Pesan Rahbar

Home » , , , » KITAB SULAIM BIN QAIS AL HILALI BAGIAN PERTAMA

KITAB SULAIM BIN QAIS AL HILALI BAGIAN PERTAMA

Written By Unknown on Saturday 17 January 2015 | 19:28:00

DAFTAR ISI
KATA-KATA PILIHAN 1
PRAKATA DAN KOMENTAR 2
KANDUNGAN 5
BAHAGIAN PERTAMA 12

Kitab Sulaim: sanad, pengesahan kebenaran, perselisihan jawatan khalifah, keutamaan Ahl al-Bait dan pujian al-Hasan al-Basri terhadap Ali a.s. 12
Sanad riwayat Kitab Sulaim yang berakhir kepada Abban bin Abi 'Iyasy 12
Penyerahan Kitab Sulaim kepada Umar bin Udhinah dan syarat-syarat-nya 13
Pengesahan akan kebenaran Kitab Sulaim oleh Ali bin al-Husain a.s. 15
Kewafatan Rasulullah Saw. dan sabdanya bahawa Ahl Baitnya adalah sebaik-baik makhluk yang dipilih Allah 19
Khabar gembira untuk Ali a.s. dan peristiwa yang akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah Saw. 21
Peristiwa yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah Saw. dan urusan bai'ah kepada Abu Bakr 23
Al-'Abbas dan keturunannya dijanjikan jawatan khalifah jika beliau membai'ah Abu Bakr 25
Ali a.s. diberitahu tentang bai'ah Abu Bakr dan kesibukan menguruskan jenazah Rasulullah Saw. 27
Rasulullah Saw. memberitahu Ali a.s. bahawa Abu Bakr akan dibai'ah di Dataran Bani Sa'idah selepas kewafatannya 29
Ali a.s. membawa Fatimah a.s. mendatangi sahabat Rasulullah Saw. bagi menuntut jawatan khalifah 29
Rumah Fatimah a.s. diserang dan paksaan ke atas Ali a.s. supaya memberi bai'ah 32
Penyaksian ucapan Nabi Saw. pada Hari Ghadir Khum mengenai hak Ali a.s. 34
Pendirian al-Miqdad dan peringatannya kepada orang ramai di majlis Abu Bakr 36
Pendirian Abu Dhar al-Ghifari dan amarannya kepada orang ramai di majlis Abu Bakr 36
Pendirian Buraidah al-Aslami dan amarannya kepada Umar dan Abu Bakr 37
Bai'ah Ali a.s. dan para sahabatnya kepada Abu Bakr secara terpaksa 38
Ucapan Salman al-Farisi selepas memberi bai'ah secara terpaksa di majlis Abu Bakr 39
Ucapan Ali a.s. selepas memberi bai'ah secara terpaksa 40
Pada Hari Kiamat Iblis akan dibelenggu dengan satu belenggu daripada api neraka 42
Sabda Nabi Saw.: "Saudaraku adalah kemegahan Arab, sepupu yang paling mulia, bapa yang paling dihormati…" 43
Pujian al-Hasan al-Basri terhadap Ali a.s. 43

BAHAGIAN KEDUA 46

Perpecahan umat, pengertian Iman dan Islam, hadis-hadis yang bertentangan dengan al-Qur'an, kezaliman terhadap Ahl-Bait a.s., umat akan belot selepas
kewafatan Rasulullah Saw. 46
Pemberitahuan Ali a.s. bahawa umat akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan 46
Penjelasan Ali a.s. tentang kumpulan yang berjaya dan mendapat petunjuk 46
Jawapan Ali a.s. kepada orang yang bertanya berkenaan Iman dan Islam 50
Jawapan Ali a.s. berkenaan hadis-hadis yang bertentangan dan penjelasan tentang periwayatnya 54
Penjelasan Rasulullah Saw. kepada Ali a.s. tentang para wasi dan nama mereka 56
Kata-kata Imam al-Baqir a.s: "Kami Ahl al-Bait menghadapi kezaliman daripada Quraisy…" 58
Penjelasan Ali a.s. mengenai kelebihannya dan Ahl Bait berbanding dengan Quraisy 61
Orang ramai mengakui kelebihan Ali a.s. selepas beliau menyeru mereka dengan nama Allah 63
Percakapan Ali a.s. dengan Talhah mengenai haknya 66
Kata-kata Ali a.s. bahawa Imamah tidak layak melainkan untuk mereka a.s. 69
Ucapan Ali a.s. semasa seseorang bertanya: "Sekiranya anda menggesa orang ramai pergi?" 74
Percakapan Ali a.s. semasa beliau dikritik oleh al-Asy'ath bin Qais 75
Pemberitahuan Ali a.s. bahawa umat akan belot selepas Rasulullah Saw. 76
Sya'ir al-Mukhtar bin Abi al-Sa'aq memuji Umar al-Khattab 81
Umar mengenakan denda kepada semua gabenornya selain Qunfudh al-'Adawi 83
Pemberitahuan Ali a.s. sebab 'Umar tidak mengenakan denda kepada Qunfudh 83
Pemberitahuan Ali a.s. kepada al-'Abbas dan pengaduan terhadap pukulan Qunfudh ke atas Fatimah a.s. 83

BAHAGIAN KETIGA 84

Bid'ah-bid'ah Khalifah Abu Bakr dan Umar, Fadak, percubaan membunuh Ali a.s., kelebihan Ahl al-Bait, Imam dua belas, perjumpaan seorang Nasrani dengan
Ali a.s. dan pencungkilan fitnah 84
Kata-kata Ali a.s: "Aneh! Hati umat ini dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar" 84
Penjelasan Ali a.s. kepada orang ramai tentang bid'ah-bid'ah Abu Bakr dan Umar 85
Dialog Fatimah a.s. dengan Abu Bakr tentang Fadak 85
Abu Bakr memerintahkan supaya Ali a.s. dibunuh semasa solat dan penyesalannya 88
Penjelasan Ali a.s. kepada al-Abbas tentang bid'ah-bid'ah Abu Bakr dan Umar 89
Penjelasan Rasulullah Saw. tentang keutamaan Ahl Baitnya a.s. 91
Lapan puluh sahabat menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin 96
Kata-kata Ali a.s. sebelum peperangan Siffin bahawa mereka itu tidak cenderung kepada kebenaran 98
Perjumpaan seorang Nasrani dengan Ali a.s. dan kata-katanya tentang kelebihan Ahl al-Bait a.s. 104
Seorang Nasrani telah memberi bai'ah kepada Ali bin Abu Talib 107
Ucapan Ali a.s: "Akulah yang telah mencungkil mata fitnah" 108

BAHAGIAN KEEMPAT 114

Pembahagian ulama, konsep ilmu dan kaitannya dengan Ahl-al-Bait, kasih-sayang Rasulullah kepada mereka, hadis-hadis palsu, surat-menyurat Ali a.s. dan
Mu'awiyah di Siffin 114
Pemberitahuan Ali a.s. tentang pembahagian ulama dan manusia 114
Wasiat Abu Dhar kepada Ali a.s. dan persoalan mengapa beliau tidak berwasiat kepada Umar 117
Salman telah menyebut nama lapan puluh orang yang menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin 118
Wasiat Abu Dhar kepada Ali a.s. dan persoalan mengapa beliau tidak berwasiat kepada Uthman 120
Nabi Saw. memasuki rumah Fatimah a.s. ketika beliau sedang memasak 122
Al-Hasan dan al-Husain bangun daripada tidur dan berkata: "Wahai bapaku! Berilah aku minum" 122
Sabda Rasulullah Saw. kepada Abu Bakr: "Sebaik-baik orang yang menunggang adalah mereka berdua" 123
Ucapan 'Umru ibn al-'As di Syam dan kecamannya terhadap Ali a.s. 124
Ucapan Ali a.s. menjawab tuduhan dan pembohongan 'Umru ibn al-'As 125
Mu'awiyah memerintahkan supaya diriwayatkan hadis-hadis palsu bagi menghina Ali a.s. 126
Surat Mu'awiyah kepada gabenor Ziyad tentang Syi'ah Ali a.s. 126
Sabda Nabi Saw. kepada 'Aisyah supaya tidak menyakiti hatinya berkenaan dengan Ali a.s. 130
Surat Mu'awiyah kepada Ali a.s. yang dihantar oleh Abu al-Darda' dan Abu Hurairah 131
Jawapan Ali a.s. kepada Mu'awiyah melalui Abu al-Darda' dan Abu Hurairah 134
Ali a.s. menyebut keutamaannya dan orang ramai mengakui akan kebenarannya 138
Penjelasan Ali a.s. bahawa Nabi Saw. telah memberitahunya mengenai apa yang sedang berlaku 143
Mu'awiyah memasuki Madinah selepas pembunuhan Ali a.s. dan apa yang berlaku kepada penduduknya 151

BAHAGIAN KELIMA 155

Ahl al-Bait dilaknati, penyiksaan terhadap Syi'ah Ali, pembunuhan sesiapa yang mencintai Ali dan Ahl Baitnya, keilmuan dan penyaksian mereka ditolak,
penciptaan hadis-hadis palsu serta perpecahan umat 155
Mu'awiyah memerintahkan pelaknatan terhadap Ali a.s. dan Ahl Baitnya 155
Dialog Mu'awiyah dengan Ibn 'Abbas tentang tafsir al-Qur'an dan Hadis menurut Ahl al-Bait a.s. 155
Penyiksaan terhadap Syi'ah Ali a.s. dan Ahl Baitnya a.s. 157
Surat Mu'awiyah kepada para gabenor supaya tidak menerima penyaksian daripada Syi'ah Ali 157
Surat Mu'awiyah supaya memperdekatkan Syi'ah Uthman dan orang yang meriwayatkan kelebihannya 157
Surat Mu'awiyah supaya meriwayatkan kelebihan Abu Bakr dan Umar 158
Surat Mu'awiyah supaya membunuh sesiapa yang dituduh mencintai Ali a.s. dan Ahl Baitnya 158
Ucapan al-Husain bin Ali a.s. di Mina yang dihadiri oleh lebih tujuh ratus sahabat dan tabi'in 160
Munasyadah al-Husain bin Ali a.s. mengenai hadis-hadis Rasulullah Saw. tentang hak mereka 161
Tangisan Ibn Abbas dan penjelasannya akan peristiwa Hari Khamis 164
Penyaksian Sulaim bin Qais akan peperangan Jamal 164
Ucapan Ali a.s. kepada Talhah dan al-Zubair semasa berjumpa dengan ahli Basrah dalam peperangan 165
Pengakuan Ali a.s: "Rasulullah Saw. telah mengajarku seribu bab ilmu" 167
Kata-kata Ali a.s: "Bertanyalah kepadaku sementara aku masih ada" 168
Penjelasan Ali a.s. kepada ketua Yahudi tentang perpecahan umat dan kata-katanya: "Jika aku diberi kedudukan…" 168
Penjelasan Ibn 'Abbas kepada Sulaim tentang perkara paling besar pernah beliau dengar daripada Ali a.s. 169
Pertanyaan Sulaim kepada Ibn Abbas mengenai Perang Siffin dan perkara yang berlaku semasa peperangan 169
Kata-kata Ali a.s. semasa Peperangan Siffin 170
Surat Mu'awiyah kepada Ali a.s. di Siffin 171
Jawapan Ali a.s. kepada surat Mu'awiyah 172
Sya'ir 'Umru bin 'As selepas surat Ali a.s. diterima oleh Mu'awiyah 172
Kata-kata Ali a.s. setelah diberitahu ahli Syam mencacinya 173
Pertanyaan Sulaim kepada al-Miqdad tentang kelebihan Ali a.s. dan penjelasannya 174
Kata-kata Abd al-Rahman al-Azadi ketika kematian Mu'adh Bin Jabal dan ucapan: "Neraka Wail untukku" 176
Penyaksian Muhammad bin Abu Bakr akan perkataan bapanya ketika mati dan sebutan "Tabut" 177
Kata-kata Ali a.s. bahawa para wasinya adalah muhaddathun dan nama mereka 180
Sabda Nabi Saw. bahawa umatnya akan berpecah kepada tiga kumpulan dan penjelasan mengenainya 180

BAHAGIAN KEENAM 182

Hadis al-Ghadir, keistemewaan Ahl al-Bait, keajaiban hadis-hadis tentang Ali a.s., sifat-sifat Mukminin, penghinaan terhadap Rasulullah Saw., Fatimah a.s. dan
Abu Bakr, cubaan membunuh Ali a.s. serta kewafatan Fatimah a.s. 182
Seruan Nabi Saw di Ghadir Khum dan Imamah Ali a.s." 182
Sya'ir Hasan bin Thabit tentang Ghadir Khum 183
Kata-kata Ali a.s.: "Bagiku sepuluh keistimewaan daripada Rasulullah (Saw.)" 183
Doa Nabi Saw. terhadap 'Aisyah dan Hafsah: "Wahai Tuhanku! Tutuplah pendengaran mereka berdua" 184
Kata-kata Mu'awiyah kepada Abdullah bin Ja'far: "Alangkah kuatnya anda membesar-besarkan al-Hasan dan al-Husain" 185
Pertanyaan Hammam mengenai sifat-sifat Mukminin dan jawapan Ali a.s. 193
Ucapan Nabi Saw. apabila mendengar seseorang berkata bahawa beliau akan memberitahu tentang syurga 196
Penjelasan Nabi Saw. kepada orang ramai tentang bapa dan ibu mereka serta tempat mereka di syurga atau di neraka 197
Penjelasan Nabi Saw. tentang keutamaan Ali a.s. 198
Kata-kata Quraisy: "Umpama Muhammad sepertilah pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah" 199
Pemberitahuan Abu Dhar tentang keajaiban Hadis Nabi Saw. mengenai Ali 200
Pemberitahuan al-Miqdad tentang keajaiban Hadis Nabi Saw. mengenai Ali 201
Kata-kata Salman al-Farisi bahawa Ali a.s. adalah pintu yang dibukakan Allah 202
Pemberitahuan Abdullah bin Abbas tentang apa yang berlaku selepas kewafatan Nabi Saw. 203
Kejadian yang berlaku ke atas Ali a.s. dan Fatimah a.s. serta para mereka selepas membai'ah Abu Bakr 203
Serangan Umar ke atas rumah Fatimah a.s. dan pukulan terhadapnya dengan cemeti 204
Ali a.s. memegang leher Umar dan terlintas di hati untuk membunuhnya. 205
Khalid bin al-Walid menghunus pedang untuk memukul Fatimah a.s. dan reaksi Ali a.s. 205
Ali a.s. dikeluarkan dari rumah dalam keadaan leher terikat supaya membai'ah Abu Bakr 206
Kata-kata Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, 'Ammar dan Buraidah di majlis Abu Bakr 206
Kata-kata Umm Aiman (penyusu Nabi) kepada Abu Bakr 207
Bai'ah Ali a.s. kepada Abu Bakr adalah secara terpaksa 208
Ucapan Fatimah a.s. di majlis Abu Bakr selepas Fadak dirampas 208
Umar menegah Abu Bakr daripada menulis tentang Fadak untuk Fatimah a.s. 209
Fatimah a.s. mengemukakan dua saksi tetapi ditolak oleh Umar 209
Abu Bakr dan Umar memohon kemaafan dan pengakuan akan kesalahan mereka 209
Fatimah a.s. tidak meridhai Umar dan Abu Bakr 210
Wasiat Fatimah kepada Ali a.s. ketika hampir wafat 210
Kewafatan Fatimah a.s. dan kegemparan Madinah dengan tangisan 211
Keinginan Abu Bakr untuk membunuh Ali, perintahnya kepada Khalid dan penyesalannya 212

BIBLIOGRAFI 214

INDEKS 217

KATA-KATA PILIHAN

"Sesiapa daripada kalangan Syi'ah kami dan pencinta kami tidak memiliki Kitab Sulaim Bin Qais al-Hilali, mereka tidak mengetahui urusan kami dengan sebenarnya. Mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada sebab-sebab kami. Ia adalah Abjad Syi'ah yang mengandungi rahsia daripada rahsia-rahsia keluarga Muhammad Saw."
(Imam Ja'far al-Sadiq a.s.)

"Urusan kami adalah sulit dan menyulitkan. Ia hanya diketahui dan diperakui oleh tiga gologan: Malaikat Muqarrab, Nabi Mursal atau Mukmin Cerdik yang telah diuji imannya oleh Allah"
(Imam Ali a.s.)

"Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar dan berubah sedikit demi sedikit, bab demi bab, kemudian mereka meridhainya tanpa sebarang penentangan. Malah mereka mempertahankannya pula. Mereka mencela orang yang mengkritik dan mengingkarinya. Kemudian kaum yang datang selepas kita akan mengikuti bid'ah-bid'ah tersebut sebagai sunnah Rasulullah Saw."
(Imam Ali a.s.)

"Aku tulis bukuku ini dengan tanganku sendiri. Di dalamnya mengandungi hadis-hadis di mana aku tidak suka diketahui oleh orang ramai kerana mereka akan mengingkarinya dan membesar-besarkannya pula. Jika berlaku sesuatu kepada anda, hendaklah anda memberikannya kepada orang yang mempunyai agama dan maruah di kalangan Syi'ah Ali a.s."
(Sulaim Bin Qais)

PRAKATA DAN KOMENTAR

Kitab Sulaim yang dikenali juga dengan nama al-Saqifah dan Abjad al-Syi'ah adalah karangan Sulaim bin Qais al-Hilali al-'Amiri al-Kufi, sahabat Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s. Beliau telah mengambil bahagian dalam peperangan Jamal, Siffin dan Nahrawan bersama-sama Amir al-Mukminin Ali a.s. Beliau wafat sekitar tahun 90 Hijrah.

Terjemahan ini adalah berdasarkan kepada manuskrip Thiqah al-Islam Syaikh Muhammad bin al-Hasan al-Hurr al-Amili, penulis kitab al-Wasa'il (wafat pada tahun 1104 Hijrah) dan diedit oleh Syaikh al-'Alawi al-Hasani al-Najafi. Diterbitkan oleh Dar al-Funun, Beirut pada 8hb. Ogos, 1980 bersamaan 27 Ramadan 1400 Hijrah.

Bagi tujuan terjemahan, saya telah mengeditnya kembali, menjadikannya kepada enam bahagian, meletakkan tajuk-tajuk yang dahulunya tidak ada di tempatnya yang sesuai dan menyediakan rujukan buku-buku karangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang datang selepasnya bagi tujuan akademik yang tinggi, di samping memberi kemudahan kepada para pembaca yang budiman. Sebenarnya ia tidak perlu kepada rujukan tersebut, kerana buku ini dikarang lebih awal dan buku-buku kemudian menjadikannya sebagai rujukan.

Keistimewaan Kitab Sulaim adalah terletak kepada autoriti sanad dan matannya yang unggul di mana Sulaim telah memperolehinya daripada Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib, al-Hasan, al-Husain, Ali bin al-Husain dan al-Baqir a.s. Sulaim berkata: "Ia merupakan kebenaran di mana aku telah mengambilnya daripada ahlinya; daripada Ali bin Abu Talib salawat dan salam Allah ke atasnya, daripada Salman al- Farisi, Abu Dhar al Ghifari dan al-Miqdad bin al- Aswad. Tidak ada satu hadis pun yang telah aku dengar daripada salah seorang daripada mereka sehingga aku bertanyakan pula kepada orang lain dan mereka telah bersepakat mengenainya".

Sementara Ali bin al-Husain a.s. telah mengakui kebenaran Kitab Sulaim: "Benar apa yang dikatakan oleh Sulaim rahmatu Llahi 'alaihi. Ini adalah hadis-hadis kami yang kami mengetahuinya". Al-'Allamah al-Majlisi r.h. telah meriwayatkan dalam kitabnya Bihar al-Anwar secara mursal daripada Imam Ja'far al-Sadiq a.s.:

"Sesiapa di kalangan Syi'ah kami dan pencinta kami tidak memiliki Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali maka mereka tidak mengetahui urusan kami dengan sebenarnya. Mereka tidak mengetahui sesuatupun daripada sebab-sebab kami. Ia adalah Abjad Syi'ah yang mengandungi rahsia daripada rahsia-rahsia keluarga Muhammad Saw."

Al-Qadhi Badr al-Din al-Subki (wafat 769 Hijrah) berkata: "Kitab karangan Syi'ah yang pertama adalah Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali". Abu Abdullah Muhammad bin Ibrahim bin Ja'far al-Nu'mani di dalam kitab al-Ghaibah berkata: "Bukan semua daripada perawi-perawi Syi'ah telah meriwayatkannya daripada para Imam a.s. secara langsung Ini berlainan dengan Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali kerana ia secara langsung meriwayatkannya daripada Rasulullah Saw., Amir al-Mukminin Ali a.s., al-Miqdad, Salman al-Farisi dan Abu Dhar serta orang yang bersama-sama mereka yang telah menyaksikan dan mendengar daripada Rasulullah Saw. dan Amir al-Mukminin a.s." Justeru itu, ia menjadi rujukan Syi'ah yang muktabar".

Meskipun kebanyakan sanad Kitab Sulaim melalui wasitah Abban bin Abi 'Iyasy kerana Sulaim telah menyerahkan kitabnya kepada Abban tetapi terdapat juga sanad selain daripada Abban. Umpamanya Hammad bin 'Isa telah meriwayatkannya daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani daripada Sulaim, tanpa melalui Abban. Kemudian Abban telah menyerahkannya kepada Umar bin Udhinah sebulan sebelum kematiannya. Umar bin Udhinah berkata: "Kemudian Abban menyerahkan kepadaku Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali. Beberapa bulan selepas itu, Abban meninggal dunia. Ini adalah salinan Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali di mana beliau telah menyerahkannya kepada Abban bin Abu 'Iyasy dan beliau telah membacakannya kepadaku". Abban menyatakan bahawa beliau telah membacakanya kepada Ali bin al-Husain a.s. lalu beliau berkata: "Sulaim adalah benar, ini adalah hadis-hadis kami yang kami mengetahuiya".

Al-'Allamah al-Majlisi dalam Bihar al-Anwar menyatakan bahawa Kitab Sulaim bin Qais adalah terkenal (masyhur), di samping itu terdapat juga pengkritik-pengkritiknya. Meskipun begitu ia adalah daripada sumber rujukan yang muktabar. Beliau berkata: "Aku dapati Kitab Sulaim bin Qais al-Hilali yang diriwayatkan oleh Abban bin Abi 'Iyasy dan telah dibacakannya kepada Ali bin al-Husain a.s. yang dihadiri oleh sekumpulan sahabat di antaranya Abu Tufail dan Ali bin al-Husain a.s. telah membuat pengakuan kepadanya dan berkata: Ini adalah hadis-hadis sahih kami".

Sulaim berkata: "Aku telah berjumpa Abu Tufail di rumahnya. Beliau menerangkan kepadaku tentang raj'ah daripada ahli Badr, Salman, al-Miqdad dan Ubayy bin Ka'ab. Abu Tufail berkata: Aku telah membentangkan raj'ah setelah mendengar daripada mereka kepada Ali bin Abu Talib a.s. di Kufah. Beliau menjawab: Raj'ah adalah ilmu khas di mana umat tidak mengetahuinya dan dikembalikan keilmuannya kepada Allah".

Lantaran itu, terjemahan buku ini dikhususkan untuk pengikut Mazhab Ahl al Bait Rasulullah Saw. yang dikenali dengan Syi'ah Imam Dua Belas/Mazhab Ja'fari sahaja. Sebagaimana telah disyarat dan diwasiatkan oleh pengarang buku ini bahawa: "Berjanjilah dengan nama Allah bahawa anda tidak akan memberitahu sesiapapun mengenainya selama hidupku dan tidak akan memberitahu sesiapapun selepas kematianku melainkan kepada orang yang anda percaya sebagaimana anda percaya kepada diri anda sendiri dan jika berlaku sesuatu kepada anda, hendaklah anda memberikanya kepada orang yang anda percaya di kalangan Syi'ah Ali bin Abu Talib salawatu Llahi 'alaihi".

Semoga dengan penterjemahan buku ini para pembaca yang budiman akan dapat meluaskan wawasan berfikir dengan berpandukan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Saw. yang sahih serta fakta-fakta sejarah, tanpa taksub dan iri hati terhadap sesiapapun.

Walau bagaimanapun, saya percaya dan mempunyai harapan yang tinggi bahawa semua orang Islam tanpa mengira fahaman mazhab, akhirnya ke Syurga juga lantaran rahmat Allah adalah luas dan mendahului kemurkaan-Nya.

25hb. Februari, 1994.

Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: