91] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 75.
[92] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 408; al-Khatib, Tarikh Baghdad, XII, hlm. 397; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 273.
[93] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 280.
[94] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 83-84.
[95] Ibid., hlm. 95-96.
[96] Ibid., hlm. 304.
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: