Pesan Rahbar

Home » » Syiah dan Al-Quran (5)

Syiah dan Al-Quran (5)

Written By Unknown on Friday, 22 April 2016 | 17:58:00


Syi'ah dan al-Qur'an - Ayat Salawat

Iaitu firmanNya di dalam (Surah al-Ahzab (33):56):"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Syi'ah bersepakat bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya AS. Begitu juga sebahagian besar ulama Ahlu s-Sunnah sependapat dengan Syi'ah bahawa ayat tersebut diturunkan kepada Muhammad, 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS.

Imam Syafi'i dalam Musnadnya berkata: Ibrahim bin Muhammad telah memberitahukan kami bahawa Safwan bin Sulaiman telah memberitahukan kami daripada Abi Salmah daripada 'Abdu r-Rahman daripada Abu Hurairah dia bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami bersalawat ke atas anda? Maka Rasulullah SAW menjawab: Kalian berkata: Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad.

Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq ah-Muhriqah mencatat riwayat daripada Ka'ab bin Ijrah. Dia berkata: Apabila turun ayat ini, kami bertanya wahai Rasulullah! Kami mengetahui bagaimana kami memberi salam ke atas anda. Tetapi kami tidak mengetahui bagaimana kami bersalawat ke atas anda? Maka beliau SAW bersabda: Kalian katakanlah Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad. Dan diriwayatkan daripada Nabi SAW, berliau bersabda: Janganlah kalian bersalawat ke atasku dengan salawat yang terputus. Lalu mereka bertanya: Apakah salawat terputus itu? Beliau menjawab: Kalian berkata: Allahumma Salli 'Ala Muhammad, kemudian kalian berhenti. Justeru itu katakan: Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad.

Al-Qurtubi di dalam Jami' li-Ahkam al-Qur'an menegaskan bahawa Ahlu l-Bait Nabi SAW dihubungkaitkan dengan Nabi SAWAW di dalam salawat ke atasnya. Sementara Ibn 'Arabi di dalam Ahkam al-Qur'an mengatakan bahawa ayat al-Mawaddah diturunkan kepada Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya yang disucikan.

Di sini dikemukakan sebahagian daripada riwayat-riwayat para ulama Ahlu s-Sunnah yang mengatakan bahawa ayat tersebut diturunka kepada Nabi SAWAW dan Ahlu l-Baitnya seperti berikut:
1. al-Bukhari dalam Sahihnya, VI, hlm. 12
2. Al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul, hlm. 271.
3. al-Baghawi dalam Ma'alim al-Tanzil, V, hlm. 225.
4. al-Hakim dalam al-Mustadrak, III, hlm. 148.
5. Fakhruddin al-Razi dalam Mafatih al-Ghaib, XV, hlm. 226.
6. al-Hafiz Abu Nu'aim al-Isfahani dalam Akhbar Isfahani, I, hlm. 31.
7. al-Hafiz Abu Bakr al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, VI, hlm. 216.
8. Ibn 'Abd al-Birr dalam Tajrid al-Tawhid, hlm. 85.
9. al-Nisaburi dalam al-Tafsir, XX, hlm. 30.
10. al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani, XXII, hlm. 22.
11. Muhibuddin al-Tabari dalam Dhakha'ir la-'Uqba, hlm. 19.
12. al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin, hlm. 155.
13. Ibn Kathir dalam al-Tafsir, III, hlm. 506.
14. Al-Tabari dalam al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, XX, hlm. 27.
15. al-Khazin dalam al-Tafsir, V, hlm. 226.
16. al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur, V, hlm. 215; Bughyah al-Wu'at, hlm. 442.
17. al-Syaukani dalam Fath al-Qadir, IV, hlm. 293.
18. Abu Bakr al-Hadhrami dalam Rasyfah al-Sadi, hlm. 24.
19. al-Sayyid Ibrahim Naqib, dalam al-Bayan wa Ta'rif, I, hlm. 134.
20. Muhammad Idris al-Hanafi dalam al-Ta'liq al-Sahih fi Syarh al-Masabih, I, hlm. 401 & 402 telah meriwayatkan hadith ini dengan sanad yang banyak dan bermacam-macam. Semuanya meliputi salawat ke atas Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya.

Aku berpendapat: "menyebut mereka" di dalam sembahyang dan bukan orang yang selain daripada mereka adalah dalil yang terang betapa tingginya kedudukan mereka. Lantaran itu tidak sah sembahyang seorang mukallaf sama ada dahulu ataupun sekarang tanpa pengucapan salawat ke atas mereka Ahlu l-Bait AS sama ada dia seorang yang bergelar al-Siddiq (Abu Bakr), al-Faruq (Umar atau dha-nur atau anwar ('Uthman).

Al-Nisaburi dalam Tafsirnya menyatakan ayat al-Mawaddah sudah cukup sebagai tanda penghormatan kepada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW kerana tasyahhud di akhiri dengan 'menyebutkan' mereka dan selawat ke atas mereka pada setiap sembahyang.

Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba meriwayatkan daripada Jabir dia berkata: Jika aku sembahyang dan tidak berselawat ke atas Muhammad dan Ahlu l-Baitnya, maka aku fikir sembahyangku tidak diterima.

Qadhi 'Iyad telah menyatakan di dalam al-Syifa' daripada Ibn Mas'ud secara marfu': Sesiapa yang mengerjakan solat tanpa berselawat ke atasku dan Ahlu l-Baitku (di dalamnya), nescaya solatnya tidak diterima.

Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah menyatakan bahawa al-Dar al-Qutni dan al-Baihaqi meriwayatkan hadith: Sesiapa mengerjakan solat dan tidak berselawat ke atasku dan Ahlu l-Baitku, maka solatnya tidak akan diterima." Hadith ini merupakan sumber rujukan Imam Syafi'i rd. yang mengatakan bahawa selawat ke atas Al (Ahlu l-Bait) adalah sebahagian daripada kewajipan solat sepertilah selawat ke atas Nabi SAW. Pada hakikatnya ia adalah lemah kerana sumber rujukan yang sebenar ialah hadith Nabi SAW yang disepakati: Katakanlah Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa 'Ali Muhammad. Perintah (amr) di dalam hadith tersebut adalah wajib.

Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib menegaskan bahawa selawat ke atas Ahlu l-Bait AS adalah satu kedudukan yang tinggi. Oleh itu selawat ke atas mereka dijadikan sebagai penamat tasyahhud. Dan sabdanya: 'Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad wa r-ham Muhammad wa 'Ali Muhammad,' adalah suatu kemuliaan yang tidak boleh terjadi kepada selain daripada keluarga Muhamma SAWAW. Ini menunjukkan bahawa cinta kepada Muhammad dan 'Ali Muhammad adalah wajib. Dan beliau bersabda: Ahlu l-Baitnya SAW menyamai di dalam lima perkara:
1. Di dalam Tasyahhud; selawat ke atas Nabi SAW dan ke atas mereka.
2. Di dalam Salam (Salam).
3. Di dalam kesucian at-Taharah
4. Di dalam pengharaman Sadqah
5. Di dalam kasih sayang al-Mahabbah

Apa yang telah kami kemukakan tadi menunjukkan bahawa selawat ke atas mereka adalah dituntut di dalam solat. Dan banyak lagi hadith-hadith di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah yang menjelaskan hakikat ini.

Setelah aku membaca kesemua rujukan-rujukan di atas, aku dipenuhi kehairanan. Kenapa 'mereka' mendahului orang yang bukan Ahlu l-Bait daripada Ahlu l-Bait? Dan apa yang lebih menghairan ialah kata-kata Ibn Abi al-Hadid di dalam muqadimmah Syarh Nahj al-Balaghah di mana dia berkata: Segala puji bagi Allah yang telah mendahului al-Mafdhul (kurang baik) ke atas al-Fadhil (lebih baik).' Kata-katanya adalah menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW kerana Allah tidak meredhai pengutamaan al-mafdhul ke atas al-Fadhil (pengutamaan Abu Bakr, Umar, dan Uthman ke atas 'Ali) begitu juga RasulNya, dan orang yang mempunyai akal yang sejahtera dan mempunyai hati yang bebas.

Dan apa yang menghairankan juga ialah kenapa mereka begitu berani mencaci Syi'ah Ahlu l-Bait Rasulullah SAW yang mewalikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Sebagaimana firmanNya di dalam (Surah al-Maidah (5): 56)"Sesiapa yang mewalikan Allah dan RasulNya, maka parti Allah pasti mendapat kemenangan." Syi'ah mengambil apa yang datang daripada Allah dan RasulNya, mereka tidak berganjak walau sedikitpun. Ringkasnya Khilafah 'Ali AS sabit selepas Rasulullah SAW menurut ayat Salawat kerana Allah SWT mengiringinya ('Ali) bersama Rasulullah SAW dalam selawat ke atasnya. Justeru itu tidak seorangpun harus mendahuluinya sebagaimana ia tidak harus mendahului Rasulullah SAW. Berfikirlah wahai pembaca yang budiman jika anda orang yang berfikiran bebas.
______________________________________

Shalawat, Hadiah Ilahi kepada Mukmin


Salah satu hadiah besar yang diberikan Allah Swt kepada hamba-Nya yang mukmin adalah shalawat kepada Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya. Shalawat adalah menyampaikan ucapan selamat dan pujian Tuhan kepada Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya as. Allah Swt dalam surat al-Ahzab ayat 56 berfirman yang artinya, "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Seperti yang disabdakan Nabi bahwa shalawat yang sempurna adalah shalawat yang diucapkan bagi beliau dan keluarganya. Shalawat di sisi Allah memiliki posisi khusus dan membacanya memiliki pengaruh besar. Dapat dikatakan pula bahwa membaca shalawat yang memenuhi syarat dapat memunculkan sebuah keajaiban, menyelesaikan beragam kesulitan dan memudahkan kehidupan pembacanya. Shalawat membawa hati ke arah kesucian. Shalawat juga dapat membersihkan jiwa manusia dan menurunkan berkah dari langit. Oleh karena itu, jangan sampai lupa akan manfaat besar shalawat.

Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya yang suci adalah salah satu manifestasi langit dan sifat Ilahi. Dengan demikian sudah sepatutnya kita mengucapkan shalawat dan salam kepada nama-nama Ilahi ini. Jika lantunan shalawat dan salam ini muncul dari kesadaran dan kecintaan akan mendorong manusia semakin dekat dengan Allah Swt. Di antara doa-doa yang ada, mungkin tidak ada yang dapat menyamai shalawat dari sisi keagungan dan pahalanya serta pengaruhnya bagi kejiwaan manusia.

Suatu hari datanglah seseorang kepada Imam Shadiq as dan berkata, "Ketika Aku memasuki Baitullah (Ka'bah), tiada doa yang Aku ingat kecuali shalawat kepada Nabi dan keluarganya. Kemudian Imam bersabda, tidak ada orang yang keluar dari Baitullah yang amalnya mengunggulimu." Zikir ini adalah zikir paling agung dan tali yang paling kuat bagi rahmat dan kecintaan Ilahi kepada manusia.

Shalawat akan mengingatkan manusia kepada Allah dan Nabi-Nya serta penghormatan kepada syiar Ilahi. Karena sesuatu yang ditetapkan Allah sebagai syiar-Nya harus dihormati. Dalam surat al-Hajj ayat 32, Allah berfirman yang artinya, "Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati."

Sejatinya pengagungan dan penghormatan syiar-syiah Allah adalah mengagungkan apa-apa yang diagungkan oleh Allah Swt. Seluruh ajaran Islam membimbing manusia untuk mengingat Allah dan kebesaranya agama-Nya termasuk shalawat kepada Muhammad dan Ahlul Baitnya juga tercatat sebagai syiar Ilahi. Kecintaan kepada manusia-manusia suci ini sejatinya pengagungan terhadap syiar Allah Swt di muka bumi.

Shalawat merupakan zikir yang paling lengkap. Pasalnya shalawat mencakup tauhid, nubuwah dan wilayah. Dengan kata lain, seseorang yang membaca shalawat "Allahumma shali Aala Muhammad wa Aali Muhammad" ketika mengucapkan lafad Allah berarti ia telah mengumandangkan tauhid serta menerima Allah sebagai Tuhannya. Sementara ketika mengucapkan shali aala Muhammad, berarti ia telah menerima kenabian Muhammad. Adapun saat mengucapkan wa aali Muhammad, berarti ia telah menerima wilayah dan kepemimpinan Ahlu Bait Nabi. Dengan demikian ketika seseorang mengucapkan shalawat, berarti ia telah menerima tiga prinsip utama ini. Dengan sendirinya, shalawat telah menentukan jalan kehidupan manusia.

Nilai manusia terletak pada kelompok mana ia bergabung. Dalam pandangan al-Quran, terbagi menjadi dua golongan, pertama bernaung pada kelompok Ilahi (Hizbullah) dan kedua bernaung pada kelompok setan (Hizbusyaitan). Dalam surat al-Maidah ayat 56 Allah Swt berfirman yang artinya, "Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." Berdasarkan ayat ini, mereka yang disebut sebagai Hizbullah adalah mereka yang berada di bawah wilayah Allah, Nabi dan Mukmin hakiki. Pastinya membaca shalawat secara teratur akan membuat manusia kian kokoh meniti jalan Ilahi dan berada dalam jalur kebenaran.

Di antara tujuan dari shalawat adalah mengenal lebih baik Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya. Betapa banyak manusia yang meluangkan sebagian besar waktunya untuk menuntut dan menggali ilmu, namun mereka tidak memiliki pengetahuan yang benar terkait nabi Islam dan keluarganya. Jika seseorang bersedia meluangkan sedikit waktunya untuk mengenal Muhammad, maka dapat dipastikan ia akan tergila-gila pada manusia suci ini. Ia akan menyadari bahwa sesungguhnya Muhammad diutus sebagai rahmat bagi alam semesta seperti yang telah ditegaskan oleh Allah Swt. Dengan shalawat maka pintu langit akan terbuka. Kepada Ali bin Abi Thalib as, Nabi bersabda, "Malaikat Jibril memberitahu kepada ku bahwa setiap umatku yang membaca shalawat kepadaku dan keluargaku maka pintu langit akan terbuka dan para malaikat akan mengirim 70 ucapan selamat kepadanya..."


Shalawat merupakan faktor penyucian diri manusia

Selain itu, shalawat merupakan faktor penyucian diri manusia. Imam Shadiq as saat memberikan tafsiran surat al-Ahzab ayat 56 bersabda, "Dari sisi Tuhan, pembacaan shalawat adalah rahmat, pembacaan shalawat oleh malaikat adalah kesucian. Adapun shalawat manusia adalah doa dan permohonan rahmat." Salah satu manfaat lain shalawat adalah diterimanya doa. Terkait hal ini, Imam Ali as berkata, "Tidak ada doa yang akan menembus langit kecuali dibarengi dengan shalawat kepada Nabi dan keluarganya." Terkadang amalan seseorang tidak terlalu banyak, namun karena doanya disertai dengan shalawat maka maka doanya terkabul dan dosa-dosanya diampuni.

Bershalawat kepada Rasulullah saw dan Ahlul baitnya (sa) memiliki banyak keutamaan bagi kita di dunia dan akhirat. Keutamaannya antara lainnya:

Pertama: Rasulullah saw bersabda: "Pada hari kiamat aku akan berada di dekat timbangan. Barangsiapa yang berat amal buruknya di atas amal baiknya, aku akan menutupnya dengan shalawat kepadaku sehingga amal baiknya lebih berat karena shalawat." (Al-Bihar 7/304/72)

Kedua: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang bershalawat kepadaku tiga kali setiap hari dan tiga kali setiap malam, karena cinta dan rindu kepadaku, maka Allah azza wa jalla berhak mengampuni dosa-dosanya pada malam itu dan hari itu." (Ad-Da'awat Ar-Rawandi: 89, bab 224, hadis ke 226)

Ketiga: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang bershalawat kepadaku ketika akan membaca Al-Qur'an, malaikat akan selalu memohonkan ampunan baginya selama namaku berada dalam kitab itu." (Al-Bihar 94/71/65)

Keempat: Rasulullah saw bersabda: "Pada suatu malam aku diperjalankan untuk mi'raj ke langit, lalu aku melihat malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan setiap tangan mempunyai seribu jari-jemari. Malaikat itu menghitung dengan jari-jemarinya, lalu aku bertanya kepada Jibril: Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang dihitungnya? Jibril menjawab: Dia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap tetesan hujan, ia menghafal setiap tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi.

Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu: Apakah kamu mengetahui berapa tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia. Ia menjawab: Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap tetesan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara rinci berapa jumlah tetesan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di kebun, di tanah yang bergaram, dan yang jatuh di kuburan. Kemudian Rasulullah saw bersabda: Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan itu.
Kemudian malaikat itu berkata: Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan perhitungan tangan dan jari-jemariku ini.

Rasulullah saw bertanya: Perhitungan apakah itu? Ia menjawab: ketika suatu kaum dari ummatmu menghadiri suatu majlis, lalu namamu disebutkan di majlis itu, kemudian mereka bershalawat kepadamu. Pahala shalawat mereka itulah yang tak sanggup aku menghitungnya." (Al-Mustadrak Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadis ke 72).

(Ahlulbaytku/Syiah-Menjawab/IRIB-Indonesia/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Post a Comment

mohon gunakan email

Terkait Berita: