Pesan Rahbar

Home » » Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah Bagian Ketiga

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah Bagian Ketiga

Written By Unknown on Monday 14 July 2014 | 17:56:00


Bab 46
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Apabila Mereka Mahu Mengetahui, Maka Mereka mengetahui (anna al-Aimmata a.s idha syaa’uu an ya‘lamuu ‘alimuu)☼


(237)-1. Ali bin Muhammad dan lain-lain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ayyub bin Nuh, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada Badr bin al-Walid, daripada Abi al-Rabi‘ al-Syami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam a.s apabila beliau mahu mengetahui [sesuatu], maka beliau mengetahui[nya].


(238)-2. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Badr bin al-Walid, daripada Abi al-Rabi‘, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam a.s apabila beliau mahu mengetahui [sesuatu], maka ia akan diberitahu [kepadanya].


(239)-3. Muhammad bin Yahya, dariapda ‘Imran bin Musa, daripada Musa bin Ja‘far, daripada ‘Umru bin Sa‘id al-Mada’ini, daripada Abu ‘Ubaidah al-Mada’ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila seorang imam mahu mengetahui sesuatu, Allah akan memberitahunya kepadanya.



Bab 47
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Bila Mereka Akan Mati Dan Sesungguhnya Mereka Tidak Akan Mati Melainkan Dengan Pilihan Mereka Sendiri (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun mata yamutuun, wa anna-hum la yamutuun illa bi-ikhtiyari-him)☼


(240)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama‘ah dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Mana-mana imam yang tidak mengetahui apa yang akan menimpanya dan apa yang akan terjadi kepadanya, maka dia bukanlah Hujjah Allah ke atas makhluk-Nya.


(241)-2. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Muhammad bin Basysyar berkata: Seorang syeikh daripada Qati‘atu al-Rabi‘ di kalangan orang awam (bukan Syiah) di Baghdad yang diambil riwayatnya telah berkata kepadaku: Aku telah melihat sebahagian mereka telah berkata tentang kelebihannya dan ibadatnya, maka aku telah berkata kepadanya: Siapakah orangnya? Bagaimana anda telah melihatnya? Beliau telah berkata: Kami telah berkumpul pada masa al-Sindi bin Syahik bersama lapan puluh lelaki daripada muka-muka yang dikaitkan dengan kebaikan, maka kami telah bertemu dengan Musa bin Ja‘far a.s, lalu al-Sindi berkata kepada kami: Wahai lelaki, lihatlah kepada lelaki ini, adakah sesuatu telah berlaku kepadanya? Kerana orang ramai mendakwa bahawa beliau a.s telah diperlakukan ke atasnya dan mereka telah memperbesarkannya. Ini adalah tempat tinggalnya, banyak kebebasan diberikan kepadanya dan beliau tidak dihalang sepenuhnya, Amir al-Mukminin (Harun al-Rasyid) tidak mahu keburukan ke atasnya (Musa a.s), tetapi beliau hanya ditahan sehingga kepulangannya (Harun al-Rasyid) ke (Baghdad). Justeru, beliau akan berbincang dengan Amir al-Mukminin (Harun alRasyid).

Beliau (Musa a.s) adalah sihat dan diberikan kebebasan di dalam semua perkara. Justeru, tanyalah beliau. Beliau telah berkata: Kami tidak ada angan-angan selain melihat lelaki ini, kelebihannya dan tanda di dahinya. Musa bin Ja‘far a.s telah berkata: Mengenai kebebasan dan perkara seumpamanya, ia sebagaimana anda sebutkan kecuali aku akan memberitahu kepada kamu, wahai orang ramai, aku telah diberi racun dalam tujuh biji kurma, aku akan bertukar menjadi hijau besok dan selepas besok aku akan mati. Beliau telah berkata: Maka aku telah melihat kepada al-Sindi bin Syahik sedang menggelentar dan bergerak seperti pelepah kurma.


(242)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Abdullah bin Abi Ja‘far berkata: Saudara lelakiku telah memberitahuku, daripada Ja‘far, daripada bapanya bahawa beliau telah mendatangi Ali bin al-Husain a.s pada malam beliau mati dengan minuman, maka beliau a.s telah berkata: Wahai bapaku, minumlah ini, maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya malam ini aku akan mati iaitu malam yang sama Rasulullah s.a.w telah mati.


(243)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Hamid, daripada al-Hasan bin al-Jahm berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah mengetahui pembunuhnya, malam beliau akan dibunuh, tempat beliau dibunuh, kata-katanya apabila beliau a.s mendengar suara angsa-angsa di rumah: “Suara yang akan diikuti dengan tangisan perempuan dan kata-kata Umm Kalthum: Jika anda sembahyang malam di rumah dan menyuruh orang lain mengimamkan orang ramai [adalah lebih baik]. Tetapi beliau a.s telah enggan menerima permintaannya, kemudian beliau a.s telah keluar dan masuk pada malam ini tanpa senjata. Sesungguhnya beliau a.s telah mengetahui bahawa sesungguhnya Ibn Muljam-Allah telah melaknatinya-akan membunuhnya dengan pedang. Ini adalah satu perkara yang beliau a.s tidak harus membentangkannya (menghalangnya), maka beliau a.s telah berkata: Itulah apa yang telah berlaku (dhalika kana), tetapi beliau a.s telah diberi pilihan (sama ada menerima kematiannya atau menolaknya) pada malam itu supaya takdir Allah berlalu.


(244)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Abu al-Hasan Musa a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah memarahi Syiah. Justeru Dia telah memberi pilihan kepadaku sama ada diriku atau mereka, lalu aku telah mempertahankan mereka dengan diriku”


(245)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Musafir bahawa Abu al-Hasan al-Ridh a.s telah berkata kepadanya: Adakah saluran air ini (al-Qanat) ada ikan? Beliau telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w di dalam mimpi dan baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, apa yang ada di sisi kami (di akhirat) adalah lebih baik bagi anda”


(246)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Ahmad bin ‘Aidh, daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berada di sisi bapaku pada hari beliau a.s mati, maka beliau a.s telah memberi wasiat kepadaku perkara-perkara mengenai mandi jenzah, kapannya dan bagaimana beliau a.s diletakkan di dalam kuburnya. Maka aku telah berkata: Wahai bapaku, demi Allah, aku tidak pernah melihat anda lebih baik daripada hari ini semenjak anda mengadu tentang kesakitan anda, aku tidak melihat tanda kematian pada anda. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, tidakkah anda telah mendengar Ali bin al-Husain a.s menyeru di balik dinding: Wahai Muhammad, datanglah cepat?


(247)-8. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada ‘Abd al-Malik bin A‘yan, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah menurunkan kemenangan ke atas al-Husain a.s sehingga beliau di antara langit dan bumi. Kemudian beliau telah diberi pilihan: Kemenangan atau pertemuan dengan Allah, lalu beliau telah memilih pertemuan dengan Allah”



Bab 48
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembunyi Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)☼


(248)-1. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada Abdullah bin Hammad, daripada Saif al-Tammar berkata: Kami, kumpulan Syiah telah berada bersama Abu Abdillah a.s di al-Hajr al-Aswad. Beliau a.s telah berkata: Adakah pengintip sedang melihat kepada kita? Lalu kami berpaling ke kanan dan ke kiri, tetapi kami tidak melihat seorangpun, maka kami telah berkata: Tiada pengintip melihat kami.

Maka beliau telah berkata: Demi Tuhan Ka‘bah dan binaannya-tiga kali- Jikalaulah aku telah berada di antara Musa dan Khidir, nescaya aku telah memberitahu kepada mereka berdua bahawa aku lebih mengetahui daripada mereka berdua (a‘lamu min-hu-ma) dan aku telah memberitahu kepada mereka berdua apa yang mereka berdua tidak memilikinya kerana Musa dan Khidir a.s telah diberikan ilmu tentang apa yang telah berlaku (‘ilm ma kana), mereka berdua tidak diberikan ilmu tentang apa yang akan berlaku (‘ilm ma yakun) dan sedang berlaku sehingga hari Kiamat. Sesungguhnya kami telah mewarisinya daripada Rasulullah s.a.w secara warisan.


(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu ‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu”


(250)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahl, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada ‘Abd al-Karim, daripada Jama‘ah bin Sa‘d al-Kath‘ami bahawa beliau telah berkata: Al-Mufadhdhal telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, lalu beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Allah memfardukan ketaatan seorang hamba ke atas hamba-hamba-Nya dan menyembunyikan daripadanya berita langit? Beliau a.s telah berkata: Tidak, Allah lebih mulia, lebih bersifat kasihan belas dan lebih lembut kepada hamba-hamab-Nya dari memfardukan ketaatan seorang hamba ke atas hamba-hamba-Nya, kemudian Dia menyembunyikan daripadanya berita langit, pagi dan petang.


(251)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Dhurais al-Kinasi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata- di sisinya beberapa orang daripada sahabatnya-: Aku telah merasa pelik tentang kumpulan yang mewalikan kami, menjadikan kami imam-imam dan mendakwa bahawa ketaatan kepada kami adalah wajib ke atas mereka seperti ketaatan Rasulullah s.a.w, kemudian mereka memecahkan hujah mereka dan menentang bukti yang mereka miliki disebabkan kelemahan hati mereka. Justeru, mereka telah mengurangkan hak kami dan mengaibkan perkara tersebut ke atas mereka yang telah diberikan Allah hujah dan hak mengenali kami dan menyerahkan diri mereka kepada kami. Adakah kamu fakir bahawa Allah telah memfardukan ketaatan para wali kami ke atas hamba-hamba-Nya, kemudian menyembunyikan daripada mereka berita-berita langit dan bumi serta memutuskan daripada mereka sumber ilmu yang mengandungi asas-asas agama mereka?

Humraan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda tentang pendirian Ali bin Abu Talib, al-Hasan, al-Husain, penentangan mereka, pengukuhan mereka terhadap agama Allah dan apa yang mereka alami daripada pembunuhan oleh mereka yang zalim (tawaaghit) terhadap mereka dan kemenangan mereka sehingga mereka dibunuh dan dikalahkan? Abu Ja‘far a.s telah berkata: Wahai Humraan, sesungguhnya Allah telah mentakdirkan perkara itu ke atas mereka (qad kana qaddara dhalika ‘alai-him), memerintahkannya, melakukannya dan mengakhirinya secara pilihan (sabil al-Ikhtiyar). Kemudian Dia telah melaksanakannya dengan mendahulukan ilmu kepada mereka daripada Rasulullah s.a.w, maka Ali, al-Hasan dan al-Husain a.s telah berdiri teguh [dalam perkara ini].

Dan dengan ilmu (ini), mereka telah berdiam diri. Wahai Humraan, apabila perintah Allah telah turun kepada mereka dan kebangkitan mereka yang zalim menentang mereka, (jika) mereka telah memohon kepada Allah supaya mempertahankan mereka dan mereka terus bermunajat bagi menggulingkan pemerintahan mereka yang zalim dan kehancuran pemerintahan mereka, nescaya Dia menyahuti permintaan mereka dan mempertahankan mereka. Kerana berakhirnya zaman tawaaghit dan kehancuran pemerintahan mereka adalah lebih cepat daripada tali tasbih yang dipotong, lalu ia rosak. Wahai Humraan, Apa yang telah menimpa mereka bukanlah kerana dosa yang mereka telah melakukannya dan bukan kerana balasan maksiat yang mereka telah menyalahi Allah padanya, tetapi kerana kedudukan dan kekeramatan daripada Allah yang mana Dia mahu mereka sampai kepadanya. Justeru, janganlah pendapat-pendapat yang tidak layak tentang mereka menguasai anda”


(252)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Ma‘bad, daripada Hisyam bin al-Hakam berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s di Mina lima ratus perkara tentang ilmu Kalam, maka aku mulai bertanya beliau a.s: Mereka telah berkata ini dan itu, maka beliau a.s telah berkata: Katakanlah itu dan ini, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, in adalah halal dan ini adalah haram, aku mengetahui bahawa anda adalah orangnya dan sesungguhnya anda adalah orang yang paling alim tentang ilmu Kalam. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aduhai dukacitanya anda, wahai Hisyam, sesungguhnya Allah tidak berhujah ke atas makhluk-Nya dengan hujah yang tidak ada di sisinya apa yang mereka berhajat kepadanya.


(253)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, seorang alim tidak akan menjadi seorang jahil selama-lamanya, alim dengan sesuatu, jahil dengan sesuatu, kemudian beliau a.s telah berkata: Allah adalah lebih mulia, lebih tinggi dan lebih pemurah dari memfardukan ketaatan seorang hamba yang Dia menyembunyikan daripadanya ilmu langit-Nya dan bumi-Nya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Dia tidak akan menyembunyikannya daripadanya”.



Bab 49
☼Sesungguhnya Allah Tidak Mengajar Ilmu Kepada Nabi-Nya Melainkan Dia Telah Memerintahkannya Supaya Mengajarnya Pula Kepada Amir Al-Mukminin A.S. Sesungguhnya Beliau A.S Adalah Kongsi Ilmunya (anna llaha ‘a.w lam yu‘allim nabiyya-hu illa amara-hu an yu‘allima-hu Amir al-Mu’minin wa-anna-hu kana syarika-hu fi al-‘ilm)☼


(254)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Humraan bin A‘yan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah membawa dua biji buah delima, maka Rasulullah s.a.w telah makan salah satu daripada keduanya dan membelah sebiji buah delima yang satu lagi kepada dua bahagian, kemudian baginda s.a.w telah makan sebahagiannya dan memberikan kepada Ali sebahagiannya.

Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai saudaraku, apakah anda mengetahui dua biji delima ini? Beliau a.s telah berkata: Tidak, baginda s.a.w telah bersabda: Buah delima yang pertama adalah kenabian (al-Nubuwwah) yang anda tiada bahagian padanya. Adapun buah delima kedua, maka ia adalah ilmu, justeru, anda adalah kongsiku padanya. Aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, bagaimana ia telah terjadi, sehingga beliau a.s menjadi kongsinya padanya? Beliau a.s telah berkata: Allah tidak mengajar ilmu kepada Muhammad s.a.w melainkan baginda s.a.w mengajarnya pula kepada Ali a.s”


(255)-2. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah membawa turun kepada Rasulullah s.a.w dua biji buah delima daripada syurga, lalu dia telah memberikan kedua-duanya kepadanya. Kemudian baginda s.a.w telah makan satu biji buah delima dan membelah yang lain kepada dua bahagian, maka baginda s.a.w telah memberi kepada Ali a.s sebahagiannya, lalu beliau a.s memakannya. Lantas baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, adapun satu biji buah delima yang aku telah memakannya, maka itulah kenabian, anda tiada bahagian padanya. Adapun yang satu lagi, adalah ilmu. Justeru, anda adalah kongsiku padanya (fa-anta syariki fi-ha)”


(256)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Hamid, daripada Mansur bin Yunus, daripada Ibn Udhainah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima daripada syurga, maka Ali a.s telah berjumpa dengannya dan beliau a.s telah berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda? Baginda s.a.w telah bersabda: Adapun ini, maka ia adalah kenabian yang anda tiada bahagian padanya.

Adapun ini adalah ilmu. Kemudian baginda s.a.w telah membelahnya kepada dua, lalu memberi separuhnya kepadanya dan telah mengambil separauhnya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Anda adalah kongsiku (syariki) padanya. Abu Ja‘far a.s telah berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak mengajar satu huruf daripada apa yang telah diajar oleh Allah kepadanya melainkan baginda s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s. Kemudian ilmu itu berakhir kepada kami. Kemudian beliau a.s telah meletakkan tangannya di atas dadanya”



Bab 50
☼Dimensi Ilmu Para Imam A.S (jihaat ‘uluum al-Aimmati a.s)☼


(257)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Hamzah bin Bazi‘, daripada Ali al-Sa’i, daripada Abu al-Hasan yang pertama Musa a.s telah berkata: Peringkat ilmu kami terbahagi kepada tiga: Ilmu yang telah berlalu (madhin), ilmu yang berterusan (ghabir) dan ilmu yang sedang berlaku sekarang (hadith). Adapun ilmu madhin, maka ia ditafsirkan oleh nabi s.a.w. Adapun ilmu ghabir di tulis kepada kita. Adapun ilmu hadith dicampakkan ke dalam hati dan diketukkan di telinga. Iaitu ilmu kami yang terbaik dan tiada nabi selepas nabi kita.


(258)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Zahir, daripada Ali bin Musa, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang ilmu orang alim kamu? Beliau a.s telah berkata: Warisan daripada Rasulullah s.a.w dan daripada Ali a.s. Aku telah berkata: Kami bercakap bahawa ia dicampakkan pada hati kamu dan dicakapkan pada telinga kamu. Beliau a.s telah berkata: Ya, begitulah.


(259)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Kami diriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu kami ditinggalkan atau ditulis (ghabir wa mazbur), gerakan di hati dan deringan di telinga. Maka beliau a.s telah berkata: Al-Ghabir ialah ilmu yang telah berlalu. Adapu mazbur ialah ilmu yang datang kepada kita. Adapun gerakan di hati, maka ia adalah ilham. Adapun deringan di telinga, maka ia adalah urusan malaikat.



Bab 51
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Jika Rahsia Mereka Tidak Disembunyikan, Nescaya Mereka Menceritakan Setiap Orang Akan Manfaatnya Dan Mudaratnya (anna al-Aimmata a.s lau sutira alai-him la-akhbaruu kulla imri’in bi-ma-lahu wa-‘alai-hiu)☼


(260)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abban bin Uthman, daripada ‘Abd al-Wahid bin al-Mukhtar berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jikalaulah lidah-lidah kamu diikat, nescaya aku akan menceritakan kepada setiap orang manfaatnya dan mudaratnya.


(261)-2. Dengan sanad-sanad ini, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan, daripada Abdullah bin Maskan berkata: Aku telah mendengar Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bagaimana mungkin sahabat Ali telah menanggung musibah sedangkan mereka mengetahui kematian dan musibah mereka? Beliau a.s telah menjawab kepadaku-seperti seorang pemarah- siapa lagi selain daripada mereka? Aku telah berkata: Apakah yang menghalang mereka, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Pintu ini telah ditutup kecuali al-Husain bin Ali a.s telah membuka hanya sedikit daripadanya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya mulut mereka diikat.



Bab 52
☼Penyerahan Kepada Rasulullah S.A.W Dan Para Imam A.S Dalam Urusan Agama(al-Tafwidh ila rasulillah s.a.w wa ila al-Aimmati a.s fi amr al-Din)☼


(262)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada Ali bin Ismail, daripada Safwan bin Yahya, daripada ‘Asim bin Hamid, daripada Abu Ishaq al-Nahwi berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abu Abdillah a.s, maka aku telah mendengar beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah mendidik nabi-Nya di atas kecintaan-Nya kepadanya. Justeru Dia telah berfirman: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” Kemudian Dia telah menyerahkan kuasa (tafwidh) kepadanya, maka Dia telah berfirman: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” Dan Dia telah berfirman: “Sesiapa yang telah mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah”Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya nabi Allah telah menyerahkannya kepada Ali dan mengamanahkannya kepadanya. Kamu telah menerimanya, tetapi orang ramai telah mengingkarinya. Demi Allah, bahawa kami mencintai kamu apabila kamu berkata [sesuatu]. Dan apabila kami berkata, hendaklah kamu diam. Dan apabila kami berdiam diri, maka kami di antara kamu dan Allah a.w, Allah tidak akan menjadikan seseorang lebih baik di dalam menyalahi urusan kami (ma ja‘ala llahu li-ahadin khairan fi khilaf amri-na)”

* Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abu Najran, daripada Abu Ishaq berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata, kemudian beliau telah menyebutnya sedemikian.


(263)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Yahya bin Abi ‘Imaran, daripada Yunus, daripada Bakkar bin Bakr, daripada Musa bin Asyim berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka seorang lelaki telah bertanya kepadanya satu ayat daripada Kitab Allah a.w, lalu beliau a.s telah memberitahu kepadanya tentangnya. Kemudian ada seseorang telah datang kepadanya, maka beliau telah bertanya beliau a.s tentang ayat yang sama, maka beliau a.s telah memberitahu kepadanya menyalahi apa yang dijelaskan kepada orang sebelumnya, lantaran itu, aku telah dikuasai syak tentang perkara tersebut, jika dikehendaki Allah sehingga seolah-olah hatiku dipotong dengan pisau, lalu aku telah berkata kepada diriku: Aku telah meninggalkan Abu Qatadah di Syam, tetapi beliau tidak melakukan kesalahan dengan wau dan seumpamanya sedangkan aku telah datang kepada ini (Abu Abdillah a.s) yang melakukan banyak kesalahan.

Manakala kami di dalam hal sedemikian, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepadanya, lalu beliau telah bertanya ayat yang sama, Maka beliau a.s telah memberitahu kepadanya, menyalahi apa yang beliau a.s telah memberitahunya kepadaku dan sahabatku. Aku telah mengawal diriku, maka aku telah mengetahui bahawa itu adalah taqiyyah’. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepadaku sambil berkata kepadaku: Wahai Ibn Asyim, sesungguhnya Allah a.w telah memberi kuasa (tafwidh) kepada Sulaiman bin Daud, maka Dia telah berfirman: “Inilah anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggung-jawab” dan Dia telah memberi kuasa kepada nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah berfirman: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” Maka kuasa yang mana Dia telah berikan kepada Rasulullah s.a.w, diberikannya pula kepada kami oleh Rasulullah s.a.w”


(264)-3. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijjal, daripada Tha‘labah, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far dan Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menyerahkan kuasa (tafwidh) kepada nabi-Nya s.a.w urusan makhlik-Nya supaya baginda s.a.w melihat bagaimana ketaatan mereka, kemudian beliau a.s membaca firman-Nya “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”


(265)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Umar bin Udhainah, daripada Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata kepada sebahagian sahabat Qais al-Masir: Sesungguhnya Allah telah mendidik nabi-Nya di dalam ilmu akhlak, maka Dia telah menyempurnakan pendidikannya, lalu Dia telah berfirman: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”. Kemudian Dia telah memberi kuasa (tafwidh) urusan agama dan umat kepadanya. Justeru, baginda s.a.w dapat mengurus hamba-hamba-Nya. Allah telah berfirman: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w seorang yang disokong, diberikan taufik dan diperkuatkan dengan Ruh al-Quds.

Baginda s.a.w tidak tergelincir, tidak bersalah di dalam sesuatupun di dalam pengurusan makhluk-Nya. Baginda s.a.w telah beradab dengan adab-adab Allah. Kemudian Allah telah memfardukan sembahyang dua rakaat, dua rakaat, (jumlah) sepuluh rakaat. Kemudian Rasulullah s.a.w telah menambahkan kepada dua rakaat dua rakaat dan kepada sembahyang Maghrib satu rakaat. Maka ia (tambahan) dikira sebagai menyamai fardu yang tidak harus ditinggalkannya kecuali di dalam musafir. Baginda s.a.w telah menjadikan satu rakaat di dalam sembahyang Maghrib tetap di dalam musafir dan hadhar (tidak musafir), maka Allah telah mengharuskannya (ajaza) untuknya. Justeru, sembahyang fardu adalah tujuh belas rakaat.

Kemudian Rasulullah s.a.w telah menjadikan sunnah sembahyang sunat (al-Nawaafil) tiga puluh empat rakaat, dua kali ganda sembahyang fardu. Maka Allah telah mengharuskannya semuanya untuknya. Lantaran itu, sembahyang fardu dan sembahyang sunat ialah lima puluh satu rakaat di antaranya dua rakaat selepas (al-‘Atamah) secara duduk dikira satu rakaat di tempat Witir. Allah telah memfardukan di dalam setahun puasa di dalam bulan Ramadan dan Rasulullah s.a.w telah menjadikan sunnahnya berpuasa bulan Sya‘ban (sanna Rasulullah s.a.w sauma syahr Sya‘ban) dan tiga hari pada setiap bulan seperti fardu, maka Allah telah mengharuskannya semuanya untuknya.

Allah telah mengharamkan arak dan patinya (al-Khamr bi-‘aini-ha) sementara Rasulullah s.a.w pula telah mengharamkan minuman yang memabukkan, maka Allah telah mengharuskannya semuanya untuknya. Rasulullah s.a.w telah benci sesuatu perkara dan menunjukkan baginda s.a.w tidak menyukainya, tetapi baginda s.a.w tidak mengharamkannya. Ia adalah sebagai larangan makruh. Kemudian baginda s.a.w telah menjadikan satu rukhsah (memberi kebenaran). Justeru, mengambil rakhsahnya adalah wajib di atas hamba-hamba-Nya sebagaimana mereka mengambil larangannya dan ‘Azimahnya. Tetapi Rasulullah s.a.w tidak memberi rakhsah kepada perkara yang mana baginda s.a.w telah melarangnya secara haram untuk mereka dan juga perkara yang baginda s.a.w telah menolaknya sebagai perkara fardu yang lazim seperti banyaknya minuman yang memabukkan yang mana baginda s.a.w telah melarang mereka sebagai larangan haram.

Justeru, baginda s.a.w tidak memberi rukhsah kepada seorangpun mengenainya. Begitu juga Rasulullah s.a.w tidak memberi rakhsah untuk seseorang bagi melakukan qasar dua rakaat yang telah difardukan Allah, malah baginda s.a.w mewajibkan mereka dengannya. Rasulullah s.a.w tidak memberi rukhsah kepada sesiapapun mengenai perkara tersebut kecuali kepada orang musafir. Justeru, tiada seorangpun yang dapat memberi rukhsah kepada sesuatu jika ianya tidak diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, perintah Rasulullah s.a.w menepati perintah Allah a.w, larangannya adalah larangan-Nya. Justeru, hamba-hamba-Nya wajib menyerah kepadanya sebagaimana penyerahan mereka kepada Allah tabaraka wa ta‘ala.


(266)-5. Abu ‘Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zurarah bahawa beliau telah mendengar Abu Ja‘far dan Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah t.w telah memberi kuasa (tafwidh) kepada nabi-Nya tentang urusan makhluk-Nya supaya baginda s.a.w melihat bagaimana ketaatan mereka, kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”

* Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijjal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zurarah telah meriwayatkannya seperti di atas.


(267)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah t.w telah mendidik nabi-Nya s.a.w di dalam ilmu akhlak, maka apabila ia sampai kepada tahap yang dikehendakiNya, Dia telah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung” Kemudian Dia telah memberi kuasa (tafwidh) tentang agamanya kepadanya dan telah berfirman: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” Sesungguhnya Allah a.w telah memfardukan pembahagian pusaka (al-Fara’idh), tetapi Dia tidak membahagikan sesuatupun untuk datuk (al-Jadd). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberikan kepadanya satu per enam, maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Kerana firman Allah a.w: “Inilah anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggung-jawab”


(268)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Hammad bin Uthman, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah meletakkan diat mata, diat diri (al-Nafs) dan mengharamkan al-Nabidh (arak daripada anggur) dan setiap yang memabukkan. Seorang lelaki telah berkata kepadanya: Adakah Rasulullah s.a.w telah meletakkan atau menetapkan [sesuatu] tanpa datang kepadanya sesuatu? Beliau a.s telah berkata: Ya, agar baginda s.a.w mengetahui siapakah yang mentaati Rasul di kalangan yang menderhakainya”


(269)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, berkata: Aku telah mendapati di dalam Nawaadir Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, Allah tidak memberi kuasa (tafwidh) kepada seorangpun daripada makhluk-Nya kecuali kepada Rasulullah s.a.w dan kepada para imam a.s. Allah telah berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu” Ayat ini juga berlaku kepada para wasi a.s.


(270)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada al-Hasan bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Allah telah mendidik Rasul-Nya sehingga Dia telah menguatkannya menurut kehendakNya. Kemudian Dia telah memberi kuasa (tafwidh) kepadanya, lalu Dia telah berfirman: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” Maka Allah telah memberi kuasa (tafwidh) kepadanya. Kemudian baginda s.a.w telah memberinya pula kepada kami.


(271)-10. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian sahabatnya, daripada al-Husain bin Abd al-Rahman, daripada Sandal al-Khayyat, daripada Zaid al-Syahham berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Inilah anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggung-jawab” Beliau a.s telah berkata: Dia telah memberi kepada Sulaiman kerajaan yang besar, kemudian berlaku ayat ini kepada Rasulullah s.a.w, maka baginya hak untuk memberi kepada sesiapa yang baginda s.a.w kehendaki atau menegah sesiapa yang baginda s.a.w kehendaki. Allah telah memberi kepadanya lebih baik daripada apa yang Dia telah berikan kepada Sulaiman sebagaimana firman-Nya: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”



Bab 53
☼Tentang Para Imam A.S Yang Menyerupai Mereka Yang Telah Berlalu Dan Kebencian Bercakap Tentang Mereka Dengan Kenabian (fi anna al-Aimmata a.s bi-man yasybahuun bi-man madha wa karahiyat al-Qaul fi-him bi al-Nubuwwati)☼


(272)-1. Abu ‘Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Humraan bin A‘yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Apakah kedudukan para ulama? Beliau a.s telah berkata: Seperti (kedudukan) Dhu al-Qarnain, sahabat Sulaiman dan sahabat Musa a.s.


(273)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Husain bin Abi al-‘Alaa’ berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Ia berakhir tentang halal dan haram kepada kami. Adapun tentang kenabian, maka ia adalah tidak.


(274)-3. Muhammad bin Yahya al-‘Asy‘ari, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin ‘Imran al-Halabi, daripada Ayyub bin al-Hurr, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menamatkan para nabi dengan nabi kamu, justeru, tiada nabi selepasnya. Dia telah menamatkan kitab-kitab dengan Kitab kamu, justeru, tiada kitab selepasnya selama-lamanya. Dia telah menurunkan padanya penerangan kepada setiap sesuatu. Dia telah menciptakan kamu dan Dia telah menciptakan langit dan bumi. Dia telah menceritakan berita sebelum kamu dan menghuraikannya kepada kamu. Dia telah memberitahu cerita selepas kamu, urusan syurga, neraka dan apa yang kamu akan jadi.


(275)-4. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang muhaddath, maka aku telah berkata: Anda telah berkata: Seorang nabi? Beliau telah berkata: Maka beliau a.s telah menggerakkan tangannya begini, kemudian beliau a.s telah berkata: Atau seperti sahabat Sulaiman atau sahabat Musa atau Dhu al-Qarnain atau tidakkah berita telah sampai kepada kamu bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Di kalangan kamu ada orang seperti Dhu al-Qarnain…)?


(276)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Buraid bin Mu‘awiyah, daripada Abu Ja‘far dan Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah kedudukan kamu? Dan siapakah yang menyerupai mereka yang telah berlalu? Beliau a.s telah berkata: Sahabat Musa dan Dhu al-Qarnain, mereka berdua adalah alim, tetapi bukanlah nabi.


(277)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Barqi, daripada Abu Talib, daripada Sudair berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhnya satu kumpulan menganggap kamu tuhan-tuhan (aalihatun). Mereka membaca kepada kami al-Qur’an: “Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi” Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, pendengaranku, penglihatanku, kulitku, dagingku, darahku dan rambutku meninggalkan mereka dan Allah telah meninggalkan (bari’a) mereka. Mereka itu bukanlah di atas agamaku dan bukanlah di atas agama bapa-bapaku. Allah tidak akan mengumpulkan aku dan mereka pada hari Kiamat kecuali Dia memarahi mereka. Aku telah berkata: Di sisi kami ada kumpulan yang menganggap bahawa kamu semua adalah para rasul. Mereka telah membaca kepada kami al-Qur’an: “Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjalah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, pendengaranku, penglihatanku, rambutku, kulitku, dagingku dan darahku telah meninggalkan mereka dan Allah juga telah meninggalkan mereka. Mereka itu bukanlah di atas agamaku dan bukanlah di atas agama bapa-bapaku. Allah tidak akan mengumpulkan aku dan mereka pada hari Kiamat kecuali Dia memarahi mereka. Aku telah berkata: Siapakah kamu? Beliau a.s telah berkata: Kamilah penyimpan ilmu Allah, kamilah terjemahan urusan Allah, kamilah golongan yang maksum. Allah telah memerintah (hamba-hamba-Nya) supaya mentaati kami dan Dia melarang (mereka) dari menderhakai kami. Kamilah Hujjah yang sampai kepada mereka yang tinggal di bawah langit dan di atas bumi”


(278)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, dariapda al-Husain bin Sa‘id, daripada Abdullah bin Bahr, daripada Ibn Maskan, dariapda ‘Abd al-Rahman bin Abi Abdillah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Para imam adalah kedudukan Rasulullah s.a.w kecuali mereka bukanlah para nabi (al-Aimmatu bi-manzilati Rasulullah s.a.w illa anna-hum laisuu bi-anbiyaa’). Tidak halal untuk mereka mempunyai (bilangan) isteri yang dihalalkan untuk nabi s.a.w. Adapun selain daripada itu, maka mereka seperti kedudukan Rasulullah s.a.w.



Bab 54
☼Para Imam A.S Muhaddathuun Mufahhamuun (anna al-Aimmata a.s muhaddathuun mufahhamuun)☼


(279)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijjal, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada ‘Ubaid bin Zurarah berkata: Abu Ja‘far a.s telah mengutus Zurarah supaya memberitahu al-Hakam bin ‘Utbah bahawa para wasi Muhammad a.s muhaddathuun.


(280)-2. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Saleh, daripada Ziyad bin Suqah, daripada al-Hakam bin ‘Utaibah berkata: Suatu hari aku telah berjumpa dengan Ali bin al-Husain a.s, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, adakah anda mengetahui ayat yang dengannya Ali bin Abu Talib mengetahui pembunuhnya dan beliau a.s mengetahui dengannya perkara-perkara yang besar? Al-Hakam berkata: Aku telah berkata kepada diriku: Aku akan mengetahui sebahagian ilmu daripada ilmu Ali bin al-Husain, aku akan mengetahui dengannya perkara-perkara yang besar. Maka aku telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya. Kemudian aku telah berkata: Ayat yang menceritakan kepadaku mengenainya, wahai anak lelaki Rasulullah?

Beliau a.s telah berkata: Iaitu firman Allah: “Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, seorang nabi dan seorang (muhaddath)”. Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah seorang muhaddath. Seoranmg lelaki yang dikenali dengan nama Abdullah bin Zaid, saudara Ali di sebelah ibunya, Subhana llah beliau a.s seorang muhaddath? Seolah-olah beliau mengingkarinya. Tiba-tiba Abu Ja‘far a.s telah datang kepada kami, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya anak lelaki ibu anda (Abdullah bin Ziyad) telah mengetahuinya. Apabila beliau a.s telah berkata sedemikian, lelaki itu telah berdiam diri. Beliau a.s telah berkata: Inilah yang telah membuat Abu al-Khattab telah binasa. Dia tidak mengetahu takwil seorang muhaddath dan seorang nabi.


(281)-3. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Ismail berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Para imam adalah ulama yang benar, boleh memahami secara sempurna dan muhaddathuun.


(282)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada seorang lelaki, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Perkataan muhaddath disebut di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata: Beliau mendengar suara, tetapi tidak melihat orangnya. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana beliau mengetahui percakapan malaikat? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan diberikan ketenangan, keamanan sehingga beliau mengetahui bahawa ia adalah percakapan malaikat.


(283)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Humraan bin A‘yan berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah muhaddath, maka aku pun telah keluar kepada para sahabatku, maka aku telah berkata: Aku telah mendatangi kamu dengan satu perkara yang pelik. Mereka telah berkata: Apakah dia? Maka aku telah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Ali adalah muhaddath. Mereka telah berkata: Anda tidak melakukan sesuatu, kenapa anda tidak bertanya kepadanya siapakah yang beliau bercakap dengannya?

Maka akupun telah kembali kepadanya, maka aku telah bertanya kepadanya: Sesungguhnya aku telah menceritakan kepada para sahabatku apa yang anda telah menceritakannya kepadaku. Mereka telah berkata: Anda tidak melakukan sesuatu, anda tidak bertanya kepadanya siapakah yang beliau a.s bercakap dengannya? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Malaikat yang bercakap dengannya, aku telah berkata: Anda telah berkata: Sesungguhnya beliau a.s seorang nabi? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menggerakkan tangannya begini atau seperti sahabat Sulaiman atau sahabat Musa atau seperti Dhu al-Qarnain atau tidakkah berita telah sampai kepada kamu bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s telah berkata: Di kalangan kamu ada orang seperti Dhu al-Qarnain.



Bab 55
☼Tentang Sebutan Roh-Roh Pada Para Imam A.S (fi-hi dhikr al-Arwaah al-Lati fi al-Aimmati a.s)☼


(284)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, dariapda Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Jabir al-Ja‘fi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk tiga jenis, iaitu sebagaimana firman-Nya a.w “Dan kamu menjadi tiga golongan, iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan mereka yang paling dahulu beriman. Balasan kepada mereka yang paling dahulu beriman. Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah)”

Al-Sabiquun (mereka yang paling dahulu beriman) ialah para rasul a.s dan mereka yang mempunyai perhubungan yang istimewa dengan Allah daripada makhluk-Nya. Dia telah menjadikan pada mereka lima roh (arwaah). Dia telah menyokong mereka dengan ruh al-Quds, maka dengannyalah mereka telah mengetahui berbagai perkara. Dia telah menyokong mereka dengan roh iman, maka dengannyalah mereka telah takut kepada Allah a.w. Dia telah menyokong mereka dengan roh kekuatan, maka dengannyalah mereka telah mampu melakukan ketaatan kepada Allah.

Dia telah menyokong mereka dengan roh syahwat, maka dengannyalah mereka rindukan ketaatan kepada Allah a.w dan membenci kemaksiatan kepada-Nya. Dia telah menjadikan pada mereka roh al-Madraj (roh pergerakan) yang dengannyalah manusia pergi dan datang. Dia telah menjadikan pada mukminin dan golongan kanan roh iman, maka dengannyalah mereka telah takut kepada Allah. Dia telah menjadikan pada mereka roh kekuatan, maka dengannyalah mereka telah mampu untuk mentaati Allah. Dia telah menjadikan pada mereka roh syahwat, maka dengannyalah mereka rindukan ketaatan kepada Allah. Dan Dia telah menjadikan pada mereka roh al-Madraj, maka dengannyalah manusia pergi dan datang.


(285)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Musa bin ‘Umru, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang ilmu seorang alim, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya para nabi dan para wasi mempunyai lima roh (arwaah). Roh kudus, roh iman, roh kehidupan, roh kekuatan dan roh syahwat. Maka dengan roh kudus, wahai Jabir, mereka telah mengetahui apa yang ada di bawah Arasy sehingga apa yang ada di bawah bumi. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Jabir, sesungguhnya empat roh ini akan berlaku perubahan di luar dugaan padanya, tetapi roh kudus tidak akan berlaku perubahan padanya.


(286)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abdullah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya ilmu seorang imam [mengetahui] di seluruh pelusuk bumi sedangkan beliau a.s berada di rumahnya yang ditutupi langsirnya? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah telah menjadikan pada nabi lima roh: Roh kehidupan, maka dengannyalah beliau berjalan dan pergi, roh kekuatan, maka dengannyalah beliau bangkit dan berjuang. Roh syahwat, maka dengannyalah beliau makan, minum dan “datang” kepada perempuan secara halal. Roh iman, maka dengannyalah beliau beriman dan melakukan keadilan. Dan roh kudus, maka dengannyalah beliau menanggung kenabian. Apabila nabi s.a.w mati, maka roh kudus berpindah kepada imam a.s. Roh kudus tidak tidur, tidak lupa, tidak bermain dan tidak berlaku perubahan padanya. Adapun empat roh yang lain, tidur, lalai, bermain dan boleh berubah. Beliau (nabi/imam) melihat sesuatu melalui roh kudus.



Bab 56
☼Roh Yang Diarahkan Oleh Allah Ke Atas Para Imam A.S (al-Ruh al-Lati yusaddidu llahu bi-ha al-Aimmata a.s)☼


(287)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Abi al-Sabah al-Kinani, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu” Beliau a.s telah berkata: Satu makhluk daripada makhluk-makhluk Allah a.w yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail. Dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w menceritakannya, mengarahkannya dan dia bersama para imam selepasnya.


(288)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada Asbat bin Salim berkata: Seorang lelaki daripada penduduk Hit (Iraq) telah bertanya kepadanya-aku telah hadir berasamanya-tentang firman Allah a.w “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami” Maka beliau a.s telah berkata: Semenjak Allah a.w menurunkan roh itu ke atas Muhammad s.a.w (mundhu anzala llahu a.w dhalika al-Ruh ‘ala Muhammad), dia tidak pernah naik ke langit (ma sa‘ada ila al-Sama’), sesungguhnya dia ada bersama kami (inna-hu la-fi-na).


(289)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada urusan Tuhanku” Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w, dia bersama para imam. Dia adalah dari alam malaikat (malakut).


(290)-4. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abi Ayyub al-Khazzaz, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman-Nya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada urusan Tuhanku” Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia tidak pernah berada bersama sesiapapun selain daripada Muhammad s.a.w dan dia bersama para imam memberi arahan kepada mereka dan tiada semua yang diminta itu, boleh didapati”


(291)-5. Muhammad bin Yahya, daripada ‘Imran bin Musa, daripada Musa bin Ja‘far, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang ilmu, adakah ia ilmu yang dipelajari seorang alim daripada mulut lelaki atau pada Umm al-Kitab yang kamu membacanya, justeru, kamu mengetahui daripadanya? Beliau a.s telah berkata: Perkara itu adalah lebih besar daripada itu dan lebih penting. Tidakkah anda telah mendengar firman Allah a.w: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu”

Kemudian beliau a.s telah berkata: Apakah pendapat para sahabat anda tentang ayat ini, adakah mereka mengakui bahawa baginda s.a.w tidak mengetahui apakah Kitab dan apakah iman? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui-aku telah menjadikan diriku tebusan anda- apa yang mereka katakan, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, baginda s.a.w telah berada di dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan tidak mengetahui apakah iman sehingga Allah mengutus roh yang disebutkan di dalam al-Qur’an. Apabila Dia mewahyukannya kepadanya, maka baginda s.a.w telah mengetahui dengannya ilmu dan kefahaman. Iaitu roh yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Apabila Dia memberikan roh kepada seseorang, maka roh itu mengajarnya kefahaman (ilmu).


(292)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Husain bin Abi al-‘Alaa’, daripada Sa‘d al-Askaaf berkata: Seorang lelaki telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s bertanya kepadanya tentang roh, adakah dia itu Jibrail? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Jibrail adalah daripada malaikat sementara roh bukanlah Jibrail. Kemudian beliau a.s telah mengulanginya kepada lelaki itu.

Lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya anda telah bercakap perkara yang besar, tiada seorangpun menyangka bahawa roh bukan Jibrail, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya anda seorang yang sesat, anda telah meriwayatkannya daripada mereka yang sesat. Allah telah berfirman kepada nabi-Nya s.a.w “Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakannya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. Dia menurunkan para malaikat dengan roh dengan perintah-Nya” Dan roh bukanlah malaikat a.s.



Bab 57
☼Waktu Seorang Imam Mengetahui Semua Ilmu Imam Sebelumnya (waqtu ma ya‘lamu al-Imam jami‘ ‘ilm al-Imam al-Ladhi ma kana qabli-hi)☼


(293)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Sa‘id, dariapda Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang bilakah [imam] yang akhir mengetahui apa yang ada pada [imam] yang pertama? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir sebelum pemergian rohnya.


(294)-2. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada ‘Ubaid bin Zurarah dan kumpulan bersamanya berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang selepas imam mengetahui ilmu imam sebelumnya pada minit akhir sebelum pemergian rohnya”


(295)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ali bin Asbat, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bilakah imam mengetahui imamahnya dan urusannya berakhir kepadanya? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir kehidupan [imam] pertamanya.


Bab 58
☼Para Imam A.S Adalah Sama Dari Sudut Ilmu, Keberanian Dan Ketaatan (fi anna al-Aimmata a.s fi al-‘ilmi wa al-Syaja‘ati wa al-Ta‘ati sawaa’)☼


(296)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada al-Khasyyab, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah berfirman: “Dan mereka yang beriman dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka” Beliau a.s telah berkata: “Mereka yang beriman” ialah nabi dan Amir al-Mukminin a.s dan “zuriat”nya ialah para imam dan para wasi a.s. “Kami hubungkan dengan mereka” Kami tidak menguranginya. “zuriat mereka” ialah Hujjah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w pada Ali a.s dan Hujjah mereka seorang demi seorang serta ketaatan mereka adalah satu”


(297)-2. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Daud al-Nahdi, daripada Ali bin Ja‘far, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Kami dari sudut ilmu dan keberanian adalah sama sementara dari sudut pemberian pula menurut apa yang diperintahkan kepada kami”


(298)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin Ismail, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kami dari sudut urusan, kefahaman, halal dan haram adalah satu (sama). Adapun Rasulullah s.a.w dan Ali mempunyai kelebihan mereka berdua.



Bab 59
☼Sesungguhnya Imam A.S Mengetahui Imam Selepasnya Dan Firman Allah “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya” Diturunkan kepada Mereka A.S (anna al-Imam a.s ya‘rifu al-Imam al-Ladhi yakun min ba‘di-hi au anna qaula llahi ta‘ala “inna llahi ya’muri-kum an tuadduu al-Amanaat ila ahli-ha)☼


(299)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Ahmad bin ‘Aidh, daripada Udhainah, daripada Buraid al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil” Beliau a.s telah berkata: Ianya dimaksudkan kepada kami, [imam] yang pertama menyampaikan kepada imam selepasnya buku-buku, ilmu dan senjata (al-Silaah).

“Dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil” yang berada di tangan kamu. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada orang ramai tentang firman-Nya: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu”Ayat ini diturunkan khusus untuk kami. Dia telah memerintahkan semua muslimin sehingga hari Kiamat supaya mentaati kami. “Sekiranya kamu khuatir pertelingkahan di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah ia kepada Allah, kepada Rasul dan uli l-amri daripada kamu”. Demikianlah ia diturunkan. Bagaimana Allah memerintahkan mereka supaya mentaati wulaat al-Amri dan memberi kebenaran untuk menentang mereka? Sesungguhnya dikatakan sedemikian kepada mereka yang diperintahkan kepada mereka: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu”


(300)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Husain bin Ali al-Wasya’, daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam daripada keluarga Muhammad a.s supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikannya daripadanya.


(301)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikanya daripadanya.


(302)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Ibn Abi Ya‘fur, daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal” Beliau a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan imam yang pertama supaya menyerahkan kepada imam selepasnya setiap sesuatu di sisinya.


(303)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada al-‘Alaa’ bin Razin, daripada Abdullah bin Abi Ya‘fur, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang imam tidak akan mati sehingga beliau mengetahui orang yang akan menjadi imam selepasnya, maka beliau memberi wasiat kepadanya”


(304)-6. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Abi Uthman, daripada al-Mu‘alla bin Khanis, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam mengetahui imam selepasnya, lalu beliau memberi wasiat kepadanya”


(305)-7. Ahmad, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Abu Abdillah al-Barqi, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Sulaiman bin Khalid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang alim tidak akan mati sehingga Allah memberitahu kepadanya siapa yang beliau akan memberi wasiat kepadanya”



Bab 60
☼Sesungguhnya Imamah Adalah Janji Daripada Allah A.W Yang Dijanjikan Daripada Seorang Imam Kepada Seorang Imam Yang Lain A.S (anna al-Aimmata ‘ahdun mina llahi a.w ma‘huud min wahid ila wahid a.s)☼


(306)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ berkata: Umar bin Abban telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka mereka telah menyebut para wasi, aku telah menyebut Isma‘il, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, tidak, wahai Abu Muhammad, ianya bukan untuk kita (melakukannya), ianya adalah untuk Allah a.w, Dia melantik seorang [imam] selepas seorang [imam].


(307)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada ‘Umru bin al-Asy‘ath berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah anda berpendapat bahawa orang yang memberi wasiat (al-Musi) di kalangan kami akan memberi wasiat kepada sesiapa yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi janji daripada Allah dan Rasul-Nya daripada seorang lelaki kepada seorang lelaki sehingga urusan berakhir kepadanya”

* Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada Minhal, daripada ‘Umru bin al-Asy‘ath, daripada Abu Abdillah a.s tentang riwayat yang sama.


(308)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Bakr bin Salih, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada ‘Aitham bin Aslam, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya imamah adalah janji daripada Allah yang dijanjikan kepada lelaki yang dinamakannya. Seorang imam tidak boleh mengetepikan seorang imam selepasnya. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada Daud a.s “Ambillah seorang wasi daripada keluarga engkau kerana ketetapan telah berlaku pada ilmu-Ku yang terdahulu bahawa Aku tidak akan mengutus seorang nabi kecuali beliau mempunyai wasi daripada keluarganya. Daud mempunyai anak yang ramai. Di antara anak-anaknya ialah seorang yang masih muda, ibunya dicintai oleh Daud.

Pada suatu hari Daud telah mendatanginya ketika turunnya wahyu, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah a.w telah mewahyukan kepadaku, memerintahkan aku supaya aku mengambil seorang wasi daripada keluargaku, lantas isterinya berkata kepadanya: Harapan agar anakku dipilih? Beliau a.s telah berkata: Itulah yang aku mahu. Tetapi telah berlaku pada ilmu Allah bahawa “beliau” adalah Sulaiman. Kemudian Allah mewahyukan kepada Daud: Janganlah kamu gopoh sebelum datang perintah-Ku. Tidak lama selepas itu, dua orang lelaki yang bertengkar mengenai kambing dan kebun anggur datang kepadanya, lalu Allah mewahyukan kepadanya: Kumpulkan anak-anak kamu, maka sesiapa yang dapat memberi hukuman di dalam masalah ini dan tepat pula, maka dia adalah wasi kamu selepas kamu”. Kemudian Daud telah mengumpulkan anak-anaknya.

Manakala dua orang lelaki yang bertengkar itu menceritakan kes masing-masing, Sulaiman a.s telah berkata: Wahai pemilik kebun anggur, bilakah kambing lelaki ini telah memasuki kebun anggur anda? Dia telah berkata: Kambingnya telah memasukinya pada waktu malam. Beliau a.s telah berkata: Aku menghukum ke atas anda, wahai pemilik kambing, dengan anak-anak kambing anda dan bulu-bulunya pada tahun ini. Kemudian Daud telah berkata kepadanya: Kenapa anda tidak menghukum tengkuk-tengkuk kambing itu sendiri sedangkan Bani Israel telah menghukumnya sedemikian dan harga kebun anggur adalah sebanyak nilai kambing? Sulaiman telah berkata: Kebun anggur itu tidak dimusnahkan sepenuhnya, sesungguhnya ia dimakan sekadar kenyang sahaja dan ia akan berbuah kembali.

Maka Allah telah mewahyukan kepada Daud: Sesungguhnya penghakiman di dalam kes ini adalah mengikut hukuman Sulaiman. Wahai Daud, engkau telah kehendaki sesuatu, tetapi Kami kehendaki sesuatu yang lain”. Daud telah datang kepada isterinya dan berkata: Kami kehendaki suatu perkara, tetapi Allah kehendaki suatu perkara yang lain. Justeru, sesuatu itu tidak akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki Allah a.w. Sesungguhnya kami telah meredai dengan perintah Allah a.w dan kami menerimanya. Begitu juga dengan para wasi a.s, mereka tidak boleh melampaui perintah ini dengan memberikannya kepada orang lain.

Al-Kulaini telah berkata: Makna hadis pertama: Jika kambing itu telah memasuki kebun anggur di waktu siang, maka pemilik kambing tidak dikenakan apa-apapun kerana pemilik kambing boleh melepaskan kambingnya di waktu siang memakan rumput dan pemilik kebun anggur menjaga kebunnya. Pemilik kambing hendaklah mengikat kambingnya di waktu malam. Sementara pemilik kebun anggur pula hendaklah tidur di waktu malam.


(309)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibn Bukair dan Jamil, daripada ‘Umru bin Mus‘ab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah kamu fikir bahawa orang yang memberi wasiat di kalangan kami memberi wasiatnya kepada siapa saja yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi ia adalah janji daripada Rasulullah s.a.w kepada seseorang, kemudian kepada seseorang sehingga berakhir kepada dirinya.


Bab 61
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Tidak Pernah Melakukan Sesuatu Dan Tidak Akan Melakukan Sesuatu Melainkan Dengan Janji Allah A.W Dan Perintah DaripadaNya Serta Mereka Tidak Akan Melampauinya (anna al-Aimmata a.s lam yaf‘aluu syai’an wa la yaf‘aluuna illa bi-‘ahdin mina llahi a.w wa-amrin min-hu la yatajawazuuna-hu)☼


(310)-1. Muhammad bin Yahya dan al-Husain bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Ali bin al-Husain bin Ali, daripada Ismail bin Mihran, daripada Abi Jamilah, daripada Mu‘adh bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya wasiat telah turun dari langit ke atas Muhammad di dalam bentuk tulisan (kitab), tidak diturunkan ke atas Muhammad s.a.w di dalam bentuk tulisan yang dibubuh cap (kitab makhtum) melainkan wasiat. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat anda pada umat anda di sisi ahlu Bait anda (ahl baitai-ka). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ahlu Baitku yang mana satu, wahai Jibrail?

Dia berkata: Orang yang dipilih oleh Allah di kalangan mereka dan zuriatnya supaya beliau mewarisi ilmu kenabian daripada anda sebagaimana diwarisi oleh Ibrahim a.s dan warisannya adalah untuk Ali a.s dan zuriat anda daripada salbinya. Beliau a.s telah berkata: Ia mempunyai beberapa cap di atasnya. Ali a.s telah membuka cap yang pertama dan mengeluarkan apa yang ada di dalamnya. Kemudian al-Hasan a.s telah membuka cap yang kedua dan melakukan apa yang diperintahkan kepadanya. Apabila al-Hasan mati dan berlalu, al-Husain a.s telah membuka cap yang ketiga, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Perangilah, bunuhlah dan anda akan dibunuh. Keluarlah dengan beberapa kumpulan untuk mati syahid. Tiada syahadah bagi mereka melainkan dengan anda. Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah melakukannya. Sebelum beliau a.s mati, beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s.

Kemudian beliau a.s telah membuka cap yang keempat, maka beliau a.s telah mendapatinya: Diamlah dan rendahlah kepala anda di dalam diam kerana ilmu telah disembunyikan. Apabila beliau a.s mati dan berlalu, beliau a.s telah memberikannya kepada Muhammad bin Ali a.s, maka beliau a.s telah membuka cap yang kelima, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Tafsirlah Kitab Allah, perkuatkan apa yang dilakukan oleh bapa anda, wariskan kepada anak lelaki anda, bangunkan umat dan berdirilah dengan kebenaran Allah a.w, berkata benar pada masa takut dan masa aman. Janganlah anda takut melainkan Allah, maka beliau telah melakukannya.

Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada orang yang mengikutinya. Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka andalah orangnya? Beliau a.s telah berkata: Tiada apa-apa bagiku kecuali anda akan pergi, wahai Mu‘adh, dan anda meriwayatkannya [bagi] menentangku. Aku telah berkata: Aku pohon kepada Allah yang telah memberikan kepada anda daripada bapa-bapa anda kedudukan ini supaya memberikannya kepada anda dan anak anda seumpamanya sebelum kematian anda? Beliau a.s telah berkata: Allah telah melakukannya, wahai Mu‘adh, aku telah berkata: Siapakah dia? Beliau a.s telah berkata: Ini yang sedang tidur- beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada seorang hamba Allah yang saleh- Beliaulah yang sedang tidur itu.


(311)-2. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abi al-Hasan al-Kinani, daripada Ja‘far bin Najih al-Kindi, daripada Muhammad bin Ahmad bin ‘Ubaidillah al-‘Umari daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah menurunkan ke atas nabi-Nya s.a.w kitab sebelum kematiannya. Maka Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat engkau kepada mereka yang mulia daripada keluarga engkau (hadhihi wasiyatu-ka ila al-Nujabah min ahli-ka), baginda s.a.w telah bersabda: Siapakah yang mulia itu, wahai Jibrail? Dia berkata: Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya a.s.

Di atas kitab itu terdapat beberapa cap daripada emas (khawatim min dhahabin), lalu Nabi s.a.w telah memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan memerintahkannya supaya memecahkan satu cap daripadanya serta beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Lalu Amir al-Mukiminin a.s telah memecahkannya dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya al-Hasan a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada al-Husain a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau a.s telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Keluarlah bersama satu kumpulan kepada kesyahidan (syahadah), maka tiada syahadah bagi mereka melainkan bersama anda, juallah diri anda kepada Allah a.w, maka beliau a.s telah melakukannya.

Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s, lalu beliau telah memecahkan satu cap, kemudian beliau telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Rendahkanlah diri anda di dalam diam dan janganlah anda bercakap, tinggal di rumah anda dan sembahlah Tuhan anda sehingga kematian mendatangi anda. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Muhammad bin Ali a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau telah mendapati di dalamnya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka dan janganlah anda takut melainkan Allah a.w kerana tiada jalan bagi seseorang (menyakiti) anda, maka beliau a.s telah melakukannya.

Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya Ja‘far a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, maka beliau a.s telah mendapati di dalam-nya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka, sibarlah ilmu Ahlu l-Bait anda, sokonglah bapa-bapa anda yang saleh, janganlah anda takut selain daripada Allah a.w dan anda adalah di dalam jagaan dan keamanan[Nya]. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Musa a.s. Demikianlah Musa a.s memberikannya kepada orang selepasnya, demikianlah seterusnya sehingga kemunculan al-Mahdi a.s.


(312)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Dhurais al-Kunasi, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Humraan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda tentang apa yang telah berlaku kepada Ali, al-Hasan, al-Husain, penentangan mereka, pendirian mereka dengan agama Allah dan apa yang dialami oleh mereka daripada pembunuhan mereka yang zalim terhadap mereka dan kemenangan [mereka] ke atas mereka sehingga mereka telah dibunuh dan dikalahkan? Abu Ja‘far a.s telah berkata: Wahai Humaraan, sesungguhnya Allah telah menetap dan menentukan perkara tersebut [berlaku] ke atas mereka. Justeru, dengan ilmu yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka, maka Ali, al-Hasan dan al-Husain telah berdiri dengan teguh dan dengan ilmulah mereka telah berdiam diri [tentangnya].


(313)-4. Al- Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Harith bin Ja‘far, daripada Ali bin Isma’il bin Yaqtin, daripada Isa bin al-Mustafad Abi Musa al-Dharir berkata: Musa bin Ja‘far a.s telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Tidakkah Amir al-Mukminin a.s penulis wasiat (katib al-Wasiyyah), Rasulullah s.a.w melakukan imlak ke atasnya. Sementara Jibrail dan para malaikat yang terdekat telah menjadi saksi? Maka beliau a.s telah merendahkan kepalanya beberapa ketika, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Hasan, ia sebagaimana anda telah katakan, tetapi ketika perintah (tentang wasiat itu) telah turun kepada Rasulullah s.a.w, wasiat telah turun dari sisi Allah merupakan sebuah kitab yang dicapkan (kitaban musajjalan).

Jibrail telah menurunkannya bersama malaikat daripada Allah. Jibrail telah berkata: Wahai Muhammad, perintahkan supaya sesiapa di sisi anda supaya keluar melainkan wasi anda supaya beliau menerimanya daripada kami dan memanggil kami menjadi saksi di atas penyerahannya oleh anda kepadanya, menjamin bahawa ia adalah untuknya-Iaitu Ali a.s- maka Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya mereka yang ada di rumahnya supaya keluar selain daripada Ali dan Fatimah a.s telah berada di antara langsir dan pintu. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, Tuhan anda memberi salam kepada anda dan berfirman: Ini adalah kitab yang Aku telah janjikan kepada engkau, Aku menurunkannya ke atas engkau, Aku telah menjadi saksi ke atasnya dan para malaikat-Ku telah menjadi saksi ke atas engkau dan cukuplah bagiKu, wahai Muhammad, menjadi saksi. Beliau a.s telah berkata: Sendi-sendi Nabi s.a.w mulai gementar, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, Tuhanku adalah keamanan, daripadaNyalah [datangnya] keamanan dan kepadaNyalah kembali[nya] keamanan.

Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah a.w dan Dia menunaikan janji-Nya. Berilah kepadaku kitab itu, lalu Jibrail memberikannya kepadanya dan dia memerintahkannya supaya memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s, maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Bacalah, lalu beliau a.s membacanya satu huruf kepada satu huruf yang lain. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, inilah janji Tuhanku kepadaku, Dia telah mengenakannya ke atasku dan ia adalah amanah-Nya. Aku telah menyampaikannya, aku telah menasihatinya dan aku telah melakukannya.

Maka Ali a.s telah berkata: Aku menjadi saksi kepada anda, [dengan bapaku, ibuku dan anda] dengan penyampaian itu, nasihat dan kebenaran di atas apa yang disabdakan oleh anda. Pendengaranku, penglihatanku, dagingku dan darahku menjadi saksi kepada anda. Maka Jibrail a.s telah berkata: Dan aku di kalangan mereka yang menjadi saksi kepada kamu berdua. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, adakah anda telah mengambil wasiatku, anda telah mengetahuinya, anda telah menjamin untuk Allah dan akan melaksankan apa yang ada di dalamnya? Ali a.s telah berkata: Ya, dengan bapaku, anda dan ibuku, aku menjaminnya dan semoga Allah menolongku dan memberi taufik kepadaku untuk melaksanakannya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya aku mahu menjadi saksi ke atas anda di atas pelaksanaanku dengannya pada hari Kiamat.

Ali a.s telah berkata: Ya, persaksikanlah, maka Nabi s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Jibrail dan Mikail hadir di antara aku dan anda sekarang, mereka berdua hadir bersama para malaikat yang terdekat supaya mereka menjadi saksi di atas anda. Maka beliau a.s telah berkata: Ya, biarlah mereka menjadi saksi dan aku- [bersumpah] dengan bapaku, anda dan ibu anda-aku pula menjadi saksi kepada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w telah menjadi saksi kepada mereka. Ini adalah di antara syarat yang dikenakan oleh Nabi s.a.w dengan perintah Jibrail a.s yang diperintahkan oleh Allah supaya baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Ali, anda sempurnakan persahabatan dengan mereka yang mewalikan Allah dan Rasul-Nya, penolakan dan permusuhan dengan mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Penolakan terhadap mereka dengan kesabaran daripada anda, memadamkan kemarahan di atas kehilangan hak anda, perampasan khumus anda dan pencabulan kehormatan anda?

Maka beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Rasulullah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Demi Yang telah membelah bijian dan menciptakan jiwa, sesungguhnya aku telah mendengar Jibrail a.s berkata kepada Nabi s.a.w: Wahai Muhammad, beritahulah kepadanya bahawa kehormatannya akan dicabuli dan ia adalah kehormatan Allah dan Rasulullah s.a.w. Janggutnya akan berlumuran dengan darah dari kepalanya dengan banyak. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Aku telah terperanjat ketika aku memahami perkataan daripada Jibrail yang dipercayai sehingga aku telah berkata: Ya, aku telah menerimanya dan aku telah meredainya sekalipun kehormatan dicabuli, sunnah-sunnah dibekukan, Kitab dikoyakkan, Ka‘bah diruntuhkan, janggutku akan berlumuran dengan darah dari kepalaku dengan banyak, aku bersabar, menghisab diri [ku] sehingga aku menghadapi anda (pada hari Kiamat).

Kemudian Rasulullah s.a.w telah memanggil Fatimah, al-Hasan dan al-Husain, melaporkannya kepada mereka sebagaimana baginda s.a.w telah melaporkannya kepada Amir al-Mukminin a.s. Kemudian mereka semua telah berkata sebagaimana kata-kata Ali a.s. Wasiat telah dicapkan dengan beberapa cap daripada emas yang tidak akan disentuhi api dan diberikan kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah anda akan menyebut apa yang tertulis di dalam wasiat itu? Maka beliau a.s telah berkata: Sunnah-sunnah Allah dan sunnah-sunnah Rasul-Nya, maka aku telah berkata: Adakah di dalam wasiat itu ditulis tentang perebutan dan penentangan mereka terhadap Amir al-Mukminin a.s?

Beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, sedikit demi sedikit, huruf demi huruf, tidakkah anda mendengar firman Allah: “Sesungguhnya Kami menghidupkan mereka yang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan pada imam mubin”? Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Amir al-Mukminin dan Fatimah a.s: Adakah kamu berdua telah memahami apa yang aku telah kemukakannya kepada kamu berdua dan kamu berdua telah menerimanya? Mereka berdua telah berkata: Ya, kami bersabar apa yang telah menyakiti kami dan membuatkan kami marah”

Dan mengikut naskhah al-Safwani ditambah:


(314)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Assam, daripada Abi Abdillah al-Bazzaz, daripada Hariz berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, alangkah sedikit waktu kewujudan kamu Ahlu l-Bait (di dunia ini) dan ajal kamu yang paling dekat di antara kamu sedangkan orang ramai berhajat kepada kamu? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya setiap orang daripada kami mempunyai mashaf yang dihajati olehnya untuk beramal dengannya pada masa hidupnya. Apabila berlalu padanya apa yang diperentahkan kepadanya, maka beliau mengetahui bahawa ajalnya telah tiba.

Maka Nabi s.a.w mendatanginya dan memberitahu kepadanya kedudukannya di sisi Allah. Sesungguhnya al-Husain a.s telah membaca mashafnya yang diberikan kepadanya dan ditafsirkan kepadanya kematiannya yang akan berlaku dan perkara-perkara yang belum dilaksanakannya. Maka beliau a.s telah keluar berperang, maka ia adalah di antara perkara yang belum berlaku. Malaikat telah memohon kepada Allah supaya menolongnya (al-Husain a.s), lalu Dia telah memberi keizinan kepada mereka. Justeru, mereka telah bersedia untuk berperang sehingga beliau a.s dibunuh, lalu mereka turun [ke bumi], tetapi masanya telah berakhir dan beliau a.s dibunuh.

Maka malaikat telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk turun [ke bumi] dan Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk menolongnya, lalu kami telah turun, tetapi Engkau telah mengambil nyawanya. Maka Allah mewahyukan kepada mereka: Tinggallah berhampiran kuburnya sehingga kamu melihatnya. Dan sesungguhnya beliau telah keluar berperang, maka tolonglah beliau dan tangisilah beliau di atas kegagalan kamu menolongnya. Sesungguhnya kamu dikhususkan untuk menolongnya dan menangis untuknya. Lantas malaikat menangis, sambil memberi takziah dan berdukacita kerana tidak menolongnya. Dan apabila beliau a.s keluar, mereka akan menjadi penolong-penolongnya”



Bab 62
☼Perkara-Perkara Yang Mewajibkan Hujjah Seorang Imam A.S (al-Umuur al-Lati tujibu hujjata al-Imam a.s)☼


(315)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Apabila seorang imam mati, maka dengan apakah beliau mengetahui seorang imam selepasnya? Beliau a.s telah berkata: Imam mempunyai beberapa alamat, antaranya: Beliau adalah anak lelaki yang paling tua, mempunyai kelebihan dan wasiat. Justeru, mereka yang musafir akan berkata: Kepada siapakah polan telah memberi wasiat? Maka ia dijawab: Kepada polan dan senjata pada kami sepertilah kedudukan tabut pada Bani Israel, justeru, imamah adalah bersama senjata di mana ia berada”


(316)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Yazid Syi‘r, daripada Harun bin Hamzah, daripada ‘Abd al-A‘la berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah hujah ke atas orang yang mendakwa [imamah] di dalam perkara ini? Beliau a.s telah berkata: Beliau mesti ditanya tentang halal dan haram. Perawi telah berkata: Beliau a.s telah datang kepadaku dan berkata: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seseorang melainkan beliau adalah pemilik yang sah di dalam perkara ini. Beliau hendaklah menjadi orang yang paling layak selepas orang sebelumnya. Beliau mempunyai senjata [Rasulullah s.a.w] di sisinya. Beliau hendaklah mempunyai wasiat pada zahir. Apabila anda mendatangi satu bandar, orang ramai dan kanak-kanak akan bertanya: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Mereka akan berkata: Kepada polan bin polan.


(317)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim dan daripada Hafs bin al-Bakhtari, daripada Abu Abdillah a.s berkata: Ada orang berkata kepadanya: Dengan apakah seorang imam diketahui? Beliau a.s telah berkata: Dengan wasiat yang zahir dan kelebihan. Justeru, tiada seorangpun dapat mencari kesalahannya sama ada pada mulut, perut atau kemaluannya sehingga beliau berkata: Beliau adalah seorang pembohong, memakan harta orang ramai dan seumpamanya.


(318)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Isma’il, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu‘awiyah bin Wahab berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Apakah alamat seorang imam selepas seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Kesucian kelahiran (taharah al-Wiladah), didikan yang baik, tidak membuat sesuatu tanpa tujuan dan tidak membuat sesuatu untuk bermain-main”


(319)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ahmad bin Umar, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang bukti pemilik urusan ini, maka beliau a.s telah berkata: Bukti ke atasnya: Umur, kelebihan dan wasiat. Jika mereka yang musafir memasuki satu bandar, maka mereka telah berkata: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Akan dijawab: Polan bin polan dan pergilah bersama senjata di mana ia pergi. Adapun orang yang hanya memberi jawapan sahaja, maka beliau bukanlah Hujjah.


(320)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s [berkata]: Urusan (imamah) kepada yang berumur selama beliau tidak ada kecacatan.


(321)-7. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s : Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, dengan apakah seorang imam diketahui? Beliua telah berkata: Maka beliau a.s telah berkata: Dengan beberapa sifat keistimewaan: Pertamanya, ia telah datang daripada bapanya secara isyarat kepadanya supaya ia menjadi Hujjah ke atas mereka. Kedua: [Jika] beliau ditanya, beliau akan menjawabnya. Jika beliau tidak ditanya, beliau akan memulakannya. Ketiga: Beliau akan memberitahu apa yang akan berlaku besok. Keempat: Beliau boleh bercakap kepada manusia dengan bahasa mereka (bi-kulli lisan). Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, aku akan memberi satu alamat sebelum anda berdiri. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki daripada penduduk Khurasan telah datang kepada kami, maka lelaki itu telah bercakap kepadanya di dalam bahasa Arab, lalu Abu al-Hasan a.s telah menjawabnya di dalam bahasa Farsi. Lelaki dari Khurasan itu telah berkata kepadanya: Demi Allah, apakah yang menghalang aku dari bercakap di dalam dialek Khurasan, tetapi aku menyangka bahawa anda tidak mengetahuinya dengan baik.

Maka beliau a.s telah berkata: Subhana llah! Jika aku tidak dapat menjawab anda dengan baik, maka apakah kelebihan aku ke atas anda? Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, tiada percakapan seorang manusia atau seekor burung atau seekor binatang atau sesuatu yang ada nyawa tersembunyi daripada seorang imam. Justeru, sesiapa yang tidak mempunyai sifat-sifat ini, maka beliau bukanlah seorang imam”.



Bab 63
☼Penerusan Imamah Pada Keturunan Dan Sesungguhnya Ia Tidak Biasa Berlaku Kepada Saudara Lelaki, Tidak Kepada Bapa Saudara Sebelah Bapa Atau Mana-Mana Keluarga Selain Daripada Mereka (thabat al-Aimmatu fi- al-A‘qaab wa-anna-ha la ta‘awwadu fi akhin wa-la ‘Ammin wa-la ghairi-hima min al-Qaraabaat)☼


(322)-1. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada al-Husain bin Thuwair bin Abi Fakhitah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Imamah pada dua orang saudara lelaki tidak biasa berlaku selepas al-Hasan dan al-Husain selama-lamanya. Sesungguhnya ia telah berlaku daripada Ali bin al-Husain a.s sebagaimana firman Allah: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab Allah” Justeru, [imamah] tidak berlaku selepas Ali bin al-Husain a.s melainkan pada keturunan dan keturunan selepas keturunannya.

(323)-2. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya beliau telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Allah enggan menjadikan imamah untuk dua saudara lelaki selepas al-Hasan dan al-Husain a.s.

(324)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Bazi‘, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa beliau a.s ditanya: Bolehkah imamah pada bapa saudara sebelah bapa atau bapa saudara sebelah ibu? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Bolehkah ia [berlaku] pada saudara lelaki? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kepada siapa? Beliau a.s telah berkata: Kepada anak-anak lelakiku-Pada masa itu beliau tidak mempunyai anak lelaki.


(325)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Najran, daripada Sulaiman bin Ja‘far al-Ja‘fari, daripada Hammad bin Isa, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Imamah tidak akan berhimpun pada dua orang saudara lelaki selepas al-Hasan dan al-Husain. Sesungguhnya ia berlaku pada keturunan dan keturunan selepasnya.


(326)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Abi Najran, daripada Isa bin Abdullah bin Umar bin Ali bin Abu Talib a.s, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Jika sesuatu berlaku kepada anda dan mudah-mudahan Allah tidak memperlihatkannya kepadaku, maka siapakah yang aku akan ikuti? Lantas beliau a.s memberi isyarat kepada anak lelakinya Musa. Aku telah berkata: Jika berlaku sesuatu kepada Musa, siapakah yang aku akan ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya. Jika berlaku sesuatu kepada anak lelakinya dan beliau telah meninggalkan saudara lelaki yang tua atau anak lelaki yang masih kecil, siapakah yang aku akan ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya, seorang demi seorang. Dan mengikut naskhah al-Safwani “beginilah seterusnya sehingga ke akhirnya”.



Bab 64
☼Apa Yang Dinaskan Oleh Allah A.W Dan Rasul-Nya Ke Atas Para Imam A.S Seorang Selepas Seorang (ma nassa llahu wa rasulu-hu ‘ala al-Aimmati a.s waahidan fa-waahidan)☼


(327)-1. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl Ibn Ziyad Abi Sa‘id, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amri di antara kamu” Maka beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Ali bin Abu Talib, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya orang ramai telah berkata: Kenapakah Dia tidak menamakan Ali dan Ahlu l-Baitnya di dalam Kitab Allah a.w? Maka beliau a.s telah berkata: Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya sembahyang (al-Salat) telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi Allah tidak menentukan tiga atau empat [rakaat] sehingga Rasulullah s.a.w telah mentafsirkannya untuk mereka.

Zakat telah diturunkan kepadanya, tetapi Dia tidak menamakan untuk mereka setiap empat puluh dirham adalah satu dirham (zakat) sehingga Rasulullah s.a.w yang mantafsirkannya untuk mereka. Begitu juga haji telah diturunkan, tetapi Dia tidak berfirman kepada mereka: Tawaflah selama satu minggu sehingga Rasulullah s.a.w mentafsirkannya untuk mereka. Dan telah turun firman-Nya: “Taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya dan uli l-Amri di antara kamu” -maka ia telah turun pada Ali, al-Hasan dan al-Husain- maka Rasulullah s.a.w telah bersabda pada Ali: “Siapa yang aku menjadi maula-nya, maka Ali adalah maulanya” Dan baginda s.a.w telah bersabda: Aku mewasiatkan kepada kamu dengan Kitab Allah dan keluargaku”.

Sesungguhnya aku telah memohon kepada Allah a.w supaya tidak memisahkan di antara kedua-duanya sehingga kedua-duanya di bentangkan kepadaku di Haudh (kolam), maka Dia telah memberikan kepadaku ini dan bersabda: Janganlah kamu mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu. Dan baginda s.a.w telah bersabda lagi: Sesungguhnya mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari pintu petunjuk dan mereka tidak akan memasukkan kamu pada pintu kesesatan.

Jika Rasulullah s.a.w tidak menerangkan siapakah keluarganya (Ahlu l-Bait), nescaya keluarga polan dan keluarga polan akan mendakwanya untuk mereka, tetapi Allah a.w telah menurunkannya di dalam Kitab-Nya untuk menyokong Nabi-Nya: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”Maka Rasulullah s.a.w telah memasukkan Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah a.s di bawah al-Kisaa’ (kain berwarna hitam) di rumah Umm Salmah. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya setiap nabi mempunyai ahlan (keluarga) dan thiqalan (perkara yang berharga).

Mereka adalah ahli dan thiqali. Umm Salmah telah berkata: Tidakkah aku daripada keluargamu? Maka baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya anda di dalam kebaikan, tetapi mereka adalah keluargaku dan perkara yang berhargaku. Apabila Rasulullah s.a.w telah mati, Ali adalah orang yang paling layak di kalangan orang ramai kerana Rasulullah s.a.w telah menyampaikan [kebaikan] tentang dirinya dengan banyak. Justeru, baginda s.a.w telah membuatnya berdiri teguh di hadapan orang ramai dan memegang tangannya.

Apabila Ali mati, maka beliau a.s tidak mampu untuk memasukkan Muhammad bin Ali atau al-‘Abbas bin Ali atau mana-mana anaknya yang lain ke dalam(imamah). Jika tidak, nescaya al-Hasan dan al-Husain telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan [ayat] kepada kami sebagaimana Dia telah menurunkannya kepada anda (Ali a.s), lalu Dia telah memerintahkan supaya kami ditaati sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya anda ditaati. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan [risalah] kepada kami sebagaimana baginda s.a.w telah menyampaikannya kepada anda.

Dia telah menghilangkan daripada kami kotoran dosa sebagaimana Dia telah menghilangkannya daripada anda. Apabila Ali a.s mati, al-Hasan a.s adalah yang paling layak dengannya kerana faktor umurnya yang lebih tua. Apabia beliau a.s mati, beliau tidak mampu untuk memasukkan anaknya dan beliau a.s telah tidak melakukannya. Allah telah berfirman: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya”

Jika beliau a.s (al-Hasan a.s) telah melakukannya, nescaya al-Husain a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan supaya aku ditaati sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya anda ditaati dan bapa anda ditaati. Rasulullah s.a.w telah menyampaikannya padaku sebagaimana baginda s.a.w telah menyampaikannya pada anda dan pada bapa anda. Allah telah menghilangkan daripadaku kotoran dosa sebagaimana Dia telah menghilangkan kotoran dosa daripada anda dan bapa anda.

Apabila ia (imamah) telah sampai kepada al-Husain a.s, tiada seorangpun di kalangan keluarganya yang mampu menentangnya sebagaimana beliau a.s tidak mampu menentang imamah saudaranya (al-Hasan a.s) dan imamah bapanya (Ali a.s). Jikalaulah mereka berdua mahu mengubahnya daripadanya, nescaya mereka berdua tidak akan melakukannya. Apabila ianya berpindah kepada al-Husain a.s, maka takwil ayat ini: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya di dalam Kitab Allah”. Kemudian ianya telah berpindah selepas al-Husain a.s kepada Ali bin al-Husain a.s. Kemudian ia telah berpindah selepas Ali bin al-Husain kepada Muhammad bin Ali a.s. Beliau a.s telah berkata: Al-Rijsu (di dalam ayat) ialah syak, demi Allah, kami tidak syak terhadap Tuhan kami selama-lamanya.

* Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin ‘Imran al-Halabi, daripada Ayyub bin al-Hurr dan ‘Imran bin Ali al-Halabi, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s mengenai hadis yang sama.


(328)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Ibn Maskan, daripada ‘Abd al-Rahim bin Ruh al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Nabi itu adalah lebih utama bagi mereka yang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan mereka yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak di dalam Kitab Allah” Beliau a.s telah berkata: Ia telah diturunkan tentang kuasa pemerintahan (al-Imrah). Sesungguhnya ayat ini telah berlaku kepada anak-anak lelaki al-Husain a.s selepasnya. Justeru, kami adalah lebih utama dengan urusan pemerintahan dan dengan Rasulullah s.a.w daripada mukminin sama ada kaum Muhajirin atau Ansar. Maka aku (‘Abd al-Rahim bin Ruh) telah berkata: Adakah anak-anak Ja‘far (bin Abu Talib) mempunyai bahagian di dalamnya?

Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Adakah anak-anak al-‘Abbas mempunyai bahagian di dalamnya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku menyebut beberapa kabilah anak-anak ‘Abd al-Muttalib, semuanya beliau a.s telah berkata: Tidak, beliau (‘Abd al-Rahim) telah berkata: Aku telah terlupa[bertanya] tentang anak-anak al-Hasan a.s, lalu aku telah pergi kepadanya lagi, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anak-anak al-Hasan mempunyai bahagian di dalamnya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, wahai ‘Abd al-Rahim, tiada seorangpun yang ada hubungan dengan Muhammad mempunyai bahagian di dalamnya selain daripada kami (ma li-Muhammadiyyin fi-ha nasib ghairu-na).


(329)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Isa, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman” Beliau a.s telah berkata: Ia dimaksudkan dengan “yang paling utama daripada kamu” atau “yang paling berhak daripada kamu” di dalam semua urusan sama ada diri kamu atau harta kamu. “Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman” dimaksudkan dengan Ali dan anak-anak lelakinya a.s sehingga hari Kiamat.

Kemudian Allah telah menceritakan tentang mereka di dalam firman-Nya: “Mereka yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk” Amir al-Mukminin a.s [pada ketika itu] sedang melakukan dua rakaat sembahyang Zuhur di dalam keadaan rukuk, memakai pakaian yang bernilai seribu dinar. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memakaikannya kepadanya. Al-Najjasyi telah menghadiahkannya kepadanya. Tiba-tiba seorang peminta sedekah telah datang, lalu berkata: As-salamu ‘alaika ya, waiyyu llah, yang lebih utama dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, berilah sedekah kepada orang miskin, lantas beliau a.s mencampakkan pakaiannya dan memberi isyarat dengan tangannya kepadanya supaya beliau mengambilnya: Kemudian Allah telah menurunkan ayat ini padanya dan menjadikan nikmat anak-anaknya dengan nikmatnya (Ali a.s) kepada semua anak-anaknya yang telah sampai martabat imamah sepertinya. Justeru, mereka bersedekah di dalam keadaan rukuk. Adapun peminta sedekah itu adalah di kalangan malaikat dan mereka yang bertanya para imam daripada anak-anaknya adalah di kalangan para malaikat.


(330)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Umar bin Udhainah, daripada Zurarah, al-Fudhail bin Yasar, Bukair bin A‘yan, Muhammad bin Muslim, Buraid bin Mu‘awiyah dan Abi al-Jarud semuanya daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan Rasul-Nya dengan wilayah Ali dan Dia telah menurunkan ke atasnya firman-Nya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat” Dia telah memfardukan wilayah uli al-Amr sekalipun mereka tidak memahaminya. Justeru, Allah telah memerintahkan Muhammad s.a.w supaya menjelaskan kepada mereka tentang wilayah (an ufassira la-hum al-Wilayah) sebagaimana baginda s.a.w telah menjelaskan kepada mereka tentang sembahyang, puasa dan haji. Apabila ianya datang kepadanya daripada Allah, maka Rasulullah s.a.w telah menjadi cemas dan khuatir mereka akan menjadi murtad daripada agama mereka dan membohonginya pula.

Maka baginda s.a.w telah menjadi cemas, lalu merujukkannya kepada Tuhannya, lantas Allah mewahyukan kepadanya firman-Nya: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia” Maka baginda s.a.w telah menerima perintah Allah, lalu mengukuhkan wilayah Ali a.s di Ghadir Khumm dengan menyeru orang ramai supaya dilakukan sembahyang secara berjemaah dan memerintahkan mereka yang menyaksikan[nya] supaya memberitahukannya kepada mereka yang tidak hadir-Umar bin Udhainah berkata: Semuanya telah berkata demikian selain daripada Abi al-Jarud-Abu Ja‘far a.s telah berkata: Fardu diturunkan selepas fardu yang lain dan al-Wilayah adalah fardu yang terakhir [diturunkan].

Maka Allah a. w telah menurunkan firman-Nya: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmat-Ku” Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah a.w telah berfirman: Aku tidak akan menurunkan [fardu] lagi ke atas kamu selepas fardu ini. Sesungguhnya Aku telah menyempurnakan fardu-fardu untuk kamu”


(331)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah duduk di sisisnya, tiba-tiba seorang lelaki telah berkata kepadanya: Ceritakan kepadaku tentang wilayah Ali, adakah ia daripada Allah atau Rasul-Nya? Lantas beliau a.s menjadi marah, kemudian berkata: Alangkahkah dukacitanya anda, Rasulullah s.a.w adalah lebih takut kepada Allah dari berkata apa yang tidak diperintahkannya oleh Allah. Maka Allah telah memfardukannya sebagaimana Dia telah memfardukan sembahyang, zakat, puasa dan haji.


(332)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma’il bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abi Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah memfardukan ke atas hamba-hamba-Nya lima fardu: Mereka telah mengambil empat dan meninggalkan satu. Aku telah berkata: Namakan mereka kepadaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Sembahyang, orang ramai tidak mengetahui bagaimana mereka melakukan sembahyang, lalu Jibrail a.s turun dan berkata: Wahai Muhammad, beritahulah kepada mereka tentang waktu-waktu sembahyang mereka.

Kemudian zakat diturunkan, maka dia berkata: Wahai Muhammad, beritahu kepada mereka tentang zakat mereka sebagaimana anda telah memberitahu kepada mereka tentang sembahyang mereka. Kemudian puasa diturunkan, Rasulullah s.a.w pada hari ‘Asyura, telah mengirim mesej kepada kampung-kampung di sekelilingnya, lalu mereka berpuasa pada hari itu. Kemudian datang bulan Ramadan di antara Sya‘ban dan Syawwal. Kemudian haji diturunkan, maka Jibrail turun dan berkata: Beritahu mereka tentang haji mereka sebagaimana anda telah memberitahu kepada mereka tentang sembahyang, zakat dan puasa mereka. Kemudian turun pula al-Wilayah. Sesungguhnya ia datang kepadanya pada hari Jumaat di ‘Arafah, Allah telah menurunkan firman-Nya: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmat-Ku” Kesempurnaan agama adalah dengan wilayah Ali bin Abu Talib a.s, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Umatku baru sahaja dengan zaman jahiliah dan apabila aku memberitahu kepada mereka dengan ini (wilayah) untuk sepupuku, orang akan berkata itu dan orang lain pula akan berkata ini-

Maka aku telah berkata pada diriku tanpa lidahku bercakap- Maka keputusan muktamad telah datang daripada Allah a.w memberi ancaman kepadaku jika aku tidak menyampaikannya, Dia akan mengazabku, maka turunlah firman-Nya: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang kafir”

Maka Rasulullah s.a.w telah mengambil tangan Ali a.s, lalu bersabda: Wahai manusia, tiada seorang nabi di kalangan para nabi sebelumku melainkan Allah telah memanjangkan umurnya. Kemudian Dia memanggilnya, lalu beliau menyahuti panggilan-Nya. Aku hampir dipanggil, maka aku akan menyahutinya, aku bertanggung–jawab dan kamu juga bertanggung-jawab, apakah kamu akan berkata? Mereka berkata: Kami naik saksi bahawa anda telah menyampaikan [apa yang anda wajib menyampaikannya], anda telah memberi nasihat dan anda telah menunaikan apa yang diwajibkan ke atas anda, semoga Allah memberi kepada anda ganjaran yang paling baik di kalangan para rasul. Maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, persaksikanlah-tiga kali-Kemudian baginda s.a.w telah bersabda lagi: Wahai golongan muslimin, ini (Ali) adalah wali kamu selepasku, maka hendaklah orang yang menjadi saksi di kalangan kamu menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir”

Abu Ja‘far a.s telah berkata: Demi Allah, Ali adalah orang yang dipercayai oleh Allah ke atas makhluk-Nya, perintah-Nya yang tidak dapat dilihat dan agama-Nya yang diredai untuk diri-Nya. Kemudian Rasulullah s.a.w apabila hampir hari kematiannya, memanggil Ali dan bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya aku mahu memberi amanah kepada anda sebagaimana Allah telah memberi amanah-Nya kepadaku tentang ghaib-Nya, ilmu-Nya, agama-Nya, makhluk-Nya dan agama-Nya yang diredaiNya untuk diri-Nya, demi Allah, wahai Ziyad, Dia tidak berkongsi dengan sesiapapun daripada makhluk-Nya. Kemudian apabila Ali hampir kematiannya, maka beliau a.s telah memanggil anak-anak lelakinya, bilangan mereka adalah dua belas orang, maka beliau a.s telah berkata kepada mereka: Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah a.w telah enggan kecuali Dia menjadikan padaku sunnah Ya‘qub.

Sesungguhnya Ya‘qub telah memanggil dua belas orang anak lelakinya, lalu beliau memberitahu kepada mereka tentang seorang yang mempunyai kuasa. Sesungguhnya aku memberitahu kepada kamu tentang seorang yang mempunyai kuasa di kalangan kamu, sesungguhnya dua orang ini adalah dua anak lelaki Rasulullah s.a.w; al-Hasan dan al-Husain a.s. Justeru, dengarlah kepada mereka berdua, taatilah mereka berdua dan sokonglah mereka berdua. Sesungguhnya aku telah memberi amanah kepada mereka berdua sebagaimana Rasulullah s.a.w telah memberi amanahnya kepadaku. Ia adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepadanya di kalangan makhluk-Nya, ghaib-Nya dan agama-Nya yang diredai. Maka Allah mewajibkan ke atas mereka berdua apa yang diwajibkannya ke atas Ali a.s daripada Rasulullah s.a.w.

Tiada kelebihan seorang ke atas sahabatnya melainkan dari sudut umurnya sahaja. Apabila al-Hasan datang di dalam sesuatu majlis, al-Husain a.s tidak bercakap sehingga al-Hasan a.s pergi. Apabila al-Hasan hampir kematiannya, maka beliau a.s menyerahkannya (imamah) kepada al-Husain a.s. Kemudian apabila al-Husain hampir kematiannya, maka beliau a.s memanggil anak perempuanya yang paling tua Fatimah binti al-Husain a.s, lalu beliau a.s menyerahkan kepadanya kitab (surat) yang mengandungi wasiatnya yang zahir. Ali bin al-Husain a.s ketika itu sedang sakit gastrik. Mereka menyangka beliau akan mati [kerana penyakitnya]. Maka Fatimah telah menyerahkan kitab itu kepada Ali bin al-Husain, kemudian kitab itu, demi Allah, telah sampai kepada kami.

* Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Isma’il bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far tentang hadis yang sama.


(333)-7. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Safwan bin Yahya, daripada Sabah al-Azraq, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Sesungguhnya seorang lelaki dari fahaman al-Mukhtariyyah telah berjumpa denganku, maka dia telah menyangka bahawa Muhammad bin al-Hanafiyyah adalah seorang imam, lantas Abu Ja‘far a.s menjadi marah, kemudian beliau a.s telah berkata: Kenapa anda tidak berkata sesuatu kepadanya? Aku telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahui apa yang aku katakannya, beliau a.s telah berkata: Kenapa anda tidak berkata kepadanya: Bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada Ali, al-Hasan dan al-Husain.

Apabila Ali mati, maka beliau a.s telah mewasiatkan kepada al-Hasan dan al-Husain. Jika beliau (Ali) mengetepikan mereka berdua daripada imamah, nescaya mereka berdua akan berkata: Kami berdua adalah wasi seperti anda, tetapi beliau a.s tidak melakukannya. Dan al-Hasan telah mewasiatkan kepada al-Husain. Jika beliau mengetepikannya daripada imamah, nescaya beliau (al-Husain) berkata: Aku adalah wasi seperti anda daripada Rasulullah s.a.w dan daripada bapaku, tetapi beliau a.s tidak melakukannya. Allah berfirman: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya”



Bab 65
☼Isyarat Dan Nas Ke Atas Amir al-Mukminin A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘ala Amir al-Mu’minin a.s)☼


(334)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma’il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Zaid bin al-Jahm al-Hilali, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Manakala turunnya wilayah Ali bin Abu Talib a.s, maka di antara sabda Rasulullah s.a.w: Berilah salam kepada Ali dengan gelaran Amir al-Mukminin, wahai Zaid, antara perkara-perkara yang disokong oleh Allah ke atas mereka berdua pada hari itu ialah sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka berdua: Berdirilah dan berilah salam kepadanya (Ali a.s) dengan gelaran Amir al-Mukminin (qumaa fa-sallimaa ‘alai-hi bi-imrat al-Mu’minin), lalu mereka berdua berkata: Adakah ia daripada Allah dan Rasul-Nya, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka berdua: Daripada Allah dan Rasul-Nya. Maka Allah a.w telah menurunkan firman-Nya: “Dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah [mu] itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat”

Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka berdua dan kata-kata mereka berdua adakah ia daripada Allah dan daripada Rasul-Nya “Janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu disebabkan adanya (para imam yang lebih cerdik (azkaa) dari para imam kamu). Beliau (perawi) berkata: Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, para imam (aimmah)? Beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, para imam, aku telah berkata: Kami membaca arba, lalu beliau a.s telah berkata: Apakah itu arba?

Beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya, lalu menolaknya-Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengannya (Iaitu dengan Ali a.s). Sesungguhnya pada hari Kiamat akan dijelaskanNya apa yang dahulu kamu perselisihkan itu. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat menipu di antaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) selepas kokoh tegaknya (Iaitu selepas sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali a.s) dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) kerana kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Iaitu Ali a.s) dan bagimu azab yang besar”


(335)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Apabila Muhammad s.a.w [hampir] menamatkan kenabiannya dan menyempurnakan hari-harinya, Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya kamu telah menamatkan kenabianmu dan menyempurnakan hari-harimu, maka jadilah ilmu yang ada di sisimu, iman, al-Ism al-Akbar (nama yang paling besar), warisan ilmu, bukti-bukti ilmu kenabian pada keluargamu; di sisi Ali bin Abu Talib. Sesungguhnya Aku tidak akan memutuskan ilmu, iman, al-Ism al-Akbar, warisan ilmu dan bukti-bukti ilmu kenabian daripada keturunmu sebagaimana Aku tidak memutuskannya daripada zuriat-zuriat para nabi [terdahulu].


(336)-3. Muhammad bin al-Husain dan lain-lain, daripada Sahl, daripada Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Yahya dan Muhammad bin al-Husain bersama, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Isma‘il bin Jabir dan ‘Abd al-Karim bin ‘Umru, daripada ‘Abd al-Hamid bin Abi Dailam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Musa telah mewasiatkan kepada Yusya‘ bin Nun dan Yusya‘ bin Nun telah mewasiatkan kepada anak lelaki Harun.

Beliau a.s tidak mewasiatkan kepada anak lelakinya begitu juga beliau a.s tidak mewasiatkan kepada anak lelaki Musa. Sesungguhnya Allah mempunyai pilihan, Dia memlilh siapa yang Dia kehendaki. Musa dan Yusya’ telah memberi khabar gembira kepada al-Masih a.s. Apabilla Allah a.w mengutus al-Masih a.s, maka al-Masih a.s telah berkata kepada mereka: Sesungguhnya akan datang selepasku seorang nabi, namanya Ahmad daripada anak-anak Isma‘il a.s, beliau akan datang untuk menyokong kebenaranku, kebenaran kamu dan akan membersihkan tuduhan terhadapku dan terhadap kamu. Kemudian ia telah berlaku selepasnya kepada pengikut-pengikutnya yang setia (al-Hawariyyin al-Mustahfiziin).

Sesungguhnya mereka dinamakan al-Mustahfiziin kerana mereka menjaga dengan setia al-Ism al-Akbar iaitu kitab yang menceritakan semua ilmu yang berada di sisi para nabi a.s. Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul sebelum kamu dan kami telah menurunkan bersama mereka Kitab dan Mizan” Kitab itu adalah al-Ism al-Akbar untuk membezakannya dengan apa yang didakwa bahawa Kitab itu adalah Taurah, Injil dan Furqaan. Di dalamnya kitab Nuh, kitab Saleh, Syu‘aib dan Ibrahim a.s. Maka Allah a.w telah menceritakan: “Sesungguhnya ini benar-benar terdapat di dalam kitab-kitab yang dahulu, iaitu kitab-kitab Ibrahim dan Musa” Di manakah mashaf Ibrahim, sesungguhnya mashaf Ibrahim adalah al-Ism al-Akbar dan mashaf Musa adalah al-Ism al-Akbar. Wasiat sentiasa berada di sisi seorang alim selepas seorang alim sehingga mereka memberikannya kepada Muhammad s.a.w.

Manakala Allah mengutus Muhammad s.a.w, maka keturunan al-Hawariyyun yang setia telah menerimanya, sementara Banu Israil membohonginya, lalu baginda s.a.w telah berdoa kepada Allah dan berjuang pada jalan-Nya. Kemudian Allah menurunkan ke atasnya bahawa Dia telah memberitahu kelebihan wasi anda, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhan, Arab adalah bangsa yang liar. Tiada kitab di kalangan mereka, nabi tidak diutus kepada mereka. Justeru, mereka tidak mengetahui kelebihan para nabi a.s dan kemuliaan mereka dan mereka tidak beriman denganku jika aku menceritakan kepada mereka tentang kelebihan keluargaku, maka Allah a.w telah berfirman: “Janganlah kamu berdukacita ke atas mereka” “Dan katalah: Salam”. Kelak kamu akan mengetahui” Kemudian baginda s.a.w telah menyebut kelebihan wasinya, maka nifak telah berlaku di dalam hati mereka.

Rasulullah s.a.w telah mengetahui apa yang mereka ucapkan. Allah berfirman: Wahai Muhammad! “Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan” “Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi mereka yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah” Mereka mengingkarinya tanpa hujah, tetapi Rasulullah s.a.w pernah menjinak-jinakkan mereka dan mengambil mereka sebagai penolong ke atas sebahagian mereka. Baginda s.a.w sentiasa memberitahu kepada mereka tentang kelebihan wasinya sehingga turunnya surah ini. Baginda s.a.w telah berhujah ke atas mereka ketika diberitahu tentang kematiannya, lalu Allah berfirman: “Maka apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (lantiklah dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”

Beliau a.s telah berkata: Apabila kamu selesai, maka lantiklah tandamu (Ali a.s) dan iklankan wasimu (idha faragh-ta fansib ‘alama-ka wa a‘lin wasiyya-ka). Justeru, baginda s.a.w telah memberitahu kepada mereka kelebihannya secara terang-terang, maka baginda s.a.w telah bersabda: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Alilah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah mereka yang mewalikannya, dan tentangilah mereka yang memusuhinya-tiga kali- Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Aku akan mengutus seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya sementara Allah dan Rasul-Nya pula mencintainya, beliau bukanlah seorang lelaki yang telah melarikan diri (dalam peperangan), mengatakan para sahabatnya pengejut, tetapi para sahabatnya pula mengatakannya pengecut Rasulullah s.a.w bersabda: Ali adalah penghulu mukminin”.

Baginda s.a.w juga telah bersabda: Ali adalah tiang agama”. Baginda s.a.w juga bersabda: Ini adalah seorang yang akan memukul manusia dengan pedang kerana kebenaran selepasku”. Baginda s.a.w juga berkata: Kebenaran adalah bersama Ali yang mana saja beliau cenderung”. Baginda s.a.w juga berkata: Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu mengambil kedua-duanya, maka kamu sekali-kali tidak akan sesat: Kitab Allah a.w dan keluargaku, itrahku”, wahai manusia, dengarlah, sesungguhnya aku telah menyampaikannya, kamu akan datang kepadaku di Kolam (al-Haudh), maka aku akan bertanya kepada kamu apakah yang kamu telah buat kepada dua perkara yang berharga (al-Thaqalain) itu.

Dan al-Thaqalaani: Adalah Kitab Allah a.w dan keluargaku. Justeru, janganlah kamu mendahului mereka, nescaya kamu akan binasa dan janganlah kamu mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu” Lantaran itu, hujah telah berlaku dengan sabda Nabi s.a.w dan dengan Kitab yang dibaca oleh manusia. Baginda s.a.w sentiasa mengemukakan kelebihan keluarganya di dalam sabda-sabdanya dan menerangkannya kepada mereka dengan al-Qur’an: “Sesungguhnya Dia mahu menghilangkan kotoran dosa daripada kamu Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Dia telah berfirman: “Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh daripada sesuatu, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat” Kemudian Dia telah berfirman: “Dan berikanlah akan keluarga-keluarga yang terdekat akan haknya”

Inilah kedudukan Ali dan haknya adalah wasiat yang dijadikan untuknya, al-Ism al-Akbar, warisan ilmu, bukti-bukti ilmu kenabian, maka Dia telah berfirman: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan” Kemudian Dia telah berfirman: “Apabila kasih sayang ditanya (wa idha al-Mawaddatu su’ilat) kerana dosa apakah ia dibunuh” Allah berfirman: Aku akan bertanya kamu tentang kasih sayang (al-Mawaddah) yang Aku telah turunkannya ke atas kamu tentang kelebihannya, kasih sayang kekeluargaan, kerana dosa apakah kamu telah membunuh mereka. Dia telah berfirman: “Maka bertanyalah kepada Ahli al-Zikr, jika kamu tidak mengetahui”

Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Kitab adalah al-Zikr dan ahlinya adalah keluarga Muhammad s.a.w. Allah a.w telah memerintahkan supaya bertanya kepada mereka dan mereka tidak diperintahkan untuk bertanya kepaqda mereka yang bodoh. Allah telah menamakan al-Qur’an sebagai zikran (peringatan) di dalam firman-Nya: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir” Dan Allah berfirman: “Sesungguhnya al-Qur’an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggung-jawab” Dan Dia telah berfirman: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul [Nya] dan uli al-Amri daripada kamu”. Dan Dia telah berfirman: “Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan uli al-Amri di antara mereka, tentulah mereka yang ingin mengetahui kebenarannya, mengetahuinya dari mereka” Justeru, Dia telah mengembalikan urusan-urusan manusia kepada uli al-Amri daripada mereka yang diperintahkan supaya mentaati mereka dan merujukkan (urusan) kepada mereka. Apabila Rasulullah s.a.w telah kembali dari haji Wida’, Jibrail a.s telah turun ke atasnya dan berkata: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.

Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang ingkar” Baginda s.a.w telah menyeru orang ramai, lalu mereka berkumpul dan baginda s.a.w telah memerintahkan supaya pokok yang berduri [di hadapannya] dibersihkan. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai manusia, siapakah wali kamu dan orang yang lebih utama bagi kamu daripada diri kamu? Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya, maka baginda s.a.w telah bersabda: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Ali adalah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya- tiga kali-Lalu duri-duri nifak telah menyusuk hati orang ramai dan mereka berkata: Allah tidak pernah menurunkan ini ke atas Muhammad, baginda s.a.w tidak mahu selain untuk mengangkat ketiak sepupunya.

Apabila baginda s.a.w telah tiba di Madinah, maka kaum Ansar telah datang kepadanya dan mereka berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah membuat baik kepada kami dan Dia telah memuliakan kami dengan anda dan keberadaan anda di sisi kami. Sesungguhnya Allah telah menggembirakan sahabat kami dan mendukacitakan musuh kami, beberapa rombongan datang kepada anda, tetapi anda tidak memberi sesuatu kepada mereka, lalu musuh bergembira dengan memandang rendah kepada anda.

Justeru, kami suka anda mengambil satu pertiga harta-harta kami sehingga jika rombongan dari Makkah datang kepada anda, maka anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kerana baginda s.a.w menunggu wahyu daripada Tuhannya, lalu Jibrail a.s turun dengan firman-Nya: “Katalah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan” Baginda s.a.w tidak menerima harta-harta mereka. Kaum munafik pula berkata: Allah tidak menurunkan ini ke atas Muhammad, beliau tidak mahu kecuali untuk mengangkat ketiak sepupunya (Ali a.s) dan membebankan kami dengan keluarganya. Kelmarin baginda s.a.w telah berkata: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Ali adalah walinya” Dan hari ini pula “Katalah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan”.

Kemudian ayat tentang khumus telah turun ke atasnya, maka mereka berkata pula: Beliau mahu supaya harta-harta dan fai-fai kami diberikan kepada mereka. Kemudian Jibrail telah datang kepadanya dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya anda telah menamatkan kenabian anda dan anda telah menyempurnakan hari-hari anda, maka jadilah al-Ism al-Akbar, warisan kenabian dan bukti-bukti ilmu para nabi di sisi Ali a.s kerana Aku tidak akan meninggalkan bumi melainkan ia diperintahkan oleh seorang alim yang dikenali dengannya ketaatan-Ku, dikenali dengannya wilayah-Ku dan beliau akan menjadi Hujjah bagi mereka yang dilahirkan di antara kematian Nabi s.a.w sehingga datangnya nabi [imam] yang lain.

Abu Abdillah a.s telah berkata: Baginda s.a.w telah mewasiatkan kepadanya dengan al-Ism al-Akbar, warisan kenabian, bukti-bukti ilmu kenabian. Baginda s.a.w telah mewasiatkan kepadanya dengan seribu kalimah dan seribu bab yang membuka setiap kalimah dan setiap bab seribu kalimah dan seribu bab yang lain pula”


(337)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Saleh bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Yahya bin Muhammad al-‘Attar, daripada Basyir al-Dahhan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika sakitnya yang membawa kepada kematiannya: Panggillah kepadaku sahabat sejatiku (khalilku), maka dua orang wanita (‘Aisyah dan Hafsah) telah mengutus kepada kedua bapa mereka. Apabila Rasulullah s.a.w telah melihat kepada mereka berdua, maka baginda s.a.w berpaling daripada mereka berdua. Kemudian bersabda: Panggilah kepadaku sahabat sejatiku, lalu diutus kepada Ali. Apabila baginda s.a.w telah melihatnya, maka Ali menunduk kepadanya dan baginda s.a.w telah bercakap kepadanya. Apabila beliau a.s keluar, mereka berdua telah bertemu dengannya dan berkata kepadanya: Apakah sahabat anda yang sejati telah berkata kepada anda? Maka beliau a.s telah berkata: Baginda s.a.w telah menceritakan kepadaku seribu bab yang membuka setiap bab seribu bab yang lain pula”


(338)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Isma’il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar kepada Ali a.s seribu huruf, setiap huruf membuka seribu huruf yang lain pula”.


(339)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya pada tali kulit pedang Rasulullah s.a.w ada mashaf (sahifah) yang kecil, maka aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah yang ada di dalam mashaf itu? Beliau a.s telah berkata: Huruf-huruf yang membuka setiap huruf seribu huruf yang lain pula”.

Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sehingga sekarang ini dua hurufpun tidak keluar daripadanya”


(340)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada anak lelaki Abu Basir, daripada Fudhail bin Sukarah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah air yang digunakan untuk memandikan mayat itu mempunyai hadnya? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Apabila aku mati, maka ambillah enam qirab (bekas) air dari perigi Gars, kemudian mandilah (ghusl) aku, kafanlah aku dan lakulah tahnit kepadaku. Apabila anda selesai dari memandi dan mengapankan aku, maka ambillah segala kapanku dan letaklah aku di dalam keadaan duduk, kemudian bertanyalah kepadaku apa yang anda mahu. Demi Allah, anda tidak akan bertanya kepadaku sesuatu melainkan aku memberi jawapan kepada anda mengenainya.


(341)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada anak lelaki Abi Sa‘id, daripada Abban bin Taghlib, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kematian mendatangi Rasulullah s.a.w, Ali a.s telah datang kepadanya dan memasukkan kepalanya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, apabila aku mati, maka mandilah aku dan kapanlah aku. Kemudian letaklah aku di dalam keadaan duduk (uq‘ud-ni), bertanyalah kepadaku dan tulislah”


(342)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Yunus bin Ribat berkata: Aku dan Kamil al-Tammaar telah bertemu dengan Abu Abdillah a.s, maka Kamil berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, mengenai hadis yang telah diriwayatkan oleh polan? Beliau a.s telah berkata: Sebutlah, maka beliau telah berkata: Diriwayatkan kepadaku bahawa Nabi s.a.w telah meriwayatkan kepada Ali a.s dengan seribu bab pada hari Rasulullah s.a.w mati, setiap bab membuka seribu bab yang lain pula, begitulah sehingga beribu ribu bab. Beliau a.s telah berkata: Ia memang begitu, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah ianya terserlah kepada Syiah kamu dan pengikut-pengikut kamu?

Beliau a.s telah berkata: Satu atau dua bab, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apa yang diriwayatkan tentang kelebihan kamu daripada beribu-ribu bab itu hanya satu atau dua bab sahaja? Beliau a.s telah berkata: Apakah yang kamu dapat meriwayatkan tentang kelebihan kami? Apa yang dapat kamu meriwayatkan tentang kelebihan kami hanya bagaikan Alif tanpa penghujungnya”

(ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: